Resepi Roti Naan Cheese

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Resepi Roti Naan Cheese!!

Roti Naan

300 tepung gandum

1 1/2 sudu kecil yis

2 sudu besar gula

sedikit garam

2 sudu besar yogurt (natural)*

1 sudu kecil baking powder

80-100 ml susu segar suam

3 sudu besar minyak jagung

cheese mozarella yang diparut..

Caranya

1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dr resepi diatas bakinya nanti

masukkan dlm tepung dan sedikit saja air suam..kacau biarkan selama 5

minit. *jika yis aktif ..campuran tersebut akan mengembang seperti dlm

gambar

2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder

dan minyak jagung ..aduk hingga menjadi seperti serbuk roti

3. Masukkan campuran yis tadi ke dlm adunan tepung..aduk sebati

kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga

adunan tak melekat ditangan...uli sehingga adunan licin 10-15 minit

4. Biarkan adunan naik sekali ganda...(tutup adunan dengan kain

lembap..dlm 45mnit suhu agak suam2 panas (seperti dlm oven suhu 35c

atau kawasan yang agak2 panas utk mempercepatkan proses kenaikan

doh)

5. Adunan dah naik... bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan

sedikit tepung..Bulatkan2 seperti dlm gambar sehingga habis. biarkan

seketika dlm 10 minit tutup ngan kain..

6. Amik sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan

masukkan mozarella parut ditengah2 doh dan tutup semula (mcm buat
pau)

7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan2 supaya

cheese tadi tak terkeluar

8. Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak ye. Api jgn kuat sederhana

sahaja atau perlahan

9. Letak roti tadi atas non stick pan...tutup kejap ngan penutup ..balik2 kan

roti tadi...bila ia menggelembung leperkan ia..

10. Siap angkat..boleh dihidang ngan kari pekat, atau keema daging,

chicken tandoori dan timun yogurt

** Jika yogurt takde tak mengapa abaikan...tak isi takpe takdosa...cuma nanti lebihkan cecair susu
segar ye..

** susu segar tu jgn curah sampai habis nanti terlembik pula..masukkan sedikit demi sedikit ..adunan
ni tak keras dan tak lembik ..ertikata lain tak lekat ditangan.

** jika anda suka letak madu..siap masak layang2kan madu atas roti naan tadi...

RESEPI AYAM TANDOORI MAMAK HAJI

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

- 6 atau 8 ketul ayam yang disingkirkan lemak-lemak yang berlebihan.

- 1/2 cawan atau 125 gm yoghurt asli / Greek-Style. (nestle cawan kecil).

- 2 sudu besar rempah tandoori.

- 2 sudu besar pes halia bawang putih dilurkan kesemua ketulan ayam.

- 2 sudu besar jus limau nipis.

- 1 sudu garam masala. *saya tak letak sbb takde

- 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih.

- 1 sudu kecil

- 2 sudu besar daun ketumbar segar yang dicincang halus.

- 2 sudu besar minyak masak. Minyak ini bukan untuk apa..tak bagi melekat bila goreng dengan
minyak sedikit.

- 1/2 sudu kecil serbuk pewarna oren merah ..kalar kesukaan mamak. kalau tak ada tambah serbuk
kunyit sedikit. (saya tak letak)

- 1 biji bawang labu bersaiz besar dihiris bulat.

- Garam dan perasa makanan (aji) secukup rasa. Tak mahu aji guna gula sikit.
CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Penyediaan Pes Tandoori- 4 sudu besar air stok ayam atau air biasa dengan adun serbuk tandoori,
garam masala, serbuk jintan putih, lada putih dan minyak. Masak di atas dapur dengan api kecil dan
Jadikan pes.

2. Masukan yoghurt, daun ketumbar dan pes tandoori (telah sediakan) dan garam secukup rasa
kalau nak warna tandoori ayam anada berwarna merah menyala masukkan pewarna kalau tak apa.
Gaul sebati adunan ini.

3. Ketulan ayam bahagian tebal daging, kelar sedikit dan tekan sedikit dan masukkan pes campuran
garam + serbuk cili dan jus limau nipis. Ini untuk daging yang tebal cepat masak dan juga bahagian
dalam daging itu berasa.

4. Masukkan semua ketulan ayam dalam pes tandoori yang telah sediakan. Tentukan ketulan ayam
disaluti dengan baik.

5. Peram selama lebih dari sejam atau yang terbaik se malaman di peti sejuk bahagian dingin.

6. Panaskan kuali leper tak melekat kalau ada..kalau tak ada kuali biasa pun boleh..masukkan sedikit
minyak masak dalam 1/4 bahagian ketulan ayam dan goreng dengan api dapur yang sederhana.
jangan hangus kita cuma nak keluarkan air ayam yang berlebihan. Goreng dalam 50% masak.

7. Sementara itu panaskan oven dalam suhu 180 C bersama chargrill plate (plate bakar). Sapukan
minyak selaput nipis di permukaan chargrill. Susun hirisan bawang yang dipotong bulat di atas.
Hirisan bawang ini bukan saja memberi haruman kepada ayam tetapi ia menentukkan pengudaraan
baik di bawah ketulan ayam dengan permukaan plate chargrill itu. Kadangkala permukaan ketulan
ayam akan berair sangat dan bila sejat isi ayam akan melekat. kalu bakar ayam penuh buat begini.

8. Masa pembakaran awal ada lah 30-40 minit, selepas itu terbalikan ketulan ayam dengan sapukan
pes yang berlebihan itu di permukaan ketulan ayam. Bakar kembali dalam 40 minit lagi dan sapukan
minyak sekali kala pada ketulan ayam supaya permukaannya tidak kering. Tunggu hingga ketulan
daging ayam bertukar kepada warna keemasan, ambil seketul cuba potong dan pastikan ia masak
dengan sempurna.

RESEPI TIMUN YOGURT

2 Batang timun diracik halus

2 cawan plain yogurt

sedikit garam

sedikit dry mint

Caranya

Campurkan kesemuanya dlm satu bekas


Resepi KEEMA DAGING

1/2 kg daging dipotong kecil dibersihkan

sedikit halia

3 biji bawang putih dicincang halus

2 biji bawang besar saiz sederhana dicincang halus

2 sudu kecik serbuk ketumbar (ditumbuk)

1 sudu kecil serbuk jintan putih

2 sudu besar cili kisar

1 btg kayu manis

3 biji bunga lawang

3 biji bunga cengkih

3 biji buah pelaga

1@2 biji tomato dipotong dadu

kacang pis

sedikit minyak utk menumis

2 sudu yogurt plain

1 sudu besar garam masala

Caranya

1. Panaskan minyak..masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia..biar ia naik bau dan
masukkan cili kisar

2. masukkan rempah 4 beradik (kayu manis, lawang, cengkih,pelaga) kemudian masukkan rempah
serbuk ketumbar dan jintan putih dan garam masala

3. Kemudian masukkan daging dan sedikit air..masak hingga empuk

4. Masukkan sedikit air lagi jgn terlalu cair sangat ye..sbb ia tak guna santan..masukkan tomato ,
kacang pis , yogurt dan perasakan dgn garam..

#resepirotinancheesetahrunnisah

#ayamtandoritahrunnisah

You might also like