Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 618-627, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Strategi Pengajaran Guru Bahasa Melayu Dalam Menangani


Masalah Bacaan Dalam Kalangan Murid Disleksia di Sekolah
Rendah Pedalaman Sarawak
(Malay Teachers Strategy in Dealing With Reading Problem Among
Dyslexia Students at Rural Primary School in Sarawak)
Abdul Aziz Busri1, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad1*
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: munaruzanna@ukm.edu.my

Accepted: 15 March 2021 | Published: 1 April 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau strategi yang digunakan oleh guru bahasa
Melayu di sekolah pedalaman dalam menangani masalah bacaan dalam kalangan murid
disleksia. Kajian ini menggunakan Teori Pemulihan Disleksia Devis yang menekankan tiga
prosedur utama untuk membantu kanak-kanak disleksia bagi mengatasi masalah dalam aspek
bacaan iaitu melalui penguasaan simbol, kaunseling orientasi dan latihan membaca. Kajian
ini adalah sebuah kajian kes secara kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual untuk
mengumpul data. Soalan temubual merupakan instrumen utama yang diketengahkan dalam
kajian ini dan instrumen ini turut disokong dengan senarai semak pemerhatian dan analisis
dokumen melalui rancangan pengajaran harian. Melalui kajian rintis yang dibuat, masih
terdapat guru bahasa Melayu yang mempunyai kesukaran dalam membimbing murid disleksia
yang mempunyai masalah membaca. Hal ini kerana guru masih tidak jelas tentang apa yang
perlu dilakukan untuk membantu murid-murid ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan di sebuah
sekolah rendah pedalaman yang terletak dalam daerah Sarikei. Seramai dua orang guru
bahasa Melayu dari sekolah ini telah dipilih sebagai peserta kajian. Kedua-dua peserta kajian
dianalisis menggunakan instrumen soalan temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis
dokumen rancangan pengajaran harian. Dapatan kajian mendapati kedua-dua peserta kajian
menggunakan strategi berpusatkan guru dalam menangani masalah bacaan dalam kalangan
murid disleksia. Strategi lain seperti berpusatkan murid, berpusatkan bahan dan berpusatkan
aktiviti hanya digunakan oleh P1 untuk aktiviti lanjutan kepada murid. Dapatan juga
mendapati strategi berpusatkan guru yang digunakan oleh P1 berkesan untuk murid manakala
strategi berpusatkan guru yang digunakan oleh P2 tidak berkesan. Tuntasnya, dapatan kajian
ini penting untuk menambah baik pengajaran guru dalam membantu murid dislekia dalam
aspek bacaan.

Kata kunci: strategi, disleksia, aspek bacaan, pedalaman

Abstract: This study aims to review the strategies used by the Malay language teachers at
rural schools in dealing with reading problem among dyslexia students. This study uses Devis
Dyslexia Rehabilitation Theory which emphasizes three main procedures to help dyslexic
children to overcome problems in the aspects of reading, namely through symbol mastery,
orientation counseling and reading exercises. This study is a qualitative case study that uses
interview methods to collect data. Interview questions are the main instrument highlighted in
this study and this instrument is also supported by observation checklist and document analysis
through daily lesson plans. Through the pilot study that have been made, there are still Malay

618
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 618-627, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

language teacher who have difficulty in guiding students with dyslexia who have difficulty in
terms of reading. This is because teachers are still unclear about what needs to be done to help
these students. Therefore, this study was conducted in a rural primary school located in Sarikei
district. There were two Malay language teachers from the school has been selected as the
study participants. Both study participants were analysed using interview question instruments,
observation checklists and daily lesson plan document analysis. The findings of the study found
that both study participants used a teacher-centered strategy in dealing with reading problems
among dyslexic students. Other strategies such as student-centered, material-centered and
activity-centered are only used by P1 for further activities to students. The findings also found
that the teacher-centered strategy used by P1 was effective for students while the teacher-
centered strategy used by P2 was ineffective. Ultimately, the findings of this study are
important to improve teachers' teaching in helping students with dyslexia in terms of reading.

Keywords: strategy, dyslexia, reading aspect, rural


_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Dalam blueprint Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, yang telah menetapkan
ekuiti untuk semua murid di mana Program Pendidikan Khas, Kelas Rancangan Khas dan
Program Kawalan yang terdapat di sekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi
membolehkan murid dibangunkan mengikut kebolehan dan potensi masing-masing. Perkara
ini sememangnya perlu diberi perhatian kerana setiap individu mempunyai keupayaan yang
berbeza dalam pembelajaran. Usaha kerajaan memperkenalkan Program Pendidikan Inklusif
yang bermatlamatkan kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama
kepada semua murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan adalah
satu usaha yang perlu diberi pujian. Bantuan yang sesuai diberikan membolehkan murid
mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara inklusif bersama rakan sebaya.

1.1 Latar Belakang Kajian


Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran terutamanya dalam aspek bacaan. Masalah ini
dapat dilihat apabila murid tidak dapat menguasai pelajaran yang telah diberikan walaupun
bersungguh-sungguh dalam melakukannya. Permasalahan ini berlaku kerana terdapat
perbezaan cara otak individu tersebut berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dan
bunyi. Murid akan mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja atau
mengira. Berdasarkan portal Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan 4% sehingga ke
8% murid sekolah mempunyai masalah disleksia dengan kanak-kanak lelaki adalah lebih ramai
berbanding kanak-kanak perempuan. Terdapat pelbagai ciri yang boleh dikenalpasti sebagai
pengecaman awal disleksia antaranya lambat bertutur, sukar menulis nama sendiri, tidak suka
membaca, kurang kordinasi mata serta tangan.

Melihat kepada permasalahan di atas, fokus utama adalah meneroka strategi guru Bahasa
Melayu bagi menangani masalah bacaan dalam kalangan murid disleksia. Masalah bacaan
dalam kalangan murid disleksia adalah satu keadaan di mana murid tersebut mempunyai
kesukaran membaca dengan lancar dan mengalami kesukaran dalam menyebut sesuatu
perkataan dengan tepat. Murid ini juga sering melakukan kesalahan bacaan dengan membaca
secara terbalik, contohnya suku kata “ba” disebut sebagai “da”. Murid yang mengalami
masalah disleksia ini secara mata kasarnya, dilihat normal seperti murid normal dan mereka
juga tidak mempunyai masalah pendengaran mahupun penglihatan. Walau bagaimanapun,
murid ini memerlukan bantuan guru mahupun pakar dalam bidang untuk mengenal pasti

619
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 618-627, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

permasalahan ini seterusnya memainkan peranan dalam mendorong kanak-kanak disleksia ini
untuk terus belajar. Kajian ini dilihat dapat membantu guru untuk mempelbagaikan strategi
pengajaran dalam menangani masalah murid disleksia. Umum tahu bahawa murid disleksia
mempunyai tahap masalah yang berbeza-beza di antara satu sama lain, maka di sini guru perlu
memainkan peranan penting dalam memastikan strategi yang digunakannya berkesan dan
sesuai dengan kemampuan murid. Kepelbagaian strategi ini akan menjadikan pengajaran
seorang guru tersebut lebih berfokus.

1.2 Penyataan Masalah


Isnaeni et al. (2015) di dalam kajiannya mengatakan bahawa kemampuan membaca pada
kanak-kanak normal sudah dapat dilihat apabila mereka mula memasuki umur enam atau tujuh
tahun. Namun perkara ini berbeza untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia
kerana pada usia tersebut mereka mungkin masih keliru pada penggunaan huruf “b” dan huruf
“d”. Hal ini kerana di dalam Benton dan Pearls (1978) telah mengelaskan masalah
pembelajaran kanak-kanak disleksia terbahagi kepada enam ciri iaitu kesukaran untuk belajar
bahasa, tidak lancar ketika membaca bahan bercetak, ketidakseimbangan kebolehan
intelektual, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat, mata menjadi penat setelah beberapa
minit menumpu pada tulisan dan mempunyai daya tumpuan yang terhad.

Melalui kajian ini, pengkaji ingin melihat perspektif masalah disleksia ini dari sudut seorang
guru. Di dalam kajian Liyana et. al (2013), beliau menyimpulkan bahawa guru yang mengajar
murid disleksia tidak mempunyai pengetahuan yang kukuh mengenai masalah pembelajaran.
Hal ini membuatkan kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia akan tertinggal dan
susah untuk menguasai pelajarannya. Perkara ini sering berlaku di sekolah apabila guru
terpaksa mengabaikan murid-murid yang mempunyai masalah disleksia kerana perlu untuk
fokus kepada murid-murid yang lain. Keadaan ini akan menyebabkan murid yang mempunyai
masalah disleksia ini merasa terabai sehingga membuatkannya malas untuk belajar.

2. Ulasan Kajian Lepas

Norliza (2016) menegaskan strategi yang digunakan oleh guru merupakan kayu pengukur
dalam keupayaan mereka untuk melaksanakan sesuatu pembaharuan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Dalam konteks kajian ini, strategi dirujuk sebagai satu cara
komprehensif yang digunakan oleh guru bahasa Melayu dalam membantu murid disleksia yang
mempunyai masalah bacaan. Cara ini akan menjadi titik tolak kepada kejayaan mahupun
kegagalan dalam usaha untuk membantu murid yang mempunyai masalah disleksia membaca.

Manakala kajian Ebere (2016), mengatakan disleksia dirujuk kepada satu keadaan yang
menyebabkan seseorang menghadapi kesukaran dalam kemahiran berbahasa, terutamanya
membaca. Sebahagian individu yang mempunyai gejala disleksia akan dapat membaca dengan
baik di peringkat awal. Namun keadaan ini akan berubah apabila mereka mula mula
mempelajari kemahiran bahasa yang lebih kompleks seperti aspek tatabahasa, memahami buku
teks dan menulis karangan.

Pendapat ini disokong oleh Blagovesta (2015) bahawa murid yang mempunyai masalah
disleksia perlu berada dalam persekitaran bahasa yang baik dan terdedah kepada aktiviti
pemahaman bahan bacaan. Guru-guru di sekolah perlu membiasakan murid kepada teknik
bacaan secara skimming dan scanning. Dengan cara ini, kemahiran membaca dapat
ditingkatkan kepada aspek pemahaman bahan bacaan tersebut.

620
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 618-627, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

3. Dapatan Kajian

Strategi pengajaran merupakan aspek penting yang perlu diteliti sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran di kelas. Penggunaan strategi pengajaran yang sesuai dan baik
akan membantu meningkatkan pencapaian murid yang diajar. Oleh itu, melalui temu bual yang
dilaksanakan, pengkaji telah bertanya tentang strategi yang digunakan untuk membantu
masalah bacaan murid disleksia ini. Jawapan peserta kajian adalah seperti berikut:

1 Dengan keadaan bacaan murid yang sedemikian, apakah strategi yang cikgu
gunakan untuk membantu murid ini?
P1 Kamek biasanya menggunakan pelbagai strategi bergantung dengan tahap kognitif
murid ya. Antara strategi yang sering kamek guna adalah strategi berpusatkan guru
atau berpusatkan bahan. Pertama, kamek memerlukan satu masa untuk bersama
dengannya sorang, tanpa ada gangguan. Dan saya akan mulakan dengan latih tubi
buku Bacalah Sayang.
P2 Kamek menggunakan strategi berpusatkan guru. Dari segi latihan murid akan biasa
dan ikut sahaja latihan murid perdana yang lain. Dari bacaan murid perlu ulang baca
dengan bimbingan guru terutamanya bahagian yang ada empat suku kata

Berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat, P1 banyak menggunakan strategi berpusatkan


guru dalam membimbing murid disleksia. Dalam masa yang sama, P1 juga menerapkan
penggunaan strategi berpusatkan bahan seperti menggunakan buku Bacalah Sayang sebagai
bahan bantu untuk membimbing murid ini. P2 pula banyak menggunakan strategi berpusatkan
guru sepenuhnya dalam membantu masalah bacaan murid disleksia ini. Setelah melihat strategi
yang digunakan, pengkaji memperincikan lagi bagaimana peserta kajian menggunakan strategi
tersebut dalam sesi pengajaran. Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh peserta kajian:

2 Bagaimanakah cikgu gunakan strategi tersebut dalam sesi pengajaran?


P1 Kamek berik satu guide dengan nya dan latih nya dengan suka kata tersebut hingga
nya menguasai suku kata. Kemudian ujinya dari semasa ke semasa. Mun masih
juaknya sik dapat menguasai latihnya membaca dengan menggandingkan suku kata
dengan gambar. Mun dah dilatih camya tapi nya masih juak sik dapat menguasai,
suruhnya tulis. Tiga peringkat tuk tadik, harapan saya supaya sukukata yang malar
dilatih tubi tuk tadik dapat melekat dengan pelbagai kaedah dan teknik tuk tadik. Satu
kaedah sebut, duak melihat gambar dan yang ketiga melihat dan tulis. Selain daripada
ya, peringkat yang seterusnya mungkin kita boleh bawak ke dalam bentuk
permainan. Bukan ke dalam bentuk terlalu formal ke arah mengajar suku kata.
P2 Mun kamek, kamek fokuskan kepada bacaan melalui bimbingan. Maksudnya guru
baca dan murid ikut apa yang dibaca oleh guru.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, P1 sememangnya melaksanakan bimbingan bacaan


seperti yang diperkatakan dalam temu bual di atas. Dalam latihan ini, P1 membimbing murid
ini dengan bacaan yang betul dan apabila murid ini menguasai, P1 akan mengujinya untuk
membaca secara rambang. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan bacaan murid disleksia ini.
Jika murid ini masih tidak dapat menguasainya dengan baik, P1 akan menggandingkan suku
kata yang dibaca oleh murid dengan gambar perkataan tersebut. Hal ini bagi meransang murid
untuk membaca dengan betul dan berkesan. Dalam masa yang sama, penerapan aspek
permainan juga diaplikasikan dengan baik. Namun demikian, melalui analisis dokumen yang
dibuat iaitu rancangan pengajaran harian P1, aspek ini tidak ditulis secara terperinci. P1 hanya

621
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 618-627, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

menyatakannya secara umum tanpa memperincikan strategi yang digunakannya dalam sesi
pengajaran. P2 pula hanya memfokuskan bacaan melalui bimbingan dalam sesi pengajarannya
iaitu guru baca dan murid akan mengikut apa yang dibaca oleh guru. Soalan seterusnya
pengkaji fokuskan untuk melihat sama ada strategi yang digunakan oleh peserta kajian
berkesan atau tidak. P1 menyatakan strategi yang digunakannya berkesan manakala P2
menyatakan tidak berkesan.

3 Berdasarkan pengalaman cikgu, strategi yang diaplikasi berkesan atau tidak?


P1 Ya, berkesan.
P2 Setelah dianalisis,strategi ya kurang berkesan.

Seterusnya soalan untuk mengetahui bagaimana proses keberkesanan tersebut berlaku


ditanyakan kepada P1. P1 menyatakan seperti berikut:

4 Bagaimanakah proses keberkesanan strategi tersebut berlaku? (jika jawapan


“YA”)
P1 Teknik tuk berkesan sebab nya start dari minat yang membawa erti fokus. Setakat
tuk apa yang saya perhati, murid ya tidak ada masalah kesihatan, tidak ada masalah
kecacatan, dia normal seperti murid-murid lain tapi dia kurang fokus. Fokus dia
kurang bukan sebab sengaja nak mengurangkan fokus tetapi ganguan-gangguan lain
tuk kuat menarik perhatian dia. Kalau kita bersama dia mengajar secara personal, dia
boleh fokus kalau dalam bilik darjah yang penuh dengan pelajar lain, fokus dia
mudah beralih. Kalau dengan individu, dia tidak ada peluang untuk melihat dan dia
akan fokus. Sungguhpun demikian, kita buat ujian pertama fokus dengan dia dulu,
face to face. Sekiranya tidak berjaya, kita pelbagaikan teknik macam tiga tuk tadik,
sekiranya kita rasa dah tiba masanya dia perlukan seorang atau dua orang rakan untuk
berkomunikasi untuk mencapai KV yang tadik, kita adakan.
P2 -

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh P1, pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji di kelas
ini juga telah melihat sendiri bahawa murid disleksia ini lebih fokus dengan bimbingan secara
individu yang dibuat oleh peserta kajian. Murid juga lebih fokus dan seronok apabila
pembelajaran diselitkan dengan penggunaan gambar dan aktiviti permainan. Untuk P2 pula,
pengkaji bertanya tentang faktor yang menyebabkan strategi ini tidak berkesan. Berikut
merupakan jawapan yang diberikan oleh P2:

5 Pada pandangan cikgu, apakah faktor yang menyebabkan strategi ini tidak
berkesan? (jika jawapan “TIDAK”)
P1 -
P2 Kamek rasanya sik berkesan sebab kadang-kadang murid tuk just baca macam ya jak
tanpa melihat perkataan mahupun huruf yang disebutnya. Dalam erti kata lain, mulut
bergerak, mata tempat lain. Sebab ya kamek rasa, kaedah kamek pakei tuk perlu
ditambah baik.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, membaca tanpa melihat perkataan mahupun huruf ini
memang berlaku dalam kelas yang diajar oleh P2. Murid disleksia ini hanya mengikut sahaja
apa yang disebut oleh peserta kajian tanpa melihat apa yang dibaca. Pengkaji kemudian
bertanya tentang perkongsian yang pernah dibuat oleh peserta kajian tentang strategi yang telah
mereka gunakan ini. P1 menyatakan pernah berkongsi strategi yang digunakan dengan guru-

622
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 618-627, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

guru lain manakala P2 pula tidak mengongsikan secara formal strategi yang digunakan olehnya
dengan guru-guru lain. Temu bual yang telah dibuat adalah seperti berikut:

6 Adakah cikgu berkongsi strategi ini kepada guru-guru lain?


P1 Pernah dikongsi dan bercerita secara verbal. Tapi sejauh ni sidak ya molah ya sik
pasti la.
P2 Setakat tuk sikda kongsi, sebab masalah ya berbeza untuk setiap murid. Tapi mun
setakat cerita-cerita camya jak dengan cikgu lain ada lah juak.

Setelah bertanya tentang perkongsian yang telah dibuat, pengkaji meneruskan soalan dengan
melihat kepada maklum balas yang diberikan oleh guru-guru lain tentang strategi yang
digunakan. Jawapan temu bual adalah seperti berikut:

7 Apakah maklum balas yang cikgu peroleh daripada guru-guru lain tentang
strategi yang cikgu gunakan ini?
P1 Maklum balas yang baik dan membina. Tapi sejauh ni sidak ya dapat melaksana
dengan keadaan masa dan kekangan keadaan kerja sidak ya mpun. Maklum balas ya
memang setuju la katanya, boleh digunapakai.
P2 Sidak pun madah macam memang kaedah dalam pembelajaran murid disleksia tuk
perlu dipelbagaikan supaya kita tahu apa kaedah yang dominan dalam pembelajaran
nya kelak.

Pengkaji kemudian bertanya tentang bagaimana peserta kajian mendapat tahu tentang strategi
yang telah digunakan ini. P1 menyatakan bahawa strategi yang digunakannya sememangnya
termaktub dalam pendekatan Pendidikan dan ia dimurnikannya lagi berdasarkan pengalaman.
P2 pula menggunakan kaedah cuba jaya untuk membantu murid disleksia ini berdasarkan
kepada kemampuan murid tersebut. Temu bual yang dibuat adalah seperti berikut:

8 Bagaimanakah cikgu mendapat tahu tentang strategi ini?


P1 Pertama memang ada termaktub dalam pendekatan pendidikan empun yang kedua
memurnikannya lagik dari pengalaman.
P2 Mun kamek, kamek banyak cuba jaya dengan kemampuan murid. Kaedah cuba jaya
kamek tuk pun based on apa yang dah diajar dalam pedagogi yang dah dibelajar
sebelum tuk.

Pengkaji juga bertanya kepada peserta kajian adakah strategi yang digunakan ini sesuai untuk
setiap aras permasalahan murid disleksia. Kedua-dua peserta kajian berpendapat bahawa
strategi yang digunakan itu tidak sesuai untuk setiap aras permasalahan murid. Jawapan temu
bual penuh adalah seperti berikut:

9 Adakah strategi yang cikgu gunakan ini sesuai untuk setiap aras permasalahan
murid disleksia ini?
P1 Sik sesuai, nya depend dengan keadaan mbiak dan keperluan mbiak. Mun mbiak ya
di sekolah tuk lain, kelas tuk lain, peringkat umur tuk lain. Sekolah lain, dah lain.
Nya sik sama
P2 Tidak sesuai, guru perlu profesional menilai keberkesanan sesuatu dengan murid
jugak. Tidak dapat terus satu kaedah yang sama untuk setiap murid.

623
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 618-627, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Seterusnya pengkaji juga bertanya tentang kekerapan pengaplikasian strategi yang digunakan
ini dalam sesi pengajaran murid disleksia yang mempunyai masalah bacaan. P1 menyatakan
memang diaplikasikan selalu manakala P2 pula mengaplikasikannya mengikut kemahiran yang
diajar pada hari tersebut. Temu bual penuh adalah seperti berikut:

10 Adakah cikgu mengaplikasikan strategi ini dalam setiap sesi pengajaran anda
dalam kalangan murid disleksia yang mempunyai masalah bacaan ini?
P1 Aok, kamek memang aplikasikan.
P2 Mun kamek, kamek aplikasikan ikut kemahiran yang diajar. Lain kemahiran, lain
pendekatan yang perlu dipolah.

Soalan terakhir pengkaji di bawah aspek strategi ini adalah berkaitan dengan penguasaan huruf
adalah perkara yang mustahak dalam membantu masalah bacaan murid disleksia. Kedua-dua
peserta kajian bersetuju dengan perkara ini dan berpendapat bahawa dengan penguasaan yang
kukuh terhadap huruf akan memudahkanya untuk membaca. Temu bual penuh adalah seperti
berikut:

11 Adakah cikgu setuju kalau saya katakan aspek penguasan huruf itu adalah satu
yang mustahak dalam membantu masalah bacaan murid disleksia? Kenapa?
P1 Yes, penting. Dan selain daripada penguasaan simbol ya tadik, penguasaan teknik
menulis tuk bukan hanya tujuan untuk menulis. Teknik menulis satu bentuik gerak
kerja praktikal yang membantu ke arah mengingat simbol ya. Bilanya diamalkan
menulis selain daripada menguasai teknik menulis nya akan mengingat ya adalah
simbol untuk A, B. And lebih daripada ya, tuk adalah vokal, tuk adalah konsonan,
jadiknya dapat kenal 26 igek huruf ya.
P2 Ya, aspek tuk memang penting. Murid perlu tahu huruf dan bunyi huruf ya sebab
benda tuk yang akan memudahkannya untuk membaca kelak.

4. Perbincangan

Berdasarkan temu bual yang dibuat, P1 menggunakan pelbagai strategi dalam sesi pengajaran
dan hal ini adalah bergantung dengan tahap kognitif murid. Antara strategi yang sering
digunakan adalah strategi berpusatkan guru dan berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan guru
berlaku apabila P1 menggunakan kaedah bimbingan dan latih tubi untuk membantu murid
disleksia ini manakala berpusatkan bahan pula apabila dia menggunakan buku “Bacalah
Sayang” sebagai sandaran untuk membimbing murid ini. Dalam pengaplikasian strategi ini, P1
akan memberi panduan untuk murid membaca kemudian sehingga murid dapat menguasai
bahan bacaannya. Kemudian murid akan diuji untuk mengukuhkan bacaannya dan apabila
masih belum dapat, murid akan dicuba menggunakan strategi lain seperti menggunakan
gambar dan aktiviti permainan. Berbeza dengan P2 yang menggunakan strategi berpusatkan
guru sepenuhnya dalam menangani masalah bacaan murid disleksia ini. P2 akan membacakan
perkataan tersebut manakala murid akan mengikut apa yang dibaca oleh gurunya. Perkara ini
sememangnya berlaku dengan jelas berdasarkan pemerhatian pengkaji dalam sesi pengajaran
di dalam kelas yang diajar oleh P2.

Kedua-dua strategi yang digunakan oleh peserta kajian sememangnya termaktub dalam strategi
pengajaran di dalam kelas. Menurut Kamarul Azmi Jasmi et. al (2012) terdapat empat strategi
pengajaran iaitu strategi pengajaran berpusatkan guru, strategi pengajaran berpusatkan murid,
strategi pengajaran berpusatkan bahan dan strategi pengajaran berpusatkan aktiviti. Setiap

624
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 618-627, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

strategi ini mempunyai pro dan kontranya dalam pelaksanaan di bilik darjah dan
penggunaannya adalah berdasarkan kepada kesesuaian dan keperluan murid. Berdasarkan data
temu bual dan pemerhatian yang dibuat, peserta kajian hanya menggunakan dua jenis strategi
pengajaran iaitu strategi pengajaran berpusatkan guru dan strategi pengajaran berpusatkan
bahan. Namun demikian, melalui temu bual yang dibuat, P1 turut menyelitkan penggunaan
strategi berpusatkan aktiviti apabila murid disleksia ini masih belum dapat menguasai bahan
bacaannya. Strategi ini digunakan sebagai alternatif untuk menambah baik penguasaan murid
ini dalam aspek bacaan. Secara keseluruhannya, kedua-dua peserta kajian tidak menggunakan
strategi berpusatkan murid dalam membantu murid disleksia ini. Menurut Kamarul Azmi Jasmi
et. al (2012), strategi berpusatkan murid adalah satu langkah pengajaran yang dilaksanakan
oleh guru berdasarkan kepada kehendak dan kemahuan muridnya. Maksudnya aktiviti yang
akan dilaksanakan memerlukan penglibatan murid sepenuhnya dan guru hanya sebagai
pemudahcaraan.

Dari segi keberkesanannya pula, P1 mengatakan bahawa strategi yang digunakan berkesan dan
dapat membantu murid disleksia yang mempunyai masalah bacaan ini. Keberkesanan ini
berlaku apabila murid minat dengan strategi yang guru gunakan sekaligus membuatkannya
fokus dengan bahan bacaan yang dibaca. P1 juga berpendapat bahawa murid lebih fokus
apabila dibimbing secara individu berbanding apabila dibimbing secara beramai-ramai
bersama dengan murid lain di dalam kelas. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dibuat oleh
Vijayaletchumy (2003) yang mengatakan sebilangan daripada murid yang mempunyai masalah
disleksia akan mempunyai kesukaran penumpuan terhadap sesuatu perkara. Hal ini
menyebabkan mereka dianggap sebagai pemalas, tidak bermotivasi dan mempunyai tahap
kecerdasan yang rendah. Berbeza pula dengan P2 yang merasakan strategi yang
diaplikasikannya tidak berkesan untuk membantu murid disleksia yang mempunyai masalah
bacaan. Menurut P2, perkara ini berlaku kerana semasa membaca, murid hanya mengikut apa
yang dibaca oleh guru tanpa melihat teks atau perkataan yang disebutnya. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa murid sekadar mengajuk apa yang dibaca oleh guru.

Dari segi perkongsian strategi yang digunakan, kedua-dua peserta kajian tidak mempunyai
peluang untuk mengongsikan strategi yang digunakan secara luas kepada guru-guru lain. Hal
ini kerana perkongsian strategi yang peserta kajian buat hanya melalui perbualan tidak
langsung dengan rakan-rakan guru di tempat kerja. Menurut pandangan pengkaji, perkara ini
berlaku kerana peserta kajian mengajar di sekolah pedalaman yang tidak mempunyai
kemudahan yang canggih untuk diketengahkan dalam membantu masalah bacaan dalam
kalangan murid disleksia. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Maizura (2008) dalam kajiannya
bahawa terdapat guru di sekolah pedalaman yang kurang motivasi untuk mengajar apabila
kemudahan yang terdapat di sekolah tidak mencukupi. Sebagai contoh untuk melaksanakan
aktiviti menggunakan aplikasi seperti Kahoot dalam pengajaran bahasa Melayu, guru terpaksa
menunggu rangkaian internet stabil atau jika tiada rangkaian, aktiviti tersebut terpaksa
ditangguhkan. Secara tidak langsung, perkara ini membuat guru tidak berminat atau berpeluang
untuk mengongsikan amalan pengajaran yang baik kepada guru-guru lain di luar sekolah.

Apabila perkongsian ini sekadar dibuat di kalangan rakan sejawat di sekolah maka hasil
maklum balas juga akan kelihatan umum. Menurut P1 apabila perkongsian ini dibuat di
kalangan rakan sejawat di sekolah, masing-masing mengatakan bahawa kaedah yang
digunakan itu baik dan dapat membina potensi murid disleksia ini. Namun P1 juga
memaklumkan bahawa sejauh mana rakan sejawat yang lain melaksanakan benda yang sama
di dalam kelas adalah tidak dapat dikenal pasti. P2 pula mendapat maklum balas bahawa dalam
membantu masalah bacaan murid disleksia, kepelbagaian strategi perlu diaplikasikan untuk

625
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 618-627, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

mengenal pasti kaedah yang paling dominan kepada kecerdasan murid tersebut. Namun
demikian, berdasarkan temu bual kepada kedua-dua peserta kajian, masing-masing
menegaskan bahawa strategi yang digunakan ini tidak sesuai untuk setiap aras masalah bacaan.
Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa bijak untuk memastikan strategi yang digunakan
sesuai dengan masalah bacaan yang dihadapi oleh murid disleksia ini.

Melalui temu bual yang dibuat juga, kedua-dua peserta kajian merasakan sesuatu yang penting
untuk menekankan kepada aspek penguasaan huruf itu sendiri sebelum menguasai bacaan. P1
menjelaskan bahawa dalam usaha untuk menguasai huruf ini, kemahiran menulis juga perlu
dikukuhkan agar murid dapat ingat dengan baik setiap gerakan untuk membentuk sesuatu huruf
tersebut. Dengan mengingat bentuk huruf, ia akan memudahkan murid untuk mengaplikasikan
ke dalam aspek bacaan. P2 pula mengatakan bahawa dengan mengenal dan menguasai huruf,
murid akan mudah untuk membaca. Hal ini seperti yang digariskan dalam Model Pemulihan
Disleksia Devis yang melihat penguasaan simbol merupakan tunjang utama untuk membantu
masalah disleksia ini di samping kaunseling orientasi dan latihan membaca.

5. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, strategi yang digunakan oleh peserta kajian ini masih berada pada
tahap sederhana dan masih boleh ditambahbaik. Pengkaji merasakan demikian kerana kedua-
dua peserta kajian tidak mengaplikasikan strategi berpusatkan murid dalam menangani
masalah bacaan murid disleksia ini. Strategi berpusatkan murid merupakan satu strategi yang
selaras dengan tuntutan pembelajaran abad ke-21 pada hari ini yang menginginkan murid
meneroka sendiri apa yang ingin dipelajarinya. Dalam strategi ini guru hanya bertindak sebagai
fasilitator dan menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan oleh murid untuk aktiviti
pembelajarannya.

Dalam konteks kajian ini yang memfokuskan masalah membaca, guru boleh menggunakan
kepelbagaian kemudahan sedia ada di sekolah sebagai bahan untuk murid belajar. Contohnya
dengan menggunakan komputer riba, guru boleh menyediakan satu laman interaktif yang
membolehkan murid untuk berinteraksi sendiri dengan bahan bacaannya. Laman ini perlu
diletakkan oleh guru di satu kawasan yang mudah untuk diakses oleh murid apabila ada waktu
terluang seperti waktu rehat atau pada sebelah petang. Hal ini adalah sebagai satu alternatif
untuk mewujudkan satu strategi berpusatkan murid yang berterusan dalam kalangan murid
selaras dengan tuntutan pembelajaran abad ke-21.

Rujukan

Blagovesta Troeva. 2016. Helping learners with dyslexia read in English. English Studies at
NBU, 2015 Vol. 1, Issue 1, 63-71
Benton A.L and Pearl D. (eds.) (1978). Dyslexia : An Appraisal of Current Knowledge. New
York: Oxford University Press.
Davis, Ronald Dell, with Eldon Braun. The Gift of Dyslexia: Why Some of the Smartest People
Can't Read and How They Can Learn. (Perigee, 2010).
Disleksia di Portal Kementerian Kesihatan Malaysia. 2012. Diperolehi pada 18 Mac 2020, dari
: http://www.myhealth.gov.my/disleksia/
Dyslexia- SPELD Foundation Literacy & Clinical Services. Diperolehi pada 20 Mac 2020, dari
: https://dsf.net.au/
Ebere Chisom Sunday. 2016. Understanding Dyslexia. Thesis for Department of Social Work,
University of Nigeria, Nsukka.

626
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 618-627, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Isnaeni Pratiwi, Freyda Dwi Hapsari, Catur Budi Argo. 2015. Pembelajaran Teknik Puzzle
Huruf Untuk Meningkatkan Keterampilan Membaca Anak Disleksia. Prosiding
Seminar Nasional PGSD UPY dengan Tema Strategi Mengatasi Kesulitan Belajar
Ketika Murid Anda seorang Disleksia. hlm. 139-146.
Kamarul Azmi Jasmi, Osmawardi Talip, Mohd Faeez Ilias. 2012. Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam Berpusatkan Pelajar. Seminar Antarabangsa
Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012] (International Seminar on Teacher
and Islamic Education [SEAPPI2012]) at Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru
on 8-9 March 2012, pp. 33-40. ISBN 99917-44-89-4.
Liyana Binti Ahmad Afip, Nurul Fatihah Binti Hanapi, Khuzaiton Binti Zakaria. 2013.
Persepsi dan Pengalaman Guru Pendidikan Khas dalam Menghadapi Permasalahan
Disleksia dalam Kemahiran Literasi. Seminar Sains Kemanusiaan OKU Peringkat
Kebangsaan 2013 (SKOKU).
Maizura binti Mohd Yunus. 2008. Satu Kajian Cabaran Guru di Sekolah Pedalaman Daerah
Muar, Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara.
Norliza binti Mat Ali. 2016. Tahap Kesediaan Guru Bahasa Melayu Terhadap Pelaksanaan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Selangor, Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Universiti Putra Malaysia.
Vijayaletchumy a/p Subramaniam.2003. Disleksia Dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu. Tesis
Ijazah Doktor Falsafah Universiti Putra Malaysia.

627
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like