Biot4 6.1 Pembahagian Sel (BM)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020


Biologi Tingkatan 4
6.1 Pembahagian Sel
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 6: PEMBAHAGIAN SEL

6.1 PEMBAHAGIAN SEL


 Memerihalkan kariokinesis dan sitokinesis
 Memerihalkan haploid, diploid, kromatin, kromosom homolog, kromosom paternal dan
kromosom maternal
Pembahagian sel

terbahagi kepada

Kariokinesis Sitokinesis

Proses pembahagian satu Proses pembahagian sitoplasma


nukleus sel induk menjadi dua satu sel induk menjadi dua sel anak
nukleus. yang baharu.

KROMOSOM
PERSENYAWAAN DALAM MANUSIA
MATERNAL
Satu set
kromosom
yang berasal
daripada
induk betina

KROMOSOM
PATERNAL
Satu set
kromosom
yang berasal
daripada
induk jantan

HAPLOID DIPLOID
Mengandungi satu set kromosom Mengandungi dua set kromosom
yang diwakili oleh n, contohnya yang lengkap yang diwakili oleh 2n,
gamet yang dihasilkan melalui contohnya sel soma yang
meiosis. dihasilkan melalui mitosis.

KROMOSOM HOMOLOG
Sepasang kromosom maternal dan partenal Sepasang kromosom
yang mempunyai struktur yang serupa. homolog

Kromosom paternal Kromosom maternal


KROMATIN Kromosom yang mempunyai bebenang halus yang panjang
. .
FAQ

SOALAN

1 Apakah beza antara kromatin,


kromosom dan kromatid?

2 Apakah beza antara diploid dan


haploid? Contohnya?

3 Apakah beza antara kromosom dan


kromosom homolog?

4 Bilakah sitokinesis berlaku?

JAWAPAN

1 Kromatin ialah struktur yang berbentuk bebenang halus yang panjang yang mempunyai
kandungan DNA dan kelihatan semasa interfasa.

Kromosom mempunyai struktur yang lebih tebal dan telah mengalami replikasi semasa
mitosis atau meiosis serta merupakan unit asas DNA dalam sel.

Kromatid ialah salah satu daripada dua salinan DNA yang membentuk kromosom yang
dicantum pada sentromer.

2 Diploid merupakan 2 set kromosom yang lengkap (2n) manakala haploid ialah 1 set
kromosom (n). Contohnya :

Bilangan kromosom lengkap bagi manusia normal ialah 46. Oleh itu ditulis sebagai :

2n = 46 (diploid)
n = 23 (haploid)

3 Kromosom homolog ialah sepasang kromosom yang terdiri daripada kromosom maternal
dan paternal serta mempunyai struktur dan membawa kandungan gen yang sama. Hanya
ditemui semasa meiosis I sahaja.

4
Sitokinesis berlaku semasa akhir telofasa untuk pembahagian sitoplasma bagi
membentuk 2 sel yang baharu.
LATIHAN PENGUKUHAN

1. Rajah 1 menunjukkan sebahagian kandungan dalam nukleus sel.

Rajah 1

Apakah K?

A Kromosom C Kromatid
B Gen D DNA ganda dua

2. Sel manusia mempunyai nombor kromosom diploid, 46. Antara yang berikut, manakah
benar tentang bilangan kromosom dalam sel soma dan sel gamet?

Sel soma Gamet


A 23 23
B 46 23
C 46 46
D 23 46

3. Nombor kromosom diploid bagi seekor kucing ialah 38. Jika satu daripada pasangan
homolog tidak terpisah semasa meiosis I, berapakah bilangan kromosom yang mungkin
didapati pada gamet?

I 18 III 20
II 19 IV 38

A II sahaja C I dan III sahaja


B II dan III sahaja D IV sahaja
4. Rajah 2 menunjukkan satu pasangan kromosom satu sel haiwan.

Rajah 2

Apakah X?

A. Kromatid
B. Kromosom
C. Kromatid seinduk
D. Kromosom homolog

5. Pembahagian sel terbahagi kepada dua peringkat iaitu pembahagian nukleus dan
pembahagian sitoplasma. Apakah nama bagi kedua-dua peringkat ini?

Pembahagian nukleus Pembahagian sitoplasma


A Sitokinesis Kariokinesis
B Kariokinesis Sitokinesis
C Mitosis Meiosis
D Meiosis Mitosis

6. Rajah 3 menunjukkan kromosom dalam sel hati organisma X.

Rajah 3
Berapakah bilangan kromosom dalam gamet organisma X?

A 10 C 40
B 20 D 80
7. Bilangan kromosom dalam satu sel haiwan adalah 2n=12.
Antara dibawah, yang manakah benar berkenaan bilangan kromosom dalam ovum, zigot dan
ovari haiwan tersebut ?

Ovum Zigot Ovari

A 12 24 24
B 24 24 24
C 24 12 12
D 12 24 12

8. Sel yang terdiri dari satu set kromosom yang tidak berpasangan dikenali sebagai

A Diploid C Bivalen
B Haploid D Kromosom homolog

9. Sel yang mengalami mitosis dan mempunyai bilangan kromosom yang diploid dikenali
sebagai

A Sel soma C Ovari


B Sel pembiakan D Gamet

10. Sel dalam seekor lalat buah mengandungi 8 kromosom. Berapakah bilangan kromosom
dalam gamet setiap induknya?

A 8 C 4

B 16 D 24
STRUKTUR
STRUKTUR KROMOSOM
STRUKTUR
KROMOSOM/ KROMOSOM
KROMATID HOMOLOG

BIO AKSES

PERBEZAAN ANTARA BILANGAN


KROMOSOM/ KROMATIN KROMOSOM DIPLOID
DAN KROMOSOM DAN HAPLOID DALAM
HOMOLOG ORGANISMA

1. C 6. B
2. B 7. A
3. C 8. B
4. D 9. A
5. B 10. C

You might also like