Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Terima kasih puan pengerusi, Assalammualaikum dan selamat pagi puan pengerusi dan

saudari saudari ketua biro sekalian. Saya, Nur Edriza Syazwina Binti Zainudin selaku ketua
biro bagi jamuan dan persegaran untuk Majlis Malam Kebudayaan di Dewan Temenggung,
Kampus Alor Gajah bertarikh 16 Julai 2022. Setelah mencari dan membuat tinjauan bagi
mendapatkan kafeteria yang menawarkan perkhidmatan untuk keperluan makanan dan
minuman yang sesuai dengan bajet dan jumlah jemputan yang akan hadir pada majlis kita
nanti, dengan ini saya telah membuat keputusan untuk membuat tempahan di Kafeteria RTW
yang menawarkan perkhidmatan yang murah dan berpatutan serta perkhidmatan penyediaan
makanan yang sesuai dengan majlis kita nanti. Bukan itu sahaja, Kafeteria ini juga
menawarkan diskaun untuk pelanggan yang membuat tempahan melebihi 100 jumlah jemputan
untuk majlis majlis mereka. Ini telah mengurangkan bajet yang akan dikeluarkan bagi majlis kita
nanti kerana jumlah jemputan yang kita anggarkan melebihi tawaran yang disediakan. Oleh itu,
saya yakin ini merupakan Kafeteria yang paling sesuai untuk membuat tempahan makanan dan
minuman bagi majlis kita nanti.

Bagi jenis menu makanan yang akan saya tempahkan untuk majlis kita nanti, saya bersetuju
dengan pihak Kafeteria RTW untuk menyediakan menu pembuka selera, menu utama dan
menu pencuci mulut pada hari tersebut. Ini sudah mencukupi bajet yang kita ada malah
mempunyai lebihan bajet yang boleh digunakan untuk aspek lain. Menu pembuka selera yang
telah dipersetujui oleh saya dan pihak Kafeteria RTW ialah Bihun Goreng. Selain itu, bagi
menu utama yang dipilih oleh saya sendiri ialah Nasi Ayam dan bagi menu pencuci mulut pula,
saya memilih kuih muih seperti donat, karipap dan kuih ketayap. Seterusnya, bagi penyediaan
minuman pula, saya meminta pihak Kafeteria RTW menyediakan air sirap dan teh tarik bagi
majlis tersebut. Penyediaan makanan akan disediakan menggunakan kaedah pembungkusan.
Hal ini, bagi memudahkan tetamu jemputan kerana tidak perlu beratur dan bersesak untuk
mengambil makanan. Jadi tetamu jemputan boleh membuat pilihan sama ada hendak makan
di situ ataupun membawa pulang makanan tersebut. Penyediaan makanan juga akan
disediakan lebih daripada jumlah anggaran tetamu jemputan kita, oleh itu kita tidak perlu
bimbang tentang masalah makanan tidak mencukupi.
Baiklah, itu sahaja bagi tempahan menu makanan, kita beralih pula kepada pembahagian meja
VIP dan tetamu jemputan. Bagi meja VIP, saya telah bersetuju dengan pihak pengurusan untuk
menyediakan 3 buah meja dan 4 buah kerusi bagi setiap meja tetamu VIP. Meja dan kerusi
bagi tetamu VIP akan disediakan di Dewan Temenggung dimana tempat mereka akan
menikmati hidangan yang disediakan. Hidangan tersebut juga akan dihidangkan di atas meja
VIP tersebut 15 minit sebelum persembahan di pentas tamat. Bagi meja tetamu jemputan pula
tidak akan disediakan, jadi mereka boleh memilih tempat mereka sendiri untuk menikmati
hidangan tersebut kerana makanan juga disediakan dengan kaedah pembungkusan kepada
para tetamu ini.

Akhir sekali, saya akan memastikan pihak kafeteria akan menepati masa yang telah dijanjikan
untuk tiba. Pihak kafeteria akan datang 1 jam sebelum majlis bermula bagi tujuan penyediaan
di meja makanan. Oleh itu, saya bersetuju dengan pihak kafeteria kerana kita tidak perlu
membuat persediaan lain seperti penggunaan pinggan, sudu dan sebagainya kerana makanan
yang disediakan adalah menggunakan kaedah pembungkusan. Jadi, saya hanya perlu
menyediakan cawan di meja tersebut untuk para tetamu mengambil minuman. Dengan ini saya
yakin, penyediaan makanan sempat dihidangkan sebelum majlis bermula. Sekian sahaja
laporan daripada saya biro jamuan dan persegaran. Sekiranya ada cadangan daripada biro-
biro lain atau pengerusi sendiri, boleh lah diajukan kepada saya. Sekian terima kasih.

You might also like