POLIS

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI

Medan PB 1, Persiaran Kemajuan, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru BangiSelangor Darul Ehsan.
Tel / Faks 03-8912 9944 Email : masjidalhasanah@gmail.com
Rujukan Kami : Masjid Al-Hasanah/BBB/01/2022(156-1)
Rujukan Tuan :
14 Rabiulakhir 1444H
9 November 2022

Ketua Balai,
Ibupejabat Polis Bandar Baru Bangi.
Persiaran Kemajuan Bandar Baru Bangi,
43650 Kajang, Selangor

YBhg. Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN FUTSAL SEMPENA KARNIVAL ULANG TAHUN MASJID AL-
HASANAH KE-22

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Al-Hasanah akan menganjurkan pertandingan Futsal sempena
Karnival ulang tahun Masjid Al-Hasanah ke-22. Butiran berkaitan dengan pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh : 10 Disember 2022 (Sabtu)


Masa : 8.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat : Padang Futsal perkarangan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi
Penyertaan : Terhad kepada 10 pasukan terawal
Tarikh tutup penyertaan : 20 November 2022
Borang penyertaan : https://form.jotform.com/223048628795467 (online form)

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput wakil daripada pihak tuan untuk
menyertai pertandingan ini. Tuan boleh menyediakan satu (1) pasukan yang terdiri daripada lapan (8) orang.

4. Segala Kerjasama dan tindakan susulan daripada pihak tuan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, Wassalamualaikum W.B.T.

“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”

Yang benar,

…………………………………..................
(MOHD SAFIAN BIN ABDUL RAHMAN)
Nazir
Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
s.k : Fail Karnival

You might also like