Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK KG. PANGTRAY, DARO.

BIL 1/2020

Tarikh : 10 Januari 2020

Masa : 1330-1400

Tempat : Dewan Sri Pangtray

Kehadiran:

1. Encik Buang bin Maharup


2. Puan Seraiah @ Surayah binti Mahdi
3. Puan Wan Nasilla binti Wan Adannan

Urusetia : Puan Wan Nasilla binti Wan Adannan

Agenda :

1. Perutusan Pengerusi
2. Penubuhan AJK Panitia Sains
3. Dasar/Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum Panitia Sains
4. Anggaran Belanja Mengurus (PCG Mata Pelajaran)
5. Hal-hal lain
6. Penutup

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia ke mesyuarat pada kali


ini dan mengucapkan terima kasih serta mengharapkan kerjasama
daripada semua ahli untuk memberikan pendapat dan cadangan.
1.2 Pengerusi juga menjelaskan bahawa mulai tahun 2020 pengajaran dan
pembelajaran untuk subjek Sains diajar di bawah Program DLP bermula
di Tahun 1. Begitu juga subjek Matematik.
2. Penubuhan AJK Panitia Sains

2.1 Bagi melancarkan pelaksanaan program dan aktiviti sepanjang tahun,


pengerusi membuka kepada ahli mesyuarat untuk menubuhkan AJK
Panitia Sains dan telah dipersetujui seperti berikut;
Pengerusi : Puan Seraiah @ Puan Surayah binti Mahdi
Setiausaha : Puan Wan Nasilla binti Wan Adannan
Ahli : Encik Buang bin Maharup
Semua guru mata pelajaran Sains

3. Dasar/Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum Panitia Sains

3.1 Penyelarasan format RPT dan RPH dalam pengajaran dan


pembelajaran di bawah KSSR, KSSR Semakan (2017) dan Program
DLP.
Tindakan: Makluman

4. Anggaran Belanja Mengurus (PCG Mata Pelajaran)

4.1 Ahli Panitia bersetuju berbincang bersama-sama untuk menyenaraikan


alat/bahan keperluan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains.
4.2 Senarai keperluan ini akan dipesan menggunakan peruntukan PCG mata
pelajaran dan diserah kepada Penolong Tadbir sekolah.
Tindakan: Ketua Panitia

5. Hal-hal lain

5.1 Perancangan aktiviti tahunan Panitia Sains akan dibincang dengan lebih
terperinci.
Tindakan: Semua guru sains

6.Penutup

6.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
panitia dan mengharapkan agar semua hasil perbincangan yang telah
dipersetujui dalam mesyuarat kali ini dapat dilaksanakan dengan sebaik
mugkin.
6.2 Mesyuarat Panitia Sains Bil 1/2020 ditangguhkan pada jam 1400.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Pn. Wan Nasilla bt Wan Adannan) (En. Buang bin Maharup)

Setiausaha Panitia Sains, Guru Besar,

SK kg. Pangtray,Daro. SK Kg. Pangtray, Daro.

Disemak oleh,

(Pn. Seraiah @ Surayah binti Mahdi)

Ketua Panitia Sains,

SK Kg. Pangtray, Daro.

You might also like