Perancah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

DCA 2312
BUILDING CONSTUCTION II

NAMA : MUHAMMAD AIMIE AIMAN BIN


KHIR AZMI
PROGRAM : 2 SVM WTP
NO IC : 010618-05-0579
PENSYARAH : EN. MOHD SHAIFUL BIN NAHAR
Isi Kandungan

BIL TAJUK M.S


1. Pengenalan 3
2. Faktor pemilihan perancah 4
3. Perancah kerja – kerja ringan 5-6
4. Perancah kerja – kerja tinggi 7-10
5. Kesimpulan 11
6. Rujukan 12
PENGENALAN

Peranca ialah binaan bersifat


sementara yang berfungsi
memudahkan dan
membolehkan pekerja –
pekerja binaan menjalankan
kerja seperti mengikat bata,
melepa, memasang siling,
mengecat dan sebagainya pada
tempat yang tinggi
dengan selamat. Ia boleh
dibina dengan pelbagai kaedah
dan bentuk untuk
menyesuaikan dengan keadaan
dan tempat yang berlainan.
Peranca ialah binaan bersifat sementara yang berfungsi memudahkan dan
membolehkan pekerja – pekerja binaan menjalankan kerja seperti mengikat
bata, melepa, memasang siling, mengecat dan sebagainya pada tempat yang
tinggi dengan selamat. Ia boleh dibina dengan pelbagai kaedah dan bentuk
untuk menyesuaikan dengan keadaan dan tempat yang berlainan.

Jenis – Jenis Peranca

Peranca diketegorikan kepada pelbagai jenis mengikut cara binaannya. Ia


biasanya diketegorikan kepada keadaan rendah dan tingginya satu – satu binaan itu.
Bagi kerja – kerja rendah dan ringan, peranca yang biasa diaplikasikan ialah
peranca jenis kuda – kuda, tangga dan pendakap. Manakala peranca yang
digunakan untuk pembinaan yang tinggi ialah peranca jenis putlog tunggal,
bebas ganda, julur dan peranca bergerak.Bahan – bahan yang digunakan sebagai
pembuatan kepada peranca adalah terdiri daripada kayu bakau, paip besi, aloi
aluminium, buluh dan sebagainya. Bahan – bahan peranca hendaklah ditentukan
tidak memiliki sebarang kerosakan atau kecacatan. Ini adalah untuk
menjaminkan keselamatan pekerja yang menggunakannya.

Faktor Pemilihan Peranca

1. Keperluan kerja yang perlu disiapkan segera


2. Keadaan tanah

3. Bajet projek

4. Ruang tapak yang terbatas

5. Reka bentuk bangunan

Peranca Kerja – Kerja Ringan :

Perancah Kuda –Kuda

Perancah ini digunakan untuk kerja-kerja rendah seperti tembok satu tingkat,
memasang siling dan sebagainya. Dengan kata lain, perancah ini digunakan
terhadap pembinaan yang tingginya tidak melebihi 4 m. Papan setebal 30 mm
hendaklah digunakan sebagai pelantar dan disokong oleh kuda-kuda. Jarak antara
dua kuda-kuda biasanya tidak melebihi 1.5 m. Apabila papan pelantar hendak
disambung, perlu dilekapkan sekurang-kurangnya 150mm dan diikat dengan dawai.

Peranca Tangga

Satu kaedah membuat kerja pada tempat agak tinggi dengan menggunakan
tangga yang sedia ada. Papan pelantar merentangi dua buah tangga dengan
tingginya tidak melebihi 1.8 m dan sudut bukaan kaki tangga pula hendaklah dalam
lingkungan 350. Papan pelantar jenis ini hendaklah terdiri daripada jenis kayu
yang agak keras seperti kapur, balau dan sebagainya. Tebal papan pelantar
adalah tidak kurang daripada 30 mm dan bebas daripada sebarang kecacatan.

Peranca Pendakap

Digunakan untuk menyandar pada tembok yang sedia ada utuk membuat
kerja yang ringan seperti membuat kemas ikatan bata, mengecat atau
sebagainya.

Peranca Kerja – Kerja Tinggi :

Peranca Putlog Tunggal


Peranca ini dibins menggunakan kayu bakau bulat atau persegi. Ia amat
sesuai digunakan untuk kerja menerap bata dalam pembinaan dinding, terutamanya
untuk dinding luar. Sebahagian peranca akan disokong oleh tembok kerana
hujung putlog dimasukkan ke dalam tembok.

Peranca putlog tunggal mempunyai satu barisan tiang tegak dengan jarak
1.8 – 2.4 m. Kedudukan peranca ini adalah 1.2 – 1.3 m dari permukaan dinding.
Tiang tegak dipaku ke atas tapak kayu dan didirikan tegak dengan diikat pada
lejar. Lejar dipasang selari dengan dinding sepanjang peranca dan jarak
antaranya adalah 1.4 m. Anggota putlog diikat pada lejar dengan jarak di
antara 1.2 – 1.4 m dan hujung sebelahnya dimasukkan ke dalam dinding bata
sedalam 80 mm. Semua lubang bekas putlog hendaklah disumbat padat
selepas kerja – kerja perlaksanaan dilakukan.

Satu langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan peranca ialah dengan
cara memasang rembat silang kepada tiang tegak yang bertemu dengan lejer
dan putlog. Pelantar peranca dibuat daripada papan – papan setebal 30 – 38
mm dan unjuran daripada putlog tidak melebihi empat kali tebalnya. Sebagai
langkah keselamatan, tepi pelantar yang jauh dari tembok dipasangkan papan
pacak dan susur pelindung sebagai langkah keselamatan. Papan – papan
pelantar disokong oleh putlog. Semua sambungan untuk peranca hendaklah
dipaku atau diikat dengan rotan atau tali.

Peranca Bebas Ganda


Direkabentuk untuk menanggung beban (bahan dan manusia). Keistimewaan
peranca jenis ini ialah ia tidak bergantung kepada bangunan untuk menyokong
bebannya dan ini menyebabkan ia amat sesuai dipraktikkan dalam pembinaan
struktur kerangka bertingkat – tingkat.

Peranca bebas ganda mempunyai dua baris tiang tegak yang berdiri tegak
dengan jarak di antara tiang ialah 2 – 2.4 m. Tiang tegak barisan dalam diletakkan
sejauh 300 mm dari permukaan dinding untuk memberikan keselesaan kepada
para pekerja melaksanakan tugas – tugas mereka. Plat atas pada tiang tegak
dipaku kepada alas tapak kayu. Lejer berjarak 2 m dipasangkan selari dengan
tembok sepanjang peranca untuk menegakkan tiang.

Transom dipasang ke atas dua lejer dengan jarak 1.2 – 2.4 m untuk
mengikat kedua – dua barisan tegak serta menyokong papan pelantar. Tinggi
maksimum yang selamat untuk peranca ini adaalh dalam lingkungan 61 m.

Peranca Julur
Sejenis peranca bebas yang bergantung kepada bangunan untuk
menanggung bebannya. Peranca ini dipilih jika terdapat tempat menjalankan kerja –
kerja pembinaan terlalu sempit. Ia juga dipraktikkan apabila kerja –kerja
pembinaan atau pembaikan hanya dilakukan pada tingkat atas sahaja tanpa
melibatkan tingkat bawah. Cara pemasangannya adalah sama dengan pemasangan
peranca jenis bebas berganda kecuali ia mempunyai tambatan yang dibina melalui
bukaan tembok.

Tambatan ini terdiri daripada dua baris punceon yang dibaji di antara lantai
dengan siling di dalam bangunan. Pada kedua – dua barisan punceon dipasang
transom melintang yang menjujur ke peranca luar dengan terikat pada tiang
tegak. Kekuda topang sendeng dipasang bersudut untuk menyokong bahagian
bawah peranca. Jaring dawai dipasang di bahagian bawah peranca untuk
memastikan keselamatan pekerja yang lalu atau bekerja di bawah bangunan
tersebut. Had maksimum ketinggian peranca ini yang selamat digunakan ialah 12
m.

Peranca Bergerak
Sejenis peranca bebas yang boleh dipindahkan ke kawasan kerja dengan
mudah. Peranca ini berbentuk menara bersegi yang diperbuat daripada paip
bulat keluli atau rangka paip keluli.

Pada kakinya dipasang roda kaster supaya peranca ini boleh digerakkan ke
mana – mana tempat yang dikehendaki. Mengikut peraturan keselamatan,
pelantar kerja hendaklah berukuran tidak kurang daripada 1.2 m x 1.2 m.
Manakala untuk menjamin kestabilan peranca, tingginya adalah dihadkan
kepada 10 m sahaja.

Peranca ini amat sesuai untuk melaksanakan kerja – kerja seperti mengecat,
membaiki siling dan sebagainya.

Kesimpulan
Hasil dari kajian dan mempelajari tentang peranca, terdapat berbagai jenis
peranca yang berada di pasaran pada masa kini yang bersesuaian dengan
penggunaannya berbanding dulu. Ini penting kerana keadaan pembinaan hari ini
yang berkembang pesat dan segalanya perlu berjalan dengan lancar.

Sesuatu pemasangan peranca perlulah mengikut prinsip rekabentuk dan


pembinaan yang telah ditetapkan. Contohnya pemilihan perancah yang sesuai,
merekabentuk beban dapat ditanggung, menggunakan bahan – bahan perancah
yang berkualiti dan mengikut pemasangan perancah yang ditetapkan. Kerja – kerja
penyelenggaraan perlu dujalankan dari masa ke semasa untuk memastikan struktur
perancah sentiasa berada dalamkeadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Kegagalan struktur perancah di tapak bina selalunya disebabkan ileh kecuaian


manusia dan kegagalan mengikut peraturan yang telah ditetapkan selain dari
beberapa faktor lain.

RUJUKAN
 https://www.slideshare.net/PudinMahari/perancah-27783153
 https://amirin5206.blogspot.com/2017/09/peranca-pengenalan-kepada-
peranca.html
 https://pdfslide.net/documents/perancah-lgkap.html?h=document.onl

You might also like