Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

PENILAIAN BERTERUSAN (30%)

BAB 2 : PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN


BAB 3 : KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN
MIKROEKONOMI
SEMESTER 1
SESI 2021/2022
PENSYARAH PEMBIMBING : MOHAMAD YUSAINI BIN MOHAMED YUSOFF

SOALAN TUGASAN

SOALAN 1

“ Syarikat Pembinaan A&A Sdn. Bhd adalah syarikat pembinaan yang terkenal di Malaysia.
Kerajaan Perak ingin membina projek perumahan mewah dan projek perumahan mampu milik
di kawasan Gopeng. Syarikat Pembinaan A&A Sdn. Bhd ingin membina projek-projek
tersebut. Walau bagaimanapun Syarikat ini kekurangan modal untuk mendapatkan kedua-
dua projek ini “

Anda telah dilantik sebagai seorang pengarah urusan untuk membantu Syarikat A&A Sdn.
Bhd untuk memilih salah satu projek yang berdaya maju dan menguntungkan.(hanya
menggunakan teori ekonomi sahaja)

(a) Projek manakah pilihan anda. Mengapa?

Projek pilihan saya ialah projek perumahan mampu milik kerana merujuk kepada
hukum permintaan, semakin tinggi harga sesebuah barang, semakin rendah
kuantiti diminta. Oleh itu, rumah mampu milik yang harganya lebih murah
berbanding rumah mewah akan menyebabkan permintaan terhadap rumah
tersebut akan meningkat.

[1 markah]

(b) Dengan menggunakan bantuan rajah yang sesuai, jelaskan dua (2) faktor yang
mempengaruhi penawaran dalam anda membuat keputusan pemilihan projek
tersebut.

P (RM)
S0 S1

P0

S0
S1
Qs (unit)
Q0 Q1

Rajah 1
Faktor yang mempengaruhi penawaran dalam projek perumahan rumah
mampu milik ialah tingkat teknologi. Kemajuan teknologi yang digunakan dalam
projek pembinaan ini akan meningkatkan produktiviti atau kecekapan buruh-
buruh menyebabkan pengeluaran rumah akan bertambah. Maka, penawaran
terhadap rumah mampu milik akan turut meningkat dan keluk penawaran akan
beralih ke sebelah kanan iaitu dari S0 ke S1 seperti yang ditunjukkan dalam rajah
1.

Faktor yang seterusnya ialah harga input. Apabila harga input turun seperti
upah buruh yang rendah, kos pengeluaran akan menurun. Maka pengeluar akan
menambah tingkat output iaitu meningkatkan penawaran. Apabila penawaran
bertambah, maka keluk penawaran akan berlahir ke kanan iaitu S0 ke S1 seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 1.

[4 markah]

(c) “Pengguna menyatakan bahawa projek perumahan mewah tidak sesuai dan
rumah tidak akan terjual”. Penyataan ini adalah hasil kajian pasukan anda di
Gopeng. Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah pengguna ini dengan
menggunakan keluk keseimbangan pasaran. Apabila :

(i) citarasa pengguna lebih cenderung kepada membeli rumah mewah.

P (RM) D1
D0 S0
E1
P1
E0
P0

D1
S0 D0
Qs (unit)
Q0 Q1 Q2
Rajah 1

Apabila cita rasa pengguna lebih cenderung kepada membeli rumah


mewah, maka permintaan terhadap rumah mewah akan meningkat.
Keseimbangan asal iaitu E0 terletak apabila keluk permintaan, DD
bersilang dengan keluk penawaran SS pada tingkat harga keseimbangan,
P0 dan kuantiti keseimbangan, Q0. Peningkatan permintaan terhadap
rumah sewa akan menyebabkan keluk permintaan beralih ke sebelah
kanan iaitu dari D0D0 ke D1D1.

Pada tingkat harga P0 didapati bahawa kuantiti diminta melebihi kuantiti


ditawar yang mana berlakunya lebihan permintaan sebanyak Q0Q2. Harga
akan cenderung naik mengakibatkan kuantiti diminta akan menurun
disepanjang keluk D1D1 dan kuantiti ditawar akan meningkat disepanjang
keluk S0S0 sehingga mencapai keseimbangan dari E0 ke E1.

[3 markah]
(ii) Harga rumah mampu milik meningkat secara mendadak.
P (RM)
D1 S0
D0 S1 .

E0 E1
P0

S0 D1
S1 D0
Qs (unit)

Q0 Q1

P (RM)
D0 S0
B C
P1
A
P0

D0
S0 QS (unit)
S1

Q1 Q0 Q2
Keseimbangan asal dapat dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan,
D0D0 bersilang dengan keluk penawara, S0S0 pada tingkat harga
keseimbangan, P0 dan kuantiti keseimbangan Q0. Apabila harga rumah
mampu milik meningkat secara mendadak, kuantiti diminta terhadap rumah
mampu milik turut akan berkurangan secara mendadak kerana mengikut
hukum permintaan, harga dan kuantiti diminta berhubung secara
songsang. Apabila harga naik dari P0 ke P1, kuantiti diminta akan menurun
dari Q0 ke Q1 dapat ditunjukkan oleh pergerakkan titik dari titik A ke titik B
disepanjang keluk permintaan.

Manakala berdasarkan hukum penawaran pula, harga dan kuantiti


ditawar adalah berhubung secara terus. Oleh itu sekiranya harga
meningkat, maka kuantiti yang ditawar terhadap rumah mampu milik
meningkat. Apabila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti ditawarkan
akan meningkat dari Q0 ke Q2 dapat ditunjukkan oleh pergerakkan titik dari
titik A ke titik C disepanjang keluk penawaran.

[3 markah]

(iii) Permintaan rumah mewah lebih rendah daripada penawaran rumah


mewah.
[3 markah]
(d) “Kerajaan adalah entiti penting di dalam sesebuah negara di dalam menjaga
kebajikan dan keselesaan penduduk”. Anda telah dilantik sebagai penasihat
kanan kepada menteri yang bertanggungjawab dalam masalah perumahan ini.
Apakah cadangan dan tindakan anda kepada menteri untuk menyelesaikan
masalah ini.

(i) Mengurangkan bilangan rumah yang tidak terjual di pasaran Gopeng.


[3 markah]

(ii) Ketidakmampuan pengguna untuk memiliki rumah mampu milik di Gopeng.


[3 markah]

SOALAN 2

Jadual berikut menunjukkan harga, pendapatan dan kuantiti barang A dan barang B

Harga A Pendapata Kuantiti Kuantiti


(RM) n A B
(RM) (unit) (unit)
5.00 1 000 200 60
10.00 1 500 150 80
15.00 2 000 90 120
20.00 3 000 50 170
25.00 4 500 40 250

(a) Hitung keanjalan permintaan harga barang A apabila

(i) Harga meningkat daripada RM20.00 kepada RM25.00.

Ed = %∆Qd / %∆P

Ed = ∆Q / ∆P x P0 / Q0

Ed = (40 - 50 / 25 - 20 ) x (20 / 50 )

Ed = -0.8

[2 markah]

(ii) Harga jatuh daripada RM20.00 kepada RM10.00.

Ed = %∆Qd / %∆P

Ed = ∆Q / ∆P x P0 / Q0

Ed = ( 100 - 50 / 10 - 20 ) x (20 / 50)

Ed = -4
[2 markah]

(b) Hitung keanjalan permintaan silang jika harga barang A naik daripada RM10.00
kepada RM20.00. Nyatakan hubungan antara barang A dengan B.

Eab = %∆Qdb / %∆Pa

Eab =( ∆Qb / ∆Pa) x (Pa0 / Qb0)

Eab = (170 - 80 ) / (20 - 10 ) x (10 / 80 )

Eab = 1.125

Hubungan barang a dengan barang b ialah barang pengganti kerana nilai Eab

mencatat nilai positif.

[3 markah]

(c) Hitung keanjalan permintaan pendapatan barang B apabila pendapatan naik


daripada RM2 000 kepada RM3 000. Apakah jenis barang B?

Ey = %∆Qd / %∆Y

Ey = (∆Q / ∆Y) x (Y0/Q0)

Ey = (170 - 120 ) / (3000 - 2000 ) x ( 2000 / 120 )

Ey = 5

Barang B ialah barang mewah kerana nilai Ey > 1

[3 markah]
ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Jawab semua soalan dalam Bahasa Melayu.


2. Ada dilarang menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Format
tugasan perlu memenuhi spesifikasi berikut:
(i) Tugasan anda hendaklah antara 900 hingga 1000 patah perkataan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda.
(ii) Font Times new Roman, 12
(iii) Spacing 1.5.
(iv) Muka depan disertakan Nama pelajar, Kelas Tutoran, No. matrik, No. kad
pengenalan dan nama pensyarah tutoran
3. Pertanyaan anda kepada pensyarah pembimbing ialah selama 2 minggu iaitu
dari 21 September 2021 hingga 3 Oktober 2021.Selepas membuat draf sendiri.
4. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 18 Oktober 2021 hingga 24 Oktober
2021. Serahan selepas 24 Oktober 2021 TIDAK akan diterima.
5. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan
orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai
kerja sendiri.
6. Jadilah diri sendiri. Cemerlang itu adalah kita.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK

SESI 2021/2022

AE015

PENULISAN ESEI

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA :

NO. MATRIK :

KELAS TUTORAN :

NAMA PENSYARAH : MOHAMAD YUSAINI BIN MOHAMED YUSOFF

ITEM PENILAIAN MARKAH MARKAH


(100 %) (10)
KENAI PASTI MASALAH
(10%)
ANALISIS
(20%)
APLIKASI
(30%)
MEMBUAT KEPUTUSAN
(15%)
PERLAKSANAAN
(25%)
MARKAH

You might also like