Surat Mohon Sumbangan Perkhemahan Perdana 2022

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN AIR JERNIH


78200 KUALA SUNGAI BARU , MELAKA
TEL& FAKS : 06-3878311
Email : MBA0013@moe.edu.my
_____________________________________________________________________________________________
Rujukan kami : PIBG/SKAJ.100 -13/1/4( 42 )

Tarikh : 10 November 2022

Kepada :
____________________________
____________________________

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

MOHON SUMBANGAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM TAHUN 2022

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita pihak PIBG dan Jawatankuasa Induk Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform ingin memaklumkan

bahawa Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SKAJ 2022 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 – 26 November 2022

Hari : Jumaat - Sabtu

Tempat : SK Air Jernih

3. Bagi menganjurkan perkhemahan ini, pihak kami memerlukan sumbangan daripada individu perseorangan,

pihak swasta dan badan-badan korporat. Oleh itu, pihak Jawatankuasa Induk Perkhemahan Bersepadu Unit

Beruniform amat berbesar hati jika pihak Ybhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan

kewangan atau barangan (hamper) bagi menjayakan perkhemahan tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKAJ ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk

memberikan sumbangan bagi menyokong pihak sekolah menganjurkan kejohanan ini. Semua sumbangan boleh

disalurkan ke akaun :
PIBG Sek Keb Air Jernih : 0410029847756585
Nama Bank : Bank Simpanan Nasional
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha PIBG SKAJ, Puan Siti Nur Shuhaida binti Razali di talian

0193208684 atau 06-3878311. Komitmen, sokongan dan kerjasama tuan sangat kami hargai dan amat disanjung

tinggi.

Sekian, terima kasih.

“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..……
(SITI NUR SHUHAIDA BINTI RAZALI)
Setiausaha PIBG SK Air Jernih

You might also like