Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN MUKA


SURAT

1.0 PENGENALAN
2.0 KONSEP HUBUNGAN ETNIK
2.1 Konsep Hubungan Etnik Dari Perspektif Politik
2.2 Konsep Hubungan Etnik Dari Perspektif Ekonomi
2.3 Konsep Hubungan Etnik Dari Perspektif Agama
3.0 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK
3.1 Faktor-Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik
Di Alam Melayu
3.2 Faktor-Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik
Di Sabah Dan Sarawak
3.3 Faktor-Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik
Kesultanan Melayu Melaka
3.4 Faktor-Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik
Penjajahan British
3.5 Faktor-Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik
Selepas Pembentukan Malaysia
4.0 KONSEP PERLEMBANGAAN
4.1 Konsep Perlembangaan Menjadi Asas Dalam Pembinaan
Jati Diri
4.2 Konsep Perlembangaan Menjadi Asas Dalam Pembinaan
Negara Bangsa
5.0 INTEGARSI NASIONAL DI NEGRA MALAYSIA
5.1 Usaha-Usaha Kerajaan Dalam Meningkatkan Integrasi
Nasional Di Malaysia
5.2 Cabaran-Cabaran Yang Boleh Menjejaskan Usaha-Usaha
Kerajaan Dalam Meningkatkan Integrasi Nasional
6.0 KESIMPULAN
7.0 RUJUKAN
8.0 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Apakah perkara pertama yang akan anda bayangkan apabila mendengar nama
“Malaysia” disebut? Selain daripada makanan tempatan yang enak dan lazat seperti nasi
lemak, roti canai, laksa Sarawak dan sebagainya, pastinya anda akan teringat bahawa
ciri utama negara Malaysia iaitu ia terbina daripada masyarakat majmuk yang terdiri
daripada pelbagai etnik dan kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang
kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.
Pada tahun 1948, seorang pakar astropologi, J.S Funival pernah menulis dan
menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk
menurut kamus dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa
kaum. Definisi masyarakat majmuk mengikut Furnival merujuk kepada pelbagai jenis
manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah
dalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama,
bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan
tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan
juga dibahagikan mengikut garis perkauman.

Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-
19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan
abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran
dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut
cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan di bawah dasar pecah dan
perintah penjajah pada ketika itu. Kaum utama di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu,
Cina, India dan pelbagai etnik yang lain.

Dalam konteks Hubungan Etnik, masyarakat majmuk lebih dikenali sebagai


masyarakat pluralistik. Masyarakat pluralistik membawa maksud wujudnya kepelbagaian
bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara terancang atau dipaksakan oleh
orang-orang tertentu yang berkepentingan. Di samping itu, terdapat dua istilah yang
saling berkaitan dengan masyarakat pluralistik iaitu pluralisme dan pluraliti. Konsep
pluralisme bermaksud ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang
berbeza dalam masyarakat juga wujud di masyarakat Melaka sebelum pembentukan
Malaysia. Pluraliti ialah wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada
satu masa secara semula jadi. Ketiga-tiga istilah yang saling berkaitan ini akan menjadi
titik permulaan untuk mengkaji perkaitan antara sistem pendidikan negara dan kewujudan
masyarakat pluralistik semasa penjajahan British dan selepas kemerdekaan.
2.0 KONSEP HUBUNGAN ETNIK DARI PELBAGAI PERSPEKTIF DI ALAM MELAYU
2.1 Konsep Hubungan Etnik Dari Perspektif Politik

Hubungan etnik dan politik saling berkaitan di negara kita sejak zaman
Kolonialisme.
Kegiatan nasionalisme orang Melayu dan kegiatan politik bukan Melayu bergiat aktif
untuk mencapai kemerdekaan. Perkembangan politik Tanah Melayu disemarakkan
dengan kesedaran nasionalisme yang berasaskan kaum yang didorong oleh dasar ‘pecah
dan perintah’ British sendiri.
Pada peringkat awal, kegiatan mereka lebih cenderung untuk memperjuangkan
kebajikan di kalangan penduduk tetapi akhirnya bertukar corak menjadi gerakan massa
untuk membangunkan masyarakat dan memperjuangkan kemerdekaan. Kesedaran
nasionalisme Melayu juga disokong oleh keterbukaan minda orang Melayu yang
menerima pendidikan dari dalam dan luar negeri. Jelasnya, golongan ulama telah
menjadi pencetus kepada kesedaran politik di kalangan masyarakat Melayu. Mereka
yang digelar dan dikenali sebagai ‘Kaum Muda’ telah menggunakan pelbagai instrumen
dan mekanisme bagi menyalurkan idealisme perjuangan yang berslogankan “gerakan
Islah Islamiyyah”. (Mohd. Sarim Haji Mustajab, 1982). Akhbar Al-Imam telah dijadikan
saluran media utama untuk menyebarkan kesedaran agama, politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan di kalangan orang Melayu. (Abd. Aziz Mat Ton, 2000). Sehubungan dengan
pendidikan agama menerusi sistem pendidikan madrasah telah berkembang dengan
pesat terutamanya di bahagian pantai barat Tanah Melayu. Mulai tahun 1930-an,
golongan pentadbiran juga melibatkan diri dalam perjuangan menerusi persatuan-
persatuan negeri Melayu. (William R. Roff, 1978)
Kesedaran nasionalisme di kalangan orang Cina dan India juga wujud dan
berkembang dengan meluas. Walaupun pada peringkat awal, tumpuan lebih banyak
diberikan kepada kegiatan ekonomi, namun lama-kelamaan masyarakat Cina dan India
juga sudah mula memberi tumpuan kepada kelangsungan politik mereka di negara ini.
Mereka mula menubuhkan persatuan-persatuan dan pertubuhan politik yang
memperjuangkan kebajikan orang Cina dan India. Faktor luaran juga mendorong sikap
dan pemikiran mereka terhadap politik Tanah Melayu. Kemerdekaan yang dicapai oleh
India pada tahun 1947 dan penguasaan Parti Komunis di China pada tahun 1949 telah
menyebabkan orang India dan Cina mula memberi perhatian yang serius terhadap Tanah
Melayu. Namun begitu, secara keseluruhan kesedaran politik dan nasionalisme di
kalangan penduduk Tanah Melayu adalah terpisah mengikut kaum yang berasaskan
perjuangan bangsa (Cheah Boon Kheng, 1984).
Tanah Melayu mengalami perkembangan politik yang penting pada awal abad ke-
20. Pada era ini kebangkitan kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu muncul
dengan lebih teratur melalui aktiviti gerakan dan organisasi yang lebih terpimpin. Usaha
ini timbul kerana masyarakat Melayu ingin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap
pentadbiran kerajaan British yang sekian lama mengongkong penduduk Tanah Melayu.
Pergerakan parti politik kaum bukan Melayu wujud untuk menjaga kepentingan kaum
masing-masing. Perkembangan ini memperlihatkan corak masyarakat majmuk yang amat
disukai oleh pihak British yang mendukung tujuan mengekalkan status-quo mereka di
Tanah Melayu. Kaum Melayu pula dilihat sebagai kaum yang disamakan hak dan taraf
mereka dengan kaum pendatang. Namun, keadaan selepas perang telah memperlihatkan
perubahan mengenai sikap berpolitik antara kaum lebih ketara. Orang Melayu mula
bergerak dalam kelompok politik yang lebih tersusun. Manakala orang bukan Melayu pula
mula menuntut hak yang sama rata seperti orang Melayu.
Penentangan orang Melayu terhadap penjajah British semakin rancak apabila
British ingin menubuhkan Malayan Union yang akan menghancurkan struktur negeri-
negeri
Melayu dan memberi taraf kerakyatan yang sama kepada semua kaum. Akibat
penentangan orang Melayu secara menyeluruh, persatuan-persatuan Melayu telah
mengadakan kongres ketiga di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Antara resolusi kongres ialah menghapuskan Malayan Union dan menyatukan persatuan
Melayu yang dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Tahun 1948 adalah merupakan titik tolak kepada perubahan dan landskap politik
Malaysia. UMNO telah mengubah perlembagaannya untuk menjadikan parti siasah untuk
menerajui kemerdekaan negara. Slogan UMNO telah bertukar dari Hidup Melayu kepada
perjuangan kemerdekaan. Masyarakat Cina pula menggerakkan kerjasama politik dengan
menubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) pada bulan Februari 1949 yang
diketuai oleh Tan Cheng Lock. Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya Tinggi British di
Asia Tenggara Malcolm MacDonald telah membuat suatu gagasan iaitu “perpaduan
sebelum kemerdekaan” bagi Tanah Melayu. Tindakbalas yang dilakukan oleh pemimpin
politik tempatan ialah menyertai suatu forum yang dinamakan Jawatankuasa
Perhubungan Antara Kaum. Ia dipengerusikan oleh E.E.C. Thuraisingam dan dianggotai
oleh wakil UMNO, MCA dan MIC. CLC merupakan persidangan meja bulat antara kaum
di Tanah Melayu. Jawatankuasa ini mencari pelbagai alternatif untuk menggerakkan
kerjasama dan perpaduan antara kaum di Tanah Melayu.
Pada pilihan raya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 1952, Pengerusi
Parti MCA Selangor H.S. Lee dan Ketua Jawatankuasa Kecil Pilihan raya UMNO Kuala
Lumpur telah bersepakat untuk bekerjasama secara sementara dalam pilihan raya
tersebut.
Berdasarkan persetujuan yang telah dicapai, UMNO tidak akan bertanding di kawasan
MCA dan begitu juga sebaliknya. Malah, kedua-dua pihak akan saling bantu membantu
iaitu penyokong UMNO dan MCA akan mengundi kedua-dua parti. Strategi ini telah
membuahkan kejayaan yang cemerlang iaitu memenangi 9 daripada 12 kerusi yang
dipertandingkan dengan mendapat undi yang besar. Seterusnya, pakatan UMNO dan
MCA ini telah diamalkan di tempat-tempat lain bagi pilihan raya tempatan seperti di Johor,
Melaka dan terbukti kemenangan berada di pihak mereka.
Kejayaan demi kejayaan yang diraih membuatkan keduadua pemimpin parti ini
telah mempertimbangkan kesan baik dan buruk jika kerjasama ini dipanjangkan di
peringkat kebangsaan. Pada tahun 1953, pemimpin UMNO dan MCA telah berunding dan
akhirnya keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Parti Perikatan UMNO-MCA untuk
menghadapi pilihan raya umum pertama bagi Tanah Melayu, dengan tujuan untuk
menduduki Majlis Undangan Persekutuan. Pada pilihan raya pertama bagi Tanah Melayu
ini, tiga parti terbesar yang mewakili tiga kaum Melayu, Cina dan India iaitu UMNO, MCA
dan MIC telah bersepakat untuk bergabung. Parti Perikatan telah meletakkan calon-calon
bagi kesemua 52 kerusi yang dipertandingkan.
Hakikatnya, keputusan pilihan raya telah memihak kepada Parti Perikatan yang
berjaya memperolehi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dari sudut hubungan
etnik, kemenangan ini memperlihatkan keistimewaan kerjasama antara kaum dan
manifesto Parti Perikatan yang berjaya memikat hati penduduk Tanah Melayu. Manifesto
Parti Perikatan ialah hasil tolak ansur dan kerjasama yang padu antara kaum di Tanah
Melayu dalam usaha mempercepatkan kemerdekaan daripada pihak penjajah British.
(Zainal Abidin Abd. Wahid, 1983: 181-187) Parti Perikatan mendorong kepada
penubuhan Barisan Nasional (BN). Barisan Nasional merupakan parti komponen pelbagai
kaum yang diwujudkan oleh Kerajaan Perikatan yang memerintah serta memenangi
pilihan raya umum Tanah Melayu pada tahun 1955 malah telah memperolehi kuasa
daripada kerajaan British berikutan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1957. Kerjasama parti-parti komponen dalam BN amat penting bagi memastikan
kelancaran pentadbiran di Malaysia. (Fadilah Bt Zaini, Kassim Bin Thukiman, 2009)
Kerjasama politik BN yang dianggotai parti-parti berasakan kaum mula
menghadapi cabaran baru pada tahun 2008. Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12
pada 8 Mac 2008, Parti berbilang kaum seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti
Tindakan Demokratik (DAP) serta parti berasakan agama iaitu Parti Islam Se-Malaysia
(PAS) telah menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Keadaan ini terus berkekalan pada
PRU ke-13. Kuasa pemerintahan BN selama 60 tahun telah diakhiri oleh Pakatan
Harapan (PH) pada PRU ke-14 sempena tahun 2018. PH yang dianggotai oleh
BERSATU, PKR, DAP dan PAN meraikan sokongan kuat daripada rakyat Malaysia yang
hilang keyakinan terhadap kelemahan BN yang kurang cekap menguruskan negara. Parti
berbilang kaum seperti PKR dan DAP memberi sumbangan besar iaitu 47 dan 42 kerusi
dalam 113 kerusi yang dimenangi PH. Konklusinya, parti berbilang kaum menjadi
semakin relevan di Malaysia. Ia merupakan satu perubahan yang baik kepada perpaduan
etnik kerana kepentingan politik perkauman dapat dikurangkan dan dialihkan kepada
perjuangan terhadap kepentingan negara pada masa kini dan hadapan.

2.2 Konsep Hubungan Etnik Dari Perspektif Ekonomi

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dari segi perkembangan ekonomi
dan hubungan etniknya. Kedua-dua perkara ini berkembang seiring dan sentiasa saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Pertalian antara hubungan etnik dan kegiatan
ekonomi telah bermula sejak Kesultanan Melayu Melaka. Pemerintah Melaka berusaha
untuk menarik lebih ramai pedagang asing dan ia muncul sebagai pelabuhan
kosmopolitan. Di sini wujud interaksi yang baik antara pedagang Melayu, Cina dan India.
Hubungan mereka harmonis, saling hormat-menghormati dan bersama-sama
menyumbangkan tenaga untuk memajukan ekonomi Melaka.(Losinin Johalin, 2007)

Melaka di bawah pemerintah yang bijak menjalankan dasar pentadbiran yang adil
dan memberi peluang kepada semua kaum untuk menikmati keuntungan perdagangan di
Melaka. Kejayaan hidup bersama antara kesemua kaum ini dapat diperhatikan daripada
kewujudan penempatan seperti Bukit Cina dan perkahwinan orang tempatan dengan
pedagang asing yang melahirkan peranakan India dan Cina. Hubungan rakyat berbilang
kaum berhubung rapat dan menikmati kekayaan ekonomi bersama-sama.

Keadaan telah berubah setelah penjajahan British terhadap Tanah Melayu. Pihak
British yang menggunakkan jentera berat serta mesin yang canggih telah memonopili
kekayaan ekonomi. Hampir kesemua kapitan Cina menjalinkan hubungan yang baik
dengan British. Dasar ini telah meningkatkan status ekonomi kaum Cina berbanding
kaum lain. Walau bagaimanapun, penglibatan orang Cina dalam ekonomi Negeri-negeri
Melayu membawa kepada kerjasama ekonomi antara kaum Melayu dan Cina.
Contohnya, di Johor, Temenggong Ibrahim menggalakkan orang Cina membuka tanah
untuk mengusahakan tanaman lada dan gambir. Seorang ketua Cina yang dipanggil
Kangcu ditempatkan untuk mengawal setiap batang sungai di tempat ladang-ladang
terbuka. Kangcu akan menerima surat kuasa dari Temenggong untuk membuka ladang,
mengawasi tanaman dan memungut cukai. Kaum India pula menyumbangkan tenaga
yang besardalam sektor perladangan dan sebilangan kecil dalam pentadbiran
dansebagai buruh kasar dalam sektor perladangan dan perlombongan. Kebanyakan
orang Melayu pula adalah di luar bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja makan
gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan.

Berdasarkan kemajuan ekonomi yang dialami oleh ketiga-tiga kaum pada zaman
[enjajahan British, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza. Ia
mengakibatkan berlaku konflik yang agak rumit dan membawa kepada polarisasi kaum
dan kemerosotan perpaduan. Kaum Cina juga mewakili separuh dari penduduk bandar
semua negeri Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu dan Perlis. Orang Melayu pula
tertumpu di kawasan luar bandar yang berkait dengan pertanian sebagai contoh di
kawasan pantai barat. Pada tahun 1947, hanya 14% orang Melayu menetap di bandar,
sedangkan Cina mewakili 54% dan India 39%. Kaum India sebahagian besar tinggal di
luar bandar dan mereka yang menetap dibandar tertumpu di negeri Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan.

Perlembagaan Merdeka menyaksikan dominasi politik Melayu diinstitusikan.Pada


tahun 1955 dan 1956 UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi dibawah satu
persetujuan sosial yang dikenali sebagai “persetujuan bersejarah”. Melalui persetujuan ini
orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akan diberikan kepada orang bukan Melayu
yang berkelayakan dan sebagai balasan bukan Melayu bersetuju mengakui hak-hak
istimewa orang Melayu,bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-
raja Melayu sebagai raja berperlembagaan. Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti-
parti pembangkangdalam pilihanraya 1963 dan 1969. Provokasi-provokasi ini terus
mewujudkan ketegangan antara kaum. Pada akhir tahun-tahun 1960-an, perasaan tidak
puas kian memuncak dan telah membawa kepada Tragedi 13 Mei.

Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kepada kerajaan bahawa timbulnya masalah


perbalahan kaum adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam pembangunan
ekonomi antara kaum. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun
semula masyarakat Malaysia dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ia
mengandungi dasar-dasar dan strategi-strategi untuk mempercepatkan pembangunan
sosio-ekonomi dan menentukan perkhidmatan-perkhidmatan dan pengagihan peluang-
peluang yang saksama bagi semua kaum untuk menyertai dan mendapat faedah
daripada proses pembangunan. Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan
orang Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah
ekonomi. Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga
secara individu kepada berkumpulan.
Pada Tahun 1989, kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi
Negara kerana rasa kebimbangan dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah
DEB. Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan
nasib orang India dibawah Dasar Pembangunan Nasionalyang akan menggantikan DEB.

Kesimpulannya, sejak dari pemerintahan kesultanan Melaka hingga ke hari ini,


Malaysia terutamanya Semenanjung telah melalui banyak perubahan dari segi
pembangunan ekonomi dan telah memberikan pengaruh kepada hubungan etnik serta
kualiti kesamarataan dan keadilan pengagihan kekayaan negara kita.

2.3 Konsep Hubungan Etnik Dari Perspektif Agama

Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat berbilang agama dan hidup


secara aman dan damai serta mengekalkan keunikan masing-masing. Kemajmukan
tersebut turut digariskan sebagai salah satu cabaran utama dalam misi menjayakan
pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju pada 2020.

3.0 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK


3.1 Faktor-Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu
Masyarakat pluralistik di Alam Melayu adalah asas kepada pembentukan
masyarakat Negara kita pada hari ini. Kewujudan pelbagai etnik di Alam Melayu telah
memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat prural yang dapat hidup
bersama dalam kepelbagaian bangsa dan agama. Masyarakat pelbagai bangsa sebelum
kedatangan Orang Eropah terbentuk secara semula jadi tanpa sebarang rancangan
paksaan. Pedagang-pedagang yang bukan berasal dari Alam Melayu berniaga dan
bertapak di sini secara sukarela. Mereka berjaya menwujudkan interaksi harmoni dengan
penduduk tempatan.
Sumber-sumber sejarah dari China telah menjelaskan bahawa hubungan antara
Alam Melayu dengan negeri-negeri kecil di India telah bermula seawal abad ke-2.
Kumpulan yang mula hadir dari India ke Alam Melayu ialah golongan pedagang dan
agamawan. Kedua-dua kelompok ini telah memulakan momentum pengaliran masuk
imigran dari India. Pada abad ke-3, perkembangan pengetahuan pembinaan jong-jong
dalam kalangan negara India dan China memudahkan mereka membuat pelayaran yang
berjarak jauh. Alam Melayu semakin banyak didatangi pedagang dan pelajar dari India
dan China. (Coedes, 1975)
Di kawasan Indonesia, imigran dariIndia berkahwin dengan masyarakat atasan
tempatan. Melalui pekahwinan tersebut, idea-idea Hindu berkaitan dengan raja dan
kerajaan telah disebarkan. Pengaruh dari India iaitu proes Indianisasi yang merupakan
penyebaran budaya India yang hanya menyentuh golongan atasan masyarakat atasan.
Kewujudan masyarakat plural di Alam Melayu tidak bermakna budaya tempatan telah
hilang. Sebaliknya, unsur-unsur luar telah disesuaikan dengan unsur tempatan sehingga
menghasilkan struktur yang unik dan tersendiri. Contohnya, sistem kasta yang ada dalam
masyarakat India tidak berlaku di Alam Melayu. Hubungan Alam Melayu dan China
menjadi akrab bermula abad ke-4. Pada ketika itu, bahagian utara China telah diserang
oleh tentera-tentera asing. Perpidahan secara besar-besaran ke bahagian selatan China
telah berlaku. Mereka juga tidak dapat lagi hanya bergantung kepada laluan perdagangan
traditional semata-mata untuk berdagang dengan negara di Asia Barat. Pedagang China
mula bergantung kepada jalan-jalan maritim melalui Alam Melayu. Jelasnya, implikasi
Alam Melayu sebagai pusat perdagangan antarabangsa ialah terbentuknya masyarakat
pluralistic yang berkekalan.

3.2 Faktor-Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Sabah Dan


Sarawak
Pada abad ke19, meskipun masyarakat Sabah dan mula beranjak secara
perlahan-lahan ke arah paradigma ekonomi, politik yang dari abad sebelumnya, namun
sistem sosial negeri tersebut masih lagi dilihat begitu tradisional apatah lagi lokasi
geografi yang jauh dari Tanah Melayu. Walaupun telah kelihatan bayang-bayang pihak
Barat yang mula mencari ruang di celah-celah tanah Sabah atas dasar perluasan kuasa,
pasaran barang, dan sumber ekonomi yang cukup berharga di negeri ini. Namun,
kehidupan sosial masyarakat ini masih kekal diseragamkan dengan kepercayaan dan
budaya mereka yang telah diwarisi dari nenek moyang mereka lagi.
Di Sarawak pula, penduduk peribumi adalah terdiri daripada empat kumpulan
etnik utama , iaitu Bidayuh, Iban, Melayu dan Melanau. Tedapat juga sub-etnik seperti
Kenyah, Ukit, Penan, Lahanan dan sebagainya. Selain itu, keadaan di Sarawak adalah
lebih kurang sama dengan di Sabah. Namun begitu, ianya berbeza dari segi terminologi
unsur-unsur keagamaan dan tafsiran konsep. Masyarakatnya juga masih mengamalkan
kepercayaan animisme, percaya kepada tangkal, hukum alam semula jadi yang banyak
mempengaruhi kepercayaan dan amalan mereka. Masyarakat Sarawak sebahagian
besarnya memuja semangat-semangat objek, alam sekeliling dan sebagainya. Selain itu,
orang Iban misalnya mempercayai akan kewujudan berbagai semangat (antu) dan tuhan-
tuhan (petara). Namun begitu amalan agama dan kepercayaan ini menjadi unsur dalam
menyatukan masyarakat.
Masyarakat pluralistik di Sabah dan Sarawak telah wujud semasa pemerintahan
British. Pada ketika itu, kedudukan Sabah dan Sarawak yang strategik serta kaya dengan
hasil bumi telah menarik perhatian pihak Inggeris iaitu Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British (SBUB) di Sabah dan Pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak pada kurun ke-19.
Oleh hal yang demikian SBUB di Sabah telah membawa masuk buruh ke negeri
Sabah untuk bekerja dalam bidangperlombongan. Buktinya, bilangan penduduk Cina di
Sabah telah meningkat daripada 27, 801 orang pada tahun 1911 kepada 50, 056 orang
pada tahun 1931 (Lee & Aleeya, 2006). Pada ketika itu, SBUB telah membawa masuk
buruh kasar daripada Cina dan Jawa untuk mengerjakan aktiviti perlombongan,
pembinaan landasan kereta api dan sebagainya. Manakala di Sarawak pula, pelombong-
pelombong Cina dibawa masuk ke Sarawak terutamanya di Bahagian Bau, Sarawak
untuk melombong antimoni, bauksit, emas dan sebagainya. Hal ini telah mewujudkan
masyarakat pluralistik di Sarawak kerana mereka telah terpaksa hidupbersama-sama
golongan peribumi iaitu masyarakat Iban, Melayu Sarawak dan sebagainya.

3.3 Faktor-Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik Kesultanan Melayu


Melaka
Masyarakat pluralistik berlaku selepas pembukaan Melaka pada 1400 Masihi
olehParameswara. Pada ketika itu, kedudukan Melaka yang strategik iaitu di tengah jalan
antaraIndia dan China telah menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari kawasan
Asia Tenggaradan Barat (Asrul, 2002). Hal ini telah menarik para pedagang dan
menjadikan Melaka sebagaitempat pertemuan aktiviti perdagang. Demi kepentingan
ekonomi, pedagang-pedagang asingseperti Arab, Cina, Parsi dan sebagainya terpaksa
berlayar ke wilayah Melaka yang merupakantempat pertemuan untuk menjalani aktiviti
perdagangan. Oleh itu, wujudnya interaksi sosialyang menggalakkan asimilasi melalui
perkahwinan campur. Antara kelompok yang terbentukialah Melayu, India, Cina,
Benggali, Arab dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat CinaPeranakan di Melaka.
3.4 Faktor-Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik Penjajahan British
Kedatangan British yang berteraskan tiga matlamat utama iaitu Gospel, Glory dan
Gold telah memberi impak pada sistem kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Dengan
ini, kemunculan era penjajahan British telah membawa masuk lebih ramai buruh dari
China danIndia bagi tujuan ekonomi di Tanah Melayu. Perkembangan perlombongan
timah danpenanaman getah pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah
menggalakkan Britishmengusahakan perlombongan timah dan penanaman getah secara
besar-besaran. Namun, masyarakat Melayu pada ketika itu tidak berminat bekerja di
lombong-lombong dan ladang-ladang dan lebih berminat untuk mengusahakan tanah
sendiri dan tinggal di kawasanperkampungan maka kerajaan British telah menggalakkan
kemasukan imigran Cina dan Indiadengan melonggarkan syarat kemasukan ke negeri-
negeri Melayu bagi mengusahakankawasan lombong bijih timah dan ladang-ladang getah
(Rosman Mohammad, 2016). Buruh-buruh daripada China dan India telah berhijrah dan
meninggalkan keluarga datang ke TanahMelayu kerana kemiskinan serta kesusahan
yang dialami di negeri sendiri.
3.5 Faktor-Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik Selepas
Pembentukan Malaysia

4.0 KONSEP PERLEMBANGAAN


4.1 Konsep Perlembangaan Menjadi Asas Dalam Pembinaan Jati Diri

4.2 Konsep Perlembangaan Menjadi Asas Dalam Pembinaan Negara Bangsa

5.0 INTEGARSI NASIONAL DI NEGARA MALAYSIA


5.1 Usaha-Usaha Kerajaan Dalam Meningkatkan Integrasi Nasional Di
Malaysia
Integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat
negeri-negeri dalam masyarakat bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang
mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara.

5.2 Cabaran-Cabaran Yang Boleh Menjejaskan Usaha-Usaha Kerajaan


Dalam Meningkatkan Integrasi Nasional

Setelah sekian lama negara kita berjaya mengekalkan tahap perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat melalui peranan pelbagai pihak. Namun, masih timbul
sedikit kepincangan yang menjadi cabaran bagi kerajaan dalam memelihara hubungan
antara kaum di Malaysia. Kemakmuran hubungan antara semua kaum haruslah
dipelihara sepenuhnya bagi mengelakkan dari sebarang ancaman yang mampu
menjejaskan kemakmuran perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Terdapat
beberapa cabaran yang harus dihadapi oleh kerajaan dalam usaha merapatkan jurang
perbezaan antara kaum di Malaysia.
Setiap negara sememangnya tidak akan lari daripada isu politik. Hal ini kerana
poltik merupakan satu saluran yang kuat bagi membentuk sebuah negara. Peranan
politik seharusnya melahirkan kerajaan yang cekap dan amanah dalam memperjuangkan
hak rakyat. Tanggungjawab sebagai ahli politik sepatutnya tidak boleh disalahgunakan
untuk memanfaatkan diri sendiri, namun ironiknya hal itulah yang kini menjadi tular dalam
kalangan ahli politik negara ini. Berdasarkan David dan Dumanig (2011), seorang
pemimpin boleh mewujudkan perpaduan nasional atau perpecahan di kalangan kumpulan
etnik dalam perbincangan umum tetapi ia bergantung kepada cara mereka memahami
dan melihat mesej yang disampaikan oleh pemimpin. Demi mencapai kemenangan dalam
pilihan raya, ramai ahli politik menjadikan isu perkauman sebagai jalan pintas bagi
menjamin lebih ramai pengundi. Politik tidak seharusnya mengunakan isu perkauman
sebagai medium tetapi sebaliknya harus menggunakan kedudukan politik untuk
membentuk rakyat majmuk yang bersatu. Sekiranya politik digunakan untuk mengaut
keuntungan diri sendiri maka lahirlah sebuah kerajaan diktaktor yang bakal
memanipulasikan rakyatnya untuk berbalah sesama sendiri. Politik harus menjadi
saluran yang betul bagi membentuk kerajaan yang bersih dari pelbagai anasir negatif
kerana dari politiklah segala hal di negara bermula dan berkembang. Sebelum ini negara
kita gempar dengan perbalahan politik antara kumpulan baju kuning dan juga kumpulan
baju merah. Hal seperti inilah yang sepatutnya dielakkan kerana bukan sahaja akan
dilihat oleh rakyat tetapi juga akan dicemuh oleh negara-negara luar. Kesan daripada
politik perkauman ini bakal mencetuskan akibat buruk yang mungkin akan melanda
negara seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang lalu, sekiranya kerajaan tidak memberi
penekanan yang tegas dalam hal ini.
Cabaran dari segi ekonomi ini telah pun lama terjadi sejak zaman penjajahan lagi
terutamanya pada zaman penjajahan British. Proses menuju ke arah perpaduan negara
adalah sesuatu yang kompleks, di mana konflik mungkin akan berlaku secara langsung
dan tidak langsung dalam menangani perbezaan sosio budaya dikalangan kepelbagaian
kumpulan etnik (Lee Wei Chang, Baharuddin, Muhammad, 2013). Ketika penjajahan
tersebut, British telah memperkenalkan satu kaedah ekonomi secara berkelompok yang
dikenali sebagai Dasar Pecah dan Perintah. British menjalankan dasar ini agar mereka
dapat mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada pada waktu tersebut. Namun
perkara negatif mengenai dasar ini ialah kegiatan ekonomi yang dijalankan telah
dipisahkan mengikut kaum masing-masing. Bukan sahaja pemisahkan dari segi aktiviti
ekonomi, tetapi rakyat pada waktu itu ditetapkan mengikut tempat yang berbeza
berdasarkan kaum yang sama. Semasa dasar ini dikendalikan, masyarakat Melayu dan
orang asli ditempatkan di kawasan luar bandar atau di kawasan pantai kerana pada
waktu itu masyarakat Melayu hanya mahir dalam pertanian dan perikanan. Manakala
bagi masyarakat Cina pula ditempatkan di bandar-bandar atau di lombong-lombong bijih
timah kerana orang Cina mahir dalam bidang perlombongan dan perdagangan. Selain itu
pula, masyarakat India ditempatkan di ladang-ladang getah. Perpisahan dari segi
ekonomi ini telah memwujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum tersebut. Perasaan
iri hati timbul dalam kalangan mereka kerana tindakan berat sebelah British dalam
memperkenalkan Dasar Pecah dan Perintah. Kesan daripada hal ini begitu mendalam
sehingga masih dapat dilihat pada masa kini. Pada masa kini kita masih dapat melihat
bahawa masyarakat Cina mendominasi bidang perdagangan dan masyarakat India masih
ramai yang terlibat dalam bidang perladangan manakala ada segelintir masyarakat
Melayu yang masih lagi giat dalam aktiviti pertanian dan perikanan. Pemisahan ini
menjadikan interaksi antara mereka menjadi sukar diamalkan kerana mereka
dikelompokkan mengikut kaum sendiri. Dari sinilah peranan kerajaan penting dalam
membuka pekerjaan yang mana memberi peluang yang sama kepada semua kaum.
Pembangunan ekonomi merupakan nadi kepada kemajuan negara dan bangsa.
Pembanganun ekonomi ini tidak akan dapat dicapai sekiranyanya rakyat masih
ditempatkan mengikut bangsa masing-masing sahaja. Sistem pemisahan dari segi
ekonomi ini seharusnya dibendung agar sifat perkauman yang menebal dalam
masyarakat majmuk dapat dihapuskan.
Kurangnya sosial sesama kaum merupakan faktor kepada perhubungan yang
lemah dalam kalangan mereka. Aspek sosial sepatutnya dipupuk agar dapat
menyatukan rakyat sebagai satu bangsa demokrasi yang bukan hanya bersandarkan
kaum masing-masing. Seperkara yang menarik dalam memahami sosio-politik
masyarakat di Malaysia ialah keupayaan mereka untuk terus-menerus hidup dalam
keadaan “ketegangan yang stabil” atau stable tension (Amri Baharuddin, 2009).
Sekiranya kurang percampuran dalam aktiviti sosial masyarakat, maka akan timbul rasa
ketidakpercayaan dan kurang semangat kekitaan dalam diri mereka. Sekali lagi
tanggungjawab kerajaan merupakan saluran yang penting dalam merapatkan jurang
antara kaum melalui aspek sosial. Sosial dalam pengertian lain merupakan komunikasi
baik dari segi komunikasi dua hala mahupun secara berkumpulan. Sekiranya masyarakat
majmuk sentiasa berkomunikasi dan melibatkan diri bersama-sama dalam kegiatan
sosial, maka lahirlah kesefahaman serta rasa toleransi dalam diri mereka. Hal ini juga
membantu membuka minda mereka agar menghormati adat dan budaya kaum lain
kerana mereka kerap berjumpa dan melihat sendiri kepercayaan kaum lain. Namun ada
juga faktor sosial lain yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membendungnya iaitu
dari segi pendidikan. Asas perpaduan adalah bermula dari golongan belia terutamanya
pelajar-pelajar. Tetapi kesan daripada penjajahan yang mana British memulakan sistem
sekolah vernakular menjadikan pendidikan kita tertumpu kepada satu kaum sahaja.
Sehingga kini masih lagi wujud sistem sekolah yang berteraskan satu-satu kaum sahaja
seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Sekolah seperti ini membataskan komunikasi
antara masyarakat majmuk kerana para pelajar hanya akan menggunakan bahasa kaum
sendiri sahaja.

6.0 KESIMPULAN
7.0 RUJUKAN
Fadilah Bt Zaini, Kassim Bin Thukiman, 2009. Pembangunan Politik Dalam
Hubungan Etnik.

Losinin Johalin, 2007. Bincangkan kaitan antara pembangunan ekonomi danhubungan


etnik di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah.

8.0 LAMPIRAN

You might also like