Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

KANDUNGAN 18 Ketua Setiausaha

Negara Melawat

3 Keamanan Sejagat Untuk Semua Kementerian


Pertahanan

6 Piala Sumbangsih Milik Gladiator 19 Beri Maklumat


Hari Terbuka MinDef

7
Berguna Kepada
Perhimpunan Bulanan MinDef
Masyarakat

9 Watikah Tauliah Pegawai Kadet Graduan 20 Hunt


Program Treasure
Istiadat Perbarisan DiRaja Dan Pengurniaan
KAKEP 2013
Kolej Tentera Darat, Pegawai Kadet Graduan
Kapal DiRaja Sultan Idris 1 Dan Pegawai Kor 21 Peghargaan Petugas
Majlis Makan Malam

Kesihatan Diraja Program Pengiktirafan


Veteran 1Malaysia

22 Majlis Penyerahan
Ops Daulat

23 Warga MinDef Bersama


Tun Mahathir

10 Kerjaya Kedua Untuk Bekas Tentera

24 5SBersama
Perkongsian

25 Tentera Malaysia
Hari Terbuka Angkatan

26 Anugerah
Perkhidmatan
11 Kolokium Pengurusan Kewangan Cemerlang
Pemangkin

12
Kecemerlangan
Tragedi Lahad Datu

14 Lagi Veteran ATM Dihargai 27 LIMA ‘13 Kembali Menggegar


Langkawi

14 Johor
SVTB1M Kepada Veteran ATM Negeri

15 Penglibatan ATM di dalam Misi PBB


16 Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu PBB 29 Penyelidikan
dari meja Ketua Editor
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah, syukur ke hadrat mulanya pencerobohan ini cuba Walaupun krisis di Lahad Datu telah
Ilahi, dapat kita bertemu lagi dalam diselesaikan secara aman dan melalui tamat, harapan kita sebagai rakyat
keluaran majalah ‘Patriot’ buat perundingan, namun pada pagi 1 Malaysia supaya keamanan Malaysia
sekian kalinya. Sedar tak sedar, dalam Mac, satu pertempuran telah berlaku sentiasa terpelihara adalah amat
kesibukan menyelesaikan tugas kita diantara anggota keselamatan dan tinggi. Kawalan keselamatan mesti
seharian, masa berlalu dengan begitu kumpulan penceroboh tersebut. diperketat lagi, pintu sempadan
pantas sekali. Dalam kita sibuk dengan Negara dijaga sebaiknya, dan kita
aktiviti dan tanggungjawab kita Dalam keadaan keselamatan Sabah semua haruslah mengambil iktibar
setiap hari, janganlah kita lupa dan yang semakin meruncing, Kerajaan dari kejadian ini. Tindakan untuk
sambil lewa dengan keamanan dan Malaysia telah mula menggandakan menghapuskan sebarang bentuk
kesejahteraan yang kita kecapi kini. bilangan polis dan tentera dengan ancaman terhadap keselamatan dan
Walaupun kita berada dalam keadaan menggerakkan pegawai Rejimen kedaulatan negara, khususnya di
aman sejahtera, bebas melakukan apa Askar Melayu Diraja. Selain itu, 7 timur Sabah, mesti diteruskan supaya
yang kita mahu setiap hari, kita harus batalion ATM dari Semenanjung dan ia tidak berulang. Bersamalah kita
ingat bahawa akan ada ancaman- 1 batalion PGA dari Sarawak juga menjaga dan memelihara Negara
ancaman yang mengintai untuk telah dihantar bagi meningkatkan ini dari ancaman musuh dan anasir-
menerobos masuk dan merampas apa kawalan keselamatan. Operasi Daulat anasir negatif yang boleh mengancam
yang dimiliki oleh Malaysia sekarang. yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu keselamatan dan kedaulatan Negara
bagi menghapuskan pengganas Sulu dan sekaligus mewujudkan keamanan
Krisis pencerobohan Lahad Datu pada diteruskan. Juga berikutan dengan sejagat.
awal tahun 2013 telah mengejutkan krisis ini, kerajaan telah mewujudkan
semua rakyat Malaysia setelah 235 sebuah kawasan yang dikenali Tahniah di ucapkan kepada pasukan
orang asing yang sebahagiannya sebagai Kawasan Keselamatan Khas keselamatan kerana telah berjaya
bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada mempertahankan kedaulatan
Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 7 Mac 2013 bagi memperkuatkan negara daripada pencerobohan oleh
Februari 2013. Kumpulan tersebut lagi keselamatan maritim di bahagian pengganas di Lahad Datu. Kita turut
yang menggelarkan diri mereka timur Sabah. Beberapa minggu selepas bersedih dengan permergian wira-wira
sebagai Angkatan Keselamatan Diraja itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib tanahair yang telah terkorban kerana
Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, bin Abdul Razak telah melancarkan memperjuangkan keamanan Negara.
telah dihantar oleh Jamalul Kiram III sebuah zon yang dikenali sebagai Sesunguhnya perjuangan mereka
yang merupakan salah seorang dari Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah tidaklah sia-sia dan akan dikenang
pihak-pihak yang menuntut takhta (ESSZONE) pada 25 Mac 2013. sehingga ke akhirnya. Al-Fatihah…
Kesultanan Sulu. Walaupun pada

SIDANG REDAKSI
PENAUNG Muhammad Hisyam bin Mohd Dris (Pelatih UiTM)
Y.Bhg Dato’ Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad Noraini binti Ahmad Tabti (Pelatih UKM)
Ketua Setiausaha Nurul Syuhada binti Moktar (Pelatih Poly-Tech MARA)
Kementerian Pertahanan Malaysia Wan Nurhazirah binti Wan Shamsuri (Pelatih UNISEL)
Zulaikha Hanum binti Jaafar (Pelatih Poly-Tech Mara)
PENASIHAT 1
YBhg. Dato’ Jalil bin Marzuki FOTO
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Sel Liputan
Sel Rujukan dan Penerbitan, UKK
PENASIHAT 2
Razman Hakimi bin Abdullah TERBITAN DAN EDARAN
Ketua Komunikasi Korporat Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pertahanan Malaysia
KETUA EDITOR
Masnoor bin Ashaari Sidang Redaksi Buletin PATRIOT mengalu-alukan
sumbangan artikel mengenai aktiviti Kementerian,
EDITOR Jabatan dan Agensi dibawahnya. Artikel hendaklah
Nazrie bin Saini dihantar kepada:
WARTAWAN Editor
Fazliatul binti Mohamed Isa Buletin PATRIOT
Sjn U Irwan bin Alias Unit Komunikasi Korporat
Pbt Yussuhaimi bin Yusuf Kementerian Pertahanan Malaysia
Jalan Padang Tembak
PENULIS TAMU 50634 Kuala Lumpur
Haironizan Mohd Idris (Pelatih UiTM) Tel: 03-2071 4008
Mohamed Khairul bin Kamal (Pelatih UiTM) Emel : nazrie@mod.gov.my
PATRIOT

KEAMANAN
SEJAGAT
UNTUK
SEMUA
Artikel: Noraini binti Tabti (Pelatih UKM)
Foto: Sel Rujukan & Penerbitan Keamanan dan kemakmuran
Malaysia kini perlu
dipertingkatkan lagi agar rakyat
Malaysia dapat hidup dalam
sebuah negara yang aman dan
makmur. Aman dan makmur
yang dimaksudkan adalah dari
segi peperangan, perpecahan
kaum dan persengketaan
yang melibatkan mana-mana
negara. Hal ini berikutan
Malaysia pernah berdepan
dengan beberapa siri ancaman
keamanan dan keselamatan
yang berterusan bermula
pada tahun 1948-1960 dengan
ancaman pengganas komunis
semasa darurat diikuti dengan
perjuangan dan bawah tanah
Komunis sehingga 2 Dis 1989.
Selain itu, ancaman daripada
kumpulan militan yang muncul
untuk memperjuangkan
penubuhan kerajaan Islam
seperti Kumpulan Tentera
Sabilillah, Ibrahim Libya, Krypto,
Kumpulan Nasir Ismail, Al-
Maunah dan lain-lain pada
tahun 1970-1995. Di samping
itu, Malaysia juga menghadapi
ancaman yang timbul daripada
persengketaan kaum sehingga
tercetusnya peristiwa-peristiwa
yang tidak diingini seperti
Peristiwa 13 Mei 1969, Kg. Rawa,
Pulau Pinang 1998 dan Kampung
Medan 2001. Kini siri ancaman
ini daripada kes pencerobohan
yang berlaku di Lahad Datu,
Sabah yang telah mengorbankan
9 nyawa. Kejadian ini berlaku
pada tahun ini yang melibatkan
kumpulan yang mahu dikenali
sebagai ’Askar Diraja Kesultanan

3
PATRIOT

Sulu’ daripada Singapura yang dilaksanakan, belia selaku


merupakan penyokong kuat bakal pemimpin negara di
’Kesultanan Sulu’. masa hadapan, diperlukan
khidmat mereka ke atas
”Gelombang ‘Keamanan menjaga keamanan dan
Sejagat’ perlu dimulakan kemakmuran negara
untuk menghentikan sebarang Malaysia ini. Pada Mei lalu,
persengketaan mahupun Perayaan Hari Belia Negara
peperangan yang melibatkan 2013 yang disambut
mana-mana negara di dunia”, pada 15 Mei 2013 yang
kata Menteri Pertahanan kini berkonsepkan slogan
Datuk Seri Hishammuddin Tun ”Denyut nadi generasi muda
Hussein yang sebelumnya sentiasa dirasai pemimpin
merupakan Menteri Dalam negara”, dapat dijadikan
Negeri. Menurut beliau lagi, sebagai satu usaha dalam
“Kita mahu keamanan sejagat menjaga keamanan
dimulakan bukan hanya sejagat negara Malaysia
memberi tumpuan kepada daripada persengketaan
kekejaman Israel di Gaza. ataupun peperangan.
Kalau kita boleh gerakkan satu Sebagai pemimpin masa
gelombang ‘We Want Peace’, depan, belia Malaysia
ia boleh dijadikan contoh
untuk diamalkan negara lain,”
perlu bersama-sama
dengan kerajaan dalam ”denyut nadi
katanya kepada pemberita
selepas majlis penutup
menjayakan pelbagai
program transformasi untuk generasi muda
Persidangan Kanak-kanak
‘Children for Child Protection
kemajuan dan kemakmuran
negara. Mereka juga sentiasa dirasai
2012’ yang dihadiri lebih 500
peserta (Sinar Harian 2012).
perlulah memantapkan
semangat cintakan negara pemimpin
Oleh yang demikian, pihak
dan
belia
berusaha
yang
menjadi
berguna negara”, dapat
yang
harus
bertanggungjawab
berganding bahu
kerana mereka ini bakal
menjadi pemimpin suatu dijadikan sebagai
dalam merangka
keamanan untuk rakyat dan
pelan ketika nanti. Belia Malaysia
amat bertuah kerana satu usaha
negara.
kes
Susulan
pencerobohan
daripada
di
kepentingan mereka
sentiasa diberi perhatian dalam menjaga
Lahad
Menteri
Datu,
Pertahanan
Sabah,
telah
oleh kerajaan
menyediakan
yang
pelbagai keamanan
menyarankan bahawasanya
gelombang keamanan sejagat
bantuan dan intensif untuk
melahirkan generasi masa sejagat negara
diperlukan bagi menghentikan
sebarang peperangan
depan yang gemilang.
Sebagai pemimpin yang Malaysia
dan persengketaan yang
melibatkan mana-mana
negara. Dalam
memastikan
perkara ini

4
PATRIOT

bakal memimpin negara di serantau. Kesan daripada kaum. Wilayah dan negara
masa hadapan, belia perlu kerjasama itu, negara dapat perlu dipertahankan dengan
bersama kerajaan menjayakan memupuk persefahaman segenap jiwa raga dan nyawa
pelbagai program transformasi antara negara serantau merupakan pertaruhannya.
untuk kemajuan dan keamanan ibarat aur dan tebing. Jelaslah bahawa jika tiada
negara. Sehubungan itu, Malaysia telah kesatuan dan tanggungjawab,
menganggotai beberapa ia hanya akan menyumbang
Tidak boleh dinafikan bahawa pertubuhan antarabangsa kepada kemunduran dan
perpaduan antara rakyat seperti Pertubuhan Negara- kejatuhan. Ingatlah sejarah
merupakan kunci keamanan negara Asia Tenggara bukan hanya sekadar masa
sesebuah negara terutamanya (ASEAN), Pertubuhan Negara- silam tetapi sejarah sesuatu
di negara yang berbilang negara Berkecuali (NAM), dan yang perlu dihayati kerana
bangsa dan agama seperti Pertubuhan Kerjasama Negara- sejarah bukanlah sesuatu yang
Malaysia. Oleh itu, antara usaha negara Islam (OIC) di samping dikenang sebagai masa lampau
lain dalam mempertahankan menjalin hubungan diplomatik tetapi sejarah merupakan
keamanan sejagat adalah dengan setiap negara di dunia teladan dan pemangkin kepada
dengan mewujudkan kecuali Israel. Penglibatan bangsa terkemudiannya
semangat bersatu padu Malaysia dalam pertubuhan- dalam pembinaan sebuah
dalam kalangan rakyat dan pertubuhan berkenaan adalah negara bangsa yang aman,
ia hendaklah dilaksanakan untuk menjalin kerjasama dari disegani dan menjadi sebuah
secara serius dan berterusan. aspek politik, ekonomi, dan ketamadunan yang agung.
Ini adalah disebabkan peristiwa sosial serta membincangkan
hitam 13 Mei 1969 yang pernah usaha untuk menyelesaikan
mencalar sejarah Malaysia konflik antara negara anggota.
membuktikan bahawa ikatan
perpaduan dalam kalangan Kesimpulannya, peristiwa
rakyat berbilang kaum sangat mengejut di Lahad Datu
rapuh. Oleh itu, parti politik bagai telah mengajar rakyat
yang pelbagai dalam negara Malaysia betapa besarnya
ini, perlu membentuk kerjasama nilai kedaulatan sesebuah
yang pintar walaupun negara yang sudah merdeka
mungkin berlaku konflik antara dan nilai perpaduan antara
mereka. Ini kerana konflik itu
bukanlah hanya memberi
kesan negatif, malah konflik itu
bakal memberi kesan positif
dalam pembangunan sosial
masyarakat.

Pada masa yang sama


keamanan sejagat juga
mampu diwujudkan dengan
cara menjalin hubungan
kerjasama antara negara

5
PATRIOT

PIALA SUMBANGSIH
GLADIATOR
milik

Artikel: Sjn U Irwan bin Alias


Foto: Megat Mohd Firdaus bin Megat Ahmad

Stadium Shah Alam Selangor


sekali lagi menjadi lokasi
pertarungan hebat, dimana
perebutan Piala Sultan Ahmad
Shah 2013 atau lebih dikenali
sebagai Piala SUMBANGSIH
menjadi idaman setiap pasukan.
Piala sumbangsih merupakan
perlawanan pembuka tirai bagi
musim liga Malaysia yang mana
telah diperkenalkan pada tahun
1985. Pasukan ATM atau lebih
dikenali sebagai Gladiator kini
menjadi sebutan dibibir peminat
bola sepak negara kini. Setiap
perlawanan amatlah dinantikan
oleh semua penyokong
terutamanya penyokong ATM
yang sentiasa membanjiri
stadium.

Perlawanan dua pasukan gergasi


negara amatlah dinantikan
oleh semua rakyat Malaysia,
terutamanya penyokong
pasukan Gladiator dan Red
Warrior yang sentiasa menjadi
pembakar semangat kepada

6
PATRIOT

setiap pemain. Perlawanan


yang dianggapkan sebagai
misi membalas dendam ATM
telah dijadualkan pada 5
Januari 2013 yang berlangsung
di Stadium Shah Alam Selangor
dan dihadiri seramai 40,000 Idrus terpilih sebagai pemain
penonton. Serangan demi terbaik perlawanan.
serangan akhirnya telah
membuahkan hasil apabila Kemenangan pasukan ATM
Irwan Fadly Idrus muncul bagi Piala sumbangsih 2013
sebagai Wira The Gladiators adalah titik permulaan dan
dengan menjaringkan gol hadiah pertama untuk tahun ini
penyamaan menerusi sepakan kepada semua penyokong dan
percuma dari luar kotak penalti peminat setia yang tidak putus-
yang melencong cantik untuk putus memberikan sokongan
mengegarkan gawang gol bagi menjadi pasukan yang
Kelantan dari jarak 25 meter. terbaik diantara pasukan
Jaringan ini telah menyepikan terbaik. Doa buat Pasukan ATM
seketika penyokong Fanatik semoga akan terus pasukan
Kelantan dan memberikan yang gah dan digeruni serta
ruang kepada penonton menjadi pasukan yang sentiasa
setia ATM untuk memberikan menjadi tumpuan oleh semua
sokongan terhadap pasukan peminat bola tanah air. Syabas
kesayangan. Lebih manis lagi dan tahniah buat pasukan
apabila Wira ATM Irwan Fadly Gladiator.

7
PATRIOT

PERHIMPUNAN BULANAN
MINDEF
Artikel: Nazrie bin Saini
Foto: Kpl Shahrul Hezar bin Azizan

Pada 8 Januari 2013 yang lalu, Kementerian


Pertahanan telah menganjurkan
Perhimpunan Bulanan MinDef yang
dihadiri oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad
Zahid bin Hamidi. Perhimpunan kali ini telah
menganugerahkan pemakaian pangkat
kepada Tan Sri Syed Azman bin Syed
Ibrahim, Pengarah Urusan Weststar Group
of Companies yang dberikan pangkat
Kolonel Kehormat dan Dato’ Mohd Khusairi
bin Abdul Talib, ADUN Slim River, Perak
dan diberikan pangkat Leftenan Kolonel
Kehormat. Majlis pada pagi tersebut juga
diisi dengan pemberian anugerah pejabat
terbaik dan Anugerah Pekerja Contoh bagi
tahun kedua (Jul-Dis) 2012.

Anugerah Pejabat Terbaik


Tempat Pertama : Bahagian Akaun
Tempat Kedua : Bahagian Pentadbiran
Tempat Ketiga : MinDef Sarawak

Anugerah Pekerja Contoh (Awam)


Kategori: Kumpulan Pengurusan dan
Profesional (Gred 41 hingga 48)
Puan Nur Wahidah Hanum binti Abdul
Rahim dari Bahagian Perolehan
Kategori: Kumpulan Sokongan I (Gred 27
hingga 40)
Encik Mohd Syamsul Akhbar bin Ariffin dari
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kategori: Kumpulan Sokongan I (Gred 17
hingga 26)
Puan Nor Faezah binti Hassan dari
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kategori: Kumpulan Sokongan II (gred 1
hingga16)
Encik Khairuddin bin Abdul Razak dari
Pejabat Ketua Setiausaha

Turut hadir pada perbarisan adalah YB Datuk Dr Abdul Latiff bin Ahmad, Timbalan Menteri
Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Dr. Hj. Ismail bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,
Y.Bhg Jen. Tan Sri Zulkofeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan,
Pegawai Kanan Awam dan Tentera serta warga Kementerian Pertahanan.

8
PATRIOT

ISTIADAT PERBARISAN DIRAJA DAN PENGURNIAAN


WATIKAH TAULIAH PEGAWAI KADET GRADUAN
KOLEJ TENTERA DARAT, PEGAWAI KADET
GRADUAN KAPAL DIRAJA SULTAN IDRIS 1
DAN PEGAWAI KOR KESIHATAN DIRAJA

Kadet Graduan Kolej Tentera


Darat disandang oleh Pegawai
Artikel : Mej Zahrullail bin Hidayat (J7- Markas ATM) Rendah Muda Asyroff bin
Foto: Kpl Fairul Rashid Fakhrul Razi (J7- Markas ATM) Zakaria (3013670) anak kelahiran
Balakong, Selangor merupakan
PORT DICKSON - Pada 19 Jan binti Rahman, Panglima- anak kepada pegawai kanan
2013 bersamaan 7 Rabiul Awal Panglima Perkhidmatan dan didalam Angkatan Tentera
1433H, Seri Paduka Baginda Isteri, Penasihat-Penasihat dan kini menjawat sebagai
Yang Di-Pertuan Agong Pertahanan dan isteri, Pegawai- Pengarah di Hospital Angkatan
Almu’tasimu Billahi Muhibuddin Pegawai Kanan ATM dan isteri. Tentera, Lumut, Perak. Beliau
Tuanku Al Haj Abdul Halim ditauliahkan sebagai Leftenan
Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Istiadat Perbarisan Diraja ini Muda didalam Kor Jurutera letrik
Sultan Badlishah dan Seri merupakan buat julung kalinya dan Jentera (KJLJD). Manakala
Paduka Baginda Raja Permaisuri diadakan di Kolej Tentera Darat, penuntut terbaik keseluruhan
Agong Tuanku Hajah Haminah Negeri Sembilan. Seramai 117 Pegawai Kadet Graduan
telah mencemar duli berangkat Pegawai Kadet Kolej Tentera KD Sultan Idris 1 (LAUT) telah
ke Istiadat Perbarisan Diraja dan Darat termasuk 62 Pegawai Kor dimenangi oleh Pegawai Kadet
Pengurniaan Watikah Tauliah Kesihatan Diraja (KKD) dan 10 Graduan Mohd Noorkhalis
Pegawai Kadet Graduan dari Pegawai Kadet Graduan Syafique Kamal bin Abdul
Kolej Tentera Darat, Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia Rashid (N/405501) dilahirkan
Kadet Graduan Kapal Diraja (TLDM). Pegawai Rendah di Mentakab, Pahang. Beliau
Sultan Idris 1 dan Pegawai Kor Kanan Mohd Faris bin Mohd ditauliahkan dalam Cawangan
Kesihatan Diraja. Turut hadir YAB Noor (3013653) yang dilahirkan Bekalan dan Urusetia. Manakala
Dato’ Seri Utama Mohamad di Alor Star, Kedah pada 16 Penuntut Terbaik Akademik
Hassan, Menteri Besar Negeri Apr 1987 telah dianugerahkan Pegawai Kadet Graduan
Sembilan, Jen Tan Sri Dato’ Sri selaku pemenang Pedang KD Sultan Idris 1 (LAUT) telah
Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Kehormat Pegawai Kadet disandang oleh Pegawai Kadet
Angkatan Tentera dan isteri Graduan Kolej Tentera Darat. Graduan Aleziana Carolina
Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom binti Beliau ditauliahkan sebagai anak Castelo (N/405502)
Wan Awang, Datuk Dr Hj Ismail Leftenan Muda di dalam Kor dilahirkan di Kuching, Sarawak
bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha Polis Tentera Diraja (KPTD). pada 23 Sep 1986 dan beliau
Kementerian Pertahanan Manakala penuntut terbaik ditauliahkan dalam Cawangan
dan isteri Datin Hjh Junaidah pengajian Akedemik Pegawai Eksekutif (Undang-Undang).

9
PATRIOT

Kerjaya Kedua
Untuk Bekas Tentera
Artikel : Haironizan Mohd Idris (Pelatih UiTM)
Foto : Megat Mohd Firdaus bin Megat Ahmad

Selepas pelaksanaan Program ini merupakan program


Pembangunan Sosioekonomi peralihan kerjaya dalam
Veteran ATM Tidak Berpencen memberi manfaat kepada
(PPSEV-ATM-TBP) kerajaan 30,000 orang veteran
mengorak langkah lagi dalam tentera berpencen dan
menyediakan kerjaya kedua tidak berpencen menjelang
untuk bekas tentera. Satu 2020 di samping membantu
kerjasama diwujudkan antara golongan tersebut
Kementerian Pertahanan menyesuaikan diri dengan
dengan firma perunding, kehidupan di luar bidang
Kerjaya Sukses Sdn. Bhd. tentera. Turut hadir dalam
menawarkan program 1ACP majlis ini ialah Timbalan
(perancangan kerjaya) dan Menteri Pertahanan, Ketua
portal kerjaya secara eksklusif Setiausaha Kementerian
untuk veteran angkatan tentera Pertahanan, Panglima
meneroka peluang pekerjaan Angkatan Tentera serta
yang lebih luas semasa pegawai-pegawai kanan
berkhidmat dalam pasukan. awam dan tentera
Kementerian Pertahanan.
Majlis yang berlangsung di
Prince Hotel, Kuala Lumpur pada
5 Februari 2013 ini dirasmikan
oleh Menteri Pertahanan, Y.B
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid
bin Hamidi. Portal kerjaya
www.kerjayaveteran.my

10
PATRIOT

Kolokium
Pengurusan
Kewangan
Artikel : Mohamed Khairul Bin Kamal (pelatih UiTM)
Foto : Sjn Riau ak Ansang

Dengan objektif mengawal untuk mengurangkan kes salah


sistem dalaman dengan laku penyelewengan yang
kukuh, cekap, berkesan dan berlaku di dalam melaksanakan
optimum berlangsungnya sebarang aktiviti yang
Majlis Kolokium Pengurusan dilangsungkan oleh mana-
Kewangan bagi tahun 2013. mana jabatan juga unit yang
Majlis dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ wujud di dalam Kementerian
Seri Hj. Ismail Bin Haji Ahmad, Pertahanan Malaysia. Tiga
Ketua Setiausaha Kementerian orang penceramah yang
Pertahanan dan kenamaan dijemput adalah Y.Bhg. Dato’
lain iaitu Panglima Tentera Seri Abu Kassim Mohamed yang
Laut Y.Bhg. Laksamana Tan Sri merupakan Ketua Pesuruhjaya
Abdul Aziz bin Haji Jaafar dan Pencegahan Rasuah, Y.Bhg.
Panglima Tentera Udara, Y.Bhg. Datuk Dr. Maznah Hamid iaitu
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali Pengerusi Eksekutif Kumpulan
bin Daud. Securiforce dan wakil dari
Amanah Raya Berhad.
Tiga penceramah jemputan
memberikan penekanan Program yang dijalankan
terhadap pengurusan ini mampu memberikan
perbelanjaan dengan perkongsian pengalaman
membawa idea value for di dalam prinsip-prinsip urus
money. Hal ini juga bertujuan tadbir yang cekap, amanah,
berakauntibiliti, dan telus di
dalam melaksanakan sebarang
tugasan yang diberikan.
Perkembangan dari sudut
Program yang dijalankan pengurusan dan integriti
diri sebagai pekerja dapat
ini mampu memberikan dikongsi juga agar prestasi kerja
perkongsian pengalaman dan perkhidmatan di dalam
Kementerian Pertahanan
di dalam prinsip-prinsip mampu menjadi lebih mantap
urus tadbir yang cekap, dan maju di masa kini dan
hadapan. Bagi menghakhiri
amanah, berakauntibiliti, majlis ini, cenderamata
dan telus sebagai tanda kenang-
kenangan dari Kementerian
Pertahanan kepada ketiga-tiga
penceramah diberikan.

11
PATRIOT

TRAGEDI LAHAD DATU


Artikel: Zulaikha Hanum binti Jaafar (Pelatih Poly-Tech MARA)

Malaysia telah digemparkan Kita berasa walaupun berlakunya


dengan kejadian pencerobohan pencerobohan, kita masih
di Lahad Datu pada bulan Februari mempunyai anggota tentera
2013 yang lalu. Semasa kejadian, yang sanggup berbakti dan
dua anggota Angkatan Tentera menyelamatkan Malaysia
Malaysia yang telah terkorban daripada terus ditakluk.
akibat daripada pertempuran
dengan musuh. Prebet Ahmad Keamanan yang kita dapat
Hurairah Ismail, 24, terkorban sekarang adalah pengorbanan
dalam pertempuran dengan daripada pejuang-pejuang dahulu
pengganas semasa bertugas di yang sanggup berkorban demi
Sungai Nyamuk, Kampung Batu, Negara Malaysia. Kita seharusnya
di Lahad Datu. Manakala seorang menghargai jasa mereka dengan
lagi Prebet Ahmad Farhan, 21 terus mengekalkan keamanan di
terbunuh dalam kemalangan Malaysia kini dan selama-lamanya.
jalan raya akibat daripada Dengan adanya Angkatan Tentera
kegagalan mengawal trak yang Malaysia dan badan keselamatan
dipandunya, Cenderawasih yang lain, maka Malaysia akan
ketika menghantar makanan rasa lebih selamat.
untuk anggota keselamatan
dalam operasi itu. Allahyarham
Ahmad Hurairah adalah anggota
Angkatan Tentera Malaysia
pertama yang terkorban sejak
insiden pencerobohan pengganas
di Sabah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk


Seri Najib Tun Razak dan Menteri
Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi antara yang
menyambut ketibaan kedua-dua
jenazah yang diterbangkan khas
mengggunakan pesawat C-130.
Semoga semangat perjuangan
sebegini menjadi contoh dan
teladan baik kepada masyarakat
luar. Semoga keluarga arwah
tabah dengan apa yang telah
berlaku dan redha dengan
ketentuan Allah S.W.T.

12
PATRIOT

LAGI VETERAN
ATM DIHARGAI
Artikel: Pbt Yussuhaimi bin Yusuf
Foto: SSjn Mohd Zaidi Bin Ahmad

kurang daripada 21 tahun.


Selain itu, bagi bekas anggota
tentera yang terdiri daripada
pegawai dan anggota
Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM
yang tidak berpencen yang
telah dibersarakan atau
menamatkan perkhidmatan
secara terhormat tanpa
mengira tarikh mula berkhidmat
juga antara penerima
sumbangan tersebut. Mereka
yang layak diklasifikasikan
dalam kumpulan angkatan
tetap ATM, angkatan sukarela
yang dikerah sepenuh masa
oleh ATM tanpa mengira
tempoh perkhidmatan,
anggota Force 136, tentera
British yang berkhidmat
Timbalan Menteri Pertahanan, di Malaya/Malaysia atau
Y.B Datuk Dr. Abd. Latiff Bin Singapura dan daripada
Ahmad telah menghadiri Sarawak Rangers.
Majlis Sumbangan Veteran
Tidak Berpencen 1Malaysia Sumbangan Veteran Tidak
(SVTB1M) pada 13 Februari Berpencen 1Malaysia
yang lalu. Majlis yang diadakan (SVTB1M) ini akan melibatkan
di Kerteh, Kelantan ini, turut peruntukan kewangan
dihadiri oleh Ybhg. Tan Sri Dato’ sebanyak RM234,500,000.00
Seri Panglima Hj. Annuar Bin yang dikongsi bersama oleh
Hj. Musa penyelaras Parlimen Kerajaan dan Lembaga
Ketereh, pegawai-pegawai Tabung Angkatan Tentera.
kanan awam dan tentera Tujuan pemberian SVBT1M ini
Kementerian Pertahanan. adalah sebagai pengiktirafan
Kerajaan di atas pengorbanan
Melalui Pembentangan Bajet dan perkhidmatan Veteran
2013 yang lalu, Kerajaan ATM yang tidak berpencen
telah bersetuju untuk memberi dalam mempertahanankan
sumbangan sebanyak kedaulatan Negara sekaligus
RM1,000.00 secara sekaligus menghargai mereka yang
(one-off) kepada 234,500 orang pada suatu masa dahulu
Veteran ATM yang bersara membantu dalam memastikan
awal atas sebab-sebab tetentu keharmornian Negara sentiasa
seperti perkhidmatan yang Utuh dan harmoni.

13
PATRIOT

SVTB1M KEPADA
VETEREN ATM NEGERI JOHOR
Artikel: Nazrie bin Saini
Foto: SSjn Mohd Zaidi bin Ahmad
SVTB1M bertujuan sebagai
Pada 14 Februari 2013 yang
pengiktirafan dan penghargaan
lalu Jabatan Hal Ehwal Veteren
kerajaan di atas pengorbanan
telah mengajurkan Majlis
dan perkhidmatan Veteren
Penyampaian SVTB1M kepada
ATM Tidak Bepencen dalam
veteran ATM Negeri Johor
mempertahankan kedaulatan
yang disempurnakan oleh
Negara. Turut hadir dalam
YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin
majlis tersebut ialah Menteri
bin Hj Mohd Yassin, Timbalan
Sumber Manusia, YB Datuk Seri
Perdana Menteri Malaysia
Dr. S. Subramaniam, Timbalan
bertempat di Dewan Dato’
Menteri Pertahanan, YB Datuk
Onn, MRAM Muar. Peruntukan
Abdul Latiff bin Ahmad, 25
telah dimohon oleh Ahli
wakil Parlimen Negeri Johor,
Parlimen adalah mengikut
Presiden Persatuan Bekas
jumlah veteran ATM yang telah
Tentera Malaysia, Laksamana
memohon SVBT1M dan yang
Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar
telah layak. Peruntukan diagih
bin Hj Mohd Nor (Bersara) dan
kepada 1136 Veteren ATM
Ketua Pengarah Hal Ehwal
dari kawasan PArlimen Pagoh,
Veteren ATM, Mej Jen Dato’
Ledang, Bakri dan Muar. SVTB1M
Zulkiflee bin Mazlan.
diberikan keapda veteran ATM
yang bersara awal kerana
berkhidmat kurang 21 tahun
serta tidak berpencen yang
terdiri dariapda pegawai dan
anggota Lain-lain Pangkat (LLP)
yang tidak berpencen seperti
berikut:

• Veteren ATM telah


dibersarakan/menamatkan
perkhidmatan secara
terhormat sahaja
• Tanpa mengira tarikh mula
berkhidmat
• Tarikh tamat tempoh
perkhidmatan (TTP) adalah
pada atau sebelum 31
Disember 2012.

14
PATRIOT

Penglibatan ATM
di dalam Misi PBB
Penglibatan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dalam misi PBB
menyaksikan hampir 20,000
perwira dan perajurit telah
menabur khidmat bakti di
seluruh pelusuk dunia semenjak
tahun 1960 bermula di Congo.
Sejak itu, ATM terus mendapat
mandat PBB untuk terlibat sama
ada dalam tugas pengaman
mahupun pemerhati di Negara-
negara yang dilanda konflik.
Keyakinan dan kepercayaan
yang diberikan oleh PBB
bukanlah sesuatu yang datang
bergolek kerana ianya adalah
hasil prestasi cemerlang yang
berterusan yang disumbangkan
oleh kontinjen-kontinjen ATM Markas Angkatan Bersama Secara amnya peranan
yang terdahulu. yang merupakan markas yang Malaysia di dalam misi
bertanggungjawab dalam luar negara adalah untuk
mengawal selia segala operasi memantau pematuhan dan
luar negara mulai tahun 2007 menguatkuasakan Resolusi
telah mengkoordinasikan 1701 Majlis Keselamatan
hampir 15 misi pengaman di 10 serta memastikan kestabilan,
buah negara yang bergolak keamanan dan keselamatan
dengan penglibatan hampir negara yang bergolak di
1,020 orang pegawai dan patuhi sepenuhnya. Pelbagai
anggota lain-lain pangkat ATM. cabaran yang dihadapi oleh
Jumlah keanggotaan yang Kontinjen Malaysia didalam
terbesar setakat ini adalah melaksanakan operasi luar
yang melibatkan penglibatan Negara, selain dari cabaran
ATM di dalam misi pengaman di berhadapan dengan cuaca
Lubnan mulai awal tahun 2007 yang ekstrim serta keadaan
atau lebih dikenali sebagai muka bumi yang berbeza,
misi dibawah United Nations Kontinjen Malaysia juga harus
Interim Force In Lubnan (UNIFIL) berhadapan dengan cabaran
dan Afghanistan di bawah misi budaya, bahasa dan adat
International Security Assistance resam yang amat berlainan
Force mulai tahun 2010. Di dengan budaya Malaysia
Lubnan, penglibatan Malaysia disamping tahap keselamatan
semakin berkembang dimana yang tidak menentu di Negara-
dua kontinjen Malaysia sedang negara terbabit. Namun semua
melaksanakan operasi di itu bukan penghalang kepada
bawah naungan UNIFIL iaitu Kontinjen ATM untuk terus
MALCON EAST atau sekarang menabur bakti demi keamanan
dikenali sebagai MALCOY yang sejagat.
bertempat di Kaoukaba (Sektor
Timur UNIFIL) dan MALCON
WEST yang bertempat di At Tiri
dan dikenali sebagai MALBATT
(Sektor Barat UNIFIL)

15
PATRIOT

Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB

Congo
(ONUC)

Somalia
(1994)

Kemboja
(UNTAC)

Namibia Bosnia
(UNTAG) (UNPROFOR)

16
Somalia
(UNOSOM II)

Lubnan
(UNIFIL)

MALCON

MALBATT

17
Ketua Setiausaha Negara Melawat
Kementerian Pertahanan
Artikel: Muhammad Hisyam Bin Mohd Dris (Pelatih UiTM) YBhg Dato’ Sri Dr Ali Hamsa, Ketua
Foto: Megat Mohd Firdaus bin Megat Ahmad Setiausaha Negara telah meluangkan
masa dengan mengadakan lawatan
ke Kementerian Pertahanan pada
18 Februari 2013 yang lalu. Lawatan
julung kali ini merupakan lawatan
pertama setelah dilantik sebagai
Ketua Setiausaha Negara pada 24
Jun 2012. Lawatan dimulakan dengan
pemeriksaan perbarisan dan beliau
juga menerima penghormatan dari

Beliau memuji
peranan ATM di
dalam melaksanakan
dasar New Blue
Ocean Strategy atau
akronimnya NBOS
yang dilihat berjaya
mencapai objektifnya

kawalan kehormatan utama panji-


panji kor 1 RAMD. Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan YBhg Dato Sri
Dr Haji Ismail bin Haji Ahmad bersama
Panglima Angkatan Tentera Malaysia,
YBhg Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd
Zin, Ketua-Ketua Perkhidmatan serta
pegawai-pegawai kanan awam dan
tentera menyambut kehadiran beliau
pada petang tersebut.

Selain menjalin hubungan lebih rapat
bersama pegawai dan kakitangan
Kementerian Pertahanan, satu sesi
dialog bersama kakitangan awam dan
tentera diadakan. Dalam sesi dialog
tersebut, beliau memuji peranan ATM
di dalam melaksanakan dasar New
Blue Ocean Strategy atau akronimnya
NBOS yang dilihat berjaya mencapai
objektifnya sekaligus memberikan
prestasi membanggakan Kementerian
dan ATM. Selain itu beliau berpesan
dan dan berharap agar usaha murni
ini akan dapat diteruskan di masa
hadapan. Mengakhiri majlis ini satu sesi
bergambar diadakan dan detik itu juga
akan menjadi suatu kenangan kepada
Kementerian Pertahanan khasnya dan
Angkatan Tentera Malaysia amnya.

18
PATRIOT

Hari Terbuka MinDef


beri maklumat berguna
kepada masyarakat

Artikel : Haironizan Mohd Idris (Pelatih UiTM)


Foto : Kpl Shahrul Hezar bin Azizan

Bagi memastikan Kementerian Pertahanan


menwar-warkan perkhidmatan yang diberikan
serta langkah promosi dan publisiti kepada
Kementerian, Hari Terbuka MinDef diadakan
pada 22 hingga 24 Februari 2013 yang lalu.
Memilih lokasi strategik di e@Curve, hari Terbuka
ini menampilkan 12 tapak pameran antaranya
Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) serta agensi atau bahagian
lain di bawah kementerian.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,


Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad turut hadir membuat
lawatan rasmi sekali gus merasmikan program
tersebut. Memberi maklumat lanjut menerusi
pameran tentang fungsi, tugas juga peranan
komponen ATM dan Bahagian Awam dalam
Kementerian Pertahanan bukan sahaja
dilihat sebagai satu pameran biasa bahkan
mengumpul semua golongan masyarakat
tanpa mengira kaum dan bersesuaian dengan
konsep 1Malaysia.

Paling menyeronokan dimana pempamer dari


ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat
Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) mempamerkan beberapa aset canggih
untuk dipertontonkan kepada pengunjung
dimanakira-kira 2,000 pengunjung yang hadir
memberikan sokongan.

19
PATRIOT

Artikel: Fazliatul Binti Mohamed Isa PROGRAM

TREASURE HUNT
Foto: KAKEP

Pada 23 dan 24 Febuari 2013

KAKEP 2013
lalu Jawatankuasa Kecil
Rekreasi dan Ekspedisi Kelab
Kakitangan Awam Kementerian
Pertahanan (KAKEP) telah
menganjurkan program Trasure
Hunt bermula dari Wisma
Pertahanan, Jalan Padang
Tembak ke Institut Perakaunan
Negara (IPN), Sg Lang, Sabak
Bernam, Selangor. Seramai
25 pasukan telah menyertai
program ini yang mana setiap
pasukan terdiri daripada
empat orang. Pendaftaran Sepanjang perjalanan Berikut adalah pemenang
peserta telah bermula pada dari Wisma Pertahanan ke dari tempat pertama hingga
jam 7.30 pagi dan pelepasan Institut Perakaunan Negara, tempat ke lima:
(flag off) telah disempurnakan peserta disajikan dengan
oleh Y.Bhg Datuk Seri Dr. Ismail pemandangan indah dan JOHAN RM 1,500.00
Bin Ahmad, Ketua Setiausaha saujana mata memandang. • Mohamad Aiyri Harizat
Kementerian Pertahanan yang Sambil mencari jawapan • Abdul Wilson @Vincent
juga merupakan Presiden kepada soalan-soalan yang • Peterpramo
KAKEP. Format acara ini sedikit diberikan, para peserta • Azrul Fhaiz Zakaria
unik dimana ia bukanlah satu turut dapat bersantai dan • Muhd Safuan Roslan
acara perlumbaan. Para menghilangkan stress setelah
peserta menerima kit panduan penat bekerja memandangkan NAIB JOHAN RM 1,000.00
perjalanan beserta set soalan. aktiviti Treasure Hunt ini lebih • Shahfirul Hafiz bin
Jawapan yang dicari ada santai dan tidak perlu tergesa- Damanhuri
berpandukan speedometer gesa. Setiap kumpulan diberi • Nurul Zahira bte Ahmad
yang telah ditentukan dan ini mas sehingga jam 3.00 petang • Mohamad Farizan bin Abu
bermakna, tersalah jalan, sesat, untuk menyerahkan jawapan Hassan
atau terlajak adalah sesuatu kepada Pegawai Bertugas • Azrul Izan bin Mohd @Daud
yang boleh menyebabkan • Shahfirul Hafiz bin
di Finish Control dan waktu
jawapan salah atau tidak Damanhuri
serahan dicatatkan. Pada • Nurul Zahira bte Ahmad
tepat. sebelah malamnya, acara • Mohamad Farizan bin Abu
penyampaian hadiah telah Hassan
diadakan beserta dengan • Azrul Izan bin Mohd @Daud
makan malam istimewa di
Institut Perakaunan Negara. KETIGA RM 750.00
• Nurulhuda bt Omar
• Mohd Aznan bin Ibrahim
• Sarimah bt Bismai
• Zairy bin Pauzi

KEEMPAT (Saguhati)
• Mohd Najhan bin Hassan
• Ramli bin Hassan
• Tengku Hamdan
• Muhammad Ali Rejab

KELIMA (Saguhati)
• Suhazliza bt Mohamad
Samsudin
• Hamidah bt Kamilan
• Hashim bin Mansor
• Ainul Isyrap bin Othman

20
PATRIOT

Majlis Makan Malam Penghargaan Petugas


Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia
Artikel: Nurul Syuhada binti Mokhtar
Foto: Kpl Zaini bin Md. Noh

Kementerian Pertahanan Malaysia


telah menganjurkan satu Majlis
Makan Malam Perhargaan Petugas
Program Pengiktirafan Veteran
1Malaysia yang telah dirasmikan
oleh Ketua Setiausaha, Y.Bhg. Dato’
Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Ahmad
pada 06 Mac 2013 bertempat di
Dewan Prima LJT, Taman Melawati,
Kuala Lumpur. Nabil dan Angah
Raja Lawak ditugaskan bagi
mengendalikan program pada
malam tersebut. Turut mencuri
tumpuan adalah cabutan
tiket bertuah dan semestinya
persembahan khas dari Badan
Kesenian MinDef dan keletah
tersendiri Nabil dan juga Angah
Raja Lawak.

21
PATRIOT

Majlis Penyerahan
Ops Daulat
Artikel : Nazrie bin Saini
Foto: Kpl Shahrul Hezar bin Azizan
Pada 18 Mac 2013 yang lalu, Menteri Pertahanan Y.B DAto’
Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah menghadiri Majlis
Penyerahan sumbangan Ops Daulat oleh syarikat-syarikat
swasta dan orang perseorangan bertempat di Wisma
Pertahanan. Penyerahan sumbangan ini bertujuan bagi
meringankan beban anggota Angkatan Tentera Malaysia
yang terlibat. Semua sumbangan yang diterima akan
disalurkan kepada Tabung Angkatan Tentera sebelum
diserahkan kepada Ops Daulat.

22
PATRIOT

Warga MinDef
Artikel : Nazrie bin Saini
Foto : Kpl Shahrul Hezar bin Azizan
bersama
Tun Mahatir
Pada 20 Mac 2013 yang dari ancaman dan
lalu, warga MinDef berbesar gangguan terhadap
hati dengan kehadiran Tun keutuhan bangsa
Mahatir bin Mohamad, mantan dan Negara. Majlis
Perdana Menteri Malaysia tersebut juga dihadiri
ke MinDef. Beliau yang juga oleh Timbalan Menteri
ditemani oleh Tun Dr. Siti Hasmah Pertahanan, Ketua
bt Mohd Ali hadir dalam Setiausaha, Panglima-
program Bicara bersama Tun panglima Perkhidmatan,
pegawai kanan dan
awam Kementerian.

Mahatir. Pada pagi tersebut,


beliau berkongsi pendapat
berkaitan Pertahanan Negara
Tanggungjawab Bersama.
Beliau menekankan bahawa
konsep pertahanan Negara
yang juga dikenali dengan
pertahanan nasional adalah
usaha untuk mempertahankan
kedaulatan dan keutuhan
wilayah sebuah Negara.
Selain itu juga, ia melibatkan
keselamatan segenap bangsa

23
PATRIOT

5S Perkongsian Bersama
Artikel: Nazrie bin Saini
Foto: Sel Rujukan & Penerbitan

Atas dorongan dan kualiti yang


ditunjukkan oleh Kementerian
Pertahanan terhadap
perlaksanaan Amalan
Persekitaran Berkualiti 5S telah
menjadikan Kementerian
Pertahanan sebagai sumber
rujukan dan perkongsian
ilmu yang berguna kepada
semua. Begitulah juga dengan
perlaksanaan 5S apabila
beberapa organisasi berminat
serta bersungguh dalam
melihat sendiri bagaimana
warga Kementerian
melaksanakan 5S. Perkongsian
sebegini dilihat dapat sama- melaksanakan 5S, selain
sama meningkatkan kualiti perkongsian pengiktirafan yang
persekitaran yang cemerlang telah dicapai oleh bahagian
selain menjadi motivasi kepada tersebut. Tahun ini juga, pihak
setiap organisasi yang akan Dewan Bahasa dan Pustaka
melaksanakan 5S. Sepanjang telah hadir seramai 30 orang
suku tahun yang pertama pihak ke Kementerian bagi tujuan
Kementerian telah menerima yang sama pada 20 April 2013
kunjungan dari Markas Latihan yang lalu. Kali ini Bahagian
dan Pendidikan, Markas Tentera Pentadbiran telah dipilih
Laut pada 20 Mac 2013 dimana sebagai mewakili Kementerian
rombongan ini dibawa ke bagi menerima kunjungan
Bahagian Akaun yang juga rombongan tersebut. Bahagian
merupakan bahagian yang Pentadbiran yang diketuai oleh
paling cemerlang dalam Setiausaha Bahagian, Puan Siti
perlaksanaan 5S ini. Sesi Normah binti Abd Aziz bersama
taklimat oleh Q-Manager iaitu kakitangan bahagian tersebut
Puan Murliza Hanafiah bte telah memberikan taklimat
Mohd Hanafiah, memberikan ringkas akan perlaksanaan
maklumat akan cara dan serta impak yang diperolehi
tip-tip berkesan dalam sepanjang perlaksanaan 5S

ini. Rombongan juga dibawa


secara berkumpulan ke
ruang pejabat bahagian
tersebut. Jawatankuasa
Promosi sepanjang tahun ini
merancang banyak program
dalam menyemarakkan
lagi perlaksnaan 5S dalam
mengekalkan Kementerian
Pertahanan sebagai salah satu
Kementerian yang cemerlang
dalam perlaksanaan 5S selain
menjadi contoh dalam usaha
membudayakan 5s sebagai
salah satu program yang
penting serta berkualiti.

24
PATRIOT

HARI TERBUKA
ANGKATAN TENTERA
MALAYSIA
Artikel: Pbt Yussuhaimi bin Yusuf
Foto: Megat Mohd Firdaus bin Megat Ahmad

Hari terbuka Angkatan Tentera Aktiviti yang disediakan


Malaysia (ATM) dilaksanakan dibahagikan kepada
secara serentak di 32 lokasi empat kategori utama iaitu
di seluruh negara pada 6 pameran statik melibatkan
dan 7 April 2013. Program di pameran persenjataan,
bawah Strategi Lautan Biru peralatan, aset artileri dan
kebangsaan (NBOS) itu telah jurutera, alat komunikasi dan
dirasmikan oleh Perdana kenderaan Jenis A. Juga
Menteri, Datuk Seri Najib Tun pameran interaktif melibatkan
Razak di Pangkalan Udara pengendalian pertunjukkan
Kuantan, Pahang yang turut senjata, pengendalian alat
disaksikan lebih 50,000 orang komunikasi dan Iktiar Hidup.
pengunjung yang hadir. Turut Turut diadakan demonstrasi
hadir sama, Menteri Besar , udara, persembahan Tatu,
Datuk Seri Adnan Yaakob; platun tambor, serunai,
Menteri Pertahanan, Datuk tembak dan gerak, memasak
Seri Dr, Ahmad Zahid Hamidi; rangsum, tempur tanpa
Panglima Angkatan Tentera senjata, persembahan kugiran,
Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri pertandingan dan juga
Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua brass band. Selain itu, antara
Setiausaha Negara, Datuk Seri tarikan utama yang pastinya
Dr. Ali Hamsa. ditunggu-tunggu pengunjung
sempena sambutan Hari
Bertepatan dengan temanya Terbuka adalah aksi aerobatik
’Tentera dan Rakyat Sentiasa Tentera Udara Diraja Malaysia
Bersama’ adalah manifestasi (TUDM) yang dikenali sebagai
keakraban perhubungan Kris Sakti menggunakan
antara pasukan keselamatan pesawat Extra 3001.
dan rakyat. Kerjasama antara Persembahan julung kali yang
tentera dan rakyat penting diadakan itu peluang terbaik
dalam usaha menjamin orang ramai terutamanya
kesejahteraan negara dan ini masyarakat di daerah ini
bertepatan dengan konsep yang tidak berkesempatan
keselamatan menyeluruh berkunjung ke Pameran
(Hanruh) yang merupakan Maritim dan Aeroangkasa
satu entiti dalam Dasar Antarabangsa Langkawi 2013
Keselamatan Negara. (LIMA 13) baru- baru ini.
Penganjuran program ini
juga adalah satu usaha ATM Bagi warga negara berusia
menyahut seruan pucuk 18 hingga 25 tahun yang
pimpinan ke arah pembentukan berminat menyertai ATM
gagasan 1Malaysia di samping boleh juga membuat
bertujuan mencapai hasrat permohonan di kaunter
National Blue Ocean Strategic disediakan. Disamping
8 (NBOS 8) iaitu mewujudkan itu, 70 gerai dibuka
komuniti perkongsian dan orang ramai
ketenteraan antara ATM, boleh mengunjungi
PDRM, dan Rukun Tetangga. seawal jam 8 pagi
hingga jam 6 petang.

25
PATRIOT

Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang Pemangkin
Kecermelangan

Artikel: Nazrie bin Saini


Foto: LK PNK Ayub bin Memat
Bagi menghargai dan mengiktiraf
mereka yang cemerlang sepanjang
tahun 2012 yang lepas, satu majlis
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
telah diadakan pada 9 April 2013
yang lalu. Acara tahunan ini telah
disempurnakan oleh YB Datuk Dr Abd
Latiff bin Ahmad, Timbalan Menteri
Pertahanan dan YBhg. Dato’ Sri Dr.
Ismail bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan. Bagi tahun
ini seramai 996 orang pegawai dan
kakitangan awam terlah terpilih untuk
menerima anugerah tersebut dimana
35 ada;ah dari kateogri Pengurusan
dan Profesional, 480 Kumpulan
sokongan I dan 481 orang dari
Kumpulan sokongan II. Manakala dari
perkhidmatan terntera pula seramai
9709 orang terpilih mengikut pecahan
7136 dari perkhdimatan Darat, 1409
dari perkhidmatan Laut dan 1164 dari
perkhidmatan udara. Selain itu juga,
139 orang pegawai dan kakitangan
awam dianugerahkan Pingat
Perkhimatan dan Perkerti Terbilang.
Ianya diberikan kepada mereka yang
akan bersara awajib pada umur 55,
56, 58 atau 60 tahun pada tahun 2013
serta menunjukkan prestasi kerja yang
memberangsangkan. Semoga dengan
penganugerahan ini akan memberikan
lagi semangat kerja berpasukan yang
utuh serta menjadi pemangkin kepada
pembangunan perkhidmatan awam
yang berkualiti dan berintegriti.

26
PATRIOT

I M E N G G E G A R L ANGKAWI
KEMBAL

Oleh: Fazliatul Binti Mohamed Isa LIMA 2013 menawarkan


Foto: Sel Rujukan dan Penerbitan prospek besar untuk
melonjakkan lagi Malaysia
Pameran Maritim dan dalam pasaran industri
Aeroangkasa Antarabangsa maritim dan udara yang
Langkawi 2013 (LIMA’13) telah kian berkembang di
berlansung pada 26 hingga rantau Asia ia sekalilgus
30 Mei 2013 yang lalu. LIMA memastikan pertumbuhan
‘13 seperti tahun sebelumnya pesat yang dicatatkan
menampilkan pelbagai acara Malaysia. LIMA 13 yang
hebat menerusi segmen udara memaparkan kedua-dua
dan maritim. Acara cukup industri itu melambangkan
hebat yang diadakan pada aspirasi program
setiap selang setahun ini telah transformasi ekonomi untuk
dirasmikan oleh YAB Perdana negara mencapai status
Menteri Malaysia, Datuk Seri berpendapatan tinggi.
Najib Tun Razak. turut hadir, Semasa merasmikan acara
Timbalan Perdana Menteri, ini, YAB Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, “Menerusi jaringan
Menteri Pertahanan, Datuk
Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
serta bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri yang diiringi
oleh Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Pertahanan turut
menyaksikan persembahan
pembukaan oleh pertunjukan
udara dari 24 jenis pesawat
yang melakukan pelbagai
aksi. Seterusnya, Perdana
Menteri turut melancarkan misi
penerbangan solo ‘1Malaysia
Around The World’ yang
dilaksanakan oleh Kapt James
Anthony Tan.

27
PATRIOT

erat dengan negara-negara


Asia serta ekonomi mesra
perniagaan, saya percaya
prospek pembangunan
amat kukuh.” Pada majlis itu
juga, Perdana Menteri turut
menyaksikan pertunjukan
udara yang menampilkan
aset-aset Tentera Udara Diraja
Malaysia di samping melawat
gerai-gerai pameran LIMA.
Menurut Perdana Menteri
lagi, beliau amat berbangga
Pameran LIMA yang memasuki
edisi ke-12 itu telah berjaya perjalanan
meningkatkan penyertaan sesuatu operasi yang
sebanyak 10 peratus dengan melibatkan penggunaan
menarik kehadiran 450 syarikat pesawat, kapal dan laut.
dari 29 buah negara serta
menghimpunkan 78 buah LIMA’13 telah melabuhkan
pesawat dan 62 buah kapal tirainya pada 30 Mac 2013
perang. selepas mempamerkan aksi
aerobatik dan laut yang
Kira-kira 180,000 pengunjung memukau selama lima hari
melawat Pameran Udara di bumi Langkawi. Kejayaan
dan Maritim Antarabangsa Kementerian Pertahanan
Langkawi 2013 (LIMA”13), sekali Malaysia menganjurkan LIMA
gus melepasi sasaran 150,000 13 di Langkawi cukup besar
yang ditetapkan penganjur. ertinya bukan sahaja kepada
Pengunjung dari dalam dan dunia tetapi juga memberi
luar negara tidak melepaskan kebanggaan kepada kita
peluang melawat Pusat sebagai rakyat Malaysia.
Pameran Antarabangsa Mahsuri
(MIEC) untuk menyaksikan
pameran dan pertunjukan
aerobatik LIMA sepanjang dua
hari ia dibuka kepada orang
ramai. Rata-rata pengunjung
teruja dengan aksi aerobatic
dan maritime yang dipaparkan
sepanjang dua hari tersebut
dan memberikan komen
positif mengenai pameran
ini. Selain individu dari dalam
dan luar negara, keluarga
dan kumpulan pelajar juga
tidak terkecuali berkunjung
ke pameran ini. LIMA ‘13
bukan sahaja memberi
peluang kepada pedagang
membuat urus niaga malah,
membolehkan pelajar menimba
ilmu untuk mengembangkan
kerjaya dalam bidang angkasa,
udara dan laut. Sambil
mendapatkan maklumat di
gerai-gerai pameran, pelajar
turut didedahkan mengenai

28
PATRIOT

PENYELIDIKAN
Artikel: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

CODRAT Pengisian Dan Konsep Sumbangan Kepada


Penggerak Kepada Pelan Halatuju Pertahanan Dan
Pelan HalaTuju (Blueprint) Keselamatan Negara
Penyelidikan Pertahanan Memandangkan profil
serta keadaan keselamatan
& Keselamatan Sosial yang berbeza di rantau ini
Hasil-hasil penyelidikan dari
pelan tersebut dijangka
dan pada ketika ini, Dasar
mempunyai potensi untuk
Pusat Penyelidikan dan Keselamatan Negara telah
digunakan oleh sector
Teknologi Pertahanan (Centre menumpukan kepada aspek
Pertahanan dan Keselamatan
for Defence Research and peningkatan kemampuan
Negara tanpa terlalu
Technology, CODRAT) telah (capability enhancement)
bergantung kepada perolehan
ditubuhkan pada Mac 2009 di dalam menghadapi ancaman
dari teknologi luar negara.
Universiti Pertahanan Nasional tradisional dan juga ancaman
Di samping mencapai hasrat
Malaysia (UPNM). Sebagai salah bukan tradisional seperti
berdikari (Self Reliance)
sebuah pusat kecemerlangan, perdagangan manusia,
dalam penggunaan aset-aset
CODRAT memfokuskan kepada bencana alam dan sebagainya.
berkaitan, penghasilannya
R&D&C pertahanan untuk
adalah “sustainable and
memenuhi Polisi Pertahanan Dalam memenuhi keperluan
inclusive” dan mampu
dan juga agensi kerajaan dan ini, Pelan Hala Tuju penyelidikan
menjanakan peluang pekerjaan
swasta yang lain. tersebut memfokus kepada
di sektor tersebut. Pendek
keselamatan ekonomi,
kata model pelan yang bakal
Penyelidikan di pusat ini keselamatan tenaga,
dirangkakan itu akan mematuhi
dilaksanakan secara usaha keselamatan alam sekitar,
Model Baru Ekonomi Negara
sama dengan agensi-agensi keselamatan/kesejahteraan
dengan menjadikan dana
luar yang berkaitan dalam rakyat yang memerlukan
penyelidikan sebagai dana
penyelidikan pertahanan. banyak bidang serta tujahan
pelaburan dalam menghasilkan
Dalam masa yang sama, baru penyelidikan yang relevan
penyelidikan yang berguna
hasil penemuan penyelidikan dengan keadaan semasa.
dan berpotensi.
akan dikomersilkan untuk Disamping kekuatan yang
penggunaan dalam Angkatan sedia ada dalam penyelidikan
Tentera Malaysia (ATM). pertahanan dan keselamatan,
pelan ini juga akan meletakkan
CODRAT yang diamanahkan sasaran pencapaian mulai
oleh Majlis Penyelidikan sekarang sehingga tahun 2025.
Pertahanan dan Keselamatan
Nasional (National Defence
and Security Research Adalah menjadi harapan agar
Council, NDSRC) untuk
menyiapkan pelan hala tuju
Pelan Hala Tuju ini dapat dizahirkan bagi
atau Blue print penyelidikan meningkatkan keupayaan Negara
pertahanan dan keselamatan dalam sentiasa mengawasi
di peringkat nasional. Salah keselamatannya dari sebarang bentuk
satu objektif pelan ini adalah ancaman luar dan dalam.
bagi mendukung pelan
Strategik Industri Pertahanan Sekiranya hasrat ini tercapai,
yang sedang dirangkakan
UPNM dapat mengambil peranan sebagai
oleh Malaysian Industry for
Defence Enforcement and “Research University in Defence and Security”
Security (MIDES) di Kementerian
Pertahanan Malaysia. untuk Negara ini.

29
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur
Tel: +603 2071 3980 / 4008
Fax: +603 2691 1757 Foto: Sjn Shahrul Hezar bin Azizan

You might also like