Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 9

REPORT WELDING PADDING AND T JOINT

NAME MUHAMMAD ZIKRY BIN AZHAR


NUMBER MATRIX 01DKM21F2008
CLASS DKM2A
LECTURER NAME ADI FIRDAUS BIN HAT
PENGENALAN

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan
menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini
melibatkan bahan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di
antara sesuatu struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk
menghasilkan kimpalan tersebut. Hal ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan
sambungan yang (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri. Kimpalan
merupakan kaedah sambungan yang penting yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan hari
ini terutamanya pada struktur-struktur bangunan, pelantar minyak, pembinaan kapal, industri automotif
dan sebagainya.

Terdapat pelbagai kaedah kimpalan. Antaranya termasuklah kimpalan bervoltan tinggi, kimpalan gas,
kimpalan sinaran laser atau elektron serta kimpalan ultrabunyi. Kimpalan yang kami lakukan di dalam
bengkel adalah kimpalan yang menggunakan proses arka. Proses ini menggunakan bekalan kuasa
kimpalan bagi mencipta dan mengekalkan arka elektrik antara elektrod dan bahan asas bagi mencairkan
logam pada titik kimpalan. Ia boleh menggunakan arus langsung atau arus ulang-alik, dan elektrod habis
atau kekal. Kawasan kimpalan kadang-kala dilindungi oleh sejenis gas lengai atau separa lengai, dikenali
sebagai gas pelindung, dan bahan pengisi kadang-kala turut digunakan.

Bagi sambungan kimpalan pula, terdapat beberapa jenis sambungan. Antara sambungannya
termasuklah sambungan temu, kambi tee, lekap, penjuru dan juga sambungan tepi. Tetapi dalam amali
kali ini, kami diajar dengan dua kaedah sambungan sahaja iaitu sambungan temu dan sambungan kambi
tee. Berikut merupakan gambaran bagi setiap sambungan-sambungan kimpalan.
OBJEKTIF

 Membentuk kimpalan asas iaitu kumai


 Asas kimpalan menggunakan kimpalan arka
 Cara memotong besi mild steel
 Asas-asas keselamatan mengimpal dan memotong
 Mengimpal dengan cara yang betul

LANGKAH KESELAMATAN:

Semasa Memotong Besi:

 Sentiasa memakai sarung tangan dan alat pelindung mata


 Pastikan suis pemotong besi sentiasa “tutup” jika tidak digunakan
 Lakukan dalam keadaan dan kedudukan yang selesa

Semasa Mengimpal:

 Sentiasa memakai alat pelindung mata semasa membuat kerja mengimpal


 Sentiasa memakai sarung tangan semasa membuat kerja mengimpal
 Pastikan sambungan kabel kimpalan dan kabel bumi selamat dan dalam keadaan sempurna
untuk digunakan supaya tidak berlaku renjatan elektrik
 Pastikan berada jauh daripada bahan-bahan yang mudah terbakar semasa menjalankan kerja-
kerja mengimpal
 Sentiasa menjalankan kerja-kerja mengimpal dalam keadaan yang selesa

Kemalangan-Kemalangan Yang Perlu Dielakkan:

 Kebakaran atau letupan


 Kecederaan terkena benda tajam
 Renjatan elektrik
 Terjatuh atau tergelincir
Alat-Alat Keselamatan:

1) Pelindung Muka

2) Sarung Tangan

3) Kasut keselamatan
PERALATAN

1) Sesiku L

2) Ragum

3) Playar gabung

4) Mesin kimpalan
LANGKAH-LANGKAH KERJA
KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dihasilkan oleh kumpulan kami adalah mengenai aktiviti sebelum,
semasa dan selepas kimpalan. Kaedah kimpalan dapat membantu mengatasi masalah yang dialami oleh
pengguna. Setiap yang lemah mesti akan ada cara penyelesaiannya. Kimpalan juga dapat menjimatkan
kos penghapusan besi atau logam sekiranya besi atau logam tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.
Contohnya jika terdapat rak yang diperbuat daripada besi atau logam telah tertanggal atau rosak.
Dengan mengaplikasikan kaedah kimpalan, rak tersebut akan dapat digunakan dengan membuat
kimpalan di bahagian yang rosak atau tertanggal tersebut.

Malah pihak universiti telah memberikan kemudahan yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya.
Dengan kemudahan yang disediakan akan mendidik pelajar di dalam situasi yang sebenar. Pengalaman
dalam situasi yang sebenar dengan hanya belajar secara teori sangat berbeza. Pelajar harus mempunyai
pengalaman dalam membuat dan menggunakan peralatan kimpalan untuk memudahkan pelajar
mengingati dan memahirkan pelajar sebelum mengajar di sekolah. Hasil kimpalan daripada kumpulan
kami menunjukkan bahawa kami juga mempunyai kemahiran walaupun tidak terlalu tinggi kemahiran
kimpalan tersebut.
CADANGAN

Semasa mengendalikan tugasan ini, kumpulan kami mendapati terdapat beberapa kelemahan.
Kelemahan ini dapat dilihat dengan aktiviti memotong besi. Walaupun telah diukur namun besi yang di
potong tidak mendapat ukuran yang sama. Hal ini kerana kumpulan yang terdahulu menggunakan
pemotong besi dengan menanda besi menggunakan marker. Tanda yang dihasilkan oleh marker tidak
tepat kerana dakwatnya menggunakan garisan yang tebal yang menyukarkan untuk mendapatkan
ukuran yang tetap. Pelajar harus mengetahui tentang alatan yang harus digunakan untuk mengukur.
Apit G yang digunakan harus sejajar dengan mesin pemotong bagi mengelakkan besi yang dipotong
dalam keadaan yang senget. Kaedah untuk menggunakan kikir parut haruslah betul. Teknik dan kaedah
yang salah akan menjadikan keadaan permukaan besi yang tidak rata.

Bagi kaedah kimpalan pula, pelajar harus mengetahui peraturan dan langkah-langkah
menggunakan mesin kimpalan. Namun semasa menggunakan peralatan kimpalan, pelajar perlu
mematuhi peraturan. Aktiviti kimpalan sangat berbahaya. Ruang kimpalan yang sempit menyukarkan
pelajar berada di ruang tersebut bersama-sama semua ahli kumpulan. Hanya dua pelajar sahaja yang
muat berada di ruang tersebut. Ruang kimpalan harus disediakan untuk keselesaan perseorangan dan
juga berkumpulan. Kedua-dua ruangan ini perlu diwujudkan kerana ruang berkumpulan memerlukan
saiz yang besar. Manakala ruang perseorangan memerlukan ruang yang sedikit.

You might also like