Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 58

030323-01-0068

HIDANGAN BEBOLA PULUT DALAM PELBAGAI SAMBUTAN CINA DALAM


KALANGAN PELAJAR CINA TINGKATAN ENAM DI SMK TAMAN JOHOR JAYA 1,
JOHOR BAHRU.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis sambutan yang menghidangkan
bebola pulut dalam kalangan pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1 dan
mengkaji faktor bebola pulut disediakan dalam sambutan Cina dalam kalangan pelajar Cina
Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1. Kaedah kajian yang digunakan termasuk kaedah
borang soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah kepustakaan. Seramai 30 orang responden
telah disoal selidik dan tiga orang informan telah ditemu bual. Dapatan kajian menunjukkan
sambutan Solstis Musim Sejuk dan sambutan Tahun Baru Cina merupakan sambutan yang utama
untuk menghidangkan bebola pulut. Faktor bebola pulut disediakan dalam masyarakat Cina ialah
supaya generasi muda mengingati amalan ini, untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga,
untuk mengekalkan tradisi masyarakat Cina. Kesimpulannya, makanan bebola pulut harus
diteruskan oleh generasi muda agar budaya ini terus diingati.

1
030323-01-0068

ISI KANDUNGAN

Butiran Muka Surat


Abstrak 1
Isi Kandungan 2-3
Penghargaan 4
1.0 Pengenalan 5-8
2.0 Objektif Kajian 9
3.0 Lokasi Kajian 10
3.1 Negeri Johor 10
3.2 Daerah Johor Bahru 11
3.3 Taman Johor Jaya 12
3.4 SMK Taman Johor Jaya 1 13
4.0 Metodologi 14
4.1 Pendahuluan 14
4.2 Reka Bentuk Kajian 14
4.3 Instrumen Kajian 14-15
4.4 Cara Mendapat Responden dan Informan 15
4.5 Cara Mendapat Maklumat/Data daripada Responden 15
4.5.1 Kaedah Borang Soal Selidik 15-16
4.5.2 Kaedah Temu Bual 17
4.5.3 Kaedah Perpustakaan 17
4.5.3.1 Buku 18
4.5.3.2 Kamus 18
4.5.3.3 Internet 18
4.6 Memproses dan Mempersembahkan Data 18-19
4.7 Rumusan 19

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 20


5.1 Demografi Responden 20-21

2
030323-01-0068

5.1.1 Jantina 21-22


5.1.2 Kelas 23-24
5.1.3 Etnik 25-26
5.1.4 Agama 26-27

5.2 Mengenal Pasti Jenis-Jenis Sambutan Cina Yang Menghidangkan 28-31


Bebola Pulut Dalam Kalangan Pelajar Cina Tingkatan Enam Di SMK
Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru.
5.3 Mengkaji Faktor Bebola Pulut Disediakan Dalam Sambutan Cina 32-34

Dalam Kalangan Pelajar Cina Tingkatan Enam Di SMK Taman Johor


Jaya 1, Johor Bahru
34-35
5.3.1 Faktor Untuk Menyembah Roh Nenek Moyang
35-36
5.3.2 Faktor Untuk Menyembah Tuhan
36-37
5.3.3 Faktor Supaya Generasi Muda Mengingati Amalan Ini
37-38
5.3.4 Faktor Sebagai Simbol Pertemuan Semula Seisi
38-39
Keluarga
39-40
5.3.5 Faktor Sebagai Hadiah Antara Rakan Taulan
40-41
5.3.6 Faktor Mengeratkan Hubungan Antara Ahli Keluarga
41-42
5.3.7 Faktor Sebagai Simbol Bertuah
42
5.3.8 Faktor Sebagai Simbol Kesejahteraan Keluarga
43
5.3.9 Faktor Untuk Mengekalkan Tradisi Masyarakat Cina
5.3.10 Faktor Boleh Disediakan Bila-Bila Masa

6.0 Rumusan 44-45


7.0 Rujukan 46

3
030323-01-0068

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK
Taman Johor Jaya 1 khasnya Tuan Haji Mohamed Salleh Bin Zainal Abidin serta penolong
kanan Pusat Tingkatan Enam Encik Fauzi Bin Awang kerana memberi sokongan dan galakan
kepada saya sepanjang saya melakukan kerja kursus ini.

Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada guru Pengajian Am saya iaitu Puan Hawa Binti
Ahmed. Beliau telah memberi banyak tunjuk ajar dan membimbing saya semasa saya membuat
kerja kursus pengajian am kertas 4 (900/4) penggal 2 tahun 2022 yang bertajuk Hidangan Bebola
Pulut dalam Pelbagai Sambutan Cina dalam Kalangan Pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK
Taman Johor Jaya 1.

Di samping itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa yang saya
hormati selama-lamanya. Mereka sentiasa memberi sokongan, dorongan, galakan dan tunjuk ajar
sepanjang saya melakukan kerja kursus ini sehinggalah selesai.

Tambahan lagi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya,
Yap Yan Zi dan Tee Xue Er yang sudi membantu saya semasa saya mengalami masalah dalam
kerja kursus.

Akhir sekali, penghargaan juga diberikan kepada semua responden yang sudi meluangkan
masa bagi menjawab soal selidik serta informan saya di temubual.

Sekian terima kasih.

4
030323-01-0068

1.0 PENGENALAN

Kajian ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk
mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Tema kajian ini ialah “Sosial dan Budaya : Makanan” dan
tajuk kajian ini ialah “Hidangan Bebola Pulut dalam Pelbagai Sambutan Cina dalam Kalangan
Pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), sosial bermaksud segala yang berkaitan
dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan dan berkaitan dengan persahabatan,
pergaulan, dan aktiviti masa lapang. Manakala definisi budaya dari Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007) mempunyai beberapa maksud. Antaranya ialah tamadun, peradaban, kemajuan
fikiran, akal budi merangkumi cara berfikir dan berkelakuan dan sebagainya. Bukan itu sahaja,
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), budaya juga merujuk kepada membiasakan
sesuatu perilaku atau perbuatan yang baik supaya berbudaya atau beradab, kebudayaan
keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala
hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat,
tamadun atau peradaban. Di samping itu, budaya ertinya sekumpulan barang kebendaan dan
kerohanian dari kumpulan sosial yang diturunkan dari generasi ke generasi untuk membimbing
amalan individu dan kolektif. Ini merangkumi bahasa, proses, cara hidup, adat, tradisi,
kebiasaan, nilai, corak, alat dan pengetahuan.. Oleh itu, dapat dirangkaikan bahawa sosial budaya
adalah amalan yang berupa gaya hidup dan beradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari
pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan
masyarakat berkenaan

Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia dan ialah sesuatu yang boleh
dimakan oleh manusia dengan tujuan menjaga kesihatan, mendapat tenaga, kekuatan dan
sebagainya. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang dicipta oleh nenek
moyang dalam masyarakat Cina. Masyarakat Cina kaya dengan kepelbagaian makanan
tradisional yang tersendiri. Menerusi makanan, latar belakang masyarakat dapat dikenal pasti
termasuklah keunikan budaya sesebuah kelompok termasuk cara hidup mereka dan cara mereka
berinteraksi dalam sistem sosial dapat difahami dengan lebih baik.

5
030323-01-0068

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), hidangan bermaksud makanan atau
minuman yang dihidangkan atau disajikan, sajian. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat lagi,
bebola bermaksud sesuatu objek dan sebagainya yang berbentuk bulat seperti bola. Pulut ertinya
beras atau sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan tetapi warnanya tidak berkilat dan ia
mengandungi kanji yang lebih banyak, menjadikannya melekit apabila dimasak.

Bebola pulut ataupun dipanggil Tangyuan ialah sejenis makanan tradisional dalam
masyarakat Cina. Biasanya, Tangyuan akan disediakan pada hujung tahun (21-23 Disember
setiap tahun) pada perayaan Solstis Musim Sejuk (Dongzhi). Menurut Sinar Harian,
(https://www.sinarharian.com.my/article/62923/KOLUMNIS/Tang-yuan-dan-butir-nako)
Tangyuan akan dimasak dengan sup manis dan biasanya dimakan semasa berkumpul bersama
keluarga. Hal ini kerana, bebola yang terkumpul dalam mangkuk melambangkan kebersamaan
keluarga.

Bukan itu sahaja, Tangyuan ini juga boleh disediakan pada sambutan lain seperti sambutan
Tahun Baru Cina, sambutan Hari Jadi dan sebagainya. Dalam budaya Cina, katanya jika makan
sebiji Tangyuan, ini melambangkan sudah bertambah usia 1 tahun dan ini disebut sebagai tiansui
yang bermaksud meningkat usia. Oleh itu mereka harus berkelakuan lebih baik pada tahun yang
akan datang.

Terdapat kepelbagaian Tangyuan iaitu berinti atau tanpa inti. Tangyuan tanpa inti
selalunya bersaiz lebih kecil dan lebih berwarna warni. Contoh warna yang akan digunakan
untuk membuat bebola pulut biasanya ialah warna putih, warna merah, warna kuning, warna
ungu, warna biru dan warna hijau. Bukan itu sahaja, setiap warna juga mempunyai simbol yang
berbeza. Sebagai contoh, warna putih bermaksud kepopularan, boleh dapat ikatan yang baik
dengan orang lain. Warna merah bermaksud bertuah. Warna kuning ertinya kekayaan dan warna
ungu melambangkan kebijaksanaan. Selain itu, warna biru bermaksud kerjaya dan warna hijau
ialah kesihatan.

(https://www.reddit.com/r/chinesefood/comments/rl1hln/
tang_yuan_for_winter_solstice_did_you_know_that/)

6
030323-01-0068

Gambar 1: Bebola pulut tanpa inti Gambar 2: Bebola pulut berinti

Sumber: http://white-garden.blogspot.com/2012/12/blog-post_21.html

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), sambutan merujuk kepada penerimaan
(ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll).
Seterusnya, maksud Cina dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah bangsa yang nenek
moyang mereka berasal dari China (Tiongkok), Tionghua. Masyarakat Cina di Malaysia
merupakan kaum yang kedua terbesar di negara ini. Masyarakat Cina di Malaysia terdiri
daripada beberapa etnik. Terdapat tujuh kumpulan etnik utama iaitu Hokkien, Hakka, Kantonis,
Teochew, Hainan dan Fuzhou. Bukan itu sahaja, masyarakat Cina juga mempunyai agama yang
berbeza. Sebagai contoh, kebanyakan orang Cina menganut agama Buddha dan Taoisme dan
sebahagian kecil orang Cina yang menganut agama Kristian.

Rasional kajian ini dijalankan terhadap pelajar Cina Tingkatan Enam dalam SMK Taman
Johor Jaya 1 kerana mereka telah didedahkan dengan pengetahuan tradisi orang Cina sejak kecil
lagi daripada ibu bapa mereka. Selain itu, melalui kajian ini pengkaji dapat mengetahui bahawa
setiap pelajar Cina mempunyai pengetahuan yang berbeza tentang hidangan bebola pulut dalam
pelbagai sambutan cina. Hal ini telah menarik minat pengkaji untuk membuat kajian ini supaya
lebih memahami tradisi makan bebola pulut daripada keluarga yang berbeza.

7
030323-01-0068

Kesimpulannya, hidangan bebola pulut dalam pelbagai sambutan keraian masyarakat Cina
telah menjadi satu tradisi yang penting dalam kalangan masyarakat Cina di SMK Taman Johor
Jaya 1. Hal ini kerana tradisi makan bebola pulut sudah menjadi satu amalan yang boleh
melambangkan keunikan budaya rakyat Cina dan tradisi ini telah diturunkan dari nenek moyang
kepada generasi yang seterusnya. Oleh itu budaya ini adalah amat penting dan perlulah
diwariskan kepada generasi yang baru.

8
030323-01-0068

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, penyelidik menggariskan dua objektif yang mampu menjadi landasan dan
panduan semasa menjalankan kajian ini. Objektif kajian ialah:

1. Mengenal pasti jenis-jenis sambutan yang menghidangkan bebola pulut dalam kalangan
pelajar Cina Tingkatan Enam SMK Taman Johor Jaya 1.
2. Mengkaji faktor bebola pulut disediakan dalam sambutan cina dalam kalangan pelajar
Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1.

9
030323-01-0068

3.0 Lokasi Kajian


3.1 Negeri Johor

Peta 1: Johor
Sumber: Laman Web Google Map

Johor Darul Ta'zim dahulunya dikenali sebagai Johor, ialah negeri di selatan Semenanjung
Malaysia. Jumlah kawasan tanah Johor hampir 19,102 kilometer dan dikelilingi olch Laut China
Selatan di timur. Johor mempunyai sempadan darat dengan negeri-negeri di Malaysia seperti
Pahang di utara, dan Melaka dan Negeri Sembilan di barat laut. Johor bersempadan secara
maritim dengan Singapura di selatan melalui Selat Johor dan Indonesia di kedua-dua barat dan
timur, Johor juga bersempadan secara maritim dengan Provinsi Kepulauan Riau melalui Selat
Melaka di selatan dan dengan Provinsi Riau melalui Selat Melaka di bahagian barat daya. Johor
Bahru ialah ibu kota dan pusat ekonomi negeri.

10
030323-01-0068

3.2 Daerah Johor Bahru

Peta 2: Johor Bahru

Sumber: Laman Web Google Map

Merujuk kepada portal rasmi kerajaan negeri Johor, negeri Johor terbahagi kepada 10
daerah dan Johor Bahru merupakan salah satu daerah di Johor. Johor Bahru ialah ibu negeri
Johor, Malaysia. Johor Bahru terletak di posisi yang amat istimewa dan strategik di Selatan
Semenanjung Malaysia. Pada keseluruhannya keadaan topografi Johor Bahru adalah mendatar
dan beralun dengan ketinggian paras muka buminya berada pada 200 meter melebihi paras laut
manakala kawasan terendah pula adalah 2 meter di atas paras laut. Menurut profil daerah Johor
Bahru yang dibuat oleh jurutera daerah, Mustafa Bin Murad di bawah Jabatan Pengaliran dan
Saliran (JPS) Johor Bahru, keluasan daerah Johor Bahru ialah 1063.99 km dan jumlah penduduk
dalam daerah Johor Bahru ialah 1,086,000 orang, Johor Bahru juga bersempadan dengan
Pontian, Kulai dan Kota Tinggi. Lembangan sungai utama (>80km) di daerah Johor Bahru
termasuklah Lembangan Sungai Skudai, Lembangan Sungai Tebrau, Lembangan Sungai Pulai
dan Lembangan Sungai Johor.

11
030323-01-0068

3.3 Taman Johor Jaya

Peta 3: Taman Johor Jaya


Sumber: Laman Web Google Map

Taman Johor Jaya merupakan sebuah bandar satelit yang terletak di daerah Johor Bahru,
Johor. Taman Johor Jaya terletak kira-kira 11 km dari pusat bandar Johor Bahru dan kira-kira 16
km dari Pasir Gudang. Jalan-jalan utama di Taman Johor Jaya termasuklah Jalan Dedap, Jalan
Bakawali, Jalan Teratai, Jalan Anggerik dan Jalan Ros Merah. Taman Johor Jaya mudah diakses
melalui Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya Kota Tinggi dan Lebuhraya EDL. Johor Jaya juga
berdekatan dengan Taman Desa Tebrau yang terkenal dengan Aeon Tebrau City.

12
030323-01-0068

3.4 SMK Taman Johor Jaya 1

Peta 4: SMK Taman Johor Jaya 1

Sumber: : Laman Web Google Map

SMK Taman Johor Jaya 1 ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Jalan Bakawali
75, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor. SMK Taman Johor Jaya 1 merupakan salah sebuah
sekolah awam oleh kerajaan Malaysia. Ia memberikan pendidikan percuma dan berkualiti. Selain
itu, SMK Taman Johor Jaya 1 menerima pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam.

13
030323-01-0068

4.0 Metadologi Kajian


4.1 Pendahuluan

Metodologi kajian ialah kaedah kajian dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan
menganalisis data untuk mendapatkan bukti yang boleh menyokong kepada dapatan dan
penghasilan kajian ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), metodologi bermaksud
sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin
dan sebagainya. Tujuan metodologi ini adalah untuk membantu memahami skop yang dikaji
dengan lebih luas dan lebih terperinci tentang pengaplikasikan kaedah dengan menghuraikan
proses kajian.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis sambutan Cina yang menghidangkan
bebola pulut dan mengkaji faktor bebola pulut disediakan dalam sambutan Cina dalam kalangan
pelajar Cina Tingkatan Enam SMK Taman Johor Jaya 1. Berdasarkan tujuan kajian di atas, bab
ini akan membincangkan reka bentuk kajian, instrument kajian, cara mendapat responden dan
informan, cara mendapat data dari responden, memproses dan mempersembahkan data dan juga
rumusan.

4.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi
dengan menggunakan data-data kuantitatif dan kualitatif yang dipungut melalui soal selidik dan
temu bual. Data-data yang diperolehi daripada sampel rawak ini kemudiannya dianalisis dan
dipersembahkan dengan statistik perihalan dan ujian signifikan, Keputusan ujian-ujian statistik
seterusnya akan memberikan kesimpulan terhadap ciri-ciri populasi yang dikaji.

4.3 Instrumen Kajian

Intrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika menjalankan
sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data yang
dikehendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif kajian. Dalam kajian ini, kaedah yang

14
030323-01-0068

digunakan ialah kaedah borang soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah kepustakaan.
Instrumen kajian untuk mendapat data terbahagi kepada dua, iaitu kuantitatif dan kualitatif.
Kuantitatif dijalankan melalui borang soal selidik manakala kualitatif dijalankan melalui temu
bual dan rujukan untuk memperoleh data yang tepat.

4.4 Cara mendapat responden dan informan

Bagi kaedah borang soal selidik, pengkaji telah memilih 30 orang responden secara rawak
bertujuan daripada kalangan pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1 untuk
menjawab borang soal selidik. Maklumat demografi seperti jantina, kelas, etnik dan agama telah
disediakan dalam borang soal selidik. Terdapat 10 orang lelaki dan 20 orang perempuan telah
dipilih untuk mengisi borang soal selidik ini.

Bagi kaedah temu bual, tiga orang informan telah dipilih untuk ditemu bual. Mereka telah
ditemu bual berdasarkan soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji.

4.5 Cara mendapat maklumat/ data daripada responden

4.5.1 Kaedah borang soal selidik

Borang soal selidik dalam kajian ini telah dijawab oleh pelajar Cina Tingkatan Enam di
SMK Taman Johor Jaya 1. Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup. Butiran bentuk
tertutup ialah butiran yang berkehendaklah jawapan pendek seperti ‘Ya’ atau ‘Tidak’ atau
memilih pilihan-pilihan yang telah disediakan. Rasional menggunakan soal selidik tertutup
adalah untuk mendapat jawapan yang berbeza-beza, mudah dibandingkan, diproses dan
dianalisiskan.

Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan
bahagian C. Bahagian A berkaitan dengan maklumat demografi. Bahagian B merangkumi soalan
yang berkaitan dengan jenis sambutan Cina yang menghidangkan bebola pulut dalam kalangan
pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1. Dalam bahagian ini, responden diberi
skala dua aras iaitu YA atau TIDAK sahaja. Bahagian C pula merangkumi soalan yang berkaitan

15
030323-01-0068

dengan faktor bebola pulut disediakan dalam sambutan Cina dalam kalangan pelajar Cina
Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1. Kajian ini menggunakan skala likert lima aras
iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju, sangat setuju. Borang soal selidik ini
telah diedarkan kepada pelajar Cina Tingkatan Enam semasa waktu rehat.

Skala dua aras

YA /
TIDAK /

Skala likert lima aras

Sangat tidak setuju /


Tidak setuju /
Tidak pasti /
Setuju /
Sangat setuju /

Gambar 1-2: Kaedah borang soal selidik dijalankan

4.5.2 Kaedah Temu Bual

16
030323-01-0068

Dalam kaedah temu bual, pengkaji telah menyediakan beberapa soalan untuk menemubual
3 orang pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1 yang berkaitan dengan
hidangan bebola pulut dalam sambutan Cina. Ketiga-tiga orang pelajar ini ialah pelajar
perempuan Cina. Pengkaji telah menyediakan borang temu bual yang mengandungi 3 soalan
berstruktur. Tujuan utama temu bual ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis sambutan yang
menghidangkan bebola pulut dan faktor bebola pulut disediakan dalam sambutan Cina.

Gambar 3-5: Menemubual Informan

4.5.3 Kaedah Kepustakaan

Pengkaji telah memperoleh banyak maklumat daripada bahan ilmiah seperti buku-buku,
kamus, sumber internet yang berkaitan dengan sosial budaya makanan Cina. Sumber rujukan
adalah penting untuk melihat hasil dapatan terdahulu.

4.5.3.1.Buku

Pengkaji telah menggunakan pelbagai buku yang berkaitan dengan tajuk dipilih oleh
pengkaji. Terdapat pelbagai maklumat telah diperoleh oleh pengkaji daripada beberapa buah
buku bagi menambah lagi maklumat dalam kajian ini.

17
030323-01-0068

4.5.3.2 Kamus

Pengkaji telah merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) untuk mendapat
definisi perkataan-perkataan tertentu dengan tepat dan terperinci. Melalui kaedah ini, pengkaji
telah Berjaya menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.

4.5.3.3 Internet

Pengkaji melayari internet untuk mencari sumber maklumat yang berkaitan dengan tajuk
kajian ini seperti berita online, google map, dan sebagainya. Kaedah Internet banyak membantu
dalam memyempurnakan kerja kursus ini.

Gambar 6-7: Kaedah kepustakaan sedang dijalankan di SMK Taman Johor Jaya 1 dan
Perpustakaan Sultan Ismail

4.6 Memproses dan mempersembahkan data

Selepas mengumpulkan borang soal selidik, penganalisisan data dan penilaian telah
dijalankan. Dalam borang soal selidik bahagian A, data yang diperoleh dibahagikan kepada
jantina, kelas, etnik dan agama. Dalam bahagian B, kaedah statistik deskriptif digunakan untuk
menganalisis data yang berbentuk skala dua aras. Analisis deskrptif bertujuan untuk memberikan
gambaran tentang sesuatu data. Data yang telah diperoleh daripada analisis ini dipersembahkan
dalam bentuk kekerapan, peratusan, jadual, graf dan carta. Selain itu, pengkaji juga menganalisis
data bagi penyataan yang menggunakan skala likert 5 aras seperti berikut:

18
030323-01-0068

Skala Tanda ( / )
Sangat tidak setuju
Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju
Sangat tidak setuju

4.7 Rumusan

Metodologi yang telah digunakan diharapkan dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan
dapatan kajian ini. Sehubungan itu, pengkaji akan menurut amalan tatacara kajian yang terbaik dengan
menepati prosedur penggubalan borang soal selidik, kutipan data dan seterusnya penganalisaan data
dalam menyiapkan kajian ini.

19
030323-01-0068

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian setelah
melakukan kajian yang berkaitan dengan jenis-jenis sambutan yang menghidangkan bebola pulut
dalam kalangan pelajar Cina SMK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru dan faktor bebola pulut
disediakan dalam sambutan Cina dalam kalangan pelajar Cina Tingkatan Enam SMK Taman
Johor Jaya 1, Johor Bahru. Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapat statistik
dalam bentuk kekerapan, peratusan, jadual, carta dan graf.

5.1 Data Demografi Responden

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Cina dalam SMK Taman Johor
Jaya 1, Johor Bahru telah mengisi borang soal selidik seperti berikut:

Maklumat Demografi Bilangan (orang) Peratusan (%)


Jantina Lelaki 10 33.33%
Perempuan 20 66.67%
Kelas Fizikal 1 3.33%
Anatomi 4 13.33%
Fisiologi 4 13.33%
Perakaunan 7 23.33%
Ekonomi 5 16.67%
Sosial 3 10.00%
Kemanusiaan 1 3.33%
Teknologi 5 16.67%
Etnik Hokkien 8 26.67%
Hakka 9 30.00%
Kantonis 8 26.67%
Teochew 3 10.00%
Hainan 1 3.33%
Fuzhou 1 0.00%
Lain-lain 0
Agama Buddha 25 83.33%

20
030323-01-0068

3
Taoisme 1 10.00%
Kristian 1 3.33%
Lain 3.33%

Jadual 1: Demografi Responden Mengikut Kelas

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)

5.1.1 Jantina

Jadual 2 dan Rajah 1 berikut menunjukkan peratus dan bilangan responden yang disoal selidik
mengikut jantina

Jantina Bilangan (orang) Peratus (%)


Lelaki 10 33.33
Perempuan 20 66.67

Jadual 1: Demografi Responden Mengikut Jantina

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)

21
030323-01-0068

JANTINA Responden

33.33%

66.67%

LELAKI PEREMPUAN

Rajah 1: Demografi Responden Mengikut Jantina

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)

Daripada 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Cina Tingkatan Enam SMK
Taman Johor Jaya 1, seramai 10 orang responden (33.33%) merupakan lelaki dan seramai 20
orang responden (66.67%) merupakan perempuan. Responden perempuan adalah lebih daripada
responden lelaki sebanyak 33.34%. Hal ini demikian kerana pelajar Cina perempuan di SMK
Taman Johor Jaya 1 adalah lebih banyak daripada pelajar Cina lelaki.

22
030323-01-0068

5.1.2 Kelas

Jadual 3 dan Rajah 2 menunjukkan peratus dan bilangan responden yang disoal selidik mengikut
kelas

Kelas Bilangan (orang) Peratus (%)


Fizikal 1 3.33
Anatomi 4 13.33
Fisiologi 4 13.33
Perakaunan 7 23.33
Ekonomi 5 16.67
Sosial 3 10.00
Kemanusiaan 1 3.33
Teknologi 5 16.67

Jadual 3: Demografi Responden Mengikut Kelas

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)

23
030323-01-0068

KELAS
3.33%
16.67%
13.33%

FIZIKAL
3.33% ANATOMI
FISIOLOGI
PERAKAUNAN
13.33% EKONOMI
10.00% SOSIAL
KEMANUSIAAN
TEKNOLOGI

16.67%
23.33%

Rajah 2: Demografi Responden Mengikut Kelas

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)

Dapatan kajian menunjukkan seramai 1 orang responden (3.33%) dari kelas Fizikal, 4
orang responden (13.33%) dari kelas Anatomi, 4 orang responden (13.33%) dari kelas Fisiologi,
7 orang responden (23.33%) dari kelas Perakaunan, 5 orang responden (16.67%) dari kelas
Ekonomi, 3 orang responden (10.00%) dari kelas Sosial, 1 orang responden (3.33%) dari kelas
Kemanusiaan dan 5 orang responden (16.67%) dari kelas Teknologi. Hal ini teleh diperlihatkan
kelas Perakaunan mempunyai banyak pelajar Cina berbanding dengan kelas lain di SMK Taman
Johor Jaya 1.

24
030323-01-0068

5.1.3 Etnik

Jadual 4 dan Rajah 3 menunjukkan peratus dan bilangan responden yang disoal selidik mengikut
etnik.

Etnik Bilangan (orang) Peratus (%)


Hokkien 8 26.67
Hakka 9 30.00
Kantonis 8 26.67
Teochew 3 10.00
Hainan 1 3.33
Fuzhou 1 3.33
Lain 0 0.00
Jadual 4: Demografi Responden Mengikut Etnik

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)

ETNIK
HOKKIEN HAKKA KANTONIS TEOCHEW HAINAN FUZHOU LAIN
3.33%
3.33%
10.00%
26.67%

26.67%

30.00%

Rajah 3: Demografi Responden Mengikut Etnik

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)

25
030323-01-0068

Berdasarkan hasil kajian daripada 30 orang responden yang disoal selidik, 8 orang
responden (26.67%) ialah etnik Hokkien, 9 orang responden (30.00%) ialah etnik Hakka, 8 orang
responden (26.67%) ialah etnik Kantonis, 3 orang responden (10.00%) ialah etnik Teochew.
Bagi kategori etnik Hainan dan Fuzhou, kekerapan adalah sama iaitu sebanyak 1 orang
responden (3.33%). Akhir sekali, 0 orang responden (0.00%) ialah etnik yang lain. Maka dilihat
bahawa kumpulan responden yang majoriti ialah responden yang terdiri daripada etnik Hakka.
Menurut (https://pendidikansivik8.wordpress.com/kenali-masyarakat-malaysia/kaum-cina/)
orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di bahagian-bahagian Johor terutamanya
Kulai. Oleh itu, kumpulan etnik Hakka adalah lebih banyak berbanding dengan etnik yang lain.
Berdasarkan hasil kajian ini, tiada responden (0.00%) yang mempunyai etnik lain. Hal ini kerana
dalam bangsa Cina setiap orang Cina mempunyai satu etnik, dan etnik ini diikuti dengan
generasi yang seterusnya daripada nenek moyang mereka.

5.1.4 Agama

Jadual 5 dan Rajah 4 menunjukkan peratus dan bilangan responden yang disoal selidik mengikut
agama.

Agama Bilangan (orang) Peratus (%)


Buddha 25 83.33
Kristian 3 10.00
Taoisme 1 3.33
Lain-lain 1 3.33
Jadual 5: Demografi Responden Mengikut Agama

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)

26
030323-01-0068

AGAMA
3.33%3.33%

10.00%

BUDDHA
KRISTIAN
TAOISME
LAIN

83.33%

Rajah 4: Demografi Responden Mengikut Agama

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)

Secara keseluruhannya, agama Taoisme dan agama lain mempunyai satu orang responden
(3.33%) yang disoal selidik. Agama lain ialah tidak mempunyai agama. Kebanyakan responden
daripada pelajar Cina Tingkatan Enam SMK Taman Johor Jaya 1 adalah beragama Buddha, iaitu
seramai 25 orang responden (83.33%), kemudian diikuti responden yang beragama Kristian,
seramai 3 orang responden (10.00%). Hal ini telah menunjukkan bahawa kebanyakan responden
beragama Buddha di SMK Taman Johor Jaya 1.

27
030323-01-0068

5.2 Mengenal Pasti Jenis-jenis Sambutan Yang Menghidangkan Bebola Pulut Dalam
Kalangan Pelajar Cina Tingkatan Enam Di SMK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Cina Tingkatan Enam SMK Taman
Johor Jaya 1 telah mengisi borang soal selidik seperti berikut:

Bill Aktiviti Kekerapan (orang)

Ya Tidak
1. Tahun Baru Cina 18 12
(60.00%) (40.00%)
2. Solstis Musim Sejuk 30 0
(100.00%) (0.00%)
3. Hari Jadi 7 23
(23.33%) (76.67%)
4. Pesta Tanglung 7 23
(23.33%) (76.67%)
5. Pesta Perahu Naga 2 28
(6.67%) (93.33%)
6. Pesta Ching Ming 5 25
(16.67%) (83.33%)

Jadual 6: Jenis-jenis sambutan yang menghidangkan bebola pulut dalam kalangan pelajar Cina
Tingkatan Enam Di SMK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru.

28
030323-01-0068

Jenis-jenis Sambutan Yang Menghidangkan Bebola Pulut


Dalam Kalangan Pelajar Cina Tingkatan Enam
120.00%
100%
100.00% 93%
83%
80.00% 77% 77%

60%
60.00%
40%
40.00%
23% 23%
20.00% 17%
7%
0%
0.00%
Tahun Baru Cina Solstis Musim Hari Jadi Pesta Tanglung Pesta Perahu Pesta Ching
Sejuk Naga Ming

Ya Tidak

Rajah 5: Jenis-jenis sambutan yang menghidangkan bebola pulut dalam kalangan pelajar Cina
Tingkatan Enam Di SMK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru.

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)

Jadual 6 dan Rajah 5 telah menunjukkan bilangan dan peratus responden yang memilih
YA atau TIDAK untuk mengenal pasti jenis-jenis sambutan yang menghidangkan bebola pulut
dalam kalangan pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1. Bagi sambutan
Solstis Musim Sejuk, semua responden (100%) bersetuju bahawa bebola pulut (Tangyuan)
dihidangkan pada sambutan tersebut. Hal ini kerana sambutan tersebut ialah sambutan utama
untuk menyediakan Tangyuan. Mereka akan membuat Tangyuan pada malam menjelang
Dongzhi. Selepas makan Tangyuan, mereka menganggap usia mereka sudah bertambah satu
tahun. Mengikut adat Hokkien, kanak-kanak perlu makan bilangan Tangyuan yang mengikut
bilangan umur masing-masing. Jika tidak, mereka tidak dapat tambah satu tahun.
(https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/21/apakah-simbolik-di-sebalik-perayaan-winter-
solstice/)

29
030323-01-0068

Bagi sambutan Tahun Baru Cina, terdapat 18 orang responden (60.00%) bersetuju
bahawa Tangyuan akan dihidangkan pada sambutan tersebut dan terdapat 12 orang responden
(40.00%) tidak menyetujui penyataan tersebut. Hal ini kerana sambutan Tahun Baru Cina
merupakan sambutan yang berkumpul bersama keluarga dan maksud bentuk Tangyuan yang
bulat memberi simbolik keluarga yang berkumpul dan bersatu. Oleh itu, mereka akan makan
Tangyuan pada sambutan Tahun Baru Cina. Menurut informan 1 dan 2 mereka menyatakan
bahawa pada sambutan Tahun Baru Cina keluarga mereka akan menyediakan Tangyuan pada
sambutan tersebut. Hal ini kerana ini merupakan tradisi keluarga mereka

Bagi sambutan Hari Jadi, peratus responden yang tidak bersetuju adalah lebih tinggi
daripada peratus responden yang setuju. Seramai tujuh orang responden setuju (23.33%) dan 23
orang responden (76.67%) tidak bersetuju. Hal ini mungkin disebabkan keluarga mereka tidak
mempunyai amalan tradisi untuk makan Tangyuan pada sambutan Hari Jadi. Tetapi menurut
Informan 2, keluarga beliau akan menyediakan bebola pulut pada sambutan tersebut sebab ini
bermakna sudah bertambah usia satu tahun.

Bagi sambutan Pesta Tanglung, hasil kajian adalah sama dengan sambutan Hari Jadi iaitu
seramai tujuh orang bersetuju (23.33%) dan 23 orang responden tidak bersetuju (76.67%). Hal
ini demikian kerana makanan utama yang dihidangkan pada sambutan Pesta Tanglung ialah kuih
bulan tetapi bukan bermakna sambutan Pesta Tanglung tidak boleh menyediakan Tangyuan, kuih
bulan ialah hidangan utama tetapi ada keluarga juga akan menyediakan Tangyuan sebagai simbol
kuih bulan dan Tangyuan adalah sama iaitu simbol pertemuan semula seisi keluarga. Menurut
Informan 3, beliau berkata bahawa keluarga beliau akan menyediakan Tangyuan pada sambutan
Pesta Tanglung kerana jika sambutan tersebut tidak menyediakan Tangyuan, ia akan menjadi
tidak lengkap.

Bagi sambutan Pesta Perahu Naga, terdapat dua orang responden (6.67%) sahaja yang
bersetuju bahawa mereka akan menghidangkan Tangyuan pada sambutan tersebut dan 28 orang
responden (93.33%) tidak bersetuju. Hal ini demikian kerana makanan utama untuk dihidangkan
pada sambutan Pesta Perahu Naga ialah Zongzi. Zongzi merupakan sejenis makanan yang
menggunakan daun buluh untuk membalut beras pulut ke dalam bentuk piramid. Sambutan
tersebut adalah untuk menghargai seorang penyair patriotik yang bernama Qu Yuan. Beliau

30
030323-01-0068

membunuh diri ke dalam Sungai Miluo sebab beliau merasakan bahawa beliau tidak mempunyai
kuasa untuk menyelamatkan tanah air beliau. Apabila orang ramai mendengar berita ini, mereka
mendayung bot di sungai Miluo dan cuba mencari mayatnya, tetapi gagal. Untuk tidak
membiarkan ikan dan udang makan mayat Qu Yuan, orang ramai mencampakkan makanan iaitu
Zongzi ke dalam sungai untuk memberi makanan kepada ikan dan udang.
(http://easociety.weebly.com/dragon-boat-festival-perayaan-duan-wu.html)

Gambar 8: Zongzi

Bagi sambutan Pesta Ching Ming, seramai lima orang responden (16.67%) bersetuju dan
25 orang responden tidak bersetuju. Hal ini telah menunjukkan bahawa kebanyakan responden
tidak menghidangkan Tangyuan pada sambutan tersebut. Amalan makan Tangyuan bukan satu
adat pada Pesta Ching Ming kerana adat resam pada Hari Ching Ming ialah satu perayaan untuk
menziarahi perkuburan, membakar colok, meletakkan makanan dan buah-buahan di depan jirat
kaum keluarga. Selepas itu, ahli keluarga akan menjalankan upacara persembahan orang
tersayang yang meninggal dunia.

(https://malay.cri.cn/00010101/334dac31-6b0c-4cd2-b5f2-ab3622334a20.html)

Secara keseluruhannya, majoriti responden tidak menghidangkan Tangyuan dalam


sambutan perayaan tertentu kecuali sambutan Tahun Baru Cina dan sambutan Solstis Musim
Sejuk.

31
030323-01-0068

5.3 Mengkaji faktor bebola pulut disediakan dalam sambutan Cina dalam kalangan
pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru.

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman
Johor Jaya telah mengisi borang soal selidik seperti berikut:

Item-item borang Setuju Tidak Tidak Setuju (TS)


soal selidik (S) Pasti
(TP)
Bil Faktor Sangat Setuju Tidak Sangat Tidak
bebola pulut Setuju Pasti Tidak Setuju Setuju
disediakan
f % f % f % f % f %
dalam
sambutan
cina
1 Untuk 6 20.00 14 46.67 3 10.00 3 10.00 4 13.33
menyembah 66.67% 10.00% 23.33%
roh nenek
moyang
2 Untuk 4 13.33 11 36.67 9 30.00 3 10.00 3 10.00
menyembah 50.00% 30.00% 20.00%
tuhan
3 Supaya 10 33.33 15 50.00 4 13.33 0 0.00 1 3.33
generasi 83.33% 13.33% 3.33%
muda
mengingati
amalan ini
4 Sebagai 12 40.0 8 26.67 5 16.67 0 0.00 5 16.67
simbol 0

32
030323-01-0068

pertemuan 66.67% 16.67% 16.67%


semula seisi
keluarga

5 Sebagai 1 3.33 3 10.00 12 40.00 4 13.33 10 33.33


hadiah antara 13.33% 40.00% 46.66%
rakan taulan

6 Untuk 6 20.00 16 53.33 5 16.67 0 0.00 3 10.00


mengeratkan 73.33% 16.67% 10.00%
hubungan
antara ahli
keluarga
7 Sebagai 5 16.67 12 40.00 9 30.00 1 3.33 3 10.00
simbol 56.67% 30.00% 13.33%
bertuah
8 Sebagai 10 33.33 15 50.00 2 6.67 1 3.33 2 6.67
simbol 83.33% 6.67% 40.00%
kesejahteraan
keluarga
9 Untuk 22 73.33 7 23.33 0 0.00 1 3.33 0 0.00
mengekalkan 96.66% 0.00% 3.33%
tradisi
masyarakat
Cina
10 Boleh 8 26.67 7 23.33 5 16.67 3 10.00 7 23.33
disediakan 50.00% 16.67% 33.33%
pada bila-
bila masa

33
030323-01-0068

Jadual 7: Faktor bebola pulut disediakan dalam sambutan Cina dalam kalangan pelajar Cina
Tingkatan Enam SMK Taman Johor Jaya 1

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)

5.3.1 Untuk menyembah roh nenek moyang,

Untuk menyembah roh nenek moyang

Tidak setuju 13.33%

Sangat tidak setuju 10.00%

Tidak pasti 10.00%

Setuju 46.47%

Sangat setuju 20.00%

0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45% 50%

Peratus Responden(%)

Rajah 6 : Peratus Responden Terhadap Faktor Untuk menyembah roh nenek moyang

(Sumber : Kajian Lapangan 2022)

Dapatan kajian menunjukkan seramai enam orang responden (20.00%) sangat bersetuju,
14 orang responden (46.67%) bersetuju, tiga orang responden (10.00%) tidak pasti, empat orang
responden (13.33%) tidak bersetuju dan tiga orang responden (10.00%) sangat tidak bersetuju.
Hal ini telah menunjukkan bahawa ramai responden adalah bersetuju bahawa bebola pulut
(Tangyuan) yang disediakan pada sambutan Cina adalah untuk menyembah roh nenek moyang.
Hal ini kerana kebanyakan responden pengkaji ialah beragama Buddha. Menurut informan 2
yang beragama Buddha, beliau telah menyatakan bahawa pada sambutan Tahun Baru Cina dan

34
030323-01-0068

sambutan Solstis Musim Sejuk, keluarga beliau akan menyediakan Tangyuan untuk menyembah
roh nenek moyang.

Gambar 9-10: Menyediakan Tangyuan untuk menyembah roh nenek moyang

5.3.2 Untuk menyembah Tuhan,

Untuk Menyembah Tuhan

Tidak setuju 10.00%

Sangat tidak setuju 10.00%

Tidak pasti 30.00%

Setuju 36.67%

Sangat setuju 13.33%

0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40%

Peratus Responden(%)

Rajah 7 : Peratus Responden Terhadap Faktor Untuk Menyembah Tuhan


35
030323-01-0068

(Sumber : Kajian Lapangan 2022)

Berdasarkan rajah 7, terdapat empat orang responden (13.33%) sangat bersetuju, 11 orang
responden (36.67%) bersetuju, sembilan orang responden (30.00%) tidak pasti, tiga orang
responden (10.00%) sangat tidak bersetuju dan tiga orang responden (10.00%) tidak bersetuju.
Secara keseluruhannya, majoriti responden yang bersetuju dengan faktor ini. Hal ini kerana,
tradisi orang Cina, mereka bukan sahaja menyediakan Tangyuan untuk menyembah roh nenek
moyang tetapi juga menyembah Tuhan. Menurut Informan 3 yang beragama Buddha, beliau
berkata beliau akan menyediakan Tangyuan untuk menyembah Tuhan pada sambutan Solstis
Musim Sejuk dan Pesta Tanglung sebab ini ialah tradisi keluarga beliau.

5.3.3 Supaya generasi muda mengingati amalan ini

Supaya Generasi Muda Mengingati Amalan Ini

Tidak setuju 3.33%

Sangat tidak setuju 0.00%

Tidak pasti 13.33%

Setuju 50.00%

Sangat setuju 33.33%

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60%

Peratus Responden(%)

Rajah 8 : Peratus Responden Terhadap Faktor Supaya Generasi Muda Mengingati Amalan Ini

(Sumber : Kajian Lapangan 2022)

Terdapat 10 orang responden (33.33%) sangat bersetuju, 15 orang responden (50.00%)


bersetuju, empat orang responden (13.33%) tidak pasti, tiada responden (0.00%) sangat tidak

36
030323-01-0068

bersetuju dan satu orang responden (3.33%) tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Secara
keseluruhannya, majoriti responden (83.33%) adalah bersetuju bahawa mereka menyediakan
Tangyuan dalam sambutan Cina supaya generasi muda mengingati amalan ini. Hal ini kerana
Tangyuan mempunyai makanan tradisional yang amat penting kepada masyarakat Cina. Untuk
melestarikan dan mewariskan makanan tradisional ini, kebanyakan keluarga akan memilih untuk
membuat Tangyuan sendiri dan mengajar anak-anak mereka supaya makanan tradisional ini
tidak dilupakan. Menurut Informan 2, Tangyuan ialah makanan yang diwariskan oleh nenek
moyang kita, ialah makanan tradisional yang kaum lain tidak ada dan ia melanbangkan budaya
Cina. Jikalau kita tidak mewariskan makanan tersebut kepada generasi yang seterusnya, mereka
tidak akan tahu bahawa masyarakat Cina mempunyai satu makanan tradisional iaitu Tangyuan
dan makanan tersebut akan semakin dilupa.

5.3.4 Faktor sebagai simbol pertemuan semula seisi keluarga,

Sebagai Simbol Pertemuan Semula Seisi Keluarga

Tidak setuju 16.67%

Sangat tidak setuju 0.00%

Tidak pasti 16.67%

Setuju 26.67%

Sangat setuju 40.00%

0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45%

Peratus Responden(%)

Rajah 9 : Peratus Responden Terhadap Faktor Sebagai Simbol Pertemuan Semula Seisi Keluarga

(Sumber : Kajian Lapangan 2022)

37
030323-01-0068

Terdapat 12 orang responden (40.00%) sangat bersetuju, lapan orang responden (26.67%)
bersetuju, lima orang responden (16.67%) tidak pasti, tiada responden (0.00%) sangat tidak
beretuju dan lima orang responden (16.67%) tidak bersetuju. Hal ini kerana bebola pulut
biasanya dimakan semasa berkumpul bersama keluarga. Bebola yang terkumpul dalam mangkuk
melambangkan kebersamaan keluarga. Menurut Informan 1 menyatakan bahawa, ibu beliau
sangat suka makan bebola pulut sebab ia melambangkan simbol pertemuan seisi keluarga. Beliau
juga suka makan bebola pulut sebab ia akan mengingatkan beliau pada kenangan zaman kanak-
kanak beliau.

5.3.5 Faktor sebagai hadiah antara rakan taulan

Sebagai Hadiah Antara Rakan Taulan

Tidak setuju 33.33%

Sangat tidak setuju 13.33%

Tidak pasti 40.00%

Setuju 10.00%

Sangat setuju 3.33%

0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45%

Peratus Responden(%)

Rajah 10 : Peratus Responden Terhadap Faktor Sebagai Hadiah Antara Rakan Taulan

(Sumber : Kajian Lapangan 2022)

Dapatan kajian menunjukkan terdapat satu orang responden (3.33%) sangat setuju, tiga
orang responden (10.00%) setuju, 12 orang responden (40.00%), empat orang responden
(13.33%) sangat tidak bersetuju dan 10 orang responden (33.33%) tidak bersetuju. Terdapat
40.00% orang responden tidak pasti dan 46.66% orang responden tidak setuju penyataan ini

38
030323-01-0068

mungkin kerana bebola pulut ialah makanan yang mudah dibuat dan juga boleh dibeli di luar
serta setiap keluarga akan menyediakan pada sambutan Solstis Musim Sejuk. Oleh itu, mereka
tidak akan menghadiahkan bebola pulut kepada rakan.

5.3.6 Faktor untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga

Untuk Mengeratkan Hubungan Antara Ahli Keluarga

Tidak setuju 10.00%

Sangat tidak setuju 0.00%

Tidak pasti 16.67%

Setuju 53.33%

Sangat setuju 20.00%

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60%

Peratus Responden(%)

Rajah 11 : Peratus Responden Terhadap Faktor Untuk Mengeratkan Hubungan Antara Ahli
Keluarga

(Sumber : Kajian Lapangan 2022)

Berdasarkan rajah 11, terdapat enam orang responden (20.00%) sangat bersetuju, 16 orang
responden (53.33%) bersetuju, lima orang responden (16.67%) tidak pasti, tiada responden
(0.00%) sangat tidak bersetuju dan tiga orang responden (10.00%) tidak setuju. Hal ini kerana
apabila membuat bebola pulut, ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk membuat bebola
pulut. Ini telah mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Menurut Informan 3 menyatakan
bahawa, pada sambutan Pesta Tanglung dan Solstis Musim Sejuk, beliau akan membuat bebola
pulut bersama adik-beradik, ini telah mengeratkan hubungan antara ahli keluarga

39
030323-01-0068

Gambar 11: Membuat Tangyuan bersama keluarga

5.3.7 Faktor sebagai simbol bertuah

Sebagai Simbol Bertuah

Tidak setuju 10.00%

Sangat tidak setuju 3.33%

Tidak pasti 30.00%

Setuju 40.00%

Sangat setuju 16.67%

0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45%

Peratus Responden(%)

Rajah 12 : Peratus Responden Terhadap Faktor Sebagai Simbol Bertuah

(Sumber : Kajian Lapangan 2022)

40
030323-01-0068

Berdasarkan rajah 12, terdapat lima orang responden (16.67%) sangat bersetuju, 12 orang
responden (40.00%) bersetuju, sembilan orang responden (30.00%) tidak pasti, satu orang
responden (3.33%) sangat tidak bersetuju dan tiga orang responden (10.00%) tidak setuju. Hal
ini kerana bebola pulut membawa maksud bertuah dalam masyarakat Cina. Menurut Informan 2,
beliau telah menyatakan bahawa keluarga beliau makan bebola pulut sebagai simbol bertuah.
Menurut Informan 3, beliau berkata bebola pulut adalah unik sebab ia berasa manis, ini telah
melambangkan kehidupan bahagia dan bertuah.

5.3.8 Faktor sebagai simbol kesejahteraan keluarga

Sebagai Simbol Kesejahteraan Keluarga

Tidak setuju 6.67%

Sangat tidak setuju 3.33%

Tidak pasti 6.67%

Setuju 50.00%

Sangat setuju 33.33%

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60%

Peratus Responden(%)

Rajah 13 : Peratus Responden Terhadap Faktor Sebagai Simbol Kesejahteraan Keluarga

(Sumber : Kajian Lapangan 2022)

Terdapat 10 orang responden (33.33%) sangat bersetuju, 15 orang responden (50.00%)


bersetuju, dua orang responden (6.67%) tidak pasti, satu orang responden (3.33%) sangat tidak
bersetuju dan dua orang responden (6.67%) tidak setuju. Hal ini kerana bebola bukan sahaja
melambangkan kebersamaan keluarga dan bertuah tetapi juga membawa maksud kesejahteraan
keluarga. Menurut Informan 3 berkata makan bebola pulut (Tangyuan) adalah satu tradisi yang

41
030323-01-0068

penting, sebab Tangyuan bermaksud kebersamaan keluarga, ia melambangkan ahli keluarga


berkumpul bersama semasa makan bebola pulut. Ini akan membawa kesejateraan keluarga.

5.3.9 Faktor untuk mengekalkan tradisi masyarakat Cina

Untuk Mengekalkan Tradisi Masyarakat Cina

Tidak setuju 0.00%

Sangat tidak setuju 3.33%

Tidak pasti 0.00%

Setuju 23.33%

Sangat setuju 73.33%

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%

Peratus Responden(%)

Rajah 14 : Peratus Responden Terhadap Faktor Untuk Mengekalkan Tradisi Masyarakat Cina

(Sumber : Kajian Lapangan 2022)

Berdasarkan gambar rajah 14, terdapat 22 orang responden (73.33%) sangat bersetuju,
tujuh orang responden (23.33%) bersetuju, tiada responden (0.00%) tidak pasti, satu orang
responden (3.33%) sangat tidak bersetuju dan tiada responden (0.00%) tidak bersetuju penyataan
tersebut. Hal ini kerana bebola pulut ialah satu makanan tradisional yang boleh melambangkan
kebudayaan Cina. Bebola pulut merupakan makanan tradisional yang sangat penting kepada
masyarakat Cina. Oleh itu setiap masyarakat Cina perlulah mengekalkan tradisi tersebut.

5.3.10 Faktor boleh disediakan pada bila-bila masa

42
030323-01-0068

Boleh Disediakan Pada Bila-bila Masa

Tidak setuju 23.33%

Sangat tidak setuju 10.00%

Tidak pasti 16.67%

Setuju 23.33%

Sangat setuju 26.67%

0% 5% 10% 15% 20% 25% 30%

Peratus Responden(%)

Rajah 15 : Peratus Responden Terhadap Faktor Boleh Disediakan Pada Bila-bila Masa

(Sumber : Kajian Lapangan 2022)

Dapatan kajian menunjukkan terdapat 8 orang responden (26.67%) sangat bersetuju, 7


orang responden (23.33%) setuju, 5 orang responden (16.67%) tidak pasti, 3 orang responden
(10.00%) sangat tidak bersetuju dan 7 orang responden (23.33%) tidak bersetuju. Kebanyakan
responden (50.00%) bersetuju dengan penyataan tersebut kerana bebola pulut adalah mudah
dibuat dan boleh membeli di luar. Oleh itu, inidividu boleh menyediakan bebola pulut bila-bila
masa, bukan sahaja boleh disediakan pada sambutan Solstis Musim Sejuk tetapi juga boleh
disediakan pada sambutan Tahun Baru Cina ataupun sambutan Cina yang lain.

Secara keseluruhannya, majoriti masyarakat Cina menghidangkan Tangyuan untuk


menyambut pelbagai pesta perayaan. Antara faktor dominan hidangan ini disediakan ialah untuk
menyembah roh nenek moyang, supaya generasi muda mengingati amalan ini, sebagai simbol
pertemuan semula seisi keluarga, untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga, sebagai
simbol kesejahteraan hidup dan untuk mengekalkan tradisi masyarakat Cina.

6.0 Rumusan

43
030323-01-0068

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hidangan bebola pulut dalam pelbagai
sambutan Cina dalam kalangan pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1, Johor
Bahru. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis sambutan Cina yang
menghidangkan bebola pulut dan mengkaji faktor bebola pulut disediakan dalam sambutan Cina
dalam kalangan pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru.

Bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah kajian untuk
menjalankan kajian ini iaitu kaedah soal selidik, kaedah temubual dan kaedah kepustakaan.
Seramai 30 orang responden telah disoal selidik dan tiga orang informan telah ditemu bual.
Setelah mengumpul maklumat dan data daripada responden dan informan, penganalisisan data
penilaian telah dijalankan dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, jadual, graf
dan carta.

Berdasarkan bahagian A dalam borang soal selidik, dapatan kajian menunjukkan seramai
10 orang lelaki dan 20 orang perempuan telah diminta untuk mengisi borang soal selidik dan
kebanyakan responden dari kelas Perakaunan, beretnik Hakka dan beragama Buddha.

Berdasarkan bahagian B dalam borang soal selidik, dapatan kajian menunjukkan bahawa
semua responden memilih YA terhadap sambutan Solstis Musim Sejuk dan majoriti responden
memilih YA terhadap sambutan Tahun Baru Cina bahawa mereka akan menghidangkan bebola
pulut pada sambutan tersebut.

Berdasarkan bahagian C dalam borang soal selidik, dapatan kajian menunjukkan majoriti
responden bersetuju bahawa faktor mereka menyediakan bebola pulut dalam sambutan Cina
ialah supaya generasi muda mengingati amalan ini, untuk mengeratkan hubungan antara ahli
keluarga, sebagai simbol kesejahteraan keluarga dan untuk mengekalkan tradisi masyarakat
Cina. Secara keseluruhannya, ketinggian peratus responden yang setuju (sangat setuju atau
setuju) menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju kuih bulan disediakan atas faktor-
faktor yang disenaraikan.

Kesimpulannya, bagi melestarikan tradisi dan budaya menyediakan bebola pulut dalam
sambutan Cina, masyarakat Cina perlu mementingkan budaya ini dan mewaris kepada generasi
yang akan datang. Hal ini kerana makanan tradisi ini sangat bermakna kepada masyarakat Cina.
Pendek kata, amalan makan bebola pulut ialah budaya tradisional yang perlu diamalkan dan
44
030323-01-0068

tidak boleh dipinggirkan oleh setiap masyarakat kerana makanan tradisional ini ialah satu simbol
sosiobudaya yang penting dalam negara Malaysia.

45
030323-01-0068

7.0 Rujukan

GoogleMaps. Dicapai pada Jun 15, 2022 dari https://maps.google.com.my

Johari Yap (2019, Disember 22). Tang yuan dan butir nako

(https://www.sinarharian.com.my/article/62923/KOLUMNIS/Tang-yuan-dan-butir-nako)

Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Internet (https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kamus%20online)

Muhammad Bin Harun (2007), Siri Adat Budaya Masyarakat Malaysia: Adat Dan
Budaya Masyarakat Cina (2007). Penerbit: Scientific Focus Sdn Bhd.

Natra Nadae (Rabu, 2010 Ogos 11). Masyarakat Cina Di Malaysia


(http://natranadea.blogspot.com/2010/08/masyarakat-cina-di-malaysia.html)

46
030323-01-0068

PUSAT TINGKATAN ENAM TAMAN JOHOR JAYA 1, PASIR

GUDANG, JOHOR

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4

Maklumat Kepada Responden

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus untuk mata pelajaran Pengajian
Am 900/4 . Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji Hidangan Bebola Pulut dalam Pelbagai
Sambutan Cina dalam Kalangan Pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1,
Johor Bahru. Segala maklumat yang diberi adalah rasiah dan hanya akan digunakan
kepentingan kajian ini sahaja .

*Kerjasama anda amat dihargai

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN


ARAHAN : Sila tandakan (  ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan dibawah.

1. Jantina

 Lelaki  Perempuan

2. Kelas

 Fizikal  Ekonomi
 Anatomi  Sosial
 Fisiologi  Kemanusiaan
 Perakaunan  Teknologi
47
030323-01-0068

3. Etnik

 Hokkien  Hainan
 Hakka  Fuzhou
 Kantonis  Lain-lain
( Nyatakan :_____________)
 Teochew

5. Agama

 Buddha  Taoisme
 Kristian  Lain (Nyatakan:__________

48
030323-01-0068

BAHAGIAN B : MENGENAL PASTI JENIS-JENIS SAMBUTAN CINA YANG


MENGHIDANGKAN BEBOLA PULUT(TANGYUAN) DALAM KALANGAN
PELAJAR CINA TINGKATAN ENAM DI SMK TAMAN JOHOR JAYA 1. JOHOR
BAHRU
ARAHAN : Sila tandakan (  ) pada ruangan jawapan yang disediakan.

Bil JENIS-JENIS SAMBUTAN YANG MENGHIDANGKAN YA TIDAK


BEBOLA PULUT(TANGYUAN)
1 Tahun Baru Cina

2 Soltis Musim Sejuk (Dongzhi)

3 Hari Jadi

4 Pesta Tanglung

5 Pesta Perahu Naga

6 Pesta Ching Ming

BAHAGIAN C : MENGKAJI FAKTOR BEBOLA PULUT DISEDIAKAN DALAM


SAMBUTAN CINA DALAM KALANGAN PELAJAR CINA TINGKATAN ENAM DI
SMK TAMAN JOHOR JAYA 1, JOHOR BAHRU.
ARAHAN : Sila tandakan (  ) pada ruangan jawapan yang disediakan.

SKALA 1 2 3 4 5
PILIHAN Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
JAWAPAN Setuju setuju

BIL FAKTOR BEBOLA PULUT 1 2 3 4 5


DISEDIAKAN DALAM SAMBUTAN
MASYARAKAT CINA
1 Untuk menyembah roh nenek moyang

2 Untuk menyembah tuhan

3 Supaya generasi muda mengingati amalan ini

4 Sebagai simbol pertemuan semula seisi


keluarga

49
030323-01-0068

5 Sebagai hadiah antara rakan taulan

6 Untuk mengeratkan hubungan antara ahli


keluarga
7 Sebagai simbol bertuah

8 Sebagai simbol kesejahteraan keluarga

9 Untuk mengekalkan tradisi masyarakat cina

10 Boleh disediakan pada bila-bila masa

50
030323-01-0068

PUSAT TINGKATAN ENAM TAMAN JOHOR JAYA 1, PASIR

GUDANG, JOHOR

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4

*Maklumat Kepada Informan*


Diharapkan pelajar dapat memberikan kerjasama dan menjawab dengan jujur.
Temu bual ini bertujuan untuk mengkaji Hidangan Bebola Pulut dalam Pelbagai Sambutan
Cina dalam Kalangan Pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1,
Johor Bahru
*Kerjasama anda amat dihargai*

Arahan: Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini dikemukakan kepada informan secara
lisan dan dirakam menggunakan ‘digital recorder’

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik Joanne Teo Wei Si


Nama Informan 1
Kelas
Agama
Tarikh Temu Bual
Tempat Temu Bual SMK Taman Johor Jaya 1

51
030323-01-0068

SOALAN TEMU BUAL

1. Apakah jenis sambutan Cina yang akan anda menghidangkan bebola pulut?

2. Mengapakah anda menyediakan bebola pulut pada sambutan tersebut?

3. Apakah keunikan bebola pulut dalam budaya masyarakat cina?

52
030323-01-0068

PUSAT TINGKATAN ENAM TAMAN JOHOR JAYA 1, PASIR

GUDANG, JOHOR

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4

*Maklumat Kepada Informan*


Diharapkan pelajar dapat memberikan kerjasama dan menjawab dengan jujur.
Temu bual ini bertujuan untuk mengkaji Hidangan Bebola Pulut dalam Pelbagai Sambutan
Cina dalam Kalangan Pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1,
Johor Bahru
*Kerjasama anda amat dihargai*

Arahan: Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini dikemukakan kepada informan secara
lisan dan dirakam menggunakan ‘digital recorder’

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik Joanne Teo Wei Si


Nama Informan 3 Lim Sin Min
Kelas Fisiologi
Etnik Buddha
Tarikh Temu Bual 16/06/2022
Tempat Temu Bual SMK Taman Johor Jaya 1

53
030323-01-0068

SOALAN TEMU BUAL

1. Apakah jenis sambutan Cina yang akan anda menghidangkan bebola pulut?

Saya akan menghidang bebola pulut pada sambutan Solstis Musim Sejuk dan juga
sambutan Pesta Tanglung

2. Mengapakah anda menyediakan bebola pulut pada sambutan tersebut?

Sebab saya rasa bebola pulut adalah sangat penting dalam sambutan Solstis Musim
Sejuk dan sambutan Pesta Tanglung. Hal ini kerana, kita makan bebola pulut
bermakna kita sedang menyambut sambutan tersebut, jika sambutan tersebut tidak
menyediakan bebola pulut, ia akan menjadi tidak lengkap

3. Apakah keunikan bebola pulut dalam budaya masyarakat cina?

Untuk masyarakat Cina, makan bebola pulut (Tangyuan) adalah satu tradisi yang
penting, sebab Tangyuan bermaksud kebersamaan keluarga, ia melambangkan ahli
keluarga berkumpul bersama semasa makan bebola pulut. Ini akan menyebabkan
kesejateraan keluarga dan bergaduh antara ahli keluarga. Selain itu, Tangyuan
adalah unik sebab ia berasa manis. Ini telah melambangkan kehidupan yang
bahagia dan bertuah. Keluarga saya juga ada menyembah Tuhan, semasa sambutan
Pesta Tanglung dan Solstis Musim Sejuk, saya akan menyediakan beberapa
mangkuk Tangyuan untuk menyembah Tuhan. Semasa menyambut sambutan
tersebut, adik-beradik akan membuat Tangyuan bersama, ini telah mengeratkan
hubungan antara ahli keluarga

54
030323-01-0068

PUSAT TINGKATAN ENAM TAMAN JOHOR JAYA 1, PASIR

GUDANG, JOHOR

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4

*Maklumat Kepada Informan*


Diharapkan pelajar dapat memberikan kerjasama dan menjawab dengan jujur.
Temu bual ini bertujuan untuk mengkaji Hidangan Bebola Pulut dalam Pelbagai Sambutan
Cina dalam Kalangan Pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1,
Johor Bahru
*Kerjasama anda amat dihargai*

Arahan: Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini dikemukakan kepada informan secara
lisan dan dirakam menggunakan ‘digital recorder’

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik Joanne Teo Wei Si


Nama Informan 1 Ang Wan Jing
Kelas Perakaunan
Agama Kristian
Tarikh Temu Bual 14/06/2022
Tempat Temu Bual SMK Taman Johor Jaya 1

55
030323-01-0068

SOALAN TEMU BUAL

1. Apakah jenis sambutan Cina yang akan anda menghidangkan bebola pulut?

Saya akan menghidangkan bebola pulut pada sambutan Tahun Baru Cina dan
sambutan Solstis Musim Sejuk

2. Mengapakah anda menyediakan bebola pulut pada sambutan tersebut?

Sebab makan bebola pulut pada sambutan Tahun Baru Cina dan sambutan Solstis
Musim Sejuk ialah satu tradisi keluarga saya. Ibu saya juga sangat suka makan
bebola pulut sebab bebola pulut malambangkan simbol pertemuan seisi keluarga
dan juga melambangkan simbol kesejahteraan hidup dan bertuah

3. Apakah keunikan bebola pulut dalam budaya masyarakat cina?

Sebab bebola pulut ialah makanan tradisional masyarakat Cina, makanan tersebut
melambangkan budaya orang cina dan juga melambangkan kebersamaan keluarga,
apabila makan bebola pulut, semua ahli keluarga akan berkumpul bersama. Oleh itu
saya sangat suka makan bebola pulut sebab ia akan mengingatkan saya pada
kenangan zaman kanak-kanak saya.

56
030323-01-0068

PUSAT TINGKATAN ENAM TAMAN JOHOR JAYA 1, PASIR

GUDANG, JOHOR

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4

*Maklumat Kepada Informan*


Diharapkan pelajar dapat memberikan kerjasama dan menjawab dengan jujur.
Temu bual ini bertujuan untuk mengkaji Hidangan Bebola Pulut dalam Pelbagai Sambutan
Cina dalam Kalangan Pelajar Cina Tingkatan Enam di SMK Taman Johor Jaya 1,
Johor Bahru
*Kerjasama anda amat dihargai*

Arahan: Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini dikemukakan kepada informan secara
lisan dan dirakam menggunakan ‘digital recorder’

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik Joanne Teo Wei Si


Nama Informan 2 Low Chin Theang
Kelas Perakaunan
Etnik Buddha
Tarikh Temu Bual 15/06/2022
Tempat Temu Bual SMK Taman Johor Jaya 1

57
030323-01-0068

SOALAN TEMU BUAL

1. Apakah jenis sambutan Cina yang akan anda menghidangkan bebola pulut?

sambutan Tahun Baru Cina, sambutan Solstis Musim Sejuk, sambutan Hari jadi
saya atau ahli keluarga dan sambutan Pesta Tanglung.

2. Mengapakah anda menyediakan bebola pulut pada sambutan tersebut?

Sambutan Tahun Baru Cina menyediakan bebola pulut sebab perlulah menyembah
roh nenek moyang, dan menyediakan bebola pulut pada sambutan Tahun Baru cina
melambangkan bertuah.
Sambutan Solstis Musim Sejuk makan bebola pulut sebab sambutan ini ialah
sambutan yang makan bebola pulut dan ini melambangkan kebersamaa keluarga.
Sambutan Hari Jadi keluarga saya akan makan bebola pulut sebab bebola pulut
bermaksud tambah usia.
Sambutan Pesta Tanglung keluarga saya juga akan menyediakan bebola pulut tetapi
bukanlah setiap tahun sebab sambutan Pesta Tanglung makan kuih bulan

3. Apakah keunikan bebola pulut dalam budaya masyarakat cina?

Bebola pulut ialah makanan yang diwariskan oleh nenek moyang kita, ialah
makanan tradisional yang kaum lain tidak ada dan ia melanbangkan budaya Cina.
Jikalau kita tidak mewariskan makanan tersebut kepada generasi yang seterusnya,
mereka tidak akan tahu bahawa masyarakat Cina mempunyai satu makanan
tradisional iaitu bebola pulut dan makanan tersebut akan semakin dilupai

58

You might also like