Pembentangan TEMA 3 2022

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

TUGASAN PEMBENTANGAN SEJARAH ISLAM 2022

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

NO SOALAN PEMBENTANG

1 SEJAUH MANAKAH FAKTOR POLITIK LEE SIM YEE


MEMPENGARUHI KEJATUHAN KERAJAAN TURKI
6/7
UTHMANIYAH PADA AWAL ABAD KE 20.
2 HURAIKAN KESAN PERLUASAN KUASA BARAT KE LIEW RAY
ATAS KERAJAAN TURKI UTMANIYYAH SEHINGGA HONG
AWAL ABAD KE-20 MASIHI
6/7

3 GALURKAN KEBANGKITAN MASYARAKAT MESIR LIM WEI SHENG

TERHADAP PENJAJAHAN BARAT PADA ABAD KE 19 6/7


HINGGA ABAD KE-20 MASIHI.
4 BINCANGKAN FAKTOR PENENTANGAN MASYARAKAT TEH KAI LUN

MESIR EKORAN PELUASAN KUASA BARAT DI MESIR 6/7


PADA ABAD KE-19 DAN ABAD KE-20 MASIHI
5 BINCANGKAN KESAN PERANG DUNIA PERTAMA OOI XUE NEE

KEPADA KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH DALAM 6/7


ASPEK POLITIK,EKONOMI DAN SOSIAL
6 BINCANGKAN FAKTOR DALAMAN YANG MEMBAWA WONG JIA XIN

KEPADA PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI 6/7


PADA ABAD KE–20 MASIHI
7 BINCANGKAN FAKTOR LUARAN YANG MEMBAWA HAZELIN CHEW
AI TING 13/7
KEPADA PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI
PADA ABAD KE–20 MASIHI
8 JELASKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG JOHANSEN TOH
KEPADA PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MESIR KAI XIANG
13/7
PADA ABAD KE-20 MASIHI
Soalan 1 SEJAUH MANAKAH FAKTOR POLITIK MEMPENGARUHI KEJATUHAN
KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADA AWAL ABAD KE 20.
Pendahuluan Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul bin Sulaiman Shah
pada 1281 dan mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan
Sulaiman al- Qanuni atau lebih dikenali sebagai Sulaiman “Yang Agung” kerana
kehebatan dan kemasyurannya. Namun selepas kemangkatan baginda,Turki
Uthamaniyyah mulai mengalami kemerosotan. Faktor politik merupakan faktor
utama yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah pada awal abad
ke20.
Fakta 1 Faktor Kelemahan Pemerintah. (Politik)
Huraian/ Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki
Contoh Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan
kepimpinan dan pentadbiran yang menyumbang kepada kemerosotan dan
kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah. Sebagai contoh tiada pelan peralihan kuasa
(succesion plan). Ini kerana tiada mekanisme dalam pelantikan pengganti khalifah
yang layak untuk meneruskan pemerintahan di mana kebanyakkan mereka
mewariskan kepimpinan kepada anak-beranak atau ahli keluarga. Perebutan jawatan
juga sering terjadi kerana tiada pelan peralihan kuasa yang disepakati dan ini
menjejaskan keutuhan pemerintahan Turki Uthmaniyah. Kelemahan kepimpinan ini
juga menyebabkan kerajaan dikuasai oleh isteri atau ibu sultan (harem) atau
kelompok tertentu dalam istana.
Penegasan Isi Jelaslah bahawa kelemahan pemerintahan telah menyebabkan kemerosoton kerana
telah muncul golongan yang berani mengkritik amalan autokrasi institusi Sultan
(khalifah) seperti Golongan Uthmani Muda yang mendesak pelaksanaan sistem
parlimen yang lebih menepati sistem syura.
Fakta 2 Kelemahan dalam sistem ketenteraan (Politik)
Huraian/Conto Pembubaran pasukan elit tentera Janissari oleh Sultan Mahmud II pada awal abad
h ke-19M telah memberi impak negatif berpanjangan kepada kerajaan Turki
Uthmaniyah. Tentera Janissari merupakan tunjang kekuatan Turki Uthmaniyah dan
kuasa yang dapat mengimbangi kekuasaan mutlak sultan. Satu lagi bukti kelemahan
ialah pemodenan militer tidak diseimbangi dengan peningkatan disiplin, ilmu dan
teknologi ketenteraan menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah tidak mampu
berhadapan dengan persenjataan Barat yang lebih maju di medan perang.
Penegasan Isi Jelaslah bahawa kelemahan dalam sistem ketenteraan telah membawa kepada
kemunculan pegawai-pegawai muda tentera yang memainkan peranan penting
dalam komplot rampasan kuasa untuk menggulingkan institusi kesultanan Turki
Uthmaniyah termasuklah Mustafa Kamal.
Fakta 3 Peranan Turki Muda
Huraian/ Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20M membawa kepada
Contoh kemunculan gerakan Uthmani Muda, Turki Muda dan gerakan sekular. Era
kebangkitan golongan Uthmani Muda, khalifah masih mampu bertahan. Namun
pada era rejim Turki Muda, mereka berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan
ketenteraan. Mereka berusaha memodenkan bidang pentadbiran kerajaan dan
membubarkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah.
Penegasan Isi Jelaslah bahawa sekularisme menjadi prinsip utama dalam proses pemodenan Turki
dan seterusnya melemahkan pengaruh Islam yang dinaungi oleh khalifah.
Fakta 4 Kemerosotan Ekonomi Kerajaan Uthmaniyyah. (Ekonomi)
Huraian/Conto Selain faktor politik yang menjadi penyebab utama, faktor kemerosotan ekonomi
h juga menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Buktinya, pada
penghujung era kerajaan Turki Uthmaniyah, mereka terpaksa menanggung beban
hutang yang dipinjam dari bank-bank riba Eropah. Contohnya, pada era
pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909M) kerajaan Turki Uthmaniyah
berhutang sebanyak 200 juta pound sterling. Malahan korupsi, pemborosan dan
kekalahan berterusan di medan perang semakin menjejaskan dana kerajaan Turki
Uthmaniyah. Pendapatan negara semakin berkurang sementara perbelanjaan
semakin besar terutamanya untuk membiayai peperangan.
Penegasan Isi Oleh itu jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa
bergantung kepada Barat bagi mendapatkan bekalan makanan, peralatan dan modal
perbelanjaan bagi tujuan pembangunan negara.
Fakta 5 Pengaruh Luar
Huraian/Conto Kebangkitan dan persaingan kuasa barat turut menjadi faktor mempercepatkan
h kejatuhan dan kehancuran empayar Turki Uthmaniyah. Sebagai contoh, gerakan
Renainsans telah melahirkan perubahan besar dalam sejarah dunia Islam iaitu
kebangkitan Eropah dan kemunduran dunia Islam khususnya empayar Turki
Uthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan dan teknologi mendorong
berlakunya imperialisme Barat ke dunia Islam yang sedang melalui fasa kelemahan.
Penegasan Isi Di sini jelaslah bahawa pengaruh luar nyata menjadi punca penting kepada
kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya dengan kebangkitan semula
Eropah selepas zaman Gelap.
Penutup Kelemahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial Turki uthmaniyyah
menyebabkan empayar ini berakhir pada 1924 dengan tertubuhnya republik Turki.
Jawatan khalifah juga dihapuskan dan diganti dengan jawatan Presiden. Kejatuhan
kerajaan Turki Uthmaniyyah memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada Turki
Uthmaniyyah bahkan terhadap seluruh umat Islam.

SOALAN 2: HURAIKAN KESAN PELUASAAN KUASA BARAT KE ATAS


KERAJAAN UTHMANIYAH SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 MASIHI.

Pendahuluan

● Kerajaan Khalifah Uthmaniyah yang telah diasaskan pada pada tahun 1299 telah
mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Sulaiman al-Qanuni pada tahun 1566.
● Sejak abad ke-15 negara-negara Eropah pula telah mula melancarkan gerakan peluasan
kuasa secara besar-besaran. Wilayah-wilayah naungan Turki Uthmaniyah turut menjadi
tumpuan perluasan kuasa Barat
● Kejayaan kuasa-kuasa Barat telah menimbulkan pelbagai kesan ke atas kerajaan Turki
Utmaniyyah

Isi- isi utama


1. Kemerosotan pengaruh Turki Uthmaniyah ke atas wilayah kekuasaannya
● Perancis telah menceroboh dan menakluki Algeria dan Tunisia . Rusia pula berperang
dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan
Balkan. Sementara itu Briitain berjaya menguasai Mesir dan Teluk Arab.
● Seterusnya Britain juga mengadakan perjanjian dengan penguasa wilayah Kuwait dan
Amerika untuk menentang pemimpin Kerajaan Turki Uthmaniyah.
● Akhirnya, kegagalan Kerajaan Turki Uthmaniyyah mempertahankan
wilayah-wilayahnya menunjukkan kelemahan kepimpinan.

2. Kemunculan Gerakan Turki Muda


● Kemunculan Gerakan Turki Muda awal abad 20 adalah satu Gerakan sekular untuk
menguatkan semula empayar Turki Uthmaniyyah. Golongan ini menganggap
kelemahan kerajaan Turki Utmaniyyah mempertahankan empayarnya ini berkaitan
dengan amalan autokrasi institusi Sultan
● Golongan ini telah berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan ketenteraaan
Akhirnya pemodenan dalam bidang pentadbiran telah membawa kepada pembubaran
institusi kesultanan Turki Uthmaniyyah.

3. Kemerosotan ekonomi
● Perluasan kuasa Barat telah membawa kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalis
Barat. Sistem ekonomi kapitalis menjejaskan ekonomi Turki Uthmaniyyah. Contohnya
kuasa-kuasa Barat telah menguasai terusan Suez. Terusan ini merupakan jalan
perdagangan laut yang paling penting pada masa itu dan sumber pendapatan kerajaan.
British berjaya menguasai terusan ini dengan membeli 45 peratus jumlah saham
syarikat awam yang membina terusan ini. Kawasan Turki Uthmaniyah kaya dengan
petroleum seperti di Iran, Iraq , Kuwait dan Bahrain turut dikuasai oleh kuasa Barat .
● Akhirnya, kemerosotan sumber pendapatan kerajaan telah mendorong pemerintah
Turki Uthmaniyyah membuat pinjaman dari luar untuk membiayai perbelanjaan
pembangunannya. Pada era pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 – 1909)
kerajaan Turki Uthmaniyyah berhutang sebanyak 200 juta sterling.

4. Pendidikan
● Perluasan kuasa Barat telah memberi kesan kepada bidang pendidikan di Turki
Uthmaniyyah. Sekolah-sekolah dan institusi missionari di bawah kawalan barat
ditubuhkan di wilayah Turki Uthmnaiyyah.
● Justeru, hal ini menjadikan anak-anak umat Islam semakin jauh daripada ajaran Islam
malah lebih dekat kepada budaya Kristian .

5. Pengetahuan
● Tindakan kerajaan Turki Uthmaniyyah menghantar para pelajarnya melanjutkan
pengajian di negara Eropah telah membentuk pemikiran, nilai dan tingkah laku baharu
terhadap agama, nasionalisme dan reformasi politik ala Barat,
● Kesannya, pemikiran nasionalisme Barat telah mempengaruhi nasionalis tempatan.
Contohnya Mustafa Kamal Attaturk (1881-1934) berjaya melaksanakan misi
penghapusan institusi Khilafah dan menggantikannya dengan sistem sekularisme dan
nasionalisme.

Kesimpulan

● Sememangnya perluasan kuasa Barat telah melemahkan institusi sistem khilafah yang
menjadi amalan Empayar Turki Uthmaniyyah.

SOALAN 3 :GALURKAN KEBANGKITAN MASYARAKAT MESIR TERHADAP


PENJAJAHAN BARAT PADA ABAD KE 19 HINGGA ABAD KE-20 MASIHI.

Pendahuluan

● Sejak abad ke-16 M, Mesir merupakan sebahagian daripada  kerajaan Uthmaniyah. Namun,
pada akhir abad ke-18 M. iaitu pada tahun 1798M. Perancis telah menawan Mesir. 
Penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar 3 tahun sahaja. Perancis
kemudiannya dapat  diusir  keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan
British pada tahun 1801 M.
● September 1882 M, British telah berjaya mengalahkan tentera Mesir. Bermula pada tahun
1914 hingga 1918 M, British mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir. Dasar British yang
jelas mendiskriminasi golongan peribumi mendatangkan perasaan tidak puas hati bukan
sahaja dalam kalangan pentadbir malahan juga mendapat tentangan daripada pihak tentera
Mesir sendiri.
● Kebangkitan masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke 19 hingga 20
Masihi dapat dilihat dari beberapa keadaan. Antaranya ,

Isi- isi utama

1. Gerakan Rosetta
● Merupakan kebangkitan rakyat tempatan terhadap kuasa Barat susulan daripada
Gerakan Kaherah pada tahun 1800. Gerakan ini berpunca daripada tindakan British
yang ingin menguasai kawasan persisiran Mesir, iaitu bandar Rosetta.
● Tindakan British yang menempatkan 2000 orang tentera di sini telah menyebabkan
kebangkitan rakyat tempatan yang diketuai oleh Gabenor Ali Bey demi
mempertahankan kedaulatan wilayah tersebut.
● Pertempuran yang berlaku mengorbankan banyak nyawa walaupun tiada pihak yang
menang
● Terbuktilah, impak daripada peristiwa ini telah melahirkan semangat keberanian dalam
kalangan masyarakat Mesir untuk bangkit menentang British.

2. Pemerintahan Muhammad Ali Pasha


● Pada tahun 1808, kerajaan Turki Uthmaniyah melantik Muhammad Ali Pasha yang
berjiwa barat sebagai Gabenor Mesir. Pengaruh Barat semakin subur apabila Ali
menubuhkan institusi baharu seperti Kementerian Pendidikan, sekolah dan maktab
tentera, sekolah teknik dan sekolah perubatan. Kebanyakan tenaga pengajar
didatangkan khususnya Eropah. Beliau juga menghantar pelajar Mesir ke Barat.
● Muhammad Ali turut membentuk sekumpulan pemerintah berbangsa Turki dan satu
pasukan golongan elit terpelajar untuk menguruskan pentadbiran negara dan mengutip
cukai di seluruh Mesir.
● Dasar pentadbiran ala Barat oleh Muhammad Ali membawa kemunculan gerakan Islah
yang dipelopori oleh intelektual Islam. Gerakan Islah memperjuangkan modenisasi
Islam dan menolak arus sekularisasi Barat.
● Gerakan ini dipelopori oleh tokoh intelektual Islam terkenal iaitu Jamaluddin al
Afghani dan Muhammad Abduh. Ciri-ciri utama gerakan ini termasuk gagasan
al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan.
● Kesemua idea dan program Islah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah termasuk
melalui proses pengajaran, pidato dan media massa (majalah dan akhbar) serta
karya-karya ilmiah. Islah juga dilakukan melalui jawatan-jawatan yang disandang.
● Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini berjaya membangkitkan
semangat perasaan anti-penjajah Barat dalam kalangan masyarakat Mesir.
● Malah pentadbiran ekonomi yang teruk , sikap tamak pemerintah yang menaikkan
cukai sesuka hati, dasar menjadikan tanah milik negara dan kerahan tenaga
menyebabkan rakyat Mesir menderita. Golongan ulama memimpin gerakan rakyat
menentang kezaliman kerajaan.
● Maka dapat dilihat bahawa, pencetus kebangkitan rakyat Mesir yang dipelopori oleh
golongan ulama telah menyemarakkan semangat nasinalisme dalam kalangan rakyat.

3. Gerakan pemisahan Mesir dari empayar Uthmaniyah


● Zaman pemerintahan Muhammad Ali Pasha, beliau memimpin gerakan memisahkan
Mesir dari empayar Turki Uthmaniyah dalam pertempuran Konya pada 1832.
Kemuncak penentangan mencetuskan dua siri peperangan antara Mesir dan Turki
Uthmaniyah pada 1832-1833 dan 1839-1840.
● Gerakan pemisahan Mesir ini berjaya mencapai kemenangan hasil bantuan Perancis.
● Demi kepentingan politik terhadap kerajaan Uthmaniyah, British telah membentuk
pakatan menghadapi Mesir dan Perancis.
● Akhirnya, kekuatan pakatan British memaksa Mesir membuat perjanjian persefahaman
melalui konvensi Alexandra.

4. Gerakan Ahmed Urabi Pasha 1881-1882


● Gerakan pimpinan Kolonel Ahmed Urabi ini berjuang menuntut kemerdekaan Mesir
dari penjajah British. Perjuangan Urabi dipengaruhi oleh Gerakan Islah yang dibawa
oleh Syeikh Muhammad Abduh.
● Gerakan ini dikenali sebagai pemberontakan Urabi. Gerakan ini menjadi tonggak
kepada permulaan semangat nasionalisme Mesir. Urabi menubuhkan sebuah
pertubuhan sulit dalam tentera Mesir bagi mengatasi masalah diskriminasi sosial,
kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak rakyat. Beliau juga menubuhkan Parti
Kebangsaan.
● Pada peringkat awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan anti orang asing
iaitu Perancis, British dan Turki Uthmaniyah. Peringkat seterusnya, gerakan ini
menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan.
● British menyerang dan berjaya mengalahkan pasukan Urabi Pasha kerana ia
mengancam pendudukan British di Mesir.
● Meskipun Urabi Pasha ditangkap, inspirasi perjuangannya telah diteruskan oleh tokoh
nasionalisme selepasnya.

5. Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882-1918


● Melalui Konvensi Alexandra 1840 persetujuan dicapai menetapkan Mesir masih terus
berada di bawah jajahan kerajaan Uthmaniyah. Perjanjian ini menyebabkan Mesir
secara perlahan-lahan terpaksa menerima kehadiran British.
● Konsesi pembinaan terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada 1857
meningkatkan kecurigaan British terhadap niat sebenar Perancis di Mesir .
● Kemerosotan ekonomi memaksa Mesir menjual saham Terusan Suez kepada British.
Sejak itu, British mulai mencampuri politik dan ekonomi serta hal ehwal Mesir.
● British terus melaksanakan misi ketenteraan di Mesir hingga berjaya menguasai
Kaherah pada 1882
● Akhirnya, penguasaan ini telah menandakan bermulanya penjajahan British di Mesir
dan menimbulkan rasa tidak senang masyarakat negara tersebut.

Kesimpulan

● Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah membangkitkan gerakan
penentangan rakyat Mesir. Kesan penentangan yang berterusan oleh golongan nasionalisme
Mesir memaksa British mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1922. Namun
kemerdekaan dalam erti kata sebenar hanya berlaku pada tahun 1952 apabila Mesir menjadi
sebuah republik.

SOALAN 4 :BINCANGKAN FAKTOR PENENTANGAN MASYARAKAT MESIR


EKORAN PELUASAN KUASA BARAT DI MESIR PADA ABAD KE 19 DAN ABAD
KE-20 MASIHI

Pendahuluan

● Mesir kaya dengan bahan mentah misalnya petroleum dan laluan terusan Suez. Oleh itu,
penguasaan Mesir dapat memberi kelebihan kepada kuasa Barat.
● Pada tahun 1798, Mesir telah dijajah oleh Perancis kemudian disusuli dengan British.
● Terdapat banyak faktor yang telah membawa kepada penentangan orang Mesir terhadap
kuasa Barat.

Isi- isi utama

1. Penguasaan Perancis selama tiga tahun


● Perancis melakukan banyak perubahan iaitu penubuhan Dewan Penasihat Kaherah,
membina kilang senjata, perkhidmatan percetakan dan memberi galakan kepada kajian
● Hal ini telah memberi gambaran tentang usaha kuasa Barat untuk menguasai Mesir
tanpa memikirkan kesan buruk terhadap penduduk tempatan.
● Tegasnya, tindakan Perancis telah membawa kepada penentangan masyarakat Mesir
terhadap kuasa Barat.

2. Kemunculan tokoh intelektual


● Misalnya tokoh Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Rida.
● Contohnya Jamaludin al-Afghani berjuang dalam gerakan pemulihan Islam, membawa
idea tentang kerajaan Berperlembagaan, kemerdekaan serta membina ilmu Islam.
● Tegasnya, kempen-kempen tokoh intelektual telah membuka mata masyarakat Mesir
untuk menentang kuasa Barat.

3. Pemberontakan Urabi
● Beliau bercita-cita untuk mengusir bangsa Eropah dari Mesir.
● Pemberontakan Urabi bermula tahun 1881 hingga 1882 telah mendapat sokongan
pegawai kerajaan, ulama, petani. Perjuangan mereka merangkumi Parlimen tetap,
pemerintahan Berperlembagaan dan baiki gologan tentera yang didiskriminasi.
● Namun, pemberontakan Urabi tidak kekal lama kerana laksamana Seymour memberi
kata dua kepada kerajaan Mesir sama ada serahkan Iskandariah atau bersedia untuk
diserang.
● Tegasnya, walaupun pemberontakan Urabi menemui kegagalan namun ia telah
memberangsangkan masyarakat Mesir untuk menentang kuasa barat .

4. Gerakan menentang British


● Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Rosetta iaitu tindakan Britain yang ingin
menguasai kawasan pesisiran Mesir yang strategik iaitu Rosetta.
● British telah menempatkan tenteranya seramai 2000 orang yang telah membawa
kepada penentangan pemimpin tempatan iaitu Gabenor Ali Bay.
● Walaupun penentangan ini mengorbankan banyak nyawa dan tiada pihak yang menang
secara mutlak, ia telah membawa kepada penentangan masyarakat Mesir terhadap
kuasa Barat.

5. Golongan berpendidikan Barat


● Individu – individu yang lulusan bidang undang-undang mahu membentuk sistem
parlimen ala-Barat. Namun British enggan berikan kuasa kepada badan-badan yang
dibentuk di peringkat wilayah.
● Graduan seperti Muhammad Farid dan Mustaffa Kamil aktif berjuang dan cuba untuk
mendapatkan sokongan daripada masyarakat Mesir.
● Tegasnya, walaupun Mustafa Kamil berjaya menjadi pemimpin Kongres Nasional
namun sentiasa ditekan oleh British sehingga membawa penentangan masyarakat
Mesir terhadap kuasa luar.

Kesimpulan

● Penentangan masyarakat tempatan adalah daripada sikap dan tindakan kuasa barat.
● Penentangan orang Mesir sangat jelas apabila munculnya golongan tentera dan golongan
berpendidikan Barat.
● Penentangan berterusan masyarakat Mesir telah membawa kepada kemerdekaan bagi
negara Mesir pada tahun 1922.

SOALAN 5 :BINCANGKAN KESAN PERANG DUNIA PERTAMA KEPADA


KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH DALAM ASPEK POLITIK, EKONOMI DAN
SOSIAL

Pendahuluan

● Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914 – 1918 Masihi. Perang Dunia Pertama
berlaku di antara kuasa Bersekutu iaitu Britain, Perancis dan Russia dengan kuasa Pusat
iaitu Jerman Itali dan Turki.
● Penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama disebabkan oleh
hubungan yang tegang dengan British dan Rusia. Hal ini merupakan usaha terakhir Turki
untuk mempertahankan wilayah-wilayahnya.
● Penglibatan Turki dalam Perang Dunia Pertama memberi kesan kepada dunia Islam kerana
satu-satunya kuasa Islam yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
● Terdapat beberapa kesan penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama dari
aspek politik , ekonomi dan sosial terhadap Turki Uthmaniyyah.

Isi- isi utama


1. Perubahan wilayah Islam yang dahulunya di bawah pemerintahan tunggal Turki
Uthmaniyyah merupakan kesan politik yang berlaku.
● Kelemahan dan kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama
menyebabkan negara di bawah naungannya membebaskan diri dan sebahagiannya
ditakluki kuasa barat.
● Munculnya negara bangsa dari wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah apabila
sempadan-sempadan telah digariskan oleh pihak barat dengan memisahkan penduduk
negara masing-masing walaupun satu agama.
● Berlaku pemberontakan di negara Montenegro, Bosnia dan Herzegovina menyebabkan
perpecahan wilayah umat Islam.
● Wilayah Turki yang ditakluki oleh kuasa barat ialah Palestin dan negara bangsa yang
muncul di Eropah ialah Latvia, Poland dan Estonia.
● Akhirnya, situasi ini semakin buruk apabila kejatuhan negara-negara Arab ke tangan
kuasa barat dan sebahagiannya mahu membebaskan diri dari naungan kerajaan Turki
Uthmaniyah selepas kekalahan dalam Perang Dunia Pertama.

2. Kesan politik seterusnya ialah dari sebuah kuasa bebas kepada negara yang terikat.
● Gencatan Senjata Mudros 1918 Masihi telah menamatkan peperangan di Asia Barat
Daya. Kesannya Kerajaan Turki Uthmaniyyah terpaksa melepaskan wilayah
kekuasaannya di Timur Tengah dan membuka selat Dardanella dan Bosphorus kepada
Kuasa Bersekutu.
● Pasukan tentera Turki Uthmaniyyah terpaksa dibubarkan. Keadaan ini membawa
kepada penaklukan tentera Bersekutu ke atas Istanbul.
● Selat-selat di Laut Aegean hingga ke Laut Hitam dikuasai Kuasa Bersekutu dan kuasa
Bersekutu juga telah mengambilalih sistem perhubungan telegraf dan keretapi.
● Jelaslah, kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama melemahkan
kerajaan ini kerana kuasa Barat berjaya menyekat kebebasa dan kedaulatan Turki
Uthmaniyyah.

3. Seterusnya, kesan politik yang berlaku ialah perubahan dari sistem pemerintahan
khilafah kepada pemerintahan republik.
● Pendudukan oleh Tentera Bersekutu ke atas Istanbul dan Smyrna selepas Perang Dunia
Pertama mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan yang dipimpin oleh Mustafa
Kemal Attaturk.
● Gerakan ini mendakwa Khalifah Turki Uthmaniyyah gagal mempertahankan Turki
dari ancaman musuh dan menyerah kalah dengan keadaan yang tidak wajar melalui
beberapa siri perjanjian yang merugikan.
● Contoh perjanjian yang merugikan ialah Gencatan Senjata Mudros 1918 Masihi.
● Justeru, berakhirnya sistem pemerintahan khalifah di Turki Uthmaniyah bermakna
berakhirnya sistem khalifah Islam yang diasaskan semasa Khulafa al-Rasyidin

● Kesan politik yang seterusnya ialah perubahan dari negara Islam kepada negara
sekular.
● Hal ini berlaku apabila bermula proses sekularisasi terhadap rakyat Turki apabila dasar
memisahkan agama daripada politik.
● Presiden Mustafa Kemal Attaturk memperkenalkan banyak pembaharuan radikal
berbentuk sekular yang jauh berbeza dengan tinggalan zaman silam Turki
Uthmaniyyah.
● Contoh pembaharuan yang sekular yang diperkenalkan oleh Mustafa Kamal Attaturk
ialah menghapuskan Kementerian Wakaf dan membekukan asetnya,memansuhkan
jawatan Syeikhul Islam,menghapuskan mahkamah syariah dan mengubah huruf Arab
kepada huruf Latin. Rakyat digalakkan memakai topi dan pakaian gaya Eropah.
● Akhirnya, perubahan dari negara Islam kepada negara sekular sebenarnya melemahkan
Turki dan menyebabkan Turki tunduk kepada kuasa barat.

5. Selain itu, kesan ekonomi turut berlaku iaitu kemerosotan ekonomi disebabkan
perbelanjaan besar untuk membiayai peperangan.
● Keadaan ini menyebabkan krisis hutang yang akhirnya membuka peluang
campurtangan Eropah dalam kewangan kerajaan Turki dan turut memberi impak
kepada negara yang berada di bawah pengaruh Turki Uthmaniyyah.
● Negara yang menerima kesan kemelesetan ekonomi ialah negara yang berada di Timur
Tengah dan Afrika Utara.
● Jelasnya, kemelesetan ekonomi ini melemahkan Turki Uthmaniyyah dan menguatkan
lagi cengkaman kuasa Barat ke atas negara ini.

6. Kesan ekonomi yang seterusnya ialah kemerosotan perdagangan Turki Uthmaniyyah.


● Hal ini kerana, berlaku penguasaan perdagangan oleh Eropah di Laut Hindi, Laut
Mediterranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan lain.
● Situasi ini menyebabkan Eropah semakin menguasai ekonomi negara Islam.
● Golongan Yahudi menguasi ekonomi Mesir.Soviet Union menguasai perniagaan asing
di Iran.
● Ternyata, penguasaan sektor ekonomi oleh kuasa Barat di kebanyakan wilayah Turki
Uthmaniyyah ini secara tidak langsung melemahkan perkembangan ekonomi umat
Islam.
● Kesan sosial juga berlaku akbat Perang Dunia Pertama kepada kerajaan Turki
Uthmaniyyah iaitu kemerosotan akhlak dan moral umat Islam.
● Pemodenan Turki mengikut acuan barat telah membawa keruntuhan akhlak umat
Islam. Sebilangan rakyat yang kagum dan terpengaruh dengan gaya hidup negara
Barat akhirnya melemahkan peranan agama Islam dalam membentuk kehidupan yang
harmoni.
● Gaya hidup barat yang menjadi ikutan ialah tidak menutup aurat, pergaulan bebas dan
bebas meminum minuman keras.
● Hal ini menyebabkan rakyat Turki kehilangan identiti dan tradisi kehidupan Islam
yang sebelum ini unggul di zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah. Keadaan ini
menguatkan lagi cengkaman barat ke atas umat Islam di negara Turki.

8. Selain itu, berlaku perpecahan ummah ekoran kewujudan negara bangsa dan sentimen
nasionalisme Arab yang lahir dari empayar Turki Uthmaniyyah.
● Dasar pecah dan perintah oleh pihak barat berjaya menghalang kesatuan ummah yang
sebelum ini bernaung di bawah kekuasaan tunggal Khalifah Uthmaniyyah.
● Sentiman nasionalisme Arab menolak ketuanan Turki dan menuntut kemerdekaan
daripada Turki Uthmaniyyah.
● Kesannya, perpecahan ini memudahkan musuh menguasai negara dan umat Islam
dalam segenap aspek kehidupan.

Kesimpulan

● Kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama memberi tamparan yang hebat
bukan sahaja kepada Turki Uthmaniyyah,malahan kepada semua wilayah yang bernaung di
bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah.
● Kekalahan Turki Uthmaniyyah juga melemahkan umat Islam di seluruh dunia apabila tiada
lagi pelindung kepada umat Islam yang selama ini dipertanggungjawabkan kepada Khalifah
Turki Uthmaniyyah.

SOALAN 6 :BINCANGKAN FAKTOR DALAMAN YANG MEMBAWA KEPADA


PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI PADA ABAD KE-20 MASIHI

Pendahuluan

● Konsep negara bangsa ialah sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya
mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan
tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk
menggubal undang-undang sendiri.
● Konsep negara bangsa bangsa dikaitkan dengan dasar imperialisme kuasa Barat khasnya
selepas perang Dunia Pertama. Fahaman kebangsaan moden yang mencetuskan konsep
negara bangsa turut dipengaruhi oleh Revolusi Perancis.
● Akibat daripada pengaruh Barat, pelbagai idea baru telah mempengaruhi pemikiran rakyat.
Situasi ini turut membawa kepada usaha pembentukan negara bangsa dalam empayar Turki
Uthmaniyah yang akhirnya menumbangkan kerajaan tersebut pada tahun 1924. Terdapat
beberapa faktor dalaman yang menyumbang kepada pembentukan negara bangsa Turki.

Isi-isi Utama

A. FAKTOR DALAMAN
1. Kekuasan mutlak dan kelemahan Khalifah merupakan faktor yang membawa kepada
pembentukan negara bangsa Turki
● Sejak abad ke-19M, kekuasaan mutlak Sultan Turki Uthmaniyah semakin bertambah
setelah Sultan Mahmud II menubuhkan pasukan tentera baharu Muallem Eshkinji dan
membubarkan pasukan tentera elit Janissari. Pembubaran tentera Janissari telah
melemahkan pengaruh dan kuasa khalifah.
● Perjuangan pembentukan negara bangsa Turki bermula daripada penentangan terhadap
campur tangan kuasa Barat. Matlamat perjuangan akhirnya berubah menjadi
penentangan terhadap khalifah berikutan kelemahan sultan dan kerajaan dalam
menghadapi kemaraan kuasa-kuasa imperialisme Barat.
● Pejuang nasionalisme Turki menganggap ketidakmampuan kerajaan Turki
Uthmaniyah menghadapi Barat berpunca dari kelemahan sistem pemerintahan dan
kekuasaan mutlak sultan.
● Kelemahan sultan turut terserlah apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa barat
seperti melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat dalam pelbagai bidang termasuk
pentadbiran dan sosial.
● Situasi ini akhirnya membangkitkan kesedaran rakyat untuk membentuk identiti
baharu bagi kerajaan Turki Uthmaniyah.

● Pengaruh wanita terhadap pemerintah turut menjadi faktor pembentukan negara


bangsa Turki
● Sultan-sultan Turki Uthmaniyah dikuasai oleh isteri atau ibu sultan yang dikenali
sebagai harem (sebahagiannya berasal dari tawanan perang yang dihadiahi oleh
orang-orang Eropah). Situasi ini menjejaskan kecekapan pentadbiran kerajaan.
● Masalah perebutan kuasa dan jawatan dalam kalangan putera-putera dan bangsawan
mendorong berlakunya ketidakstabilan politik. Sistem Syura tidak diamalkan dan
pemilihan sultan berdasarkan kekuatan pengaruh dalam istana, bukan berdasarkan
bakat kepiminan. Kelemahan kepimpinan sultan ini menyebabkan pentadbiran
kerajaan dipengaruhi dan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu
di istana.
● Kesannya, konflik politik ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan
kerajaan Turki Uthmaniyah dan akhirnya mempengaruhi pembentukan negara bangsa
Turki

● Selain itu, golongan Turki Muda turut berperanan dalam pembentukan negara bangsa
Turki
● Turki Muda merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid II.
Mereka merupakan para pelajar yang dihantar oleh kerajaan melanjutkan pengajian ke
barat terutama dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda bersama
Tentera Division Ketiga telah mengistiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan
Sultan Abdul Hamid.
● Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20 membawa kepada
kemunculan gerakan Uthmani Muda, Turki Muda dan gerakan sekular. Semasa era
kebangkitan golongan Uthmani Muda, khalifah Uthmaniyah masih bertahan.
● Namun, era golongan Turki Muda, mereka berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan
dan ketenteraan.
● Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar 1910 hingga 1915, mereka
menekankan dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Uthmaniyah sebagai reaksi
kepada penentangan dan pemberontakan penduduk Kristian dan Yahudi di
wilayah-wilayah Balkan. Mereka memainkan peranan penting dalam meniupkan
semangat nasionalisme Turki demi merealisasikan impian bangsa Turaniah. Gerakan
ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan ‘ kebangsaan,
perlembagaan, persamaan dan kebebasan”.
● Jelaslah bahawa, dasar Turkifikasi telah mempercepatkan pembentukan negara bangsa
Turki.

● Dasar Pan-Islamisme turut dilihat sebagai penyumbang kepada pembentukan negara


bangsa Turki.
● Hal ini kerana, pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme
yang merupakan dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.
Dasar ini menekankan fahaman perpaduan dan kerjasama umat Islam di bawah
kepimpinan khalifah yang membela hak umat Islam sejagat. Kefahaman ini bukan sahaja
disebarkan di Turki tetapi juga di seluruh dunia. Melalui dasar ini, umat Islam di Turki
digesa untuk bersatu padu di bawah kepimpinan Sultan Abdul Hamid II manakala umat
Islam yang berada di bawah penguasaan orang Barat hendaklah menyokong khalifah
kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara
masing-masing.
● Baginda menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan
ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum , negeri, aliran pemikiran dan
pelbagai bidang kepakaran untuk mencapai dasar ini. Baginda berusaha
membangunkan keagungan Khalifah Islamiyyah. Tokoh-tokoh seperti Jamaluddin
al-Afghani dan Rashid Rida membantu sultan menggerakkan program Pan-Islamisme
untuk menahan kemaraan kuasa-kuasa Barat.
● Tegasnya, penyatuan umat Islam ini penting dalam membawa kepada pembentukan
negara bangsa Turki.

5. Selain itu, pendidikan juga menjadi faktor pembentukan negara bangsa Turki
● Hal ini jelas dilihat pada zaman Sultan Abdul Hamid II, sistem pendidikan diberi
keutamaan. Tujuan sistem pendidikan adalah untuk memajukan empayar Turki supaya
setaraf dengan negara-negara Barat. Turki terletak berhampiran dengan negara-negara
Barat yang maju, maka bidang pendidikan diberi keutamaan untuk memajukan
empayar Turki Uthmaniyah. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai pengasas kepada
pendidikan peringkat rendah dan menengah yang memberi perhatian kepada kemajuan
moden seperti yang terdapat di dunia Barat tetapi tidak
mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam.
● Banyak sekolah, peringkat rendah dan menengah serta institusi pendidkan tinggi
didirikan untuk memajukan pemikiran rakyat. Bilangan sekolah diseluruh bandar dan
kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan
pelajar berjumlah 331 140 orang, manakala institusi pengajian tinggi sebanyak 18
buah.
● Namun, pada awal abad ke-20 masihi, idea-idea baharu dari barat seperti nasionalisme,
negara bangsa dan sekularisme mula meresap secara perlahan-lahan dalam kalangan
cerdik pandai Turki.
● Konsep negara bangsa merupakan kesan daripada fahaman kebangsaan moden yang
diperjuangkan oleh golongan terpelajar yang akhirnya membawa kepada keruntuhan
empayar Uthmaniyah dan penubuhan negara bangsa Turki.

Kesimpulan

● Kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyah membawa kepada perpecahan wilayah umat Islam.
Sebahagian besar wilayahnya telah membebaskan diri seperti di rantau Balkan dan
sebahagiannya ditakluki oleh kuasa barat khususnya di bumi Arab. Bahkan sebahagian
wilayah-wilayah Arab membebaskan diri seperti di bawah pimpinan Sharif Husain dan
Faisal Sharif Husain di bumi Syam.
● Faktor dalaman dianggap elemen terpenting kepada pembentukan negara bangsa Turki

SOALAN 7 : BINCANGKAN FAKTOR LUARAN YANG MEMBAWA KEPADA


PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI PADA ABAD KE-20 MASIHI

Pendahuluan

● Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1281
Masihi. Kerajaan ini merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih
600 tahun.
● Kegemilangan Turki Uthmaniyyah berlangsung sewaktu pemerintahan Muhammad al-Fateh
dan Sulayman al-Qanuni.
● Namun empayar Turki Uthmaniyyah mula merosot pada penghujung abad ke-19.
● Akibat daripada pengaruh Barat, fahaman sekularisme mulai mempengaruhi pemikiran
masyarakat termasuk kerajaan Turki Uthmaniyyah yang telah membawa kepada
pembentukan negara bangsa Turki.

Isi- isi utama

● Gerakan nasionalisme Arab memainkan peranan yang penting dalam


pembentukan
negara bangsa Turki.
● Gerakan ini muncul apabila kuasa Barat meniupkan semangat nasionalisme dalam
kalangan pemimpin Arab. Mereka juga meniupkan fahaman bangsa Turki tidak layak
mengetuai dunia jika dibandingkan dengan bangsa Arab.
● Impaknya, muncul dua keluarga iaitu Keluarga Saud di Nadj dan Shariff Hussain di
Hijaz yang bersikap anti-Uthmaniyyah.
● Keengganan taat kepada Turki Uthmaniyyah terserlah apabila mereka sanggup
mengorbankan maruah dengan menjadi tali barut kepada pihak Barat yang menaja
gerakan nasionalisme melalui pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang melaungkan
konsep Pan Turkinisme yang merupakan idea mempercepatkan penubuhan negara
bangsa Turki.
● Perberontakan penduduk Kristian Balkan dan campur tangan bangsa Yahudi dalam
politik Turki Uthmaniyyah turut menyemarakkan semangat nasionalisme bangsa Turki
dan Arab.

● Seterusnya, penglibatan dalam Perang Dunia Pertama turut menjadi faktor


pembentukan negara bangsa Turki.
● Hal ini dapat dilihat apabila golongan Turki Muda memainkan peranan penting
melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama.
● Usaha pembentukan negara bangsa Turki semakin ketara setelah Turki Uthmaniyyah
tewas dalam Perang Dunia Pertama.
● Kekalahan demi kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam beberapa siri peperangan
telah memaksa kerajaan ini menandatangani beberapa perjanjian yang merugikan
kerajaan.
● Hal ini menyebabkan rakyat mula mempertikaikan kemampuan sultan (khalifah) untuk
mentadbir negara.
● Jelaslah bahawa kekalahan dalam Perang Dunia Pertama telah mempercepatkan proses
pembentukan negara bangsa Turki.

3. Selain itu, peranan dan tekanan kuasa-kuasa Barat juga menjadi faktor pembentukan
negara bangsa Turki.
● Tekanan kuasa-kuasa imperialis seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman, Austria dan
Hungary yang bersaing antara satu sama lain untuk menguasai kekayaan Turki
Uthmaniyyah mempercepatkan lagi pembentukan negara bangsa Turki.

● Hal ini kerana kerajaan Turki Uthmaniyyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya
petroleum.
● Walaupun kuasa-kuasa imperialis ini saling bersaing merebut khazanah Uthmaniyyah,
namun mereka sentiasa bersatu untuk menghancurkan kerajaan Islam ini.
● Selain itu, bagi mereka semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi sanjungan
yang diperoleh kuasa-kuasa Barat. Keluasan tanah jajahan dan penaklukan
melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.
● Penglibatan kerajaan Turki dengan sistem ekonomi kapitas Barat turut membebankan
kerajaan akibat peningkatan hutang untuk membiayai dasar Tanzimat, konflik di
Balkan dan juga pembinaan Terusan Suez yang akhirnya membawa padah kepada
ekonomi negara.
● Tindakan kuasa-kuasa Barat tersebut turut mempercepatkan ke arah pembentukan
negara bangsa Turki oleh golongan nasionalis melalui dasar Tukifikasi, Pan Islamisme
dan sebagainya.
● Kuasa-kuasa Barat juga telah menghasut penduduk minoriti dan melakukan provokasi
di wilayah-wilayah kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Mereka turut menghasut
penduduk bukan Islam di wilayah Turki Uthmaniyyah untuk memberontak.
● Dendam merupakan punca negara-negara Eropah ingin menghancurkan empayar Turki
Uthmaniyyah untuk merebut wilayah-wilayah dan harta peninggalannya.
● Impaknya, lahir gerakan anti-Uthmaniyyah di Balkan dan Armenia yang didokong
oleh kuasa-kuasa besar. Ketidaksetiaan penduduk minoriti dengan melakukan
pemberontakan dan pengkhianatan telah mendorong pemimpin nasionalis Turki untuk
mewujudkan negara bangsa Turki.

4. Pembentukan negara bangsa Turki telah didorong oleh kewujudan institusi pendidikan
Kristian dan persatuan kebajikan yang dinaungi oleh gereja Barat.
● Institusi dan persatuan ini menyokong gerakan Turki Muda seperti Shibli Shumayyil
iaitu seorang Kristian sekular yang menggalakkan pembentukan masyarakat yang
waras dan adil di mana unsur-unsur agama dan negara dipisahkan (sekularisme).
● Pembaharuan dalam aspek pendidikan yang dilaksanakan pada zaman Sultan Abdul
Hamid II menyebabkan banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi telah didirikan.
● Selain itu, ramai pelajar telah dihantar ke Eropah untuk melanjutkan pelajaran.
● Justeru, keadaan ini menyebabkan idea-idea baharu dari Barat seperti nasionalisme,
negara bangsa dan sekularisme mula meresap dalam kalangan cerdik pandai Turki.

Kesimpulan

● Proses pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20M melibatkan pelbagai faktor.
● Faktor luaran merupakan faktor pendesak kepada kemunculan negara bangsa Turki apabila
kuasa Barat menjadi dalang utama kepada pembentukan negara bangsa Turki.
● Akhirnya, pembentukan negara bangsa Turki telah direalisasikan oleh Mustafa Kemal
Ataturk apabila beliau menubuhkan Republik Turki Moden.

Soalan 8 JELASKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA


PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MESIR PADA ABAD KE-20 MASIHI
Pendahuluan Pembentukan negara bangsa di Mesir muncul ekoran kesedaran yang timbul dalam
kalangan masyarakat tempatan khususnya para nasionalis tentang keperluan untuk
membebaskan diri dan tanah air daripada cengkaman penjajah.
Meskipun Mesir dapat dibebaskan daripada penguasaan Perancis, namun
cengkaman penjajahan masih dirasai kerana Mesir kemudian dikuasai pula oleh
British.
Fakta 1 Perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat tempatan terhadap dasar
penjajah menjadi faktor yang menyumbang kepada pembentukan negara
bangsa Mesir pada abad ke-20 Masihi.
Huraian/ Meskipun Mesir berada di bawah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah, namun pada
Contoh hakikatnya British yang berkuasa.
Khedif yang merupakan wakil kerajaan Uthmaniyah tidak mempunyai kuasa,
sebaliknya British yang bertindak sebagai peneraju kerajaan Mesir terutama sewaktu
Lord Cromer menjawat jawatan sebagai Jeneral Konsul.
Malah bagi rakyat Mesir, mereka berasa penguasaan dalam pemerintahan sama ada
oleh wakil kerajaan Uthmaniyah atau pihak British langsung tidak memberikan
banyak faedah kepada mereka.
Hal ini menyebabkan timbul hasrat untuk membentuk nation state dalam kalangan
nasionalis di Mesir.
Penegasan Isi Rakyat Mesir menunjukkan sikap tidak puas hati terhadap pemerintahan British lalu
mempunyai keinginan untuk mentadbir negara senditi.
Fakta 2 Faktor diskriminasi pihak British terhadap penduduk tempatan turut
memainkan peranan penting dalam pembentukan negara bangsa.
Huraian/ Anak tempatan yang berkelulusan universiti dari luar negara seperti lulusan dalam
Contoh bidang undang-undang dinafikan hak untuk berkhidmat dalam pentadbiran.
Diskriminasi ini telah menyebabkan timbulnya keinginan untuk menuntut kebebasan
dan melakukan perubahan dalam pentadbiran.
Kebangkitan ini turut dipengaruhi oleh sikap anti-British yang ditunjukkan oleh
tenaga pengajar berbangsa Perancis yang masih berkhidmat di Mesir.
Penegasan Isi Pemerintahan tidak adil telah mencetus kepada usaha pembentukan negara bangsa
Mesir oleh golongan berpendidikan.
Fakta 3 Masalah kewangan juga menjadi pencetus kepada pembentukan negara
bangsa Mesir pada abad ke-20 Masihi.
Huraian/ Masalah hutang Khedif Ismail yang membebankan Mesir telah menyebabkan kuasa
Contoh barat berebut untuk menguasai Mesir.
Peluang ini digunakan oleh pihak British dengan cara mempergunakan Khedif
Ismail.
Kesannya British bukan sahaja berjaya menguasai laluan antarabangsa di Terusan
Suez malah berjaya menguasai pemerintahan di Mesir.
Situasi ini memberi gambaran betapa perlunya pembentukan sebuah negara Mesir
yang baharu diwujudkan.
Penegasan Isi Kelemahan pemerintah dalam kewangan telah membawa kepada kejatuhan negara
pada tangan musuh.
Fakta 4 Kemunculan Saad Zaghlul merupakan salah satu faktor kepada pembentukan
negara bangsa.
Huraian/ Selepas Perang Dunia Pertama, beliau telah mendesak pihak British untuk memberi
Contoh kemerdekaan kepada Mesir. Perjuangan tokoh ini mendapat sambutan yang baik dari
masyarakat.
Penglibatan British dalam Perang Dunia Pertama dikritik kerana mempermainkan
rakyat Mesir demi kepentingan politik mereka.
Kebangkitan rakyat tidak dapat dikawal apabila demonstrasi, boikot dan mogok
sentiasa dilakukan sehingga British terpaksa mencadangkan satu rundingan antara
delegasi Saad Zaghlul diadakan bagi mengatasi situasi yang sedang berlaku pada
waktu tersebut.
Penegasan Isi Kesatuan rakyat Mesir yang menuntut kemerdekaan tidak dapat dipatahkan oleh
kuasa asing walaupun ianya merupakan kuasa terbesar di Eropah.
Kesimpulan Pembentukan negara bangsa di Mesir merupakan perjuangan yang rumit. Selepas
Perang Dunia Pertama, rakyat Mesir bangun menentang hingga menyebabkan
British memberikan gambaran akan terbentuk negara bangsa Mesir yang baharu bagi
menggantikan keadaan sedia ada.

You might also like