Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

teks ucapan majlis pelancaran program kem membaca 1

malaysia & one nation reading


Teks ucapan Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia & One Nation
Reading Together Peringkat Sekolah
Tumbuh melata si pucuk paku,
Diambil oleh dara berlima,
Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku,
Kita nyanyikan bersama-sama.

Pohon kerjasama kepada semua hadirin , berdiri,mendengar dan sama-sama


menyanyikan lagu Negaraku.
Terima Kasih, dipersilakan  hadirin dan hadirat duduk.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha,
Yang Dihormati Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan rakan-
rakan yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis
Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia & One Nation Reading Together
peringkat sekolah bagi tahun 2012 pada pagi ini.
Tuan-tuan dan puan-puan serta rakan pelajar sekalian,
Majlis Pelancaran pada pagi ini sebenarnya bertujuan untuk menyemai tabiat suka
membaca dalam kalangan warga SMKDT. Mudah-mudahan majlis pada pagi ini yang
pengisian utamanya “membaca” akan mampu melahirkan warga sekolah yang minat
membaca.
Baiklah , tanpa melengahkan masa lagi saya dengan sukacitanya menjemput
saudari.................................................untuk menyampaikan ucapan wakil pelajar.
Dipersilakan.
Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Dijemput dengan segala hormat , Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK
Dato Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada
pagi ini. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Heng
Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha yang telah sudi merasmikan Majlis
Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia & One Nation Reading Together
Peringkat Sekolah Tahun 2012.

Rakyat Malaysia pelbagai budaya,


Hubungan baik kita eratkan,
Variasi bangsa rencam budaya,
 Short Story Play kami sajikan.

Tuan-tuan dan puan-puan serta rakan pelajar sekalian,


Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan Short Story Play “ The
Boscombe Valley Mystery”  yang akan dipersembahkan oleh pelajar- pelajar tingkatan 1
Anggerik. Dipersilakan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar 1 Anggerik yang telah
membuat persembahan.
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan program “Bicara Buku” . Bagi tujuan itu saya
bagi pihak majlis mempersilakan 
saudari......................................................................................................untuk
memperkenalkan buku-buku baharu yang boleh dijadikan bahan bacaan  di samping
menambahkan  ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah melayu “ banyak membaca luas
pengetahuan”. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada
saudari.......................................................................................

Baiklah, kini kita beralih ke aktiviti “Membaca Bersama , One Nation Reading Together”.
Para guru dan pelajar diminta membaca secara senyap petikan yang telah diedarkan
tadi sebelum segmen “Uji Minda” dibuat . ( PELAJAR BACA SECARA SENYAP )

Baiklah, soalan uji minda akan dikemukakan, pelajar-pelajar diminta memberikan


perhatian.
SOALAN

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya menjawab  soalan. Kepada yang
tidak berjaya jangan berputus asa, teruskan usaha anda.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Tumbuh meliar merata-rata,
Majlis rasmi terlaksana sudah,
Semoga tercapai matlamat dicita.

Bunga dedap diatas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian majlis pada pagi ini. Wabillah hitaufik walhidayah.............

You might also like