Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kesan Berlaku Volkanisme

Kesan negatif
Lava daripada letusan gunung berapi membawa kepada kemusnahan petempatan
dan kerosakan kepada aktiviti manusia. Letusan gunung berapi juga memusnahkan
bentuk muka bumi di kawasan itu seperti letusan Gunung Kratatoa di Indonesia
pada tahun 1883 yang memusnahkan seluruh pulau itu.

Aktiviti gunung berapi juga memusnahkan harta-benda serta mengorbankan banyak


nyawa manusia.
Kesan positif
Walaupun aktiviti gunung berapi membawa kemusnahan dan kerosakan, tetapi ia
juga banyak membawa faedah kepada manusia.

Tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai
mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya
seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa,
kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.

Mata air panas dan geiser boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geotermal.

Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Di samping itu juga
menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak terdapat di
Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa dan
Jepun.
Aktiviti gunung berapi membentuk genahaqr yang amat besar. Genahar ini akan
mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya Danau Toba di Sumatera
dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan
pelancong.

You might also like