Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.

0 Latar Belakang Kajian

Malaysia merupakan antara negara membangun yang mengamalkan pasaran


berorientasikan ekonomi terbuka. Menurut buku rujukan ekonomi Ace Ahead Teks
STPM Bab 3, ekonomi terbuka bermaksud ekonomi yang menjalankan perdagangan
antarabangsa, iaitu melibatkan eksport dan import barang dan perkhidmatan serta
pergerakan modal antara negara. Nama lain ekonomi terbuka ialah ekonomi empat sektor
dengan pelakunya yang terdiri daripada isi rumah, firma, kerajaan, dan sektor luar negara.
Oleh sebab ekonomi Malaysia sangat terbuka, Malaysia terdedah dengan kejutan
antarabangsa. Intergrasi serantau dan global yang semakin meningkat telah memantapkan
hubungan ekonomi negara kita dengan negara lain di Asia. Keadaan ini meningkatkan
hasil sumber selain mempelbagaikan destinasi aliran perdagangan dan pelaburan.

Secara spesifik mengenai perdagangan antarabangsa, eksport merupakan kegiatan


menjual barang dan perkhidmatan ke luar negara manakala import pula merupakan
kegiatan membeli barang dan perkhidmatan dari luar negara. Import terbahagi kepada
dua, iaitu import nyata dan import tak nyata. Import nyata merujuk kepada pembelian
barang berbentuk fizikal daripada luar negara manakala import tak nyata pula ialah
pembelian perkhidmatan dari luar negara. Kegiatan import yang berlebihan akan
merendahkan tingkat keseimbangan pendapatan sesebuah negara. Hal ini menyebabkan
kajian pilihan saya bertajuk arah aliran import Malaysia daripada Thailand dari tahun
2004 hingga tahun 2014.

1
2.0 Pernyataan Masalah

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti arah aliran import Malaysia
daripada Thailand dari tahun 2004 hingga tahun 2014 di samping mengenal pasti kadar
pertumbuhan import tersebut dalam tempoh yang sama.

Kajian ini amat penting terutamanya untuk membuat perancangan ekonomi bagi
menjamin ekonomi negara sentiasa stabil dari semasa ke semasa. Misalnya, sekiranya
kajian ini membuktikan import negara daripada sesebuah negara yang lain telah memberi
impak negatif yang ketara kepada ekonomi negara tersebut, maka keadaan ini menjadikan
pihak berkuasa lebih giat merancang pelbagai langkah sebagai usaha untuk
mengurangkan import bagi mengekalkan kestabilan ekonomi negara.

2
3.0 Objektif Kajian

3.1 Mengenal pasti arah aliran import Malaysia daripada Thailand dari tahun 2004 hingga
tahun 2014.
3.2 Mengenal pasti kadar pertumbuhan import Malaysia daripada Thailand dalam tempoh
sepanjang tahun 2004 hingga tahun 2014.

3
4.0 Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang tepat penting untuk mereka, membentuk, mengumpul dan
menganalisis data. Data yang diperoleh tersebut diperlukan untuk merungkaikan kajian
yang sedang dijalankan. Antara kaedah kajian yang digunakan ialah:

4.1 Kaedah Memperoleh Data


Pengkaji memperoleh data melalui beberapa kaedah seperti:
4.1.1 Kaedah Laman Web
Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan data sekunder misalnya
maklumat mengenai data kajian yang telah diperoleh sebelumnya. Pengkaji juga
telah melayari internet untuk memperoleh idea bagi memahami kajian yang sedang
dijalankan dengan mencari maklumat tentang sejarah ekonomi negara, perdagangan
antarabangsa, isu-isu yang berkaitan dengan kajian dan sebagainya.

4.1.2 Rujukan Buku

Pengkaji telah menggunakan pelbagai jenis buku termasuklah buku rujukan


Ekonomi Tingkatan 6 supaya pengkaji mendapat maklumat yang lebih terperinci
mengenai kajian ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengkaji telah membanding
maklumat antara buku dengan buku yang lain untuk menjamin maklumat yang tepat
dan sahsih.

4.2 Kaedah Analisis Data


Setelah selesai mengumpul data, pengkaji menggunakan kaedah ini untuk
mengelakkan maklumat yang dipersembahkan kurang sistematik melalui:

4.2.1 Kaedah Perbandingan

Kaedah ini diaplikasikan oleh pengkaji untuk melengkapkan data arah aliran
yang telah diperoleh dengan membanding nilainya setiap tahun. Data-data yang
diperoleh melalui kaedah ini dipersembahkan dalam bentuk jadual. Kaedah ini
digunakan berdasarkan rumus yang ditetapkan. Rumus-rumus adalah seperti
berikut:

a) Beza Import (USD juta) = Nilai Import Tahun Semasa (USD juta) –

4
Nilai Import Tahun Sebelumnya (USD juta)

b) Perbezaan Kadar Pertumbuhan Import (%)=(Kadar Pertumbuhan Import


Tahun Semasa - Kadar
Pertumbuhan Import Tahun
Sebelumnya) %

4.2.2 Kaedah Peratusan

Pengkaji turut menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan maklumat yang boleh
dipercayai. Perbezaan data yang dibandingkan antara tahun sebelumnya ditukarkan
kepada peratus menggunakan rumus (c). Data sedemikian direkodkan dalam jadual.
c) Kadar Pertumbuhan Import (%)=(Nilai Import Tahun Semasa-Nilai
Import Tahun Sebelumnya)
USD juta
X100%
Nilai Import Tahun Sebelumnya
(USD juta)

4.2.3 Kaedah Arah Aliran


Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti arah aliran kajian
yang sedang dijalankan. Oleh itu, pengkaji menghuraikan data-data yang telah
disusun kepada bentuk penulisan .

5
5.0 Hasil Kajian Dan Perbincangan

5.1 Menganalisis Arah aliran import Malaysia daripada Thailand dari tahun 2004 hingga
tahun 2014

Jadual 1: Arah Aliran Import Malaysia Daripada Thailand Dari Tahun 2004
Hingga Tahun 2014

Tahun Import (USD juta) Perbezaan(USD juta)

2004 5 788.54

2005 6 044.85 256.31

2006 7 167.32 1 122.47

2007 7 862.72 695.4

2008 8 802.42 939.7

2009 7 491.91 -1 310.51

2010 10 262.66 2 770.75

2011 11 286.23 1 023.57

2012 11 566.41 280.18

2013 12 280.89 714.48

2014 12 123.11 -157.78


Sumber: International Monetary Fund

Arah aliran import Malaysia daripada Thailand dari tahun 2004 hingga tahun 2014
adalah turun naik.

Pada tahun 2004, import Malaysia dari Thailand berjumlah USD 5 788.54 juta. Nilai
import tersebut meningkat kepada USD 6 044.85 juta iaitu peningkatan sebanyak USD
256.31 juta pada tahun 2005.

6
Pada tahun 2006 pula, import Malaysia daripada Thailand meningkat lagi iaitu,
kepada USD 7 167.32 juta. Keadaan ini menyebabkan import Malaysia pada tahun 2016
melebihi import Malaysia pada tahun sebelumnya sebanyak USD 1 122.47 juta.

Pada tahun yang berikutnya, import Malaysia dari Thailand mengalami peningkatan
sebanyak USD 695.4 juta. Oleh sebab itu, pada tahun 2007 import Malaysia daripada
Thailand berjumlah USD 7 862.72 juta.

Menjelang tahun 2008, import Malaysia dari Thailand sekali lagi mengalami
peningkatan iaitu, sebanyak USD 939.7 juta. Oleh sebab itu, nilai import Malaysia daripada
Thailand adalah sebanyak USD 8 802.42 juta.

Import Malaysia dari Thailand menurun kepada USD 7 491.91 juta pada tahun 2009.
Penurunan tersebut menunjukkan nilai import Malaysia dari Thailand pada tahun 2009
berkurang sebanyak USD 1 310.51 juta berbanding pada tahun 2008. Pada tahun yang sama,
penurunan yang berlaku merupakan penurunan yang paling tinggi yang didorong oleh
kemerosotan yang ketara dalam permintaan luar negeri dan permintaan dalam negeri
(Laporan Suku Tahunan Ekonomi).

Pada tahun 2010, import Malaysia dari Thailand mengalami peningkatan semula
sebanyak USD 2 770.75 juta. Keadaan ini dibuktikan oleh nilai import Malaysia daripada
Thailand iaitu berjumlah USD 10 262.66 juta pada tahun 2010. Peningkatan pada tahun ini
merupakan peningkatan yang paling tinggi.

Nilai import Malaysia daripada Thailand meningkat lagi kepada USD 11 286.23 juta
pada tahun 2011. Peningkatan berlaku sebanyak USD 1 023.57 juta berbanding tahun
sebelumnya.

Pada tahun 2012, import Malaysia daripada Thailand masih menunjukkan


peningkatan iaitu sebanyak USD 280.18 juta. Peningkatan ini menyebabkan nilai import
Malaysia daripada Thailand telah mencecah USD 11 566.41 juta.

Pada tahun 2013 pula, nilai import Malaysia daripada Thailand menunjukkan nilai
import yang tertinggi iaitu USD 12 280.89 juta. Nilai import tersebut membuktikan berlaku
peningkatan sebanyak USD 714.48 juta pada tahun tersebut berbanding tahun sebelumnya.

Import Malaysia daripada Thailand menunjukkan penurunan walaupun sedikit iaitu,


sebanyak USD 157.78 juta pada tahun 2014. Oleh sebab itu, nilainya adalah lebih sedikit

7
iaitu, berjumlah USD 12 123.11 juta sekiranya dibandingkan dengan nilai import pada tahun
yang sebelumnya.

Kesimpulannya, penerangan tersebut dapat dipersembahkan melalui gambar rajah di


bawah.

14000 4000

12000
2770.75 3000

10000
2000

8000 1122.47
939.7 1000
1023.57 714.48
6000 695.4
256.31 280.18 0
4000 -157.78
10262.66
20005788.54 7167.32 8802.42 -1310.51 12123.11-1000
11566.41

6044.85 7862.72 7491.91 11286.23 12280.89


0 -2000
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
Import (USD juta) Perbezaan (USD juta)

Graf 1 : Arah Aliran Import Malaysia Daripada Thailand daripada tahun 2004 hingga
tahun 2014.

8
5.2 Kadar pertumbuhan import Malaysia daripada Thailand dalam tempoh sepanjang tahun
2004 hingga tahun 2014.

Jadual 2: Kadar Pertumbuhan Import Malaysia Daripada Thailand Dari Tahun 2004
Hingga Tahun 2014

Import KadarPertumbuhan Perbezaan Kadar


Tahun (USD juta) Import (%) Pertumbuhan Import (%)
2004 5 788.54
2005 6 044.85 4.43
2006 7 167.32 18.57 14.14
2007 7 862.72 9.7 -8.87
2008 8 802.42 11.95 2.25
2009 7 491.91 -14.89 -26.84
2010 10 262.66 36.98 51.87
2011 11 286.23 9.97 -27.01
2012 11 566.41 2.48 -7.49
2013 12 280.89 6.18 3.7
2014 12 123.11 -1.28 -7.46
Sumber: International Monetary Fund

Kadar pertumbuhan import Malaysia daripada Thailand dari tahun 2004 hingga tahun
2014 menunjukkan arah aliran turun naik.

Pada tahun 2004 hingga tahun 2005, kadar pertumbuhan import daripada Thailand ke
Malaysia ialah 4.43% . Hal ini disebabkan oleh berlaku sedikit peningkatan nilai import
tersebut pada tahun 2005 berbanding tahun 2004.

Pada tahun 2006 pula, kadar pertumbuhan import daripada Thailand ke Malaysia juga
meningkat sebanyak 14.14 % berbanding pada tahun 2005. Oleh itu, kadar pertumbuhan
tersebut ialah 18.57%.

Menjelang tahun 2007, kadar pertumbuhan import Malaysia daripada Thailand


menunjukkan penurunan sebanyak 8.87% daripada tahun 2006 iaitu kepada 9.7%.

9
Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan import ini mengalami peningkatan semula
pada tahun 2008 iaitu kepada 11.95%. Peningkatan tersebut berlaku sebanyak 2.25%
berbanding tahun sebelumnya.

Namun demikian, sekali lagi kadar pertumbuhan import Malaysia daripada Thailand
mengalami penurunan sehingga menjadi -14.89% pada tahun 2009. Keadaan ini
membuktikan berlaku penurunan sebanyak 26.84% berbanding tahun 2008. Hal ini
menunjukkan bahawa nilai import pada tahun 2009 adalah lebih kurang berbanding tahun
2008.

Pada tahun 2010. kadar pertumbuhan import daripada Thailand menunjukkan


peningkatan yang paling tinggi iaitu kepada 36.98%. Maklumat tersebut membuktikan
berlaku peningkatan sebanyak 51.87% terhadap kadar pertumbuhan import ini berbanding
tahun sebelumnya.

Kadar pertumbuhan import Malaysia daripada Thailand mengalami penurunan pada


tahun 2011 dan tahun 2012. Pada tahun 2011, kadar pertumbuhan import Malaysia menurun
sebanyak 21.07% manakala pada tahun 2012 pula sebanyak 7.49%. Oleh itu, kadar
pertumbuhan import pada tahun 2011 dan tahun 2012 ialah masing-masing 9.97% dan
2.48%.

Pada tahun 2013, berlaku peningkatan terhadap kadar pertumbuhan import Malaysia
daripada Thailand sebanyak 3.7% iaitu kepada 6.18%. Pada tahun 2014 pula, kadar
pertumbuhan import ini menurun kepada 1.28% iaitu penurunan sebanyak 7.46%.

Kesimpulannya, penerangan tersebut dapat dipersembahan dalam gambar rajah yang


berikut.

10
40 36.98 60
51.87 50
30
40
18.57 30
20
14.14 11.95 20
9.7 9.97
10 6.18 10
4.43 2.25 3.7
2.48
-7.49 -7.46 0
0 -8.87
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 -10
-1.28 -20
-10
-26.84 -27.01 -30
-14.89
-20 -40

KadarPertumbuhan Import (%)


Perbezaan Kadar Pertumbuhan Import (%)

Graf 2: Kadar Pertumbuhan Import Malaysia Daripada Thailand Dari 2004 Hingga
Tahun 2014

11
6.0 Cadangan

Terdapat beberapa langkah yang sesuai untuk mengurangkan import seperti:

6.1 Pengenaan Tarif

Tarif didefinisikan sebagai cukai yang dikenakan ke atas barang import. Oleh itu,
harga barang import menjadi lebih mahal ekoran kesan daripada pengenaan tarif.
Keadaan sedemikian mendorong penurunan import dan jumlah nilai import. Permintaan
terhadap barangan tempatan pula meningkat secara tidak langsung.
6.2 Pengenaan Kuota Import

Langkah ini bertujuan untuk mengehadkan kuantiti barang import. Hal ini
menyebabkan import dan jumlah nilai import berkurang. Oleh itu, permintaan terhadap
barangan tempatan meningkat. Secara tidak langsung, guna tenaga meningkat kerana
berlakunya perkembangan industri penggantian import.
6.3 Mengawal pertukaran mata wang asing

Langkah ini dapat direalisasikan melalui bank pusat dengan mempengaruhi tingkat
perbelanjaan terhadap import. Bank pusat akan mengehadkan penjualan mata wang
negara berkenaan kepada pengimport bagi mengurangkan import dari sesebuah negara
kerana keupayaan pengimport untuk mengimport berkurangan. Sebaliknya, kerajaan
boleh menjual mata wang asing pada kadar yang lebih tinggi daripada kadar pertukaran
rasmi yang boleh ditetapkan. Oleh itu, harga barang import meningkat kerana import
berkurangan.

12
7.0 Rumusan Kajian

Kesimpulannya, sepanjang tempoh dari tahun 2004 hingga 2014, import Malaysia ke
Thailand menunjukkan arah aliran turun naik. Hal ini dikatakan demikian kerana, dari
tahun 2004 hingga tahun 2008 nilai import tersebut sentiasa meningkat tetapi menurun
pada tahun 2009 ekoran kesan daripada penurunan permintaan yang drastik dan
meningkat kembali pada tahun berikutnya sehingga tahun 2014. Kadar pertumbuhan
import Thailand ke Malaysia juga menunjukkan arah aliran turun naik. Buktinya, kadar
pertumbuhan import tersebut kekal positif dari tahun 2005 hingga tahun 2008 dan dari
tahun 2010 hingga tahun 2013 tetapi negatif pada tahun 2009 dan tahun 2014. Kadar
pertumbuhan import tersebut meningkat paling ketara berlaku antara tahun 2009 dengan
tahun 2010. Oleh sebab itu, pelbagai cadangan yang dicadangkan untuk mengurangkan
import agar nilai import tidak berterusan meningkat. Contoh cadangan yang dimaksudkan
ialah pengenaan tarif, pengenaan kuota import, dan mengawal pertukaran mata wang
asing.

13
Rujukan

Suhiliah Mohd Salleh, 2013, Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3 Edisi
Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sabariah Ali, 2014. Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Penggal 2 Edisi Ketiga. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

International Monetary Fund (2017). IMF Data Acess To Macroeconomic & Financial Data.
Direction of Trade Statistic. Dicapai pada Julai 12, 2018 dari

http://data.imf.org/?sk=9D6028D4-F14A-464C-A2F2-
59B2CD424B85&sld=1409151240976

Najib Razak.Com (2018). Manisfesto Perkembangan Ekonomi Dan Kewangan. Laporan-


laporan Suku Tahunan Ekonomi Malaysia. Dicapai pada Julai 13, 2018 dari
http://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2009/Q1/bm_p3.pdf

14

You might also like