Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGHARGAAN

Pertama sekalu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima
kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam,Puan Azizah Binti
Ibrahim.Beliau memberi sokongan dan galakan kepada saya sepanjang saya melakukan kerja
kursus ini.

Selain itu,ucapan terima kasih juga akan ditunjukkan kepada ibu yang saya hormati
selama-lamanya.Beliau sentiasa memberi dorongan,sokongan,galakan dan tunjuk ajar
sepanjang saya melakukan kerja kursus ini sehinggalah selesai.

Di samping itu,penghargaan juga diberikan kepada guru Ekonomi saya iaitu Cikgu
Roslina Binti kerana dia memberi banyak tunjuk ajar kepada saya semasa saya membuat
kerja kursus ini.

Tambahan lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya
yang sudi membantu saya semasa saya mengalami masalah dalam kerja kursus ini

Akhir sekali, perghargaan juga diberikan kepada semua responden yang sudi
menjawab soalan-soalan dan memberikan banyak maklumat kepada saya untuk
menyelesaikan kerja kursus ini.
Abstrak
Isi Kandungan
1.0 Latar Belakang Kajian

Belanjawan negara atau lebih dikenali sebagai Bajet Negara dibentangkan setiap tahun
oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk mengenal pasti cadangan hasil dan perbelanjaan
kerajaan dan ramalan keadaan ekonomi untuk tahun yang akan datang dan dasar fiskal untuk
tahun-tahun akan datang. Belanjawan negara merupakan rancangan ekonomi tahunan yang
akan memainkan peranan yang dinamis secara menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
pembahagian pendapatan di dalam keadaan kewangan yang stabil. Belanjawan negara
termasuk anggaran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan dan boleh menggariskan inisiatif
dasar baru.Belanjawan Malaysia biasanya dibentang pada suku akhir tahunan iaitu
antara September hingga Disember, sebelum permulaan tahun fiskal. Semua negeri di
Malaysia juga membentangkan belanjawan. Oleh kerana kewangan negara bergantung
kepada wang dari kerajaan persekutuan, belanjawan peringkat negeri biasanya dibentang
selepas pembentangan peingkat PersekutuanBelanjawan Malaysia dibentang kepada umum
melalui pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan di Parlimen Malaysia oleh Menteri
Kewangan Malaysia untuk diluluskan Dewan Rakyat,Dewan Negara dan Yang Di Pertuan
Agong.

Perbelajaan kerajaan persekutuan terbahagi kepada 3 iaitu perbelajaan


mengurus,perbelajaan pembangunan dan hutang negara.Di dalam perbelajaan mengurus
emolumen,pencen,bayaran khidmat hutang.Manakala di dalam perbelajaan pembagunan pula
mempunyai perkhidmatan kesihatan,perkhidmatan sosial dan,perkhidmatan
keselamatan.Selain itu,di dalam hutang negara pula pinjaman dalam negara,pinjaman luar
negara dan penjualan aset kerajaan.Jenis perbelajaan kerajaan terbahagi kepada 3 iaitu
LEBIHAN,KURANGAN,SEIMBANG.Perbelajaan kerajaan yang lebihan merupakan hasil
kerajaan melebihi perbelajaan kerajaan dan akan dapat mengatasi inflasi.Perbelajaan kerajaan
kurangan pula perbelajaan kerajaan melebihi hasil kerajaan dan akan dapat mengatasi
kemelesetan.Bagi seimbang perbelajaan kerajaan dan hasil kerajaan adalah sama.Hal ini akan
mengekalkan kestabilan ekonomi.

Pengkaji telah menganalisi arah aliran cukai pendapatan individu dalam cukai langsung
kerajaan persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2012.Menurut Wikipedia cukai
bermaksud biaya yang dibayar oleh individu atau syarikat secara berwajib kepada pemerintah
sesebuah negara sepertimana yang ditetapkan undang-undang agar pemerintah dapat
melaksanakan tugas-tugasnya untuk menjalankan pemerintahan melalui perbelanjaan yang
banyak dikhususkan untuk rakyat.Cara pengumpulan cukai dan bagaimana penggunaan wang
cukai tersebut adalah bahan pembicaraan panas dalam politik dan ekonomi. Ia ada disentuh
dalam bidang-didang sains politik dan ekonomi melalui suatu jurusan dikongsi iaitu
kewangan umum.

Cukai terdiri daripada 2 jenis iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung.Cukai tidak
langsung bermaksud ialah cukai yang dipungut oleh pihak perantara (seperti kedai runcit)
dari seseorang yang menanggung beban ekonomi mutlak dari cukai itu (seperti pelanggan).
Kemudian, pihak perantara itu memfailkan penyata cukai lalu mengemukakan hasil kutipan
cukai kepada pihak kerajaan bersama penyata tersebut.Cukai langsung pula bermaksud cukai
langsung dibayar secara langsung oleh individu atau institusi berkenaan dan beban cukai
langsung tidak boleh dipindahkan kepada orang lain berbeza dengan cukai tidak
langsung.Cukai langsung terdiri daripada cukai pendapatan peseorangan,cukai pendapatan
syarikat,cukai pendapatan petroleum,cukai pendapatan koperasi dan lain-lain lagi.

Skop kajian ini dijalankan di Malaysia yang terletak di Asia Tenggara.Kajian yang
dilakukan ini berkaitan dengan hasil kerajaan perseketuan yang berlaku pada tahun 2011
sehingga tahun 2021
2.0 Penyataan Masalah
Objektif Kajian

1. Menganalisis arah aliran cukai pendapatan individu dari tahun 2011 hingga tahun 2021

2. Mengukur peratus sumbangan cukai individu terhadap jumlah cukai langsung dari tahun
2011 hingga tahun 2021

You might also like