Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI DALAM BIDANG FALSAFAH KEPADA MASYARAKAT ISLAM

Nama sebenar Imam Al-Ghazali ialah Abdul Hamid Muhammad bin Muhammad, dilahirkan
di Ghazan, Timur Laut Iran pada tahun 1059 M. Gelaran Al-Ghazali diambil sempena tempat
kelahirannya iaitu Ghazhab dan sempena nama kerja bapanya sebagai pemintal bulu biri-biri
(Al-Ghazi). Beliau pernah memegang jawatan dekan di Madrasah Insaniah ,Baghdad selama
5 tahun khusus dalam bidang Teologi. Penguasaan ilmu beliau menyebabkan al-Ghazali
mendapat gelaran “Hujattul Islam” Islam’ kerana kefasihannya membela keadilan dan ilmu
pengetahuan Islam. Iman al-Ghazali menguasai pelbagai ilmu pengetahuan agama
khususnya dalam bidang falsafah
Iman al-Ghazali telah menghasilkan ratusan karya yang merangkumi skop ilmu yang sangat
luas berkaitan dengan keagamaan,falsafah,kenegaraan dan sebagainya.Dalam bidang
falsafah,beliau telah mengarang banyak karya-karya yang membahaskan ilmu fasafah
mengikut sudut padangan agama.karya ini meliputi kitab maqasid falasifah yang
membincangkan teori dan tujuan ilmu falsafah kp kehidupan manusia.Melalui karya Tahaful
al-Falasifah ,beliau membincangkan penyelewengan falsafah Barat dari Yunani tentang fizik
dan metafizik dari sudut pandangan Islam.Kitab ini mengkritik ilmu falsafah Barat yang tidak
berpaksi kepada kebenaranMelalui kitab al-Marifatul Aqaliyah memaparkan hakikat tentang
kewujudan ilmu-ilmu yang rasional.Jelaskan penghasilan karya-karya beliau memberi
pencerahan yang mendalam kepada masyarakat tentang ilmu falsafah yang sebenarnya
mengikut agama.
Sumbangan utama Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah menyelamatkan fahaman
masyarakat Islam daripada ilmu falsafah Yunani. Pada zaman beliau, ketaksuban umat Islam
terhadap ilmu falsafah Yunani mencapai kemuncak sehingga ke tahap menggugat aqidah
umat Islam. Ulama-ulama konvensional tidak begitu mahir bagi memamatahkan hujahan
fahaman falsafah Yunani yang dianut kebanyakan ahli falsafah Islam. Dengan demikian,
kebijaksanaan dan kemahiran Imam al-Ghazali dalam ilmu falsafah telah berjaya menyucikan
akidah umat Islam daripada dipengaruhi pemikiran falsafah Yunani yang bertentangan
dengan akidah Islam. Pemikiran falsafah Yunani khususnya dalam bidang ketuhanan
bertentangan dengan agama kerana hanya meletakkan ilmu akal lebih tinggi daripada
sumber wahyu dalam menjelaskan sesuatu perkara.Menerusi karyanya ‘Tahatul
al-Falasifah’,beliau berjaya membuktikan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan dalam
ilmu falsafah yang memberi tamparan hebat kepada fahaman masyarakat Islam yang
terpengaruh oleh falsafah Yunani.
Dalam bidang falsafah, beliau turut menyucikan kefahaman umat Islam terhadap ilmu
falsafah . Menurut al-Ghazali, penggunaan sumber akal membolehkan manusia mengetahui
akan wujudnya Allah SWT tetapi beliau berpendapat sumber akal tidak boleh menentukan
baik atau buruk sesuatu perkara. Oleh yang demikian ,beliau mengecam pegangan golongan
Muktazilah yang meletakkan kekuatan akal dan rasional dalam memahami hal-hal
ketuhanan.Perbahasan ilmu falsafah yang menggunakan sumber akal semat-mata tanpa
berpaksi sumber agama akan menyebabkan kecelaruan pemikiran umat Islam.Imam
al-Ghazali membahaskan ilmu falsafah, menurut kaedah yang diajar oleh Rasulullah SAW
berdasarkan ajaran wahyu, al-Quran, sunnah serta perbahasan para sahabat. Dengan
kefahaman yang dimiliki beliau, terdapat 4 aliran pengetahuan falsafah yang dikritik oleh
al-Ghazali dalam usahanya mencari kebenaran untuk umat Islam iaitu aliran teologi, aliran
Ismaniyyah, aliran logik dan aliran khawwassh al-Haramain. Tuntasnya, pengetahuan dan
perbahasan al-Ghazali dalam ilmu falsafah lebih menepati kehendak agama sekaligus jelas
kepada masyarakat Islam tentang ilmu daripada yang sebenar.
Imam al-Ghazali juga mengklafikasi kelompok umat Islam yang membahaskan ilmu falsafah
secara sesat kepada beberapa kelompok. Imam aI-Ghazali membahagikan golongan yang
membahaskan falsafah kepada tiga golongan iaitu atheis, natural dan teologi. Golongan
atheis (Dhariyyun) iaitu golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir
seluruh alam ini,jadi kewujudan makhluk adalah secara semulajadi. Kedua, golongan natural
(Tabiyyun) iaitu golongan ilmuwan yang banyak membuat kajian berkaitan dengan tabiat,
kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini percaya terhadap
kewujudan Tuhan yang mencipta makhluk,namun menolak kehidupan selepas kematian
sekaligus menolak adanya hari akhirat.Dan terakhir, golongan teologi (Ilahiyyun) iaitu
merupakan ahli golongan membincang dan membahaskan soal­-soal ketuhanan
bersumberkan akal yang mengikut alirah fahaman falsafah Yunani.Jelaslah pemikiran
falsafah sedemikian bertentangan dengan Islam kerana tidak memgambil sumber wahyu
dalam membincangkan ilmu falsafah.
Akhirnya dalam bidang falsafah, Imam Al-Ghazali merupakan individu pertama yang
mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu matematik, mantik,
fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Matematik menurut al-Ghazali adalah berkaitan dengan
ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu ini tidak berkaitan dengan perbahasan dan sudut agama.
Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen
penyusun hujah-hujah yang dikemukakan. Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam,
langit, bintang-bintang, air, udara dan alam seluruhnya. Ilmu ketuhanan dalam falsafah
mengkaji aspek ketuhanan daripada perspektif akal dan didasari oleh perbincangan mantik
dan logik. Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang
sebenar. Bagi Imam al-Ghazali, siasah ialah perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur
keduniaan yang dapat membantu manusia menjalani kebidupan seharian dengan lebih baik.
Ilmu yang terakhir dalam ilmu falsafah menurut Imam al-Ghazali ialah akhlak, iaitu ilmu yang
berkaitan dengan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi
yang mulia.
Kesimpulannya, Imam Al-Ghazali banyak memberi sumbangan dalam pelbagai cabang ilmu
pengetahuan seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan yang paling
terkenal ialah bidang falsafah. Hujahan belaiau yang jitu dalam bidang falsah berjaya
mengembalikan umat Islam kepada fahaman yang sebenar bidang falsafah mengikut ajaran
Islam.Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang penulisan dan menyusun kitab-kitab
dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari dan hasil-hasil tulisan beliau telah
mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu
Rusyd dan Syah Waliyullah.

You might also like