Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PANTUN

Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama
pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat
dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan
empat kerat.

Setiap pantun mesti mempunyai


pembayang dan maksud
pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan
jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula
ialah maksud atau isipantun.

Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai
hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya
seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

Sebab pulut santan terasa, Sebab mulut badan binasa.

Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun
dua kerat.

Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku
katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua
belas suku kata sahaja.

KANDUNGAN PANTUN
MELAYU

Pembayang atau Sampiran


Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang
memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang
pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya
dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau Isi


Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun.
Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun
tersebut(tema).

Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun
yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap
barispula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang
baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris
pantun.Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima
pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan
begitulah seterusnya. Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK


Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1. mengandungi 4 kerat/baris.
2. jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan.
3. jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata.
4. ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris dibawah)
5. bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b
6. bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsuralam.
7. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup.
8. sarat dengan ciri-ciri tradisional- penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud,
mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang
melahir dan menggunakannya.

You might also like