Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Berdasarkan dokumentari tersebut, kita dapat mengetahui perjalanan negara dalam mencapai

kemerdekaan. Negara kita telah menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman daripada negara
penjajah sehingga melibatkan banyak kematian rakyat-rakyat yang tidak berdosa. Pada Febuari
1945, Jepun telah pun menyerah kalah. Namun begitu, British telah menubuhkan Malayan Union
pada 1 April 1946 dengan tujuan asasnya ingin mewujudkan sistem pemerintahan bercorak kesatuan
tetapi mempunyai muslihat untuk meleburkan hak istimewa orang-orang melayu dan menghakis
kuasa raja-raja yang meniumbulkan kemarahan rakyat. Berikutan dengan penubuhan ini,
tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 bagi
menentang Malayan Union dan mengorak langkah ke arah kemerdekaan tanah melayu bagi
membebaskan tanah melayu dari cengkaman negara penjajah. Golongan wanita juga
menyumbang tenaga dan harta benda bagi menambah perbelanjaan untuk perundingan di
London bagi mendapatkan kemerdekaan. Pada 21 Januari 1948, British akhirnya menyerah
kalah dan pada waktu yang sama keasatuan tanah melayu ditubuhkan di mana terdapat
sembilan negeri melayu dan dua negeri selat.

Namun begitu, pengisytiharaan darurat dilakukan akibat daripada Parti Komunis Malaya
melancarkan pemberontakan bersenjata menentang British. Darurat ini berpenjangan
sehingga 12 tahun daripada 1948 hingga 1960. Pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan bagi
meleraikan keadaan ini dan mencapai kemerdekaan termasuk tindak balas ketenteraan yang
serius terhadap pemberontakan komunis sepanjang tempoh darurat dan rundingan baling pada
tahun 1955 dan akhirnya kemerdekaan tanah melayu dicapai pada 31 ogos 1957 setelah
melakukan rundingan diplomatik di London. Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Meteri
yang pertama, agama islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Pada tahun 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis berkurangan. Selepas itu,
pada 16 September 1963, Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia dan nama ini
kekal sehingga kini yang mempunyai 14 buah negeri di dalamnya iaitu Wilayah Persekutuan,
Selangor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan,
Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Kesimpulannya, kemerdekaan negara kita adalah sesuatu pencapaian yang sangat sukar
namun berharga kerana memerlukan pengorbanan yang sangat besar dan melibatkan banyak
nyawa yang terkorban. Oleh itu, sebagai generasi yang lahir selepas kemerdekaan seharusnya
bersyukur dan terus berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara yang telah
diperjuangkan ini supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
Contohnya, mengekalkan hubungan antara rakyat negara ini terutama negara ini terdiri
daripada rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Seterusnya, menyokong dan
menghormati sistem pemerintahan negara dan mengikuti undang-undang yang telah
ditetapkan oleh kerajaan serta menunjukkan taat setia kepada negara.

You might also like