Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 299

FAKULTI

PENDIDIKAN DAN
SAINS SOSIAL

HBIS3203
Fiqh II
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
HBIS3203
FIQH II
Dr Adnan Mohamed Yusoff
Noor Lizza Mohamed Said
Nidzamuddin Zakaria
Siti Fairuza Asmungi
Mohd Zamro Muda
Muhamad Zaini Yahya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Edisi keempat 2022 (CS)
Edisi ketiga 2014
Edisi kedua 2013
Edisi pertama 2008

Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi, OUM.


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), HBIS3203
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

www.oum.edu.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Panduan Kursus xiiiăxix

Topik 1: Zakat Harta 1

1.1 Konsep Zakat Harta 2


1.1.1 Pengertian Zakat Harta 2
1.1.2 Pensyariatan Zakat Harta dan Hikmahnya 2
1.1.3 Kewajipan Zakat Harta 4
1.1.4 Hukum Orang yang Enggan Mengeluarkan Zakat 4
1.1.5 Syarat Wajib Zakat Harta 4
1.1.6 Perbezaan antara Zakat, Sedekah dan Cukai 5
1.2 Jenis Harta yang Wajib Dizakat 6
1.2.1 Zakat Binatang Ternakan 7
1.2.2 Zakat Hasil Pertanian 9
1.2.3 Zakat Emas, Perak dan Mata Wang 10
1.2.4 Zakat Perniagaan 11
1.2.5 Zakat Rikaz dan Galian 12
1.3 Asnaf yang Berhak Menerima Zakat 13
1.4 Peranan Institusi Pengurusan Zakat di Malaysia 18
1.5 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 19
Rumusan 20
Kata Kunci 21
Rujukan 21

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 2: Haji dan Umrah 22

2.1 Pengertian Haji dan Umrah 23


2.2 Pensyariatan Haji dan Umrah 23
2.2.1 Al-Quran 23
2.2.2 Sunnah 24
2.3 Hikmah Mengerjakan Haji dan Umrah 24
2.4 Hukum dan Syarat Mengerjakan Haji dan Umrah 27
2.4.1 Hukum Mengerjakan Haji dan Umrah 27
2.4.2 Syarat Wajib Mengerjakan Haji dan Umrah 27
2.5 Jenis Haji 29
2.6 Rukun Haji dan Umrah 30
2.6.1 Niat Ihram 31
2.6.2 Wuquf di Arafah 33
2.6.3 Tawaf 34
2.6.4 SaÊie 37
2.6.5 Bercukur 38
2.7 Wajib Haji dan Umrah 38
2.7.1 Bermalam atau Mabit di Muzdalifah 39
2.7.2 Melontar Jamratul Aqabah 40
2.7.3 Bermalam atau Mabit di Mina 41
2.8 Dam 42
2.8.1 Dam Ihsar 42
2.8.2 Dam Tertib dan Taqdir 43
2.8.3 Dam Tertib dan TaÊdil 44
2.8.4 Dam Takhyir dan TaÊdil 45
2.8.5 Dam Takhyir dan Taqdir 46
2.9 Sunat Haji 47
2.9.1 Talbiah 48
2.9.2 Solat Sunat Tawaf 48
2.9.3 Tawaf Qudum 49
2.10 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 49
2.10.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Perisian 49
Microsoft PowerPoint
2.10.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Laman 51
Web
Rumusan 52
Kata Kunci 54
Rujukan 54

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 3: Sembelihan, Korban dan Akikah 55

3.1 Sembelihan 56
3.1.1 Pengertian Sembelihan 56
3.1.2 Hikmah Sembelihan 57
3.1.3 Jenis-jenis Sembelihan 58
3.1.4 Syarat Sah Sembelihan 58
3.1.5 Sunat Penyembelihan 61
3.2 Korban 62
3.2.1 Pengertian Korban 62
3.2.2 Pensyariatan Korban 62
3.2.3 Hukum dan Kelebihan Ibadat Korban 64
3.2.4 Syarat Sah Korban 65
3.2.5 Umur Binatang yang Dijadikan Korban 67
3.2.6 Keharusan Berkongsi Haiwan Korban 67
3.2.7 Pembahagian Daging Korban 69
3.3 Akikah 71
3.3.1 Pengertian Akikah 71
3.3.2 Waktu Perlaksanaan Akikah 72
3.3.3 Hukum Akikah 72
3.3.4 Syarat Sah Akikah 73
3.3.5 Sunat Akikah 73
3.3.6 Binatang yang Sah Dijadikan Akikah dan Kadarnya 75
3.3.7 Perbezaan antara Akikah dan Korban 76
3.4 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelaajaran 77
Rumusan 78
Kata Kunci 80
Rujukan 80

Topik 4: Pengurusan Jenazah 81

4.1 Tindakan Terhadap Seseorang Muslim Ketika Nazak 82


4.2 Tindakan Selepas Kematian Seseorang Muslim 83
4.2.1 Mengingati Mati 83
4.2.2 Menguruskan Jenazah 84
4.3 Kewajipan Terhadap Jenazah 85
4.3.1 Memandikan Jenazah 85
4.3.2 Mengkafankan Jenazah 87
4.3.3 Solat Jenazah 89
4.3.4 Mengkebumikan Jenazah 95

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

4.4 Mengiringi Jenazah 97


4.4.1 Hukum Mengiringi Jenazah 97
4.4.2 Adab Mengiringi Jenazah 98
4.5 Perkara-perkara BidÊah dalam Pengurusan Jenazah 102
4.6 Hukum Pengurusan Jenazah Mati Syahid 106
4.7 Menziarahi Kubur dan Adabnya 108
4.8 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 110
Rumusan 111
Kata Kunci 112
Rujukan 112

Topik 5: Muamalat I 113

5.1 Jual Beli 115


5.1.1 Pengertian Jual Beli 115
5.1.2 Pensyariatan Jual Beli 116
5.1.3 Hikmah Jual Beli 117
5.1.4 Rukun dan Syarat Jual Beli 118
5.1.5 Jenis Jual Beli yang Dilarang 122
5.2 Khiyar dalam Jual Beli 123
5.2.1 Pengertian Khiyar 123
5.2.2 Jenis Khiyar 124
5.3 Riba 128
5.3.1 Pengertian Riba 128
5.3.2 Dalil Pengharaman Riba 129
5.3.3 Kesan Buruk Amalan Riba 131
5.3.4 Jenis Riba 132
5.3.5 Jenis Barangan Ribawi 134
5.4 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 135
Rumusan 138
Kata Kunci 138
Rujukan 139

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 6: Muamalat II 140

6.1 Jual Beli Salam 141


6.1.1 Pengertian Jual Beli Salam 142
6.1.2 Pensyariatan Jual Beli Salam 143
6.1.3 Hikmah Jual Beli Salam 144
6.1.4 Rukun dan Syarat Jual Beli Salam 145
6.2 Sewaan (Ijarah) 149
6.2.1 Pengertian Sewaan 149
6.2.2 Hukum Sewaan 150
6.2.3 Rukun dan Syarat Sewaan 151
6.2.4 Syarat Sah Sewaan 155
6.2.5 Tamat Kontrak Sewaan 155
6.3 Gadaian (Ar-Rahnu) 156
6.3.1 Pengertian Gadaian 157
6.3.2 Pensyariatan Gadaian dan Hikmahnya 157
6.3.3 Hukum Gadaian 159
6.3.4 Rukun dan Syarat Gadaian 159
6.3.5 Perkara yang Membatalkan Gadaian 161
6.3.6 Perbezaan antara Gadaian Islam dan Konvensional 161
6.3.7 Isu Berkaitan Gadaian 162
6.4 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 165
Rumusan 168
Kata Kunci 169
Rujukan 169

Topik 7: Muamalat III 171

7.1 Syarikat 173


7.1.1 Pengertian Syarikat 173
7.1.2 Pensyariatan Syarikat dan Hikmahnya 174
7.1.3 Jenis Syarikat 176
7.1.4 Rukun Syarikat 179
7.1.5 Pembatalan Syarikat 181
7.2 Hutang (Qardh) 181
7.2.1 Pengertian Hutang 182
7.2.2 Pensyariatan Hutang dan Hikmahnya 183
7.2.3 Hukum Memberi dan Mengambil Hutang 185
7.2.4 Rukun dan Syarat Hutang 186
7.2.5 Perbezaan antara Hutang dan Riba 187

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

7.3 Insurans (Takaful) 188


7.3.1 Pengertian Insurans 188
7.3.2 Jenis Insurans 189
7.3.3 Prinsip dan Konsep Insurans Islam 189
7.3.4 Ciri-ciri Insurans Islam 190
7.3.5 Perbezaan antara Insurans Islam dan Insurans Konvensional 191
7.4 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 191
Rumusan 194
Kata Kunci 195
Rujukan 195

Topik 8: Munakahat I 197

8.1 Pra Perkahwinan 198


8.1.1 Pemilihan Jodoh 198
8.1.2 Peminangan 202
8.1.3 Wanita yang Haram Dikahwini 202
8.2 Perkahwinan 208
8.2.1 Pengertian Perkahwinan 208
8.2.2 Pensyariatan Perkahwinan dan Hikmahnya 209
8.2.3 Hukum Perkahwinan 211
8.2.4 Rukun dan Syarat Perkahwinan 212
8.2.5 Mas Kahwin 216
8.2.6 Tanggungjawab Suami 217
8.2.7 Tanggungjawab Isteri 220
8.3 Poligami 221
8.3.1 Pengertian Poligami 222
8.3.2 Pensyariatan Poligami dan Hikmahnya 222
8.3.3 Hukum Poligami 223
8.3.4 Keadilan dalam Poligami 223
8.3.5 Keadaan yang Membenarkan Poligami 224
8.4 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 225
Rumusan 225
Kata Kunci 226
Rujukan 226

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  ix

Topik 9: Munakahat II 227

9.1 Masalah Rumah Tangga dan Cara Penyelesaiannya 228


9.1.1 Nusyuz 228
9.1.2 Syiqaq 230
9.1.3 Talak 231
9.1.4 Rujuk 235
9.1.5 IlaÊ, Zihar dan LiÊan 237
9.1.6 Fasakh 241
9.2 Iddah 243
9.2.1 Pengertian Iddah 243
9.2.2 Pensyariatan dan Hikmah Iddah 244
9.2.3 Pembahagian Iddah 245
9.2.4 Isu Berkaitan Iddah 247
9.3 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 248
Rumusan 249
Kata Kunci 249
Rujukan 250

Topik 10: Munakahat III 252

10.1 Nafkah 252


10.1.1 Pengertian Nafkah 252
10.1.2 Jenis Nafkah 252
10.2 Hadanah (Penjagaan Anak) 260
10.2.1 Pengertian Hadanah 260
10.2.2 Pensyariatan Hadanah dan Hikmahnya 261
10.2.3 Orang yang Berhak Menjaga Anak-anak 262
10.2.4 Syarat-syarat Mendapat Hak Hadanah 264
10.2.5 Tempoh Penjagaan Anak 265
10.3 Kemahiran Keibubapaan 266
10.3.1 Konsep Kemahiran Keibubapaan 267
10.3.2 Cara Melaksanakan Tanggungjawab 267
10.4 Undang-undang Keluarga Islam 270
10.5 Anak Angkat 272
10.6 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 275
Rumusan 275
Kata Kunci 276
Rujukan 276

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xiii

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus ini dengan teliti dari awal hingga akhir.
Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi menyelesaikan kursus ini dengan jayanya. Sila rujuk
Panduan Kursus ini dari semasa ke semasa ketika anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu anda dalam menjelaskan komponen
pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
HBIS3203 Fiqh II ialah salah satu kursus yang ditawarkan di Open University
Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan harus dijalankan selama
8 hingga 15 minggu.

AUDIENS KURSUS
Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda
Pengajaran dalam bidang Pendidikan Islam dengan Kepujian.

Sebagai pelajar terbuka dan jarak jauh, anda seharusnya mampu belajar secara
kendiri dan mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran sedia ada.
Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda mempunyai bahan kursus
yang betul serta memahami keperluan kursus dan cara kursus tersebut
dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

JADUAL PEMBELAJARAN
Berdasarkan piawaian amalan OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Oleh itu, kursus yang bernilai 3 jam kredit
memerlukan masa pembelajaran selama 120 jam. Rajah 1 menunjukkan masa
pembelajaran pelajar (SLT ă student learning time).

Rajah 1: Masa Pembelajaran Pelajar

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:

1. Menghuraikan konsep zakat harta, haji dan umrah, hukum-hukum


berkaitan sembelihan dan pengurusan jenazah.

2. Membincangkan hukum-hukum berkaitan muamalat.

3. Membincangkan hukum-hukum berkaitan munakahat.

4. Merancang kaedah dan teknik pengajaran bagi mata pelajaran fiqh dengan
berkesan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xv

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini dibahagikan kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti yang berikut (rujuk Jadual 1):

Jadual 1: Sinopsis Setiap Topik

Topik Deskripsi

1 Menjelaskan konsep zakat harta meliputi pengertian, pensyariatan,


kewajipan zakat, syarat wajib zakat dan perbezaan antara zakat, sedekah
dan cukai. Topik ini juga menghuraikan jenis harta yang wajib dizakatkan,
nisab zakat harta, asnaf yang berhak menerima zakat dan peranan institusi
pengurusan zakat di Malaysia. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut
dicadangkan bersesuaian dengan topik ini.

2 Menghuraikan pengertian ibadah haji dan umrah, pensyariatan, hikmah,


hukum dan syarat, jenis haji, rukun, larangan semasa ihram, wajib haji
dan umrah, dam dan perkara yang digalakkan ketika melakukan ibadah
haji. Selain itu, beberapa cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dicadangkan.

3 Membincangkan konsep sembelihan, korban dan aqiqah. Beberapa aktiviti


pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dicadangkan untuk
diaplikasikan oleh guru.

4 Menjelaskan pengurusan jenazah. Antara aspek pengurusan jenazah yang


dibincangkan ialah tindakan terhadap Muslim yang sedang nazak, tindakan
awal selepas kematian seseorang Muslim, kewajipan terhadap jenazah,
hukum dan adab mengiringi jenazah, perkara bidÊah dalam pengurusan
jenazah, hukum pengurusan jenazah mati syahid dan hukum menziarahi
kubur serta adabnya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan topik ini juga dicadangkan.

5 Menerangkan konsep muamalat dan hukum jual beli yang merangkumi


pengertian, pensyariatan, hikmah, rukun dan syarat, jenis jual beli yang
dilarang, khiyar dalam jual beli, konsep riba dan jenis barangan ribawi.
Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk diaplikasikan
di dalam kelas berkaitan dengan topik ini juga diutarakan.

6 Merupakan lanjutan daripada Topik 5 yang membincangkan konsep dan


hukum jual beli salam, sewaan dan gadaian. Perbincangan merangkumi
pengertian, pensyariatan, hikmah, rukun dan syarat serta hukum berkaitan
dengan isu berbangkit. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan topik ini juga dicadangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

7 Menyentuh konsep syarikat, hutang (qardh) dan insurans (takaful). Aktiviti


pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan topik ini juga
dicadangkan.

8 Menerangkan konsep munakahat yang merangkumi hukum dan isu


berkaitan dengan praperkahwinan seperti pemilihan jodoh, peminangan
dan wanita yang haram dikahwini. Aktiviti yang sesuai untuk dilakukan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga dicadangkan.

9 Menghuraikan hukum dalam permasalahan rumah tangga dan cara


penyelesaiannya seperti nusyuz, syiqaq, talak, rujuk, ilaÊ, zihar, liÊan dan
fasakh. Konsep idah dan isu berkaitannya turut dihuraikan dalam topik
ini. Dicadangkan juga dalam topik ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian.

10 Membincangkan hak dan tanggungjawab memberi nafkah dalam sebuah


rumahtangga. Hak hadhanah, kemahiran keibubapaan, anak angkat dan
undang-undang keluarga Islam di negara ini dikupas secara terperinci
di samping aktiviti pengajaran dan pembelajaran dicadangkan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting bagi anda untuk maklum
mengenai susun atur teks modul. Dengan memahami susun atur teks akan
membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya menjadi lebih
objektif dan berkesan. Secara umumnya, susun atur teks bagi setiap topik
adalah seperti yang berikut:

(a) Hasil Pembelajaran


Ia menyatakan perkara yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah
selesai membaca sesuatu topik. Semasa anda membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk senarai hasil pembelajaran berkenaan. Ia membolehkan
anda meningkatkan pemahaman anda mengenai kandungan topik secara
berterusan.

(b) Semak Kendiri


Komponen modul ini diselitkan di beberapa tempat strategik tertentu
di seluruh modul. Ia mungkin diletakkan selepas satu atau beberapa
subtopik. Ia biasanya berbentuk soalan. Apabila anda menemui komponen
ini, renungkanlah apa-apa yang telah anda pelajari sejauh ini. Dengan
cuba menjawab soalan tersebut, anda seharusnya dapat mengukur sejauh
mana anda memahami subtopik tersebut. Kebanyakan jawapan untuk soalan
yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xvii

(c) Aktiviti
Sebagaimana Semak Kendiri, komponen Aktiviti juga diselitkan pada
bahagian tertentu dalam topik di seluruh modul. Komponen ini mungkin
memerlukan anda untuk menjawab soalan, meneroka kajian kes pendek atau
melakukan pemerhatian atau penyelidikan. Anda juga mungkin
perlu menilai senario tertentu. Pada bahagian Aktiviti, anda harus berusaha
merenungkan apa-apa yang anda telah kumpulkan daripada modul ini
dan mengguna pakainya pada situasi sebenar. Pada masa yang sama, anda
perlu mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), iaitu dalam
menganalisis, mensintesiskan dan menilai, bukan hanya mengingat dan
mendefinisikan sesuatu.

(d) Rumusan
Pada akhir topik, pelbagai isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Dengan membaca komponen ini, anda seharusnya
dapat mengukur tahap pengekalan pengetahuan anda tentang topik
tersebut. Jika anda dapati terdapat bahagian yang anda tidak faham
dengan sepenuhnya, sila kembali membaca topik berkenaan.

(e) Kata Kunci


Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang
digunakan dalam topik berkenaan. Anda seharusnya membaca komponen
ini untuk mengingat kembali perkataan dan frasa penting yang digunakan.
Jika terdapat perkataan atau terma yang anda tidak boleh jelaskan,
sila kembali mencari terma berkenaan dalam modul.

(f) Rujukan
Bahagian ini menyatakan senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan
elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan bermanfaat.
Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan
Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau pada
akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan
dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan
memperkukuhkan kefahaman anda berkenaan kursus ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xviii  PANDUAN KURSUS

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk .

RUJUKAN
Idris Ahmad. (2001). Fiqh Syafie. Pustaka Antara.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Dokumen standard tahun 2, Kurikulum


Standard Sekolah Rendah.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam


tahun 1ă6, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam


tingkatan 1ă6, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan pelajaran Pendidikan Islam, Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah.

Muhammad Zaini Yahya, Zamri Abdul Rahim, & Afendi Sahi. (2003). Buku teks
Pendidikan Islam tingkatan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustafa al-Khin dan Mustafa al-Bugha. (2006). Al-Fiqh al-manhaji. Dar al-Qalam.

Najibah Mohd Zin. (2007). Perceraian dalam undang-undang keluarga Islam.


Dlm. Najibah Mohd Zin et al. Undang-undang keluarga Islam.
(m.s. 101ă154). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur al-Din ÂItr. (1984). Al-Hajj wa al-Âumrah fi al-fiqh al-Islamiy. MuÊassasat


al-Risalah.

Wahbah al-Zuhayli. (1989). Al-Fiqh al-Islami wa adillatuh. Dar al-Fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xix

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data dan sebahagiannya ditunjukkan dalam Rajah 2. Sebagai
pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang
terdapat di perpustakaan ini.

Rajah 2: Antara Pangkalan Data dalam Talian


yang Terdapat di Perpustakaan Digital TSDAS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xx  PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Zakat Harta
1
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud, hikmah, hukum dan syarat wajib zakat;
2. Membezakan antara zakat, sedekah dan cukai;
3. Mengenal pasti jenis harta yang wajib dizakatkan;
4. Mengenal pasti asnaf yang berhak menerima zakat; dan
5. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
untuk pengajaran berkaitan zakat harta.

 PENGENALAN
Zakat merupakan ibadah yang dapat membangun dan menghidupkan hati
nurani. Ia juga menarik keinginan mukalaf untuk mencapai ganjaran daripada
Allah SWT, di samping merasa gerun terhadap azabNya. Zakat wajib
dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang memenuhi syarat-syaratnya.
Walaupun ia tidak melibatkan setiap individu Muslim, namun pelaksanaannya
adalah dituntut bagi mereka yang berkelayakan.

Dari perspektif sejarah, apabila Saidina Abu Bakar r.a. dilantik menjadi khalifah,
antara program utama pemerintahannya ialah memerangi golongan yang ingkar
membayar zakat. Ini menunjukkan bahawa tuntutan membayar zakat bagi
individu yang memenuhi syarat adalah sangat besar. Oleh itu, topik pertama ini
akan membincangkan secara terperinci tentang zakat harta dari pelbagai sudut
seperti maksud, pensyariatan, hukum dan syarat wajib. Kita juga akan mendapat
gambaran bagaimana menggunakan penjelasan dan huraian dalam topik
pertama ini untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
nanti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 ZAKAT HARTA

1.1 KONSEP ZAKAT HARTA


Subtopik pertama ini akan menerangkan tentang konsep zakat harta dari segi
pengertian, dalil pensyariatan, hukum, syarat wajib dan apa yang membezakan
zakat daripada sedekah dan cukai. Mari kita lihat perkara yang disebutkan tadi
dengan lebih lanjut pada bahagian seterusnya.

1.1.1 Pengertian Zakat Harta


Ada dua cara untuk mentakrifkan zakat. Cara pertama ialah dari segi bahasa
manakala cara kedua ialah dari segi syarak. Mari kita lihat definisinya dari dua
sudut tersebut dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Pengertian Zakat Harta

Bahasa Syarak
 Membawa maksud bersih, suci, subur  Mengeluarkan sebahagian daripada
dan bertambah; membersihkan harta harta tertentu untuk diberikan kepada
dari hak orang lain dan mensucikan orang yang berhak menerimanya.
daripada sifat yang kedekut dan bakhil.

 Dengan kata lain, zakat juga bermaksud


membersihkan diri daripada sifat dengki
dan dendam terhadap orang lain.

SEMAK KENDIRI 1.1

Huraikan maksud zakat dari segi syarak.

1.1.2 Pensyariatan Zakat Harta dan Hikmahnya


Pensyariatan zakat berlaku pada tahun kedua selepas Nabi Muhammad SAW
berhijrah ke Madinah. Malah, zakat disyariatkan dahulu sebelum puasa di bulan
Ramadan disyariatkan kepada semua umat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ZAKAT HARTA  3

Zakat merupakan kemestian yang wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim
yang telah cukup syaratnya. Ia selaras dengan firman Allah SWT dalam surah
an-NisaÊ ayat 77:

nο4θx.¢•9$# (#θè?#u™uρ nο4θn=¢Á9$# (#θßϑŠÏ%r&uρ

Maksudnya:
„Dirikanlah sembahyang dan bayarlah zakat.‰

Allah SWT juga menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang yang
menunaikan zakat seperti mana firmanNya dalam surah al-Baqarah, ayat 277:

óΟßγs9 nο4θŸ2¨“9$# (#âθs?#u™uρ nο4θn=¢Á9$# (#θãΒ$s%r&uρ ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=Ïϑtãuρ (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# ¨βÎ)

∩⊄∠∠∪ šχθçΡt“óstƒ öΝèδ Ÿωuρ öΝÎγøŠn=tæ ì∃öθyz Ÿωuρ öΝÎγÎn/u‘ y‰ΖÏã öΝèδãô_r&

Maksudnya:
„Sesungguhnya orang yang beriman serta mengerjakan kebaikan melakukan
sembahyang dan membayar zakat, mereka itu beroleh ganjaran di sisi Allah,
mereka tidak akan takut dan tidak akan berdukacita.‰

Rasulullah SAW pula bersabda dengan maksudnya:

„Islam itu ditegakkan di atas lima dasar; menyaksikan bahawa tiada tuhan
melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mengerjakan
sembahyang lima waktu, membayar zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di
bulan Ramadan.‰

Terdapat beberapa hikmah di sebalik pensyariatan zakat kepada umat Islam.


Antaranya adalah:

(a) Umat Islam dapat beribadah kepada Allah SWT dengan harta yang ada;

(b) Jalan atau kaedah untuk membersihkan diri daripada sifat kikir dan akhlak
yang tercela;

(c) Mampu mendidik diri agar bersifat mulia dan pemurah dengan
membiasakan diri membayar zakat kepada orang yang berhak;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 ZAKAT HARTA

(d) Sebagai tanda ucapan syukur dan terima kasih atas nikmat kekayaan yang
diberikan kepadanya;

(e) Merapatkan hubungan antara orang miskin dengan orang kaya;

(f) Membawa kebaikan, di samping mengurangkan jenayah dalam


masyarakat setempat; dan

(g) Dapat menyumbang ke arah pembangunan ekonomi dan kewangan umat


Islam.

1.1.3 Kewajipan Zakat Harta


Apakah hukum mengeluarkan zakat? Hukum mengeluarkan zakat harta adalah
wajib. Oleh itu, bagi seseorang yang memiliki harta dan memenuhi syarat sah
syarak, maka dia wajib mengeluarkan zakat bagi harta tersebut.

1.1.4 Hukum Orang yang Enggan Mengeluarkan


Zakat
Apakah hukum bagi orang yang gagal mengeluarkan zakat setelah memenuhi
syarat? Bagi seseorang yang gagal mengeluarkan zakat setelah memenuhi syarat,
maka hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Mereka akan menerima azab
yang pedih di akhirat kelak. Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang azab
tersebut melalui sabdanya yang bermaksud (daripada Abu Hurairah r.a.):

„Seseorang yang menyimpan hartanya dan tidak dikeluarkan zakatnya, maka


dia akan dibakar dalam neraka Jahanam, baginya disediakan seterika daripada
api yang kemudian diseterikakan ke badannya.‰

(Riwayat Ahmad & Muslim)

1.1.5 Syarat Wajib Zakat Harta


Ada lima syarat yang mewajibkan seseorang itu mengeluarkan zakat hartanya
iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan genap haul. Jadual 1.2
menerangkan dengan lebih lanjut tentang kelima-lima syarat tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ZAKAT HARTA  5

Jadual 1.2: Lima Syarat Wajib Zakat Harta

Syarat Wajib Huraian

Islam Harta yang dikeluarkan zakat mestilah dimiliki oleh orang Islam.
Orang bukan Islam tidak dikenakan zakat walaupun mereka
mempunyai harta yang banyak. Saidina Abu Bakar al-Siddiq melalui
surat beliau kepada penduduk Bahrain telah menyatakan bahawa:

„Inilah sedekah yang diwajibkan Rasulullah SAW ke atas seorang


Muslim.‰
(Riwayat Bukhari)

Merdeka Pemilik harta mestilah orang yang merdeka. Golongan hamba tidak
wajib mengeluarkan zakat walaupun kaya.

Sempurna Orang yang ingin mengeluarkan zakat hendaklah berkuasa penuh


milik terhadap harta tersebut.

Cukup nisab Ia bermaksud kadar yang diwajibkan zakat. Zakat hanya diwajibkan
ke atas harta yang telah mencapai had atau sukatan yang ditentukan
sebagai had minimum. Apabila had tersebut dicapai, maka zakat
wajib dikeluarkan. Had tersebut adalah berbeza mengikut jenis harta
yang akan dikeluarkan untuk membayar zakat.

Genap haul Ia merujuk kepada tempoh pemilikan. Apa yang dimaksudkan


dengan haul ialah genap tempoh memiliki harta yang berkaitan
selama satu tahun hijrah. Apabila genap tempoh setahun pemilikan,
maka pemilik yang memenuhi syarat tadi perlu mengeluarkan zakat
mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Rasulullah SAW telah
menjelaskan dalam hadis daripada Ibnu Umar yang bermaksud:

„Tidaklah diwajibkan zakat pada harta seseorang sebelum dia


sampai satu tahun dimilikinya.‰
(Riwayat al-Daruquthni)

1.1.6 Perbezaan antara Zakat, Sedekah dan Cukai


Apakah yang membezakan zakat daripada sedekah dan cukai? Mari kita lihat
Jadual 1.3 yang menyenaraikan perbezaan antara zakat, sedekah dan cukai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 ZAKAT HARTA

Jadual 1.3: Perbezaan antara Zakat, Sedekah dan Cukai

Perbezaan Zakat Harta Sedekah Cukai


Pengertian Mengeluarkan Bantuan kepada fakir Bayaran yang
sebahagian daripada miskin dalam bentuk dikenakan oleh
harta tertentu untuk harta atau kerajaan untuk
diberikan kepada perkhidmatan perbelanjaan negara
individu yang berhak kepada individu
menerimanya yang bekerja dan
syarikat
Hukum Wajib Sunat Tanggungjawab di
sisi undang-undang
Masa Sekali dalam setahun Bila-bila masa Setahun sekali
(mengikut tahun Hijrah) (mengikut tahun
Masihi)

Jenis Harta Halal Halal Sebarang harta atau


pendapatan
Penggunaan Asnaf yang berhak Terbuka Semua darjat
Kadar Mengikut kadar yang Mengikut Mengikut kadar
ditetapkan oleh syarak kemampuan yang ditetapkan
oleh kerajaan
Taraf Kekal Pilihan Berubah mengikut
polisi kerajaan

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Nyatakan syarat wajib zakat harta.

2. Senaraikan beberapa perbezaan antara zakat, sedekah dan cukai.

1.2 JENIS HARTA YANG WAJIB DIZAKAT


Ada beberapa jenis harta yang wajib dizakatkan. Lima jenis harta yang
dikenakan zakat adalah:

(a) Zakat binatang ternakan;


(b) Zakat hasil pertanian;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ZAKAT HARTA  7

(c) Zakat emas, perak dan mata wang;


(d) Zakat perniagaan; dan
(e) Zakat rikaz dan galian.

1.2.1 Zakat Binatang Ternakan


Antara binatang ternakan yang wajib dizakatkan ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Kerbau, kambing, biri-biri dan lembu adalah


antara binatang ternakan yang wajib dizakatkan

Selain itu, haiwan ternakan lain yang wajib dizakatkan adalah kibas dan unta.
Terdapat syarat tambahan yang membawa kepada wajibnya zakat bagi binatang
ternakan iaitu haiwan tersebut:

(a) Tidak digunakan untuk bekerja dan mengangkut barang;

(b) Dipelihara di padang rumput yang bebas (tanah rizab kerajaan atau
padang rumput yang disewa dengan bayaran yang murah); dan

(c) Cukup nisab (seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 ZAKAT HARTA

Jadual 1.4: Nisab untuk Bilangan Kambing dan Biri-biri, Lembu dan Kerbau dan Unta

Nisab Zakat Umur


Haiwan
(Bilangan) (Bilangan) (Tahun)
Kambing dan 40 ă 120 1 kambing betina 1
biri-biri 121 ă 200 2 kambing betina 1
201 ă 300 3 kambing betina 1
301 ă 400 4 kambing betina 1
Setiap tambahan 100 Ditambah 1 kambing betina 1
Lembu dan 30 ă 39 1 lembu jantan 1
kerbau 40 ă 59 1 lembu betina 2
60 ă 69 2 lembu jantan 1
70 ă 79 1 lembu jantan dan 1
1 lembu betina 2
80 ă 89 2 lembu betina 2
90 ă 99 3 lembu jantan 1
100 ă 109 2 lembu jantan dan 1
1 lembu betina 2
110 ă 119 2 lembu betina dan 2
1 lembu jantan 1
120 3 lembu betina dan 2
4 lembu jantan 1
Setiap tambahan 30 1 lembu jantan 1
Setiap tambahan 40 1 lembu betina 1
Unta 5ă9 1 kambing atau biri-biri 1
10 ă 14 2 kambing atau biri-biri 1
15 ă 19 3 kambing atau biri-biri 1
20 ă 24 4 kambing atau biri-biri 1
25 ă 35 1 unta betina 1
36 ă 45 1 unta betina 2
46 ă 60 1 unta betina 3
61 ă 75 1 unta betina 4
76 ă 90 2 unta betina 2
91 ă 120 2 unta betina 3
Setiap tambahan 40 1 unta betina 2
Setiap tambahan 50 1 unta betina 3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ZAKAT HARTA  9

1.2.2 Zakat Hasil Pertanian


Zakat pertanian dikenakan ke atas tanaman daripada jenis makanan asasi yang
mengenyangkan bagi penduduk negeri. Hasil pertanian yang diwajibkan zakat
terbahagi kepada dua kategori seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Dua jenis zakat hasil tanaman

Terdapat syarat khusus bagi zakat hasil pertanian. Syarat khusus tersebut ialah:

(a) Cukup nisab iaitu lima ausuk bersamaan 1,000kg. Bagi bijirin padi,
nisabnya ialah 363 gantang bersamaan 1,300kg;

(b) Tanaman tersebut diusahakan oleh manusia, bukannya tumbuh sendiri;

(c) Tanaman yang diusahakan adalah makanan asasi negara; dan

(d) Hasil yang dituai boleh tahan disimpan lama.

Kadar zakat bagi tanaman adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.5
berikut.

Jadual 1.5: Kadar Zakat bagi Tanaman

Jenis Tanaman Kadar Zakat


Tanaman yang pengairannya menggunakan tenaga dan perbelanjaan 5% atau 1/20
Tanaman yang tidak menggunakan tenaga yang banyak dan 10% atau
perbelanjaan yang rendah 1/10

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 ZAKAT HARTA

1.2.3 Zakat Emas, Perak dan Mata Wang


Emas dan perak yang disimpan dalam sebarang bentuk wajib dikeluarkan zakat
apabila memenuhi syarat-syarat yang dituntut Allah SWT seperti yang
dinyatakan dalam firmanNya dalam surah at-Taubah, ayat 34:

Νèδ÷Åe³t7sù «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû $pκtΞθà)ÏΖムŸωuρ sπÒÏø9$#uρ |=yδ©%!$# šχρã”É∴õ3tƒ š⎥⎪Ï%©!$#uρ

5ΟŠÏ9r& A>#x‹yèÎ/
Maksudnya:
„Orang yang menyimpan emas dan perak (tanpa mengeluarkan zakat) dan tidak
membelanjakannya pada jalan Allah, maka ingatkanlah mereka dengan seksaan
yang pedih.‰

Syarat khusus yang mewajibkan zakat emas dan perak adalah seperti berikut:

(a) Cukup nisab iaitu 20 misqal atau 85g (25.2259 mayam) bagi emas dan 200
dirham atau 594g (6.9732 saga) bagi perak; dan

(b) Emas atau perak tersebut tidak dijadikan perhiasan wanita yang sentiasa
dipakai. Emas atau perak yang dijadikan barang kemas tidak diwajibkan
zakat kecuali perhiasan tersebut melebihi Âuruf (kebiasaan setempat)
pemakaian barang kemas, maka perhiasan itu wajib dizakatkan.

Apabila emas dan perak yang dimiliki mencapai nisab yang dinyatakan tadi,
maka zakat yang wajib dikeluarkan selepas cukup haul ialah dengan kadar 2.5%
atau 1/40 daripada nilai atau kadar yang dimiliki.

Bersandarkan kepada sistem pengeluaran mata wang semasa yang bersandarkan


kepada nilaian emas, maka majoriti ulama mutaakhkhirin telah bersepakat
mengenai wajibnya zakat mata wang. Mereka berpendapat bahawa zakat
tersebut wajib dikeluarkan apabila mata wang yang disimpan atau diperoleh
cukup nisabnya. Perkiraan kadar nisab bagi zakat mata wang adalah sama
dengan kadar nisab emas iaitu 20 misqal atau 85g. Oleh itu, harga semasa emas
adalah penentu kepada kadar sebenar nisab zakat mata wang. Kadar zakat yang
perlu ditunaikan ialah 2.5% daripada jumlah simpanan atau pendapatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ZAKAT HARTA  11

1.2.4 Zakat Perniagaan


Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan dari konteks kewajipan zakat?
Dalam konteks kewajipan zakat, perniagaan bermaksud urusan jual beli yang
berkaitan barangan yang halal dengan niat diperniagakan seperti barang runcit,
kenderaan dan perabot. Oleh itu, segala keuntungan daripada jual beli tersebut
adalah termasuk dalam kategori harta yang diwajibkan zakat.

Zakat perniagaan wajib ke atas semua peniaga Islam yang sempurna syarat
wajibnya. Syarat khusus yang mewajibkan zakat perniagaan adalah:

(a) Urusan jual beli yang dijalankan adalah dengan niat menjalankan
perniagaan iaitu mencari keuntungan;

(b) Cukup nisab yang kadarnya adalah bersamaan dengan 20 misqal atau 85g
emas dan ia dinilai mengikut harga semasa emas; dan

(c) Genap haul (cukup tempoh setahun hijriyah) menjalankan perniagaan


sama ada untung atau rugi.

Kadar zakat yang wajib dikeluarkan adalah sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada
semua nilaian harga barang yang diperniagakan pada tarikh genap haul.

Mari kita lihat contoh pengiraan zakat perniagaan seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 ZAKAT HARTA

Jadual 1.6: Contoh Pengiraan Zakat Perniagaan

Pengiraan Nilai Harta Perniagaan di Tangan


Stok (barang siap yang diniagakan) RM50,000
Hutang pelanggan (yang mendapat wangnya kembali) RM7,000
Wang tunai di bank RM23,000
Wang tunai di tangan RM10,200
Jumlah (a) RM90,200
Pengiraan Nilai Hutang Perniagaan yang Dibenarkan
Hutang kepada pembekal RM5,000
Hutang lain (kos pengendalian) RM7,000
Jumlah (b) RM12,000
Pengiraan Harta Perniagaan Bersih
Nilai harta perniagaan di tangan ă Nilai hutang perniagaan yang RM90,200
dibenarkan [(a) ă (b)] ‒ RM12,000
RM78,200
+ ambilan tunai untuk kegunaan sendiri + RM10,000
Jumlah (c) RM88,200
Pengiraan Harta Perniagaan yang Dikenakan Zakat
Jumlah harta perniagaan bersih (c)  Kadar zakat jika (c) melebihi RM88,200  2.5 %
nisab

Jumlah zakat perniagaan yang dikenakan RM2,205

1.2.5 Zakat Rikaz dan Galian


Zakat terakhir yang akan dipelajari merupakan zakat rikaz dan galian. Galian
dalam konteks ini adalah hasil emas atau perak yang tertanam dalam perut
bumi. Bagaimana pula dengan rikaz? Rikaz pula merujuk kepada harta kekayaan
atau barang berharga yang dijumpai tertanam dalam tanah hasil simpanan orang
dahulu kala. Dalam masyarakat kita pada hari ini, ia juga dikenali dengan istilah
harta karun. Jika ia ditemui oleh orang Islam, maka orang yang menjumpainya
perlu mengeluarkan zakat baginya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ZAKAT HARTA  13

Syarat khusus dalam pengeluaran zakat rikaz adalah seperti berikut:

(a) Nisabnya tidak sama dengan nisab emas dan perak; dan
(b) Tidak disyaratkan haul, bahkan wajib dikeluarkan segera selepas ditemui.

Kadar yang wajib dibayar ialah 1/5 atau 20% daripada jumlah kesemua hasil
yang diperoleh tersebut. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:

„Dan pada rikaz itu (zakatnya) seperlima.‰


(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syarat khusus dalam pengeluaran zakat galian pula ialah:

(a) Nisab galian pula adalah seperti nisab emas dan perak iaitu 85g bagi emas
dan 595g bagi perak; dan

(b) Waktu mengeluarkan zakat galian adalah tidak disyaratkan haul bahkan
wajib dikeluarkan segera selepas diperoleh dan dibersihkan tanpa
diproses.

Bagaimana pula dengan kadar yang wajib dibayar? Kadar yang wajib dibayar
bagi zakat galian 2.5% daripada jumlah keseluruhan yang mencukupi syarat.

1.3 ASNAF YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT


Orang yang berhak menerima zakat hanya mereka yang telah ditentukan oleh
Allah SWT dalam al-Quran. Mereka yang termasuk dalam golongan penerima
zakat adalah orang fakir, miskin, amil, mualaf, riqab, gharimin (penghutang),
fisabilillah (berjuang ke jalan Allah SWT) dan ibni sabil (bermusafir). Golongan
ini juga dikenali sebagai golongan asnaf.

Jadual 1.7 menerangkan dengan lebih lanjut golongan terbabit menurut


pendapat empat imam atau mazhab Muslim yang terkenal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 ZAKAT HARTA

Jadual 1.7: Asnaf Menurut Mazhab Hanafi, Maliki, Hambali dan Syafi'e

Mazhab
Hanafi Maliki Hambali Syafi'e
Asnaf

Fakir Orang yang Orang yang Orang yang Ada dua jenis:
mempunyai mempunyai harta, tidak
harta kurang sedangkan mempunyai (a) Orang yang tidak
dari senisab hartanya tidak harta atau mempunyai harta
atau mencukupi untuk mempunyai dan pekerjaan;
mempunyai keperluannya harta kurang ó atau
senisab atau dalam masa daripada
(b) Orang yang
lebih tetapi setahun. keperluannya.
mempunyai harta
habis dengan
atau pekerjaan
hajat
yang kurang
(keperluannya).
daripada ó
keperluannya
dan tidak ada
orang yang
menanggung
perbelanjaannya.

Miskin Orang yang Orang yang tidak Orang yang Orang yang
tidak mempunyai mempunyai mempunyai pekerjaan
mempunyai apa-apa. harta ó daripada dan pendapatannya
apa-apa. keperluannya lebih ó daripada
atau lebih tetapi keperluannya.
masih belum
mencukupi.

Amil Orang yang Pengurus zakat, Pengurus zakat Semua yang bekerja
dilantik untuk penulis, pemberi, diberikan zakat mengurus zakat
mengambil dan penasihat dan sekadar upah sedangkan dia tidak
menguruskan sebagainya yang pekerjaannya. mendapat upah selain
zakat. bekerja untuk daripada zakat itu.
kepentingan zakat.

Syarat menjadi
amil adalah adil
dan mengetahui
segala hukum
yang berkaitan
dengan zakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ZAKAT HARTA  15

Mualaf Mereka tidak Sebahagian Ada dua jenis: Ada empat jenis:
diberikan zakat mengatakan
lagi sejak zaman bahawa mualaf (a) Orang yang (a) Orang yang
Khalifah yang ialah orang kafir mempunyai baru masuk
pertama. yang ada harapan pengaruh di Islam sedangkan
untuk masuk sekelilingnya imannya belum
agama Islam, sedangkan teguh;
manakala masih ada lagi
harapan dia (b) Orang Islam
sebahagian lagi
akan masuk yang
mengatakan
Islam atau berpengaruh
bahawa mualaf
ditakuti dalam kaumnya
ialah mereka yang
kejahatannya; dan diyakini jika
baru memeluk
atau diberikan zakat,
agama Islam.
orang lain
(b) Orang Islam daripada
yang kaumnya akan
diharapkan memeluk Islam;
imannya akan
bertambah (c) Orang Islam
teguh atau ada yang
peluang orang berpengaruh
lain akan terhadap orang
memeluk kafir dan
Islam diyakini jika dia
disebabkan diberikan zakat,
pengaruhnya. kita akan
terpelihara
daripada
kekafiran
pengikutnya
yang kafir itu;
atau

(d) Orang yang


menolak
kejahatan
golongan yang
anti zakat.

Riqab Hamba yang Hamba Muslim Hamba yang telah Hamba yang
telah dijanjikan yang dibeli dijanjikan oleh dijanjikan oleh
oleh tuannya dengan wang tuannya boleh tuannya bahawa dia
bahawa dia penghasilan zakat menebus dirinya boleh menebus
boleh menebus dan dengan wang yang dirinya.
dirinya dengan dimerdekakan. telah ditentukan
wang atau harta oleh tuannya Diberi zakat sekadar
lain. sendiri. untuk menebus diri.

Dia diberikan zakat


sekadar untuk
menebus diri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 ZAKAT HARTA

Gharimin Orang yang Orang yang Ada dua jenis: Ada tiga jenis:
mempunyai berhutang
wang, sedangkan (a) Orang yang (a) Orang yang
sedangkan hartanya tidak berhutang berhutang
jumlah hartanya cukup untuk untuk kerana
kurang membayar mendamaikan mendamaikan
daripada jumlah hutangnya, orang lain antara dua
hutang, tidak dibayar yang berselisih orang yang
cukup nisab. hutangnya faham; atau berselisih
dengan zakat, jika faham;
Oleh itu, dia (b) Orang yang
dia berhutang
diberikan zakat berhutang (b) Orang yang
bukan untuk
untuk untuk dirinya berhutang
sesuatu yang
membayar dan sendiri pada untuk
fasad.
melunaskan pekerjaan kepentingan
hutangnya. yang harus yang harus
atau haram atau yang tidak
tetapi dia harus, tetapi
sudah dia sudah
bertaubat. bertaubat; atau
Diberi zakat
untuk (c) Orang yang
melunaskan berhutang
hutangnya kerana
sahaja. menjamin
hutang orang
lain sedangkan
dia dan yang
dijaminnya
tidak dapat
membayar
hutang itu.

Golongan (b) dan (c)


diberikan zakat jika
mereka tidak
berupaya membayar
hutangnya.

Manakala golongan
(a) diberikan zakat
walaupun kaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ZAKAT HARTA  17

Fisabilillah Bala tentera Bala tentera dan Tentera yang tidak Tentera yang
untuk perisik. Juga mendapat gaji membantu dengan
berperang pada hendaklah daripada kehendaknya
jalan Allah digunakan untuk pemerintah. sendiri, sedangkan
SWT. membeli senjata, dia tidak mendapat
kuda atau upah atau gaji yang
keperluan tertentu dan tidak
peperangan yang mendapat bahagian
lain pada jalan daripada harta yang
Allah SWT. disediakan untuk
keperluan
peperangan.

Ibni sabil Orang yang Orang yang dalam Orang yang Orang yang
(musafir) dalam perjalanan, kehabisan mengadakan
perjalanan, yang sedangkan dia perbelanjaan dalam perjalanan dari
kehabisan memerlukan perjalanan yang negeri zakat.
hartanya sokongan halal dan baik.
semasa kewangan untuk
perjalanan, pulang ke
diberikan zakat negerinya dengan
sekadar syarat
keperluannya. perjalanannya itu
bukan bertujuan
maksiat.

Allah SWT telah menetapkan bahawa hanya lapan asnaf atau golongan sahaja
yang berhak menerima zakat. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah, ayat
60:

†Îûuρ öΝåκæ5θè=è% Ïπx©9xσßϑø9$#uρ $pκön=tæ t⎦,Î#Ïϑ≈yèø9$#uρ È⎦⎫Å3≈|¡yϑø9$#uρ Ï™!#ts)àù=Ï9 àM≈s%y‰¢Á9$# $yϑ¯ΡÎ)

3 «!$# š∅ÏiΒ ZπŸÒƒÌsù ( È≅‹Î6¡¡9$# È⎦ø⌠$#uρ «!$# È≅‹Î6y™ †Îûuρ t⎦⎫ÏΒÌ≈tóø9$#uρ É>$s%Ìh9$#

Maksudnya:
„Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus
zakat (Âamil), orang yang ditundukkan hatinya (mualaf) untuk memerdekakan
hamba yang telah dijanjikan akan dimerdekakan, orang yang berhutang, orang
yang berjuang di jalan Allah dan untuk orang musafir (orang dalam perjalanan),
yang demikian ketentuan Allah.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 ZAKAT HARTA

Terdapat beberapa hikmah dan faedah yang diperoleh daripada penetapan yang
dibuat oleh Allah dalam pembahagian harta zakat ini. Antaranya ialah:

(a) Dapat membantu orang fakir dan miskin meneruskan kehidupan mereka;

(b) Menghargai tenaga sumbangan amal yang menguruskan hal yang


berkaitan dengan zakat;

(c) Membolehkan hamba mendapat kemerdekaan;

(d) Memberi peluang kepada orang yang berhutang untuk melangsaikan


hutang mereka;

(e) Menarik golongan mualaf supaya mendalami agama Islam dengan lebih
mendalam lagi dan bersungguh-sungguh; dan

(f) Membantu golongan musafir dalam perjalanan daripada sifat meminta


atau mengemis.

AKTIVITI 1.1

Senaraikan tiga asnaf yang berhak menerima zakat harta dan bincangkan
tentang manfaat zakat tersebut untuk kehidupan mereka.

1.4 PERANAN INSTITUSI PENGURUSAN


ZAKAT DI MALAYSIA
Pengurusan zakat di Malaysia berada dalam pentadbiran atau di bawah bidang
kuasa majlis agama Islam di setiap negeri. Setiap negeri kebanyakannya telah
menubuhkan pusat zakatnya sendiri bagi menguruskan kutipan zakat mereka.
Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor bertanggungjawab menguruskan hal
pungutan zakat di negeri Selangor.

Institusi pengurusan zakat ini berperanan memungut, mengumpul dan


mengagihkan zakat kepada golongan yang memerlukan. Mereka juga
bertanggungjawab dalam memberi penerangan dan membantu masyarakat
berkaitan dengan hal zakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ZAKAT HARTA  19

1.5 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran topik ini perlu menggabungkan pelbagai cara
seperti lisan dan bertulis. Begitu juga untuk menilai pemahaman pelajar
terhadap konsep zakat, anda boleh menggunakan penilaian secara lisan dan
bertulis.

Berikut adalah antara cadangan aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah:

(a) Memberi penerangan tentang konsep zakat harta dan jenis harta yang
wajib dizakatkan;

(b) Sumbang saran dengan pelajar mengenai kepentingan mengeluarkan


zakat. Catat pendapat murid;

(c) Kuiz antara kumpulan dalam kelas mengenai nisab zakat harta;

(d) Set induksi iaitu meminta murid menyatakan perbezaan antara zakat,
sedekah dan cukai serta menyenaraikan asnaf yang berhak menerima
zakat;

(e) Membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan memberi subtopik


kepada setiap kumpulan. Selepas memberi tempoh masa tertentu untuk
perbincangan, setiap kumpulan diminta membentangkannya mengikut
tajuk yang diberikan;

(f) Selepas pembentangan, guru mengadakan sesi soal jawab, jika ada
persoalan daripada kumpulan lain. Kumpulan pembentang hendaklah
berusaha menjawab soalan yang diberikan dengan bantuan guru;

(g) Guru membuat penilaian lisan kepada semua murid berkenaan subtopik
yang telah dibentangkan; dan

(h) Akhir sekali, guru membuat rumusan terhadap keseluruhan pengajaran


dan pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 ZAKAT HARTA

 Zakat dari segi bahasa bermaksud „bersih, suci, subur dan bertambah‰
manakala dari istilah syarak pula ia bermaksud „mengeluarkan sebahagian
daripada harta tertentu untuk diberikan kepada orang yang berhak
menerimanya.‰

 Hikmah pensyariatan zakat kepada umat Islam adalah supaya kita dapat
beribadah kepada Allah SWT dengan harta yang ada. Zakat juga penting
sebagai jalan atau kaedah membersihkan diri daripada sifat kikir dan akhlak
yang tercela.

 Hukum mengeluarkan zakat harta adalah wajib. Bagi seseorang yang


memenuhi syarat yang ditetapkan syarak, maka dia wajib mengeluarkan
zakat bagi harta tersebut. Sebaliknya, bagi orang yang gagal mengeluarkan
zakat setelah memenuhi syarat, hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

 Lima syarat wajib zakat harta adalah Islam, merdeka, sempurna milik,
cukup nisab dan genap haul.

 Zakat, sedekah dan cukai dapat dibezakan melalui pengertian, hukum,


masa, jenis harta, penggunaan, kadar dan tarafnya.

 Zakat harta hanya melibatkan lima jenis harta yang telah ditetapkan oleh
syarak sahaja dan ia hanya ditunaikan setelah mencapai kadar minimum
yang ditetapkan (nisab) dan dengan kadar bayaran yang ditetapkan sahaja.
Lima jenis zakat harta tersebut adalah zakat binatang ternakan, zakat hasil
pertanian, zakat emas, perak dan matawang, zakat perniagaan, dan zakat
rikaz dan galian.

 Golongan asnaf (penerima zakat) ialah orang fakir, miskin, amil, mualaf,
riqab, gharimin (orang yang berhutang), fisabilillah (berjuang ke jalan
Allah SWT) dan orang ibni sabil (bermusafir).

 Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dirancang untuk


mengajar konsep zakat harta adalah kuiz, set induksi dan sumbang saran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ZAKAT HARTA  21

Asnaf zakat Zakat perniagaan


Zakat emas, perak dan mata wang Zakat pertanian
Zakat galian dan rikaz Zakat ternakan
Zakat harta

Mujaini Tarimin. (2005). Zakat menuju pengurusan profesional. Kuala Lumpur:


Utusan.

Mustafa al Khin, Mustafa al Bugho, & Ali al Syarbaji. (1989). Al fiqh al manhaji
Âala mazhab al imam al ShafiÊe. Damascus: MatbaÊah al Sabah.

Sheikh Abdullah Basmeih. (1992). Tafsir pimpinan al-Rahman kepada pengertian


al-Quran. JPM: Bahagian Hal Ehwal Islam.

Sulaiman Endut. (2006). Asas-asas fardu ain. Kuala Lumpur: Pustaka Abdul
Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Haji dan
2 Umrah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan maksud, hikmah, hukum dan syarat haji dan
umrah;
2. Mengenal pasti jenis haji, rukun haji dan umrah serta larangan
semasa ihram;
3. Menerangkan wajib haji dan umrah;
4. Menjelaskan maksud dan jenis dam;
5. Menerangkan sunat haji yang umum; dan
6. Merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
untuk topik haji dan umrah.

 PENGENALAN
Topik kedua ini akan membincangkan tentang haji dan umrah. Secara amnya,
topik haji dan umrah adalah topik yang agak sukar kerana ia melibatkan amalan
praktikal yang hanya difahami secara tepat oleh orang yang mengalaminya.

Oleh itu, dalam topik ini, pelajar hanya didedahkan dengan amalan haji dan
umrah secara umum di mana ia hanya melibatkan syarat, rukun, wajib haji dan
larangan semasa melakukan haji dan umrah. Anda sebagai guru hendaklah
menggunakan alat bantuan mengajar dalam bentuk audio visual yang sesuai
untuk memberi kefahaman yang lebih jelas. Di samping itu, penggunaan alat
bantuan mengajar juga diharapkan dapat menarik minat pelajar untuk
mempelajarinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  23

2.1 PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH


Haji dan umrah boleh didefinisikan kepada dua bahagian iaitu dari segi bahasa
dan syarak. Mari kita lihat Jadual 2.1 untuk mengetahui maksud haji dan umrah.

Jadual 2.1: Maksud Haji dan Umrah

Ibadat Bahasa Syarak


Haji Mengunjungi Mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) di Mekah untuk
sesuatu melakukan ibadah yang tertentu pada masa yang telah
destinasi ditetapkan dengan syarat yang khusus.
Umrah Ziarah Menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk melakukan
ibadah yang tertentu mengikut syarat yang khusus.

2.2 PENSYARIATAN HAJI DAN UMRAH


Kefarduan haji adalah perkara yang mesti diketahui oleh setiap orang Islam (al-
maÊlum min al-din bi al-darurah). Kefarduannya dinyatakan dengn jelas di
dalam al-Quran dan sunnah.

2.2.1 Al-Quran
Kefarduan haji dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah SWT dalam surah
Ali ÂImran, ayat 97:

©!$# ¨βÎ*sù txx. ⎯tΒuρ 4 Wξ‹Î6y™ Ïμø‹s9Î) tí$sÜtGó™$# Ç⎯tΒ ÏMø7t ø9$# kÏm Ĩ$¨Ζ9$# ’n?tã ¬!uρ

∩®∠∪ t⎦⎫Ïϑn=≈yèø9$# Ç⎯tã ;©Í_xî


Maksudnya:
„Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi
Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur
(ingkarkan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
(tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

Dalam bahagian kedua ayat tersebut, Allah SWT mengaitkannya dengan


kekufuran. Ini bermaksud menunaikan haji adalah kemestian sebagai Muslim
dan meninggalkannya dengan ingkar boleh menjadikan seseorang itu terkeluar
daripada Islam.

2.2.2 Sunnah
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

،‫ﺼﻼَِة‬ ِ
ُ َ‫ َوإِﻗ‬،‫ َوأَ ﱠن ُﳏَ ﱠﻤ ًﺪا َر ُﺳ ْﻮ ُل ﷲ‬،‫ َﺷ َﻬ َﺎدةُ أ ْن ﻻَ إِﻟَﻪَ إِﻻﱠ ﷲ‬:‫ﺲ‬
‫ﺎم اﻟ ﱠ‬ ٍ َْ‫اﻹﺳﻼَ ُم َﻋﻠﻰ ﲬ‬
ْ ‫ﲏ‬ ِ
َ ُ‫ﺑ‬
ِ ِ
.‫ﻀﺎ َن‬ َ ‫ َو‬،‫ َو َﺣ ﱡﺞ اﻟْﺒَـْﻴﺖ‬، ‫َوإِﻳْـﺘَﺎءُ اﻟﺰﱠﻛﺎَة‬
َ ‫ﺻ ْﻮُم َرَﻣ‬
Maksudnya:
„Islam terbina di atas lima perkara: bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat,
melaksanakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan.‰

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Abu Hurayrah r.a. menceritakan bahawa


pada suatu hari, Rasulullah SAW berkhutbah dan antara kandungannya ialah:

‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴ ُﻜ ُﻢ ا ْﳊَ ﱠﺞ ﻓَ ُﺤ ﱡﺠﻮا‬


‫ض ﱠ‬ ُ ‫أَﻳـﱡ َﻬﺎ اﻟﻨ‬
َ ‫ﱠﺎس ﻗَ ْﺪ ﻓَـَﺮ‬
Maksudnya:
„Wahai manusia! Allah telah menfardukan ke atas kamu haji, maka laksanakanlah
haji.‰

Selain itu, semua ulama sepanjang zaman telah bersepakat tentang kefarduan
haji dan tiada dalam kalangan mereka yang berpandangan sebaliknya.

2.3 HIKMAH MENGERJAKAN HAJI DAN


UMRAH
Haji dan umrah adalah ibadah yang penuh dengan maksud simbolik yang perlu
diamati dan dihayati. Ibadah ini mempunyai faedah dan hikmahnya yang
tersendiri. Allah SWT berfirman dalam surah al-Hajj, ayat 28 yang berbunyi:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  25

Νßγs%y—u‘ $tΒ 4’n?tã BM≈tΒθè=÷è¨Β 5Θ$−ƒ&r þ’Îû «!$# zΝó™$# (#ρãà2õ‹tƒρu öΝßγs9 yìÏ≈oΨtΒ (#ρ߉yγô±uŠÏj9

∩⊄∇∪ uÉ)xø9$# }§Í←!$t6ø9$# (#θßϑÏèôÛr&uρ $pκ÷]ÏΒ (#θè=ä3sù ( ÉΟ≈yè÷ΡF{$# Ïπyϑ‹Îγt/ .⎯ÏiΒ

Maksudnya:
„Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah
kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari yang
tertentu kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang ternak (untuk
dijadikan korban); dengan yang demikian, makanlah kamu dari (daging)
binatang korban itu dan berilah makan kepada orang susah yang fakir miskin.‰

Kelebihan haji juga dapat dilihat di dalam banyak hadis Rasulullah SAW.
Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Abu Hurayrah r.a. berkata:

ِ‫ ﻗ‬.‫ إِﳝﺎ ٌن ِ ﱠﻪﻠﻟِ ورﺳﻮﻟِِﻪ‬:‫ﺎل‬ ِ


:‫ﺎل‬
َ َ‫ ﰒُﱠ َﻣﺎذَا؟ ﻗ‬:‫ﻴﻞ‬
َ ُ ََ َ ْ‫َﻋ َﻤ ِﺎل أَﻓ‬
َ َ َ‫ﻀ ُﻞ؟ ﻗ‬ ْ ‫ى اﻷ‬ ‫ُﺳﺌ َﻞ اﻟﻨﱠِ ﱡ‬
‫ أَ ﱡ‬:(‫ﱮ )ص‬
ِ ِ‫ِﺟﻬﺎد ِﰱ ﺳﺒِ ِﻴﻞ ﱠ‬
.‫ور‬
ٌ ‫ﺎل َﺣ ﱞﺞ َﻣ ْﺒـ ُﺮ‬ َ ‫ ﻗ‬.‫اﻪﻠﻟ‬
َ َ‫ ﰒُﱠ َﻣﺎذَا؟ ﻗ‬:‫ﻴﻞ‬ َ ٌَ
Maksudnya:
„Ditanya Rasulullah SAW: ÂApakah amalan yang paling afdal?Ê Jawab Baginda:
ÂBeriman kepada Allah dan RasulNya.Ê Ditanya lagi: ÂKemudian apa?Ê Jawab
Baginda: ÂJihad fi sabilillah.Ê Ditanya lagi: ÂKemudian apa?Ê Jawab Baginda, ÂHaji
yang mabrur.‰

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Abu Hurayrah r.a.


bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ُ‫ﺲ ﻟَﻪُ َﺟَﺰاءٌ إِﻻﱠ ا ْﳉَﻨﱠﺔ‬ ْ ‫ َو‬،‫اﻟْﻌُ ْﻤَﺮةُ إِ َﱃ اﻟْﻌُ ْﻤَﺮِة َﻛ ﱠﻔ َﺎرةٌ ﻟِ َﻤﺎ ﺑـَْﻴـﻨَـ ُﻬ َﻤﺎ‬
َ ‫اﳊَ ﱡﺞ اﻟْ َﻤ ْﺒـ ُﺮوُر ﻟَْﻴ‬
Maksudnya:
„Umrah ke umrah merupakan kaffarah (pembersih dosa) antara keduanya dan
haji yang mabrur itu tiada balasan baginya melainkan syurga.‰

Berdasarkan dua hadis ini, kita dapat memahami kelebihan amalan haji dan
umrah sehingga diberi ganjaran syurga asalkan ia dilakukan dengan ikhlas
kepada Allah serta mencukupi rukun dan syaratnya. Justeru, orang yang
beriman hendaklah menyegerakan ibadah haji dan tidak menangguh lagi
kewajipan ini sehingga usianya lanjut.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
26  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

Amalan haji juga memerlukan kesihatan fizikal. Jika seseorang itu sudah
mencapai usia tua, berkemungkinan dia tidak dapat melakukan sebahagian
amalan haji dengan usaha dan kudrat sendiri, sebaliknya terpaksa mengupah
orang lain untuk menggantikannya seperti dalam amalan melontar di jamrah.
Dia juga mungkin tidak dapat memaksimumkan usahanya untuk
melipatgandakan ibadah lain sepanjang berada di tanah suci Mekah dan
Madinah. Sedangkan dalam jangka masa melaksanakan haji tersebut, dia
dianggap sebagai tetamu Allah SWT. Amat malang jika dia tidak merebut
peluang tersebut dengan melakukan sebanyak mungkin amal ibadah.

Ibn Majah meriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

ِ
ْ ‫َﺟﺎﺑَـ ُﻬ ْﻢ َوإِن‬
‫اﺳﺘَـ ْﻐ َﻔ ُﺮوﻩُ َﻏ َﻔَﺮ َﳍُْﻢ‬ ِ ِ‫اﳊ ﱠﺠﺎج واﻟْﻌُ ﱠﻤﺎر وﻓْ ُﺪ ﱠ‬
َ ‫اﻪﻠﻟ إ ْن َد َﻋ ْﻮﻩُ أ‬ َ ُ َ ُ ُْ
Maksudnya:
„Jemaah haji dan umrah adalah utusan Allah. Jika mereka berdoa kepadaNya,
nescaya Dia akan memperkenankan doa mereka dan jika mereka memohon
keampunan daripadaNya, Dia akan mengampunkan mereka.‰

Sebagai rumusan, mari kita lihat Jadual 2.2 yang meringkaskan beberapa hikmah
mengerjakan haji dan umrah.

Jadual 2.2: Hikmah Mengerjakan Haji dan Umrah

Individu Masyarakat
 Menghapuskan dosa kecil;  Saling berkenalan sesama umat Islam;
 Membersihkan jiwa daripada maksiat;  Membantu mempertingkatkan
ekonomi umat Islam;
 Memperbaharui ikrar keimanan
kepada Allah SWT;  Mengukuhkan hubungan
persaudaraan sesama Muslim;
 Melahirkan kesyukuran dengan
nikmat harta dan kesihatan;  Menyatupadukan umat Islam dari
seluruh dunia tanpa mengira bangsa;
 Mengingati sejarah kegemilangan dan
dan
kecemerlangan tamadun Islam; dan
 Merupakan perhimpunan dan
 Mengingati peristiwa pengorbanan
perjumpaan terbesar umat Islam dari
keluarga Nabi Ibrahim a.s.
seluruh dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  27

2.4 HUKUM DAN SYARAT MENGERJAKAN


HAJI DAN UMRAH
Dalam mengerjakan haji dan umrah, terdapat hukum dan syarat-syaratnya. Mari
kita lihat hukum dan syaratnya satu-persatu.

2.4.1 Hukum Mengerjakan Haji dan Umrah


Haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim,
lelaki dan perempuan sekali seumur hidup.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 196:

¬! nοt÷Κãèø9$#uρ ¢kptø:$# (#θ‘ϑÏ?&r uρ


Maksudnya:
„Dan tunai atau sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.‰

Barang siapa yang menafikan kewajipan ini bererti dia telah kufur iaitu terkeluar
dari agama Islam. Ibadah haji wajib dilakukan oleh individu Muslim yang
berkemampuan.

Tahukah anda bilakah ibadah haji mula difardukan kepada umat Islam?
Menurut jumhur ulama, fardu haji mula diwajibkan pada tahun ke-6 Hijrah.
Ibnu Qaiyim pula berpendapat bahawa haji mula diwajibkan pada tahun ke-9
atau ke-10 Hijrah.

Berkenaan dengan hukum umrah, ulama berpendapat ia boleh dilakukan


sekerap yang mungkin berdasarkan kemampuan seseorang individu. Namun,
perlu diingat bahawa umrah bukan tergolong dalam rukun Islam. Oleh itu,
dalam menunaikan umrah adalah tidak wajib tetapi ia amat dituntut ke atas
mereka yang berkemampuan.

2.4.2 Syarat Wajib Mengerjakan Haji dan Umrah


Terdapat empat syarat wajib yang umum dalam mengerjakan haji dan umrah
iaitu Islam, baligh, berakal dan berkuasa atau berkemampuan. Empat syarat ini
dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 2.3 berserta dengan syarat wajib
yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

Jadual 2.3: Tujuh Syarat Wajib Mengerjakan Haji dan Umrah

Perkara Huraian
Islam Tidak wajib ke atas kafir dan murtad
Baligh Tidak wajib ke atas kanak-kanak
Berakal Tidak wajib ke atas orang gila dan bodoh
Berkuasa atau Tidak wajib ke atas orang yang tidak berkemampuan menunaikannya.
berkemampuan Berkemampuan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
(istita'ah)
Pertama: Berkemampuan secara langsung
(a) Mampu menyediakan tambang dan segala perbelanjaan bagi
mengerjakan ibadah haji;
(b) Mempunyai nafkah yang mencukupi untuk tanggungan yang
ditinggalkan;
(c) Mempunyai kenderaan pergi dan balik;
(d) Selamat perjalanan pergi dan balik;
(e) Ada kesempatan masa untuk mengerjakan haji; dan
(f) Sihat tubuh badan.
Kedua: Berkemampuan secara tidak langsung
Maksud berkemampuan secara tidak langsung ialah mereka yang
tidak mampu mengerjakan haji atau umrah dengan sendiri. Namun,
dia merupakan seorang mukalaf yang memiliki harta yang
mencukupi untuk mengupah orang lain mengerjakan haji bagi
pihaknya. Ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya:
(a) Uzur;
(b) Sakit yang tiada harapan sembuh;
(c) Telah meninggal dunia tetapi berkemampuan semasa
hidupnya; dan
(d) Terlalu tua.
Mahram Syarat ini khusus untuk wanita. Wanita yang ingin menunaikan haji
atau umrah wajib ditemani oleh suami atau mahram mereka.
Sekiranya tiada suami atau mahram, dia perlu ditemani oleh
perempuan yang boleh dipercayai (thiqah)
Mendapat Syarat ini juga khusus untuk wanita. Wanita hanya boleh
keizinan mengerjakan haji sekiranya dia mendapat keizinan daripada
suaminya
Merdeka Tidak wajib ke atas hamba

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  29

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Terangkan hukum melaksanakan haji ke atas orang Islam.

2. Bincangkan maksud „kemampuan‰ bagi syarat wajib melaksanakan


haji.

2.5 JENIS HAJI


Kita telah mempelajari definisi haji dan umrah dalam subtopik yang lepas. Kita
juga telah mempelajari hukum dan hikmah persyariatan kedua-dua ibadah ini.
Sekarang, mari kita pelajari pula jenis haji dan rukunnya.

Terdapat tiga jenis haji seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 berikut.

Rajah 2.1: Tiga jenis haji

Apakah perbezaan antara ketiga-tiga jenis haji ini? Mari kita lihat Jadual 2.4 yang
menerangkan ketiga-tiga jenis haji ini dengan lebih lanjut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

Jadual 2.4: Huraian Tiga Jenis Haji


Jenis Haji Huraian
Ifrad Haji ifrad ialah mengerjakan amalan haji terlebih dahulu, kemudian
baru dikerjakan amalan umrah. Maksudnya, haji dan umrah dibuat
secara berasingan. Kebiasaannya, haji ifrad dikerjakan oleh orang
yang bermastautin di Mekah atau sekitarnya atau jemaah yang
terlewat datang ke Mekah.

Menunaikan haji dengan cara ini adalah lebih afdal. Walaupun


jemaah haji jenis ini mengambil masa yang panjang untuk
mengerjakan haji, namun mereka tidak dikenakan dam.

TamattuÊ Haji tamattuÊ ialah mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-
bulan haji dan kemudiannya mengerjakan haji pada tahun yang
sama.

Cara ini memberikan kelapangan dan keselesaan kepada jemaah


semasa mengerjakan ibadah haji. Mereka boleh meninggalkan ihram
umrah tetapi dikenakan dam.

Qiran Terdapat dua cara untuk melakukan haji qiran:

(a) Cara 1: Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam


bulan-bulan haji dengan mengerjakan amalan haji sahaja; dan
(b) Cara 2: Berniat mengerjakan umrah sahaja tetapi sebelum tawaf,
dia berniat mengerjakan haji.

Cara ini juga memberi kesenangan dan kemudahan kepada jemaah


haji kerana haji dan umrah boleh dikerjakan dalam masa yang
singkat tetapi dikenakan dam.

2.6 RUKUN HAJI DAN UMRAH


Terdapat enam rukun haji dan lima rukun umrah. Mari kita lihat Jadual 2.5 yang
menyenaraikan rukun tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  31

Jadual 2.5: Rukun Haji dan Umrah


Rukun Haji Rukun Umrah
1. Niat ihram mengerjakan haji; 1. Niat ihram mengerjakan umrah;
2. Wuquf di Arafah; 2. Tawaf;
3. Tawaf di Kaabah; 3. SaÊie;
4. SaÊie antara Bukit Safa dan Marwah; 4. Bercukur atau bergunting; dan
5. Bergunting atau bercukur rambut; dan 5. Tertib.
6. Tertib.

2.6.1 Niat Ihram


Bagaimanakah niat ihram dilakukan? Mari kita lihat Jadual 2.6 berikut yang
menerangkan niat ihram bagi haji tamattuÊ, haji ifrad, haji qiran dan umrah.

Jadual 2.6: Niat Ihram untuk Haji TamattuÊ dan Haji Ifrad, Haji Qiran dan Umrah

Haji Lafaz Niat di Hati


TamattuÊ Sahaja aku
dan Ifrad mengerjakan haji dan
aku berihram
dengannya kerana
Allah Taala.
Qiran Sahaja aku
mengerjakan haji dan
umrah dan aku
berihram dengan
kedua-duanya kerana
Allah Taala.
Umrah Sahaja aku
mengerjakan umrah
dan aku berihram
dengannya kerana
Allah Taala.

Larangan Semasa dalam Ihram


Jemaah haji hendaklah meninggalkan semua larangan semasa ihram. Sekiranya
mereka melakukan larangan tersebut, haji mereka tetap sah tetapi dikenakan
dam. Larangan semasa dalam ihram (bagi lelaki atau perempuan) terbahagi
kepada LIMA perkara. Jadual 2.7 berikut menerangkannya dengan lebih lanjut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

Jadual 2.7: Larangan Semasa dalam Ihram

Jantina
Lelaki Perempuan
Larangan
Pakaian  Memakai pakaian bersarung  Menutup muka; dan
atau berjahit dan bercantum;
 Memakai sarung tangan.
 Menutup kepala atau
sebahagian kepala; dan
 Memakai sarung tangan.
Wangi-  Memakai bau-bauan sama  Memakai bau-bauan sama ada
wangian ada pada badan, pakaian, pada badan, pakaian, makanan,
makanan, minuman atau minuman atau menghisapnya ke
menghisapnya ke dalam dalam hidung; dan
hidung; dan
 Memakai minyak di janggut dan
 Memakai minyak di janggut semua bulu muka selain dari
dan semua bulu muka selain yang tumbuh di pipi dan dahi.
dari yang tumbuh di pipi
dan dahi.
Alam sekitar  Memotong, menebang,  Memotong, menebang, mengerat
mengerat atau mencabut atau mencabut pokok di Tanah
pokok di Tanah Haram; dan Haram; dan
 Memburu binatang buruan  Memburu binatang buruan yang
yang halal dimakan atau halal dimakan atau
membinasakannya di Tanah membinasakannya di Tanah
Haram. Haram.
Kecantikan  Menanggalkan rambut atau  Menanggalkan rambut atau bulu
bulu dari mana-mana dari mana-mana anggota badan;
anggota badan; dan dan
 Mengerat atau memotong  Mengerat atau memotong kuku.
kuku.
Hubungan  Melakukan mukadimah  Melakukan mukadimah
jantina persetubuhan; persetubuhan;
 Bersetubuh atau berjimak;  Bersetubuh atau berjimak; dan
dan
 Berkahwin atau menerima wakil
 Berkahwin atau kahwin.
mengahwinkan, menerima
wakil kahwin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  33

SEMAK KENDIRI 2.2

Jelaskan perbezaan antara haji ifrad dengan haji qiran.

AKTIVITI 2.1

Pada pandangan anda, jemaah Malaysia mengerjakan haji dengan


cara yang mana? Bincang dan berikan alasan anda.

2.6.2 Wuquf di Arafah


Kita telah pun mempelajari rukun haji dan umrah. Anda tentu dapat mengenal
pasti bahawa perbezaan antara rukun haji dengan umrah ialah rukun haji yang
kedua iaitu wuquf di Arafah. Jemaah haji wajib berwuquf di Arafah, namun
individu Muslim yang mengerjakan umrah tidak perlu berbuat demikian.
Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan wuquf?

Wuquf bermaksud berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam
sebarang keadaan.

Wuquf di Arafah boleh menyedarkan kita bahawa semua manusia adalah sama
di sisi Allah SWT. Wuquf juga menggambarkan keadaan di Padang Mahsyar
kelak.

Tahukan anda bahawa wuquf mempunyai tempoh waktu yang telah ditetapkan
oleh syarak? Wuquf bermula pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari
hinggalah terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah. Waktu yang afdal mengerjakan wuquf
ialah sebahagian dari siang hari pada 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam
pada 10 Zulhijjah.

Semasa berada di Arafah, jemaah haji disaran agar memperbanyakkan takbir,


zikir, talbiah dan doa. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

„Sebaik-baik doa ialah pada hari Arafah dan sebaik-baik doa yang aku dan nabi
sebelumku ucapkan ialah: Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya-
benarnya selain Allah yang tiada sekutuNya. BagiNya segala pemerintahan dan
pujian dan Dialah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Jelaskan maksud wuquf.

2. Bilakah tempoh mula dan akhir bagi wuquf?

2.6.3 Tawaf
Kita telah pun mempelajari wuquf di Arafah sebentar tadi. Sekarang mari kita
pelajari pula mengenai tawaf. Tawaf dituntut dalam ibadah haji dan umrah.
Apakah yang anda faham mengenai tawaf?

Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan kerana


beribadah kepada Allah SWT.

Tahukah anda tawaf terbahagi kepada empat jenis? Mari kita lihat keempat-
empat jenis tawaf ini dengan lebih lanjut dalam Jadual 2.8.

Jadual 2.8: Empat Jenis Tawaf

Tawaf Huraian
Qudum Tawaf selamat datang. Ia disunatkan bagi mereka yang baru sampai ke
Mekah.
Ifadah atau Tawaf yang wajib dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji.
Rukun
WadaÊ Tawaf selamat tinggal (perpisahan). Sunat dilakukan oleh jemaah haji
yang hendak meninggalkan Mekah.
Sunat Tawaf sunat semasa berada di Mekah. Ia boleh dikerjakan pada bila-
bila masa sahaja.

Seterusnya marilah kita lihat pula syarat sah tawaf dan juga sunat tawaf dalam
Jadual 2.9.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  35

Jadual 2.9: Syarat Sah dan Sunat Tawaf

Syarat Sah Sunat

 Suci daripada hadas.  Berjalan kaki.

 Suci badan, pakaian, tempat tawaf  BeridhtibaÊ (‫ )اﻻﺿﻄﺒﺎع‬bagi tawaf yang


dari najis. diiringi dengan saÊie (lelaki sahaja).
 Menutup aurat. IdhtibaÊ ialah mengubah kedudukan kain
selendang ihram iaitu dengan
 Niat melakukan tawaf. Niat meletakkan bahagian tengahnya di
haruslah berdasarkan jenis tawaf bawah bahu kanan dengan
yang dilakukan. mendedahkannya, manakala kedua-dua
hujungnya pula diletakkan di atas bahu
 Tujuh kali pusingan dengan niat kiri.
tawaf kepada Allah SWT.
 Berlari-lari anak (pada tiga pusingan
 Bermula dan berakhirnya tawaf yang pertama) bagi tawaf yang diiringi
pada Hajar al-Aswad atau dengan saÊie (lelaki sahaja).
bersetentang dengannya.
 Istilam (kucup) Hajar al-Aswad dan
 Memastikan Baitullah di sebelah sentuh Rukun Yamani.
kiri semasa melakukan tawaf.
 Memperbanyakkan zikir dan doa.
 Dilakukan dalam Masjid Haram
dan di luar Hijir Ismail atau  Berturut-turut sebanyak tujuh kali.
Syazarwan. Tidak sah dilakukan di
luar masjid.  Khusyuk atau tawaduk semasa tawaf.

 Solat sunat dua rakaat setelah selesai


melakukan tawaf.

Rajah 2.2 menunjukkan tempat permulaan dan penghabisan tawaf.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

Rajah 2.2: Tempat permulaan dan penghabisan tawaf

SEMAK KENDIRI 2.4

1. Senaraikan perkara yang sunat dilakukan ketika tawaf.

2. Terangkan maksud al-idhtibaÂ.

3. Apakah hukum istilam Hajar al-Aswad?

AKTIVITI 2.2

Huraikan cara yang betul melakukan tawaf di Baitullah dengan


merujuk buku fiqah yang membicarakan tentang tawaf. Tunjukkan
cara tersebut di hadapan kelas. Berikan juga penekanan kepada
doa yang sunat dibaca semasa melakukan tawaf.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  37

2.6.4 Sa’ie
Kita telah pun mempelajari tentang wuquf dan tawaf. Sekarang, kita akan
membincangkan pula mengenai saÊie. Apakah yang dimaksudkan dengan saÊie?

SaÊie bermaksud berjalan berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah
sebanyak tujuh kali. Ia dilakukan selepas tawaf.

Cara pengiraaan saÊie bermula dari Safa ke Marwah dikira sekali dan daripada
Marwah ke Safa dikira sekali dan begitulah seterusnya sehingga cukup tujuh
kali.

Tahukah anda bahawa saÊie juga mempunyai syarat-syaratnya? Jadual 2.10


menyatakan syarat dan sunat saÊie.

Jadual 2.10: Syarat dan Sunat SaÊie

Syarat Sunat

 Dilakukan selepas tawaf rukun  Keluar ke tempat saÊie melalui


(tawaf ifadah) atau tawaf qudum. BabussafaÊ.

 Bermula di Bukit Safa dan berakhir  Menaiki Bukit Safa atau Marwah hingga
di Bukit Marwah. sampai ke batu bukit.

 Cukup tujuh kali dengan yakin.  Mengadap kiblat dan mengangkat


kedua tangan serta bertakbir di Safa dan
 Hendaklah sampai ke penghujung Marwah.
saÊie di Safa dan di Marwah.
 Berlari-lari anak bagi lelaki apabila
 Hendaklah dilakukan dengan sampai tempat bertanda lampu hijau
perjalanan biasa, tidak menonggeng atau tiang hijau.
kepala atau melintang.
 Muwalat (berturut-turut) sehingga
 Hendaklah saÊie di Batnul Wadi cukup tujuh kali.
(tempat yang termaklum).
 Suci dari hadas kecil dan besar.
 Memulakan niat saÊie semasa
bermula di Safa.  Berjalan kaki.

 Memperbanyakkan zikir dan doa.

 Dalam keadaan berwuduk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

2.6.5 Bercukur
Apakah yang dimaksudkan dengan bercukur?

Bercukur bermaksud semua perbuatan memotong rambut, termasuklah


mencukur, menggunting, memendek atau mencabutnya.

Bercukur dilakukan setelah selesai saÊie bagi menamatkan ibadah haji atau
umrah. Masa bercukur bagi orang yang mengerjakan haji adalah berbeza dari
orang yang mengerjakan umrah.

Bagi jemaah haji, bercukur dilakukan selepas melontar Jamratul Aqabah.


Manakala bagi orang yang melakukan umrah, bercukur dilakukan sejurus selesai
melakukan saÊie.

Apakah syarat bercukur? Syarat bercukur adalah seperti berikut:

(a) Tidak bercukur mendahului waktunya. Waktu bercukur ialah selepas


tengah malam Hari Raya Korban. Sesiapa yang bercukur sebelum
waktunya adalah berdosa dan wajib membayar fidyah;

(b) Tidak kurang daripada tiga helai rambut; dan

(c) Bahagian rambut hendaklah di kepala.

SEMAK KENDIRI 2.5

1. Senaraikan hikmah sa'ie dan bercukur.

2. Berikan hukum bagi seseorang yang bersaÊie tetapi tidak menaiki


Bukit Safa atau Marwah hingga sampai batu bukit.

2.7 WAJIB HAJI DAN UMRAH


Pernahkan anda mendengar mengenai wajib haji dan umrah? Tahukah anda
bahawa wajib haji dan umrah berbeza daripada rukun haji dan umrah? Sesiapa
yang meninggalkan salah satu rukun haji atau umrah tersebut, maka tidak
sahlah kedua-dua ibadah tersebut. Sebaliknya, jika sesiapa meninggalkan salah
satu wajib haji atau umrah, ibadahnya tetap sah tetapi wajib membayar dam.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  39

Apakah wajib haji dan umrah? Terdapat enam wajib haji dan dua wajib umrah
seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.11 berikut.

Jadual 2.11: Wajib Haji dan Umrah

Wajib Haji Wajib Umrah

 Niat ihram di Miqat tertentu.  Niat ihram di Miqat.

 Bermalam di Muzdalifah.  Meninggalkan perkara larangan


semasa dalam ihram.
 Melontar Jamratul Aqabah.

 Bermalam di Mina selama dua atau tiga


malam Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

 Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari


Tasyrik.

 Meninggalkan perkara larangan semasa


dalam ihram.

Kita akan mempelajari dengan lebih lanjut beberapa perkara wajib haji yang
utama dalam bahagian seterusnya.

2.7.1 Bermalam atau Mabit di Muzdalifah


Muzdalifah ialah nama tempat yang terletak antara Arafah dan Mina. Tahukah
anda apakah yang dimaksudkan dengan mabit di Muzdalifah?

Mabit di Muzdalifah bermaksud berada di bumi Muzdalifah sepanjang


malam hingga pagi atau berada di bumi Muzdalifah seketika selepas tengah
malam.

Bilakah bermulanya waktu mabit? Ia bermula pada tengah malam 10 Zulhijjah


hingga Subuh. Ini bermakna seseorang jemaah haji hendaklah berada di
Muzdalifah selepas separuh malam ke-10 Zulhijjah iaitu selepas waktu wuquf di
Arafah dan sebelum terbit fajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian mabit jika berlaku


keuzuran seperti:

(a) Takut terancam keselamatan diri atau harta;


(b) Menjaga atau menemani orang sakit;
(c) Mencari pekerja atau keluarga yang hilang; dan
(d) Berpenyakit dan sukar bermalam.

2.7.2 Melontar Jamratul Aqabah


Melontar Jamratul Aqabah dilakukan selepas bermalam di Muzdalifah. Waktu
melontar ialah selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah dan berlanjutan sehingga
terbenam matahari pada 13 Zulhijjah. Waktu melontar yang afdal ialah pada
pagi 10 Zulhijjah.

Bagaimanakah caranya membuat lontaran Jamratul Aqabah? Berikut adalah cara


untuk melakukannya:

(a) Melontar dengan tujuh biji anak batu pada tiap-tiap jamrah;

(b) Melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Ula, kemudian Jamratul
Wusta dan diakhiri di Jamratul Aqabah;

(c) Melontar yang tidak terpesong daripada tujuan lain;

(d) Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya;

(e) Batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamarat dengan yakin;

(f) Melontar dengan gaya melontar;

(g) Melontar dengan tangan;

(h) Tertib hari melontar. Ini bermakna, tidak sah melontar pada hari ke-11,
melainkan setelah melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah melontar hari
ke-12, melainkan sudah melontar bagi hari ke-11. Begitu juga, tidak sah
melontar untuk hari ke-13 kecuali telah melontar untuk hari ke-12; dan

(i) Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga
Jamarat untuk diri sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  41

2.7.3 Bermalam atau Mabit di Mina


Sekarang, kita lihat wajib haji yang lain iaitu mabit di Mina.

Mabit di Mina bermaksud berada di bumi Mina sepanjang malam hingga


pagi atau berada di bumi Mina lebih daripada setengah malam.

Bilakah bermulanya waktu mabit di Mina? Ia bermula pada malam 11, 12 dan 13
Zulhijjah. Namun begitu, terdapat beberapa pilihan mabit. Antaranya ialah:

(a) Boleh bermalam dua malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah). Ia dinamakan


nafar awal; dan

(b) Boleh bermalam tiga malam (malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia dinamakan
nafar thani.

Walaupun begitu, terdapat beberapa pengecualian mabit jika berlaku keuzuran


seperti:

(a) Takut terancam keselamatan diri atau harta;


(b) Menjaga atau menemani orang sakit;
(c) Mencari pekerja atau keluarga yang hilang; dan
(d) Berpenyakit dan sukar bermalam.

AKTIVITI 2.2

1. Miqat tersenarai sebagai wajib haji dan umrah. Huraikan dengan


jelas apakah yang dimaksudkan dengan miqat dan berapakah
pembahagian miqat. Sebutkan juga miqat bagi jemaah Malaysia.

2. Selain melontar Jamratul Aqabah, jemaah haji juga hendaklah


melontar Jamrah al-Ula dan Jamrah al-Wusta. Apakah yang
dimaksudkan dengan kedua-dua jamrah ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

2.8 DAM
Seterusnya, kita akan mempelajari tentang dam. Pernahkah anda mendengar
tentang dam? Apakah yang dimaksudkan dengan dam?

Dam dari segi bahasa bermaksud darah. Manakala dalam konteks ibadah
haji atau umrah, ia adalah denda yang dikenakan kepada orang yang
melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana
meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara yang dilarang semasa
ihram. Jemaah haji yang melakukan haji qiran dan haji tamattuÊ juga
dikenakan dam.

Hukum membayar dam adalah wajib.

Tahukah anda ada berapa jenis dam? Rajah 2.3 menyenaraikan lima jenis dam.

Rajah 2.3: Lima jenis dam

Lima jenis dam ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.

2.8.1 Dam Ihsar


Apakah yang dimaksudkan dengan dam ihsar?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  43

Dam ihsar bermaksud untuk melepaskan diri dari larangan ihram bagi
seseorang yang sudah berniat ihram tetapi tidak dapat menyelesaikan rukun
hajinya atau rukun umrahnya atau kedua-duanya.

Terdapat dua sebab seseorang dikenakan dam ihsar iaitu:

(a) Terhalang atau terkepung dalam perjalanan atau ketakutan dari musuh
atau berpenyakit; dan

(b) Boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah perempuan yang


kedatangan haid dan tidak dapat melaksanakan tawaf haji atau umrah
kerana terpaksa segera pulang ke tanah air. Haji atau umrahnya dianggap
belum selesai, maka dia hendaklah pergi semula ke tanah haji Mekah
untuk menyelesaikan urusan haji atau umrahnya jika mampu.

Bagaimanakah dam ihsar dilaksanakan? Setelah keluar dari Mekah melebihi dua
marhalah (91km) atau setelah sampai ke tanah air, hendaklah orang tersebut:

(a) Menyembelih seekor kambing atau bercukur atau bergunting (terlepas dari
semua pantang larang ihram);

(b) Jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor
kambing dan dibahagikan dengan penduduk tempatan; atau

(c) Jika tidak mampu juga, hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak
bilangan cupak yang mampu dibeli dengan nilai seekor kambing.

2.8.2 Dam Tertib dan Taqdir


Apakah yang dimaksudkan dengan dam tertib dan taqdir?

Dam tertib dan taqdir bermaksud tiada pilihan dengan dam yang telah
ditetapkan. Namun, jika tidak mampu, gantian akan ditentukan mengikut
hukum syarak.

Berikut adalah sebab dam tertib dan taqdir dikenakan:

(a) Ihram tamattuÊ (dengan syarat-syaratnya);


(b) Ihram qiran (dengan syarat-syaratnya);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

(c) Luput wuquf di Arafah;


(d) Tidak melontar Jamrah;
(e) Tidak bermalam di Mina (dengan syarat);
(f) Tidak bermalam di Muzdalifah (dengan syarat);
(g) Tidak berihram di Miqat;
(h) Meninggalkan tawaf wadaÊ; dan
(i) Melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji.

Bagaimanakah dam ini dilaksanakan? Dam ini dilakukan dengan cara berikut:

(a) Dam yang dikenakan ialah menyembelih seekor kibas atau kambing atau
1/7 daripada lembu, unta atau kerbau;

(b) Jika tidak berkuasa, hendaklah ia berpuasa 10 hari, tiga hari semasa haji
dan tujuh hari apabila ia balik ke tempatnya; atau

(c) Jika tidak berdaya dengan sebab tua, maka dia perlu mengeluarkan satu
cupak tiap-tiap satu hari (10 cupak). Dan jika tidak berdaya juga,
tertanggunglah di atas zimmahnya.

2.8.3 Dam Tertib dan Ta’dil


Apakah yang dimaksudkan dengan dam tertib dan taÊdil?

Dam tertib dan taÊdil bermaksud apabila seseorang tidak berkuasa


mengeluarkan makanan, hendaklah ia diganti dengan puasa.

Terdapat dua sebab dam tertib dan taÊdil dikenakan. Mari kita rujuk Jadual 2.12
untuk mengetahui sebab dan damnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  45

Jadual 2.12: Dua Sebab Dam Tertib dan TaÊdil Dikenakan

Sebab Dam
Persetubuhan yang  Menyembelih seekor unta.
merosakkan haji
iaitu yang dilakukan  Jika tidak berkuasa, maka diganti dengan menyembelih
sebelum tahalul seekor lembu atau tujuh ekor kambing.
awal atau sebelum  Jika tidak berdaya, hendaklah membeli makanan dengan
selesai urusan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di
umrah Tanah Haram.
 Jika tidak berkuasa, hendaklah berpuasa beberapa hari
sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli
dengan nilai seekor unta dan wajib menghabiskan urusan
haji atau umrah dan wajib qadaÊ pada tahun berikutnya.
Tertahan atau  Hendaklah bertahalul ihsar iaitu menyembelih seekor
ditahan oleh musuh kambing dan bercukur atau bergunting.
dalam perjalanan
atau terkepung dan  Jika tidak berkuasa, hendaklah membeli makanan dengan
tidak dapat masuk nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin
Mekah sedangkan tempat tahalul.
dia sudah berihram  Jika tidak berkuasa, hendaklah berpuasa dengan beberapa
hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli
dengan nilai seekor kambing.

2.8.4 Dam Takhyir dan Ta’dil


Apakah yang dimaksudkan dengan dam takhyir dan taÊdil?

Takhyir bermaksud boleh memilih satu daripada perkara yang ditetapkan.

Terdapat dua sebab dam takhyir dan taÊdil dikenakan. Sebab dan damnya
diterangkan dalam Jadual 2.13.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

Jadual 2.13: Dua Sebab Dam Takhyir dan TaÊdil Dikenakan

Sebab Dam
Berburu binatang buruan  Menyembelih binatang mengikut bandingan
sama ada di Tanah Haram binatang yang diburu. Kalau rusa, bandingannya
atau Halal lembu manakala jika kijang, bandingannya kambing;
 Membeli makanan dengan nilai harga binatang
bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin
Mekah; atau
 Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak
yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu
cupak satu hari.
Mengerat, menebang atau  Menyembelih binatang mengikut bandingan pokok
mencabut pokok dalam yang dikerat, ditebang atau dicabut. Pokok yang
Tanah Haram Mekah besar, bandingannya lembu, jika kecil, bandingannya
kecuali pokok yang mati kambing;
 Membeli makanan dengan nilai harga binatang
bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin
Mekah; atau
 Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak
yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu
cupak satu hari.

2.8.5 Dam Takhyir dan Taqdir

Dam takhyir dan taqdir bermaksud ketetapan pada barang yang boleh
diganti.

Sebab dikenakan dam takhyir dan taqdir adalah:

(a) Membuang, mencabut atau menggunting tiga helai rambut dari mana-
mana anggota;

(b) Memakai pakaian yang dilarang dalam ihram dengan sengaja;

(c) Mengerat kuku, menanggalkan atau membinasakannya;

(d) Memakai bau-bauan dengan sengaja;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  47

(e) Memakai minyak di kepala, janggut atau semua bulu muka selain dari
bulu yang tumbuh di pipi dan di dahi dengan sengaja;

(f) Melakukan perkara mukadimah persetubuhan dengan sengaja;

(g) Melakukan pesetubuhan selepas tahalul awal tetapi belum selesai tahalul
kedua dengan sengaja; dan

(h) Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji


dengan sengaja.

Dam yang dikenakan ialah menyembelih seekor kambing atau bersedekah


kepada enam orang fakir miskin sebanyak dua cupak makanan setiap orang atau
berpuasa selama tiga hari.

SEMAK KENDIRI 2.6

Jelaskan dengan terperinci jenis dam dan sebab dikenakan dam


b

2.9 SUNAT HAJI


Sebelum ini, kita telah mempelajari perkara sunat semasa melakukan amalan
rukun haji. Sekarang, kita mempelajari pula sunat haji secara umum iaitu:

(a) Mengerjakan haji ifrad;

(b) Mandi ketika niat ihram di miqat;

(c) Memakai pakaian ihram berwarna putih;

(d) Memperbanyakkan ucapan talbiah;

(e) Memperbanyakkan bacaan tahmid, zikir dan doa;

(f) Solat dua rakaat selepas tawaf dilakukan di belakang maqam Nabi Ibrahim;
dan

(g) Tawaf qudum.

Mari kita pelajari tiga daripada tujuh ibadah sunat yang telah disenaraikan tadi
dalam bahagian seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

2.9.1 Talbiah
Apakah maksud talbiah?

Talbiah ialah ucapan menyahut seruan Ilahi yang dilafaz oleh jemaah haji
setelah berihram ketika berada di tanah suci.

Bacaan talbiah dilakukan secara terus-menerus. Jemaah digalakkan


memperbanyakkan talbiah pada sepanjang perjalanan hingga sampai ke Mekah
untuk mengerjakan rukun haji atau umrah. Talbiah dihentikan setelah sampai di
Mekah dan sekembalinya jemaah dari Arafah.

Talbiah akan berterusan, berulang-ulang dan bergema di seluruh Tanah Haram


Mekah dikumandangkan oleh jemaah haji. Ucapan talbiah yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW ialah:

،‫ﻚ‬
َ ‫ﻚ ﻟَﺒﱠـْﻴ‬ َ ْ‫ﻚ ﻻَ َﺷ ِﺮﻳ‬
َ َ‫ﻚ ﻟ‬ َ ‫ﻚ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻟَﺒﱠـْﻴ‬
َ ‫ ﻟَﺒﱠـْﻴ‬،‫ﻚ‬ َ ‫ﻟَﺒﱠـْﻴ‬

.‫ﻚ‬ َ ْ‫ﻚ ﻻَ َﺷ ِﺮﻳ‬


َ َ‫ﻚ ﻟ‬ َ َ‫اﳊَ ْﻤ َﺪ َواﻟﻨِّ ْﻌ َﻤﺔَ ﻟ‬
َ ‫ﻚ َواﻟْ ُﻤ ْﻠ‬ ْ ‫إِ ﱠن‬
Talbiah sangat dituntut dilakukan. Hal ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis
riwayat daripada Abu Bakr al-Siddiq r.a. Nabi Muhammad SAW telah ditanya
yang bermaksud:

„ÊApakah haji yang paling afdal?Ê Baginda menjawab, ÂMenyaringkan ucapan


talbiah dan menyembelih binatang korban.ʉ
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Majah & Abu Zarr)

2.9.2 Solat Sunat Tawaf


Solat sunat tawaf ialah solat sunat sebanyak dua rakaat yang dilakukan oleh
seseorang selepas selesai melakukan tawaf. Solat ini dilakukan di maqam
Nabi Ibrahim. Jika keadaan sesak di maqam Nabi Ibrahim, solat ini boleh
dilakukan di mana-mana tempat di Masjidil Haram.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  49

Lafaz niat solat tawaf ialah:

ِِٰ ‫ﲔ‬ ِ
ّ ِ ْ ‫ُﺻﻠّ ْﻲ ُﺳﻨﱠﺔَ اﻟﻄﱠَﻮاف َرْﻛ َﻌﺘَـ‬
‫ﻪﻠﻟ ﺗَـ َﻌ َﺎﱃ‬ َ‫أ‬
Maksudnya:
„Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.‰

2.9.3 Tawaf Qudum


Tawaf qudum ialah tawaf „selamat datang‰ bagi jemaah yang masuk ke Mekah.
Ini adalah sebagai penghormatan kepada Tanah Haram iaitu dengan melakukan
tawaf qudum. Tawaf qudum adalah sunat. Bagi jemaah yang masuk dengan
melakukan umrah, tawaf umrah akan terjadi serentak dengan tawaf qudum.

2.10 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN
Akhir sekali, mari kita bincangkan cadangan bagi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian untuk topik ini. Topik haji dan umrah merupakan
salah satu topik yang sukar untuk difahami, sebagaimana yang dinyatakan
sebelum ini. Hal ini boleh menimbulkan kekangan dalam pengajaran dan
pembelajaran ibadah haji bagi guru yang belum pernah menunaikan ibadah haji
atau umrah.

Namun, terdapat beberapa kaedah pengajaran yang berkesan dalam membantu


guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik ini. Antara
kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan topik ibadah adalah kaedah amali
dan juga pengajaran berbantukan teknologi maklumat. Kaedah pengajaran
berkomputer boleh dilakukan dalam dua cara iaitu dengan menggunakan perisian
tertentu seperti Microsoft PowerPoint dan juga melalui laman web.

2.10.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Berbantukan Perisian Microsoft PowerPoint
Perisian Mocrosoft PowerPoint mempunyai fungsi yang pelbagai di mana ia
boleh menggabungkan antara tulisan, gambar, video dan suara.

Antara bentuk bahan pengajaran menggunakan PowerPoint ialah seperti yang


ditunjukkan dalam Rajah 2.4(a) dan Rajah 2.4(b).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

Rajah 2.4(a) dan (b): Contoh bahan pelajaran dan pembelajaran topik
haji dan umrah dalam format PowerPoint

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  51

2.10.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Berbantukan Laman Web
Penggunaan laman web dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah haji juga
sangat membantu guru menambah maklumat mengenai ibadah haji, di samping
memudahkan penyediaan bahan bantu mengajar.

Selain itu, ia juga membantu guru menjawab persoalan yang ditanya oleh pelajar
yang tidak terkandung dalam silibus pelajaran haji.

Oleh itu, pengetahuan mengenai laman web ibadah haji sangat penting bagi
guru Pendidikan Islam kerana pencarian maklumat dan persoalan ibadah haji
dapat diselesaikan, sekiranya guru mengetahui sumber rujukan bagi ibadah haji.
Justeru, laman web haji merupakan antara alat pengajaran yang sangat
membantu guru Pendidikan Islam dalam pengajaran topik ibadah haji. Rajah 2.5
dan 2.6 menunjukkan antara contoh laman web yang boleh digunakan sebagai
aktiviti PDP di dalam kelas.

Rajah 2.5: Contoh bahan pelajaran dan pembelajaran topik haji dan umrah
Sumber: http://www.tabunghaji.gov.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

Rajah 2.6: Contoh bahan pelajaran dan pembelajaran topik haji dan umrah
Sumber: http://www.al-azim.com

AKTIVITI 2.4

Hasilkan alat bantu mengajar bagi topik haji dan umrah menggunakan
perisian yang bersesuaian dan bentangkannya dalam kelas anda.

 Haji dari segi bahasa bermaksud mengunjungi sesuatu destinasi. Dari segi
syarak pula, haji bermaksud mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) di
Mekah untuk melakukan ibadah yang tertentu pada masa yang telah
ditetapkan dengan syarat yang khusus.

 Umrah dari segi bahasa bermaksud ziarah, manakala dari segi syarak pula
bermaksud menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk melakukan ibadah
yang tertentu mengikut syarat yang khusus.

 Antara hikmah mengerjakan haji dan umrah ialah menghapuskan dosa kecil,
membersihkan jiwa dari maksiat, mengukuhkan hubungan sesama Muslim
dan menyatupadukan umat Islam dari seluruh dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH  53

 Hukum mengerjakan haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi setiap
Muslim. Menunaikan umrah pula adalah tidak wajib tetapi ia amat dituntut
ke atas mereka yang berkemampuan.

 Terdapat tujuh syarat wajib mengerjakan haji dan umrah iaitu Islam, baligh,
berakal, berkuasa atau berkemampuan, mahram, mendapat keizinan dan
merdeka.

 Terdapat tiga jenis haji iaitu haji ifrad, haji tamattuÊ dan haji qiran.

 Terdapat enam rukun haji dan lima rukun umrah. Secara umumnya, lima
rukun umrah adalah sama dengan haji (niat ihram, tawaf, saÊie, bercukur
atau bergunting dan tertib) kecuali tambahan wuquf di Arafah bagi rukun
haji.

 Semasa ihram, terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi oleh jemaah
haji. Antaranya adalah memakai pakaian yang berjahit, memakai sarung
tangan dan memakai wangian.

 Wajib haji mempunyai enam perkara, manakala wajib umrah mempunyai


dua perkara. Perkara wajib haji dan umrah yang sama ialah niat ihram dan
meninggalkan perkara yang dilarang dalam ihram.

 Dam dari segi bahasa bermaksud darah. Manakala dalam konteks ibadah
haji atau umrah, ia adalah denda yang dikenakan kepada orang yang
melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana
meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara yang dilarang semasa
ihram. Bagi jemaah haji yang melakukan haji qiran dan haji tamattuÊ, mereka
juga dikenakan dam.

 Terdapat lima jenis dam iaitu dam ihsar, dam tertib dan taqdir, dam tertib
dan ta'dil, dam takhyir dan ta'dil, dan dam takhyir dan taqdir.

 Antara sunat haji yang umum ialah talbiah, solat sunat tawaf dan tawaf
qudum.

 Anda boleh merancang aktiviti pengajaran dan pengajaran dengan berkesan


menggunakan kemudahan dan peralatan teknologi maklumat seperti
membuat persembahan PowerPoint dan melayari laman web yang berkaitan
dengan topik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 2 HAJI DAN UMRAH

Aqabah Tahalul kedua


Arafah Takhyir dan taÊdil
Ifrad Takhyir dan taqdir
Jamrah TamattuÊ
Mina Tawaf
Miqat Tertib dan taÊdil
Muzdalifah Tertib dan taqdir
Qiran WadaÊ
Tahalul awal Wuquf

Fauziah Mohd Ramli, & Aminah Idris. (2002). Pendidikan Islam tingkatan empat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris Ahmad. (2001). Fiqh Syafie. jil. 1. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Mastu Mahyuddin. (1994). Al-Hajj wa al-'umrah. Beirut: Dar Ibn Kathir.

Muhammad Mukhtar Syafie. (1982). Mengenal Islam: Tingkatan satu. Kuala


Lumpur: Pustaka Antara.

Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-Bugha, & Ali Al-Syabaji. (2005). Manhaj fiqh
al-Syafie. jil. 1. Terj.. Mohd Yusof Ahmad, Abdul Kudos Othman, Jamil
Abdul Wahab, & Zulkifli Muhammad al-Bakri. Kuala Lumpur: Prospecta.

Nur al-Din ÂItr. (1984). Al-Hajj wa al-Âumrah fi al-fiqh al-Islamiy. Beirut:


MuÊassasat al-Risalah.

Wahbah Al-Zuhaili. (2002). Fiqh dan perundangan Islam. jil. 1. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sembelihan,
3 Korban dan
Akikah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep sembelihan, hikmah, jenis dan syarat sah
sembelihan;
2. Menghuraikan konsep korban, hukum, syarat dan hikmah di sebalik
pensyariatannya serta isu-isu pembahagian daging;
3. Menjelaskan definisi akikah, hukum, waktu perlaksanaan dan
hikmah di sebalik pensyariatannya; dan
4. Mencadangkan aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk
topik sembelihan, korban dan akikah.

 PENGENALAN
Islam menggariskan kaedah-kaedah tertentu dalam sembelihan. Korban dan
akikah mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan sembelihan. Korban dan
akikdah tidak akan terlaksana jika tidak melalui proses sembelihan yang betul.
Justeru, sembelihan, korban dan akikah ini dibincangkan dalam satu topik.
Dalam topik ini, pelajar didedahkan dengan maklumat-maklumat penting
tentang sembelihan, korban dan akikah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

3.1 SEMBELIHAN
Subtopik ini membincangkan pengertian di sebalik sembelihan dan hikmah
disebalik proses sembelihan. Seterusnya, kita akan membincangkan jenis
sembelihan dan syarat sah sembelihan. Subtopik ini akan diakhiri dengan
perkara sunat yang boleh diamalkan ketika proses penyembelihan.

3.1.1 Pengertian Sembelihan


Sembelihan disebut sebagai al-zabh (‫ )اﻟﺬﺑﺢ‬atau al-zakah (‫ )اﻟﺬﻛﺎة‬dalam bahasa
Arab. Dari sudut bahasa al-zabh memberi maksud memotong, menjerut atau
menghilangkan nyawa haiwan. Menurut mazhab Shafie sembelihan ditakrifkan
sebagai menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara
memutuskan urat halkum dan urat marihnya dengan menggunakan alat yang
tajam dengan niat kerana Allah SWT.

Hukum sembelihan adalah wajib. Binatang yang tidak disembelih atau yang
disembelih tidak mengikut cara Islam adalah bangkai dan ia haram dimakan.
Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah, ayat 3:

⎯ÏμÎ/ «!$# ÎötóÏ9 ¨≅Ïδé& !$tΒuρ ÍƒÌ“Ψσø:$# ãΝøtm:uρ ãΠ¤$!$#uρ èπtGøŠyϑø9$# ãΝä3ø‹n=tæ ôMtΒÌhãm

÷Λä⎢øŠ©.sŒ $tΒ ωÎ) ßìç7¡¡9$# Ÿ≅x.r& !$tΒuρ èπys‹ÏܨΖ9$#uρ èπtƒÏjŠutIßϑø9$#uρ äοsŒθè%öθyϑø9$#uρ èπs)ÏΖy‚÷Ζßϑø9$#uρ

4 ÉΟ≈s9ø—F{$$Î/ (#θßϑÅ¡ø)tFó¡s? βr&uρ É=ÝÁ‘Ζ9$# ’n?tã yxÎ/èŒ $tΒuρ

Maksudnya:
„Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk
semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,
dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat
yang tinggi, dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas,
kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang
disembelih atas nama berhala.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  57

3.1.2 Hikmah Sembelihan


Sembelihan dilakukan kerana menurut perintah Allah. Namun begitu, tuntutan
ini sebenarnya mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Antaranya ialah:

(a) Membezakan antara orang Islam dan orang kafir dalam perkara
mematikan haiwan;

(b) Syariat Islam menghukumkan darah sebagai najis dan wajib dijauhi kerana
banyak kemudaratannya. Ternyata binatang yang tercekik dan sebagainya
akan menyebabkan darah bercampur gaul. Oleh itu, penyembelihan
binatang adalah cara membersihkan binatang daripada darahnya;

(c) Sembelihan boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan
selamat. Oleh itu binatang tidak terseksa sebelum mati; dan

(d) Sembelihan adalah tanda penghormatan terhadap makhluk ciptaan


Allah SWT.

Selain daripada itu satu penyelidikan yang dilakukan oleh Profesor Wilhelm
Schulze dan Dr. Hazim di School of Veterinary Medicine, Hannover University,
Jerman mendapati bahawa sembelihan yang dilakukan menurut cara Islam lebih
baik kerana:

(a) Cara sembelihan Islam menghasilkan daging yang bersih daripada darah
kerana semua darah disalurkan keluar dengan cepat, manakala cara
sembelihan barat menyebabkan terdapat darah beku di dalam daging
sebanyak 45% yang mana ini adalah berbahaya apabila dimakan,
terutamanya kanak-kanak;

(b) Cara sembelihan Islam, pada tiga saat pertama, haiwan yang disembelih
tidak merasa sakit kerana lehernya dihiris dengan cepat menggunakan
pisau yang tajam;

(c) Pada tiga saat berikutnya, haiwan yang disembelih tidak sedarkan diri
kerana semua darah keluar dengan cepat dari badan; dan

(d) Selepas enam saat ini, haiwan yang disembelih tidak merasa sakit langsung
kerana hampir semua darah telah keluar dari badan. Dalam masa yang
sama, jantung masih berdenyut lagi, dan dengan denyutan ini darah yang
berbaki ditolak keluar lagi dari badan dan ini menghasilkan daging yang
bersih daripada darah dan ia selamat untuk pengguna. Sebaliknya, cara
sembelihan barat menyebabkan haiwan berasa sakit kerana proses

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

kematiannya mengambil masa yang lebih lama dan darah sempat


membeku di dalam daging.

3.1.3 Jenis-jenis Sembelihan


Sembelihan terbahagi kepada TIGA jenis. Jadual 3.1 menunjukkan jenis-jenis
sembelihan tersebut:

Jadual 3.1: Jenis Sembelihan

Sembelihan Huraian
al-Zabh Penyembelihan leher binatang di sebelah atas halkum mengikut syarat-
syarat syarak. Sembelihan cara ini adalah bagi semua binatang yang
dapat dikawal.

al-Nahr Penyembelihan leher binatang di sebelah bawah halkum. Cara ini sunat
bagi menyembelih unta. Menurut fuqaha, penyembelihan unta secara
al-nahr adalah supaya ia cepat mati disebabkan lehernya yang panjang.
al-ÂAqr Penyembelihan binatang secara darurat, iaitu melukakan binatang pada
mana-mana bahagian anggota yang boleh mematikannya. Cara ini
dilakukan apabila binatang menjadi liar dan tidak dapat dikawal
sebagaimana penyembelihan binatang buruan.

SEMAK KENDIRI 3.1

Huraikan dengan terperinci jenis sembelihan dalam Islam.

3.1.4 Syarat Sah Sembelihan


Sesuatu sembelihan akan menjadi sah jika cukup syaratnya. Sembelihan
mempunyai TIGA syarat sah iaitu (lihat Rajah 3.1):

Rajah 3.1: Syarat sah penyembelihan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  59

(a) Penyembelih
Penyembelih merupakan individu yang melakukan proses penyembelihan
dan dia mestilah:

(i) Islam atau ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). Sembelihan orang kafir
atau orang murtad tidak halal. Mazhab Shafie mensyaratkan ahli
kitab tersebut adalah ahli kitab asal iaitu mestilah dia atau salah
seorang daripada ibu bapa atau nenek moyangnya bukan yang
menjadi ahli kitab selepas kitab taurat atau injil dipesongkan. Sebagai
contoh Yahudi dari bangsa Arab tidak halal sembelihan mereka
kerana mereka bukan Yahudi asal.

(ii) Tidak menyembelih untuk selain daripada Allah SWT atau pun
bukan atas namaNya.

Jika dua perkara ini dipenuhi seseorang itu layak menjadi seorang
penyembelih tanpa membezakan antara lelaki dan perempuan, dewasa,
kanak-kanak mumayiz atau tidak mumayiz dan berakal waras atau tidak.

(b) Syarat Binatang yang Disembelih


Terdapat beberapa syarat binatang yang disembelih. Antaranya ialah:

(i) Penyembelih dapat menangkap haiwan itu sebelum disembelih dan


masih mempunyai hayat mustaqirrah. Bukti haiwan itu masih
mempunyai hayat mustaqirrah ialah ia meronta dengan kuat setelah
disembelih.

(ii) Jika disembelih ketika tiada hayat mustaqirrah, sembelihan tersebut


tidak sah walaupun darah keluar memancut.

(iii) Putusnya halkum dan urat mariÊ (‫)المريء‬. Halkum ialah saluran
pernafasan sementara mariÊ adalah saluran makanan. Jika kedua-
duanya tidak terpotong walaupun sedikit, sembelihan tersebut
terbatal.

(iv) Memotong dengan cepat dan sekaligus. Syarat ini untuk memastikan
haiwan sembelihan tersebut mati dengan perbuatan sembelihan yang
sempurna. Jika seseorang tersebut lambat dalam sembelihan
sehingga haiwan tersebut tidak mempunyai hayat mustaqirrah
sedangkan dia belum habis memotong halkum dan mariÊ, sembelihan
tersebut tidak sah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

Perhatian: Janin haiwan yang mati disebabkan oleh penyembelihan ibunya


adalah halal dimakan kecuali jika selepas sempurna penyembelihan ibu, ia
masih hidup, maka janin tersebut perlu disembelih. Selain itu, mana-mana
anggota binatang yang terputus tanpa disembelih adalah haram dimakan
kerana hukumnya sama dengan bangkai.

(c) Alat Menyembelih


Alat menyembelih perlu mempunyai kriteria seperti berikut:

(i) Hendaklah tajam sehingga boleh melukakan kulit, contohnya besi,


tembaga, timah, buluh, kaca dan batu. Kematian binatang yang
disebabkan oleh hentakan tidak dikira sebagai penyembelihan.

(ii) Bukan terdiri daripada gigi atau kuku. Termasuk dalam kategori
kuku adalah semua jenis tulang sama ada tulang manusia atau
lain-lain.

(iii) Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW


bersabda:

ِ‫ﻣﺎ أَﻧْـﻬﺮ اﻟﺪﱠم وذُﻛِﺮ اﺳﻢ ﱠ‬


ِ ‫اﻪﻠﻟ ﻓَ ُﻜﻞ ﻟَﻴﺲ‬
‫اﻟﺴ ﱠﻦ َواﻟﻈﱡُﻔَﺮ‬ ْ
ّ َ ْ ُ ْ َ َ َ ََ َ
Maksudnya:
„Makanlah (sembelihan yang menggunakan) apa yang menumpahkan
darah dan disebutkan nama Allah kecuali gigi dan kuku.‰

Berdasarkan hadis ini sembelihan menggunakan gigi dan kuku walau


pun tajam dan menumpahkan darah, ia adalah haram. Gigi dan kuku
di sini termasuk juga haiwan kecuali haiwan yang khusus untuk
perburuan. Selain daripada itu para ulama menyamakan semua jenis
tulang dengan gigi dan kuku. Oleh itu jika sesuatu pisau dibuat
daripada tulang ia tidak boleh digunakan untuk sembelihan
walaupun ia tajam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  61

3.1.5 Sunat Penyembelihan


Antara sunat penyembelihan ialah:

(a) Menyebut bismillah sahaja ketika menyembelih atau ketika melepaskan


binatang pemburu atau ketika anak panah dilepaskan ke arah binatang
ِ ‫;ﺑِﺴ ِﻢ‬
‫ﷲ‬
buruan. Bismillah itu dibaca sekurang-kurangnya:
ْ
(b) Memutuskan wadajan atau waridan iaitu dua urat di kiri dan kanan leher
yang berhampiran dengan halkum agar nyawa terputus dengan cepat;

(c) Penyembelih menajamkan pisaunya. Imam Muslim meriwayatkan bahawa


Rasulullah SAW bersabda:

ِ ِ ِ ‫وإِ َذا َذ َﲝﺘُﻢ ﻓَﺄ‬


َ ‫َﺣﺴﻨُﻮا اﻟ ﱠﺬﺑْ َﺢ َوﻟْﻴُﺤ ﱠﺪ أَ َﺣ ُﺪ ُﻛ ْﻢ َﺷ ْﻔَﺮﺗَﻪُ ﻓَـ ْﻠ ُِﲑ ْح َذﺑ‬
ُ‫ﻴﺤﺘَﻪ‬ ْ ْْ َ
Maksudnya:
„Dan jika kamu menyembelih maka elokkanlah sembelihanmu. Maka
tajamkanlah pisaumu dan rehatkanlah binatang sembelihanmu.‰

(d) Membaringkan binatang sembelihan pada rusuk kirinya dan membiarkan


kaki kanannya bergerak-gerak selepas penyembelihan supaya ia selesa
dengan pergerakan itu kecuali unta yang lebih baik disembelih dalam
keadaan berdiri dengan lutut kirinya terikat.

(e) Penyembelih dan binatang sembelihan menghadap kiblat ketika


penyembelihan.

AKTIVITI 3.1

1. Berikan pendapat anda mengenai sembelihan yang dilakukan oleh


orang fasik, orang perempuan dan kanak-kanak.

2. Buat kajian tentang isu semasa tentang penyembelihan dan


bentangkan hasil kajian anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

3.2 KORBAN
Subtopik ini menerangkan pengertian dan pensyariatan korban. Seterusnya,
subtopik ini menjelaskan hukum dan kelebihan ibadah korban serta syarat sah
korban. Ini pula akan disusuli dengan umur binatang yang dijadikan korban
dan keharusan berkongsi haiwan korban. Subtopik ini berakhir dengan perkara
sunat ketika menjalankan ibadah korban dan pembahagian daging korban.

3.2.1 Pengertian Korban


Setelah mempelajari tajuk sembelihan, sekarang kita pelajari pula satu lagi tajuk
yang ada kaitan dengan sembelihan iaitu tajuk korban. Apakah yang
dimaksudkan dengan korban?

Korban disebut dalam bahasa Arab dengan udhiyyah (‫)أﺿﺤﻴﺔ‬.

Udhiyyah dari segi bahasa bermaksud waktu dhuha atau menyembelih binatang
pada hari Adha. Justeru itu hari raya korban dikenali sebagai Aidiladha.

Udhiyyah dari segi istilah bermaksud sembelihan binatang al-anÊam sebagai


mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub) pada hari raya korban.

Al-AnÊam bermaksud unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri.

3.2.2 Pensyariatan Korban


Korban disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah sama seperti zakat dan solat dua
hari raya. Pensyaritannya terdapat dalam al-Quran dan sunnah serta disepakati
oleh semua ulama melalui ijmak (rujuk Jadual 3.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  63

Jadual 3.2: Dalil Pensyariatan Korban

Sumber Dalil

Al-Quran Firman Allah SWT dalam surah al-Kauthar, ayat 2 maksudnya:

∩⊄∪ öptùΥ$#uρ y7În/tÏ9 Èe≅|Ásù


Maksudnya:
„Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan
sembelihlah korban sebagai bersyukur.‰

Allah SWT telah berfirman dalam Surah al-Haj, ayat 37 maksudnya:

4 öΝä3ΖÏΒ 3“uθø)−G9$# ã&è!$uΖtƒ ⎯Å3≈s9uρ $yδäτ!$tΒÏŠ Ÿωuρ $yγãΒθçté: ©!$# tΑ$uΖtƒ ⎯s9
Maksudnya:
„Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan
sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang
ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu.‰

Sunnah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari menyatakan:

‫ َو َﲰﱠﻰ‬، ‫ َذ َﲝَ ُﻬ َﻤﺎ ﺑِﻴَ ِﺪ ِﻩ‬، ‫ﲔ‬


ِ ْ ‫ﲔ أَﻗْـﺮﻧَـ‬
ِ ِ ِ ‫ﺿ ﱠﺤﻰ اﻟﻨِ ﱡ‬
َ ْ ‫ﱠﱮ ص ﺑ َﻜْﺒ َﺸ ْﲔ أ َْﻣﻠَ َﺤ‬ ٍ َ‫َﻋ ْﻦ أَﻧ‬
َ ‫ﺲ ﻗَ َﺎل‬
ِ ‫وَﻛﺒﱠـﺮ ووﺿﻊ ِرﺟﻠَﻪ ﻋﻠَﻰ ِﺻ َﻔ‬
‫ﺎﺣ ِﻬ َﻤﺎ‬ َ ُ ْ َ َ ََ َ َ
Maksudnya:
„Diriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW berkorban
dengan dua ekor kibas yang berwarna amlah dan bertanduk, yang
beliau sembelih dengan tangan beliau sendiri dengan menyebut nama
Allah dan bertakbir lalu meletakkan kaki beliau pada bahagian kedua
belikatnya.‰

Warna amlah ialah warna abu-abu yang di dalamnya ada warna putih
dan hitam dan putihnya lebih ketara.

Ijmak Semua ulama Ahlussunnah WaljamaÊah telah bersepakat tentang


pensyariatan korban. Mereka hanya berbeza pandangan dari segi
menentukan hukumnya sama ada sunat atau wajib.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

3.2.3 Hukum dan Kelebihan Ibadat Korban


Di sini, kita akan membincangkan hukum ibadah korban dan kelebihannya.

(a) Hukum Ibadah Korban


Terdapat dua bentuk hukum ibadah korban dalam mazhab Shafie. Jadual
3.3 menerangkan DUA hukum ibadah korban.

Jadual 3.3: Hukum Ibadah Korban

Hukum Huraian
Sunat Bagi setiap individu muslim yang berkemampuan dan sekurang-
muakkad kurangnya sekali seumur hidup.

Wajib Jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannya atau telah
membuat penentuan (at-taÊyin) untuk melaksanakannya: „Lembu ini
aku jadikan korban.‰

(b) Kelebihan Ibadah Korban


Terdapat beberapa buah hadis tentang kelebihan amalan korban.

(i) Menambah amal kebajikan dan dapat memperingati peristiwa


ketaatan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyahut perintah Allah
Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan.‰


(Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

(ii) Sebagai penebus dosa. Sabda Rasulullah SAW kepada Saidatina


Fatimah maksudnya:

„Hai Fatimah, berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia,


sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan
bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu.‰
(Hadis Riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  65

„Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala


daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah
korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat
yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.‰
(Hadis Riwayat Thabrani)

(iii) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah dan melahirkan tanda
bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-
ruah.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

„Barang siapa yang ada kemampuan untuk berkorban tetapi tidak,


janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami.‰

Menurut pensyarah kitab Sunan al-Tirmizi, Ibn al-ÂArabi iaitu pengarang


ÂAridatul Ahwazi semua hadis tentang kelebihan amalan korban adalah
lemah. Namun, dia tidak menafikan kelebihan yang terdapat dalam
amalan korban kerana ia adalah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW dan salafus soleh. Amalan korban menjadi bukti kesyukuran hamba
kepada Allah SWT terhadap segala nikmat yang dikecapi. Ia juga
bertindak sebagai kaffarah (penghapus dosa) kerana melanggar larangan
Allah atau meninggalkan suruhanNya. Ia bertujuan memberi kelapangan
kepada keluarga orang yang melakukan korban dan orang-orang lain yang
berhak menerimanya. Justeru, seseorang tidak dianggap berkorban jika
bersedekah dengan jumlah yang sama nilai dengan sembelihan korban.
Malah sebahagian ulama menyatakan secara umumnya berkorban adalah
lebih afdal berbanding sedekah.

3.2.4 Syarat Sah Korban


Syarat sah korban ada yang berkaitan dengan orang yang berkorban, ada yang
berkaitan dengan binatang korban dan ada yang berkaitan dengan waktu korban
(rujuk Jadual 3.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

Jadual 3.4: Syarat Sah Korban

Syarat Sah Huraian


Syarat Orang  Islam.
yang Melakukan
Ibadah Korban  Merdeka (bukan hamba).
 Mempunyai kemampuan dan belanja yang melebihi hajatnya
dan keluarga yang ditanggungnya pada hari raya dan hari
Tasyriq.
 Orang yang melakukan korban hendaklah berniat melakukan
korban. Jika dia tidak berniat sebaliknya hanya merancang
untuk membuat kenduri atau menyedekahan daging kepada
orang miskin dia hanya mendapat pahala sedekah bukannya
korban.

Syarat Sah  Binatang al-anÊam iaitu:


Binatang Korban
ă Unta, lembu atau kerbau, kambing dan biri-biri.
ă Binatang paling utama mengikut turutan adalah unta,
lembu atau kerbau kemudian kambing atau biri-biri. Yang
paling afdal untuk dikorbankan ialah binatang yang paling
sihat dan banyak dagingnya.
 Binatang korban seperti unta, lembu dan kerbau setiap ekor
boleh dibuat tujuh bahagian walaupun untuk tujuan lain-lain
seperti akikah, korban dan sebagainya manakala selainnya
hanya dikira satu bahagian untuk seekor.
 Selamat daripada cela yang mencacatkan dan mengurangkan
dagingnya seperti buta sebelah matanya, sakit, tempang atau
patah kakinya, kurus atau gila. Namun sekiranya hanya patah
giginya, kudung ekornya sejak asal atau patah tanduk dan
terbelah telinganya maka tidak mengapa tetapi makruh sahaja.

Syarat berkaitan  Waktu sah melakukan korban ialah bermula setelah


waktu korban berlalunya dua rakaat sunat hari raya dan dua khutbah yang
ringkas selepas naik matahari pada pagi hari raya itu.
 Disunatkan melambatkan sembelihan selepas solat dan harus
sembelih sebelum solat.
 Waktu tersebut kekal sehingga terbenam matahari akhir hari
tasyriq (13 Zulhijjah).
 Sembelihan sah tidak kira malam atau siang tetapi makruh
pada waktu malam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  67

3.2.5 Umur Binatang yang Dijadikan Korban


Sebelum ini kita telah mengetahui bahawa hanya haiwan tertentu yang dikategori
sebagai al-anÊam sahaja yang boleh dijadikan korban. Selain itu haiwan tersebut
juga hendaklah mencapai umur tertentu serta bebas daripada kecacatan yang
mengurangkan nilai dagingnya. Jadual 3.5 berikut menyenaraikan tahap umur
binatang dan kecacatan yang menghalang binatang tersebut dijadikan korban.

Jadual 3.5: Jenis Binatang, Umur dan Kecacatan yang Menghalangnya

Jenis Binatang Umur Kecacatan yang Menghalang


Unta Lima tahun masuk enam tahun

Lembu/kerbau/ Dua tahun masuk tiga tahun


kambing
Tiada telinga/terpotong ekor,
Biri-biri/kibas Satu tahun masuk dua tahun gila, kudung, sangat kurus,
atau sudah bersalin gigi buta dan seumpamanya
hadapan walaupun belum
cukup satu tahun tetapi
melebihi enam bulan

3.2.6 Keharusan Berkongsi Haiwan Korban


Ibadah korban membuktikan bahawa Islam adalah agama yang tidak
membebankan penganutnya. Islam mengharuskan perkongsian haiwan korban
bagi mereka yang tidak mampu mengerjakannya secara individu.

Keharusan berkongsi ini telah dinyatakan dalam beberapa buah hadis yang
sahih, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

ِ‫ﺎل َﳓﺮَ ﻣﻊ رﺳﻮِل ا ﱠ‬


‫ﻪﻠﻟ )ص( َﻋ َﺎم ا ْﳊُ َﺪﻳْﺒِﻴَ ِﺔ اﻟْﺒَ َﺪﻧَﺔَ َﻋ ْﻦ َﺳْﺒـ َﻌ ٍﺔ َواﻟْﺒَـ َﻘَﺮَة‬ ِ‫ﻋﻦ ﺟﺎﺑِ ِﺮ ﺑ ِﻦ ﻋﺒ ِﺪ ﱠ‬
ُ َ َ َ َْ َ َ‫اﻪﻠﻟ ﻗ‬ َْ ْ َ ْ َ
‫َﻋ ْﻦ َﺳْﺒـ َﻌ ٍﺔ‬
Maksudnya:
„Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah katanya: Kami berkorban bersama
Rasulullah SAW pada hari Hudaibiyyah seekor unta untuk tujuh orang dan
seekor lembu untuk tujuh orang.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

Jadual 3.6 menyenaraikan binatang yang harus dikongsi dan status afdal korban:

Jadual 3.6: Keharusan Berkongsi Haiwan Korban

Keharusan Berkongsi Haiwan Korban


 Seekor Unta/Lembu/Kerbau
ă Harus dikongsi seramai tujuh orang
ă Daging seekor haiwan ini boleh dibahagi-bahagikan untuk tujuan lain selain
korban seperti akikah
 Seekor Kambing/Biri-biri
Hanya untuk seorang sahaja.
 Afdal bagi seseorang melakukan ibadah korban dengan seekor binatang (tanpa
dikongsi).
 Afdal berkorban dengan tujuh ekor kambing daripada seekor unta atau lembu
kerana daging kambing adalah lebih baik.
 Afdal berkorban dengan seekor kambing berbanding seekor lembu atau unta yang
dikongsi oleh tujuh orang.

AKTIVITI 3.2

Ali dan Hamid berkongsi seekor lembu. Menjelang Aidiladha Ali ingin
melakukan korban sementara Hamid pula memerlukan wang dan ingin
menjual dagingnya. Selesaikan permasalahan ini.

(a) Orang yang berkorban disunatkan menyembelih haiwan korban sendiri


kerana mengikut jejak Rasulullah SAW. Jika dia tidak mampu barulah
diwakilkan kepada orang lain. Tetapi jika yang melakukan korban itu
perempuan, tugas sembelihan hendaklah diwakilkan kepada orang lain
dan dia disunatkan hadir menyaksikan penyembelihan sebagaimana yang
dinyatakan dalam sebuah hadis:

‫ ﻗُـ ْﻮِﻣ ْﻲ‬،‫ﺎﻃ َﻤﺔ‬


ِ َ‫ ﻓ‬: ‫ﺎل‬ َ ‫ﺼﲔ رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﻪ أَ ﱠن َر ُﺳ‬
َ َ َ‫ﻮل ﷲ )ص( ﻗ‬
ِ
ْ ‫َﻋ ْﻦ ﻋ ْﻤَﺮان ﺑﻦ ُﺣ‬
‫ﺐ‬ ِ َ‫ﻚ ﻓَﺎ ْﺷﻬ ِﺪﻳـﻬﺎ ﻓَِﺈﻧﱠﻪ ﻳـ ْﻐ َﻔﺮ ﻟ‬
ٍ ْ‫ﻚ ِﻋْﻨ َﺪ أَﱠوِل ﻗﻄْﺮٍة ﺗَـ ْﻘﻄﺮ ِﻣ ْﻦ َد ِﻣ َﻬﺎ ُﻛ ﱠﻞ ذَﻧ‬ ِ ِ‫ُﺿ ِﺤﻴﱠﺘ‬
ْ ‫إﱃ أ‬
َ ُ ُ ُ َْ َ
‫َﻋ َﻤ ْﻠﺘِْﻴﻪ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  69

Maksudnya:
„Diriwayatkan dari ÂImran bin Hushain r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda: Wahai Fatimah, pergi ke haiwan korbanmu dan saksikannya
sesungguhnya diampun bagi kamu ketika titisan pertama darah
sembelihannya setiap dosa yang telah kamu lakukannya.‰

(b) Memilih binatang korban yang terbaik. Malah berkorban dengan seekor
kambing yang gemuk dan sihat lebih baik daripada dua ekor kambing
yang kurus.

(c) Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan tuan pemilik korban


memotong rambut dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah
korban.

(d) Semasa menyembelih binatang, disunatkan:

(i) Membaca Bismillahirrahmanirrahim;


(ii) Berselawat ke atas Nabi SAW;
(iii) Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya;
(iv) Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya; dan
(v) Membaca doa:

َ ‫اﻟﻠّ ُﻬ ﱠﻢ َﻫ َﺬا ِﻣْﻨ‬


َ ‫ﻚ َوإِﻟَْﻴ‬
‫ﻚ‬
Maksudnya:
„Ini adalah nikmat daripadaMu dan aku (persembahkannya)
kepadaMu (sebagai taqarrub).‰

3.2.7 Pembahagian Daging Korban


Dalam pembahagian daging korban, kita boleh bahagikan kepada DUA
bahagian (lihat Rajah 3.2) iaitu:

Rajah 3.2: Pembahagian daging korban

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

(a) Korban Wajib


Wajib disedekahkan semua daging korban. Haram ke atas orang yang
berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu
maka wajib diganti dengan kadar yang telah dimakan itu tetapi tidak wajib
dia menyembelih semula yang lain.

(b) Korban Sunat


Disunatkan empunya korban memakan walau sedikit daripadanya.Wajib
disedekahkan sebahagian daripada daging korban sunat itu kepada
golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah
lagi basah (belum dimasak). Ulama berpendapat sebaik-baik pembahagian
daging korban ialah 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin, 1/3 untuk
orang ramai dan 1/3 dimakan oleh orang yang berkorban.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj, ayat 28 bermaksud:

„....Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang


yang sangat fakir."

Hukum bagi daging korban sunat ialah:

(i) Haram menyedekahkan atau menghadiahkan daging korban kepada


orang kafir walaupun sedikit;

(ii) Haram ke atas orang yang melakukan korban atau warisnya menjual
daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada
binatang korban itu; dan

(iii) Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai
upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan
jalan sedekah atau hadiah.

Sabda Rasullullah SAW bermaksud:

„Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban
baginya.‰
(Hadis Riwayat al-Hakim)

Daging korban sunat dan wajib tidak boleh dimiliki oleh orang kaya. Oleh itu,
daging korban yang diterima oleh orang kaya tidak boleh dijual semula.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  71

Seseorang itu tidak boleh melakukan korban untuk orang lain melainkan dengan
keizinannya. Begitu juga seseorang itu tidak boleh melakukan korban untuk
orang yang sudah mati melainkan jika dia mewasiatkannya. Jika si mati telah
mewasiatkannya dan dia tidak menyatakan keizinannya supaya diberi makan
kepada orang kaya dan pelaksana korban, dia tidak boleh memberikannya
kepada orag kaya atau memakannya, sebaliknya semuanya hendaklah diberikan
kepada orang miskin.

AKTIVITI 3.3

Apakah hukum seseorang yang melakukan korban mengambil bahagian


korbannya lebih daripada 1/3?

3.3 AKIKAH
Asalnya akikah merupakan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliyyah. Justeru
ia banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat sama ada dari sudut
hubungan kemasyarakatan, kewangan dan rasa syukur kepada Allah SWT.
Rasulullah telah mengekalkan amalan ini dan menjadikannya sebagai satu
tuntutan agama dengan membuat beberapa perubahan yang lebih baik.

3.3.1 Pengertian Akikah


Akikah dari sudut bahasa Arab disebut Âaqiqah yang bermaksud rambut bayi
yang baru dilahirkan. Oleh itu haiwan yang disembelihkan pada hari dipotong
rambut bayi tersebut dinamakan sebagai akikah atas sempena ini.

Dari sudut istilah syarak pula, akikah bermaksud haiwan yang disembelih pada
hari ketujuh kelahiran bayi kerana syukur kepada Allah SWT.

Walaupun dinyatakan hari ketujuh di dalam takrif namun ia tidak menjadi


syarat dalam akikah kerana melakukan akikah hari ketujuh hanyalah sunat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

3.3.2 Waktu Perlaksanaan Akikah


Akikah boleh dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan
sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak
itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu
hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan akikah untuk
dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk melakukan akikah itu panjang, tetapi
yang afdal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.
Sebagaimana disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

‫ُﻛ ﱡﻞ ﻏُﻼٍَم َرِﻫﻴﻨَﺔٌ ﺑِ َﻌ ِﻘﻴ َﻘﺘِ ِﻪ ﺗُ ْﺬﺑَ ُﺢ َﻋْﻨﻪُ ﻳَـ ْﻮَم َﺳﺎﺑِﻌِ ِﻪ َوُْﳛﻠَ ُﻖ َوﻳُ َﺴ ﱠﻤﻰ‬
Maksudnya:
„Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh
kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya.‰

Maksud Âtertebus dengan akikahnyaÊ ialah tumbesarannya yang baik dan


pemeliharaannya yang sempurna bergantung kepada sembelihan akikahnya.
Pendapat yang lain mengatakan bahawa bayi tersebut tidak mensyafaatkan ibu
bapanya di akhirat kelak jika akikah tidak dilakukan.

3.3.3 Hukum Akikah


Hukum melakukan akikah ialah sunat muakkad. Oleh itu, wali yang
bertanggungjawab ke atas bayi tersebut dituntut melakukannya kerana
mengikut perbuatan Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ ﻓَﺄ َْﻫ ِﺮﻳ ُﻘﻮا َﻋْﻨﻪُ َد ًﻣﺎ َوأَِﻣﻴﻄُﻮا َﻋْﻨﻪُ اﻷَذَى‬، ٌ‫َﻣ َﻊ اﻟْﻐُﻼَِم َﻋ ِﻘﻴ َﻘﺔ‬
Maksudnya:
„Bersama-sama kelahiran bayi ada akikahnya. Oleh itu tumpahkanlah darah
akikah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  73

Pensyariatan akikah mengandungi beberapa rahsia yang istimewa, kebaikan dan


hikmahnya. Hikmah-hikmah tersebut ialah:

(a) Menyatakan rasa gembira dan syukur kerana dikurniakan anak serta
dimudahkan kelahirannya oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam surah az-Zumar, ayat 7 bermaksud:

„⁄dan jika kamu bersyukur, dia meredainya menjadi sifat dan amalan
kamu⁄.‰

(b) Menyebarkan berita tentang kelahiran anak yang dilahirkan kepada


masyarakat supaya tidak timbul prasangka dan fitnah. Oleh itu,
penyembelihan akikah adalah cara terbaik untuk tujuan itu;

(c) Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dalam kalangan manusia serta
tidak tunduk kepada nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil; dan

(d) Mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.

3.3.4 Syarat Sah Akikah


Syarat penyembelihan akikah yang diterima adalah sama dengan syarat korban
dari segi jenis binatang, umur dan tiada kecacatan yang mengurangkan
dagingnya. Hal ini adalah kerana akikah merupakan sembelihan sunat yang
sama dengan korban. Hanya berbeza syarat dalam akikah ialah ia mestilah
disembelih selepas lahir bayi. Jika disembelih akikah sebelum kelahiran bayi ia
tidak menjadi akikah.

3.3.5 Sunat Akikah


Berikut adalah sunat akikah:

(a) Berdoa Ketika Hendak Menyembelih


Seelok-eloknya dibaca:

ٌ‫ﻚ َﻋ ِﻘْﻴـ َﻘﺔ‬ َ ‫اَﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ِﻣْﻨ‬


َ ‫ﻚ َوإِﻟَْﻴ‬
Maksudnya:
„Ya Allah Ya Tuhan! daripada-Mu dan kepada-Mu akikah⁄ (kemudian
disebut nama anak yang diakikahkan).‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

(b) Menyembelih Ketika Matahari Sedang Naik


Namun menyembelih haiwan akikah pada waktu lain dibolehkan
walaupun pada waktu malam. Menurut mazhab Shafie adalah lebih afdal
melakukan penyembelihan sebelum mencukur rambut bayi.

(c) Daging Dimasak Manis dan Dibuat Jamuan


Ini disebabkan Rasulullah SAW suka pada yang manis, sebagaimana
dalam hadis daripada ÂAisyah r.a. katanya yang bermaksud:

„Rasulullah (SAW) suka yang manis dan madu.‰

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Darimi)

Tujuannya ialah untuk bertafaÊul (menaruh harapan baik) terhadap


keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diakikahkan.

(d) Tidak Memecahkan Tulang Binatang Akikah


Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan
tulang binatang akikah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan
tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis
yang dikeluarkan oleh al-Hakim yang diriwayatkan daripada ÂAisyah r.a.
katanya yang bermaksud:

„Afdhal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan
bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota
(binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya.‰

(e) Dilakukan Akikah pada Hari Ketujuh Selepas Kelahiran


Semua ulama menyatakan melakukan akikah pada hari ketujuh adalah
afdal berdasarkan banyak hadis tentangnya termasuk hadis telah
bincangkan sebelum ini. Sebahagian ulama menyatakan hikmah
disunatkan akikah pada hari ketujuh kerana pada hari tersebut
kebiasaannya keadaan bayi tersebut biasanya stabil dan ibu bapanya sudah
bersedia melakukan akikah. Jika bayi tersebut meninggal dunia sebelum
hari ketujuh, hukum sunat akikah tidak gugur menurut mazhab Shafie.
Malah menurut satu pandangan dalam mazhab Shafie jika seseorang itu
sudah baligh dia boleh melakukan akikah untuk diri sendiri jika belum
melakukan akikah.

SEMAK KENDIRI 3.2

Apakah yang perlu dilakukan oleh mereka yang sudah baligh tetapi
belum dilakukan akikah oleh ibu bapanya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  75

3.3.6 Binatang yang Sah Dijadikan Akikah dan


Kadarnya
Binatang yang boleh diakikahkan adalah sama dengan binatang yang boleh
dikorbankan. Umur binatang yang hendak diakikahkan pun sama dengan umur
binatang korban. Tetapi kadar akikah berbeza mengikut jantina bayi sama ada
lelaki atau perempuan. Berikut adalah kadar akikah:

(a) Dua ekor kambing atau dua bahagian daripada seekor lembu, kerbau, atau
unta bagi kanak-kanak lelaki; dan

(b) Seekor kambing atau satu bahagian daripada seekor lembu, kerbau, atau
unta bagi kanak-kanak perempuan.

Abu Daud menukilkan sebuah hadis:

ِ َ‫ ﻋ ِﻦ اﻟْﻐُﻼَِم َﺷﺎ َ ِن ﻣ َﻜﺎﻓِﺌَـﺘ‬:‫ﻮل‬


‫ﺎن‬ ِ َ ‫ﻋﻦ أُِم ُﻛﺮٍز اﻟْ َﻜﻌﺒِﻴﱠ ِﺔ ﻗَﺎﻟَﺖ َِﲰﻌﺖ رﺳ‬
ُ َ ُ ‫ ﻳَـ ُﻘ‬-‫ ص‬- ‫ﻮل ا ﱠﻪﻠﻟ‬ َُ ُ ْ ْ ْ ْ ّ َْ
ٌ‫اﳉَﺎ ِرﻳَِﺔ َﺷﺎة‬
ْ ‫َو َﻋ ِﻦ‬
Maksudnya:
„Diriwayatkan daripada Ummu Kurz katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Untuk kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan untuk kanak-kanak
perempuan seekor kambing.‰

ٌ‫اﳉَﺎ ِرﻳَِﺔ َﺷﺎة‬ ِ َ‫ أَﻣﺮﻫﻢ ﻋ ِﻦ اﻟْﻐُﻼَِم َﺷﺎ َ ِن ﻣ َﻜﺎﻓِﺌَـﺘ‬-‫ ص‬- ‫اﻪﻠﻟ‬


ْ ‫ﺎن َو َﻋ ِﻦ‬ ِ‫ﻮل ﱠ‬َ ‫أ ﱠن َر ُﺳ‬
ُ َ ْ ُ ََ
Maksudnya:
„Sesungguhnya Rasulullah SAW menyuruh mereka menyembelih dua ekor
kambing yang sepadan bagi akikah anak lelaki dan seekor bagi anak
perempuan.‰

Ini adalah kadar yang afdal dilakukan akikah. Sekiranya tidak mampu, memadai
seekor kambing sama ada untuk anak lelaki atau perempuan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

3.3.7 Perbezaan antara Akikah dan Korban


Walaupun syarat sah akikah dan korban adalah sama, namun terdapat beberapa
perbezaan antara keduanya seperti yang dijelaskan dalam Jadual 3.7:

Jadual 3.7: Perbezaan antara Akikah dan Korban

Akikah Korban
Akikah dilakukan untuk melahirkan Korban dilaksanakan untuk memperingati
kesyukuran kepada Allah sempena kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.
kelahiran anak.

Tidak terikat pada masa tertentu tetapi Wajib dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13
sunat dilakukan pada hari ketujuh Zulhijjah.
kelahiran bayi.

Daging akikah sunat dimasak untuk Daging korban disedekahkan secara


dihidangkan kepada orang ramai. mentah.

Daging akikah boleh diberi kepada Daging korban hanya disedekahkan


golongan fakir miskin mahupun orang kepada fakir miskin.
kaya.

Tulang binatang akikah sunat tidak Tulang binatang korban tidak disunatkan
dikerat-kerat, ia dipotong pada sendi- sedemikian.
sendinya sahaja.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Adakah cara pembahagian daging akikah sama dengan daging


korban? Jelaskan.

2. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara akikah dan korban.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  77

3.4 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN


DAN PEMBELAAJARAN
Sila baca dan teliti pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran topik
sembelihan, korban dan akikah (lihat Jadual 3.8).

Jadual 3.8: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

 Penerangan Sembelihan
ă Guru menunjukkan kepada para pelajar keratan rentas yang mengandungi
bahagian-bahagian yang mesti dipotong semasa sembelihan (lihat Rajah 3.3)
ă Guru menjelaskan definisi sembelihan serta syarat-syarat sah sembelihan
ă Guru meminta murid menyatakan bahagian yang wajib dipotong semasa
sembelihan
ă Guru memaparkan gambar pusat sembelihan yang diiktiraf oleh JAKIM

 Penerangan Korban
ă Guru menunjukkan kepada para pelajar gambar berkaitan ibadah korbanGuru
mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk
ă Guru menjelaskan definisi, dalil, hukum, fadilat dan syarat sah korban
ă Guru meminta pelajar menyebut nama-nama binatang yang boleh dijadikan
korban
ă Guru menjelaskan bahawa al-an'am iaitu binatang berkaki empat sahaja sah
dijadikan korban
ă Guru menunjukkan carta aliran sunat korban
ă Guru menerangkan cara pembahagian daging korban

 Penerangan Akikah
ă Guru menerangkan kepada pelajar definisi, hukum dan hikmah akikah
ă Guru membacakan hadis yang menunjukkan pensyariatan akikah. Seterusnya
guru menerangkan waktu-waktu melakukan akikah dan kadar binatang yang
dikehendaki di dalam akikah
ă Guru menyoal beberapa pelajar tentang perbezaan akikah dan korban.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

Rajah 3.3: Keratan rentas haiwan sembelihan

 Sembelihan disebut sebagai al-zabh (‫ )اﻟﺬﺑﺢ‬yang memberi maksud


memotong, menjerut atau menghilangkan nyawa haiwan. Menurut mazhab
Shafie, sembelihan ditakrifkan sebagai menghilangkan nyawa binatang yang
halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marihnya
dengan menggunakan alat yang tajam, dengan niat kerana Allah SWT.

 Antara hikmah sembelihan adalah membezakan antara orang Islam dan


orang kafir dalam perkara mematikan haiwan, boleh mematikan binatang
dengan cara yang cepat dan selamat serta tidak menyeksa binatang dan
sebagai tanda penghormatan terhadap makhluk ciptaan Allah SWT.

 Tiga jenis sembelihan ialah al-zabh, al-nahr dan al-Âaqr.

 Syarat sah sembelihan ada tiga iaitu penyembelih, binatang yang disembelih
dan alat menyembelih.

 Korban disebut dalam bahasa Arab sebagai udhiyyah (‫ )أﺿﺤﻴﺔ‬yang


bermaksud waktu dhuha atau menyembelih binatang pada hari Adha (Hari
Raya Aidiladha). Dari segi istilah pula, ia bermaksud sembelihan binatang
al-anÊam sebagai mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub) pada Hari Raya
Korban. Al-anÊam bermaksud unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan
biri-biri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH  79

 Terdapat dua hukum bagi ibadah korban mengikut mazhab Shafi'e iaitu
sunat muakkad dan wajib.

 Syarat sah korban boleh dikategorikan kepada tiga iaitu orang yang
melakukan ibadah korban, binatang korban dan syarat yag berkaitan waktu
korban.

 Haiwan korban yang besar (unta, lembu atau kerbau) boleh dikongsi
bahagiannya kepada tujuh orang, manakala bagi kambing, nisbahnya ialah
seekor untuk seorang. Terdapat dua kategori bagi daging korban iaitu
korban wajib dan korban sunat. Daging ini perlu disedekahkan kepada
orang lain.

 Akikah dari sudut bahasa bermaksud rambut bayi yang baru dilahirkan. Dari
sudut istilah syarak pula, akikah bermaksud haiwan yang disembelih pada
hari ketujuh kelahiran bayi kerana syukur kepada Allah SWT.

 Akikah boleh dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan


sehinggalah anak itu baligh dan hukumnya adalah sunat muakkad.

 Antara hikmah akikah ialah menyatakan rasa gembira dan syukur kerana
dikurniakan anak, menyebarkan berita tentang kelahiran anak, dan
menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dalam kalangan umat Islam.

 Syarat penyembelihan akikah yang diterima adalah sama dengan syarat


korban, dari segi jenis binatang, umur dan tiada kecacatan yang
mengurangkan dagingnya.

 Perbezaan antara akikah dengan korban ialah dari segi masa pelaksanaan,
tujuan pelaksanaan, cara daging disedekahkan, kepada siapa daging
disedekahkan dan bagaimana daging dipotong.

 Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan untuk


topik sembelihan, korban dan akikah ialah sesi penerangan bergambar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 3 SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

Afdal Hayat mustaqirrah


Akikah Korban
al-An'am Sunat muakkad
al-ÂAqr Tasyriq
al-Nahr Ummu Kurz
al-Zabh Urat mariÊ
Halkum Zulhijjah

Abu ÂAbd al-Rahman Muhammad Al-ÂAlawi. (1998). Fiqh al-udhiyyah. Jeddah:


Dar Majid ÂAsiri li al-Nashr wa al-TawziÊ.

Fauziah Mohd Ramli, & Aminah Idris. (2002). Pendidikan Islam tingkatan empat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Husam al-Din bin Musa ÂAfanah. (2003). Al-Mufassal fi ahkam al-Âakikah.


Palestin: JamiÊah al-Quds.

Idris Ahmad. (2001). Fiqh Syafie. jil. 1. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Mahyuddin Mastu. (1994). Al-Hajj wa al-'umrah. Beirut: Dar Ibn Kathir.

Muhammad Mukhtar Syafie. (1982). Mengenal Islam: Tingkatan satu. Kuala


Lumpur: Pustaka Antara.

Mustafa Al-Khin, Mustafa al-Bugha, & Ali Al-Syabaji. (2005). Manhaj fiqh
al-syafie. jil. 1. Terj. Mohd Yusof Ahmad, Abdul Kudos Othman, Jamil
Abdul Wahab, dan Zulkifli Muhammad al-Bakri. Kuala Lumpur: Prospecta
Printers.

Wahbah Al-Zuhaili. (2002). Fiqh dan perundangan Islam. jil. 1. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengurusan
4 Jenazah

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan cara menghadapi orang yang sedang nazak;
2. Menjelaskan cara pengurusan jenazah;
3. Menerangkan adab mengiringi jenazah;
4. Menghuraikan perkara-perkara bidÊah dalam pengurusan jenazah;
5. Membandingkan antara pengurusan jenazah mati syahid dan
jenazah biasa; dan
6. Mencadangkan aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk
topik pengurusan jenazah.

 PENGENALAN
Setiap yang hidup itu pasti mati. Sebagai orang Islam, adalah menjadi
sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk menghormati saudara Islam
kita, sama ada ketika mereka masih hidup atau telah mati. Jika semasa hidup
seorang manusia itu dimuliakan, selepas kematian ia juga dimuliakan. Islam
telah menyediakan garis panduan yang lengkap dalam pengeurusan jenazah.
Tata cara pengurusan jenazah dalam Islam berbeza dengan agama lain. Topik ini
akan membincangkan pengurusan jenazah menurut perspektif Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

4.1 TINDAKAN TERHADAP SESEORANG


MUSLIM KETIKA NAZAK
Adab dan tindakan menghadapi seseorang yang sedang nazak dan tindakan
awal terhadap jenazah apabila sesuatu kematian telah disahkan, ialah:

(a) Jika tidak menyusahkan pesakit letakkan pesakit dalam keadaan tidur di
atas lambung kanan dan muka menghadap ke arah kiblat. Jika sukar letak
dalam keadaan menelentang dan kedua kaki menghadap ke arah kiblat.
Tetapi jika pesakit keberatan mungkin disebabkan sakit, hal ini tidak boleh
dipaksa;

(b) Orang yang hadir sentiasalah membaca al-Quran dan memohon keampunan
daripada Allah SWT untuk pesakit. Bacaan al-Quran tidak perlu
dinyaringkan dengan kuat;

(c) Orang yang haid dan berjunub seelok-eloknya menjauhi pesakit yang
nazak;

(d) Halang orang yang dibenci pesakit daripada hadir di situ ketika nazak;

(e) Mengajar pesakit supaya membaca kalimah La ilaha illallah. Jangan


memaksa pesakit dan jangan berkata: „Katalah/ucaplah⁄.‰, kerana
dibimbangi pesakit akan berkata: „Tidak‰, sebaliknya bacakan kalimah La
ilaha illallah supaya diiikuti oleh pesakit;

(f) Menutup mata dan mulut mayat dengan cara diikatkan daripada bawah
dagu sehingga ke atas kepalanya dengan kain yang bersih agar mulutnya
tidak ternganga. Ini berdasarkan suruhan Rasulullah SAW melalui
sabdanya yang bermaksud:

„Apabila kamu menghadapi orang mati, maka hendaklah kamu tutupkan


matanya kerana sesungguhnya mata itu mengikuti roh. Dan hendaklah
kamu mengucapkan yang baik (umpama mendoakannya), maka
sesungguhnya ia dipercayai menurut apa yang diucapkan oleh ahlinya.‰
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

(g) Melembutkan sendi anggota mayat dengan cara yang lembut seperti
mengurutnya secara perlahan-lahan. Semua sendi perlu dilembutkan agar
dapat mudah proses memandi dan mengkafankannya;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  83

(h) Meletakkan sesuatu yang sederhana beratnya di atas perut mayat agar
mayat tidak menjadi kembung;

(i) Menutup tubuh mayat agar tidak terdedah auratnya. Saidatina ÂAisyah
menjelaskan bahawa:

„Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika baginda wafat telah ditutup


dengan kain.‰
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

(j) Meletakkan mayat di tempat yang sesuai seperti di atas katil atau tempat
lebih tinggi sedikit daripada aras lantai dalam keadaan menghadap ke arah
kiblat serta meletakkan kedudukan tangannya di atas dada seperti qiyam
dalam solat; dan

(k) Menyebarkan berita kematiannya supaya lebih ramai orang berdoa


untuknya. Dilarang sama sekali menceritakan keburukannya kepada orang
lain sebaliknya ceritalah kebaikannya tetapi jangan keterlaluan.

4.2 TINDAKAN SELEPAS KEMATIAN


SESEORANG MUSLIM
Mati merupakan sesuatu yang pasti. Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan
merasai mati sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya:

‫ُﺟ َﻮرُﻛ ْﻢ ﻳَـ ْﻮَم اﻟْ ِﻘﻴَ َﺎﻣ ِﺔ‬ ِ ِ ِ ٍ ‫ُﻛ ﱡﻞ ﻧَـ ْﻔ‬
ُ ‫ﺲ َذاﺋ َﻘﺔُ اﻟْ َﻤﻮت َواﱠﳕَﺎ ﺗـُ َﻮﻓﱠـ ْﻮ َن أ‬
Maksudnya:
„Setiap yang bernyawa akan merasai mati, sesungguhnya pahala kamu akan
disempurnakan pada hari kiamat.‰

4.2.1 Mengingati Mati


Islam menuntut kita memperbanyakkan mengingati mati. Ingatkan kematian
akan mendorong kita bertaubat daripada segala dosa dan lebih giat beramal
dengan kebaikan serta menjauhi larangan Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

Rasulullah SAW menjelaskan perkara tersebut melalui sabdanya yang


bermaksud:

„Hendaklah kamu perbanyak mengingati mati.‰


(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Amalan yang boleh mengingatkan kita kepada kematian adalah:

(a) Menziarahi kubur;


(b) Mengunjungi kematian; dan
(c) Menguruskan jenazah.

4.2.2 Menguruskan Jenazah


Apabila berlaku kematian, maka Islam meletakkan tanggungjawab ke atas orang
yang hidup untuk menguruskan jenazah orang Islam yang telah mati agar ia
disempurnakan mengikut garis panduan syarak. Kewajipan yang perlu
disempurnakan oleh orang yang hidup terhadap jenazah orang Islam yang telah
meninggal dunia diilustrasikan dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Empat kewajipan Muslim terhadap jenazah Islam

Hukum menguruskan jenazah adalah fardu kifayah.

Ini bermakna bahawa apabila tiada seorang pun di dalam sesebuah komuniti
yang mampu atau boleh menguruskan jenazah mengikut hukum syarak maka ia
akan bertukar menjadi wajib dan semua ahli komuniti tersebut akan
menanggung dosa di atas kegagalan menunaikan tanggungjawab tersebut.

AKTIVITI 4.1

Jika anda menghadapi seorang yang sedang nazak. Jelaskan apakah yang
sepatutnya yang anda lakukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  85

4.3 KEWAJIPAN TERHADAP JENAZAH


Sebagai orang Islam, adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab untuk
menguruskan jenazah seorang Muslim. Antara kewajipan yang harus dilakukan
adalah memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan
jenazah.

4.3.1 Memandikan Jenazah


Proses berikutnya dalam menguruskan jenazah ialah memandikannya.

Memandikan jenazah ialah meratakan air ke seluruh anggota tubuh jenazah


dengan tujuan untuk menghilangkan najis dan mengangkat hadas.

Tujuan jenazah dimandikan adalah supaya jenazah tersebut sentiasa berada


dalam keadaan bersih dan suci.

Hukum memandikan jenazah adalah fardu kifayah.

(a) Syarat Memandikan Jenazah


Orang yang mempunyai pertalian keluarga lebih hampir dengan si mati
adalah orang yang paling layak untuk memandikannya. Tetapi jika
seseorang itu tidak tahu melakukannya ia hendaklah diserahkan kepada
orang yang lebih mengetahui yang bersifat amanah.

Seorang lelaki dan perempuan tidak boleh memandikan antara satu sama
lain kecuali suami isteri. Rajah 4.2 memaparkan tiga syarat bagi mandi
jenazah.

Rajah 4.2: Tiga syarat bagi mandi jenazah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

(b) Cara Memandikan Jenazah


Cara untuk memandikan jenazah adalah seperti berikut:

(i) Meletakkan jenazah di tempat yang agak tinggi agar air dapat
mengalir dengan mudah ketika dimandikan;

(ii) Jenazah dihadapkan ke arah kiblat;

(iii) Aurat jenazah dijaga agar tidak terbuka;

(iv) Muka jenazah hendaklah ditutup ketika menjiruskan air ke atasnya;

(v) Menekan perut jenazah secara perlahan-lahan bagi mengeluarkan


najis dan kekotoran yang ada;

(vi) Mencucikan gigi, membersihkan hidung dan telinga jenazah secara


perlahan-lahan;

(vii) Membersihkan tubuh jenazah daripada sebarang najis dan benda


yang menghalang sampainya air;

(viii) Siram air yang bercampur daun bidara, kapur barus, dan sabun ke
seluruh tubuh jenazah. Ini adalah berdasarkan kepada sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Nabi SAW telah berkata


kepada seorang lelaki yang mati terjatuh dari kenderaannya;
Mandikanlah dia dengan air serta daun bidara.‰

(ix) Berniat ketika memandikan jenazah:

ِ ‫ﺖ‬
‫ﻪﻠﻟ ﺗَـ َﻌﺎﱃ‬ ِ ِ‫ ِﳍ ِﺬ ِﻩ اﻟْﻤﻴ‬/ ‫ﻧَـﻮﻳﺖ اﻟْﻐﺴﻞ اﻟﻮ ِاﺟﺐ ِﳍ َﺬا‬
َّ َ َ َ َ ْ ُ َْ
(x) Jenazah diwudhukkan dengan sempurna; dan

(xi) Jika tiada air mandi jenazah digantikan dengan tayammum.

Perlu diingatkan bahawa mayat orang Islam tidak najis. Memandikan


mayat hanyalah perkara ibadat (taÊabbudiyyyah).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  87

(c) Hikmah Memandikan Jenazah


Berikut adalah antara hikmah memandikan jenazah sepertimana yang
dituntut oleh syarak:

(i) Kebersihan jenazah terpelihara daripada segala kekotoran atau najis


yang ada di tubuhnya ketika belum mati;

(ii) Menghormati manusia sebagai makhluk yang dimuliakan Allah


SWT;

(iii) Ia adalah syarat untuk membolehkan jenazah tersebut disolatkan;


dan

(iv) Supaya jenazah berada dalam keadaan bersih untuk menemui


Allah SWT.

4.3.2 Mengkafankan Jenazah

Mengkafankan jenazah bermaksud menutup seluruh tubuhnya dengan kain


yang sesuai.

Tujuan kita dituntut mengkafankan jenazah adalah untuk menjaga maruah dan
kehormatannya daripada pandangan manusia. Jadual 4.1 menunjukkan jumlah
bilangan kain yang afdal untuk mengkafankan jenazah.

Jadual 4.1: Jumlah Kain yang Afdal untuk Mengkafankan Jenazah

Jenazah Bilangan
Lelaki Tiga kain putih
Perempuan Lima kain putih

(a) Perkara Penting tentang Mengkafankan Jenazah


Sebelum mempelajari cara mengkafankan jenazah, kita perlu terlebih
dahulu mengetahui beberapa perkara penting tentangnya:

(i) Tidak berlebihan dalam mengkafan. Tidak membeli kain-kain yang


mahal;

(ii) Disunatkan kafan menggunakan kain yang berwarna putih;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

(iii) Harus mengkafankan si mati dengan semua pakaian yang harus


dipakai semasa hidup sama ada dibuat daripada kapas, bulu
binatang, campuran pelbagai bahan dan seumpanya kecuali sutera
untuk kaum lelaki;

(iv) Pembelian kafan tersebut hendaklah diambil dari harta peninggalan


si mati dan ia didahulukan daripada hutangnya;

(v) Orang yang syahid dikafankan dengan pakaiannya semasa perang.


Hanya ditanggal senjata dan kelengkapan peperangan yang masih
ada pada badannya; dan

(vi) Orang yang berihram dikafankan dengan pakaian ihramnya.


Dilarang sama sekali menutup kepala orang lelaki yang berihram
dan mengenakkannya dengan wangi-wangian.

(b) Cara Mengkafankan Jenazah


Empat cara untuk mengkafankan jenazah ialah seperti berikut:

(i) Kain dihamparkan mengikut bilangan helai yang dinyatakan di


Jadual 4.1;

(ii) Setiap lapisan kain ditaburkan dengan wangian kecuali jenazah yang
meninggal ketika berada di dalam ihram;

(iii) Kedua-dua tangan jenazah diletakkan seperti qiyam dalam solat; dan

(iv) Tubuh jenazah dikafankan dengan helai demi helai kain yang
disediakan sehingga menutupi seluruh tubuhnya.

(c) Hikmah Mengkafankan Jenazah


Antara hikmah tuntutan mengkafankan jenazah seperti yang dibincangkan
di atas ialah:

(i) Menutup keaiban sekiranya terdapat pada jenazah. Apabila


dikafankan dengan sempurna, perkara tersebut hanya diketahui oleh
orang yang menguruskan jenazah tersebut sahaja. Oleh itu, saudara-
mara terdekat merupakan orang yang sangat digalakkan untuk
menguruskan jenazah sekiranya mereka berkemampuan untuk
menyempurnakannya kerana mereka sudah tentu orang terbaik yang
boleh memelihara rahsia mengenai jenazah. Jika mereka tidak
mampu, maka syarak menentukan bahawa orang yang ditugaskan
untuk menguruskan jenazah mestilah terdiri daripada yang boleh
dipercayai dan mampu menyimpan rahsia dengan baik;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  89

(ii) Jika semasa hidup, pakaian yang menutup aurat adalah keperluan
untuk memelihara maruah manusia. Hal yang sama juga adalah satu
keperluan apabila berlaku kematian. Kain kafan yang menutupi
seluruh tubuh adalah untuk memelihara kemuliaan jenazah; dan

(i) Galakan Syarak bahawa semua jenazah elok dikafankan dengan kain
berwarna putih adalah bertujuan untuk memberi keinsafan kepada
yang hidup bahawa manusia itu semuanya sama di sisi Allah SWT.
Walaupun semasa hayat mereka berbeza daripada segi pangkat,
harta dan kedudukan tetapi mereka tetap sama di sisi Allah SWT
apabila kembali bertemuNya. Bahkan yang akan membezakan
mereka adalah amalan kebajikan yang telah dilakukan semasa hidup
di dunia.

4.3.3 Solat Jenazah


Apabila selesai dimandi dan dikafankan, jenazah seterusnya akan disolatkan.

Solat jenazah ialah solat yang dilakukan oleh orang yang hidup kepada
orang yang telah meninggal dunia.

Tujuan solat jenazah adalah untuk memohon kepada Allah SWT agar
mengurniakan keampunan, keredaan, serta rahmat kepada jenazah. Ia juga
merupakan satu penghormatan terakhir seseorang Muslim terhadap saudara
seagama dengannya yang terlebih dahulu kembali ke rahmatullah.

Semakin ramai orang bersolat jenazah maka semakin banyak doa dan rahmat
akan diperolehi oleh si mati. Imam Muslim meriwayatkan Rasulullah SAW
bersabda:

ِ‫ﻣﺎ ِﻣﻦ رﺟ ٍﻞ ﻣﺴﻠٍِﻢ َﳝﻮت ﻓَـﻴـ ُﻘﻮم ﻋﻠَﻰ ﺟﻨﺎزﺗِِﻪ أَرﺑـﻌﻮ َن رﺟﻼً ﻻَ ﻳ ْﺸ ِﺮُﻛﻮ َن ِ ﱠ‬
‫ﻪﻠﻟ َﺷْﻴـﺌًﺎ إِﻻﱠ‬ ُ ُ َ ُ َْ َ َ َ َ ُ َ ُ ُ ْ ُ ُ َ ْ َ
‫اﻪﻠﻟُ ﻓِ ِﻴﻪ‬
‫َﺷ ﱠﻔ َﻌ ُﻬ ُﻢ ﱠ‬
Maksudnya:
„Tiada seorang lelaki yang meninggal dunia, dilakukan solat ke atasnya empat
puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu melainkan
Allah akan memberikan syafaat kepadanya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

(a) Syarat Sah Solat Jenazah


Rajah 4.3 menunjukkan syarat sah solat jenazah. Antaranya ialah:

Rajah 4.3: Syarat sah solat jenazah

Jika si mati telah mewasiatkan sesorang untuk mengimamkan solat


jenazahnya hendaklah ditunai wasiatnya itu jika orang tersebut adil dan
bukan fasiq. Kemudian hendaklah didahulukan imam khusus yang telah
menjadi tanggungjawab ke atasnya. Kemudian hendaklah didahulukan
keluarganya mengikut urutan Âasabah. Semua mereka yang dinyatakan
tadi diambil kira keilmuan mereka dalam menentukan siapakah yang lebih
layak.

(b) Rukun Solat Jenazah


Solat jenazah mempunyai perbezaan dengan solat-solat lain sama ada
fardu atau sunat. Jika solat-solat lain mempunyai 13 rukun, rukun solat
jenazah hanyalah tujuh iaitu:

(i) Berdiri tegak (lurus tanpa rukuk dan sujud);


(ii) Takbiratul ihram disertai niat solat jenazah;
(iii) Takbir empat kali termasuk takbiratulihram;
(iv) Membaca surah al-Fatihah selepas takbir pertama;
(v) Berselawat ke atas Nabi SAW selepas takbir kedua;
(vi) Mendoakan ke atas jenazah selepas takbir ketiga; dan
(vii) Memberi salam selepas takbir keempat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  91

(c) Cara Mengerjakan Solat Jenazah


Berdasarkan rukun-rukun di atas, cara-cara untuk mengerjakan solat
jenazah adalah seperti berikut:

(i) Takbiratul ihram, iaitu melafazkan „Allahu Akbar‰.

(ii) Niat semasa takbir pertama. Lafaznya:

 Mayat lelaki dewasa:

ِ ‫ ﻣﺄﻣﻮﻣﺎ‬/‫ات ﻓَـﺮض ﻛِ َﻔﺎﻳ ٍﺔ إِﻣﺎﻣﺎ‬


ٍ ِ ِ ‫أ‬
‫ﻪﻠﻟ‬ ً ُ َ ً َ َ َ ْ ‫ُﺻﻠّﻰ َﻋﻠَﻰ َﻫ َﺬا اﻟْ َﻤﻴِّﺖ أ َْرﺑَ َﻊ ﺗَ ْﻜﺒِْﻴـَﺮ‬
َ
‫ﺗَـ َﻌ َﺎﱃ‬
Maksudnya:
„Sahaja aku solat ke atas mayat lelaki ini, empat takbir fardu
kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah Taala.‰

 Mayat perempuan dewasa

ِ ‫ ﻣﺄﻣﻮﻣﺎ‬/‫ت ﻓَـﺮض ﻛِ َﻔﺎﻳ ٍﺔ إِﻣﺎﻣﺎ‬


ٍ ِ ِِ ِ ُ‫أ‬
‫ﻪﻠﻟ‬ ً ُ َ ً َ َ َ ْ ‫ﺻﻠّﻰ َﻋﻠَﻰ َﻫﺬﻩ اﻟْ َﻤﻴِّﺖ أ َْرﺑَ َﻊ ﺗَ ْﻜﺒِْﻴـَﺮا‬
َ
‫ﺗَـ َﻌ َﺎﱃ‬
Maksudnya:
„Sahaja aku solat ke atas mayat perempuan ini, empat takbir
fardu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah Taala.‰

 Mayat kanak-kanak lelaki

‫ﻮﻣﺎ‬ ِ ٍ ِ َ ‫ات ﻓَـﺮ‬ٍ ِ ِ ِِ ِ ‫أ‬


ً ‫ َﻣ ُﺄﻣ‬/ ‫ض ﻛ َﻔﺎﻳَﺔ إ َﻣ ًﺎﻣﺎ‬ ْ ‫ُﺻﻠّﻰ َﻋﻠَﻰ َﻫ َﺬا اﻟْ َﻤﻴّﺖ اﻟْﻄ ْﻔ َﻞ أ َْرﺑَ َﻊ ﺗَ ْﻜﺒْﻴـَﺮ‬ َ
ِ
‫ﻪﻠﻟ ﺗَـ َﻌ َﺎﱃ‬
Maksudnya:
„Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini, empat
takbir fardu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah
Taala.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

 Mayat kanak-kanak perempuan

‫ض ﻛِ َﻔﺎﻳٍَﺔ إِ َﻣ ًﺎﻣﺎ‬ ٍ ِ ِ ِ ِِ ِ ‫أ‬


َ ‫ُﺻﻠّﻰ َﻋﻠَﻰ َﻫﺬﻩ اﻟْ َﻤﻴِّﺖ اﻟْﻄ ْﻔﻠَﺔ أ َْرﺑَ َﻊ ﺗَ ْﻜﺒِْﻴـَﺮات ﻓَـ ْﺮ‬ َ
ِ ‫ﻣﺄﻣﻮﻣﺎ‬/
‫ﻪﻠﻟ ﺗَـ َﻌ َﺎﱃ‬ ًَُ
Maksudnya:
„Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini,
empat takbir fardu kifayah menjadi imam/makmum kerana
Allah Taala.‰

(iii) Membaca surah al-Fatihah selepas takbiratul ihram.

(iv) Berselawat ke atas nabi selepas takbir kedua, sekurang-kurangnya


membaca:

‫ﺻ ِّﻞ َﻋﻠَﻰ ُﳏَ ﱠﻤ ٍﺪ‬


َ ‫اَﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ‬
(v) Mendoakan mayat selepas takbir ketiga dengan membaca sekurang-
kurangnya:

 Jenazah lelaki:

ِِ ِ
ُ ‫اَﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ا ْﻏﻔ ْﺮﻟَﻪُ َو ْار َﲪْﻪُ َو َﻋﺎﻓﻪ َو ْاﻋ‬
ُ‫ﻒ َﻋْﻨﻪ‬
Maksudnya:
„Ya Allah, ampunilah ia, berilah rahmat dan kesejahteraan serta
maafkanlah ia.‰

 Jenazah perempuan:

ِ ِ
ُ ‫اَﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ا ْﻏﻔ ْﺮَﳍَﺎ َو ْار َﲪْ َﻬﺎ َو َﻋﺎﻓ َﻬﺎ َو ْاﻋ‬
‫ﻒ َﻋْﻨـ َﻬﺎ‬
Maksudnya:
„Ya Allah, ampunilah ia, berilah rahmat dan kesejahteraan serta
maafkanlah ia.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  93

(vi) Membaca doa selepas takbir keempat:

 Jenazah lelaki:

ِ ِ
ْ ‫اَﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻻَ َْﲢ ِﺮْﻣﻨَﺎ أ‬
ُ‫َﺟَﺮﻩُ َوﻻَ ﺗَـ ْﻔﺘﻨﺎ ﺑَـ ْﻌ َﺪﻩُ َوا ْﻏﻔ ْﺮﻟَﻨَﺎ َوﻟَﻪ‬
Maksudnya:
„Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau tidak memberikan
kepada kami pahala dan janganlah Engkau memberikan
percubaan-percubaan kepada kami sesudahnya. Ampunilah
dosa kami dan dosanya.‰

 Jenazah perempuan:

‫َﺟَﺮَﻫﺎ َوﻻَ ﺗَـ ْﻔﺘِﻨﺎ ﺑَـ ْﻌ َﺪ َﻫﺎ َوا ْﻏ ِﻔ ْﺮﻟَﻨَﺎ َوَﳍَﺎ‬


ْ ‫اَﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻻَ َْﲢ ِﺮْﻣﻨَﺎ أ‬
Maksudnya:
„Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau tidak memberikan
kepada kami pahala dan janganlah Engkau memberikan
percubaan-percubaan kepada kami sesudahnya. Ampunilah
dosa kami dan dosanya.‰

(vii) Memberi salam ke kanan dan kiri.

Rajah 4.4 di bawah menerangkan kepada kita tentang cara-cara


menunaikan solat jenazah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

Rajah 4.4: Cara melakukan solat jenazah

AKTIVITI 4.2

Anda telah diterangkan bagaimana melakukan solat jenazah. Sekarang


cuba lakukan simulasi cara melakukan solat jenazah secara berkumpulan.

(d) Hikmah Solat Jenazah


Tuntutan untuk kita menunaikan solat tersebut mempunyai hikmahnya
yang tersendiri. Antara hikmah solat jenazah adalah:

(i) Solat jenazah memberi peluang kepada kita yang masih hidup untuk
memohon rahmat daripada Allah SWT bagi jenazah. Itu mungkin
menjadi sumbangan terakhir kita kepada jenazah;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  95

(ii) Kehadiran kita untuk menunaikan solat jenazah juga adalah bagi
memberi penghormatan terakhir dan menunjukkan kasih sayang kita
kepada jenazah;

(iii) Orang yang paling bersedih dengan kematian yang berlaku sudah
tentulah kaum keluarga dan saudara mara si mati. Kehadiran kita
dalam upacara pengkebumian khususnya solat jenazah dapat
membuka ruang untuk kita mengucapkan takziah kepada kaum
keluarga jenazah di samping mengeratkan silaturrahim dengan
mereka. Tindakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan
kesedihan yang dialami mereka; dan

(iv) Seperti yang dibincangkan sebelum ini, tuntutan Islam supaya kita
terlibat dalam pengurusan jenazah termasuklah menyempurnakan
solat jenazahnya akan dapat menimbulkan rasa keinsafan di jiwa
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati jua akhirnya. Ia sudah
tentu akan mendorong kita untuk berusaha menjadi baik. Hari ini
kita menghadiri kematian orang lain dan satu ketika nanti orang lain
akan menghadiri kematian kita pula.

4.3.4 Mengkebumikan Jenazah


Perkara terakhir yang perlu dilakukan dalam menguruskan mayat adalah
mengkebumikannya. Islam memerintahkan supaya pengkebumian jenazah
disegerakan. Ini adalah untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang buruk
kepada mayat.

Saidina Ali r.a. melaporkan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda dengan
maksud:

„Jangan melengahkan dalam tiga perkara iaitu: 1. Solat apabila masuk waktu. 2.
Pengkebumian mayat apabila jenazah sudah siap. 3. Perkahwinan seorang
wanita bujang apabila jodohnya sudah ada.‰

Jenazah mesti dikebumikan demi menjaga keselamatan, kehormatan serta


maruah jenazah tersebut. Ia juga perlu dilakukan untuk mengelakkan timbulnya
pelbagai masalah di dalam masyarakat jika ia tidak dikebumikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

(a) Cara Mengebumikan Jenazah


Cara mengkebumikan jenazah yang disarankan oleh syarak adalah:

(i) Kubur hendaklah digali dengan kadar kedalaman yang sesuai bagi
mengelakkan bau dan ia tidak boleh dibongkar oleh binatang buas;

(ii) Jenazah hendaklah dimasukkan ke dalam liang lahad sama ada


menggunakan keranda atau tanpa menggunakan keranda;

(iii) Jenazah mesti diletakkan dalam keadaan mengiring di atas rusuk


kanan dan muka menghadap ke arah kiblat; dan

(iv) Apabila selesai ditimbus, tanah kubur perlu di ditinggikan sekadar


sejengkal berdasarkan sabda Nabi SAW bermaksud:

„Sesungguhnya Nabi SAW telah meninggikan kubur anak Baginda,


Ibrahim kira-kira sejengkal.‰
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

(b) Hikmah Mengebumikan Jenazah


Antara hikmah mengkebumikan jenazah adalah:

(i) Supaya tidak berbau;


(ii) Supaya tidak dimakan oleh binatang buas;
(iii) Sebagai menghormati orang yang telah meninggal dunia; dan
(iv) Supaya kita mengambil iktibar bahawa manusia dijadikan daripada
tanah dan kepada tanah jua kita kembali.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Apakah hukum menguruskan jenazah? Apakah yang akan


berlaku kepada sesuatu komuniti Islam apabila tiada seorang pun
dari ahlinya yang berpengetahuan menguruskan jenazah?

2. Jelaskan secara ringkas langkah-langkah yang perlu dilaksanakan


untuk menguruskan jenazah seorang Muslim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  97

AKTIVITI 4.3

Menguruskan mayat orang yang telah meninggal dunia bukan sahaja


dilakukan oleh orang Islam tetapi juga orang bukan Islam. Temu bual
orang India, Cina dan Kristian mengenai amalan mereka dalam
menguruskan mayat. Kemudian, bandingkan perbezaan dalam amalan
pengurusan mayat mereka dengan apa yang dilakukan oleh orang Islam.
Bentangkan kepada tutor dan rakan-rakan anda di dalam kelas.

4.4 MENGIRINGI JENAZAH


Di dalam subtopik ini, kita akan mempelajari berkaitan dengan hukum dan adab
mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

4.4.1 Hukum Mengiringi Jenazah


Mengiringi jenazah di sini bermaksud mengiringi jenazah ke kubur.

Hukum mengiringi jenazah adalah fardu kifayah kerana ia dalam termasuk


hak seorang muslim yang perlu dilaksanakan.

ُ‫ﺲ َرﱡد ﻼّﺴﻟاِم َو ِﻋﻴَ َﺎدة‬ ِِ ِِ ِ ‫ َِﳚ‬:‫)وِﰲ ِرَواﻳٍَﺔ‬ ِ ِ


َ ‫َﺣ ﱡﻖ اﻟْ ُﻤ ْﺴﻠ ِﻢ َﻋﻠَﻰ اﻟْ ُﻤ ْﺴﻠ ِﻢ‬
ٌ َْ‫ﺐ ﻟ ْﻠ ُﻤ ْﺴﻠﻢ َﻋﻠَﻰ أَﺧْﻴﻪ( ﲬ‬
ُ
ِ ‫ﱠﻋﻮِة وﺗَ ْﺸ ِﻤﻴﺖ اﻟْﻌ‬ ِ ِ ْ ُ‫ﻳﺾ واﺗِّﺒﺎع‬
ِ ‫ﺎﻃ‬
.‫ﺲ‬ َ ُ َ َ ْ ‫اﳉَﻨَﺎﺋ ِﺰ َوإ َﺟﺎﺑَﺔُ اﻟﺪ‬ َ َ ِ ‫اﻟْ َﻤ ِﺮ‬
Maksudnya:
„Kewajiban seorang muslim terhadap muslim yang lain ada lima: menjawab
salam, menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangannya
dan mendoakan orang yang bersin.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan mengiringi jenazah:

‫ﻴﻞ‬ِ ِ ِ ِ ِ ْ ‫َﻣ ْﻦ َﺷ ِﻬ َﺪ‬


‫اﳉَﻨَ َﺎزَة َﺣ ﱠﱴ ﻳُ َ ﱠ‬
َ ‫ﺼﻠﻰ َﻋﻠَْﻴـ َﻬﺎ ﻓَـﻠَﻪُ ﻗ َﲑا ٌط َوَﻣ ْﻦ َﺷﻬ َﺪ َﻫﺎ َﺣ ﱠﱴ ﺗُ ْﺪﻓَ َﻦ ﻓَـﻠَﻪُ ﻗ َﲑاﻃَﺎن ﻗ‬
ِ ْ ‫ﲔ اﻟْ َﻌ ِﻈﻴﻤ‬
.‫ﲔ‬ ْ ‫ﺎل ِﻣﺜْ ُﻞ‬
ِ ْ َ‫اﳉَﺒَـﻠ‬ ِ َ‫وﻣﺎ اﻟْ ِﻘﲑاﻃ‬
َ َ‫ﺎن ﻗ‬
َ َ ََ
Maksudnya:
„Sesiapa yang menyaksikan jenazah hingga disolatkan, maka dia memperoleh
satu qirath. Dan barangsiapa yang menyaksikannya hingga dikuburkan, maka
dia memperoleh dua qirath. Kemudian beliau ditanya: Apa yang dimaksud
dengan dua qirath?‰ Baginda menjawab, ÂSeperti dua gunung yang besarÊ.‰

4.4.2 Adab Mengiringi Jenazah


Terdapat beberapa adab yang dianjurkan oleh Islam dalam mengiringi jenazah,
antaranya:

(a) Disunatkan bersegera ketika berjalan mengangkat jenazah


Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ِ ِ ‫أَﺳ ِﺮﻋﻮا ِ ْﳉﻨﺎزِة ﻓَِﺈ ْن َﻛﺎﻧَﺖ‬


‫ﻚ َﻛﺎ َن َﺷًّﺮا‬ ْ َ‫اﳋَِْﲑ َوإِ ْن َﻛﺎﻧ‬
َ ‫ﺖ َﻏْﻴـَﺮ ذَﻟ‬ ْ ‫ﻮﻫﺎ إِ َﱃ‬
َ ‫ﺻﺎﳊَﺔً ﻗَـﱠﺮﺑْـﺘُ ُﻤ‬
َ ْ َ ََ ُ ْ
.‫ﻀﻌُﻮﻧَﻪُ َﻋ ْﻦ ِرﻗَﺎﺑِ ُﻜ ْﻢ‬
َ َ‫ﺗ‬
Maksudnya:
„Bersegaralah kamu ketika membawa jenazah. Jika dia orang soleh, maka
kamu akan segera mendekatkannya kepada kebaikan. Jika dia bukan orang
soleh, maka kamu segera meletakkan kejahatan dari bahu-bahu kamu.‰

Maksud bersegera di sini ialah berjalan dalam keadaan lebih laju daripada
biasa bukan terlalu laju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  99

(b) Dianjurkan untuk mengangkat jenazah dari seluruh sudut keranda dari
empat sudut keranda
Ini berdasarkan perkataan Ibnu MasÊud r.a. yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah:

‫ِﻣ ْﻦ اﻟ ﱡﺴﻨ ِﱠﺔ ﰒُﱠ إِ ْن َﺷﺎءَ ﻓَـ ْﻠﻴَـﺘَﻄَﱠﻮ ْع‬ ُ‫ﻓَِﺈﻧﱠﻪ‬ ‫ﺐ اﻟ ﱠﺴ ِﺮﻳ ِﺮ ُﻛﻠِّ َﻬﺎ‬
ِ ِ‫َﻣ ْﻦ اﺗـﱠﺒَ َﻊ ِﺟﻨَ َﺎزًة ﻓَـ ْﻠﻴَ ْﺤ ِﻤﻞ ِﲜَﻮاﻧ‬
َ ْ
‫َوإِ ْن َﺷﺎءَ ﻓَـ ْﻠﻴَ َﺪ ْع‬
Maksudnya:
„Sesiapa yang mengiringi jenazah, maka hendaklah dia mengangkat dari
seluruh sudut keranda, kerana hal itu merupakan Sunnah. Jika dia mahu,
maka hendaklah mengangkat hingga selesai. Dan jika dia tidak mhau, dia
boleh tinggalkan.‰

(c) Mengiringi dan mengangkat jenazah adalah khusus bagi kaum lelaki
Tidak boleh bagi wanita untuk mengiringi jenazah, kerana hadis yang
dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari bahawa Ummu Athiyyah menyatakan:

ْ ‫ُِﻴﻨَﺎ َﻋ ْﻦ اﺗِّﺒَ ِﺎع‬


‫اﳉَﻨَﺎﺋِِﺰ َوَﱂْ ﻳـُ ْﻌَﺰْم َﻋﻠَْﻴـﻨَﺎ‬
Maksudnya:
„Kami dilarang untuk mengiringi jenazah, akan tetapi tidak ditekankan
kepada kami.‰

(d) Digalakkan berjalan di belakang jenazah


Imam al-Haithami menukilkan sebuah hadis yang berbunyi:

‫اﳉَﻨَﺎﺋَِﺰ‬
ْ ‫ﺾ َواﺗﱠﺒِﻌُ ْﻮا‬
َ ْ‫ﻋُ ْﻮ ُد ْوا اﻟْ َﻤ ِﺮﻳ‬
Maksudnya:
„Ziarahilah orang yang sakit dan iringilah jenazah.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

Dan hal ini dikuatkan oleh perkataan Ali r.a. yang dikeluarkan oleh Ibnu
Abi Syaibah:

‫ﺻﻼَﺗِِﻪ‬ ٍ ‫ﻀ ِﻞ ﺻﻼَِة اﻟﱠﺮﺟ ِﻞ ِﰲ َﲨ‬ ِ ْ‫اﻟْﻤ ْﺸﻲ ﺧ ْﻠ َﻔﻬﺎ أَﻓ‬


َ ‫ﺎﻋﺔ َﻋﻠَﻰ‬
ََ ُ َ ْ ‫ﻀ ُﻞ ﻣ ْﻦ اﻟْ َﻤ ْﺸ ِﻲ أََﻣ َﺎﻣ َﻬﺎ َﻛ َﻔ‬
َ َ َ ُ َ

‫ﻓَ ًّﺬا‬
Maksudnya:
„Berjalan di belakang jenazah lebih afdal daripada berjalan di hadapannya
seperti keutamaan seorang lelaki solat berjamaah dibandingkan dengan
solat sendirian.‰

Sedangkan orang yang naik kenderaan berjalan di belakang jenazah.


Rasulullah SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

‫اﳉَﻨَ َﺎزِة‬
ْ ‫ﻒ‬ ِ ِ‫اﻟﱠﺮاﻛ‬
َ ‫ﺐ ﻳَﺴﲑُ َﺧ ْﻠ‬
ُ
Maksudnya:
„Orang yang naik kenderaan berjalan di belakang jenazah.‰

Apa yang lebih utama adalah berjalan daripada naik kendaraan.


Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Thauban r.a.
menceritakan ketika Rasulullah SAW mengiringi jenazah, Baginda diberi
kendaraan, namun Baginda menolaknya. Ketika pulang, Rasulullah SAW
ditawar kenderaan lagi, Baginda SAW menerima dan mengenderainya.
Kemudian Baginda ditanya tentang hal itu, Baginda menjawab:

ِ ِ َ‫إِ ﱠن ﻼ ْﻤﻟاﺋِ َﻜﺔَ َﻛﺎﻧ‬


‫ﺖ‬ َ ‫ﺖ ﲤَْﺸﻲ ﻓَـﻠَ ْﻢ أَ ُﻛ ْﻦَﻷ ْرَﻛ‬
ُ ‫ﺐ َوُﻫ ْﻢ ﳝَْ ُﺸﻮ َن ﻓَـﻠَ ﱠﻤﺎ َذ َﻫﺒُﻮا َرﻛْﺒ‬ ْ َ
Maksudnya:
„Sesungguhnya malaikat berjalan, maka aku tidak mahu mengenderai
sedangkan malaikat berjalan. Kemudian ketika mereka pergi, aku
mengenderainya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  101

(e) Tidak dibenarkan mengiringi jenazah dengan sesuatu yang bercanggah


dengan perbuatan Nabi SAW
Contohnya seperti mengeraskan suara ketika menangis, berzikir,
mengucapkan tarahhum (berdoÊa untuk si mati agar diberi rahmat). Orang
yang mengiring jenazah disunatkan mendiamkan diri. Mereka dilarang
berzikir dan membaca al-Quran dengan suara yang kuat.

(f) Diharamkan mengiringi jenazah dengan sesuatu yang mungkar, seperti


memukul gendang, alat muzik yang mencerminkan kesedihan, meratap
dan yang lainnya

(g) Digalakkan supaya tidak duduk hingga jenazah dikebumikan


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Rasullah SAW bersabda:

ِ
َ ُ‫إِ َذا اﺗﱠـﺒَـ ْﻌﺘُ ْﻢ َﺟﻨَ َﺎزًة ﻓﻼ َْﲡﻠ ُﺴﻮا َﺣ ﱠﱴ ﺗ‬
‫ﻮﺿ َﻊ‬
Maksudnya:
„Apabila kamu mengiringi jenazah, maka janganlah duduk hingga
diletakkan.‰

(h) Disunatkan bagi orang yang telah selesai mengangkat jenazah berwuduk
Rasulullah SAW bersabda:

‫َﻣ ْﻦ َﻏ ﱠﺴ َﻞ َﻣﻴِّﺘًﺎ ﻓَـ ْﻠﻴَـ ْﻐﺘَ ِﺴ ْﻞ َوَﻣ ْﻦ َﲪَﻠَﻪُ ﻓَـ ْﻠﻴَـﺘَـ َﻮ ﱠ‬


ْ‫ﺿﺄ‬
Maksudnya:
„Sesiapa yang memandikan mayat, maka hendaklah dia mandi. Dan sesiapa
yang mengangkatnya, maka hendaklah dia berwuduk.‰

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Adakah amalan mengiring jenazah yang diamalkan oleh


masyarakat Muslim di Malaysia sekarang selari dengan kehendak
syarak? Bincangkan.

2. Apakah hikmah disunatkan mengiring jenazah? Jelaskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

4.5 PERKARA-PERKARA BID’AH DALAM


PENGURUSAN JENAZAH
Sebelum mengetahui apakah perkara-perkara bidÊah dalam pengurusan jenazah,
kita perlu terlebih dahulu mengetahui maksud bidÊah.

(a) Definisi BidÊah

BidÊah dari sudut bahasa membawa maksud; mencipta sesuatu yang


baru tanpa contoh yang sebelumnya. Manakala perkataan bidÊah dari
sudut istilah syaraÊ bermaksud; sesuatu yang diadakan selepas selesai
turunnya risalah dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Perkara tersebut tidak pernah dilakukan, disuruh atau diakui oleh


Rasulullah SAW dan para sahabat. Oleh itu, amalan bidÊah bukanlah
sesuatu amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW tetapi amalan
tersebut dilakukan oleh individu dengan menyandarkan perbuatan atau
amalan yang dilakukan itu kepada Rasulullah SAW. Sebenarnya hukum
asal di dalam ibadah dan muamalah ialah seseorang itu dituntut mengikut
segala suruhan Rasulullah SAW dan meninggalkan larangannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr, ayat 7:

t öΝä39pκtΞ $tΒuρ çνρä‹ã‚sù ãΑθß™§9$# ãΝä39s?#u™ !$tΒuρ


4 (#θßγtFΡ$$sù çμ÷Ψã
Maksudnya:
„Dan setiap perkara yang dibawa oleh Rasul hendaklah kamu ambil dan
setiap perkara yang dilarang hendaklah kamu tinggalkan.‰

Ayat di atas menjelaskan setiap bidÊah yang menyanggahi sunnah


Rasulullah SAW adalah bidÊah yang tidak diredhai oleh Allah dan
RasulNya. BidÊah yang menyerupai hukum syariat dalam hal ibadah tetapi
tidak dinaskan dalam al-Quran mahupun hadis adalah sesat dan setiap
perlakuannya akan ditolak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  103

Imam al-Bukhari meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:

‫ﺲ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ أ َْﻣ ُﺮَ ﻓَـ ْﻬ َﻮ َردﱞ‬ ِ


َ ‫َوَﻣ ْﻦ َﻋﻤ َﻞ َﻋ َﻤﻼً ﻟَْﻴ‬
Maksudnya:
„Sesiapa yang mengada-adakan dalam pekara agama kita ini akan sesuatu
yang tidak termasuk dalam agama itu maka hal itu wajib ditolak.‰

(b) Pembahagian BidÊah


Di sini, kita akan membincangkan pembahagian bidÊah secara terperinci.

(i) BidÊah dibahagikan kepada dua iaitu:

 Keduniaan
BidÊah keduniaan tidak ditolak selagi ia memberi manfaat dan
kebaikan kepada kehidupan dunia dan tidak mendatangkan
mudarat umpamanya mencipta kenderaan seperti kereta,
motosikal dan kapal terbang.

 Keagamaan
BidÊah pada keagamaan adalah sesat dan ditolak.

(ii) Umumnya, terdapat dua jenis bidÊah iaitu:

 BidÊah hasanah
Bid'ah hasanah adalah perbuatan atau perkara baru yang belum
pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya
tetapi dipandang baik kerana mempunyai kemaslahatan dan
manfaat kepada orang ramai. Kelonggaran diberikan oleh Islam
untuk menambahkan dan mempermudahkan perlaksanaan
agama Islam serta mencegah daripada pekara kejahatan.
Rasulullah menghormati dan mengasihi umatnya dan hak
mereka dalam urusan keduniaan dari kebaikan dan
kesempurnaan dalam menjalankan ibadah. Bid'ah hasanah ini
dibolehkan kerana tidak mempunyai kaitan dengan akidah dan
ibadah.

 BidÊah dhalalah
BidÊah dhalalah atau mazmumah pula merupakan perbuatan
dan perkara baru yang belum pernah dilakukan oleh Rasulullah
SAW dan para sahabatnya. Perbuatan dan perkara ini adalah
sesuatu yang tercela umpanya tawaf mengelilingi kubur,
menambah rakaat dalam solat, berpuasa sehari semalam tanpa
berbuka, melakukan perkara yang menyalahi syarak dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

pengurusan jenazah dan sebagainaya. Bid'ah seperti ini dilarang


keras oleh agama Islam kerana ia mengandungi perkara yang
mengeliru dan mendatangkan kemudaratan dan kerosakan
kepada Islam dan umatnya.

(c) Amalan BidÊah dalam Pengurusan Jenazah


Antara amalan bidÊah dalam pengurusan jenazah adalah:

(i) Binaan di atas Kubur


Antara bidaah yang sering dilakukan ialah membina binaan di atas
kubur. Ada kubur yang dibina dengan konkrit dan marmar yang
mahal harganya. Kadang kala dibina kubah, menara, memasang
lampu-lampu dan hiasan yang indah khususnya dalam kalangan
orang berada.

Ini adalah perbuatan yang membazir , riak dan takabbur . Di situ


juga tersirat konsep pemujaan kepada ahli-ahli kubur . Perbuatan ini
menyerupai amalan agama lain.

Imam Muslim menyatakan bahawa Jabir ra. meriwayatkan katanya:

„Rasullullah SAW melarang mengecat kubur dengan kapur, duduk


di atas kubur dan membina binaan di atasnya.‰

Hukum membuat binaan di atas dihuraikan dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Hukum bagi Binaan di atas Kubur

Hukum Huraian
Makruh Dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang tanah kubur itu dimiliki oleh
orang yang membuat binaan tersebut.

Harus Jika membuat binaan yang bertujuan menyelamatkan kubur itu dari digali
atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir atau seumpamanya.

Haram Dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan
yang kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang
tersebut di atas. Sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk
perkuburan atau yang diwakaf untuk perkuburan, ia wajib dirobohkan
kerana binaan kekal wujudnya selepas hancurnya mayat akan menghalang
orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  105

(ii) Amalan di Kawasan Perkuburan


Selain itu, ada juga amalan yang menjadikan kubur sebagai tempat:

 Meminta sesuatu hajat;

 Meminta sesuatu melalui perantaraan kubur;

 Berdoa di kubur kerana percaya bahawa berdoa dimakbulkan


lebih mustajab dari di masjid;

 Bernazar kepada kubur;

 Membayar nazar kepada kubur; dan

 Menyembelih binatang nazar di kubur.

(iii) BidÊah yang Lain


Berikut merupakan senarai bidÊah yang lain:

 Meninggalkan pekerjaan sampai tujuh hari bagi orang yang ikut


menyaksikan keluarnya ruh dari orang yang akan meninggal
dunia;

 Keyakinan bahwa ruh orang yang meninggal dunia akan tetap


akan kembali ke dunia;

 Membiarkan lilin menyala di sekitar jenazah sejak malam


kematiannya sampai pagi hari;

 Menaburkan tanah kedalam kedua mata si jenazah sambil


mengucapkan „ Mata anak adam itu tidak dipenuhi , kecuali
oleh tanah‰;

 Keluarga yang ditinggalkan tidak makan sampai jenazah selesai


dimakamkan;

 Menangis pada waktu makan siang dan makan malam;

 Merobek-robek baju meratapi kematian keluarga dan


saudaranya;

 Tidak memakan sayur-sayuran dan ikan sebagai berkabung; dan

 Membiarkan pakaian si jenazah tidak dicuci sampai hari ketiga


dengan anggapan bahawa hal itu dapat mencegah azab kubur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

(iv) Bertahlil
Bertahlil pula bukanlah satu perkara yang bidÊah kecuali jika
dikaitkan dengan kepercayaan roh akan kembali. Umpamanya
menetapkan hari tertentu seperti hari ke-7 dan hari ke-40 roh si mati
akan kembali, lalu dibuat tahlil untuknya.

AKTIVITI 4.4

1. Apakah hukum menabur bunga di atas kubur? Bincangkan.

2. Melakukan upacara talqin di atas kubur adalah amalan biasa


masyarakat Melayu Muslim. Adakah amalan tersebut bidÊah?
Bincangkan.

4.6 HUKUM PENGURUSAN JENAZAH MATI


SYAHID

Syahid ialah orang Islam yang mati di dalam jihad menentang orang kafir
dan mati disebabkan pertempuran sebelum berakhirnya peperangan.

Umpamanya seseorang itu dibunuh oleh orang kafir dalam peperangan, atau
terkena senjata orang Islam secara salah, atau terkena senjata sendiri, atau
terjatuh ke dalam perigi, atau dilanggar kenderaan perang dan seumpanya. Jika
seseorang itu mati bukan disebabkan peperangan atau disebabkan peperangan
tetapi mati selepas peperangan maka ia tidak dianggap syahid.

Namun, sebahagian ulama membahagikan syahid kepada tiga bahagian iaitu


(lihat Rajah 4.5):

Rajah 4.5: Tiga jenis kematian syahid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  107

(a) Syahid Dunia dan Akhirat

Orang yang mati terbunuh dalam pertempuran dengan orang-orang


kafir dan niatnya semata-mata untuk meninggikan kalimah Allah.
Orang syahid ini dinamakan syahid maÊrakah.

Jenazahnya tidak dimandikan,tidak disolatkan tetapi dikafan dengan


pakaian yang dipakai ketika terbunuh dan dikebumikan. Imam Ahmad
meriwayatkan bahawa Ibnu ÂAbbas r.a. berkata:

ِ ‫اﻪﻠﻟ )ص( ﻳـﻮم أُﺣ ٍﺪ ِ ﻟﺸ‬


:‫ﺎل‬
َ َ‫ﻮد َوﻗ‬
ُ ُ‫اﳉُﻠ‬ ُ ‫اﳊَ ِﺪ‬
ْ ‫ﻳﺪ َو‬ َ ‫ﱡﻬ َﺪاء أَ ْن ﻳـُْﻨـَﺰ‬
ْ ‫ع َﻋْﻨـ ُﻬ ُﻢ‬ َ ُ َ َْ
ِ‫ﻮل ﱠ‬ُ ‫أ ََﻣَﺮ َر ُﺳ‬

. ‫ﻮﻫ ْﻢ ﺑِ ِﺪ َﻣﺎﺋِ ِﻬ ْﻢ َوﺛِﻴَﺎ ِِ ْﻢ‬ ِ


ُ ُ‫ْادﻓﻨ‬
Maksudnya:
„Rasulullah SAW memerintahkan supaya menanggalkan besi (senjata) dan
kulit haiwan daripada syuhadaÊ peperangan Uhud. Sabda Baginda:
Kebumikan mereka dengan darah dan pakaian mereka.‰

Mayat syahid ini tidak dimandikan kerana mengekalkan kesan syahid ke


atasnya, jika ia dimandikan nescaya hilanglah darah yang mana ia
mempunyai bau seperti bauan kasturi pada hari kiamat. Dia juga tidak
disolatkan kerana dia terkaya tidak berhajat kepada pengampunan.
Dosanya telah diampunkan sebagai ganjarannya.

(b) Syahid Dunia


Orang yang mati terbunuh dalam pertempuran dengan orang kafir dan
niatnya berbentuk keduniaan, seperti berniat mendapatkan harta
peperangan atau mengharapkan nama yang mulia di sisi manusia.

Jenazahnya tidak dimandikan, tidak disolatkan tetapi dikafan dengan


pakaian yang dipakai ketika terbunuh dan dikebumikan.

(c) Syahid Akhirat


Orang yang mati dibunuh kerana mempertahankan harta, diri ataupun
maruah, sakit dalam perut, lemas, terbakar, keruntuhan, berdagang,
dibunuh secara zalim, mati ketika wabak taun, mati beranak, mati
kerinduan, mati dalam menuntut ilmu meskipun di atas katil dan
mempertahankan negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

Mati seumpama ini dinamakan mati syahid akhirat kerana Allah SWT
akan menaikkan martabat mereka itu pada martabat para syuhada' di
akhirat kelak.

Cara pengurusan jenazah mereka adalah sama seperti biasa iaitu


dimandikan, dikafankan, disolatkan ke atasnya dan dikebumikan.

4.7 MENZIARAHI KUBUR DAN ADABNYA

Menziarahi kubur hukumnya sunat.

Ia dapat mengingatkan seseorang kepada kematian dan melembutkan hati


manusia.

Antara adab yang boleh diamalkan semasa menziarahi kubur ialah:

(a) Membetulkan tujuan ziarah kubur. Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia
memberi manfaat kepada penziarah supaya insafi diri.

(b) Membaca doa ketika memasuki kawasan rumah. Antara doa yang
diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita ialah:

‫اﻪﻠﻟُ ﺑِ ُﻜ ْﻢ ﻻَ ِﺣ ُﻘﻮن‬
‫ﲔ َوإِ ﱠ إِ ْن َﺷﺎءَ ﱠ‬ ِِ ٍ
َ ‫اﻟ ﱠﺴﻼَ ُم َﻋﻠَْﻴ ُﻜ ْﻢ َد َار ﻗَـ ْﻮم ُﻣ ْﺆﻣﻨ‬
Maksudnya:
„Salam sejahtera ke atas kediaman orang-orang beriman dan kami dengan
izin Allah akan menyusuli kamu.‰

(c) Tidak mengucapkan perkataan yang keji dan batil.

(d) Perkataan keji dan batil terdiri dari tiga jenis:

(i) Berbicara urusan dunia;

(ii) Mencela, mengkritik dan menyebut aib jenazah yang dikebumikan di


perkuburan itu; dan

(iii) Berdoa kepada jenazah, meminta sekian-sekian hajat dan perlindungan


dengan harapan jenazah dapat memakbulkan doanya atau jenazah
memberi pengaruh kepada Allah agar Allah memakbulkan doanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  109

(e) Wanita tidak digalakkan menziarahi kubur jika ia boleh menimbulkan


fitnah atau dengan lain perkataan menarik perhatian kaum lelaki.

(f) Tidak memijak kubur


Jabir radhiallahu Âanh menerangkan:

َ‫ﺐ َﻋﻠَْﻴـ َﻬﺎ َوأَ ْن ﻳـُْﺒـ َﲎ َﻋﻠَْﻴـ َﻬﺎ َوأَ ْن ﺗُﻮﻃَﺄ‬


َ َ‫ﻮر َوأَ ْن ﻳُ ْﻜﺘ‬
ُ ُ‫ﺺ اﻟْ ُﻘﺒ‬ ‫ﻧـَ َﻬﻰ اﻟﻨِ ﱡ‬
‫ﱠﱮ )ص( أَ ْن ُﲡَ ﱠ‬
َ ‫ﺼ‬
Maksudnya:
„Nabi SAW melarang dari mengkapur (menyimen) kubur, menulis di
atasnya, membuat binaan di atasnya dan memijaknya.‰

Terdapat empat larangan dalam hadis ini:

(i) Dilarang menyimenkan kubur atau membuat binaan konkrit, jubin


dan marmar;

(ii) Dilarang menulis di atasnya doa iaitu di batu nisan atau menulis ayat
al-Quran di binaan sekeliling kubur;

(iii) Dilarang membuat binaan di atas kubur umpama masjid, kubah dan
tembok. Jika dibimbangi kubur akan rosak disebabkan kesan alam
(hujan lebat, angin kuat, peralihan tanah), boleh membuat binaan
yang tingginya tidak lebih sejengkal sekadar untuk memelihara
keutuhan kubur; dan

(iv) Dilarang memijak di atas kubur. Boleh berjalan antara dan di sekitar
kubur namun jangan di atas kubur.

(g) Tidak bersandar kepada kubur


ÂAmr bin Hazm al-Ansari r.a. menceritakan:

‫ﺐ َﻫ َﺬا‬ ِ ‫ ﻻَ ﺗـُ ْﺆِذ‬:‫ﺎل‬


َ ‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ُﻣﺘﱠ ِﻜﺌًﺎ َﻋﻠَﻰ ﻗَـ ٍْﱪ ﻓَـ َﻘ‬
‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ ِ‫ﻮل ﱠ‬ُ ‫َر ِآﱐ َر ُﺳ‬
َ ‫ﺻﺎﺣ‬
َ َ ‫اﻪﻠﻟ‬
.‫اﻟْ َﻘ ِْﱪ‬
Maksudnya:
„Rasulullah SAW melihat aku bersandar kepada sebuah kubur lalu
Baginda berkata: ÂJangan menyakiti ahli kubur iniʉ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

4.8 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Antara kaedah pengajaran efektif ialah melakukan praktikal atau amali. Topik ini
amat sesuai dilakukan secara amali. Ia boleh dilakukan dalam bentuk kursus
jangka pendek. Cadangan kursus pengurusan jenazah adalah seumpama Jadual
4.3.
Jadual 4.3: Cadangan Kursus Pengurusan Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


1.0 Mukadimah
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Islam
tentang kafiat pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan fardu kifayah terhadap setiap
orang Islam ke atas orang Islam yang lain. Memahami konsep dan amali dalam pengurusan
jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu.
2.0 Objektif
Objektif yang telah digariskan adalah:
(a) Memberi pendedahan awal secara teori dan amali tentang cara pengurusan jenazah;
(b) Memberi kefahaman yang mendalam kepada para peserta teori dan amali ibadah
tersebut yang terdapat di dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Islam;
(c) Sebagai persediaan para pelajar untuk menghadapi peperiksaan PMR; dan
(d) Memupuk semangat kerjasama antara mereka dalam melaksanakan aktiviti.
3.0 Atur Cara
Masa Aktiviti
8.00 pagi ă 8.30 pagi Pendaftaran
8.30 pagi ă 10.30 pagi Slot 1 ă Taklimat Asas Jenazah
10.30 pagi ă 11.00 pagi Rehat dan Minum Pagi
11.00 pagi ă 12.30 tengah hari Slot 2 ă Pengurusan Jenazah
(a) Memandikan Jenazah;
(b) Mengkafankan Jenazah;
(c) Menyembahyangkan Jenazah; dan
(d) Pengebumian Jenazah.
12.30 tengah hari ă 1.30 petang Solat Zohor dan Makan Tengahari
1.30 petang ă 2.30 petang Slot 3 ă Penyediaan Set Kelengkapan Jenazah
2.30 petang ă 4.30 petang Praktikal Pengurusan Jenazah Berdasarkan
Kumpulan
4.30 petang ă 5.00 petang Solat Asar/Minum Petang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH  111

AKTIVITI 4.5

Rancang kursus pengurusan jenazah perdana. Buat kerjasama dengan


masjid atau surau terdekat.

 Pengurusan jenazah adalah satu aktiviti masyarakat yang sangat penting.

 Kerjasama dalam pengurusan jenazah melibatkan fizikal, mental dan


kerohanian. Gabungan tiga unsur ini menjadikan pengurusan jenazah
sebagai satu aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang sangat penting.

 Manusia berganding bahu memberi penghormatan terakhir kepada si mati


mengikut lunas-lunas syarak.

 Segala peraturan dan hukum serta adab dalam pengurusan jenazah sukar
dibayangkan jika seseorang itu tidak pernah terlibat dengannya.

 Topik pengurusan jenazah adalah janggal dalam kalangan sebahagian


murid. Justeru pendekatan secara teori semata-mata tidak dapat membantu
kefahaman murid.

 Proses pengajaran secara amali sangat membantu kefahaman murid.


Sebelum itu, guru hendaklah mengikuti kursus pengurusan jenazah untuk
mengalami segala teori yang telah dipelajari. Inilah permasalahan utama
dalam topik yang berbentuk amali seumpama ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 4 PENGURUSAN JENAZAH

ÂAsabah Kafan
BidÊah dalalah Solat jenazah
BidÊah hasanah Mengkebumikan jenazah
Daun bidara Syahid dunia akhirat
Ihram Syahid akhirat
Jenazah Syahid maÊrakah
Mandi jenazah TaÊabbudiyyah

Mujaini Tarimin. (2005). Zakat menuju pengurusan profesional. Kuala Lumpur:


Utusan.

Muhammad ÂAbdul Rahman ÂAwad. (t.th.). Ahkam al-janazah wa ma yataÊallaq


bi al-mayyit min al-ihtidar ila al-ÂazaÊ. Beirut: Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah.

Mustafa al Khin, Mustafa al Bugho, & Ali al Syarbaji. (1989). Al fiqh al manhaji
Âala mazhab al imam al ShafiÊe. Damascus: MatbaÊah al Sabah.

Sheikh Abdullah Basmeih. (1992). Tafsir pimpinan al-rahman kepada pengertian


al-Quran. Putrajaya: JPM, Bahagian Hal Ehwal Islam.

Sulaiman Endut. (2006). Asas-asas fardu ain. Kuala Lumpur: Pustaka Abdul
Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Muamalat I
5
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengenal pasti perkara yang berkaitan dengan jual beli dari sudut
pengertian, dalil, hukum jual beli serta hikmah jual beli;
2. Membincangkan rukun dan syarat jual beli serta jenis jual beli yang
dilarang;
3. Menerangkan pengertian khiyar dan jenisnya;
4. Menjelaskan persoalan riba seperti pengertian riba, dalil
pengharaman riba, hikmah pengharaman riba, jenis riba serta jenis
barangan yang boleh berlakunya riba;
5. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian.

 PENGENALAN
Allah mencipta manusia dengan sifat saling memerlukan antara satu sama lain.
Tidak ada seorang pun yang dapat menguasai segala apa yang diinginkan. Oleh
itu, manusia memerlukan individu lain bagi memenuhi keperluan yang
dihajatinya.

Untuk itu Allah SWT memberikan inspirasi (ilham) kepada mereka untuk
mengadakan perdagangan dan perniagaan dengan cara jual beli dan sebagainya.
Dengan ini, manusia dapat memenuhi kehendak dan keperluannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 5 MUAMALAT I

Islam amat menggalakkan umatnya untuk menceburi aktiviti perdagangan dan


perniagaan bagi memantapkan ekonomi umat Islam. Kemantapan ekonomi
dapat memberi gambaran bahawa Islam merupakan agama yang mendorong
kemajuan dan kejayaan umatnya.

Jual beli adalah satu bentuk hubungan antara manusia dengan manusia yang
lain. Oleh kerana itu, ia termasuk di dalam perkara muamalat Islam. Berniaga
merupakan sunnah Nabi dan Baginda berniaga sebelum Baginda dibangkitkan
menjadi Rasulullah akhir zaman.

Topik 5 ini akan membincangkan tentang perkara yang berkaitan dengan


jual beli yang meliputi definisi jual beli, dalil daripada al-Quran dan hadis
Nabi Muhammad SAW yang menjelaskan tentang jual beli serta hikmah jual beli.

Topik ini juga akan membincangkan tentang rukun dan syarat jual beli, jenis jual
beli serta hukumnya. Selain itu, persoalan mengenai khiyar dalam jual beli juga
akan dibincangkan yang meliputi pengertian khiyar dan jenisnya.

Tajuk yang akan menyusul selepas tajuk berkenaan ialah persoalan yang
berkaitan dengan riba seperti pengertian riba, dalil pengharaman riba, hikmah
pengharaman riba, jenis riba serta jenis barangan yang boleh berlakunya riba.

Topik ini amat penting bagi seorang guru Pendidikan Islam memandangkan ia
antara perkara muamalat yang berlaku sepanjang masa dalam kehidupan
seorang Muslim. Para guru perlu menguasainya dengan baik agar mudah
memberi pemahaman kepada para pelajar.

Untuk itu, cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi topik ini akan
dihuraikan dengan ringkas. Diharap cadangan pengajaran yang dijelaskan akan
dapat dilaksanakan di dalam kelas nanti.

AKTIVITI 5.1

Tahukah anda bahawa jual beli adalah perkara muamalat yang


sering dilakukan sepanjang hari dalam kehidupan kita? Perniagaan juga
pernah diterokai oleh Nabi Muhammad SAW bersama Khadijah binti
Khuwailid r.a. Oleh itu, jelaskan bentuk dan perlaksanaan perniagaan
oleh Nabi dan isteri Baginda berpandukan penceritaan sirah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  115

5.1 JUAL BELI


Sejak dahulu, manusia telah melakukan aktiviti jual beli untuk memenuhi
keperluannya. Nabi Muhammad SAW juga merupakan seorang pedagang
dan peniaga.

5.1.1 Pengertian Jual Beli


Beberapa pengertian jual beli diterangkan dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Empat Pendapat Pengertian Jual Beli

Sumber Sudut Pengertian


Ahmad Isa Asyur Bahasa Memberikan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu
(t.th) Arab yang lain.

Muhammad Rawwas Bahasa Memberikan sesuatu dengan suatu bayaran. Jual beli
QalÊah Ji dan Hamid Arab juga bermaksud menukar sesuatu dengan sesuatu.
Sadiq Qunaibiyy
(1988)

Ahmad Isa Asyur (t.th) Syarak Menukarkan suatu harta bagi mendapatkan suatu
harta yang boleh digunakan dengan menggunakan
lafaz ijab dan kabul dengan bentuk yang memberikan
pemilikan kepada harta berkenaan.

Muhammad Rawwas Syarak Mendapatkan suatu harta dengan harta dengan


QalÊah Ji dan Hamid pemilikan kepada harta berkenaan dengan cara yang
Sadiq Qunaibiyy diredai melalui lafaz ijab dan kabul.

Menurut hukum syarak, jual beli juga boleh didefinisikan sebagai menukarkan
harta dengan harta mengikut cara yang tertentu.

Kesimpulan yang boleh dibuat dari definisi di atas adalah jual beli bermaksud satu
pertukaran bagi mendapat sesuatu harta yang boleh dimiliki dengan suatu harta
lain. Misalnya duit dan sebagainya. Di samping itu, harta berkenaan boleh
memberikan manfaat kepada pembeli dengan cara yang diredhai antara keduanya
dengan menggunakan lafaz ijab dan kabul.

Hukum jual beli dalam Islam adalah harus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 5 MUAMALAT I

Ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 275:

َ‫اﻪﻠﻟُ اﻟْﺒَـْﻴ َﻊ َو َﺣﱠﺮَم اﻟِّﺮ‬


‫َﺣ ﱠﻞ ﱠ‬
َ ‫َوأ‬
Maksudnya:
„Dan Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.‰

5.1.2 Pensyariatan Jual Beli


Terdapat pelbagai dalil tentang jual beli (lihat Rajah 5.1):

Rajah 5.1: Tiga pensyariatan jual beli

(a) Dalil al-Quran


Allah SWT menjelaskan di dalam surah al-Baqarah, ayat 275 yang
berbunyi seperti berikut:

َ‫اﻪﻠﻟُ اﻟْﺒَـْﻴ َﻊ َو َﺣﱠﺮَم اﻟِّﺮ‬


‫َﺣ ﱠﻞ ﱠ‬
َ ‫َوأ‬
Maksudnya:
„Dan Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan
riba.‰

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-NisaÊ ayat 29:

βr& HωÎ) È≅ÏÜ≈t6ø9$$Î/ Μà6oΨ÷t/ Νä3s9≡uθøΒr& (#þθè=à2ù's? Ÿω (#θãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

öΝä3Î/ tβ%x. ©!$# ¨βÎ) 4 öΝä3|¡àΡr& (#þθè=çFø)s? Ÿωρu 4 öΝä3ΖÏiΒ <Ú#ts? ⎯tã ¸οt≈pgÏB šχθä3s?

∩⊄®∪ $VϑŠÏmu‘

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  117

Maksudnya:
„Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)
harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan
sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu‰.

(b) Dalil Hadis


Nabi SAW menjelaskan di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Abu Bakar bin Abu Syaibah dalam kitab al-Musannaf daripada Abi Zar al-
Ghifari r.a. berbunyi:

ِ ِ
ِ ‫ﺎﺟﺮ اﻟﺼ ُﺪ‬
‫وق‬ ُ ُ َ‫أ ﱠَوَل َﻣﻦ ﻳَ ْﺪ ُﺧ ِﻞ اﳉَﻨﱠﺔ اﻟﺘ‬
Maksudnya:
„(Golongan) yang terawal memasuki syurga adalah peniaga yang benar.‰

Nabi Muhammad SAW juga menjelaskan di dalam satu hadis lain:

‫ َوُﻛ ﱡﻞ ﺑَـْﻴ َﻊ َﻣْﺒـ ُﺮْوِر‬،‫اﻟﺮ َﺟ ِﻞ ﺑَـﻴَ ِﺪ ِﻩ‬ ِ ‫ﻀﻞ اﻟْ َﻜﺴ‬


ِّ ‫ﺐ َﻋ َﻤﻞ‬
َ ْ ُ َ ْ‫أَﻓ‬
Maksudnya:
„Sebaik-baik usaha ialah pekerjaan seorang lelaki menggunakan tangannya
dan semua perniagaan yang tidak mempunyai unsur-unsur penipuan dan
khianat.‰
(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak)

(c) Ijmak Para Ulama


Semua ulama bersepakat mengatakan bahawa jual beli itu adalah suatu
perkara yang disyariatkan (masyruÊ) berdasarkan dalil sebelum ini.

5.1.3 Hikmah Jual Beli


Sayyid Sabiq (1987) menjelaskan terdapat beberapa hikmah daripada
pensyariatan jual beli. Antara hikmah jual beli adalah seperti berikut:

(a) Kemudahan yang Disediakan Allah pada HambaNya


Allah mengharuskan jual beli kepada hambaNya sebagai suatu
kemudahan kerana manusia sentiasa memerlukan makanan, pakaian dan
kenderaan. Kesemua keperluan berkenaan tidak dapat disediakan oleh
seorang manusia sahaja tetapi disediakan oleh ramai orang. Oleh kerana

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 5 MUAMALAT I

itu, manusia memerlukan kepada proses jual beli untuk mendapatkan


kesemua keperluan berkenaan.

(b) Cara Pemilikan yang Betul


Jual beli juga disyariatkan bagi membolehkan manusia memiliki harta
dengan cara yang betul dan sah mengikut syarak. Pemilikan harta secara
sah boleh berlaku dengan berlakunya akad di antara penjual dan pembeli.

(c) Melatih Kita Menjadi Masyarakat Harmoni


Melalui jual beli, masyarakat akan dapat berhubung antara satu sama lain.
Si penjual bakal mendapat laba dan keuntungan, manakala si pembeli
bakal menikmati barang yang dihajatkan. Dalam masa yang sama,
terjalinlah ikatan murni dan persefahaman antara mereka dalam kelompok
masyarakat yang penyayang lagi harmoni.

(d) Melatih Kita Bertolak Ansur dan Berbuat Kebajikan


Rasulullah SAW memuji peniaga yang bermurah hati dan bertolak ansur
termasuklah pembeli yang berakhlak semasa berjual beli melalui hadis
yang dirakamkan oleh Jabir bin Abdullah r.a.:

‫ وإذا اﻗﺘﻀﻰ‬،‫ وإذا اﺷﱰى‬،‫رﺣﻢ ﷲ رﺟﻼً ﲰﺤﺎً إذا ع‬


Maksudnya:
„Allah SWT merahmati lelaki bertolak ansur ketika berjual, membeli dan
membuat keputusan penghakiman‰
(Riwayat Imam al-Bukhari)

SEMAK KENDIRI 5.1

Dengan merujuk kepada kitab-kitab fiqh, senaraikan hikmah jual beli.

5.1.4 Rukun dan Syarat Jual Beli


Transaksi jual beli yang dilakukan mestilah memenuhi rukunnya. Jika salah satu
daripada rukun ini tidak dapat dipenuhi, maka urusan jual beli tidak mungkin
akan berlaku. Rajah 5.2 di bawah menjelaskan rukun jual beli yang perlu
dipenuhi apabila melakukan transaksi jual beli.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  119

Rajah 5.2: Rukun jual beli

Setelah kita mengetahui rukun yang perlu ada dalam sesuatu transaksi jual beli,
perlu dijelaskan juga syarat yang perlu ada bagi setiap rukun tersebut. Sesuatu
transaksi jual beli tidak akan menjadi sah jika tidak memenuhi syarat ini. Jadual
5.2 di bawah menerangkan syarat bagi setiap rukun jual beli.

Jadual 5.2: Syarat-syarat bagi Rukun Jual Beli

Rukun Syarat
Penjual  Mukallaf ă tidak sah jual beli bagi orang yang gila, mabuk dan kanak-
dan kanak. Tetapi menurut mazhab Hanbali, sah jual beli yang dilakukan oleh
pembeli kanak-kanak bagi sesuatu yang sedikit walaupun masih belum mumaiyiz
walaupun tanpa keizinan daripada penjaganya. Manakala jual beli
sesuatu yang banyak tidak sah dilakukan oleh kanak-kanak yang tidak
mumaiyiz walaupun dengan keizinan penjaganya;
 Kemahuan sendiri ă tidak sah jual beli orang yang dipaksa;
 Merdeka ă tidak sah jual beli yang dilakukan oleh hamba;
 Bukan daripada golongan yang ditahan hartanya kerana bankrap atau
tidak waras; dan
 Beragama Islam ă khas bagi jual beli al-Quran dan hadis sahaja.

Barang  Bersih dan suci ă tidak sah jual beli najis seperti bangkai dan babi. Begitu
juga tidak sah sesuatu yang terkena najis yang tidak boleh disucikan
seperti susu, minyak dan cuka yang terkena najis. Sabda Rasulullah SAW:

‫ﺣﺮم ﺑﻴﻊ‬
ّ ‫ إن ﷲ ورﺳﻮﻟﻪ‬:‫ﻋﻦ ﺟﺎﺑﺮ رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﻪ أن رﺳﻮل ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻗﺎل‬
.‫اﳋﻤﺮ واﳌﻴﺘﺔ واﳋﻨﺰﻳﺮ واﻷﺻﻨﺎم‬
Maksudnya:
„Daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
Allah dan RasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan
berhala.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 5 MUAMALAT I

 Berfaedah dan bernilai ă tidak sah jual beli barang yang tidak berfaedah
dan tidak bernilai seperti menjual dua biji padi atau sebagainya;
 Barang adalah kepunyaan penjual atau wakilnya;
 Barang itu wujud ă barang yang dijual beli itu mestilah barang yang ada.
Syarak tidak membenarkan jual beli kepada barang yang masih belum
ada seperti menjual binatang ternakan yang masih lagi berada di dalam
perut ibunya;
 Boleh diserahkan kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli
bertangguh (BaiÊ al-Salam). Maka tidak sah menjual barang yang tidak
boleh diserahkan serta-merta seperti burung di udara dan ikan di dalam
lautan; dan
 Diketahui tentang jenis, kadar dan sifat barang itu.

Harga  Bersih ă tidak sah harga itu jika tidak bernilai di sisi syarak seperti arak;
 Harga adalah milik pembeli ă tidak sah jual beli dengan wang yang bukan
kepunyaan pembeli;
 Harga tersebut mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual; dan
 Pembeli dan penjual mengetahui jenis mata wang yang digunakan.

Ijab dan
Kabul Ijab dan kabul merupakan ucapan yang menunjukkan persetujuan
menyerahkan barang dan menerima barang di antara penjual dan
pembeli.

Syarat ijab dan kabul ialah:


 Ijab dan kabul tidak diselangi dengan perkataan lain yang tidak berkaitan
dengan akad;
 Tidak berselang lama antara ijab dan kabul;
 Ijab menepati kabul iaitu bersamaan ijab dan kabul pada maknanya
walaupun berlainan lafaznya.
Contoh bagi ijab dan kabul yang bertepatan ialah seorang penjual berkata
kepada pembeli, „Saya menjual dua helai baju ini dengan harga RM100.‰
Lantas, pembeli menjawab, „Saya belilah kedua-dua helai baju ini dengan
harga RM100.‰ Sambil menunjukkan kedua-dua helai baju yang telah dibeli,
ketika itu berlakulah akad jual beli kerana lafaz ijab itu bertepatan dengan
kabul.
Namun jika penjual mengatakan, „Saya menjual kedua-dua helai baju ini
dengan harga RM100.‰ Kemudian pembeli tiba-tiba menjawab, „Saya belilah
hanya sehelai baju ini sahaja dengan harga RM100.‰ Akad jual beli itu tidak
berlaku kerana ijab tidak bertepatan dengan kabul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  121

 Tidak boleh ditaklikkan, seperti kata penjual „Saya jual kereta ini kepada
kamu jika ayah saya meninggal dunia.‰
 Tidak boleh dihadkan masanya, seperti kata penjual „Saya jual buku ini
kepada awak selama sebulan.‰
 Akad berlaku di tempat jual beli iaitu berlaku di satu tempat atau dalam
majlis yang sama (lihat Rajah 5.3) manakala kedua-dua penjual dan
pembeli masih belum meninggalkan tempat atau majlis berkenaan,
sekalipun lafaz ijab dan kabul itu tidak bersambungan terus.

Rajah 5.3: Ijab dan kabul berlaku di satu tempat atau dalam majlis yang sama
Sumber: www.aznil.blog.era.fm

Imam al-Nawawi dan sebahagian ulama berpendapat bahawa sah jual beli
walaupun tanpa ijab dan kabul.

AKTIVITI 5.2

Adakah anda mengamalkan rukun jual beli sepenuhnya? Cuba anda


lakonkan aksi jual beli yang berdasarkan rukun jual beli Islam dengan
rakan-rakan sekelas anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 5 MUAMALAT I

5.1.5 Jenis Jual Beli yang Dilarang


Jual beli tidak semuanya sah belaka, ada juga yang boleh dikategorikan sebagai
tidak sah dan ada pula yang hukumnya haram. Justeru, Islam melarang jual beli
yang haram bagi mengelakkan sebarang penipuan, penindasan dan
penganiayaan semasa menjalankan urusan atau transaksi jual beli. Namun
begitu, jual beli terlarang ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

(a) Jual beli yang dilarang dan tidak sah akadnya; dan
(b) Jual beli yang dilarang tetapi sah akadnya.

Kedua-dua bentuk jual beli di atas akan kita perjelaskan di dalam Jadual 5.3 di
bawah.

Jadual 5.3: Sebahagian dari Jenis-jenis Jual Beli yang Dilarang


Tidak Sah Akad Sah Akad
Menjual atau memperdagangkan barang Menyekat pembelian orang lain dengan
bagi tujuan maksiat seperti menjual cara membeli semua barang
berhala, salib, babi, arak, dadah dan
seumpamanya
Menjual daging dengan daging sama ada Membeli barang yang sedang dibeli oleh
dari satu jenis mahupun tidak seperti orang lain
menjual daging kambing dengan seekor
lembu
Menjual sesuatu barang yang tidak Menyekat penjual dari desa dengan tujuan
dimiliki dengan sempurna seperti menjual memborong barangan mereka dengan
burung di udara atau ikan di lautan harga yang murah daripada harga pasaran
disebabkan mereka tidak mengetahui
harga sebenar
Menjual buah-buahan yang masih di Melakukan monopoli dalam jual beli iaitu
pokok kecuali setelah nyata masaknya. membeli semua barang dengan tujuan
Dilarang menjual buah yang masih di orang lain tidak dapat membelinya
pokok atau masih muda kerana buah-
buahan tersebut berkemungkinan gugur
dan busuk
Jualan bersyarat seperti kata penjual „Saya Berjual beli barang halal tetapi digunakan
jual basikal saya ini dengan harga RM200 secara terang untuk tujuan maksiat
dengan syarat tuan jualkan basikal tuan
dengan harga RM500.‰
Menjual anak binatang yang masih berada Melakukan penipuan semasa menjual
dalam perut ibunya. Jual beli jenis ini sama ada melalui sukatan, timbangan dan
dilarang kerana anak binatang itu masih sebagainya
belum tentu lahir dan tidak kelihatan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  123

AKTIVITI 5.3

1. Kebanyakan amalan jual beli pada waktu sekarang tidak


mengandungi ijab dan qabul. Bincangkan.

2. Bincangkan cara-cara untuk melibatkan diri dengan aktiviti jual beli


yang halal dan digalakkan oleh syarak bagi memajukan umat Islam.

5.2 KHIYAR DALAM JUAL BELI


Sesungguhnya agama Islam adalah agama yang penuh kemudahan dan syumul
(menyeluruh) meliputi segenap aspek kehidupan, selalu memperhatikan
pelbagai maslahah dan keadaan, mengangkat dan menghilangkan segala beban
umat. Termasuk dalam maslahah tersebut adalah sesuatu yang Allah SWT
syariatkan dalam jual beli berupa hak memilih bagi orang yang bertransaksi,
supaya dia berpuas hati dalam urusannya.

Dalam urusan jual beli ada kalanya terjadi penyesalan antara pihak penjual dan
pembeli disebabkan kurang berhati-hati, tergesa-gesa, penipuan atau faktor
lainnya.

Perlu diingat bahawa prinsip utama berlakunya jual beli adalah atas dasar suka
sama suka atau redha meredhai, maka syariat Islam memberikan kesempatan
kepada kedua belah pihak yang melakukan akad jual beli untuk memilih antara
dua kemungkinan, iaitu antara meneruskan jual beli atau membatalkannya.

5.2.1 Pengertian Khiyar


Apakah yang dimaksudkan dengan khiyar?

Khiyar dari segi bahasa bermaksud memilih atau menyisihkan. Secara


umumnya, khiyar ialah memilih yang terbaik antara hal atau keadaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 5 MUAMALAT I

Manakala khiyar dari segi istilah syarak bermaksud:

Hak memilih yang diberikan kepada kedua-dua belah pihak (penjual dan
pembeli) sama ada hendak meneruskan jual beli mereka atau
membatalkannya mengikut syarat atau sebab tertentu yang dibenarkan oleh
syarak.

Khiyar ini sangat penting dalam transaksi untuk menjaga kepentingan,


kemaslahatan dan kerelaan kedua belah pihak yang melakukan kontrak serta
melindungi mereka dari bahaya yang mungkin menimbulkan kerugian bagi
mereka. Dengan demikian khiyar disyariatkan oleh Islam untuk memenuhi
kepentingan yang timbul dari transaksi urusniaga dalam kehidupan manusia.

Hikmah yang mengharuskan melakukan khiyar, dapat disimpulkan sebagaimana


berikut:

(a) Supaya kedua-dua belah pihak (penjual dan pembeli) dapat memikirkan
dengan lebih mendalam terhadap kepentingan masing-masing;
(b) Supaya pihak penjual dan pembeli merasa puas dalam urusan jual beli;
(c) Untuk menghindarkan terjadinya penipuan dalam urusan jual beli; dan
(d) Untuk menjamin kesempurnaan dan kejujuran bagi pihak penjual dan
pembeli.

5.2.2 Jenis Khiyar


Dr. Mustofa al-Khin et. al (2004) menjelaskan bahawa khiyar dalam jual beli
terbahagi kepada tiga jenis iaitu seperti dalam Rajah 5.4:

Rajah 5.4: Tiga jenis khiyar dalam jual beli

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  125

Huraian kepada ketiga-tiga jenis khiyar di atas akan diperjelaskan di dalam


Jadual 5.4.
Jadual 5.4: Huraian Jenis Khiyar

Jenis Khiyar Huraian

Khiyar Majlis  Definisi


Pembeli dan penjual boleh memilih sama ada ingin meneruskan
atau membatalkan jual beli yang telah diakadkan selama mana
mereka masih belum berpisah dari majlis akad berkenaan.

 Dalil
Rasulullah SAW bersabda:

‫ﺎن ِ ْﳋِﻴَﺎ ِرَﻣﺎ َﱂْ ﻳَـﺘَـ َﻔﱠﺮﻗَﺎ‬


ِ ‫اَﻟْﺒـﻴـﻌ‬
َ َْ
Maksudnya:
„Penjual dan pembeli diharuskan khiyar selama kedua-duanya
belum berpisah dari tempat akad.‰
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 Keterangan
ă Jika mereka telah berpisah daripada majlis jual beli, khiyar ini
tidak dibenarkan dan kontrak tersebut perlu dilaksanakan;

ă Maksud berpisah dari majlis akad boleh dirujuk kepada


amalan yang diguna pakai iaitu mengikut adat kebiasaan. Jika
adat kebiasaan mengatakan kedua-dua penjual dan pembeli
itu dianggap telah berpisah, maka tidak boleh lagi melakukan
khiyar majlis;
ă Jika urusan jual beli itu berlaku di dalam kedai yang kecil,
maka dianggap tidak boleh khiyar apabila keluar dari kedai
berkenaan;
ă Jika urusan jual beli itu dilakukan di dalam kedai yang besar
atau di tempat lapang seperti pasaraya, pasar malam, padang
dan sebagainya, maka tidak boleh khiyar lagi setelah berpaling
atau beredar dua atau tiga langkah dari tempat berkenaan
(lihat Rajah 5.5);

ă Jika penjual dan pembeli keluar bersama-sama atau berjalan


bersama-sama, maka majlis tersebut masih berterusan dan
mereka berhak menuntut khiyar selama mana belum berpisah;
dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 5 MUAMALAT I

ă Hak khiyar yang dimiliki tidak boleh digunakan jika salah seorang
di antara mereka ataupun kedua-dua pihak membuat keputusan
untuk memeterai kontrak jual beli tersebut. Contohnya apabila
mereka berkata „Kami telah bersetuju untuk meneruskannnya.‰

Rajah 5.5: Jual beli di pasar besar

Khiyar Syarat  Definisi


Penjual dan pembeli atau salah seorang daripada mereka
meletakkan syarat sama ada meneruskan jual beli atau
membatalkannya dalam tempoh tertentu semasa melakukan akad
jual beli.

 Dalil
Rasulullah SAW bersabda:

َ َ‫ﺖ ِ ْﳋِﻴَﺎ ِر ِﰱ ُﻛ ِّﻞ ِﺳ ْﻠ َﻌﺔ اَﺑْـﺘَـ ْﻌﺘَـ َﻬﺎ ﺛَﻼ‬


‫ث ﻟَﻴَ َﺎل‬ َ ْ‫أَﻧ‬
Maksudnya:
„Kamu boleh melakukan khiyar pada setiap yang telah dibeli
selama tiga hari tiga malam‰
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

 Keterangan

ă Khiyar ini dinamakan khiyar syarat kerana pihak yang terlibat


dalam urusan jual beli meletakkan syarat tertentu;
ă Syarat ini boleh dinyatakan ketika memeterai akad jual beli
ataupun selepas akad dilakukan, tetapi masih belum berpisah
dari majlis tersebut; dan
ă Tempoh yang ditetapkan dalam khiyar syarat tidak melebihi
dari tiga hari menurut mazhab Shafie jika barang tersebut
tidak mudah rosak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  127

Khiyar Aib  Definisi


Pembeli boleh mengembalikan barang yang dibelinya apabila
pada barang itu terdapat suatu kecacatan yang mengurangkan
kualiti atau harganya.

 Dalil
Rasulullah SAW bersabda:

‫ﺐ إِﻻﱠ‬ ِِ ِِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ َ ‫َﺧﻮ اﻟْ ُﻤ ْﺴﻠ ِﻢ َوﻻَ َﳛ ﱡﻞ ﻟ ُﻤ ْﺴﻠ ٍﻢ‬
ٌ ‫ع ﻣ ْﻦ أَﺧﻴﻪ ﺑَـْﻴـ ًﻌﺎَ ﻓﻴﻪ َﻋْﻴ‬ ُ ‫اﻟْ ُﻤ ْﺴﻠ ُﻢ أ‬

ُ‫ﺑَـﻴﱠـﻨَﻪُ ﻟَﻪ‬
Maksudnya:
„Seorang muslim adalah saudara muslim yang lainnya, tidak halal
bagi seorang muslim menjual suatu barang yang ada kecacatan
kepada saudara, kecuali dia menjelaskan kecacatan itu kepadanya‰
(Hadis riwayat Ibn Majah)

 Keterangan

ă Apabila akad jual beli telah dimeterai dan pembeli telah


memperolehi barang yang dijual tanpa dinyatakan sebarang
kecacatan pada barang tersebut, kemudian baru disedari
wujudnya kecacatan pada barang tersebut, maka jual beli
tersebut masih sah. Namun, pembeli diberi pilihan sama ada
merelakan kecacatan yang ada atau memulangkan semula
barang tersebut kepada penjual dan mengambil semula
bayaran yang telah dibuat;
ă Pembeli dibenar melakukan khiyar aib jika dia tidak
mengetahui kecacatan pada barang ketika akad atau ketika
penerimaan;

ă Kecacatan pada barang dapat dibuktikan telah pun ada


sebelum akad dan ia boleh mengurangkan harga atau kualiti
barang;
ă Pembeli hendaklah memulangkan segera barang yang dibeli
setelah mengetahui ada kecacatan, namun ia perlu menurut
amalan setempat yang diguna pakai; dan

ă Hak khiyar aib gugur jika pembeli menggunakan barangan


tersebut setelah menyedari kecacatannya atau lewat
memulangkannya walaupun dia mampu berbuat demikian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 5 MUAMALAT I

5.3 RIBA
Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, ia tidak
bermakna manusia bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat
yang mesti dituruti. Bagi menjamin kemaslahatan manusia terjamin dan
terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara dalam aktiviti
perniagaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah riba.

5.3.1 Pengertian Riba


Sayyid Sabiq (1987) dalam kitabnya berjudul Fiqh al-Sunnah menerangkan
bahawa riba dari sudut bahasa Arab ialah lebih atau bertambah. Riba dari sudut
syarak ialah setiap penambahan di dalam perkara-perkara yang tertentu. Riba
juga adalah pengambilan tambahan dari harta pokok (modal) dengan cara yang
batil.

Sayyid Sabiq turut menyimpulkan bahawa riba itu adalah setiap tambahan dari
harta modal yang telah ditetapkan. Riba adalah kontra atau lawan kepada jual
beli. Jual beli yang terdapat unsur-unsur haram dan riba jauh daripada rahmat
Tuhan dan berkatNya (lihat Rajah 5.6).

Allah SWT membicarakan konsep jual beli yang halal dan riba yang haram ini
sebagaimana firmanNya di dalam surah al-Baqarah, ayat 275:

ß⎯≈sÜø‹¤±9$# çμäܬ6y‚tFtƒ ”Ï%©!$# ãΠθà)tƒ $yϑx. ωÎ) tβθãΒθà)tƒ Ÿω (#4θt/Ìh9$# tβθè=à2ù'ƒt š⎥⎪Ï%©!$#

tΠ§ymuρ yìø‹t7ø9$# ª!$# ¨≅m


y r&uρ 3 (#4θt/Ìh9$# ã≅÷WÏΒ ßìø‹t7ø9$# $yϑ¯ΡÎ) (#þθä9$s% öΝßγ¯Ρr'Î/ y7Ï9≡sŒ 4 Äb§yϑø9$# z⎯ÏΒ

( «!$# ’n<Î) ÿ…çνãøΒr&uρ y#n=y™ $tΒ …ã&s#sù 4‘γ


y tFΡ$$sù ⎯ÏμÎn/§‘ ⎯ÏiΒ ×πsàÏãöθtΒ …çνu™!%y` ⎯yϑsù 4 (#4θt/Ìh9$#

∩⊄∠∈∪ šχρà$Î#≈yz $pκÏù öΝèδ ( Í‘$¨Ζ9$# Ü=≈ysô¹r& y7Íׯ≈s9'ρé'sù yŠ$tã ï∅tΒuρ

Maksudnya:
„Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-
hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka
mengatakan: „Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba‰.
Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  129

riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah
diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan
perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi
(perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.‰

Rajah 5.6: Jual beli yang terdapat unsur haram dan


riba jauh daripada rahmat Tuhan dan berkatNya

5.3.2 Dalil Pengharaman Riba


Terdapat beberapa dalil yang mengharamkan riba iaitu:

(a) Dalil al-Quran


Allah SWT menjelaskan di dalam surah al-Baqarah, ayat 278:

ΟçFΖä. βÎ) (##θt/Ìh9$# z⎯ÏΒ u’Å+t/ $tΒ (#ρâ‘sŒuρ ©!$# (#θà)®?$# (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

∩⊄∠∇∪ t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σ•Β
Maksudnya:
„Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada
orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 5 MUAMALAT I

βr& HωÎ) È≅ÏÜ≈t6ø9$$Î/ Μà6oΨ÷t/ Νä3s9≡uθøΒr& (#þθè=à2ù's? Ÿω (#θãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

öΝä3Î/ tβ%x. ©!$# ¨βÎ) 4 öΝä3|¡àΡr& (#þθè=çFø)s? Ÿωuρ 4 öΝä3ΖÏiΒ <Ú#ts? ⎯tã ¸οt≈pgÏB šχθä3s?

∩⊄®∪ $VϑŠÏmu‘
Maksudnya:
„Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)
harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan
sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan
sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.‰

(b) Dalil Hadis


Rasulullah SAW bersabda di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim:

ِ ‫اِﺟﺘﻨِﺒﻮا اﻟﺴﺒ ِﻊ اﳌﻮﺑَِﻘ‬


ِّ ‫ﺎت – َوذَ َﻛﺮ ِﻣْﻨـ َﻬﺎ أَ َﻛﻞ‬
. َ‫اﻟﺮ‬ َ َ َْ ْ َ ُ َ ْ
Maksudnya:
„Jauhkanlah kamu dari tujuh perkara yang merosakkan, Baginda
menyebut antaranya ialah makan riba.‰

Rasulullah SAW juga bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan


oleh Abu Daud:

ِ ‫اﻟﺮ وﻣﻮﻛِﻠَﻪ وﺷ‬


.ُ‫ﺎﻫ ُﺪﻩُ َوَﻛﺎﺗِﺒُﻪ‬ َ َ ُ ْ َ َ َِّ ‫ﻟَ َﻌ َﻦ رﺳﻮل ﷲ ﺻﻠﻰ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ أَ َﻛ َﻞ‬
Maksudnya:
„Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, wakil-wakilnya, saksinya serta
penulisnya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  131

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan Abu YaÊla
dengan sanadnya yang baik (hadis hasan), Baginda menegaskan:

.‫إذا ﻇﻬﺮ اﻟﺮ واﻟﺰ ﰱ ﻗﺮﻳﺔ ﻓﻘﺪ أﺣﻠﻮا ﻧﻔﺴﻬﻢ ﻋﺬاب ﷲ‬


Maksudnya:
„Apabila riba dan zina menjadi-jadi di sesebuah kampung (negeri) maka
sesungguhnya mereka telah membenarkan kampung (negeri) mereka
diazab oleh Allah SWT.‰

(c) Ijmak Para Ulama


Semua ulama Islam bersepakat mengatakan bahawa hukum riba adalah
haram. Bahkan, masyarakat biasa yang tidak beragama Islam pun turut
menentang riba lantaran secara ekonominya, riba menindas kaum yang
lemah dan miskin sedangkan si kaya akan terus mewah dan kaya-raya.

5.3.3 Kesan Buruk Amalan Riba


Dr. Haron Din (1985) dalam bukunya berjudul Manusia dan Islam menjelaskan
bahawa antara hikmat Islam melarang riba ini adalah seperti berikut:

(a) Riba Menyebabkan Pengambilan Harta Tanpa Tukaran Barang


Riba bererti mengambil harta orang lain tanpa ganti. Mengambil harta
orang lain tanpa ganti bererti harta seseorang telah dicabul secara paksa
tanpa kerelaan. Mencabul hartanya bererti mencabul darahnya.

(b) Riba Menghalang Orang Lain Menikmati Hasil Usahanya


Riba boleh menghalang manusia dari mencari nafkah dengan titik
peluhnya sendiri. Ini disebabkan dengan modal yang ada boleh bertambah
tanpa perlu bekerja tetapi dengan hanya mengenakan riba daripada harta
yang diberikan pinjaman kepada orang lain.

(c) Riba Membawa kepada Perselisihan dan Perpecahan Ummah


Riba boleh membawa terputusnya hubungan silaturrahim di dalam
sesuatu masyarakat dan negara. Riba turut akan mencetuskan perbalahan
dalam kalangan anggota masyarakat dan menyebabkan tidak timbul
perasaan tolong menolong sesama mereka.

(d) Riba Menggalakkan Sistem Kapitalisme


Riba akan menjadikan orang yang sudah kaya akan bertambah kaya dan
orang miskin akan menjadi lebih miskin serta tidak mampu membayar
pinjaman yang dipinjamnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 5 MUAMALAT I

(e) Riba adalah Penjajahan Bentuk Baru


Riba juga merupakan satu bentuk penjajahan sesuatu pihak ke atas pihak
yang lain. Kegagalan menjelaskan hutang yang disertai dengan riba
menyebabkan pihak penerima hutang terpaksa memberikan hartanya
kepada pemiutang dan ia terpaksa akur dengan semua kehendak
pemiutang.

(f) Riba adalah Penentangan Hukum Allah


Riba bererti berperang dengan Allah dan RasulNya. Mengamalkannya
bermaksud menentang hukum Allah sedangkan Dia menyediakan
alternatif yang halal untuk diamalkan dalam kehidupan mereka.

SEMAK KENDIRI 5.2

Apakah maksud riba? Jelaskan kesan negatif yang berlaku akibat


amalan riba.

5.3.4 Jenis Riba


Mohd Rifai et al. (1982) menjelaskan bahawa riba itu terbahagi kepada tiga
bahagian seperti dalam Rajah 5.7.

Rajah 5.7: Jenis riba

(a) Riba al-Fadhl


Al-Fadhl di dalam bahasa Arab bermaksud lebih.

Riba al-Fadhl bermaksud satu jualan yang disertai dengan penambahan


antara dua barang yang ditukarkan seperti seseorang menukarkan satu
kilogram gandum yang dimilikinya dengan dua kilogram gandum
milik orang lain.

Contoh yang lain seperti seseorang menukarkan wang RM10.00 miliknya


dengan wang RM20.00 milik orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  133

Riba ini berlaku bagi pertukaran atau penjualan antara dua barang yang
sama jenis seperti penjualan atau pertukaran antara gandum dengan
gandum, duit dengan duit.

Semua ulama bersepakat mengatakan bahawa riba jenis ini adalah


diharamkan oleh Allah SWT.

(b) Riba al-Yad


Al-Yad di dalam bahasa Arab bemaksud tangan.

Riba al-Yad di dalam syariat Islam ialah riba yang berlaku apabila
barang tidak diserahkan semasa majlis akad jual beli berlangsung.

(c) Riba al-NasiÊah

Riba al-NasiÊah ialah satu bayaran tambahan yang diwajibkan oleh


pemberi hutang kepada orang yang berhutang kerana pembayaran
hutang secara bertangguh.

Riba jenis ini amat popular dalam kalangan masyarakat jahiliah. Riba ini
berlaku apabila seseorang lelaki memberikan sejumlah hutang kepada
seorang yang lain untuk satu tempoh masa contohnya selama 12 bulan.
Dalam masa yang sama diletakkan syarat jika dalam tempoh 12 bulan
seorang yang berhutang itu tidak mampu untuk menjelaskannya, tempoh
masa akan dilanjutkan mungkin selama enam bulan dengan bayaran
tambahan.

Semua ulama Islam bersepakat mengatakan bahawa riba jenis ini juga
adalah diharam oleh Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 5 MUAMALAT I

5.3.5 Jenis Barangan Ribawi


Nabi Muhammad SAW menjelaskan di dalam satu hadisnya tentang barang
yang boleh berlakunya riba di mana Ubadah bin al-Samit r.a. berkata:

‫ﺐ َواﻟْ ِﻔﻀ ِﱠﺔ‬


ِ ‫ﺐ ِ ﻟ ﱠﺬ َﻫ‬ ِ‫ﻮل ﱠ‬
ِ ‫اﻪﻠﻟ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻳـَْﻨـ َﻬﻰ َﻋ ْﻦ ﺑَـْﻴ ِﻊ اﻟ ﱠﺬ َﻫ‬ ِ
ُ ‫إِِّﱏ َﲰ ْﻌ‬
َ ‫ﺖ َر ُﺳ‬

‫ِ ﻟْﺒُـِّﺮ َواﻟﺸﱠﻌِ ِﲑ ِ ﻟﺸﱠﻌِ ِﲑ َواﻟﺘ ْﱠﻤ ِﺮ ِ ﻟﺘ ْﱠﻤ ِﺮ َواﻟْ ِﻤ ْﻠ ِﺢ ِ ﻟْ ِﻤ ْﻠ ِﺢ إِﻻﱠ َﺳ َﻮاءً ﺑِ َﺴ َﻮ ٍاء َﻋْﻴـﻨًﺎ‬ ‫ِ ﻟْ ِﻔﻀ ِﱠﺔ َواﻟْﺒُـِّﺮ‬

ٍ ْ ‫ﺑِ َﻌ‬
.‫ﲔ ﻓَ َﻤ ْﻦ َز َاد أَ ِو ْازَد َاد ﻓَـ َﻘ ْﺪ أ َْرَﰉ‬
Maksudnya:
„Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW melarang menjual emas
dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair,
tamar dengan tamar, garam dengan garam kecuali bersamaan, ain dengan ain,
maka sesiapa yang menambah atau minta tambah maka dia telah melakukan
riba.‰
(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-NasaÊi dan Ahmad)

Nabi menjelaskan bahawa riba boleh berlaku kepada enam barangan seperti
yang ditunjukkan di Rajah 5.8.

Rajah 5.8: Enam jenis barangan ribawi

Emas dan perak merupakan dua unsur penting dalam perniagaan dan ia menjadi
sumber kepada mata wang sesebuah negara. Empat lagi barangan lain yang
disebutkan merupakan bahan makanan asasi yang diperlukan oleh manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  135

Baginda SAW turut menjelaskan bahawa sebab berlakunya riba kepada


barangan di atas adalah disebabkan jual beli yang tak sama timbangannya,
barangan tidak diserahkan semasa berlakunya akad dan bayaran tambahan yang
diminta dari harta modal yang diberikan pinjam kepada peminjam.

SEMAK KENDIRI 5.3

Huraikan maksud konsep berikut:


(a) Riba al-Fadhl;
(b) Riba al-Yad; dan
(c) Riba al-NasiÊah.

5.4 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Dalam bahagian yang terakhir ini, kita akan melihat kepada cadangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi Topik 5. Walau bagaimanapun, anda tidak
perlu terikat dengan kaedah yang disediakan tersebut kerana ia hanyalah satu
cadangan. Anda boleh menggunakan kombinasi kaedah lain yang sesuai untuk
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut objektif pengajaran,
kesesuaian waktu mengajar, jumlah murid, topik yang diajar dan tahap
kebolehan serta kemampuan pelajar anda.

Sila baca dan teliti perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijelaskan dalam Jadual 5.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 5 MUAMALAT I

Jadual 5.5: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah Penyampaian

 Penerangan Konsep Jual Beli

ă Guru menayangkan VCD lakonan berkaitan aktiviti jual beli;

ă Bersoal jawab dengan pelajar mengenai aktiviti serta barang yang diniagakan di
dalam lakonan tadi;

ă Guru menjelaskan kepada pelajar mengenai takrif, dalil serta hukum jual beli;

ă Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang rukun jual beli;


ă Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan
hikmah jual beli yang menepati syarak;

ă Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka tadi di hadapan kelas;

ă Guru membuat rumusan tentang hasil pembentangan pelajar;

ă Pelajar diminta untuk mencatat nota mengenai rukun dan hikmah jual beli;
ă Sumbang saran mengenai jual beli yang berlaku tanpa ijab dan kabul seperti jual
beli dengan mesin dan Internet; dan

ă Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran pada hari ini.

 Penerangan Konsep Khiyar dalam Jual Beli

ă Guru menerangkan kepada pelajar pengertian, dalil dan hikmat khiyar;

ă Guru menjelaskan jenis khiyar dalam jual beli;

ă Guru meminta pelajar melakonkan aktiviti khiyar dalam jual beli;


ă Guru menyoal beberapa orang pelajar mengenai jenis khiyar dalam jual beli
sebagaimana yang dilakonkan oleh pelajar; dan

ă Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran pada hari ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  137

 Penerangan Konsep Riba

ă Guru menjelaskan kepada pelajar pengertian dan dalil pengharaman riba;

ă Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan


kesan buruk amalan riba;

ă Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka tadi di hadapan kelas;

ă Guru membuat rumusan tentang hasil pembentangan pelajar;

ă Guru menjelaskan jenis riba;

ă Guru mengutarakan beberapa soalan berkaitan dengan jenis riba. Pelajar


diminta berfikir sejenak mengenainya;

ă Guru memilih beberapa pelajar untuk menjawab soalan tersebut dan jawapan
mereka adalah sampel kepada jawapan rakan-rakan lain;
ă Guru membuat rumusan dan meminta pelajar mencatat nota mengenai jenis-jenis
riba; dan

ă Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran pada hari ini.

Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipaparkan di atas


hanyalah merupakan contoh semata-mata. Anda boleh menggunakan kreativiti
anda dengan melakukan tokok tambah mengikut kesesuaian dalam situasi
sebenar. Namun begitu, sekali lagi saya ingin tegaskan di sini, rancanglah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Pastikan
murid terlibat sepenuhnya di dalam kelas. Pilih kaedah dan teknik yang sesuai
dengan topik dan kemahiran yang hendak diajar. Sila dapatkan maklumat lanjut
daripada buku pedagogi berkaitan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 5 MUAMALAT I

 Jual beli bermaksud satu pertukaran bagi mendapat sesuatu harta yang
boleh dimiliki dengan suatu harta lain seperti duit dan sebagainya dan harta
berkenaan boleh memberikan manfaat kepada pembeli dengan cara yang
diredhai antara keduanya dengan menggunakan lafaz ijab dan kabul.

 Rukun jual beli ada empat iaitu penjual dan pembeli, barang jualan, harga
dan akad jual beli.

 Khiyar dalam jual beli ialah hak memilih yang diberikan kepada kedua-dua
belah pihak (penjual dan pembeli) sama ada hendak meneruskan jual beli
mereka atau membatalkannya mengikut syarat atau sebab tertentu yang
dibenarkan oleh syarak.

 Khiyar terbahagi kepada tiga jenis iaitu khiyar majlis, khiyar syarat dan
khiyar aib.

 Riba bermaksud setiap tambahan yang dikenakan daripada harta modal


yang telah ditetapkan.

 Jenis riba yang wujud ialah riba al-Fadhl, riba al-Yad dan riba al-NasiÊah.

 Riba adalah produk ciptaan Yahudi yang bertujuan untuk meruntuhkan


kekuatan ekonomi umat Islam.

 Menerapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Akad Khiyar Aib


Ijab dan kabul Riba
Jual beli Riba al-Fadhl
Khiyar Riba al-NasiÊah
Khiyar Majlis Riba al-Yad
Khiyar Syarat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUAMALAT I  139

Ahmad Isa Asyur. (t.th). Al-Fiqh muyassar. Maktabah al-Quran.

Apendi Sahi, et al. (2004). SPM Pendidikan Islam. Petaling Jaya: Sasbadi.

Fauziah Mohd Ramli, & Aminah Idris. (2002). Pendidikan Islam tingkatan empat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haron Din, et al. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan

Idris Ahmad. (2001). Fiqh Syafie. jil. 2. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Mohd Rifai, et al. (1982). Terjemahan khulasah kifayatul akhyar. Semarang: C. V.


Toha.

Muhammad Ismail Daud Fatani. (t.th). MatlaÊ al-badrayn wa majmaÊ al-bahrain.


Maktabah wa MatbaÊah Muhammad al-Huda wa Awladuh.

Muhammad Mukhtar Syafie. (1982). Mengenal Islam: Tingkatan satu. Kuala


Lumpur: Pustaka Antara.

Muhammad Rawas QalÊah Ji, & Hamid Sadiq Qunaibi. (1988). MuÊjam lughah
al-fuqaha. Beirut: Dar al-NafaÊis.

Mustafa al-Khin, et al. (2004). Terjemahan al-fiqh al-manhaji: Kitab fikah mazhab
Syafie. jil. 6. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Sayyid Sabiq. (1987). Fiqh al-sunnah. jil. 3. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabiyy.

Wahbah al-Zuhaili. (1987). Al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuh. jil. 4. Damsyiq: Dar


al-Fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Muamalat II
6
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengertian dan hukum jual beli salam, sewaan (ijarah)
dan gadaian (al-rahnu);
2. Membincangkan rukun dan syarat jual beli salam, sewaan (ijarah)
dan gadaian (al-rahnu);
3. Menerangkan hikmah diharuskan jual beli salam;
4. Mengenal pasti syarat sah sewaan;
5. Menjelaskan perbezaan antara gadaian Islam dan konvensional;
6. Menjelaskan persoalan yang berkaitan dengan gadaian;
7. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian.

 PENGENALAN
Islam adalah agama yang syumul. Allah SWT tidak pernah membiarkan
umatNya hidup dalam keadaan yang terumbang ambing tanpa arah dan tujuan.
Bermula dari bab ibadah sehinggalah kepada bab pergaulan sesama manusia,
kesemuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT dan RasulNya. Tujuannya adalah
untuk memperkemas dan melancarkan urusan kehidupan supaya dengan itu
manusia dapat menghindarkan segala kesusahan dan kesulitan yang timbul
dalam kehidupan manusia. Justeru, Allah SWT telah menetapkan beberapa
dasar atau asas serta kaedah yang dapat dijadikan panduan dan bimbingan
oleh umat manusia, antaranya adalah muamalat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  141

Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan


dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli,
tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia


sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan
syariat Allah SWT yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi


tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan
kebahagian di akhirat.

Antara kegiatan muamalat yang diharuskan oleh Islam bagi memberi


kemudahan dan kesenangan kepada manusia adalah jual beli salam, sewaan dan
gadaian. Justeru dalam Topik 6 ini akan dibincangkan perkara berkenaan bagi
memberi kefahaman dan penjelasan kepada kita berkaitan dengan aktiviti
muamalat yang diharuskan oleh Islam.

AKTIVITI 6.1

Apakah yang anda faham tentang perkara-perkara berikut:


(a) Jual beli salam;
(b) Sewaan (ijarah); dan
(c) Gadaian (ar-Rahnu).

6.1 JUAL BELI SALAM


Sebagaimana kita sedia maklum bahawa syarat sah akad jual beli ialah adanya
barang yang hendak diurusniagakan. Namun dalam menghadapi hidup kita
seharian, kadang kala kita tidak mampu menjumpai barang yang diperlukan
untuk diurusniagakan. Justeru dalam keadaan ini, seseorang itu boleh memesan
kepada seseorang untuk membeli barangan keperluannya dengan menyatakan
bentuk atau jenis barangan berkenaan. Dalam keadaan ini maka terjadilah jual
beli tanpa ada barang di hadapan mata. Inilah yang dikatakan jual beli salam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 6 MUAMALAT II

6.1.1 Pengertian Jual Beli Salam

Al-Salam dari sudut bahasa ialah al-salaf yang bermaksud pendahuluan


atau mendahulukan. Dari segi istilah syarak, jual beli salam ialah jual beli
sesuatu yang dinyatakan sifatnya sahaja dengan lafaz salam atau salaf.

Jual beli salam juga bermaksud menjual sesuatu barang yang tidak dilihat
dengan ditentukan sifatnya dan barang berkenaan adalah dalam
tanggungjawab penjual.

Berdasarkan kepada definisi tersebut, bolehlah diertikan jual beli salam berlaku
dalam keadaan seseorang pembeli membayar barang atau nilai tertentu untuk
mendapatkan barang yang dikehendaki dengan sifatnya tertentu pada masa akan
datang. Terdapat juga ulama yang mendefinisikan jual beli salam sebagai satu
jenis kontrak yang melewatkan penyerahan barang yang dikontrakkan dengan
mendahulukan harga dalam majlis akad.

Dengan maksud yang lebih ringkas, seseorang itu menempah barang dari
penjual dengan menjelaskan bayaran terlebih dahulu dan menangguhkan
penyerahan barangan ke suatu tempoh yang ditentukan. Berdasarkan kepada
definisi-definisi di atas, maka disimpulkan bahawa:

Jual beli salam ialah satu kontrak ke atas suatu barang yang dinyatakan
sifatnya dalam tanggungan penjual secara bertangguh dengan harganya
diterima dalam majlis akad.

Contoh jual beli salam ialah seperti kata penjual: „Saya jual kepada awak sebuah
almari yang diperbuat dari kayu jati, besarnya 3 x 5 x 2 kaki dengan harga
RM1000.00.‰ Jawab pembeli: „Saya beli almari itu dengan sifat-sifat dan harga
tersebut.‰

Jual beli salam adalah salah satu bahagian akad jual beli yang dibenarkan oleh
syarak. Kebenaran ini adalah berdasarkan kepada pengecualian yang diberikan
oleh syarak daripada kategori menjual barangan yang tidak wujud atau tidak
ada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  143

6.1.2 Pensyariatan Jual Beli Salam


Seperti yang dijelaskan sebelum ini, akad jual beli salam ialah akad yang diberi
pengecualian kerana menjual barangan yang tidak wujud. Sepertimana yang kita
sedia maklum, menjual barangan yang tidak wujud adalah tidak sah. Namun jual
beli salam ini diberikan pengecualian kerana manusia memerlukan jual beli
seperti ini.

Hukum jual beli salam adalah harus berdasarkan dalil berikut:

(a) Dalil al-Quran


Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang berbunyi
seperti berikut:

4 çνθç7çFò2$$sù ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r& #’n<Î) A⎦ø⎪y‰Î/ Λä⎢Ζtƒ#y‰s? #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

Maksudnya:
„Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu
urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa
yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya)
itu.‰

(b) Dalil Hadis


Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. bahawa ketika Rasulullah
SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah mengamalkan jual beli salam
dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda
bersabda:

‫أﺟ ٍﻞ َﻣ ْﻌﻠُ ْﻮٍم‬ ٍ ٍ ٍ


َ ‫ﻒ ِ ْﰲ َﻛْﻴ ٍﻞ َﻣ ْﻌﻠُﻮم َوَوْزن َﻣ ْﻌﻠُﻮم إﱃ‬
ِ ٍ
ْ ‫ﻒ ِ ْﰲ َﺷ ْﻲء ﻓَـ ْﻠﻴُ ْﺴﻠ‬
َ َ‫َﺳﻠ‬
ْ ‫َﻣ ْﻦ أ‬
Maksudnya:
„Sesiapa yang berjual beli secara salaf (salam) pada sesuatu barang,
hendaklah dia berjual beli salaf (salam) itu dengan menentukan sukatan,
timbangan dan tempoh masa penyerahan barang‰
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 6 MUAMALAT II

(c) Ijmak Para Ulama

Semua ulama bersepakat mengatakan bahawa jual beli salam hukumnya


adalah harus.

Ini kerana masyarakat sangat memerlukan kepada jual beli salam dalam
membantu mereka membesarkan perniagaan atau pertanian yang
memerlukan modal.

Akad tempahan atau jual beli salam ini adalah pengecualian daripada
kaedah asal yang tidak mengharuskan jualan barangan yang tidak wujud
kerana ternyata ia mempunyai kepentingan dari segi ekonomi bagi
memberi kelonggaran dan kemudahan kepada orang ramai.

SEMAK KENDIRI 6.1

Dengan merujuk kepada kitab fiqh, bincangkan definisi jual beli salam
dan dalil tentang keharusannya.

6.1.3 Hikmah Jual Beli Salam

Hikmah dibenarkan jual beli salam adalah untuk memenuhi keperluan


manusia.
Mustofa al-Khin et al. (2004)

Walaupun dari segi konsep jual beli adalah tidak sah jual beli barang yang tidak
wujud, namun jual beli salam dikecualikan daripada konsep ini. Pengecualian ini
bertujuan memenuhi keperluan manusia. Keperluan ini dapat dilihat daripada
perspektif pemilik kilang dan perusahaan, pemilik tanah dan ladang.
Kebanyakan mereka memerlukan modal untuk memperolehi bahan mentah atau
mesin bagi pengeluaran atau kilang mereka.

Begitu juga petani, mereka memerlukan modal untuk memelihara tanah dan
ladang mereka. Mungkin tiada siapa yang akan memberikan mereka pinjaman
sebagai modal. Mungkin juga mereka tidak mahu berhutang. Dengan ini syarak
memberikan pelepasan kepada mereka untuk menerima wang dengan syarat
sebagai ganti mereka akan memberikan hasil usaha mereka, sama ada dalam
bentuk tanaman, buah-buahan atau barangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  145

Begitu juga dengan peniaga yang mahu memastikan mereka memperolehi


barangan yang diperlukan pada masanya. Mungkin pada ketika itu, tiada siapa
yang akan membekalkan barangan tersebut kepadanya, sedangkan dia
mempunyai modal yang banyak. Oleh itu, syarak memberikan kelonggaran
kepadanya untuk menggunakan wang ini secara jual beli salam bagi
mendapatkan barangan yang diperlukan.

Dengan ini kita dapat fahami, pensyariatan jual beli salam memberi pelbagai
manfaat kepada manusia. Cara ini memudahkan satu pihak memperolehi modal
dan satu pihak lagi memperolehi barangan yang dikehendaki. Cara ini membuka
jalan supaya wang ini dapat dimanfaatkan menurut tujuan asal kewujudannya
iaitu menjadi landasan kepada kehidupan manusia. Wang ini tidak hanya
tersimpan dan terperuk sahaja.

Cara ini juga mampu mengelak kesan buruk akibat jual beli barangan yang tidak
wujud. Ini kerana dalam kontrak jual beli salam terdapat beberapa syarat dan
peraturan yang perlu dipatuhi. Syarat dan peraturan jual beli salam akan kita
bincangkan dalam subtopik berikutnya iaitu rukun dan syarat jual beli salam.

Kesimpulannya, hikmah jual beli salam dapat dirumuskan seperti berikut:

(a) Memberi kemudahan kepada ahli perusahaan atau perniagaan mendapatkan


modal bagi menjalankan urusan perusahaan dan perniagaan mereka;

(b) Pembeli merasa lebih selesa kerana dapat memperolehi barangan mengikut
bentuk dan jenis yang dikehendakinya; dan

(a) Jual beli salam dapat menanam sifat tolong menolong dan kerjasama antara
satu sama lain.

AKTIVITI 6.2

Bincang bersama-sama rakan-rakan anda mengenai hikmah jual beli


salam selain dari yang disenaraikan di atas.

6.1.4 Rukun dan Syarat Jual Beli Salam


Transaksi jual beli salam yang dilakukan mestilah memenuhi rukun dan
syaratnya. Jika salah satu daripada rukun dan syarat ini tidak dapat dipenuhi,
maka urusan jual beli salam adalah tidak sah. Rajah 6.1 di bawah menjelaskan
rukun jual beli salam yang perlu dipenuhi apabila melakukan transaksi jual beli
salam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 6 MUAMALAT II

Rajah 6.1: Rukun jual beli salam

Setelah kita mengetahui rukun yang perlu ada dalam sesuatu transaksi jual beli
salam, perlu dijelaskan juga syarat-syarat yang perlu ada bagi setiap rukun
tersebut. Sesuatu transaksi jual beli salam tidak akan menjadi sah jika tidak
memenuhi syarat ini. Jadual 6.1 di bawah menerangkan syarat bagi setiap rukun
jual beli salam.

Jadual 6.1: Syarat-syarat bagi Rukun Jual Beli Salam

Rukun Syarat

Pihak yang
berakad Pembeli ialah orang yang mendahulukan wangnya untuk
(pembeli dan mendapatkan barangan yang dikehendaki. Manakala penjual ialah
penjual) orang yang menerima wang sebagai bayaran kepada barangan yang
akan diberikan.

Kedua-duanya terikat dengan syarat berikut:


 Mukallaf iaitu berakal dan baligh ă tidak sah jual beli salam bagi
orang yang gila, mabuk dan kanak-kanak.
 Kemahuan sendiri atau sukarela ă tidak sah jual beli orang yang
dipaksa.
 Merdeka ă tidak sah jual beli yang dilakukan oleh hamba;Bukan
daripada golongan yang ditahan hartanya kerana bankrap atau
tidak waras.
 Pembeli dan penjual hendaklah pihak yang berlainan.
Orang buta boleh melakukan jual beli salam kerana dalam jual beli
salam barangan tersebut hanya dinyatakan sifatnya sahaja dan ini
boleh diketahui dengan cara mendengar. Ketika menerima barangan,
orang buta boleh mewakilkannya kepada sesiapa sahaja bagi
memastikan sifat-sifat yang dinyatakan itu wujud.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  147

Barang jualan
atau Barang yang ditempah ialah barang yang dijual dalam kontrak
tempahan jual beli salam dan penjual berjanji menyerahkannya kepada
pembeli sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar sebagai
bayaran yang didahulukan.

Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan pada barang jualan


atau tempahan, iaitu:
 Boleh dinyatakan sifat dan ciri atau jenisnya ă pernyataan sifat dan
ciri barang yang ditempah hendaklah mengikut kehendak pembeli
supaya tidak timbul sebarang kekeliruan.
 Diketahui jenis, kualiti, jumlah dan sifat oleh kedua-dua pihak:
ă Bagi jenis, contohnya, gandum atau barli.
ă Kualiti seperti barangan tempatan atau import.
ă Jumlah seperti 10kg jika mengikut sukatan, atau mengikut
timbangan jika boleh ditimbang, mengikut bilangan jika boleh
dikira atau dengan ukuran jika boleh diukur
ă Sifat pula contohnya dinyatakan warna, ukiran atau acuan, tebal
atau nipis, atau sifat lain yang berbeza-beza mengikut kehendak
pengguna.
 Tidak bercampur aduk dengan barang lain yang berlainan jenis dan
kadar campuran tidak dapat diketahui dengan jelas. Contohnya,
makanan yang bercampur aduk dengan barli dan sebagainya. Jika
kandungan campuran dan kadar setiap campuran dapat diketahui,
maka jual beli salam adalah sah.
 Barang jualan atau tempahan itu adalah sebagai hutang yang hanya
dinyatakan sifat dan ciri. Contohnya, pembeli membayar RM1000.00
untuk membeli 10 helai pakaian dengan spesifikasi tertentu. Jika
pembeli berkata: „Saya bayar secara jual beli salam sebanyak
RM1000.00 untuk 10 helai pakaian ini‰ iaitu pakaian yang telah siap
dan berada di hadapannya, maka jual beli salam itu tidak sah. Ini
kerana jual beli salam disyariatkan bagi barangan yang tidak wujud
dan berada di bawah tanggungan penjual.
 Mampu diserahkan berdasarkan tempoh dan jenis yang ditetapkan.
 Tempoh penyerahan perlu ditetapkan. Tempoh penyerahan perlu
dihadkan dalam tempoh tertentu yang dimaklumi bersama.
 Tempat penyerahan perlu ditetapkan. Ianya bergantung kepada
persetujuan bersama antara pembeli dan penjual.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 6 MUAMALAT II

Modal atau
wang atau Modal ialah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai
harga mendahulukan bayaran kepada penjual.
barangan
Syarat kepada modal atau wang pada jual beli salam adalah sama
dengan syarat modal atau wang pada jual beli biasa. Namun terdapat
beberapa syarat lain yang telah ditetapkan pada jual beli salam, iaitu:
 Jumlah dan bentuk pembayaran diketahui oleh penjual dan
pembeli. Contohnya, bayaran yang dibuat ialah USD1000.00 atau
RM2000.00.
 Penyerahan modal oleh pembeli dan penerimaan modal oleh
penjual mestilah dalam masa akad iaitu sebelum mereka berpisah.
Jika penyerahan ini tidak berlaku, maka tidak berlaku akad atau
kontrak jual beli salam.

Sighah (ijab  Ijab dan kabul tidak diselangi dengan perkataan lain yang tidak
dan kabul) berkaitan dengan akad.
 Tidak berselang lama di antara ijab dan kabul.
 Ijab menepati kabul iaitu bersamaan ijab dan kabul pada maknanya
walaupun berlainan lafaznya.
 Hendaklah menyatakan lafaz salam atau salaf dalam akad.
 Hendaklah disebut semasa akad jual beli salam itu jenis barang
yang dijual dan sifat serta kadarnya.
 Dinyatakan tempoh masa tertentu semasa akad.
 Dinyatakan semasa akad tempat penyerahan barang.
 Hendaklah berterimaan kedua-dua pihak di majlis akad sebelum
berpisah.
 Tidak mengandungi sebarang khiyar syarat dalam akad berkenaan.

AKTIVITI 6.3

Adakah anda mengamalkan rukun jual beli salam sepenuhnya? Cuba anda
lakonkan dengan rakan sekelas anda aksi jual beli salam sebagaimana
yang diharuskan oleh Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  149

6.2 SEWAAN (IJARAH)


Tidak semua barang mampu dimiliki oleh setiap individu. Menyedari hakikat ini
maka Islam telah mengharuskan umatnya untuk melakukan urusan sewa-
menyewa. Dengan adanya urusan sewa-menyewa ini dapatlah setiap individu
memenuhi kehendak dan keperluan mereka dengan mudah.

Justeru bagi memahami konsep sewaan yang diharuskan oleh Islam, mari kita
pelajari di subtopik yang seterusnya.

6.2.1 Pengertian Sewaan


Sewa-menyewa dalam bahasa arab diistilahkan dengan al-ijarah.

Sewaan menurut syarak merupakan suatu akad atau perjanjian untuk


memiliki manfaat atau faedah daripada barang atau harta tertentu dengan
bayaran yang tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Sewaan terbahagi kepada dua jenis (lihat Rajah 6.2).

Rajah 6.2: Jenis sewa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 6 MUAMALAT II

6.2.2 Hukum Sewaan

Pelaksanaan sewaan adalah diharuskan oleh syarak.

Ini berdasarkan firman Allah SWT menerusi surah al-Qasas, ayat 27:

( 8kyfÏm z©Í_≈yϑrO ’ÎΤtã_ù's? βr& #’n?tã È⎦÷⎫tG≈yδ ¢©tLuΖö/$# “y‰÷nÎ) y7ysÅ3Ρé& ÷βr& ߉ƒÍ‘é& þ’ÎoΤÎ) tΑ$s%

u™!$x© βÎ) þ’ÎΤ߉ÉftFy™ 4 šø‹n=tã ¨,ä©r& ÷βr& ߉ƒÍ‘é& !$tΒuρ ( x8ωΖÏã ô⎯Ïϑsù #\ô±tã |Môϑyϑø?r& ÷βÎ*sù

∩⊄∠∪ t⎦⎫ÅsÎ=≈¢Á9$# š∅ÏΒ ª!$#

Maksudnya:
Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu
dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa
engkau bekerja denganku selama lapan tahun; dalam pada itu, jika engkau
genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari
kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu;
engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya‰.

Allah SWT berfirman lagi di dalam surah al-Talaq, ayat 6:

‫ُﺟ َﻮرُﻫ ﱠﻦ‬


ُ ‫ﻮﻫ ﱠﻦ أ‬ َ ‫ﻓَِﺈ ْن أ َْر‬
ُ ُ‫ﺿ ْﻌ َﻦ ﻟَ ُﻜ ْﻢ ﻓَﺂﺗ‬
Maksudnya:
„Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada
mereka upahnya.‰

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

„Hendaklah majikan membayar upah kepada pekerja (buruh) sebelum peluhnya


kering.‰
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Para ulama telah pun sepakat (ijmak) mengatakan bahawa sewaan adalah
diharuskan dalam Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  151

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Takrifkan sewaan (ijarah) menurut pendapat ulama selain dari


definisi di atas.

2. Senaraikan contoh sewaan (ijarah) yang berlaku dalam masyarakat


hari ini.

6.2.3 Rukun dan Syarat Sewaan


Rukun sewaan dapat dijelaskan menerusi Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Rukun sewaan

Setelah kita mengetahui rukun yang perlu ada dalam sesuatu akad sewaan, perlu
dijelaskan juga syarat yang perlu ada bagi setiap rukun tersebut. Sesuatu akad
sewaan tidak akan menjadi sah jika tidak memenuhi syarat ini. Jadual 6.2 di
bawah menerangkan syarat bagi setiap rukun sewaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 6 MUAMALAT II

Jadual 6.2: Syarat bagi Rukun Sewaan

Rukun Syarat

Pemberi sewa  Berakal ă tidak sah akad sewaan yang dilakukan oleh orang
dan penyewa yang gila.

 Baligh (cukup umur) ă tidak sah akad sewaan yang dilakukan


oleh kanak-kanak. Dalam mazhab Hanafi, sah akad sewaan
dilakukan oleh kanak-kanak yang telah mumayyiz.

 Kerelaan (kemahuan sendiri) ă tidak sah akad sewaan yang


dilakukan secara paksa.

 Boleh membelanja dan menguruskan harta ă tidak sah akad


sewaan yang dilakukan oleh orang yang ditegah menguruskan
hartanya seperti orang yang muflis.

 Tidak disyaratkan kedua-dua pihak iaitu pemberi sewa dan


penyewa itu beragama Islam. Oleh itu, sah akad sewaan jika
salah seorang dari mereka itu orang bukan Islam.

Bayaran  Suci dan bersih ă tidak sah jika bayaran sewa atau upah berupa
sewaan barangan yang najis seperti arak.

 Boleh dimanfaatkan ă tidak sah jika bayaran sewaan atau upah


berbentuk sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan seperti
serangga, dua biji gandum, binatang buas dan berhala.

 Mampu diserah ă tidak sah bayaran sewaan atau upah berupa


burung yang masih di udara atau ikan yang masih berada di
sungai dan barang yang hilang.

 Diketahui oleh pemberi sewa dan penyewa ă tidak sah sewa


rumah jika dibayar dengan keperluan baik pulih rumah
tersebut, tidak sah sewa kereta jika dibayar dengan minyaknya
dan sebagainya kerana kadar bayaran sewaan tidak dapat
dipastikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  153

Manfaat atau  Bernilai di sisi syarak ă tidak sah sewa sesuatu yang tidak
faedah barang bernilai (tidak berharga).
yang disewa
 Manfaat yang diharuskan oleh syarak ă seperti sewa buku
untuk bacaan, sewa rumah untuk didiami (lihat Rajah 6.4). Oleh
itu, tidak sah sewa sesuatu harta atau benda untuk tujuan
maksiat seperti upah seseorang untuk membunuh orang lain.

 Diketahui kadarnya dengan jangka waktu yang ditetapkan ă


seperti menyewa sebuah rumah selama sebulan atau setahun.

 Diserahkan kepada penyewa ă tidak sah sewa atau upah yang


manfaatnya tidak dapat diserahkan kepada penyewa. Justeru
tidak sah upah untuk melakukan ibadat yang diwajibkan niat
kecuali haji dan umrah. Namun, upah untuk mengerjakan
ibadah yang tidak memerlukan niat maka adalah sah seperti
upah melakukan azan, iqamah, mengurus jenazah dan mengajar
al-Quran.

 Barang yang disewa kekal ain (zatnya) sepanjang tempoh


penyewaan ă tidak sah sewa barang yang rosak atau tidak boleh
dimanfaatkan oleh penyewa.

Sighah (ijab
dan kabul) Ijab atau penawaran ialah apa jua lafaz yang dilahirkan
Ć oleh pemilik perkhidmatan atau manfaat.

 Lafaz ijab (penawaran) hendaklah menunjukkan perkhidmatan


tersebut adalah miliknya untuk ditukar dengan sesuatu gantian
dan dapat difahami dengan jelas sama ada secara langsung atau
tidak langsung.

ă Contoh lafaz secara langsung: „Aku sewakan barangan ini


selama setahun kepada kamu dengan bayaran RM1000.00.‰

ă Contoh lafaz secara tidak langsung: „Tinggallah di rumah


aku selama setahun dengan bayaran RM1000.00.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 6 MUAMALAT II

Kabul (persetujuan) ialah apa jua lafaz yang lahir daripada


Ć penyewa yang menunjukkan persetujuan untuk memiliki
manfaat atau khidmat dan ia difahami secara jelas.

Contohnya: „Aku setuju‰ atau „Aku sewa.‰


Selain menggunakan ucapan, kaedah hulur menghulur atau
unjuk mengunjuk juga diterima pakai jika kaedah ini menjadi
amalan setempat. Contoh, penumpang yang menaiki teksi untuk
pergi ke sesuatu destinasi tanpa sebarang akad, kemudian dia
memberi upah ketika sampai ke destinasi atau sebagainya

 Ijab dan kabul mestilah selari. Contoh, jika pemilik mengatakan:


„Aku sewakan rumah aku dengan bayaran RM200.00 sebulan.‰
Penyewa menjawab: „Aku terima tetapi dengan bayaran
RM150.00 sebulan.‰ Akad seperti ini tidak sah kerana ijab dan
kabul tidak selari.

 Tidak wujud jurang masa yang lama antara ijab dan kabul ă
tidak sah akad sewaan jika diselangi dengan diam yang lama
atau percakapan asing yang tiada kena mengena dengan isi
akad.

 Tidak bersyarat ă tidak sah akad sewaan jika seorang berkata:


„Jika Zaid datang, aku akan sewakannya kepada kamu dengan
bayaran tersebut.‰

Rajah 6.4: Iklan rumah untuk disewa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  155

6.2.4 Syarat Sah Sewaan


Secara umumnya jika semua rukun dan syarat sebagaimana yang dijelaskan di
atas dipenuhi maka sesuatu akad sewaan akan menjadi sah dan berkuatkuasa.
Namun sebagai ringkasan bagi memudahkan rujukan, berikut disenaraikan
syarat sah sewaan iaitu:

(a) Penyewa dan pemberi sewa bersetuju untuk mengadakan kontrak sewa
antara mereka;

(b) Barang yang disewa hendaklah memberi manfaat atau faedah kepada
penyewa;

(c) Barang yang disewa bukan menjadi kewajipan kepada penyewa seperti
menyewa rumah kepada isteri;

(d) Pekerjaan yang menjadi tujuan sewa bukanlah merupakan suatu kewajipan
kepada orang yang memberi sewa; dan

(e) Segala manfaat yang tercatat di dalam kontrak boleh digunakan.

6.2.5 Tamat Kontrak Sewaan


Kontrak atau akad sewaan dan segala hukum yang berkenaan dengannya
dianggap tamat oleh faktor berikut:

(a) Barang yang disewa hilang atau musnah seperti rumah yang disewa telah
musnah atau haiwan yang disewa telah mati;

(b) Kontrak sewa telah tamat tempohnya mengikut perjanjian yang telah
ditetapkan. Namun jika terdapat keuzuran seperti seorang menyewa tanah
untuk menanam padi, tiba-tiba belum lagi padi itu selesai dituai tempoh
masa sewaan sudah tamat, maka tuan punya tanah hendaklah memberi
peluang kepada penyewa untuk menuai sehingga selesai;

(c) Tidak menepati syarat kontrak seperti yang dijelaskan dalam subtopik 6.3.3
sebelum ini;

(d) Pembatalan kontrak sewaan oleh pemberi sewa atau penyewa disebabkan
barangan sewaan rosak dan barangan sewaan tidak diserahkan pada masa
yang ditetapkan; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 6 MUAMALAT II

(e) Mengikut mazhab Hanafi, batal kontrak sewaan jika salah seorang
daripada pemberi sewa atau penyewa meninggal dunia. Namun menurut
jumhur ulama (mazhab Maliki, Shafie dan Hanbali) kontrak sewaan tidak
terbatal jika berlaku kematian salah seorang daripada pemberi sewa atau
penyewa.

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Nyatakan rukun sewaan berserta syaratnya di dalam Islam.

2. Senaraikan syarat sah sewaan.

3. Bincangkan faktor yang menyebabkan sesuatu kontrak sewaan


terbatal atau tamat.

6.3 GADAIAN (AR-RAHNU)


Berhutang merupakan satu jalan bagi mengatasi kesulitan perbelanjaan tetapi
kadang-kadang orang yang berkemampuan tidak sanggup memberi hutang
kepada seseorang kecuali dengan diadakan cagaran. Dengan adanya cagaran,
hutang yang diberikan itu akan terjamin dan terselamat.

Islam telah mengharuskan umatnya bermuamalat dengan cara gadaian iaitu


berhutang dengan meletakkan suatu cagaran supaya terjamin pembayarannya
bila sampai tempohnya kelak.

Dengan cagaran ini, pihak memberi hutang tidak akan merasa apa-apa keraguan
kerana apabila sampai tempohnya nanti, walaupun orang yang berhutang itu
tidak mampu menjelaskan hutangnya, pemberi hutang yang memegang gadaian
itu boleh menjualnya dan mengambil harganya sekadar mana yang telah
diperhutangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  157

6.3.1 Pengertian Gadaian


Gadaian atau al-Rahnu dalam bahasa Arab telah diaplikasikan sejak zaman
Rasulullah SAW lagi.

Gadaian menurut bahasa bermaksud menahan sesuatu. Menurut syarak


pula, gadaian bermaksud menjadikan sesuatu barang berharga sebagai
cagaran kepada sesuatu hutang.

Gadaian juga bermaksud meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai


jaminan kepada sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan
perkiraan bahawa sekiranya orang yang berhutang tidak dapat melunaskan
hutangnya, maka si pemberi hutang boleh mendapatkan kembali barang atau
wangnya dari barang gadaian itu.

Ringkasnya, gadaian merujuk kepada harta yang dijadikan cagaran kerana


sesuatu hutang untuk melunaskan hutangnya apabila tidak berkemampuan
untuk melakukan pembayaran oleh pihak yang berhutang mengikut ketentuan
syarak.

Umpamanya Ahmad memerlukan wang sejumlah RM6,000.00. Untuk mendapat


wang sejumlah tersebut dia terpaksa berhutang dengan Azmi. Dia menggadaikan
kebun getahnya sebagai cagaran kepada hutangnya dengan perjanjian jika dia
tidak dapat melunaskan hutangnya itu dalam tempoh masa yang telah ditetapkan,
Azmi boleh menjual kebun tersebut. Jika harga kebun itu lebih mahal daripada
jumlah wang yang diperhutangkan, wang yang selebihnya hendaklah diberikan
kepada Ahmad kerana ianya adalah hak Ahmad.

6.3.2 Pensyariatan Gadaian dan Hikmahnya


Gadaian dibenar atau diharuskan oleh syarak dan diterima oleh semua ulama
Islam pada sepanjang zaman. Kesepakatan ulama ini berpandukan kepada nas
yang dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan Sunnah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 6 MUAMALAT II

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 283:

Νä3àÒ÷èt/ z⎯ÏΒr& ÷βÎ*sù ( ×π|Êθç7ø)¨Β Ö⎯≈yδÌsù $Y6Ï?%x. (#ρ߉Éfs? öΝs9uρ 9xy™ 4’n?tã óΟçFΖä. βÎ)uρ *

3 …çμ−/u‘ ©!$# È,−Gu‹ø9uρ …çμtFuΖ≈tΒr& z⎯Ïϑè?øτ$# “Ï%©!$# ÏjŠxσã‹ù=sù $VÒ÷èt/


Maksudnya:
„Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi
hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka
hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi
hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang
(dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang
(yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang
diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya‰.

Daripada zahir ayat ini, gadaian hanya dibenarkan ketika dalam perjalanan dan
ketika ketiadaan pencatat hutang. Namun demikian, ini bukanlah menerangkan
tentang makna sebenar ayat tersebut.

Gadaian dibenarkan ketika dalam perjalanan dan ketika menetap di suatu


tempat, ketika ada pencatat atau ketika ketiadaannya.

Para ulama menjelaskan bahawa tujuan al-Quran mengkhususkan masalah ini


hanya ketika dalam perjalanan dan tidak ada pencatat adalah untuk menjelaskan
keadaan yang biasa berlaku. Gadaian biasanya berlaku ketika dalam perjalanan
kerana biasanya ketika itu tidak wujud saksi dan pencatat. Apatah lagi di zaman
tersebut, bilangan orang yang pandai menulis dan membaca hanyalah sedikit. Ini
adalah gaya bahasa Arab yang begitu tinggi yang didapati dalam al-Quran ketika
menghuraikan masalah ini.

Selain daripada ayat di atas, terdapat beberapa hadis yang menerangkan tentang
keharusan gadaian. Sayyidatina ÂAisyah r.a. berkata:

ٍ ‫ﻮد ٍي إِ َﱃ أَﺟ ٍﻞ ورﻫﻨﻪ ِدرﻋﺎ ِﻣﻦ ﺣ ِﺪ‬


ِ ِ ِ ‫أَ ﱠن اﻟﻨِﱠﱯ ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬
‫ﻳﺪ‬ َ ْ ً ْ ُ ََ ََ َ ّ ‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ا ْﺷﺘَـَﺮى ﻃَ َﻌﺎ ًﻣﺎ ﻣ ْﻦ ﻳَـ ُﻬ‬ َ ‫ﱠ‬
Maksudnya:
„Sesungguhnya Rasulullah SAW telah membeli dari seorang Yahudi makanan
secara berhutang dan Baginda telah menggadaikan sehelai baju besinya‰
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  159

Berikut adalah beberapa hikmah di sebalik pensyariatan gadaian:

(a) Gadaian merupakan suatu bentuk pertolongan kepada orang yang


memerlukan pertolongan;

(b) Dengan cara gadaian dapat memudahkan seseorang yang memerlukan


wang untuk mendapatkannya, kerana mungkin berhutang tanpa cagaran
menyebabkan tiada orang yang sudi memberi hutang kepadanya
sedangkan dia sangat memerlukan wang tersebut;

(c) Gadaian dapat menjamin wang atau barang yang dihutangkan oleh
penerima gadaian kepada penggadai;

(d) Memberi peluang kepada umat Islam mengembangkan aktiviti ekonomi;


dan

(e) Gadaian melahirkan sifat kerjasama dan kasih sayang antara satu sama
lain.

6.3.3 Hukum Gadaian

Berpandukan kepada ayat 283 Surah al-Baqarah di atas, secara zahirnya


gadaian adalah wajib. Namun demikian, para ulama sependapat menyatakan
bahawa gadaian tidak diwajibkan.

Sebaliknya, perintah ini hanyalah menunjukkan bahawa gadaian adalah


dibenarkan dalam Islam. Manusia boleh mengamalkannya dan boleh juga tidak
mengamalkannya.

6.3.4 Rukun dan Syarat Gadaian


Gadaian tidak akan berlaku kecuali telah memenuhi rukun dan syaratnya. Rajah
6.5 di bawah menjelaskan rukun gadaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 6 MUAMALAT II

Rajah 6.5: Rukun gadaian

Setiap rukun di atas mempunyai syaratnya yang tersendiri. Syarat ini mesti
dipatuhi supaya kontrak gadaian yang dilakukan itu sah menurut hukum syarak.
Jadual 6.3 di bawah memperincikan syarat syarat bagi setiap rukun gadaian.

Jadual 6.3: Syarat bagi Rukun Gadaian

Rukun Syarat

Penggadai dan  Berkebolehan dalam menguruskan harta.


pemegang
 Akil dan baligh (mukallaf). Tidak sah jika dilakukan oleh
gadaian
kanak-kanak atau orang gila.
 Dilakukan dengan kemahuan sendiri. Tidak sah jika dipaksa.

Barang gadaian  Barang yang digadai mestilah bernilai dan sah dijual beli.
Tidak sah menggadai manfaat.
 Keadaan barang yang digadai diketahui oleh penggadai dan
pemegang gadaian.
 Barang yang digadai adalah kepunyaan sendiri. Wali tidak
boleh menggadaikan barang milik anaknya yang masih kecil,
milik anak yatim atau harta yang dimiliki oleh orang gila.

Bayaran  Bayaran yang diberikan kepada penggadai dikira sebagai


hutang.
 Bayaran hendaklah dijelaskan pada waktu yang ditetapkan.
 Penggadai dan pemegang gadaian mengetahui kadar dan sifat
bayaran tersebut.

Sighah (ijab dan  Tidak boleh diletakkan syarat yang merugikan penggadai.
kabul) Contohnya, mensyaratkan barang yang digadai boleh
digunakan oleh orang yang menerima gadaian.
 Tidak boleh merugikan penerima gadaian. Contohnya
mensyaratkan barang gadaian tidak boleh dijual walaupun
tempoh gadaian telah tamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  161

6.3.5 Perkara yang Membatalkan Gadaian


Akad atau kontrak gadaian akan terbatal atau tamat dengan salah satu daripada
perkara berikut iaitu:

(a) Barang yang digadai diserahkan semula kepada penggadai;


(b) Penggadai telah membayar semua hutangnya;
(c) Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah;
(d) Pemegang gadaian melepaskan hutang penggadai;
(e) Pemegang gadaian membatalkan gadaian tanpa pengetahuan penggadai;
(f) Penggadai atau pemegang gadaian meninggal dunia sebelum menyerah
barang gadaian;
(g) Barang yang digadai telah rosak; dan
(h) Barang yang digadai telah disewa, dihibah atau disedekahkan kepada
orang lain.

6.3.6 Perbezaan antara Gadaian Islam dan


Konvensional
Terdapat perbezaan yang jelas antara gadaian Islam (lihat Rajah 6.6) dengan
gadaian konvensional. Halal atau haramnya gadaian bertitik tolak dari perbezaan
ini. Jadual 6.4 di bawah menerangkan perbezaan antara kedua-dua jenis gadaian
tersebut.

Jadual 6.4: Perbezaan antara Gadaian Islam dan Gadaian Konvensional

Gadaian Islam Gadaian Konvensional


Tidak mengandungi kadar faedah tertentu Mengenakan kadar faedah yang tinggi
yang dikenakan kepada penggadai. kepada penggadai sehingga menindas
penggadai.

Bertujuan memberi pertolongan serta Membebankan penggadai dengan kadar


bantuan bagi meringankan kesusahan orang faedah yang tinggi serta terdapat unsur
lain. riba atau gharar.

Barang gadaian tetap menjadi hak pemilik Barang gadaian akan lupus sekiranya
asal. tidak ditebus dalam tempoh gadaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 6 MUAMALAT II

Rajah 6.6: Skim ar-rahnu (pajak gadai Islam)

AKTIVITI 6.4

1. Bincangkan kesan mengamalkan sistem gadaian secara konvensional


terhadap kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat Islam.

2. Bincangkan sejauh mana syarikat gadaian Islam dapat membantu


memajukan ekonomi negara.

6.3.7 Isu Berkaitan Gadaian


Sebagaimana yang sedia maklum, setiap kontrak yang dibenarkan oleh syarak
pasti membabitkan hukum hakam tertentu. Ini adalah implikasi yang ditetapkan
oleh syarak apabila wujud urusan antara dua pihak dan apabila kontrak tersebut
memenuhi semua rukun dan syarat yang ditetapkan.

Dari perspektif perundangan Islam, terdapat beberapa isu berkaitan gadaian


(lihat Rajah 6.7):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  163

Rajah 6.7: Lima isu berkaitan gadaian

(a) Penyimpanan Barang Gadaian


Sepertimana yang kita sedia maklum, kontrak gadaian tidak akan lengkap
dan berkuatkuasa melainkan setelah barang gadaian diterima oleh
pemegang gadaian. Pada ketika ini, penggadai tidak berhak menarik balik
gadaiannya, kecuali setelah dia melangsaikan semua hutangnya. Dengan
ini, pemegang gadaian berhak menyimpan barang gadaian dan penggadai
tidak dibenarkan mengambilnya. Namun, penggadai boleh menggunakan
barang gadaian jika diizinkan oleh pemegang gadaian.

(b) Penjagaan dan Kos Penyelenggaraan Barang Gadaian

Penjagaan barang gadaian bermaksud mengawasi, memelihara dan


memastikan barang yang digadai selamat dan tidak rosak.

Ini dilakukan untuk kepentingan pemegang gadaian kerana barang


tersebut perlu sentiasa dalam keadaan baik supaya ia boleh digunakan
untuk melunaskan hutang apabila penggadai gagal membayarnya.

Atas dasar ini, pemegang gadaian wajib menjaga barang gadaian demi
untuk kebaikannya. Jika barang tersebut memerlukan kepada seseorang
penjaga, maka upahnya perlu dibayar oleh pemegang gadaian. Begitu juga
jika barang tersebut memerlukan tempat simpanan, maka pemegang
gadaian wajib menyediakannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 6 MUAMALAT II

Kos penyelenggaraan barang gadaian pula ialah semua perbelanjaan


yang diperlukan bagi memastikan penerusan kewujudan barang
gadaian.

Contohnya, makanan bagi haiwan, air bagi tanaman, kos servis kereta dan
kos penyelenggaraan rumah. Kesemua kos ini ditanggung oleh penggadai,
kerana semua kerja ini dilakukan bertujuan untuk mengekalkan keadaan
barang yang digadai.

(c) Penggunaan Barang Gadaian

Penggunaan barang gadaian adalah hak penggadai.

Namun, ia tidak dapat digunakan kerana berada dalam simpanan


pemegang gadaian. Walau bagaimanapun, jika dibenarkan oleh pemegang
gadaian maka penggadai bolen mengambil dan menggunakannya.

Dalam tempoh penggunaan barang gadaian, penggadai bertanggungjawab


menanggung segala perbelanjaannya. Namun demikian, penggunaan ini
hendaklah tidak menyebabkan kemudaratan kepada barang gadaian
seperti susut nilai atau rosak.

Sebaliknya, pemegang gadaian tidak boleh menggunakan barang gadaian


walaupun barang berkenaan berada dalam simpanannya, kecuali dengan
izin penggadai.

(d) Penjualan Barang Gadaian


Setelah tempoh yang diberikan kepada penggadai melangsaikan
hutangnya tamat dan penggadai gagal membayarnya, sedangkan
pemegang gadaian menuntut semula hutangnya maka barang gadaian
akan dijual bagi melangsaikan hutang tersebut.

Pihak yang berhak menjual barang gadaian tersebut ialah penggadai atau
wakilnya. Namun demikian, keizinan pemegang gadaian juga diperlukan
kerana dia berhak ke atas nilai gadaian untuk melangsaikan hutangnya.
Hasil jualan itu digunakan untuk melangsaikan hutang dan jika masih
berbaki, maka ia adalah hak penggadai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  165

(e) Kerosakan Barang Gadaian dalam Simpanan Pemegang Gadaian


Jika kerosakan berlaku bukan disebabkan kecuaian pemegang gadaian,
maka dia tidak perlu membayar ganti rugi dan tidak menyebabkan hutang
penggadai lupus.

Namun jika kerosakan barang gadaian disebabkan kecuaian pemegang


gadaian, maka dia wajib menggantikan semula barang gadaian tersebut
jika tempoh gadaian belum tamat. Tetapi jika tempoh gadaian telah tamat,
maka pemegang gadaian boleh mengambil haknya sebagai bayaran hutang
dan membayar lebihan nilai barang gadaian kepada penggadai.

6.4 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Dalam bahagian yang terakhir ini, kita akan melihat kepada cadangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi Topik 6. Walau bagaimanapun, anda tidak
perlu terikat dengan kaedah yang disediakan tersebut kerana ia hanyalah satu
cadangan. Anda boleh menggunakan kombinasi kaedah-kaedah lain yang sesuai
untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut objektif
pengajaran, kesesuaian waktu mengajar, jumlah murid, topik yang diajar dan
tahap kebolehan serta kemampuan murid anda.

Sila baca dan teliti perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijelaskan dalam Jadual 6.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 6 MUAMALAT II

Jadual 6.5: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Topik 6 Muamalat II

Langkah Penyampaian

 Penerangan Konsep Jual Beli Salam


ă Guru menjelaskan kepada pelajar mengenai takrif, dalil serta hukum jual beli
salam.
ă Guru meminta pelajar menerangkan semula takrif, dalil serta hukum jual beli
salam.
ă Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang rukun dan syarat jual beli salam.
ă Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan
hikmah jual beli salam yang menepati syarak.
ă Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka tadi di hadapan
kelas.
ă Guru membuat rumusan tentang hasil pembentangan pelajar.
ă Pelajar diminta untuk mencatat nota mengenai rukun, syarat dan hikmah jual
beli salam.
ă Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran pada hari ini.

 Penerangan Konsep Sewaan (Ijarah)


ă Guru menerangkan kepada pelajar pengertian, dalil dan hikmat sewaan.
ă Guru meminta pelajar menerangkan semula takrif, dalil dan hikmat sewaan.
ă Guru menjelaskan rukun dan syarat sewaan.
ă Guru menyoal beberapa orang pelajar mengenai rukun dan syarat sewaan.
ă Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran pada hari ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  167

 Penerangan Konsep Gadaian (ar-rahnu)


ă Guru menjelaskan kepada pelajar pengertian, dalil dan hikmah gadaian.
ă Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan
rukun dan syarat gadaian.
ă Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka tadi di hadapan kelas.
ă Guru membuat rumusan tentang hasil pembentangan pelajar.
ă Guru menjelaskan perkara yang membatalkan gadaian.
ă Guru mengutarakan beberapa soalan berkaitan dengan perkara yang
membatalkan gadaian. Pelajar diminta berfikir sejenak mengenainya.
ă Guru memilih beberapa pelajar untuk menjawab soalan tersebut dan jawapan
mereka adalah sampel kepada jawapan rakan-rakan lain.
ă Guru menerangkan perbandingan antara gadaian Islam dengan gadaian
konvensional.
ă Guru meminta pelajar meringkaskan perbandingan antara gadaian Islam dengan
gadaian konvensional.
ă Guru berbincang dengan para pelajar mengenai beberapa isu yang berkaitan
dengan gadaian.
ă Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran pada hari ini.

Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya paparkan di atas


hanyalah merupakan contoh semata-mata. Anda boleh menggunakan kreativiti
anda dengan melakukan tokok tambah mengikut kesesuaian dalam situasi
sebenar. Namun begitu, sekali lagi saya ingin tegaskan di sini, rancanglah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Pastikan
murid terlibat sepenuhnya di dalam kelas. Pilih kaedah dan teknik yang sesuai
dengan topik dan kemahiran yang hendak diajar. Sila dapatkan maklumat lanjut
daripada buku pedagogi berkaitan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 6 MUAMALAT II

 Jual beli salam bermaksud menjual sesuatu barang yang tidak dilihat dengan
ditentukan sifat-sifatnya dan barang berkenaan adalah dalam tanggungjawab
penjual.

 Rukun jual beli salam ada empat iaitu penjual dan pembeli, barang jualan
atau tempahan, modal atau wang atau harga barangan dan sighah.

 Sewaan merupakan suatu akad atau perjanjian untuk memiliki manfaat atau
faedah daripada barang atau harta tertentu dengan bayaran yang tertentu
yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

 Rukun sewaan ada empat iaitu pemberi sewa dan penyewa, bayaran
sewaan, manfaat atau faedah barang yang disewa dan sighah. Setiap rukun
berkenaan mempunyai syaratnya yang tersendiri.

 Gadaian bermaksud meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai


jaminan kepada sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang
dengan perkiraan bahawa sekiranya orang yang berhutang tidak dapat
melunaskan hutangnya, maka si pemberi hutang boleh mendapatkan
kembali barang atau wangnya dari barang gadaian itu.

 Rukun gadaian ada empat iaitu penggadai dan pemegang gadaian, barang
gadaian, bayaran dan sighah.

 Gadaian Islam berbeza dengan gadaian konvensional terutama dari segi


kadar faedah yang dikenakan.

 Menerapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUAMALAT II  169

Akad Ijab
Al-Rahnu Jual beli salam
Cagaran Konvensional
Ijarah Pajak
Gharar Kabul
Hibah Sighah
Hutang Wali

Ahmad Isa Asyur. (t.th). Al-fiqh muyassar. Maktabah al-Quran.

Apendi Sahi, et al. (2004). SPM Pendidikan Islam. Petaling Jaya: Sasbadi.

Fauziah Mohd Ramli, & Aminah Idris. (2002). Pendidikan Islam tingkatan empat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haron Din, et al. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Idris Ahmad. (2001). Fiqh Syafie. jil. 2. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Mohd Rifai, et al. (1982). Terjemahan khulasah kifayatul akhyar. Semarang: C. V.


Toha.

Muhammad Ismail Daud Fatani. (t.th). MatlaÊ al-badrayn wa majmaÊ al-bahrain.


Maktabah wa MatbaÊah Muhammad al-Huda wa Awladuh.

Muhammad Mukhtar Syafie. (1982). Mengenal Islam: Tingkatan satu. Kuala


Lumpur: Pustaka Antara.

Muhammad Rawas QalÊah Ji, & Hamid Sadiq Qunaibi. (1988). MuÊjam lughah
al-fuqaha. Beirut: Dar al-NafaÊis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 6 MUAMALAT II

Mustafa al-Khin, et al. (2004). Al-fiqh al-manhaji: Kitab fikah mazhab Syafie
(Terjemahan). jil. 6. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Sayyid Sabiq. (1987). Fiqh al-sunnah. jil. 3. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabiyy.

Wahbah al-Zuhaili. (1987). Al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuh. jil. 4. Damsyiq: Dar


al-Fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Muamalat III
7
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengertian dan hukum syarikat, hutang (qardh) dan
insurans (takaful);
2. Menghuraikan jenis syarikat dan insurans (takaful);
3. Membincangkan rukun dan syarat syarikat dan hutang (qardh);
4. Menerangkan dalil keharusan syarikat dan hutang (qardh) serta
hikmah kedua-duanya;
5. Mengenal pasti prinsip, konsep dan ciri-ciri insurans Islam;
6. Menjelaskan perbezaan antara hutang dan riba;
7. Membezakan antara insurans Islam dengan insurans konvensional;
dan
8. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian.

 PENGENALAN
Segala harta yang ada di alam ini sama ada di muka bumi, di laut atau di udara
adalah milik Allah SWT secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang
disediakan oleh Allah SWT melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
dianugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia
adalah sebagai pemegang amanah Allah SWT dan bertanggungjawab terhadap
harta berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 7 MUAMALAT III

Allah SWT menggalakkan hambaNya supaya mencari harta kekayaan untuk


kesenangan hidup di dunia, namun demikian diingatkan pula supaya jangan
sesekali lupa tentang akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk ayat 15:

Ïμø‹s9Î)uρ ( ⎯ÏμÏ%ø—Íh‘ ⎯ÏΒ (#θè=ä.uρ $pκÈ:Ï.$uΖtΒ ’Îû (#θà±øΒ$$sù Zωθä9sŒ uÚö‘F{$# ãΝä3s9 Ÿ≅yèy_ “Ï%©!$# uθèδ

∩⊇∈∪ â‘θà±–Ψ9$#
Maksudnya:
„Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah
di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan
Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah)
dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah
kemurkaanNya).‰

Dalam mencari harta kekayaan, umat Islam dikehendaki menggunakan


sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah
bersama.

Muamalat merupakan suatu kegiatan yang berhubungkait dengan kegiatan


perekonomian. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia
dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah SWT, Islam telah
menyediakan garis panduan dan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat
tersebut.

Sebagaimana dimaklumi bersama, topik yang dibincangkan sebelum ini iaitu


dalam Topik 5 dan Topik 6 merupakan sebahagian daripada kegiatan muamalat.
Dalam Topik 5 yang lepas, anda diberi penekanan dalam aspek jual beli, khiyar
dalam jual beli dan riba. Manakala dalam Topik 6 pula, anda telah diberi
pendedahan mengenai jual beli salam, sewaan (ijarah) dan gadaian (al-rahnu).

Topik ini iaitu Topik 7 adalah sambungan daripada Topik 5 dan Topik 6.

SEMAK KENDIRI 7.1

Sebelum anda meneruskan pembacaan anda, nyatakan apakah


yang anda fahami mengenai syarikat, hutang (qardh) dan
insurans (takaful)? Bandingkan jawapan anda dengan apa yang
bakal dibincangkan seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  173

7.1 SYARIKAT
Aktiviti ekonomi boleh dilakukan secara individu jika mempunyai kekuatan
yang sepatutnya. Ia juga boleh dilaksanakan secara perkongsian atau usahasama
bagi membentuk kekuatan bersama dan menggembeling kekuatan. Perniagaan
secara perkongsian ini boleh dikembangkan terutama bagi menggembeling usaha
dan modal sehingga muncul syarikat yang mampu menggunakan sumber
dalaman dengan efektif bagi menjana keuntungan.

Mengadakan perkongsian di dalam perusahaan, perniagaan, perindustrian dan


sebagainya merupakan suatu usaha yang amat digalakkan oleh Islam. Ini amat
penting terutamanya dalam menggerakkan projek besar yang semestinya sukar
untuk dijalankan secara perseorangan.

Dalam konteks hubungan manusia dengan harta, menerusi konsep perkongsian


telah membawa kepada penubuhan satu entiti perniagaan yang dikenali sebagai
as-syarikah atau musyarakah atau syarikat. Aktiviti perniagaan seperti ini bukan
sekadar satu perkongsian semata-mata tanpa adab dan peraturan, tetapi syarikat
di dalam sistem ekonomi Islam merupakan satu kaedah yang telah diterima
pakai sejak zaman Rasulullah SAW.

Syarikat ditubuhkan untuk menggerakkan harta melalui penggabungan harta


tersebut dengan sumber manusia supaya ia terus berkembang dan dapat
dimanfaatkan untuk pembangunan individu pemilik harta tersebut khususnya
dan masyarakat umumnya.

Bagi memahami konsep syarikat dalam Islam, maka dalam bahagian ini akan
dibincangkan subtopik yang berkaitan.

7.1.1 Pengertian Syarikat

Syarikat menurut bahasa membawa maksud bercampur atau berkongsi.


Menurut istilah syarak pula, syarikat merupakan perjanjian perkongsian
terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 7 MUAMALAT III

Pengertian ini dianggap umum merangkumi semua bentuk perkongsian sama


ada melalui kontrak atau tanpa kontrak. Manakala pengertian yang lebih khusus
bagi syarikat ialah:

Kontrak yang diwujudkan antara dua pihak atau lebih secara sukarela
dengan tujuan pengurusan dan memperolehi keuntungan.

7.1.2 Pensyariatan Syarikat dan Hikmahnya


Penubuhan syarikat adalah diharuskan berdasarkan kepada dalil al-Quran,
Sunnah dan ijmak para ulama. Di dalam al-Quran surah Sad ayat 24, Allah SWT
menerangkan tentang bagaimana rakan kongsi memperlakukan rakan kongsi
yang lain.

„...dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan


berhubungan (dalam pelbagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim
kepada setengah yang lain, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh;
sedangkan mereka amat sedikit...‰

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Maidah, ayat 2:

¨βÎ) ( ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 Èβ≡uρô‰ãèø9$#uρ ÉΟøOM}$# ’n?tã (#θçΡuρ$yès? Ÿωuρ ( 3“uθø)−G9$#uρ ÎhÉ9ø9$# ’n?tã (#θçΡuρ$yès?uρ

∩⊄∪ É>$s)Ïèø9$# ߉ƒÏ‰x© ©!$#


Maksudnya:
„Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya)‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  175

Di samping nas al-Quran sebelum ini, terdapat sebuah hadis qudsi yang
diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW
meriwayatkan yang Allah SWT berfirman:

‫ﻟﺚ‬ ‫ أ‬:‫ ﻗﺎل ﷲ ﺗﻌﺎﱃ‬:‫ﻋﻦ أﰊ ﻫﺮﻳﺮة رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﻪ ﻋﻦ اﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻗﺎل‬
.‫اﻟﺸﺮﻳﻜﲔ ﻣﺎﱂ ﳜﻦ أﺣﺪﳘﺎ ﺻﺎﺣﺒﻪ ﻓﺈذا ﺧﺎﻧﻪ ﺧﺮﺟﺖ ﻣﻦ ﺑﻴﻨﻬﻤﺎ‬
Maksudnya:
„Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi Muhammad SAW yang bersabda:
Firman Allah Taala: „Aku yang ketiga dalam dua orang yang bersyarikat selama
tidak mengkhianati salah seorang anggotanya terhadap rakan perkongsiannya,
maka apabila dia mengkhianatinya aku pun keluar daripada keduanya itu‰
(Hadis riwayat Abu Daud)

Hadis di atas menyatakan bahawa Allah SWT akan menjaga dan membantu
orang yang berkongsi sama ada dua orang atau lebih dengan memberkati harta
dan perniagaan mereka selagi mana bersikap jujur dan amanah. Tetapi jika
mereka mula bersikap tidak jujur dan pecah amanah, maka keberkatan
perniagaan mereka akan ditarik dan bantuan kepada mereka akan disekat.
Akibatnya, akan berlaku perselisihan dan pergaduhan yang akhirnya membawa
kepada kegagalan dan kerugian.

Dalam hadis yang lain, al-SaÊib bin Abu al-SaÊib r.a. menyatakan, maksudnya:

„Beliau telah menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Rasulullah SAW sebelum
Baginda dilantik menjadi nabi. Ketika pembukaan kota Mekah, Baginda
bersabda: „Selamat datang saudara dan rakan kongsi saya yang tidak pernah
menolak dan tidak pernah bertengkar.‰
(Hadis riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullah SAW „rakan kongsi saya‰ merupakan suatu perakuan bahawa
perkongsian dibenarkan oleh syarak.

Berdasarkan dalil sebelum ini, maka ijmak ulama sepakat mengharuskan kontrak
syarikat memandangkan Allah SWT sendiri telah berjanji untuk bersama-sama
rakan kongsi yang jujur dan amanah serta berlandaskan hukum syariah dalam
perniagaannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 7 MUAMALAT III

Hikmah Allah SWT mengharuskan syarikat adalah seperti berikut:

(a) Dengan cara bersyarikat, dapat mewujudkan perniagaan yang lebih besar
yang tidak terdaya kalau dilakukan oleh orang perseorangan;

(b) Dapat meningkatkan daya saing dalam bidang ekonomi kerana mempunyai
modal yang besar dan tenaga yang mencukupi;

(c) Syarikat boleh membimbing masyarakat untuk hidup bekerjasama antara


anggota masyarakat;

(d) Syarikat juga boleh mengeratkan perhubungan silaturrahim antara satu


sama lain;

(e) Syarikat juga dapat meninggikan lagi taraf ekonomi satu-satu masyarakat;
dan

(f) Syarikat juga dapat memimpin masyarakat supaya sentiasa bersifat


amanah dan jujur.

AKTIVITI 7.1

Terdapat banyak dalil sama ada dari al-Quran atau hadis yang
mengharuskan syarikat. Dengan merujuk kepada kitab fiqh, senaraikan
dalil berkenaan.

7.1.3 Jenis Syarikat


Ulama menyenaraikan syarikat kontrak (syarikat Âuqud) kepada empat jenis
seperti Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Jenis syarikat (syarikat Âuqud)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  177

Penerangan bagi setiap jenis syarikat di atas boleh anda lihat dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Jenis Syarikat

Jenis Syarikat Definisi dan Huraian

Syarikat inan
Syarikat yang dijalankan dengan berkongsi modal untuk sesuatu
perniagaan atau perusahaan dan keuntungan yang diperolehi
dibahagi mengikut nisbah modal yang dikeluarkan oleh setiap ahli
syarikat.

Ia dinamakan dengan inan kerana setiap rakan kongsi memberi


kebenaran kepada rakan kongsinya yang lain untuk menggunakan
sebahagian hartanya, sementara dia pula menggunakan harta rakan
kongsinya itu, ataupun masing-masing mempunyai hak untuk
menggunakan harta syarikat.

Setiap ahli rakan kongsi bekerja bersama-sama untuk mengembangkan


harta yang dilaburkan secara bersama dan keuntungan yang diperolehi
oleh setiap seseorang adalah mengikut modal pelaburan saham mereka.
Begitu juga dalam soal kerugian yang mereka alami akan ditanggung
mengikut nisbah modal mereka.

Syarikat jenis ini diharuskan oleh syarak menurut ijmak ulama.

Syarikat
mufawadah Syarikat yang dijalankan dengan berkongsi usaha (tenaga) dan
harta untuk melakukan sesuatu pekerjaan tetapi harta atau modal
tidak dicampurkan sebelum akad perkongsian dilakukan dan
keuntungan serta kerugian dikongsi bersama.

Setiap rakan kongsi juga menjadi wakil dan penjamin kepada rakan
kongsi mereka. Dalam syarikat ini, setiap rakan kongsi menyumbang
sejumlah modal yang sama banyak dan mereka sama-sama berniaga.
Sekiranya mendapat keuntungan (aset) ataupun mengalami kerugian
(liabiliti), mereka akan membahagikannya sama banyak juga. Setiap
mereka bertanggungjawab antara satu sama lain. Ia membawa maksud
sama iaitu sama dari segi modal, untung dan pengurusannya.

Syarikat jenis ini tidak sah menurut mazhab Shafie kerana perkongsian
seperti ini mempunyai risiko yang terlalu besar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 7 MUAMALAT III

Syarikat
Abdan Syarikat yang dijalankan dengan berkongsi tenaga dan usaha
untuk menjalankan sesuatu pekerjaan.

Dalam erti kata lain, syarikat abdan adalah syarikat perkongsian yang
menggabungkan kemahiran dan kepakaran bukan berkongsi harta.
Contohnya, tukang besi berkongsi dengan tukang kayu dalam melakukan
sesuatu pekerjaan.

Pekerjaan atau kepakaran yang dikongsikan itu boleh pekerjaan yang


sama atau berlainan. Keuntungan hasil perkongsian mungkin
dibahagikan secara sama rata atau berbeza-beza.

Syarikat jenis ini tidak sah menurut pandangan mazhab Shafie kerana
wujud kemudaratan yang tidak dibenarkan oleh syarak. Ini kerana
tidak mungkin dapat dikira dengan tepat kadar kerja serta kemahiran
yang dapat digunakan oleh setiap ahli syarikat serta kemampuan dan
banyak sedikitnya kerja yang dilakukan.

Syarikat
Wujuh Syarikat yang dijalankan tanpa modal, di mana pihak yang terlibat
terdiri dalam kalangan mereka yang mempunyai kedudukan dan
pengaruh dalam masyarakat.

Mereka membeli barang dengan cara kredit (hutang). Barang tersebut


kemudiannya dijual dan keuntungannya dikongsi bersama secara sama
rata atau mengikut persetujuan.

Dalam keadaan biasa, syarikat ini terbentuk antara orang biasa dan
orang terkemuka, yang mana barang yang mereka jadikan modal
perniagaan itu dibeli oleh orang terkemuka tersebut dengan cara
hutang dan menggunakan kedudukannya. Selepas itu barangan modal
tersebut diurus niaga dan diperdagangkan oleh orang biasa dan
keuntungannya mereka bahagikan antara mereka.

Syarikat wujuh juga merupakan syarikat yang mana pengurusannya


bergantung kepada kepercayaan orang ramai yang menjadi ahli
syarikat tidak mengeluarkan modal dan membeli barang secara hutang
dan keuntungan dibahagikan secara bersama.

Syarikat ini tidak sah dalam mazhab Shafie kerana tiada harta yang
dikongsi bersama, sedangkan asas dalam syarikat ialah perkongsian
harta.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  179

Rumusannya, menurut mazhab Shafie, syarikat inan sahaja yang dikira sah
manakala tiga jenis syarikat yang lain adalah batal kerana berkemungkinan
berlaku penipuan.

AKTIVITI 7.2

Berdasarkan kepada penerangan di atas, huraikan perbezaan antara


keempat-empat jenis syarikat iaitu syarikat inan, mufawadah, abdan dan
wujuh.

7.1.4 Rukun Syarikat


Kontrak (akad) syarikat tidak akan terbentuk kecuali memenuhi segala rukun
dan syaratnya. Jika salah satu daripada rukun dan syarat ini tidak dapat
dipenuhi, maka pembentukan syarikat berkenaan adalah tidak sah atau batal.
Rukun syarikat terbahagi kepada tiga seperti dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Rukun syarikat

Setelah kita mengetahui rukun yang perlu ada dalam pembentukan sesuatu
syarikat, perlu dijelaskan juga syarat yang perlu ada bagi setiap rukun tersebut.
Jadual 7.2 menerangkan syarat bagi setiap rukun syarikat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 7 MUAMALAT III

Jadual 7.2: Rukun dan Syarat Syarikat

Rukun Syarat

Ahli syarikat  Mestilah seorang yang berakal dan baligh (mukallaf) serta
merdeka.
 Keahlian di dalam syarikat adalah dengan kehendak sendiri dan
bukan dipaksa.
 Mestilah dikendalikan oleh ahli syarikat, maka tidak sah jika
urusan syarikat dikendalikan oleh orang asing (bukan ahli
syarikat).

Objek akad Meliputi barang atau harta (modal) dan kepakaran (pekerjaan).
atau perkara
 Syarat harta atau modal:
yang
diakadkan ă Dari jenis wang atau barang yang boleh disukat atau ditimbang
seperti beras, gula dan sebagainya.
ă Modal yang dikeluarkan oleh setiap ahli syarikat mestilah dari
jenis yang sama seperti wang dengan wang.
ă Dicampur modal sebelum akad syarikat dilakukan.
ă Keuntungan dan kerugian ditanggung bersama menurut nisbah
modal masing-masing.
 Syarat pekerjaan atau kepakaran:
ă Tidak boleh melakukan kerja yang akan membawa keburukan
atau kerugian kepada syarikat. Jika seseorang ahli melakukan
sesuatu kerja tanpa mendapat keizinan dari ahli-ahli yang lain,
sedangkan kerjanya itu mendatangkan kerugian kepada
syarikat, maka dia dikenakan membayar ganti rugi kepada
syarikat.
ă Modal dan kerja tidak mesti disamakan, malah seseorang ahli
syarikat boleh mengeluarkan modal RM1,000.00 dan yang lain
RM2,000.00. Begitu juga dengan kerja syarikat, seseorang ahli
boleh bekerja 10 jam sedangkan yang lain lima jam menurut apa
yang mereka persetujui semasa akad.

Sighah atau Mengandungi maksud untuk memberi keizinan bagi mengurus dan
lafaz akad membelanjakan harta syarikat.
(ijab dan
Contohnya; kata salah seorang dari ahli syarikat: „Kita bersyarikat
kabul)
pada barang-barang ini dan saya izinkan awak menguruskannya
untuk diperniagakan.‰ Jawab ahli yang lain, „Saya terima apa yang
awak katakan itu.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  181

7.1.5 Pembatalan Syarikat


Syarikat akan terbatal jika berlaku salah satu atau semua perkara yang berikut:

(a) Salah seorang daripada ahli syarikat (rakan kongsi) membatalkan kontrak
untuk bersyarikat jika syarikat berkenaan hanya dikongsi oleh dua orang
sahaja. Oleh kerana akad syarikat merupakan suatu persetujuan secara
sukarela, maka mana-mana ahli syarikat boleh membatalkan atau menarik
diri pada bila-bila masa;

(b) Namun, jika syarikat berkenaan dianggotai lebih daripada dua orang, maka
syarikat berkenaan akan kekal menjadi milik ahli syarikat yang tidak
membubarkannya;

(c) Salah seorang rakan kongsi meninggal dunia jika syarikat berkenaan hanya
dikongsi oleh dua orang sahaja. Namun, jika syarikat berkenaan dianggotai
lebih daripada dua orang, maka syarikat berkenaan kekal bagi mereka yang
masih hidup;

(d) Salah seorang daripada rakan kongsi hilang kelayakan seperti gila yang
berterusan koma dan sebagainya; dan

(e) Salah seorang daripada rakan kongsi menjadi murtad dan lari ke negara
musuh.

AKTIVITI 7.3

Menurut mazhab Shafie, syarikat inan sahaja yang dikira sah manakala
tiga jenis syarikat yang lain adalah batal kerana berkemungkinan berlaku
penipuan. Bincangkan bagaimana kemungkinan penipuan tersebut boleh
berlaku.

7.2 HUTANG (QARDH)


Realiti dunia hari ini menyaksikan manusia bekerja dan berusaha keras siang dan
malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup. Sudah menjadi
lumrah manusia mendambakan kehidupan yang serba mewah dengan berkereta
besar, mendiami rumah yang dilengkapi dengan perabot dan kemudahan yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 7 MUAMALAT III

serba canggih dan eksklusif, berpakaian dan memiliki aksesori diri berjenama
terkenal, tampak bergaya dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang dapat menikmati keindahan dan


keseronokan dunia meskipun setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas
mencari rezeki. Ini kerana soal takdir, rezeki, nasib baik dan buruk seseorang itu
terletak di bawah kekuasaan dan rahmat Allah SWT yang Maha Mengetahui
segala hikmah dan rahsia lagi Maha Bijaksana dalam mengatur perjalanan
kehidupan seluruh umat manusia.

Kebanyakan masyarakat terpaksa berhutang atau membuat pinjaman kewangan


untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa dengan tujuan untuk memiliki
keperluan asas seperti kenderaan, rumah, perabot dan sebagainya.

Terdapat juga mereka yang berhutang bagi tujuan menceburkan diri dalam
bidang perniagaan atau meluaskan lagi empayar perniagaan. Malah seakan-akan
sudah menjadi trend dalam dunia hari ini, ramai yang terpaksa mendapatkan
pinjaman kewangan bagi tujuan melanjutkan pelajaran atau mendapatkan
pendidikan dengan dibiayai oleh pihak tertentu.

Justeru, dalam bahagian ini akan dibincangkan tajuk mengenai konsep hutang
(qardh) menurut perspektif Islam.

7.2.1 Pengertian Hutang


Hutang dalam bahasa Arab disebut al-qardh. Al-Qardh dari segi bahasa
bermaksud potong.

Menurut istilah para fuqaha, hutang ialah memberi hak milik sesuatu
barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan
semula gantinya tanpa sebarang tambahan.

Hutang juga bermaksud memberikan sesuatu barang atau manfaat kepada


seseorang. Barang atau manfaat tersebut hendaklah dikembalikan kepada
pemberi hutang dengan jumlah yang sama.

Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi hutang adalah
ditegah oleh Islam kerana ia dianggap sebagai riba.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  183

Kesimpulannya, hutang atau al-qardh merujuk kepada penyerahan


sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang
dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya
akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang
penambahan.

7.2.2 Pensyariatan Hutang dan Hikmahnya

Islam mengharuskan seseorang itu berhutang terutamanya ketika berada di


dalam kesempitan hidup atau memerlukan bantuan kewangan untuk
memenuhi tuntutan asas dalam kehidupan seperti makan, minum dan
tempat tinggal.

Justeru, orang yang memerlukannya dibenarkan dan disunatkan meminta tanpa


perlu rasa bersalah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 282:

=çGõ3u‹ø9uρ 4 çνθç7çFò2$$sù ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r& #’n<Î) A⎦ø⎪y‰Î/ Λä⎢Ζtƒ#y‰s? #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

4 ª!$# çμyϑ¯=tã $yϑŸ2 |=çFõ3tƒ βr& ë=Ï?%x. z>ù'tƒ Ÿωuρ 4 ÉΑô‰yèø9$$Î/ 7=Ï?$Ÿ2 öΝä3uΖ÷−/
Maksudnya:
„Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan
dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu
maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah
seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah
seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya‰.

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Baqarah, ayat 245:

ª!$#uρ 4 ZοuÏWŸ2 $]ù$yèôÊr& ÿ…ã&s! …çμxÏè≈ŸÒãŠsù $YΖ|¡ym $·Êös% ©!$# ÞÚÌø)ム“Ï%©!$# #sŒ ⎯¨Β

∩⊄⊆∈∪ šχθãèy_öè? ÏμøŠs9Î)uρ äÝ+Áö6tƒuρ âÙÎ6ø)tƒ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 7 MUAMALAT III

Maksudnya:
„Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai
pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya
dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah yang
menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu
semua dikembalikan‰.

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT mengiktiraf orang yang memberikan


pinjaman secara hutang (al-qard) bagi tujuan meringankan beban orang yang
memerlukan. Tindakan tersebut diibaratkan seumpama memberi pinjaman ke
jalan Allah SWT serta dijanjikan balasan yang berlipat ganda.

Rasulullah SAW bersabda:

‫ﺼ َﺪﻗَﺘِ َﻬﺎ َﻣﱠﺮًة‬ ِ ِ ِ


َ ‫ﲔ إِﻻﱠ َﻛﺎ َن َﻛ‬
ِ ْ ‫ﺿﺎ َﻣﱠﺮﺗَـ‬ ُ ‫َﻣﺎ ﻣ ْﻦ ُﻣ ْﺴﻠ ٍﻢ ﻳـُ ْﻘ ِﺮ‬
ً ‫ض ُﻣ ْﺴﻠ ًﻤﺎ ﻗَـ ْﺮ‬
Maksudnya:
„Sesiapa dalam kalangan orang Islam yang memberi hutang kepada orang Islam
yang lain sebanyak dua kali, nescaya hutang itu akan dikira seolah sedekah yang
diberikannya sebanyak sekali‰
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Berdasarkan kepada dalil sebelum ini, jelas menunjukkan bahawa amalan hutang
piutang diharuskan oleh syarak. Keharusan ini mempunyai hikmahnya yang
tersendiri.

Antara hikmah diharuskan amalan hutang (al-qardh) adalah:

(a) Membantu golongan yang memerlukan;

(b) Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin
melalui pengagihan kekayaan dan sumber dalam masyarakat;

(c) Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan, ihsan dan saling bantu


membantu dalam kalangan umat Islam;

(d) Mengukukuhkan sektor sosioekonomi negara;

(e) Menyediakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan


berpendapatan rendah untuk menceburkan diri dalam sektor perniagaan
dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran yang ada di samping
membantu menjana peluang pekerjaan kepada orang lain;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  185

(f) Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat;

(g) Sebagai salah satu wasilah dakwah kepada golongan bukan Islam
mengenai kesyumulan dan keindahan Islam dengan memberikan bantuan
pinjaman kewangan secara qardh hasan; dan

(h) Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.

7.2.3 Hukum Memberi dan Mengambil Hutang

Hukum memberi hutang dalam keadaan biasa adalah sunat dan hukum
menerimanya adalah harus.

Tetapi hukum ini akan berubah mengikut keadaan-keadaan yang tertentu.


Hukum tersebut dijelaskan melalui Jadual 7.3.

Jadual 7.3: Hukum Memberi dan Mengambil Hutang

Hukum Keadaan

Haram Jika memberi hutang kepada orang yang diketahui akan menggunakan
pinjaman itu untuk perkara yang haram seperti minum arak atau berjudi.

Makruh  Jika pemberi hutang mengetahui bahawa pemiutang akan


menggunakan pinjaman tersebut untuk dibazirkan kepada sesuatu
yang tidak diperlukan.

 Sekiranya si pemiutang mengetahui bahawa dirinya tidak mampu


untuk melunaskan apa yang dihutangkan tetapi masih mengambil
pinjaman.

Wajib Memberi hutang kepada orang yang sangat memerlukan bantuan untuk
menampung kehidupannya dan keluarganya serta tiada cara lain untuk
dia memperolehinya kecuali dengan cara berhutang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 7 MUAMALAT III

7.2.4 Rukun dan Syarat Hutang


Rukun hutang dapat dijelaskan dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.3: Rukun hutang

Jadual 7.4 di bawah menjelaskan syarat bagi setiap rukun hutang.

Jadual 7.4: Syarat bagi Rukun Hutang

Rukun Syarat

Pemberi dan  Mukallaf iaitu berakal dan baligh.


penerima
hutang  Kerelaan sendiri atau sukarela.
 Berkemampuan menguruskan harta.
 Penerima hutang hendaklah berkemampuan untuk membayar balik
hutangnya.

Barang hutang  Barang yang boleh disukat atau ditimbang seperti emas, perak dan
makanan. Barang hutang juga termasuk wang.
 Barang milik penuh pemberi hutang.

Akad hutang
Akad hutang ialah lafaz yang diungkapkan oleh pemberi dan
penerima hutang. Ia juga dikenali sebagai lafaz ijab dan kabul.

Dalam lafaz berkenaan tidak disyaratkan lafaz hutang, boleh menyebut


apa-apa lafaz yang boleh memberi makna hutang.

Contohnya, „Aku membenarkan engkau meminjam RM50.00 dan


hendaklah digantikan kembali wang ini‰. Kemudian hendaklah
disusuli dengan lafaz penerimaan atau persetujuan daripada penerima
hutang atau peminjam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  187

7.2.5 Perbezaan antara Hutang dan Riba


Terdapat perbezaan yang jelas antara hutang yang diharuskan oleh Islam dan
riba yang diharamkan oleh Islam. Perbezaan antara kedua-dua bentuk muamalat
ini dijelaskan di dalam Jadual 7.5.

Jadual 7.5: Perbezaan antara Hutang dan Riba

Perbandingan Hutang Riba


Pengertian Memberikan sesuatu barang Pertambahan dalam urusan jual
atau manfaat kepada seseorang beli, hutang atau pinjaman serta
dan perlu dikembalikan dalam pertukaran barang sejenis seperti
jumlah yang sama mata wang, emas, perak dan
makanan

Hukum Memberi hutang adalah sunat Haram memberi dan menerima


dan membayarnya adalah riba
wajib

Kesan Mengeratkan lagi hubungan Mewujudkan penindasan dan


baik dan tali persaudaraan di permusuhan antara manusia
kalangan umat Islam

Tujuan Membantu mereka yang di Mengambil faedah daripada


dalam kesusahan kesusahan orang lain

Cara bayaran Nilai tetap dan tidak bertambah Nilai bertambah dan kadangkala
walaupun dalam tempoh masa melebihi jumlah yang dipinjam
yang lama

AKTIVITI 7.4
1. Masyarakat Islam masih ramai lagi yang terlibat dalam aktiviti riba
khususnya dalam berhutang dan membuat pinjaman. Bincangkan
mengapakah keadaan begini masih lagi berlaku.

2. Ramai pelajar yang tamat pengajian enggan membayar balik


pinjaman pendidikan mereka, walaupun sudah mempunyai
pekerjaan yang baik dan mampu untuk membayar pinjaman tersebut.
Bincangkan bagaimana kerajaan dapat mengatasi masalah ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 7 MUAMALAT III

7.3 INSURANS (TAKAFUL)


Umat Islam wajib mengamalkan ajaran dan peraturan yang ditetapkan oleh
Islam sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan termasuklah sistem kewangan
dan sistem perlindungan insurans yang berlandaskan kepada syariat Islam atau
hukum syarak. Hal ini amat penting dipraktikkan demi membina ekonomi Islam
yang lengkap untuk kemudahan umat.

Memandangkan perlindungan adalah satu keperluan dan tidak boleh diambil


ringan oleh setiap anggota masyarakat bagi menghadapi sebarang kemungkinan
berlakunya musibah atau tragedi maka salah satu bentuk perlindungan yang
boleh disertai selama ini oleh umat Islam ialah insurans.

Justeru, dalam bahagian ini akan dibincangkan mengenai konsep insurans


menurut perspektif Islam.

7.3.1 Pengertian Insurans

Insurans boleh ditakrifkan sebagai satu faedah, iaitu apabila sekumpulan


manusia berikrar untuk mengumpul segala tenaga dan sumber bagi
mengadakan satu pakatan untuk saling bekerjasama sesama mereka apabila
ditakdirkan sesiapa sahaja di antara mereka ditimpa musibah atau
kesusahan.

Melalui pakatan ini, ahli kumpulan yang dilanda musibah itu akan mendapat
manfaat perlindungan yang biasanya dalam bentuk sejumlah wang. Dengan
adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa bebanan yang terpaksa
dipikul akibat musibah yang menimpa akan dapat diringankan.

Amalan insurans sebegini diharuskan oleh Islam berdasarkan firman Allah SWT
di dalam surah al-Maidah, ayat 2:

¨βÎ) ( ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 Èβ≡uρô‰ãèø9$#uρ ÉΟøOM}$# ’n?tã (#θçΡuρ$yès? Ÿωuρ ( 3“uθø)−G9$#uρ ÎhÉ9ø9$# ’n?tã (#θçΡuρ$yès?uρ

∩⊄∪ É>$s)Ïèø9$# ߉ƒÏ‰x© ©!$#

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  189

Maksudnya:
„Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya).‰

7.3.2 Jenis Insurans


Insurans dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu insurans nyawa dan insurans
am. Rajah 7.4 menjelaskan dengan terperinci kedua-dua jenis insurans tersebut.

Rajah 7.4: Jenis-jenis insurans

7.3.3 Prinsip dan Konsep Insurans Islam


Berikut disenaraikan prinsip dan konsep bagi insurans Islam:

(a) Insurans merupakan satu perjanjian bantu-membantu dalam kalangan


pemegang polisi bagi meringankan kerugian yang ditanggung oleh ahli;

(b) Tiada unsur gharar atau ketidakpastian pada bayaran sumbangan dan
manfaat;

(c) Bertujuan memberi keuntungan yang saksama dalam kalangan ahli;

(d) Sentiasa menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada
kerugian atau kehilangan akibat ditimpa musibah atau bencana;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 7 MUAMALAT III

(e) Menggunakan konsep tabarruÊ yang bererti menderma; dan

(f) Mengamalkan konsep mudharabah yang bermaksud berkongsi


keuntungan yang telah dipersetujui di dalam perjanjian.

7.3.4 Ciri-ciri Insurans Islam

Sistem insurans yang boleh diterima mengikut syariat ialah insurans


yang berasaskan kepada konsep takaful yang bermaksud jamin-
menjamin atau pelihara-memelihara.

Secara amnya insurans atau takaful dalam Islam adalah diharuskan selagi mana
tidak terdapat unsur yang dinyatakan dalam Jadual 7.6.

Jadual 7.6: Unsur yang Dilarang dalam Insurans atau Takaful Islam

Unsur Penerangan

Gharar  Merupakan ketidakpastian atau kekaburan, terutamanya jika melibatkan


akad, perjanjian atau kontrak.

 Sebagai contoh, dalam polisi insurans nyawa, pemegang polisi


bersetuju untuk menjelaskan bayaran tertentu bagi sesuatu tempoh.
Pihak insurans pula bersetuju untuk membayar sejumlah pampasan
tertentu apabila berlaku sesuatu bencana, tetapi syarikat insurans tidak
menjelaskan secara terperinci bagaimanakah pampasan tersebut akan
dihasilkan.

Judi  Terjadi apabila pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia


sebelum perjanjian atau hanya membayar sebahagian daripada
premium yang dijanjikan dan kemudiannya diberikan pampasan yang
tidak diketahui asal-usulnya.

 Keuntungan daripada perniagaan insurans juga dilihat sebagai hasil


daripada perjudian kerana keuntungan tersebut berpunca dari
penangguhannya. Syarikat insurans boleh mendapat untung atau rugi
disebabkan tuntutan yang bergantung pada nasib.

Riba  Berlaku melalui aktiviti pelaburan syarikat insurans di dalam syarikat


atau institusi kewangan yang mengamalkan riba.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  191

7.3.5 Perbezaan antara Insurans Islam dan Insurans


Konvensional
Terdapat perbezaan yang jelas antara insurans Islam dengan insurans
konvensional. Jadual 7.7 akan menerangkan perbezaan antara kedua-dua
muamalat ini.

Jadual 7.7: Perbezaan antara Insurans Islam dan Insurans Konvensional

Insurans Islam Insurans Konvensional


Tidak mengandungi unsur yang dilarang Mengandungi unsur penipuan, perjudian
oleh syarak seperti gharar, judi dan riba. dan pelaburan yang mengandungi riba.

Menggunakan konsep tabarruÊ, iaitu Bertujuan untuk mencari keuntungan


pemegang polisi bersama-sama semaksimum mungkin dan bukan
menyumbangkan sejumlah wang untuk bertujuan untuk membantu.
membantu pemegang insurans yang lain
jika ditimpa musibah.

AKTIVITI 7.5

Masih ramai orang Islam mengambil polisi daripada syarikat insurans


konvensional. Bincangkan bagaimana cara bagi mempromosikan lagi
produk insurans Islam kepada masyarakat Islam secara khasnya dan
bukan Islam secara amnya.

7.4 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Dalam bahagian yang terakhir ini, kita akan melihat kepada cadangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi topik ini. Sila baca dan teliti perlaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijelaskan dalam Jadual 7.8.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 7 MUAMALAT III

Jadual 7.8: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah Penyampaian

 Penerangan Konsep Syarikat dalam Islam


ă Guru menjelaskan kepada pelajar mengenai takrif, dalil dan hikmah syarikat
dalam Islam.
ă Guru meminta pelajar menerangkan semula takrif, dalil dan hikmah syarikat
dalam Islam.

ă Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan


jenis syarikat dalam Islam.
ă Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka tadi di hadapan
kelas.

ă Guru membuat rumusan tentang hasil pembentangan pelajar.

ă Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang rukun dan syarat syarikat.

ă Pelajar diminta untuk mencatat nota mengenai rukun dan syarat syarikat.

ă Guru menghuraikan perkara yang boleh membatalkan akad atau kontrak


syarikat.
ă Guru menyoal semula pelajar mengenai perkara yang boleh membatalkan
akad atau kontrak syarikat.

ă Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran pada hari ini.

 Penerangan Konsep Hutang (Qardh)

ă Guru menerangkan kepada pelajar pengertian, dalil dan hikmah hutang


(qardh).
ă Guru meminta pelajar menerangkan semula pengertian, dalil dan hikmah
hutang (qardh).

ă Guru menjelaskan rukun dan syarat hutang.

ă Guru menyoal beberapa orang pelajar mengenai rukun dan syarat hutang.
ă Guru meminta pelajar menyenaraikan kegiatan hutang piutang yang
menyalahi hukum syarak.
ă Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran pada hari ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  193

 Penerangan Konsep Insurans (Takaful)

ă Guru menjelaskan kepada pelajar pengertian insurans dalam Islam.

ă Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan


jenis insurans.
ă Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka tadi di hadapan
kelas.

ă Guru membuat rumusan tentang hasil pembentangan pelajar.

ă Guru menjelaskan prinsip dan konsep insurans Islam.

ă Guru mengutarakan beberapa soalan berkaitan dengan perkara yang


bercanggah dengan prinsip insurans Islam.

ă Guru memilih beberapa pelajar untuk menjawab soalan tersebut dan jawapan
mereka adalah sampel kepada jawapan rakan lain.

ă Guru menerangkan ciri-ciri insurans Islam.

ă Guru meminta pelajar meringkaskan perbezaan antara insurans Islam


dengan insurans konvensional.

ă Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran pada hari ini.

AKTIVITI 7.6

Fikirkan beberapa aktiviti lain yang sesuai digunakan dalam pengajaran


dan pembelajaran bagi memudahkan pelajar memahaminya. Anda boleh
rujuk dari mana-mana buku berkaitan dengan kaedah pengajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 7 MUAMALAT III

 Syarikat ialah kontrak yang diwujudkan antara dua pihak atau lebih secara
sukarela dengan tujuan pengurusan dan memperolehi keuntungan.

 Syarikat dalam Islam terbahagi kepada empat jenis iaitu syarikat inan,
syarikat mufawadah, syarikat abdan dan syarikat wujuh. Keempat-empat
jenis syarikat ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Hanya syarikat
inan sahaja yang diharuskan oleh mazhab Shafie.

 Rukun syarikat pula terbahagi kepada tiga iaitu ahli syarikat, objek akad
atau perkara yang diakadkan dan sighah atau lafaz akad (ijab dan kabul).

 Syarikat akan terbatal jika berlaku salah satu daripada perkara yang
membatalkan syarikat iaitu ahli syarikat membatalkannya, mati salah
seorang ahli, salah seorang ahli hilang kelayakan dan murtad.

 Hutang ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain
dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang
tambahan.

 Hukum memberi dan mengambil hutang berubah mengikut keadaan sama


ada haram, makruh atau wajib.

 Rukun hutang terbahagi kepada tiga iaitu pemberi dan penerima hutang,
barang hutang dan akad hutang. Setiap rukun berkenaan mempunyai
syaratnya yang tersendiri.

 Hutang dalam Islam berbeza dengan riba terutamanya dalam soal bayaran
di mana hutang bayarannya adalah tetap sebagaimana jumlah yang
dihutangkan, sedangkan riba berlaku pertambahan bayaran akibat
penangguhan.

 Insurans iaitu apabila satu kumpulan manusia berikrar untuk mengumpul


segala tenaga dan sumber bagi mengadakan satu pakatan untuk saling
bekerjasama sesama mereka apabila ditakdirkan sesiapa sahaja antara
mereka ditimpa musibah atau kesusahan.

 Insurans yang diharuskan oleh Islam hendaklah tidak mempunyai salah satu
daripada tiga ciri berikut iaitu gharar, judi dan riba.

 Menerapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUAMALAT III  195

Gharar Riba
Insurans Am Syarikat Abdan
Insurans Nyawa Syarikat Inan
Judi Syarikat Mufawadah
Mudharabah Syarikat Wujuh
Qardh TabarruÊ
Qardh Hasan Takaful

Ahmad Isa Asyur. (t.th). Al-Fiqh muyassar. Maktabah al-Quran.

Apendi Sahi, et al. (2004). SPM Pendidikan Islam. Petaling Jaya: Sasbadi.

Fauziah Mohd Ramli, & Aminah bt Idris. (2002). Pendidikan Islam tingkatan
empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haron Din. et al. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Idris Ahmad. (2001). Fiqh Syafie. jil 2. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Mohd Rifai, et al. (1982). Terjemahan khulasah kifayatul akhyar. Semarang: C. V.


Toha.

Muhammad Ismail Daud Fatani. (t.th). MatlaÊ al-badrayn wa majmaÊ al-bahrain.


Maktabah wa MatbaÊah Muhammad al-Huda wa Awladuh.

Muhammad Mukhtar Syafie. (1982). Mengenal Islam: Tingkatan satu. Kuala


Lumpur: Pustaka Antara.

Muhammad Rawas QalÊah Ji, & Hamid Sadiq Qunaibi. (1988). Mukjam lughah
al-fuqaha. Beirut: Dar al-NafaÊis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 7 MUAMALAT III

Mustofa al-Khin, et al. (2004). Al-Fiqh al-manhaji: Kitab fikah mazhab Syafie.
Terj.. jil 6 & 7. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Sayyid Sabiq. (1987). Fiqh al-sunnah. jil 3. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabiyy.

Wahbah al-Zuhaili. (1987). Al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuh. jil 4. Damsyiq: Dar


al-Fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Munakahat I
8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti perkara yang berkaitan dengan pra pernikahan
seperti pemilihan jodoh, peminangan dan mas kahwin;
2. Menjelaskan pengertian nikah dan rukun nikah;
3. Mengenal pasti perempuan yang haram dinikahi;
4. Menghuraikan tanggungjawab suami dan isteri;.
5. Menyatakan ciri-ciri bakal suami dan isteri; dan
6. Membincangkan tentang poligami secara terperinci.

 PENGENALAN
Secara fitrahnya, setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup.
Tujuannya adalah untuk menyalurkan keinginan dan naluri kejantinaan,
membentuk sebuah keluarga dan memperolehi zuriat. Allah SWT telah
mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi tuntutan fitrah manusia ini.

Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi yang menjelaskan tentang perkahwinan
dan perkara yang berkaitan dengannya. Ia merupakan sunnah Nabi dan sesiapa
yang tidak berkahwin tanpa ada alasan atau keuzuran yang munasabah bererti
tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Topik ini membincangkan tentang perkara yang berkaitan dengan pernikahan


yang meliputi perkara sebelum nikah yang dinamakan sebagai tahap pra
perkahwinan. Seterusnya akan membincangkan tentang definisi pernikahan,
wanita yang haram dikahwini, tanggungjawab suami dan tanggungjawab isteri
serta poligami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

8.1 PRA PERKAHWINAN


Pra perkahwinan merupakan proses yang akan dilalui bagi setiap pasangan
lelaki dan wanita sebelum mereka melalui proses pernikahan. Terdapat beberapa
peringkat dalam proses pra perkahwinan seperti pemilihan jodoh dan proses
peminangan. Subtopik ini juga akan menerangkan tentang para wanita yang
tidak boleh dikahwini oleh seserang lelaki.

8.1.1 Pemilihan Jodoh

Seseorang yang ingin berkahwin disunatkan memilih bakal perempuan yang


hendak dipinang, begitu juga bagi pihak perempuan.

Tujuannya adalah supaya rumah tangga yang bakal dibina kelak dapat
melahirkan suatu kehidupan yang baik dan harmoni serta melahirkan keturunan
dan keluarga yang baik.

Nabi Muhammad SAW menjelaskan beberapa perkara bagi seorang lelaki yang
ingin mencari seorang perempuan yang ingin dijadikan bakal isterinya. Sifat
bakal isteri seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad adalah seperti berikut
yang ditunjukkan dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Enam sifat bakal isteri yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  199

Berikut adalah penerangan tentang sifat bakal isteri:

(a) Agama yang Kuat


Jodoh atau pasangan yang dipilih mestilah seorang individu yang
mempunyai pegangan yang kuat kepada agama Islam serta elok akhlaknya.
Perkahwinan bukan sekadar berhiaskan kecantikan luaran semata-mata
malah diserikan dengan pengetahuan agama yang mendalam (lihat Rajah
8.2).

Rajah 8.2: Perkahwinan


Sumber: http://www.mediasemasa.com

Nabi Muhammad SAW bersabda:

ِ ‫ إﻻ ﺗَـ ْﻔ َﻌﻠُﻮﻩ ﺗَ ُﻜ ْﻦ ﻓِْﺘـﻨَﺔً ﰲ اﻷ َْر‬، ُ‫وﺧﻠُِﻘ ِﻪ ﻓَـَﺰﱠو ُﺟ ْﻮﻩ‬


‫ض‬ ِ ‫إِ َذا ﺧﻄَﺐ إِﻟَﻴ ُﻜﻢ ِﻣﻦ ﺗُـﺮ‬
ُ ُ‫ﺿﻮ َن دﻳْـﻨَﻪ‬
ُْ ْ ْ َ َ

ٌ ْ‫ﺎد َﻋ ِﺮﻳ‬
.‫ﺾ‬ ٌ ‫وﻓَ َﺴ‬
Maksudnya:
„Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang,
hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya
nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi.‰

(b) Keturunan Baik


Keturunan seperti yang disarankan oleh Nabi ialah perempuan yang berasal
dari keturunan yang baik. Seseorang yang lahir dari keturunan yang baik
diyakini dapat melahirkan generasi yang baik dan berakhlak mulia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

Berikut adalah pesanan Nabi Muhammad SAW yang pernah dititipkan


kepada umatnya:

„Kahwinilah perempuan yang penyayang (wadud) dan berketurunan subur


(al-Walud).‰

Rasionalnya, Rasullulah menegaskan bahawa baginda berbangga dengan


ramai umatnya di hari kiamat kelak.

(c) Cantik Rupa


Kecantikan pada pandangan mata lalu tumpah ke hati sebagai perasaan
cinta, kasih dan mawaddah yang bakal mengindahkan lagi institusi
perkahwinan atau keluarga nanti. Justeru, Islam mengizinkan pihak lelaki
untuk melihat bakal isterinya khususnya wajah (tempat tumpahan kasih)
dan telapak tangan (lambang kulit dan tubuhnya) sebelum dia memutuskan
untuk mengambil calon tersebut sebagai pasangan hidupnya kelak.

(d) Mempunyai Harta


Harta adalah asas ekonomi dan tunjang kesejahteraan sesebuah institusi
keluarga. Dengan harta, keperluan rumahtangga dan tuntutan kehidupan
dapat disempurnakan oleh mana-mana pasangan, lebih-lebih lagi di awal
gerbang perkahwinan yang begitu mencabar dan menyulitkan.

(e) Kufu

Kufu iaitu setaraf bermaksud calon pengantin perempuan mestilah


sepadan dengan pengantin lelaki dari sudut agama, pekerjaan serta
fizikalnya.

Kufu atau sepadan adalah hak perempuan dan walinya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya ialah:

„Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan


kahwinkanlah dengan lelaki yang sekufu.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  201

(f) Perawan

Maksud perawan ialah perempuan yang belum pernah berkahwin.

Jabir r.a. menceritakan bahawa beliau telah berkahwin. Rasulullah SAW


bertanya kepada beliau, adakah dia berkahwin dengan perawan atau janda?
Jabir menjelaskan bahawa beliau telah berkahwin dengan seorang janda.
Nabi menjelaskan kenapa kamu tidak berkahwin dengan perawan kerana
kamu boleh bergurau dan bermain dengannya.

Dalam hadis riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW berpesan:

‫ﻚ‬ ِ ُ‫ﻫﻼًّ ﺑِ ْﻜﺮا ﺗُﻼً ِﻋﺒﻬﺎ وﺗ‬


َ ُ‫ﻼﻋﺒ‬ ُ ً َ
Maksudnya:
„Kahwinilah si perawan, nanti dikau boleh bermesra dengannya dan dia
juga akan bermesra denganmu.‰

Ciri-ciri ini terpakai untuk kedua-dua pihak iaitu calon suami dan isteri.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nur, ayat 26:

tβθç7ÍhŠ©Ü9$#uρ t⎦⎫Î6Íh‹©Ü=Ï9 àM≈t6Íh‹©Ü9$#uρ ( ÏM≈sWÎ7y‚ù=Ï9 šχθèWÎ7y‚ø9$#uρ t⎦⎫ÏWÎ7y‚ù=Ï9 àM≈sWÎ7sƒø:$#

∩⊄∉∪ ÒΟƒÌŸ2 ×−ø—Í‘uρ ×οtÏøó¨Β Νßγs9 ( tβθä9θà)tƒ $£ϑÏΒ šχρ♧y9ãΒ y7Íׯ≈s9'ρé& 4 ÏM≈t6Íh‹©Ü=Ï9

Maksudnya:
„Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji
adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah
untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita
yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan
oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka keampunan dan rezeki yang
mulia (syurga).‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

AKTIVITI 8.1

Apakah ciri-ciri yang harus dititikberatkan dalam memilih jodoh?

8.1.2 Peminangan
Setelah seorang lelaki tertarik kepada seorang perempuan dan berhasrat untuk
mengahwininya, tibalah masa untuk beliau meminangnya.

Mustafa al-Khin menjelaskan bahawa meminang bermaksud seorang lelaki


menyatakan keinginannya untuk berkahwin kepada wanita yang ingin
dikahwininya.

Lafaz peminangan terbahagi dua jenis iaitu:

(a) Lafaz Peminangan Secara Jelas (Tasrih)

Lafaz peminangan secara jelas ialah peminangan yang mempunyai satu


tafsiran sahaja iaitu keinginannya untuk berkahwin.

Contoh lafaz peminangan secara jelas seperti seseorang lelaki berkata


kepada bakal isterinya, „Aku ingin mengahwinimu,‰ atau „Selepas habis
iddahmu, aku akan mengahwinimu.‰

(b) Lafaz Peminangan Secara Bayangan atau Simbolik (Ta`Rid)


Contoh lafaz pinangan secara bayangan atau kiasan adalah beliau berkata
kepada seorang perempuan yang ingin dikahwininya dengan kata „Ingin
memetik bunga di taman‰ atau seumpamanya. Lafaz berkenaan
mempunyai pelbagai tafsiran sama ada lelaki tersebut benar-benar ingin
mengahwini perempuan berkenaan atau tidak.

8.1.3 Wanita yang Haram Dikahwini


Muhammad bin Ismail Daud bin al-Fathani dalam Kitab MathlaÊal Badrain
menerangkan bahawa sebenarnya Allah SWT telah menggariskan dalam
al-Quran mengenai perempuan-perempuan yang haram dikahwini oleh
mana-mana lelaki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  203

Asas kepada hukum atau perundangan ini dapat kita rujuk melalui firman
Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 22 dan 23:

tβ$Ÿ2 …çμ¯ΡÎ) 4 y#n=y™ ô‰s% $tΒ ωÎ) Ï™!$|¡ÏiΨ9$# š∅ÏiΒ Νà2äτ!$t/#u™ yxs3tΡ $tΒ (#θßsÅ3Ζs? Ÿωuρ

öΝä3è?$oΨ/t uρ öΝä3çG≈yγ¨Βé& öΝà6ø‹=n tã ôMtΒÌhãm ∩⊄⊄∪ ¸ξ‹Î6y™ u™!$y™uρ $\Fø)tΒuρ Zπt±Ås≈sù

ãΝà6çF≈yγ¨Βé&uρ ÏM÷zW{$# ßN$oΨt/uρ ˈF{$# ßN$oΨt/uρ öΝä3çG≈n=≈yzuρ öΝä3çG≈£ϑtãuρ öΝà6è?≡uθyzr&uρ

ãΝà6ç6Íׯ≈t/u‘uρ öΝä3Í←!$|¡ÎΣ àM≈yγ¨Βé&uρ Ïπyè≈|ʧ9$# š∅ÏiΒ Νà6è?≡uθyzr&uρ öΝä3oΨ÷è|Êö‘r& û©ÉL≈©9$#

ΟçFù=yzyŠ (#θçΡθä3s? öΝ©9 βÎ*sù £⎯ÎγÎ/ ΟçFù=yzyŠ ©ÉL≈©9$# ãΝä3Í←!$|¡ÎpΣ ⎯ÏiΒ Νà2Í‘θàfãm ’Îû ©ÉL≈©9$#

βr&uρ öΝà6Î7≈n=ô¹r& ô⎯ÏΒ t⎦⎪É‹©9$# ãΝà6Í←!$oΨö/r& ã≅Íׯ≈n=ymuρ öΝà6ø‹n=tæ yy$oΨã_ Ÿξsù  ∅ÎγÎ/

∩⊄⊂∪ $VϑŠÏm§‘ #Y‘θàxî tβ%x. ©!$# χÎ) 3 y#n=y™ ô‰s% $tΒ ωÎ) È⎦÷⎫tG÷zW{$# š⎥÷⎫t/ (#θãèyϑôfs?

Maksudnya:
„Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah
diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang
lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji dan dibenci
(oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam
perkahwinan). [23] Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-
perempuan yang berikut): Ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-
saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu
dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang
perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-
saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam
pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu
belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan
mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya) dan (haram juga
kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari
benih kamu dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk
menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

Wanita yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua iaitu:

 Wanita yang haram dikahwini selama-lamanya; dan

 Wanita yang haram dikahwini buat sementara waktu.

(a) Sebab Haram Dikahwini Selama-lamanya


Perempuan yang haram dikahwini itu pula disebabkan oleh tiga sebab
utama iaitu:

(i) Wanita yang Haram Dikahwini dengan Sebab Keturunan


Wanita yang tergolong dalam kategori ini termasuklah:

 Ibu dan nenek hingga ke atas;

 Anak dan cucu hingga ke bawah;

 Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu


sahaja;

 Ibu saudara sebelah bapa (adik beradik perempuan sebelah


bapa) hingga ke atas;

 Ibu saudara sebelah ibu (adik-beradik perempuan sebelah ibu)


hingga ke atas;

 Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga ke bawah; dan

 Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah.

(ii) Wanita yang Haram Dikahwini dengan Sebab Susuan


Wanita yang tergolong dalam kategori ini termasuklah:

 Ibu yang menyusukan; dan

 Saudara perempuan sesusuan.

Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT di dalam surah an-NisaÊ


ayat 23 yang menyebutkan:

Ïπyè≈|ʧ9$# š∅ÏiΒ Νà6è?≡uθyzr&uρ öΝä3oΨ÷è|Êö‘r& û©ÉL≈©9$# ãΝà6çF≈yγ¨Βé&uρ


Maksudnya:
„Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara
kamu sepersusuan.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  205

Pihak yang diharamkan sebab keturunan juga diharamkan dengan


sebab susuan. Ini merujuk kepada sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:

ِ ‫ﺎﻋ ِﺔ ُﳛَ ِﺮُم ِ ﻟﻨَﺴ‬ َ ‫َﻣﺎ ُﳛَِّﺮٌم ِ ﻟﱠﺮ‬


‫ـﺐ‬ َ ّ َ‫ﺿ‬
Maksudnya:
„Pihak yang haram daripada susuan sebagaimana haram daripada
keturunan.‰
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syarat haram dengan sebab susuan termasuklah:

 Ibu yang telah menyusukan itu telah baligh; dan

 Anak yang disusukan itu berusia dua tahun sebagaimana sabda


Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua


tahun.‰
(Riwayat Darul Qutni)

 Bilangan menyusu sampai lima kali yang berasingan dan setiap


kali menyusu mesti sampai kenyang. Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

„Adalah pada ayat yang diturunkan daripada al-Quran ialah


sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian
dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.‰
(Riwayat Muslim)

 Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan dan


sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-lima kali susuan
itu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

„Tidak diharamkan berkahwin dari susuan itu melainkan susuan


yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu
pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun.‰

Tegasnya, sekiranya tidak memenuhi syarat yang tersebut maka


tidaklah haram berkahwin antara ibu yang menyusukan dengan
anak yang disusukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

(iii) Wanita yang Haram Dikahwini Disebabkan Perkahwinan


(Mushoharah)
Wanita dalam kategori ini adalah seperti berikut:

 Ibu mertua sama ada daripada keturunan atau penyusuan; dan

 Ibu tiri atau nenek tiri hingga ke atas;

Hal ini jelas melalui firman Allah SWT lagi di dalam surah an-Nisa,
ayat 22:

…çμ¯ΡÎ) 4 y#=n y™ ô‰s% $tΒ ωÎ) Ï™!$|¡ÏiΨ9$# š∅ÏiΒ Νà2äτ!$t/#u™ yxs3tΡ $tΒ (#θßsÅ3Ζs? Ÿωuρ

∩⊄⊄∪ ¸ξ‹Î6y™ u™!$y™uρ $\Fø)tΒuρ Zπt±Ås≈sù tβ$Ÿ2

Maksudnya:
„Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan)
yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah
berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah
satu perkara yang keji dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi
seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan).‰

 Menantu perempuan atau isteri cucu hingga ke atas; dan

 Anak tiri dengan syarat sudah menyetubuhi ibunya, jika belum


disetubuhi kemudian diceraikan maka tidak haram mengahwini
anak tirinya itu sama ada anak tiri itu dari keturunan atau
penyusuan.

(b) Wanita yang Haram Dikahwini Sementara Waktu


Perempuan yang haram dikahwini buat sementara waktu dengan sebab
menghimpunkannya:

(i) Saudara perempuan sebelah isteri;


(ii) Anak saudara isteri sebelah bapa;
(iii) Anak saudara isteri dari saudara lelaki; dan
(iv) Anak saudara isteri dari saudara perempuan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  207

Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan


emak saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah
bapa dengan anak perempuan saudara lelaki dan tidak boleh dikahwini
seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu
begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan
dari saudara perempuan tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak
yang kecil dengan yang besar.‰
(Riwayat Al -Tirmidzi)

Rajah 8.3 berikut merupakan ringkasan golongan wanita yang haram dikahwini.

Rajah 8.3: Golongan wanita yang haram dikahwini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

AKTIVITI 8.2

Huraikan kategori-kategori wanita yang haram dikahwini:


(a) Wanita yang haram dikahwini selama-lamanya.
(b) Wanita yang haram dikahwini buat sementara waktu.

8.2 PERKAHWINAN
Perkahwinan adalah ikatan yang menjadi asas kepada pembentukan generasi
umat manusia. Orang yang berkahwin wajib mengatur kehidupan berkeluarga
dan memikul tanggungjawab yang diamanahkan agar matlamat perkahwinan
dapat dicapai.

8.2.1 Pengertian Perkahwinan


Perkahwinan adalah suatu tanggungjawab bermula setelah akad nikah
dilafazkan (sila lihat Rajah 8.4).

Rajah 8.4: Perkahwinan adalah suatu tanggungjawab


bermula setelah akad nikah dilafazkan
Sumber: www.muhtarsuhaili. wordpress.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  209

Maksud perkahwinan dari segi bahasa Arab bermaksud satu ikatan atau
simpulan.

Perkahwinan dari segi syarak pula adalah akad yang menghalalkan istimta`
(persetubuhan) antara suami dan isteri dengan cara yang dibenarkan oleh
syarak.

Islam amat menggalakkan ummatnya berkahwin kerana Allah SWT memberi


jaminan bahawa orang yang mendirikan rumahtangga akan dikurniakan rezeki.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nur, ayat 32:

(#θçΡθä3tƒ βÎ) 4 öΝà6Í←!$tΒÎ)uρ ö/ä.ÏŠ$t6Ïã ô⎯ÏΒ t⎦⎫ÅsÎ=≈¢Á9$#uρ óΟä3ΖÏΒ 4‘yϑ≈tƒF{$# (#θßsÅ3Ρr&uρ

∩⊂⊄∪ ÒΟŠÎ=tæ ììÅ™≡uρ ª!$#uρ 3 ⎯Ï&Î#ôÒsù ⎯ÏΒ ª!$# ãΝÎγÏΨøóムu™!#ts)èù


Maksudnya:
„Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-
orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan
hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dengan kurniaNya dan Allah Maha luas
(pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.‰

8.2.2 Pensyariatan Perkahwinan dan Hikmahnya


Terdapat beberapa dalil yang mensyariatkan perkahwinan iaitu al-Quran,
sunnah dan ijmak ulama. Jadual 8.1 menyatakannya dengan lebih lanjut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

Jadual 8.1: Tiga Sumber Dalil Perkahwinan

Sumber Dalil
Al- Firman Allah di dalam surah an-NisaÊ, ayat 3:
Quran

4©o_÷WtΒ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# z⎯ÏiΒ Νä3s9 z>$sÛ $tΒ (#θßsÅ3Ρ$$sù 4‘uΚ≈tGu‹ø9$# ’Îû (#θäÜÅ¡ø)è? ωr& ÷Λä⎢øÅz ÷βÎ)uρ

y7Ï9≡sŒ 4 öΝä3ãΨ≈yϑ÷ƒr& ôMs3n=Βt $tΒ ÷ρr& ¸οy‰Ïn≡uθsù (#θä9ω÷ès? ωr& óΟçFøÅz ÷βÎ*sù ( yì≈t/â‘uρ y]≈n=èOuρ

∩⊂∪ (#θä9θãès? ωr& #’oΤ÷Šr&


Maksudnya:
„Maka, berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan
lain, dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu bimbang tidak akan berlaku
adil (antara isteri kamu), maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.‰

Sunnah Hadis Nabi membuktikan bahawa perkahwinan merupakan tuntutan agama.


Nabi Muhammad pernah bersabda di dalam hadisnya:

ِ ‫ﺎب ﻣ ِﻦ اﺳﺘﻄَ ِﺎع اﻟﺒﺎء ٍة ﻓَـ ْﻠﻴـﺘـﺰﱠوج ﻓَِﺈﻧﱠﻪ أَ ْﻏ‬


‫ﺼ ُﻦ ﻟﻠ َﻔ ْﺮِج‬
َ ‫أﺣ‬
ْ ‫ﺼَﺮ و‬
َ َ‫ﺾ ﻟ ْﻠﺒ‬
ُ ُ ُ َ ََ َ َ َ ْ َ ِ َ‫َ َﻣ َﻌ َﺸَﺮ اﻟﺸﱠﺒ‬

‫ﻟﺼ ْﻮُم ﻓَِﺈﻧﱠﻪُ َو َﺟﺎء‬ ِ ِ


َ ِ ‫َوَﻣﻦ ﱂَ ﻳَ ْﺴﺘَﻄ ِﻊ ﻓَـ َﻌﻠَْﻴﻪ‬
Maksudnya:
„Wahai pemuda, sesiapa yang mampu antara kamu (mempunyai belanja
serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah dia berkahwin kerana
sesungguhnya, perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap
perempuan yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya, dan
sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah dia berpuasa, lantaran
puasa itu menjadi benteng buat dirinya.‰
(Riwayat Muslim)

Ijmak
Ulama Semua ulama bersepakat mengatakan bahawa perkahwinan itu adalah
dituntut oleh hukum syarak.

Ini berdasarkan dalil yang telah dinyatakan. Namun, perkahwinan


mempunyai hukum yang tertentu, berdasarkan keadaan dan situasi orang
yang ingin berkahwin. Isu ini akan diterangkan dengan lebih lanjut pada
Jadual 8.2 nanti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  211

Perkahwinan mempunyai banyak hikmah kepada Islam dan ummah.


Kelebihannya banyak disebutkan dalam ayat al-Quran dan hadis
Rasulullah SAW. Antara hikmah perkahwinan adalah:

(a) Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani;


(b) Menjamin kesihatan;
(c) Memupuk kasih sayang;
(d) Menjaga akhlak dari runtuh;
(e) Melahirkan keturunan yang soleh dan remaja yang berakhlak untuk
masyarakat Islam;
(f) Menjalin silaturahim; dan
(g) Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.

8.2.3 Hukum Perkahwinan

Hukum perkahwinan adalah sunat kerana ia diamalkan oleh Rasulullah


SAW.

Bagaimanapun, para ulama menetapkan hukum perkahwinan boleh berubah-


ubah mengikut keadaan individu (lihat Jadual 8.2).

Jadual 8.2: Hukum Perkahwinan

Hukum Huraian
Harus Orang yang tidak ada tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tidak ada
perkara yang mengharamkannya.
Wajib Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat
tubuh badan serta dikhuatiri terjerumus ke arah zina kerana tidak dapat
mengawal nafsu.
Sunat Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat
tubuh badan serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikhuatiri
terjerumus melakukan zina atau melakukan kezaliman terhadap
pasangannya.
Makruh Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan
untuk beristeri.
Haram Orang yang tidak berkemampuan untuk menunaikan nafkah zahir dan
batin atau diyakini akan melakukan kezaliman terhadap pasangannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

AKTIVITI 8.3

Huraikan hukum perkahwinan yang berikut:


(a) Wajib;
(b) Sunat;
(c) Makruh;
(d) Harus; dan
(e) Haram.

8.2.4 Rukun dan Syarat Perkahwinan


Pernikahan mempunyai rukun dan syarat tertentu. Ia digariskan oleh syarak
sebagai panduan sebelum kita melangsungkan perkahwinan. Rajah 8.5
memaparkan tentang lima rukun nikah.

Rajah 8.5: Lima rukun nikah

Setiap rukun nikah tersebut mempunyai syarat tertentu. Kita akan


membincangkan syarat-syarat bagi setiap rukun tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  213

Perkahwinan itu berlaku apabila telah melengkapi lima rukun nikah (lihat Jadual
8.3). Sekiranya salah satu daripada rukun nikah itu tidak dipenuhi, maka
perkahwinan itu dengan sendirinya tidak sah atau terbatal.
Mustafa al-Khin (1987)

Jadual 8.3: Rukun Nikah

Rukun Nikah Huraian

Bakal suami Syarat lelaki yang akan berkahwin:


Lelaki yang akan
(a) Islam;
berkahwin
(b) Bukan mahram kepada perempuan;
(c) Lelaki yang tertentu;
(d) Tidak dalam ihram haji atau umrah; dan
(e) Tidak beristeri empat dalam satu masa.

Bakal isteri Syarat perempuan yang akan berkahwin:


Perempuan yang
(a) Islam atau ahli kitab;
akan berkahwin
(b) Perempuan yang tertentu;
(c) Tidak dalam ihram haji atau umrah;
(d) Bukan dalam iddah talak rajÊi; dan
(e) Bukan mahram kepada suami seperti mahram nasab,
susuan atau persemendaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

Wali (a) Syarat wali:


Orang yang
(i) Islam;
berkuasa
mengahwinkan (ii) Adil;
seorang perempuan
(iii) Baligh;
(iv) Berakal;
(v) Tidak cacat; dan
(vi) Bukan orang berihram.

(b) Wali nikah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


(i) Wali Nasab
Ia terbahagi kepada dua: wali mujbir dan wali
bukan mujbir. Wali mujbir adalah bapa dan
datuk. Mereka juga adalah wali aqrab yang
bermaksud wali yang hampir dengan perempuan
tersebut. Wali mujbir berhak mengahwinkan
pengantin perempuan yang masih gadis tanpa
persetujuannya terlebih dahulu dengan syarat
bakal suami sekufu dengannya. Wali bukan
mujbir adalah mereka yang selain bapa dan datuk
seperti saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa.

(ii) Wali Hakim


Mereka yang diberi kuasa oleh Sultan atau
pemerintah untuk mengahwinkan perempuan
ketika ketiadaan wali, keengganan atau wali nasab
hilang kelayakan untuk mengahwinkannya.

(c) Susunan wali nikah mengikut keutamaan adalah seperti


berikut:
(i) Bapa (wali mujbir);
(ii) Datuk (wali mujbir);
(iii) Saudara lelaki seibu sebapa;
(iv) Saudara lelaki sebapa;
(v) Anak saudara lelaki dari saudara lelaki seibu
sebapa ke atas;
(vi) Anak saudara lelaki dari saudara lelaki sebapa ke
atas;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  215

(vii) Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas;


(viii) Bapa saudara dari sebelah bapa;
(ix) Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa dan ke
bawah (sepupu);
(x) Anak lelaki dari bapa saudara sebapa (sepupu);
dan
(xi) Wali hakim.

Dua Saksi (a) Syarat bagi saksi:


Peranan saksi
(i) Islam;
sangat penting
semasa akad (ii) Lelaki;
perkahwinan.
(iii) Berakal;
Antaranya:
(iv) Baligh;
 Mereka boleh
memberi (v) Adil;
keterangan
(vi) Sempurna pancaindera, iaitu tidak buta, pekak
sekiranya
atau bisu; dan
berlaku sesuatu
pertikaian. (vii) Memahami lafaz ijab dan kabul.
 Menjamin
sesuatu
perkahwinan itu
sah.
 Memuliakan
perkahwinan.
 Mengelakkan
berlakunya
fitnah dan
memuliakan
majlis akad
nikah.

Sighah Sighah ialah lafaz ijab dan kabul:


(a) Lafaz ijab dari wali seperti „Aku nikahkan engkau
dengan anak perempuanku.‰
(b) Lafaz qabul dari pengantin lelaki seperti „Aku terima
nikah anak perempuan engkau.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

8.2.5 Mas Kahwin

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada
isterinya disebabkan berlakunya akad nikah.
Mustafa al-Khin (1987)

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 4:

$\↔ÿ‹ÏΖyδ çνθè=ä3sù $T¡øtΡ çμ÷ΖÏiΒ &™ó©x« ⎯tã öΝä3s9 t⎦÷⎤ÏÛ βÎ*sù 4 \'s#øtÏΥ £⎯ÍκÉJ≈s%߉|¹ u™!$|¡ÏiΨ9$# (#θè?#u™uρ

∩⊆∪ $\↔ÿƒÍ£Δ
Maksudnya:
„Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai
pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan
kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah)
pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.‰

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

‫ﺲ َوﻟَ ْﻮ َﺧﺎَﲤًﺎ ِﻣﻦ َﺣ ِﺪﻳْ ٍﺪ‬ ِ


ْ ‫اَﻟْﺘَﻤ‬
Maksudnya:
„Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat
daripada besi.‰
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dari hadis di atas, nyatalah bahawa mas kahwin boleh dijadikan daripada apa
sahaja asalkan benda itu berguna dan memberikan faedah.

Jumlah mas kahwin itu tidak dihadkan oleh syarak, sama ada banyak atau
sedikit. Oleh itu untuk menentukan banyak atau sedikitnya mas kahwin itu
terpulanglah kepada dua pihak dengan persetujuan di antara keduanya serta
berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut. Syarak tidak menggalakkan
mas kahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Sebaik-baik mas kahwin ialah yang sederhana.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  217

Saidina Umar Al-Khattab r.a. pernah berkata (menurut Imam Ahmad dalam
kitab Musnad):

„Janganlah kamu melampau dalam meletakkan mas kahwin sekalipun mereka


adalah orang yang dipandang tinggi di dalam masyarakat kamu ataupun yang
paling bertakwa. Orang yang paling layak kamu contohi ialah Rasulullah SAW.
Baginda tidak pernah memberikan mas kahwin kepada isteri-isterinya dan
meminta mas kahwin untuk anak-anak perempuannya lebih dari 12 auqiah
(480 dirham).‰

8.2.6 Tanggungjawab Suami


Dr Wahbah Al-Zuhaili (1987) dalam Kitab Al-Fiqh al-Islamiy wa adilaltuhu
menjelaskan beberapa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seseorang
suami terhadap isterinya. Antara tanggungjawab seorang suami adalah seperti
berikut:

(a) Memberikan Mas Kahwin atau Mahar kepada Isterinya

Mahar adalah harta atau manfaat yang wajib ditunaikan oleh seorang
lelaki kepada perempuan yang hendak dikahwininya.

Ini berasaskan kepada firman Allah SWT:

$T¡øtΡ çμ÷ΖÏiΒ &™ó©«


x ⎯tã öΝä3s9 t⎦÷⎤ÏÛ βÎ*sù 4 \'s#øtÏΥ £⎯ÍκÉJ≈s%߉|¹ u™!$|¡ÏiΨ9$# #θè?#u™uρ

∩⊆∪ $\↔ÿƒÍ£Δ $\↔ÿ‹ÏΖyδ çνθè=ä3sù


Maksudnya:
„Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka
sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwinnya maka
makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang
lazat, lagi baik kesudahannya.‰

Rasulullah SAW pernah meminta seorang sahabat yang ingin berkahwin


supaya membayar mahar walaupun dengan sebentuk cincin besi dan tidak
pernah berlaku dalam sebarang perkahwinan itu berlangsung tanpa
membayar mahar, sama ada oleh Rasulullah SAW atau sahabat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

(b) Suami adalah Ketua Keluarga, Pelindung Isteri dan Anak


Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak. Sebagai
pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami
berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan
kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha
menyediakan faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

(c) Memberikan Nafkah dalam Bentuk Harta Benda kepada Isteri


Nafkah harta benda yang perlu diberikan oleh suami kepada isteri ialah
nafkah makan minum, pakaian, rumah serta kelengkapannya serta
keperluan harian yang lain. Dia juga wajib menyediakan rumah kediaman,
pakaian dan makan minum keluarga.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

„Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli


keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.‰
(Riwayat Ibn Majah)

(d) Memberikan Nafkah Batin kepada Isterinya


Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan
hubungan seks. Nafkah batin diakui fitrah semula jadi manusia yang
memerlukan kasih sayang dan belaian.

Firman Allah SWT dalam surah al-NisaÊ dalam ayat 19:

4 Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ £⎯èδρçÅ°$tãuρ
Maksudnya:
„Dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu) menurut cara yang maÊruf
(secara layak).‰

Firman ini jelas menunjukkan hak nafkah batin isteri amat penting dalam
perkahwinan. Isteri yang tidak mendapat hubungan seksual atau perhatian
dan kasih sayang mudah hilang arah sekali gus membuka ruang untuknya
melakukan maksiat. Seorang suami patut menjadi pelindung kepada
isterinya dalam memberikan jaminan daripada segala keburukan dan
kemaksiatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  219

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 222 menegaskan:

t⎦⎫Î/≡§θ−G9$# =Ïtä† ©!$# ¨βÎ) 4 ª!$# ãΝä.ttΒr& ß]ø‹ym ô⎯ÏΒ  ∅èδθè?ù'sù tβö£γsÜs? #sŒÎ*sù

∩⊄⊄⊄∪ š⎥⎪ÌÎdγsÜtFßϑø9$# =Ïtä†uρ

Maksudnya:
„Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangi mereka menurut
jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah itu
mengasihi orang-orang yang bertaubat dan menyucikan dirinya.‰

(e) Melayani Isteri dengan Layanan yang Baik, Berkasih-sayang serta


Menasihati Isteri Jika Dia Melakukan Kesalahan
Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah
(kasihan belas), berakhlak dan contoh yang baik. Ia bertanggungjawab di
hadapan Allah SWT terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di
dalam mengendalikan rumahtangga adalah penting. Rasulullah SAW
menyifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

(f) Adil terhadap Isteri-isterinya Jika Berpoligami


Sekiranya berkahwin lebih daripada seorang, hendaklah dia berlaku adil
kepada isteri-isterinya. Dalam masalah poligami ini, seseorang itu
hendaklah menjauhi sekiranya berkahwin lebih daripada satu
menyebabkan ia mencuaikan hak isteri dan anak yang diwajibkan ke
atasnya, seperti memberi nafkah.

(g) Memberi Didikan Agama


Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik (lihat Rajah 8.6). Rasulullah
SAW menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah SWT. Amanah itu
hendaklah dijaga dengan cermat. Oleh itu, dia wajib mengajar anak
isterinya dengan hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri, dia
wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini, suami yang bijak awal-awal
lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu, dapat meringankan
beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang
beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam
kehidupan beragama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

Rajah 8.6: Suami wajib memimpin isteri ke jalan benar dan memberi didikan agama
Sumber: www.rakyatmerdeka.co.id/

8.2.7 Tanggungjawab Isteri


Anis M. Busra (1999) dalam tulisannya berjudul Panduan Isteri Mendampingi
Suami antara lain telah menggariskan beberapa tanggungjawab yang perlu
dilakukan oleh seorang isteri terhadap suaminya (lihat Rajah 8.7). Antara
tanggungjawab isteri adalah:

Rajah 8.7: Isteri haruslah bertanggungjawab kepada suami

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  221

(a) Mentaati suaminya selagi perintah suaminya tidak bercanggah dengan


hukum Allah SWT;
(b) Menjaga kehormatan dirinya dan harta suami ketika peninggalannya;
(c) Melayani suami dengan sebaik-baiknya seperti menyediakan makan
minum suami dan sebagainya;
(d) Berhias dan berwangian serta sentiasa kemas semasa berada bersama
suaminya;
(e) Sentiasa bermanis muka terhadap suaminya;
(f) Isteri sebagai pendorong dan pemberi semangat dalam pekerjaan suami;
(g) Menjaga aurat ketika keluar rumah dan tidak meninggalkan rumah kecuali
dengan izin suami;
(h) Tidak membenarkan orang lain masuk rumah kecuali dengan izin suami;
(i) Menghormati suami termasuk keluarganya;
(j) Memberikan didikan agama kepada anak-anaknya;
(k) Menguruskan rumah dan harta benda suami dengan bijak dan teratur; dan
(l) Memberi nasihat atau panduan kepada suami, sekiranya dia tersalah
langkah dan arah pedoman.

8.3 POLIGAMI
Allah SWT membenarkan para lelaki Muslim untuk mengamalkan poligami.
Rasulullah SAW sendiri merupakan model contoh kepada para lelaki Muslim
yang mengamalkan poligami yang adil. Di dalam topik ini, kita akan
membincangkan pengertian poligami dalil yang mensyariatkan poligami beserta
dengan hikmahnya. Seterusnya, kita akan membincangkan hukum dan keadilan
dalam poligami. Akhir sekali, kita akan menyentuh berkenaan denga keadaan
yang membenarkan seseorang lelaki Muslim untuk berpoligami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

8.3.1 Pengertian Poligami

Poligami ialah berkahwin lebih dari satu iaitu dua, tiga atau had
maksimumnya adalah empat.

Seseorang lelaki dibenarkan berpoligami dengan syarat ia boleh berlaku adil


antara isteri-isterinya.

8.3.2 Pensyariatan Poligami dan Hikmahnya


Terdapat beberapa dalil yang mensyariatkan poligami:

(a) Dalil daripada al-Quran

¨≅à2 (#θè=ŠÏϑs? Ÿξsù ( öΝçFô¹tym öθs9uρ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# t⎦÷⎫t/ (#θä9ω÷ès? βr& (#þθãè‹ÏÜtFó¡n@ ⎯s9uρ

#Y‘θàxî tβ%x. ©!$#  χÎ*sù (#θà)−Gs?uρ (#θßsÎ=óÁè? βÎ)uρ 4 Ïπs)¯=yèßϑø9$$x. $yδρâ‘x‹tGsù È≅øŠyϑø9$#

∩⊇⊄®∪ $VϑŠÏm§‘
Maksudnya:
„Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-
isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, Karena itu
janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga
kamu biarkan yang lain terkatung-katung. dan jika kamu mengadakan
perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), Maka Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.‰
(an-NisaÊ 4:129)

(b) Dalil Sunnah


Hadis yang diriwayatkan oleh Qais yang bermaksud:

„Aku telah memeluk Islam dan aku mempunyai lapan orang isteri,
kemudian aku pergi bertemu Rasulullah serta aku menceritakan tentang
demikian itu kepadanya, maka Baginda bersabda: Pilihlah empat orang
sahaja dalam kalangan mereka itu.„

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  223

Islam mengharuskan poligami berdasarkan hukum asalnya dan tidak


mewajibkannya. Berikut adalah empat hikmah disyariatkan poligami:

(i) Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat


melahirkan anak kerana mandul, sakit dan lain-lain;

(ii) Poligami ialah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak
mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di
medan perang;

(iii) Mengurangkan jumlah kaum wanita yang tidak berkahwin; dan

(iv) Menambahkan zuriat di muka bumi Allah SWT dengan cara yang
halal.

8.3.3 Hukum Poligami

Poligami adalah diharuskan dalam Islam tetapi tidak melebihi empat isteri.

Sekiranya ingin berkahwin dengan isteri yang kelima, hendaklah diceraikan


salah seorang dari empat isteri yang telah dikahwini kemudian perlulah tunggu
sehingga selesai idah isteri yang diceraikan itu.

8.3.4 Keadilan dalam Poligami


Suami hendaklah sentiasa melakukan keadilan antara isteri-isterinya. Ini telah
ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 3:

4©o_÷WtΒ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# z⎯ÏiΒ Νä3s9 z>$sÛ $tΒ (#θßsÅ3Ρ$$sù 4‘uΚ≈tGu‹ø9$# ’Îû (#θäÜÅ¡ø)è? ωr& ÷Λä⎢øÅz ÷βÎ)uρ

y7Ï9≡sŒ 4 öΝä3ãΨ≈yϑ÷ƒr& ôMs3n=tΒ $tΒ ÷ρr& ¸οy‰Ïn≡uθsù (#θä9ω÷ès? ωr& óΟçFøÅz ÷βÎ*sù ( yì≈t/â‘uρ y]≈n=èOuρ

∩⊂∪ (#θä9θãès? ωr& #’oΤ÷Šr&


Maksudnya:
„Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak)
perempuan yang yatim (bila mana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-
wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

tidak akan dapat berlaku adil [berlaku adil ialah perlakuan yang adil dalam
melayani isteri seperti pakaian, tempat, giliran dan lain-lain yang bersifat
lahiriyah], Maka (kawinilah) seorang sahaja [Islam memperbolehkan poligami
dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum turun ayat ini, poligami sudah ada dan
pernah pula dijalankan oleh para nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. Ayat ini
membatasi poligami sampai empat orang saja], yang demikian itu adalah lebih
dekat kepada tidak berbuat aniaya.‰

Jika timbul rasa khuatir tidak dapat berlaku adil, ia hanya boleh berkahwin
seorang sahaja. Ulama berpendapat tentang keadilan itu dalam soal kebendaan
seperti tempat tinggal, pakaian, makanan dan waktu bermalam serta segala yang
berhubung dengan pergaulan suami isteri. Membahagi-bahagikan malam dengan
adil dalam kalangan isteri-isterinya itu adalah wajib tetapi tidak wajib sama
jumlah bilangan persetubuhan. Ini hanya disunatkan sahaja.

Begitu juga dalam soal kasih sayang kerana ianya adalah perkara yang tidak
mampu oleh mana-mana individu untuk melakukannya. Ini kerana manusia
tidak boleh menguasai hatinya yang menjadi punca perasaan kasih sayang.

8.3.5 Keadaan yang Membenarkan Poligami


Keadaan yang membenarkan seseorang suami untuk berpoligami adalah seperti
berikut:

(a) Suami yang mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa
sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya;

(b) Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin
lagi;

(c) Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah
suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah SWT; dan

(d) Menyelamatkan kaum wanita yang telah lanjut usia yang belum mendirikan
rumah tangga.

AKTIVITI 8.4

Nyatakan keadaan yang membenarkan poligami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUNAKAHAT I  225

8.4 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Untuk mengajar tajuk berkaitan perkahwinan ini, dicadangkan agar anda
menerangkan isi pembelajaran satu persatu agar pelajar dapat memahami topik
ini dengan jelas. Ini kerana isi pembelajaran yang utama dalam tajuk ini adalah
berbentuk hukum dan fakta. Apabila pelajar telah memahami isi utama, anda
boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan isu-isu semasa agar pelajar dapat
mengukuhkan lagi kefahaman, di samping meluaskan pengetahuan mereka.
Anda juga boleh meminta pelajar mencari maklumat tambahan yang banyak
dimuatkan di dalam akhbar dan menampal keratan akhbar tersebut di kelas
untuk dijadikan rujukan.

Selain itu, bagi memantapkan tahap pemahaman pelajar untuk topik ini,
dicadangkan juga untuk melakukan pertandingan pidato, syarahan dan
perbahasan di dalam kelas. Sebagai contoh, pertandingan perbahasan berkaitan
isu poligami antara kebaikan dan keburukan, atau perbahasan berkaitan
kebaikan dan keburukan mahar yang tinggi, boleh dijalankan di antara dua
kumpulan pelajar.

 Hidup berpasangan adalah fitrah setiap manusia. Allah SWT


menghalalkannya menerusi ikatan perkahwinan yang sah.

 Pra perkahwinan bermaksud perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang


bakal pengantin sebelum berkahwin seperti memilih bakal isteri atau suami
dan juga proses peminangan.

 Pernikahan mempunyai rukun dan syarat tertentu yang mesti dipatuhi.

 Islam turut menggariskan ciri-ciri bakal suami dan isteri untuk dijadikan
panduan dalam memilih pasangan hidup.

 Perkahwinan bukan untuk memenuhi kehendak nafsu atau menunaikan


naluri seks semata-mata, bahkan ia merupakan satu tanggungjawab, amanah
dan ibadah mulia di sisi Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 8 MUNAKAHAT I

Perkahwinan Wali hakim


Mahram Mas kahwin
Wali mujbir Memilih jodoh
Wali bukan mujbir Peminangan

Aimi Hamzah, Muhammad Haidar Mohd. Isa, & Mohd. Shah Ujang. (2003).
Buku teks Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Asmaji Aes Mukhtar. (pnys). (2004). Al-Muhtamir tafsir al-Quran Juz 1-30. Johor:
Jahabersa.

Muhammad Ismail Daud Fatani. (t. th.). MatlaÊ ul-badtain wa majmak al-bahrain.
Maktabah wa Matbah Muhammad al-Huda wa Auladuh.

Muhammad Zaini Yahya, Zamri Abdul Rahim, & Afendi Sahi. (2003). Buku teks
Pendidikan Islam tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Najibah Mohd. Zin. (2007). Perceraian dalam undang-undang keluarga Islam.


Dlm. Najibah Mohd. Zin et al. Undang-undang keluarga Islam. hlm 101-
154. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suad Ibrahim Salih. (1989). Adwa ala nizam al-usrah fi al-Islam. Kaherah: Dar
al-Diya.

Wahbah al-Zuhaili. (1987). Al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuh. jil. 7. Damsyiq: Dar


al-fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Munakahat II
9
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti perkara yang berkaitan dengan masalah
rumahtangga seperti nusyuz dan syiqaq;
2. Menjelaskan tentang talak dan rujuk;.
3. Menerangkan secara terperinci tentang idah;
4. Mengaplikasikan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sesuai
dengan topik ini.

 PENGENALAN
Ikatan perkahwinan yang dilalui oleh pasangan suami isteri adakalanya tidak
terlepas daripada berhadapan dengan kemelut rumahtangga. Namun, setiap
permasalahan mempunyai jalan penyelesaian. Syarak telah menetapkan
beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam
rumah tangga.

Justeru, dalam topik ini, kita akan membincangkan tentang nusyuz, syiqaq, talak,
ilaÊ, zihar, liÊan, fasakh, rujuk dan idah serta cara penyelesaian masalah
rumahtangga sebagaimana yang digariskan oleh syarak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

9.1 MASALAH RUMAH TANGGA DAN CARA


PENYELESAIANNYA
Setiap pasangan suami dan isteri pasti mengharapkan agar mereka sentiasa
bahagia dan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa pasangan yang akan menempuhi pelbagai
masalah rumah tangga seperti nusyuz, syiqaq, talak, rujuk, ilaÊ, zihar, liÊan dan
fasakh. Dalam subtopik ini, kita akan bincangkan cara penyelesaian bagi setiap
permasalahan ini secara terperinci.

9.1.1 Nusyuz
Permasalahan pertama rumah tangga yang akan dibincangkan ialah nusyuz.

(a) Pengertian dan Hukum


Nusyuz dari segi bahasa bermaksud derhaka iaitu tidak melakukan hak
kewajipan terhadap suaminya.

Nusyuz dari sudut syarak ialah keengganan isteri dari menunaikan


kewajipan-kewajipan terhadap suaminya tanpa alasan yang munasabah
menurut syarak.

Hukum nusyuz adalah haram.

Ia merupakan salah satu dosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang


bermaksud:

„Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak


datang dan suami tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat
isteri tersebut sehingga subuh. ‰
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:

„Demi Allah yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNya;


seseorang isteri tidak menunaikan hak Tuhannya sehinggalah dia
menunaikan hak suaminya.‰
(Riwayat Ahmad)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MUNAKAHAT II  229

(b) Berlakunya Nusyuz dengan Salah Satu Perkara Berikut:

(i) Isteri keluar rumah tanpa kebenaran dan tanpa alasan yang
munasabah atau darurat seperti keluar rumah kerana ditakuti
tertimbus dibawah runtuhan tanah bangunan;

(ii) Isteri bermusafir tanpa kebenaran suami;

(iii) Isteri tidak membuka pintu rumah supaya suaminya boleh masuk;

(iv) Isteri menghalang suaminya daripada menyetubuhinya tanpa alasan


munasabah seperti sakit;

(v) Suami memanggil isterinya tetapi tidak diendahkannya dengan


membuat halnya sendiri; dan

(vi) Isteri enggan pergi ke rumah suaminya apabila dijemput walaupun


isteri sibuk dengan tugasannya kerana dia menyalahi kehendak
suaminya tanpa uzur.

(c) Cara Mengatasi Nusyuz


Apabila didapati isterinya telah nusyuz, maka hendaklah suaminya
mentaÊdibkan (mengajarkan) isterinya secara makruf. Ini berdasarkan
firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 34:

!$yϑÎ/uρ <Ù÷èt/ 4’n?tã óΟßγŸÒ÷èt/ ª!$# Ÿ≅Òsù $yϑÎ/ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# ’n?tã šχθãΒ≡§θ%s ãΑ%y`Ìh9$#

xáÏym $yϑÎ/ É=ø‹tóù=Ïj9 ×M≈sàÏ≈ym ìM≈tGÏΖ≈s% àM≈ysÎ=≈¢Á9$$sù 4 öΝÎγÏ9≡uθøΒr& ô⎯ÏΒ (#θà)xΡr&

ÆìÅ_$ŸÒyϑø9$# ’Îû £⎯èδρãàf÷δ$#uρ  ∅èδθÝàÏèsù  ∅èδy—θà±èΣ tβθèù$sƒrB ©ÉL≈©9$#uρ 4 ª!$#

$wŠÎ=tã šχ%x. ©!$# ¨βÎ) 3 ¸ξ‹Î6™


y £⎯Íκön=tã (#θäóö7s? Ÿξsù öΝà6uΖ÷èsÛr& ÷βÎ*sù ( £⎯èδθç/ÎôÑ$#uρ

∩⊂⊆∪ #ZÎ6Ÿ2
Maksudnya:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah
telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain
(wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada
Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah
telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan
nusyuznya, Maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat
tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu,
maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.

Daripada ayat di atas, suami hendaklah melakukan taÊdib semasa lahir


tanda nusyuz dengan langkah seperti berikut:

(i) Suami Menasihati dan Tunjuk Ajar


Suami menasihati dengan kata-kata yang baik dan lembut serta
menasihati supaya menjadi seorang wanita yang solehah.

(ii) Suami Hendaklah Tidur Berasingan


Jika dengan menasihati itu isteri tidak berubah, maka suami
hendaklah tidur berasingan dan tidak menyetubuhinya.

(iii) Suami Memukul dengan Pukulan yang Tidak Mencederakan


Jika dengan tidur berasingan itu isteri tidak juga berubah, maka
hendaklah suami memukul dengan pukulan yang tidak
mencederakan. Pukulan itu dilakukan pada selain dari, muka, perut,
dan tempat yang kelihatan cantik supaya tidak memburukkannya.

AKTIVITI 9.1

Bagaimanakah berlakunya nusyuz dan cara-cara mengatasinya?

9.1.2 Syiqaq
Permasalahan kedua dalam rumah tangga yang kebiasaannya didengari dalam
kalangan masyarakat ialah syiqaq.

(a) Pengertian Syiqaq


Syiqaq dari segi bahasa bermaksud pecah.

Dari sudut istilah, syiqaq bererti perbalahan atau perselisihan yang


terjadi antara suami isteri yang telah berlarutan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MUNAKAHAT II  231

Krisis yang terjadi antara suami isteri tersebut memerlukan perhatian


khusus dimana kedua-duanya tidak dapat mencari jalan penyelesaian.

(b) Nas Syiqaq

βÎ) !$yγÎ=÷δr& ô⎯ÏiΒ $Vϑs3ymuρ ⎯Ï&Î#÷δr& ô⎯ÏiΒ $Vϑs3ym (#θèWyèö/$$sù $uΚÍκÈ]÷t/ s−$s)Ï© óΟçFøÅz ÷βÎ)uρ

∩⊂∈∪ #ZÎ7yz $¸ϑŠÎ=tã tβ%x. ©!$# ¨βÎ) 3 !$yϑåκs]øŠt/ ª!$# È,Ïjùuθム$[s≈n=ô¹Î) !#y‰ƒÌãƒ

Maksudnya:
„Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara keduanya, maka
kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang hakam dari
keluarga perempuan. Jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan
perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.‰

(c) Kaedah Penyelesaian Syiqaq


Jika perselisihan suami isteri tidak dapat diselesaikan oleh mereka berdua,
perkara ini hendaklah dibawa kepada hakim. Hakim akan melantik dua
orang pengantara muslim, adil dan tahu cara menyelesaikannya.
Disunatkan seorang daripadanya adalah daripada keluarga suami dan
seorang lagi daripada keluarga isteri.

Kedua-dua pengantara tersebut hendaklah bertindak sebagai wakil suami


isteri tersebut. Disyaratkan juga kedua-dua pengantara tersebut mendapat
persetujuan suami isteri sebagai wakil masing-masing dalam usaha untuk
mencari jalan perdamaian dalam menyelesaikan masalah yang berlaku.

9.1.3 Talak
Talak merupakan perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah tetapi dibenarkan.
Talak juga merupakan permasalahan rumah tangga yang ketiga yang kerap
diperkatakan oleh masyarakat kita.

(a) Pengertian dan Hukum


Talak dari segi bahasa bermaksud cerai atau melepaskan ikatan.

Dari sudut istilah, talak bererti merungkai ikatan perkahwinan dengan


lafaz talak, cerai atau yang mengandungi makna keduanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

Contohnya, suami berkata kepada isteri, „Aku ceraikan engkau‰ atau „Aku
talakkan engkau‰ atau „Baliklah engkau ke rumah orang tuamu‰ yang
disertakan dengan niat cerai. Talak juga boleh berlaku dengan tulisan atau
isyarat yang mudah difahami.

Hukum talak adalah harus sebagai langkah penyelesaian terakhir


mengatasi masalah rumahtangga.

Walaupun begitu, talak adalah perkara halal dan amat tidak disukai oleh
Allah SWT. Para ulamaÊ telah memperincikan hukum talak sebagaimana
yang terdapat dalam Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Empat Hukum Talak

Hukum Keterangan
Wajib Apabila suami tidak dapat melaksanakan kewajipan seperti memberi
nafkah atau melakukan kezaliman sehingga mengancam keselamatan.

Sunat Apabila isteri memiliki akhlak yang buruk dan tiada cara dapat
memperbaikinya.

Makruh Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah.

Haram Apabila talak dilafazkan pada waktu yang diharamkan seperti waktu
isteri sedang haid, hamil dan nifas atau bertujuan menganiayainya.

(b) Rukun
Lafaz talak sah jika memenuhi semua rukun dan syarat-syaratnya (lihat
Rajah 9.1).

Rajah 9.1: Tiga rukun talak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MUNAKAHAT II  233

(c) Syarat Sah Talak


Syarat sah talak adalah seperti berikut:

(i) Suami
 Islam;
 Baligh;
 Berakal; dan
 Tidak dipaksa.

(ii) Isteri
 Merupakan isteri yang sah melalui akad nikah; dan
 Masih dalam kekuasaan suami walaupun dalam tempoh iddah
rajÊie.

(iii) Lafaz Talak


 Lafaz talak diucapkan oleh suami; dan
 Lafaz hendaklah mempunyai maksud cerai, sama ada sarih
(terang) atau kinayah (sindiran).

(d) Jenis
Talak terbahagi kepada dua bahagian: talak dari aspek hukum dan talak
dari sudut kesan. Ini dapat diterangkan dengan lebih lanjut di dalam Jadual
9.2 dan Jadual 9.3.

Jadual 9.2: Talak dari Aspek Hukum

Talak Sunni Talak BidÊi

Talak yang sesuai dengan peraturan Talak yang menyalahi peraturan syarak
syarak iaitu suami menceraikan isteri iaitu suami menceraikan isteri ketika haid,
dengan talak satu atau dua ketika isterinya nifas atau ketika suci tetapi disetubuhi
suci dari haid, nifas dan tidak disetubuhi. atau menceraikan dengan talak tiga sekali
gus. Hukum talak bidÊi adalah haram
tetapi sah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

Jadual 9.3: Talak dari Aspek Kesan

Talak RajÊie Talak BaÊin


Talak satu atau Sughra Kubra
dua yang belum
tamat idahnya. Talak yang tidak membolehkan Talak tiga yang
suami merujuk isteri dalam idah mengharamkan bekas suami
melainkan dengan akad dan mahar mengahwini semula isterinya
yang baru. Talak jenis ini kecuali selepas isteri
merangkumi khuluk, fasakh, ilaÊ, berkahwin dengan lelaki lain
talak rajÊie yang belum tamat dan diceraikan setelah
tempoh idah dan talak sebelum berlaku persetubuhan.
bersetubuh.

(e) Bilangan
Bilangan talak yang dibenarkan adalah tiga kali. Ini berdasarkan firman
Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 229:

3 9⎯≈|¡ômÎ*Î/ 7xƒÎô£s? ÷ρr& >∃ρá÷èoÿÏ3 88$|¡øΒÎ*sù ( Èβ$s?§sΔ ß,≈n=©Ü9$#

Maksudnya:
„Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan
cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik.‰
(al-Baqarah 2: 229)

Mafhum ayat ini adalah talak yang boleh dirujuk semula adalah talak
pertama dan kedua. Sementara talak ketiga adalah talak maksimum yang
tidak boleh dirujuk.
(Aimi, Muhammad Haidar & Mohd. Shah, 2003)

(f) Hikmah Disyariatkan Talak


Kadangkala kerosakan rumahtangga yang dibina berlaku tanpa diundang.
Maka Islam memberi peluang untuk menghilangkan perkara-perkara
tersebut dengan berpisah. Oleh itu, terdapat beberapa hikmah dan rahsia
Allah SWT membenarkan perceraian walaupun ianya amat dibenciNya.

Dua hikmahnya adalah:

(i) Tujuan perkahwinan adalah hidup didalam pergaulan sempurna dan


dengan demikian jika suami isteri tidak boleh lagi hidup sempurna
maka diberi peluang untuk berpisah bagi memperbaiki diri masing-
masing; dan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 MUNAKAHAT II  235

(ii) Tujuan perkahwinan juga sebagai satu jalan yang paling mulia untuk
mengatur rumahtangga dan keturunan. Oleh itu, jika sekiranya
mereka tidak boleh melahirkan zuriat dan keturunan, mereka diberi
peluang untuk berpisah bagi mencari pasangan lain yang boleh
memberikan zuriat dan keturunan mereka.

9.1.4 Rujuk
Rujuk merupakan peluang bagi pasangan suami dan isteri yang sudah bercerai
untuk kembali bersama.

(a) Pengertian
Dari segi bahasa, rujuk bermaksud kembali.

Dari sudut istilah, rujuk adalah suami mengambil isteri yang telah
diceraikan kembali ke pangkuannya.

Suami boleh merujuk isteri yang diceraikan dengan talak satu atau dua
sahaja semasa isteri masih berada dalam tempoh idah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 228:

4 $[s≈n=ô¹Î) (#ÿρߊ#u‘r& ÷βÎ) y7Ï9≡sŒ ’Îû £⎯ÏδÏjŠtÎ/ ‘,ymr& £⎯åκçJs9θãèç/uρ

Maksudnya:
„Dan suami-suami berhak merujuk isteri mereka dalam masa menanti itu
(idah), jika mereka (para suami) menghendaki islah (berdamai).‰

(b) Rukun
Rajah 9.4 di bawah menerangkan rukun rujuk.

Rajah 9.4: Rukun rujuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

(c) Syarat
Syarat-syarat rujuk adalah berdasarkan kepada rukun-rukun rujuk seperti
di dalam Jadual 9.4:
Jadual 9.4: Syarat-syarat Rujuk

Rukun Syarat
Suami  Islam;
 Berakal;
 Baligh; dan
 Kemahuan sendiri.
Isteri  Islam;
 Tidak diceraikan secara fasakh atau khuluk;
 Masih dalam iddah;
 Telah disetubuhi suami; dan
 Tidak ditalak tiga.
Sighah  Menggunakan lafaz rujuk seperti kata suami „Aku rujuk engkau‰;
 Tidak bertaklik. Jika suami berkata; „Aku rujuk engkau jika engkau
bekerja‰, maka rujuk itu tidak sah; dan
 Tidak ditentukan masa. Jika suami berkata; „Aku rujuk engkau
selama setahun,‰ maka rujuk itu tidak sah.

AKTIVITI 9.2

Bincangkan tentang:
(a) Talak taklik dan bahagian-bahagiannya.
(b) Hikmah disyariatkan talak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MUNAKAHAT II  237

9.1.5 Ila’, Zihar dan Li’an


IlaÊ, zihar dan liÊan merupakan permasalahan rumah tangga yang berbeza antara
satu sama lain. Mari kita lihat perbezaannya.

(a) IlaÊ
Di sini, kita akan membincangkan makna, hukum, rukun dan syarat
melakukan ilaÊ.

(i) Pengertian IlaÊ


IlaÊ dari segi bahasa bermaksud sumpah.

Dari sudut istilah, ilaÊ adalah suami yang berhak mentalakkan


isterinya bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya lebih
daripada empat bulan atau secara mutlak.

(ii) Hukum IlaÊ


IlaÊ adalah haram pada pendapat jumhur ulama kerana ia menyakiti
hati isteri dan juga ianya bersumpah meninggalkan perkara yang
wajib.

Firman Allah SWT:

©!$# ¨βÎ*sù ρâ™!$sù βÎ*sù ( 9åκô−r& Ïπyèt/ö‘r& ßÈš/ts? öΝÎγÍ←!$|¡ÎpΣ ⎯ÏΒ tβθä9÷σムt⎦⎪Ï%©#Ïj9

∩⊄⊄∠∪ ÒΟŠÎ=tæ ìì‹Ïÿxœ ©!$# ¨βÎ*sù t,≈n=©Ü9$# (#θãΒt“tã ÷βÎ)uρ ∩⊄⊄∉∪ ÒΟ‹Ïm§‘ Ö‘θàxî

Maksudnya:
Kepada orang-orang yang mengila' isterinya diberi tangguh empat
bulan (lamanya). Kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya),
Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan jika mereka ber'azam (bertetap hati untuk) talak, Maka
Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
(al-baqarah 2: 226, 227)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

(iii) Rukun dan Syarat IlaÊ


Berikut adalah rukun dan syarat ilaÊ seperti di dalam Jadual 9.5.

Jadual 9.5: Rukun dan Syarat IlaÊ

Rukun Syarat
Suami yang  Berakal;
mengIlaÊ
 Baligh;
 Mampu melakukan persetubuhan; dan
 Kemahuan sendiri.

Persetubuhan Setiap lafaz yang mengkehendaki melakukan persetubuhan


seperti contoh „Aku tidak mahu mempersetubuhi engkau.‰

Sesuatu yang Bersumpah dengan menggunakan nama Allah SWT dan


dibuat sumpah sifat-sifatnya.
dengannya

Tempoh masa Lebih dari empat bulan seperti kata suami „Demi Allah aku
IlaÊ tidak mahu mempersetubuhi engkau selama empat bulan
sepuluh hari.‰

Sighah Dilakukan dengan lafaz sarih atau kinayah yang


menunjukkan keenganan suami mempersetubuhi isterinya.

(b) Zihar
Di sini, kita akan membincangkan makna, hukum dan kafarah zihar.

(i) Pengertian Zihar


Zihar dari segi bahasa bermaksud belakang. Ini kerana gambaran asal
zihar ialah apabila seorang suami berkata kepada isterinya, „Engkau
haram ke atasku seperti haramnya belakang emak aku.‰

Dari sudut istilah, zihar ialah seorang lelaki menyamakan


isterinya dengan salah seorang mahramnya seperti ibu atau adik
beradik perempuannya daripada sudut haram mengahwininya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MUNAKAHAT II  239

(ii) Hukum Zihar

Zihar adalah haram.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah, ayat 2:

4 #Y‘ρã—uρ ÉΑöθs)ø9$# z⎯ÏiΒ #\x6ΨãΒ tβθä9θà)u‹s9 öΝåκ¨ΞÎ)uρ


Maksudnya:
„Dan Sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan suatu
perkataan mungkar dan dusta.‰

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Ahzab, ayat 4:

4 ö/ä3ÏG≈yγ¨Βé& £⎯åκ÷]ÏΒ tβρãÎγ≈sàè? ‘Ï↔¯≈©9$# ãΝä3y_≡uρø—r& Ÿ≅yèy_ $tΒuρ

Maksudnya:
„Dan dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zihar itu
sebagai ibumu.‰

(iii) Kafarah Zihar


Kafarah zihar adalah mengikut tertib kemampuan seperti berikut:

 Membebaskan seorang hamba;

 Berpuasa dua bulan Islam secara berturut-turut; dan

 Memberi makan 60 orang miskin.

(c) LiÊan
Di sini pula, kita akan membincangkan pengertian, sebab, syarat sah
pelaksanaan liÊan dan kesan dari sebab berliÊan.

(i) Pengertian LiÊan


LiÊan dari segi bahasa bermaksud menghalau atau menjauhkan. Dari
sudut istilah, liÊan adalah beberapa perkataan tertentu yang dijadikan
hujah oleh suami untuk menuduh isteri yang mencemarkan tempat
tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

(ii) Sebab LiÊan


Sebab liÊan terdiri daripada dua perkara iaitu:

 Suami menuduh isterinya melakukan zina; dan

 Menafikan bayi yang dikandung ataupun anak yang dilahirkan


walaupun dari persetubuhan yang dilakukan secara syubhah
atau nikah fasad.

(iii) Syarat Sah Pelaksanaan LiÊan

 Hendaklah dilakukan dihadapan kadi atau wakilnya;

 Hendaklah dilakukan liÊan itu selepas diperintahkan oleh kadi;

 Hendaklah disempurnakan lafaz liÊan itu lima kali sumpah;

 Lafaz liÊan itu boleh digunakan dengan bahasa arab atau bahasa-
bahasa lain;

 Sumpah keempat-empat kali itu mestilah ditauhidkan dengan


lafaz „ ‫أشھد با‬‰;

 Lafaz-lafaz liÊan hendaklah tertib;

 Hendaklah mengisyaratkan oleh suami kepada isterinya begitu


juga isterinya kepada suami sekiranya dia hadir dan hendaklah
disebutkan nama dan keturunannya sekiranya dia tidak hadir;

 Hendaklah dihadiri oleh orang ramai; dan

 Hendaklah isteri yang di liaÊan itu tidak disetubuhi selepas


dilihatnya dia melakukan zina atau selepas isterinya mengandung
dari lelaki lain.

(iv) Kesan-kesan dari Sebab BerliÊan

 Suami tidak dikenakan hukuman hudud kesalahan qazaf.

 Isteri wajib dikenakan hukuman hudud kesalahan zina kecuali


dia juga melakukan li’an.

 Hubungan perkahwinan antara mereka adalah terbatal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MUNAKAHAT II  241

 Menafikan kandungan atau anak yang dilahirkan adalah anaknya.


Dengan itu anak tersebut tidak boleh dibinkan (dinasabkan)
kepada suami dan hendaklah diserahkan kepada isteri.

 Mereka diharamkan kahwin selama-lamanya.

9.1.6 Fasakh
Seterusnya, kita akan membincangkan salah satu permasalahan rumah tangga
yang dikenali sebagai fasakh.

(a) Pengertian Fasakh dan Sebab-sebab yang Membolehkan Fasakh


Ibn manzur dalam lisan al-arab menyatakan bahawa fasakh bererti batal
(naqada) atau bubar (faraqqa).

Apabila perkataan fasakh disandarkan kepada nikah maka ia akan


membawa maksud membatal atau membubar pernikahan oleh sebab-
sebab tertentu yang menghalang kekalnya perkahwinan tersebut.

Perceraian secara fasakh tidak dinyatakan secara terang di dalam al-Quran,


tetapi prinsipnya boleh dilihat dalam surah al-Baqarah ayat 231 dan
an-NisaÊ ayat 35.

Fasakh hanya boleh diputuskan oleh pihak berkuasa sahaja seperti hakim
dan kadi apabila terdapat sebab tertentu.

Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab
atau kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya.

Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui


kadi atau mahkamah disebabkan oleh:

(i) Kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejap),


penyakit kusta, sopak, penyakit yang menghalang daripada mereka
melakukan persetubuhan;
(ii) Suami tidak mampu memberikan nafkah belanja kepada isteri seperti
makan, minum, tempat tinggal, pakaian atau sebagainya;
(iii) Suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya
terlalu lama dan tidak memberi khabar berita;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

(iv) Suami yang menzalimi dan memudaratkan isteri;


(v) Suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah SWT; dan
(vi) Murtad salah seorang (suami atau isteri).

(b) Cara Melakukan Fasakh


Terdapat empat cara untuk melakukan fasakh iaitu:

(i) Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh;

(ii) Membuat aduan kepada pihak kadi/mahkamah supaya membatalkan


perkahwinan mereka;

(iii) Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak
kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya; dan

(iv) Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk


kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

(c) Syarat Sah Fasakh


Menurut mazhab Syafie, syarat sah fasakh adalah seperti berikut:

(i) Tidak sah fasakh nikah jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak;
dan

(ii) Keterangan atau bukti yang diberikan mestilah disaksikan oleh dua
orang lelaki atau pengakuan bahawa kecacatan seperti mati pucuk
atau dengan cara berganti-ganti sumpah.

(d) Kesan Fasakh Disebabkan Kecacatan


Jika berlaku fasakh nikah atas permintaan suami atau isteri disebabkan
kecacatan yang telah dinyatakan sebelum ini, maka fasakh itu berlaku
sebelum persetubuhan atau selepasnya atau kecacatan itu berlaku sebelum
persetubuhan atau selepasnya.

Berikut merupakan antara kesannya:

(i) Jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, mas kahwin tidak


dikenakan dan tiada bayaran mutaÊah untuk isteri;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MUNAKAHAT II  243

(ii) Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan, manakala kecacatan pula


berlaku sebaik sahaja selesai akad atau berlaku antara akad dan
persetubuhan serta suami tidak menyedarinya, isteri wajib dapat
mahar misil; dan

(iii) Jika fasakh dan kecacatan berlaku selepas persetubuhan, isteri wajib
mendapat semua mas kahwin yang telah disebutkan ketika akad.

AKTIVITI 8.2

Huraikan berkaitan dengan ilaÊ, zihar dan liÊan.

9.2 IDDAH
Di sini, kita akan membincangkan secara teliti berkenaan dengan pengertian,
pensyariatan, hikmah, pembahagian dan isu yang berkaitan dengan iddah.

9.2.1 Pengertian Iddah


Iddah dari segi bahasa ialah bilangan. Ini kerana iddah itu mengandungi
bilangan quruÊ atau bilangan bulan.

Manakala iddah dari segi syarak pula adalah suatu tempoh masa menunggu
yang tertentu bagi perempuan yang diceraikan oleh suami untuk mengetahui
kebersihan rahimnya, tanda pengabdian diri kepada Allah SWT, berkabung dan
bersedih kerana berpisah dengan suami dengan sebab kematian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


244  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

9.2.2 Pensyariatan dan Hikmah Iddah


Terdapat beberapa dalil yang mensyariatkan idah iaitu:

(a) Dalil daripada al-Quran


Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 228:

z⎯ôϑçFõ3tƒ βr& £⎯çλm; ‘≅Ïts† Ÿωuρ 4 &™ÿρãè% sπsW≈n=rO £⎯ÎγÅ¡àΡr'Î/ š∅óÁ−/utItƒ àM≈s)¯=sÜßϑø9$#uρ

‘,ymr& £⎯åκçJs9θãèç/uρ 4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ £⎯ÏΒ÷σム£⎯ä. βÎ) £⎯ÎγÏΒ%tnö‘r& þ’Îû ª!$# t,n=y{ $tΒ

4 Å∃ρá÷èpRùQ$$Î/ £⎯Íκön=tã “Ï%©!$# ã≅÷WÏΒ £⎯çλm;uρ 4 $[s≈n=ô¹Î) (#ÿρߊ#u‘r& ÷βÎ) y7Ï9≡sŒ ’Îû £⎯ÏδÏjŠtÎ/

∩⊄⊄∇∪ îΛ⎧Å3ym ͕tã ª!$#uρ 3 ×πy_u‘yŠ £⎯Íκön=tã ÉΑ$y_Ìh=Ï9uρ

Maksudnya:
„Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga
kali quru'. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan
Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika
mereka (para suami) menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai
hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. Akan
tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya
dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.‰

Allah SWT berfirman lagi dalam surah al-Talak, ayat 4:

9ßγô©r& èπsW≈n=rO £⎯åκèE£‰Ïèsù óΟçFö;s?ö‘$# ÈβÎ) ö/ä3Í←!$|¡ÎpΣ ⎯ÏΒ ÇÙŠÅsyϑø9$# z⎯ÏΒ z⎯ó¡Í≥tƒ ‘Ï↔¯≈©9$#uρ

È,−Gtƒ ⎯tΒuρ 4 £⎯ßγn=÷Ηxq z⎯÷èŸÒtƒ βr& £⎯ßγè=y_r& ÉΑ$uΗ÷qF{$# àM≈s9'ρé&uρ 4 z⎯ôÒÏts† óΟs9 ‘Ï↔¯≈©9$#uρ

∩⊆∪ #Zô£ç„ ⎯ÍνÍöΔr& ô⎯ÏΒ …ã&©! ≅yèøgs† ©!$#

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MUNAKAHAT II  245

Maksudnya:
„Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopaus) antara
perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa idahnya),
Maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-
perempuan yang tidak haid dan perempuan-perempuan yang hamil,
waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.
Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan
baginya kemudahan dalam urusannya.‰

(b) Dalil Sunnah


Hadis Nabi membuktikan bahawa beridah itu wajib.

Nabi Muhammad pernah bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud:

„Wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak dihalalkan
berkabung (meninggalkan perhiasan dan wangian) disebabkan kematian
seseorang melebihi tiga malam kecuali kerana kematian suaminya iaitu
selama empat bulan sepuluh hari.‰
(Riwayat Bukhari)

Terdapat pelbagai hikmah dan rahsia disyariatkan supaya perempuan itu


beriddah. Antara hikmah dan rahsianya ialah:

(i) Untuk mengetahui sama ada isteri yang diceraikan itu hamil ataupun
tidak;

(ii) Untuk memanjangkan masa rujuk jika cerai itu talak rajÊie;

(iii) Penghormatan kepada suami yang meninggal dunia; dan

(iv) Sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah yang mengandungi


makna tunduk kepada titah perintah Allah.

9.2.3 Pembahagian Iddah


Iddah yang diwajibkan kepada isteri terbahagi kepada dua iaitu idah kematian
dan idah perceraian. Jadual 9.6 menerangkan kedua-dua jenis idah ini dengan
lebih lanjut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


246  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

Jadual 9.6: Dua Jenis Idah

Jenis Idah Huraian

Kematian
Idah kematian ialah idah yang dikenakan kepada isteri yang
kematian suaminya.

(a) Jika isteri hamil ketika suami meninggal dunia, idahnya adalah
sehingga melahirkan anak tanpa mengira panjang atai pendek
tempoh hamil.

(b) Jika isteri tidak hamil atau hamil dengan lelaki lain dan tidak
mungkin hamil dengan bekas suaminya yang meninggal dunia
seperti suaminya belum baligh atau suaminya telah
meninggalkannya lebih daripada empat tahun, idahnya adalah
empat bulan 10 hari, sama ada dia disetubuhi oleh suaminya atau
tidak.

Perceraian
Idah perceraian ialah idah yang diwajibkan ke atas isteri yang
bercerai dengan suaminya selepas persetubuhan, sama ada
bercerai kerana talak atau fasakh.

(a) Jika dia hamil, idahnya tamat selepas melahirkan anak.

(b) Jika dia tidak hamil dan masih mempunyai haid (bukan kanak-
kanak yang belum datang haid atau orang tua yang telah putus
haid), idahnya tamat dengan berlalunya tiga kali suci selepas
diceraikan.

(c) Jika masih kecil (belum datang haid) atau sudah putus haid,
idahnya dengan berlalu tiga bulan dari tarikh perceraian.

Bagi perempuan yang diceraikan secara fasakh atau talak sebelum disetubuhi,
maka tidak mempunyai idah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MUNAKAHAT II  247

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 49:

βr& È≅ö6s% ⎯ÏΒ £⎯èδθßϑçGø)¯=sÛ ¢ΟèO ÏM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$# ÞΟçFóss3tΡ #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

£⎯èδθãmÎh| uρ £⎯èδθãèÏnGyϑsù ( $pκtΞρ‘‰tF÷ès? ;Ïã ô⎯ÏΒ £⎯ÎγøŠn=tæ öΝä3s9 $yϑsù  ∅èδθ¡yϑs?

∩⊆®∪ WξŠÏΗsd %[n#u| 


Maksudnya:
„Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan-perempuan
yang beriman, Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya,
maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka 'iddah bagimu yang kamu minta
menyempurnakannya. Maka berilah mereka mut'ah dan lepaskanlah mereka itu
dengan cara yang sebaik-baiknya.‰

AKTIVITI 9.3

Huraikan maksud idah dan pembahagiaanya.

9.2.4 Isu Berkaitan Iddah


Terdapat beberapa hukum dan kewajipan yang mesti dilaksanakan disebabkan
idah.

(a) Idah Perceraian

(i) Jika idahnya ialah idah talak rajÊie, hukum yang berlaku disebabkan
iddah tersebut adalah:

 Isteri wajib mendapat tempat tinggal bersama suaminya. Sebaik-


baiknya ialah tempat tinggal ketika beliau dijatuhkan talak;

 Isteri wajib mendapat semua bentuk nafkah seperti makanan,


pakaian dan sebagainya sama ada dia hamil atau tidak;

 Isteri wajib berada dirumahnya dan tidak boleh meninggalkannya


melainkan kerana darurat; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


248  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

 Isteri diharamkan menerima pinangan lelaki lain walaupun


secara kiasan.

(ii) Jika isteri dalam idah talak bain, hukumnya bergantung sama ada
talak berlaku ketika hamil atau tidak:

 Suami mesti menyediakan tempat tinggal untuknya;

 Suami wajib memberikan semua jenis nafkah kepadanya; dan

 Isteri mesti berada di rumah, tempat dia menghabiskan iddahnya.

(b) Iddah Kematian


Jika isteri berada dalam iddah kematian suami, dia wajib:

(i) Berkabung di atas kematian suaminya dengan meninggalkan dari


memakai perhiasan dan wangi-wangian. Beliau tidak dibenarkan
memakai pakaian yang menarik perhatian, bercelak dan memakai
alat solek.

(ii) Wajib tinggal di rumah, tempat dia menghabiskan tempoh iddahnya.


(hukum ini sama seperti hukum perempuan yang berada dalam
iddah talak).

AKTIVITI 9.4

Nyatakan kewajipan yang mesti dilaksanakan disebabkan iddah.

9.3 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Untuk mengajar tajuk berkaitan perkahwinan ini, dicadangkan agar anda
menerangkan isi pembelajaran satu persatu agar pelajar dapat memahami topik
ini dengan jelas. Ini kerana isi pembelajaran yang utama dalam tajuk ini adalah
berbentuk hukum dan fakta. Apabila pelajar telah memahami isi-isi utama, anda
boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan isu-isu semasa agar pelajar dapat
mengukuhkan lagi kefahaman, di samping meluaskan pengetahuan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MUNAKAHAT II  249

Di samping itu, anda juga boleh menimbulkan sesuatu isu berkaitan topik ini di
dalam kelas untuk dibincangkan sesama pelajar. Anda juga boleh meminta
pelajar mencari maklumat tambahan yang banyak dimuatkan di dalam akhbar
dan menampal keratan akhbar tersebut di kelas untuk dijadikan rujukan.

 Apabila berlaku sebarang permasalahan dalam rumahtangga, ia perlulah


diselesaikan dengan berlandaskan hukum syarak.

 Nusyuz ialah keengganan isteri dari menunaikan kewajipan-kewajipan


terhadap suaminya tanpa alasan yang munasabah menurut syarak.

 Talak adalah harus sebagai langkah penyelesaian terakhir mengatasi


masalah rumahtangga. Namun ia adalah perkara halal dan amat tidak
disukai oleh Allah SWT.

 Semua jenis iddah mempunyai beberapa hukum yang sama iaitu perempuan
yang masih dalam iddah haram keluar rumah tanpa sebarang keperluan.

Nusyuz Fasakh
Syiqaq Iddah
Talak LiÊan
Rujuk Zihar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


250  TOPIK 9 MUNAKAHAT II

Aimi Hamzah, Muhammad Haidar Mohd. Isa, & Mohd. Shah Ujang. (2003).
Buku teks pendidikan syariah islamiah tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Asmaji Aes Mukhtar (pnys). (2004). Al-Muhtamir tafsir al-Quran Juz 1-30. Johor:
Penerbitan Jahabersa.

Muhammad Ismail Daud Fatani. (t. t.). MatlaÊ ul-badtain wa majmak al-bahrain.
Maktabah wa Matbah Muhammad al-Huda wa Auladuh.

Muhammad Zaini Yahya, Zamri Abdul Rahim, & Afendi Sahi. (2003). Buku teks
pendidikan Islam tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Najibah Mohd. Zin. (2007). Perceraian dalam undang-undang keluarga Islam.


Dlm. Najibah Mohd. Zin et.al. Undang-undang keluarga Islam. (m.s 101-
154). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suad Ibrahim Salih. (1989). Adwa ala nizam al-usrah fi al-islam. Kaherah: Dar
al-Diya.

Wahbah al-Zuhaili. (1987). Al-fiqh al-islamiy wa adillatuh. jil 7. Damsyiq:


Dar
al-fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Munakahat III
10
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan pengertian nafkah dan jenis-jenisnya;
2. Menerangkan konsep hadanah;
3. Menghuraikan konsep kemahiran keibubapaan;
4. Menerangkan bidang kuasa Mahkamah Syariah serta peranannya;
5. Menjelaskan peraturan yang berkaitan dengan pengambilan anak
angkat.

 PENGENALAN
Setiap ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka. Dasar
utama keibubapaan dalam Islam adalah untuk membina anak-anak yang
cemerlang di dunia dan di akhirat agar anak-anak menjadi warisan yang
dihormati serta menjadi contoh kepada manusia sejagat. Dalam zaman yang
penuh mencabar ini, tanggungjawab ibu bapa serta cabaran di alam dunia serba
moden ini bukanlah suatu yang mudah. Jika ibu bapa tidak memainkan peranan
sebagai dahan yang kuat untuk anak-anak berpaut, maka akan hanyutlah anak-
anak kita.

Topik pada kali ini akan membahaskan beberapa perkara penting berkaitan
keibubapaan dan kekeluargaan selain dari nafkah dan hadanah. Topik ini turut
membincangkan tentang undang-undang keluarga Islam dan berkaitan anak
angkat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


252  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

10.1 NAFKAH
Di dalam subtopik ini, kita akan mengupas apakah yang dimaksudkan dengan
nafkah dan beberapa jenis nafkah dengan terperinci.

10.1.1 Pengertian Nafkah


Nafkah dari segi bahasa ialah mengeluarkan atau menghabiskan.

Nafkah dari segi istilah ialah semua perkara yang diperlukan oleh manusia
seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.

10.1.2 Jenis Nafkah


Terdapat lima jenis nafkah iaitu (lihat Rajah 10.1):

Rajah 10.1: Lima jenis nafkah

(a) Nafkah Manusia kepada Dirinya


Nafkah kepada diri sendiri hendaklah didahulukan daripada yang lain
sekiranya mampu. Ia meliputi semua perkara yang diperlukan oleh
manusia iaitu tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman dan
sebagaianya. Nafkah ini perlulah diambil dari hartanya sendiri selagimana
dia memiliki harta yang boleh digunakan sebagai nafkah kepada dirinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  253

(b) Nafkah Usul (Ayah, Datuk) kepada FuruÊ (Anak, Cucu)

Usul wajib memberikan nafkah kepada furuÊnya.

Oleh itu, bapa bertanggungjawab memberikan semua jenis nafkah yang


diperlukan kepada anak-anaknya sama ada lelaki atau perempuan.
Sekiranya mereka tidak mempunyai bapa, maka datuk (ayah kepada bapa)
wajib mengambil tanggungjawab ini. Begitulah seterusnya berdasarkan
hubungan usul yang terdekat dengan furuÊ. Firman Allah SWT dalam
surah al-Talak, ayat 6:

(#θà)ÍhŠŸÒçGÏ9 £⎯èδρ•‘!$ŸÒè? Ÿωuρ öΝä.ω÷`ãρ ⎯ÏiΒ ΟçGΨs3y™ ß]ø‹ym ô⎯ÏΒ £⎯èδθãΖÅ3ó™r&

÷βÎ*sù 4 £⎯ßγn=÷Ηxq z⎯÷èŸÒtƒ 4©®Lym £⎯Íκön=tã (#θà)ÏΡr'sù 9≅÷Ηxq ÏM≈s9'ρé& £⎯ä. βÎ)uρ 4 £⎯Íκön=tã

÷Λän÷| $yès? βÎ)uρ ( 7∃ρã÷èoÿÏ3 /ä3uΖ÷t/ (#ρãÏϑs?ù&uρ ( £⎯èδu‘θã_é& £⎯èδθè?$t↔sù ö/ä3s9 z⎯÷è|Êö‘r&

∩∉∪ 3“t÷zé& ÿ…ã&s! ßìÅÊ÷äI|¡sù


Maksudnya:
„Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal
menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk
menyempitkan (hati) mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah
ditalaq) itu sedang hamil, Maka berikanlah kepada mereka nafkahnya
hingga mereka bersalin, Kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)
mu untukmu Maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan
musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika
kamu menemui kesulitan Maka perempuan lain boleh menyusukan (anak
itu) untuknya.‰

(i) Syarat Usul Wajib Memberikan Nafkah kepada FuruÊ


Syarat yang menjadikan usul wajib memberikan nafkah kepada furuÊ
ialah:

 Mereka mempunyai makanan yang melebihi keperluan diri dan


isteri untuk tempoh sehari semalam; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


254  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

 FuruÊ hendaklah dikalangan orang fakir dan termasuk dalam


salah satu syarat berikut:

– Masih kecil (kanak-kanak);

– Sakit yang berpanjangan (tidak mampu bekerja); dan

– Gila.

(ii) Kadar Nafkah


Nafkah tidak mempunyai kadar tertentu. Ia hanya ditentukan
berdasarkan konsep cukup pada kebiasaan dan kemampuan pemberi
nafkah. Firman Allah SWT dalam surah al-Talak, ayat 7:

çμ9s?#u™ !$£ϑÏΒ ÷,ÏΨã‹ù=sù …çμè%ø—Í‘ Ïμø‹n=tã u‘ωè% ⎯tΒuρ ( ⎯ÏμÏFyèy™ ⎯ÏiΒ 7πyèy™ ρèŒ ÷,ÏΨã‹Ï9

∩∠∪ #Zô£ç„ 9ô£ãã y‰÷èt/ ª!$# ã≅yèôfuŠy™ 4 $yγ8s?#u™ !$tΒ ωÎ) $²¡øtΡ ª!$# ß#Ïk=s3ムŸω 4 ª!$#

Maksudnya:
„Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya
hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah
kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang
melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah
kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.‰

(iii) Apabila Nafkah Tidak Diberikan pada Waktunya, Adakah ia


Dianggap Sebagai Hutang?
Nafkah kepada furuÊ tidak menjadi hutang apabila tidak diberikan
pada waktunya. Ini kerana nafkah adalah pertolongan daripada usul
kepada furuÊ. Tetapi jika berlaku perselisihan, kadi perlu masuk
campur untuk menyelesaikannya.

Kadi hendaklah menetapkan nafkah tertentu yang mesti diberikan


oleh usul atau memberi izin kepada furuÊ untuk berhutang dengan
kadar tertentu atau yang diperlukannya menggunakan nama
usulnya. Oleh yang demikian, nafkah itu akan menjadikan usul
berhutang jika tidak ditunaikan pada waktunya. Nafkah tersebut
tidak akan gugur dengan luputnya masa kerana ia telah menjadi hak
milik furuÊ disebabkan hukuman yang telah dijatuhkan oleh kadi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  255

(c) Nafkah FuruÊ kepada Usul

FuruÊ juga wajib memberi nafkah kepada usul iaitu bapa, ibu, datuk
nenek dan ke atas.

Firman Allah SWT dalam surah Lukman, ayat 15 yang berbunyi:

( $yϑßγ÷èÏÜè? Ÿξsù ÖΝù=Ïæ ⎯ÏμÎ/ y7s9 }§øŠs9 $tΒ ’Î1 š‚Íô±è@ βr& #’n?tã š‚#y‰yγ≈y_ βÎ)uρ

¥’n<Î) ¢ΟèO 4 ¥’n<Î) z>$tΡr& ô⎯tΒ Ÿ≅‹Î6y™ ôìÎ7¨?$#uρ ( $]ùρã÷ètΒ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $yϑßγö6Ïm$|¹uρ

∩⊇∈∪ tβθè=yϑ÷ès? óΟçFΖä. $yϑÎ/ Νà6ã∞Îm;tΡé'sù öΝä3ãèÅ_ötΒ

Maksudnya:
„Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku
sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu
mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan
ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-
Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang Telah kamu
kerjakan.‰

(i) Syarat Wajib Nafkah FuruÊ kepada Usul

 FuruÊ mempunyai lebihan nafkah untuk keperluan asasi diri dan


isterinya untuk tempoh sehari semalam. Jika lebihan hanya cukup
untuk seorang, maka ibu hendaklah didahulukan;

 Usul hendaklah di kalangan orang fakir, iaitu dia tidak


mempunyai pekerjaan yang boleh memenuhi keperluan asasinya,
sama ada dia mampu bekerja atau tidak; dan

 Ibu tidak mendapat nafkah secukupnya daripada suami sama ada


dari segi realiti atau hukum. Anak wajib memberi nafkah kepada
ibunya dalam dua keadaan ini:

 Bapa tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya (ibu


kepada anak tadi); dan
 Bapa telah meninggal dunia dan ibunya tidak mempunyai
suami (tidak berkahwin lagi). Jika ibu telah berkahwin lain,
maka anak tidak lagi wajib memberi nafkah kepadanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


256  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

(ii) Kewajipan Nafkah Tidak Terjejas Disebabkan Perbezaan Agama


Kewajipan memberi nafkah usul kepada furuÊ, atau sebaliknya tidak
terjejas dengan wujudnya perbezaan agama. Walau bagaimanapun,
orang murtad tidak termasuk dalam hukum ini. Nafkah tidak
diberikan kepadanya.

(iii) Kadar Nafkah FuruÊ kepada Usul


Kadar nafkah furuÊ kepada usul juga tidak ditentukan. Ia terserah
kepada kebiasaan yang berlaku. Ia juga tidak menjadi hutang jika
tidak diberikan pada waktunya, kecuali jika berlaku perselisihan;
qadi masuk campur dan menentukan kadar nafkah yang wajib
dibayar. Maka jika tidak ditunaikan, dikira hutang.

(iv) Siapakah yang Sepatutnya Memberikan Nafkah?


Jika usul adalah orang yang fakir, dan mereka mempunyai furuÊ
yang hampir sama dengan mereka (dari segi hubungan kerabat),
kesemua furuÊ mesti memberikan nafkah kepada kepada usul
mereka. Perempuan perlu mengeluarkan separuh daripada bahagian
nafkah yang dikeluarkan oleh lelaki, sama seperti masalah harta
pusaka.

Jika bilangan usul, furuÊ atau orang lain yang memerlukan nafkah
adalah ramai, sedangkan lebihan keperluannya tidak mencukupi,
keutamaannya adalah seperti berikut (selepas memenuhi keperluan
dirinya):

 Isterinya kerana nafkah kepada isterinya adalah pasti, dan tidak


luput dengan berlalunya masa;

 Anaknya yang masih kecil dan anaknya yang telah dewasa tetapi
gila;

 Ibunya kerana beliau tidak mampu bekerja;

 Bapa;

 Anak yang sudah besar, tetapi fakir; dan

 Datuk dan ke atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  257

(d) Nafkah Suami kepada Isteri


IjmaÊ ulama mengatakan bahawa suami wajib memberikan nafkah kepada
isterinya dengan syarat-syarat yang tertentu.

Firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 34:

!$yϑÎ/uρ <Ù÷èt/ 4’n?tã óΟßγŸÒ÷èt/ ª!$# Ÿ≅Òsù $yϑÎ/ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# ’n?tã šχθãΒ≡§θ%s ãΑ%y`Ìh9$#

4 öΝÎγÏ9≡uθøΒr& ô⎯ÏΒ (#θà)xΡr&


Maksudnya:
„Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah
telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain
(wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahgian dari
harta mereka.‰

(i) Rahsia Diwajibkan Suami Memberikan Nafkah kepada Isteri


Berikut merupakan sebab diwajibkan pemberian nafkah:

 Menjadikan setiap pasangan sebagai asas kepada kebahagiaan


antara satu sama lain;

 Menjadikan rumah tangga sentiasa tenteram, harmoni dan


tenang;

 Supaya wanita sentiasa dipandang mulia dan sentiasa


diperlukan oleh lelaki; dan

 Tidak memalukan lelaki apabila hanya berperanan sebagai


penunggu ataupun penipu.

Untuk mencapai semua yang tersebut, mencari dan memberi nafkah


kepada keluarga adalah kewajipan suami dan bukannya isteri.

(ii) Syarat Suami Wajib Memberikan Nafkah kepada Isteri


Terdapat dua syarat yang menyebabkan suami wajib memberikan
nafkah iaitu:

 Isteri menyerahkan dirinya kepada suami dengan tidak menolak


untuk melakukan istimtaÊ. Jika isteri menolak, suami tidak wajib
memberikan nafkah. Jika suami ingin melakukan istimtaÊ dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


258  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

bentuk yang diharamkan, keengganan isteri tidak menggugurkan


kewajipan suami memberi nafkah.

 Isteri perlu mengikut suaminya tinggal di tempat atau di rumah


pilihan suaminya jika tidak memudaratkan dan sesuai dari segi
syarak. Jika isteri enggan, suami tidak wajib memberikan nafkah
kerana isterinya telah nusyuz.

(iii) Kadar Nafkah Isteri Dikira Berdasarkan Keadaan Suami


Allah SWT telah menjadikan faktor yang diambil kira adalah
keadaan suami, senang atau susah, bukan bergantung kepada tahap
dan kedudukan isteri. Syarak telah membahagikan kemampuan
suami kepada tiga tahap iaitu senang (kaya), sederhana dan fakir.
Tahap kemampuan ini ditentukan berdasarkan uruf kebiasaan
setempat. Jadual 10.1 memaparkan kadar nafkah berdasarkan
keadaan suami.

Jadual 10.1: Tiga Keadaan Suami dan Kadar Nafkah

Keadaan Suami Kadar Nafkah

Kaya  Dua cupak (dua kautan penuh tangan) makanan asasi


penduduk setempat setiap hari termasuk keperluan yang
diperlukannya untuk membuat roti. Suami juga boleh
menyediakan roti yang telah siap;
 Memberikan al-udm (makanan yang dimakan dengan roti) yang
menjadi kebiasaan bagi penduduk negeri tersebut iaitu
makanan kebiasaan orang kaya di tempat itu; dan
 Pakaian dari jenis, mutu dan jumlah yang layak (biasa) dipakai
bagi isteri orang kaya di kawasan tersebut. Termasuk juga
perabot, hamparan, alatan memasak dan seumpamanya.

Sederhana  Satu cupak setengah makanan asasi bagi penduduk setempat


setiap hari;
 Memberikan al-udm yang menjadi kebiasaan bagi golongan
pertengahan di negeri tersebut; dan
 Pakaian yang sesuai bagi wanita yang setaraf dengannya. Begitu
juga keperluan rumah yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  259

Fakir (a) Satu cupak setengah makanan asasi bagi penduduk setempat
setiap hari;
(b) Al-udm yang menjadi kebiasaan fakir miskin di negeri tersebut;
dan
(c) Pakaian yang layak bagi isteri yang setaraf dengannya yang
tingal di kawasan tersebut.

Sebagai tambahan, perkara yang termasuk dalam nafkah kepada


isteri adalah:

 Rumah yang sesuai dengan kemampuan suami dan boleh


didiami oleh isterinya;

 Semua peralatan yang diperlukan untuk tujuan pembersihan.


Begitu juga alat perhiasan jika suami meminta isteri berhias
untuknya; dan

 Pembantu rumah (khadam) dalam kalangan perempuan atau


kanak-kanak yang mumayyiz tetapi belum baligh atau
mahramnya jika sebelumnya isteri mempunyai pembantu
rumah.

(iv) Kesan Suami Kesempitan untuk Memberikan Nafkah


Apabila suami kesempitan untuk memberikan nafkah sehingga ke
tahap fakir sepenuhnya, dan tidak mampu memberikan nafkah
sekurang-kurangnya tiga hari, isteri boleh meminta fasakh nikah.

(e) Nafkah-nafkah Lain


Terdapat dua jenis nafkah lain yang turut diberikan iaitu:

(i) Nafkah kepada Binatang

 Binatang yang Boleh Dimakan


Tuannya boleh memilih sama ada memberikannya makanan dan
minuman untuk terus hidup, atau menyembelihnya untuk
dimakan, menjualnya, atau menghadiahkannya kepada orang lain.
Jika dia tidak menyembelih dan tidak jual atau menghadiahkan
kepada orang lain, dia hendaklah dipaksa supaya memberi
makanan dan minuman kepada binatang peliharaannya dengan
kadar yang mencukupi. Jika tidak, dia hendaklah dipaksa untuk
menjualnya. Jika berdegil, binatang peliharaannya hendaklah
dirampas dan dijual.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


260  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

 Binatang Peliharaan yang Tidak Boleh Dimakan


Pemiliknya hendaklah menjaga dan memberikan nafkah
(makanan dan minuman) kepada binatang peliharaannya.

 Binatang yang Tidak Dipelihara dan Tidak Boleh Dimakan


Orang ramai tidak perlu memberi makanan dan minuman kepada
binatang ini.

(ii) Nafkah kepada Pokok dan Tanaman


Maksud memberi nafkah kepada pokok dan tanaman adalah
menyiram dan menjaganya.

AKTIVITI 10.1

Nyatakan jenis nafkah.

10.2 HADANAH (PENJAGAAN ANAK)


Hadanah adalah penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan
tidak mampu menguruskan diri sendiri. Hadanah merangkumi penjagaan
jasmani, rohani dan akal mereka agar mampu menghadapi hidup dan memikul
tanggungjawab apabila dewasa.

10.2.1 Pengertian Hadanah


Pengertian hadhanah dari segi bahasa ialah disamping iaitu himpun disamping
(di sisi).

Pengertian hadhanah dari segi istilah pula ialah hak mendidik anak
bagi orang yang mempunyai hak penjagaan.

Penjagaan itu termasuklah mendidik dan menjaga mereka yang tidak mampu
mengurus diri sendiri bagi menjauhkan daripada perkara-perkara yang buruk
mengenainya kerana mereka tidak dapat membezakan antara yang baik dan
buruk. Mereka dijaga dari segi makan dan minum, pakaian, tempat tidur dan
kebersihannya dalam tempoh umur yang tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  261

Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu bapa
kerana si anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses
pertumbuhan hidupnya.

Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak memelihara dan menjaga anak
jika ibu bapa bercerai-berai? Di sinilah terjadinya perebutan di antara ibu bapa
untuk mendapatkan hak jagaan ke atas anak mereka. Walaupun hak jagaan itu
melibatkan kaum kerabat atau mahram bagi kanak-kanak itu, akan tetapi ia
tetap bergantung kepada keputusan mahkamah. Dalam kes-kes hadhanah,
perintah hak jagaan akan diputuskan oleh mahkamah setelah berpuas hati
dengan keterangan-keterangan yang telah diberikan

10.2.2 Pensyariatan Hadanah dan Hikmahnya


Islam telah mewajibkan pemeliharaan ke atas kanak-kanak sehingga ia mampu
berdikari. Oleh itu, mengasuh kanak-kanak yang masih kecil adalah wajib
kerana pengabaian terhadap anak-anak bererti mendedahkan anak-anak tersebut
kepada bahaya.

Terdapat banyak dalil-dalil yang menunjukkan kepada kewajipan mengasuh


anak ini sama ada dari al-Quran, sunnah dan sirah sahabat.

Ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 233:

„Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap,


iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban bapa ialah
memberi makan dan Pakaian kepada ibu dengan cara ma'ruf. Tidaklah dibebani
seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang
ibu itu menderita kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan waris
juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Apabila
keduanya ingin menjaga (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan
permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin
anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu
memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah
dan Ketahuilah bahawa Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


262  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

Di dalam hadis nabi juga dijelaskan kewajipan penjagaan anak ini, antaranya
yang bermaksud:

„Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawasanya telah datang seorang


perempuan (menemui Rasulullah dan bertanya), ya Rasulullah, ini adalah
anakku, perutku yang mengandungkannya, susuku yang memberi minumnya,
pangkuankulah yang memangkunya. Sesungguhnya bapanya telah menceraikan
aku dan dia hendak merampasnya dariku. Rasulullah SAW bersabda: Engkaulah
yang berhak ke atasnya selagimana engkau belum berkahwin.‰
(Hadis Riwayat Ahmad & Abu Daud)

Berkenaan hadanah ini juga terdapat didalam sirah para sahabat. Antaranya
ialah kisah yang berlaku pada zaman Saidina Umar r.a. Didalam satu riwayat
ada menceritakan bahawa Saidina Umar Ibn al-Khattab telah menceraikan
isterinya yang bernama Jamilah (seorang wanita Ansar) dan mereka
meninggalkan sorang anak bernama ÂAshim. Mereka berebut tentang siapakah
yang berhak untuk menjaga anak itu. Lalu mereka telah merujuk kepada Saidina
Abu Bakar yang menjadi khalifah ketika itu. Saidina Abu Bakar memutuskan
bahawa ibunya lebih berhak.

Hikmah disyariatkan hadanah ialah:

(a) Menjaga kemaslahatan dan kebajikan anak-anak agar tidak terabai;

(b) Tidak berlaku kezaliman pada anak-anak;

(c) Hidup anak-anak teratur walaupun ibu bapa mereka telah bercerai; dan

(d) Anak-anak masih mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa
mereka yang telah berpisah.

AKTIVITI 10.2

Nyatakan maksud hadanah.

10.2.3 Orang yang Berhak Menjaga Anak-anak


Bagi pasangan suami isteri yang telah bercerai dalam keadaan anak mereka sama
ada lelaki atau perempuan masih kecil dan belum mencapai usia mumaiyiz,
maka dalam keadaan seperti ini, ibu adalah lebih berhak menjaganya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  263

Alasan yang munasabah berkenaan dengan kenyataan ini ialah:

(a) Seorang ibu mempunyai tahap kasih sayang serta kesabaran yang lebih
tinggi berbanding dengan orang lain walaupun si ibu terpaksa
menanggung beban untuk menjaga dan mendidik anak itu.

(b) Belaian dari seorang ibu lebih lembut ketika menjaga dan mendidik
anaknya. Ibu juga mampu untuk memberi kasih sayang yang lebih
sepertimana yang diperlukan oleh bayi tersebut.

Berdasarkan kenyataan di atas telah menunjukkan bahawa ibu lebih berhak


menjaga anak berbanding bapa. Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW
di mana Baginda telah menemui seorang ibu yang datang kepadanya untuk
mengadu kepadanya berkenaan dengan siapa yang lebih berhak untuk menjaga
anak, sebagaimana diterangkan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Abdullah bin Amru r.a berkata: seorang wanita telah datang bertemu Nabi
SAW dan berkata: wahai Rasulullah! Sesungguhnya anakku ini, akulah yang
mengandungnya, susu akulah yang diminumnya dan akulah penjaganya.
Bapanya telah menceraikan aku dan sekarang dia ingin mengambil anakku. Lalu
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Kamu lebih berhak (daripadanya)
selagi kamu belum berkahwin.‰
(Riwayat Abu Daud)

Jika diikutkan kepada tertibnya hak penjagaan selepas ibu ialah keluarga sebelah
ibunya dan kemudiaannya barulah berpindah kepada keluarga sebelah bapa.
Pertukaran hak jagaan daripada ibu kepada orang lain adalah disebabkan kerana
si ibu tidak dapat lagi memenuhi syarat-syarat hadhanah atau telah meninggal
dunia

Urutan Keutamaan Orang yang Layak terhadap Hadanah


Jika si ibu tidak memenuhi syarat-syarat hadanah atau kehilangan salah satu
syaratnya, ia tidak layak untuk ditugaskan sebagai hadinah, dan tugas hadanah
itu diserahkan kepada ahli waris yang lain menurut urutan keutamaan seperti
yang berikut:

(a) Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;


(b) Bapa;
(c) Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
(d) Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) Kakak atau adik perempuan seibu;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


264  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

(f) Kakak atau adik perempuan sebapa;


(g) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) Anak perempuan dari kakak atau adik seibu;
(i) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) Emak saudara sebelah ibu;
(k) Emak saudara sebelah bapa; dan
(l) Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai Âasabah.

Dibawah S. 81(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah


Persekutuan) menambah syarat bahawa penjagaan oleh orang lain itu
tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu. Manakala perenggan (3)
dibawah seksyen yang sama pula menegaskan bahawa seseorang lelaki
yang berhak terhadap penjagaan terhadap kanak-kanak perempuan
mestilah seorang mahram, iaitu dia mempunyai pertalian dengan kanak-
kanak perempuan itu iaitu dia diharamkan berkahwin dengannya.

AKTIVITI 10.3

Nyatakan orang yang berhak menjaga anak-anak.

10.2.4 Syarat-syarat Mendapat Hak Hadanah


Walaupun telah jelas bahawa tanggungjawab menjaga dan mengasuh anak kecil
menjadi tugas ibu, namun dia harus memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang
telah digariskan oleh fuqaha. Dengan ini barulah mereka benar-benar layak
untuk menjadi hadinah. Imam Syafie telah menggariskan tujuh kriteria yang
utama untuk menjadi hadinah. Imam Syafie telah menggariskan tujuh kriteria
yang utama untuk menjadi hadinah (lihat Jadual 10.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  265

Jadual 10.2: Tujuh Kriteria Menjadi Hadinah

Kriteria Penerangan
Berakal Orang gila tidak layak menjadi hadinah kecuali gilanya
amat sedikit sekali.

Merdeka Perempuan yang masih hamba tidak layak menjadi


hadinah kerana hamba bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap tuannya.

Islam Orang kafir sama sekali tidak layak menjadi hadinah


kerana dikhuatiri akan merosakkan akidah anak tersebut.

Baik akhlak Orang yang buruk serta rosak akhlaknya tidak layak
menjadi hadinah.

Amanah Orang yang mempunyai sikap khianat terhadap amanah


yang diberikan kepadanya tidak layak menjadi hadinah.

Hadinah perlu tinggal di Memudahkan mereka menjalankan urusan penjagaan.


tempat kanak-kanak itu
dipelihara

Tidak berkahwin dengan Syarat ini hanya tertakluk kepada pihak isteri sahaja. Jika
lelaki lain ibu itu berkahwin lain, maka hak penjagaannya akan
gugur. Pengecualian ini akan terbatal jika lelaki itu ada
hubungan kekeluargaan dengan kanak-kanak tersebut.

10.2.5 Tempoh Penjagaan Anak


Hadanah berakhir apabila:

(a) Kanak-kanak itu tidak lagi memerlukan pengasuhan perempuan; dan

(b) Telah mencapai umur mumaiyiz dan mampu berdikari iaitu mampu
menguruskan sendiri keperluan asasnya seperti makan sendiri dan mandi
sendiri. Oleh itu, tidak ditentukan tempoh tertentu mengenai hadanah ini.

Menurut mazhab Syafie dan Hanbali, tempoh hadanah tidak dihadkan dengan
tempoh masa atau umur tertentu. Bagaimanapun fatwa mazhab Hanafi dan lain-
lain menyebut:

„Masa hadanah berakhir apabila kanak-kanak itu berumur tujuh tahun sekiranya
lelaki dan sembilan tahun jika perempuan‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


266  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

Mazhab ini berpendapat bahawa penambahan masa bagi kanak-kanak


perempuan adalah perlu bagi membolehkan mereka membiasakan diri dengan
kebiasaan orang-orang perempuan yang mempelajarinya daripada pengasuhan
tersebut. Selepas kanak-kanak itu mumaiyiz, ia diberi hak memilih sendiri untuk
tinggal bersama ibu atau bapanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

„Seorang perempuan datang mengadu kepada Rasulullah SAW katanya: wahai


Rasulullah, sedangkan suamiku mahu membawa anakku pergi, sesungguhnya
anak itu berguna kepadaku, dan dialah yang memberi aku air dari perahan Abi
ÂUtbah, maka ketika itu datanglah suaminya lalu Rasulullah bersabda: Wahai
anak, ini bapamu dan ini ibumu, pilihlah yang mana satu yang engkau sukai.
Lantas anak itu memilih ibunya, lalu ibu tersebut membawa pergi anak itu‰.

Seksyen 84(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah


Persekutuan) 1984 dan juga Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di
beberapa buah negeri yang lain memilih pendapat ini. Akta Undang-undang
Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukan:

„Hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-
kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur
sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi mahkamah boleh, atas
permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga
kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan
umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan‰.

10.3 KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN


Kebanyakan individu ingin menjadi ibu bapa. Bagi yang sudah berkeluarga,
sudah pasti pengalaman membesarkan anak merupakan suatu pengalaman yang
sangat indah serta memerlukan usaha yang gigih dalam menyediakan
perlindungan, keperluan harian dan sebagainya. Sebagai insan biasa, kita juga
memerlukan ilmu pengetahuan atau maklumat dan kemahiran untuk menjadi
ibu bapa yang efektif. Maka dalam sub topik ini, kita akan membincangkan
konsep kemahiran keibubapaan serta cara melaksanakan tanggungjawab
terhadap anak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  267

10.3.1 Konsep Kemahiran Keibubapaan


Bakal ibu bapa perlu menyiapkan diri dengan segala kemahiran berkaitan aspek
keibubapaan. Ini kerana anak-anak adalah amanah Allah SWT yang perlu dijaga
dididik dan ditunaikan hak-haknya sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Ibu
bapa yang berkemahiran akan dapat membentuk anak-anak mereka menjadi insan
yang soleh dan solehah.

Hukum melaksanakan tanggungjawab mendidik anak adalah wajib kerana


kecuaian ibu bapa menunaikan tanggungjawab akan menyebabkan anak menjadi
liar, rosak akhlak dan tidak bertanggungjawab.

10.3.2 Cara Melaksanakan Tanggungjawab


Islam telah meletakkan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh ibu bapa
terhadap anaknya (lihat Rajah 10.2). Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-
anak bukan hanya sekadar memberi makan, minum dan pakaian sahaja. Ibu
bapa juga perlu memberi perhatian kepada beberapa aspek lain yang lebih
penting.

Secara keseluruhannya, ibu bapa bertanggungjawab terhadap anaknya dalam


tiga perkara (Muhammad Zaini, Zamri & Afendi, 2003):

(a) Dari segi material, keperluan asas, pakaian dan makan minum;

(b) Dari segi fizikal iaitu menentukan keselamatan dan kesihatan anak-anak;
dan

(c) Dari segi rohani untuk menjadikan anak-anak manusia yang sempurna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


268  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

Rajah 10.2: Anak merupakan tanggungjawab wajib ibu bapa

Tanggungjawab tersebut terbahagi kepada dua iaitu:

(a) Semasa Mengandung


Sepanjang tempoh kehamilan, ibu bapa hendaklah sentiasa mendekatkan
diri kepada Allah SWT dan menjauhi maksiat. Bapa hendaklah sentiasa
menjaga akhlak dan memastikan keselamatan isteri serta kandungannya.
Ibu pula perlu sentiasa menjaga pemakanan di samping mengamalkan
rehat yang cukup untuk mengelakkan tekanan perasaan. Tujuannya adalah
supaya kesihatan janin terus terpelihara dan jauh dari perkara negatif.

(b) Selepas Melahirkan Anak


Selepas anak dilahirkan, ibu bapa perlu memberikan empat jenis
pendidikan iaitu:

(i) Pendidikan Rohani


Pendidikan rohani bermaksud mengajar anak-anak sejak kecil
dengan asas keimanan seperti rukun-rukun iman, Islam dan prinsip
syariat serta membiasakan mereka mentaati perintah Allah SWT.
Antaranya adalah mengajar anak mendirikan solat sejak mereka
masih kecil.

Firman Allah SWT dalam surah Toha, ayat 132:

( $pκön=tæ ÷É9sÜô¹$#uρ Íο4θn=¢Á9$$Î/ y7n=÷δr& öãΒù&uρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  269

Maksudnya:
„Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan
bersabarlah kamu dalam mengerjakannya...‰

(ii) Pendidikan Akhlak


Pendidikan akhlak bermaksud menanamkan prinsip-prinsip akhlak
dan budi luhur ke dalam diri anak-anak semenjak usia mumayyiz
hinggalah mereka baligh dan dewasa. Contohnya, anak-anak perlu
diasuh dan dibiasakan menutup aurat sejak kecil agar kewajipan ini
mudah tertanam dalam jiwa mereka.

(iii) Pendidikan Jasmani


Pendidikan jasmani meliputi penjagaan kesihatan tubuh badan
seperti menjaga makan dan minum, tidur, kebersihan dan bersukan.

(iv) Pendidikan Intelektual


Pendidikan intelektual bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan
akal dan pemikiran. Ia bertujuan membentuk pemikiran anak-anak
dengan pelbagai ilmu seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Ibu bapa turut perlu bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada anak-
anak. Nama-nama yang mempunyai erti yang baik bukan hanya sekadar
mementingkan keindahan, malah ia amat penting dalam pertumbuhan jasmani
mahu pun rohani.

Selain itu, ibu bapa juga perlu:

(a) Menyediakan persekitaran yang baik untuk anak-anak;


(b) Tidak berlebih-lebihan mengikut kemahuan anak;
(c) Berlaku adil antara anak-anak; dan
(d) Sentiasa mendoakan kebaikan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


270  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

10.4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Undang-undang keluarga Islam di Malaysia bermaksud undang-undang yang


memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan,
perceraian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya di kalangan
umat Islam.

Setiap negeri di Malaysia mempunyai undang-undang keluarga Islam tersendiri


yang terpakai di negeri berkenaan sahaja. Undang-undang tersebut ditadbir oleh
enakmen pentadbiran hukum syarak atau enakmen undang-undang Islam di
negeri masing-masing (Muhammad Zaini, Zamri & Afendi, 2003)

(a) Bidang Kuasa Mahkamah Syariah


Mahkamah Syariah menjalankan kuasanya sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah enakmen pentadbiran hukum syarak negeri-
negeri. Mahkamah Syariah tidak boleh mengatasi kuasa yang dibenarkan
oleh perlembagaan persekutuan. Bidang kuasa syariah secara terperinci
dibahagikan sebagaimana berikut:

(i) Bidang Kuasa Mal


Bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam bidang mal atau bukan
jenayah adalah mendengar dan memutuskan prosiding di kalangan
orang Islam yang berkaitan dengan perkara-perkara berikut:

 Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan


(fasakh) atau perpisahan;

 Sebarang pelupusan atau tuntutan harta yang wujud daripada


perkara-perkara tersebut dalam perkara (i);

 Nafkah, kesahtarafan atau penjagaan kanak-kanak;

 Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

 Wasiat atau pemberian ketika hampir mati seseorang Islam;

 Pemberian semasa hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa


balasan dengan wang atau nilai wang oleh seseorang Islam;

 Waqaf dan nazar;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  271

 Menentu atau membahagikan harta berwasiat dan tidak


berwasiat orang Islam; dan

 Perkara lain yang berkaitan dengan bidang kuasa yang diberikan


oleh mana-mana undang-undang bertulis.

(ii) Bidang Kuasa Jenayah


Bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah dibahagikan kepada enam
kategori:

 Kesalahan-kesalahan rumahtangga seperti suami menganiayai


isteri, isteri tidak taat kepada suami;

 Kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan seks seperti


persetubuhan haram, perbuatan sumbang dan pelacuran;

 Kesalahan-kesalahan berhubung minuman keras seperti


meminum, menjual dan membeli arak;

 Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan keimanan seperti tidak


solat Jumaat, tidak membayar zakat dan tidak berpuasa
termasuk makan di khalayak ramai pada siang hari dalam bulan
Ramadan;

 Kesalahan-kesalahan berhubung pertukaran agama seperti tidak


melaporkan dan mendaftar masuk atau keluar dari agama Islam
dan kesalahan mengenai pengambilan anak angkat; dan

 Pelbagai kesalahan lain yang tidak termasuk dalam kategori di


atas.

Berdasarkan Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah 1984),


Mahkamah Syariah diberi kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang
boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga
RM5,000 atau sebat enam rotan atau kedua-duanya sekali (Aimi,
Muhammad Haidar & Mohd. Shah, 2003)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


272  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

(b) Peranan Mahkamah Syariah


Berikut merupakan peranan mahkamah syariah:

(i) Khidmat Nasihat


Mahkamah Syariah menyediakan perkhidmatan runding cara,
perdamaian dan pertemuan antara suami isteri yang bertelingkah.
Sebahagian kes kekeluargaan dapat diselesaikan melalui cara ini.

(ii) Menyelesaikan Kes


Mahkamah Syariah merupakan institusi yang bertanggungjawab
menerima dan menyelesaikan kes-kes yang berada di bawah bidang
kuasanya secara adil dan saksama.

(iii) Memberi Maklumat Perundangan kepada Orang Ramai


Jabatan- kehakiman dan mahkamah-mahkamah syariah berusaha
untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat
tentang maklumat perundangan dari semasa ke semasa. Kini, semua
jabatan kehakiman dan mahkamah syariah negeri mempunyai laman
web rasmi yang memuatkan maklumat-maklumat terkini tentang
perundangan islam di malaysia. Laman web Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia di Putrajaya boleh dilawati di alamat
www.jksm.gov.my.

10.5 ANAK ANGKAT


Subtopik ini akan menerangkan isu berkaitan anak angkat. Mari kita pelajarinya
dengan lebih mendalam.

(a) Pengertian Anak Angkat dan Hukum Mengambil Anak Angkat

Anak angkat bermaksud anak yang dipelihara oleh bukan ibu


bapa kandungnya sendiri.

Undang-undang Islam mengiktiraf pengangkatan (tabanni) yang bertujuan


untuk memberikan pertolongan dan menunaikan tanggungjawab sebagai
seorang Muslim.

Ini bertujuan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti
kanak-kanak yang tiada ibu bapa dan tidak mempunyai tempat bergantung.
Pengangkatan seperti ini sebenarnya memberikan perlindungan secara lahir

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  273

dan batin kepada kanak-kanak yang memerlukan bukan sahaja keperluan


harian, malahan kasih sayang dan hidup berkeluarga.

Islam juga membenarkan pengangkatan bagi tujuan membenarkan


pasangan yang tidak mempunyai zuriat untuk merasai kasih sayang
seorang anak (Azizah, 2007).

(b) Peraturan Pengambilan Anak Angkat


Walau apa jua cara pengangkatan dan tujuannya, ia mestilah berlandaskan
prinsip-prinsip agama Islam dan tidak bercanggah dengannya. Antara
peraturan yang ditetapkan Allah SWT yang mesti dipatuhi adalah:

(i) Haram Membin dan Membintikan Anak Angkat kepada Bapa


Angkat
Islam mewajibkan anak angkat di„bin‰ dan „binti‰ kepada
kandungnya yang sebenar untuk menjaga kemuliaan pertalian nasab.

Firman Allah SWT dalam al-Ahzab ayat 4 hingga 5:

ãΑθà)tƒ ª!$#uρ ( öΝä3Ïδ≡uθøùr'Î/ Νä3ä9öθ%s öΝä3Ï9≡sŒ 4 öΝä.u™!$oΨö/r& öΝä.u™!$uŠÏã÷Šr& Ÿ≅yèy_ $tΒuρ

y‰ΖÏã äÝ|¡ø%r& uθèδ öΝÎγÍ←!$t/Kψ öΝèδθãã÷Š$# ∩⊆∪ Ÿ≅‹Î6¡¡9$# “ωôγtƒ uθèδuρ ¨,ysø9$#

∩∈∪ ... 4 «!$#


Maksudnya:
„Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak
kandungmu (sendiri), yang demikian itu hanyalah perkataanmu di
mulutmu saja dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan dia
menunjukkan jalan (yang benar). Panggilah mereka (anak-anak
angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka; itulah yang
lebih adil pada sisi Allah ...‰

(ii) Status Keturunan Anak Angkat Tidak Berubah


Oleh sebab pengangkatan tidak menukar status anak angkat, kanak-
kanak yang telah diambil sebagai anak angkat juga tidak mempunyai
hak ke atas ibu bapanya seperti seorang anak kandung. Anak angkat
tidak mempunyai hak untuk mewarisi harta ibu bapa atau adik-
beradik angkatnya sekiranya mereka meninggal dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


274  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

Namun, hak tersebut boleh dilindungi terutama jika anak angkat


merupakan seorang yang berjasa kepada keluarga angkatnya dengan
cara pengagihan harta yang dibuat oleh ibu bapa angkat semasa
mereka masih hidup. Ini boleh dilakukan melalui beberapa
instrumen seperti hibah (pemberian), hadiah, sedekah dan juga
wasiat.

(iii) Batas-batas Pergaulan Anak Angkat


Walaupun anak angkat dipelihara oleh keluarga angkat sejak kecil
dan diberi kasih sayang serta penjagaan yang sempurna, mereka
tetap dikira sebagai bukan mahram dan ajnabi. Batas-batas aurat
mereka tetap tertakluk kepada ketentuan hukum antara bukan
mahram.

(c) Hikmah Larangan Menasabkan Anak Angkat kepada Bapa Angkat


Terdapat lima hikmah larangan ini iaitu:

(i) Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan


nasab antara mereka;

(ii) Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa
kandungnya;

(iii) Menjaga batas pergaulan supaya aurat antara anak angkat dan
keluarga angkatnya terpelihara;

(iv) Memelihara harta pusaka bapa kandung dan salasilah keluarga


supaya tidak bercampur dengan anak angkat yang tiada hubungan
nasab dengan mereka; dan

(v) Memelihara hak wali nikah bapa kandungnya dan mereka yang
berhak menjadi wali.

AKTIVITI 10.4

Apakah peraturan untuk mengambil anak angkat?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MUNAKAHAT III  275

10.6 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Untuk mengajar tajuk berkaitan perkahwinan ini, dicadangkan agar anda
menerangkan isi pembelajaran satu persatu agar pelajar dapat memahami topik
ini dengan jelas. Ini kerana isi pembelajaran yang utama dalam tajuk ini adalah
berbentuk hukum dan fakta. Apabila pelajar telah memahami isi-isi utama, anda
boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan isu-isu semasa agar pelajar dapat
mengukuhkan lagi kefahaman, di samping meluaskan pengetahuan mereka.
Anda juga boleh meminta pelajar mencari maklumat tambahan yang banyak
dimuatkan di dalam akhbar dan menampal keratan akhbar tersebut di kelas
untuk dijadikan rujukan.

 Nafkah dari segi istilah ialah semua perkara yang diperlukan oleh manusia
seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.

 Hadanah merangkumi penjagaan jasmani, rohani dan akal mereka agar


mampu menghadapi hidup dan memikul tanggungjawab apabila dewasa.

 Pendidikan anak-anak perlu diberi perhatian yang mendalam oleh ibu bapa.
Ini kerana anak-anak kita semalam adalah orang dewasa pada hari ini.

 Pendidikan anak-anak tidak terhenti walaupun pasangan suami isteri telah


bercerai. Justeru, hadanah disyariatkan untuk memastikan kebajikan anak-
anak terus terjaga.

 Mahkamah Syariah memainkan peranan yang penting dalam isu berkaitan


undang-undang keluarga Islam.

 Islam juga memberi peluang untuk kita mengambil anak angkat dengan
syarat-syarat tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


276  TOPIK 10 MUNAKAHAT III

Mumayyiz Hadanah
Baligh Hadinah
Pengangkatan (tabanni) Hibah (pemberian)
Nafkah

Aimi Hamzah, Muhammad Haidar Mohd. Isa, & Mohd. Shah Ujang. (2003).
Buku teks pendidikan syariah islamiah tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Asmaji Aes Mukhtar (pnys). (2004). Al-Muhtamir tafsir al-Quran Juz 1-30. Johor:
Penerbitan Jahabersa.

Muhammad Ismail Daud Fatani. (t. t.). MatlaÊ ul-badtain wa majmak al-bahrain.
Maktabah wa Matbah Muhammad al-Huda wa Auladuh.

Muhammad Zaini Yahya, Zamri Abdul Rahim, & Afendi Sahi. (2003). Buku teks
pendidikan Islam tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Najibah Mohd. Zin. (2007). Perceraian dalam undang-undang keluarga Islam.


Dlm. Najibah Mohd. Zin et al. Undang-undang keluarga Islam. (m.s 101-
154). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suad Ibrahim Salih. (1989). Adwa ala nizam al-usrah fi al-islam. Kaherah: Dar al-
Diya.

Wahbah al-Zuhaili. (1987). Al-fiqh al-islamiy wa adillatuh (Jilid 7). Damsyiq: Dar
al-fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-78012140
Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


www.oum.edu.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like