Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Dalam pengertian sosiologi, Malaysia merupakan satu masyarakat majmuk yang terdiri dari
pelbagai kumpulan etnik. Setiap kumpulan mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan, nilai,
adat resam serta lain-lain warisan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian kaum dan budaya adalah
satu ciri utama masyarakat di Malaysia.

Berdasarkan pengertian sejarah, istilah perkataan “masyarakat” merupakan istilah yang


berasal daripada perkataan Arab iaitu “Syaraka” yang bermaksud mengikut mengambil
bahagian. Dalam bahasa Inggeris pula, perkataan “masyarakat” disebut “society” yang
bermaksud sekumpulan manusia yang telah membentuk sistem dan komunikasi.

Menurut Richard T. Schaefer dan Robert P. Lamm berpendapat bahawa masyarakat ialah
sejumlah besar manusia yang tinggal di dalam wilayah yang sama, persamaan berdikari serta
sejumlah orang di luar wilayah tersebut dan mempunyai persamaan budaya yang sama.
Mengikut pandangan John J. Macionis pula berpendapat masyarakat merupakan sejumlah
manusia yang berinteraksi dalam wilayah yang tertentu dan juga mempunyai budaya yang sama.

Penglibatan setiap anggota masyarakat diperlukan bukan setakat bagi mengatur


kehidupan berlandaskan undang-undang, sistem politik, ekonomi dan pentadbiran tetapi dari segi
nilai, norma, emosi dan semangat mencintai masyarakat atau sesebuah negara, dan seterusnya
mengandungi pelbagai bentuk masyarakat.

Antara ciri-ciri masyarakat ialah manusia yang hidup bersama dan sentiasa berkelompok.
Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling memerlukan. Kedua, masyarakat melahirkan
kebudayaan dan kebudayaan tersebut akan diwarisi dari generasi ke generasi dengan berbagai
proses penyesuaian. Ketiga, masyarakat sentiasa berinteraksi kerana terdapat hubungan dan
bekerjasama akan terjadinya berinteraksi. Keempat, masyarakat yag terdapat kepimpinan yang
terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya.

Kesimpulannya, rakyat yang mendiami kawasan tersebut juga yakin dan percaya kepada
sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan. Sebagai contoh kepelbagaian kaum
di Malaysia merupakan komponen yang telah membentuk negara Malaysia ialah negara, bangsa,
kerajaan dan Perlembagaan Persekutuan.

1
2.0 KEBAIKAN MASYARAKAT

Antara kebaikan yang dapat diperolehi daripada masyarakat ialah mewujudkan masyarakat yang
harmoni. Seperti sedia maklum, Malaysia wujud masyarakat yang berbilang kaum seperti
Melayu, Cina, India, Kadazan dan pelbagai kaum yang lain. Dengan wujudya perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai matlamat atau
aspirasi dapat tercapai.

Selain iu, industri perlancongan merupakan salah satu industri yang menyumbang
terbesar kepada penyumbang pendapatan negara. Kunci utamanya adalah kerana perpaduan
kaum di Malaysia. Banyak keunikan cara hidup masyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan
seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian dan sebagainya kepada
pelancong asing.

Pelaburan asing dapat dilakukan kerana pihak pelabur berani menanam modal di
sesebuah negara adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang teliti dan sangat
mesra pelabur.hal ini kerana mereka tidak mahu modal yang dilaburkan akan rugi akibat
pergolakan yang berlaku di sebuah negara. Jadi, pelabur berani mati melabur modal di sini
adalah kerana kestabilan politik negara berikutan masyarakat yang hidup bersatu tanpa sebarang
perbalahan.

Akhir sekali, kebaikan yang diperolehi dapat mengelakkan berlakunya perang saudara
kerana wujud perasaan prejudis atau salah sangka yang akan wujud diantara masyarakat di
Malaysia. Ini kerana, selalu kita mendengar dan menonton mengenai perang saudara sehingga
berlakunya pembunuhan yang telah mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa seperti wannita
tua dan kanak-kanak. Oleh itu, kekalkanlah nilai kemasyarakatan diantara sesama masyarakat
agar dapat mengekalkan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan dapat direalisasikan.

2
3.0 FUNGSI MASYARAKAT

3.1 SOSIAL

3.1.1 SOSIAL PENJAJARAN

Sosial penjajaran merupakan suatu sistem dengan mengelompokkan yang berdasarkan kerabat,
jantina, umur, berbagai bentuk dari kumpulan yang berdasarkan pekerjaan yang sama,
kedudukan atau status peranan.

3.1.2 SOSIAL KAWALAN

Sosial kawalan merupakan suatu sistem serta proses yang bertujuan untuk mengatur kegiatan dan
juga tingkah laku daripada setiap individu dalam kalangan masyarakat. Sistem ini juga disebut
sebagai pengendalian sosial yang bertujuan bagi mengendalikan setiap anggota masyarakat untuk
mengatur kehidupannya.

3.1.3 SOSIAL MEDIA

Sosial media merupakan suatu kelengkapan dan peralatan yang kemudiannya menjadikan
sebagai media perantaraan bagi aggota masyrakat untuk melangsungkan interaksi dan
komunikasi sesama sendiri dari jarak jauh yang memerlukan kelajuan internet yang tinggi.

3.1.4 SOSIAL STANDARD

Sosial standard merupakan satu ukuran sosial yang digunakan bagi menilai dan menentukan
seluruh kegiatan dan menilai efektif atau tidak.

3
3.2 HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT

Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk masyarakat menimba
ilmu. Maka, perhubungan sekolah dengan masyarakat boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku,
yang membolehkan mereka saling berinterkasi dan saling mempengaruh santara satu sama lain.

Sekolah dipertanggungjawabkan untu memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan


positif ketas pelajar. Sekolah merupakan pengaruh utama yang sebagai satu aspek alam
sekeliling yang mendatangkan kesan didalam pembetukan sahsiah pelajar. Oleh itu, sekolah juga
memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang
perkembangan dan kemajuan selari dengan keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat
Pendidikan Negara.

Selain itu, kerjasama diantara sekolah-sekolah adalah lebih diuatamakan untuk memupuk
kesefahaman dan perpaduan diantara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Maka,
disamping meningkat kerjasama dalam bidang aktiviti kurikulum dan kokurikulum diantara
sekolah daerah, negeri dan negara, konsep sekolah wawasan diperkenalkan oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan
Disember 1995 yang bertujuan memberi peluang kepada murid daripada pelbagai kaum untuk
belajar dan berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama bagi memupuk perpaduan
masyarakat berbilang kaum.

Tambahan pula, sekolah melahirkan pelajar atau generasi yang berilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia. Generasi yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat beri sumbangan yang
amat bernilai untuk perkembangan dan kemajuan masyarkat dan negara. Kerjasama yang terjalin
diantara sekolah dan masyarakat adalah penting untuk membawa sekolah dan masyarakat
menuju kearah kejayaan dan kegemilangan. Jika kedua-dua aset ini tidak saling berinteraksi,
sudah pasti generasi yang berilmu pengetahuan tidak akan terhasil.

4
Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) merupakan satu pertubuhan di dalam sekolah yang
memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan pelajar. Pertubuhan
PIBG di sekolah rendah dan menengah adalah hasil syor Laporan Aziz 1971. Fungsi utamanya
ialah, menjaga dan melindungi kebajikan pelajar dan guru disamping memberi sumbangan untuk
perkembangan sekolah. Ia juga dapat diperlihatkan daripada kegiatan sosial, akademik dan
kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan Kementian Pendidikan Malaysia.

Akhir sekali, bangsa yang luhur dan disanjung tinggi adalah rakyatnya yang mengungguli
dan memiliki semangat untuk memperoleh, memperkembangkan dan menggunakan ilmu untuk
membawa diri dan negara ke mercu kejayaan. Sekolah melahitkan pelajar yang berilmu dan
berakhlak mulia. Pelajar yang berilmu akan beri sumbangan yang amat bernilai untuk kemajuan
masyarakat dan negara.

5
4.0 ISU TERKINI

4.1 KES DERA

Kes penderaan kanak-kanak bukanlah suatu perkara asing di Malaysia sebaliknya perbuatan itu
sering berlaku dalam masyarakat. Malah, kes penderaan kanak-kanak selalu dijadikan tajuk-tajuk
utama dalam surat khabar dan media teknologi elektronik.

Terbaru pada 3 Julai 2018, masyarakat digemparkan dengan kes penderaan bayi dalam
jagaan pengasuh yang berlaku di Gombak, Selangor. Bayi Adam Rayqal Mohd Sufi yang berusia
5 bulan maut dibawah jagaan pengasuh di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nahkoda, Batu
Caves disifatkan satu kekejaman yang luar biasa dan tidak berperikemanusiaan.

Arwah bayi berkenaan dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemui dalam beg berwarna
hijau oleh anggota polis dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuhnya pada lewat
malam. Pengasuh yang berusia 33 tahun yang juga suspek utama ditahan reman manakala
seorang suspek wanita berusia 36 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.

Suspek Noor Aqilah Abd Rahman 33 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan
memohon dibicarakan sebaik pertuduhan yang dibicarakan. Suspek didakwa mengikut Seksyen
31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun
atau denda atau kedua-duanya. Dia juga turut dituduh melupus mayat Adam Rayqal dengan niat
menyembunyikan mangsa dan menyebabkan terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut
Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 3 tahuan dan denda.

Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian
arwah Adam Rayqal adalah akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dengan kesan retak di
bahagian tempurung kepala.

6
4.2 WABAK PENYAKIT

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie
Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah
melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak
yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus
HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka
(ulcer) di dalam mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya
menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun, segelintir jangkitan HFMD
yang disebabkan oleh EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Sejak 1 Januari sehingga 23 Julai lalu, sebanyak 35,886 kes kumulatif wabak itu
direkodkan di seluruh negari. Berdasarkan statistik, Selangor mencatatkan kes paling tinggi
dengan 10,823 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 4,203 kes. Manakala wabak HFMD di Negeri
Sembilan dilaporkan meningkat sebanyak 1,634 kes sejak Januari hingga kini. Daerah Seremban
mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,151 kes diikuti daerah Jempol 129 kes, Port
Dickson 93 kes, Rembau 85 kes, Kuala Pilah 80 kes, serta Tampin dan Jelebu masing-masing
dengan 48 kes.

Wabak ini cepat menular dengan kadar hampr 100% di kalangan kanak-kanak di bawah
umur 10 tahun terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska/tadika.
Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan ibu bapa atau penjaga
mengamalkan langkah pencegahan seperti tidak membawa anak-anak ke tempat awam / sekolah/
taska/ tadika pusat asuhan kerana boleh merebak jangkitan. Kemudian, membawa anak
mempunyai jangkitan berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera,
membersihkan permainan anak serta lantai terutamanya tandas dengan menggunakan larutan
chlorin based dan menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak
berkongsi barangan dengan kanak-kanak yang lain.

7
5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulanya dari tajuk masyarakat ini, saya dapat menyimpulkan bahawa Malaysia
mempunyai pelbagai kaum, budaya, dan agama. Hal ini, terjalinlah hubungan kemasyarakatan
yang utuh yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan ekonomi negara yang kita kecapi
sekarang. Tanpa perpaduan kaum, keharmonian diantara masyarakat berbilang kaum tidak dapat
dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada setiap kaum untuk pertahankannya.

Selain itu, setiap agama mempunyai peranan agama yang tersendiri dan merupakan asas
pembetukan pelbagai kaum di Malaysia. Aspek beragama bagi setiap kaum mahupun etnik yang
menjadi teras identiti yang tersendiri. Kesedaran dan kefahaman yang luas dapat membantu
hasrat dan cita-cita.

Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana negara Malaysia
mempunyai pelbagai kaum dan perayaan tradisi. Ianya menjadikan rakyat aman dan harmoni
sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Tegasnya negara Malaysia merupakan
sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang pada tanggapan
masyarakat dunia sukar dipadukan dan sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik
agama, budaya, bahasa, adat dan kepercayaan.

8
6.0 RUJUKAN

 http://umum-pengertian.blogspot.com/2016/05/pengertian-masyarakat-secara-umum.html
 www.youth4malaysia.com/index.php/web-journalism-c/politik-webjurnalism-cg/isu-
perkauman-web-jurnalsim-c/346-kepentingan-perpadluan-kaum-di-malaysia
 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wabak-hfmd-di-negeri-sembilan-naik-186-
peratus-exco-181765
 http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/hfmd-makin-mengancam-1.713792
 http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/hfmd-makin-mengancam-1.713792
 https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/447541/kes-adam-rayqal-pengasuh-
disambung-reman-7-hari
 http://www.definisi-pengertian.com/2015/10/ciri-ciri-dan-unsur-unsur-masyarakat.html
 http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/permuafakatan-komuniti-dan-sekolah.html
 http://woocara.blogspot.com/2016/03/pengertian-masyarakat-ciri-ciri-masyarakat.html

9
7.0 LAMPIRAN

10

You might also like