Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PONDOK

UPEH
JALAN BALIK PULAU
11000 BALIK PULAU

Tel: 04-8660217, Faks : 04-8660220, Email : smkpu2009@gmail.com

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KOPERASI BILANGAN 1/2022

Tarikh : 4 Januari 2022


Masa : 10.00 a.m
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Pondok Upeh
Kehadiran : Pn. Zaiton Bt Ambrin
Pn. Che Siti Rohana Binti Yaacob
Pn. Aqilah Nasuha Bt. Abdullah Sani
Pn. Helidzia Bt. Ramli
Cik Hariany Binti Mohd Hassan
En. Mohd Zainurhisham Bin Muhamad

Agenda 1 :

1.0 Ucapan Naib Pengerusi

1.1 Naib Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat kali
pertama bagi sesi persekolahan tahun 2022.

1.2 Beliau memaklumkan bahawa Pn. Che Siti Rohana Binti Yaacob selaku pengurus
mempunyai kuasa untuk mengagihkan tugasan kepada ahli lembaga.

Tindakan : Makluman

Agenda 2 :

2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Pertama

2.1 Pn. Che Siti Rohana Binti Yaacob mencadangkan agar minit mesyuarat lalu diterima
dan disokong oleh Pn. Helidzia Bt. Ramli

Tindakan : Makluman
Agenda 3 :

3.0 Perkara Berbangkit.

- Tiada perkara berbangkit


Tindakan : Makluman

Agenda 4 :

4.0 Perkembangan Koperasi Sekolah

4.1 Naib Pengerusi menyatakan tentang bidang tugas guru – guru koperasi

4.1.1 Penjualan buku sesi 2022/2023

- Koperasi membuka dua kaunter penjualan


- Kaunter pertama dibuka untuk resit dan bayaran manakala kaunter kedua adalah
untuk mengambil barang.
- Jualan akan diadakan mengikut giliran tingkatan,
- Saham murid tingkatan 1 termasuk dalam pakej buku.
- Jualan buku adalah mengikut pakej berbeza mengikut tingkatan 1, menengah rendah
dan menengah atas.

Tindakan : Setiausaha
4.1.2 Penjualan baju

- Baju sukan, baju rasmi baju PJ dan seluar PJ sekolah bagi yang telah selesai membuat
pembelian akan diserahkan kepada pelajar apabila sesi persekolahan dibuka bulan
Mac nanti.

Tindakan : Makluman

4.1.3 Pengurusan Belian Barangan

- Bekerjasama menguruskan koperasi ( teamwork ).


- Memastikan koperasi dalam keadaan yang baik
- Menaik taraf stor simpanan untuk memudahkan penyimpanan barangan yang lebih
sistematik.
- Mengurangkan stok di rak koperasi agar nampak lebih kemas dan tersusun.
- Mengadakan gotong – royong melibatkan semua koperator dan guru koperasi.
- Cadangan gotong – royong diadakan pada 29 Februari 2022.

Tindakan : Makluman

4.1.4 Inovasi terhadap kulit buku

- Buku kulit merah : buku nota Sains


- Buku kulit hijau : buku nota matematik
- Buku kulit biru : buku nota 80pg
- Buku kulit oren – buku120pg
Tindakan : Makluman

4.1.5 Tempoh Perakaunan 2021- Honororium

- Honorarium tidak dibayar kepada Ahli Lembaga Koperasi memandangkan


keuntungan yang kecil.
- Ahli Lembaga Koperasi terdiri daripada guru dan naib pengerusi hanya di beri
hadiah saguhati dan jamuan makan.

Tindakan : Makluman

Agenda 5 :

5.0 Hal-hal lain.

5.1 Pelajar perlu memakai pas keluar untuk membeli di koperasi selepas waktu rehat
dan koperator yang bertugas hanya bertugas pada waktu rehat sahaja.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................... ..........................................................
(AMALINA BINTI ZAMZURI) (HAJAH FARIDAH BINTI HUSSAIN)
Setiausaha, Pengetua ,
Koperasi SMK Pondok Upeh, Berhad, SMK Pondok Upeh,
Balik Pulau, Balik Pulau,
Pulau Pinang. Pulau Pinang.

You might also like