Perlembagaan Persekutuan - Sejarah Penggubalannya - Ba2424a

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

FACULTY OF BUSINESSiMANAGEMENT BACHELOR OF BUSINESS

ADMINISTRATION (HONS.) FINANCE


(BA242)

COURSE CODE
VALUES AND CIVILATION II
CTU554

GROUP ASSIGNMENT
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SEJARAH PENGGUBALANNYA

DATE SUBMISSION

JUNE 2022
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1.0 PENGENALAN

“Perlembagaan” merupakan undang-undang tubuh atau asas sesebuah kerajaan yang


pentinguntuk melicinkan pemerintahan atau pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan
pertamakali diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada Hari
Merdeka, iaitu 31 Ogos 1957. Berikutnya, diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan
Malaysia pada16 September 1963. Perlembagaan merupakan satu koleksi atau dokumen yang
menggariskan institusi-institusi kerajaan, hak-hak rakyat serta had dan tanggungjawab kepada
mereka. Secara amnya, bagi sesebuah negara, perlembagaan melambangkan nilai-nilai
kebangsaan yang diutamakan dalam negara. Dengan ini, negara yang mengutamakan nilai
kerohanian dan keagamaan akan memuatkan perkara berkenaan agama di dalam
perlembagaan. Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu, Perlembagaan Bertulis dan
Perlembagaan Bukan Bertulis. Perlembagaan Bertulis merupakan perlembagaan yang telah
diluluskan oleh badan yang bertanggungjawab dalam satu dokumen.

Setiap perlembagaan bertulis memperuntukkan kaedah pindaannya. Sungguhpun sesuatu


perlembagaan merupakan undang-undang asas, namun ia tetap boleh dipinda dari masa ke
semasa. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan 4 kaedah pindaan.
Perlembagaan Bukan Bertulis pula merupakan gabungan tradisi, undang-undang biasa badan
legislatif, keputusan-keputusan mahkamah serta amalan-amalan yang dianggap teras oleh
rakyat. Perlembagaan Bukan Bertulis boleh dipinda dengan undi majoriti mudah bagi Badan
Legislatif negara berkenaan. (Abdul Monir Yaakub 1998). Secara umumnya perlembagaan
telah banyak menimbulkan konflik dalam fahaman setiap pegangan masyarakat kerana
mereka tidak mempunyai keyakinan yang kuat terhadap konsep yang terdapat dalam
perlembagaan.

Manusia mengalami masalah dalam mencari dan membentuk satu perlembagaan yang
dapat memberi keadilan kepada semua dan tidak meragukan mana-mana pihak sekalipun.
Setiap tingkah laku masyarakat dibentuk berdasarkan perlembagaan. Menurut (International
IDEA, 2017), perlembagaan ialah majoriti konstitusi kontemporari menggambarkan prinsip
asas kerajaan, struktur dan proses kerajaan dan hak asasi warganegara dalam undang-undang
yang lebih tinggi yang tidak boleh diubah secara unilateral oleh biasa perbuatan perundangan.
Undang-undang yang lebih tinggi ini biasanya dirujuk sebagai perlembagaan. Kandungan dan
sifat perlembagaan tertentu, serta bagaimana ia berkaitan dengannya seluruhperintah undang-
undang dan politik, berbeza-beza antara negara-negara, dan tidak ada definisi sejagat dan tak

1|Page
terbantahkan suatu perlembagaan. Oleh itu, setiap negara mempunyai perbezaan
perlembagaan selaras dengan masyarakat di sesebuah negara.

Perlembagaan di Malaysia juga dijadikan sebagai satu panduan untuk menentukan hakdan
kebebasan awam mengikut batas-batas yang ditetapkan. Pemerintahan
berdasarkanperlembagaan dapat membataskan kuasa pemerintahan supaya tidak bersikap
autokratikserta dapat memelihara hak-hak rakyat. Oleh itu, Perlembagaan Malaysia telah
menetapkanbahawa sistem pemerintahan kita ialah membentuk demokrasi. Rakyat juga
mempunyai hak-hak tertentu. Antaranya ialah kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun,
kebebasanberpersatuan dan kebebasan untuk memiliki harta benda. Ini bermakna
perlembagaanberfungsi untuk dijadikan satu garisan antara hak, kuasa, tanggungjawab dan
tatacara dansistem pemerintahan dengan rakyat. Tegasnya, sistem pentadbiran kita akan
dijamin cekap, jujur, iklas, telus dan adil sekiranya perlembagaan ini tidak dilanggar.

2|Page
2.0 KESATUAN TANAH MELAYU (MALAYAN UNION 1946)

Kesatuan Tanah Melayu ataupun dikenali sebagai Malayan Union 1946. Rancangan

Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak termasuk Singapura,

akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh

seorang Gabenor British, maka terbentuklah kesatuan tanah melayu 1946. Penggabungan

ini menyelaraskan pentadbiran pada masa lalu dengan satu peraturan dan undang-undang.

Penggabungan ini berlangsung pada 1 April 1946, ketika sultan menandatangani satu

perjanjian dengan Sir Harold Macmicheal, yang mewakili British di Tanah Melayu. Perjanjian

ini ditandatangani yang mewakili British di Tanah Melayu pada hujung 1945.  Sultan

kehilangan kuasa terhadap tanah jajahan dan negeri sultan sendiri adalah implikasi kepada

perjanjian ini. Triti Macmihael merupakan nama bagi peristiwa tersebut.

Setelah penyerahan kuasa daripada sultantelah selesai, beberapa peruntukkan akan

dibuat oleh pihak British untuk mentadbir Tanah Melayu. Peruntukan tersebut juga telah

disuarakan pada Majlis Mensyuarat Kesatuan Tanah Melayu 1946. Arahan diraja pada 27

Mac 1946 dikenali sebagai kolekstit yang menjadi perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu

serta dikuatkuasakan pada 1 April 1946. Namun begitu, pada permulaan pelaksanaan

perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu, ia mendapat banyak tentangan daripada golongan

orang melayu.. Meskipun penentangan orang-orang Melayu begitu hebat, kerajaan British

enggan menarik balik pelakasanaan rancangan Malayan Union. Hal ini terjadi kerana,

Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu tidak jelas menampakkan hak-hak orang-orang

melayu dan kaum lain dan tentangan ini juga berlaku kerana pelaksanaan perlembagaan

yang tidak menyeluruh. Hal ini menyebabkan rasa ketidakpuasan dikalangan orang melayu

dan membawa kepada pembatalan perlembagaan kesatuan Tanah Melayu pada 1 Febuari

1946. Kegagalan ini telah menyebabkan pihak British menubuhkan majlis mesyuarat

Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.

3|Page
Hasilnya telah membawa kepada wujudnya persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Penubuhan ini juga telah membawa kepada penubuhan Perlembagaan yang baru. Baginda

Ratu England akan melantik seorang gabenor British untuk mengetuai Malayan Union dan

bertindak menjadi ketua kerajaan, kuasa eksekutif dan kuasa perundangan menjadi di

bawah kuasanya. Gabenor berperanan dalam menjalankan tugas Eksekutif. Majlis Exsekutif

yang bertanggungjawab dalam menasihati Gabenor yang terdiri daripada Peguam Negara,

Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan tujuh orang ahli yang akan dilantik oleh

Gabenor. Manakala dalam menjalankan aktiviti perundangan pula Gabenor akan dinasihati

oleh Majlis Perundangan yang terdiri daripada Gabenor sebagai Yang Di Pertua, ex-officio,

ahli rasmi dan tidak ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Gabenor atas arahan raja Britain.

Perkara ini adalah tidak berbeza daripada masa kini iaitu pentadbiran negara diberi kepada

tiga badan iaitu badan kehakiman, badan eksekutif, dan perundangan.

Perlembagaan baru ini mempunyai tiga jenis peruntukan Perlembagaan, iaitu

peruntukan-peruntukan yang kekal yang berjalan kuasaannya, peruntukan-peruntukan kekal

yang tidak pernah berjalan kuat kuasanya dan akhir sekali peruntukan sementara yang

berjalan kuatkuasanya. Persamaan pada sistem perlembagaan sekarang wujudnya Badan

Kehakiman, Badan Eksekutif dan Badan Pentadbiran yang mempunyai peranan dalam

membangunkannegara dan mengekalkan keamanan negara Malaysia. Peruntukan-

peruntukan kekal yangberjalan penguatkuasanya. Peruntukan ini adalah sebuah kesatuan

yang terdiri daripada Negeri-Negeri Melayu dan Negeri Selat. Sebagai contoh Melaka dan

Pulau Pinang ditubuhkan untuk ditadbir dan diperintah oleh seorang gabenor yang dilantik

oleh British. Pada masa ini negeri-negeri Melayu yang mempunyai Sultan akan ditadbir oleh

sultan. Namun begitu, bagi negeri yang tidak mempunyai Sultan seperti Sabah Dan

Sarawak akan ditadbir oleh Raja Persekutuan

4|Page
Kwujudan istilah kuasa pada zaman dulu iaitu Prereyatil yang dikenali sekarang

sebagai hari pengampunan oleh Sultan. Kuasa Prereyatif bertujuan untuk memberi

keampunan diseluruh kawasan pentadbiran bergantung kepada budi bicara gabenor yang

memerintah. Taraf kewarganegaraan pula, ketika Malayan Union semua orang yang lahir

tidak kira daripada Singapura, Malaysia ataupun bermastautin di mana-mana tempat akan

layak untuk menerima taraf kewarganegaraan Malayan Union. Namun begitu, bagi

permastautin tetap, hendaklah menetap 10 tahun keatas baru layak mendapatkan taraf

kewarganegaraan Malayan Union. Juga, pemilikan kewarganegaraan apabila Tanah Melayu

merdeka iaitu seseorang yang menduduki Tanah Melayu selepas kemerdekaan akan

mendapat teraf kewarganegaraan dan boleh diperolehi dengan melalui penguatkuasaan

undang-undang, pendaftaran bagi isteri dan anak. Untuk penduduk negeri Sabah dan

Sarawak kewarganegaraannya adalah melalui pendaftaran iaitu penduduk yang

bermastautin di Sabah dan Sarawak pada hari Malaysia iaitu pada tahun 1963.

5|Page
3.0 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Pada 1 Februari tahun 1948, secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu telah
dibentuk setelah perjanjiannya berjaya ditermeteraikan pada 21 Januari pada tahun yang sama
dimana hasil rundingan antara pihak British dengan Raja-raja Melayu serta UMNO.
Pembentukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini dilihat akibat berpunca daripada
kegagalan perlembagaan terdahulu iaitu Malayan Union yang gagal membawa kepada
kesepaduan rakyat di Tanah Melayu. Pelbagai desakan serta bantahan daripada orang Melayu
sendiri telah berjaya menggantikan perlembagaan terdahulu dengan perlembagaan
Perseketuan Tanah Melayu. Ini kerana dikatakan perlembagaan Malayan Union atau
Kesatuan Tanah Melayu digubalkan semata-mata hanya dikhususkan kepada golongan
imigran dan langsung tidak memihak kepada tuan punya tanah iaitu golongan pribumi.
Matlamat dan prinsip Malayan Union dilihat juga telah mencabar status quo orang Melayu di
mana sebelum ini Sultan sebagai yang tertinggi akan tetapi sebaik sahaja Malayan Union
digubal, kedudukan Sultan hanya selaku raja kehormat sahaja malah penguasaannya terhadap
politik dan ekonomi diambil alih sepenuhnya oleh Gabenor British.

Isu kerakyatan yang berprinsip Jus Soli yang diperuntukkan dalam Malayan Union
juga menyebabkan ketuanan Melayu tercabar malah merasakan bahawa orang Melayu perlu
bersaing di “tanah” sendiri sedangkan “tanah” itu milik mereka. Kedua-dua permasalahan
major inilah yang telah membangkitkan orang-orang Melayu untuk bertindak memulaukan
dan menggantikan Malayan Union dengan satu perlembagaan yang lebih baik dan lebih
bersifat menyeluruh kepada pribumi. Maka boleh dikatakan bahawa punca utama kenapa
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini digubalkan adalah disebabkan kegagalan
Malayan Union. Tindakan British pula demi mengelakkan tentangan orang Melayu semakin
kuat maka British telah mengambil langkah untuk bersetuju membentuk satu lagi
perlembagaan yang baharu iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Tindakan British untuk
bersetuju dengan orang-orang Melayu sebenarnya British sedar bahawa tanpa sokongan padu
orang-orang Melayu maka rancangan mereka untuk membentuk satu sistem pemerintahan di
Tanah Melayu akan menghadapi kegagalan.

Rancangan British untuk membentuk perlembagaan yang baharu ini juga salah satu
daripada strategi British untuk mengelakkan Parti Komunis Malaya (PKM) terus berkembang
di Tanah Melayu dan seterusnya mempengaruhi orang Melayu. Setelah berjaya mendapat
kata putus daripada kerajaan British dan UMNO maka dilaksanakanlah perlembagaan yang

6|Page
baharu iaitu Persekutuan Tanah Melayu, British telah bertindak menggubah segala
peruntukan yang dianggap tidak memihak kepada orang Melayu kepada sebaliknya
termasuklah dua permasalahan yang major iaitu isu kewarganegaraan dan status quo orang
Melayu. Berdasarkan perlembagaan sebelumnya, Sultan yang hanya berperanan selaku raja
kehormat telah dikembalikan kedudukannya sebagai ketua negeri. Secara tidak langsung,
sistem raja berperlembagaan diwujudkan. Ini bagi membuktikan British telah mengiktirafkan
ketuanan orang Melayu.

Beralih pula kepada isu kerakyatan, dalam Malayan Union kerakyatan seseorang
individu tersebut adalah ditentukan dengan sistem Jus Soli, ianya telah menimbulkan
ketidakpuashatian orang-orang Melayu kerana warga imigran begitu mudah untuk
mendapatkan status kerakyatan dan menikmati keistimewaan sebagaimana yang dinikmati
oleh pribumi. Namun apabila adanya perlembagaan yang baharu ini, syarat-syarat kerakyatan
yang berdasarkan Jus Soli ini diperketatkan. Ini bagi bersetuju dengan apa yang dituntutkan
oleh orang Melayu serta British juga telah memperakui akan kepentingan dasar perlindungan
orang Melayu. Suara dan hak persetujuaan daripada Majlis Raja-Raja juga dipertimbangkan
oleh British dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Bidang kuasa negeri
misalnya,kuasa penggubalan undang-undang di Tanah Melayu diberikan dan ianya terhad
dan tertakluk kepada persetujuan Majlis Raja-Raja. Jika dibandingkan dengan perlembagaan
sebelumnya, sultan langsung tidak berkuasa dalam politik apatah lagi raja-raja Melayu.

7|Page
4.0 PELEMBAGAAN KEMERDEKAAN 1957

8|Page
5.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1963

9|Page
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, undang-undang bertulis iaitu Perlembagaan Malaysia telah memberikan


pelbagai kepentingan kepada rakyat dan pemerintah dari segi kebajikan, ekonomi, sosial dan
politik di negara kita. Warganegara Malaysia hendaklah berbangga, memahami serta
menguasai tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku di negara kita kerana kehidupan aman
dan harmoni yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada sejarah terdahulu.
Selain itu, kita juga hendaklah mengambil iktibar daripadanya sama ada untuk diperbaiki
ataupun untuk dielakkan supaya peristiwa yang buruk tidak akan berlaku kembali yang dapat
menjejaskan reputasi dan keamanan negara. Kita sebagai masyarakat berbilang
kaum hendaklah bekerjasama untuk saling bertoleransi antara satu sama lain
supaya dapat melancarkan proses kehidupan serta pemerintahan, bak kata peribahasa,
"bersatu kita tegur, bercerai kita roboh"

10 | P a g e
7.0 RUJUKAN

Perlembagaan Persekutuan.pdf. (n.d.). Studylib.net. Retrieved May 24, 2022, from

https://studylib.net/doc/25514686/perlembagaan-persekutuan.pdf

‌Persekutuan Tanah Melayu Ditubuhkan - PeKhabar. (2018). Retrieved 11 June 2022, from

https://pekhabar.com/h-i-d-s-persekutuan-tanah-melayu-ditubuhkan/

Wikipedia, ensiklopedia bebas (Januari 29 2022). Retrieved 11 June, 2022 from

https://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union

11 | P a g e

You might also like