Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PROGRAM KECERIAAN BILIK MUZIK


SEKOLAH KEBANGSAAN KEM SYED SIRAJUDDIN
TAHUN 2022

1. PENDAHULUAN

Mata pelajaran Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran elektif yang


memberikan penekanan kepada nilai literasi muzik yang ada di dalam diri murid-
murid sekolah.Melalui nilai ini, murid-murid dapat mempamerkan bakat serta
kualiti diri mereka di dalam bentuk persembahan nyanyian, tarian, lakonan dan
sebagainya. Justeru itu, penyediaan sebuah Bilik Muzik yang selesa, menarik
dan ceria adalah amat perlu bagi menarik minat murid-murid dan juga guru-guru
muzik menjadikannya sebagai satu pusat pembelajaran muzik yang berkualiti.
Oleh kerana itu, peruntukan kewangan dari pihak sekolah adalah perlu bagi
tujuan ini demi meningkatkan mutu pembelajaran murid dan seterusnya
menaikkan nama baik sekolah di mata para ibu bapa dan masyarakat khususnya.

2. RASIONAL

2.1 Menyediakan pusat pembelajaran muzik yang selesa, menarik dan ceria.
2.2 Merangsang pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik ke tahap
yang lebih baik.

3. OBJEKTIF

Memulihkan dan menceriakan Bilik Muzik SKKSS bagi merangsang minat


murid-murid dalam pembelajaran Pendidikan Muzik.

4. SASARAN
1
Menggantikan peralatan-peralatan keceriaan Bilik Muzik yang lama dengan
peralatan- peralatan yang baru disebabkan kerosakan anai-anai seperti cat,
tikar getah, bingkai gambar, pasu bunga, jam dinding dan sebagainya.

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN
BIL ALATAN KUANTITI HARGA

1. Cat 1 tin RM245.00


18 liter

2. Tikar Getah 1 gulung RM250.00

3. Pokok hiasan 1 pasu RM50.00

4. Jam Dinding 1 buah


RM20.00

5. Banner 8 x 4 (2 gulung) RM100.00

10 x 5 (1 gulung) RM180.00

6. Set carta organisasi 1 set RM 80.00

7. Hiasan dinding 1 set RM70.00

Jumlah RM995.00
Keseluruhan

6. SUMBER KEWANGAN

Peruntukan PCG, Panitia Pendidikan Muzik SKKSS

2
7. PENUTUP

Melalui program menaiktaraf dan menceriakan Bilik Muzik ini, diharapkan


agar bilik ini akan menarik minat murid-murid untuk berkunjung ke bilik ini
khususnya dan seterusnya menambahkan maklumat serta kemahiran mereka di
dalam bidang pengetahuan Pendidikan Muzik secara teori mahupun amali
amnya. Guru-guru muzik juga akan lebih kreatif dan berinovasi untuk
membimbing murid-murid di dalam mata pelajaran ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

---------------------------------- -------------------------------
Puan Hameza binti Hamid En. Mohd Noor bin Ibrahim
Ketua Panitia Pendidikan Muzik Guru Besar
SK Kem Syed Sirajuddin SK Kem Syed Sirajuddin

You might also like