Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

KAJIAN MENGENAI CIRI-CIRI USAHAWAN, PERANAN USAHAWAN,

KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN DAN CABARAN PERNIAGAAN

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan usahawan yang menjalakan perniagaan serbaneka di


kawasan setempat yang banyak membantu memudahkan pergerakan penduduk
setempat. Aspek yang menjadi pilihan pengkaji adalah ciri-ciri usahawan, peranan
usahawan, kaedah memulakan perniagaan dan cabaran perniagaan bagi usahawan
iaitu Encik Alamshah bin Abdul Latiff yang menjalankan perniagaan serbaneka.
Perniagaan ini beroperasi pada setiap hari dengan menjual barangan alat tulis dan
makanan serbaneka dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
ISI KANDUNGAN

No Butiran Muka surat


.
1. Abstrak i
2. Isi kandungan ii
3. Penghargaan iii
4. 1.0 Pengenalan 1-2
5. 2.0 Objektif Kajian 3
6. 3.0 Latar Belakang Kajian 4-6
7. 4.0 Kaedah Kajian
7-9
4.1 Kaedah mendapatkan data dan
maklumat
8. 5.0 Dapatan Kajian
5.1 Ciri-ciri Usahawan Berjaya
5.2 Kaedah Memula dan Menjalankan 10-13
Perniagaan
5.3 Peranan Usahawan dalam
Melaksanakan Fungsi Pengurusan
5.4 Cabaran dalam Perniagaan
9. 6.0 Rumusan dan Cadangan 14-15
10. Rujukan 16-17
11. Soalan Soal Selidik 18-19
12. Lampiran 20-27
PENGHARGAAN

Pengkaji ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah SMK
Tun Ismail, khususnya kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua Encik As Aziz bin
Salam, dan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Suzeliana binti Zakaria kerana
telah memberi peluang kepada saya bagi melaksanakan kerja kursus Pengajian
Perniagaan pada tahun ini.

Selain itu, dalam usaha menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan ini,
jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru pembimbing yang
merupakan guru kelas kami, Puan Norsiha binti Misnon yang banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan untuk menjayakan kerja kurusus ini. Segala teguran, bimbingan
dan tunjuk amat dihargai dan diingati. Pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada guru-guru Tingkatan 6 yang lain.

Di samping itu, tidak dilupakan juga ibu bapa dan adik beradik yang memberi
semangat dan motivasi kepada pengkaji semasa sedang membuat kerja kursus
Pengajian Perniagaan. Segala bantuan dari segi moral dan kewangan amat dihargai
oleh pengkaji.

Buat rakan-rakan 6 Atas USM yang sentiasa membantu, pengkaji ingin


mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dan memberi
pertolongan walapun pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi. Semoga usaha keras
kita membuahkan hasil.

Akhir sekali, setulus ikhlas dan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu dalam proses menghasilkan keja kursus Pengajian Perniagaan sama ada
secara langsung atau tidak langsung.
1.0 PENGENALAN

Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji kejayaan yang dicapai oleh tokoh
usahawan tempatan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Pengkaji perlu
menghuraikan tajuk berkaitan dengan usahawan tempatan. Aspek yang menjadi
pilihan pengkaji adalah ciri-ciri usahawan, peranan usahawan, kaedah memulakan
perniagaan dan cabaran perniagaan bagi usahawan iaitu Encik Alamshah bin Abdul
Latiff yang menjalankan perniagaan serbaneka. Perniagaan ini beroperasi pada setiap
hari dengan menjual barangan alat tulis dan makanan serbaneka dari jam 9 pagi
hingga 9 malam.

Anasahah Trading merupakan perniagaan milikan tunggal yang menjalankan


perniagaan berasaskan perkhidmatan percetakan dan barangan serbaneka. Anashah
Trading menjadi tumpuan masyarakat setempat kerana perniagaan tersebut
menyediakan perkhidmatan yang diperlukan dan menyediakan pelbagai jenis rempah
makanan di dalam kedai serbanekanya iaitu Mutiara Ayman. Kepelbagaian variasi
produk lokal, alat tulis dan barangan pejabat membuatkan penduduk setempat gemar
untuk mengunjung ke sana . Kedai ini juga mempunyai perkhidmatan percetakan
yang sering menjadi pilihan utama pelanggan. Seterusnya pengkaji akan menerangkan
ciri-ciri usahawan berjaya yang terdapat pada usahawan yang dipilih. Antaranya ialah
bijak mengambil peluang, fokus kawalan, kreatif dan inovatif, mempunyai keyakinan
diri yang tinggi, , berani mengambil risiko, berwawasan, sanggup berkorban, dan
berkeinginan untuk pencapaian.

Seterusnya, pengkaji akan menerangkan ciri-ciri orang yang efektif iaitu tujuh
tabii orang berjaya. Menurut seorang pemikir terkenal, Stephen Covey telah
mengutarakan satu teori mengenai kebolehan manusia dalam bukunya iaitu The Seven
Habits Of Highly Effective People yang menjadi amalan orang-orang yang berjaya
dalam hidup. Antara ciri yang ada pada usahawan Encik Alamshah Trading adalah
bersikap proaktif, berorientasikan matlamat, berfikiran menang-menang, cuba
memahami sebelum cuba untuk difahami, bersinergi dan tajamkan gergaji.

1
Menurut Peter F.Drucker, pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk
untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah
organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan,
maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan kecekapan pentadbiran
akan menyumbang kepada matlamat organisasi. Terdapat empat peranan dalam fungsi
perniagaan. Antaranya perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.
Oleh itu, pengkaji perlu memilih dua daripada empat untuk peranan fungsi perniagaan
dalam menjalankan perniagannya. Peranan dalam fungsi perniagaan dapat dilihat
melalui keupayaan usahawan dalam menjayakan perniagaan yang diceburinya sama
ada kepada organisasi atau tenaga kerja.

Kesimpulannya, pengkaji akan mengkaji tentang cabaran yang dihadapi oleh


usahawan Encik Alamshah bin Abdul Latiff dalam perniagaan Anashah Trading.
Pengkaji perlu mengkaji cabaran yang dihadapi oleh mereka. Cabaran tersebut
terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek persekitaran tugas dan umum yang menjadi
cabaran utama dalam perniagaan mereka.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Menurut Dr Fariza Khalid (2005) pernyataan objektif kajian merupakan


kesinambungan kepada masalah kajian dalam pernyataan masalah kajian. Objektif
umum bersifat lebih menyeluruh dan objektif khusus lebih terperinci. Objektif kajian
ini dijalankan adalah untuk mencapai empat objektif utama berkaitan seorang
usahawan tempatan yang dipilih untuk menjalankan kajian ini seperti berikut;

2.1 Mengenalpasti ciri-ciri usahawan yang terdapat pada Encik Alamshah Trading.
2.2 Menjelaskan kaedah memulakan dan menjalankan perniagaan yang dijalankan
oleh Encik Alamshah bin Abdul Latiff.
2.3 Mengenalpasti peranan usahawan dalam melaksanaksn fungsi pengurusan
organisasi perniagaan.
2.4 Memahami cabaran dalam perniagaan yang dilalui oleh Encik Alamshah bin
Abdul Latiff

3
3.0 LATAR BELAKANG

Dalam kajian ini, pengkaji membuat kajian ke atas ciri-ciri usahawan,


bagaimana usahawan memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan, peranan
usahawan dalam melaksanakan perniagaan. Menurut Hisrich dan Peters (2002),
keusahawanan merupakan satu proses penciptaan sesuatu yang baru ditambah nilai
serta keperluan usaha dan masa, mengandaikan kewangan, psikik dan risiko sosial
serta menerima anugerah dalam bentuk wang, kepuasan peribadi dan kebebasan.
Manakala usahawan adalah pereka yang merevolusikan corak terkini melaui
penemuan sumber atau outlet baru, pengorganisasian industri baru pengambilalihan
sesetengah aktiviti inovatif.

Encik Alamshah bin Abdul Latiff merupakan usahawan yang berusia 49 tahun
yang menjalankan perniagaan milikan tunggal berasaskan perkhidmatan percetakan
dan barangan serbaneka di sebuah kedai yang dinamakan Mutiara Ayman. Beliau
adalah seorang usahawan yang telah menceburi dalam bidang perniagaan selama lima
tahun. Sebelum beliau memulakan perniagaan di sini, beliau telah bekerja di sebuah
kedai alat tulis di Parit Raja, Batu Pahat, Johor .Berbekalkan pengalaman yang
diperoleh, beliau menggunakan sebaik-baiknya untuk memastikan keperluan
pelanggan adalah keutamaan syarikat. Beliau menambah baik dari segi perkhidmatan
dan makanan serbaneka mengikut cita rasa pelanggan selari dengan peredaran zaman.

Ciri-ciri usahawan berjaya merujuk kepada sifat-sifat peribadi yang dimiliki oleh
usahawan tersebut. Seorang usahawan yang berjaya mestilah memiliki sifat-sifat
keperibadian yang tercontoh dalam membangunkan dan mengembangkan perniagaan
yang dijalankan. Ciri-ciri ini termasuklah sifat-sifat peribadi yang terdapat pada
usahawan berjaya. Salah satu sifat-sifat peribadi usahawan berjaya ialah bersikap
proaktif dimana usahawan yang dipilih mempunyai daya fikiran yang jauh untuk
membangunkan dan merangka perniagaan tersebut untuk jangka masa yang panjang
kerana perniagaan yang dijalankan perlu mengambil masa yang lama untuk kekal
bertahan dan beliau sentiasa menyusun strategi untuk memajukan perniagaan
dijalankan. Seterusnya, menurut Stephen Covey telah mengemukakan tujuh tabii
orang efektif. Antaranya ialah melakukan perkara yang utama dahulu. Setiap
usahawan perlulah mengutamakan kepuasan hati pelanggan terhadap perniagaan

4
yang dijalankan supaya imej perniagaan kekal dipelihara dan perniagaan yang
dijalankan mendapat kepercayaan sepenuhnya dari pelanggan. Selain itu, tabii ya ng
boleh digunakan ialah tajamkan gergaji. Seorang usahawan perlu menambahkan ilmu
mengenai perniagaan untuk mengembangkan suatu perniagaannya melalui kursus
yang berkaitan dengan perniagaan dijalankan.

Menurut Rosli Mahmood et al (2010), beliau menyatakan bahawa usahawan


perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memulakan perniagaan antaranya
ialah kemampuan diri, lokasi perniagaan, persaingan dan modal. Memulakan dan
menjalankan perniagaan merangkumi kepada kaedah memulakan sendiri. Kaedah ini
merupakan usahawan menubuhkan sendiri perniagaan yang ingin dijalankan dengan
melalui beberapa proses seperti pendaftaran dan pencarian lokasi yang strategik serta
membina perancangan perniagaan pada peringkat awal lagi. Selain itu, pembiayaan
yang dilakukan adalah dari sumber modal tidak formal iaitu simpanan sendiri.
Dimana usahawan ini tidak memperolehi mana-mana bantuan kewangan atau
pembiayaan dari pinjaman bank atau pinjaman dari kerajaan.

Usahawan juga memainkan peranan dalam melaksanakan fungsi pengurusan


dalam organisasi iaitgu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.
Menurut Sabri Hj Hussin (2002), perancangan ialah proses menentukan visi, misi dan
objektif pernioagaan untuk membuat pengagihan sumber manusia dan sumber fizikal
supaya mendapat mencapai matlamat organisasi. Seterusnya, pengorgasnisasian
merupakan proses penyusunan dan penyelarasan organisasi yang melibatkan sumber
manusia dan sumber fizikal. Justeru itu, menurut Jaafar Muhamad (1997),
menyatakan bahawa kepimpinan merupakan aktiviti mendorong, memujuk, dan
mempengaruhi orang lain berusaha kearah pencapaian sesuatu objektif. Selain itu,
menurut Jaafar Muhamad (1997), beliau menyatakan bahawa pengawalan ialah suatu
proses memastikan aktiviti organisasi berfokus supaya matlamat organisasi dapat
dicapai.

Cabaran dalam perniagaan yang dihadapi usahawan terbahagi kepada dua


persekitaran perniagaan iaitu persekitaran umum dan persekitaran tugas. Menurut
Sabri Hussin (2002), mendefinisikan persekitaran umu sebagai persekitaran umum
sebagai persekitaran makro yang boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada

5
sesebuah perniagaan jika mengalami perubahan. Manakala, menurut Sabri Hussin
(2002), mendefinisikan bahawa persekitaran tugas sebagai persekitaran yang boleh
memberi kesan langsung kepada sesebuah perniagaan. Aspek persekitaran umum
yang dipilih adalah persaingan. Persaingan perniagaan merujuk aktiviti antara
perniagaan yang bersaing untuk memaksimumkan keuntungan melalui pelbagai
strategi. Dimana usahawan mempunyai persaingan dalam pelbagai bentuk iaitu
persaingan pasaran dan persaingan harga. Usahawan perlu mengekalkan prestasi
perniagaan dengan mengetahui kedudukan persaingannnya bagi menentukan harga
dan aktiviti pemasaran. Seterusnya, aspek persekitaran tugas yang dipilih adalah
pelanggan. Pelanggan merupaskan pihak yang akan membeli barangan atau
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan. Pada musim pandemic covid-19 ini,
usahawan akan kekurangan pelanggan kerana perniagaan terpaksa dihentikan operasi
kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, usahawan perlu mencari jalan
untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

6
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian merujuk kepada metodologi yang digunakan oleh pengkaji
untuk menjalankan penyelidikan bagi mencapai objektif kajian. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan data primer dan data sekunder dalam pengumpulan maklumat
yang diperlukan . Hal ini kerana data primer dan data sekunder lebih mudah
diperoleh dan difahami daripada pelbagai sumber seperti temubual dan pemerhatian
serta menjimatkan masa dan kos berbanding menjalankan sesi soal selidik yang
memerlukan masa yang panjang. Tujuan kaedah adalah untuk memudahkan pengkaji
mendapatkan respon dari responden iaitu usahawan yang dipilih untuk mencapai
objektif kajian ini. Kaedah kajian juga digunakan untuk pengkaji menjalankan hasil
kajian yang ingin dikaji.
4.1 Pendekatan Kuantitatif Dan Pendekatan Kualitatif
Menurut Creswell (2009) kajian kuantitaif merupakan kaedah kajian untuk
menguji teori-teori tertentu dengan mengkaji hubungan antara pembolehubah. Keadah
kuantitatif juga ialah kaedah yang digunakan untuk menganalisis data secara deduktif
dan statistik. Selain itu, kajian kualitatif juga ialah kaedah kajian yang memerlukan
pengkaji untuk mengembangkan dan memahami makna data yang diperoleh daripada
sekumpulan orang dan individu. Manakala kaedah campuran ialah pendekatan
kombinasi kajian bentuk kualitatif dan kuantitatif dalam suatu kajian.
Seterusnya, pengkaji juga telah menggunakkan pendekatan kualitatif bagi
mengenalpasti ciri-ciri usahawan yang terdapat pada Encik Alamshah bin Abdul
Latiff menjelaskan kaedah memulakan perniagaan, menganalisis peranan usahawan
dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi perniagaan dan memahami
cabaran dalam perniagaan yang dilalui oleh usahawan. Segala maklumat yang
diperlukan untuk kajian, memerlukan pengkaji untuk membuat kajian lapangan di
lokasi kajian iaitu di tapak operasi perniagaan Mutiara Ayman itu sendiri bagi
mendapatkan maklumat yang mencukupi. Pengkaji telah menggunakkan pendekatan
kualitatif bagi kajian ini bagi memperolehi maklumat yang tepat.

7
4.2 Sumber Data

Menurut Hussein Umar dalam buku iaitu “Bussines an Introduction” pada


tahun 2000, data primer adalah suatu data yang didapatkan dari sumber pertama
seperti hasil pengisian data atau hasil wawancara yang biasa dilakukan oleh peneliti.
Bagi mendapatkan data primer, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian dan
temubual untuk membuat pemerhatian dengan situasi sebenar.

Kaedah temu bual didefinisikan sebagai perbualan dua hala yang bertujuan
untuk mengumpul maklumat kajian. Pengkaji melaksanakannya dengan melakukan
temu bual secara lisan dan jawapan bagi setiap persoalan yang ditanya oleh pengkaji
akan direkodkan. Menurut Denzin (2001), temu bual harus digunakan lebih daripada
hanya sebagai alat pengumpulan maklumat, temu bual perlu bersifat reflektif dan
dapat mencerminkan kehidupan dan keadaan sebenar mengenai sesuatu fenomena.
Dengan ini, pengkaji telah menemu bual Encik Alamshah bin Abdul Latiff selaku
usahawan Anashah Trading. Temu bual ini dilakukan dengan baik oleh pengkaji dan
usahawan secara langsung memudahkan pengkaji melakukan temu bual. Manakala,
Menururt Malek Muhamat Said (2007) pemerhatian mesti dibuat secara saintifik, iaitu
tepat, sistematik dan objektif. Pengkaji melakukan kaedah pemerhatian bagi
memperoleh maklumat tambahan untuk melengkapi maklumat yang ingin dicari.
Kaedah ini membolehkan pengkaji mendapatkan sumber-sumber yang jelas tanpa
melalui internet.
Menurut Kuncoro (2009:145) menyatakan bahwa data sekunder adalah data
yang telah dikumpulkan oleh pihak lain, peneliti dapat mencari sumber data ini
melalui sumber data lain yang berkaitan dengan data yang ingin dicari. Dengan itu,
pengkaji menggunakan laman internet untuk mengetahui lebih banyak maklumat
tentang perniagaan yang sedang dijalankan.

8
BI OBJEKTIF KAEDAH SUMBER RASIONAL
L
1 Mengenalpasti Kualitatif Temu bual Berdekatan
ciri-ciri usahawan pemerhatian dengan lokasi
yang terdapat kajian.
pada Encik
Alamshah bin
Abdul Latiff

2 Menjelaskan Kualitatif Temu bual Maklumat


kaedah Laman yang
memulakan dan internet diperolehi
menjelaskan lebih tepat
perniagaan yang dan
dilaksanakan oleh berdekatan
Encik Alamshah dengan lokasi
bin Abdul Latiff kajian.

3 Menganalisis Kualitatif Pemerhatian Berdekatan


peranan usahawan Temu bual dengan lokasi
dalam Kajian.
melaksanakan
fungsi pengurusan
dalam organisasi
perniagaan

4 Memahami Kualitatif Temu bual Berdekatan


cabaran dalam Pemerhatian dengan lokasi
perniagaan yang Kajian.
dilalui oleh
usahawan.

Jadual 1: sumber data

9
5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang hasil kajian yang diperoleh berdasarkan


ciri-ciri usahawan, memulakan dan menjalankan perniagaan bagi pemilik perusahaan
Anashah Trading iaitu Encik Alamshah Trading. Kajian ini turut menerangkan
peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi
perusahaan serbaneka dan cabaran dalam perniagaan dari aspek persekitaran dalam
dan juga persekitaran luaran organisasi bagi perusahaan serbaneka dan alat tulis ini.

5.1 CIRI-CIRI USAHAWAN

Ciri-ciri usahawan yang berjaya merujuk kepada sifat-sifat peribadi yang


dimiliki oleh seseorang usahawan dalam membangunkan sesuatu perniagaan. Ciri-ciri
ini termasuklah sifat-sifat peribadi usahawan yang berjaya, ciri-ciri orang yang efektif
dan memiliki faktor kejayaan seimbang.

5.1.1 SIFAT PERIBADI USAHAWAN BERJAYA


Pada elemen ciri-ciri usahawan terbagi kepada dua aspek iaitu ciri-ciri
peribadi usahawan berjaya dan tabii orang berjaya menurut Stephen Covey. Tabii
orang berjaya menurut Stephen Covey ialah ciri-ciri individu yang tidak suka
terhadap perkara formal dan merupakan individu yang suka melakukan
permbaharuan dalam organisasi. Ciri-ciri usahawan berjaya yang ada pada
Alamshah bin Abdul Latiff ialah berani mengambil risiko dan bertagunggjawab.
Berani mengambil risiko bermaksud usahawan membuat penilaian dan
pertimbangan terhadap risiko, kerana risiko yang terhitung akan menjamin
pulangan yang selamat. Perniagaan Anashah Trading sering mengalami saingan
hebat daripada saingan perniagaan serbaneka dan alatulis tulis berhampiran
seperti strategi penetapan harga. Manakala bertanggungjawab bermaksud
usahawan bertanggungjawab terhadap semua keputusan dan tindakan yang telah
dibuat jika mengalami kegagalan. Pengusaha sentiasa bersedia terhadap
kegagalan yang berlaku daripada keputusan yang diambil dengan melakukan
perancangan lain. Sebagai contoh, untuk mengelakkan kerugian yang tinggi,
pengusaha mengambil langkah efektif dengan menambah perkhidmatan berkaitan
percetakan.

10
5.1.2 SIFAT TABII ORANG BERJAYA
Sifat tabii orang berjaya yang ada pada Encik Alamshah bin Abdul Latiff
ialah berorientasikan matlamat dan tajamkan gergaji. Berorientasikan matlamat
bermaksud memulakan perniagaan dengan mengingati matlamat dan memahami
dengan jelas hala tuju dalam tindakan. Pengusaha sentiasa mengigati tujuan
beliau mengusahakan perniagaan tersebut kerana ingin menarik minat dan
menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat Melayu bahwa mereka juga boleh
mengusahakan sebuah syarikat yang besar. Selain itu, membantu pengusaha
produk IKS dengan membenarkan mereka menjual produk mereka seperti rempah
ratus lokal, makanan sejuk beku buatan tempatan dan banyak lagi di dalam
Mutiara Ayman. Manakala tajam gergaji bermaksud sentiasa menambah ilmu
pengetahuan mengikut perkembangan semasa dengan menyesuaikan kemahiran
yang ada. Pengusaha menambah ilmu tentang strategi pemasaran terkini dan
ilmu-ilmu yang selebihnya pengusaha menggunakan teknologi moden untuk
mencari maklumat tambahan iaitu sumber dari internet dan mengikuti kursus
seperti Kursus Pemasaran Abad 21 yang dikendalikan oleh Mentor Perniagaan.

5.2 MEMULA DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN

5.2.1 KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN

Kaedah memulakan perniagaan terbahagi kepada 4 kaedah iaitu


memulakan sendiri,mengambil alih perniagaan,francais dan pakatan strategik.
Syarikat Anashah Trading menggunakan kaedah memulakan perniagaan
sendiri. Idea untuk menubuhkan perniagaan serbaneka ini tercetus apabila
melihat peluang yang tinggi dalam pasaran dan berikutan permintaan yang
tinggi dari kalangan penduduk setempat.

11
5.2.2 PEMBIAYAAN DAN SUMBER MODAL PERNIAGAAN

Pembiayaan merupakan sumber-sumber pinjaman yang diperoleh oleh usahawan


apabila modal tidak mencukupi. Manakala sumber modal merujuk kepada pelaburan
yang dibuat oleh usahawan daripada sumber modal sendiri dan melalui sumber
pinjaman. Pengusaha memperoleh bentuk modal kewangan dan bukan kewangan.
Pengusaha memperoleh bantuan dari sumber formal iaitu dari agensi TEKUN. Modal
dalam bentuk kewangan pengusaha menggunakan modal sendiri dan mendapat
bantuan dari skim pembiayaan TEKUN Niaga berjumlah RM 1000.

5.3 PERANAN USAHAWAN TERHADAP FUNGSI PENGURUSAN DALAM


ORGANISASI

5.3.1 PENGORGANISASIAN

Pengorganisasian merupakan proses penyusunan dan penyelarasan yang


melibatkan pengagihan sumber dan tugas dalam organisasi untuk mencapai matlamat
organisasi. Syarikat Anashah Trading menggunakan pengorganisasian mengikut
fungsi iaitu melibatkan pengelompokan aktiviti atau tugas mengikut fungsi asas
organisasi perniagaan iaitu pemasaran,pengeluaran,sumber manusia dan kewangan.

5.3.2 KEPIMPINAN

Menurut Luthan kepimpinan bermaksud kemampuan seseorang untuk


mempengaruhi individu lain supaya melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh
individu tersebut. Kepimpinan juga bermaksud satu proses yang dilaksanakan oleh
seseorang untuk mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan dalam usaha
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pengusaha Syarikat Anashah Trading
mempunyai kuasa sah dalam syarikat kerana beliau merupakan pencetus idea
perniagaan tersebut. Kepimpinan yang diamalkan ialah kepimpinan berwawasan iaitu
berupaya membayangkan masa depan dalam pencapaian dan penetapan setiap
matlamat. Manakala gaya kepimpinan yang digunakan ialah kepimpinan demokratik
iaitu memberi kebebasan kepada pekerja untuk menjana dan membuat keputusan
secara bersama.

12
5.4 CABARAN DALAM PERNIAGAAN

5.4.1 CABARAN DALAMAN

Cabaran dalaman yang dihadapi pengusaha Syarikat Anashah Trading ialah


pekerja. Hal ini disebabkan pekerja yang bekerja secara sementara dan akan
mengambil keputusan untuk berhenti kerja jika mendapat tawaran yang lebih baik.
Encik Alamshah berhadapan masalah untuk mencari pekerja dan mengajar pekerja
baharu mengenai skop tugas. Kemudian cabaran lain ialah teknologi percetakan yang
digunakan yang perlu sentiasa dikemaskini.

5.4.2 CABARAN LUARAN

Cabaran luaran yang diahadapi Syarikat Anashah Trading ialah ekonomi iaitu
kadar keutungan bergantung pada kestabilan ekonomi negara. Pengusaha sangat
terkesan ketikan wabak covid 19 mula merebak di Malaysia yang menyebabkan
ekonomi negara tidak stabil dan berlaku perintah kawalan pergerakan yang
menyebabkan terpaksa mengehadkan waktu beroperasi. Cabaran lain ialah terikat
pada peraturan iaitu harga jualan barangan subsidi yang bergantung pada harga
pasaran yang ditetapkan oleh kerajaan.

13
6.0 RUMUSAN

Rumusannya, pengkaji berjaya untuk mendapatkan maklumat mengenai


ciri-ciri usahawan, memulakan dan menjalankan perniagaan bagi perusahaan Anashah
Trading. Kajian ini turut menerangkan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi
pengurusan dalam organisasi perusahaan serbaneka dan cabaran dalam perniagaan
dari aspek persekitaran dalam dan juga persekitaran luaran organisasi bagi perusahaan
serbaneka dan alat tulis ini.

Mengikut dapatan kajian, Encik Alamshah mempunyai ciri-ciri usahawan dan


tabii orang berjaya dalam peribadinya iaitu beliau seorang yang berani mengambil
risiko. Pengusaha Anashah Trading ini sering mengalami saingan hebat daripada
saingan syarikat serbaneka dan alatulis tulis berhampiran. Encik Alamshah
mengambil risiko untuk tidak menggunakan strategi penetapan harga yang rendah
terhadap produk dan perkhidmatan di kedainya seperti yang dilakukan pengusaha
lain. Beliau percaya, harga yang ditetapkannya amat berbaloi dengan kualiti yang
bakal diterima pelanggan. Selain itu, ini dapat mempengaruhi minda pelanggan
bahawa kedai serbaneka Mutiara Ayman hanya menawarkan produk berkualiti. Selain
itu, beliau juga seorang yang bertanggungjawab. Encik Alamshah sentiasa bersedia
terhadap kegagalan yang berlaku daripada keputusan yang diambil dengan melakukan
perancangan lain. Sebagai contoh, untuk mengelakkan kerugian yang tinggi, beliau
mengambil langkah efektif dengan menambah perkhidmatan berkaitan percetakan.

Beliau menggunakan kaedah memulakan perniagaan secara pakatan strategik.


Encik Alamsyah membuat satu kerjasama dengan pihak koperasi sekolah dengan
mengiklankan tanda nama, set alat tulis dan pejabat. Kaedah ini membuatkan Encik
Alamshah memulakan perniagaan tanpa modal kerana pihak koperasi sekolah akan
diminta untuk membuat pembayaran penuh sebelum menerima barangan. Idea untuk
menubuhkan perniagaan serbaneka ini tercetus apabila melihat peluang yang tinggi
dalam pasaran dan berikutan permintaan yang tinggi dari kalangan penduduk
setempat. Bagi mengembangkan lagi perniagaan Encik Alamshah juga ada
memperoleh bantuan dari sumber formal iaitu dari agensi TEKUN untuk menambah
variasi produk di kedai serbanekanya.

14
Encik Alamshah memperoleh modal daripada bantuan skim pembiayaan TEKUN
Niaga berjumlah RM 1000.

Seterusnya, bagi memastikan perniagaannya berjalan dengan lancar, beliau


memainkan peranan dalam fungsi pengurusan khususnya dalam aspek
pengorganisasian dan kepimpinan. Perniagaan Anashah Trading menggunakan
pengorganisasian mengikut fungsi iaitu melibatkan pengelompokan aktiviti atau tugas
mengikut fungsi asas organisasi perniagaan iaitu pemasaran,pengeluaran,sumber
manusia dan kewangan. Manakala, kepimpinan yang diamalkan ialah kepimpinan
berwawasan iaitu berupaya membayangkan masa depan dalam pencapaian dan
penetapan setiap matlamat.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa Encik Alamshah telah menghapi cabaran
dalaman dan luaran dalam perniagaannya yang melibatkan persekitaran tugas iaitu
pekerja. pekerja yang bekerja secara sementara dan akan mengambil keputusan untuk
berhenti kerja jika mendapat tawaran yang lebih baik. Encik Alamshah berhadapan
masalah untuk mencari pekerja dan mengajar pekerja baharu mengenai skop tugas.

Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa Encik Alamshah dan perniagaan


serbanekanya iaitu Mutiara Ayman ini menepati keempat-empat objektif kajian. Oleh
itu, pengkaji mencadangkan agar sedikit penambahbaikan dapat dilakukan oleh
usahawan terhadap perniagaannya. Antaranya ialah Encik Alamshah dapat menambah
bilangan pekerja buat masa akan datang. Perkara ini dapat mengurangkan bebanan
Encik Alamshah untuk mencari pekerja dan mengajar pekerja baharu mengenai skop
tugas.

15
RUJUKAN

Rujukan Buku dan Kamus

Abu Bakar Hamed et. al, 2001, Asas Pengurusan Perniagaan Edisi Kedua, Kedah:
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Abu Bakar Hamed et. al, 2005, Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil,
Kedah: Universiti Utara Malaysia (UUM)

Mohd Syahrir Rahim et. al, 2017, Asas Keusahawanan ke Arah Pengukuhan Minda
dan Kemahiran Keusahawanan, Sintok: Univerisiti Utara Malaysia (UUM)

Rujukan Jurnal

Azman Che Omar, 2001, Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam, No.1, hlm 5.

Dr. Tarcisius Chin, 2007, Huraian 1001 Istilah Pengurusan, No.12, hlm 12-13.

Mohamad Abu Huzaifah bin Magbool, 2012, Corporate Sustainable Busniess


Practices and Organiztional Attractiveness among professionals in Malaysia,
No.1, hlm 7-9.

Rujukan Karya Terjemahan

Harold Koontz et. al, Pengurusan, Diterjemah oleh Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti
Nadzrah Syeikh Omar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.
(Teks asal dalam Bahasa Inggeris)

Bahan Internet

Fauzi Ahmad, 2013. Definisi Perancangan.


https://www.google.com.my/amp/s/uniprof.wordpress.com/2013/06/26/bahagian-2-de
finisi-perancangan/amp/ perancangan (dilayari pada 2 Januari 2022)

16
Hee Choon Beng, 2013. PBS PP STPM SEM 3.
https://www.academia.edu/4539589/pbs_pp_stpm_sem_3_2013_hee_choon_beng
(dilayari pada 20 Disember 2021)

Helmy Emyrul Mohd Nor Effend, 2019. Cabaran Kerjaya Usahawan Atas Talian.
http://www.ijemp.com/PDF/IJEMP-2019-07-09-06.pdf (dilayari pada 3 Januari 2022)

Mohd Nadhir Halim, 2016. Definisi Usahawan dan Keusahawanan.


https://www.scribd.com/doc/13744679/Definisi-Usahawan-Dan-Keusahawanan
(dilayari pada 19 Disember 2021)

Rozaimy Baharuddin, 2018. Kaedah Memulakan Perniagaan Keusahawanan Baru.


https://www.scribd.com/document/13456987/Bab-6-Memulakan-Perniagaan-Keusa
hawanan-Baru (dilayari pada 20 Disember 2021)

Syafiqah Amira et. al, 2018. Pengenalan Kepada Pengurusan.


https://www.academia.edu/27629323/PENGENALAN_KEPADA_PENGURUSAN
(dilayari pada 2 Januari 2022)

Syafiqah Amira et. al, 2018. Pengurusan Strategik.


https://www.scribd.com/doc/2288694/pengurusan-strategik (dilayari pada 2 Januari
2022)

17
SOALAN SOAL SELIDIK

1) Bagaimanakah tercetusnya idea untuk tuan membuka kedai alat tulis di kampung
ini?(b+h)

2) Apakah pembaharuan yg tuan lakukan dalam meningkatkan hasil keuntungan?


(b+h)

3) Apakah matlamat organisasi tuan?

4) Bagaimanakah cara tuan memberikan keutamaan di dalam tugas-tugas harian demi


mencapai matlamat organisasi?

5) Adakah tuan menyertai mana-mana kursus perniagaan sebelum menceburi bidang


ini?

6) Bagaimanakah tuan mendapatkan kemahiran mengendalikan mesin dan ICT?

7) Bagaimanakah tuan memutuskan jenis perniagaan yang tuan ceburi?

8) Apakah jenis modal yang tuan perolehi untuk memulakan dan meneruskan
perniagaan?

9) Apakah visi organisasi tuan?

10) Apakah misi organisasi tuan?

11) Apakah strategi dan taktik yang tuan lakukan dalam menghadapi cabaran dalam
perniagaan?

12) Apakah objektif kedai ini?

13) Apakah alternatif yang tuan lakukan bagi melangsungkan aktiviti perniagaan?

18
14) Bagaimanakah tuan melakukan pembahagian sumber (pekerja, tugasan pekerja,
modal)?

15) Apakah gaya kepimpinan tuan?

16) Apakah teknik kawalan yang dilakukan tuan?

17) Bagaimanakah tuan memberikan arahan kepada pekerja?

18) Apakah ganjaran yang tuan berikan kepada pekerja yang berprestasi cemerlang?

19) Bagaimana tuan dapat mempengaruhi pekerja untuk melakukan perubahan?

20) Bagaimana tuan menghadapi stress dalam perniagaan?

21) Apakah standard yang ditetapkan untuk organisasi ini?

22) Pernahkah tuan melakukan aktiviti mengukur pencapaian?

23) Adakah tuan membandingkan pencapaian dengan standard yang telah ditetapkan?

24) Jika tidak mencapai standard yang ditetapkan, ada atau tidak langkah pembetulan
yang tuan lakukan?

25) Apakah cabaran yang tuan hadapi sepanjang tempoh perniagaan?

26) Dari segi faktor dalaman, tuan pernah mengalami sebarang masalah?

27) Dari segi faktor luaran, seperti saingan, politik, ekonomi dan teknologi bagaimana
tuan menghadapi semua cabaran itu?

19
LAMPIRAN

20
21
22
23
24

You might also like