Tajuk 4 Peratus

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

MODUL PdP

#learning@home

MATEMATIK TAHUN 6
NOMBOR BULAT & OPERASI ASAS
PERATUS

Bidang Pembelajaran : Nombor & Operasi


Tajuk : Peratus
Standard Kandungan : 4.1 Penyelesaian masalah melibatkan peratus
Standard Pembelajaran : i) a) Menyelesaikan masalah harian melibatkan
simpanan dan pelaburan.
b) Peratus dalam Kehidupan seharian

a) Menyelesaikan masalah harian melibatkan simpanan dan pelaburan.

Video Rujukan :

1. Contoh Soalan Objektif :

Keuntungan Syarikat Inovasi Kreatif pada tahun 2015 ialah RM5 juta. Syarikat ini melabur 40%
daripada keuntungannya itu dalam unit amanah harta. Berapakah nilai pelaburan itu?
A RM1 000 000 B RM1 500 000
C RM2 000 000 C RM2 500 000
Cadangan PdPc :

Diberi
Keuntungan Syarikat = RM5 000 000
Jumlah Pelaburan = 40% daripada keuntungan
Perlu mencari : Nilai Pelaburan
Operasi : pendaraban

Penyelesaian
Langkah 1 : Mencari nilai pelaburan

= 40% daripada keuntungan

= 40 x RM5 000 000


100

= 40 x RM5 000 000


100

= 40 x RM50 000

= RM2 000 000

= Nilai Pelaburan adalah C RM2 000 00

2
2. Contoh Soalan Subjektif :

Jadual 1 menunjukkan kadar dividen di Bank Takaful untuk tempoh 3 tahun. Azlin membuat
simpanan sebanyak RM4500 di bank Takaful selama 3 tahun. Jadual 2 menunjukkan jumlah
simpanannya di bank tersebut.

Jadual 1 Jadual 2

Kadar Baki Akhir


Tahun Tahun Baki Awal Jumlah Dividen
Dividen Tahun
1 6% 1 15 000 900 15 900
2 5% 2 15 900 16 695
3 3 16,695 667.80

a) Berapakah jumlah dividen untuk tahun kedua?

Cadangan PdPc :

Diberi

% Dividen Tahun kedua = 5%


Baki Akhir Tahun Pertama = RM15 900

Perlu mencari : Nilai Dividen Tahun Kedua

Operasi : darab

Penyelesaian

Langkah 1 : Mencari nilai dividen tahun kedua

= %Dividen Tahun kedua x Baki akhir tahun


Pertama

= 5% x RM15 900

= 5 x RM15 900
100

= 5 x RM 159

= 1 5 9

5 0 2 4
5 5 5
7 9 5

= Dividen Tahun Kedua ialah RM795

3
b) Berapakah kadar dividen tahun ketiga?

Cadangan PdPc :

Diberi
Jumlah Dividen Tahun Ketiga = RM667.80
Baki Akhir Tahun Kedua = RM16 695
Perlu mencari : Kadar Dividen Tahun Ketiga
Operasi : darab dan bahagi

Penyelesaian

Langkah 1 : Mencari kadar dividen tahun ketiga

Rumus = Jumlah Dividen x 100%


Baki Akhir Tahun Kedua

= RM667.80 x 100%
RM16 695

= ( RM667.80 x 100% )
RM16695
4
= 66780
16695
%
1
= 4%

= Kadar faedah tahun ketia ialah 4%

c) Kira baki akhir tahun ketiga.

Cadangan PdPc :

Diberi
Baki Awal Tahun Ketiga = RM16 695.00
Jumlah Dividen Tahun Ketiga = RM667.80
Perlu Mencari = Baki Akhir Tahun Ketiga

Penyelesaian : Mencari baki akhir tahun ketiga

= Baki Awal Tahun Ketiga + Jumlah Dividen


Tahun Ketiga

= RM 1 6 6 9 5 . 0 0
+ RM 667.80
RM 1 7 3 6 2 . 8 0

4
= RM17 362.80

= Baki akhir tahun ketiga ialah RM17 362.80

b) Peratus dalam Kehidupan seharian

Video Rujukan :

3. Contoh Soalan Objektif :

Gaji Rania ialah RM3 000. Dia menggunakan 20% daripada wang itu untuk membeli baju.
15% daripada baki wangnya untuk membeli barang dapur? Berapakah wang yang digunakan
untuk membeli barang dapur?

A RM2 400 B RM600


C RM2 040 D RM360

Cadangan PdPc :

Diberi

Gaji Rania = RM3 000


Membeli Baju = 20% daripada wangnya
Barang Dapur = 15% daripada baki wangnya

Perlu Mencari : wang dibelanja untuk membeli barang dapur

Operasi : darab dan tolak

5
Penyelesaian

Langkah 1 : Mencari wang yang dibelanjakan untuk membeli


baju

= 20% daripada wangnya

= 20 x RM3 000
100
= 20 x RM30
= RM600

Langkah 2 : Mencari baki wangnya

= Wang gajinya – Wang yang dibelanjakan


untuk membeli baju

= RM 3 0 0 0
- RM 6 0 0
RM 2 4 0 0

= Baki wangnya ialah RM2 400

Langkah 3 : Mencari wang dibelanja untuk membeli barang


Dapur

= 15% daripada baki wangnya

= 15 x RM2 400
100

= 15 x RM24

1 5

0 0 1 2
2 0
3 0 2 4
4 0
6 0

= RM360

= Wang yang digunakan untuk membeli


barang dapur ialah D RM360

6
4. Contoh Soalan Subjektif :

Jadual menunjukkan bilangan akhbar yang dijual oleh Encik Johan.

Akhbar Bilangan Akhbar

P 400

Q 50% daripada bilangan akhbar P


R Lebih 10% daripada Q

S 800

a) Hitung bilangan akhbar Q.

Cadangan PdPc :

Diberi

Q = 50% daripada bilangan akhbar P

Perlu mencari : Bilangan akhbar Q

Operasi : Pendaraban

Penyelesaian

Langkah 1 : Mencari bilanga akhbar Q

= 50 x 400
100

= 50 x 4

= 200

= Bilangan akhbar Q ialah 200

7
b) Hitung jumlah bilangan akhbar yang dijual oleh Encik Johan.

Cadangan PdPc :

Diberi

Akhbar P = 400
Akhbar Q = 200 ( diperolehi daripada jawapan (a) )
Akhbar R = lebih 10% daripada akbar Q
Akhbar S = 800

Perlu mencari : Jumlah bilangan akhbar yang dijual

Operasi : Penambahan

Penyelesaian : P + Q + R + S

Langkah 1 : Dapatkan nilai R

a) : Cari 10% daripada Q

= 10 x 200
100

= 10 x 2

= 20

b) : Mencari nilai R

= lebih 20 daripada Q

= 20 + 200

= 220

= Akhbar R ialah 220

Langkah 2 : Cari jumlah akhbar

= P + Q + R + S

= 400 + 200 + 220 + 800

= 1 600

Jumlah akbar yang dijual ialah 1 600

8
Latihan Kertas 1 ( Objektif )

1 Encik Rashid melabur RM100 000 di sebuah syarikat. Dividen yang diterima daripada
pelaburannya ialah 5.8% setahun. Berapakah nilai dividen yang diterimanya?

A RM4 100 B RM4 800


C RM5 500 D RM5 800

2 Jadual menunjukkan penyata bank wang simpanan tetap Encik Samad.

Kadar Faedah
Tarikh Jumlah Simpanan
Setahun
01/01/2015 RM20 000 5%

01/01/2016
01/01/2017

Jadual 1

Dia tidak mengeluarkan wang itu selama 2 tahun. Hitung jumlah wangnya hingga
1 januari 2017.

A RM21 050 B RM22 000


C RM22 050 D RM23 000

3 Aziz menyimpan sejumlah wang. Pada awal tahun beliau menerima RM130 sebagai
faedah simpanannya. Jika kadar dividen setahun 8%, kira jumlah wang asal beliau.

A RM2 450 B RM1 625


C RM1 945 D RM1 535

9
4 Jadual 2 menunjukkan peratus murid di sebuah sekolah mengikut hobi.

Hobi Peratus (%)

Memasak 10

Membaca 25
Melukis 30

Berkebun
Jadual 2

Jumlah murid di sekolah itu ialah 320 orang. Berapakah bilangan murid yang gemar
berkebun?

A 80 B 112
C 96 D 128

5 Hazma menerima gaji pertamanya sebanyak RM3 500. Dia menyimpan 30% daripada
gajinya dan menggunkan 25% daripada baki wangnya untuk membayar ansuran kereta.
Berapa peratuskah daripada gajinya yang digunakan untuk membayar ansuran kereta?

A 45 B 35.5
C 25 D 17.5

6 Nizar menyimpan 10% daripada gajinya setiap bulan. Jumlah simpanannya selama
setahun ialah RM1 200.
Hitungkan gajinya sebulan.

A RM1 320 B RM1 200


C RM1 080 D RM1 000

10
Latihan Kertas 2 ( Subjektif )

1 Jadual menunjukkan kadar pulangan dan kadar dividen yang ditawarkan beberapa
buah bank dan syarikat tertentu untuk tempoh setahun.

Kadar
Bank Syarikat Kadar Dividen
Pulangan

Bank Malaya 3% Syarikat Maya 7%

Bank Al-Rani 4% Syarikat Leon 12%

Bank Utama 2% Syarikat Neen 10%

a) Syarikat manakah yang menawarkan kadar dividen tertinggi?

b) Zac melabur RM150,000 di Syarikat Maya. Berapakah jumlah dividen yang


diterimanya setelah setahun?

d) Katryn menyimpan RM20 000 di Bank Al-Rani.


Selepas setahun, berapakah pulangan yang diterimanya?

11
2 Jadual menunjukkan wang simpanan dan faedah yang diperolehi oleh Puan Qistina.

Juamlah
Simpanan Awal Tempoh Kadar Faedah Genap
Tahun Simpanan
Tahun Masa Setahun
Hujung Tahun
2015 RM6 000 12 bulan RM6 600

2016 RM6 600 12 bulan

Jadual 2

a) Berapakah peratus kadar faedah dalam setahun bagi tahun 2015?

b) Hitungkan jumlah simpanan Puan Qistina pada hujung tahun 2016 dengan kadar
faedah yang sama seperti tahun 2015?

3 Jadual menunjukkan bilangan sayur yang ditanam oleh Kak Ros.

Pokok Bilangan ditanam Bilangan pokok mati

Bendi 20 4

Lobak 25 6

Jadual 3

a) Berapa peratuskah bilangan pokok bendi yang ditanam oleh Kak Ros yang
hidup?

b) Hitung perbezaaan peratus bagi pokok yang ditanam olek Kak Ros yang hidup.

12
4 Jadual menunjukkan peratusan penduduk mengikut bangsa di Bandar Jerteh.

Bangsa Peratusan (%)

Melayu

Cina 25
India 10

Lain-lain 5
Jadual 4

Jumlah penduduk di Bandar Jerteh ialah 1 500 orang.

a) Berapakah peratusan penduduk Melayu?

b) Hitung bilangan penduduk Melayu.

5 Rajah menunjukkan harga jual sebuah komputer riba.

RM2 500

Syarikat Nadi Ilmu mendapat keuntungan RM1 650 selepas menjual 3 buah
komputer riba tersebut.
a) Hitungkan peratusan keuntungan sebuah komputer.

b) Berapakah harga kos sebuah komputer riba?

13
6 Rajah menunjukkan jumlah wang simpanan Hakimi pada bulan Disember 2019.

RM 95 860
Pada akhir bulan Disember 2019 pihak bank telah memberikan dividen sebanyak 5 %
daripada jumlah wang simpanannya.

a) Hitung jumlah dividen yang diperolehinya.

b) Pada awal bulan Januari 2020 Hakimi telah mengeluarkan wang simpanannya
sebanyak 20 % daripada jumlah wangnya pada akhir bulan Disember 2019.
Berapakah baki wang Hakimi sehingga akhir bulan Januari 2020?

14
PENGHARGAAN

PENYELARAS

Khairul Farez bin Nahrawi Penolong Pengarah Sains & Matematik


Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

PENGGUBAL

Bil Nama Peserta Sekolah


1 Zety Akhzam binti Zahari SK Haji Mahmud
2 Happyza bin Ahmad SK Jalan Pegoh
3 Mohamad Nasrol bin Mohamad Yusoff SK Lempor
4 Noor Fariza binti Ahmad Sharif SK Perempuan Methodist
5 Amelia Shakirin binti Ab. Majid SK Sungai Raya
6 Asmah binti Harun SK Bukit Balai
7 Azlan Zawawi bin Abdul Wahab SK Taman Palma
8 Azura binti Saaddudin SK Kampung Pasir Puteh
9 Dida Salwa binti Hassan Basri SK Seri Intan
10 Intan Zuriati binti Pathi SK Pengkalan
11 Irni binti Isa SK Ayer Denak
12 Jamaayah binti Hj Nasri SK Kuala Kurau
13 Masrina binti Dayat SK Toh Indera Wangsa Ahmad
14 Mohamad Zulkarnain bin Mohamad Basir SK Jelapang Jaya
15 Mohammad Junaidi bin Jamaludin SK Ho Seng Ong Methodist
16 Mustafakamal bin Hamzah SK Klian Intan
17 Noor Huslina binti Hussain SK Temelong
18 Noorrezan binti Othman SK Alor Pongsu
19 Nor Hazli binti Ghazali SK Jalan Matang Buluh
20 Norlela binti Dali SK Kampung Jambu
21 Nur Farah Izzah binti Mustakim SK Simpang
22 Raedah binti Abdul Ralib SK Sri Adika Raja
23 Rozayu binti Kasim SK Marian Convent
24 Saipol bin Ibrahim SK Pengkalan Baharu
25 Salina binti Zainuddin SK Raja Perempuan Muzwin
26 Siti Zaleha binti Mohd Noh SK Raja Muda Musa
27 Wita binti Mansor SK Sri Kinta
28 Yushalida binti Md Yusof SK Kampung Muhibah

15

You might also like