Sejarah Bab1-Bab8 Nota

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

NOTA SEJARAH TINGKATAN 1 2020

BAB 1: SEJARAH DAN KITA


(1)Pengertian Sejarah
Sejarah – peristiwa yang sudah berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat/ Negara
Sejarah – dikaji oleh ahli sejarah/ ilmu sejarah melalui catatan/ rekod
Sejarah – ditulis dalam buku/ makalah/ majalah
- Perkataan Arab -syajaratun
- pohon atau pokok, salasilah, keturunan, asal-usul dan riwayat.
- kamus dewan – asal usul/ keturunan/ salasilah/ peristiwa yang benar-benar berlaku pada
masa lampau
- bahasa inggeris – history (cerita tentang seseorang/ historia iaitu penyelidikan dari Bahasa
Yunani)
(1.2) pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan
- sejarahwan Ibn Khaldun– masyarakat dan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku
pada sifat masyarakat.
-Herodotus– cerita tindakan manusia yang penting dan sebab mereka melakukannya.
-Muhd. Yusof Ibrahim– catatan / rekod peristiwa yg berlaku.
-Penyelidikan perkara yg telah berlaku
1.3 masa silam dan ruang masa
- zaman sebelum masihi (SM) / masihi (M)
- alaf (1000 tahun) / abad (100 tahun)
- dekad (10 tahun)
- tahun/ bulan/ hari
(1.3) Sumber Sejarah
Artifak
- Peralatan ciptaan manusia
- Contoh alat berburu/ bertani/ berdagang
- Alatan diperbuat daripada batu/ kaca/logam
Fosil
- Kesan tinggalan daripada haiwan/ tumbuhan dan hidupan lain
- Biasanya dalam bentuk batu/ tulang
- Usia melebihi 10,000 tahun

Terbahagi kepada 2 – sumber utama / primer / sumber kedua/ sekunder


Sumber Pertama/Sumber Primer.
i.fosil, artifak dan keterangan lisan.
ii.Belum diolah dan dicetak
iii.Masih asli dan belum ditafsir.
iv.Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, manuskrip belum dicetak & batu bersurat.

Ciri Sumber Kedua/Sumber Sekunder.


i.Bahan yg dikaji melalui bacaan bahan bertulis.
ii.Ditulis oleh sejarawan.
iii.Diolah dan dicetak.
iv.Disebarkan kepada umum.
v.buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah.

(1.4) Kaedah Pengkajian Sejarah


a) Kaedah lisan.
1.Maklumat diperoleh secara terus melalui ucapan, penceritaan, perbualan
2.maklumat berkait dgn tradisi sastera rakyat spt mitos, legenda, dongeng dan puisi.
3.Sejarawan memilih, mentafsir dan bandingkan fakta
4.Kelemahan - wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur mitos, legenda
dan dongeng.
5.Kesan kemajuan sains dan teknologi /kaedah pandang dengar digunakan.
Contoh: televisyen, pita rakaman & internet

b) Kaedah bertulis.
1.Maklumat drp sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu/ kulit kayu.
c) Kaedah arkeologi.
1.Maklumat berdasarkan kajian saintifik.
2.Antara cabang bidang arkeologi ialah angkasa lepas,maritim / laut dan cari gali.
3.Maklumat ditemui melalui proses cari gali .
4.Melalui proses cari gali , ketetapan usia bahan dapat disahkan melalui kajian saintifik
seperti pentarikhan radiocarbon.
(1.5)Pentafsiran Sejarah
1.Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna ( pemilihan peristiwa yang sesuai boleh dijadikan
bahan/ atau perisitiwa sejarah )
2.Sejarawan berusaha mencari jawapan
3.Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan
4.Tafsiran mungkin berbeza antara sejarawan.
i. ada yang kata pembunuhan Birch kerana beliau memperkenalkan sistem cukai.
ii. Sejarawan lain - pembunuhan kerana Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja
5.Tafsiran berbeza disebabkan pandangan yang berlainan antara sejarawan.
i. Sejarawan barat - penjajahan British kerana ingin membantu raja mententeramkan kacau
bilau
ii. Sejarawan lain - penjajahan kerana British ingin membolot kekayaan ekonomi Tanah
Melayu.
iii. Sejarawan Barat - anggap Tok Janggut, Dato Bahaman sebagai pemberontak.
iv. Sejarawan tempatan - anggap pahlawan Melayu sebagai pejuang tanah air.
6. Sejarawan mestilah jujur dan bertanggungjawab ketika membuat penyelidikan dan
penilaian peristiwa sejarah
(1.6)Tujuan mempelajari Sejarah
1.menambah ilmu pengetahuan.
2.Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
3.Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi
4.Hargai jasa pemimpin negara masa lalu dan kini
5.Sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan ( mengambil iktibar )
6 .Merangka wawasan masa depan untuk mempertahankan kedaulatan dan kemajuan
negara.
(1.7) Faedah mempelajari sejarah.
1.Panduan untuk memperbaiki kesilapan
2.Menjadi perangsang memajukan Negara
3.Mengingati zaman keagungan kita
4.Memupuk semangat patriotik
5. melahirkan rasa berbangga menjadi rakyat Malaysia

BAB 2: ZAMAN AIR BATU

(2.1) Pengenalan
- usia bumi dianggarkan 4.6 bilion tahun
- bumi terdiri daripada kawasan air batu , daratan dan lautan
- bumi mengalami perubahan iklim dan fizikal
- terdapat binatang berbulu tebal yang hidup pada zaman ini iaitu mammoth , bison ,
harimau bertaring dan sloth
- pada 650 juta tahun dahulu bumi tiada hidupan
- 390 juta tahun dahulu – wujud air tawar dan ada hidupan seperti ikan dan amfibia
- 195 juta tahun dahulu – zaman jurasik dan hidupan dinasour
- 94 juta tahun dahulu – dinasour pupus dan bentuk fizikal bumi mula berubah
- 18,000 tahun dahulu – telah wujud binatang seperti kuda , badak sumbu, anjing, kucing
- iklim mempengaruhi perubahan bentuk muka bumi ( daratan dan lautan )
- daratan – gunung/banjaran/bukit/ tanah pamah/lembah/ sungai
- lautan – laut/ selat/tasik/ teluk
- dunia terdiri daripada benua Amerika Utara/ Amerika Selatan/ Eropah/ Afrika/ Asia/
Ocenia
- dunia memiliki lautan besar seperti – Laut Pasifik Selatan/ Lautan Artik/ Lautan Atlanatik/
Lautan Hindi/ Lautan Pasifik Utara/ Lautan Selatan
2.2/2.3 GARIS MASA ZAMAN AIR BATU

1. Miosen - Berlaku sekitar 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu / Suhu dunia panas dan
kering / gunung-gunung telah wujud dan haiwan telah berkembang di bumi
2. Pliosen - Berlaku sekitar 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu / cuaca panas dan
sejuk menyebabkan wujudnya kawasan padang rumput beasr seperti di savanna
3. Pleistosen – Berlaku sekitar 2.5 juta hingga 10’000 tahun dahulu / manusia telah
mengetahui cara membuat api
4. Holosen- Bermula 10’000 tahun dahulu hingga kini / kehidupan manusia telah
berkembang dalam pelbagai bidang
2.4 Ciri Zaman Air Batu
1. Fizikal Bumi : Permukaan air laut membeku / sebahagian bumi dilitupi ais
2. Binatang : Seperti mammoth , badak , kuda. Singa tinggal di kawasan tanah pamah
3. Tumbuhan : Rerumput dan tumbuhan renek
4. Suhu : Terlalu sejuk
5. Aras laut : Permukaan laut membeku, paras air laut rendah, wujud imigrasi manusia dan
binatang
6. Kehidupan manusia : Tinggal di tanah pamah ( rendah / hidup bernomad atau berpindah
randah dan memburu binatang
2.5 perubahan zaman air batu
- air batu mencair – paras air laut meningkat
- mewujudkan pulau / tasik
- kepupusan binatang mammoth / sloth dan harimau bertaring
- semasa zaman Holosen perubahan iklim menyebabkan berlakunya penghijrahan manusia
dari benua Afrika ke Eropah dan Asia kerana cuaca di sini tidak begitu sejuk
- cuaca bumi asalnya ialah terlalu sejuk berubah kepada menjadi sederhana sejuk kerana
berlakunya peningkatan suhu bumi
2.6 – kesan perubahan zaman air batu di Asia Tenggara
- kenaikan paras air
- penghijrahan manusia
- menukarkan bentuk fizikal ( terjadinya sungai dan tasik / selat )
- wujud mamalia bersaiz besar
BAB 3 – ZAMAN PRASEJARAH
3.1 – MAKSUD
- zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan
- terbahagi kepada zaman batu dan zaman logam
- zaman batu – menggunakan batu dalam kehidupan
- terbahagi kepada 3 – zaman paleolitik , mesolitik dan neolitik
- zaman paleolitik - teknologi batu ringkas / tulang binatang
- zaman mesolitik – cara hidup semakin berkembang / memburu binatang/ menangkap ikan
- zaman neolitik – kehidupan lebih baik / ada pertempatan / bercucuk tanam / membuat
tembikar dan menternak binatang
Zaman logam
- menggunakan gangsa dan besi
- aktiviti pelayaran / bertani
- aktiviti pertukaran barangan / peralatan
- peralatan – kapak / tulang mawas / beliung / mata lembing
3.2 – lokasi zaman pra sejarah

Bil Tempat Penemuan


1 Gua Chauvet , Perancis Lukisan prasejarah / memburu binatang
2 Altamira , Sepanyol Lukisan gua zaman mesolitik
3 Catal huyuk , Turki Pertanian , penanaman barli dan gandum
4 Stoneage , Britain Binaan batu – ritual agama dan mengkaji bintang
5 Bhimbetka India Lokasi pertempatan
6 Zhoukoudian China Rangka manusia Peking Man
7 Shahr –i Sokhta , Iran Kawasan perumahan, perkuburan , pembuatan barangan harian

Lokasi zaman prasejarah di Asia Tenggara

Bi Tempat Jumpaan/huraian
l
1 Ban Chiang Thailand Pertanian , pembuatan logam , tekstil, tembikar tanah , menternak
binatang
2 Lenggong , Malaysia Rangka Perak Man
3 Gua Liang Batu Indonesia Fosil dan tulang Flores Man
4 Gua Padah lin , Myanmar Pertempatan
5 Sa Hyun , Vietnam Tapak zaman besi – pembuatan tembikar
6 Gua Tabon , Filipina Rangka manusia
3.3. ciri kehidupan manusia zaman prasejarah

Ciri Zaman paleolitik Zaman Zaman neolitik Zaman logam


mesolitik
Tempat Gua dan lubang Masih di dalam Menetap di Menetap dan membina
kediaman bawah tanah, gua/ lubang kaawsan kediaman..
bawah pokok, bawah tanah lembah sungai Bahan binaan batu, kayu
ranting kayu Pinggir sungai dan pesisiran dan tanah liat
(untuk air dan pantai. Rumah Mula tinggal dikawasan
ikan ) diperbuat tanah tinggi
daripada batu ,
tanah liat dan
kayu
Peralatan Daripada batu, kayu Masih daripada Peralatan lebih Mencipta peralatan
dan tulang haiwan batu, kayu dan halus dan daripada logam.
Peralatan ringkas tulang kemas. Tahu melebur dan
dan kasar binatang. Cara Terdapat membuat acuan.
pembuatan peralatan baru Peralatan berasaskan
lebih halus dan untuk menggali tembaga, gangsa dan besi
kemas dan roda
Menggunakan
panah dan
perangkap
untuk
memburu
binatang
Pengumpula Aktiviti paling Masih jalankan Aktiviti semakin Aktiviti mengumpul
n barangan penting untuk aktiviti berkurangan. makanan telah tiada.
mendapatkan mengumpul Lebih Makanan semakin
makanan selain makan. melibatkan diri mencukupi bahkan wujud
memburu binatang Termasuk dengan bertani perniagaan tukar barang
Kumpulkan buah, siput/ kerang di dan menternak
cendawan, bijirin, pinggir sungai
pucuk tumbuhan dan laut
liar
Kegiatan Bergantung Mengutip hasil Menghasilkan Pertanian, penternakan
ekonomi sepenuhnya pada hutan , buru makanan dan perdagangan ,
sumber alam. binatang dan melalui pertukaran barangan
Hidup secara nomad menangkap penternakan menjadi aktiviti utama
dan berkongsi ikan. Masih dan pertanian.
makanan. Aktiviti berkongsi Berdagang
bersifat sara diri makanan. secara bertukar
barang . mula
melakukan
pengkhususan
kerja
Organisasi Hidup dalam Kelompok kecil Hidup menetap Ada pemimpin yang
sosial kelompok kecil/ / ada ketua / bertanggungjawab
keluarga pemimpin/ selesaikan masalah
pengikut/ Ada aturan hidup
orang bawahan Ada sistem pentadbiran
Kepercayaan Animism Animisme Ada cara Penyembahan kepada
Sembah alam persembahan kuasa alam
semula jadi ( petir kepada alam / Membina bangunan untuk
/kilat/angin/ ada cara tujuan penyembahan
matahari/ penyembahan
pokok/batu /bukit Wujud
kepercayaan
hidup selepas
mati
Mayat diurus
dengan teliti
dan dikebumi
dengan
sempurna
Kesenian dan Lukisan gua Lukisan gua Lukisan gua Menghargai seni
kebudayaan Corak Gendang gangsa
permukaan ( berhias )
tembikar
Pola geometri
dalam hiasan
tembikar

3.4 kesinambungan sumbangan zaman prasejarah kepada kemajuan kehhidupan manusia


- aktiviti pertanian – menjadi sumber makanan / dilakukan secara lading untuk hasil yang
lebih banyak
- memburu binatang- menggunakan senjata moden / lessen memburu / binatang hutan
- menternak binatang- dilakukan secara komersial ( lembu/ kuda/ kambing/ kambing biri-biri
)
-peralatan-inovasi pedang/ parang tombak cangkul / keris/ kapak – penggunaan mesin dan
jentera moden/ barangan elektrik
- tembikar – tembikar dinasti Ming sangat terkenal sehingga menjadi bahan dagangan /
- ideofak – awal / menghormati mayat/ kaedah pengebumian/sekarang ( amalan
mengebumikan mayat dalam keranda
- meonumen dan seni bina – kemampuan manusia membina bangunan lebih tinggi
3.5. zaman pra sejarah di Malaysia
a. Lokasi
i. 40,000 tahun dahulu manusia menetap di Negara ini
ii. Berlaku pada zaman paleolitik
iii. Bukti – lokasi di gua dan kawasan terbuka
iv. Zaman paleolitik – Tingkayu / Sabah , Gua Niah / Sarawak, kota Tampan / Perak
v. Zaman Mesolitik – Gua Cha / Kelantan, Gua Madai / Sabah
vi. Zaman Neolitik – Gua Kecil/ Pahang, Sungai Tembeling/ Pahang
vii. Zaman Logam – Lembah Bernam / Selangor
b. teknologi
- peralatan memotong, menetak atau memecahkan tulang
c. tembikar dan manik
-pandai membuat tembikar dan manic
- pelbagai bentuk, saiz dan warna dan corak hiasan
d. lukisan gua dan ukiran batu
- cara manusia zaman dulu menyampaikan maklumat tentang kehidupan mereka
- menggambarkan kehidupan harian pada masa itu ( memburu, agama )
- contoh – batu patung
e. ekonomi
- memburu dan memungut hasil hutan
- menanam padi
- kegiatan perdagangan – pertukaran barang – loceng dan gendang
f. kepercayaan
- tapak perkuburan / keranda / keranda kayu/ keranda perahu/ tempayan
BAB 4- MENGENALI TAMADUN
4.1. MAKSUD – kehidupan manusia yang telah mencapai tahap kehidupan (adanya
pencapaian dalam teknologi, ekonomi, politik, kemasyarakatan dan perbandaran)
- Maksud dalam bahasa Inggeris – Civilisation (pembangunan manusia dan organisasi yang
dianggap paling maju merangkumi perkembangan ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni,
moral, undang-undang, kebolehan manusia)
- dalam bahasa arab (mudun/ madain/madana) – tinggi budi bahasa hadari (tanah yang
didiami masyarakat yang maju)
- dalam bahasa Melayu – pencapaian kemajuan masyarakat (sosial, budaya, politik / seni
bina/ ekonomi/hasil ciptaan – membangunkan kehidupan manusia yang lebih teratur)
4.2. CIRI
i. Pertanian dan perdagangan
- Kegiatan pertanian menyebabkan terciptanya pelbagai peralatan, pembinaan saliran,
kincir angin, sistem teres
- Hasil yang banyak – boleh berdagang/ tukar barang
- Hasil – bahan mentah, logam, besi, emas
ii. Sistem pemerintahan
- Penubuhan kerajaan untuk mentadbir Bandar
- Awal – pendeta agama, kemudian raja
- Raja dibantu pentadbir (bangsawan)
- Pembentukan undang-undang (peraturan)
iii. Pembentukan Bandar
- Adanya pertempatan – wujud Bandar (berlakunya pertambahan penduduk)
- Bangunan tersusun
- Rumah – ada kemudahan perigi/ bilik mandi dan tandas
- Ada kemudahan awam – pasar/ rumah ibadat dan kawasan kediaman
- Ada sistem perparitan / pembentungan
- Ada pembinaan kota (untuk perlindungan daripada serangan)
- Contoh – Ur, Uruk, Memphis, Mohenjo Daro, Anyang
iv. Pengkhususan pekerjaan
- Bilangan penduduk bertambah
- Wujud pekerjaan baru (pengutip cukai, jurutera, tentera, penjaga sungai, petani, pekerja
sawah, pentadbir
- Wujud kumpulan tukang (mahir mengukir, menempa besi dan tembikar)
- Wujud saudagar dan pedagang
v. Teknologi
- Munculnya ciptaan baru untuk barangan dan bangunan dan hasil pertukangan
- Contoh – Taman Tergantung Babylond, pyramid, Negara kota
- Muncul peralatan membajak, penciptaan roda, kereta kuda/ lembu
vi. Organisasi sosial
- Wujud kelas / lapisan sosial
- Ada golongan atasan – firaun / raja/ bangsawan, golongan agama
- Golongan pertengahan – saudagar/ artisan
- Bawahan – petani / pekerja
- Paling rendah – hamba (hamba perang / hamba dijual)
vii. Agama dan kepercayaan
- Percaya adanya banyak tuhan
- Tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai
- Ada tempat agama yang khusus
- Percaya adanya kehidupan selepas mati
viii. Tulisan dan penyimpanan rekod
- Muncul sistem tulisan kira-kira 5000 tahun dahulu
- Ia membolehkan usaha menyimpan rekod dan perkara penting tentang masyarakat
- Tulisan awal – piktograf (simbul bergambar)
ix. Kesenian dan kesusasteraan
- Hasilkan seni sastera dan seni bina
- Contoh – ciptaan patung, lukisan tuhan/ dewa, pahlawan, pemerintah
- Patung tembaga
BAB 5 – TAMADUN AWAL DUNIA

PENGENALAN
- Tamadun yang terkenal – Mesopotamia, Mesir Purba, Indus dan Huang Ho
- Bermula dari kawasan lembah sungai
- Asal fungsi sungai – bekalkan air tanaman, kawasan pertempatan, alat perhubungan

PERKEMBANGAN TAMADUN
1. TAMADUN MESOPOTAMIA
- Maksud – tanah antara dua sungai (Sungai Tigris dan Sungai Euphrates)
-melahirkan kerajaan Sumeria, Babylon, Akkad, Chalddea dan Asyria
- orang Sumeria berhijrah ke sini dan membina pertempatan – bina sistem pengairan dan
perbandaran
- ciri – Bandar maju, ada pengkhususan kerja, institusi yang kompleks / pelbagai,
pengurusan kewangan, berlaku peningkatan teknologi
- Bandar dibina daripada tanah liat yang dijadikan batu bata
- adanya rumah ibadat (berbentuk pyramid yang dipanggil Zigurat)
- ada dinding besar untuk pertahanan daripada serangan luar
- Bandar berkembang menjadi Negara kota (pusat perdagangan dan pelabuhan)
- penduduk bertambah – 30,000 orang
- contoh Bandar – Ur
2. TAMADUN MESIR PURBA
- terletak di lembah Sungai Nil (sungai terpanjang di dunia)
- tinggalan terkenal – Piramid dan Firaun
- Mesir – hadiah sungai Nil (banjir setiap tahun / bawa lumpur yang subur untuk pertanian)
- sungai Nil membekalkan ikan / sumber makanan, perhubungan, dan pengangkutan

i. kerajaan purba
- mula – perkampungan petani (5000 SM)
- Raja terkenal –Mennes
- pembukaan Bandar Memphis

ii. kerajaan pertengahan


- Antara 2100 – 1650 SM
- Berlaku perkembangan kesusasteraan dan ukiran
- Ibu kota – Thebes
- Pemerintah menggalakkan kegiatan perdagangan menggunakan sungai
- Berlaku perdagangan dengan Negara yang lebih jauh
- Wujud jalan perdagangan
iii. kerajaan baru
- Muncul dengan adanya pemerintahan oleh golongan baangsawan
- Pemerintah digelar Firaun
- Ada pasukan tentera yang kuat untuk mempertahankan serangan luar
- Raja terkenal – Ramses
- Membina banyak monument serupa berhala

TAMADUN INDUS
- Terletak di Sungai Indus (India)
- Bermula pada 2500 SM
- Asal – penduduk nomad kemudian mula menetap di kawasan sungai
- Masalah awal – musim hujan dan kemarau (tanaman musnah)
- Memulakan penanaman gandum, barli dan kapas
- Kawasan berkembang menjadi Bandar
- Bandar – Mohenjo Daro dan Harappa
- Kemajuan – sistem paip, pembentungan

TAMADUN HUANG HE (HO)


- Lahir di dua buah sungai utama iaitu Sungai Huang He dan sungai Yang Tze
- Masyarakat awal membina pertempatan di sepanjang Sungai Huang He- menjalankan
aktiviti pertanian dan penternakan
- Masalah awal – banjir
- Bermula pada 4000 SM
- Bandar awal – Anyang (pusat pemerintahan)
- Aktiviti – pertanian, membuat tembikar, bina kapal, menghasilkan varnish, sutera,
sulaman dan ukiran / peralatan pertanian

5.2 PERBANDINGAN SUMBANGAN TAMADUN AWAL

Aspek Tamadun Tamadun Mesir Tamadun Indus Tamadun Huang He


Mesopotamia Purba
Pemerintahan Negara kota Diperintah oleh Pemerintahan Sistem politik berasaskan
dan pentadbiran diperintah oleh Firaun seperti oleh golongan Negara kota
raja. kuasa tuhan pendeta Mengutamakan keluarga
Negara kota Raja berkuasa Pendeta dan masyarakat
bersatu mutlak mempengaruhi Ada kelas sosial
membentuk Percaya pemerintahan/ Kuasa raja datang dari
empayar kehidupan soal agama syurga
Pengenalan selepas mati/ Raja berkuasa dalam bidang
Undang-undang mayat ditanam ekonomi, Politik dan agama
Kod Hamurabi
Ada sistem
cukai
Kegiatan Golongan Kegiatan utama Sistem ekonomi Tanaman utama sekoi dan
ekonomi agama dan raja ialah pertanian berasaskan padi / gandum dan barli
mentadbir Kebanyakan pertanian Menternak haiwan –
agama penduduk Tanaman barli lembu/ kambing, ayam dan
Kerajaan menjadi petani dan gandum babi
tentukan Petani bayar Haiwan – lembu
jumlah sewa tanah dan kambing
tanaman dan Ada kegiatan Kegiatan
bilangan petani perdagangan menenun dan
kerja logam
Kegiatan
perdagangan
berkembang
Teknologi Ada sistem tali Kemajuan Pembinaan kota Hasilkan sutera
air matematik dan mengikut grid Mencipta peralatan
Reka cipta geometri yang tepat berasaskan besi
barangan Mahir dalam Adanya sistem Mencipta wang syiling
berasaskan perubatan/ perparitan dan Meningkatkan pengankutan
gangsa mengawet pembentungan jalan dan terusan
Ciptaan roda, mayat Calendar 365 Mencipta kompas magnetik
sauh, bajak Membina hari
Sistem nombor terusan dan Mencipta kertas
berasaskan 60 pengairan
Kalendar 12 Calendar 365
bulan hari
Mencipta emas Mencipta kertas
Mencipta kertas
Kesenian dan Tulisan Tulisan hieroglif Tulisan Sistem tulisan piktograf
kesusasteraan kuneiform Lakaran lukisan piktograf Puisi
Puisi dinding Hasilkan baling Lagu rakyat
Rekaan patung Lukisan di (ukiran Lukisan tembikar
pemimpin kawasan kubur geometri dan
motif alam)
Binaan bangunan Ziggurat (rumah Pyramid Kolam mandi Kurang mendirikan
dan kemudahan ibadat) Sfinks besar monument
Taman Tempat ibadat/ Pembinaan kota Membina Bandar
tergantung kuil menggunakan Bina istana dan rumah
Babylon grid tepat/ ibadat
bersusun
Jelapang
Sistem paip dan
pembentungan
Dewan
perhimpunan
BAB 6- PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM

1. PENGENALAN
i. Tamadun Yunani berkembang antara tahun 1000-800 SM
ii. Mencetuskan perkembangan tamadun Eropah
iii. Banyak pencapaian dalam pemerintahan dan pentadbiran (pengenalan sistem
demokrasi/ ekonomi/ sains dan teknologi, kesusasteraan / falsafah dan pendidikan

2. lokasi dan perkembangannya


i. Berada di semenanjung Greece dan pulau sekitarnya (laut Mediterranean)
ii. Cuaca sederhana – banyak kegiatan luar rumah dapat dilakukan- debat dan sukan
iii. Berhampiran laut – melahirkan pelayar yang handal
iv. Negara kota (Polis) – Bandar utama/ Bandar kecil dan kawasan kampung
v. Di dalam polis ada acropolis – pusat pentadbiran/ keselamatan / ada pelbagai kemudahan
(rumah ibadat/ bangunan kerajaan/ istana/ rumah bangsawan). Ada agora iaitu kawasan
lapang untuk pasar dan pertemuan
vi. Contoh Polis – Athens, Sparta, Corinth
vii. Ciri polis – penduduk ramai
viii. Setiap warga ada hak dan tanggungjawab menjaga polis (melahirkan kerjasama antara
rakyat)

3. corak pemerintahan
i. Corak pemerintahan – monarki / oligarki/ aristokrasi/tirani / demokrasi
ii. Monarki – sistem pemerintahan beraja, oligarki – pemerintahan dikuasai oleh segolongan
kecil pihak berkuasa / aristokrasi – pemerintahan golongan bangsawan / tirani – pemerintah
yang zalim dan menindas rakyat
iii. Demokrasi – hanya berlaku hasil kematangan politik penduduk di setiap polis
iv. Maksud demokrasi – pemerintah dipilih oleh rakyat melalui pengundian (pilihan raya)
v. Demokrasi di Athens – dewan perhimpunan (badan tertinggi) dibantu oleh majlis/
majistret/ juri
vi. Dewan perhimpunan – melantik ahli sebagai pentadbir, gubal undang-undang,
mengisytiharkan perang jika perlu, membuat perjanjian, perbincangan hal kewangan dan
percukaian, menerima duta.
vii. Ahli dewan – lelaki, pegang jawatan 6 bulan hingga setahun, bersidang 3 kali sebulan
viii. Majlis – ahlinya dilantik oleh dewan perhimpunan. Ahlinya seramai 500 orang.
Berkhidmat selama 2 tahun. Berfungsi melaksanakan keputusan dewan perhimpunan,
mengendalikan jabatan kerajaan
ix. Majistret – melaksanakan dasar (warganegara, 6000 ahli, 200-500 hakim) dan 10 jeneral
tentera
x. Juri – badan yang bertanggunjawab dengan sistem keadilan

Sparta
- Diperintah oleh 2 raja serentak (bagi mengelakkan kekejaman)
- Pemerintahan dibantu oleh dewan perhimpunan (10,000 ahli) dan majlis (28 orang dewasa
berumur 60 tahun)
- Menekankan disiplin/ ketenteraan
- Kaum wanita turut diajar latihan fizikal/ berlari/ bertinju/ menari dan menyanyi
- Menekankan ketaatan kepada Negara/ sanggup mati demi Negara

TAMADUN ROM
a. PENGENALAN
i. Menyambung tamadun Yunani
ii. Menjadi tamadun/ kuasa yang kuat apabila mengalahkan Etruscan, Mecedonia,
Seleucid, Mesir
iii. Membentuk empayar yang luas, berpusatkan Itali

b. Lokasi dan perkembangannya


i. Terletak di lembah Latium
ii. Lembah yang subur dan sesuai untuk pertanianiii. Sg Tiber – dijadikan punca
sumber air dan jalan pengangkutan keluar
iv. Masyarakat dibahagikan kepada 3 – Patricia – atasan / Plebian- petani /artisan – peniaga
dan hamba
C. perkembangan seni bina
i. Orang Rom membina bangunan bersaiz besar/ ada seni bina. Contohnya
bangunan, jalan raya, saliran dan tempat mandi awam
ii. Binaan kekal lama – melibatkan kepakaran / ilmu/ teknologi pada masa itu/
berilmu
iii. Penggunaan simen – tahan
iv. Banyak binaan dibuat oleh hamba/buruh
v. Binaan – unik contohnya Colosseum, tembok pertahanan, tempat mandi awam
vi. Colosseum – tempat adakan persembahan dan pertandingan/ boleh
memuatkan 50,000 orang (seperti stadium pada masa sekarang)
vii. Pantheon – berkubah/ tempat sembah dewa (seperti dewan)
viii. Akueduk – sistem pembekalan air- untuk rumah dan tempat mandi awam
(empangan)
ix. Jalan raya – mula dibina mulai 500 SM. Menghubungkan Bandar/laluan tentera
x. Tembok pertahanan –lindungi serangan musuh/ tinggi 5 meter/ ada kawalan
tentera
xi. Tempat mandi awam –mandi untuk kebersihan dan kesihatan/ ada
tandas/ruang mandi/ mengurut/ perpustakaan/ bilik rehat dan bersenam/ mandi air panas/
berwap- 1500 orang
BAB 7- PENINGKATAN TAMADUN INDIA DAN CHINA

TAMADUN INDIA
Pengenalan
- Antara tamadun terunggul di dunia
- Perkembangan pesat dalam pemerintahan / perluasan kuaas, ekonomi, kebudayaan,
teknologi dan keagamaan
Lokasi / perkembangan
-berpusat di lembah Ganges dan Sg Indus
- melahirkan kerajaan Magadha, Nanda, Maurya, Gupta

Perluasan kuasa
-faktor yang mendorong perluasan kuasa – kekuatan tentera, peranan raja, sumber manusia
yang cukup, kewangan yang baik dan perluasan kuasa secara agama (perluas pengaruh)
- bentuk perluasan kuasa – fizikal (kuasai wilayah lain/ takluk – ada tentera 20,000 untuk
kavalri@ tentera berkuda/ 200000 infantri/ 3000 askar bergajah)
- perluasan kuasa melalui agama
- Asoka mahu mengembangkan pengaruh melalui agama Buddha
- beliau memahat undang-undang yang dinamakan Tiang Asoka
- misi mengembangkan agam dihantar ke Tibet, Nepal, Burma, Alexandria, Antioch
dan Bactria.
- agama Buddha juga dapat dikembangkan di Sri Lanka dan Asia Tenggara
- pada zaman Gupta agama Hindu berkembang dengan besar

7.2. Tamadun China


Pengenalan
- Tamadun China menunjukkan kemajuan besar dalam bidang pemerintahan,
pentadbiran, sistem ekonomi, teknologi, intelektual, dan pendidikan
Lokasi
- Muncul di Lembah Sungai Huang He
- Kawasan ini subur dan strategic
- Dijadikan pusat kerajaan oleh raja dalam Dinasti Qin (221 SM – 206 SM) dan Han (206-
220SM)
Perkembangan
- Raja terkenal – Maharaja Shih Huang Di
- Meliputi kawasan yang sangat luas
- Maharaja SHT menyatukan China menyebabkan kerajaan menjadi stabil dan boleh
dimajukan dengan mudah
- Pemerintah Dinasti Han dapat meluaskan empayarnya
- Semasa Dinasti Han berlaku perkembangan perdagangan melalui pembukaan Laluan
Sutera, bidang pentadbiran dan sosial
- Mereka memilih pegawai kerajaan melalui sistem pendidikan
Perkembangan sistem pendidikan
- Pendidikan bermula pada zaman dinasti Shang – Zhou
- Lahir ramai ahli falsafah seperti Kungfu Tze (ajaran ini kekal hingga sekarang)
- Adanya penubuhan sekolah tinggi
- Pembuatan kertas membantu perkembangan pendidikan (sistem tulisan / buku)
Matlamat sistem pendidikan
- Peperiksaan perkhidmatan awam
- Memupuk nilai moral dan etika
- Mengekalkan ajaran konfusius
- Membezakan golongan atasan dan bawahan
- Memilih pegawai kerajaan
Sistem peperiksaan
- Sistem peperiksaan ketat (ada tahap)
- Lulus – boleh kerja dengan kerajaan sebagai pegawai
Bab 8 – TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

1. latar belakang
- pada awalnya masyarakat arab tinggal di kawasan di kelilingi padang pasir/ laut / teluk
- wilayah – Hijaz/ Yaman/ Hadramaut dan Oman
- kota penting – Makkah/ Madinah/ Taif
- selepas keruntuhan Empangan Maarib – berlaku kemerosotan
- masyarakat jahiliah (tak ada nabi/ kitab suci)

2. masyarakat Jahiliah
- hidup dalam kabilah (kaum Hdhari dan Badwi)
- Hadhari – duduk di kota/ berniaga/ menternak
- Badwi – hidup secara nomad/ berpindah randah / memelihara binatang- unta / kambing/
biri-biri/ mencari rumput/ kawasan berair
- ketua kabilah – Syeikh
- wujud sifat assabiyah (mementingkan kabilah masing-masing/ sanggup berperang untuk
merebut kuasa/ pengaruh/ harta)
- Kaum Arab Quraisy – mentadbir dan memajukan perdagangan di Makah
- Badan pentadbiran – Darun Nadwah

Keadaan ekonomi
- Semenanjung Tanah Arab – kurang subur
- Yaman – gandum / kopi
- Oman – sekoi/ padi
- Hadramaut – kemenyan
- Mekah di jadikan tempat dagangan
- Jalan sutera – memudahkan perdagangan antara Timur dan Barat
- Peniaga – mementingkan keuntungan/ mengamalkan riba dan menipu timbangan
Agama
- Wathani – sembah berhala/ patung
- Majusi – sembah api
- Yahudi – oleh Bani Israel (utara Semenanjung Arab)
- Nasrani – oleh Bani Israel (penduduk Ghassan dan Hirah)
- Animisme – sebilangan/ percaya pada roh dan kuasa ghaib
- Hunafa – ajaran Nabi Ibrahim
- Kepercayaan – menilik nasib/ sihir/ azimat
- Memandang rendah wanita
- Hidup – maksiat/ berjudi/ berzina/ minum arak / angkuh
- Mengamalkan sistem hamba –
- Sikap baik – memuliakan tetamu/ menepati janji/ menghormati tuan rumah
- Pandai bersyair/ bersajak/ berpidato

Kemunculan dan perkembangan tamadun Islam


- Nabi Muhammad – membawa rahmat kepada seluruh alam
- Mengubah – akhlak/ akidah/ syariah
- Lahir 20/4/570 M
- Nabi terima wahyu – tahun 610 – gua Hirak / jadi Rasul
- Dakwah – rahsia – 3 tahun/ ahli keluarga/ sahabat
- Dakwah terang-terangan – mendapat tentangan – Abu Lahab
- Berhijrah ke Madinah- Piagam Madinah/ perlembagaan sebuah Negara
- Sifat - sidik amanah tabligh fatanah (benar/ amanah/ menyampaikan/ bijaksana)
- Dakwah berkesan – diterima – agama Islam berkembang/ jumlah penganut bertambah
- Penyebaran – utusan ke Rom / Parsi / Mesir dan Habsyah

Penyebaran islam selepas kewafatan Nabi Muhammad


- Khalifah Al Rasyidin (Abu Bakar / Umar/ Uthman / Ali Abi Talib
- Abu Bakar – memerangi golngan murtad / tak mahu bayar zakat
- Umar – pembukaan wilayah baru – Iraq/ Syria/ Mesir
- Uthman – pentadbiran wilayah yang luas/ lantikan gabenor mengurus pentadbiran
- Ali – meneruskan pemerintahan
- Kerajaan selepas Khalifah – Bani Umaiyah / Abbasiah/ Uthmaniah
- Bani Umaiyah
o Perkembangan Islam semakin pesat
o Berpusat di Damsyik dan Cardova
o Islam berkembang ke India/ Asia Tengah/ Sepanyol
o Utusan – ke China
- Bani Abbasiah
o Berpusat di Baghdad
o Perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat sehingga ke Eropah
- Bani Uthmaniah
o Berpusat di Anatolia
o Perluasan pengaruh hingga ke Eropah timur/ sempadan Russia/ Asia Tenggara

Faktor penyebaran Islam


1. Syumul (keseimbangan rohani dan jasmani)
2. Keterbukaan (toleransi)
3. Kesaksamaan (adil/ pelbagai bangsa/ bahasa)
4. Dakwah
5. Hubungan diplomatic (kerajaan/ raja dengann Negara lain / pedagang)
6. Perdagangan (Arab / Afrika)
7. Pembukaan wilayah baru (Iraq/ Syria/ Mesir)

Peranan Nabi Muhammad


1. Merangka perlembagaan Madinah (Islam agama rasmi/ agama lain bebas diamalkan)
2. Menyatukan masyarakat Islam dengan bukan Islam
3. Menghantar utusan dakwah ke Habsyah/ Mesir / Byzantine/ Parsi
4. Menekankan konsep syura/ perundingan/ keadilan/ persamaan
5. Menjadikan Islam sebagai cara hidup
6. Menggalakkan hubungan perdagangan
7. Menggalakkan masyarakat bekerja keras/ bertani/ berniaga – mencari rezeki yang halal
8. Pengurusan tanah – memulihkan kawasan terbiar dengan tanaman baru
9. Pembangunan pasar- Suq AL Ansar (mengembangkan perniagaan peniaga Islam)
10. Pemimpin tentera – menekankan konsep jihad (menegakkan agama / mempertahankan
agama/ bangsa). Perang Badar/ Uhud/ Khandak /

Sumbangan tamadun Islam kepada dunia


Politik
- Mementingkan corak hidup yang sejahtera/ makmur
- Konsep keadilan/ ummah/ sistem syura/ mesyuarat/ muafakat/ kerjasama
- Adil kepada semua rakyat walaupun berbeza agama dan keturunan
- Toleransi antara kaum
- Konsep ummah
- Masyarakat ada tanggungjawab memajukan Negara
- Sistem syura- mesyuarat untuk mencapai keputusan / suara ramai/ keputusan
muafakat
- Ketua Negara bertanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat
- Perkenalkan jawatan khalifah- meneruskan kepimpinan selepas kewafatan nabi
- Mengadakan kerjasama antarabangsa- tujuan dakwah dan silaturahim
Ekonomi
- Sistem zakat/ wakaf
- Mata wang dirham/ perak
- Sistem cukai – cukai tanah/ perlindungan/ diri/ perdagangan
- Larangan amalan riba
- Mengelakkan penipuan semasa berniaga (timbangan / mengambil keuntungan
berlipat ganda
- Galakan menghasilkan hasil bermutu dalam bidang pertanian
- Galakkan Bersedakah/ menghulurkan bantuan/ berjimat cermat
- Penubuhan Baitulmal (perbendaharaan Negara)
- Sumber baitulmal – cukai/ wakaf/ wasiat/ pelaburan/ hasil peperangan
Sosial
- Mengangkat martabat wanita- belajar/ membantu semasa perang
- Mencipta kertas
- Sistem pengairan / benih/ baja
- Masjid dijadikan institusi pendidikan – tempat belajar/ perpustakaan
- Contoh- Cordoba (Sepanyol)

Kemunculan Ilmuan Islam


1. Jabir bin Hayyan – menghasilkan 80 buku berkaitan dengan perubatan dan kimia/
karyanya banyak diterjemah ke bahasa latin
2. Ibnu Sina- tokoh besar perubatan/ ahli falsafah
3. Al Battani - memperkenalkan ilmu trigonometri/ astronomi/ cipta alat ukuran masa
4. Al Biruni – kajian peta dan geografi/ membantu ilmu pelayaran
5. AL Khawarizmi – pengasas ilmu algebra/ matematik
6. Ibn Battuta – pernah belayar hingga ke India / Tanah Melayu/ menghasilkan buku
pelayaran

Sumbangan dalam seni bina


1. Maksud- reka benuk/ reka letak
2. Contoh bina masjid – ada menara/ mihrab / mimbar/ perhiasan/ arca/ ukiran
3. Reka bentuk melengkung
4. Sesuai dengan iklim setempat/ tingkap banyak/ peredaran udara
5. Sesuai dengan Budaya setempat- identity / masjid di Negara China

You might also like