Prakticum Fasa 1 SJK (T) Mak Mandin Kogi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERNYATAAN PROFESIONAL

A. SEBELUM PRAKTIKUM

Pada 5 Ogos 2022, Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus


Tuanku Bainun telah mengadakan taklimat pertama berkaitan dengan praktikum
untuk memberikan penerangan secara menyeluruh mengenai perkara – perkara
yang perlu diambil perhatian oleh siswa – siswi pendidik ambilan Jun 2020 serta
perkara – perkara yang perlu dibuat sepanjang tempoh praktikum dijalankan .
Bagi praktikum fasa 1 ini, saya KOGILAVANI A/P SARAVANAN akan
menjalankan praktikum ini bersama – sama dengan kawan sekelas saya
THIVAASHINI A/P KABILAN yang mengambil subjek elektif teras yang sama
seperti saya iaitu Sains. Manakala bagi subjek major teras pula, kedua – dua
kami mengambil matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Saya akan
melaksanakan praktikum fasa 1 ini di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mak
Mandin, Butterworth.

Sewaktu taklimat, kami diberi banyak peringatan yang perlu dilakukan


sebaik sahaja memulakan sesi praktikum yang akan bermula dari 8 Ogos 2022
sehingga 4 November 2022 . Antara perkara penting yang sangat ditekankan
oleh Unit Praktikum adalah Rancangan Pengajaran Harian. Jika pelajar didapati
bahawa menghadiri kelas tanpa RPH maka tindakan yang setimbal akan diambil
oleh pihak pentadbir terhadap pelajar tersebut. Selain itu, kami juga diberi
peringkatan agar memastikan jadual waktu kami tidak memberi sebarang
masalah kepada pensyarah bimbingan untuk datang membuat penyeliaan untuk
kami. Kami turut diingatkan untuk memastikan pensyarah bimbingan dapat
membuat penyeliaan pada hari yang sama di satu sekolah terhadap pelajar –
pelajar yang ditempatkan disitu.

Pensyarah penyelia untuk subjek major iaitu Pendidikan Seni Visual bagi
saya ialah Dr. Kannagi A/P Subramaniam. Manakala, bagi subjek elektif teras
iaitu Sains pula Dr. Muniandy diberi tanggungjawab untuk menjadi pensyarah
penyelia untuk saya. Ketua Jabatan Pendidikan Seni Visual iaitu En Fauzi juga
turut memberi taklimat mengenai aspek – aspek yang perlu disertakan dalam
RPH kami dengan begitu teliti. Segala ilmu yang diperolehi melalui taklimat
praktikum ini akan digunakan oleh saya sewaktu sesi praktikum.

You might also like