Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Urologi Ubat & Suplemen Rawatan Tradisional & Herba K

Laman Utama Urologi Penyakit Buah Pinggang

Menghidap Masalah Buah


Pinggang? Ini 5 Jenis Makanan
Patut DIELAKKAN
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 3 minggu
lalu Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad
Firdaus Rahim

Apabila anda mempunyai masalah buah pinggang,


terdapat banyak perkara yang perlu anda awasi
tentang pengambilan makanan.

Artikel di bawah akan memberikan maklumat yang


berguna tentang rancangan makanan bagi mereka
yang mengalami masalah buah pinggang.

Diet pesakit buah pinggang

Berikut 5 jenis makanan yang perlu dielakkan:

1. Kalori

Berdasarkan tahap kesihatan anda dan tahap


penyakit buah pinggang anda, doktor atau pakar
kesihatan anda boleh membantu anda dengan
rancangan diet tertentu.

Mereka menunjukkan berapa banyak kalori yang


boleh anda makan pada setiap hari atau setiap
minggu. Sila berpegang kepada pelan tersebut
untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada
kesihatan anda.

2. Protein dalam diet pesakit buah


pinggang

Walaupun protein sangat baik untuk kuku, rambut


dan kesihatan, makan terlalu banyak boleh
menyebabkan komplikasi.

Bincang dengan pakar pemakanan anda untuk


mengetahui jumlah pengambilan protein yang betul.

Makanan rendah protein: sayur-sayuran, buah-


buahan, pasta, nasi dan roti.

Makanan tinggi protein: telur, ikan, daging merah


dan ayam.

3. Karbohidrat

Pengambilan karbohidrat anda mungkin perlu


dihadkan, kerana terdapat beberapa jenis
karbohidrat yang mengandungi tahap fosforus atau
kalium yang tinggi yang boleh memburukkan lagi
keadaan anda.

Jika anda turut mempunyai kencing manis, anda


hanya boleh memakan karbohidrat secukupnya
sahaja.

Diet pesakit buah pinggang #4.


Lemak

Terdapat dua jenis lemak -lemak “baik” dan lemak


“jahat” .

Lemak sihat atau lemak baik adalah lemak tak tepu.


Makanan yang mengandungi lemak baik ialah
minyak jagung, minyak zaitun atau minyak kacang.

Lemak tak tepu boleh membantu mengurangkan


tahap kolesterol. Dalam keadaan di mana anda perlu
menambah berat badan, amalkan diet yang
mengandungi lemak tak tepu.

Jika anda sedang berdiet, hadkan pengambilan


lemak tak tepu. Sepertimana makanan lain, makan
secara sederhana adalah kuncinya kerana terlalu
banyak lemak sihat juga boleh mendatangkan
masalah.

Sebaliknya, lemak buruk, atau juga dikenali sebagai


lemak tepu, boleh meningkatkan tahap kolesterol
anda dan juga risiko mengalami penyakit jantung.

Makanan yang mengandungi lemak yang tidak baik


adalah lemak babi, mentega, lelemak, dan daging,
terutamanya yang diproses.

TipMenjagaKesihatan
4BUAHPINGGANG

Minumairkosong Selalubersenam
secukupnya

Natural

Kurangkanmakanantinggi Jangantaksubatauambil
garam,gula,lemakserta suplemenkesihatanatau,
makananberproses herbatapanasihatdoktor

hellaDOKTOR

5. Natrium

Natrium atau garam, adalah mineral yang boleh


didapati hampir dalam semua makanan.

Penggunaan garam berlebihan akan membuat anda


merasa dahaga, dan berpotensi menyebabkan
bengkak dan peningkatan tekanan darah.

Akibatnya, buah pinggang anda mungkin perlu


bekerja lebih keras untuk mencerna semua garam
yang anda makan. Oleh itu, untuk kesihatan buah
pinggang dan jantung anda, hadkan jumlah natrium
yang anda makan.

Rundingan untuk diet pemakanan


bersesuaian

Perlu diingatkan maklumat di atas untuk


perancangan diet yang sihat untuk diri sendiri.

Jika anda masih mempunyai sebarang soalan atau


bimbang mengenai makanan yang perlu anda
elakkan, adalah lebih baik untuk menghubungi
doktor, pakar pemakanan atau pakar kesihatan
untuk jawapan, nasihat dan bimbingan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat


perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

ARTIKEL BERKAITAN

Penyakit Buah Pinggang

Cyst Pada Buah Pinggang, Bahaya Atau Tidak? Ketahui


Simptom Penyakit Ini Sebelum Terlambat!

NEXT ARTICLE+

Terkejut Air Kencing Keluar


Berbuih, 3 Ini Mungkin Menjadi
Penyebab, Kurang Air D Buah
Pinggang
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada
29/08/2022 Disemak secara perubatan oleh Dr.
Ahmad Wazir Aiman

Kencing berbuih selalunya terbentuk hasil daripada


aliran air kencing yang deras. Walau bagaimanapun,
pelbagai keadaan perubatan juga boleh memberi
kesan ini.

Dalam artikel ini, penulis bakal mengupas dengan


lebih lanjut penyebab air kencing berbuih dan
pilihan rawatan untuk setiap keadaan. Teruskan
pembacaan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan


kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.

Air kencing berbuih, simptom lain


yang perlu dibimbangkan

Memang ada logiknya air kencing berbuih terbentuk


terutamanya apabila kita membuang air dengan laju
bukan?

Pun begitu, kencing berbuih sebenarnya lebih


cenderung menjadi tanda penyakit jika kerap terjadi
atau bertambah buruk dari masa ke masa.

Sekiranya air kencing anda berbuih, kenal pasti juga


simptom-simptom lain kerana ia boleh menjadi
petunjuk keadaan perubatan yang menyebabkan
masalah:

• Bengkak di tangan, kaki, muka, dan perut


(tanda pengumpulan cecair daripada buah
pinggang yang rosak)

• Keletihan

• Kehilangan selera makan

• Loya

• Muntah

• Masalah tidur

• Perubahan jumlah air kencing yang anda


hasilkan

• Air kencing keruh

• Air kencing berwarna lebih gelap

• Orgasma kering atau mengeluarkan sedikit air


mani (bagi lelaki)

• Kemandulan atau mengalami kesukaran untuk


menghamilkan pasangan wanita (bagi lelaki)

Kencing berbuih, apakah


puncanya?

Beberapa keadaan perubatan turut boleh menjadi


pemicu air kencing berbuih, antaranya merangkumi:

#1. Dehidrasi

Apabila warna air kencing menjadi sangat gelap dan


pekat, ia mungkin kelihatan berbuih.

Hal ini boleh disebabkan seseorang yang tidak


memperoleh cecair yang mencukupi dalam badan
untuk mencairkan bahan-bahan lain di dalam air
kencing.

#2. Penyakit buah pinggang

Salah satu fungsi penting ginjal adalah untuk


menyaring protein dalam darah. Protein ini pula
melakukan fungsi penting dalam tubuh, seperti
menjaga keseimbangan cairan.

Sekiranya seseorang individu mengalami kerosakan


atau penyakit buah pinggang, protein berisiko untuk
bocor lantas keluar daripada buah pinggang ke
dalam air kencing.

Kondisi ini dikenal sebagai proteinuria, yang


membawa makna, ‘protein di dalam air kencing.’

Lebihan protein ini mengurangkan ketegangan


permukaan air kencing, menyebabkannya berbuih,
yang memberikan kesan sama seakan sabun pada
air.

Untuk pengetahuan, proteinuria boleh menjadi


tanda awal penyakit buah pinggang. Simptom-
simptom lain mungkin termasuk:

• Kegatalan kulit

• Loya

• Sesak nafas

• Bengkak-bengkak

• Keletihan yang tidak dapat dijelaskan

• Kerap membuang air kecil

• Muntah

Jika kalian mempunyai simptom dan sejarah


keluarga penyakit ginjal, tekanan darah tinggi, atau
diabetes, segera temui doktor untuk menjalani ujian.

#3. Diabetes

Kencing manis dan penyebab gula darah tinggi juga


boleh menjadi punca kencing berbuih.

Individu dengan diabetes yang tidak terkawal akan


mempunyai lebih banyak molekul glukosa darah di
dalam badannya. Glukosa adalah molekul besar,
seperti protein.

Sekiranya tahap glukosa darah menjadi terlalu


tinggi, buah pinggang mungkin sukar menyaring
molekul dengan berkesan.

Akibatnya, buah pinggang berisiko ‘membiarkan’


glukosa dan protein berlebihan keluar ke dalam air
kencing.

Selain kencing berbuih, penghidap diabetes tidak


terkawal turut boleh mengalami simptom seperti:

• Penglihatan kabur

• Kekeringan mulut

• Rasa dahaga yang berterusan

• Kerap berulang ke tandas

• Rasa lapar yang tidak dapat dijelaskan

• Kegatalan kulit

• Kepenatan yang tidak dapat dijelaskan

Bagaimana diagnosis dilakukan?

Seorang doktor boleh mendiagnosis penyebab


kencing berbuih dengan menguji sampel air kencing
untuk mengetahui tahap protein.

Jika air kencing mempunyai tahap protein yang


tinggi, doktor mungkin ingin mengesahkan sama
ada kesan ini konsisten, dan mereka akan
mengesyorkan ujian air kencing 24 jam.

Ujian ini memerlukan pesakit untuk mengumpulkan


kesemua air kencing yang mereka hasilkan
sepanjang hari.

Makmal kemudian mengambil air kencing dan


membandingkan jumlah albumin, iaitu protein utama
dalam darah, dengan jumlah kreatinin, bahan sisa
lain.

Sekiranya nisbah albumin dan kreatinin seseorang


lebih tinggi daripada purata, mereka mungkin
mengalami penyakit buah pinggang. Atau, mereka
mungkin mengalami kecederaan pada buah
pinggang yang mempengaruhi proses penyaringan.

Di samping itu, doktor mungkin mengesyorkan ujian


lain untuk menilai tahap glukosa darah atau
petunjuk lain berkenaan fungsi buah pinggang.

Mereka juga mungkin melakukan imaging, seperti


imbasan MRI, untuk memastikan tiada sebarang
masalah dengan struktur ginjal.

Rawatan

Rawatan air kencing berbuih bergantung kepada


penyebabnya. Jika seseorang mengalami dehidrasi,
mereka harus minum lebih banyak air sehingga air
kencing bertukar menjadi warna kuning pucat atau
lebih cair.

Namun, jika diabetes didapati penyebabnya, doktor


bakal menetapkan ubat oral atau suntikan insulin
untuk mengurangkan kadar glukosa darah.

Bagi penyakit buah pinggang tahap awal pula,


doktor akan menetapkan beberapa jenis ubat-
ubatan.

Selain ubatan, doktor juga biasanya mengesyorkan


perubahan gaya hidup positif, seperti:

• Makan diet rendah natrium yang sihat

• Mengawal tekanan darah tinggi

• Menguruskan tahap gula dalam darah

• Bersenam secara berkala

• Tidak merokok

Manakala bagi pesakit dengan penyakit ginjal teruk


atau buah pinggang yang tidak berfungsi dengan
baik, mereka mungkin memerlukan dialisis, prosedur
membersihkan darah daripada sisa buangan.

Ikuti topik yang paling relevan dan


bertukar cerita. Sertai komuniti
Keibubapaan hari ini!

Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita.


Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat


perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Advance Wound Care


Advance Wound Care Ta…
ARTIKEL BERKAITAN
0 Baru
2

Penyakit Buah Pinggang Satu Beban Besar Pada Negara


Suka Simpan Tanya Doktor Kongsi

You might also like