Bab 4 Comp Law

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

_______________________________________________________Company Law, prepared by Ms.

Sutha

BAB PERLEMBAGAAN

PENGENALAN

Sumber undang-undang syarikat meliputi Akta Syarikat 2016, kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah
dan satu dokumen bertulis iaitu perlembagaan syarikat. Secara umum peruntukan-peruntukan mengenai
hak, kuasa, kewajipan, obligasi dan sebagainya akan termaktub dalam sumber undang-undang syarikat
yang dijelaskan di atas.

PERLEMBAGAAN

1. Bagi tafsiran mengenai perlembagaan rujukan harus dibuat kepada Seksyen 2(1) AS2016:

Perlembagaan ertinya dokumen yang disebut di bawah Seksyen 34 AS2016.

2. Rujuk Seksyen 34 AS2016 bagi bentuk perlembagaan:

(a) Bagi sebuah syarikat berhad menurut syer, perlembagaan adalah suatu dokumen yang diterima pakai
dibawah Seksyen 32 AS2016.

(b) Bagi sebuah syarikat berhad menurut jaminan, perlembagaan merupakan suatu dokumen yang diserah
simpan bagi pendaftaran syarikat di bawah Seksyen 38 AS2016.

(c) Bagi sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah undang undang bertulis terdahulu yang bersamaan,
perlembagaan merangkumi memorandum dan artikel persatuan yang didaftarkan mengikut undang
undang terdahulu.

3. Kepentingan atau bagi sebarang isu percanggahan atau keutamaan perlembagaan syarikat, rujuk
Seksyen 32(2) AS2016:

Sebarang pelanggaran atau ketidakselarasan dengan sebarang peruntukan dalam AS2016 akan
menyebabkan perlembagaan tidak mempunyai sebarang kesan.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

1. Secara umum, pelembagaan hendaklah mengandungi peruntukan seperti di bawah Seksyen 35(1)
AS2016.

Kandungan sebuah perlembagaan merangkumi perkara berhubungan dengan tujuan syarikat, keupayaan,
kuasa, keistimewaan dan perkara yang dipertimbangkan oleh AS 2016 untuk dimasukkan dalam
perlembagaan dan perkara lain yang syarikat hendak masukkan dalam perlembagaannya.

1
_______________________________________________________Company Law, prepared by Ms.Sutha

2. Bagi sebuah syarikat berhad menurut jaminan, ia mempunyai seksyen khas untuk menjelaskan
kandungan perlembagaan, rujuk seksyen 38(3) AS2016:

Kandungan perlembagaan sebuah syarikat berhad menurut jaminan merangkumi pernyataan syarikat itu
adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan, tujuan syarikat, keupayaan, hak, kuasa, keistimewaan
syarikat, bilangan anggota yang dicadangkan untuk diperbadankan, perkara yang dipertimbangkan oleh
AS2016 untuk dimasukkan dalam perlembagaan dan perkara lain yang dihasratkan oleh syarikat untuk
dimasukkan dalam perlembagaan.

KEPERLUAN UNTUK MEMPUNYAI SEBUAH PERLEMBAGAAN DALAM SYARIKAT

1. Keperluan untuk membentuk atau mempunyai suatu perlembagaan banyak bergantung kepada jenis
syarikat itu. Rujuk Seksyen 31(1) AS2016:

Secara amnya, sesebuah syarikat boleh memilih untuk mempunyai atau tidak mempunyai sebuah
perlembagaan. Tetapi bagi sebuah syarikat berhad menurut jaminan, syarikat perlu mempunyai sebuah
perlembagaan.

2. Jika sebuah syarikat itu perlu mempunyai satu perlembagaan, kesannya adalah, rujuk Seksyen 31(2)
AS2016:

Kesannya adalah, syarikat itu, pengarah dan setiap anggota syarikat hendaklah mempunyai hak, kuasa,
kewajipan yang dinyatakan dalam AS2016 kecuali setakat yang dibenarkan untuk diubah suai oleh
AS2016.

3. Jika sebuah syarikat tidak mempunyai satu perlembagaan rujuk Seksyen 31(3):

Kesannya adalah, syarikat itu, pengarah dan setiap anggota syarikat hendaklah mempunyai hak, kuasa,
kewajipan yang dinyatakan dalam AS2016.

4. Tetapi sesebuah syarikat masih boleh menerima pakai perlembagaan dengan syarat keperluan bawah
Seksyen 32(1) AS2016 dipenuhi iaitu melalui suatu ketetapan khas.

5. Sebagai contoh, bagi sebuah syarikat berhad menurut syer, rujukan harus dibuat kepada Seksyen 34(a)
AS2016.

6. Manakala bagi sebuah syarikat berhad menurut jaminan, rujukan harus dibuat kepada Seksyen 34(b)
AS1965 dan Seksyen 38(1) AS2016.

7. Selain itu bagi syarikat yang didaftarkan sebelum penguatkuasaan AS2016 (iaitu dibawah AS1965),
rujukan harus dibuat kepada Seksyen 34(c) AS2016.

2
_______________________________________________________Company Law, prepared by Ms.Sutha

8. Seksyen seksyen lain yang berkaitan dengan perlembagaan:

(i) Seksyen 90(1) AS2016: Dalam situasi sebuah syarikat yang mempunyai kelas syer yang berlainan perlu
menyatakan dengan jelas dalam perlembagaan bahawa modal syer syarikat itu dibahagikan kepada kelas
syer yang berlainan dan hak mengundi adalah terikat dengan syer dalam setiap kelas tersebut.

(ii) Seksyen 42(2) baca bersama Seksyen 106(1)(a) AS2016:

Suatu syarikat persendirian hendaklah menyekat pemindahan syernya.

Syarikat perlu mencatatkan nama penerima pindahan dalam daftar anggota sebagai pemegang syer dalam
masa 30 hari dari tarikh penerimaan surat cara pemindahmilikan di bawah Seksyen 105(1) AS2016
melainkan AS atau perlembagaan membenarkan pengarah untuk menolak atau menangguhkan
pendaftaran atas sebab yang dinyatakan.

(iii) Seksyen 66(1)(a) AS2016:

Sesuatu dokumen disempurnakan oleh syarikat dengan mengecapkan meterai perbadannya tertakluk
kepada syarat atau batasan dalam perlembagaan.

9. Untuk menentukan status atau keesahan pengguna memorandum dan artikel yang sedia ada, rujuk
Seksyen 619(3) AS2016 dan Seksyen 32(2) AS2016:

Perlembagaan syarikat tidak akan mempunyai sebarang kesan setakat yang berlanggaran atau tidak
selaras dengan AS2016.

Memorandum dan artikel persatuan yang sedia ada yang berkuatkuasa dan dilaksanakan pada permulaan
Akta ini hendaklah mempunyai kesan seolah olah dibuat dan diterima pakai dibawah AS2016 melainkan
diputuskan sebaliknya oleh syarikat.

KESAN PERLEMBAGAAN

1. Rujuk Seksyen 33(1) AS2016:

Perlembagaan hendaklah mengikat syarikat dan anggota seolah olah ia ditandatangani dan dimeterai oleh
setiap anggota dan mesti mematuhi peruntukan segala peruntukan dalam perlembagaan.

2. Rujuk Seksyen 33(2) AS2016:

Wang yang perlu dibayar oleh mana mana anggota kepada di bawah perlembagaan akan menjadi hutang
yang kena dibayar oleh anggota kepada syarikat.

3
_______________________________________________________Company Law, prepared by Ms.Sutha

3. Bagi sebuah syarikat menurut jaminan, kesan dinyatakan secara lebih spesifik di bawah Seksyen 38(6)
AS2016:

Suatu perlembagaan yang diserah simpan dengan Pendaftar akan mengikat syarikat dan anggotanya
seolah olah ia ditandatangani oelh setiap anggota dan mereka mematuhi semua peruntukan dalam
perlembagaan itu.

4. Bagi satu kontrak yang melibatkan syarikat dan ahli-ahli, rujuk kes kes di bawah:

 Hickman v Kent

Artikel sebuah syarikat menetapkan bahawa sekiranya terdapat sebarang pertelingkahan di


dalam syarikat, pertelingkahan itu harus di bawa kepada timbang tara. Apabila pertelingkahan
berlaku, Hickman terus membawa kes ke mahkamah.
Mahkamah memutuskan tindakan Hickman gagal sebab dia telah berkontrak dengan syarikat di
dalam artikel untuk tidak membawa kes ke mahkamah dan seharusnya merujuk kes tersebut
kepada timbang tara.

 Quins & Axtens V Salmon

Artikel syarikat memperuntukkan beberapa jenis kontrak tidak boleh dimasuki tanpa persetujuan
Salmon. Untuk menghalang Salmon daripada menggunakan kuasa ini, Lembaga Pengarah syarikat
telah meluluskan satu resolusi tanpa persetujuan Salmon untuk memasuki suatu kontrak. Salmon
memohon injunksi di mahkamah. Mahkamah memutuskan tindakan Salmon berjaya kerana
syarikat terikat oleh kontrak dengan ahlinya.

 Wood v Odessa Waterworks Co

Memorandum and articles are enforced between members.

5. Bagi satu kontrak di antara ahli ahli pula, rujuk kes-kes di bawah:

 Wong Kim Fatt V Leong & Co Sdn Bhd

Pemegang syer majoriti telah membuat permintaan terhadap pemegang syer minoriti untuk
memindahkan syer-syernya kepada pemegang syer majoriti. Mahkamah membenarkannya sebab
klausa itu sudah ada di dalam artikel, oleh itu ia tidak salah. Ahli minoriti sudah bersetuju untuk
menjual syer mereka kepada ahli majoriti sejak dari awal lagi dan ia mesti dipatuhi kerana
peruntukan itu telah pun dipersetujui dalam artikel dan adalah mengikat.

4
_______________________________________________________Company Law, prepared by Ms.Sutha

 Rayfield v Hands

Syarikat mempunyai artikel yang memperuntukkan setiap ahli yang ingin memindahkan syer
mesti memberitahu Pengarah dan Pengarah mesti membahagikan syer-syer ini kepada ahli-ahli
yang lain. Rayfield ingin memindahkan syer tetapi Pengarah enggan menerima dan mereka yang
enggan terima juga merupakan ahli syarikat. Rayfield mengambil tindakan pelaksanaan spesifik
terhadap Pengarah. Tindakan beliau berjaya kerana terdapat kontrak di antara ahli-ahli syarikat
tentang isu tersebut.

6. Kesan kepada pihak ketiga, rujuk kepada kes kes di bawah:

 Eley V Positive Government Security Life Assurance Co

Eley merupakan ahli syarikat defendan dan menurut artikelnya Eley hendaklah merupakan
peguamcara syarikat dan mengendalikan semua perkara undang-undang syarikat tersebut.
Syarikat defendan kemudiannya enggan untuk melantiknya sebagai peguamcara. Eley membawa
tindakan atas alasan pemecahan kontrak. Tindakan Eley tidak dibenarkan oleh mahkamah.
Menurut mahkamah Eley dalam menguatkuasakan artikel itu bertindak sebagai seorang peguam
dan bukannya sebagai seorang ahli. Seksyen 33 AS1965 hanya memberikan hak-hak kontrak
kepada ahli-ahli dalam kapasiti mereka sebagai ahli-ahli syarikat itu sahaja dan tidak selainnya.

 Raffles Hotel Ltd v Malayan Banking


Artikel tidak mengikat orang luar, artikel hanya mengikat ahli dan syarikat dan sesama ahli.

 Beattie v E & F Beattie Ltd


Artikel syarikat telah menetapkan bahawa sebarang pertelingkahan di antara syarikat dan ahli
hendaklah diselesaikan melalui arbitration. Apabila berlaku suatu pertelingkahan di antara
syarikat dan pengarah syarikat yang juga merupakan seorang ahli syarikat, syarikat mengambil
tindakan mahkamah ke atas pengarah. Pengarah menyuarakan tentangan dan menegaskan
bahawa isu tersebut sepatutnya diselesaikan melalui arbitration dan bukannya mahkamah.
Mahkamah dalam kes ini menolak hujahan pengarah dan memutuskan bahawa syarikat
mengambil tindakan ke atas pengarah atas kapasiti pengarah dan bukan sebagai ahli, oleh itu ia
dibenarkan.

 Swabey v Port of Darwin Gold Mining

Terdapat pindaan terhadap artikel yang mengurangkan kadar jumlah gaji pengarah. S yang
bersara selepas itu, menuntut gajinya pada kadar yang lama dan lebih tinggi. Mahkamah
memutuskan bahawa ia boleh berbuat demikian. Artikel dengan sendirinya tidak menjadi kontrak

5
_______________________________________________________Company Law, prepared by Ms.Sutha

tetapi terma-termanya adalah di bawah mana pengarah syarikat berkhidmat. Pindaan artikel itu
tidak boleh beroperasi secara retrospektif.

PINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Secara amnya, pindaan perlembagaan boleh dilakukan melalui dua cara iaitu, oleh syarikat dan
mahkamah.

2. Keperluan bagi suatu pindaan perlembagaan oleh syarikat dinayatakan di bawah Seksyen 36 AS2016.

3. Cara / keperluan untuk membuat pindaan, rujuk Seksyen 36(1) AS2016:

Perlembagaan syarikat boleh diubah atau dipinda melalui suati ketetapan khas. Perlembagaan sendiri
tidak boleh melarang pemindaan itu.

4. Kesan pindaan perlembagaan, rujuk Seksyen 36(2) AS2016:

Pindaan dalam perlembagaan akan mengikat syarikat dan anggotanya pada tarikh ketetapan khas
diluluskan atau suatu tarikh kemudian yang dinyatakan dalam perlembagaan.

5. Keperluan untuk memaklumkan pendaftar mengenai pindaan perlembagaan, rujuk Seksyen 36(3)
AS2016:

Syrikat perlu menyerah memaklumkan Pendaftar akan pindaan perlembagaan dn menyerah simpan suatu
salinan perlembagaan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ketetapan khas diluluskan.

6. Kesan perlanggaran, rujuk Seksyen 36(4) AS2016:

Syarikat dan pegawai yang melanggar subseksyen 3 adalah melakukan suatu kesalahan di bawah AS2016.

7. Di bawah common law, suatu pindaan perlembagaan hanya dibenarkan sekiranya ia adalah untuk
tujuan kebaikan atau bona fide syarikat.

8. Rujuk kes kes berikut:

 Allen v Gold Reef of West Africa Ltd


Pindaan yang dibuat mestilah secara bonafide untuk kebaikan syarikat secara keseluruhannya.

 Greenhalgh V Ardene Cinemas


Ujian yang digunakan untuk menentukan isu bonafide kebaikan keseluruhan syarikat ialah ujian
objektif.

6
_______________________________________________________Company Law, prepared by Ms.Sutha

 Pang Teng Fatt v Tawau Transport

Pang yang merupakan pengasas syarikat telah diberikan beberapa keistimewaan dan perkara ini
telah dimasukkan di dalam artikel. Kemudiannya pemegang syer yang baru telah masuk dan cuba
menarik balik keistimewaan tersebut dan menghujahkan bahawa pindaan itu sah kerana semua
peruntukan di bawah Seksyen 31 telah dipenuhi. Pang membawa tindakan. Mahkamah
memutuskan bahawa hak yang diberi kepada Pang adalah mutlak dan tidak boleh ditarik balik
tanpa persetujuan beliau.

 Wong Kim Fatt v Leong & Co

Pemegang syer majoriti telah membuat permintaan terhadap pemegang syer minoriti untuk
memindahkan syer-syernya kepada pemegang syer majoriti.
Mahkamah membenarkannya sebab klausa itu sudah ada di dalam artikel, oleh itu ia tidak salah.
Ahli minoriti sudah bersetuju untuk menjual syer mereka kepada ahli majoriti sejak dari awal lagi
dan ia mesti dipatuhi kerana peruntukan itu telah pun dipersetujui dalam artikel dan adalah
mengikat.

 Brown v British Abrasive Wheel Co

Syarikat mengalami masalah kewangan dan memerlukan modal tambahan. Majoriti bersetuju
untuk menyumbang modal kepada syarikat tetapi dengan syarat mereka hendak memasukkan
satu fasal baru iaitu satu fasal yang membolehkan mereka memaksa kumpulan syer minoriti untuk
menjual syer mereka. Ia adalah satu persoalan fakta dan mahkamah memutuskan bahawa fasal
seumpama itu adalah tidak sah sebab dengan jelas ia adalah untuk kepentingan majoriti dan
bukannya untuk syarikat. Lebih-lebih lagi mahkamah tidak membenarkan pindaan ini kerana ia
merupakan sebuah syarikat yang sudah lama ditubuhkan tetapi menambah pindaan ini adalah
dibenarkan sekiranya ia adalah sebuah syarikat yang baru ditubuhkan.

 Sidebottom v Kershaw

Pindaan dibuat dimana jika mana-mana ahli bertanding dengan perniagaan syarikat maka ahli itu
boleh dipaksa unuk menjual syer kepada ahli yang lain dan kesemua bahagian syer yang dijual itu
akan dibayar satu amaun yang munasabah. Mahkamah memutuskan pindaan adalah sah kerana
ia adalah secara bonafide untuk kebaikan syarikat secara keseluruhannya.

 Dafen Tinplate v Llanelly

Majotiti cuba memperkenalkan satu fasal yang baru untuk memberi kuasa kepada Lembaga
Pemegang Syer untuk memaksa pemegang syer yang lain untuk menjual syer mengikut budi

7
_______________________________________________________Company Law, prepared by Ms.Sutha

bicara mereka. Mahkamah memutuskan pindaan seumpama itu bukanlah untuk faedah syarikat,
pindaan seumpama itu dengan jelas akan menindas hak minoritidan memberi terlalu banyak
kuasa kepda pengarah syarikat.

 Gambotto V WCP Ltd

Majoriti cuba memasukkan fasal baru yang membolehkan mereka memaksa minoriti untuk
menjual syer mereka. Mahkamah Perbicaraan peringkat pertama memutuskan fasal itu tidak
boleh dibenarkan. Kemudiannya, Mahkamah Rayuan membenarkannya atas alasan bahawa
syarikat akan mengalami kelebihan dari segi pencukaian dan penjimatan kos pentadbiran. Tetapi
Supreme Court of Australia memutuskan fasal tersebut tidak dibenarkan kerana dalam keadaan
expropriation of syer seperti ini ujian untuk kebaikan syarikat tidak terpakai. Mahkamah
memutuskan “fairness and justice test should be used”.

9. Pindaan kepada suatu perlembagaan oleh mahkamah termaktub di bawah Seksyen 37(1) AS2016.

Mahkamah boleh atas permohonan pengarah atau anggota syarikat untuk membuat suatu perintah untuk
mengubah atau meminda perlembagaan syarikat mengikut terma dan syarat yang difikirkan patut
sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa suatu pengubahan atau pindaan mengikut tatacara dalam AS
atau dalam perlembagaan itu sendiri tidak boleh dilaksanakan.

10. Seksyen 37(2) AS2016:

Salinan itu harus diserah simpan dengan Pendaftar untuk pendaftaran dalam masa 30 hari dari tarikh
perintah mahkamah itu.

11. Kesan perlanggaran rujuk Seksyen 37(3) AS2017:

Syarikat dan pegawai yang melanggar peruntukan subseksyen 2 adalh berjumlah kepada melakukan suatu
kesalahan di bawah AS 2016.

12. Tambahan: Seksyen 194 AS2016:

Pemegang syer tidak akan terikat dengan sebarang perubahan dalam perlembagaan yang mengkehendaki
mereka untuk memperoleh atau memegang syer tambahan dalam syarikat atau menambah liabliti
pemegang syer kepada syarikat itu melainkan pemegang syer bersetuju secara bertulis.

13. Kesan pindaan ke atas pihak ketiga, rujuk Seksyen 33(1) dan 38(6) AS2016:

Rujuk huraian di atas.

8
_______________________________________________________Company Law, prepared by Ms.Sutha

14. Rujuk kes-kes dibawah bagi kesan pindaan kepada pihak ketiga:

 Southern Foundries Ltd v Shirlaw

S dilantik sebagai pengarah urusan melalui satu perjanjian bertulis dengan syarikat. Syarikat
kemudiaannya diambil alih oleh syarikat yang lain. Syarikat itu kemudiannya memindakan artikel
syarikat. Pindaan itu membolehkannya untuk mengalihkan mana-mana pengarah syarikat.
Syarikat itu menggunakan kuasa di bawah artikel terpinda untuk mengalihkan S sebagai pengarah
syarikat. Mahkamah memutuskan hak ahli-ahli dalam sesebuah syarikat untuk meminda artikel
tidak boleh dipertikaikan asalkan ia adalah mengikut prosedur tetapi sekiranya pindaan itu
berjumlah kepada pemecahan kontrak, S adalah berhak untuk mendapatkan gantirugi daripada
syarikat. Namun demikian pindaan itu adalah sah.

Fasal Objek dan Doktrin Ultra Vires

1. Maksud fasal objek adalah tujuan di sebalik kewujudan syarikat itu

2. Kes: Arab Malaysian Finance Bhd V Meridien International Credit Corporation Ltd London

Mahkamah memutuskan semua syarikat dikehendaki memasukkan fasal objek untuk memberitahu bakal
pelabur dan orang awam tujuan mengapa syarikat itu dibentuk dan aktivitinya.

Doktrin Ultra Vires( UV )

1. Sesebuah syarikat hanya boleh menjalankan objek-objek yang diperuntukkan dalam memorandum /
artikel / perlembagaan syarikat tersebut.

2. Sekiranya syarikat melakukan objek yang bertentangan dengan objek syarikat maka transaksi itu adalah
ultra vires dan batal.

Kedudukan Di Bawah Common Law

1. Di bawah Common Law kes utama untuk UV adalah Ashbury Railway Carriage & Iron Co V Riche

Mahkamah memutuskan bahawa transaksi yang UV adalah batal dan tidak boleh diratifikasikan kemudian
oleh syarikat.

2. Justifikasi untuk doktrin ini telah diberikan dalam kes Cotman V Brougham

Terdapat dua justifikasi iaitu supaya pemegang syer mengetahuinjenis perniagaan yang dijalankan oleh
syarikat dan boleh mengawal supaya wang mereka tidak disia-siakan untuk menjalankan perniagaan yang
tidak diizinkan serta supaya pemiutang syarikat mengetahui kuasa syarikat untuk memasuki sesuatu
transaksi itu.

9
_______________________________________________________Company Law, prepared by Ms.Sutha

3. Doktrin ini mendatangkan banyak kesusahan dan ketidakadilan kepada pihak ke tiga yang berurusan
dengan syarikat.

Kedudukan Di Malaysia

1. Rujuk Seksyen 21(1) dan (2) AS2016:

Suatu syarikat berupaya menjalankan semua fungsi suatu perbadanan dan mempunyai keupayaan
sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti dan ia termasuk untuk mendakwa dan didakwa, untuk
memperoleh, memegang atau melupuskan harta dan untuk melakukan sebarang transaksi yang boleh
dilakukan. Syarikat akan mempunyai hak, kuasa dan keistimewaan sepenuhnya untuk melakukan aktiviti
tersebut.

2. Seksyen tambahan yang boleh dirujuk untuk meghurai isu ini adalah:

(a) Seksyen 16(2) A2016:

Pendaftar boleh menolak pendaftaran permohonan suatu syarikat yang dicadangkan jika Pendaftar
berpuas hati bahawa syarikat yang dicadangkan berkemungkinan untuk digunakan bagi maksud yang
menyalahi undang undang atau boleh menjejaskan ketenteraman awam, moral atau keselamatan
Malaysia.

(b) Seksyen 14(3)(c) A2016:

Permohonan bagi perbadanan termasuk suatu pernyataan yang mengandungi butir akan jenis perniagaan
bagi syarikat yang dicadangkan.

(c) Seksyen 68 A2016:

Penyata tahunan suatu syarikat hendaklah mengandungi butur mengenai jenis perniagaan yang dilakukan
oleh syarikat.

(d) Seksyen 38(3)A2016:

38(3)(b) Perlembagaan suatu syarikat hendaklah menyatakan tujuan syarikat dibentuk.

38(3)(c) keupayaan, hak, kuasa dan keistimewaan syarikat

38(3)(f) perkara yang dipertimbangkan oleh syarikat untuk dimasukkan dalam perlembagaan.

(e) Seksyen 35 (1) dan 35 (2)(a) (b) (d) A2016:

Perlembagaan syarikat hendaklah tertakluk kepada AS dan boleh mengandungi peruntukan berhubungan
tujuan syarikat, keupayaan, kuasa atau keistimewaan syarikat dan perkara lain yang hendak dimasukkan
oleh syarikat ke dalam perlembagaannya.

10
11

You might also like