Bahaya Vape

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Mari Ketahui Dengan Lebih Lanjut Tentang Vape,

Kandungan Serta Kesan Pada Manusia


Kesihatan Umum
  

Ogos 14, 2020 | Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

Sulit
Salam sejahtera doktor, nama saya Wafi dan saya merupakan remaja yang berusia 19

tahun. Saya sekarang masih menunggu kemasukan ke universiti dan kini hanya duduk di

rumah. Sejak duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa, saya mula perasaan bahawa

kekerapan saya merokok semakin meningkat. Hal ini mungkin terjadi kerana kebosanan

dan ibu sudah mula bising kerana dia tidak tahan akan bau rokok. Oleh itu, saya mula

terfikir untuk bertukar kepada vape dan saya juga ada terbaca bahawa ia juga merupakan

kaedah yang membantu seseorang untuk berhenti merokok secara berperingkat. Saya

inginkan penjelasan doktor berkenaan dengan kenyataan ini dan bolehkah doktor

terangkan risiko serta bahaya vape secara terperinci ? Ucapan terima kasih saya dahulukan.
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan
jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Ditulis Oleh
Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
MD (Crimea State Medical University)

Terima kasih kerana mengajukan soalan yang saya kira penting untuk dikupas bukan sahaja

bagi menjawab persoalan anda namun juga untuk kesedaran orang awam. Vape atau nama

lainnya rokok elektronik merupakan alatan yang sama fungsinya dengan rokok tembakau

biasa iaitu menghasilkan asap jika dihisap. Namun, vape tidak mengunakan tembakau

sebagai sumber penghasilan asap sebaliknya mengunakan cecair kimia berperisa dan

kebanyakkannya mengandungi nikotin. Berbalik kepada soalan anda berkenaan pengunaan

vape bagi mengurangkan ketagihan merokok, sehingga kini tidak ada dalam protokol

perubatan menggariskan pengunaan vape dalam membasmi isu ketagihan serta keburukan

rokok. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan isu vape, mari baca artikel di

bawah.

Apa Itu Vape

Seperti yang telah diperjelaskan sebentar tadi, vape merupakan barangan elektronik yang
digunakan untuk memasakan cecair yang menhasilkan wap ataupun asap. Ia hadir dalam
pelbagai bentuk, warna, saiz dan juga dihasilkan daripada bahan yang berbeza. Vape pula
dieknali dengan pelabagai nama samaran seperti ‘E-Cigs’, ‘mods’, ‘E-Hookahs’, ‘pod’ ataupun
‘Vape Pen’.Komponen yang terdapat dalam vape pula adalah seperti berikut:

 Saluran untuk mengecas ataupun penyimpanan bateri


 Takungan untuk menyimpan cecair
 Komponen untuk memanaskan cecair
 Kapas atau penapis asap

Apakah Kandungan Cecair Vape ?

Bahan kimia ataupun cecair yang diisi ke dalam vape dikenali sebagai jus. Jika bercerita
berkenaan dengan kandungan, pelbagai jenis bahan kimia boleh ditambah ke dalam vape
termasuklah dadah seperti marijuana. 

1. Bahan Perasa. Perisa vape memiliki bau atau rasa seakan-akan gula-gula, lolipop


serta perisa kordial seperti anggur, mangga dan juga strawberi. Penggunaan perisa
yang pelbagai inilah yang menyebabkan ramai golongan muda tertarik untuk
mencuba vape ini. Jika ingin ditanyakan tentang kebaikan vape, mungkin hanya
pada rasanya yang sedap namun jangan tertipu oleh kerana rasa yang sedap sahaja.
2. Propilen Gilikon. Merupakan bahan yang diperolehi daripada sisa petroleum dan
fungsinya adalah untuk menukar cecair vape kepada wap. Ia tidak memiliki bau
namun ia manis dari segi rasa.
3. Gliserin. Ia merupakan bahan yang diekstrak daripada minyak sayur-sayuran dan
berfungsi untuk memberikan ketebalan pada penghasilan wap vape. Ia juga
menyebabkan tekak terasa tidak sakit apabila asap vape melalui keronkong
seseorang.

Selain itu, terdapat beberapa bahan yang digunakan yang mana memberi impak negatif
kepada kesihatan seseorang yakni kerana bahan tersebut merupakan bahan terlarang.
Sebagai contoh:

1. Nikotin. Nikton merupakan bahan yang bukan sahaja dijumpai dalam rokok namun
dalam pelbagai jenis vape. Ia merupakan bahan yang akan memberi kesan
ketagihan pada seseorang. Hal ini kerana, ia mempengaruhi saraf serta otak
seseorang dan lama kelamaan amat sukar untuk seseorang itu melepaskan diri
daripada ketagihan.
2. Fromalin, timah, merkuri, timbal dan juga bahan perasa lain yang juga meningkatkan
risiko seseorang untuk mendapatkan kanser.

Mengapakah Vape Berbahaya Kepada Manusia ?


Kebanyakkan jus vape mengandungi bahan yang dikenali sebagai nikotin sehinggakan pada
label yang menunjukkan ‘tidak mengandungi nikotin’ juga masih memiliki sejumlah nikotin.
Pastinya ramai yang tertanya-tanya, apakah nikotin ini berbahaya kepada tubuh badan
manusia dan apakah keburukan pod yakni rokok elektronik ini.

1. Nikotin merupakan bahan yang memberi impak kepada otak seseorang terutamnya


golongan muda. Penggunaan nikotin akan menjejaskan pembelajaran, daya fokus,
mood serta memori seseorang. 
2. Selain itu, pengambilan nikotin juga akan melepaskan satu hormon yang dikenali
sebagai dopamin yang mana menyebabkan seseorang berasa gebira. Namun jika, ai
diambil secara tidak terkawal, bahan ini akan menyebabkan seseorang berasa
ketagih dan menyebabkan ketergantungan.
3. Nikotin juga dikatakan memberikan impak kepada jantung seseorang pada jangak
masa yang panjang. Hal ini kerana, pengggunaaan vape akan menyebabkan kelenjar
adrenal merembeskan hormon epinefrin dan hormon ini akan menyebabkan
jantung seseorang berdegup dengan lebih kencang serta tekanan darah tinggi.
4. Penggunaan nikotin juga dikatakan meningkatkan risiko sesorang untuk
mendapatkan kanser.
5. Bahan yang tidak terkawal seperti merkuri dan sebagainya merupakan toksik
kepada badan dan jika digunakan pada masa yang panjang akan menyebabkan
bayak impak kepada organ manusia seperti paru-paru, buah pinggang, hati dan
banyak lagi.
6. Selain kepada si peroko elektronik, bahan ini juag memberi impak kepada orang
sekeliling yakni perokok sekunder. Bahan dalam bentuk asap serta wap juga akan
disedut oleh orang sekelilng dan hal ini secara tidak langsungnya membahayakan
orang lain.

Cara-Cara Untuk Berhenti Merokok

Saya ambil maklum bahawa anda bertanyakan jika penggunaan vape dapat mengurangkan
ketagihan terhadap rokok biasa. Oleh itu, saya rasa terpanggil untuk menjelasakan kaedah
sebenar untuk berhenti merokok melalui kaca mata perubatan. Sebelum itu, ingin saya
jelaskan bahawa penggunaan vape tidak berupaya untuk menghilangkan ketagihan kerana
ia juga mengunakan penggunaan nikotin yang disedut seperti rokok dan juga ia hadir dalam
pelbagai bentuk bahan kimi yang tidak terkawal yang mana mengundang kepada variasi
kesan sampingan.

 Seseorang hendaklah memeiliki kesedaran bahawa beliau ingin untuk berhenti


merokok. Setelah itu, anda boleh untuk pergi ke mana-man klinik kesihatan terdekat
iaitu ‘Klinik Berhenti Merokok’. Di situ anda akan diberikan penjelasan berkenaan
dengan program berhenti merokok yang merangkumi pakar farmasi, doktor,
jururawat, pakar pemakakan dan juru kaunseling. Objektif klinik ini adalah seperti
berikut:

1. Rehabilitasi Fizikal
2. Rehabilitasi Mental
3. Rehabilitasi Pemakanan
4. Program Pencegahan & Berhenti Merokok
5. Promosi Kempen Cara Hidup Sihat

 Anda akan menjalani sesi kaunseling secara berkala bersama dengan pakar farmasi
dan juga juru kaunseling.
 Mengikut tahap ketagihan seseorang, ubat juga akan ditawarkan iaitu Terapi Gantian
Nikotin yang hadir dalam bentuk pelekat ataupun gula-gula getah. Selain itu
terdapat juga ubat yang tidak berasaskan nikotin iaitu Varenicline.

Rujukan
1. Quick Facts on the Risks of E-cigarettes for Kids, Teens, and Young Adults, CDC
2. 13 Best Quit-Smoking Tips Ever, WebMD
3. Klinik Berhenti Merokok, Laman Web Rasmi HTAR KKM

You might also like