Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pada hujung minggu lepas,saya dan ibu bapa serta para penduduk taman telah

menyertai_____________________________________.Tujuan utama gotong-


royong itu ……………………………………………………………………………………
___________________________________________________________________________
                         Tepat pada pukul 8:00 pagi,saya bersama-sama penduduk kampung telah
berkumpul dihadapan balai raya.Sebahagian penduduk membawa peralatan sendiri walaupun
telah disediakan oleh pihak ketua kampung.Selepas itu,ketua kampung telah memberikan
taklimat ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
                         Saya dan penduduk kampung telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan
kecil agar lebih mudah untuk membersihkan kawasan kampung.Ketua kumpulan mengambil
peralatan yang disediakan di dalam balai raya.Setiap mengambil peralatan yang bersesuaian
dengan kerja-kerja yang hendak dijalankan.
                         Pada pukul 8:30 pagi,kerja gotong-royong itu pun bermula.Antara kawasan
yang dibersihkan seperti pekarangan balai raya,taman permainan,surau dan lain-lain.Suasana
semasa aktiviti gotong-royong dijalankan sungguh meriah.Penduduk kampung berasa lebih
mesra apabila bekerjasama.Suasana muhibah terjalin antara penduduk kampung yang terlibat.
                         Kaum wanita pula sibuk menyediakan pelbagai juadah dihalaman belakang
balai raya.Antara juadah yang disediakan ialah mi goreng,nasi,kari ayam dan lain-lain.Setelah
penat bergotong-royong,kami makan bersama-sama.Kawasan kampung kami kelihatan
semankin bersih dan ceria.
                         Tepat jam dua belas tengah hari,aktiviti gotong-royong itu pun
tamat.Walaupun kepenatan,kami tetap berasa amat gembira dan berpuas hati.Semoga semua
penduduk kampung dapat hidup dengan lebih meriah dan sihat sejahtera.

Karangan Contoh - Aktiviti Gotong-royong


Masyarakat Melayu memang kaya dengan peribahasa. Salah satu
peribahasa yang harus tersemat dalam jiwa masyarakat kita yang saban hari
sibuk dengan urusan harian ialah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
´ Peribahasa ini jelas mengambarkan betapa pentingnya semangat
gotong-royongdalam melahirkan masyarakat yang sentiasa hidup
saling membantu.

Pada minggu yang lepas, kawasan kediaman saya telah mengadakan


aktivtigotong-royong yang melibatkan semua penduduk taman perumahan
saya. Sejak awal pagi lagi sebelum fajar menyingsing, kami telah berkumpul di
dewan orang ramai. Masing-masing telah membawa peralatan yang akan
digunakan untuk menjalankan kerja-kerja membersihkan kawasan
persekitaran.Sebelum memulakan kerja, Pengerusi Persatuan Taman Bintang
sempat menyampaikan sepatah dua kata. Beliau merakamkan rasa syukur
beliau kerana dapat mempertemukan penduduk daripada berbilang bangsa di
bawah satu bumbung untuk bersama-sama menjalankan aktiviti yang
mendatangkan banyak maslahat(faedah) ini. Sejurus selepas ucapan
beliau, aktiviti gotong-royong pun bermula.Penduduk kami menjalankan
kerja-kerja membersihkan dan mengindahkan kawasan taman perumahan
dengan begitu gembira dan bersungguh-sungguh.Sementara itu,
beberapa orang kaum wanita pula sibuk menyediakan hidangantengah hari
untuk kami. Kami berkerjasamabagai aur dengan tebing supaya kerja-kerja
yang diagihkan tadi dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Kira-kira jam 12 tengah hari, kawasan taman perumahan kami


kelihatanbegitu bersih dan ceria. Walaupun kepenatan dan keletihan, namun
kami tetap berasa gembira kerana taman perumahan kami kini telah berubah
wajah. Kami berharap aktiviti gotong-royong ini dapat diteruskan
sampai bila-bila masa kerana amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak
lekang dek panas.´

You might also like