Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

POLITEKNIK MERSING

UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


JABATAN PENGAJIAN AM

KOD & KURSUS MPU23012/MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

PENTAKSIRAN E-FOLIO (30%) SESI I 2022/2023


CLO 3: Menghubungkait minda ingin tahu dengan Islam dan
CLO
cabaran semasa di Malaysia. (A4, CLS4)

PANDUAN & PERATURAN :

1. Tugasan adalah secara berkumpulan seramai antara 3-4 orang pelajar (mengikut bilangan
pelajar)
2. Penentuan tajuk e-Folio akan dibuat secara undian/ mengikut budi bicara pensyarah.
3. Setiap kumpulan hendaklah menghasilkan e-Folio dalam bentuk slaid power point, disimpan
(save) dalam format pdf dan menghantarnya melalui e-Mail/Mocrosoft Teams/ Google
Classroom /Padlet/Google drive atau lain-lain bentuk elektronik yang bersesuaian
sebagaimana saranan pensyarah kursus.
4. Pemarkahan akan dinilai berdasarkan hasil kerja kumpulan. Setiap ahli kumpulan wajib
memberi kerjasama dalam menyiapkannya. (ahli kumpulan berhak mengeluarkan mana-
mana ahli yang tidak memberi kerjasama dalam melaksanakan tugasan ini).
5. Setiap eFolio mestilah mengandungi proses penyediaan dari awal hingga akhir dan bukti
kerjasama antara ahli kumpulan sama ada melalui jadual pembahagian tugas atau
apa jua cara yang bersesuaian (mengikut carta alir di lampiran C).
6. e-Folio perlu disemak terlebih dahulu oleh pensyarah kursus dan menghantarnya selepas
pensyarah kursus berpuas hati dengan e-Folio tersebut. Bukti semakan hendaklah
dilampirkan dalam tugasan samada screenshoot semakan yang telah dibuat atau apa jua
cara bersesuaian.
7. Karya yang diciplak atau bukan karya asli adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati yang
dihantar adalah bukan karya asli atau terdapat plagiat (peniruan kajian), maka pemarkahan
untuk penilaian e-Folio akan dibatalkan. Jika ingin memetik pandangan pakar atau ilmuan,
rujukan terhadap petikan hendaklah disertakan.
8. Format penulisan e-Folio hendaklah seperti berikut:
• Jumlah muka surat antara 10-15 muka surat ATAU mengikut kesesuaian tajuk.
• Tulisan Times New Roman saiz 12 / Arial saiz 11 dan baris 1.5 spacing ATAU mengikut
kesesuaian.
• Penulisan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
i. Muka hadapan (rujuk lampiran A)
ii. Senarai Kandungan
iii. Penghargaan
iv. Objektif kajian
v. Pengenalan
vi. Isi dan keterangan
vii. Kesimpulan/ Penutup
viii. Lampiran/Proses kerja tugasan
ix. Sumber rujukan (rujuk lampiran B)
9. Kelewatan menghantar e-Folio mengikut tarikh ditetapkan TANPA SEBAB yang munasabah
akan ditolak markah (mengikut pertimbangan pensyarah).
CADANGAN TAJUK E-FOLIO

1. Penyalahgunaan Bahan Terlarang dalam kalangan Pekerja Sektor Awam dan Swasta.

2. Gejala Plagiat Akademik yang berleluasa dalam kalangan pelajar. Huraikan

3. Penyebaran Berita Palsu dan Fitnah boleh menjejaskan perniagaan atau pekerjaan.
Huraikan kesan daripada isu tersebut.
4. Kegiatan LGBT semakin berleluasa. Huraikan
5. Pembangunan Bandar Yang Pesat telah memberi kesan kepada Alam Sekitar.

6. Kempen Memperkasakan Pelaksanaan ’Go Green’ dalam kalangan Pengusaha Industri


Makanan. Huraikan
7. Peranan ICT dalam Penyebaran Dakwah dan Perniagaan dalam Era Globalisasi.
8. Cabaran Dunia Siber dan kesannya dalam Pembentukan Akhlak Masyarakat.

9. Huraikan Pengaruh Globalisasi dalam Pemasaran Perniagaan Atas Talian di Malaysia.

10. Situasi Islamofobia di Negara-Negara Bukan Islam. Huraikan

11 Pandangan Serong Masyarakat Non-Muslim terhadap Muslim di Malaysia.

12. Fahaman Liberalisme dan Pluralisme di Malaysia.

13. Salah faham hak dan kedudukan wanita dalam Islam. Huraikan

14. Gerakan Syiah Memecahbelahkan Perpaduan Umat Islam.

15. Senario hubungan agama di Malaysia diwarnai dengan konflik yang boleh menggugat
peradaban. Jelaskan etika/cara yang perlu dimiliki pada setiap individu yang ingin
menyertai dialog serta nyatakan kesan dan kepentingan isu-isu ini dibincangkan.
16. Isu Penggunaan Kalimah Allah adalah isu yang banyak diperbincangkan oleh masyarakat.
Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, berikan ulasan dan pegangan tentang isu
ini.
LAMPIRAN A

MPU23012/MPU23032
PENGAJIAN ISLAM

SESI I 2022/2023

TAJUK:
(contoh) PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DALAM
KALANGAN REMAJA

NAMA PENSYARAH:

NAMA PELAJAR NO. PENDAFTARAN


LAMPIRAN B

CONTOH PENULISAN RUJUKAN

1. Buku
Abdullah A. A ( 2014), Menangani Gejala Sosial Menurut Perspektif Islam, Serdang:
Universiti Putra Malaysia

2. Internet

Rohaizatul, M. Y. (2014). Sindrom Dan Pekak. Dilayari pada 23 Disember 2014, di Portal
Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/keperluan-kanak-kanak-
khas/sindrom-dan-pekak

3. Majalah

Astro Jabat,(Mei 2012), Merawat Golongan Sonsang, Utusan Karya Sdn. Bhd, Anak Jati
Syaraikat Utusan Melayu (Malaysia)

4. Temu Bual

Ustaz Nik Nizam. Penasihat Agama di Rumah Generasiku Sayang, GKS. 8 Jun 2021

5. Jurnal
Hairunnizam Wahid, et al. Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapa
Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati, Jurnal Syariah, Jil. 17, vol. 1, 2009.
Lampiran C
ALIRAN GERAK KERJA TUGASAN BERASASKAN MASALAH (PBT) 30 MARKAH &
EFOLIO (30 MARKAH) PENGAJIAN ISLAM

TAJUK TUGASAN NAMA AHLI KUMPULAN NO PENDAFTARAN


PBT EFOLIO

PBT EFOLIO
• Pemilihan tajuk tugasan NAMA & T/TANGAN T/TANGAN NAMA & T/TANGAN T/TANGAN
• Penentuan bentuk tugasan PELAJAR PENSYARAH PELAJAR PENSYARAH
• Draf awal sinopsis/ sumbangsaran isi tugasan
M1

Tarikh: Tarikh:

PBT EFOLIO
• Semakan isi tugasan individu dan berkumpulan NAMA & T/TANGAN T/TANGAN NAMA & T/TANGAN T/TANGAN
• Draf tugasan mengandungi 40-60% isi PELAJAR PENSYARAH PELAJAR PENSYARAH
• Gerak kerja/ kerjasama berkumpulan dilaksanakan.
M2 (luar kelas)
• Bukti bergambar atau rakaman video direkodkan

Tarikh: Tarikh:
PBT EFOLIO
• Semakan isi tugasan berkumpulan NAMA & T/TANGAN T/TANGAN NAMA & T/TANGAN T/TANGAN
• Draf tugasan mengandungi 70-80% isi PELAJAR PENSYARAH PELAJAR PENSYARAH
• Gerak kerja/ kerjasama berkumpulan dilaksanakan.
M3 (luar kelas)
• Bukti bergambar atau rakaman video direkodkan.

Tarikh: Tarikh:

PBT EFOLIO
• Semakan akhir setiap kumpulan. NAMA & T/TANGAN T/TANGAN NAMA & T/TANGAN T/TANGAN
• Penghantaran tugasan . PELAJAR PENSYARAH PELAJAR PENSYARAH

M4

Tarikh: Tarikh:

You might also like