Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

JENIS PENTAKSIRAN

UNIT 3

3.1 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca unit ini, diharap anda dapat:

1. menjelaskan dan menghuraikan jenis-jenis pentaksiran.


2. membezakan jenis-jenis ujian dalam pentaksiran di sekolah
3. mengenal pasti dan membezakan empat pentaksiran autentik
4. menghuraikan mengenai pentaksiran atas talian.

3.2 Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tentang jenis-jenis pentaksiran,


jenis-jenis ujian, pentaksiran autentik dan pentaksiran atas talian. Jenis ujian seperti
pentaksiran formatif dan sumatif, jenis ujian seperti ujian objektif dan subjektif serta
ujian rujukan norma dan ujian rujukan kritesia. Di samping itu, terdapat juga
mengenai pentaksiran autentik dan pentaksiran atas talian.

3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini

18
JENIS PENTAKSIRAN

- Untuk Pembelajaran
- Tentang Pembelajaran
- Sebagai Pembelajaran

Jenis-jenis Ujian Pentaksiran Autentik Pentaksiran Atas Talian

Rajah 3.1 : Jenis Pentaksiran

3.4 Jenis Pentaksiran

Pentaksiran merupakan indikator dalam melihat penguasaan pelajar


menguasai kemahiran dan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Pentaksiran yang dijalankan dalam bentuk ujian yang baik dan berkesan perlu dapat
mencabar minda pelajar, meningkatkan motivasi pelajar dan mengesan tahap
penguasaan bagi satu-satu kemahiran. Pentaksiran boleh dilaksanakan dalam dua
bentuk iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

3.4.1 Pentaksiran Formatif

Pentaksiran formatif merupakan penilaian berterusan guru terhadap


pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ragbir Kaur
Joginder Singh (2010), pentaksiran formatif ialah jenis pentaksiran semasa
atau sesuatu tajuk pembelajaran yang ditadbirkan apabila guru-guru
menamati satu unit pembelajaran atau satu kemahiran pembelajaran yang
spesifik. Pentaksiran formatif kerap kali dijalankan selepas sesuatu kemahiran
dijalankan semasa waktu pelajaran. Contoh pentaksiran formatif ialah kuiz,
soal jawab, latihan bertulis dan pemerhatian.

Tujuan utama pentaksiran formatif dilaksanakan oleh guru untuk:

19
1. mengesan kelemahan dan pembelajaran pelajar secara individu serta-
merta (cepat)
2. dapat memaklumkan kepada guru dan pelajar mengenai kefahaman
mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
3. membantu para pelajar lebih sedar mengenai kelemahan dan masalah
yang mereka alami dalam proses pembelajaran.
4. membolehkan guru untuk merancang pengajaran yang bersesuaian
dengan pengetahuan, kemahiran dan kesediaan pelajar untuk belajar.
5. membantu guru menyedari kelemahan pengajaran mereka yang dapat
membantu mereka untuk merancang pengajaran yang sesuai dengan
pencapaian pelajar.

3.4.2 Pentaksiran Sumatif


Pentaksiran sumatif merupakan penilaian yang dibuat pada akhir
pengajaran guru bagi menentukan tahap pembelajaran di kalangan pelajar.
Terdapat perbezaan antara pentaksiran sumatif dengan formatif iaitu formatif
lebih bertumpu kepada penguasaan pelajar dalam sesuatu topik atau tajuk.
Manakala pentaksiran sumatif lebih menjurus kepada pencapaian dan
penguasaan pelajar setelah keseluruhansubjek itu diajar. Pentaksiran sumatif
meliputi bentuk formal yang melibatkan ujian kertas dan pensil, peperiksaan
amali atau bertulis. Contohnya pentaksiran sumatif dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PT3, SPM dan STPM.

Tujuan utama pentaksiran sumatif dilaksanakan oleh guru untuk:


1. Menentukan pencapaian pembelajaran pelajar dalam kelas.
2. Membuat perbandingan pencapaian pelajar di antara kelas.
3. Pelajar diberikan gred mengikut pencapaian mereka semasa
pentasiran.
4. Keputusan pentasiran dapat digunakan untuk merancang aktiviti
pengajaran pada masa akan datang.
5. Pentaksiran sumatif dapat membantu guru dan pelajar dalam
menjuruskan pelajar ke jurusan akademik berdasarkan keputusan
pentaksiran.

20
3.4.3 Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif

Terdapat perbezaan antara pentaksiran formatif dan pentaksiran


sumatif dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa,sasaran, dan tindakan.

Bincangkan perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan


Pentaksiran Sumatif.

Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif

Pengertian

Tujuan

Aktiviti

Masa

Sasaran

Tindakan

Jadual 3.1 : Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif

3.5 Jenis Ujian

21
Terdapat beberapa jenis ujian yang boleh dilaksanakan untuk mencapai hasil
pembelajaran yang diharapkan. Antaranya ialah ujian objektif, ujian subjektif, ujian
rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.

3.5.1 Ujian Objektif

Dalam pentaksiran, ujian objektif merupakan jenis ujian yang terdiri daripada
ujian kertas dan pensil. PelbagaI bentuk ujian objektif yang boleh
diaplikasikan oleh guru semasa membina jenis ujian ini. Jenis ujian ini hanya
memerlukan jawapan yang pendek dan ringkas atau memberikan respons
terhadap soalan yang diberikan. Ciri utama soalan objektif ialah soalan yang
diberikan lebih spesifik .

Kelebihan dan kekurangan ujian objektif ialah;

Kelebihan :
1. Bilangan item boleh ditadbirkan.
2. Jawab dalam masa yang singkat
3. Mudah untuk guru menanda kertas jawapan pelajar
4. Jawapan adalah tetap dan skema pemarkahan mudah disediakan.

Kelemahan :
1. Tiada kebebasan idea kepada pelajar ketika menjawab.
2. Tiada kemahiran dalam penulisan dan pembinaan ayat.
3. Jawapan berunsur KBAT dengan idea sendiri tidak dapat
diaplikasikan.
4. Pelajar yang mempunyai daya mengingat fakta mempunyai kelebihan
ketika menjawab soalan objektif.

3.5.2 Ujian Subjektif

Ujian subjektif merupakan jenis ujian yang memerlukan pelajar


menjawab soalan dengan menggunakan perkataan atau esei . Pelajar perlu

22
menjawab soalan subjektif dalam ayat sama ada dalam perenggan atau
dalam bentuk esei panjang.

Kelebihan :
1. Dapat menguji kefahaman pelajar
2. Membantu dalam menjana idea dan pendapat calon peperiksaan.
3. Boleh aplikasikan unsur KBAT semasa membina soalan subjektif.

Kelemahan:
1. Bilangan soalan tidak dapat diberikan banyak.
2. Soalan subjektif memerlukan guru mempunyai kecekapan dalam
bidang.
3. Para pemeriksan perlu mahir dan cekap dengan jenis ujian
pentaksiran.

3.5.3 Ujian Rujukan Norma

Ujian rujukan norma merupakan ujian yang dijalankan bagi mengenal


pasti prestasi seseorang dengan seseorang yang lain atau perbandingan
antara kumpulan yang sama atau kumpulan yang lain. Ujian ini juga dikenali
sebagai ujian pencapaian relatif kerana perbandingan dijalankan secara
relatif. Selalunya di peringkat sekolah ujian rujukan norma bertujuan untuk
membandingkan pencapaian prestasi pelajar sama ada dalam kelas yang
sama atau di peringkat keseluruhan kelas. Ujian rujukan norma diukur melalui
penilaian yang dijalankan pada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir
tahun. Juga dalam peperiksaan umum seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.

Ujian rujukan norma digubal berdasarkan sukatan pelajaran mengikut mata


pelajaran tertentu, dan ujian dijalankan dengan menggunakan alat
pengukuran yang sama. Dalam melaksanakan ujian ini, soalan ujian digubal
berlandaskan kesukaran ujian yang ditaburkan dari mudah ke susah iaitu
25% mudah, 50% sederhana dan 25% susah.

23
3.5.4 Ujian Rujukan Kriteria

Ujian rujukan kriteria adalah berdasarkan tahap prestasi yang


ditetapkan untuk dicapai oleh pelajar sebagai pengukur prestasi diri tanpa
pengaruh bandingan dengan prestasi individu atau kumpulan lain. Dengan
ujian jenis ini, guru boleh menentukan kriteria yang harus dicapai oleh pelajar
dalam satu-satu unit pembelajaran. Contohnya, “Pelajar dapat menjawab
lapan daripada sepuluh soalan yang diberi.” Sekiranya pelajar telah
mencapai kriteria yang ditetapkan, pelajar berkenaan bolehlah meneruskan
pembelajaran ke tahap yang seterusnya.

Ujian rujukan kriteria amat sesuai bagi menguji kemahiran-kemahiran


asas seperti membaca, menulis dan mengira.

3.6 Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik merupakan jenis pentaksiran selaras dengan


perkembangan sistem pendidikan terutama dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysa kita yang menyeluruh dalam mentaksir perkembangan
para pelajar dengan pelbagai instrumen pentaksiran. Pentaksirian ini
dijalankan dari pelbagai aspek seperti pengetahuan pelajar, penyelesaian
masalah, kemahiran sosial, kreativiti pelajar, sumbangan pelajar dalam
mencungki kepelbagaian potensi diri.

Pentaksiran autentik secara tidak langsung dapat memberi peluang


kepada para pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran diri
mereka secara menyeluruh dalam pelaksanaan pentaksiran dan merangkumi
pembelajaran yang sebenar kehidupan seharian pelajar. Secara tidak
langsung pentaksiran dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh dan tidak
hanya terhad dalam bentuk ujian sahaja.

Tujuan pentaksiran autentik ialah;


1. Membuka peluang penerokaan kekuatan diri pelajar.

24
2. Memberi peluang pemikiran kritis dan kreatif pelajar semasa
pentaksiran ini dijalankan.
3. Merangsang pemikiran pelajar dengan menggunakan pengetahuan
dan kehidupan sebenar mereka.
4. Mencungkil bakat, keperibadian, potensi dan kekuatan dalam diri
pelajar untuk digemblengkan dalam pentaksiran yang dijalankan.

3.6.1 Portfolio

Pentaksiran portfolio merupakan salah satu pentaksiran alternatif


dalam membantu melaksnakan pentaksiran kepada para pelajar. Pentaksiran
dapat dijalankan dengan pembinaan folio pelajar dalam bentuk koleksi kerja
yang telah ditetapkan untuk membantu pentaksiran secara berterusan dapat
dijalankan. Pentaksiran ini merupakan jenis pentaksiran yang bersifat multi-
dimensi yang membolehkan guru melaksanakan pentaksiran bukan hanya
dalam bidang tertentu sahaja. Namun demikian pentaksiran portfolio
mengutamakan proses kerja seseorang pelajar yang dikumpulkan dalam
bentuk folio mengikut kreativiti dan berlandaskan soalan pentaksiran yang
diberikan oleh guru.

Peranan pentaksiran portfolio ialah;


1. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar
2. Pelajar dapar mempelbagaikan kreativiti dan potensi diri semasa
membina portfolia.
3. Membentuk pelajar yang bertanggungjawab terhadap tugasan yang
diberikan kepada mereka.
4. Memberikan peluang kepada pelajar dalam penerokaan dan
peningkatan proses pembelajaran kendiri.

3.6.2 Prestasi (Performance based)

Pentaksiran prestasi ialah bentuk pentaksiran yang mempunyai


perbezaa dari bentuk pentaksiran tradisional. Pentaksiran prestasi merupakan

25
pentaksiran yang digunakan untuk menilai proses penglibatan mereka dalam
sesuatu tugasan. Dalam pentaksiran ini, bentuknya tidak formal dan
membolehkan para pelajar menggunakan daya kreativiti dan kebolehan
interaksi dalam kumpulan bagi membantu penyediaan tugasan yang
diberikan. Proses pentaksiran prestasi ini dapat mengintegrasikan pelbagai
kemahiran seperti membaca dan menulis dan digabungkan juga dengan
pelbagai kaedah seperti portfolio, laporan lisan, bercerita, sketsa, boneka dan
temuduga, kaedah permainan, simulasi dan lain-lain lagi.

Tujuan prestasi pentaksiran ialah :


1. Boleh menguji kebolehan ketika menghadapi ujian.
2. Mendapatkan maklumat secara berterusan.
3. Dapat membantu menilai aktiviti yang dijalankan sepanjang proses.
4. Penglibatan secara aktif sebahagian besar pelajar.
5. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara tersusun dan
sistematik.

3.6.3 Penilaian Rakan Sebaya

Pentaksiran penilaian rakan sebaya merupakan jenis penilaian


autentik yang meilbatkan para pelajar menilai rakan-rakan mereka sendiri.
Menurut Brown (1999), pentaksiran rakan sebaya sangat membantu dalam
keberkesanan pentaksiran formatif dan juga pentaksiran sumatif. Pentaksiran
ini dapat dijalankan apabila aktivti kumpulan dilaksanakan dan markah dalam
penglibatan pelajar diambil kira dalam proses pentaksiran. Secara tidak
langsung pentaksiran rakan sebaya ini dapat membantu pembentukan
motivasi diri pelajar, ketrampilan, sumbangan, kehadiran dan penglibatan
mereka dalam aktiviti yang dijalankan.

Peranan pentaksiran rakan sebaya yang dapat dijalankan ialah;


1. Memberi peluang mereka berinteraksi sesama mereka
2. Meningkatkan nilai keyakinan diri dalam membuat keputusan.
3. Memberikan peranan yang membolehkan mereka terlibat sama dalam
aktiviti pentaksiran.

26
3.6.4 Penilaian Kendiri

Penilaian kendiri merupakan penilaian yang dijalankan untuk pelajar membuat


penilaian terhadap keuatan dan kelemahan dalam diri mereka sendiri. kadang
kala guru tidak dapat melaksanakan penilaian seadilnya kepada para pelajar
kerana mereka tidak mungkin mengenali diri pelajar itu sebenar-benarnya.
Fungsi penilaian kendiri ini ialah membolehkan pelajar secara individu
merancang serta mendapat panduan untuk melaksanakan perancangan
pembelajaran serta untuk memberikan keyakinan kepada mereka dalam
menilai perkembangan diri mereka. Dalam penilaian ini juga, dapat membantu
para pelajar untuk bersikap kritis terhadap tugasan yang diberikan kepada
mereka.

Semasa pelaksanaan penilaian kendiri ini guru perlulah;


1. Memberikan peluang kepada para pelajar menilai kekuatan dan
kelemahan diri mereka.
2. Memberi keyakinan akan kepentingan penilaian kendiri ini kepada
mereka.
3. Memberikan soalan-soalan yang dapat membantu mereka sepanjang
proses penilaian kendiri ini dijalankan.
4. Mengemukakan senarai semak yang dapat membantu para pelajar
menilai.

3.7 Pentaksiran Atas Talian

Pentaksiran atas talian merupakan kaedah penilaian yang digunakan oleh


guru menggunakan kaedah pentaksiran berbantukan komputer. Kaedah ini mudah
dilaksanakan dan dapat menarik minat pelajar untuk melaksanakannya. Para guru
hanya perlu menyediakan bentuk-bentuk ujian dan disimpan dalam bentuk „softcopy‟
dengan pelbagai soalan.

Antara kemudahan penggunaan pentaksiran atas talian ialah;


1. Dapat mengakses bahan pentaksiran dengan mudah.
2. Kepelbagaian bentuk ujian dapat dilaksanakan dalam sesuatu
pentaksiran.

27
3. Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan pelajar dan
guru.
4. Melaksanakan dan mengaplikasikan Pembelajaran Abad ke 21.

Namun demikian, pelaksanaan pentaksiran atas talian adalah terbatas kerana


terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dilalui oleh para pelajar dan guru
untuk menjalankan proses ini iaitu;
1. Kemudahan internet sukar diperoleh di kawasan sekolah.
2. Jumlah komputer di sekolah yang tidak dapat menampung
penggunaan pelajar.
3. Keterbatasan pengetahuan dan kepakaran guru dalam menggubal
soalan pentaksiran atas talian.

Sejumlah set soalan perlu disediakan dan ditetapkan oleh guru bagi memastikan
setiap pelajar menjawab nombor soalan yang berbeza pada satu-satu masa.

3.8 Rumusan

Pelbagai jenis ujian ini telah membantu para guru dalam melaksanakan
pentaksiran di sekolah. Ini juga dapat membantu para guru bagi memastikan ujian-
ujian yang diaplikasikan adalah tepat dengan hasil pembelajaran yang hendak
diukur serta diperolehi daripada para pelajara mereka.

Rehat seketika dan buat renungan:

Pentaksiran autentik merupakan langkah terbaik dalam meningkatkan mutu


dan kepelbagaian ujian terhadap para pelajar. Fikirkan.

Latihan 1

1. Nyatakan dengan ringkas dalam perkataan anda sendiri takrifan tentang

28
i. Pentaksiran formatif :
............................................................................................................................
......................................................................................................

ii. Pentaksiran sumatif :


............................................................................................................................
......................................................................................................

2. Berikan kekuatan penggunaan ujian subjektif dalam pelaksanaan pentaksiran


dalam bilik darjah.
i. ........................................................................................................................
ii. ........................................................................................................................
iii. ........................................................................................................................
iv. ………………………………………………………………………………………..

UNIT 4 ANALISIS ITEM DAN INTERPRESTASI DATA

4.1 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan pengertian skor mentah dan penggunaannya.


2. Menghitung statistik asas dan interprestasi data
3. Menganalisis item kesukaran dan diskriminasi

4.2 Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi statistik asas, serta menganalisis item-
item. Hal ini, merangkumi skor mentah, perwakilan graf, mod, median, min, sisihan
piawai, indeks kesukaran dan diskriminasi. Pengetahuan ini akan membolehkan
guru-guru memahami dengan baik dapatan daripada analisis dan tafsiran

29

You might also like