Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN

Ujian atau peperiksaan sangat penting untuk ditadibir di sekolah bagi menguji
tahap kecemerlangan akademik dan kognitif setiap murid. Kualiti ujian yang
ditadbirkan kepada murid amat dititikberatkan. Kualiti sesuatu ujian itu ditentukan
oleh item-item yang digunakan di dalam ujian itu sama ada mengukur perkara yang
hendak diukur untuk memastikan inferens yang dibuat daripada ujian tersebut adalah
sesuai, bermakna, berguna dan dapat ditafsir dengan tepat (Miller, Linn dan
Gronlund, 2009). Seseorang guru yang ditugaskan membina item ujian perlu
mematuhi beberapa prosedur. Oleh itu, dalam tugasan kerja kursus Pentaksiran dalam
Pendidikan (EDUP3063), saya telah ditugaskan untuk melaksanakan beberapa
prosedur tertentu yang perlu dipatuhi bagi memastikan kualiti dan keberkesanan
sesuatu pentaksiran atau pembinaan item ujian.
Prosedur pertama adalah saya telah ditugaskan untuk membina satu set Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) sekolah rendah bagi mana-mana mata pelajaran yang dipilih. Untuk
makluman, saya telah membina JSU berdasarkan DSKP sekolah rendah bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5. Saya telah memilih tiga bidang sahaja iaitu
bidang akidah, bidang ibadah dan bidang adab.
Seterusnya, berpandukan JSU, saya dikehendaki menggubal satu set soalan
(Aneka Pilihan) yang mengandungi 15 soalan menggunakan aras kemahiran
Taksonomi Bloom (Anderson 2001) mengikut nisbah 20:60:20 iaitu mudah,
sederhana dan sukar. Saya telah menggubal set soalan bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam Tahun 5. Berdasarkan nisbah 20:60:20, sebanyak 3 item telah digubal oleh saya
bagi aras mudah dan sebanyak 9 item digubal bagi aras sederhana. Bagi aras sukar
pula, saya telah menggubal sebanyak 3 item sahaja.
Prosedur ketiga pula, saya dikehendaki untuk mentadbirkan ujian yang telah
digubal oleh saya kepada murid-murid sekurang-kurangnya 20 orang. Saya telah
mentadbir ujian yang digubal oleh saya kepada 30 orang murid kelas Tahun 5 Sina di
Sekolah Kebangsaan Gong Bayor, Besut Terengganu. Selepas mentadbir ujian, saya
telah memeriksa jawapan murid-murid dan memberikan skor markah kepada mereka
berdasarkan jawapan masing-masing.

NURSADIDA ABDUL RAZAB 1


Di samping itu, untuk memastikan kualiti dan keberkesanan sesuatu
pentaksiran atau pembinaan item ujian, saya telah ditugaskan untuk menganalisis
setiap item menggunakan instrumen indeks kesukaran dan indeks diskriminasi
berdasarkan skor markah yang diperolehi oleh murid-murid menggunakan perisian
yang sesuai. Saya telah menggunakan perisian Excel dalam pelaksanaan tugasan ini.
Kemudian dalam pelaksanaan tugasan ini, saya juga perlu mewakilkan skor markah
dalam bentuk graf berdasarkan jadual taburan kekerapan.
Akhir sekali, berdasarkan analisis item, saya perlu membuat rumusan dengan
mencadangkan tindakan saya sama ada menerima, mengubahsuai atau menolak item
tersebut. Berdasarkan graf yang dibina pada prosedur keempat, saya perlu
membincangkan prestasi murid dalam ujian tersebut dan membuat perkaitan dengan
aras kesukaran item. Dapat disimpulkan bahawa saya perlu melaksanakan kesemua
prosedur yang ditetapkan ini bagi memastikan kualiti dan keberkesanan pembinaan
item ujian yang digubal oleh saya.

2.0 PEMBINAAN JSU

Peratus
Masa untuk Jumlah
Bil Topik / Tajuk Peratus Markah Kiraan
Mengajar Item
Markah Muktamad
AKIDAH:
1          Iradah (2 Jam) 4 jam 57 9
         Ilmu (2 jam)
IBADAH:
2          Tayamum 2 jam 29 4

ADAB
3          Adab dalam Majlis “Serikan Majlismu” 1 jam 14 2

JUMLAH 7 jam 100 15

Jadual 1 menunjukkan JSU bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5

Pembinaan JSU amat penting sebelum menggubal soalan. Jadual Spesifikasi


Ujian merupakan blueprint yang menggambarkan suatu ujian secara terperinci dari
segi huraian objektif, jenis item, sasaran, aras kesukaran dan jumlah item (Boon Pong

NURSADIDA ABDUL RAZAB 2


Ying, 2017). Untuk membina JSU, langkah pertama yang dilakukan oleh saya adalah
menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji dan masa yang digunakan untuk
mengajarkan tajuk-tajuk ini. Berdasarkan jadual 1, saya telah memilih tajuk-tajuk
yang disenaraikan dalam kurikulum standard mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun
5 iaitu tajuk iradah dan ilmu bagi bidang akidah, tajuk tayamum bagi bidang ibadah
dan tajuk adab dalam majlis “serikan majlismu” bagi bidang adab.
Langkah yang seterusnya, saya telah mengira peruntukan markah bagi soalan
yang hendak diuji. Jadual 1 juga menunjukkan bahawa saya telah mengira peruntukan
markah bagi soalan yang hendak diuji berdasarkan masa untuk pengajaran. Untuk
makluman, masa untuk mengajar itu didapati melalui Rancangan Pengajaran Tahunan
(RPT) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5. Tempoh masa mengajar bagi
bidang akidah adalah 4 jam iaitu 2 jam tajuk iradah dan 2 jam tajuk ilmu. Manakala
masa mengajar bidang ibadah bagi tajuk tayamum adalah sebanyak 2 jam dan tempoh
masa mengajar bagi bidang adab iaitu tajuk serikan majlis adalah selama 1 jam sahaja.
Berdasarkan jadual di atas, peratus markah muktamad boleh didapati berdasarkan
tempoh masa mengajar. Peratus markah muktamad bagi bidang akidah, ibadah dan
adab masing-masing adalah sebanyak 57, 29 dan 14. Seterusnya, saya perlu
menentukan jenis ujian sama ada ujian objektif atau ujian subjektif. Dalam tugasan
ini, saya ditugaskan untuk menggubal satu set soalan aneka pilihan.
Kemudian, saya perlu mengira jumlah item setiap topik yang diuji dalam
ujian yang dirancangkan. Berdasarkan peratus markah muktamad saya dapat
menentukan jumlah item yang perlu digubal bagi setiap bidang. Saya dapat mengira
jumlah item setiap topik yang diuji dalam ujian yang dirancangkan. Dalam tugasan
ini, saya diminta untuk menggubal satu set soalan yang mengandungi 15 item. Maka,
berdasarkan kiraan, jumlah item yang perlu digubal bagi bidang akidah adalah
sebanyak 9 item, manakala jumlah item yang perlu digubal bagi bidang ibadah adalah
sebanyak 4 item. Di samping itu, jumlah item yang perlu digubal bagi bidang adab
pula adalah sebanyak 2 item sahaja.

NURSADIDA ABDUL RAZAB 3


Jumlah Wajaran

Mengaplikasi

Menganalisis
Mengingati

Memahami

Mencipta
Menilai
Item (%)
Bil Aras Kemahiran

Topik / Tajuk
AKIDAH:
          Iradah 1 3 3 1 1 9 57
          Ilmu
IBADAH:
          Tayamum 1 2 1 4 29

ADAB
          Adab dalam Majlis
1 1 2 14
“Serikan Majlismu”

Jadual 2 menunjukkan JSU Pendidikan Islam Tahun 5 bagi menentukan aras


kemahiran

Berdasarkan jadual 2, saya telah menentukan aras kemahiran untuk tajuk


mengikut aras Taksonomi Bloom (semakan semula), iaitu mengingati, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Saya menggunakan nisbah
20:60:20 iaitu mudah, sederhana sukar dalam menentukan jumlah item bagi setiap
bidang. Melalui nisbah ini, terdapat 1 item aras mengingati, 3 item aras menganalisis,
3 item aras mengaplikasi, 1 item aras menilai dan 1 item aras mencipta bagi bidang
akidah. Bagi bidang ibadah pula, terdapat 1 item aras memahami, 2 item aras
menganalisis, dan 1 item aras menilai. Manakala, bagi bidang adab pula, terdapat 2
item sahaja yang perlu digubal iaitu 1 item pada aras memahami dan 1 item aras
mengaplikasi. Selepas selesai membina JSU, saya akan menunjukkan JSU yang
dibina kepada pakar iaitu Dr. Mahaya Salleh untuk disemak dan mendapatkan
kesahan.

3.0 PENGGUBALAN ITEM

Penggubalan item ujian perlu dilakukan berdasarkan pembinaan JSU.


Pembinaan item ujian merupakan bahagian penting dalam mentaksirkan kefahaman

NURSADIDA ABDUL RAZAB 4


murid terhadap kandungan kursus dan tahap kompetensi dalam mengaplikasikan apa-
apa yang telah dipelajari oleh mereka (Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan Lawrence
Aloysius Aeria, 2017). Pembinaan soalan atau item ujian hendaklah menggunakan
aras Kemahiran Taksonomi Bloom (Anderson, 2001). Saya juga telah merujuk DSKP
dan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5 dalam melaksanakan penggubalan soalan
ini. Nisbah yang digunakan semasa membina 15 item ujian aneka pilihan adalah
20:60:20 iaitu mudah, sederhana dan sukar. Berdasarkan nisbah, saya telah membina
3 item ujian aras mudah (mengingati, memahami), 9 item aras sederhana
(mengaplikasi, menganalisis) dan 3 item ujian aras sukar (menilai, mencipta).
Terdapat 5 item telah digubal bagi tajuk iradah. Dalam tajuk ini, satu item yang
digubal merupakan aras mengingati iaitu pada item 1, dua item aras mengaplikasi
iaitu pada item 2 dan item 3, satu item aras menganalisis iaitu pada item 4 serta satu
item aras menilai iaitu pada item 5.

Bagi tajuk ilmu di bidang akidah pula, terdapat empat item telah digubal
berdasarkan aras kemahiran Taksonomi Bloom. Aras mengaplikasi bagi tajuk ini
berada pada item 6, manakala aras menganalisis berada pada item 7 dan 8. Aras
mencipta bagi tajuk ilmu berada pada item 9. Berpandukan JSU, saya perlu membina
sebanyak empat item bagi tajuk tayamum (bidang ibadah). Terdapat satu item aras
memahami pada item 10, dua item aras menganalisis pada item 11 dan 12, serta satu
item aras menilai pada item 13. Saya juga telah menggubal sebanyak dua item sahaja
bagi tajuk adab dalam majlis (bidang adab). Item aras memahami telah digubal pada
item 14 dan aras mengaplikasi telah digubal pada item 15.

Selepas menggubal 15 item ini, saya telah merujuk seorang pakar bagi mata
pelajaran Pentaksiran dalam Pendidikan iaitu pensyarah saya Dr. Mahaya Salleh
untuk mendapatkan kesahan kandungan item. Set soalan yang digubal oleh saya
mendapat kesahan kandungan daripada Dr. Mahaya selepas penyemakan sebanyak
dua kali dilakukan (Rujuk lampiran).

4.0 PENTADBIRAN ITEM

Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah


Kebangsaan Gong Bayor (SKGB), Besut Terengganu, saya telah mentadbir ujian bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam kepada 30 orang murid kelas 5 Ibnu Sina. Sekolah
ini mempunyai dua kelas sahaja bagi tahun 5 iaitu Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun. Kelas

NURSADIDA ABDUL RAZAB 5


5 Ibnu Sina merupakan kelas pertama bagi tahun 5. Saya telah mentadbir ujian ini di
Kelas 5 Ibnu Sina itu sendiri pada tarikh 26 Mac 2018. Tempoh masa yang diberikan
kepada murid untuk menjawab ujian ini hanya 30 minit sahaja. Semasa pentadbiran
ujian dilakukan, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang tidak
dapat membaca tulisan jawi dengan baik. Oleh itu, saya cuba membantu mereka
dengan membaca perkataan-perkataan jawi yang tidak difahami mereka. Secara
keseluruhan, pentadbiran ujian ini berjalan dengan lancar.

Selepas mentadbir ujian, saya telah memeriksa jawapan murid-murid bagi


mengetahui skor markah mereka. Kemudian pelaksanaan analisis setiap item (indeks
kesukaran dan indeks diskriminasi) telah dilakukan menggunakan perisian Excel
2013. Skor markah juga telah diwakilkan dalam bentuk graf berdasarkan jadual
taburan kekerapan.

5.0 ANALISIS ITEM


a) Analisis bagi setiap item (indeks kesukaran dan indeks diskriminasi)

ITEM ID, d ARAS CATATAN IK, p ARAS CATATAN


1 0.25 Sederhana Baik Diterima 0.6 Sederhana Terima
2 0.63 Sangat Baik Diterima 0.57 Sederhana Terima
3 -0.38 Tidak Baik Digugurkan 0.2 Terlalu Sukar Diubah suai
4 0.75 Sangat Baik Diterima 0.53 Sederhana Terima
5 0.5 Sangat Baik Diterima 0.3 Sederhana Terima
6 0.75 Sangat Baik Diterima 0.47 Sederhana Terima
7 0.38 Baik Diterima 0.63 Sederhana Terima
8 0.13 Kurang Baik Diubah suai 0.3 Sederhana Terima
9 0.63 Sangat Baik Diterima 0.27 Terlalu Sukar Diubah suai
10 0.63 Sangat Baik Diterima 0.7 Sederhana Terima
11 0.25 Sederhana Baik Diterima 0.33 Sederhana Terima
12 0.13 Kurang Baik Diubah suai 0.33 Sederhana Terima
13 0.13 Kurang Baik Diubah suai 0.13 Terlalu Sukar Diubah suai
14 0.5 Sangat Baik Diterima 0.5 Sederhana Terima
15 0.38 Baik Diterima 0.63 Sederhana Terima

Jadual 3 menunjukkan perbandingan antara indeks kesukaran dan indeks diskriminasi

Kesukaran sesuatu item p, didefinisikan sebagai kadaran murid yang dapat


menjawab item itu dengan betul (Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan Lawrence
Aloysius Aeria, 2017). Nilai p terletak antara 0 dan 1. Formula bagi indeks kesukaran
adalah:
NURSADIDA ABDUL RAZAB 6
Bilangan murid mendapat betul
p=
Jumlah murid

Mahaya Salleh (2018), menyatakan bahawa sebaran yang baik bagi keputusan ujian
dapat diperoleh jika indeks kesukaran, p, berada dalam.julat 0.30 hingga 0.80.
Berdasarkan jadual 3, nilai indeks kesukaran menunjukkan bahawa item 1, item 2,
item 4, item 5, item 6, item 7, item 8, item 10, item 11, item 12, item 14 dan item 15
diterima kerana nilai indeks kesukaran berada dalam julat 0.30 hingga 0.80.

Berdasarkan analisis pada jadual 3, nilai indeks kesukaran menunjukkan terdapat


3 item yang perlu diubah suai iaitu item 3, item 9 dan item 13. Item 3, item 9 dan item
13 masing-masing mempunyai nilai indeks kesukaran 0.2, 0.27 dan 0.13 terpaksa
diubah suai kerana ketiga-tiga item ini berada pada aras terlalu sukar. Hal ini
demikian kerana, nilai indeks kesukaran item 3, item 9 dan item 13 adalah kurang
daripada 0.3 iaitu 0.29 dan ke bawah. Oleh itu, ketiga-tiga item ini perlu diubah suai
kerana hampir semua murid daripada kelas 5 Ibnu Sina tidak dapat menjawab item 3,
item 9 dan item 13. Item-item yang tidak boleh dijawab oleh murid ini merupakan
item yang berada pada aras mengaplikasi (item 3), aras mencipta (item 9) dan aras
menilai (item 13) berdasarkan aras kemahiran Taksonomi Bloom. Maka jelaslah
bahawa, berdasarkan jadual 3, item 3, item 9 dan item 10 perlu diubah suai kerana
kemungkinan kata kerja yang digunakan dalam ketiga-tiga item ini adalah tidak jelas
dan agak sukar.

Analisis bagi indeks diskriminasi juga dapat dilakukan berdasarkan jadual 3.


Menurut Azman Fadzil (n.d), indeks diksriminasi dimaksudkan sebagai ukuran yang
menentukan sejauhmana item itu dapat membezakan di antara calon peperiksaan yang
memiliki atau menguasai pengetahuan yang diuji dengan calon-calon lain yang tidak
menguasai pengetahuan tersebut. Diskriminasi sesuatu item juga didefinisikan sebagai
keupayaan item itu membezakan antara murid yang berpencapaian tinggi dengan
murid yang berpencapaian rendah. Formula bagi indeks diskriminasi adalah:

R A −R B

Indeks diskriminasi, d = 1
(Jumlah murid dalam R A danR )
2 B

Berdasarkan jadual 3, indeks diskriminasi menunjukkan bahawa semua item


bagi ujian yang telah ditadbir di SKGB boleh diterima kecuali item 3, item 8, item 12

NURSADIDA ABDUL RAZAB 7


dan item 13. Dapat dilihat bahawa nilai d bagi item 3, item 8, item 12 dan item 13
masing-masing berada pada indeks -0.38, 0.13, 0.13 dan 0.13. Berdasarkan analisis,
item 3 perlu digugurkan manakala item 8, item 12 dan item 13 perlu diubah suai. Hal
ini demikian kerana, keempat-empat item ini mempunyai nilai indeks diskriminasi
kurang daripada 0.20 iaitu 0.19 dan ke bawah. Menurut Macintosh dan Morrison
(1972), item yang mempunyai indeks diksriminasi kurang daripada 0.20 merupakan
item yang kurang baik dan perlu diubah suai atau digugurkan. Berdasarkan analisis
pada jadual 3, item selain daripada item 3, item 8, item 12 dan item 13 boleh diterima
kerana mencatatkan nilai indeks diskriminasi sebanyak 0.20 dan ke atas. Terdapat 11
item daripada 15 item yang boleh diterima kerana mencatatkan nilai indeks
diskriminasi sebanyak 0.20 dan ke atas, iaitu item 1,2,4,5,6,7,9,10,11,14 dan item 15.

Berdasarkan jadual 3, terdapat satu nilai indeks diskriminasi mencatatkan nilai


yang negatif iaitu item -0.38 pada item 3. Nilai indeks diskriminasi pada item 3
mencatat nilai -0.38 kerana item ini tidak boleh dijawab oleh murid yang
berpencapaian tinggi tetapi boleh dijawab oleh murid berpencapaian rendah. Ini
menunjukkan satu pencapaian yang tidak releven apabila murid yang berpencapaian
tinggi tidak boleh menjawab soalan tersebut berbanding murid yang berpencapaian
rendah. Oleh itu, item 3 sememangnya perlu digugurkan dan digubal dengan soalan
baru.

Kesimpulannya, berdasarkan jadual 3, terdapat sebanyak empat item yang


perlu diubah suai iaitu item 8, item 9, item 12 dan item 13, manakala terdapat satu
item yang perlu digugurkan iaitu item 3.

b) Perwakilan skor markah dalam bentuk graf berdasarkan jadual taburan kekerapan

Ukuran kecenderungan memusat: Min, Mod, Median

Skor Mentah

67 67 67 67 67
60 60 53 53 53
53 47 47 40 40
40 40 40 33 33

NURSADIDA ABDUL RAZAB 8


33 33 33 27 27
27 27 20 20 20
Jadual 4 skor mentah
Berdasarkan jadual 4, skor mentah di dalam data tersebut merupakan skor
peratusan markah murid bagi Sekolah Kebangsaan Gong Bayor, Besut
Terengganu.

i) Mod
Mod ialai nilai yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam sesuatu
set data (A. Rahim, Azlina dan Hadibah, 2013). Berdasarkan jadual 4, nilai 67, 40
dan 33 mempunyai kekerapan yang paling tinggi. Oleh yang demikian, data ini
tidak mempunyai mod. Hal ini demikian, kerana mod sepatutnya hanya
mempunyai satu nilai atau dua nilai (dwimod) yang mempunyai kekerapan paling
tinggi.

ii) Pengiraan Min bagi Skor Terkumpul

Kelas Markah Kekerapan ( f ) Titik Tengah ( x ) fx x


2
fx
2

19 - 28 7 23.5 164.5 552.25 3865.75


29 - 38 5 33.5 167.5 1122.25 5611.25
39 - 48 7 43.5 304.5 1892.25 13245.75
49 - 58 4 53.5 214.0 2862.25 11449
59 - 68 7 63.5 444.5 4032.25 28225.75
JUMLAH 30 1295 10461.25 62397.5
Jadual 5 menunjukkan taburan kekerapan

Berdasarkan data terkumpul dalam jadual 5, nilai min dapat dikira dengan
menggunakan formula seperti berikut:

Min, x ¿
∑ fx
∑f

NURSADIDA ABDUL RAZAB 9


1295
¿
30

¿ 43.16 (dibulatkan kepada satu tempat perpuluhan)

= 43 .2

iii) Median

Kelas Kekerapan Kekerapan Titik Sempadan Sempadan


Markah/ (f ) Longgokan Tengah ( x ) Bawah Atas
Skor
Markah
19 - 28 7 7 23.5 19.5 28.5
29 - 38 5 12 33.5 28.5 38.5
39 - 48 7 19 43.5 38.5 48.5
49 - 58 4 23 53.5 48.5 58.5
59 - 68 7 30 63.5 58.5 68.5
JUMLAH 30 91
Jadual 6 menunjukkan taburan kekerapan

Berdasarkan data terkumpul di jadual 6, pengiraan median boleh dilakukan dengan


menggunakan formula seperti berikut:

( )
N
−F
Median, m 2
¿ L+ c
fm

L = Sempadan bawah kelas median


F = Kekerapan longgokan sebelum kelas median
fm = Kekerapan kelas median

NURSADIDA ABDUL RAZAB 10


C = Saiz kelas median

N 30
= =15
2 2

m=38.5+ ( 15−12
7 )
10

m=42.78 (dibulatkan kepada satu tempat perpuluhan)


m=42.8

iv) Sisihan Piawai


Berdasarkan data terkumpul di jadual 5 dan 6, pengiraan sisihan piawai
dapat dilakukan dengan menggunakan formula seperti berikut:

Sisihan Piawai, σ ¿
√ ∑ fx2 −¿ ¿
∑f
¿
√ 62397.5
30
−¿¿

¿ 14.61 (dibulatkan kepada satu tempat perpuluhan)

¿ 14.6

σ = 14.6

Berdasarkan pengiraan, dapat dikatakan bahawa nilai sisihan piawai adalah


besar. Ini bermakna pencapaian murid dalam kelas tersebut adalah berbeza. Jika
dilihat dalam peratus penskoran murid peratus minimum adalah manakala peratus
maksimum adalah 67. Oleh itu, markah murid terserak dengan luas.

v) Skor-T (Skor Sebenar)

NURSADIDA ABDUL RAZAB 11


x −x
Skor Z ¿
σ
, di mana x = min , x = skor murid, σ = sisihan piawai
(Kepada satu tempat perpuluhan)

Skor T = 50 + 10 Z

1) Muhd Husaini

67−43.2
Skor Z ¿
14.6

= 1.63 (Kepada satu tempat perpuluhan)


= 1.6

Skor T = 50 + 10 (1.6)
= 66

vi) Graf

NURSADIDA ABDUL RAZAB 12


Graf Berpencong positif
0.014

0.012

0.01

0.008

0.006

0.004

0.002

0
-20 0 20 40 60 80 100

Min= 43.2

Rajah 1 menunjukkan graf berpencong positif

Berdasarkan rajah 1, graf berpencong positif telah dihasilkan. Graf


berpencong positif dihasilkan apabila ujian yang ditadbir terlalu sukar atau murid
yang kurang pandai (Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan Lawrence Aloysius Aeria,
2017). Berdasarkan penskoran markah murid, bilangan murid yang mendapat markah
59 peratus ke atas hanyalah 7 orang sahaja manakala, 23 orang murid lagi mendapat
markah sebanyak 58 peratus dan ke bawah. Ini menunjukkan ramai murid dari kelas 5
Ibnu Sina SKGB tidak dapat menjawab ujian yang ditadbir. Pencapaian murid kelas 5
Ibnu Sina juga kurang memberangsangkan. Maka jelaslah bahawa graf berpencong
positif ini terhasil kerana kebanyakan murid daripada kelas tersebut adalah kurang
pandai dan berpencapaian rendah.

6.0 RUMUSAN

a) Cadangan Tindakan

Berdasarkan analisis indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, terdapat


sebanyak 10 item yang boleh diterima iaitu item 1, item 2, item 4, item 5, item 6,
item 7, item 10, item 11, item 14 dan item 15. Terdapat sebanyak empat item yang
NURSADIDA ABDUL RAZAB 13
perlu diubah suai iaitu item 8, item 9, item 12 dan item 13, manakala terdapat satu
item yang perlu digugurkan iaitu item 3. Hal ini demikian, hampir semua murid
kelas 5 Ibnu Sina SKGB tidak dapat menjawab soalan bagi item 3, item 8, item 9,
item 12 dan item 13.

Oleh itu, saya mencadangkan agar item 8, item 9, item 12 dan item 13 diubah
suai dengan menukar kata kerja soalan yang lebih jelas dan difahami murid.
Seterusnya, berdasarkan indeks diskriminasi, item 3 mencatat nilai indeks
diskriminasi negatif iaitu -0.38. Hal ini demikian kerana, item ini tidak boleh
dijawab oleh murid yang berpencapaian tinggi tetapi boleh dijawab oleh murid
berpencapaian rendah. Ini menunjukkan satu pencapaian yang tidak releven
apabila murid yang berpencapaian tinggi tidak boleh menjawab item tersebut
berbanding murid yang berpencapaian rendah. Oleh itu, saya mencadangkan agar
item 3 ini digugurkan dan digubal dengan soalan baru.

Kesimpulannya, saya mencadangkan agar item 8, item 9, item 12 dan item 13


perlu diubah suai manakala item 3 perlu digugurkan dan digubal dengan soalan
baru. Ini bertujuan untuk memastikan soalan yang ditadbir menjadi lebih
berkualiti.

b) Perkaitan antara prestasi pencapaian murid dalam ujian dengan aras kesukaran
item
Berdasarkan graf berpencong positif pada rajah 1, prestasi pencapaian murid
kelas 5 Ibnu Sina SKGB adalah kurang memberangsangkan. Hal ini demikian
kerana, bilangan murid yang mendapat skor 59 hingga 68 hanyalah 7 orang sahaja
manakala bilangan murid yang mendapat skor 19 hingga 58 seramai 23 orang. Ini
membuktikan bahawa kebanyakan murid kelas 5 Ibnu Sina tidak dapat menjawab
ujian ini dengan baik.
Prestasi pencapaian murid yang kurang memuaskan ini menunjukkan bahawa
aras kesukaran soalan berada pada tahap yang sukar. Hal ini kerana, ramai murid
kelas 5 Ibnu Sina tidak dapat menjawab ujian bagi item 3, item 8, item 9, item 12
dan item 13 dengan baik.
Kesimpulannya, analisis keseluruhan ujian menunjukkan bahawa item-item
ujian berada pada tahap yang sukar kerana prestasi pencapaian murid kurang

NURSADIDA ABDUL RAZAB 14


memberangsangkan. Hal ini demikian kerana, peratus murid yang mendapat
markah tertinggi hanya 67 peratus sahaja. Walaupun item yang digubal oleh saya
ini berada pada tahap yang sukar namun, tidak kesemua item perlu diubah suai
atau digugurkan. Hanya empat item sahaja yang perlu diubah suai iaitu item 8,
item 9, item 12 dan item 13 manakala terdapat satu item perlu digugurkan dan
digubal dengan soalan baru iaitu item 3.

7.0 REFLEKSI

Selepas berjaya menyelesaikan tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang


kepentingan mengikut prosedur yang betul bagi menghasilkan item ujian yang
berkualiti. Melalui tugasan ini, saya juga dapat mengetahui kepentingan JSU dan
cara-cara untuk membina JSU berdasarkan DSKP dengan betul. Tugasan ini juga
memberi pengalaman yang bermakna apabila saya diberi peluang untuk mentadbir
item ujian yang dibina oleh saya sendiri berpandukan aras kemahiran Taksonomi
Bloom kepada murid-murid sekolah. Sebelum ini saya tidak pernah memahami
kepayahan untuk membina JSU dan item ujian. Selepas melaksanakan tugasan ini,
barulah saya tahu cara untuk membina item ujian yang berkualiti itu bukanlah satu
perkara yang mudah. Ianya memerlukan ilmu yang tinggi dan pengalaman yang
banyak. Kesimpulannya, untuk menghasilkan item ujian yang berkualiti guru perlu
melaksanakan beberapa prosedur yang ditetapkan iaitu pembinaan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU), menggubal soalan menggunakan aras kemahiran Taksonomi Bloom,
mentadbir ujian kepada murid, menganalisis setiap item (indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi) dan melakarkan skor markah dalam bentuk graf.

NURSADIDA ABDUL RAZAB 15


8.0 RUJUKAN

A. Rahim, Azlina dan Hadibah. (2013). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Tambahan. Selangor: Nilam Publication Sdn. Bhd.

Anderson. (2001). A Taxonomy l]Learning, Teaching and Assessing: A Revision of Bloom's


Taxanomy of Education Objectives. Boston: MA: Allyn & Bacon.

Azman Fadzil. (n.d.). Open University Malaysia. Retrieved from Open University Malaysia
Web Site: https://ipgkkbsains.files.wordpress.com/2014/06/indeks-diskriminasi.pdf

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

NURSADIDA ABDUL RAZAB 16


Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Pendidikan Islam Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d.). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


(DSKP) Pendidikan Islam Tahun 5. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.

Macintosh dan Morrison. (1972). Objective testing. London: University of London.

M. David Miller, Robert L. Linn dan Norman E. Gronlund. (2009). Measurement and
Assessment in Teaching (Edisi ke-10). New Jersey: Pearson International Edition.

Mahaya Salleh. (2018, Mac 5). Slide pembentangan Indeks Kesukaran Item dan Indeks
Diskriminasi Item.

9.0
NURSADIDA ABDUL RAZAB 17
LAMPIRAN

NURSADIDA ABDUL RAZAB 18


NURSADIDA ABDUL RAZAB 19

You might also like