Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK SEMUA DI MALAYSIA

PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

DEFINISI PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245, 1246), ‘Pulih’bermaksud kembali seperti biasa
(keadaan semula).‘Pemulihan’ bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan
semula. Dalam konteks ini, konsep pemulihan merujuk kepada pemulihan untuk kanak-kanak yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan
usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

Program Pendidikan Pemulihan adalah satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah
pembelajaran murid- murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang
telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM

• Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran tertentu.


• Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkahlaku yang menjejaskan pembelajaran
• Memberi peluang keseronokan belajar kepada murid dan menanam sifat yakin pada diri murid
• Membantu murid memperbaiki dan menguasai kemahiran asas 3M membaca,menulis dan
mengira
MEMBACA - Boleh membaca secara inferens dan literal
MENULIS - Dapat melahirkan idea melalui penulisan
MENGIRA - Mempraktikkan kemahiran mengira dalam kehidupan seharian

KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

•Konsep Pemulihan KBSR ialah ia dilaksanakan dalam kelas biasa mengikut mata pelajaran yang
tertentu.
• Kumpulan-kumpulan akan dibentuk dan murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran 3M
akan dibimbing dan dipulihkan bagi menguasai kemahiran tersebut.
• Kumpulan Murid pemulihan khas yang dibentuk akan datang ke kelas pemulihan khas ketika waktu
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja dan akan kembali ke kelas mereka semula
untuk mempelajari mata pelajaran lain.
 • Kelas pemulihan khas selalunya lebih kecil daripada kelas biasa.
• Keluasan kelas pemulihan khas adalah bergantung kepada kekosongan bilik darjah.
•Peringkat awal pelaksanaan ada kelas pemulihan khas hanya terdiri daripada satu ‘bay’ atau berada
di lorong laluan. Tetapi kini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyai
kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang mampu menjana perubahan
kepada murid-murid pemulihan

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Kaedah pelaksanaan program Pendidikan pemulihan khas ini berdasarkan kepada diagnosis
kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Sebelum murid-murid
ditempatkan di dalam kelas pendidikan pemulihan khas, mereka akan mengikuti prosedur-prosedur
seperti yang terdapat dalam carta alir pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas untuk
mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas
mereka.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS


Apa itu Program Pendidikan Khas Integrasi ?
• Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan
Pelajaran Negeri , Kementerian Pelajaran Malaysia

Siapa yang boleh mendaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI)?


•Murid bermasalah penglihatan
•Murid bermasalah pendengaran
•Murid bermasalah pembelajaran

Definisi Pendidikan Khas


•Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak- kanak luar biasa, iaitu'kanak-kanak yang dari
segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapaipertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan
mereka tidak mendapatfaedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982)
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
•Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus
kehidupan serta menyedari potensi diri sendirir sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS


• Autisme • Epilepsi • Pintar cerdas dan berbakat • Lembam • Cerebral palsy • Acalculia • Discalculia
• Disgrafia • Sindrom down • disleksia

Jenis Program Pendidikan Khas


•Sekolah Pendidikan Khas
• Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas
• Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah penglihatan dan
pendengaran (rendah dan menengah)
•Program Inklusif
• Ditadbir oleh JPN
• Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru
biasa serta dibantu oleh guru resos pendidikan khas
• Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki

•Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)


• Ditadbir oleh JPN
• Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul
dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir
• Pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif

You might also like