Penasaban Anak Tak Sah Tarafmenurut Maqa

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 119

PENASABAN ANAK TAK SAH TARAF

MENURUT PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

MASTURAH BT KASA @ MUHYIDDIN

JABATAN PENGAJIAN SYARIAH


FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
KAMPUS GONG BADAK
2019
PENASABAN ANAK TAK SAH TARAF
MENURUT PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

MASTURAH BT KASA @ MUHYIDDIN

LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN BAGI


MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN IJAZAH
SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH)
DENGAN KEPUJIAN

PUSAT PENGAJIAN SYARIAH


FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
KAMPUS GONG BADAK
2019
PERAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh Tandatangan/ Nama/ No.Matrik

………………… …………………………………..

(Masturah Bt. Kasa @ Muhyiddin)

BIBL16044446
iv

ABSTRAK

Islam membawa peraturan kepada umat manusia bertujuan untuk menjaga kemaslahatan
hidup mereka. Tujuan ini dikenali sebagai “Maqasid al-Syariah”. Terdapat lima
matlamat utama dalam Maqasid al-Syariah iaitu memelihara agama, nyawa, akal,
kuturunan dan harta. Gejala kelahiran anak luar nikah atau anak tak sah taraf kini sudah
menjadi isu besar kepada negara dan sangat membimbangkan masyarakat pada hari ini.
Mengikut perangkaan dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2017 sahaja, secara
puratanya seramai 4,992 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu berusia 18 tahun ke bawah.
Timbul pertikaian bagi menasabkan anak tak sah taraf ini kepada bapa biologi. Namun
demikian,kaedah ini adalah bercanggah dengan hukum dan fatwa-fatwa yang
diwarktakan. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan hubungan maqasid syariah
dalam penasaban anak tak sah taraf dalam ruang lingkung “hifz nasab”. Tuntutan dalam
menjaga keturunan amat dititik beratkan dalam disiplin ilmu Maqasid al-Syariah.
Memelihara nasab keturunan merupakan salah satu daripada prinsip asas tersebut dan hal
ini membuktikan bahawa pentingnya untuk menjaga kesucian nasab keturunan di dalam
Islam. Sekiranya isu penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologinya dibenarkan
atas hujah ingin menutup malu dan demi menjaga aib digunakan sebagai alasan untuk
membenarkan isu ini adalah tidak tepat. Kaedah penulisan kajian ini berbentuk kualitatif
menerusi kaedah perpustakaan, analisis kandungan dengan merujuk perbahasan fiqh
ulama terdahulu, fatwa-fatwa, jurnal-jurnal terpilih, fatwa-fatwa kebangsaan dan negeri.
Data yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan data primer dan sekunder.
Kajian ini mendapati anak tak sah taraf tida boleh dinasabkan kepada bapa biologinya
demi menjaga kesucian keturunan. Dan penasaban anak tak sah taraf akan membuka
lebih banyak ruang-ruang mafsadah kepada pihak-pihak tertentu. Akhir sekali pengkaji
menyarankan beberapa cadangan untuk mmenyelesaikan isu ini berdasarkan konsep
maqasid syariah.
v

ISI KANDUNGAN

Daftar Kandungan HALAMAN


PERAKUAN ii
ABSTRAK iv
TRANSLITERASI ARAB KE MELAYU vii
PENGHARGAAN x
AKRONIM xi

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Masalah Kajian 4
1.3 Soalan Kajian 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Defisini Operasi 8
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.6.1 Bakal Pengkaji 12
1.6.2 Golongan Agama 12
1.6.3 Institusi Kehakiman dan Pengamal Undang-Undang 13
1.6.4 Individu (Ibu yang Mengandungkan Anak Tak Sah Taraf) 13
1.6.5 Institusi Pendidikan Awam dan Swasta 14
1.7 Sorotan Literatur 14
1.8 Skop Kajian 19
1.9 Metodologi Kajian 20
1.9.1 Bentuk Kajian 21
1.9.2 Kaedah Pengumpulan Data 21

BAB 2 KONSEP PENASABAN ANAK TAK SAH TARAF MENURUT ISLAM 22


2.1 Pengenalan 22
2.2 Definisi Anak Tak Sah Taraf 23
2.2.1 Anak Tak Sah Taraf Dari Sudut Bahasa 23
2.2.2 Anak Tak Sah Taraf Dari Sudut Syarak 23
2.3 Dalil Pensyariatan Penasaban Anak Tak Sah Taraf 24
2.3.1 Dalil Al-Quran 24
2.3.2 Hadith Rasulullah S.A.W 25
2.4 Peruntukan Anak Tak Sah Taraf Dalam Undang-Undang Keluarga Islam
26
2.5 Peruntukan Anak Tak Sah Taraf Dari Sudut Fatwa 29
2.5.1 Fatwa-Fatwa Berkenaan Anak Tak Sah Taraf di Beberapa Negeri 31
2.6 Kedudukan Sabitan Nasab Anak Tak Sah Taraf kepada Bapa Biologi
Berdasarkan Hukum Syarak 36
2.6.1 Kaedah Perkahwinan 36
2.6.2 Kaedah Pengakuan (Iqrar) 37
2.6.3 Kaedah Keterangan (Bayyinah) 39
vi

2.7 Pandangan Ulama Yang Menerima Dan Menolak Penasaban Anak Tak Sah
Taraf 41
2.8 Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia
43

BAB 3 MAQASID SYARIAH DALAM PENJAGAAN NASAB DAN MARUAH 46


3.1 Pengenalan 46
3.2 Konsep Maqasid Syariah 46
3.2.1 Maqasid Amah Maqasid Khassah 48
3.2.1. Maqasid Ammah 49
3.2.1.2 Maqasid Khasah 50
3.2.2 Tingkat Maqasid Ammah 52
3.2.2.1 Daruriah 53
3.2.2.2 Hajiah 55
3.2.2.3 Tahsiniah 55
3.2.2.4 Kamaliah / mukammilah 56
3.2.3 Maqasid Daruriah Yang Lima (Daruriyat al-Khams) 57
3.2.3.1 Menjaga Agama 59
3.2.3.2 Menjaga nyawa 61
3.2.3.3 Menjaga aqal 63
3.2.3.4 Menjaga keturunan dan maruah 65
3.2.3.5 Menjaga harta 67
3.3 Kepentingan Memahami Maqasid Syariah 68
3.4 Kepentingan Nasab Menurut Perspektif Islam 70
3.5 Maqasid Syariah Dalam Penjagaan Nasab Dan Keturunan 72
3.6 Maslahah Dan Mafsadah Dari Sudut Penasaban Anak Tak Sah Taraf 75
3.7 Aplikasi Kaedah Qawaid Fiqh Terhadap Fatwa Berkaitan Anak Tak Sah
Taraf 78
3.8 Sadd Al-Zarai Dari Sudut Penasaban Anak Tak Sah Taraf 82
3.9 Garis Panduan Penamaan, Pergaulan Dan Hak-Hak Anak Tak Sah Taraf 84
3.10 Kesimpulan 89

BAB 4 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN 93


4.1 Pengenalan 93
4.2 Saranan Dalam Menangani Isu Penasaban Anak Tak Sah Taraf 94
4.3 Cadangan Bagi Mengharmonikan Isu Anak Tak Sah Taraf Dalam Konteks
Masyarakat
Malaysia 99
4.4 Kesimpulan 101
vii

TRANSLITERASI ARAB KE MELAYU

PENDAHULUAN

Bahagian ini akan menunjukkan transliterasi huruf Arab ke Melayu. Ini kerana,
sebahagian huruf Arab tidak mempunyai padanan langsung dengan huruf rumi. Oleh itu,
setiap perkataan Arab yang dieja dengan huruf rumi perlu ditransliterasikan berpandukan
jadual di bawah.

JADUAL TRANSLITERASI

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

‫ء‬ ‟ ‫سأل‬ sa‟ala


‫ب‬ B ‫تذل‬ Badala
‫خ‬ T ‫توش‬ Tamr
‫ث‬ Th ‫حىسج‬ Thawrah
‫ج‬ J ‫جوال‬ Jamāl
‫ح‬ ḥ ‫دذَج‬ Ḥadith
‫ر‬ Kh ‫خالذ‬ Khālid
‫د‬ D ‫دَىاى‬ Diwān
‫ر‬ Dh ‫هزهة‬ Madhhab
‫س‬ R ‫سدوي‬ Rahman
‫ص‬ Z ‫صهضم‬ Zamzam
‫ط‬ S ‫سشاب‬ Sarāb
‫ش‬ Sh ‫ضوص‬ Shams
‫ص‬ ṣ ‫صثش‬ Ṣabr
‫ض‬ ḍ ‫ضوُش‬ Ḍamīr
‫ط‬ ṭ ‫طاهش‬ Ṭāhir
viii

‫ظ‬ ẓ ‫ظهش‬ Zuhr


‫ع‬ „ ‫عثذ‬ „abd
‫غ‬ Gh ‫غُة‬ Ghayb
‫ف‬ F ‫فقه‬ Fiqh
‫ق‬ Q ٍ‫قاض‬ Qaḍi
‫ك‬ K ‫كأط‬ ka‟s
‫ل‬ L ‫لثي‬ Laban
‫م‬ M ‫هضهاس‬ Mizmār
‫ى‬ N ‫ًىم‬ Nawm
‫ه‬ H ‫هثظ‬ Habaṭa
‫و‬ W ‫وصل‬ Waṣala
ٌ Y ‫َساس‬ Yasār

Vokal Pendek

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

َ a ‫فعل‬ Fa„ala

َ l ‫دسة‬ Ḥasiba

ََ u ‫كتة‬ Kutiba

Vokal Panjang

Huruf Arab Huruf Latin Contoh asal Contoh Transliterasi

‫ي‬،‫ا‬ a ً‫ قض‬، ‫كاتة‬ Katib, qada

ٌ i ‫كشَن‬ Karim

‫و‬ u ‫دشوف‬ Huruf


ix

Diftong

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

‫َو‬ Aw ‫قىم‬ Qawl

ٌَ Ay ‫سُف‬ Sayf

ٌٌ iyy/i ٍ‫سجع‬ Raj„iyy / raj„i

‫وو‬ aww/u ‫عذو‬ „Aduww / „adu

PENGECUALIAN

Perkataan Arab yang telah masyhur penggunaannya dalam Bahasa melayu seperti al-
Quran, nama-nama nabi dan rasul, Rasulullah, hadith, nama tempat terbitan dan
seumpamanya.
x

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi pujian dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, pengikut sahabat dan para
salihin sehinggalah ke hari qiamat. Dengan limpahan rahmat dan kurniaan inayahnya,
akhirnya dapatlah saya menyiapkan laporan penyelidikan yang telah diamanahkan kepada
saya dengan jayanya meskipun terpaksa melalui kesulitan dan kepayahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Prof. Madya Dr. Wan Mohd Yusof Bin Wan Chik selaku penyelia saya, yang telah
banyak memberi dorongan bimbingan dan tunjuk ajar serta komen yang membina kepada
saya sepanjang tempoh saya menyiapkan laporan kajian ini.

Terima kasih dan penghargaan turut didedikasikan buat pihak perpustakaan


Universiti Sultan Zainal Abidin, Perpustakaan Negeri Terengganu dan Perpustakaan
Pengajian Islam Universiti Malaya. Maklumat yang diperoleh dari tiga institusi ini telah
banyak membantu serta melancarkan lagi proses dalam meyiapkan tugasan ini.

Tidak ketinggalan buat kedua ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberi
semangat dan motivasi serta nasihat sepanjang pelaksanaan kajian ini serta ucapan terima
kasih kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI),
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Semoga segala apa yang kita lakukan akan
mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah S.W.T dan semoga hasil penulisan ini akan
memberi manfaat yang besar di dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang banyak membantu dan memberi
sokongan kepada saya untuk menyiapkan laporan kajian ini.

Sekian, terima kasih.


xi

AKRONIM

UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin

FKI Fakulti Kontemporari Islam

A.S. Alaihi Salam

R.A. Radiallahuahu „Anhu / „Anha

S.A.W. Sallallah „Alaihi Wasallam

S.W.T. Subhanahu Wa Ta‟ala

Hal Halaman
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Perkahwinan merupakan tuntutan fitrah ke atas diri manusia yang hidup di muka bumi

sebagai hamba Allah S.W.T. Dalam agama Islam hubungan antara lelaki dan wanita

perlu dimeterai dengan ikatan perkahwinan. Tanpa ikatan perkahwinan yang sah, anak

yang dilahirkan dianggap anak zina (dahulunya dan kini dikenali sebagai anak tak sah

taraf) yang tidak mempunyai apa-apa kaitan yang boleh dihormati dengan bapa

biologinya (Othman, 2018 : 1)

Firman Allah S.W.T

            

        

Maksudnya : dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya


dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup
mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan
kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang Yang berfikir.
2

)Surah ar-Ruum (30): 21(

Ayat ini cukup jelas dalam menggambarkan bahawa perkahwinan dalam Islam

merupakan suatu sunnah dalam memenuhi fitrah ke atas diri manusia. Pernikahan juga

merupakan satu medium untuk mencapai tujuan Syari‟at Islam yang salah satunya adalah

memberi perlindungan keturunan (hifz nasab), untuk melestarikan keturunan dan

menghindari kesyubhatan dalam penentuan nasab.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sebanyak

4,992 kanak-kanak tidak sah dilahirkan oleh remaja perempuan yang berumur 18 tahun

ke bawah pada tahun 2017. Terdapat juga 120 kes buang bayi dilaporkan tahun yang

sama. Sehingga Jun tahun ini, JPN melaporkan seramai 1,664 kanak-kanak tidak sah

dilahirkan oleh ibu bawah umur (Joibi, 2018)1.

Malaysia telah digemparkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada Julai

2017 yang membenarkan permohonan anak tidak sah taraf untuk dibinkan atau dibintikan

kepada bapa biologinya yang mana kanak-kanak tersebut dilahirkan selepas 5 bulan 24

hari (atau 5 bulan 27 hari menurut kalendar Qamariah) selepas ibu bapanya bernikah. Ini

secara jelas menjadikan keputusan tersebut adalah tidak selari dengan keputusan Majlis

Fatwa Kebangsaan Malaysia. Bahagian Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menyatakan

fatwa tidak mempunyai kuasa undang-undang ke atas mahkamah. Keputusan ini telah

1
Portal Rasmi MsTAR, dicapai pada 6 April 2019
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/07/23/lahir-bawah-umur
3

menjadi polemik dalam kalangan masyarakat termasuklah golongan agama dan pengamal

undang-undang. Namun setakat status terkini, keputusan kes ini telah dirayu oleh

kerajaan persekutuan melalui peguam negara ke Mahkamah Persekutuan dan masih

dalam prosiding (Ali, 2017)2

Gejala kelahiran anak luar nikah atau anak tak sah taraf sudah menjadi isu besar

kepada negara dan sangat membimbangkan masyarakat pada hari ini. Polemik dalam isu

anak tak sah taraf ini bukanlah satu isu baru dalam negara kita. Malah perkara ini juga

telah wujud sejak zaman jahiliah yang mana berkaitan dengan anak-anak hasil zina.

Islam telah mendepani isu ini secara duniawi dan ukhrawi melalui wahyu yang

diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. Sebelum ini disebut sebagai „Anak Zina‟,

kemudian dilunakkan panggilan dengan „Anak Luar Nikah‟ dan seterusnya dilunakkan

sebagai „Anak Tak Sah Taraf‟. Apa juga gelaran yang diberikan, ia adalah golongan yang

sama namun dilihat dari perspektif atau persekitaran yang berbeza (Othman, 2018:1).

Fokus utama yang ingin dibincangkan dalam kajian ini tertumpu kepada

penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologi. Penasaban anak tak sah taraf kepada

bapa biologi diambil kira dari sudut wujudkah kewajaran atau sebaliknya dalam

pensabitan nasab anak tersebut. Polemik yang berlaku dalam masyarakat isu ini turut

dikupas dari sudut Maqasid Syariah bagi memenuhi kajian ini.

2
Portal Rasmi Berita Harian dicapai pada 6 April 2019)
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/322799/jpn-dibenar-rayu-isu-anak-tak-sah-taraf
4

Perbincangan kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pengenalan

yang menjelaskan secara ringkas namun padat berkenaan dengan anak tak sah taraf dan

statistik keberadaan anak tak sah taraf tersebut saban tahun selain daripada menyatakan

objektif kepada tugasan ini. Bahagian kedua pula berkenaan dengan konsep anak tak sah

taraf menurut hukum syara‟ antaranya melalui pandangan mazhab dan fuqaha‟ serta

melalui pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Bahagian ketiga merupakan bab

yang paling penting dimana bab ini berkenaan dengan hubungkait penasaban anak tak

sah taraf dari sudut perspektif Maqasid Syariah. Bahagian terakhir dalam perbincangan

ini ialah cadangan dalam mengharmonikan isu anak tak sah taraf dengan masyarakat

Malaysia.

1.2 Masalah Kajian

Islam sangat memandang serius kedudukan seorang anak yang dilahirkan sama ada anak

yang dilahirkan tersebut merupakan anak sah taraf atau anak tak sah taraf. Kedudukan

seseorang ataupun status seseorang akan membawa implikasi yang besar terhadap hukum

Islam.

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan

yang membenarkan permohonan anak tidak sah taraf untuk dibinkan atau dibintikan

kepada bapa biologinya yang mana kanak-kanak tersebut dilahirkan selepas 5 bulan 24
5

hari. Ini secara jelas menjadikan keputusan tersebut adalah tidak selari dengan

keputusan majlis Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

berkaitan dengan anak tak sah taraf. Peruntukan Fatwa Kebangsaan yang sedia ada

dikatakan tidak diterjemahkan dalam bentuk peruntukan undang-undang di Malaysia.

Ketidakjelasan status anak luar nikah boleh mendatangkan pelbagai implikasi seperti

pernamaa, perwalian, hak harta pusaka, pergaulan,aurat dan lain-lain.

Peningkatan kadar kes kelahiran anak tak sah taraf juga meningkat dari masa ke

semasa. Berdasarkan laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, sejak Januari sehingga

Jun 2018, terdapat 1,664 anak tak sah taraf dilahirkan oleh ibu yang berusia 18 tahun ke

bawah dan 4,992 anak tak sah taraf dilahirkan ibu berusia 18 tahun ke bawah serta

sebanyak 120 kes buang bayi direkodkan sepanjang 2017. Statistik atau fakta yang

dipaparkan ini sebenarnya lebih tinggi daripada yang sedia ada sekiranya mengambil kira

kes-kes yang melibatkan wanita yang berusia atas 18 tahun atau pembuangan bayi.

Malahan masih terdapat kes-kes yang tidak didaftarkan atau tidak direkodkan oleh

Jabatan Pendaftaran Negara.

Kewujudan anak tak sah taraf ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia mampu

merosakkan hubungan nasab sesebuah keluarga. Agama Islam telah menetapkan terdapat

lima Maqasid Syariah dan antaranya ialah “hifz nasab”. Ia bermaksud menjaga

keturunan, maka dengan mengikut hawa nafsu ini gugurnya salah satu Maqasid Syariah

ini. Justeru, untuk menjaga kepentingan anak tak sah taraf ini, wujud cadangan untuk
6

menasabkan mereka kepada bapa biologi (lelaki yang menjadi pasangan zina ibu kandung

anak tersebut). Antara hujah yang dikemukakan oleh golongan yang mengharuskan

penasaban anak tak sah taraf ialah untuk mengelakkan anak-anak yang tergolong dalam

kategori ini daripada berasa malu. Walaupun tujuan cadangan ini adalah murni, namun ia

telah mendapat bantahan pelbagai pihak, antaranya para Mufti, Persatuan Peguam Syarie

Malaysia dan para ilmuan. Menurut mereka, cadangan ini boleh membawa impak negatif

kepada masyarakat dan mencemar kesucian Islam dan seterusnya membawa implikasi

yang sangat besar kepada anak tersebut.

Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak kajian-kajian lepas yang

ditulis oleh pelajar-pelajar dari seantero negara berkenaan isu anak tak sah taraf. Akan

tetapi kebanyakan dari mereka membuat kajian ke dari skop undang-undang di Malaysia,

Peranan Mahkamah, Analisis Fatwa dan Siasah Syar‟iyah. Walau bagaimanapun, masih

tidak banyak kajian ke atas penasaban anak tak sah taraf dari sudut Maqasid Syariah

terutamanya dalam ruang lingkup “hifz nasab”. Penjelasan tentang status anak luar

nikah sangat penting kerana masyarakat sekarang kurang pendedahan kepada status

anak luar nikah dari segi perspektif Maqasid Syariah dan hukum syarak yang di

amalkan di Malaysia. Lebih-lebih lagi jika menyangkut isu penasaban anak tidak sah

kepada bapa biologi.

Sepertimana yang dikatakan, undang-undang dikuatkuasakan semata-mata untuk

menegakkan keadilan dan menjaga keharmonian masyarakat. Namun demikian, undang-


7

undang yang dilaksanakan adalah tidak bertepatan dengan hukum syarak yang telah

ditetapkan oleh Allah S.W.T. Situasi permasalahan yang berlaku pada hari ini telah

mendorong pengkaji untuk membuat kajian berkaitan dengan “Maqasid Syariah dalam

Bab Penasaban Anak Tak Sah Taraf”‟. Pengkaji juga cuba menekuni isu ini untuk

melihat dengan lebih tuntas dan mendalam berdasarkan nusus syara‟ bagi menghuraikan

permasalahan ini dengan lebih teratur dan tepat. Ini bertujuan untuk mengetahui

matlamat Maqasid Syariah terhadap penasaban anak tak sah taraf dari segi menjaga

kesucian keturunan supaya dapat mengelakkan implikasi yang lebih teruk pada masa

hadapan.

1.3 Soalan Kajian

Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:

1.3.1 Apakah konsep penasaban anak tak sah taraf menurut perspektif Maqasid Syariah

dan Undang-Undang di Malaysia ?

1.3.2 Apakah hubungkait antara isu penasaban anak tak sah taraf dengan persepktif

Maqasid Syariah ?

1.3.3 Apakah garis panduan penamaan, pergaulan dan hak-hak anak tak sah taraf ?
8

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

1.4.1 Mengetahui konsep penasaban anak tak sah taraf menurut perspektif Maqasid

Syariah dan Undang-Undang di Malaysia.

1.4.2 Mengenalpasti hubungkait antara isu penasaban anak tak sah taraf dengan

persepktif Maqasid Syariah.

1.4.3 Menjelaskan garis panduan penamaan, pergaulan dan hak-hak anak tak sah taraf .

1.5 Defisini Operasi

Kajian ini dijalankan berasaskan beberapa konsep yang dirumuskan kepada beberapa

definisi operasional seperti di bawah :


9

1.5.1 Penasaban

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penasaban bermaksud hal yang berkaitan dengan

nasab iaitu berkaitan dengan pewalian, pewarisan, dan pergaulan dalam keluarga.

Manakala, menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, nasab bermaksud keturunan,

terutamanya dari sebelah bapa ; pertalian keluarga. Dalam kajian ini, penasaban yang

dimaksudkan ialah penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologinya.

1.5.2 Anak Tak Sah Taraf

Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut “walad al-zina” yang bermaksud

anak zina atau anak luar nikah. Berdasarkan perbincangan para fuqaha‟ tentang nasab

seseorang anak, secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa anak zina adalah merujuk

kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah atau

pun persetubuhan yang syubhah.(Ahmad, 2016 : 216)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama

Islam Malaysia Kali Ke-57 mendefinisikan anak tak sah taraf ialah anak yang dilahirkan

di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan

syubhah atau bukan daripada anak perhambaan. Anak tak sah taraf juga bukan anak

daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan atau anak yang

dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah daripada tarikh akad nikah.(2015 : 206)
10

Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003,

penggunaan istilah anak tak sah taraf adalah istilah yang digunakan bagi anak yang tidak

mempunyai nasab atau hubungan darah sah. Seksyen 2, Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam memperuntukkan :

“Tak sah taraf berhubungan dengan seseorang anak, ertinya


dilahirkan di luar nikah dan bukan dari persetubuhan yang
syubhah”3

1.5.3 Perspektif

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perspektif membawa maksud cara pelukisan

(gambaran) sesuatu benda pada permukaan yang rata sebagaimana yang kelihatan sari

sesuatu tempat pada mata seseorang. Definisi kedua pula, perspektif bermaksud

pandangan yang wajar bukan sesuatu dengan memperkirakan bahagian-bahagian dalam

hubungan keseluruhannya yang logika dan amat penting dalam menghadapi hal ini.

1.5.4 Maqasid

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Māqāsīd tujuan bermaksud arah, hala, haluan,

yang dituju, matlamat, maksud atau tuntutan.(2007 : 1724)

3
Laman Web Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor) 2003 , dicapai pada 20 April
2019 , http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011
11

Menurut Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di dalam buku Māqāsīd al-Shár‟iyyáh:

Satu Pengenalan Umum, perkataan māqsād (‫ )هقصذ‬atau qāsād (‫ )قصذ‬memberi maksud

menuntut sesuatu,mendatangi,menyimpan dan menthabitkan.(2016 : 2)

1.5.5 Syariah

Merujuk kepada Kamus Dewan, “Syariah” adalah bermaksud hukum Islam.(2007 :

1559). Menurut Kamus Kontekstual Lengkap Al-Khalil, perkataan “syariah” berasal

daripada perkataan bahasa Arab iaitu syara‟ yang bermaksud undang-undang. Bagi

perkataan “syariah” pula bermaksud sesuatu atau apa yang disyariatkan oleh Allah S.W.T

sama ada pegangan atau hukum, metod syariat dan undang-undang.(2006 : 318)

1.5.6 Maqasid Syariah

Setelah digabungkan keduanya tebitlah satu istilah khusus, terdapat banyak takrif yang

dikemukakan oleh ulama‟ dalam kitab mereka, antaranya ;

Ibnu Asyur menerangkan Maqasid Syariah sebagai “pengertian-pengertian dan

hikmat yang ditonjolkan oleh syara‟ Allah S.W.T dalam semua suasana tasyri‟ atau

kebanyakannya dimana tidak hanya didapati didalam bahagian tertentu hukum syariah

sahaja”. (Ibnu Asyur, 1978:51)


12

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dijalankan kerana pengkaji mendapati banyak masalah yang melanda

masyarakat hari ini seperti keruntuhan akhlak dan moral serta peningkatan kes anak tak

sah taraf. Dengan kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada :

1.6.1 Bakal Pengkaji

Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang terperinci kepada bakal pengkaji

yang berminat untuk menjalankan kajian mengenai isu penasaban anak tak sah taraf

dalam aspek Islam. Objektif kajian yang diketengahkan dalam kajian ini boleh diluaskan

lagi bakal pengkaji untuk menghasilkan kajian yang lebih mantap. Selain itu, kajian ini

juga diharapkan dapat membantu bakal pengkaji mengembangkan kajian ini dengan

pemboleh-pemboleh ubah yang baru.

1.6.2 Golongan Agama

Isu anak tak sah taraf antara bidang yang masih kekurangan pengkaji dalam

menghuraikan jawapan bagi permasalahan isu ini. Pelbagai seminar dan bengkel telah

dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Namun demikian, masih belum ada lagi kajian

yang menekankan secara terperinci mengenai jalan penyelesaian ini. Justeru, kajian yang
13

dijalankan ini diharapkan memberi input-input baru untuk meningkatkan kefahaman

mengenai isu ini.

1.6.3 Institusi Kehakiman dan Pengamal Undang-Undang

Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan sumber kepada institusi-institusi

kehakiman dan pengamal undang-undang untuk menetapkan keputusan penasaban anak

tak sah taraf kepada bapa biologi selaras dengan hukum syarak. Kajian ini juga

diharapkan dapat memberi ilmu dan maklumat yang baru kepada pengamal undang-

undang untuk memudahkan mereka mencari solusi dalam permasalahan ini dengan

mendatangkan dalil-dalil dan nas dari Al-Quran dan As-Sunnah. Kajian ini juga memberi

gambaran yang lebih jelas mengenai hukum, hikmah dan sebab-sebab sesuatu larangan.

1.6.4 Individu (Ibu yang Mengandungkan Anak Tak Sah Taraf)

Kajian ini diharapkan memberi input yang berguna kepada ibu yang mengandungkan

anak tak sah taraf supaya lebih peka kepada permasalahan ini. Kajian ini memberi

penerangan dan memberi penjelasan implikasi pensaban anak tak sah taraf. Hakikatnya,

masih ramai yang mengambil sikap sambil lewa untuk menutup malu.
14

1.6.5 Institusi Pendidikan Awam dan Swasta

Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak institusi pendidikan dalam menjadikan ia

sebagai satu garis panduan dalam menyusun dan merancang pembelajaran dan

pengajaran di institusi pendidikan yang lebih bercorak praktikal. Kajian ini juga

diharapkan dapat memberi info kepada guru-guru untuk mengajar dengan lebih praktikal

dan kefahaman yang jelas.

1.7 Sorotan Literatur

Sebelum menjalankan kajian ini dengan lebih terperinci, pembacaan dan penelitian awal

diperlukan bagi mengetahui serba sedikit berkaitan tajuk yang akan dikaji ini supaya

memperolehi beberapa gambaran awal berkaitan kajian yang ingin dijalankan. Rujukan

telah pun dibuat terhadap beberapa buah karangan dan buku yang akan pengkaji nyatakan

dibawah. Setelah meneliti beberapa penulisan mengenai penasaban anak tak sah taraf,

pengkaji mendapati tidak ada perbincangan yang khusus mengenai isu ini yang berkait

dengan Maqasid Syariah. Oleh itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk mengenalpasti

dan mengkaji penasaban anak tak sah taraf menurut perspektif Maqasid Syariah dalam

skop menjaga keturunan dan maruah.

Menurut kitab yang dikarang oleh Nuruddin bin Mukhtar al-Khadami yang

bertajuk Ilmu al-Maqāsid al-Shár‟iyyáh. Dalam kitab ini dijelaskan berkaitan takrif
15

maqasid syariah, faedah mempelajari maqasid syariah, pembahagian maqasid syariah,

susunan maslahat manusia serta kaedah mengaplikasi maqasid syariah. Namun, kitab ini

hanyalah menerangkan ilmu maqasid syariah tanpa ada hubungkait dengan tajuk

penasaban anak tak sah taraf.

Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di dalam bukunya Maqasid Syariah : Satu

Pengenalan Umum menerangkan secara ringkas mengenai ilmu maqasid syariah. Buku

ini memberikan kefahaman awal mengenai maqasid syariah dari segi sejarah dan

kedudukan maqasid syariah, kepentingan maqasid syariah, tujuan maqasid syariah serta

fatwa dari Maqasid Ammah.

Maslahah dalam Perundangan Hukum Syarak merupakan buku yang ditulis oleh

Selamat Hashim. Buku ini menjelaskan tentang kedudukan hukum fiqh dalam urusan

seharian. Tujuan perundangan hukum syarak adalah untuk menjaga kepentingan manusia,

bukun untuk menyusahkan mereka. Keseluruhan bab dalam buku ini menyentuh konsep

masalahah iaitu kebaikan. Selanjutnya buku ini menjelaskan zari‟ah sebagai sumber

untuk menetapkan sesuatu hukum syarak. Para ulama menjadikan zari‟ah sebagai sumber

untuk menetapka sesuatu hukum syarak, iaitu dengan membuat penilaian terhadap kesan

dan akibat sesuatu perbuatan.


16

Menurut kajian yang bertajuk “Status Anak Luar Nikah: Satu Kajian Ke Atas Hak

Harta Pusaka Mengikut Fiqh Islam Dan Undang-Undang Syarak Wilayah Persekutuan”

yang ditulis oleh Muhammad Aunurrochim Mas‟ad dan Mohamad Zakwan Nafis Bin

Mohamed Zamri menyebutkan tentang hak harta pusaka ke atas anak luar nikah. Kajian

ini membincangkan adakah anak tidak sah taraf layak untuk mendapatkan hak harta

pusaka. Kajian ini mendapati anak tak sah taraf tidak boleh menerima sebarang harta

daripada bapanya, akan tetapi dia masih boleh menerima harta pusaka daripada pihak

ibunya kerana antara mereka berdua hubungan keturunan masih lagi kekal kerana ibu

tersebut yang melahirkannya.

“Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tak Sah Taraf : Satu Kajian Kes Di

Negeri Kedah” merupakan satu kajian yang ditulis oleh Abd. Ghani Ahmad dan

Nuarrual Hilal Md. Dahlan. Kajian ini membincangkan mengenai pihak yang

bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak tak sah taraf berdasarkan hukum syarak

dan peruntukan undang-undang. Hasil kajian ini mendapati bahawa ibu merupakan orang

yang bertanggungjawab memberikan nafkah kepada anak tak sah taraf, manakala pihak

bapa tidak dikenakan apa-apa tindakan. Keadaan ini menimbulkan ketidakadilan kepada

pihak sebelah ibu dan anak tak sah taraf terbabit. Oleh itu, suatu mekanisme perlu

diwujudkan bagi menangani isu nafkah anak tak sah taraf demi keadilan semua pihak

seperti peruntukan nafkah atau dana khas oleh kerajaan untuk anak tak sah taraf.
17

Dalam satu kajian yang bertajuk “Menutup Aurat Antara Tuntutan Dan Mengikut

Dimensi Maqasid Syariah” membincangkan mengenai tuntutan menutup aurat dan

pandangan Islam terhadap fesyen. Selain itu, kajian ini juga menyatakan perkaitan antara

tuntutan menutup aurat dan fesyen dalam memenuhi maqasid Syariah yang lima. Kajian

ini menyatakan dengan jelas mengenai Maqasid Syariah yang lima iaitu menjaga agama,

menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta. Dapat

disimpulkan dalam kajian ini bahawa Islam adalah agama yang syumul dan memiliki

prinsip wasatiy. Islam bukanlah agama yang melarang semua perkara tetapi meraikan

manusia. Fesyen dibolehkan akan tetapi perlulah berdasarkan kepada syarak.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dato‟ Haji Abdul Majid bin Omar yang

bertajuk “ Kedudukan Anak Tak Sah Taraf : Dari Aspek Pandangan Syarak, Nasab dan

Perwarisan Serta Kekeluargaan Islam” menyatakan tentang peruntukan undang-undang

tentang ketaksahtarafan anak bagi mensabitkan nasab. Dalam kajian ini, pengkaji cuma

memperuntukkan tentang anak tak sah taraf dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam (Negeri Selangor) sahaja. Peruntukan ini mengaitkan hubungan bapa dengan

anaknya, sekiranya anak tersebut lahir dari perkahwinannya dengan seorang wanita,

selepas enam bulan perkahwinan mengikut tahun hijri atau dalam masa empat tahun

selepas perceraian. Anak yang lahir dalam jangka masa yang tersebut dikira sebagai sah

tarafnya, melainkan si bapa menafikan nasab anak tersebut di mahkamah.


18

Turut menjadi rujukan adalah kajian yang ditulis oleh Nazihah Binti Nasirudin

yang bertajuk “Maqasid Syariah Dalam Perkahwinan Dari Segi Tanggungjawab”.

Kajian ini hanya berfokus kepada tanggungjawab suami isteri dalam perkahwinan

menurut persepektif Maqasid Syariah. Menurut kajian ini, perkahwinan merupakan

hukum yang termasuk dalam perkara keempat keperluan asas daruriyat iaitu menjaga

maruah dan keturunan. Perkahwinan merupakan syariat yang ditetapkan untuk

melindungi manusia dari melakukan maksiat. Kajian ini juga memperincikan mengenai

matlamat Maqasid Syariah terhadap pelaksanaan tanggungjawab dalam perkahwinan.

Sa‟odah binti Ahmad dan Rojanah binti Kahar dalam satu kajian yang bertajuk

“Anak Tak Sah Taraf Dalam Konteks Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia”

menjelaskan status anak tak sah taraf menurut undang-undang di Malaysia. Kajian ini

menerangkan dengan jelas tentang status dan hak anak tak sah taraf dalam Islam.

Di dalam buku Kepimpinan Lestari berasaskan Maqasid Syariah yang ditulis oleh

Muhammad Yusuf Khalid, Mohd Rumaizuddin Ghazali dan Dzulkifli Abdul Razak

menerangkan mengenai pembangunan lestari sebagai satu konsep memakmurkan kualiti

hidup manusia sekaligus mengekang kesan-kesan musibah yang melanda dunia sekarang.

Buku ini juga memaparkan teori maqasid Syariah yang bukan sahaja menjurus kepada

individu tetapi dikembangkan meliputi skop kemanusian yang lebih luas, termasuk

masyarakat umat sejagat.


19

1.8 Skop Kajian

Skop kajian ini perlu dibuat untuk mengelak daripada permasalahan yang dikaji tersasar

jauh. Kajian ini menfokuskan kepada penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologi

di mana kajian dan perbincangan akan dikhususkan kepada permasalahan dan

implikasinya menurut perspektif Maqasid Syariah. Terdapat lima jenis Maqasid Syariah

iaitu menjaga agama (hifz ād-dīn), menjaga jiwa atau nyawa (hifz al-nāfs), menjaga akal

(hifz āl-āql), menjaga keturunan dan maruah (hifz āl- nāsāb) dan menjaga harta (hifz āl-

māl). Isu yang ingin dibincangkan dalam kajian ini ialah maqasid yang keempat iaitu

menjaga keturunan dan maruah (hifz āl- nāsāb). Namun demikian, pengkaji masih akan

menyentuh mengenai maqasid-maqasid yang lain.

Perbincangan dalam isu Penasaban Anak Tak Sah Taraf ini lebih tertumpu

menurut perspektif Maqasid Syariah. Dalam Maqasid Syariah juga ada menyebut

mengenai kewajipan atau tanggungjawab bagi menjaga keturunan atau maruah diri.

Kajian ini hanya akan berlegar-legar didalam lingkungan ilmu maqasid Syariah sahaja.

Sedangkan kita juga boleh membincangkan isu ini dari aspek lain. Namun kajian ini

khusus menjurus kepada Maqasid Syariah . Di samping, kajian ini juga akan merungkai

kewajaran atau sebaliknya dalam penasaban anak tak sah taraf ini.

Oleh kerana itu, penulis akan membataskan kajian ini kepada beberapa aspek

yang dirasakan perlu iaitu :


20

1.8.1 Kajian ini akan menumpukan khusus terhadap penasaban anak tak sah taraf

sahaja.

1.8.2 Kajian ini akan melihat kepada penasaban anak tak sah taraf dalam perbincangan

ilmu Maqasid Syariah.

1.8.3 Akibat ketandusan ilmu yanga ada pada penulis, tidak semua perbincangan

perbahasan ilmu maqasid syariah akan dihubungkaitkan. Cukup sekadar

asimilasi antara penasaban anak tak sah taraf dengan beberapa tajuk

didalam Maqasid Syariah.

1.9 Metodologi Kajian

Dalam sesuatu kajian, metodologi kajian adalah perkara yang amat penting kerana ia

merupakan satu kaedah untuk memahami objektif kajian. Perkataan metodologi berasal

daripada perkataan metode yang membawa makna kaedah atau cara untuk melakukan

sesuatu. Ini adalah satu elemen penting dalam menyelesaikan kajian ini kerana ia

adalah salah satu cara untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah terutamanya

masalah yang sedang hangat dibincangkan.


21

1.9.1 Bentuk Kajian

Kajian yang akan dijalankan adalah berbentk kualitatif. Ini bermakna kajian ini akan

menganalisis data yang bukan berbentuk angka. Kajian ini akan berbentuk deskripsi,

dokumen bertulis dan lain-lain yang bukan angka. Data maklumat adalah salah satu

maklumat yang paling penting dalam satu-satu kajian dan ianya digunakan untuk

menerangkan sesuatu yang tersirat dan menganalisis kajian tersebut.

1.9.2 Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data untuk mendapatkan maklumat-

maklumat tepat, konkrit dan bernilai dari segi kepercayaannya. Secara amnya, dalam

kaedah pengumpulan data ini, pengkaji menggunakan asas kajian berikut :

i) Kajian perpustakaan

Dalam proses mengumpul data dan maklumat yang diperlukan oleh kajian ini, kaedah

yang digunakan adalah kajian perpustakaan. Penyelidikan perpustakaan merupakan satu

mekanisme untuk mengumpulkan maklumat lebih. Kajian perpustakaan dilakukan

adalah melalui kitab-kitab fiqh, buku-buku berkaitan perundangan, jurnal-jurnal, artikel-

artikel, kertas kerja, majalah-majalah, keratan akhbar dan laman sesawang. Oleh itu

kajian ini akan melibatkan beberapa buah perpustakaan yang akan dikenal pasti sebagia

tempat untuk mengumpulkan bahan-bahan tersebut. Kajian ini dilakukan untuk


22

mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan penasaban anak tak sah taraf

menurut perspektif Maqasid Syariah.

ii) Metode dokumentasi

Metode dokumentasi merupakan satu cara mengumpulkan data dengan melakukan

penelitian terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan bidang yang dikaji. Di

dalam kajian ini, pengkaji menjadikan dokumen-dokumen seperti buku-buku yang

berkaitan, kajian-kajian lepas dan sebagainya sebagai bahan dokumentasi.


BAB II

KONSEP PENASABAN ANAK TAK SAH TARAF MENURUT ISLAM

2.1 Pengenalan

Agama Islam merupakan agama yang syumul dari segala aspek kehidupan manusia.

Antara salah satu konsep kesyumulan agama Islam ialah, ajarannya menyuruh manusia

memelihara dan menjaga keturunan atau nasab. Nasab adalah asas yang kukuh dalam

membina sesebuah kehidupan rumah tangga yang mengikat individu berdasarkan

kesatuan darah (Noraini & Munawwar, 2018 : 2). Demi menjaga nasab atau keturunan,

Islam menganjurkan pernikahan agar dapat melahirkan zuriat yang sah. Islam

memandang tinggi kemurnian nasab kerana hukum Islam sangat berkaitan dengan

struktur keluarga seperti pewalian, pewarisan, dan konsep muhrim yang terjadi kerana

hubungan persemendaan atau perkahwinan.

Nasab merupakan kurniaan yang besar daripada Allah S.W.T kepada manusia.

Hal ini telah dinyatakan dalam firman Allah S.W.T :


23

             
Maksudnya: dan Dia lah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air, lalu
dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga
(persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa
jua Yang dikehendakiNya).
(Surah Al-Furqan (25):54)

Berdasarkan ayat ini jelaslah, bahawa Islam adalah agama yang sangat menjaga

nasab dan keturunan. Agama Islam secara terang melarang umatnya melakukan sebarang

tindakan yang boleh membawa kepada zina, apatah lagi jika melibatkan diri dalam

penzinaan. Antara punca utama terjebak dengan zina ialah pengaruh media sosial,

pergaulan bebas serta kurang didikan agama daripada kalangan ibu bapa. Perkara inilah

yang menjadi punca para remaja mudah terjebak dengan perhubungan seks sebelum

nikah lalu sekaligus menyumbang kepada peningkatan statistic kelahiran anak tak sah

taraf yang terjadi dalam masyarakat pada hari ini. (Noraini & Munawwar,2018 : 3)

Bab kedua ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian akan

membincangkan tajuk-tajuk seperti definisi anak tak sah taraf, dalil pensyaritan

penasaban anak tak sah taraf, peruntukan anak tak sah taraf dalam undang-undang

keluarga Islam, peruntukan anak tak sah taraf dari sudut fatwa, kedudukan sabitan nasab

anak tak sah taraf kepada bapa biologi berdasarkan hukum syarak dan keputusan

muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Malaysia.
23

2.2 Definisi Anak Tak Sah Taraf

2.2.1 Anak Tak Sah Taraf Dari Sudut Bahasa

Dari Sudut Bahasa Arab anak tak sah taraf dikenali sebagai walad al-zina yang

bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Zina menurut istilah ialah seseorang lelaki

yang menyetubuhi seorang perempuan pada qubul, bukan yang dimiliki dan secara

syubhah. Seseorang anak dihukumkan sebagai anak zina jika kelahirannya melalui

persetubuhan tanpa pernikahan yang sah dan dinasabkan kepada ibunya bukan kepada

lelaki yang menyetubuhi ibunya.(Ghani & Hilal,2016 : 216).

2.2.2 Anak Tak Sah Taraf Dari Sudut Syarak

Menurut pandangan syarak, para fuqaha telah bersepakat bahawa seseorang anak hanya

boleh dinasabkan kepada lelaki dan perempuan yang melakukan persetubuhan, jika

perkahwinan mereka sah di sisi hukum syarak, pemilikan atau syubhah. Sekiranya anak

tersebut dilahirkan melalui perzinaan, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepada

penzina lelaki tersebut walaupun mereka sudah berkahwin. Nasab anak tersebut akan

kembali kepada ibunya. Oleh itu, kesahtarafan seseorang anak merujuk perkahwinan

yang sah antara kedua-dua ibu bapanya. Seorang anak yang lahir tanpa pernikahan yang

sah, dikira sebagai anak tak sah taraf. (Ghani, Hilal,2016 : 217)
24

2.3 Dalil Pensyariatan Penasaban Anak Tak Sah Taraf

2.3.1 Dalil Al-Quran

Dalam Islam seperti mana yang kita maklum, penasaban anak tak sah taraf kepada bapa

biologi adalah dilarang secara mutlak. Pendapat jumhur fuqaha yang menolak pensabitan

nasab anak zina kepada bapa biologi secara mutlak adalah berdasarkan kepada dalil naqli

dan aqli. Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran:

             

Maksudnya : dan Dia lah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air, lalu
dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga
(persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa
jua Yang dikehendakiNya).
(Surah al-Furqan (25): 54)

Berdasarkan ayat ini dapat difahami pensabitan nasab yang terhasil daripada

persetubuhan suami isteri yang halal merupakan nikmat Allah S.W.T kepada manusia.

Manakala, adalah menjadi satu “niqmah” (kehinaan) terhadap anak yang lahir dari

persetubuhan haram dan tidak wajar diberi kemuliaan kepada pelaku zina untuk

menasabkan anak hasil daripada persetubuhan haram itu. (Othman, 2018, : 9)


25

Firman Allah S.W.T lagi di dalam surah al-An'am ayat 164:

                  

             

Maksudnya: katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri


kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan
bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-
tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan
seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain
(bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat
kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu
berselisihan padanya.
(Al-An‟am (6): 164)

Ayat ini menyangkal hujah pendapat yang menyatakan bahawa anak zina tidak boleh

dinasabkan kepada bapa biologi kerana membawa kemudaratan kepada anak tersebut

serta menjatuhkan maruahnya disebabkan oleh jenayah yang tidak pernah dilakukannya.

2.3.2 Hadith Rasulullah S.A.W

: ‫ أن رسول اهلل صلي اهلل عليه وسلن قال‬: ‫عن أيب هريرة‬

))‫(( الولد للفرش وللعاهر احلجر‬


Maksudnya: Anak dinasabkan kepada isteri atau suami (melalui perkahwinan
yang sah), dan bagi penzina pula kehinaan dan kekecewaan.
26

(Al-Nawawi (t.t), Sahih Muslim bi Syarh Imam Muhyi al-Din Al-Nawawi,


Beirut: Dar al-Ma‟rifah, juz 9, hlm 280-281)

Hadis ini menjelaskan bahawa penzina tidak mempunyai apa-apa hak ke atas hasil

penzinaannya termasuk hak menasabkan anak hasil perbuatan zina tersebut.(Othman,

2018, : 9)

2.4 Peruntukan Anak Tak Sah Taraf Dalam Undang-Undang Keluarga Islam

Di Malaysia, bagi mereka yang beragama Islam, peruntukan berkaitan kesahtarafan anak

terletak di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri sebagaimana

termaktub dalam Senarai 2 (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan Perlembagaan

Persekutuan, Kuasa negeri-negeri berhubung dengan Hukum Syarak. Seksyen 2, 81. 86,

111 dan 112 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri memperuntukkan

beberapa peruntukan mengenai kedudukan Anak Tak Sah Taraf (Zulkifli, Irwan & et al..

t.t).

Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan 1984) Seksyen 2,

Tafsiran, mentafsirkan anak tak sah taraf sebagai “tidak sah taraf, berhubungan dengan

seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak daripada persetubuhan
27

syubhah”. Dalam konteks anak tak sah taraf, persetubuhan syubhah mempunyai kaitan

secara langsung dan ditafsirkan sebagai:

Persetubuhan syubhah, ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas


anggapan sah akad nikah akan tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid)
atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuk mana-mana
persetubuhan yang tidak dihukum had dalam Islam.

Peruntukan ini juga menghuraikan kaedah menentukan nasab seseorang anak yang

dilahirkan tanpa melalui ikatan perkahwinan yang selari dengan hukum syarak. Oleh itu,

peruntukan tersebut dapat membantu pihak yang bermasalah tentang isu kesahtarafan

anak agar menyelesaikannya di mahkamah syariah.

Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6, 2002, mendefiniskan

“tak sah taraf” berhubung dengan seorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan

bukan anak dari persetubuhan syubhah”. Ungkapan yang sama juga terdapat dalam

Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor No. 2, 2003, Undang-Undang Keluarga

Islam Wilayah Persekutuan, 198424, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Melaka

No.12, 2002, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam Perlis No. 4, 1992,

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Perak No. 6, 2004, Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam Pulau Pinang No.3, 2004, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

Johor No. 17, 2003, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah No.13, 2008 dan

Islamic Family Law Ordinance Sarawak, chap. 43, 2001 (Ismail, 2013 : 85).
28

Dapat disimpulkan, adalah selaras pengertian anak tak sah taraf menurut semua

Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia dan selari dengan pandangan para fuqaha

sepertimana yang terkandung dalam kebanyakan kitab-kitab fiqh lama dan baru (Ismail,

2013 : 84).

Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984, seksyen 110 memperuntukkan :

Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki


melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh
perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas
perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu
atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin
semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi
lelaki itu boleh, dengan cara li‟an atau kutukan, menafikan anak itu
sebagai anaknya di hadapan Mahkamah. (Legal Research Board, 2018;
67)

Peruntukan ini bermaksud bahawa tempoh minimum bagi sesuatu perkahwinan

itu, untuk tujuan mengesah taraf anak yang lahir melaluinya ialah enam bulan qamariah,

sementara tempoh maksimumnya pula ialah empat tahun qamariah selepas perkahwinan

itu dibubarkan. Walau bagaimana pun bagi tempoh maksimum ini, selain syarat

perempuan itu tidak berkahwin semula dengan orang lain, lelaki berkenaan juga boleh

menafikan pengesahan berkenaan melalui li‟an iaitu suatu prosedur khusus yang

dibenarkan kepada para suami sahaja bagi tujuan penafian nasab terhadap mana-mana

anak yang dilahirkan oleh isterinya. Walau bagaimana pun, dalam Undang-Undang
29

Keluarga Islam Negeri Kedah dan Perlis ada sedikit perbezaan tentang tempoh

maksimum. Dalam kedua-dua undang-undang tersebut tempoh maksimum. Dalam kedua-

dua undang-undang tersebut tempoh maksimum yang diperuntukkan ialah setahun sahaja.

(Ismail, 2013 : 85).

2.5 Peruntukan Anak Tak Sah Taraf Dari Sudut Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam berhubung

dengan kedudukan anak tak sah taraf ini yang diadakan pada 1981 membuat keputusan

seperti berikut:

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama


Islam kali ke 1 yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 telah
membincangkan penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah).
Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak luar nikah (anak
tak sah taraf) samada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu
bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah”

Berdasarkan kepada muzakarah tersebut 8 negeri, iaitu Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor dan

Pulau Pinang telah mengadaptasikan dan telah memperjelaskan lagi intipati keputusan itu

dalam fatwa di negeri-negeri tersebut walau pun dengan menggunakan pelbagai Sighah

(wording) yang berbeza. Malah lima daripada negeri-negeri tersebut, iaitu Wilayah
30

Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor telah

mewartakan fatwa berkenaan (Paizah, 2013 : 83).

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermuzakarah pada 10 Jun 2003 bersetuju

mendefinisikan anak tak sah taraf seperti berikut:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah samada akibat zina atau rogol dan dia bukan

daripada persetubuhan syubhah.

2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut taqwim qamariah

daripada tarikh akad nikah.

Walau bagaimana pun, Jawatankuasa Fatwa berkenaan dalam mesyuaratnya pada

27 Julai 2004 telah mengubah ayat “daripada tarikh akad nikah” dihujung paragraf dua

menjadi “daripada tarikh tamkin” (setubuh) dengan tujuan untuk memperjelaskan lagi

bahawa tempoh 6 bulan 2 saat lahzah ) yang dimaksudkan dalam fatwa sebelumnya

tidak bermula pada waktu akad nikah dilakukan tetapi sebaliknya bermula pada ketika

terbuka kemungkinan berlaku persetubuhan antara suami isteri berkenaan (Paizah, 2013 :

83).
31

2.5.1 Fatwa-Fatwa Berkenaan Anak Tak Sah Taraf di Beberapa


Negeri4

Sepertimana kita sedia maklum, peruntukan undang-undang bagi setiap negeri adalah

berbeza. Maka peruntukan fatwa bagi setiap negeri juga adalah tidak sama.

 Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada tarikh 2

Januari 2001 telah memutuskan dan mewartakan fatwa bahawa “Anak yang dilahirkan

lebih daripada 6 bulan Qamariah dari tarikh sesuatu pasangan ini di akadnikahkan ialah

anak sah taraf”.

 Fatwa Kerajaan Negeri Selangor

Jawatankuasa Fatwa Selangor bertarikh 17 Januari 2005 telah memutuskan

bahawa sighah berkaitan anak tak sah taraf menurut hukum syara‟ ialah :

1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui

cara sainifik yang bertentangan dengan hukum syara‟.

4
Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan dicapai pada (6 April 2019)
(http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/736-bayan-linnas-siri-ke-106-isu-penamaan-bin-binti-
abdullah-kepada-anak-tidak-sah-taraf-oleh-mahkamah-rayuan .
32

2. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu

“Imkan ad Dukhul” dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat.

3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari segi waktu

“Imkan ad Dukhul” selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara‟ bahawa

anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang

berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang

saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara‟.

 Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum

Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh

Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak

(Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas

nama Jawatankuasa Syariah, pada 12 Januari 2002, telah mengeluarkan fatwa berikut:

1. Jika seorang bayi itu dilahirkan kurang 6 bulan daripada tarikh akad nikah maka

anak tersebut haram dinasabkan kepadaa suami ibunya atau lelaki yang

menyebabkan kehamilan anak tersebut.

2. Seorang bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada 4 tahun

daripada tarikh tersebut diketahui dengan yakin atau berat zan bahawa kehamilan

telah berlaku sebelum akad, atau suami tidak bersetubuh selepas akad atau tidak
33

dimasukkan mani suaminya ke dalam rahim, maka anak tersebut haram

dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya

yang melahirkan anak tersebut.

3. Wajib bagi suami tersebut menafikan bahawa bayi berkenaan adalah anaknya.

4. Pihak berkuasa yang mendaftarkan kelahiran ditegah daripada membinkan atau

membintikan mana-mana bayi di dalam perenggan (1) dan (2) kepada suami ibu

bayi atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak

tersebut.

 Fatwa Negeri Sarawak

Ahli Lembaga Fatwa Negeri Sarawak dalam penyelarasan Sighah Fatwa Anak Tak Sah

Taraf yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-64 pada 27 Julai 2004 bersetuju menerima

Sighah Pewartaan Anak Tak Sah Taraf adalah seperti berikut :

Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan

perkahwinan kedua pasangan ibu “bapanya” atau tidak hendaklah dibinkan atau

dibintikan kepada “Abdullah”.

“Anak Tak Sah Taraf” ialah:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan

daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan;


34

2. Anak yang dilahirkan kurang dari 06 bulan 02 lahzah (saat) mengikut Takwim

Qamariah daripada tarikh akad nikah.

3. “Anak Tak Sah Taraf” tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan

kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak

tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram

dan tidak boleh menjadi wali.

Setelah meneliti pandangan dan cadangan yang dikemukakan, Mesyuarat bersetuju

menerima keputusan yang telah diambil oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal

Ehwal Agama Islam Malaysia Peringkat Kebagsaan Kali Ke-64 pada 27 Julai 2004.

 Fatwa Negeri Perlis

Mengikut peruntukan subseksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, Majlis

Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, setelah diperkenankan oleh Raja

Pemerintah dan memaklumkan Kerajaan Negeri, dengan ini menyebabkan fatwa berikut

disiarkan, iaitu: "Anak yang lahir kurang 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh

dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami."

Fatwa negeri Perlis dengan ini membenarkan seorang wanita yang berkahwin dan

melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh 6 bulan

tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan
35

syarat si suami tidak membantahnya. Mengikut peruntukan subseksyen 48(6) Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (2006), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis,

setelah diperkenankan oleh Raja Pemerintah dan memaklumkan Kerajaan Negeri, dengan

ini menyebabkan fatwa berikut disiarkan, iaitu:

"Anak yang lahir kurang 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh

dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami.”

Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Perlis agak berbeza dengan fatwa-fatwa negeri

lain. Kebanyakkan negeri lain tidak membenarkan untuk menasabkan anak tak sah taraf

sekiranya pernikahan mereka kurang dari 6 bulan. Namun demikian, Mufti Perlis, Datuk

Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berpendapat bahawa keputusan yang dikeluarkan oleh

Mahkamah Rayuan adalah seiring dengan fatwa negeri Perlis, di mana membolehkan

anak yang lahir kurang dari enam bulan dan boleh dibin atau dibintikan kepada bapanya.

Baliau mendakwa keputusa Majlis Fatwa Kebangsaan itu telah menzalimi anak terbabit

dan ibu bapa mereka sepanjang hayat.5

Berdasarkan perbincangan di atas, anak tak sah taraf boleh ditakrifkan

berdasarkan anak yang lahir di luar pernikahan yang syarie (anak zina), anak li‟an, anak

laqit (pungut atau terdampar), anak mangsa rogol atau anak sumbang mahram. Anak tak

sah taraf juga tidak boleh dinasabkan kepada bapanya walaupun kedua ibu bapanya telah

berkahwin.

5
Laman Web Berita Harian, dicapai pada 20 April 2019,
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/07/306491/keputusan-benarkan-bin-bapa-anak-luar nikah-
langgar-syarak
36

2.6 Kedudukan Sabitan Nasab Anak Tak Sah Taraf kepada Bapa Biologi
Berdasarkan Hukum Syarak 6

Terdapat empat kedudukan dalam pensabitan nasab anak tak sah taraf kepada bapa

biologinya berdasarkan hukum syarak. Kaedah pensabitan nasab anak tak sah taraf

kepada bapa biologi telah ditetapkan oleh para fuqaha, antaranya ialah kaedah

perkahwinan, firash (hamparan), bayyinah (keterangan) , iqrar (pengakuan) dan qiyafah.

Namun demikian, kaedah ini juga digunakan apabila seseorang suami menafikan anak

yang dilahirkan oleh isterinya. Pensabitan nasab seseorang anak kepada bapanya

hendaklah dilihat sama ada sesuatu perkahwinan itu sah, fasid atau syubhah. Kaedah

yang akan dibincangkan disini ialah kaedah yang selaras dengan zaman moden sekarang

ialah dengan kaedah perkahwinan,iqrar dan bayyinah. Dalam Islam, terdapat tiga kaedah

utama untuk menentukan nasab, iaitu

2.6.1 Kaedah Perkahwinan

Kaedah pertama dalam pensabitan penasaban anak tak sah taraf ialah melalui kaedah

perkahwinan. Perkahwinan yang sah merupakan satu-satunya kaedah yang memboleh

seorang anak itu dinasabkan kepada bapanya Jadi anak yang lahir tersebut, boleh di”bin”

atau di”binti”kan. Ulama fiqh sepakat bahawa kaedah ini tidak terdapat khilaf. Namun,

kaedah ini adalah terbatal sekiranya perlaku pertembungan kaedah dalam perkahwinan

6
Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan dicapai pada ( April 2019)
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/736-bayan-linnas-siri-ke-106-isu-penamaan-bin-binti-
abdullah-kepada-anak-tidak-sah-taraf-oleh-mahkamah-rayuan .
37

seperti menikahi saudara kandung sendiri, menikahi orang yang sama jantina atau

menikah dengan orang yang mempunyai status isteri orang.

Majoriti ulama yang terdiri daripada mazhab Maliki, Syafie, Hanbali menyatakan

bahawa akad nikah mensabitkan nasab dengan syarat wujud kemungkinan berlaku

persetubuhan dari aspek zaman dan tempat. Sekiranya tidak mempunyai kemungkinan

tersebut, maka nasab tidak dapat ditetapkan.

2.6.2 Kaedah Pengakuan (Iqrar)

Iqrar dari segi bahasa bermaksud pengakuan atau pengiktirafan. Dari segi syarak, iqrar

membawa maksud yang berbeza mengikut mazhab. Menurut Mazhab Syafie, iqrar

bermaksud pemberitahuan oleh seseorang tentang sesuatu hak ke atas dirinya. Jika

pengakuan nasab dilakukan oleh pengaku sendiri seperti seseorang bapa mengaku

bahawa seseorang anak itu ialah anaknya atau seseorang anak mengaku bahawa

seseorang itu ialah bapanya. Seseorang bapa yang mengaku bahawa seseorang anak itu

ialah anaknya hendaklah memenuhi syarat berikut:

1. Seseorang yang diakui sebagai anak itu tidak diketahui nasabnya. Hal ini bererti anak

itu tidak mempunyai bapa selain orang yang membuat pengakuan.


38

2. Pengakuan itu munasabah dari segi fakta. Misalnya, terdapat jurang perbezaan

umur yang munasabah yang menunjukkan antara mereka ada pertalian keluarga.

3. Pengakuan itu hendaklah diterima oleh orang yang diakui sebagai anak, jika dia

telah baligh. Jika belum baligh atau gila, maka pengakuannya tidak diperlukan.

3. Pengakuan itu tidak melibatkan orang lain. Misalnya, pengakuan isteri atau bekas

isteri (dalam idah) bahawa seseorang itu sebagai anaknya, maka pengakuannya

hendaklah ditolak, kecuali diakui oleh suaminya atau disokong oleh keterangan lain.

Keterangan seseorang wanita tidak cukup untuk menasabkan anak kepada suaminya.

Jika pengakuan nasab dibuat oleh orang lain seperti seseorang telah mengaku

bahawa individu lain ialah saudara kandungnya yang membuktikan bahawa seorang itu

ialah anak bapanya. Pengakuan seperti ini sah jika memenuhi tiga syarat, iaitu syarat (1),

(2) dan (3), serta ditambah satu syarat lagi, iaitu pengakuan tersebut mestilah disokong

oleh keterangan lain atau diperakukan oleh orang yang terlibat dengan pengakuan ini.

Sekiranya tidak ada keterangan lain yang dapat dibuktikan atau orang yang terlibat tidak

mengesahkannya, maka pengakuan tersebut akan hanya melibatkan diri pengaku sahaja.

Imam Shafii, Imam Hanbali dan Abu Yusuf mensyaratkan pengakuan itu hendaklah

diperakukan oleh ahli waris sama ada lelaki atau perempuan.


39

2.6.3 Kaedah Keterangan (Bayyinah)

Bayyinah ialah keterangan yang melibatkan orang yang didakwa bersama-sama pihak

lain. Ulama berbeza pendapat tentang bilangan saksi untuk memberikan keterangan.

Menurut Imam Maliki, hanya dua orang saksi lelaki sahaja. Menurut Abu Hanifah dan

Muhammad, dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki bersama-sama dua orang

saksi perempuan. Menurut Imam Shafii, Imam Hanbali dan Abu Yusuf, kesaksian semua

ahli waris sama ada lelaki atau perempuan dibuat berdasarkan khabar yang didengar

(tasamu‟), iaitu berita yang tersebar luas dan masyhur dalam kalangan orang ramai.

Para ulama empat mazhab sepakat mengatakan nasab boleh disabitkan dengan

kesaksian berdasarkan berita yang didengar. Abu Hanifah berpendapat tasamu‟ ialah

berita yang didengar dengan bilangan mutawatir agar dapat diyakini. Menurut Abu Yusuf

dan Muhammad, saksi hendaklah mendengar berita yang disaksikan oleh dua orang lelaki

atau seorang lelaki bersama-sama dua orang perempuan yang adil. Menurut Maliki, berita

itu hendaklah didengar daripada bilangan yang dapat ditentukan kadarnya dan tersebar

luas dalam kalangan orang ramai yang adil atau tidak dengan disyaratkan supaya saksi

berkata, “kami mendengar sedemikian”. Menurut Imam Shafii yang paling rajih, saksi

tersebut hendaklah mendengar daripada bilangan yang ramai dan diyakini bahawa

mereka tidak berpakat melakukan pendustaan. Pendengaran itu hendaklah memberikan

keyakinan atau hampir yakin (al-Zann al-Qawiy) dan saksi berkata “Aku menyaksikan

bahawa dia ialah kepunyaannya atau anaknya”. Kesaksian juga boleh berdasarkan kesan

persamaan atau perbezaan (qiyafah). Qiyafah ialah kemahiran suatu golongan bangsa
40

Arab yang dikenali sebagai al-Qafah untuk mengecam keturunan seseorang berdasarkan

ciri fizikal seperti kesan tapak kaki, wajah, perwatakan, dan sebagainya.

2.6.4 Kaedah Qiyafah

Jumhur ulama (Imam Malik, Imam Syafii, Imam Ahmad, Abu Thawr dan Al-Auza‟ie)

berpendapat qiyafah boleh digunakan untuk menentukan nasab seseorang anak. Imam

Syafii mensyaratkan qiyafah boleh diterima sekurang-kurangnya oleh dua orang Qaif.

Menurut Imam Malik pula, terdapat dua riwayat yang berkait dengan pandangannya,

iaitu pertama, menyamai pendapat Imam Syafii dan kedua, memadai seorang qaif sahaja.

Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, satu kaedah baharu telah

ditemui, iaitu Asid Deoksiribonukleik (Deoxyribonucleic Acid (DNA) sebagai ujian

klinikal yang digunakan untuk mengenal pasti keturunan. Tamadun Islam mengiktiraf

penggunaan sains dan teknologi kerana mampu menyelesaikan masalah manusia. Pihak

yang mempunyai kerjaya dalam bidang ini dianggap pakar kerana pandangan mereka

diterima dan diiktiraf oleh mahkamah sebagai al-bayyinah.


41

2.7 Pandangan Ulama Yang Menerima Dan Menolak Penasaban Anak Tak
Sah Taraf

Jumhur fuqaha berpendapat anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang

menyebabkan kelahirannya. Oleh itu anak tak sah taraf tidak boleh dibin atau dibintikan

dengan nama bapa biologinya, tidak boleh mewarisi pusaka dan tidak boleh menjadi wali.

Namun, terdapat segelitir pandangan fuqaha yang membenarkan penasaban anak tak sah

taraf kepada bapa biologinya dengan syarat- syarat tertentu.

Syarat pensabitan nasab anak tak sah taraf kepada bapa biologinya ialah apabila

anak tak sah taraf itu dilahirkan oleh seorang perempuan yang tidak bersuami dan bapa

biologi anak zina tersebut telah mengakui dan mengemukakan tuntutan untuk

menasabkan anak itu kepada dirinya. Terdapat dua pandangan ulama yang boleh

dibahagikan dalam isu ini iaitu :

a) Pandangan pertama daripada Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi‟I dan Hanbali

termasuk mazhab al-Zahiri tidak membenarkan penasaban anak tak sag taraf

kepada bapa biologinya secara mutlak. Anak tersebut cuma boleh dinasabkan

kepaa ibunya sahaja.

b) Pandangan kedua daripada pendapat Ibnu Taimiyyah dan Ibu Qayyim iaitu anak

tak sah taraf boleh dinasabkan kepada bapa biologinya apabila terdapat
42

permintaan daripada lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut meminta

untuk dinasabkan.

Menurut pandangan yang kedua ini, menasabkan anak tak sah taraf akan membawa

kemaslahatan yang lebih besar kepada anak tersebut. Anak tersebut akan merasai

kenikmatan hidup dan mendapat hak yang sama seperti anak sah taraf yang lain.

Jadi, pendapat yang rajih dalam isu membolehkan penasaban anak tak sah taraf

atau sebaliknya, adalah lebih baik untuk tidak menasabkan anak tak sah taraf kepada bapa

biologinya demi menjaga maslahah amah yang lebih besar daripada menjaga maslahah

khassah. Bahkan hujah ayat al-Quran dan Hadith S.A.W dalam melarang penasaban anak

tak sha taraf adalah lebih kuat berbanding hujah membenarkan penasaban anak tak sah

taraf. Cuma satu peratus sahaja yang menyokong untuk menasabkan anak tak sah taraf

daripada bapa biologinya mereka dan 99% melarang untuk mengamalkan amalan

penasaban anak tak sah taraf ini. Maka dengan itu, anak tak sah taraf hendaklah

dinasabkan kepada nama Abdullah atau nama-nama Asma al-Husna yang mulia. (Hafiz

Othman, 2016 : 6)
43

2.8 Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi


Hal Ehwal Agama Islam Malaysia

Selain daripada peruntukan undang-undang dan enakmen negeri-negeri, terdapat juga

keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama

Islam Malaysia yang menyatakan tentang status anak yang dikandung ibunya di luar

pernikahan yang sah, iaitu:

„Perempuan yang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi

anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka

daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh

menjadi walinya‟. „Anak zina atau anak luar nikah (anak tak sah taraf)

sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau

tidak, hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah‟.

Dari segi tanggungjawab untuk memberi nafkah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memberi pandangan:

„Segala nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf adalah menjadi

tanggungjawab ke atas ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf

dinasabkan kepada ibunya dan tidak kepada lelaki yang menyetubuhi

ibunya‟. (Majid, t.t : 9)


44

2.9 Kesimpulan

Dapat disimpulkan, anak tak sah taraf adalah anak yang lahir kurang dari 6 bulan

dan hasil persetubuhan yang tidak syarak. Tempoh kehamilan seseorang itu akan

mempegaruhi hukum pensabitan nasab seseorang anak. Berdasarkan dalil dan fatwa-

fatwa yang terdapat dalam bab ini, secara jelasnya setiap pihak mempunyai hujah dan

kekuatan dalil yang tersendiri. Namun demikian, hujah melarang untuk dinasabkan anak

tak sah taraf kepada bapa biologinya adalah lebih kuat. Hal ini kerana dalil melarang

penasaban anak tak sah taraf ini adalah lebih kuat daripada nas al-Qur‟an, hadith, amalan

para sahabat dan jumhur fuqaha. Walaupun, perempuan yang telah disetubihi oleh lelaki

kepada anak tersebut berkahwin, namun demikian anak tersebut, tetap tidak boleh

dinasabkan kepada bapanya. Anak tersebut hanya dibenarkan untuk dinasabkan kepada

ibunya sahaja. Adalah disarankan kepada pasangan yang terlibat dengan zina ini haruslah

segera bernikah sebagai satu bentuk pemulihan diri dan taubat kepada Allah S.W.T.
BAB III

MAQASID SYARIAH DALAM PENJAGAAN NASAB DAN MARUAH

3.1 Pengenalan

Menggunapakai elemen Maqasid Syariah dalam menentukan isu penasaban anak tak

sah taraf adalah suatu yang mesti demi mendapatkan hukum yang meliputi segenap aspek

didalam penentuan hukum agar hukum itu syumul dan tidak lari dari konteks, waqie

semasa dan maslahah.

Isu anak tak sah taraf walaubagaimanapun, perlu diperlihat dengan lebih dalam

terlebih dahulu, dimanakah kedudukannya didalam peringkat maqasid syariah,

falsafahnya, maqasid ammah dan maqasid khasah (tujuan) didalam penasabannya dan

kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam isu penasaban anak tak sah taraf ini. Di

dalam bab ini, penulis akan merungkaikan berkaitan maqasid syariah didalam penasaban

anak tak sah taraf. Dalam menentukan sesuatu hukum, seseorang mujtahid mempunyai

taklifan yang sangat besar dalam mensabitkan sesuatu hukum. Seseorang mujtahid perlu

melihat dari sudut maslahah dan mafsadah terhadap sesuatu hukum yang ditentukan.

Sebagai contoh, hukum pensabitan kedudukan anak tak sah taraf, di dalam
46

mengkaji hukum mengenainya, seseorang mujtahid perlu melihat sama ada di dalam

menentukan hukum, adakah akan mendatangkan lebih banyak maslahah atau

mendatangkan lebih banyak mafsadah terhadap umat Islam. Dalam perkara ini, adakah

hukum yang ditentukan akan memberi implikasi terhadap umat Islam dari segi penjagaan

keturunan dan harta.(Saad, 2010: 53)

Penulis akan membincangkan berkaitan konsep maqasid syariah, tingkat

maqasid syariah, aplikasi kaedah qawaid fiqhiyyah dalam isu ini, maslahah dan mafsadah

penasaban anak tak sah taraf dan maqasid syariah dalam penasaban anak tak sah taraf.

3.2 Konsep Maqasid Syariah

Maqasid dari segi bahasa di ambil dari kalimah jamak “maqsud” (‫ )الوقصذ‬di ambil dari

perktaan “qasada” (‫ )قصذ‬bererti sesuatu kehendak, matlamat ataupun tujuan ) al-Yubi,

1998 : 25). Maqasid Syariah pula bermaksud tujuan, natijah atau maksud yang

dikehendaki oleh syariat melalui sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah (Nuruddin

Mukhtar Khadimi,2012: 13). Namun pengertian secara istilah memiliki banyak tafsiran

oleh pelbagai ulama samada ulamak kontemporari ataupun ulama silam, namun penulis

hanya akan memberi beberapa definisi sahaja daripada ulama-ulama yang terkemuka

dalam bidang ini samada yang terdahulu atau terkini.


47

Maqasid sebagaimana yang diperkenalkan oleh Dr. Ahmad al-Raisuni dengan

takrifnya ialah: “Maqasid Syariah” ialah matlamat yang ditentukan oleh syarak untuk

dilaksanakan bagi memberi kebaikan kepada hambanya. Dalam konteks ini, maqasid

yang dimaksudkan ialah maqasid atau objektif yang diletakkan oleh syariat Islam dalam

mensyariatkan sesebuah hukum. (Al-Raisuni, 1995 : 19)

Syeikh Tahir Ibn „Asyur pula mentakrifkan maqasid sebagai “Segala pengertian

yang dapat dilihat pada hukum yang disyariatkan secara keseluruhannya atau sebahagian

besarnya”. Ini bermaksud Maqasid bukanlah pengertian yang dapat dilihat pada

hukum-hukum tertentu secara khusus sahaja. Namun, Ibn „Asyur telah membahagikan

maqasid dengan lebih terperinci dengan membahagikannya kepada dua jenis iaitu

Maqasid al-Ammah (umum) dan Maqasid al-Khassah (khusus) (Ibnu Asyur , 1978: 251).

Menurut beliau lagi, Maqasid umum ialah Maqasid yang dapat dilihat dalam

hukum-hukum yang wajib dan melibatkan semua individu secara umum. Manakala

Maqasid khusus pula adalah ketetapan syariah bagi merealisasikan maslahat kepentingan

umum melalui individu masyarakat.


48

Dr. Yusof al-Alim menyatakan Maqasid Syariah adalah kebaikan yang

dikembalikan kepada hamba di dunia dan di akhirat sama ada dengan cara mendatangkan

kebaikan atau menjauhkan kemudharatan. (Al-Alim, 1997 : 97)

Dr. Muhammad al-Zuhaili mendefinisikan Maqasid Syariah sebagai matlamat,

objektif dan natijah serta makna yang didatangkan dengannya Syariah serta disabitkannya

dalam hukum. Justeru luaslah pentahqikannya, sehingga sampai kepadanya setiap zaman

dan tempat. (Zulkifli Al-Bakri, 2014 : 8 )

Berdasarkan kepada semua definisi di atas, secara umumnya, maqasid itu boleh

didefinisikan sebagai :

‫جلة الوصالخ ودسء الوفسذج وإصالح الوضشج‬

Maksudnya : “Mewujudkan kebaikan dan menolak keburukan serta

menghilangkan sebarang kemudaratan”.

3.2.1 Maqasid Amah Maqasid Khassah

Tumpuan bidang pengajian ilmu Maqasid syariah secara umum dan khususnya terbahagi

kepada 3 bahagian. Iaitu maqasid amah (‫)الوقاصذ العاهح‬, maqasid khassah (‫)الوقاصذ الخاصح‬,

dan maqasid juz‟iah (‫ )الوقاصذ الجضئُح‬.


49

3.2.1.1 Maqasid Ammah

Maqasid Ammah amerupakan Maqasid Syariah yang lebih umum, dimana

keseluruhan syariah ini diturunkan kepada seluruh manusia adalah semata-mata bertujuan

menjaga dan memelihara keamanan dan keharmonian dalam kehidupan manusia.

Maqasid ini lebih bersifat demi menjaga keseluruhan umat dari kerosakan dan memberi

kepada kebaikan. Maka didalam jenis ini dihimpunkan beberapa formula yang bersifat

umum yang diambil tidak lain dan tidak bukan dari al-Quran dan al-Sunnah juga.

Perkara-perkara itu adalah dikenali sebagai “daruriatul khams” iaini penjagaan 5 perkara

asas atau darurah. Penjagaan-penjagaan itu adalah:

i. Menjaga agama

ii. Menjaga nyawa

iii. Menjaga aqal

iv. Menjaga keturunan atau maruah

v. Menjaga harta

Kesemua lima perkara yang dijaga syarak itu adalah suatu sistem yang mengambil

kira semua ummah Islam didunia ini. Pencapaian maslahah dan penolakan mafsadah

merupakan maqasid utama yang diraikan oleh syarak dalam semua situasi pensyariatan

sama ada merangkumi dunia mahupun akhirat.


50

Kaedah raf‟ul haraj (‫ )سفع الذشج‬pula bermaksud megelakkan kesempitan dengan

mengekalkan keadilan sesama manusia. Keadilan ini mampu mengeluarkan manusia dari

runtunan hawa nafsu manusia dan mengembalikannya kepada fitrah yang menginginkan

kebaikan atau maslahah. Dan sebenarnya maqasid ammah inilah dikatakan maqasid

syariah (Mokhtar & Che Hussin, 2007: 33).

3.2.1.2 Maqasid Khasah

Maqasid khassah bermaksud hikmah-hikmah yang lebih khusus berkenaan

bidang-bidang tertentu di dalam syariat seperti perbincangan yang lebih khusus dalam hal

yang berkaitan ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Maqasid Khassah adalah

lebih khusus berbanding maqasid ammah, ini kerana penjurusan didalam maqasid ini

adalah menentukan hikmah sesuatu suruhan atau larangan tertentu. Merujuk pada satu-

satu benda bukan banyak sekali gus.

Pengkhususan topiknya lebih menjurus kepada perbincangan terhadap objektif

ataupun tujuan syariat Islam dalam mensyariatkan beberapa hukum dalam ajarannya.

Contohnya Islam mensyariatkan amalan ibadah seperti amalan bersedekah adalah untuk

menolong orang-orang yang berhajat. Amalan memberikan hak pusakan si mati keada

waris agar tidak timbulnya perbutan, pertelingkahan, iri hati, dengki serta dendam.
51

Hal ini juga boleh dilihat didalam banyak ayat-ayat Quran yang menyatakan

suruhan serta tujuannya yang khsusus. Sebagai contoh Allah S.W.T berfirman:

             

          

Maksudnya : bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang


diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan
tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji
dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang
kamu kerjakan.
(Surah Al-Ankabut (29) :45)

Di dalam ayat diatas, Allah SWT memerintahkan solat dan sekaligus memberikan

penjelasan mengenai solat itu bahawasanya, antara tujuannya adalah demi mencegah dari

perbuatan yang keji dan mungkar. Ini adalah satu contoh yang khusus disebut didalam al-

Quran tujuannya. Banyak lagi terdapat ayat-ayat yang menjelaskan tujuan penyariatan.

Jika diteliti, maqasid khasas adalah suatu yang memanifestasikan atau

merialisasikan tuntutan maqasid ammah, iaitu didalam kandungan “daruriatul khams”.

Yang mana penerangan terhadap tujuan khusus seperti dinyatakan tadi akan membawa

kepada penjagaan yang umum pada akhirnya. Sebagai contoh, solat sebagai wadah

menghalang perbuatan keji dan mungkar, maka ia adalah demi menjaga agama, nyawa,

aqal, keturunan, dan harta.


52

Jadi berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa mendahulukan

maslahah amah dari maslahah khassah dalam isu penasaban anak tak sah taraf adalah

lebih tepat. Islam amat menitikberatkan penjagaan nasab sehingga meletakkan ia sebagai

salah satu dari perkara daruriyat yang lima iaitu hifz nasab. Nasab merupakan salah satu

asas kemuliaan manusia. Kaedah penasaban juga menjadi punca bagi hak-hak yang lain

seperti hak penjagaan, nafkah, perwarisan perwalian dan sebagainya. Maka, dalam

agama Islam, nasab keturunan seseorang mestilah jelas dan tidak diragui. Bahkan demi

merealisasikan maslahah penjagaan nasab ini, adalah diharamkan secara mutlak

perbuatan zina dan penasaban anak tak sah taraf. Perkara ini tidak boleh dipandang

ringan keraba ia berkait dengan mengundang kecelaruan nasab dan hak.

3.2.2 Tingkat Maqasid Ammah

Para fuqaha telah membahagikan maslahah yang perlu dijaga oleh Syar‟iah kepada tiga

bahagian, iaitu al-Dharuriyat (bersifat kepentingan), al-Hajjiyat (bersifat hajat) dan al-

tahsiniat (kemewahan). Menurut Dr. Yusuf al-Alim, pembahagian maslahah kepada tiga

bahagian adalah sebenarnya merupakan perkara yang ijtihadi dan muncul setelah zaman

sahabat, tabien dan juga para imam mazhab. Dan dalil kepada pembahagian maslahah

kepada tiga bahagian adalah melalui istiqra‟ (kaji selidik) para ulamak. Ini adalah kerana

setelah mereka memerhatikan nas-nas syarak, samada nas juz‟iy, nas kulli, nas am,
53

mutlaq, dan muqayyad, mereka mendapati kesemua nas tersebut beredar dalam tiga

perkara tersebut. (Yusuf Al-Alim, 1997 : 35)

3.2.2.1 Daruriah

Daruriah menurut Imam Syatibi ialah “Satu perkara yang menjadi kemestian dalam

kehidupan manusia samada dalam urusan keduaniaan ataupun keagamaan, sekira-kira

jika ia tiada nescaya tidak akan berjalan kemaslahatan dunia itu dengan baik, bahkan

akan berada dalam kerosakan, kacau bilau dan hilangnya kehidupan. Dan diakhirat kelak

pula akan hilangnya kejayaan dan kenikmatan kembali dengan kerugian yang nyata

dengan mendapat azab seksa”. (al-Yubi, 1998 : 182)

Peringkat daruriah adalah peringat maqasid yang paling tinggi dan paling asas.

Penjagaan ini termasuk dalam kategori “kemestian”. Dalam erti kata lain, maqasid ini

adalah satu keperluan asas pada setiap individu yang amat diperlukan bagi meneruskan

kehidupan sebagai seorang insan. Tanpa daruriah maka kehidupan manusia akan

pincang, hancur dan boleh membawa kepada kematian. Pengertian secara umumnya

adalah keperluan asas. Contohnya, manusia akan mati jika tiada makanan atau air, maka

air atau makanan boleh dikatakan sebagai daruriah atau keperluan asas.

Walau bagaimanapun, keperluan asas atau daruriah yang dibincangkan didalam

dunia Islam bukanlah sepertimana yang digambarkan oleh golongan bukan Islam yang
54

mana hanya meletakkan material sahaja sebagai keperluan asas.Melalui nas al-Quran dan

sunnah yang sentiasa memandu kearah kebaikan dan mencegah keburukan, para ulama

telah menyimpulkan kebaikan yang dinyatakan oleh nas itu berkisar dalam lima perkara

yang perlu dijaga oleh umat Islam supaya umat Islam itu terpelihara iaitu :

i. Agama

ii. Nyawa

iii. Akal

iv. Keturunan

v. Harta

Didalam falsafah Islam, agama berada ditempat pertama yang perlu dijaga dan

disusuli dengan hal keduniaan seperti menjaga nyawa, aqal, keturunan dan harta. Hal ini

demikian kerana, agama adalah tunjang kepada keperibadian seorang Muslim. Jika rosak

agamanya, nescaya maqasid-maqasid lain sudah tentu tidak dapat dilaksanakan.

Didalam hal daruriah maka kebanyakanya terkandung perkara-perkara yang

menjadi wajib untuk umat Islam jauhkan diri daripadanya atau larangan-larangan Allah

yang mana haram umat Islam lakukan seperti zina, curi, murtad, bunuh dan lain-lain.

Antara lain juga adalah pada perkara yang diwajibkan untuk umat Islam laksanakannya

seperti solat 5 waktu, puasa, zakat, haji atau lebih umum lagi rukun Islam dan lain-lain

suruhan wajib.
55

Walaubagaimanapun, segala syariat Islam itu pada umumnya adalah demi

menjaga agama, kerana tanpa agama manusia menjadi pincang juga dengan agamalah

manusia mengenal kehidupan. Hal penjagaan ini bukanlah hanya memfokuskan pada hal

keduniaan sahaja, bahkan didalam Islam, ia menjagkaui penjagaan diakhirat kelak. Secara

tidak langsung penjagaan agama akan menjaga segala penjagaan yang lain. Justeru,

walaupun aurat itu adalah terkandung didalam menjaga keturunan atau maruah, tetapi

perlu diketahui bahawa ia berkaitan rapat antara kelima-lima penjagaan terutama

penjagaan agama (Mokhtar & Che Hussin, 2007 : 105)

3.2.2.2 Hajiah

Peringkat hajiah adalah peringkat yang tanpanya tidaklah menimbulkan

kesusahan seperti yang terdapat pada daruriah, hajiah cukup hanya mendatangkan

kesenangan dan jikalau tanpanya manusia akan berada dalam keadaan susah atau akan

timbul masyaqqah. Hajiat ada dalam semua keadaan samada ibadat, muamalat, dan juga

jinayat. Contoh bagi hajiat dalam ibadah adalah rukhsah-rukhsah yang diberikan untuk

memudahkan kita semua, seperti keharusan qasar solat, jamak solat, solat duduk pada

waktu sakit dan sebagainya.

3.2.2.3 Tahsiniah
56

Peringkat tahsiniah merupakan peringkat yang menjadikan kehidupan manusia

berada di tahap akhlak yang cukup tinggi dan baik. Iaitu dengan mengambil perkara-

perkara yang baik daripada kehidupan dan meninggalkan perkara-perkara yang kotor

yang tidak diterima oleh akal yang sempurna. Ia terkumpul dalam kemuliaan akhlak yang

luhur. Contoh bagi tahsiniat dalam ibadat ialah bersuci, menghilangkan najis, menutup

aurat, dan sebagainya. Ia terdapat dalam semua keadaan samalah seperti daruriah dan

hajiah. Oleh kerana itu jelaslah wujud tingkatan hukum taklif dalam syariat Islam.

3.2.2.4 Kamaliah / mukammilah

Kamaliah sebenarnya adalah mukammil atau pelengkap kepada daruriah, hajiah

atau tahsiniah yang dinamakan sebagai mukammal. Kewujudan kamaliah demi mencapai

maqasid-maqasid tersebut dengan penuh kesempurnaan dan mengukuhkan penjagaan

terhadapnya. Kesemua mukammil ini adalah diiktiraf oleh syarak, dengan syarat ia

tidaklah membatalkan asal mukammal itu. Kesimpulannya, hajiat adalah mukammil

kepada daruriat, tahsiniat merupakan mukammil kepada hajiat. Oleh kerana itu, jelaslah

bahawasanya daruriat adalah asal bagi hukum syariah.

Sebagai contoh dalam perkara daruriat, disyariatkan azan dan solat berjemaah

sebagai mukammil kepada asal pensyariatan solat. Setelah perkahwinan disyariatkan

untuk menjaga nyawa dan keturunan, disyariatkan juga kafa‟ah (persamaan taraf) antara

pasangan suami isteri, sebagai mukammil kepada pensyariatan perkahwinan tersebut,


57

dengan tujuan untuk lebih mengekalkan kebahagiaan mereka berdua, dan hal ini samalah

dengan pensyariatan melihat kepada bakal pasanagan. Pengharaman zina adalah alat

untuk menjaga keturunan dan juga maruah, maka disyariatkan juga perkara-perkara yang

boleh membawa kepadanya, sebagai mukammil.

3.2.3 Maqasid Daruriah Yang Lima (Daruriyat al-Khams)

Daruriyat al-Khams

Menjaga Menjaga Menjaga Menjaga Menjaga


Nyawa Agama Akal Harta Keturunan

Carta 1 : Daruriyat al-Khams

Di dalam Firman Allah S.W.T, ada satu ayat yang dikira oleh ulama sebagai pencetus

utama didalam menentukan daruriatul khams.


58

Allah S.W.T berfirman :

               

            

           

Maksudnya: Wahai Nabi! apabila orang-orang perempuan Yang


beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, Bahawa
mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah Dengan sesuatu pun,
dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan
mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan
melakukan sesuatu perkara dusta Yang mereka ada-adakan dari
kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu
Dalam sesuatu perkara Yang baik, - maka Terimalah pengakuan taat
setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka;
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Mumtahanah (60) : 12)

Sekiranya diteliti berdasarkan firman Allah SWT tadi secara mendalam dan

saksama, pasti akan didapati lima perkara yang diistilahkan oleh para ulama sebagai

daruriatul khams iaitu penjagaan atau pemeliharaan dari 5 aspek utama seperti yang telah

disebutkan di atas iaitu agama, nyawa, aqal, keturunan atau maruah dan harta.(Hussin,

2012 : 64)
59

3.2.3.1 Menjaga Agama

Tugas utama semua utusan Allah SWT adalah untuk menjaga akidah dan imat umatnya.

Sebagaimana firman Allah SWT :

 
              

             

Maksudnya : Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah


ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu
tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya)
melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang
kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki
Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar
akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera
hitungan hisabNya.

(Surah Al-Imran (3) : 19)

Firman Allah S.W.T lagi:

             

Maksudnya :. dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka
tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-
orang Yang rugi.

(Surah al-Imran (3): 85)


60

Perkataan agama ataupun al-Din disini adalah mewakili atau merangkumi tiga

maksud secara ringkas iaitu:

i. Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.

ii. Hukum yang melibatkan keimanan kepada Allah SWT, Rasul dan hari akhirat.

iii. Hukum-hukum yang berkenaan zahir kehidupan manusia.

Martabat yang paling tinggi dalam agama adalah persoalan pengiktirafan tentang

keesaan Allah SWT dan keyakinan pada hari Kiamat (ahwal al-Ghaibiyyat). Peringkat ini

dinamakan sebagai peringkat daruriat (keperluan asas).

Sementara peringkat al-Hajah (al-hajiat) ataupun hajat keerluan adalah merupakan

tuntutan ibadah dan amalan wajibnya yang lain. Sementara amalan-amalan selepas dari

peringat fardu dan wajib ini dinamakan amalan sunat dan makarim al-akhlak (kemuliaan

akhlak) pula berada di peringkat al- tahsiniat. Maqasid Syariah dalam kekeluargaan harus

bermula dengan penjagaan agama. Tunjang utama penjagaan agama ialah pemupukan

dan pemeliharaan akidah. Bagi menjaga kepentingan agama dan akidah, islam

mewajibkan beriman dengan rukun iman dan menetapkan dengan jelas rukun Islam serta

ibadah-ibadah lain. Antara langkah-langkah lain adalah:

i. Mewajibkan berjihad dengan nyawa dan harta demi menjaga kesucian agama.
61

ii. Menjatuhkan hukuman bunuh bagi orang murtad dan zindik.

iii. Mengharamkan amalan bidaah dan sihir.

iv. Mengharamkan maksiat dan menetapkan hukuman yang keras melalui

pelaksanaan hudud dan takzir. (Che Hussin, 2012 : 66)

3.2.3.2 Menjaga nyawa

Islam amat menitikberatkan atau menekankan penjagaan terhadap nyawa

disamping penjagaan lain kepada manusia yang terkandung didalam daruriatul khams.

Ternyata hikmah disebalik penjagaan nyawa amat besar dengan menjadi kedua tertinggi

selepas menjaga agama.

Namun maksud Syarak dengan menjaga nyawa itu adalah nyawa atau jiwa yang

sejahtera dengan salamah atau aman, adapun jiwa yang jahat atau selain yang diyatakan

tadi adalah tidak dimaksudkan Syarak untuk menjaganya.


62

Allah S.W.T berfirman:

               

        

Maksudnya: dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang


diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar.
dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah
menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah
ia melampau Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia
adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
(Sural al-Nisa‟ (2) : 29)

Nyawa atau hidup adalah anugerah Allah SWT setelah agama (Islam), maka

secara logikal sekalipun dapat dilihat bahawa kepentingan menjaga nyawa ini amatlah

kritikal selepas agama. Walaubagaimanapun, ideologi barat meletakkan bahawa nyawa

adalah kepentingan paling utama didalam heirarki kepentingan sesuatu penjagaan kerana

mereka tidak menganggap agama itu penting.

Antara perkara yang termasuk didalam katagori melindungi nyawa ialah perkara-

perkara berikut:

i. Setiap individu berhak untuk hidup di bawah naungan Islam.

ii. Memelihara keharmonian dan kesucian sebagai seorang manusia.

iii. Memelihara anggota badan daripada disakiti atau dicerobohi.


63

iv. Menjamin kebebasan indvidu didalam berfirkir, memberi pendapat dan

bermastautin.

Bagi mengurus kehidupan manusia agar lebih baik, Allah SWT telah mensyariatkan

hukum nikah kahwin, penceraian, iddah, rujuk, hadanah, nafkah dan lain-lain. Allah SWT

juga telah mengharamkan sebarang pencerobohan terhadap anggota badan dan nyawa

seperti melakukan sesuatu yang menyakiti dan juga melakukan sebarang pembunuhan.

Firman Allah S.W.T:

               



Maksudnya : dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana


(menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri
kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah
(dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki
amalannya.

(Surah al-Baqarah (1) : 195)

3.2.3.3 Menjaga aqal

Syariat Islam menekankan terhadap penjagaan terhadap aqal atas beberapa faktor

penting yang mesti diambil perhatian. Antara faktor-faktor itu adalah:


64

i. Aqal adalah penentu wujudnya taklif ataupun tanggungjawab individu

terhadapa diri, keluarga dan masyarakat.

ii. Aqal dikira sebahagian anggota penting pada manusia yang perlu dijaga.

iii. Individu yang mempunyai aqal yang sihat akan memberi manfaat kepada

masyarakat dan negara.

Demi menjaga kesejahteraan aqal, sistem Islam telah mensyariatkan kepada umatnya

untuk menuntut ilmu. Sesuai dengan saranan yang diberikan Allah S.W.T didalam al-

Quran.

Allah S.W.T berfirman:

            

            

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)


harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan
sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama
suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
(Surah Al-Baqarah (1) : 188)
65

Firman Allah S.W.T :

             

       

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu


menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu Dengan sebab arak
dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan
daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti
(daripada melakukan perkara-perkara Yang keji dan kotor itu atau kamu
masih berdegil)?
(Surah al-Maidah (5) : 91)

Mencari ilmu ini bermula dari aspek memahami ilmu fardu ain iaitu ilmu yang

memfokuskan terhadap keperibadian individu hingga kepada fardu kifayah iaitu yang

lebih umum yang memfokuskan tanggungjawab individu dalam sesebuah masyarakat

.Kejahilan didalam beragama boleh membawa kepada syirik sementara jahil di bidang

keduniaan akan membawa kepada kelemahan dan kemunduran. Keperihatinan Islam

terhadap penjagaan aqal lebih dirasakan bilamana Islam mengharamkan setiap perkara

yang memabukkan serta keercayaan kepada sihir dan khurafat.

3.2.3.4 Menjaga keturunan dan maruah

Syariat Islam menekankan aspek penjagaan keturunan kerana ia menjamin terpeliharanya

nyawa dan tubuh badan. Bahkan pertautan atau kaitan antara hubungan persaudaraan
66

yang disandarkan Islam kepada umatnya menjamin pembentukan keluarga, anggota

masyarakat dan sterusnya kepada sebuah negara yang kuat dan bersatu padu.

Bermula dengan individu yang baik akan mencetuskan faedah yang berguna

kepada masyarakat dengan sikap mesra, terbinanya kasih sayang, bertanggungjawab,

sikap ingin membela kepada kaum yang lemah, sikap perihatin dan berkebajikan sesama

anggota masyarakat.

Malahan Islam juga menjamin berterusannya zuriat manusia hingga menjelangnya

akhirat. Di samping itu, syariat trurt meletakkan hukum yang teliti dan begitu rapi demi

menjaga maslahat keturunan manusia, antaranya ialah:

i. Islam meletakkan hukum hakam semenjak dari pemilihan pasangan, akad,

hubungan suami isteri dan anak-aak serta pendidikan mereka, hubungan

kekeluargaan, pembinaan rumah tangga bahagia, penceraian dan lain-lain

ii. Islam juga mengharamkan perbuatan atau perlakuan zina, liwat,

bersekedudukan, liwat, rogol, dan fawahish (perkara-perkara yang keji seperti

perbuatan kelucahan, perkataan keji, mencabul kehormatan dan sebagainya).

Bukan itu sahaja, bahkan Islam turut menyekat jalan-jalan ke arahnya seperti

mengharamkan pendedahan aurat, khalwat, pergaulan bebas dan pensyariatan

isti‟zam (hukum meminta izin seeum memasuki rumah atau memasuki bilik

peribadi orang lain).


67

Namun bagi sesetengah ulama dalam jurusan ini, mereka turut menambah satu

lagi kepentingan dan perkara yang perlu dijaga sebagai satu pecahan daripada bab

memelihara keturunan iaitu maruah ataupun kehormatan.

3.2.3.5 Menjaga harta

Harta merupakan nadi kepada kehidupan manusia dan tunggak kepada sesetengah

syiar Islam, bahkan kehidupan manusia adalah mustahil dapat diteruskan jika tanpa

adanya harta. Memandangkan kepentingan ini, Islam telah menggalakkan pencarian harta

dan rezeki dengan jalan dan cara yang betul. Beberapa maslahah dalam pemilikan harta

diharuskan oleh Islm antaranya ialah:

i. Islam menjadikan keredaan kedua-dua belah pihak sebagai asas jual beli dan

muamalah.

ii. Mensyariatkan zakat, sedekah, wakaf hutang dan lain-lain.

iii. Menggalakkan pelaburan positif dan meluaskan manfaat ekonomi.

iv. Mengharamkan daripada pengambilan harta melalui penindasan, penipuan dan

pencerobohan hak orang lain.


68

Maka dengan itu, Islam mengharamkan perbuatan mencuri, memeras, merompak,

memakan riba, menyeludup barangan, berjudi, melakukan penipuan, rasuah, dan lain-lain

perkara yang merosakkan.

Secara ringkas, al-Dharuriyat al-Khams ini merupakan satu pemeliharaan yang

begitu sempurna untuk dilaksanakan dalam pelbagai situasi dan keadaan. Pemeliharaan

yang Islam wujudkan ini mencakupi segala ruang dan tidak terdapat di dalam mana-mana

ajaran sebelum dan selepasnya. (Rosli Mokhtar, 2007)

3.3 Kepentingan Memahami Maqasid Syariah

Agama Islam mempunyai syariat-syariatnya yang tersendiri. Antara syariatnya adalah

untuk menjaga kemaslahatan dan kepentingan umat manusia didunia dan akhirat. Selain

itu, syariat Islam bertujuan untuk memberi kebaikan dan menghalang kemudharatan

kepada manusia. Justeru itu, Maqasid Shari‟ah dapat membantu seseorang mukallaf

dalam melaksanakan kewajipan syarak dengan sebaik mungkin dari segi tatacara dan

keyakinan diri. Hal ini kerana, dapat difahami bahawa semua syariat yang telah

ditetapkan oleh Allah tidak lain tidak bukan demi mencapai kebaikan di dunia dan di

akhirat. Berdasarkan kefahaman yang ampuh dalam ilmu Maqasid Syariah dapat

memberi kekuatan kepada faqih dalam mengistinbatkan hukum hakam semasa sejajar

dengan objektif syarak berdasarkan kefahamansebenar terhadap hukum, batasannya dan

aplikasinya.
69

Di samping itu juga, dengan memahami ilmu Maqasid Syariah dapat membantu

seseorang mujtahid untuk memahami nas-nas syarak dan mengaplikasinya ke atas isu

atau permasalahan yang timbul. Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk

memahami dalil-dalil yang bertentangan antara satu sama lain dan mengetahui dalil yang

lebih utama untuk digunapakai atau ditinggalkan berhubung dengan permasalahan yang

timbul.

Selain itu, ilmu Maqasid Syariah penting untuk memperkembangkan lagi

perbahasan dan topik-topik perbincangan yang mempunyai hubungan rapat seperti

maslahah, qiyas dan sebagainya. Maka dengan ini, ilmu usul Fiqh akan berkembang dan

tidak jumud.

Terdapat tiga perkara pada setiap pensyariatan hukum. Antaranya ialah sifat yang

terang (al-illah), manfaat atau kemudharatan hasil dari sesuatu (al-hikmah) dan manfaat

pensyariatan iaitu memberi manfaat dan menolak kemudaratan. Berdasarkan ketiga-tiga

perkara tersebut jelaslah bahawa setiap hukum yang disyariatkan adalah untuk menjaga

kemaslahatan manusia dan menolak kemudharatan. Oleh itu, setiap perkara yang ditutut

oleh Islam untuk melaksanakannya sudah pasti mengandungi kebaikan di dunia dan di

akhirat dan apa yang di larang sudah pasti membawa kerosakan (Rabiatul

Adawiyah,2010 : 67).
70

3.4 Kepentingan Nasab Menurut Perspektif Islam

Nasab secara ertimologinya beerti al-qarabah (kerabat), kaum keluarga atau

keturunan yang berkongsi kesatuan darah (Sufian Umar,2007 : 34). Perkataan al-nasab

ini juga digunakan dalam Bahasa Melayu dengan mengekalkan maskud pertalian

keluarga. (Kamus Dewan, 2002). Sejarah Islam telah membuktikan bahawa nasab

merupakan sesuatu yang amat penting dalam Islam. Terdapat pengkhususan di dalam

ayat al-Quran yang khusus berkenaan penjagaan nasab.

Firman Allah S.W.T :

             

            

    

Maksudnya : panggilah anak-anak angkat itu Dengan ber"bin"kan kepada


bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah Yang lebih adil di sisi Allah.
Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka
panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu Yang seugama dan
sebagai "maula-maula" kamu. dan kamu pula tidak dikira berdosa
Dalam perkara Yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira
berdosa itu ialah perbuatan) Yang disengajakan oleh hati kamu
melakukannya. dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani
.
(Surah al-Ahzab (33) : 5)

Konsep hifz al-nasab yang terdapat di dalam Maqasid Syariah ialah jaminan

kelestarian populasi umat manusia agar tetap hidup dan berkemban dengan sihat dengan

cara yang halal. Hal ini dapat dilakukan dengan pendidikan ilmu agama kepada anak-
71

anak. Islam sangat menjaga aspek penjagaan keturunan kerana ia menjamin

terpeliharanya nyawa dan tubuh badan. Islam telah meletakkan hukum hakam yang teliti

dan rapi demi mejaga maslahah keturunan manusia, antaranya ;

a) Islam menegakkan hukum hakam tentang perkahwinan bermula dengan

pemilihan pasangan, akad, hubungan suami isteri dan anak-anak serta

pendidikan mereka.

b) Islam juga mengharamkan perlakuan zina, bersekedudukan,liwat, rogol dan

fawahish (perkara keji) seperti perbuatan lucah, celaan, mencabul kehormatan

dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan Islam turut menyekat jalan-jalan ke

arahnya seperti pengharaman mendedahkan aurat,khalwat, pergaulan bebas

dan keperluan meminta izin apabila masuk ke rumah atau ruang peribadi

seseorang.

Maqasid merupakan matlamat yang perlu dicapai oleh syariat demi kepentingan

umat manusa. Terdapat lima Maqasid Syariah yang berhubung dengan manusia iaitu

yang pertama untuk memelihara agama, kedua memelihara nyawa, ketiga memelihara

keturunan, keempat memelihara akal dan terakhir memelihara harta. Memelihara nasab

merupakan salah satu daripada dhaduriyah al-khams, ia meupakan satu prinsip asas dan

hal ini membuktikan bahawa pentingnya menjaga nasab keturunan di dalam Islam.

Beberapa perkara telah digariskan dalam menjaga keturunan menurut Maqasid Al-

Syariah. Bagi memelihara keturunan, hukuman hudud akan dikenakan ke atas penzina

dan orang yang menuduh zina atau qazaf.


72

Tambahan lagi, nasab keturunan juga perlu dijaga demi menjaga maruah atau aib

kepada keluarga mahupun anak itu sendiri. Hal ini kerana, anak yang tidak diketahui

nasabnya atau dilahirkan diluar lingkungan perkahwinan akan dipandang hina.(Hafifi

Hasyim & Azizah, 2017: 4)

3.5 Maqasid Syariah Dalam Penjagaan Nasab Dan Keturunan

Di dalam kaedah Maqasid Syar‟iah, nasab keturunan seseorang anak sama ada anak

tersebut merupakan anak yang sah di sisi syarak atau sebaliknya akan mempengaruhi

aspek-aspek penjagaan yang terpelihara Syar‟iah iaitu dari segi penjagaan keturunan dan

harta. Bagi anak sah taraf, isu ini tidak menjadi satu permasalahan. Namun demikian bagi

anak tak sah taraf, penentuan nasab merupakan faktor yang penting kerana ia akan

melibatkan implikasi yang banyak pada masa akan datang terutamanya dalam perkara

yang melibatkan hukum hakam. Selain itu, anak tak sah taraf hanya boleh dinasabkan

kepada ibunya sahaja. Dari sudut lain, ia juga untuk memastikan pembahagian harta

pusaka tidak disalah bahagi kepada yang tidak layak mendapat. Dari aspek Maqasid

Syari‟ah, aspek utama yang disentuh dengan kepentingan anak tak sah taraf ialah

penjagaan keturunan dan harta.

Keturunan merupakan salah satu perkara yang sangat penting yang dijaga dan

dititikberatkan oleh Islam. Penjagaan keturunan adalah termasuk dalam salah satu

daripada jenis al-Dharuriyat iaitu maslahah yang patut dijaga oleh Sya‟riah. Penentuan
73

keturunan adalah penting kerana ia melibatkan kedudukan seorang anak terhadapa hukum

hakam Islam. Bagi mengelak kemudaratan yang lebih besar, Islam sangat mementingkan

penjagaan keturunan. Dalam erti kata lain, Islam mengharam persetubuhan sebelum

pernikahan. Hal ini bagi menjaga keturunan dan kemaslahatan sesebuah

keluarga.(Rabiatul Adawiyah, 2010 : 73)

Islam juga memerintahkan umatnya untuk berkahwin demi menjaga mata dan

kemaluan. Setiap persetubuhan selain dari nikah yang syarak ialah zina. Di dalam Islam,

perkahwinan merupakan satu tuntutan.

Berdasarkan hadis Nabi S.A.W :

َ‫ ( يَا َهعِشَرَ الشََّبَابِ هَنِ اسِتَطَاعَ هنكُن الْبَا َءة‬: َ‫َفقَالَ لَنَا رَسُولُ اللََّهِ صَلََّى اللََّهُ عَلَيِهِ وَسَلََّن‬
ُ‫ َوهَنِ لَنِ يَسِتَطِعِ َفعَلَيِهِ بِالصََّ ِومِ َفإِنََّهُ لَه‬، ِ‫ َوأَ ِحصَنُ لِ ْلفَرِج‬، ِ‫ َفإِنََّهُ أَغَضَُّ لِلَْبصَر‬، ِ‫فَلْيَتَزَ َّوَج‬
.‫ِوجَا ٌء‬
Maksudnya: “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kalian yang
sudah memiliki kemampuan maka hendaklah dia menikah, kerana hal
tersebut lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan.
Dan barangsiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa
kerana puasa adalah perisai baginya.”
(Al-Bukhari (1400 H), al-Jami‟ al-Sahih. Kaherah: Matba‟ah al-Salafiyah,cet. 1,
hal. 355, no. 5066, Al-Nawawi (1929 M), Sahih Muslim Bi Sharh al- Nawawi.
Kaherah: Matba‟ah Misriah, cet. 1, juz 9, hal. 172.)

Berdasarkan hadis ini, dapat difahami secara jelas bahawasanya perkahwinan itu adalah

satu tuntutan. Perkahwinan dapat menjaga akhlak daripada runtuh dan rosak. Hal ini

kerana, apabila manusia enggan berkahwin, mereka akan memenuhi keperluan nafsu
74

mereka dengan cara yang salah. Mereka akan mendekati perempuan dengan cara zina

untuk memuaskan nafsu mereka. Perkara ini boleh merosakkan akhlak dan melahirkan

masyarakat yang tidak bertamadun. Di samping itu, ia boleh merosakkan keharmonian

rumahtangga, mencabul kehormatan, menyebarkan wabak penyakit serta menimbulkan

masalah tekanan jiwa dan perasaan.(Rabiatul Adawiyah, 2010 : 74)

Islam secara jelas melarang penasaban anak tak sah taraf kepada bapanya demi

menjaga nasab keturunan dan mengelakkan percampuran nasab. Jadi yang menjadi fokus

kepada dasar hukumnya adalah mengenai hubungan yang sah antara bapa kepada anak di

luar perkahwinan dan jaminan kehidupan anak. Berkaitan dengan hubungan antara si

bapa dan anak yang lahir di luar pernikahan yang sah, hal tersebut seiring dengan prinsip

maqasid yang keempat iaitu hifz al-nasab, kerana prinsip tersebut menunjukkan bahawa

cara memperoleh anak yang sah adalah dengan adanya perkahwinan yang sah. Apabila

anak di luar pernikahan yang sah, atau dalam erti kata lain iaitu anak tak sah taraf boleh

dinasabkan kepada bapanya, maka hal ini secara jelas dan terang adalah bertentangan

dengan prinsip hifz an-nasab, hal ini kerana perzinaan atau hasil perzinaan boleh

menyebabkan kerosakan pada nasab dan keturunan. Salah satu tujuan disyariatkan hukum

Islam ialah memelihara dan menjaga keturunan. Ulama menyatakan bahawa nasab adalah

salah satu faktor atau dasar yang membina kehidupan rumah tangga yang diikat dengan

kesatuan darah. (Ubayyu Rikza, 2017, : 46)


75

3.6 Maslahah Dan Mafsadah Dari Sudut Penasaban Anak Tak Sah Taraf

Nasab adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya agar

manusia dapat hidup dalam keadaan mulia dan dihormati. Islam sangat teliti dalam

penentuan nasab. Kemaslahatan penasaban anak tak sah taraf dapat dilihat dari pelbagai

aspek. Bermula dengan aspek maslahah yang pertama dapat dilihat dari aspek anak itu

sendiri. Manakala aspek yang kedua dilihat dari sudut ibu bapanya . Dan maslahah yang

ketiga ialah aspek masyarakat dan orang sekeliling.

Dari sudut anak tak sah taraf itu, penasaban anak tak sah taraf kepada

bapa biologinya, jelas akan menjamin masa depan yang lebih baik bagi si anak itu sama

ada dari sudut maruah, psikologi, emosi, perkembangan mental, fizikal dan lain-lain. Ini

kerana setiap aspek ini berkait antara satu sama lain. Jika maruahnya tercalar,

psikologinya juga akan rosak, emosinya akan terganggu, perkembangan mental terencat,

fizikalnya tidak sihat dan sebagainya. Apabila seorang anak mengetahui bahawa dirinya

bukan dari hasil pernikahan yang sah, maka anak tak sah taraf ini akan menjurus kepada

menjadi seorang anak yang tidak baik sekiranya iman dan akidahnya tidak kuat.

Manakala dari aspek ibu bapanya pula, jika anak tersebut boleh disabitkan

nasab . Maka ibubapanya memulakan hidup baru dengan melupai kisah dan kesalahan

lama yang tidak perlu dibuka lagi. Proses taubat dan penyucian diri adalah lebih mudah

dalam membina kehidupan baru. Namun demikian sekiranya, nasab anak tersebut tidak
76

dinasabkan, setiap hari dia akan melihat kesalahan lamanya. Kesalahan lama yang

dilakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja akan menghantui mereka setiap hari Dari

sudut lain, sabitan nasab akan memudahkan interaksi ahli keluarga di dalam dimana

batas pergaulan mereka adalah batas pergaulan saudara mahram .

Dari aspek masyarakat pula, orang sekeliling tidak akan memandang

serong kepada anak tak sah taraf. Masyarakat dalam apa-apa isu sering memberi kesan

yang sangat mendalam kepada individu yang terlibat. Di samping itu, anak tersebut juga

dapat menutup malu dan aib dirinya. Penerimaan masyarakat akan lebih baik tanpa

mengetahui diri sebenar anak itu.

Manakala, dari sudut mafsadahnya pula memberi kesan yang lebih besar.

Mafsadah penasaban anak tak sah taraf adalah lebih besar dari maslahahnya. Dari sudut

penamaan, anak tak sah taraf mempunyai nama yang sama dengan anak sah taraf. Perkara

ini akan menjadi permasalahan terutamanya dalam perwalian sekiranya anak tersebut

diwalikan oleh bapa yang di halal di sisi syarak akan menyebabkan pernikahannya

terbatal dan tidak sah.

Dari sudut pergaulannya pula, anak tersebut bukanlah mahram yang sah

kepada bapa biologinya. Sekiranya mereka tinggal satu rumah, pasti aurat anak tersebut

tidak dapat dijaga. Perkara ini akan membuka ruang-ruang dosa terhadap kedua-dua

pihak iaitu anak dan bapa tersebut.


77

Sekiranya penasaban anak tak sah taraf ini dibenarkan, masyarakat akan

sewenang-wenangnya melakukan zina dan maksiat akan bermaharajalela kerana tiada

kekangan sekali gus menggalakkan peningkatan bilangan anak luar nikah. Dari segi

hukum, “taraf sah” berkenaan akan memberi kesan pada masa akan datang terutamanya

apabila melangsungkan perkahwinan kerana anak luar nikah tidak boleh berwalikan

bapanya. Pada satu pandangan, penasaban anak ini akan menyenangkan dari aspek

menutup aib anak dan sebagainya, namun hukum syarak tidak melihat kepada individu

sebaliknya keseluruhannya.

Kesimpulannya, berdasarkan pelbagai dalil dan pendapat ulama sama ada

membolehkan penasaban anak tak sha taraf atau sebaliknya, dapat disimpulkan isu ini

merupakan persoalan ijyihadiyyah yang mana setiap pihak memiliki hujah dan kekuatan

dalil masing-masing. Namun demikian, hujah melarang penasaban anak tak sah taraf

adalah lebih kuat berdasarkan dalil kuat daripada nas Al- Quran, hadith, amalan sahabat

dan jumhur fuqaha.

Isu menutup malu dan aib bukanlah alasan yang kuat kerana syariat Islam

jelas menunjukkan larangan membinkan atau membintikan kepada selain bapanya yang

sah melalui perkahwinan. Ini kerana, banyak hukuman dalam Islam diperintahkan

supaya dilaksanakan secara terbuka, termasuk dalam kes sebatan zina.Memang tidak

dapat dinafikan, malu itu memang satu mudarat bagi si anak, namun mudarat

menyembunyikan itu lebih besar. Ini kerana ia berkaitan dengan soal wali nikah bagi
78

wanita dan pembahagian faraid bagi wanita. Setiap perundangan hukum ini hendaklah

bertujuan untuk mendatangkan maslahah (kebaikan) kepada umat dan mencegah

kemudaratan terhadap lima perkara tersebut.7

3.7 Aplikasi Kaedah Qawaid Fiqh Terhadap Fatwa Berkaitan Anak Tak Sah
Taraf

Merujuk kepada fatwa yag dikeluarkan, terdapat beberapa kaedah Qawaid Fiqh yang

dapat diaplikasikan dalam fatwa bagi isu ini. Antara kaedah fiqh yang digunakan

pengaplikasiannya terhadap fatwa tersebut adalah :

3.7.1 Keyakinan tidak terhapus dengan syak (‫)اليقين ال يزول بشك‬

Kaedah ini menerangkan bahawa sesuatu keadaan yakin tidak akan dihilangkan

dengan syak atau was-was. Kaedah ini menetapkan bahawa keyakinan tidak akan

7
LamanWeb Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Dicapai pada 12 April 2019
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/736-bayan-linnas-siri-ke-106-isu-penamaan-bin-binti-
abdullah-kepada-anak-tidak-sah-taraf-oleh-mahkamah-rayuan
79

terangkat kecuali dengan yakin. Ini kerana keyakinan adalah sesuatu kekuatan dan was-

was adalah sesuatu kelemahan.(Tarmizi Taha, t.t, : 78).

Keyakinan merupakan satu kaedah penting dalam permasalahan ini. Sekiranya ia

berasa yakin dan pasti tanpa ada syak, bahawa anak tersebut adalah hasil daripada

persetubuhan sebelum akad, maka anak tersebut haram untuk dinasabkan kepada lelaki

tersebut.

3.7.2 Tabiat pengikut itu mengikuti (‫)التابع تابع‬

Kaedah ini bermaksud sesuatu pengikut akan ada yang mengikut. Mengikut tidak

akan berdiri dengan sendiri tanpa ada pengikut. Sekiranya tiada yang mengikut, maka

tiadalah pengikut, kerana hukum asal mengikut ikut dengan wujudnya pengikut.

(Tarmizi Taha, t.t, : 43). Oleh itu, setiap pada hakikat dan hukum yang diguna ke

atasnya menjadi hukum yang diikutinya.

Melalui kaedah ini, dapat disimpulkan bahawa bapa biologi tersebut(‫)التاتع‬,

manakala anak hasil dari persetubuhan itu ialah (‫)الوتثىع‬. Fatwa menjelaskan bahawa

seorang anak yang lahir hasil dari persetubuhan yang haram adalah haram untuk

dinasabkan kepada bapa biologinya. Berdasarkan kaedah ini, (‫)التاتع‬ adalah haram

secara qot‟i, maka hasilnya juga iaitu (‫ )الوتثىع‬juga akan menjadi haram. Hal ini kerana,

al-mat‟bu akan mengikuti hukum asal al-tabi.


80

3.7.3 Apabila terputus asal maka terputus furu’ ( ‫)اذا سقط األصل سقط الفرغ‬

Berdasarkan kaedah ini, sekiranya perkahwinan itu berasakan kepada yang haram, maka

apa-apa hasil dari perkahwinan itu akan tetap menjadi haram. Sebaliknya, jika

hubungan perkahwinan itu adalah halal secara jelas, maka apa-apa hasil dari

pernikahawan tersebut menjadi halal tanpa ada keraguan. .Jadi, anak yang lahir tanpa

wujudnya pernikahan yang sah menurut syarak, maka anak tersebut secara automatik

akan menjadi anak tidak sah taraf, kerana “asalnya” sudah terputus, maka furu‟nya juga

terputus.(Hafiz Othman, 2018 : 16)

3.7.3 Jika batal asal sesuatu, maka terbatal juga apa yang ada pada

jaminannya (kandungan) (‫) اذا بطل الشيء بطل في ضمنه‬

Kaedah ini menerangkan sekiranya terbatal sesuatu perkara itu maka apa yang

wujud didalamnya juga turut terbatal. Sebagai contoh, perhubungan seks sebelum

pernikahan adalah haram, maka hasil dari perhubungan tersebut turut menjadi

haram. Maka apa-apa yang wujud atau lahir daripada perkara yang haram juga

akan dikira sebagai haram. (Hafiz Othman, 2018 : 17)


81

3.7.4 Tiada hujah bersama dengan andaian yang lahir daripada dalil ( ‫ال حجة‬

)‫)مع االحتمال الناشء عن دليل‬

Kaedah ini sangat bertepatan sebagaimana yang di nyatakan oleh fatwa

dalam menentukan nasab anak yang lahir lebih enam bulan selepas akad

nikah. Lahirnya seorang bayi itu lebih enam bulan selepas akad nikah menjadi

satu hujah bahawa bayi itu sah taraf dan boleh dinasabkan kepada suami ibu bayi

tersebut. Walau bagaimanapun, hujah itu tertolak andainya ada andaian

yang kuat menyatakan bahawa bayi itu tidak sah taraf dan andaian itu

disertakan dengan dalil.

Antara dalil yang boleh dikemukakan seperti yang dinyatakan oleh Abdullah

Abdol Razak (2013) ialah:

a) Diyakini bahawa kehamilan berlaku sebelum akad.

b) Bayi yang dikandung berusia lebih daripada usia perkahwinan.

c) Tidak berlaku persetubuhan antara suami dan isteri selepas akad.

d) Tidak dimasukkan mani suami ke dalam rahim selepas akad.

Oleh yang demikian, andaian yang disertakan dengan dalil ini boleh

menolak hujah bahawa bayi tersebut anak tak sah taraf dengan andaian yang

disertakan dengan alasan-alasan di atas. (Hafiz Othman, 2018 : 18)


82

Dalam aspek menjaga keturunan, Islam sangat memberi penekanan dalam

menjaga keturunan umat Islam. Setiap bayi yang lahir dalam keluarga Islam

mestilah hasil dari pernikahan yang sah dan mempunyai keturunan yang jelas.

Allah memberi amaran di dalam Al-Quran .

Firman Allah S.W.T

         

Maksudnya : dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya


zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat
(yang membawa kerosakan).
(Surah Al-Isra (17) : 32)

Berdasarkan ayat Al-Quran ini, Allah dengan jelas melarang perbuatan zina.

Antara kerosakan zina sehingga melahirkan anak tak sah taraf kerana agama Islam

tidak mengiktiraf bapa biologi sebagai bapa yang sah taraf. Oleh kerana status

yang dimiliki, pada kelazimannya akan memberi kesan kepada kesejahteraan

mental dan emosinya. Kedudukan anak ini juga akan menyebabkan ia terdedah

kepada persepsi negative orang-orang disekelilingnya. Sedangkan antara tujuan

Syariah ialah memberi perlindungan kepada diri dan akal.

3.8 Sadd Al-Zarai Dari Sudut Penasaban Anak Tak Sah Taraf

Sadd al-zarai‟ yang boleh dimaksudkan di sini ialah menutup pintu-pintu maksiat

yang boleh membawa kepada dosa. Sadd al-zara‟i adalah salah satu kaedah usul
83

fiqh untuk mengistinbatkan sesuatu hukum syarak. Menurut kitab Al-Wajiz Fi

Usul Fiqh (Abdul Karim Zaidan,2004 :231) sad bermaksud tutup dan al-zari‟ah

bermaksud jalan untuk mencapai kepada sesuatu,iaitu jalan mencapai sesuatu

sama ada jalan itu jalan yang baik atau jalan yang buruk. Manakala pada istilah

ulama usul, ia adalah sesuatu perkara yang dihukumkan harus tetapi digunakan

sebagai jalan untuk mencapai kepada sesuatu yang haram atau mafsadah. Ini

bermakna sad al-zara‟i membawa pengertian mencegah sesuatu perkara yang

hukum asalnya ada harus tetapi sering digunakan untuk mencapai tujuan yang

haram . (Lukman Abdul Mutalib, 2012 : 49)

Islam menegah kemungkaran dan menutup pintu –pintu yang boleh

membawa kepada kemungkaran. Islam juga tidak alpa dalam melihat matlamat

dan kecenderongan sesuatu perkara, jika ia jelas membawa kefasadan maka

perlulah ditutup pintunya dari awal. (Lukman Abdul Mutalib,2012 : 49)

Keputusan mahkamah Rayuan yang membenarkan amalan penasaban anak

tak sah taraf kepada bapa biologi akan mengundang dharar (kebinasaan) yang

lebih besar dan membuka ruang-ruang kerosakan. Risiko peningkatan perbuatan

zina akan berlaku sekiranya amalan penasaban anak tak sah taraf ini dibenarkan.

Bahkan, dharar yang mungkin terhasil jika tidak membenarkan anak tak sah taraf

dibinkan kepada bapa biologinya adalah lebih ringan, seperti anak tak sah taraf itu
84

mungkin akan merasa malu. Sekiranya penasaban anak tak sah taraf ini

dibenarkan sudah pasti ia akan membuka ruang-ruang kepada remaja untuk

melakukan persetubuhan tanpa nikah.

3.9 Garis Panduan Penamaan, Pergaulan Dan Hak-Hak Anak Tak Sah Taraf8

Berdasarkan garis panduan anak tak sah taraf yang dikeluarkan oleh Jabatan

Kemajua Islam Malaysia (JAKIM), dari segi penamaan, pergaulan dan hak-hak lain yang

berkaitan dengan anak tak sah taraf. Perkara yang akan dibincangkan dalam isu ini

adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai asas rujukan dalam menentukan kesesuaian

penamaan anak tak sah taraf menurut syariat Islam. Selain daripada itu, ia juga bertujuan

memberi kefahaman dan penjelasan kepada semua pihak berkenaan aspek-aspek

pergaulan serta implikasi sosial anak tak sah taraf dalam keluarga dan masyarakat.

8
Laman Rasmi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-44. Dicapai pada 25 April 2019 http://e-
smaf.islam.gov.my/e-smaf/assets/files/old-
site/garis_panduan_penamaan_dan_kedudukan_anak_tak_sah_taraf_dari_segi_syarak.pdf
85

1. Penamaan

Dari sudut penamaan anak tak sah taraf, jika seseorang perempuan Melayu

beragama Islam bersekedudukan tanpa nikah dengan pasangannya sama ada lelaki

tersebut Islam atau bukan Islam dan melahirkan anak, maka anak tersebut hendaklah

dibin atau dibintikan dengan Abdullah atau lain-lain nama asma‟ al-husna berpangkalkan

Abdul. Seseorang anak tak sah taraf atau anak luar nikah tidak wajar dibin atau

dibintikan kepada ibu anak tersebut kerana ia mungkin akan menimbulkan masalah sosial

dan kesan psikologi kepada anak tersebut.

Seseorang anak yang dijumpai terbiar atau anak pungut yang tidak diketahui asal-

usulnya hendaklah “dibin atau dibintikan” kepada Abdullah. Sekiranya nama Abdullah

itu bersamaan dengan nama orang yang memelihara anak tersebut, maka bolehlah dipilih

daripada nama asma‟ al-husna yang berpangkalkan Abdul seperti Abdul Rahman atau

Abdul Rahim.

2. Pergaulan

Dalam konteks pergaulan pula, anak tak sah taraf tidak boleh dihalang daripada

menjalinkan apa-apa hubungan atau menjalankan aktiviti bersama seseorang kanak-kanak

Islam lain yang sah tarafnya. Pergaulan anak tak sah taraf dengan lelaki yang telah

melakukan persetubuhan tanpa akad nikah dengan ibunya, walau pun lelaki tersebut
86

adalah bapanya yang sebenar (bapa biologi), hendaklah berasaskan pergaulan di antara

anak tiri dan bapa tiri.

Jika anak tak sah taraf itu ialah seorang perempuan, maka wudhu‟nya dan wudhu‟

suami ibunya, sama ada si suami itu adalah bapanya yang tidak sah taraf atau pun lelaki

lain, maka tidak terbatal wudhu‟nya kerana menurut pandangan hukum syarak suami

ibunya itu adalah mahram. Perhubungan antara anak tak sah taraf dengan anak-anak

sebelah ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah

hubungan kekeluargaan yang sah, tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada

keluarga sebelah bapanya yang tidak sah itu.

3. Nasab

Dari sudut hubungan nasab (keturunan), anak tak sah taraf dinasabkan terus kepada

ibunya dan ia tidak boleh dibin atau dibintikan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.

Anak tersebut hendaklah dibin atau dibintikan dengan Abdullah atau salah satu nama

asma‟ al-husna atau sifat Allah seperti yang telah dinyatakan dalam perkara .

4. Hak Penjagaan

Berhubung dengan penjagaan anak tak sah taraf, ia adalah dipertanggungjawabkan

semata-mata kepada ibu dan saudara-mara sebelah ibunya. Jika seseorang anak yang

dipungut dan tidak dapat ditentukan keturunannya iaitu sama ada Islam atau pun bukan
87

Islam, maka adalah menjadi tanggungjawab pihak pentadbir (kerajaan) membesarkannya,

menjaga kebajikannya serta mendidiknya menurut agama Islam kerana bersandarkan

kepada majoriti rakyat sesebuah negara itu yang beragama Islam.

5. Nafkah

Segala nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf adalah menjadi tanggungjawab ke atas

ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf itu dinasabkan kepada ibunya, tidak kepada

lelaki yang menyetubuhi ibunya.

Ibu bapa merupakan orang yang paling utama menanggung nafkah anak-

anak.Oleh sebab itu, Islam mewajibkan setiap ibu bapa memberikan nafkah kepada anak-

anak sama ada anak-anak mereka fakir, masih kecil, sakit atau gila. Di Malaysia,

undang-undang keluarga Islam di negeri dan Wilayah Persekutuan mempunyai

peruntukan tentang nafkah anak, termasuk peruntukan tentang kewajipan ibu menyara

nafkah anak tak sah taraf. Terdapat tiga pihak yang dipertanggungjawabkan memberikan

nafkah kepada anak tak sah taraf sama ada ibu atau waris ibu atau pemerintah (baitulmal).

Tanggungjawab memberi nafkah pada dasarnya disediakan oleh ibunya.

Tanggungjawab memberikan nafkah kepada anak-anak yang sah taraf merupakan

tanggungjawab bapa kerana bapa berkewajipan menunaikan segala keperluan mereka di


88

hadapan Allah dan masyarakat. Kewajipan tersebut berasaskan tiga faktor, iaitu

perkahwinan, keturunan dan pemilikan.

6. Perwalian

Hak perwalian anak tak sah taraf sebenarnya terletak kepada ibunya. Walau

bagaimanapun, perwalian perkahwinan seseorang anak tak sah taraf perempuan dipegang

oleh wali hakim atau wali Raja. Ini kerana seseorang perempuan tidak sah menjadi wali

di dalam apa jua perkahwinan. Lelaki yang menyetubuhi ibunya sebelum akad nikah

yang sah, sama ada ia (lelaki) berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu, tidak sah

menjadi walinya.

7. Kematian

Kematian seseorang anak tak sah taraf yang belum baligh adalah menurut hukum agama

ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka ia dihukumkan sebagai seorang yang

beragama Islam. Dengan demikian, mayatnya hendaklah diurus secara pengurusan

jenazah seorang muslim. Sekiranya ibunya bukan seorang yang beragama Islam, maka ia

dihukumkan sebagai seorang yang bukan beragama Islam, sekali pun lelaki yang

menyetubuhi ibunya itu adalah seorang yang beragama Islam.


89

8. Amal Kebajikan

Jika semasa hayatnya, anak tak sah taraf telah melakukan amal kebajikan sama ada untuk

diri sendiri atau pun untuk masyarakat, maka segala manfaatnya dari segi ganjaran Allah

S.W.T dan lain-lain akan kembali kepada dirinya jua. (Majid Omar, t.t, ms 10)

3.10 Kesimpulan

Islam meletakkan kedudukan manusia dengan penuh kemulian. Setiap hukum yang telah

dilaksanakan disyariatkan mempunyai tujuan dalam menjaga maslahah umat manusia

bagi mencapai kebaikan dan menolak kemudaratan . Larangan yang telah ditetapkan oleh

Allah S.W.T bukan secara sia-sia tetapi mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Allah

SWT mencipta manusia dengan tujuan menjadikan mereka sebagai khalifah di muka

bumi dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Maka disini, dapat disimpulkan hubungan maqasid syariah dengan penasaban

anak tak sah taraf adalah untuk menjaga nasab itu sendiri yang merupakan antara

matlamat syariah dalam kehidupan seseorang Muslim. Objektif utama bagi penasaban

anak adalah menjaga nasab keturunan. Nasab keturunan merupakan elemen penting bagi

seseorang muslim bagi menjaga hubungannya dengan Allah S.W.T dan hubungan

kekeluargaan.
BAB IV

PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN

4.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, penulis akan membincangkan perkara yang berkait dengan maqasid

syariah dan anak tak sah taraf. Selain itu, penulis juga akan mencadangkan beberapa

saranan berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh daripada bab-bab yang terdahulu.

Saranan dan cadangan akan dikemukan pihak-pihak yang terlibat di dalam isu ini sama

ada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung seperti kepada pihak

kerajaan, ibu bapa, masyarakat, remaja dan anak tak sah taraf.

Berdasarkan bab sebelum ini, dapat kita fahami bahawa pemeliharaan nasab

seorang anak adalah termasuk dalam lima perkara Maqasid Syari‟iyah. Pembinaan

kehidupan rumah tangga yang mengikat kesatuan darah adalah bergantung kepada asas

yang kukuh iaitu pembentukan nasab yang halal. Pernikahan yang syarak adalah satu-

satunya cara untuk menjaga nasab seseorang anak. Tanpa pernikahan yang syarak, maka

perbuatan zina akan berleluasa. Perbuatan zina adalah haram secara jelas kerana
93

perbuatan zina tidak memelihara nasab secara sah. Sesungguhnya pensyariatan sesuatu

perkara adalah untuk mengelak mafsadah yang besar dalam masyarakat.

Kajian ini hanya berobjektif untuk menghuraikan konsep penasaban anak tak sah

taraf menurut Maqasid al-Syariah dengan menyatakan hukum dan dalil yang berkaitan

dengan isu yang dibincangkan. Maqasid syariah amat penting dalam memahami

sesebuah hukum yang disyariatkan untuk mengetahui tujuan syarak atau hikmah

berkaitan sesuatu hukum. Setiap hukum yang ada mempunyai hikmah dan tujuan yang

tersendiri kerana syariat yang Allah ciptakan ini bukanlah secara sia-sia. Namun, ia

bertujuan untuk mencapai kebaikan-kebaikan dan akan dikembalikan kepada hambanya,

didunia atau diakhirat sama ada tujuan dan objektif itu dicapai melalui penghasilan

manfaat atau penolakan mudarat. Semua hukum ini adalah yang mempunyai tujuan-

tujuan tertentu , serta kepentingan-kepentingan menurut syarak.

Maslahat umum harus diraikan daripada maslahat yang khusus kerana itu lebih

utama. Jika terdapat pertembungan antara kemaslahatan dan kemafsadan, maka kita

perlu melihat kepada sejauh mana kedua-dua perkara tersebut memberi kesan dalam

kehidupan. Oleh itu, dapat difahami, Islam telah meletakkan garis panduan dan

menyediakan solusi bagi permasalahan-permasalahan yang realiti dialami sekarang.

Secara jelasnya, anak tak sah taraf tidak dapat diiktiraf sebagai anak yang sah taraf

kerana anak yang sah taraf cuma diiktiraf melalui perkahwinan yang sah.penulis sangat

mengharapkan supaya umat Islam boleh memahami konsep anak serta memahami
94

larangan penasaban anak tak sah taraf tersebut. Kekeliruan dan ketidakfahaman yang

berlaku harus diambil berat oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab demi

menjaga maqasid agama.

4.2 Saranan Dalam Menangani Isu Penasaban Anak Tak Sah Taraf

Di dalam kajian ini, penulis meencadangkan saranan kepada pihak-pihak yang terlibat

dengan anak tak sah taraf. Justeru itu,penulis ingin mengemukan beberapa saranan untuk

diimplimentasikan. Antara saranannya ialah :

4.2.1 Saranan kepada Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan insan yang pertama yang menjadi contoh kepada anak-anak. Mereka

adalah pencorak kepada masa depan anak-anak. Ibu bapa sebagai ketua keluarga

hendaklah bertanggungjawab kepada anak-anak, ini termasuk memberi didikan dan ilmu

pengetahuan dunia dan akhirat kepada anak-anak. Hal ini kerana, ilmu agama

memainkan peranan penting dan merupakan tiang kepada menjaga maqasid syariah. Ibu

bapa mestilah menerapkan ilmu agama kepada anak-anak. Ibu bapa atau guru mestilah

memberi keprihatinan yang tinggi dalam memberi pendidikan agama kepada anak-anak

samaada dirumah atau di sekolah. Hal ini bagi mengelakkan anak-anak tidak mudah
95

terpengaruh dengan perkara tindak bermanfaat yang boleh menjurus kepada perkara

kelakuan yang haram.

4.2.2 Saranan kepada Remaja

Remaja merupakan golongan yang mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Pemilihan rakan sebaya juga menjadi faktor remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak

bermoral. Penulis menyarankan kepada remaja agar menanam rasa tanggungjawab

terhadap agama, negara dan bangsa. Mereka juga disarankan untuk mencari kawan yang

baik agar tidak terjebak kepada aktiviti tidak bermoral hal ini kerana remaja merupakan

tiang agama dan negara, sekiranya rosak mereka nescaya akan rosaklah masa depan

negara.

4.2.3 Saranan kepada Institusi Agama

Penasaban anak tak sah taraf adalah dilarang sejak dulu lagi. Maka pihak berwajib

seperti Jabatan Agama, Jabatan Mufti, NGO, AJK Masjid dan pihak-pihak agama perlu

memperbanyakkan lagi program-program keilmuan agar masyarakat lebih memahami

dengan jelas akan isu ini. Di samping itu, Jabatan Pendidikan juga perlu merombak dan

menyediakan modul-modul pembelajaran berkaitan ilmu agama dan maqasid syariah.


96

5.2.4 Saranan kepada Kerajaan

Memang tidak dapat dinafikan, seseorang anak tak sah taraf akan berhadapan dengan

situasi yang sukar di dalam hidupnya. Kebanyakkan daripada wanita yang menghadapi

masalah ini akan dibuang oleh keluarga dan mereka akan mempunyai masalah kewangan.

Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membantu ibu tersebut untuk mendapatkan

bantuan kewangan. Bagi memastikan tanggungjawab menyara anak tak sah taraf tidak

diabaikan, dikemukakan beberapa cadangan seperti berikut :

1. Satu bentuk “Unit Nafkah Ibu Tunggal” perlu diwujudkan dalam Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau di Jabatan Perdana Menteri

(Hal Ehwal Agama). Mahkamah Syariah perlu diberikan kuasa mengarahkan unit

tersebut memberikan nafkah kepada anak tak sah taraf mengikut kadar dan

tempoh yang munasabah, jika ibu atau waris ibu tidak mampu menyara nafkah

anak tak sah taraf. Proses pembayaran nafkah hendaklah bersifat segera tanpa

perlu melalui prosedur yang ketat atau birokrasi tertentu.

2. Mewujudkan “Dana Khas Anak Tak Sah Taraf” iaitu satu bentuk bantuan segera

kepada anak tak sah taraf sekiranya anak tak saha taraf tersebut dari keluarga yang

susah. Contohnya, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mewujudkan

Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) bertujuan menyalurkan bantuan sara hidup


97

sementara kepada isteri atau bekas isteri dan anak yang gagal mendapat nafkah

daripada pihak yang wajib membayar nafkah.

3. Mahkamah Syariah perlulah mengarahkan majikan membuat potongan gaji

melalui Perintah Tahan Pendapatan Tenaga, jika ibu atau waris ibu yang bekerja

tetapi cuai atau enggan membiayai nafkah anak tak sah taraf.

4. Baitulmal perlu membuat peruntukan khas berkaitan nafkah anak tak sah taraf

dalam bajet tahunannya. Bagi tujuan tersebut, mahkamah syariah hendaklah

diberikan kuasa memerintahkan baitulmal menyara nafkah anak tak sah taraf, jika

mahkamah mendapati ibu atau waris ibu tidak mampu menyara nafkah anak itu.

5. Institusi zakat di seluruh negeri memberikan bantuan bulanan kepada ibu atau

waris ibu yang memelihara anak tak sah taraf setelah aduan atau laporan

dikemukakan kepada institusi zakat berkenaan.

6. Agensi kerajaan seperti AIM dan TEKUN yang menjalankan program

keusahawanan perlu memberikan bantuan modal kewangan, barangan, kursus

kemahiran atau pengecualian apa-apa bayaran kepada ibu atau waris ibu sebagai

insentif untuk mereka memulakan perniagaan.

7. JPN yang mempunyai rekod kelahiran dan maklumat keluarga ibu anak tak sah

taraf boleh memanjangkan permohonan bantuan kewangan kepada baitulmal dan


98

institusi zakat di setiap negeri setelah menyedari ibu atau waris ibu dalam

kedaifan yang terbeban dengan tanggungjawab memelihara anak tersebut.( Abd

Ghani Ahmad & Nuarrual Hilal Md Dahlan, 2016 : 218)

4.2.5 Saranan kepada masyarakat

Sesungguhnya kehidupan di Malaysia memang tidak dapat lari dari hidup bermasyarakat.

Masyarakat memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Masyarakat

sekeliling mestilah membuang perspektif negatif terhadap anak tak sah taraf . Hal ini

kerana, anak tak sah taraf tidaklah berdosa bahkan mereka cuma menanggung beban di

atas kesalahan orang lain. Di samping itu, masyarakat mestilah memberi sokongan moral

kepada anak tak sah taraf dalam menangani masalah ini.

Pendekatan ke arah menjaga anak tak sah taraf ini merupakan satu langkah yang

menjurus kepada pencapaian maqasid syariah dalam menjaga hifz al-nasab. Islam

merupakan salah satu cara hidup yang sempurna kepada seluruh umatnya. Maqasid

Syariah merupakan satu cabang ilmu yang menjadi penaung kepada dalil-dalil syarak dan

ia bukannya suatu yang asing daripada dalil-dalil syarak, bahkan terkandung di dalamnya

sama ada secara langsung atau tidak langsung. Objektif utama ilmu Maqasid Syariah

ialah memberikan kebaikan kepada manusia dan menjauhkan mereka daripada segala

keburukan. Justeru, menjadi satu keperluan kepada mujtahid dan pengkaji hukum tidak

boleh diabaikan demi memastikan penilaian hukum yang dibuat terhadap sesuatu masalah
99

itu selari dengan tuntutan syarak. Oleh itu, umat Islam perlu mempelajari serta

menitikberatkan berkaitan maqasid syariah. Hal ini penting bagi meningkatkan

kefahaman dan penghayatan ibadat terhadap diri seseorang untuk menjaga

kesinambungan hidup manusia yang berlandaskan syariat Islam.

4.3 Cadangan Bagi Mengharmonikan Isu Anak Tak Sah Taraf Dalam Konteks
Masyarakat Malaysia

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Abd. Ghani Ahmad dan Nuarrul Hilal Md

Dahlan yang bertajuk “ Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tak Sah Taraf : Kajian

Kes di Negeri Kedah”, berdasarkan dari sudut sosiologi dan kemasyarakatan, gelaja

kelahiran anak luar nikah sudah menjadi isu yang sangat besar kepada negara dan

membimbangkan masyarakat pada hari ini. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh

Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah anak tak sah taraf yang didaftar juga semakin

meningkat dari tahun ke tahun. Pada masa yang sama, jumlah wanita hamil luar nikah

yang ditempatkan di pusat pemulihan turut meningkat memandang kebanyakkan daripada

mereka dibuang keluarga atau keluarga enggan menjaga mereka kerana malu. Adalah

yang lebih menyedihkan, kebanyakkan dari mereka adalah wanita yang beragama Islam

dan berbangsa Melayu. Pelbagai pendekatan dan kaedah pelaksanaan, serta

penguatkuasaan telah diperkenalkan oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kelahiran

anak tak sah taraf tetapi masih tidak membuahkan hasil.


100

Merujuk kepada kenyataan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-

Bakri pada 1 Ogos 2017 melalui slot Bayan Linnas Siri Ke-106 : Isu Penamaan

“Bin/Binti Abdullah” Anak Tidak Sah Taraf Oleh Mahkamah Rayuan, anak yang tidak

sah taraf bukanlah hina dan tiadalah ia berdosa kerana kesilapan yang dilakukan oleh

kedua orang tuanya. Ini kerana prinsip Islam, seseorang tidak menanggung dosa orang

lain. Justeru, hendaklah kita menghormati hak dan privasinya kerana dia tetap manusia

yang kemuliaan di sisi Allah S.W.T berasaskan siapa yang paling bertakwa antara kita.

Berdasarkan ayat Al-Quran :

             

             

   

Maksudnya : panggilah anak-anak angkat itu Dengan ber"bin"kan kepada


bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah Yang lebih adil di sisi Allah. Dalam
pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah
mereka sebagai saudara-saudara kamu Yang seugama dan sebagai "maula-
maula" kamu. dan kamu pula tidak dikira berdosa Dalam perkara Yang
kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah
perbuatan) Yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. dan (ingatlah
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab (33) : 5)

Bagi mengharmonikan isu ini dalam kalangan masyarakat Malaysia selari dengan ayat al-

Qur‟an, hadis, pandangan jumhur, hukum syara‟ dan peruntukan undang-undang dan
101

menolak stigma negatif masyarakat berkenaan kedudukan anak tak sah taraf, adalah

antaranya melalui beberapa cadangan berikut:-

1) Menisbahkan anak tak dah taraf kepada Abdullah atau mana-mana nama yang

dimulakan dengan Abdul seperti „bin Abdul Ghani‟, „bin Abdul Rahman‟, „bin

Abdul Latif‟ atau mana-mana Asma ul-Husna.

2) Mensabitkan nasab anak kepada ibunya dalam semua kelahiran samada kelahiran

syar‟ie atau tidak seperti „Isa bin Maryam,

3) Menisbahkan nasab anak tak sah taraf kepada ayahnya seperti „Ziyad bin Abihi‟.9

4.4 Kesimpulan

Perlu ditegaskan bahawa kedudukan anak tak sah taraf sama sekali tidak menjejaskan

hak-hak kemanusiaan seperti manusia yang lain dalam politik, sosial dan ekomoni seperti

keagamaan, kewarganegaraan, pendidikan, perjawatan awam kerajaan, biasiswa dan lain-

lain. Anak tak sah taraf tetap mulia dan disanjung jika berilmu, profesional dan bertaqwa.

Mereka perlu diberikan kepercayaan dan kedudukan yang tinggi tanpa pilih kasih

menurut kemampuannya. Mereka berhak diberikan peluang yang sama dan adil dengan

anak sah taraf untuk memberi sumbangan dalam negara. Ini dapat dilihat tindakan Umar

9
Portal Rasmi Fatwa Kebangsaan. Dicapai pada 12 april 2019.http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-
linnas/736-bayan-linnas-siri-ke-106-isu-penamaan-bin-binti-abdullah-kepada-anak-tidak-sah-taraf-oleh-
mahkamah-rayuan
102

R.A yang memilih Ziyad sebagai pemimpin menenangkan kekacauan di Yaman dan

sahabat-sahabat memberikan pengiktirafan kepada beliau tanpa mempersoalkan

keturunannya.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pejabat Mufti Wilayah

Persekutuan yang bersidang pada 31 Julai 2017 telah memutuskan bahawa anak yang

tidak sah taraf tidak boleh dibinkan atau dibintikan kepada ayah biologinya, seperti mana

yang diputuskan oleh Jumhur ulama. Sehubungan dengan itu, hendaklah dinasabkan

kepada Abdullah atau kepada nama-nama Allah yang mulia atau seperti cadangan yang

dinyatakan di atas. Mesyuarat juga bersetuju bahawa asas yang digunapakai ialah

maslahah umum iaitu implikasi zina yang merosakkan masyarakat dan sistem keluarga

secara keseluruhan) lebih utama dijaga berbanding maslahah khusus (yakni aib yang

mungkin dialami oleh anak zina). Ini bertepatan dengan maqasid al-syariah yang

meletakkan pemeliharaan nasab sebagai dharuriyyah (kepentingan yang sangat penting)

di dalam Islam.

Anak tak sah taraf hasil penzinaan atau rogol tidak boleh dipersalahkan kerana

mereka tidak berdosa, bahkan sama sekali tidak menanggung dosa kedua-dua ibu

bapanya. Anak tak sah taraf tetap mendapat hak yang sama seperti anak yang sah taraf.

Namun begitu, hubungan anak tak sah taraf masih boleh terjalin dengan ibunya dan

keluarga sebelah ibunya.


103

Sebagai kesimpulan, penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologi bukanlah

satu solusi yang tepat dan benar. Bahkan lebih banyak keburukan yang akan datang

sekiranya penasaban anak tak sah taraf ini dibenarkan. Islam adalah agama yang

mempunyai sistem kekeluargaan yang cukup jelas dan terancang. Sesuatu pensyariatan

yang disyariatkan oleh Allah S.W.T mempunyai tujuannya yang tersendiri. Dasar

tujuannya ialah tidak ada apa-apa hubungan kekeluargaan kecuali berasaskan kepada

pernikahan yang sah. Pensyariatan ini adalah bertujuan untuk menjaga kesucian

keluarga daripa unsur-unsur yang boleh merosakkan kerukunan rumahtangga tersebut.

Berasaskan kepada perkara ini juga, Islam tidak mengiktiraf anak tak sah taraf

mempunyai ikatan kekeluargaan yang sah dengan bapa biologinya. Hal ini kerana,bagi

Islam, satu-satunya cara untuk menjadikan sesuatu hubungan itu sah dan diiktiraf adalah

dengan perikahan yang syarak.

Penasaban anak tak sah taraf berdasarkan prinsip maqasid syariah juga adalah

untuk menjaga kesucian keturunan itu sendiri. Kesucian keturunan itu sendiri adalah

sebahagian dari sifat agama Islam. Sekiranya isu penasaban anak tak sah taraf kepada

bapa biologinya dibenarkan atas hujah ingin menutup malu dan demi menjaga aib

digunakan sebagai alasan untuk membenarkan isu ini adalah tidak tepat. Kerana isu

menutup malu dan menjaga aib bukanlah alasan yang kuat kerana syariat Islam telah

meletakkan garis panduan penasaban anak iaitu dengan cara pernikahan. Tidak dapat

dinafikan, banyak hukuman dalam Islam diperintahkan supaya melaksanakan nya secara

terbuka termasuk dalam kes sebatan zina.


104

Jika alasan menutup malu dan menjaga aib diguna pakai bagi menghalalkan isu

ini, maka mudarat menyembunyikan itu adalah lebih besar. Isu ini tidak boleh dipandang

enteng kerana ia berkait dengan perwalian bagi wanita dan pembahagian faraid. Isu ini

juga melihat kepada konteks maslahah dan mafsadahnya. Secara jelasnya, maslahah

umum iaitu implikasi zina yang merosakkan masyarakat dan sistem kekeluarga secara

keseluruhan lebih utama dijaga berbanding maslahah khusus iaitu menjaga aib yang

mungkin dialami oleh anak tak sah taraf tersebut. Ini sangat bertepatan dengan Maqasid

Syar‟iyah yang meletakkan pemeliharaan nasab sebagai dharuriyyah di dalam Islam.

Berdasarkan kajian ini, secara jelasnya, penasaban anak tak sah taraf memang

ditidakdapat dinasabkan. Maslahah yang ingin diperjuangkan oleh individu tertentu

hendaklah berdasarkan maslahah ammah bukannya maslahah khassah. Oleh itu, anak

tak sah taraf tidak boleh dinaiktaraf sebagai anak sah taraf semata-mata demi menjaga

maslahah individu tertentu. Diharapkan kajian ini mampu menyumbang beberapa

kefahaman yang jelas khususnya melibatkan pensabitan anak tak sah taraf berdasarkan

realiti di Malaysia. Penulis berharap kajian ini mampu dijadikan panduan kepada semua

masyarakat bagi menjawab persoalan-persoalan yang symbol yang timbul berkaitan anak

tak sah taraf. Selain itu,penulis juga berharap agar penulisan ini dapat dijadikan panduan

bagi pengkaji-pengkaji lain. Pengkaji-pengkaji lain juga dapat mengembangkan lagikan

isu ini dari sudut lain.


RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Abd. Ghani Ahmad & Nuarrual Hilal Md. Dahlan (2016). Kewajipan Menanggung
Nafkah Anak Tak Sah Taraf: Satu Kajian Kes Di Negeri Kedah. Julai 2016.
Abdul Majid Omar (2013). Kedudukan Anak Tak Sah Taraf: Dari Aspek Pandangan
Syarak, Nasab Dan Pewarisan Serta Kekeluargaan Islam.dalam Kertas Kerja
Kempen Sah Nikah –Sah Nasab.
Abu Abdullah Hanafi Hj. Dollah,(2006) Kamus Kontekstual Lengkap Al-Khalil,
Selangor : Pustaka Salam.
Ahmad al-Raysuni, (1995) Nazariyyat al-Maqasid „Inda al-Imam al-Shatibi, Riyadh :
al-Dar al-Alamiah Li al-Kitab al-Islami.
Ahmad al-Raysunī. (1990) Nazariyyah al-Máqāsid Inda al-Shātibī. Maghribī: al-Dār
al-Baydhāu.
Ahmad al-Raysunī.(2010). Madkhal ila Máqāsid al-Shari‟ah, Kaherah : Dār al-
Kalimah li al Nashár Wá al-Tauzi.
Ahmad Syukran Baharuddin & Mohamad Amir Wan Harun & Aminuddin Ruskam
&Abdul Rahim Yacob. (2015). Forensik Biologi Dalam Penjagaan Nasab (Hifz
al-Nasab/ Nasl) dalam International Journal of Islamix and Civilizational Studies
Bil 2, No.2. Feb 2015
Akbar Sarif, Ridzwan Ahmad (2017) Konsep Maslahat dan Mafsadah menurut Imam al-
Ghazali.
Al-Yubi, Muhammad Said, (1998), Maqasid al-Syari‟ah al -Isl amiyyah
Dr. Zulkifli bin Hassan & Dr. Irwan bin Mohd Subri & Dr. Lukman bin Abdul
Mutalib (t.t). Analisa Kes Melibatkan Anak Tak Sah Taraf Di Mahkamah
Syariah, Fakulti Syariah Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
Dr. Zulkifli bin Hassan & Dr. Irwan bin Mohd Subri & Dr. Lukman bin Abdul
Mutalib Analisa Kes Melibatkan Anak Tak Sah Taraf Di Mahkamah Syariah,
Fakulti Syariah Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
Hafifi Bin Hassim & Azizah Binti Mat Rashi Hifz Al-Nasb : Analisis Terhadap
Peruntukan Kesalahan Tatasusila Dalam Enakmen Jenayah Syariah Di
Malaysia dalam, Jurnal Hal EHwal Islam dan Warisan Islam. No.1 Bil.1. 2017.
Hafiz Othman, (2018) AplikasI Hukum Nasab Anak Zina: Kajian Terhadap Fatwa-
Fatwa Negeri.
Ibn „Āshūr, Muḥammad Ṭāhir. (2001) Maqāṣid Al-Sharī‟ah Al-Islāmiyyah. Jordan: Dār
al-Nafāis.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Komplikasi Pandangan HukumMuzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangasaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
(2015) Selangor : Crystal Creative Empire.
Kamus Dewan Bahasa Malaysia. (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairul Azhar Meerangani (2018) Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar Menurut
Perspektif Maqasid Syariah dalam Isu-Isu Semasa Islam & Sains.
Laman Web JAKIM. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/anak-tak-sah-taraf
(diakses pada 31 November 2018)
Laman Web JAKIM. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/anak-tak-sah-taraf-4
(diakses pada 1 Oktober 2018).
Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan .Bayan Linnas Siri Ke-106 : Isu
Penamaan “Bin/Binti Abdullah” Kepada Anak Tidak Sah Taraf Oleh
Mahkamah Rayuan, http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan- linnas/736-
bayan-linnas-siri-ke-106-isu-penamaan-bin-binti-abdullah-kepada-anak-tidak-sah-
taraf-oleh-mahkamah-rayuan ( diakses pada 26 Mac 2019)
Legal Research Board. (2018). Islamic Family Law (Federal Territories Act 1984),
Petaling Jaya : Golden Books Centre Sdn. Bhd.
Lukman Abdul Mutalib & Mohamad Azhan Yahya. (2016). Isu Penasaban Anak Luar
Nikah Kepada Bapa Biologi Dari Sudut Pandang Siasah Syar‟iyyah Di Malaysia
dalam Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016
Lukman Abdul Mutalib & Wan Abdul Fattah Wan Ismail (2012). Al-Qarinah: antara
kekuatan dan keperluan dalam mensabitkan kesalahan jenayah (zina) dalam
International Journal of Islamic Thought (IJIT). 2016.
Mahmud Saedon A. Othman. (1990). Undang-Undang Keterangan Islam.
Ampang : Selangor Darul Ehsan.
Mohd Fikri Che Hussain. (2012). Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah. Johor:
Perniagaan Jahabersa.
Muhammad Tahir bin Asyūr. (2004). Máqāsid al-Shari‟ah al-Islāmiyyah, Qatar:
Wuzarah al Awqāf Wa al-Shu‟un al-Islāmiyyah.
Muhammad Ubayyu Rikza & Siti Djazimah (2017) Analisis Maqâs{Id Asy-Syarî‟ah
Terhadap Putusan Mk Nomor 46/Puu-Viii/2010 Dan Implikasinya Terhadap
Hukum Keluarga Islam Di Indonesia Vol. 10, No. 1, Jun 2017
Noraini Aqiilah Ismail &Ahmad Munawar Ismail (2018). Persepsi Masyarakat
Muslim Di Hulu Langat Terhadap Anak Tak Sah Taraf dalam Malaysian
Journal Islamic Studies. Bil 2 . 2018.
Nūruddīn bin Mokhtár al-Khadami,(2006) Ilm al-Maqāsid al-Shár‟iyyáh, Riyádh:
Jámi‟ah al Imām Muhammad bin Sa‟ud al-Islāmi.
Nurul Ain Nadzirah Binti Zakaria (2018). Agihan Zakat Berdasarkan Maqasid
Syariah Di Pusat Zakat Daerah Marang. Thesis Sarjana Muda. Universiti
Sultan Zainal Abidin.
Paizah Hj Ismail. (2013) . Anak Tak Sah Taraf Dari Perspektif Syariah Dan
Perundangan Islam Di Malaysia dalam Jurnal Fiqh.
Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Garis Panduan Penamaan Dan Kedudukan Anak Tak Sah
Taraf Menuruk Syarak. http://www.fatwa.gov.my/sites/default/garis-panduan-
penamaan-anak-tak-sah-taraf. (diakses pada 7 Disember 2018)
Rabiatul Adawiyah Binti Saad. (2014). Nasab Anak Tak Sah Taraf Dari Perspektif
Maqasid Syari‟ah. Thesis Sarjana Muda. Universiti Malaya.
Rosli Mokhtar, Mohd Fikri Che Hussin. (2007). Maqasid al-Sya‟riah : Hikmah Di
Sebalik Pensyariatan. Selangor : Karya Bestari Sdn. Bhd.
Shaikh Ahmad Muhammad Shakir,(2008), Tafsīr al Thabarī, Jakarta: Pustaka Azzam,
Sufyan bin Umar Burqu'ah, (2007), al-Nasab wa Mada Ta'thir al-Mustajiddat al-
Ilmiyyah fi Ithbatihi : Dirasah Fiqhiyyah Tahliliyyah, Risalah al-
Dukturah, al-Jameah al-Alamiyyah al-Islamiyyah Maliziya
Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda & Siti Khatijah Ismail & Najmiah Omar (2011),
Penggunaan DNA Bagi Penentuan Nasab al-Walad Li al- Firasy dalam Peruntukan
Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia dalam Jurnal Islam dan Masyarkat
Kontemporari Keluaran Khas, 2011.
Wan Mohd Nasir (2011). Maqasid Syariah Cabaran Dan Penyelesaian Dalam
Merialisasikannya.Kuala Lumpur. Telaga Biru Pulication,
Yususf al-Alim. (1994). al-Maqasid al-Ammah Li al-syariah al-Islamiah, Riyadh:
Daral-Islamiyyah.
Zulkifli Al-Bakri. (2014) Maqasid Syariah Satu Pengenalan Umum. Selangor :
Pustaka Cahaya Kasturi.
Zulkifli Hassan & Irwan Mohd Subri & Lukman Abdul Mutalib.(2013). Analisa Kes
Melibatkan Anak Tak Sah Taraf Di Mahkamah Syariah. Jurnal Hukum. Jilid
36(2)

You might also like