Tips Kawal Emosi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

7 Langkah Terbaik Mengawal Emosi Anda Ketika Marah

Sifat marah merupakan fitrah dalam diri setiap manusia. Benar. Manusia mana dalam
dunia ini yang tidak pernah marah seumur hidupnya.

Ketahuilah hati merupakan raja dalam diri. Bayangkan jika amarah yang dikuasai
nafsu dan syaitan itu pula menjadi raja, sudah tentu hati itu akan musnah dan binasa.
Kerana satu-satunya musuh di dalam diri manusia adalah nafsu dan sifat marah itu
merupakan sebahagian darinya.

Ketika marah, lidah boleh mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar manakala anggota
badan mampu bertindak diluar batasan. Dengan sifat marah inilah syaitan berjaya
memutuskan tali silaturrahim antara kita, keluarga dan sahabat handai.

Ingatlah, salah satu sifat orang bertakwa ialah orang yang mampu menahan marahnya.
Seperti mana firman Allah yang bermaksud:

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu dan


syurga seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang
bertaqwa. Orang yang menafkahkan hartanya baik ketika
lapang dan sempit, orang yang menahan marahnya dan orang
yang memaafkan kesalahan orang lain. Allah mengasihi
orang yang berbuat kebajikan. Surah Ali-Imran 3: 133-134

Selalunya orang yang sedang marah sukar untuk menahan emosinya ini kerana akal
dan hati sudah pun diterajui oleh nafsunya.

Lalu, bagaimanakah cara untuk mengawal emosi ketika marah supaya kita masih
boleh bertindak dengan waras dan rasional serta dapat mengendalikan diri daripada
melakukan perkara yang keterlaluan.

Berikut adalah langkah terbaik dalam mengawal emosi ketika marah.

#1 -Bersabar

Ketika marah menguasai diri cubalah untuk bersabar. Sabar itu merupakan sebahagian
daripada iman. Ya! Sememangnya bukan mudah untuk bersabar.

Lebih-lebih lagi dikala marah sedang menguasai diri. Namun, disaat kita ingin marah
cuba fikirkan sejenak betapa sabarnya Allah terhadap kita.

Kita melengahkan solat, tidak membaca Al-Quran dan jarang berzikir mengingati-
Nya sedangkan Allah S.W.T tetap sabar dan masih mengurniakan kepada kita nikmat
rezeki yang tidak pernah putus. Allah yang Maha Agung dengan segala sifat
kesempurnaan lagikan bersabar apatah lagi kita manusia yang hina.

Jika kita sentiasa ingat betapa sabarnya Allah terhadap kita, Insya Allah kita akan jadi
malu untuk cepat melenting,marah dan kecewa terhadap apa jua perlakuan dan
perkataan orang lain terhadap kita.
#2 – Berdiam Diri

Kadang-kadang orang yang sedang marah gagal mengawal emosinya kerana mereka
saling berbalas mulut padahal perkara itu mungkin perkara kecil sahaja.

Namun, apabila dibalas ia bertukar menjadi perbalahan yang serius. Cuba ketika
marah, kita berdiam diri. Cari dimana kesilapan kita bukannya mencari kesilapan
orang lain.

Berdiam diri bukanlah bermakna kita salah atau lemah cuma kita tidak mahu
mengeruhkan lagi keadaan. Sebagimana ajaran Nabi S.A.W yang bermaksud;

“Apabila seseorang daripada kamu marah maka hendaklah


dia diam.” Riwayat Ahmad

#3 – Bertenang Dan Beristigfar

Apabila perasaan marah dirasakan semakin tidak dapat dikawal, maka sebaik-baiknya
kita bawa bertenang. Fikirkan akibat dan kesan buruk yang bakal berlaku jika kita
lepaskan amarah.

Cuba lafaskan zikir dan istigfar berulang-ulang kali dibibir. Insya Allah dengan cara
itu Allah memberikan petunjuk dan menyalurkan kekuatan agar kita mampu berfikir
secara waras dan bertindak dengan betul.

#4 – Mengambil Wudhuk

Rasulullah S.A.W bersabda;

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu


diciptakan daripada api dan hanyasanya api dapat
dipadamkan dengan air. Jika apabila ada diantara kamu
marah maka hendaklah dia berwudhuk.” Riwayat Abu Dawud.

Cuba praktikkan berwudhuk dalam apa jua keadaan. Wudhuk bukan sekadar diambil
ketika hendak solat sahaja. Jadilah seperti mana Bilal Bin Rabah yang sentiasa
mengekalkan wudhuk dalam kehidupan sehariannya.

Nabi S.A.W pernah bertanya kepada bilal “Apakah amalan


yang sering Engkau lakukan sehingga Aku mendengar tapak
kakimu didalam syurga?” lantas Bilal menjawab, “tiada
amalan lain selain setiap kali terbatal hadas, aku
berwudhuk lalu mendirikan solat dua rakaat.” Riwayat
Bukhari Muslim

#5 – Solat Sunat
Biasanya kalau sedang marah, emosi kita sedikit terganggu. Kita mungkin tidak boleh
menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesuatu pekerjaan. Apa kata, mintalah izin
daripada bos atau ketua kita untuk solat sunat sekejap.

Solat sunat walau nampak ringan namun impaknya sangat hebat. Solatlah dan minta
ampun dari Allah atas segala dosa. insyaAllah, Allah akan melembutkan hati dan
menjadikan hati kita lebih kuat dan tenteram.

#6 -Bersangka Baik

Apabila kita marahkan seseorang, cubalah untuk bersangka baik dengannya. Mengapa
perlu bersangka baik? Ingatlah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda;

“Sesungguhnya Allah berfirman: “Aku menurut sangkaan


hamba-Ku kepada-Ku dan Aku bersamanya apabila ia ingat
kepada-Ku.” Riwayat At-Tirmidzi

Sangkaan Allah terhadap kita antara Pencipta dengan hamba-Nya. Apatah lagi kita
manusia sesama manusia.

Ketika marahkan seseorang, jangan sesekali mengingati tentang keburukan atau


kelemahannya malah, ingatlah akan segala kebaikannya sahaja. Bersangka baiklah,
sesungguhnya sangka baik itu menenangkan hati dan menerangkan jiwa.

#7 – Ingat Allah Sedang Menguji

Allah S.W.T mengingatkan dalam hadis Qudsi:

“Wahai anak adam, jika engkau sabar dan mencari


keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Allah
tidak meredhai pahalamu selain syurga.” Riwayat Ibnu Majah
no.1597)

Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Perasaan marah juga merupakan salah
satu daripada ujian Allah terhadap kita. Oleh itu, ketika marah, jangan bertindak
terburu-buru. Katakan pada diri;

“Allah sedang menguji diriku!”

Bukanlah Allah datangkan ujian itu sia-sia bahkan hakikatnya untuk menjadikan kita
lebih kuat. Seperti sabda Rasulullah S.A.W;

“Orang yang kuat itu bukan orang yang menang dalam


pergaduhan tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu
menahan perasaan marahnya.” Riwayat Bukhari Muslim

Antara pesan Rasulullah S.A.W yang paling utama ialah “Jangan marah”. Lalu
mengertilah kita, bahawa menahan atau mengawal emosi ketika marah sangat penting
untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
Diceritakan daripada Anas bin Malik R.A bahawasanya “aku
melayani Rasulullah selama 10 tahun. Demi Allah! Baginda
sama sekali tidak pernah mengatakan kepadaku “Ahh!”
baginda juga tidak pernah mengatakan kenapa tidak berbuat
begitu dan berbuat begini.” Riwayat Muslim

Benarlah suri teladan terbaik itu ada pada baginda Rasulullah S.A.W. Dikatakan
walaupun baginda suka atau tidak kepada sesuatu perkara hanya melalui riak
wajahnya sahaja.

Tiada sebarang perkataan yang buruk dihamburkan daripada mulut baginda.


Rasulullah diherdik, dicaci maki oleh puak kafir pun masih lagi mampu bersabar dan
tersenyum. Alangkah baiknya kalau kita sebagai ummatnya pun kita melakukan
perkara yang sama.

You might also like