Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 27

KAJIAN TINDAKAN

(2022)

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Suku kata


KVKVK

OLEH:

HARIYATI BT HJ ANDI IDRIS

Sekolah Kebangsaan Sandau Kinabatangan


Peti Surat 60449
91114 Lahad Datu
Sabah

1 Ogos 2022

Kelolaan:

UNIT PEMULIHAN SK SANDAU KINABATANGAN


MENINGKATKAN PENGUASAAN
KEMAHIRAN MEMBACA SUKU
KATA KVKVK

1
PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi penyayang. Segala pujian bagi
Allah S.W.T pencipta segala alam. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah kerana
dengan izinnya dapat saya menyiapkan dan menyempurnakan kajian ilmiah ini.

Program kajian tindakan merupakan satu program yang diperkenalkan untuk


memperbaiki dan meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid. Memandangkan
membaca merupakan salah satu masalah di kalangan murid di SK Sandau Kinabatangan,
saya telah memilih fenomena ini untuk membuat kajian tindakan.

Dalam menyiapkan kajian tindakan ini, banyak pihak telah terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam memberi sumbangan. Setinggi-tinggi ucapan terima
kasih dengan iringan doa semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan melindungi mereka.

Penghargaan pertama saya tujukan kepada Puan Ludmilla Formentera iaitu Guru
Besar SK Sandau Kinabatangan kerana telah menyerahkan tugas menyediakan kajian
tindakan ini kepada saya serta telah memberi taklimat sebagai tunjuk ajar bagi
menjayakan program kajian tindakan ini.

Akhir sekali penghargaan ini saya tujukan kepada pihak PPD yang telah memberi
taklimat tentang kajian tindakan ini dan saya berdoa agar semuanya diberkati Allah dan
memanjangkan usia kalian. InsyaAllah.

2
ABSTRAK

Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan penguasaan membaca suku kata KVK bagi
murid-murid Pemulihan Tahun 2,3, 4 dan 5. Seramai 15 orang murid terlibat dalam
kajian ini. Berkisar daripada masalah penguasaan 3M yang terlalu ramai bagi murid
Tahun 2, 3,4 dan 5 , penyelidik telah melaksanakan tinjauan awal melalui senarai semak ,
temubual, ujian dan soal selidik. Hasil daripada tinjauan tersebut didapati murid tidak
mengenal abjad, tidak boleh membaca suku kata terbuka dan tertutup apatah lagi
membaca perkataan. Bagi memudahkan kajian dilaksanakan, kelas telah dibahagikan
kepada 2 kumpulan kecil. Teknik yang penyelidik gunakan ialah “TEKNIK
BERMAIN” iaitu semua suku kata dieja dengan teknik bermain. Aplikasi “TEKNIK
BERMAIN” sebagai alternatif dalam menghafal suku kata telah banyak membantu
murid-murid tersebut dalam mengatasi masalah menguasai 3M. Murid-murid
menunjukkan peningkatan yang lebih baik setelah diberi beberapa latihan bacaan cepat.
Teknik belajar melalui nyanyian dapat menarik minat murid serta mengukuhkan ingatan
dan sebutan di kalangan murid-murid Pemulihan. Lima sesi pengajaran dan
pembelajaran (60 minit setiap sesi) dalam tempoh 12 minggu dengan menggunakan
“TEKNIK BERMAIN” ini telah membantu mengatasi masalah penguasaan 3M di
Sekolah Kebangsaan Sandau Kinabatangan.

3
HALAMAN KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

TAJUK 1

PENGHARGAAN 2

ABSTRAK 3

HALAMAN KANDUNGAN 4

LATARBELAKANG KAJIAN/REFLEKSI P&P YANG 5-6


LALU

ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN 7

OBJEKTIF KAJIAN 8

KUMPULAN SASARAN 9

PERANCANGAN TINDAKAN 9-12

PELAKSANAAN TINDAKAN 13

DAPATAN KAJIAN 14

REFLEKSI 15

LAMPIRAN

4
1. Latar belakang Kajian / Refleksi PdPc yang lalu.

Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran teras dalam KSSR. Untuk
melaksanakan sesuatu PdPc murid-murid perlu menguasai kemahiran membaca.
Malangnya seramai 3.9 peratus murid-murid dari Tahun 2 hingga Tahun 5 di Sekolah
Kebangsaan Sandau Kinabatangan adalah masih di Tahap Belum Menguasai.. Hal ini
menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti segala pembelajaran di dalam kelas dalam
jangkamasa yang ditetapkan.

Melalui kajian ini, penyelidik telah menganalisa data 15 orang murid Pemulihan yang
telah dikenalpasti . Penyelidik berpendapat bahawa masalah amat serius dan perlu dikaji
supaya dapat ditangani lebih awal seterusnya mengatasi masalah tersebut daripada
berulang. Masalah ini perlu di atasi kerana kemahiran membaca adalah asas yang paling
utama bukan sahaja dalam PdPc di sekolah sebaliknya dalam kehidupan seharian.
Kegagalan murid menguasai kemahiran membaca bukan sahaja menyebabkan mereka
menghadapi kesukaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi juga dalam semua
matapelajaran yang lain.

Tinjauan secara menyeluruh Tahun 2 hingga 5 telah dilakukan di awal tahun ini. Analisa
tinjauan seperti jadual berikut:
Jadual 1: Analisis ujian awal
Kemahiran Bilangan Menguasai
Mengenal abjad ( 26 abjad ) orang
Suku kata Terbuka orang
Membatangkan perkataan v + kv orang
Membatangkan perkataan kv + kv orang
Suku kata tertutup orang
Membatangkan sukukata tertutup (KVK) Tiada

5
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi masalah tersebut ialah:

a) Latarbelakang keluarga yang tidak menekankan kepada pendidikan anak-anak.


Penglibatan keluarga dalam proses Pembelajaran anak-anak turut memberi kesan
dalam pencapaian akademik seperti menyediakan bahan bacaan, sudut belajar
yang selesa serta masa yang diperuntukkan untuk anak dengan memberi
bimbingan misalnya.
b) Faktor sosio ekonomi. Murid-murid dari keluarga yang kedudukan ekonomi
rendah pandangan mereka terhadap pendidikan tidak begitu tinggi maka dorongan
dan galakan pada anak-anak kurang.
c) Faktor minat dan sikap murid terhadap pelajaran adalah motivasi instrinsik yang
ada pada setiap kanak-kanak yang akan mempengaruhi pencapaian sesuatu bidang
yang diceburi. Motivasi instrinsik merupakan agen penggerak kepada seseorang
kanak-kanak untuk melakukan sesuatu . Daripada kajian yang dijalankan
membuktikan faktor minat dan sikap murid adalah faktor utama mempengaruhi
pemasalahan ini.
d) Masalah yang timbul dari pihak guru. Mengajar dengan bersandarkan buku teks
semata-mata adalah kelumrahan. Penyesuaian bahan ini dengan situasi kelas dan
keadaan murid serta pembinaan bahan sendiri jarang dilakukan oleh guru. Ini
menyebabkan murid itu terus tercicir dalam proses PdPc

Berdasarkan kajian yang telah penyelidik jalankan menunjukkan bahawa


permasalahan yang timbul bukan sahaja berpunca daripada satu pihak sahaja
malah dari pihak lain juga. Dengan terbentangnya masalah berkenaan
memudahkan penyelidik mengkaji apakah tindakan sewajarnya dilakukan bagi
mengatasi masalah itu.

6
1.Isu Keprihatinan / Fokus kajian

Penyelidik memfokuskan kepada meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku


kata KVK. Sebagai tenaga pengajar, penyelidik akan memberi penekanan kepada bunyi
suku kata KV dan suku kata KVK. Apabila murid dapat menguasai bunyi suku kata
murid akan diajar mencantumkan bunyi suku kata supaya menjadi perkataan bermakna
atau perkataan KVK. Kemudian murid akan diajar membaca ayat dan petikan mudah.
Sekiranya murid tidak menguasai perkataan KVK masalah penguasaan 3M akan
bertambah serius.

1. OBJEKTIF KAJIAN

1.1 Objektif Umum

1.1.1 Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian


murid-murid.
1.1.2 Memastikan sifar buta membaca dan menulis.

1.2 Objektif Khusus

1.2.1 Meningkatkan penguasaan murid terhadap bunyi vokal, suku kata kv dan suku
kata kvk.
1.2.2 Meningkatkan kemahiran murid dalam membaca ayat yang betul.
1.2.3 Meningkatkan kemahiran murid dalam membaca petikan mudah.
1.2.4 Mengubah amalan pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik.
1.2.5 Mengubah sikap murid ke arah yang lebih baik.

7
2. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran adalah murid-murid Pemulihan Tahun 2, 3, 4 dan 5 seramai 15


orang.

3. PERANCANGAN TINDAKAN

Sebagaimana yang dinyatakan, murid-murid yang dikenalpasti dibahagikan kepada dua


kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A adalah murid-murid yang
telah menguasai abjad manakala Kumpulan B adalah murid yang tidak mengenal abjad.
Suatu rancangan aktiviti mengikut kaedah yang ditetapkan berdasarkan Susunan
Kandungan Pelajaran yang dibina oleh penyelidik seperti di bawah dan mengikut
kaedah serta Pelan Tindakan seperti Jadual 2.

SUSUNAN KANDUNGAN PELAJARAN

SET 1 : Mengenal dan membuntikan suku kata terbuka.

1A1 a ba ca da fa ga ha ja ka la
ma na pa ra sa ta wa ya za

i bi ci di fi gi hi ji ki li
mi ni pi ri si wi yi zi

u bu cu du fu gu hu ju ku lu
mu nu pu ru su wu yu zu

e be ce de fe ge he je ke le
me ne pe re se te

o bo co do fo go ho jo ko lo
mo no po so to zo

1A2 Mengenal dan membunyikan perkataan dengan mencantumkan dua suku


kata terbuka mengikut vokal yang sama. Contoh :

baca kala masa mana para rasa lama saya nama bapa
jasa cara sama mata kata jaya

8
cili ciri mini siti

buku bucu duku cucu bulu busu

1A3 Mengenal dan membunyikan perkataan dengan mencantumkan dua suku


kata terbuka dari vokal yang tidak sama. Contoh :

abu ada api


baca baju batu bawa bola buku ciku gali gigi ibu
ini itu jaga jari kaki kayu kera lada laju lalu
lari lima mata meja muka pagi paku roda roti saku
satu saya siku sudu suka tali tepi tiga tipu topi

Nota 1. Set 1A2 hendaklah dijalankan selepas murid menguasai sukukata terbuka
Pada tiap-tiap vokal yang diperkenalkan.

2. Setelah selesai set 1A1, semua murid diharapkan dapat membina


perkataan (dua suku kata terbuka) seperti contoh set 1A3.

SET 2 : Mengenal dan membunyikan suku kata tertutup.


Contoh :

cam jam gam sam ram


dah pan van das lon pas
jah sut bom lam bin cin
bot tin zip lem suh pin
wan ker tas kun

Setelah selesai set 2 semua murid diharapkan dapat membina perkataan


(suku kata terbuka + suku kata tertutup) Contoh :

tidur batik rajin putih merah


bawah manis kecil besar kesat kemas
keras harum busuk gajah tebal

SET 3 : Menyusun dan menulis suku kata supaya menjadi perkataan yang betul.
Contoh:

ca + wan ba + yam
hi + tam ta + nam
ba + suh le + pas
mi + num sa + yur
si + rap ga + jah

9
SET 4 : Latih tubi ejaan secara lisan dan bertulis

SET 5 : Menyusun perkataan untuk membina ayat-ayat

SET 6 : Membaca petikan mudah yang disediakan.

Program ini telah dijalankan dalam masa 3 bulan iaitu 12 minggu iaitu dalam
bulan Februari hingga April. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan
penguasaan murid membaca petikan mudah suku kata KVKVK (Rujuk Lampiran 4).

Pelaksanaannya dijalankan secara latih tubi setiap hari agar murid-murid


benar-benar telah menghafal bunyi suku kata dalam masa yang singkat. Segala aktiviti
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat pada murid atau “Student
Centred” dan berfokus kepada dua aspek utama iaitu mengenali huruf abjad dan bunyi
suku kata.

KAEDAH

Kaedah yang digunakan ialah dengan “TEKNIK NYANYIAN” contoh :

Da da da da da
Ca ca ca ca ca
Bot bot bot bot bot
Gam gam gam gam gam
Bom bom bom bom bom

10
Jadual 2 : PelanTindakan
BIL KEMAHIRAN FEB MAC APRIL
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1. Mengenal dan membunyikan / /
sukukata terbuka ,vokal a
2. Membina perkataan – suku kata /
terbuka , vokal a
3. Mengenal dan membunyikan /
sukukata terbuka , vokal u
4. Membina perkataan- suku kata /
terbuka , vokal a dan u
5. Mengenal dan membunyikan / /
sukukata terbuka , vokal i
6. Membina perkataan – suku kata /
terbuka vokal a,i dan u
7. Mengenal dan membunyikan suku / /
kata terbuka, vokal o
8. Membina perkataan – suku kata /
terbuka terbuka, vokal a, o,u dan i
9. Mengenal dan membunyikan suku / /
kata terbuka , vokal e
10. Membina perkataan – suku kata / /
terbuka, vokal a,o, u, i dan e
11. Mengenal dan membunyikan suku / /
kata tertutup
12. Membina perkataan campuran dari / /
suku kata terbuka dan tertutup
13. Mengeja perkataan kv+ kvk / /
14. Menyusun dan menulis sukukata kv / /
+ kvk supaya menjadi perkataan
yang betul
15. Latih tubi mengeja perkataan kv + / /
kvk
16. Menyusun perkataan untuk membina / / /
ayat-ayat
17. Membaca petikan mudah yang / / /
disediakan.

11
4. PERLAKSANAAN TINDAKAN

4.1 Tinjauan Masalah


4.1.1 Perkara-perkara Yang Ditinjau
i) Ingatan murid terhadap huruf abjad.
ii) Ingatan murid terhadap bunyi vokal.
iii) Ingatan murid terhadap bunyi suku kata
iv) Murid-murid pemulihan Tahun 3 mudah lupa bunyi sukukata yang
telah dipelajari.
v) Murid-murid Pemulihan bersikap negatif dan pasif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas biasa mahupun di dalam
kelas Pemulihan.
vi) Kesesuaian bahan pengajaran dan pembelajaran.

4.1.2 Tindakan yang dijalankan


i) Menjalankan ujian sebelum dan selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk membuktikan keberkesanan kaedah yang
penyelidik gunakan.
ii) Penyelidik akan menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku murid
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
iii) Kesesuaian bahan pengajaran dan pembelajaran (ABM) amat
dititikberatkan bagi memastikan segala aktiviti dapat dijalankan
dengan teratur dan lebih berkesan. Dalam P&P Pemulihan Khas ABM
adalah paling utama bagi setiap sesi pengajaran. Tanpa ABM murid
pemulihan sukar menerima pengajaran guru.

12
4.1.3 Pemerhatian
i) Pemerhatian terhadap aktiviti P&P di kelas Pemulihan Khas dibuat
sepanjang sesi pengajaran. Setiap perubahan murid dicatat bagi
memastikan setakat mana penguasaan mereka dalam sesuatu
kemahiran yang telah guru ajarkan. Masalah yang dihadapi oleh murid
diperhatikan melalui latihan di dalam kelas Pemulihan secara lisan dan
bertulis, semakan buku latihan dan instrumen penentuan penguasaan
suku kata kvkvk (LAMPIRAN 3).

5. DAPATAN KAJIAN

7.1.1 Analisis Data


i) Analisis ujian akhir.
Daripada ujian akhir yang dijalankan menunjukkan peningkatan murid dalam
sesuatu kemahiran. Dapatan analisis ujian adalah seperti berikut :
Jadual 2 : Analisis ujian akhir
Kemahiran Bil Menguasai
1. Menguasai abjad 25 orang
2. Sukukata kv 25 orang
3. Membatangkan perkataan vkv 25 orang
4. Membatangkan perkataan kv + kv 25 orang
5. Menguasai sukukata tertutup kvk 20 orang
6. Membatangkan sukukata kv+ kvk 20 orang
7. Membaca petikan mudah sukukata kvkvk 20 orang

Daripada 30 orang murid-murid Pemulihan Khas yang terlibat dalam


kajian ini seramai 10 orang murid telah dikenalpasti boleh membaca dengan
baik. 15 orang murid boleh membaca dengan mengeja bunyi sukukata. 5
orang murid lagi termasuk seorang murid istimewa boleh mengenal 80%
abjad.

13
Jadual 3 : Analisis Soal selidik dengan murid.

Bil PERKARA YA %
1. Saya selalu menyiapkan kerja rumah yang 10 33.3
diberikan oleh guru
2. Saya sering meminta bantuan rakan sebaya 5 16.7
untuk membaca
3. Ibu bapa8 26.7
membantu
saya
membaca
di rumah

7.1.2 RUMUSAN
Perlaksanaan kaedah ini mengikut isi pelajaran yang telah ditetapkan dapat
memberi kebaikan kepada tiga pihak iaitu pihak murid, pihak guru dan pihak sekolah
seperti berikut:

a) Kebaikan kepada murid


Murid dapat membaca dengan lancar dalam masa yang singkat.
Murid tidak membuang masa dengan aktiviti yang membazir.

b) Kebaikan kepada Guru

i) Kepuasan hati guru meningkat kerana pencapaian murid adalah maksimum.


ii) Beban kerja guru berkurangan.
iii) Amat mudah bagi guru menjalankan P & P di kelas.

c) Kebaikan Kepada Sekolah

Masalah Buta 3M dapat diatasi dengan segera.


Kos menjalankan operasi adalah rendah.

REFLEKSI
Penilaian dilakukan secara langsung dan tidak langsung .Daripada maklum balas yang
diterima daripada murid-murid melalui latihan bertulis, lembaran kerja, pelbagai aktiviti
lisan dan pengukuhan. Dari sini guru dapat merancang dan mengubah suai bahan
pengajarannya sekiranya perlu berdasarkan kelemahan murid.

14
Pelaksanaan Program Buta Huruf bukanlah satu tugas yang mudah. Guru
terpaksa berdepan dengan sebilangan besar murid yang langsung tidak berminat dalam
pelajaran. Tidak kurang juga ada daripada mereka yang sentiasa tidak hadir ke sekolah

Kekurangan atau tiada langsung alat bantuan mengajar akan menyukarkan


pengajaran guru. Guru yang mengajar murid-murid pemulihan perlu senantiasa inovatif
dan kreatif. Amalan pengajaran guru yang bersandarkan kepada buku teks semata-mata
adalah faktor yang membuatkan murid-murid bosan dan tidak memberi tumpuan kepada
pelajaran.

Bagi memahami masalah murid, guru perlu sentiasa peka terhadap perubahan
perlakuan mereka dalam sesi pengajaran seperti mengantuk, berbual-bual ketika guru
mengajar, bergaduh dan sebagainya. Perlakuan-perlakuan ini adalah petunjuk kepada
keberkesanan pengajaran guru.

Secara keseluruhannya terdapat perubahan yang ketara daripada perlakuan guru


dan murid. Guru lebih prihatin terhadap masalah pembelajaran murid serta berusaha
meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid pula menunjukkan minat untuk
memperbaiki diri. Bilangan murid yang buta huruf dapat dikurangkan sebanyak 50 %
dalam masa tiga bulan.

CADANGAN

Saya bercadang untuk meneruskan program ini bagi semua murid-murid Pemulihan Khas
di SK Seri Pangkor. Bilangan murid-murid di dalam sesebuah kelas biasa harus
dikurangkan supaya guru dapat memberi perhatian kepada pelajar secara individu.
Dengan demikian, guru dapat berinteraksi dengan pelajar secara rapat dan mudah
memahami masalah mereka serta memupuk minat belajar di kalangan mereka. Ini
seterusnya akan membantu mereka dalam proses pembelajaran.

15
KASUT

16
Kasut Bahar kotor.

Emak suruh basuh.

Bahar basuh guna sabun.

Bahar jirus kasut itu.

Bahar bubuh kapur.

Kasut jadi putih.

MULUT

Mulut Bedah besar.

Bedah rasa segan.

Bedah duduk dalam rumah.

Nenek suruh sabar.

BOTOL.

Botol itu putih.

Botol isi getah.

Getah nenek toreh.

Botol telah pecah

KETAM.

Tipah masak ketam.

Tipah masak masam manis.

17
Tipah suka makan ketam.

Rasa ketam sedap.

Rasa satu tidak cukup.

Tapi ketam mahal betul.

KITAB

Saleh baca kitab.

Kitab itu kitab adap.

Kitab itu tebal betul.

Kitab itu murah.

Saleh rajin baca kitab.

Sebab itu Saleh lekas dapat.

Saleh baca sedap.

CEREK.

Cerek emak hitam.

Emak masak sirap.

Emak suruh kakak basuh.

Kakak basuh guna sabun.

18
Sabun telah habis.

Kakak jadi malas.

GAYAH.

Gigi Goyah sakit.

Gayah jerit-jerit.

Gayah kata sakit.

Gayah tidak gosok gigi.

Gayah cabut gigi.

Gayah jerit sebab pedih.

KEBUN DATUK.

Datuk ada kebun.

Kebun Datuk dekat sawah.

Datuk tanam sayur.

Sayur itu macam-macam.

Datuk siram sayur.

Sayur itu lobak dan kubis.

19
Datuk juga tanam timun dan bayam.

NANAS.

Samad makan nanas.

Nanas itu manis.

Nanas Samad kupas.

Samad kata sedap.

Samad minum jus nanas.

SAYUR.

Saya beli sayur di pasar.

Sayur itu salad.

Sayur itu murah.

Sayur itu segar.

Saya suka makan sayur.

Saya suruh nenek masak sayur.

Nenek masak sedap.

MAWAR.

20
Kakak petik mawar.

Mawar itu merah.

Mawar jatuh ke tanah.

Adik pijak mawar itu.

Kakak jadi marah.

Adik kata sabar.

CAWAN.

Ini cawan.

Cawan ini hitam.

Dalam cawan ada kopi.

Sudah minum saya basuh cawan.

KAKAK.

Ini kakak.

Kakak masak ayam.

Kakak suka makan ayam.

GAJAH.

21
Hari ini panas.

Saya lihat gajah.

Gajah itu hitam.

Hobi adik lukis gajah.

Gajah duduk dalam kolam.

RUMAH.

Ini rumah.

Rumah ini mewah.

Rumah itu merah.

Kakak lukis rumah.

Tepi rumah ada taman.

NOVEL.

Zul duduk di tepi katil.

Zul baca novel.

22
Novel itu tebal betul.

Novel itu mahal.

Novel itu sudah koyak.

BAYAM.

Bayam itu nenek tanam.

Nenek tanam tepi kolam.

Nenek petik bayam.

Nenek basuh bayam.

Lepas basuh nenek masak sayur bayam.

MASAK SUP.

Emak masak sup.

Emak bubuh kicap.

Kicap itu masnis.

Sup jadi sedap.

Sup saya hirup.

Rasa satu tidak cukup.

SIRAP.

23
Datuk minum sirap.

Sirap itu manis.

Datuk kata sedap.

Datuk minum tujuh gelas.

TIKUS.

Harun lukis tikus.

Harun guna berus.

Tikus itu kurus.

Guru kata bagus.

KERIS.

Keris datuk tajam.

Datuk asah malam-malam.

Datuk sorok tepi tilam.

Datuk balut keris itu.

Sebab keris itu tajam.

KIPAS.

Kipas itu kotor.

Kipas ada habuk.

24
Emak suruh kakak basuh.

Kakak kata malas.

AYAH DOLAH.

Letih ayah Dolah.

Dolah bawa kopi panas.

Ayah minum panas-panas.

Tadi ayah Dolah di sawah.

Kini ayah Dolah di rumah.

Ayah Dolah rehat di katil

BETIK.

Betik itu keras.

Betik belum masak.

Lepas masak betik itu manis.

Rasa betik sedap.

25
26

You might also like