Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

030909-01-1172

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


Isi Kandungan I
Penghargaan II
Abstrak III
1.0 Latar Belakang Kajian 1-2
2.0 Pernyataan Masalah 3
3.0 Objektif Kajian 4
4.0 Kaedah Kajian 5-7
4.1 Kaedah Memperoleh Data
4.2 Kaedah Analisis Data
5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan 8 -15
5.1 Mengenal Pasti Arah Aliran Indeks Harga Pengguna
dan Kadar Inflasi Malaysia tahun 2009 hingga 2019

5.2 Mengkaji Hubungkait antara Perubahan Indeks Harga


16 - 20
Kumpulan Kesihatan dengan Kadar Inflasi Malaysia
tahun 2009 hingga 2019

6.0 Cadangan 21 - 22
7.0 Penutup 23
Rujukan 24 - 25
Lampiran

I
030909-01-1172

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas kepada Pengetua Sekolah Tinggi


Muar, Encik Mohamad Hatta bin Istamar yang memberi keizinan kepada pengkaji
untuk menjalankan kajian tentang tajuk kesan indeks harga kumpulan kesihatan
terhadap kadar inflasi di Malaysia tahun 2009 hingga 2019

Selain itu, pengkaji ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru
Ekonomi pengkaji, Puan Ruwaidah binti Othman atas kesudian beliau
mengkorbankan masa untuk memberikan tunjuk ajar, kefahaman yang jelas dan
bimbingan dalam menyempurnakan projek kerja kursus ini. Segala tujuk ajar dan
teguran beliau amat dihargai oleh pengkaji.

Tidak lupakan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas memberi
sokongan dan memberi sumbangan dari segi kewangan dalam proses melaksanakan
kerja kursus ini. Pengkaji juga ingin mengucap ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang memberi sokongan dan juga idea-idea yang mencukupi. Sokongan mereka
amat dihargai dan dikenang hingga ke akhir hayat. Sekian, terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan projek kerja kursus ini.

II
030909-01-1172

KESAN INDEKS HARGA KUMPULAN KESIHATAN TERHADAP KADAR


INFLASI DI MALAYSIA TAHUN 2009 HINGGA 2019

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan indeks harga kumpulan
kesihatan terhadap kadar inflasi di Malaysia tahun 2009 hingga 2019. Tumpuan kajian
adalah untuk mengenal pasti arah aliran indeks harga pengguna dan kadar inflasi
Malaysia tahun 2009 hingga 2019 dan mengkaji hubungkait antara kadar perubahan
indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi Malaysia tahun 2009 hingga
2019. Kaedah memperoleh data dan kaedah analisis data seperti sumber data dan
kepustakaan telah pengkaji gunakan untuk mendapat maklumat dan data. Dapatan
kajian menunjukkan arah aliran indeks harga pengguna dan kadar inflasi Malaysia
tahun 2009 hingga 2019 dan hubungkait antara kadar perubahan indeks harga
kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi Malaysia tahun 2009 hingga 2019. Secara
kesimpulannya, semua lapisan masyarakat harus menitikberatkan kadar inflasi
Malaysia supaya negara tidak mengalami inflasi yang melampau dan membawa kesan
negatif.

III
030909-01-1172

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Sabariah Ali (2019), inflasi merupakan kenaikan tingkat harga umum
barang dan perkhidmatan secara berterusan dan tidak terbatas. Inflasi yang tinggi
menyebabkan harga eksport meningkatkan dan mengurangkan jumlah eksport lalu
mengurangkan aliran wang masuk akhirnya menyebabkan Ringgit Malaysia (RM)
mengalami susut nilai. Apabila inflasi berlaku, barangan yang dapat dibeli oleh setiap
ringgit akan berkurangan berbanding sebelum berlakunya inflasi. Seterusnya, inflasi
juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang iaitu satu kehilangan nilai
sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.

Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif
dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang
dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada
masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi
boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan
barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif
termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal
yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi, dan menggalakkan
pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.

Peningkatan tingkat umum harga membayangkan penurunan dalam kuasa beli


mata wang. Kesan inflasi tidak diagihkan secara sama rata dalam ekonomi, dan
akibatnya terdapat kesan negatif untuk sesetengah orang dan kesan positif kepada
sesetengan orang lain akibat daripada penurunan dalam kuasa beli wang. Sebagai
contoh, dengan inflasi, orang yang memiliki aset fizikal, seperti hartanah, saham dan
lain-lain, mendapat manfaat daripada peningkatan nilai pegangan mereka, apabila
orang lain berusaha untuk memperoleh atau membeli aset itu daripada mereka.
Keupayaan mereka untuk berbuat demikian akan bergantung pada sejauh mana
pendapatan mereka adalah tetap. Sebagai contoh, peningkatan dalam upah kepada
pekerja dan pesara sering ketinggalan daripada kadar inflasi, dan bagi sesetengah
orang pendapatan adalah tetap. Individu atau institusi yang mempunyai aset tunai
akan mengalami penurunan dalam kuasa beli tunai. Peningkatan dalam tingkat harga
menghakis nilai sebenar wang dan item yang lain-lain yang mempunyai nilai
monetari.

1
030909-01-1172

Didapati ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan
peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks indeks harga umum yang dikenali sebagai
Indeks Harga Pengguna dari semasa ke semasa. Indeks Harga Pengguna (IHP)
merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi.
IHP mengukur harga purata barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh
isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. Di samping itu, IHP diukur dengan
membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan
purata harga barang pada tahun semasa.

Selain itu, pengkaji mendapati bahawa 12 kumpulan barangan dan


perkhidmatan di Malaysia yang diambil kira dalam pengiraan IHP seperti Makanan
dan Minuman Bukan Alkohol, Minuman Alkohol dan Tembakau, Pakaian dan Kasut,
Kesihatan, Pengangkutan, Pendidikan dan lain-lain. Pengkaji memilih kumpulan
kesihatan untuk menjalankan kajian tentang inflasi Malaysia dari tahun 2009 hingga
2019. Sumbangan indeks harga kumpulan kesihatan adalah sebanyak 1.9% daripada
keseluruhannya. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, kesihatan didefinisikan dengan
perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan. Selain itu, kesihatan ialah satu bentuk
homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan
keluar (input and output) berada dalam keseimbangan untuk membolehkan
pertumbuhan. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup
dengan prospek positif. Didapati subkumpulan bagi kumpulan kesihatan iaitu
kesihatan awam, keselamatan dan kualiti makanan, perubatan, perkhidmatan farmasi
dan kesihatan pergigian. Pengkaji memilih tajuk ini kerana kenaikan caj rawatan dan
ubat-ubatan di klinik swasta yang semakin hari semakin mahal telah menyebabkan
ramai mula berkira-kira untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, dengan
perkembangan teknologi perubatan yang memberi kualiti penjagaan kesihatan yang
lebih baik, wujud juga lebih permintaan untuk pekerja yang berkelayakan untuk
pengedalian dan penyelenggaraan peralatan. Maka, turut menambah kos perubatan
secara keseluruhan.

Kajian ini ingin mengenalpasti arah aliran indeks harga pengguna dan kadar
inflasi Malaysia tahun 2009 hingga 2019 dan melihat sama ada kenaikan harga
kumpulan kesihatan memberi kesan kepada indeks harga pengguna seterusnya kadar
inflasi di Malaysia.

2
030909-01-1172

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pengkaji ingin membincangkan arah aliran indeks harga pengguna dan kadar
inflasi bagi kumpulan kesihatan di Malaysia pada tahun 2009 hingga tahun 2019.
Kajian akan membincangkan tentang sebab-sebab berlakunya inflasi kumpulan
kesihatan. Kajian ini amat penting untuk memahami dan membantu pembuat dasar
memperbaik keadaan inflasi yang berlaku di Malaysia.

Selanjutnya, pengkaji juga ingin membuat perbandingan antara kadar inflasi


kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi dari tahun 2009 hingga tahun 2019 di
Malaysia. Justeru, pengkaji juga ingin melihat kesan kenaikan harga barang bidang
kesihatan ini yang memberi kesan kepada kadar inflasi Malaysia. Oleh itu,
perbandingan akan dibuat oleh pengkaji antara kadar inflasi kumpulan kesihatan
dengan kadar inflasi Malaysia. Ini penting untuk melihat hubungkait kedua-dua kadar
inflasi tersebut dan kesan kadar inflasi kumpulan kesihatan ke atas kadar inflasi
Malaysia.

Inflasi perubatan di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi dalam kalangan


negara Asia selepas India di 14% dan Indonesia di 13.1%. Peningkatan penyakit tidak
berjangkit yang berpunca daripada gaya hidup tidak sihat, stres dan diet tidak
seimbang bermakna lebih ramai orang memerlukan rawatan perubatan. Seterusnya,
Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, ramai yang
mengeluh terutamanya golongan berpendapatan rendah kerana terpaksa membayar
kos yang agak tinggi untuk mendapatkan rawatan.

Tambahan pula, lebih ramai rakyat Malaysia yang hidup hingga usia yang
lebih tua kini telah menaikkan permintaan ubat-ubatan dan servis jangka panjang.
Dilibatkan 7,000 orang doktor perubatan am yang sedia ada di Malaysia dalam
pengendalian kes-kes kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan asma. Kerajaan
terpaksa menambahakan peruntukan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini
kerana wujudnya penekanan gaji ke paras yang rendah di Malaysia. Orang ramai
sedang berkorban dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dengan
menerima gaji yang jauh di bawah nilai pengeluaran pekerja kita.

3
030909-01-1172

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif merupakan sesuatu yang khusus yang ingin dicapai. Objektif ialah
sasaran sebenar penyelidikan yang boleh dicerap. Objektif sebagai komitmen yang
tinggi demi kajian dapat dijalankan dengan efektif dan lancar. Kajian ini berfokus
kepada dua objektif utama iaitu:

2.1 Mengenal pasti arah aliran indeks harga pengguna dan kadar inflasi Malaysia
tahun 2009 hingga 2019.

2.2 Mengkaji hubungkait antara perhubungan indeks harga kumpulan kesihatan


dengan kadar inflasi Malaysia tahun 2009 hingga 2019.

4
030909-01-1172

4.0 KAEDAH KAJIAN

Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985:19), kaedah kajian ialah soal bagaimana
tiap-tiap suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Selain itu, keadah kajian
merujuk kepada kaedah yang dilihat paling sesuai untuk digunakan dalam
melaksanakan sesuatu penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi
menjawab permasalahan kajian. Bahagian kaedah kajian ini dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu kaedah memperoleh data dan kaedah menganalisis data. Menurut
Nuzulla Agustina (2009), data adalah keterangan mengenai sesuatu hal yang terjadi
dan berbentuk dalam himpunan fakta, angka, grafik, jadual, gambar, kata, huruf-huruf
yang mengambarkan sesuatu pemikiran, objek, serta keadaan dan situasi. Data yang
diperolehi mesti boleh dipercayai, benar dan tepat pada masa. Tuntasnya, antara
perkara penting yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah cara pengkaji
mendapatkan maklumat dan data kajian tentang kadar inflasi Malaysia.

4.1. Kaedah Memperoleh Data

4.1.1 Sumber Data

Pengkaji telah mendapatkan sumber data sekunder daripada laman sesawang.


Laman sesawang berfungsi sebagai pintu masuk ke internet, dengan menyediakan
kandungan berguna dan capaian ke pelbagai laman web atau tapak dan ciri-cirinya
dalam internet. Lawan sesawang juga ditakrifkan sebagai dokumen elektronik pada
paparan skrin komputer biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan
sebaagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, inidividu dan lain-lain
yang dapat dicapai melalui internet. Pengkaji telah merujuk kepada data-data daripada
Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) daripada Data Siri Masa, Jabatan
Perangkaan (DDSM) dari tahun 2009 hingga tahun 2019 bagi mendapatkan data-data
indeks harga pengguna. Bahan ini dimuatkan daripada laman sesawang
https:www.bnm.gov.my. pada 14 September 2022.

5
030909-01-1172

4.1.2 Kepustakaan

Menurut Roth (1986), kajian kepustakaan iaitu rujukan adalah usaha yang
dilakukan oleh pengkaji untuk menghimpun segala informasi ataupun maklumat yang
bersesuaian dan relevan dengan masalah atau topik yang akan atau sedang diteliti.
Pengkaji telah merujuk buku rujukan dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk
mendapatkan data dan maklumat yang lebih terpelinci dan ringkas supaya
menjalankan kerja kursus Ekonomi dengan lancar. Bahan-bahan bertulis yang dirujuk
oleh pengkaji seperti Oxford Fajar, Ace Ahead Teks STPM dan Ekonomi Malaysia
Semester 2 yang ditulis daripada Sabariah Ali pada tahun 2019 adalah untuk
mendapatkan maksud kata kunci berkaitan inflasi.

4.2 Kaedah Menganalisis Data

4.2.1 Data Kadar Inflasi yang diperolehi

Kajian ini akan menggunakan beberapa kaedah analisis data untuk mendapat
kadar perubahan indeks harga pengguna atau kadar inflasi bagi kumpulan kesihatan di
Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019. Pengkaji telah mendapat indeks harga
pengguna dari tahun 2008 hingga 2019 untuk mengira kadar inflasi dari tahun 2009
hingga tahun 2019 dengan rumus berikut iaitu

IHPt −IHPt−1
Kadar inflasi= × 100 %
IHPt−1

Di mana

IHPt = Indeks Harga Pengguna Tahun Semasa

IHPt-1 = Indeks Harga Pengguna Tahun Asas

Contoh pengiraan kadar inflasi Malaysia pada tahun 2009

98.3−97.7
Kadar inflasi 2009= ×100 %
97.7

= 0.61%
6
030909-01-1172

Contoh pengiraan kadar inflasi bagi kumpulan kesihatan di Malaysia pada tahun 2009

98.4−96.3
Kadar inflasi 2009= ×100 %
98.4

= 2.2%

Data yang telah diproses akan disusun dalam jadual untuk melihat arah aliran
indeks harga pengguna dan kadar inflasi bagi kumpulan kesihatan di Malaysia dari
tahun 2009 hingga tahun 2019. Di samping itu, pengkaji telah menggunakan graf
garis untuk mempersembahkan data daripada jadual agar lebih mudah untuk
digunakan dalam kajian dan laporan hasil kajian.

7
030909-01-1172

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Mengenal Pasti Arah Aliran Indeks Harga Pengguna Dan Kadar Inflasi
Malaysia Tahun 2009 Hingga 2019.

Tahun Indeks Harga Pengguna Kadar Inflasi (%)


2008 97.7 -

2009 98.3 0.61


2010 100.0 1.73

2011 103.2 3.20


2012 104.9 1.65
2013 107.1 2.10

2014 110.5 3.17


2015 112.8 2.08

2016 115.2 2.13


2017 119.5 3.73
2018 120.7 1.00

2019 121.5 0.66


Jadual 5.1: Indeks Harga Pengguna Dan Kadar Inflasi Malaysia Tahun 2009 Hingga
2019

8
030909-01-1172

Kadar Inflasi Malaysia


4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

Kadar inflasi Malaysia

Graf 5.1: Graf Garis Indeks Harga Pengguna dan Kadar Inflasi Malaysia Tahun 2009
hingga 2019.

Berdasarkan kepada jadual 5.1 dan rajah 5.1 yang menunjukkan indeks harga
pengguna dan kadar inflasi Malaysia dari tahun 2009 hingga 2019.

Pada tahun 2009, indeks harga pengguna adalah 98.3 iaitu meningkat
sebanyak 0.6 dan menyebabkan kadar inflasi meningkat sebanyak 0.61%. Keadaan ini
berlaku apabila tekanan inflasi di Malaysia menjadi lebih sederhana, sejajar dengan
perkembangan global dan dalam negeri. Hal ini disebabkan oleh ekonomi dunia
mengalami kesan buruk krisis kewangan global pada separuh tahun pertama 2009.
Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1.7% pada tahun 2009, iaitu tahun ekonomi
global mengalami kemerosotan terburuk dalam sejarah moden. Ekonomi negara
merasai kesan kemelesetan ekonomi global sepenuhnya pada suku pertama apabila ia
merosot sebanyak 6.2%. Kemerosotan ini adalah penguncupan asas tahunan yang
pertama bagi KDNK benar sejak suku ketiga 2001. Kejatuhan yang teruk dalam
permintaan global dan perdagangan dunia menyebabkan eksport dan pengeluaran
perindustrian di Malaysia merosot pada kadar dua angka. Berikutan tahap
keterbukaan ekonomi yang tinggi, kemerosotan permintaan luar negeri telah
menjejaskan guna tenaga, pendapatan serta sentimen keseluruhan sektor perniagaan
dan pengguna lantas mengakibatkan aktiviti penggunaan dan pelaburan swasta pada
suku pertama 2009 merosot. Pertumbuhan pada suku tersebut juga terjejas oleh
pengeluaran inventori yang besar, terutamanya dalam sektor perkilangan dan

9
030909-01-1172

komoditi. Namun, keadaan mula pulih di kebanyakan ekonomi pada separuh kedua
tahun tersebut. Pemulihan ini adalah hasil tindak balas dasar yang pantas dan
bersepadu yang dilaksanakan di seluruh dunia untuk mengelakkan ekonomi dunia
daripada terus terjerumus ke dalam kancah kemelesetan ekonomi yang lebih buruk.

Pada tahun 2010, indeks harga pengguna adalah 100.0 iaitu meningkat
sebanyak 1.7 dan menyebabkan kadar inflasi meningkat sebanyak 1.73%. Keadaan
inflasi yang sederhana ini disebabkan oleh ekonomi Malaysia mengalami
penyambungan semula pertumbuhan yang kukuh. Pertumbuhan didorong terutamanya
oleh domestik yang teguh permintaan dan pengembangan kukuh dalam aktiviti sektor
swasta. Sementara itu, sektor awam diteruskan untuk menyokong ekonomi dalam
negeri melalui pelaksanaan program untuk selanjutnya mempertingkatkan
infrastruktur negara dan sistem penyampaian sektor awam. Permintaan luar pulih
dengan kuat pada separuh pertama tahun ini, sebahagian kesan asas yang rendah
disokong oleh permintaan serantau yang kukuh. Walau bagaimanapun, ia
kemudiannya disederhanakan pada separuh tahun kedua dan seiring dengan
kelembapan dalam perdagangan global dan kesan asas yang semakin berkurangan.

Indeks harga pengguna adalah 103.2 iaitu meningkat sebanyak 3.2 pada tahun
2011. Hal ini menyebabkan kadar inflasi meningkat sebanyak 3.20%. Ekonomi global
berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada tahun 2011 selepas pemulihan
yang kukuh pada tahun 2010. Keadaan ini disebabkan oleh kelemahan struktur dan
isu fiskal yang berterusan dalam ekonomi maju, perkembangan geopolitik di rantau
Timur Tengah dan Afrika Utara serta impak bencana alam yang mengakibatkan
gangguan terhadap pengeluaran perkilangan global. Perkembangan ini telah tersebar
luas dalam pasaran kewangan antarabangsa dan menyumbang kepada ketidaktentuan
yang ketara sepanjang tahun itu. Di samping itu, faktor penawaran luaran dan dalam
negeri merupakan penyebab utama inflasi pada tahun 2011. Di luar negeri, trend
kenaikan inflasi amat ketara dalam ekonomi sedang pesat membangun, didorong oleh
harga komoditi dunia yang lebih tinggi dan permintaan dalam negeri yang lebih
kukuh, khususnya pada separuh tahun pertama. Harga bijirin global, terutamanya
gandum, jagung dan beras, meningkat ekoran keadaan cuaca yang buruk dan
simpanan stok yang rendah di negara pengeluar utama. Suhu panas yang melampau di
Russia dan Amerika Syarikat telah menyebabkan penurunan bekalan gandum dan
jagung, lantas menaikkan harga bijirin tersebut, sementara banjir di Thailand dan
10
030909-01-1172

Vietnam telah menyebabkan harga beras dunia meningkat. Ini telah menyebabkan
penurunan dalam simpanan stok jagung dan beras. Harga beras dunia telah pun
meningkat ekoran langkah baharu yang diumumkan oleh Kerajaan Thailand untuk
membeli beras terus daripada petani pada kadar 50% di atas harga pasaran.

Indeks harga pengguna adalah 104.9 iaitu meningkat sebanyak 1.7 dan
menyebabkan kadar inflasi menurun sebanyak 1.65% pada tahun 2012. Keadaan
inflasi yang sederhana dalam persekitaran yang lebih mencabar berbanding dengan
tahun 2011. Keadaan ekonomi yang lemah dalam ekonomi maju seperti AS dan
kawasan euro menjejaskan perdagangan antarabangsa yang seterusnya memberikan
kesan limpahan yang ketara terhadap aktiviti dalam negeri ekonomi sedang pesat
membangun. Inflasi yang menjadi sederhana pada tahun 2012 didorong terutamanya
oleh faktor penawaran. Pertama, tekanan harga luaran adalah lebih sederhana pada
tahun itu disebabkan oleh kenaikan harga tenaga global yang lebih perlahan dan harga
makanan global yang lebih rendah. Meskipun harga minyak mentah global
dipengaruhi oleh turun naik yang berlaku ekoran ketegangan geopolitik di Timur
Tengah dan wilayah Afrika Utara, namun harga purata minyak bagi keseluruhan
tahun itu kekal stabil dan mencatat sedikit kenaikan sahaja berbanding dengan tahun
sebelumnya. Kenaikan yang sederhana dalam harga minyak mentah global ini
mencerminkan bekalan minyak yang berlebihan disebabkan oleh pengeluaran yang
lebih tinggi dan permintaan global yang lebih rendah. Harga makanan global adalah
lebih rendah pada tahun itu berbanding dengan tahun sebelumnya, walaupun terdapat
kenaikan dalam harga komoditi makanan terpilih, seperti jagung dan gandum, pada
separuh kedua tahun itu. Keadaan ini sebahagiannya disebabkan oleh simpanan stok
yang tinggi bagi kebanyakan komoditi makanan, terutamanya pada separuh tahun
pertama, berikutan permintaan global yang lemah.

Pada tahun 2013, indeks harga pengguna adalah 107.1 iaitu meningkat
sebanyak 2.2 dan menyebabkan kadar inflasi meningkat sebanyak 2.10%. Keadaan
inflasi sederhana dalam keadaan pertumbuhan yang tidak sekata merentas ekonomi.
Dalam ekonomi maju, pertumbuhan bertambah baik secara beransur-ansur. Walau
bagaimanapun, kadar pemulihan adalah agak sederhana dengan ketidakpastian dasar
dan kekangan struktur yang terus menjejaskan permintaan secara keseluruhan. Dari
segi penentu, inflasi pada tahun 2013 didorong terutamanya oleh faktor kos dan
penawaran dalam negeri. Harga kos makanan ternakan ayam itik yang lebih tinggi
11
030909-01-1172

pada awal tahun itu serta gangguan bekalan makanan dalam negeri berikutan keadaan
cuaca yang buruk, seperti banjir di pantai timur Semenanjung Malaysia, merupakan
faktor utama yang menyebabkan peningkatan inflasi makanan. Menjelang akhir tahun
2013, pelarasan menaik terhadap harga beberapa barangan yang ditadbir turut
menyumbang kepada inflasi yang lebih tinggi dalam kategori pengangkutan; makanan
dan minuman bukan alkohol; serta minuman alkohol dan tembakau.

Pada tahun 2014, indeks harga pengguna adalah 110.5 iaitu meningkat
sebanyak 3.4 dan menyebabkan kadar inflasi meningkat sebanyak 3.17%. Keadaan
inflasi yang sederhana disebabkan oleh pertumbuhan tidak sekata merentas dan dalam
kawasan. Hal ini menyebabkan ekonomi global berkembang pada tahap sederhana
laju pada tahun 2014. Dari segi komponen, kenaikan inflasi utama pada tahun 2014
adalah disebabkan terutamanya oleh inflasi yang lebih tinggi dalam pengangkutan;
minuman beralkohol dan tembakau; dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api
lain kategori, yang bersama-sama menyumbang 90% daripada peningkatan
keseluruhan dalam inflasi. Hal ini mencerminkan pelarasan menaik dalam tarif
elektrik dan peningkatan menyeluruh dalam sewa merentas pelbagai jenis harta
kediaman. Dari segi penentu, inflasi pada tahun tersebut didorong terutamanya oleh
faktor kos domestik yang timbul daripada pelarasan menaik dalam harga beberapa
barangan yang ditadbir harga sejak lewat 2013. Pelarasan harga ini membawa kepada
beberapa kesan limpahan ke atas harga barangan dan perkhidmatan lain, terutamanya
dalam restoran dan hotel serta kategori pakaian dan kasut. Walau bagaimanapun,
tahap limpahan terkawal kerana pelarasan harga berlaku pada masa tekanan harga
global yang lemah dan tekanan permintaan domestik yang sederhana.

Pada tahun 2015, indeks harga pengguna adalah 112.8 iaitu meningkat
sebanyak 2.3 dan menyebabkan kadar inflasi menurun sebanyak 2.08%. Keadaan
inflasi tahun 2015 menjadi sederhana dalam keadaan ketidaktentuan pasaran
kewangan antarabangsa yang meningkat. Meskipun inflasi keseluruhan adalah lebih
rendah pada tahun 2015, kenaikan harga pada tahun itu adalah lebih meluas. Bahagian
daripada barangan dalam bakul Indeks Harga Pengguna dengan inflasi melebihi 4%
meningkat kepada 32% pada suku kedua susulan pelaksanaan GST (11% pada suku
pertama). Bahagian ini terus meningkat kepada 41% pada separuh kedua tahun 2015
apabila beberapa firma yang pada mulanya menyerap GST mula mengenakan GST
kepada pengguna. Keadaan ini menjadi lebih ketara berikutan penyusutan nilai ringgit
12
030909-01-1172

yang berterusan dan kenaikan harga barangan makanan segar. Barangan dengan
inflasi melebihi 4% kebanyakannya ialah barangan makanan, minuman alkohol, dan
produk penjagaan diri dan kesihatan. Walau bagaimanapun, memandangkan barangan
ini mencakupi kurang daripada 50% wajaran bagi bakul IHP, inflasi yang lebih tinggi
ini telah diimbangi oleh inflasi yang lebih rendah dalam barangan lain, seperti bahan
api, utiliti, dan pakaian dan kasut. Dengan perkembangan dalam inflasi keseluruhan
ini, kadar inflasi yang dialami oleh isi rumah merentas pelbagai kumpulan pendapatan
dan lokasi akan berbeza memandangkan setiap isi rumah mempunyai bakul
penggunaan yang berbeza

Indeks harga pengguna adalah 115.2 iaitu meningkat sebanyak 2.4 pada tahun
2016. Hal ini akan menyebabkan kadar inflasi meningkat sebanyak 2.13%. Ekonomi
maju berkembang dengan lebih sederhana disebabkan sebahagiannya oleh aktiviti
pelaburan yang perlahan ekoran sentimen perniagaan yang lembap serta
ketidakpastian politik dan dasar yang lebih ketara. Inflasi pada tahun 2016 didorong
terutamanya oleh faktor kos dalam negeri yang berpunca daripada pelarasan menaik
terhadap harga beberapa barangan dan perkhidmatan harga ditadbir yang
dilaksanakan sejak suku keempat tahun 2015. Tarif elektrik dan harga minyak masak
dinaikkan masing-masing pada bulan Januari dan November 2016. Di samping itu,
keadaan cuaca kering yang disebabkan oleh fenomena El Niño telah menjejaskan
pengeluaran makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan pada awal
tahun itu. Dari segi faktor luar negeri, Ringgit yang lebih lemah telah menyebabkan
inflasi diimport yang lebih tinggi pada tahun itu. Tidak termasuk bahan api, harga
bagi komponen IHP yang diimport meningkat sebanyak 3.5%. Kenaikan ini didorong
oleh harga barangan makanan siap diimport yang lebih tinggi kerana kesan inflasi
daripada kadar pertukaran ringgit yang lebih lemah telah diburukkan lagi oleh harga
makanan global yang lebih tinggi.

Pada tahun 2017, indeks harga pengguna adalah 119.5 iaitu meningkat
sebanyak 4.3 dan menyebabkan kadar inflasi meningkat sebanyak 3.73%. Keadaan
inflasi yang sederhana disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi melonjak secara
menyeluruh merentas ekonomi maju dan ekonomi yang sedang pesat membangun.
Inflasi keseluruhan meningkat kepada 3.7% pada tahun 2017. Inflasi masih
mengalami volatiliti dan didorong terutamanya oleh harga bahan api dalam negeri
yang lebih tinggi. Harga komoditi global yang meningkat dan gangguan bekalan
13
030909-01-1172

makanan dalam negeri juga menyumbang kepada inflasi yang lebih tinggi. Walau
bagaimanapun, tekanan inflasi ini dikurangkan oleh kadar pertukaran ringgit yang
lebih kukuh sejak bulan April 2017, yang membantu mengawal peningkatan dalam
kos pengeluaran bagi barangan dalam negeri. Inflasi teras juga lebih tinggi pada tahun
2017, dengan kadar purata 2.3%. Tekanan inflasi yang didorong oleh permintaan
sebahagian besarnya kekal stabil, memandangkan pengurangan dalam stok modal
tidak berterusan dan ketiadaan tekanan gaji yang ketara.

Pada tahun 2018, indeks harga pengguna adalah 120.7 iaitu meningkat
sebanyak 1.2 dan menyebabkan kadar inflasi menurun sebanyak 1.00%. Inflasi
menjadi sederhana kerana ekonomi global menghadapi pelbagai rintangan termasuk
konflik perdagangan yang semakin meningkat, harga komoditi yang kembali tidak
menentu, dan beberapa episod turun naik dalam pasaran kewangan global. Namun,
momentum pertumbuhan ekonomi global tahun tersebut akan menjadi lebih kukuh
berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada awal tahun 2018, penurunan dalam inflasi
keseluruhan dipengaruhi terutamanya oleh faktor-faktor global. Dengan kadar
pertukaran ringgit yang lebih kukuh pada waktu itu dan kenaikan harga minyak dunia
yang secara relatif kecil, harga bahan api dalam negeri menunjukkan trend menurun.
Pada 15 Mac 2018, harga petrol RON97, petrol RON95 dan diesel lebih rendah,
masing-masing pada RM2.45, RM2.18 dan RM2.16 seliter. Susulan itu, inflasi
pengangkutan menurun dengan ketara daripada 11.5% pada bulan Disember 2017
kepada 5.7% pada bulan Januari 2018, dan seterusnya menjadi negatif pada bulan
Februari dan Mac 2018. Dengan perkembangan yang berlaku pada tahun 2018, harga
runcit bahan api dalam negeri yang stabil membantu mengurangkan tekanan kos di
tengah-tengah kenaikan harga minyak dunia dan kadar pertukaran ringgit yang lebih
lemah. Ini diikuti oleh pelaksanaan GST pada kadar sifar berkuat kuasa pada 1 Jun
2018 yang menyebabkan penurunan harga barang dan perkhidmatan yang sebelum ini
tertakluk pada GST.

Pada tahun 2019, indeks harga pengguna adalah 121.5 iaitu meningkat
sebanyak 0.8 dan menyebabkan kadar inflasi menurun sebanyak 0.66%. Keadaan ini
berpunca daripada permintaan global yang lemah, gangguan rantaian bekalan dan
langkah-langkah untuk membendung virus COVID-19 di dalam dan di luar negara.
Risiko negatif berpunca daripada penyebaran COVID-19 yang lebih berpanjangan
dan lebih luas di seluruh dunia dan dalam negeri, gangguan bekalan komoditi yang
14
030909-01-1172

berulang dan keadaan kewangan yang lebih ketat berikutan volatiliti yang ketara
dalam pasaran kewangan. Pakej rangsangan Kerajaan akan membantu mengurangkan
kesan negatif ke atas ekonomi. Selain itu, Malaysia mencatat kadar inflasi paling
rendah sepanjang tahun 2019 dan membuktikan pemansuhan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) telah berjaya mengawal kenaikan harga. Menteri Kewangan Lim
Guan Eng, berkata berbanding pelaksanaan GST sebelum ini kadar inflasi telah naik
hampir 5 peratus. Inflasi kekal rendah dan stabil pada 1.0 peratus pada bulan
Disember 2019. Bagi seluruh tahun 2019, kadar inflasi adalah hanya 0.7 peratus dan
ini merupakan antara bacaan yang terendah di rantau ini. Kadar inflasi yang rendah ini
jelas menunjukkan bahawa pemansuhan GST serta pengenaan harga siling RM2.08
per liter ke atas petrol RON95 telah berjaya mengawal kenaikan harga, berbanding
pelaksanaan GST yang sebelum ini telah mengakibatkan inflasi naik setinggi hampir
peratus.

Pada keseluruhannya, berdasarkan kepada graf garis pada rajah 5.1, kadar
inflasi Malaysia bagi tempoh kajian tahun 2009 hingga 2019 didapati keadaan yang
tidak sekata iaitu mengalami turun naik. Pada tahun 2010 hingga 2011, kadar inflasi
meningkat lebih tinggi berbanding dengan tahun 2009 disebabkan oleh ekonomi
Malaysia mengalami penyambungan semula pertumbuhan yang kukuh pada tahun
2010. Pada tahun 2012, keadaan ekonomi dan kewangan dalam ekonomi global
bertambah baik melangkah masuk ke tahun 2013 telah mengurangkan kadar inflasi.
Seterusnya, pada tahun 2014, pertumbuhan tidak sekata merentas dan dalam kawasan.
Kadar inflasi telah menurun semula sehingga tahun 2015. Pada tahun 2015 hingga
2016, kadar inflasi telah meningkat sederhana disebabkan oleh ketidakpastian dan
keadaan tidak menentu yang dialami oleh ekonomi dan pasaran kewangan global.
Pada tahun 2017, kadar inflasi telah mengalami peningkatan disebabkan oleh
pertumbuhan ekonomi melonjak secara menyeluruh merentas ekonomi maju dan
ekonomi yang sedang pesat membangun. Pada tahun 2018, ekonomi global
melangkah masuk ke tahun 2018 dengan kedudukan yang positif berikutan jangkaan
momentum pertumbuhan yang akan menjadi lebih kukuh berbanding dengan tahun
sebelumnya sehingga membawa kepada kadar inflasi sederhana hingga tahun 2019.

15
030909-01-1172

5.2 Mengkaji Hubungkait Antara Perhubungan Indeks Harga Kumpulan


Kessihatan Dengan Kadar Inflasi Malaysia Tahun 2009 Hingga 2019.

Tahun Indeks Harga Kadar Perubahan Indeks Harga Kadar Inflasi


Kesihatan Kumpulan Kesihatan Malaysia (%)

2008 96.3 2.2 5.39


2009 98.4 2.2 0.61
2010 100.0 1.6 1.73
2011 102.7 2.7 3.20
2012 104.8 2.0 1.65
2013 106.8 1.9 2.10
2014 109.9 2.9 3.17
2015 114.8 4.5 2.08
2016 117.9 2.7 2.13
2017 120.9 2.5 3.73
2018 121.9 0.8 1.00
2019 122.7 0.7 0.66
Jadual 5.2: Kadar Perubahan Indeks Harga Kumpulan Kesihatan Dengan Kadar
Inflasi Malaysia Tahun 2009 Hingga 2019

16
030909-01-1172

Kadar Perubahan Indeks Harga Kumpulan Kesihatan/Kadar Inflasi


Malaysia
5
4.5
4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

Kadar Inflasi Malaysia


Kadar Perubahan Indeks Harga Kumpulan Kesihatan

Rajah 5.2: Graf Garis Kadar Perubahan Indeks Harga Kumpulan Kesihatan dengan
Kadar Inflasi Malaysia Tahun 2009 hingga 2019.

Berdasarkan kepada jadual 5.2 dan rajah 5.2 menunjukkan kadar perubahan
indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi Malaysia tahun 2009 hingga
2019.

Kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan adalah 0% iaitu kekal


2.2% pada tahun 2008 dan tahun 2009. Kadar inflasi Malaysia menurun dari 5.39%
pada tahun 2009 kepada 0.61% pada tahun 2010. Hal ini menunjukkan penurunan
sebanyak 4.78%. Hubungan antara kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan
adalah tidak selaras dengan kadar inflasi Malaysia. Hal ini menunjukkan kadar
perubahan indeks harga kumpulan kesihatan tidak mempengaruhi kadar inflasi
Malaysia.

Kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan menurun sebanyak 0.6%


iaitu dari 2.2% pada tahun 2009 ke 1.6% pada tahun 2010. Manakala kadar inflasi
Malaysia meningkat dari 0.61% pada tahun 2009 kepada 1.73% pada tahun 2010. Hal
ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.12%. Hubungan antara kadar perubahan
indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi Malaysia adalah songsang. Hal
ini dikatakan demikian kerana kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan

17
030909-01-1172

adalah menurun manakala kadar inflasi Malaysia adalah meningkat. Hal ini
menunjukkan kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan tidak mempengaruhi
kadar inflasi Malaysia.

Kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan meningkat dari 1.6% pada
tahun 2010 kepada 2.7% pada tahun 2011. Hal ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 1.1%. Kadar inflasi Malaysia meningkat dari 1.73% pada tahun 2010
kepada 3.2% pada tahun 2011. Hal ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.47%.
Hubungan antara kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar
inflasi Malaysia adalah positif. Hal ini menunjukkan kadar perubahan indeks harga
kumpulan kesihatan mempengaruhi kadar inflasi Malaysia.

Kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan menurun sebanyak 0.7%


iaitu dari 2.7% pada tahun 2011 kepada 2% pada tahun 2012. Kadar inflasi Malaysia
menurun dari 3.2% pada tahun 2011 kepada 1.65% pada tahun 2012. Ini
menunjukkan peningkatan sebanyak 1.55%. Hubungan antara kadar perubahan indeks
harga kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi Malaysia adalah positif. Hal ini
menunjukkan kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan mempengaruhi
kadar inflasi Malaysia.

Kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan adalah tiada perubahan.


Hal ini dikatakan demikian kerana kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan
pada tahun 2013 adalah kekal sama dengan tahun 2012. Kadar inflasi Malaysia
meningkat dari 1.65% pada tahun 2012 kepada 2.10% pada tahun 2013. Ini
menunjukkan peningkatan sebanyak 0.45%. Hubungan antara kadar perubahan indeks
harga kumpulan kesihatan adalah tidak selaras dengan kadar inflasi Malaysia. Hal ini
menunjukkan kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan tidak mempengaruhi
kadar inflasi Malaysia.

Kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan meningkat dari 1.9% pada
tahun 2013 kepada 2.9% pada tahun 2014. Hal ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 1%. Kadar inflasi Malaysia meningkat sebanyak 1.07% iaitu dari 2.10%
pada tahun 2013 kepada 3.17% pada tahun 2014. Hubungan antara kadar perubahan
indeks harga kumpulan kesihatan adalah positif. Ini menunjukkan kadar perubahan
indeks harga kumpulan kesihatan mempengaruhi kadar inflasi Malaysia.

18
030909-01-1172

Kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan meningkat dari 2.9% pada
tahun 2014 kepada 4.5% pada tahun 2015 iaitu peningkatan sebanyak 1.6%.
Manakala kadar inflasi Malaysia menurun dari 3.17% pada tahun 2014 kepada 2.08%
pada tahun 2015. Ini menunjukkan kadar inflasi Malaysia menurun sebanyak 1.09%.
Hubungan antara kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar
inflasi Malaysia adalah songsang. Ini menunjukkan kadar perubahan indeks harga
kumpulan kesihatan tidak mempengaruhi kadar inflasi Malaysia.

Kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan menurun dari 4.5% pada
tahun 2015 kepada 2.7% pada tahun 2016 iaitu penurunan sebanyak 1.8%. Manakala
kadar inflasi Malaysia meningkat dari 2.08% pada tahun 2015 kepada 2.13% pada
tahun 2016. Ini menunjukkan kadar inflasi Malaysia meningkat sebanyak 0.05%.
Hubungan antara kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar
inflasi Malaysia adalah songsang. Ini menunjukkan kadar perubahan indeks harga
kumpulan kesihatan tidak mempengaruhi kadar inflasi Malaysia.

Kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan menurun dari 2.7% pada
tahun 2016 kepada 2.5% pada tahun 2017 iaitu penurunan sebanyak 0.2%. Manakala
kadar inflasi Malaysia meningkat dari 2.13% pada tahun 2016 kepada 3.73% pada
tahun 2017. Ini menunjukkan kadar inflasi Malaysia meningkat sebanyak 1.6%.
Hubungan antara kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar
inflasi Malaysia adalah songsang. Ini menunjukkan kadar perubahan indeks harga
kumpulan kesihatan tidak mempengaruhi kadar inflasi Malaysia.

Kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan menurun dari 2.5% pada
tahun 2017 kepada 0.8% pada tahun 2018 iaitu penurunan sebanyak 1.7%. Kadar
inflasi Malaysia menurun dari 3.73% pada tahun 2017 kepada 1.0% pada tahun 2018.
Ini menunjukkan kadar inflasi Malaysia menurun sebanyak 2.73%. Hubungan antara
kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi Malaysia
adalah songsang. Ini menunjukkan kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan
tidak mempengaruhi kadar inflasi Malaysia.

Kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan adalah menurun sebanyak


0.1%. Hal ini dikatakan demikian kerana kadar perubahan indeks harga kumpulan
kesihatan pada tahun 2018 menurun dari 0.8% kepada 0.7% pada tahun 2019. Kadar
inflasi Malaysia menurun dari 1.0% pada tahun 2018 kepada 0.66% pada tahun 2019.
19
030909-01-1172

Ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.34%. Hubungan antara kadar perubahan


indeks harga kumpulan kesihatan adalah positif. Ini menunjukkan kadar perubahan
indeks harga kumpulan kesihatan mempengaruhi kadar inflasi Malaysia.

Kesimpulannya, didapati bahawa dalam tempoh yang dikaji kadar perubahan


indeks harga kumpulan kesihatan mempunyai hubungan yang positif dengan kadar
inflasi pada empat tahun iaitu 2011, 2012, 2014 dan 2019. Sebaliknya pada tahun
yang lain iaitu 2009, 2010, 2013, 2015, 2016, 2017 dan 2018, tiada hubungan yang
positif antara kadar perubahan indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi
Malaysia. Ini bermakna dengan sumbangan indeks harga kumpulan kesihatan
sebanyak 1.9% kepada indeks harga pengguna Malaysia. Hubungan antara kadar
perubahan indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi Malaysia adalah
tidak signifikan.

20
030909-01-1172

6.0 CADANGAN DASAR

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa hubungan antara kadar


perubahan indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi Malaysia adalah
tidak signifikan. Walaubagaimanapun, factor-faktor yang menaikkan indeks harga
kumpulan kesihatan masih perlu dibendung untuk menggelakkan kesannya kepada
inflasi kumpulan kesihatan seterusnya inflasi di Malaysia. Beberapa cadangan dan
implikasi dasar ingin dikemukakan oleh pengkaji. Antaranya adalah:

(i) Kementerian Kesihatan (KKM) perlu dikawal penghijrahan doktor ke


sektor swasta dengan cara mengadakan moratorium terhadap pembukaan hospital
swasta baharu. Hospital swasta yang sedia ada boleh dibenarkan untuk terus
beroperasi tetapi tidak membenarkan pembinaan hospital swasta baharu pada masa
ini.

(ii) Kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Khusus untuk


kakitangan kesihatan supaya sistem penggajian dapat diperbaiki. Sistem sabatikal juga
diperkenalkan selama tiga bulan bagi setiap empat tahun perkhidmatan untuk doktor
pakar kerajaan. Dasar ini dicadangkan untuk mengatasi 4 isu utama iaitu kebanyakan
fasiliti kesihatan kerajaan mengalami bajet yang sangat tidak mencukupi, bilangan
staf dan perjawatan profesional iaitu doktor, ahli farmasi dan jururawat yang tidak
bertambah selari dengan pertambahan beban kerja dan pembukaan fasiliti baharu dan
bayaran gaji doktor kontrak yang tidak adil.

(iii) Kerajaan menambah peruntukan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pada 2021, peruntukan bagi kementerian berkenaan adalah sebanyak RM32 bilion.
Jumlah ini harus ditambah lagi sebanyak RM6 bilion setiap tahun untuk tempoh lima
tahun yang akan datang. Dari RM32 bilion akan meningkat kepada RM38 bilion,
seterusnya RM44 bilion, RM50 bilion, RM56 bilion dan RM62 bilion supaya dapat
membiayai program-program yang telah disyorkan.

(iv) Kementerian Kesihatan menyelaras harga ubat di Malaysia menerusi Akta


Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Kata menterinya Datuk Seri Dr Zulkefly
Ahmad, mekanisme kawalan yang dicadangkan adalah harga jualan siling kepada
21
030909-01-1172

pengguna di semua saluran pendispenan dilihat paling sesuai untuk dilaksanakan dan
selari dengan amalan antarabangsa. Beliau berharap akta tersebut membolehkan
penetapan siling ubat dibuat sekali gus menyelaraskan harga ubat di semua tempat.
Tidak biasanya harga ubat di klinik atau hospital swasta memang ada kecenderungan
dikenakan caj ubat yang mahal. Dengan adanya akta ini, Kementerian Kesihatan dan
KPDNHEP dapat memastikan kawalan harga berdasarkan praktis terbaik. Di samping
itu, Dr Zulkefly berkata kerajaan sentiasa menggalakkan usaha untuk menggunakan
ubat generik tempatan. Perolehan ubatan KKM adalah dilaksanakan secara tender
terbuka dan pelantikan syarikat konsesi berpandukan kepada undang-undang dan
peraturan perolehan kerajaan. Menurutnya, peratusan perolehan ubat generik
berbanding ubat innovator (pengeluar asli) adalah sebanyak 53.6 peratus dengan nilai
perolehan RM1,311.8 juta pada tahun 2017. Sebanyak 50.3 peratus adalah merupakan
ubat generik buatan tempatan daripada peratusan tersebut.

(v) Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) dengan


hampir 700 orang ahli yang pakar dan berpengalaman dalam mengemudi perancangan
dan pelaksanaan sistem kesihatan negara di pelbagai peringkat, menggesa kerajaan
mengambil tindakan drastik dan berani mewujudkan pertambahan jawatan bagi
Pegawai Perubatan (MO), Pegawai Farmasi (PF), Penolong Pegawai Perubatan (PPP),
Jururawat Terlatih (JT) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).
Kerajaan masih memerlukan pegawai-pegawai ini untuk program-program promosi
dan preventif. Sekarang ini pegawai-pegawai yang ada lebih menjurus kepada
rawatan kuratif dan bukan preventif, kerana itu kejadian penyakit NCD dan
komplikasi sentiasa meningkat membebankan kerajaan.

(vi) Pengkaji mencadang untuk mewujudkan Sistem Kesihatan Hibrid


(gabungan dan swasta) dalam masa terdekat terutama di kawasan ramai penduduk,
kurang fasiliti kerajaan dan akses yang jauh. Dengan ini dapat menambah bilangan
fasiliti untuk menampung bilangan tenaga profesional yang lebih banyak dan
perkhidmatan yang penuh dan lebih baik.

22
030909-01-1172

7.0 RUMUSAN KAJIAN

Kajian bertajuk kesan indeks harga kumpulan kesihatan terhadap kadar inflasi
di Malaysia tahun 2009 hingga 2019 dijalankan untuk mengenal pasti arah aliran
indeks harga pengguna dan kadar inflasi Malaysia tahun 2009 hingga 2019.
Seterusnya, kajian juga bertujuan untuk mengkaji hubungkait antara perhubungan
indeks harga kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi Malaysia tahun 2009 hingga
2019.

Berdasarkan hasil kajian, pengkaji telah berjaya mencapai objektif pertama


iaitu arah aliran indeks harga pengguna dan kadar inflasi Malaysia pada tahun 2009
adalah meningkat dari 98.3 kepada 121.5 pada tahun 2019 iaitu peningkatan sebanyak
23.2. Kadar inflasi Malaysia pula meningkat dari 0.61% pada tahun 2009 ke 0.66%
pada tahun 2019. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.05%. Hal ini dikatakan
demikian kerana penyebaran COVID-19 yang lebih berpanjangan dan lebih luas di
seluruh dunia dan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pengkaji telah mengkaji hubungkait antara kadar perubahan indeks harga


kumpulan kesihatan dengan kadar inflasi Malaysia tahun 2009 hingga 2019. Pengkaji
mendapati bahawa indeks harga kumpulan kesihatan menurun dari 2.2% pada tahun
2009 ke 0.7% pada tahun 2019. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 1.5%. Kadar
inflasi Malaysia adalah meningkat dari 0.61% pada tahun 2009 kepada 0.66% pada
tahun 2019 iaitu peningkatan sebanyak 0.05%.

Akhir sekali, pengkaji berharap agar kadar inflasi di Malaysia dapat dikawal
melalui usaha kerajaan tersebut di atas seterusnya meningkatkan ekonomi negara
Malaysia.

23
030909-01-1172

8.0 RUJUKAN

Ahmad Muslihuddin (2022). Ekonomi 101: Apa Itu Inflasi? Dicapai pada September
7, 2022, dari https://fokus.my/ekonomi-101-apa-itu-inflasi/

Bank Negara Malaysia (2009). Laporan Tahunan BNM. Dicapai pada September 14,
2022, dari https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report

Bank Negara Malaysia (2010). Laporan Tahunan BNM. Dicapai pada September 14,
2022, dari https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report

Bank Negara Malaysia (2011). Laporan Tahunan BNM. Dicapai pada September 14,
2022, dari https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report

Bank Negara Malaysia (2012). Laporan Tahunan BNM. Dicapai pada September 14,
2022, dari https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report

Bank Negara Malaysia (2013). Laporan Tahunan BNM. Dicapai pada September 14,
2022, dari https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report

Bank Negara Malaysia (2014). Laporan Tahunan BNM. Dicapai pada September 14,
2022, dari https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report

Bank Negara Malaysia (2015). Laporan Tahunan BNM. Dicapai pada September 14,
2022, dari https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report

Bank Negara Malaysia (2016). Laporan Tahunan BNM. Dicapai pada September 14,
2022, dari https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report

Bank Negara Malaysia (2017). Laporan Tahunan BNM. Dicapai pada September 14,
2022, dari https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report

Bank Negara Malaysia (2018). Laporan Tahunan BNM. Dicapai pada September 14,
2022, dari https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report

24
030909-01-1172

Bank Negara Malaysia (2019). Laporan Tahunan BNM. Dicapai pada September 14,
2022, dari https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report

Dato’ Dr. Zainal Ariffin Bin Omar. Penambahbaikan Sistem Perkhidmatan Kesihatan
Di Malaysia. Dicapai pada September 22, 2022, dari
https://pppkam.org.my/penambahbaikan-sistem-perkhidmatan-kesihatan-di-
malaysia/

Huda (2022). Peningkatan kos perubatan: Wajarkah Klinik Komuniti ditambah?


Dicapai pada September 22, 2022, dari
https://pendapat.my/isu-semasa/artikel/peningkatan-kos-perubatan-wajarkah-
klinik-komuniti-ditambah/

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malaysia Terkini (2020). Kadar Inflasi Rendah Sepanjang 2019. Dicapai pada
September 14, 2022, dari https://www.malaysiakini.com/news/508067

Sabariah Ali, 2019. Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Semester 2. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tobin, James, American Economic Review, March (1969), "Inflation and


Unemployment”. Dicapai pada September 7, 2022 dari
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Inflasi

25
030909-01-1172

26

You might also like