Seni Dan Kreativiti Kanak-Kanak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

1 PENGENALAN
Konsep kecerdasan adalah keupayaan mantel sesorang individu yang boleh diukur
melalui kemahiran menyelesaikan masalah dengan mengunakan keupayaan, potensi dan
kecenderungan mengadaptasi kehidupan dalam proses pengajaran dan pembelajaran daripada
pengalaman harian kanak-kanak menurut teori (Howard hardner, 1943).

Selain itu, kanak-kanak mempunyai bentuk kecerdasan pelbagai iaitu linguistik


lisan, logik matematik, visual-ruang, jasmani-kinestetik, kecerdasan musik, kecerdasan
interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecekapan naturalist dan kecerdasan wujud.
Disamping itu, kanak-kanak dapat mencapai tahap kesediaan yang jelas, tepat dan adil
melalui skop dan budaya menurut Gardner kecerdasan tidak boleh diukur melalui ujian IQ
tetapi melibatkan proses kognitif.

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah mengenalpasti dan memahami faktor-faktor


mempengharui kecerdasan kanak-kanak. Selain itu, pelajar merancang dan memperkasakan
aktiviti yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak. Disamping itu, pelajar
menjelaskan dan mentaksirkan pendekatan proses jasmani-kinestetik dalam meningkatkan
perkembangan fizikal kanak-kanak. Hal ini penting untuk memastikan pembelajaran alam
sekitar dan pengalaman yang disedikan lebih efektif kepada kekuatan dan potensi kanak-
kanak menurut teori (Piaget, 1950).
1.2 FAKTOR-FAKTOR KECERDASAN JASMANI-KINESTETIK DALAM
MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN FIZIKAL.

Berdasarkan pemerhatian ilustasi di atas menunjukkan bahawa Irene berumur 5 tahun


menguasai kecerdasan jasmani-kinestetik iaitu keupayaan mengunakan badan untuk
mengekspresi emosi, idea-idea serta menyelesaikan masalah yang merangkumi kemahiran
fizikal iaitu koordinasi,fleksbiliti, ketangkasan, kelajuan dan keseimbangan. Antara faktor
menyebabkan Irene menguasai jasmani-kinestetik adalah pengaruh rakan sebaya.
Contohnya Irene bergaul dengan rakan sebaya yang menyukai sukan, aktiviti rekreasi dan
aktiviti mencabar seperti pandai menari, mendengar dan mengikut ritme musik. Hal ini
mendorong Irene mempelajari berbagai jenis tarian dan irama serta dapat mengungkapkan
perasaan dan emosi melalui pergerakan tubuh menurut (Annarino, 1976) pergerakan tubuh
koordinasi, kekuatan, keseimbangan, ketangkasan dan kecepatan diperolehi daripada sistem
saraf ke atas sistem otot untuk menghasilkan pergerakan yang diingini.

Selain itu, faktor individu itu sendiri yang suka akan pergerakan dan mudah berasa
bosan serta gelisah apabila tiada aktiviti. Berdasarkan jadual diatas Irene suka melakukan
pergerakan badan atau menyentuh sesuatu objek dengan gembira seperti suka
melompat, berlari, berolahraga dan menari menunjukkan bahawa perkembangan fizikal Irene
mampu menciptakan dan mengekspresikan apa yang mereka rasakan melalui tubuh mereka.
Disamping itu, melalui pergerakan permainan olahraga dapat memproses makumat secara
sentuhan dan menunjukkan koordinasi yang baik untuk berfikir serta pembelajaran dapat
ditingkatkan dan menciptakan sesuatu untuk diri mereka sendiri dengan lebih mengingat
pengalaman yang mereka ikuti daripada mereka yang hanya menjadi pengamat. Contohnya,
ketika saat bermain dapat melatih otot dan bergerakan membina kekuatan, kecepatan,
fleksibilitas, koordinasi mata-tangan dan keseimbangan menurut (Drowatzky, 1975).
Seterusnya adalah faktor penggalakkan ibubapa dalam perkembangan fizikal Irena
adalah menggalakkan suasana rumah, makanan dan asuhan keluarga contohnya Irene
dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami
perkembangan emosi yang sihat. Selain itu, ibubapa Irene dapat memberikan makanan yang
berzat dan seimbang akan membantu memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.
Selain itu, ibubapa mendorong dan melibatkan Irene dengan pelbagai aktiviti seperti
kemahiran menjahit, kraf dan olahraga akan membangkitkan semangat berhubungan dengan
pelaksanaan tugas-tugas gerak dalam aktiviti jasmani. Contohnya ibubapa menyediakan dan
membekalkan kelengkapan aktiviti jasmani seperti bola, tali skiping dan pemakanan
seimbang dalam kehidupan Irene dapat mengamalkan gaya hidup sihat, meneroka pelbagai
pergerakan dan kemahiran manipulasi penting terhadap kecergasaan badan, kecerdasan
minda dan kesihatan Irene menurut (Clarke, 1976) ketangkasan, koordinasi dan kesihatan
berdasarkan faktor umur, kematangan, saiz badan , jenis pemakanan dan persekitaran.

Setelah itu, faktor persekitaran seperti media sosial adalah mod komunikasi dari
radio, video dan laman sesawang dimana kanak-kanak seperti Irene mudah mengakses dan
menggunakan telefon pintar untuk melakukan aktiviti berfaedah melalui tonton video kartun
berunsur pengajaran dan tauladan seperti upin ipin dan boboi dapat merangsang serta
menimbulkan perasaan gembira apabila Irene dapat menyanyi dang mengikuti bergerakan
dalam video lagu kanak-kanak seperti burung kak tua dan lompat si katak lompat. Justeru itu,
melalui tayangan dan gambaran video Irene mampu berimaginasi dan boleh meniru watak-
watak dan tingkah laku individu hal ini dapat melatih daya fikiran tanpa diatasi kenyataan.
Contohnya aktiviti pergerakan permainan video kanak-kanak mampu melatih kecerdasaan
badan, kecerdasan minda, ketangkasan, koordinasi dan kesihaan mantel melalui melihat dan
mendengar hal ini membantu melatih proses pembelajaran dan meningkat rasa percaya diri
didalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak banyak mempelajari perilaku melalui melihat
dan meniru pelbagai model yang berpengaruh di sekeliling mereka, seperti ibu bapa, watak-
watak TV kanak-kanak, rakan sebaya dan guru mereka menurut (Albert Bandura, 1977)
1.3 PERANAN GURU MENINGKATKAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-
KANAK

Sebagai seorang guru prihatin bagi meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak


di peringat prasekolah adalah dengan melaksanakan pergerakan aktiviti lokomotor dan
pergerakan aktiviti bukan lokomotor hal ini kerana pergerakan seperti berjalan, berlari,
melompat dan membongkok merupakan asas pergerakan dan kanak-kanak gemar melakukan
aktiviti yang mencabar dan tidak membosankan. Disamping itu, pelaksanaan aktiviti ini dapat
mengajar kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh badan,kordinasi tubuh dan
ketangkasan serta kesihatan murid melalui meneroka pelbagai pergerakan, melakukan
perlbagai kemahiran manipulasi dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini kerana
menurut Karl E. Garrison perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada tindakan yang
saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.

Antara aktiviti pergerakan lokomotor adalah melibatkan perubahan tapak sokongan


secara mendatar dan menegak. Selain itu, pergerakan lokomotor digunakan untuk bergerak
dari satu tempat ke tempat lain seperti berjalan, berlari, melompat sebelah kaki dan
menggelongsor. Contohnya guru melaksanakan aktiviti bermain ketinting dimana kanak-
kanak mengunakan langkah satu kaki ke depan, kemudian kanak-kanak melakukan ketinting
mengunakan kaki yang sama untuk melangkah kehadapan corak pergerakan ini adalah
dengan memindahan berat badan di atas kaki secara berselang-seli melalui aktiviti ini kanak-
kanak dapat meneroka pelbagai pergerakan tubuh badan dengan gembira, seronok dan yakin.
Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak melalui
aktiviti bermain kanak-kanak dapat berimaginasi tinggi menurut (Erikson, 1985).

Disampng itu, pergerakan lokomotor yang boleh dilakukan di prasekolah adalah


guru bersama kanak-kanak bermain gelungsur dengan mengunakan langkah satu kaki dan
diikuti dengan sebelah kaki, kemudian berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup
dengan kaki belakang yang akan sentiasa mendahului pergerakan. Disamping itu, guru
melaksanakan aktiviti melompat dimana kanak-kanak melompat dan melonjat iaitu berat
badan berada diatas kedua-dua kaki daripada lantai, kemudian kaki mendarat mengunakan
dua belah kaki dengan serentak. Contohnya senaman lompat bintang dapat membakar kalori,
menguatkan sendi tulang kaki, mengekalkan keseimbangan pergerakan statik melalui
Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat memahami pertalian asas dengan elemen-elemen
pergerakan seperti ruang, masa dan kuasa, meningkatkan kemahiran koordinasi pergerakan
tubuh, meningkat kecergasan fizikal dan mantel. Hal ini kerana penglihatan dan kepekaan
tubuh badan (kinestetik) adalah persepsi yang sangat penting dalam perkembangan fizikal
kerana kedua-duanya berhubung terus kepada kebolehan prestasi motor menurut ( Gabbard,
2004).

Sebagai guru prihatin bagi meningkatkan perkembangan fizikal adalah dengan


melaksanakan aktiviti pergerakan bukan lokomotor iaitu melibatkan badan kekal ditempat
yang sama tetapi memusing disekitar paksi mendatar atau menegak seperti membongkok,
mengilas, menimbangi, meringkuk, mengayun, meregang, memusing, menarik dan menolak.
Selain itu, pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan tidak mengubah tindakan
pergerakan dengan mengunakan otot kecil untuk menstabilkan sesuatu pergerakan setempat
atau tidak bergerak dari suatu tempat ke tempat lain. Contohnya aktiviti pergerakan bukan
lokomotor yang boleh dilaksanakan diprasekolah untuk meningkat kemahiran fizikal Irene
adalah melambung, membaling dan mengolek bola seterusnya menghayun tubuh badan,
tangan atau kaki. Melalui aktiviti ini memupuk semangat toleransi dan kerjasama serta
menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial antara kanak-kanak dengan guru
seterusnya mencapai potensi diri sepenuhnya menurut (Ginsburg, 2007).

Antara aktiviti pergerakan bukan lokomotor adalah mengilas berlaku apabila


bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja.
Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar di atas sebuah tapak. Selain
itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang dalam
satu bulatan sahaja. Contohnya senaman aerobik dan senaman regangan statik boleh
meningkatkan kelembutan iaitu dengan mengbengkokkan kepala ke arah kanan hingga
merasa tegangn di sebelah kiri leher tahan selama 15 saat kemudian kembalikan semula
kepala pada kedudukan lurus melalui aktiviti ini dapat mengurangkan ketegangan,
meningkatkan tenaga, membakar kalori seterunya menguatkan ketahanan otot dan
mengekalkan keseimbangan statik. Disamping itu, kombinasi pergerakan merupakan
pergerakan asas menurut (Buron, 1977) seperti menolak, menyokong, merangkak dan
berjalan akan melahirkan semangat berpasukan, gambira dan mampu mengekalkan kesihatan
jantung,kekuatan otot dan kelenturan.
1.4 CADANGAN IBUBAPA TERHADAP AKTIVITI MENINGKATKAN
PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Perkembangan fizikal dan estetika menekan perkembangan jasmani dan kesihatan


untuk kesejahteraan serta memupuk daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi terhadap
karya seni dalam kalangan pelajar. Selain itu, aktiviti fizikal merupakan pergerakan tubuh
yang merangkumi pertumbuhan anggota badan dan organ-organ, gerak balas fisiologi,
kewujudan tanda-tanda kematangan fizikal serta perubahan dalam keupayaan motor. Oleh itu,
peranan ibubapa amat penting untuk meningkatkan perkembang fizikal kanak-kanak melalui
aktiviti senaman dan aktiviti riadah. Selain itu, ibubapa melibatkan kanak-kanak dengan
aktiviti bersenaman dengan turun naik tangan, bermain bola, dan berbasikal. Aktiviti rutin
harian juga boleh dilaksanakan dirumah dengan melakukan aktiviti melipat kain, mengemas
tempat tidur, dan berkebun. Melalui kaedah ini dapat meningatkan kecergasan, kesihatan
fizikal dan mantel serta mengeratkan hubungan keluarga dan memberi kesedaran cara
mengurus diri dalam kalangan belajar.

Antara aktiviti senaman dengan melakukan sesi pemanasan badan, mengikut rentak
lagu, 40 kali pergerakan tangan, 20 kali pergerakan lutut kaki, kanak-kanak boleh meletakkan
tangan kiri dan kanan disisi, kaki kiri dan kanan dirapatkan tahan 3 saat, ulangkan 15-20 kali,
kemudian letakkan tangan kiri dan kanan dipinggang sambil lutut kaki kiri dan kanan
dibengkokkan tahan 3 saat, ulangkan 15-20 kali melalui aktiviti dapat menguatkan dan
ketahanan otot, mengekalkan keseimbangan statik, membakar kalori. Selain itu, ibubapa
bermain bola bersama kanak-kanak dengan memegang bola dan menendang bola. Contohnya,
kanak-kanak bermain bola dapat mengkawal gerakan membaling, menendang dan
menangkap tersebut pada masa yang tepat seperti menendang bola ke tiang gol. Selain itu,
melalui gerakan kinestetik dapat dikaitkan dengan kebolehan untuk belajar,
meningkatkan kesihatan diri dan menambahkan keyakinan kanak-kanak menurut
(Doherty & Brennan, 2008).

Aktiviti senaman dengan mengerakkan anggota badan dengan baik berupaya untuk
menjadi atlit, penari atau individu yang lebih cergas, kuat dan sihat. Selain itu, aktiviti
seperti senaman squat, tekan tubi dan aerobic dapat keseimbangan, kawalan postur badan,
agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota badan, dan kekuatan dan
kelenturan menurut (Horvat et.al. 2007) yang diperlukan untuk menunjukkan
kebolehan motor anggota badan. Contohnya aktiviti senaman lompat tali skipping dimana
kanak-kanak membuka kedua tangan dengana luas sambil memegang tali skipping, kemudian
tangan kiri dan kanan diangat bersedia menayunkan tali skipping dengan membengkokan
dan melompat tali skiping melakukan 5 saat, seterusnya kaki dibuka luas dan bersedia untuk
mendarat. Melalui aktiviti ini dapat membakar kalori, meningkatkan koordinasi,
meningkatkan keanjalan sendi kaki dan tangan menurut (Gabbard, 2004) perkembangan
fizikal kerana kedua-duanya berhubung terus kepada kebolehan prestasi motor.

Seterusnya aktiviti yang boleh dilakukan dirumah adalah aktiviti riadah seperti
menari boleh dianggap sebagai satu bentuk pembelajaran yang bukan sahaja digemari oleh
kebanyakan kanak-kanak, malah lebih seronok untuk belajar sambil mempraktikkan
(pembelajaran kinestesis). Apabila kanak-kanak seronok belajar sesuatu perkara, mereka
terus berminat untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran, kesannya tumpuan kepada
sesuatu perkara menjadi semakin baik menurut (Moyles, 2005). Contohnya kanak-kanak
memberi respon kepada muzik sambil meniru tarian dengan menggoyang-goyangkan tangan
atau kaki. Melalui aktiviti ini dapat membakar tenaga berlebihan, membantu mengekalkan
kesihatan dan memberi banyak manfaat lain dengan melibatkan beberapa fungsi otak secara
serentak. Aktiviti menari terbukti membantu bentuk lebih banyak laluan dan hubungan saraf
di dalam otak lantas meningkatkan kecerdasan kita.

Antara aktivti riadah adalah bermain gelongsor merupakan sebahagian daripada


dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika
kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Oleh itu, ibubapa
harus memainkan peranan penting untuk meningkat kemahiran perkembangan fizikal kanak-
kanak dengan melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti riadah yang menarik minat kanak-
kanak serta bermain dengan bebas menrut (Dewey, 1859-1952) dalam pergerakan progresif
menyaran bahawa pengalaman kurikulum perlu berasaskan pada minat dan penglibatkan
kanak-kanak dalam pengalaman yang aktif. Contohnya aktiviti bermain basikal sangat
menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaa serta dapat menurunkan kadar
kolestrol, menguatkan tulang. Selain itu, menghasilkan perubahan sikap yang luar biasa
seperti memperoleh keyakinan diri, mengimbangi tekanan serta menikmati kehidupan yang
lebih sejahtera.
1.5 KESIMPULAN

Kecerdasan merupakan keupayaan mantel sesorang individu yang boleh diukur


melalui kemahiran menyelesaikan masalah dengan mengunakan keupayaan, potensi dan
kecenderungan mengadaptasi kehidupan. Selain itu, kepelbagai bentuk kecerdasan iaitu
jasmani-kinestetik adalah keupayaan mengunakan badan untuk mengekspresi emosi, idea-
idea serta menyelesaikan masalah yang merangkumi kemahiran fizikal iaitu koordinasi,
fleksbiliti, ketangkasan, kelajuan dan keseimbangan kerana menurut (Gabbard, 2004)
penglihatan dan kepekaan tubuh badan adalah persepsi yang sangat penting dalam
perkembangan fizikal.

Oleh itu, peranan guru dalam melaksanakan pembelajaran jasmani-kinestetik adalah


penting penting untuk meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak dengan
melaksanakan aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam pembelajaran dan
pengajaran disekolah menurut (Bucher, 1979) pendidikan gerakan kinestetik membenarkan
pembelajaran kemahiran motor. Selain itu, melalui aktiviti memberi faedah dari segi
menguasai keseimbangan tubuh badan, kordinasi tubuh dan ketangkasan serta kesihatan
murid melalui meneroka pelbagai pergerakan, perlbagai kemahiran manipulasi dan
mengamalkan gaya hidup sihat

Disamping itu, peranan ibubapa penting bagi meningkatkan perkembangan fizikal


dengan melalukan aktiviti senaman dan aktiviti riadah dapat membina kekuatan otot,
kelenturan, kesihatan tubuh badan, sosial dan emosi serta boleh mengkurangkan insiden
penyakit kronik. Hal ini mampu menyumbangkan kesihatan yang baik dalam membina
ketahanan kardiovaskular, ketahanan otot, kekuatan otot,keanjalan dan komposisi badan
menurut (Wardle, 2008) menyatakan bermain dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan
domain pembelajaran.
2.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : Tabika Perpaduan Pekan Kudat

Tarikh : 30 Oktober 2020 (Jumaat)

Kumpulan Umur : 5 tahun

Masa : 10.20 pagi – 11.20 pagi ( 40 minit )

Bil. Muird : 25 Orang

Tema : Alam Hidupan

Subtema : Haiwan

Tunjang Utama : Tunjang Komunikasi- Bahasa Melayu

Standard Kandungan : BM 1.2 Mendengar, memahami dan memberi respons secara


gerak laku dan lisan

Standard Pembelejaran : BM 1.2.1 mendengar dan memberi respons terhadap cerita


yang didengar

: BM 1.2.2 mendengar dan menyanyi lagu

Kesepaduan Tunjang : Tunjang perkembangan Fizikal dan Estetika

:KE 2.1.1 Melakonkan watak mengunakan imaginasi

Objektif Pembelajaran : 1. Murid gembira menyanyi sambil membuat pergerakan


Haiwan

: 2. Mencerita semula dan melakon watak di dalam cerita


dengan mengunakan Boneka

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat boneka

Penerapan Nilai : Menghargai,teliti, sabar dan bekerjasama

KBKK : Menjana idea, menghubung kait dan mencirikan

Fokus MI : Linguistik dan Interpersonal

Kosa Kata : Haiwan, Habitat, bunyi dan bergerakan


Bahan bantu mengajar : Boneka haiwan,komputer,pentas tirai

LANGKAH/ ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN/


MASA BAHAN

Set Induksi Guru menunjukkan kotak 1. Guru meminta beberapa murid ABM : Boneka ,
magik kepada murid yang pergi ke depan dan mengambil kotak
( 5 Minit )
mengandungi pelbagai boneka yang terdapat di dalam
haiwan boneka kotak magik dan menunjukkan
kepada rakan MI : Linguistik,
Guru bertanya beberapa
Interpersonal
soalan kepada murid sambil 2. Guru bertanya soalan sambil
bermain – mainkan puppet bermain Boneka

Siapa ada haiwan? Nilai : Mendengar


arahan
Jenis haiwan apa dan warna
apa?

Langkah 1 Guru dan Murid membaca 1. Guru menyebut sebaris demi ABM : Boneka
lirik lagu sebaris demi sebaris lirik lagu “bangau oh dan senikata lagu
( 10 Minit )
sebaris bangau kenapa engkau kurus“
dan memberi arahan supaya
murid mengikut selepas guru MI : Linguistik,
“bangau oh bangau.. baca. Intrapersonal

Kenapa engkau kurus…


2. Murid menyebut lirik lagu
Bagaimana aku tak kurus.. “bangau oh bangau” sebaris Nilai : Mendengar
demi sebaris dengan arahan
Rumput sangat panjang….
bimbingan guru.

3. Guru menunjukkan jenis


Menyebut jenis haiwan haiwan boneka dan meminta
Boneka murid menyatakan nama
haiwan tersebut berpandukan
boneka yang ditunjuk.
bangau
ikan

kerbau

Langkah 2 Menyanyi secara 1. Guru meminta setiap murid ABM : puppet


berpasangan mencari pasangan atau kawan haiwan,
( 10 Minit )
masing – masing dan Vcd,pentas tirai
menyanyikan lagu secara
Mencerita semula dan berpasangan.
melakon watak di dalam MI : Linguistik ,
2. Mencerita semula dan melakon Interpersonal
cerita dengan mengunakan
watak di pentas tirai dalam
Boneka
lagu ‘’Bangau Oh Bangau’’
dengan mengunakan Boneka NIlai :
Kesungguhan,

berkerjasama dan
berani

Langkah 3 Menyanyi lagu sambil 1. Guru menyanyikan lagu “ ABM : puppet dan
membuat gerakan bangau oh bangau” sambil DVD
( 10 Minit )
membuat gerakan.
MI : Linguistik
2. Murid bersama guru dan intrapersonal
menyanyikan lagu “bangau oh
bangau” dengan rasa gembira
NIlai :
dan seronok.
Kesungguhan dan
bersabar

Penutup Menyanyikan semula lagu 1. Guru membuat pengukuhan ABM : puppet


“Bangau oh Bangau kenapa mengenai pelajaran pada hari
( 5 minit )
engkau kurus bagaimana ini.
aku tak kurus ikan tidak MI : Linguistik
2. Semua murid menyanyikan
timbul-timbul “ dan intrapersonal
semula lagu “ Bangau oh
bangau“ NIlai :
Kesungguha,berani
Bersoaljawab 3. Murid menyebut semula nama
bekerjasama dan
haiwan puppet
Sebutkan jenis – jenis mendengar arahan.
haiwan boneka dan apa 4. Murid menceritakan dan
makananya? melakon watak boneka dengan
gembira

Guru memberi arahan 5. Guru memberi pujian atas


kepada murid untuk usaha dan kerjasama yang
menceritakan dan berlakon diberikan.
watak mengunakan boneka

2.3 PENGUKUHAN DAN KESIMPULAN

Rancangan pembelajaran yang dilaksanakan tercapai apabila aktiviti bercerita tentang


boneka haiwan berkaitan dengan pergerakan dan bunyi akhirnya murid dapat bercerita dan
melakon watak boneka haiwan sambil membuat pergerakan dan menamakan boneka haiwan
tersebut. Oleh itu, interaksi bersama rakan dan guru ketika menyanyi dan bercerita berlahan-
lahan dapat meningatkan kemahiran berbahasa dengan berkongsi cerita dengan menulis
gambar boneka haiwan.

Disamping itu, hasil daripada bersoal jawap antara guru dan murid memberi
berpeluang untuk meneroka hubungan yang baru dan belajar untuk bekerjasama
membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dengan mudah mewujudkan persekitaran yang
menyeronokkan untuk belajar secara tidak langsung kanak-kanak memupuk mengembangkan
bahasa, literasi dan komunikasi. Selain itu, guru memberi pujian atas usaha dan kerjasama
yang diberikan menarik minat kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran bahasa dan
emosi.
Jumlah patah perkataan 2815

3.0 RUJUKAN

Bredekamp, S., & Copple, C. (1997). Developmentally appropriate practices in programs for
children 3 to 8. Washington, DC: National Association for the Education of Young Children.

Drowatzky, J. N., & Lehman, J. (1975). Visual Perception Differences in Cerebral Palsied,
Mentally Retarded and Normal Children.

Elkind, D. (2004, December). The problem with constructivism. In The educational


forum (Vol. 68, No. 4, pp. 306-312). Taylor & Francis Group.

Fox, C. S., Massaro, J. M., Hoffmann, U., Pou, K. M., Maurovich-Horvat, P., Liu, C. Y., ... &
O’Donnell, C. J. (2007). Abdominal visceral and subcutaneous adipose tissue compartments:
association with metabolic risk factors in the Framingham Heart Study. Circulation, 116(1),
39-48.

Gabbard, C., & Helbig, C. R. (2004). What drives children’s limb selection for reaching in
hemispace?. Experimental Brain Research, 156(3), 325-332.

Jaafar, F. M. (2009). Kepentingan aktiviti bermain di dalam pendidikan prasekolah. The


Malaysian Education Dean’s Council (MEDC) Journal, 3, 1-8.Miller, D. F. (2015). Positif
child quidance (8th ed.). United States of America: Wadsworth, Cengage Learning

Maud, P. J. (1983). Physiological and anthropometric parameters that describe a rugby union
team. British journal of sports medicine, 17(1), 16-23.

Moyles, J. (2009). Play: The powerful means of learning in the early years. In Key Issues in
Early Years Education (pp. 37-46). Routledge.

Smith, M. K. (2002). Howard Gardner and multiple intelligences. The encyclopedia of


informal education, 2, 96-132.

Wardle, J., Carnell, S., Haworth, C. M., Farooqi, I. S., O'Rahilly, S., & Plomin, R. (2008).
Obesity associated genetic variation in FTO is associated with diminished satiety. The
Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, 93(9), 3640-3643.

You might also like