Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

4.

3 MEMUPUK INTEGRASI NASIONAL BERLANDASKAN AKTA PENDIDIKAN


1996.

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang
Dunia Kedua ialah untuk mencari formula bagi melahirkan masyarakat Malaysia
yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman,
kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dalam keadaan rukun damai
serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Peranan pendidikan penting dalam memupuk integrasi dan perpaduan kaum. Dalam
konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam
membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Oleh itu, menerusi Dasar
Pendidikan Kebangsaan, beberapa langkah telah diambil dalam usaha ke arah
mencapai matlamat ini. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa strategi telah
disusun dan dilaksanakan dalam membentuk perpaduan di negara kita. Antara
strategi-strategi pelaksanaan ialah menjadi bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama, mewujudkan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah, memastikan sukatan pelajaran yang seragam dan sistem
peperiksaan yang seragam, mewujudkan Sekolah Wawasan serta pelbagai program
pendidikan yang menggalakkan integrasi kaum.

Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Pengantar Utama

Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pentadbiran


dan sistem pendidikan ini dinyatakan dalam beberapa dokumen penting kerajaan.
Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa Kebangsaan
iaitu Bahasa Melayu. Akta Bahasa kebangsaan 1967 telah menetapkan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan Rancangan
Lima Tahun Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah satu prinsip Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa Bahasa Kebangsaan
bertindak sebagai tali penghubung terpenting dalam usaha memupuk perpaduan
rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa pengantaraan antara masyarakat
kita yang berbilang kaum. Malah, Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya
sebagai bahasa rasmi di negara kita. Selaras dengan kedudukan serta peranannya,
Bahasa Melayu merupakan sebagai salah satu matapelajaran wajib yang perlu diajar
di semua peringkat serta jenis sekolah di Malaysia.  Dalam Akta Pendidikan 1996,
telah menjelaskan bahawa kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama hanya untuk sekolah kebangsaan sahaja dan sekolah jenis
kebangsaan dibenarkan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
sekolah.

Meskipun sekolah jenis kebangsaan diwajibkan untuk mengajar Bahasa


Kebangsaan sebagai subjek utama, namun, perbezaan bahasa pengantar ini
sebenarnya masih menambahkan jurang antara kaum kerana kurangnya interaksi
pelajar dengan kaum yang lain. Masyarakat Malaysia seharusnya sedar bahawa
usaha untuk membangunkan negara ini adalah usaha bersama iaitu tanggungjawab
setiap kaum yang merupakan rakyat Malaysia. Kesedaran tentang kepentingan
bahasa amat penting kerana melalui perkongsian satu bahasa, kita dapat
berkomunikasi dengan lebuh berkesan. Penggunaan bahasa yang seragam
jugacmampu membantu menghilangkan perasaan prasangka dan menigkatkan
kefahaman budaya sesuatu kaum tentang budaya kaum yang lain. Sikap saling
memahami ini akan mewujudkan sikap hormat menghormati yang seterusnya akan
membantu memupuk integrasi kaum dan juga perpaduan.

Mewujudkan Kurikulum Yang Sama

“The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the national Curriculum


which subject to subsection (3) shall be used by all schools in the National education
system (Education Act 1996,Sec. 18)”. Penyataan ini, jelas menunjukkan bahawa
kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya
segala pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada
ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina
perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.  

Isu mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan sebenarnya telah


diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979: “Dengan tujuan untuk
mewujudkan keperibadian kebangsaan, maka adalah diperakukan supaya
pendidikan yang diberi kepada semua murid hingga ke tingkatan V di sekolah-
sekolah hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. (Perakuan 33)”

Di Malaysia, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan


Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu lagi ciri Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan keperibadian ke arah
pembentukkan perpaduan kaum di negara kita. Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan yang terbaru Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) digubal dengan bertujuan untuk membangunkan modal insan yang berilmu
pengetahuan disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat patriotik dan
sikap saling menghormati. Bagi pendidikan sekolah menengah yang masih
menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula, ia merupakan
kesinambungan kurikulum sekolah rendah yang menekankan pendidikan yang
seimbang dan bersepadu. Melalui kurikulum yang sama, asas perpaduan dapat
dipupuk semenjak dari alam persekolahan lagi. Pendedahan awal ini mampu
memupuk semangat patriotisme yang tinggi terutamanya melalui subjek Sejarah
ataupun Sivik/Kewarganegaraan. Dari keseluruhannya, analisis terhadap kandungan
kurikulum setiap peringkat menyimpulkan bahawa setiap aspek perpaduan sangat di
utamakan. Kurikulum juga tidak menunjukkan unsur bias atau memihak kepada
setiap etnik. Budaya setiap etnik perlu diterima sebagai budaya Malaysia. Oleh
karena itu, dirumuskan bahwa kurikulum pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
membayangkan konsep bangsa Malaysia yang diharapkan wujud pada masa depan
yang akan datang. Dalam konsep ini tidak ada budaya etnik yang akan dipinggirkan
malahan semuanya perlu ditonjolkan. Melalui pendidikan sivik dan kewarganegaraan
kemungkinan suatu hari nanti rakyat Malaysia akan lebih liberal atau bersifat terbuka,
termasuk dalam hal-hal berkaitan dengan agama.

Melaksanakan Sistem Peperiksaan yang Seragam

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah


telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang
seragam.  Dengan adanya sekatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam,
pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah.
Langkah ini boleh menolong proses untuk menyatupadukan pelajar berbilang kaum
di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Pendemokrasian Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan merupakan satu langkah yang diperkenalkan oleh


pihak kerajaan dalam mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dari kawasan luar bandar ataupun pedalaman
tanpa mengira bangsa. Dengan itu, diharap semua kaum akan mendapat menikmati
kemudahan yang sama dalam pendidikan. Di samping itu, alat-alat serta kemudahan
yang dibekalkan di sekolah-sekolah juga adalah seragam tanpa mengira jenis
sekolah iaitu sama ada sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan.
Dengan ini, tidak timbul perbezaan kemudahan diantara jenis-jenis sekolah.

Selain itu, pelajar-pelajar dari kalangan pelbagai kaum tidak disekat untuk
bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka diberi kebebasan untuk
membuat pilihan masing-masing. Ini kerana walaupun sekolah- sekolah ini berbeza
dari segi bahasa pengantar, namun sukatan, buku teks, peperiksaan dan jadual
waktu diselaraskan secara berpusat.

Hak-hak kebudayaan kaum-kaum lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan


kaum masing-masing tetap dihormati dan diberi perlindungan sewajarnya. Diharap
dengan semangat toleransi dan hormat-menghormati ini, usaha memupuk
perpaduan dapat dicapai sepenuhnya.

You might also like