Pecutan 2 Pngurusan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pecutan 2 (Jumaat 06 April 2018)

Tajuk : Pengurusan

Soalan STPM 2014

Bahagian A
Soalan 1

(j) En. Ruslam ialah seorang pemimpin yang telah mengambil alih syarikat cherry
bhd. Semasa syarikat tersebut hampir muflis dan menukarkan syarikat tersebut
kepada entiti baru dengan membentuk visi yang berfokus kpd kecemerlangan. Beliau
tlh berjaya mendorong semua pekerja yang tlh patah semangat untuk berusaha ke
arah pencapaian visi tersebut. Pda masa yg sama, beliau mengurangkan bilangan staf
secara drastik utk memastikan visi syarikat tercapai.

Takrifkan Transformational leadar dan huraikan dua jenis kepimpinan yg diamalkan


oleh encik Ruslam [5m]

Bahagian B

Rujuk Petikan “ Kebersamaan mencapai kemajuan organisasi”

Berdasarkan kes,

(i) Jelaskan dua jenis kepimpinan yang tlh ditonjolkan oleh datuk Ameer Ali Mydin
dalam menerajui syarikat Mydin Holdings Berhad, [20m]

(ii)Jelaskan gaya kepimpinan demokratik yg diamalkan oleh syarikat Mydin Holdings


Berhad [10m]

1
SKEMA JAWAPAN
PECUTAN 2
PENGURUSAN (isnin 9 April 2018)

Soalan 1

(j) Transformational leader ialah pemimpin yg mampu memberi inspirasi dan


dorongan kpd pengikut utk melakukan perubahan ke arah kebaikan utk kejayaan
syarikat [1m]

Dua jenis kepimpinan yg diamalkan oleg en. Ruslam ialah:


(i) Kepimpinan transactional [0.5m]. Jenis kepimpinan ini menekankan pemberian
arahan pemimpin kpd pekerja utk mencapai sesuatau matlamat seorg pemimpin
[0.5m].kepimpinan ini memberikan ganjaran bagi pencapaian baik dan memberi
denda jika pencapaian tidak memuaskan[0.5m]. En. Ruslam mengurangkan bilangan
staf utk memastikan misi syarikat berjaya, maka kepimpinan tansactional tlh
diamalkan oleh beliau.[0.5m] (F =0.5 H =1 Cth = 0.5)

(ii) Kepimpinan karismatik [0.5m]. Pemimpin ini ialah seorang pemimpin yg


mempunyai kebolehan dalam mempengaruhi dan mendorong pekerja utk mncpai
sesuatu matlamat organisasi [1m]. En. Ruslam mendorong semua pekerja yg patah
semangat utk berusaha ke arah pencapaian visi yg berfokus kpd kecemerlangan,
maka beliau dikatakan mengamalkan kepimpinanan karismatik [0.5m]
(F =0.5 H =1 Cth = 0.5)

Bahagian B
Soalan 2 (a)
(i) Dua jenis kepimpinan yg tlh ditonjolkan oleh datuk Ameer Ali Mydin dalam
menerajui syarikat Mydin Holdings berhad ialah

a. Kepimpinan transformational [1m]


Iaitu pemimpin memberi inspirasi kpd pengikutnya dgn melakukan perubahan
besar serta membentuk visi dan mengerakkan pekerja utk mencapainya [1m]
Kaitan dengan kes ialah
- prokatif mentransformasi perniagaan beliau dgn membuka cawangan baharu di
kuala terengganu [2m]
- kedai mereka hanyalah sebuah bangunan kayu yg dikenali sbgi syarikat Mydin
Mohamed [2m]
-diteruskan lagi dengan cawangan di jalan masjid india [2m]
-Perniagaan mesti menyokong masyarakat dan dasar2 kerajaan yg berkepentingan
rakyat. (kedai rakyat 1Malaysia) [2m]

2
b. Kepimpinan berwawasan [1m]
Iaitu kebolehan pemimpin menyatakan satu wawasan yg realistik, munasabah dan
menarik bagi organisasi [1m]
Kaitan dgn kes ialah
- menjadi pengedar unggul bertaraf dunia bgi perkhidmatan dan barangan halal
serta mnjadi peruncit dan pemborong unggul yg mampu menyediakan nilai
terbaik bagi lini produk pelbagai. [2m]
- diberikan kepercayaan oleh kerajaan Malaysia utk melaksanakan Program
Transformasi kedai runcit Malaysia (Tukar) [2m]
- menjalankan Kedai Rakyat 1Malaysia [2m]
- Pada tahun 2012, syarikat Mydin Holding Berhad akhirnya berjaya menjadi model
perniagaan peruncitan dan pemborongan unggul di Malaysia [2m]

(ii) gaya kepimpinan demoraktik yg diamalkan oleh Syarikat Mydin Holdings Berhad
Ialah.
Gaya Kepimpinan demokratik ialah mlibatkan proses membuat kptsn oleh
subordinat. Pengurus akan berbincang dgn subordinat utk menylasaikan sesuatu
masalah yg sedang dihadapi. [2m]
Kaitan dengan kes ialah
-Pandangan dan cadangan semua kakitgn tanpa mengira peringkat diberi perhatian
dan dibincangkan utk dijadikan sebagai strategi syarikat. [2m]
- Mengiktiraf semua kakitangan sebagai aset yg berharga. [2m]
- Kerjasama erat antara semua kakitgn dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha utk
mencapai matlamat yg tlh ditetapkan bersama. [2m]
- pihak pengurusan dan kakitangan sma2 merangka hala tuju dan matlamat yg ingin
di capai [2m]

You might also like