Sejarah - 1 Berkat 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bagaimanakah ilmu sejarah boleh dipelajari oleh generasi

pada hari ni?


lmu sejarah boleh dipelajari oleh generasi pada hari ni dengan melibatkan murid sekolah
menyertai sesi lawatan dan pembelajaran di muzium yang mana perlu diwajibkan kepada
semua pelajar daripada peringkat sekolah rendah hingga ke tingkatan lima sewajarnya
memberi impak besar dalam pembelajaran sejarah. Dengan itu, kaedah pembelajaran di
muzium iaitu melihat dan merasakan sendiri peralatan-peralatan yang digunakan pada
zaman prasejarah, bentuk-bentuk tulisan masyarakat prasejarah sepertimana yang dibaca
di dalam buku, membolehkan pelajar lebih memahami melalui pengalaman.
Selain itu, pihak sekolah boleh juga mengadakan bengkel-bengkel mengenai kaedah
terbaik yang boleh diterapkan kepada pelajar agar mereka sedar bahawa sejarah bukan
untuk dihafal sebaliknya memahami peristiwa sebenar. Sebagai contoh, pameran boleh
diadakan sepanjang Bulan Kemerdekaan untuk mempamerkan barang-barang artifak atau
gambar tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. Tambahan pula, pihak sekolah
juga boleh mempelawa tokoh-tokoh yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan untuk
mengkongsikan pengalaman dan kisah menarik mereka. Disamping itu, pihak sekolah
boleh mengadakan pertandingan berpidato, bercerita atau berarak di sekeliling sekolah oleh
pelajar-pelajar untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

RANJANA DAN RASYIQAH


1 BERKAT

You might also like