Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SEMESTER 2 SIDANG 2018/2019


PPG 316: KAEDAH MENGAJAR GEOGRAFI II

STRATEGI PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DALAM KONTEKS PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI

TAJUK:
STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BUKU SKRAP

DISEDIAKAN OLEH:
NUR ATIQAH BINTI AL-AZMI

NO.MATRIK:
132291

PENSYARAH PENILAI:
PM DR. MOHAMMAD ZOHIR BIN AHMAD @ SHAARI
1.0 DEFINISI STRATEGI BERASASKAN PROJEK
Strategi berasaskan projek merupakan salah satu strategi pembelajaran dan pengajaran
abad ke 21. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL), adalah salah satu pendekatan pengajaran
yang membina aktiviti pembelajaran dan tugas sebenar yang telah dibawa cabarannya untuk
pelajar menyelesaikannya. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL), biasanya dilakukan oleh
kumpulan pelajar yang bekerja bersama-sama ke arah matlamat yang sama. Melalui strategi
ini, pelajar bukan hanya memahami dan mengadaptasikan kandungan, tetapi juga penting
kemahiran dalam cara pelajar terpaksa berfungsi seperti orang dewasa dalam masyarakat kita.
Kemahiran ini termasuk kemahiran komunikasi dan persembahan, kemahiran
organisasi dan pengurusan masa, kemahiran penyelidikan, penilaian diri dan kemahiran
refleksi, penyertaan kumpulan dan kemahiran kepimpinan, dan pemikiran kritikal. PBL
membolehkan pelajar merefleksikan idea dan pendapat mereka sendiri serta membuat
keputusan sama ada memberi kelebihan atau menjejaskan hasil projek yang telah dihasilkan.
Produk akhir yang telah terhasil merupakan satu bentuk idea akademik yang tulen, berkualiti,
kreatif serta melalui persembahan produk memberi pemahaman yang lebih bagi mencapai
objektif pembelajaran.
Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah
memahami isi pelajaran dengan cara membuat sendiri. Di bawah program Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), kerja projek
merupakan suatu rancangan kerja berdasarkan topik yang digemari oleh murid-murid.
Pembelajaran dan pengajaran Berasaskan Projek merupakan lanjutan kepada aktiviti
pembelajaran selepas mereka mempelajari sesuatu topik atau menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu.
Salah satu pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek yang boleh dilaksanakan
oleh guru ke dalam bilik darjah adalah Projek Buku Skrap. Melalui Projek Buku Skrap,
pelajar dapat menimba ilmu yang lebih praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan
guru semata-mata. Projek tersebut bukan sahaja membolehkan pelajar menonjolkan kreativiti
sewaktu menyempurnakan tugasan, tetapi juga mebolehkan pelajar lebih memahami dan
mengingati isi kandungan yang dihuraikan dalam buku skrap sewaktu menyempurnakan
tugasan Buku Skrap.
Projek Buku Skrap dilaksanakan selepas habis pembelajaran mengenai topik yang
ingin diadaptasikan ke dalam bentuk buku skrap. Projek ini perlu dilaksanakan secara
berkumpulan oleh pelajar sama ada semasa waktu pembelajaran bagi subjek tersebut dan
pada waktu lapang. Guru perlu memberi ruang kepada pelajar menyempurnakan tugasan
dalam sesuatu tempoh masa tertentu dan boleh disiapkan walaupun sudah tamat waktu
persekolahan. Hal ini demikian kerana, pendekatan projek memerlukan suatu jangka masa
tertentu bagi menyempurnakannya.
2.0 KEKUATAN DAN MASALAH STRATEGI BERASASKAN PROJEK BUKU
SKRAP
Projek buku skrap merupakan suatu bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran
yang boleh dilaksanakn bagi membangunkan minda pelajar yang boleh berfoikir secara kritis
dan kreatif. Strategi berasakan projek buku skrap mempunyai pelbagai kekuatan dalam
pelaksaanannya bagi subjek geografi.
Kekuatan strategi berasaskan projek buku skrap adalah dapat menarik perhatian
pelajar terhadap satu topik yang khusus. Melalui projek buku skrap, fokus utama pelajar
adalah dalam memahami topik yang telah dipilih. Hal ini kerana, topik tersebut akan menjadi
tajuk kepada buku skrap serta isi kandungan yang perlu dimasukkan dalam buku skrap. Oleh
itu, guru dapat mengaplikasikan topik-topik yang sukar dengan menggunakan strategi
berasaskan projek buku skrap. Keadaan ini akan meningkatkan fokus dan pemahaman pelajar
mengenai topik tersebut.
Selain itu, kekuatan atau kelebihan strategi berasaskan projek adalah meningkatkan
pelbagai kemahiran pelajar. Melalui pelaksanaan projek buku skrap dapat menggalakan
pelajar menggembangkan kemahiran diri dalam menyelesaikan masalah, menguruskan masa,
bekerja dalam kumpulan serta kemahiran komunikasi dan ICT. Bantuan dan galakan daripada
guru dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran baru kepada pelajar. Pelajar dapat
meningkatkan kemahiran menggunakan ICT semasa mencari maklumat bagi
menyempurnakan projek buku skrap. Misalanya, kemahiran membuat carian di Internet serta
mengembang dan membangunkan idea kreatif melalui carian di Internet.
Walaupun terdapat banyak kekuatan pelaksanaan strategi berasakan projek dalam
bilik darjah, namun terdapat juga beberapa masaalahnya. Antaranya, pelaksanaan projek
memerlukan banyak tenaga, dan masa. Guru dan pelajar perlu meluangkan lebih banyak masa
dan tenaga bagi menyiapkan sesebuah projek. Tempoh jangka masa yang panjang iaitu
diantara dua atau tiga minggu juga boleh menyebabkan gangguan terhadap fokus pelajar bagi
topik-topik pengajaran yang lain.
Kelemahan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek
pulacmelibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar
haruscmengeluarkan perbelanjaan yang banyk untuk membeli bahan dan alatan yang
diperlukanuntuk membuat projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu
membeli alatanseperti pensil warna, Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting,
kertas warna danbanyak lagi. Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan
guru yang serba boleh dan menambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting
dalam menjayakan sesuatu projek.
3.0 CONTOH PELAKSANAAN DALAM KELAS GEOGRAFI MENGGUNAKAN
STRATEGI BERASASKAN PROJEK BUKU SKRAP
Strategi pelaksanaan berasaskan Projek Buku Skrap dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Geografi dapat dilaksanakan supaya dapat menguji tahap kefahaman pelajar
mengenai topik pengajaran yang telah dipelajari. Projek Buku Skrap ini bertajuk Faktor,
Proses dan Kesan Luluhawa. Pengaplikasian topik luluhawa kepada satu bentuk projek buku
skrap dapat memberi kefahaman secara lebih mendalam terhadap pelajar. Pelajar akan lebih
mudah memahami perincian bagi setiap sub topik dalam topik luluhawa.
Contoh Pelaksanaan dalam kelas Geografi adalah melalui langkah tersebut:

Geografi : Tingkatan 4
Standard Kandungan : Proses dan Kesan Luluhawa
Aktiviti : Projek Buku Skrap

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru menerangkan cara pelaksanaan projek, iaitu projek buku skrap. Guru menyuruh
pelajar menyediakan alat-alat dan bahan-bahan yang diperlukan dan meminta pelajar
mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan.

2. Guru memberikan tugasan buku skrap yang perlu mengandungi kandungan merangkumi
Faktor, Proses dan Kesan.

3. Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4-5 orang. Pelajar
diminta berada dalam kumpulan masing-masing.

4. Setiap kumpulan diberikan tugasan dengan sub topik yang berbeza iaitu:
Kumpulan 1: Faktor, Proses, dan Kesan Luluhawa Kimia
Kumpulan 2: Faktor, Proses dan Kesan Luluhawa Fizikal
Kumpulan 3: Faktor, Proses dan Kesan Luluhawa Biologi

5. Guru turut menetapkan tarikh serahan projek iaitu 3 minggu setelah projek bermula.

6. Produk Buku Skrap yang telah siap pada tarikh yang ditetapkan perlu dibentangkan oleh
pelajar secara berkumpulan dalam kelas.
7. Guru memberikan penilaian projek buku skrap mengikut ketetapan yang merangkumi isi
pelajaran tugasan, huraian tugasan, kekemasan, kreativiti dan pembentangan buku skrap yang
telah dihasilkan oleh pelajar.

Cara pelaksanaan beserta gambar illustrasi pelaksanaan projek buku skrap:

Set Induksi Langkah 1 Aktiviti Persembahan Buku


Guru mengimbas (Pembahagian berkumpulan Skrap
kembali sesi Kumpulan)
pengajaran Pelajar melaksanakan Pembentangan
Menguji tahap Pembahagian projek dalam dilakukan dalam kelas
kefahaman pelajar kumpulan kumpulan semasa tarikh buku
mengenai tajuk Pelajar dibenarkan skrap perlu dihantar
luluhawa Guru
menyediakan buku Penilaian projek buku
menyediakan skrap dalam bentuk
tajuk tugasan. skrap mengikut
bebas mengikut ketetapan yang
Tajuk tugasan kreativiti ditetapkan oleh guru
ditentukan Guru memberikan Buku Skrap digunakan
melalui cabutan pelajar waktu untuk sebagai ABM dan BBM
undian mengggunakan yang diletakkan di
makmal komputer sudut bacaan dalam
mengikut tempoh kelas
waktu yang
ditetapkan
Projek disambung
selepas waktu
pembelajaran secara
sendiri oleh kumpulan
pelajar

RUJUKAN

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). (2018). Geografi Tingkatan 4 dan 5.

J.Stivers (2010). Project Based Learning. Dicapai melalui


http://www.fsmilitary.org/pdf/Project_Based_Learning.pdf
Laman Web Rasmi Designing Effective Project (2012). Overview and Benefits of Project-
Based Learning. Dicapai melalui
https://www.intel.com/content/dam/www/program/education/us/en/documents/project-
design/projectdesign/benefits-of-projectbased-learning.pdf

You might also like