Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SOALAN KBAT

MATEMATIK TINGKATAN 1

BAB 7 : KETAKSAMAAN LINEAR

1. Alim menyertai satu pertandingan menembak yang mempunyai empat pusingan


kelayakan. Markah tiga pusingan pertama direkodkan seperti dalam jadual di bawah.
Dia perlu mendapat purata markah sekurang-kurangnya 9.3 untuk melayakkan diri ke
pusingan akhir. Diberi markah maksimum bagi setiap pusingan ialah 10.

Pusingan Markah

Pertama 9.5

Kedua 9.3

Ketiga 8.1

(a) Jika s ialah markah pada pusingan keempat, tulis ketaksamaan linear untuk
mewakili s. [1 markah]

(b) Berapakah nilai terendah s jika dia ingin ke pusingan akhir? [2 markah]

(c) Adakah Alim layak ke pusingan akhir. Terangkan jawapan anda. [1 markah]
2. Rajah di bawah menunjukkan harga jual epal di sebuah gerai buah-buahan.

Fatimah ada RM35. Dia mahu membeli lebih daripada 8 biji epal.

(a) Bentukkan satu ketaksamaan linear. [1 markah]

(b) Selesaikan ketaksamaan yang dibentuk di (a) dan seterusnya, nyatakan bilangan
maksimum epal yang boleh dibeli oleh Fatimah.. [3 markah]

3. Sebuah segi empat tepat mempunyai panjang xcm dan lebarnya ialah 2/3 daripada
panjangnya. Jika perimeter bagi segi empat tepat itu tidak kurang daripada 50 cm, cari
panjang minimum bagi segi empat tepat itu. [3 markah]
4. Bagi memenuhi satu tempahan, Kedai Roti Jess perlu menggunakan sekurang-
kurangnya 70% daripada 78 peket tepung dalam stoknya. Pada hari pertama, mereka
telah menggunakan 23 peket tepung. Nyatakan baki bilangan peket tepung yang
diperlukan oleh mereka untuk menyiapkan tempahan itu. [2 markah]

BAB 8 : GARIS DAN SUDUT

1. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan P, Q, R dan S, di dua buah kondominium.

Diberi sudut tunduk P daripada Q ialah 16°, sudut dongak P daripada R ialah 30°dan
sudut dongak P daripada S ialah 41°. Cari nilai x dan y. [4 markah]

2. Rajah di bawah menunjukkan beberapa pasang garis selari.


(a) <GKH dan <HKL adalah sudut penggenap. Cari nilai bagi <GKH. [1 markah]

(b) Cari nilai x dan y. [2 markah]

3. Rajah di bawah menunjukkan sebuah bangunan, sebatang tiang lampu dan seekor
kucing di atas tanah mengufuk.

Titik A terletak di atas sebuah bangunan. Diberi sudut dongak titik A dari kucing ialah
50°, hitung
(a) sudut tunduk puncak tiang lampu dari titik A pada bangunan, [1 markah]

(b) sudut dongak puncak tiang lampu dari kucing. [1 markah]

4. Dalam rajah di bawah, ABC dan GFE ialah garis lurus.


Tentukan [4 markah]

(a) nilai x

(b) sama ada nilai y + z menghasilkan sudut refleks.

(c) sudut tunduk F dari B jika ABC ialah garis mengufuk.


Bab 9 : POLIGON ASAS

1. Dalam rajah di bawah, EFJ dan HEG ialah garis lurus. Cari nilai x dan y. [3 markah]

2. Dalam rajah di bawah, PQM dan PNR masing-masing ialah segi tiga sama kaki dengan
keadaan PQ = QM = PN = NR dan QS = SN. Cari nilai x dan y. [4 markah]
3. Dalam rajah di bawah, ABC ialah garis lurus. Diberi nisbah p : q : 3r ialah 3 : 5 : 4. Cari
nilai x. [4 markah]

SKEMA JAWAPAN

BAB 7 : KETAKSAMAAN LINEAR

1. (a) 0 ≤ s ≤ 10.0

(b) 9.5 + 9.3 + 8.1 + s ≥ 9.3


4

26.9 + s ≥ 9.3
4

26.9 + s ≥ 9.3 X 4
26.9 + s ≥ 37.2
s ≥ 37.2 – 26.9
s ≥ 10.3

Nilai terendah s ialah 10.3

2. (a) 18 + 2.6n ≤ 35
(b) 18 + 2.6n ≤ 35
2.6n ≤ 35 – 18
2.6n ≤ 17
n ≤ 6.54
= 6 biji epal

Bilangan yang boleh dibeli oleh Fatimah ialah 8 + 6 = 14 biji.


3. Perimeter segi empat tepat
2 x X + 2 x 2X ≥ 50
3

2X + 4X ≥ 50
3

10X ≥ 50
3

X ≥ 50 x 3
10
X ≥ 15

Maka, panjang minimum segi empat tepat itu ialah 15 cm.

4. 70 x 78 = 54.6
100

Kedai Roti Jess perlu menggunakan sekurang-kurangnya 55 peket tepung.


Katakan X ialah baki bilangan peket tepung.

23 + X ≥ 55
X ≥ 32

Maka, mereka memerlukan lagi 32 peket tepung.

BAB 8 : GARIS DAN SUDUT

1. x = 46, y = 11
2. (a) 70°
(b) x = 130°, y = 50°
3. (a) 15°
(b) 30°
4. (a) x = 75° + 40°
= 115°

(b) y + z = (180 – 75) + (180 – 40)


= 105 + 140
= 245°

Dsebabkan 180° < y + z < 360°, maka y + z adalah sudut refleks.

(c) < ABF = < BFE = 40°.


Maka, sudut tunduk F dari B ialah 40°
BAB 9 : POLIGON ASAS

1. y = 2x + 30° ………………………..(1)

3x = y - 34° + 31°
3x = y - 3° ………………………..(2)

Gantikan (1) dalam (2)


3x = (2x + 30°) - 3°
3x = 2x + 30° - 3°
x = 27°

Gantikan x = 27° dalam (1)

y = 2(27°) + 30°
= 84°

2. <PMQ = <PRN = y
<PNR = x

Daripada sisi empat PQSN,


2x + y + 120° = 360°
2x + y = 240° …………………………………(1)

Daripada segi tiga PQM,


x + 2y = 180° …………………………………(2)

(2) X 2 : 2x + 4y = 360° ……………………..(3)


(3) – (1) : 3y = 120
y = 40°

Gantikan 40° ke dalam (1)


2x + 40° = 240°
2x = 200°
x = 100°

3. p : q : 3r = 3 : 5 : 4 = 180°

3r = 180°
4

r = 15° x 4
3
= 20°

p = 45°
q = 75°
x + 75°+ 75° + 100° = 360°
x = 360° - 250°
= 110°

You might also like