Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 251

ABSD1103

Pengantar Dakwah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ABSD1103
PENGANTAR DAKWAH
Dr Wan Mohammad Ubaidillah Wan Abas
Dr Hamidah Mat
Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Oo Cheng Keat
Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Edisi pertama 2020

Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi, OUM.


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), ABSD1103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

www.oum.edu.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix–xiv

Topik 1 Konsep Asas Dakwah 1


1.1 Pengertian Dakwah 2
1.1.1 Pengertian Dakwah secara Istilah 3
1.2 Konsep Dakwah Menurut al-Quran dan Hadis 6
1.2.1 Konsep Dakwah Menurut al-Quran 6
1.2.2 Konsep Dakwah Menurut Hadis 13
1.3 Matlamat Dakwah 18
1.4 Hukum Berdakwah 21
1.5 Hikmah dan Kelebihan Dakwah 23
1.6 Sumber Ilmu Dakwah 26
Rumusan 28
Kata Kunci 28
Rujukan 28

Topik 2 Perkembangan Ilmu Dakwah 31


2.1 Sejarah Awal Dakwah 32
2.1.1 Dakwah Para Nabi 32
2.2 Sejarah Perkembangan Ilmu Dakwah 42
2.3 Perkembangan di Madinah 46
2.3.1 Perkembangan Dakwah Selepas Kewafatan 48
Rasulullah SAW
2.4 Dakwah sebagai Disiplin Ilmu 50
Rumusan 52
Kata Kunci 53
Rujukan 53

Topik 3 Ruang Lingkup Ilmu Dakwah 55


3.1 Sumber Ilmu Dakwah 56
3.2 Bidang Kajian Ilmu Dakwah 61
3.3 Hubungan Ilmu Dakwah dan Ilmu Lain 69
Rumusan 75
Kata Kunci 75
Rujukan 75

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 4 Isi Dakwah 77


4.1 Agama Islam 78
4.1.1 Rukun 82
4.1.2 Ciri Khusus 83
4.1.3 Sistem 84
4.2 Agama dan Kepercayaan Lain 85
4.2.1 Buddha 85
4.2.2 Hindu 88
4.2.3 Kristian 91
4.2.4 Kepercayaan dan Keagamaan Orang Asli 95
4.2.5 Masyarakat Sabah 96
4.2.6 Masyarakat Sarawak 100
Rumusan 101
Kata Kunci 102
Rujukan 102

Topik 5 Pendakwah atau DaÊi 104


5.1 Kepentingan dan Kelebihan Pendakwah 105
5.2 Sifat, Adab dan Akhlak Pendakwah 108
5.3 Persediaan Pendakwah 115
5.4 Cabaran Pendakwah 117
Rumusan 119
Kata Kunci 120
Rujukan 120

Topik 6 Tokoh dan Personaliti Dakwah 122


6.1 Nabi Muhammad SAW 124
6.2 Khadijah binti Khuwailid 131
6.3 Ali bin Abi Talib 133
6.4 MusÊab bin Umair 136
6.5 Ahmed Deedat 138
6.6 Yusof al-Qaradawi 143
6.7 Nik Mohd Mohyiddeen Wan Musa 148
Rumusan 153
Kata Kunci 153
Rujukan 154

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 7 MadÊu atau Sasaran Dakwah 155


7.1 Definisi MadÊu 156
7.2 Hak dan Kewajipan MadÊu 159
7.3 Golongan MadÊu 161
7.3.1 Orang Muslim dan Mukmin 162
7.3.2 Orang yang Kafir dan Orang yang Bukan 164
Beragama Islam
Rumusan 168
Kata Kunci 168
Rujukan 169

Topik 8 Metode Dakwah 170


8.1 Al-Hikmah 171
8.1.1 Asas al-Hikmah 173
8.1.2 Aspek Hikmah dalam Dakwah 174
8.2 Metode MawÊizah al-Hasanah 176
8.2.1 Kepentingan al-MawÊizah al-Hasanah 178
8.2.2 Pelaksanaan al-MawÊizah al-Hasanah 180
8.3 Metode al-Mujadalah al-Husna 183
8.3.1 Sasaran al-Mujadalah al-Husna 184
8.3.2 Matlamat al-Mujadalah al-Husna 185
8.3.3 Jenis al-Mujadalah 185
8.4 Al-Mujadalah al-Husna dalam Konteks Dakwah 187
Masa Kini
Rumusan 188
Kata Kunci 188
Rujukan 189

Topik 9 Organisasi Dakwah dan Pengurusannya 190


9.1 Organisasi Dakwah 192
9.1.1 Organisasi Dakwah Badan Kerajaan 192
9.1.2 Organisasi Dakwah Badan Bukan Kerajaan 196
9.2 Tanzim dan Pengurusan Organisasi 207
9.2.1 Pengurusan Organisasi Dakwah 207
9.2.2 Pengurusan Aktiviti Dakwah 210
Rumusan 212
Kata Kunci 212
Rujukan 213

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 10 Isu dan Cabaran Dakwah Kontemporari 214


10.1 Isu Dakwah dan Pendakwah 215
10.2 Cabaran Dalaman dan Luaran dalam Dakwah 222
10.2.1 Cabaran Dalaman 222
10.2.2 Cabaran Luaran 227
Rumusan 230
Kata Kunci 231
Rujukan 231

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir. Ia
menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk
anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah
rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran
penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
ABSD1103 Pengantar Dakwah ialah salah satu kursus yang ditawarkan di Open
University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus
dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar program Sarjana Muda Pengajian Islam
(Pengurusan Islam). Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami
kandungan kursus dan cara ia dijalankan serta keperluannya. Untuk itu, anda
perlu membaca panduan ini dengan teliti dari mula sehingga akhir.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum
dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam
kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa
pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam


4
perbincangan awal
Membaca modul 62
Menghadiri sesi tutorial 6–8
Perbincangan dalam talian 16
Ulang kaji 16
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 16
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep asas dakwah, sejarah perkembangan, ruang lingkup
dan isi dakwah;
2. Menghuraikan ciri-ciri pendakwah, tokoh, organisasi dan sasaran dakwah
yang pelbagai;
3. Menilai beberapa metode dakwah yang diaplikasikan dalam dunia dakwah;
dan
4. Menganalisis isu dan cabaran dalam dakwah kontemporari.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan seperti
yang berikut:

Topik 1 menerangkan konsep asas dakwah. Ia dimulakan dengan perbincangan


tentang definisi dakwah berdasarkan bahasa, istilah dan pandangan ulama. Ia
diikuti dengan penjelasan tentang konsep dakwah menurut al-Quran dan hadis.
Beberapa ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan dakwah dibawakan
sebagai asas kepada pengenalannya. Seterusnya perbincangan tentang matlamat
dakwah dihuraikan dengan agak panjang lebar disusuli dengan penjelasan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

ringkas tentang hukum berdakwah. Seterusnya penerangan tentang hikmah dan


kelebihan berdakwah dimuatkan dengan ringkas. Akhirnya, anda akan
diperkenalkan dengan sumber yang menjadi rujukan kepada ilmu dakwah.

Topik 2 membincangkan sejarah awal dakwah pada zaman nabi dan rasul, iaitu
Nabi Nuh, Nabi Lut, Nabi Syuaib, Nabi Yusuf dan Nabi Yunus. Selain itu,
perkembangan dakwah di Madinah dan Mekah sehingga kini turut dijelaskan.
Seterusnya topik ini turut menghuraikan dakwah sebagai disiplin ilmu, antaranya
ialah dakwah dengan ilmu pengetahuan sosial, ilmu ekonomi dan ilmu logik.

Topik 3 membicarakan ruang lingkup ilmu dakwah yang akan menghuraikan


sumber ilmu dakwah sebagai sandaran bagi semua pendakwah. Selain itu, ruang
lingkup ilmu dakwah turut menjelaskan secara terperinci perihal bidang kajian
ilmu dakwah dan kerja dakwah di lapangan. Kepentingan ilmu dakwah turut
diintegrasikan bersama dengan ilmu lain mengukuhkan kredibiliti pendakwah.

Topik 4 menghuraikan rukun, ciri dan sistem yang terdapat dalam agama Islam.
Berdakwah memerlukan pengetahuan perbandingan agama, justeru topik ini
turut membincangkan kepercayaan dan agama besar di dunia seperti Yahudi,
Kristian, Buddha dan Hindu. Kepercayaan penduduk asal di Malaysia turut
dibincangkan secara ringkas, iaitu kepercayaan etnik di Sabah, Sarawak dan Orang
Asli di Semenanjung.

Topik 5 membincangkan kepentingan dakwah dalam Islam, kepentingan dan


kelebihan pendakwah yang mempunyai kepentingan yang sama. Topik ini turut
membahaskan sifat dan akhlak yang membentuk pendakwah yang baik dan
berjaya. Pelajar akan didedahkan dengan persediaan yang perlu bagi seorang
pendakwah dalam menjalankan tanggungjawabnya yang mencabar. Untuk
melengkapkan perbincangan, cabaran yang akan dihadapi oleh pendakwah turut
dikemukakan.

Topik 6 menghuraikan keperibadian tokoh pendakwah yang dipilih mengikut


zaman sejak zaman Rasulullah SAW sehingga hari ini. Selain daripada biodata
tokoh pendakwah tersebut, pengalaman yang meliputi aspek pendekatan dan
cabaran sewaktu tokoh ini berdakwah turut menjadi isi penting perbincangan.

Topik 7 membincangkan tentang madÊu dan perkara penting yang berkaitan


dengannya. Ia termasuklah maksud atau definisi madÊu. Topik madÊu merupakan
tajuk yang sangat penting kerana madÊu yang akan menentukan pemilihan kaedah
yang digunakan oleh pendakwah untuk menyampaikan dakwah. Selain itu,
perbincangan mengenai hak dan kewajipan madÊu dimuatkan, sekali gus
mengenal pasti golongan madÊu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Topik 8 membicarakan metodologi dakwah, iaitu cara dakwah perlu


dilaksanakan. Ia memfokuskan kandungan ayat 125 surah an-Nahl. Berdasarkan
ayat tersebut, metode al-hikmah, al-mawÊizah al-hasanah dan al-mujadalah
al-husna dijelaskan termasuk dalam aspek pemahaman makna, pelaksanaan dan
kepentingannya. Kefahaman dan pelaksanaan metode al-mujadalah al-husna
dalam konteks dakwah masa kini juga dibincangkan.

Topik 9 memfokuskan organisasi dakwah di Malaysia serta pengurusannya.


Organisasi dakwah dalam perbincangan topik ini akan dijuruskan terhadap
organisasi dari badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Di samping itu, dalam
topik ini juga, perbincangan akan tertumpu pada pengurusan organisasi dakwah
dan pengurusan aktiviti dakwah.

Topik 10 membincangkan isu dan cabaran dakwah kontemporari di Malaysia.


Sesungguhnya, bukan mudah untuk menjalankan urusan aktiviti dakwah di
Malaysia yang dikenal sebagai negara yang terdiri daripada berbilang etnik,
agama dan budaya yang berbeza. Sensitiviti agama dan etnik perlu ditangani
dengan sewajarnya oleh pendakwah mahupun organisasi dakwah.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan
menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada
anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan
anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan
kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari
kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan
yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir
secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas,
merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini
membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada
akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang
berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Buku rujukan bagi kursus ini adalah sepertimana yang dicadangkan dan
dinyatakan dalam bahagian rujukan pada akhir setiap topik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian
untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24×7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Konsep Asas
Dakwah
1 Dr Wan Mohammad Ubaidillah Wan Abas
ubaidillah@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengertian dakwah dan konsepnya menurut al-Quran
dan hadis;
2. Menerangkan matlamat, hukum dan hikmah dakwah; dan
3. Membincangkan sumber kepada ilmu dakwah.

 PENGENALAN
Islam adalah antara agama yang memiliki penganut teramai di dunia pada hari
ini. Tahukah anda bagaimanakah permulaan agama ini dan bagaimanakah ia
berkembang dengan begitu meluas? Tidak lain dan tidak bukan ia adalah hasil
usaha dan pengorbanan para penganutnya untuk menyebarkannya kepada orang
lain. Usaha tersebut dinamakan sebagai dakwah.

Adakah anda tahu dari mana asalnya perkataan dakwah dan apakah pengertian
di sebalik perkataan dakwah? Mari kita baca penjelasannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

1.1 PENGERTIAN DAKWAH


Perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab, iaitu ‫ ُدعَا ًء َد ْع َوةً يَ ْدعُو َدعَا‬yang
bermaksud memanggil, mengundang, menyeru, mengajak dan mendoakan (Ibn
Manzur, 1414 H; Al-Razi, 1999). Ia bererti menyampaikan sesuatu kepada orang
lain untuk mencapai tujuan tertentu.

Perkataan dakwah ini sendiri adalah berbentuk isim masdar. Terma ini dapat
dilihat dalam firman Allah SWT:

٢٥ ‫يم‬ َ ۡ ُّ َ
ٖ ‫صر ٰ ٖط مست ِق‬
ِ ٰ َ ِ ‫ٱلس َل ٰ ِم َو َي ۡه ِدي َمن ي َ َشا ٓ ُء إ‬
َّ ‫َدار‬ ٰ َ ِ ‫َوٱ َّ ُ يَ ۡد ُع ٓوا ْ إ‬
ِ
Maksudnya:
Itulah dia kesudahan kehidupan dunia, dan sebaliknya Allah menyeru manusia
ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk
hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang
peraturan-Nya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).
(Surah Yunus, 10:25)

Menurut Kamus Dewan (2005), pengertian dakwah dapat dibahagikan kepada


dua (lihat Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Pengertian dakwah menurut Kamus Dewan (2005)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  3

1.1.1 Pengertian Dakwah secara Istilah


Seterusnya, mari kita fahami dengan lanjut pengertian dakwah secara istilah.
Jadual 1.1 menjelaskan pengertian dakwah daripada enam sumber.

Jadual 1.1: Pengertian Dakwah daripada Enam Sumber

Sumber Penjelasan
Syeikh Ali Mahfuz Syeikh Ali Mahfuz merupakan pendakwah terkenal yang juga
(1979) merupakan ulama kanan al-Azhar pada tahun 1970-an. Beliau
menyatakan bahawa perkataan dakwah pada pemahaman biasa
ialah usaha menggalakkan manusia untuk berbuat kebaikan dan
hidayah, menyuruh kepada yang makruf, dan melarang daripada
melakukan perbuatan yang mungkar supaya mendapat kejayaan di
dunia dan di akhirat.
Yusuf Beliau memberikan definisi dakwah sebagai usaha membawa orang
al-Qardhawi lain kepada agama Islam supaya mengikut petunjuk agama ini,
(1996) melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini,
mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan
taat kepada Allah SWT sahaja, melepaskan diri daripada segala
kongkongan yang bukan daripada Allah SWT atau tahu yang
terpaksa dipatuhi memberi hak kepada orang yang ditentukan hak
oleh Allah SWT menafikan hak ke atas orang yang dinafikan hak
oleh Allah SWT menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran dan berjihad pada jalan-Nya.
Rauf Syalabi Beliau menerangkan bahawa dakwah islamiah itu ialah gerakan
membawa ataupun mengubah masyarakat daripada keadaan kufur
kepada keadaan iman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan
cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang di
dunia dan di akhirat (Ab Aziz Mohd Zin, 1999).
Endang Saefuddin Beliau menyatakan dakwah dalam Islam terbahagi kepada dua
Anshari (1993) pengertian, iaitu dalam erti yang terbatas dan erti yang luas.
Pengertian dakwah dalam erti yang terbatas ialah penyampaian
Islam kepada manusia, sama ada secara lisan mahupun tulisan,
ataupun secara lukisan (panggilan, seruan dan ajakan kepada
manusia pada Islam).
Manakala pengertian dakwah Islam dalam erti yang luas ialah
penghuraian, penterjemahan dan perlaksanaan Islam dalam
kehidupan manusia, termasuk di dalamnya bidang politik, ekonomi,
sosial, pendidikan, ilmu pengetahuan, kesenian, kekeluargaan dan
lain sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

Abdi Syahrial Beliau menjelaskan dakwah bererti mengubah umat daripada satu
Harahap (2015) keadaan kepada keadaan yang lebih baik dari segala aspek
kehidupan dengan tujuan merealisasikan ajaran Islam dalam
kenyataan sehari-hari, sama ada bagi kehidupan seorang secara
peribadi, keluarga mahupun masyarakat.
Tambahnya, dakwah ialah proses upaya mengubah sesuatu keadaan
kepada keadaan lain yang lebih baik sesuai dengan ajaran Islam,
atau proses mengajak manusia ke jalan Allah SWT, iaitu Islam dalam
membawa agama Islam itu untuk kepentingan umat manusia sendiri
dan bahkan sebagai rahmatan lil Âalamin.
Ab Aziz Mohd Zin Beliau dalam kesimpulannya menyatakan dakwah ialah usaha yang
(1999) dilakukan oleh seseorang ataupun kumpulan dengan pendekatan
tertentu untuk membawa manusia kepada keredaan Allah SWT.

Terdapat banyak ayat yang menerangkan tentang pengertian dakwah dalam


al-Quran. Yang berikut adalah antara ayat al-Quran yang menjelaskan pengertian
dakwah.

(a) Surah an-Nahl Ayat 125


َ َّ ُ ۡ ٰ َ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َۡ َ َ ۡ ۡ َ َّ َ َٰ ‫عإ‬ُ ۡ
ُ‫ه أ ۡح َسن‬
َ ‫ت‬ ‫ٱل‬ ‫ب‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫د‬ ‫ج‬ ‫و‬ ‫ة‬ ‫ن‬ ‫س‬ ‫ٱل‬ ‫ة‬ ‫ِظ‬
‫ع‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ٱل‬‫و‬ ‫ة‬ ‫م‬ ‫ِك‬ ‫ٱل‬ ‫ب‬ ‫ك‬ ‫ب‬ ‫ر‬ ‫يل‬ ‫ب‬ ‫س‬
ۚ ِ ِ ِ ِ ِۖ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ٱد‬
َ َ ۡ ُ ۡ َُۡ َ ََُ َ َ َّ َ َ ُ َ ۡ َ َ ُ َ َّ َ َّ
١٢٥ ‫إِن ربك هو أعلم بِمن ضل عن سبِيلِهِۦ وهو أعلم بِٱلمهت ِدين‬
Maksudnya:
Serulah ke jalan Tuhan-mu (wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan
mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhan-mu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Surah an-Nahl, 16:125)

(b) Surah al-Hajj Ayat 67

َ ّ َ َٰ ُ ۡ َ ۡ َ ۡ َ َّ ُ ٰ َ ُ َ َ ُ ُ َ ۡ ُ ً َ َ َ ۡ َ َ َّ ُ ّ ُ ّ
ۖ ‫ِك أمةٖ جعلنا منسك هم نا ِسكوهۖ ف ين ِزعنك ِف ٱلم ِرۚ وٱدع إ ِ ربِك‬ ِ ‫ل‬
َ ‫ل ُه ٗدى ُّم ۡس‬
ٰ َ َ َ َ َّ
٦٧ ‫يم‬ٖ ‫ق‬
ِ ‫ت‬ ‫إِنك لع‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  5

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka
ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu
dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia
kepada agama Tuhan-mu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di
atas jalan yang lurus.
(Surah al-Hajj, 22:67)

(c) Surah Fussilat Ayat 33

َ ۡ ُ ۡ َ َّ َ َ َ ٗ ٰ َ َ َ َ َّ َ ٓ َ َ َّ ّ ٗ ۡ َ ُ َ ۡ َ ۡ َ َ
٣٣‫ومن أحسن قو مِمن دع إ ِ ٱ ِ وع ِمل صلِحا وقال إِن ِن مِن ٱلمسل ِ ِمي‬
Maksudnya:
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri
mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: „Sesungguhnya aku adalah
daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!‰
(Surah Fussilat, 41:33)

(d) Surah ar-RaÊd Ayat 36


َ َ ۡ َ َ ُ ٓ َ َ ُ َ ۡ َ َ ٰ َ ۡ ُ ُ ٰ َ ۡ َ َ َ َّ َ
ُ‫كۖ َوم َِن ۡٱل ۡح َزاب َمن يُنكِر‬ ‫نزل إِل‬
ِ ِ ‫وٱلِين ءاتينهم ٱلكِتب يفرحون بِما أ‬
َ َ َ
َ ْ ُ ۡ ۡ َ ٓ َ ۡ ُ ٓ َ َ َ َّ َ ُ ۡ َ ۡ َ ُ ۡ ُ ٓ َ َّ ۡ ُ ُ َ ۡ َ
ۡ
٣٦ ‫اب‬ِ ٔ‫شك بِهِۚۦ إِلهِ أدعوا لهِ مـ‬ ِ ‫بعضه ۚۥ قل إِنما أمِرت أن أعبد ٱ و أ‬
Maksudnya:
Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa-
apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan antara
beberapa kumpulan daripada orang-orang itu ada yang mengingkari
sebahagiannya. Katakanlah: „Sesungguhnya aku hanya diperintahkan
supaya menyembah Allah, dan supaya aku tidak mempersekutukan-Nya
dengan sesuatu yang lain: kepada-Nya-lah aku menyeru (manusia
semuanya untuk menyembah-Nya), dan kepada-Nya-lah tempat kembaliku
(dan kamu semuanya untuk menerima balasan).‰
(Surah ar-RaÊd, 13:36)

Ayat tersebut memberi pengertian yang sama tentang dakwah, iaitu


membawa usaha membawa manusia kepada agama Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

AKTIVITI 1.1

Dapatkan maklumat lanjut tentang definisi dakwah menurut pelbagai


tokoh dan bincangkannya dengan rakan sekuliah anda dalam forum
myINSPIRE.

1.2 KONSEP DAKWAH MENURUT AL-QURAN


DAN HADIS
Seterusnya, kita akan memfokuskan perbincangan kita terhadap konsep dakwah
menurut al-Quran dan hadis.

1.2.1 Konsep Dakwah Menurut al-Quran


Perkataan dakwah berulang disebut dalam al-Quran dengan segala perubahan
bentuknya. Jika dilihat dari segi pemaknaan, perkataan dakwah dalam al-Quran
mempunyai banyak makna, antaranya ialah (M. Rosyid Ridla, Afif RifaÊi &
Suisyanto, 2017):

(a) Penamaan seperti dalam surah al-IsraÊ ayat 110.

ۡ َ َ َ ٰ َ ۡ ُ ۡ ُ ٓ َ ۡ َ ۡ ُ َ َ ْ ُ ۡ َ َّ ّٗ َ َ ٰ َ ۡ َّ ْ ُ ۡ َ َ َّ ْ ُ ۡ ُ
ۡ‫ت َهر‬ ‫ق ِل ٱدعوا ٱ أوِ ٱدعوا ٱلرحمنۖ أيا ما تدعوا فله ٱلسماء ٱلسن ۚ و‬
ٗ َ َ ََۡ َۡ َ َ ۡ َُ ََ َ َ َ
١١٠ ‫ي ذٰل ِك َسبِي‬ ‫بِص ت ِك و تاف ِت بِها وٱبتغِ ب‬
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): „Serulah nama ÂAllahÊ atau nama
ÂAr-RahmanÊ, yang mana sahaja kamu serukan (daripada kedua-dua nama
itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang
baik serta mulia.‰ Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau
solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja
satu cara yang sederhana antara itu.
(Surah al-IsraÊ, 17:110)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  7

(b) Ibadah seperti dalam surah Maryam ayat 48.

ٓ َ ُ َ ٓ َّ َ ٰٓ َ َ ّ َ ْ ُ ۡ َ َ َّ ُ َ ُ َۡ َ َ ۡ ُ ُ َ ۡ ََ
ِ‫كون ب ِ ُد َعء‬ ‫ون ٱ ِ وأدعوا ر ِب عس أ أ‬ ِ ‫د‬ ‫ِن‬
‫م‬ ‫ون‬ ‫تلكم وما تدع‬ ِ ‫وأع‬
ٗ َ ّ
٤٨ ‫َر ِب شقِ ّيا‬
Maksudnya:
Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa-apa yang
kamu sembah yang lain daripada Allah; dan aku akan beribadat kepada
Tuhan-ku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada
Tuhan-ku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu).
(Surah Maryam, 19:48)

(c) Permohonan seperti dalam surah al-Baqarah ayat 186.

ْ ُ َ ۡ ََۡ َ َ َ َّ َ َ ۡ َ ُ ُ ٌ َ ّ َ ّ َ َ َ ََ َ َ
‫جيبوا‬ ِ ‫جيب دعوة ٱل‬
ِ ‫اع إِذا دع ِنۖ فليست‬ ِ ‫ذا سألك عِبادِي ع ِن فإ ِ ِن ق ِريبۖ أ‬
َ ُ َّ َ ْ ۡ ۡ
١٨٦ ‫ِ َولُؤم ُِنوا ِب ل َعل ُه ۡم يَ ۡرش ُدون‬
Maksudnya:
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka
(beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila
dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku
(dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-
Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah al-Baqarah, 2:186)

(d) Nisbah seperti dalam surah Maryam ayat 91.

َ َ
٩١ ‫َو ٗلا‬ َّ‫أن َد َع ۡوا ْ ل ِلر‬

Maksudnya:
Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai
anak.
(Surah Maryam, 19:91)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

(e) Permintaan bantuan dan pertolongan seperti dalam surah al-Baqarah


ayat 23.

ْ ُ ۡ َ ۡ ّ ّ َ ُ ْ ُ ۡ َ َ ۡ َ ٰ َ َ َ ۡ َّ َ َّ ّ ۡ َ ُ ‫ن ُك‬
ۡ ‫نت‬
‫عب ِدنا فأتوا بِسورة ٖ مِن مِثلِهِۦ وٱدعوا‬ ‫ب مِما نزلا‬ٖ ‫ي‬ ‫ر‬ ‫ف‬ ِ ‫م‬
َ ‫نت ۡم َص ٰ ِدق‬ ُ
ُ ‫كم ّمِن ُدون ٱ َّ ِ إن ك‬ ُ ََٓ َ ُ
٢٣ ‫ِي‬ ِ ِ ‫شهداء‬
Maksudnya:
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa-apa yang Kami turunkan
(al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan
datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan
panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain
daripada Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
(Surah al-Baqarah, 2:23)

(f) Panggilan ataupun seruan seperti dalam surah al-MaÊarij ayat 17, surah Ali
Imran ayat 104 dan surah an-Nahl ayat 125.

(i) Surah al-MaÊarij ayat 17

َّ َ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َ ْ ُ ۡ َ
ٰ
١٧ ‫تدعوا من أدبر وتول‬
Maksudnya:
Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi
serta berpaling (daripada kebenaran).
(Surah al-MaÊarij, 70:17)

(ii) Surah Ali Imran ayat 104

َ ۡ َََۡ ُ ۡ َ ۡ َ ُ ُ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ُ ۡ َ ٞ َّ ُ ۡ ُ ّ ُ َ ۡ َ
‫وف وينهون‬ِ ‫ي ويأمرون بِٱلمعر‬ ِ ‫ولكن مِنكم أمة يدعون إ ِ ٱل‬
َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ َ ٰٓ َ ْ ُ َ َ ُ ۡ َ
١٠٤ ‫ع ِن ٱلمنك ِرۚ وأولئِك هم ٱلمفلِحون‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  9

Maksudnya:
Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah
(buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang
yang berjaya.
(Surah Ali Imran, 3:104)

(iii) Surah an-Nahl ayat 125

َ‫ج ٰ ِدل ۡ ُهم ب ِ َّٱلت ِه‬


َ ‫ٱل َس َنةِ َو‬
َ ۡ َ ۡ َۡ َ َ ۡ ۡ َ َّ َ ٰ َ ُ ۡ
ِ ۖ ِ‫يل ربِك بِٱل ِكمةِ وٱلموعِظة‬ِ ِ ‫ٱدع إ ِ سب‬
َ ۡ ُ ۡ َُۡ ََُ َ َ َ َّ َ َ ُ َ ۡ َ ُ َ َّ َ َّ ُ َ ۡ َ
َ
َ
١٢٥ ‫أحسنۚ إِن ربك هو أعلم بِمن ضل عن سبِيلِهِۦ وهو أعلم بِٱلمهت ِدين‬
Maksudnya:
Serulah ke jalan Tuhan-mu (wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhan-mu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan
orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Surah an-Nahl, 16:125)

Perbezaan makna tersebut adalah lebih kepada bentuk uslub atau gaya bahasa
yang dipakai. Dalam modul ini, konsep dakwah yang digunakan dan ditekankan
ialah makna dakwah sebagai seruan, panggilan, ajakan dan yang sama makna
dengannya. Penyebutan kalimah dakwah dalam al-Quran secara berulang kali
dengan pelbagai perubahan maknanya menunjukkan betapa pentingnya dakwah
dalam kehidupan manusia khususnya umat Islam.

Dalam hal ini, al-Quran mempunyai erti penting bagi pengembangan dakwah,
baik secara praktik mahupun teori yang meliputi empat perkara berikut:

(a) Al-Quran sebagai Landasan Teologi dan Hukum


Al-Quran sebagai landasan teologi bermaksud dakwah merupakan
bahagian daripada ajaran Islam yang perlu diyakini kebenarannya dan
menjalankan tugas dakwah merupakan bahagian daripada aplikasi
keyakinan yang bernilai ibadah (M. Rosyid Ridla, Afif RifaÊi & Suisyanto,
2017).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

Perlu diyakini juga bahawa penyebaran agama Islam dilakukan melalui


jalan dakwah, bukan melalui perang ataupun kekerasan. Dalam hal ini,
sejarah penyebaran Islam di Nusantara membuktikan bahawa Islam
disebarkan melalui jalan damai.

Adapun al-Quran sebagai landasan hukum kerana dalam al-Quran banyak


perkataan dakwah yang disebut dengan menggunakan bentuk fiÊil amar
atau perintah dan perkataan dakwah yang didahului oleh kalimah perintah.
Misalnya, apabila kita melihat dalam surah Ali Imran ayat 104 dan 110 serta
surah an-Nahl ayat 125 sebagaimana berikut:

(i) Surah Ali Imran ayat 104

َ ۡ َََۡ ُ ۡ َ ۡ َ ُ ُ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ُ ۡ َ ٞ َّ ُ ۡ ُ ّ ُ َ ۡ َ
‫وف وينهون‬ِ ‫ي ويأمرون بِٱلمعر‬ ِ ‫ولكن مِنكم أمة يدعون إ ِ ٱل‬
َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ َ ٰٓ َ ْ ُ َ َ ُ ۡ َ
١٠٤ ‫حون‬ ِ ‫ع ِن ٱلمنك ِرۚ وأولئِك هم ٱلمفل‬
Maksudnya:
Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah
(buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang
yang berjaya.
(Surah Ali Imran, 3:104)

(ii) Surah Ali Imran ayat 110

َ ُۡ َ َ ۡ َََۡ ُ ۡ َ ۡ َ ُ َُۡ َّ ۡ َ ۡ ُ َّ ُ َ ۡ َ ۡ ُ ُ
‫وف وتنهون ع ِن ٱلمنك ِر‬ ِ ‫اس تأمرون بِٱلمعر‬ ِ ‫كنتم خي أم ٍة أخ ِرجت ل ِلن‬
َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ ۡ ّ ُ َّ ٗ ۡ َ َ َ َ ٰ َ ۡ ُ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ َّ َ ُ ۡ ُ َ
‫ب لكن خيا له ۚم مِنهم ٱلمؤمِنون‬ ِ ‫وتؤمِنون بِٱ ِۗ ولو ءامن أهل ٱلكِت‬
َ ُ َٰۡ ُ ُ َُ ۡ ََ
١١٠ ‫سقون‬ ِ ‫وأكثهم ٱلف‬
Maksudnya:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh
berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala
perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada
Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  11

dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah


(iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang
beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
(Surah Ali Imran, 3:110)

(iii) Surah an-Nahl ayat 125

َ‫ج ٰ ِدل ۡ ُهم ب ِ َّٱلت ِه‬


َ ‫ٱل َس َنةِ َو‬
َ ۡ َ ۡ َۡ َ َ ۡ ۡ َ َّ َ ٰ َ ُ ۡ
ِ ۖ ِ‫يل ربِك بِٱل ِكمةِ وٱلموعِظة‬ِ ِ ‫ٱدع إ ِ سب‬
َ ۡ ُ ۡ َُۡ ََُ َ َ َ َّ َ َ ُ َ ۡ َ ُ َ َّ َ َّ ُ َ ۡ َ
َ
َ
١٢٥ ‫أحسنۚ إِن ربك هو أعلم بِمن ضل عن سبِيلِهِۦ وهو أعلم بِٱلمهت ِدين‬
Maksudnya:
Serulah ke jalan Tuhan-mu (wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhan-mu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan
orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Surah an-Nahl, 16:125)

Penggunaan perkataan dakwah dengan fiÊil amar atau kata kerja perintah
menunjukkan bahawa dakwah menyeru atau mengajak kepada kebaikan
merupakan kewajiban atau perbuatan wajib bagi umat Islam baik secara
individu ataupun kelompok (menurut tahap kemampuan masing-masing).

(b) Memberi Inspirasi Pengembangan Prinsip Dakwah secara Praktikal


Misalnya, prinsip asas dakwah bahawa tujuan utama dakwah adalah
terbentuknya umat yang terbaik (Surah Ali Imran, 3:110) dan terbentuknya
umatan wasatan atau umat yang adil menjadi saksi dalam kehidupan (Surah
al-Baqarah, 2:143).

Dalam hal metode dakwah, jalan untuk menuju khaira ummah atau
ummatan wasatan memerlukan cara tertentu dan melibatkan orang lain
yang al-Quran menyatakan prinsip metode (Surah an-Nahl, 16:125). Hikmah
sebagai landasan falsafah kegiatan dakwah secara umum, mawÊizah
hasanah dan mujadalah billati hiya ahsan sebagai landasan operasional
(M. Rosyid Ridla, Afif RifaÊi & Suisyanto, 2017).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

Etika dakwah juga dijelaskan dalam al-Quran. Mari kita lihat Rajah 1.2 untuk
mengetahui etika yang perlu diikuti apabila menyebarkan dakwah.

Rajah 1.2: Enam etika dakwah menurut al-Quran

(c) Prinsip Penjanaan Semula Dakwah (Surah Yusuf, 12:108)


Dakwah Nabi Muhammad SAW adalah terbatas dengan umur dan dalam
kurun waktu tertentu, sedangkan dakwah perlu terus berjalan. Maka,
penerus dakwah Nabi Muhammad SAW ialah para sahabat, tabiin, dan
seterusnya dilanjutkan oleh para daÊi dan ulama. Alasannya adalah kerana
ulama merupakan pewaris Nabi dan ulama merupakan golongan hamba
Allah yang paling takut dan taat kepada-Nya (Surah Fatir, 35:28).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  13

(d) Al-Quran Menjadi Sumber Utama Dakwah (Surah al-Ahzab, 33:39 dan
Surah al-Maidah, 5:67)
Sumber tersebut kemudian dihuraikan dengan lebih terperinci dari aspek
akidah, syariah, ibadah, akhlak, muamalah dan lain-lain. Ia kemudian secara
operasional akan dihuraikan oleh daÊi menurut kompetensi dan keahliannya
masing-masing. Dakwah disampaikan dengan nada dan gaya tertentu.

Terdapat lima bentuk dakwah dalam al-Quran dan ini ditunjukkan dalam
Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Lima Bentuk Dakwah dalam al-Quran

Bentuk
Keterangan
Dakwah
Tazkir Dakwah dengan cara mengingatkan kepada orang yang lupa supaya
kembali kepada jalan yang baik (Surah az-Zariyat, 51:55).
Nazir Memberi peringatan dengan menyampaikan khabar yang
menakutkan (Surah al-Maidah, 5:15; Surah asy-SyuÊara, 26:214; dan
Surah Yasin, 36:6).
Basyir Memberi peringatan dengan menyampaikan khabar yang
menyenangkan (Surah al-Baqarah, 2:155).
Islah Mendamaikan dua orang atau kelompok orang yang sedang
berselisih (Surah al-Hujurat, 49:13).
Nasihah Memberi nasihat kepada seseorang baik diminta ataupun tidak
(Surah al-ÊAsr, 103:3).

SEMAK KENDIRI 1.1

Melalui ayat-ayat al-Quran yang diberi, apakah tema-tema yang


diutarakan dalam ayat tersebut berkaitan dengan dakwah?

1.2.2 Konsep Dakwah Menurut Hadis


Sebagai sumber kedua daripada perbahasan dakwah, hadis secara teori mahupun
amali juga menjadi landasan teologi sebagaimana al-Quran. Di samping itu, hadis
menjadi landasan hukum meliputi perkara dasar, sumber inspirasi dan sumber
motivasi dalam mengembangkan dakwah (M. Rosyid Ridla, Afif RifaÊi &
Suisyanto, 2017).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

Sebagai landasan teologi, dakwah merupakan bahagian daripada ajaran Islam


yang perlu diyakini kebenarannya dan wajib dilaksanakan, malahan Nabi
Muhammad SAW memberi contoh bahawa hidupnya diabadikan untuk dakwah.

Sebagai landasan hukum, hadis banyak menyebut perkataan dakwah dalam


bentuk fiÊil amar atau perintah dan perkataan dakwah yang didahului oleh
kalimah perintah.

Contoh yang pertama ialah:

Maksudnya:
Abu Said al-Khudry r.a. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda
(maksudnya): „Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan
tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisan, dan jika tidak mampu juga,
maka dengan hatinya dan ia adalah selemah-lemah iman.‰
(Hadis riwayat Muslim, 78)

Kedua, hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin ÂAs r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:
Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.
(Hadis riwayat al-Bukhari, 3461)

Dalam kajian dakwah, hadis mempunyai kedudukan yang strategik iaitu menjadi
bahan pokok dakwah setelah al-Quran. Hal ini kerana secara keseluruhan hadis
dapat diambil menjadi topik atau mawduÊ dakwah, contohnya:

...Telah aku tinggalkan kepada kamu selepasku dua perkara, selagi kamu
berpegang dengannya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah dan sunnah
Nabimu.
(Hadis riwayat Imam al-Hakim)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  15

Topik tersebut kemudian diperincikan dalam aspek akidah, syariah (seperti


ibadah dan muamalah) dan akhlak yang secara pelaksanaannya akan diperincikan
oleh daÊi menurut kompetensi dan keahlian masing-masing.

Dalam pelaksanaannya, dakwah memiliki beberapa hal teknikal yang perlu


dilakukan supaya terhasil dakwah yang efektif dan efisien (M. Rosyid Ridla, Afif
RifaÊi & Suisyanto, 2017). Ia meliputi perkara seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Empat kaedah penghasilan dakwah yang efektif dan efisien

Seterusnya, mari kita lihat penerangannya secara lebih terperinci.

(a) Dilaksanakan secara Bertahap


Ia perlu dilakukan daripada tahap satu kepada tahap lainnya, iaitu daripada
yang paling mudah ke tahap yang lebih mencabar. Hal ini sebagaimana
hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas r.a. menerangkan, bahawa ketika Rasulullah SAW mengutus


Muaz ke Yaman, beliau bersabda:

Kamu nanti akan mendatangi ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), suruhlah
mereka untuk bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku utusan
Allah. Jika mereka telah mematuhi apa-apa yang kamu sampaikan
beritahukan kepada mereka, bahawa Allah mewajibkan solat lima waktu
sehari semalam. Jika mematuhi apa-apa yang kamu sampaikan
sampaikanlah kepada mereka, bahawa Allah mewajibkan zakat yang
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
16  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

diambil daripada yang kaya mereka untuk dibagikan kepada mereka yang
fakir miskin, jika mereka telah mematuhimu berhati-hatilah terhadap harta
milik mereka yang mereka muliakan dan takutlah terhadap doa orang-orang
yang teraniaya, kerana antara doanya dengan Allah tidak ada dinding sama
sekali.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

(b) Memilih Saat ataupun Waktu yang Tepat untuk Menghindari Kebosanan
Hal ini sebagaimana hadis Ibnu MasÊud bahawa beliau berkata
(maksudnya):

Nabi SAW dalam memberikan pengajaran kepada kami selalu memilih


waktu, kerana menghindari kebosanan.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

(c) Memberi Kemudahan Bukan Menyulitkan


Penyataan tentang usaha memberi kemudahan dalam dakwah termaktub
dalam hadis daripada Amar bin Abi Musa daripada bapanya dia berkata
(maksudnya), „Ketika Rasulullah SAW mengutus Abi Musa dan Muaz bin
Jabal ke Yaman, beliau berpesan kepada kedua-duanya, supaya kalian
mempermudah dan jangan menyusahkan, supaya menggembirakan dan
jangan membuat orang lari, supaya kalian saling membantu dan jangan
berselisih‰ (al-Bukhari).

(d) Dilakukan Sesuai dengan Kemampuan


Hal ini sebagaimana hadis daripada Nabi Muhammad SAW:

Daripada Abdullah bin Amru bin al-ÊAs r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW
bersabda: „Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat....‰
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Dakwah perlu dilakukan dengan sebaik mungkin dengan menyesuaikan


dengan realiti masyarakat setempat. Kehancuran kehidupan umat dan
masyarakat boleh berlaku akibat daripada kegagalan dakwah. Ia
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dari
Ibnu MasÊud berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  17

Ibnu MasÊud berkata: bersabda Rasulullah SAW: „Kerosakan pertama yang


terjadi pada Bani Israil, iaitu seseorang jika bertemu kawannya sedang
berbuat kejahatan diingatkan: Ya Fulan bertakwalah kepada Allah dan
tinggalkan perbuatan yang tidak halal itu. Kemudian pada esok harinya
bertemu lagi dengan kawannya yang sedang berbuat maksiat seperti
semalam dan tidak ditegur dan bahkan dia sudah menjadi teman makan
minum dan teman perbualannya. Maka, ketika demikian keadaan mereka,
maka Allah menutup hati masing-masing.‰

Hadis tersebut memperkuatkan firman Allah SWT dalam surah al-Maidah


ayat 78 hingga 81 yang bermaksud:

Orang-orang kafir Yahudi daripada Bani Israil telah dilaknat (dalam Kitab-
kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam.
Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan
mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya
amatlah buruknya apa-apa yang mereka telah lakukan. Engkau melihat
banyak daripada mereka menjadikan orang-orang kafir (Musyrik) teman
rapat mereka. Demi sesungguhnya, amatlah buruknya apa-apa yang mereka
sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak,) iaitu kemurkaan Allah
menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).
Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa-apa
yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang
(Musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan daripada mereka
adalah orang-orang fasik.
(Surah al-Maidah, 5:7881)

AKTIVITI 1.2

Buat carian dalam Internet berkenaan hadis-hadis yang berkaitan dengan


dakwah. Bincangkan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

1.3 MATLAMAT DAKWAH


Setelah kita mengetahui konsep dakwah berdasarkan apa yang disebutkan dalam
ayat al-Quran dan hadis, sekarang mari kita lihat pula apakah matlamat dakwah.
Rajah 1.4 memaparkan matlamat dakwah yang perlu anda ketahui.

Rajah 1.4: Lima matlamat dakwah

Sekarang, mari kita meneliti kelima-lima matlamat dakwah ini.

(a) Mentauhidkan Allah SWT


Tujuan utama setiap Rasul diutus oleh Allah SWT adalah menyampaikan
risalah yang sama, iaitu mentauhidkan Allah SWT. Dakwah yang
disampaikan oleh daÊi berfungsi sebagai cara untuk menyeru manusia
menjadi saksi kepada al-Haq, iaitu kebenaran yang datang melalui wahyu.
Ia merupakan suatu amanah yang tidak boleh dinafikan oleh hawa nafsu
semata-mata untuk memenuhi kepentingan diri individu. Jika seseorang daÊi
tunduk kepada tuntutan hawa nafsu, maka akan rosak binasa dunia ini.

Selain itu, seorang daÊi dalam dakwahnya perlulah mengutamakan kejayaan


dan keselamatan hidup di akhirat dan tidak mengutamakan kesenangan
hidup di dunia kerana daÊi akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang
disampaikan dalam dakwahnya di hadapan Allah SWT kelak (Sulaiman
Ibrahim et al., 2001).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  19

(b) Menyempurnakan Akhlak Mulia


Manusia merupakan makhluk Allah SWT yang diberi keistimewaan lebih
berbanding dengan makhluk-Nya yang lain kerana manusia dianugerahkan
tingkah laku dan akhlak yang mulia. Oleh yang demikian, dakwah islamiah
penting dalam menyempurnakan akhlak manusia untuk menjadikan akhlak
tersebut mulia dan terpuji. Perutusan Rasulullah SAW untuk menyucikan
akhlak manusia amat bertepatan kerana Baginda SAW sendiri mempunyai
akhlak yang amat mulia dan tiada bandingannya.

Sayidatina Aisyah r.a. ketika ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW


mengatakan bahawa akhlak yang dimiliki Baginda umpama al-Quran yang
berjalan. Wujudnya budi pekerti dan akhlak yang tinggi dalam diri Baginda
SAW Rasulullah SAW menuntut umat manusia untuk menjadikan diri
Baginda SAW sebagai contoh tauladan yang terbaik (Sulaiman Ibrahim et al.,
2001).

(c) Amar Makruf Nahi Mungkar


Penyebaran dan pengamalan amar makruf nahi mungkar menjadi
tanggungjawab kepada setiap individu. Ajaran agama selain daripada Islam
juga menuntut untuk melakukan kebaikan dan menjauhi perkara kejahatan.

Usaha dakwah juga tidak dapat lari daripada amar makruf nahi mungkar
kerana inilah menjadi salah satu faktor kepada pentingnya dakwah
disampaikan kepada masyarakat. Usaha mencegah kejahatan dan
kemungkaran perlulah bergerak seiringan dengan amar makruf bahkan
dalam menangani gejala negatif nahi mungkar itu perlu diutamakan dan
bertindak sebagai pelindung amar makruf. Dakwah Islamiah juga akan
menjadi hambar dan pincang sekiranya usaha dakwah hanya
mementingkan aspek amar makruf sahaja tanpa penekanan kepada aspek
nahi mungkar (Sulaiman Ibrahim et al., 2001).

(d) Membentuk Ummah Islam


Antara kepentingan lain dakwah islamiah adalah untuk membentuk
masyarakat menjadi satu ummah di bawah satu bendera, iaitu bendera
Islam. Antara prinsip tauhid yang perlu dijunjung oleh sekalian umat ialah
bersatu padu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam
usaha dakwah baginda. Hasilnya, Rasulullah SAW berjaya membentuk satu
ummah Islam dan negara Islam Madinah.

Pendakwah dalam dakwah mereka perlu menggunakan pendekatan ini


sebagai matlamat utama bagi memastikan usaha penyebaran Islam ini
berjalan dengan lancar dan berkesan. Rasulullah SAW mengibaratkan
kekukuhan ummah ini sebagai sebuah bangunan yang saling menyokong

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

satu sama lain; manakala keakraban hubungan sesama mukmin itu


digambarkan sebagai satu jasad yang jika sakit salah satu anggotanya, maka
anggota yang lain juga turut merasakan kesakitan yang sama (Sulaiman
Ibrahim et al., 2001).

(e) Menegakkan Daulah dan Syariat Allah SWT


Kerajaan Islam merupakan sebuah kerajaan yang penganutnya menganuti
ajaran Islam dan bertindak menjalankan hukum dan syariat yang
diperundangkan oleh Allah SWT. Menegakkan negara Islam dan syariat
Allah SWT merupakan kewajipan dan tanggungjawab setiap Muslim.
Kewajipan menegakkan kerajaan Islam merupakan fardu kifayah yang
menjadi tanggungjawab semua anggota masyarakat. Selain itu, melalui
pembentukan negara Islam, perpaduan sesama umat dapat dieratkan.
Pembentukan sebuah negara Islam merupakan kemuncak tujuan dakwah
(Hasan Ismail al-Hudhaibi, 1991).

Umat Islam perlu diingatkan supaya tidak menerima fahaman, peraturan


dan perundangan selain yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Para
pendakwah juga perlu meyakinkan umat manusia, khususnya umat Islam,
bahawa Islam merupakan dinullah yang sah dan benar serta tidak akan
berubah selamanya (Sulaiman Ibrahim et al., 2001).

SEMAK KENDIRI 1.2


Bagaimanakah amar makruf dan nahi mungkar sebagai satu matlamat
dakwah boleh dicapai dengan sebaiknya?

AKTIVITI 1.3
Usaha menegakkan daulah dan syariah selalu menimbulkan polemik
dalam masyarakat Islam kerana tafsiran dan metode yang berbeza.
Berikan pandangan anda bagaimana untuk menyatukan mereka.
Kongsikan pandangan anda dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  21

1.4 HUKUM BERDAKWAH


Melaksanakan dakwah adalah wajib berdasarkan keterangan daripada al-Quran,
hadis dan ijmak ulama. Ia dapat dibahagikan kepada wajib aini (fardu ain) dan
wajib kifayah (fardu kifayah). Lihat Rajah 1.5 untuk mengetahui maksud wajib
aini dan wajib kifayah.

Rajah 1.5: Maksud wajib aini dan wajib kifayah

Kewajipan ini merupakan suruhan Allah SWT terhadap hamba-Nya. Hal ini dapat
dilihat melalui beberapa firman Allah SWT yang menyatakan kewajipan tersebut
(Sulaiman Ibrahim et al., 2001):

َ ‫ك ۡٱلَ ۡق َرب‬
٢١٤ ‫ي‬
َ ََ َ ۡ ََ
‫شيت‬ِ ‫وأن ِذر ع‬
ِ
Maksudnya:
Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
(Surah asy-SyuÊaraÊ, 26:214)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

َّ ُ َ ۡ َ َ َّ ۡ َ َ َ َ َۡ َ ۡ َۡ َ َ ۡ ۡ َ َ َٰ ‫ع إ‬ ُ ۡ
‫يل َر ّبِك بِٱل ِكمةِ وٱلموعِظةِ ٱلسنةِۖ وج ِدلهم بِٱل ِت ِه أحسنۚ إِن‬
ُ ٰ
ِ ِ ‫ب‬ ‫س‬ ِ ‫ٱد‬
َ َ
َ ‫ك ُه َو أ ۡعلَ ُم ب َمن َض َّل َعن َسبيلِهِۦ َو ُه َو أ ۡعلَ ُم بٱل ۡ ُم ۡه َت ِد‬
١٢٥ ‫ين‬
َ َّ َ
‫رب‬
ِ ِ ِ
Maksudnya:
Serulah ke jalan Tuhan-mu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik dan berhujahlah dengan mereka (orang yang
engkau seru itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya, Tuhan-mu Dia-lah
jua yang lebih mengetahui akan orang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Surah an-Nahl, 16:125)

Kedua-dua ayat tadi jelas menyatakan bahawa dakwah merupakan salah satu
kewajipan yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam. Dakwah yang
dimaksudkan ini tidak semestinya dengan cara formal, namun ia sudah
mencukupi dengan nasihat-menasihati dan mengajak ke arah kebaikan.

Selain al-Quran, ulama juga menyimpulkan bahawa amalan berdakwah ini adalah
fardu ain ke atas ulama bagi menyampaikan ilmu dan kepakaran yang mereka
ada untuk menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia. Ia juga menjadi fardu
kifayah dalam menyediakan alat untuk berdakwah seperti tempat untuk
menyampaikan dakwah secara langsung dan sebagainya.

Hal ini merupakan fardu kifayah kepada pemimpin di sesuatu kawasan untuk
menyediakan tempat penyampaian dakwah ini. Tempat seperti ini boleh
menjadikan dakwah itu sentiasa terus berjalan. Menurut ijmak ulama,
menyampaikan dakwah itu adalah wajib kifaÊi sekiranya telah ada segolongan
umat Islam yang melakukan tugas dakwah dan wajib aini sekiranya seseorang itu
menjadi minoriti dalam masyarakat majoriti bukan Islam.

Dengan kata lain, hukumnya fardu ain jika menggunakan istilah dakwah bagi
maksud menarik orang lain memeluk Islam dan fardu kifayah jika dakwah
membawa maksud inzar ataupun memberi peringatan dalam kalangan
masyarakat Muslim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  23

1.5 HIKMAH DAN KELEBIHAN DAKWAH


Setelah kita mengetahui hukum berdakwah, ada baiknya kita tahu hikmah di
sebalik perintah Allah SWT supaya kita menjalankan dakwah-Nya.

Antara hikmahnya adalah seperti yang berikut:


(a) Melalui dakwah, Islam tertegak dan tersebar, dan dapat memberi hidayah
kepada manusia, mengenal Tuhan dan mengesakan-Nya, mengetahui
urusan agama dan hukum-Nya yang pelbagai.
(b) Dengan dakwah dapat membetulkan perhubungan dan pergaulan antara
manusia, keadaan sosial dan keluarga mereka.
(c) Dakwah juga dapat memperelok akhlak, meluruskan tingkah laku,
mengurangkan pertikaian, menghilangkan dendam dan dengki, lalu
manusia menjadi aman tenteram, berlapang dengan harta dan penampilan.
(d) Dengan dakwah, tersebar kebaikan dan menghentikan fasad, terlaksana
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
(e) Dengan dakwah dapat menghadapi segala fahaman/akidah yang rosak dan
menyebarkan akidah Islam yang sahih, yang dapat menjinakkan hati bukan
Islam lalu mereka beriman dan dapat menambahkan ketinggian Islam dan
memantapkan manhaj Allah SWT di bumi ini (Nasir Said al-Saif, 2018).

Selain itu, dakwah mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ia antara amalan


yang paling afdal kerana merupakan syiar para nabi dan rasul. Secara ringkasnya,
disenaraikan kelebihannya seperti berikut (Al-Tayyar, 2010):

(a) Ia adalah sebaik-baik perkataan yang dapat mengangkat kedudukan


pendakwah di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT:

َ ْ ُ ْ َ َّ َ َ َ ً َ َ َ َ َّ َ َ َ َّ ّ ً ْ َ ُ َ ْ َ ْ َ َ
ِ ‫ومن أحسن قو ِممن دع إ ِ ا ِ وع ِمل ص‬
٣٣ ‫الا وقال إِن ِن مِن المسل ِ ِمي‬
Maksudnya:
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri
mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: „Sesungguhnya aku adalah
daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!‰
(Surah Fussilat, 41:33)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

(b) Nabi Muhammad SAW mendoakan kebaikan kepada mereka yang


menyampaikan kata-kata Baginda SAW kepada orang lain dengan
sabdanya:

َ ْ َ ْ َ ّ َ ُ َّ ُ َ َ َ َ َ ُ َ َّ َ َ ً ْ َ َّ َ َ ً َ ْ َُّ َ َّ َ
‫ فرب مبل ِ ٍغ أوع مِن سام ٍِع‬،‫نض ا امرأ س ِمع مِنا شيئا فبلغه كما س ِمع‬
Maksudnya:
Semoga Allah memberikan cahaya (mengelokkan rupa) seseorang yang
mendengar sesuatu daripada kami, kemudian dia menyampaikannya
sebagaimana dia mendengarnya, barang kali orang yang menyampaikan
lebih memahami daripada orang yang mendengarnya.
(Hadis riwayat al-Tirmizi, 2657)

(c) Sabda Nabi Muhammad SAW:

َ َ ٌْ َ ٌ َ ٌ ُ َ َ
َ‫ك م ِْن ُحْر الَّعم‬ َ ْ ُ ْ َ َ َّ َ َ
ِ ِ ‫حد خي ل‬ِ ‫فوا ِ لن يهدى بِك رجل وا‬
Maksudnya:
Maka demi Allah, bahawa Allah memberi hidayat kepada seorang lelaki
dengan sebab kamu, ia lebih baik bagi kamu daripada unta yang terbaik.
(Hadis riwayat al-Bukhari, 2942)

(d) Penyeru kepada kebaikan akan mendapat ganjaran sebagaimana pelakunya.


Sabda Nabi Muhammad SAW:

ُ َّ َ
‫أجر فاعلِه‬
ِ ‫خي فله مثل‬
ٍ ‫من دل‬
Maksudnya:
Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan
dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain), maka dia akan
mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.
(Hadis riwayat Muslim, 1893)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  25

(e) Dakwah ataupun ilmu yang disebarkan oleh seseorang kepada orang lain
akan terus berlangsung walaupun selepas kematiannya. Sabda Nabi
Muhammad SAW:

َ ُ َ ُ
‫علم يُنتف ُع‬
ٍ ‫ أو‬،‫ صدق ٍة جاري ٍة‬:‫إذا مات ابن آدم انقطع عمله إ من ث ٍث‬
ٌ
‫صالح يدعو ل‬ ٌ ‫ أو‬،‫به‬
‫ول‬
Maksudnya:
Bila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya
melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah (yang berterusan), ilmu yang
dapat memberi manfaat dan anak yang soleh/solehah yang mendoakan
kepadanya.
(Hadis riwayat Muslim, 1631)

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Terangkan hukum melaksanakan dakwah terhadap seorang yang


tiada latar belakang pendidikan pengajian Islam.

2. Bagaimanakah dengan seseorang yang ingin berdakwah tetapi


merasakan dirinya tidak memiliki ilmu yang cukup?

3. Jelaskan dengan lebih lanjut bagaimana dakwah dapat membina


kehidupan yang lebih harmoni dalam masyarakat majmuk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

1.6 SUMBER ILMU DAKWAH


Sumber ilmu dakwah yang dimaksudkan di sini ialah bahan rujukan yang perlu
ada bagi seseorang pendakwah melakukan dakwahnya. Antara sumbernya
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6.

Rajah 1.6: Sumber ilmu dakwah

Seterusnya mari kita lihat penerangan bagi setiap sumber yang telah dinyatakan.

(a) Al-Quran
Seseorang pendakwah hendaklah menguasai al-Quran dengan baik,
sekurang-kurangnya ayat berkaitan bisyarah (berita gembira) mahupun
inzar (berita yang menakutkan).

(b) Hadis Nabi Muhammad SAW


Pendakwah perlu mengetahui tentang hadis Nabi terutamanya sirah
perjalanan hidup Baginda SAW. Ia merangkumi usaha dan praktik Nabi
Muhammad SAW dalam menyebarkan dakwah Baginda SAW.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  27

(c) Athar Para Sahabat


Para sahabat merupakan generasi yang paling hampir dengan Nabi
Muhammad SAW dan banyak mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Kegigihan para sahabat serta salafussoleh selepasnya dalam berdakwah
wajar dijadikan contoh dan inspirasi kepada pendakwah masa kini.

(d) Keadaan dan Suasana Setempat


Ia adalah segala perkara yang berbangkit di tempat dan masa dakwah itu
dilakukan. Ia penting untuk dijadikan bahan dakwah. Adat dan amalan
setempat juga perlu diberi pertimbangan, selain bahasa dan cara hidup
sesebuah komuniti. Ia bagi memastikan mereka dapat memahami mesej
dakwah yang disampaikan.

(e) Keadaan serta Suasana Kehidupan Dunia dan Umat Manusia Seluruhnya
Ia boleh dijadikan perbandingan supaya menjadi bahan dakwah yang hidup
bagi membangkitkan kesan dan kesedaran kepada manusia.

Dari sudut lain, Suisyanto (2006) membahagikan sumber ilmu dakwah kepada
tiga kelompok, iaitu:
(a) Sumber normatif yang berasal daripada teks al-Quran dan hadis;
(b) Sumber empiris, iaitu pengetahuan dakwah yang berasal daripada
kenyataan lapangan dalam masyarakat; dan
(c) Sumber teoretis yang berasal daripada para penulis yang secara khusus
mengkaji tentang dakwah.

AKTIVITI 1.4
Senaraikan karya-karya utama yang boleh dijadikan panduan bagi
mereka yang ingin menjadi pendakwah yang berjaya. Kongsikan jawapan
anda dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

 Dakwah bererti mengajak manusia untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

 Al-Quran dan hadis menerangkan secara jelas konsep dakwah.

 Dakwah mempunyai matlamatnya yang suci murni yang perlu dijadikan asas
dalam berdakwah.

 Hukum berdakwah boleh dilihat dari beberapa sudut sama ada individu
ataupun kumpulan.

 Dakwah mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

 Sumber ilmu dakwah yang utama ialah nas wahyu dan disusuli dengan segala
ilmu yang dapat menjayakan dakwah seperti psikologi, komunikasi dan
bahasa.

Basyir Nasihah
DaÊi Nazir
Dakwah Tazkir
Inzar Uslub
Islah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH  29

Ab Aziz Mohd Zin. (1999). Pengantar dakwah Islamiah. Kuala Lumpur, Malaysia:
Penerbit Universiti Malaya.

Abdi Syahrial Harahap. (2015). Pelaksanaan dakwah Persatuan Islam Tionghoa


Indonesia (PITI) di Medan Sumatera Utara: Kajian tentang masalah dan
cabaran. Tesis PhD yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.

Abdullah Muhammad al-Tayyar. (2010). Ahammiyyah al-dakwah ila Allah.


Dicapai dari https://www.alukah.net/sharia/0/9601/

Ali Mahfuz. (1979). Hidayat al-mursyidin ila turuq al-waÊz wa al-khitabah.


Kaherah, Mesir: Da al-IÊtisam.

Andi Dermawan. (2002). Metodologi ilmu dakwah. Yogyakarta, Indonesia:


Lembaga Studi Filsafat Indonesia.

Endang Saifuddin Anshari. (1993). Wawasan Islam. Jakarta, Indonesia:


RajaGrafindo Persada.

Hasan Ismail al-Hudhaibi. (1991). Pendakwah bukan penghukum. Kelantan,


Malaysia: Pustaka Aman Press.

Ibn Majah. (2009). Sunan Ibn Majah. Beirut, Lubnan: Dar al-Risalah al-Alamiah.

Ibn Manzur al-Ansari. (1414 H). Lisan al-Arab. Beirut, Lubnan: Dar Sadir.

M. Rosyid Ridla, Afif RifaÊi, & Suisyanto. (2017). Pengantar ilmu dakwah: Sejarah,
perspektif dan ruang lingkup. Yokyakarta, Indonesia: Samudra Biru.

Muhammad al-Razi. (1999). Mukhtar al-Sihah. Beirut, Lubnan: Al-Maktabah


al-Asriah.

Muhammad Ismail al-Bukhari. (1422 H). Al-JamiÊ al-musnad al-sahih


al-mukhtasar min umur Rasulillah SAW wa sunanihi wa ayyamihi  Sahih
al-Bukhari. Beirut, Lubnan: Dar Tuq al-Najat.

Muslim al-Hajjaj al-Qushayri. (t.t.). Al-Musnad al-sahih al-mukhtasar bi naql


al-adl Âan al-adl ila Rasulillah SAW  Sahih Muslim. Beirut, Lubnan: Dar Ihya
al-Turath al-Arabiy.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 1 KONSEP ASAS DAKWAH

Nasir Said al-Saif. (1441 H). Ahammiyyah al-dakwah ila Allah Taala Âinda al-salaf
al-salih. Dicapai dari www.saaid.net/Doat/naseralsaif/75.htm

Noresah Baharom (Eds.). (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Suisyanto. (2006). Pengantar filsafat dakwah. Yogyakarta, Indonesia: Teras.

Sulaiman Ibrahim, Ahmad Asmawi Hassan, Berhanundin Abdullah, & Fariza Md


Sham. (2001). Metodologi dakwah. Bangi, Malaysia: Pusat Pengajian Jarak
Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yusuf al-Qaradawi. (1996). Thaqafah al-daiah. Kaherah, Mesir: Maktabah


Wahbah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perkembangan
Ilmu Dakwah
2 Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
khairul_hamimah@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sejarah awal dakwah;
2. Membincangkan perkembangan dakwah di Madinah dan Mekah;
dan
3. Menghuraikan dakwah sebagai disiplin ilmu.

 PENGENALAN
Bayangkan anda pergi bercuti ke seluruh dunia yang merentasi benua Asia,
Eropah, Afrika, Amerika dan lain-lain. Pasti anda akan melihat pelbagai
kepercayaan, agama dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat di sana.
Kepelbagaian adat dan budaya juga anda dapati di negara Islam lain. Tahukah
anda mengapakah kepelbagaian ini boleh berlaku? Antaranya ialah bagaimana
dakwah Islam ini sampai kepada mereka. Mari kita teruskan membaca topik ini
sehingga akhir.

AKTIVITI 2.1
Kongsikan pengalaman anda dalam forum myINSPIRE, sekiranya anda
pernah melawat bumi anbiya dan kesannya dalam kehidupan seharian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

2.1 SEJARAH AWAL DAKWAH


Para pelajar sekalian, kita akan mulakan topik ini dengan membincangkan sejarah
dakwah nabi-nabi terdahulu. Terdapat 25 nama nabi dan rasul dalam al-Quran dan
setiap mereka mempunyai sejarah dan cabaran tersendiri berdakwah kepada
keluarga dan kaum masing-masing.

Kita sedia maklum bahawa Nabi Adam merupakan khalifah pertama di muka bumi
diikuti dengan nabi dan rasul seterusnya. Pada zaman itu, cabaran, uslub dan
sasaran berdakwah mungkin tidak sama seperti zaman kini (Ahmad Redzuwan
Mohd Yunus, 2001). Oleh itu, untuk disesuaikan pada zaman kini, topik ini
membincangkan dakwah nabi yang relevan dengan masalah moral yang melanda
di Malaysia. Mari kita teruskan membaca.

2.1.1 Dakwah Para Nabi


Allah SWT telah mengutus nabi dan rasul untuk setiap umat manusia seperti
firman-Nya yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan setiap umat seorang rasul
(dengan memerintahkannya menyeru mereka): „Hendaklah kamu menyembah
Allah dan jauhilah Taghut.‰ Maka antara mereka (yang menerima seruan rasul itu),
ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa
kesesatan. Oleh itu, mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana
buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan rasul-rasulnya.
(Surah an-Nahl, 16:36)

Mari kita lihat dakwah nabi dan rasul dahulu yang boleh digunakan dalam suasana
konteks hari ini. Kita akan membincangkan perjalanan dakwah Nabi Nuh, Nabi Lut,
Nabi Yusuf, Nabi Syuaib dan Nabi Yunus (lihat Jadual 2.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH  33

Jadual 2.1: Perjalanan Dakwah Nabi Nuh, Nabi Lut, Nabi Yusuf,
Nabi Syuaib dan Nabi Yunus

Nabi Cabaran dan Dakwah yang Digunakan

Nabi • Baginda dilantik menjadi rasul ketika berumur 40 tahun.


Nuh • Kaum baginda terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan terdapat
mereka yang memiliki ladang serta pandai bertukang (Ab Aziz Mohd Zin,
2015).

Cabaran
• Isteri dan anak baginda tidak mahu beriman (Mohd Hakim & Mahmood
Sabtu, 2018; Surah Hud, 11:42−43).
• Dakwah baginda mengambil masa lama dan panjang, iaitu hampir 950
tahun (Surah al-Ankabut, 29:14).
• Kaum baginda yang degil, ingkar, memuja patung berhala dan sedikit yang
beriman (Surah Nuh, 71:7, 23).
• Kaum baginda menerima balasan banjir besar (Surah Hud, 11:37−40).

Kaedah dakwah (Surah Nuh, 71:8, 9, 10, 26)


• Terus terang.
• Secara berulang-ulang.
• Pendekatan secara individu dan beramai-ramai.
• Mendoakan kaumnya supaya diampunkan.
• Mendoakan kaumnya yang kufur diberi balasan sewajarnya setelah segala
usaha dilakukan oleh baginda ditolak.

Isi kandungan dakwah (Surah Nuh, 71:3, 23)


• Mentauhidkan Allah SWT.
• Menjauhkan syirik.
• Menjauhkan kezaliman.

Pengajaran masa kini


• Kisah dakwah Nabi Nuh menunjukkan iman tidak dapat diwarisi. Hal ini
diceritakan dalam al-Quran bahawa anak dan isteri baginda tidak
menerima seruan baginda dan mereka turut tenggelam dalam banjir besar.
• Dakwah pada masa kini menuntut kesabaran dan keazaman yang tinggi
serta ketabahan dalam menghadapi pelbagai cemuhan, ejekan dan sindiran
daripada masyarakat sekeliling.
• Perjalanan dakwah mengambil masa yang panjang dan berliku. Kejayaan
tidak mudah dicapai tanpa pengorbanan dan dugaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

Nabi • Nabi Lut a.s. merupakan anak lelaki kepada Haran bin Tarah dan baginda
Lut merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. (Surah al-Ankabut,
29:26).
• Nabi Lut ditugaskan berdakwah di Gharzaghar, Kota Sadom (Ibn Katsir,
2015).

Cabaran
• Baginda tinggal di Kota Sadum yang memiliki penduduk paling jahat dan
paling kafir (Ibn Katsir, 2015; Mufti Wilayah Persekutuan, 2019).
• Masyarakat baginda mempunyai masalah moral dan mengamalkan akhlak
yang keji, antaranya adalah (Al-Qurtubi, 1964):
− Syirik kepada Allah SWT.
− Saling menzalimi.
− Saling memaki hamun.
− Membaling apa-apa yang ada di sekelilingnya.
− Suka bermain nard (dadu) dan syitranj (seumpama catur).
− Suka melagakan ayam jantan dan kambing kibasy.
− Lelaki suka memakai pakaian perempuan.
− Perempuan suka memakai pakaian lelaki.
− Mengenakan cukai kepada yang lalu di kawasan mereka.
− Golongan yang pertama di muka bumi melakukan zina, liwat dan
lesbian.

• Masalah akhlak pada zaman tersebut tidak pernah dilakukan oleh umat
terdahulu (Surah al-Ankabut, 29:28).
• Isteri baginda tidak beriman dan khianat dengan membocorkan rahsia
tentang kedatangan pemuda (jelmaan malaikat) ke rumah baginda (Surah
at-Tahrim, 66:10).
• Penduduk mengejek dan cuba mengusir baginda keluar dari Kota Sadum
(Surah an-Naml, 27:56).
• Penduduk Sadum di balas dengan gempa bumi yang kuat dan letusan
gunung berapi pada awal pagi (Surah al-Hijr, 15:66, 73−75).

Kaedah dakwah (Surah SyuÊaraÊ, 26:161−164; Surah al-ÂAraf, 7:7)


• Dialog.
• Nasihat dan teguran.
• Pujukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH  35

Isi kandungan dakwah


• Mentauhidkan Allah SWT dan bertakwa kepada-Nya.
• Menjauhi cara hidup yang songsang.
• Menghormati hak orang lain.

Pengajaran masa kini


• Jauhkan diri daripada budaya hidup songsang (gay, lesbian, homoseksual,
transgender dan pelacuran) yang semakin berani menuntut nama Hak
Asasi Manusia.
• Lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dan pelacuran mempunyai
kesan negatif terhadap kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan
negara.
• LGBT dan pelacuran berupaya menyebabkan penyebaran penyakit
berbahaya seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang membawa
kepada sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS – Acquired Immune
Deficiency Syndrome), sifilis dan lain-lain.
• Ibu bapa bertanggungjawab mendidik dan membentuk anak dengan
berdasarkan jantina mereka.

Kisah Nabi Lut banyak diceritakan dalam al-Quran antaranya dalam surah
al-AnbiyaÊ (21:74−75), surah asy-SyuÊaraÊ (26:160−175), surah Hud (11:77−83),
surah al-Qamar (54:33−39) dan surah at-Tahrim (66:10).

Nabi • Diutus kepada kaum Madyan, terletak di daerah MaÊan, Syam


Syuaib berhampiran dengan penempatan kaum Nabi Lut (Ibn Katsir, 2015).
• Latar belakang keluarga Nabi Syuaib terdiri daripada golongan yang
dihormati dan dipandang mulia oleh kaumnya (Surah Hud, 11:91−92).
• Nabi Syuaib dikenal sebagai Khatibul Anbiya (jurucakap nabi) kerana
kepetahan dan kefasihan bahasa baginda (Ibn Katsir, 2015).
• Kaum baginda menyembah Aikah, iaitu pohon yang dikelilingi kebun dan
tanam-tanaman (Jabatan Agama Islam Perak, 2019).

Cabaran
• Kaum Nabi Syuaib banyak melakukan perkara keji. Antaranya adalah:
− Syirik.
− Suka menipu dalam semua keadaan.
− Suka mengancam, mengugut, membunuh kepada sesiapa yang tidak
menurut kemahuan mereka (membayar wang perlindungan) jika
melalui kawasan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

− Khianat dalam jual beli seperti pengurangan kuantiti barang yang


dijual dan menipu sukatan timbangan.
− Mengamalkan kapitalis dalam ekonomi, mereka yang miskin
bertambah miskin dan begitulah sebaliknya.

• Nabi Syuaib sering diejek dan dipandang rendah oleh kaumnya (Hud,
11:91−92) ketika baginda berdakwah.
• Kaumnya diuji dengan cuaca panas terik selama beberapa hari.
• Azab yang ditimpa kepada kaum baginda ialah dibinasakan dengan ribut
petir dan gempa bumi (Surah Hud, 11:95).

Isi kandungan (Surah Hud, 11:84−89)


• Menyembah, takut kepada balasan daripada Allah SWT.
• Jujur dan adil dalam urusan muamalat dan jual beli.
• Memberi peringatan azab yang ditimpa terhadap kaum terdahulu.

Kaedah dakwah (Surah al-AÊraf, 7:85−89; Surah Hud, 11:84−93)


• Pendekatan logik akal.
• Tarhib iaitu memberi ancaman azab yang bakal diterima.
• Targhib (galakan/anjuran).
• Lemah lembut dan nasihat.
• Pengulangan.
• Dialog.

Pengajaran masa kini


• Jangan menipu dalam urusan ekonomi dan muamalat. Antaranya ialah
urusan jual beli dalam bentuk timbangan, kualiti barang dan kuantiti.
• Peniaga yang berniaga secara konvensional ataupun dalam talian (online)
perlu jujur dan memastikan barangan yang dijual sama seperti yang
diiklankan/ditawarkan.
• Pemulangan barang dan pengembalian wang wajar dilakukan jika
barangan yang dijual tidak menepati kualiti, cacat dan rosak.
• Tidak mengambil kesempatan atas masalah ekonomi yang melanda.
• Elakkan mendapat harta syubhah dalam perniagaan dan kehidupan.
• Urus niaga jual beli perlu peka dengan sukatan barangan supaya pembeli
mendapat hak mereka yang sepatutnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH  37

Nabi • Nabi Yusuf merupakan anak Nabi Yaakub dan cucu kepada Nabi Ishak
Yusuf (Ibn Katsir, 2015; Rosmalizawati Ab Rashid, 2018).
• Menurut Ibn Katsir, Nabi Yusuf mempunyai 12 adik-beradik (Ibn Katsir,
2015; Rosmalizawati Ab Rashid, 2018).
• Memilih penjara sebagai tempat tinggal untuk mengelakkan fitnah
terhadap dirinya berleluasa.
• Dilantik menjadi penguasa di Mesir yang menguruskan hal ehwal
perbendaharaan dan kewangan negara.
• Kisah Nabi Yusuf diceritakan khas melalui surah Yusuf, surah ke-12 yang
mengandungi 111 ayat.

Cabaran
• Dicemburui oleh adik-beradik.
• Dibuang daripada keluarga dalam tempoh masa yang lama.
• Dijual dan dipelihara oleh keluarga lain.
• Memiliki rupa paras yang sangat menarik.
• Berhadapan dengan fitnah wanita.
• Dipenjarakan.

Kandungan dakwah
• Mentauhidkan Allah SWT.
• Sentiasa meyakini Allah SWT.
• Meminta kita sentiasa bertakwa kepada Allah SWT.
• Mengutamakan Allah SWT dalam perkara baik dan buruk.
• Bersyukur dan sentiasa berlindung dengan Allah SWT.

Kaedah dakwah
• Sabar dan cekal.
• Menunjukkan akhlak yang baik.
• Menjadi suri teladan (role model) kepada mereka yang terdekat.
• Berani berhadapan dengan risiko baharu.
• Berterus terang.
• Konsisten.
• Lemah lembut, memaafkan dan tidak berdendam.
• Menggunakan logik akal untuk berfikir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

Pengajaran masa kini


• Anugerah yang diberi oleh Allah SWT (kecantikan, ilmu, kebijaksanaan
dan sebagainya) perlu dipelihara, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-
baiknya.
• Utamakan iman berbanding ego yang mampu merosakkan maruah
(contohnya, adik-beradik Nabi Yusuf dan isteri pembesar) dan ego juga
boleh meninggikan martabat individu jika digunakan cara yang betul
(Nabi Yusuf rela masuk penjara).
• Membuat keputusan secara rasional, tidak meletakkan nafsu dan ego di
tempat pertama.
• Untuk menjadi pendakwah, pelajar, pekerja yang berjaya, kita perlu banyak
bersabar, doa, tidak putus asa dan tawakal. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Melayu „bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.‰
• Jangan dengki dengan kelebihan orang lain, setiap apa yang dilakukan
dengan sabar dan ikhlas akan dibalas baik di dunia dan di akhirat.
• Berhati-hati dengan fitnah zaman kini yang datang dalam pelbagai bentuk
sama ada daripada lelaki, wanita dan alam siber.
• Cabaran pendakwah kepada mereka yang asalnya bukan Muslim
berkemungkinan disingkirkan oleh keluarga sendiri.
• Ibu bapa perlu belajar, peka emosi anak dan didik emosi mereka supaya
tidak disalurkan pada jalan yang salah.
• Membina personaliti yang unggul perlu merangkumi aspek iman dan
akhlak.
• Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersembunyi dan Allah
SWT merupakan sebaik-sebaik perancang.
• Kekuatan bukan dilihat dari segi fizikal semata-mata. Anggota yang paling
kuat ialah hati, jiwa, emosi yang dipandu oleh wahyu.
• Hidup kita perlu mempunyai visi, misi dan matlamat. Oleh itu, perlu
mempunyai perancangan masa hadapan.
• Dalam konteks sebuah negara, perlu dasar pandang ke hadapan dalam
ekonomi seperti:
− Berjimat cermat dalam berbelanja.
− Tidak boros pada waktu senang.
− Memastikan negara menyimpan rizab mencukupi dan diguna semula
apabila negara ditimpa bencana. Contohnya, ketika Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) akibat virus COVID-19.
• Dalam konteks pendakwah, peniaga dan keluarga juga perlu merancang
dan bersedia dalam pelbagai situasi yang tidak dijangka.
• Pendakwah perlu melakukan proses penyucian jiwa untuk mengelakkan
kontroversi dalam menyampaikan dakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH  39

• Pendakwah perlu kompeten dalam melakukan tugas yang diamanahkan


seperti mempunyai ilmu pengetahuan dan cekap dalam pengurusan
dakwah.

Nabi • Nabi Yunus diutus untuk berdakwah di Ninawa, Mosul, Iraq (Ibn Katsir,
Yunus 2015).
• Bilangan penduduk di kawasan tersebut berjumlah lebih daripada 100,000
orang (Surah as-Saffat, 37:147).
• Kisah Nabi Yunus diceritakan dalam surah as-Saffat (37:139−148).
• Kisah Nabi Yunus sangat unik dan menarik kerana selepas baginda
kembali kepada kaumnya, mereka semua telah bertaubat dan beriman.

Cabaran
• Umat baginda suka membangkang dan membantah apa-apa yang
disampaikan oleh baginda.
• Sedikit sahaja kaum baginda yang beriman, iaitu dua orang daripada
beratus ribu orang.
• Kaumnya terus melakukan kemungkaran dan kekafiran.
• Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan memberi ancaman mereka akan
diazab oleh Allah SWT.
• Nabi Yunus terpilih untuk dicampakkan ke laut daripada bahtera yang
ditumpanginya.
• Nabi Yunus berada di dalam perut ikan selama beberapa hari. Setelah Nabi
Yunus meninggalkan kaumnya, mereka bertaubat dan beriman.

Kandungan dakwah
• Menyembah Allah SWT yang Esa.
• Takut balasan Allah SWT.

Kaedah dakwah
• Ancaman (tarhib).
• Memperbanyakkan zikir dan tasbih kepada Allah SWT.
• Cekal dan sabar.

Pengajaran masa kini


• Pendakwah perlu banyak bersabar dengan segala ujian dan cabaran kerana
di balik kesulitan, pasti ada kemudahan.
• Manusia tidak pernah lari daripada membuat kesilapan, cara terbaik ialah
muhasabah diri dan menerima hukuman secara berlapang dada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

• Jangan malu mengakui kesilapan sendiri dan ambil pengajaran daripada


apa-apa yang berlaku.
• Apabila ditimpa musibah yang besar, perlu banyakkan zikir, solat, mohon
keampunan, petunjuk dan bersabar kepada Allah SWT.
• Hasil dakwah tidak dapat dilihat pada waktu yang singkat.
• Perkara yang kita rasa tidak terbaik berkemungkinan merupakan yang
terbaik untuk kita sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh
jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya.
(Surah al-Baqarah, 2:216).

Rajah 2.1 memaparkan Daratan Mesopotamia yang ia adalah kawasan terjadinya


banjir Nabi Nuh, penempatan kaum Nabi Lut, Nabi Yunus, Nabi Syuaib dan
Nabi Yusuf.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH  41

Rajah 2.1: Kawasan banjir Nabi Nuh, penempatan kaum Nabi Lut, Nabi Yunus, Nabi
Syuaib dan Nabi Yusuf
Sumber: Harun Yahya (2006)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

AKTIVITI 2.2
1. Pilih lima orang nabi dan kaitkannya dengan isu-isu semasa yang
relevan dengan dakwah pada masa kini. Kongsikan dapatan anda
dalam forum myINSPIRE.
2. Berdasarkan pembacaan dan pengalaman anda, siapakah nabi atau
rasul yang mempunyai kisah yang paling unik? Kongsikan
pendapat anda bersama rakan sekuliah dalam forum myINSPIRE.

2.2 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU


DAKWAH
Dalam topik ini, kita akan membincangkan secara ringkas perkembangan ilmu
dakwah pada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga kini. Mari kita teruskan
membaca perkembangan ilmu dakwah pada zaman Nabi Muhammad SAW yang
dibahagikan kepada dua, iaitu dakwah secara sembunyi dan secara terbuka. Mari
kita teruskan membaca kisah seterusnya.

Selepas 40 hari peristiwa di Gua Hira, malaikat Jibrail a.s. datang buat kali kedua
menemui Baginda SAW. Ketika itu, Nabi Muhammad SAW sedang berselimut,
lalu Jibrail a.s. menurunkan wahyu kedua, iaitu daripada surah al-Muddaththir
ayat 1 hingga 7 yang mengandungi permulaan urusan dakwah dan
menyampaikan ajaran Allah SWT kepada seluruh manusia. Di sinilah bermulanya
dakwah Baginda SAW kepada seluruh manusia secara sembunyi ataupun rahsia.

Mereka yang menerima Islam terdiri daripada beberapa ahli keluarga terdekat
berserta beberapa orang sahabat Baginda SAW. Individu pertama yang memeluk
agama Islam ialah isteri Baginda SAW, Khadijah binti Khuwailid; diikuti
hambanya, Zaid bin Harithah; sepupu Baginda SAW, Ali bin Abi Talib; dan
sahabatnya, Abu Bakar as-Siddiq.

Abu Bakar berjaya mengislamkan beberapa orang sahabat yang lain, antaranya
ialah Uthman bin Affan, al-Zubair bin Al-Awwam dn ÂAbd al-Rahman bin Auf.
Mereka melaksanakan segala perintah Allah SWT secara sembunyi dan tidak
diketahui oleh golongan Musyrikin Mekah. Dakwah secara sembunyi dan rahsia
ini berterusan selama tiga tahun. Tujuan dakwah secara tertutup ini bagi
mengelakkan orang kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruan Baginda SAW
memandangkan mereka merupakan penyembah berhala yang tegar. Pada masa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH  43

ini, Nabi Muhammad SAW hanya menumpukan kepada dakwah secara individu
ataupun dakwah fardiyyah yang menggunakan pendekatan komunikasi
interpersonal (Al-Mubarakfury, 2010).

Tumpuan dakwah Baginda SAW di Mekah memberi tumpuan terhadap aspek


akidah. Baginda SAW menyeru masyarakat Arab supaya menyembah Allah SWT
yang Maha Esa dan meninggalkan penyembahan berhala (Muhammad SaÊid
Ramadan al-Buti, 2004).

Terdapat sebahagian Quraisy mengetahui gerakan dakwah yang dilakukan oleh


Baginda SAW, namun mereka tidak memberi perhatian serius dan tidak
mempedulikannya kerana mereka menganggap ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW dan pengikutnya tidak mengganggu kepentingan berhala dan
kepimpinan mereka.

Dakwah secara terbuka bermula apabila Allah SWT menurunkan ayat melalui
surah al-Hijr, ayat 94 yang bermaksud:

Oleh itu, sampaikanlah secara berterus terang apa-apa yang diperintahkan


kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan
tentangan kaum kafir Musyrik itu.
(Surah al-Hijr, 15:94)

Apabila Baginda SAW memulakan dakwah secara terbuka, maka muncul pelbagai
jenis penentangan dan permusuhan terhadap Baginda SAW. Individu yang jelas
menentang ialah Abu Lahab sehingga Allah SWT menurunkan surah al-Lahab ayat
1 hingga 5 yang mengutuk setiap perbuatan Abu Lahab terhadap Baginda SAW.

Secara umumnya, golongan musyrikin Mekah yang menentang dakwah


Rasulullah SAW boleh dibahagikan kepada lima cara. Anda boleh melihat cara
penentangan tersebut dalam Rajah 2.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

Rajah 2.2: Cara penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW oleh


golongan Musyrikin Mekah

Semua cabaran dan rintangan ini dihadapi oleh Baginda SAW dan sahabat
secara teguh dan kukuh, malah tidak mampu menggugat iman mereka
terhadap Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH  45

Rajah 2.3 menunjukkan peta penghijrahan Baginda SAW dari Mekah ke Madinah.

Rajah 2.3: Peta penghijrahan Baginda SAW dari Mekah ke Madinah


Sumber: http://nurul-asri-cimahi.blogspot.com/2016/10/peta-perjalanan-hijrah-dari-
mekah-ke.html

SEMAK KENDIRI 2.1


1. Pilih salah satu daripada mana-mana peristiwa lain di Mekah
yang boleh dikaitkan dengan dakwah masa kini. Bincangkan.
2. Buat carta aliran sejarah Nabi Muhammad SAW bermula
daripada kelahirannya sehinggalah Baginda SAW berhijrah ke
Madinah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

2.3 PERKEMBANGAN DI MADINAH


Sebelum kita meneruskan perkembangan dakwah di Madinah, mari kita lihat dulu
kisah penghijrahan yang berlaku di Habsyah. Peningkatan tekanan dan ancaman
kepada orang Islam telah membawa kepada penghijrahan ke Habsyah.

Habsyah merupakan tempat pertama dan dipilih atas dasar berikut (Muhammad
Husain Haekal, 1998):
(a) Pemerintah yang adil, iaitu Raja Najasyi dikenal dengan keadilan, toleransi
dan bersikap terbuka.
(b) Keperluan menyelamatkan iman dan keselamatan para sahabat dan orang
Islam menerima dakwah dan seruan Baginda SAW.
(c) Mencari tempat dan persekitaran baru dan sesuai supaya ajaran Islam dapat
berkembang.

Peristiwa hijrah ini diteruskan sehingga termeterainya Perjanjian Aqabah I dan II.
Hal ini menjadi titik tolak kepada perkembangan dakwah Baginda SAW dan
berlakunya penghijrahan ke Madinah.

Penghijrahan ini dilakukan secara terancang bagi mengelakkan diketahui oleh


Musyirikin Mekah. Strategi mereka adalah berpindah dalam kumpulan yang kecil
dan Baginda SAW sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum bertolak ke
Madinah.

Rajah 2.4 menunjukkan kepada anda faktor penghijrahan Baginda SAW ke Mekah.

Rajah 2.4: Faktor penghijrahan Baginda SAW ke Mekah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH  47

Hijrah Baginda SAW ke Madinah membawa sinar baharu kepada perkembangan


dakwah agama Islam. Pembentukan dan termeterainya Piagam Madinah yang
terdiri daripada perundangan, akhlak, keselamatan, agama, ekonomi, politik dan
sosial merupakan asas kepada penyebaran dakwah terhadap masyarakat bukan
Islam pada ketika itu.

Perkembangan pesat ajaran tauhid yang dibawa oleh Rasulullah SAW di Madinah
dapat dirumuskan seperti yang berikut:
(a) Pembinaan Masjid Quba dan Masjid Nabawi sebagai lambang kekuatan,
jentera perpaduan dan pusat setempat yang memberi khidmat sosial kepada
orang Islam.
(b) Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar (kaum Aus dan Khazraj) di
Madinah untuk membuang semangat asabiyah dan ditukar kepada bantu-
membantu atas kebajikan dan ketakwaan.
(c) Pembentukan negara Madinah melalui perjanjian dengan orang Yahudi dan
penduduk Madinah supaya bersama-sama mempertahankan Madinah
daripada ancaman luar.

Perkembangan dakwah semakin rancak dan mendapat sambutan daripada


penduduk di dalam dan di luar Madinah. Nabi Muhammad SAW meneruskan
misi perkembangan dakwah ajaran tauhid melalui pembukaan Kota Mekah tanpa
peperangan pada tahun 630 Masihi bersamaan dengan tarikh 10 Ramadan tahun
8 Hijriah di mana Baginda berserta 10,000 pasukan bergerak dari Madinah menuju
ke Mekah serta menguasai Mekah secara keseluruhan, sekali gus menghancurkan
berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah.

Pembukaan Kota Mekah memberi impak yang besar dalam perkembangan


dakwah Islam di Semenanjung Tanah Arab sehingga melewati kerajaan Rom,
Parsi, Mesir, Habsyah dan sekitarnya. Dengan majoriti pembesar Mekah yang
memeluk agama Islam, Kota Mekah telah aman dan sunyi daripada kepercayaan
jahiliah bahkan menjadi nadi baharu kepada penyebaran dakwah Islam.
Tambahan pula, kedudukan Kaabah sebagai kiblat umat Islam serta menjadi lokasi
ibadat haji saban tahun telah mengundang jemaah yang ramai untuk menghayati
syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Tidak dinafikan, pembukaan Mekah turut mendorong kepada peperangan dan


jihad yang menegakkan kalimah Allah SWT serta memadamkan sebarang
cubaan ke arah menggagalkan penyebaran dakwah Islam ke seluruh Tanah Arab.
Rajah 2.5 menunjukkan kepada anda kronologi penyebaran Islam di Madinah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

Rajah 2.5: Penyebaran Islam di Madinah

AKTIVITI 2.3

Tahukah anda bahawa semua rasul yang diutus pernah bekerja sebagai
penggembala kambing? Apakah kepentingan pekerjaan ini kepada
pembentukan sahsiah seorang rasul? Bincangkan bersama rakan
sekuliah anda dalam forum myINSPIRE.

2.3.1 Perkembangan Dakwah Selepas Kewafatan


Rasulullah SAW
Peristiwa hijrah Baginda SAW ke Madinah sehingga pembukaan Kota Mekah telah
membuka satu lipatan sejarah yang baharu buat dunia Islam. Melalui hijrah
tersebut, agama Islam ini mula berkembang sehingga Islam dapat menakluki
dunia sehingga kini. Secara umumnya, Rajah 2.6 menunjukkan perkembangan
dakwah Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW sehingga kini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH  49

Rajah 2.6: Perkembangan dakwah Islam dari zaman Rasulullah SAW sehingga
pemerintahan Uthmaniah
Sumber: ilmfeed.com

SEMAK KENDIRI 2.2


1. Senaraikan masjid-masjid yang dibina ketika Baginda SAW berada
di Madinah.
2. Pernahkah anda atau kaum keluarga anda menunaikan haji atau
umrah? Cuba kongsikan pengalaman anda atau keluarga anda
ketika menziarahi masjid yang mempunyai sejarah dakwah Nabi
Muhammad SAW.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

2.4 DAKWAH SEBAGAI DISIPLIN ILMU


Dakwah secara umumnya menyampai, memanggil, mengajak manusia kepada
jalan Allah SWT, menyeru kepada nilai murni dan menolak elemen negatif untuk
melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya untuk mencapai
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Untuk berdakwah menyebarkan
ajaran Islam, pendakwah perlu mempunyai beberapa ilmu pengetahuan untuk
menyokong kandungan yang disampaikan.

Penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan salah satu ilmu yang
sangat dituntut. Dunia global kini menunjukkan manusia saling berinteraksi di
bawah satu bumbung. Tanpa ilmu, kemahiran dan kesungguhan pendakwah
Islam akan jauh ketinggalan dengan mereka yang menggunakan segala
komunikasi dan kaedah untuk menyampaikan dakwah ajaran mereka.

Dakwah bukan sahaja sebagai disiplin ilmu yang umum, malah mempunyai
pendekatan, disiplin khusus yang mempunyai pelbagai cabang seperti
pengurusan, kaunseling, psikologi, komunikasi dan tasawuf.

Dakwah sebagai disiplin ilmu dapat dirumuskan seperti yang berikut (Moh. Ali
Aziz, 2017):

(a) Ilmu Dakwah dan Ilmu Pengetahuan Agama Islam


Ilmu dakwah yang menjelaskan perihal selok-belok dakwah ataupun kaedah
penyampaian ajaran Islam akan digunakan oleh pendakwah untuk
menyampaikan pengetahuan Islam yang dimiliki olehnya. Contohnya,
pendakwah yang berlatar belakang ilmu usuluddin (tafsir, hadis dan
tasawuf) atau syariah (fiqah, perundangan dan muamalat) akan
mengintegrasikan ilmu sedia ada dengan ilmu dakwah dan disampaikan
kepada golongan masyarakat.

(b) Ilmu Dakwah dan Ilmu Pengetahuan Sosial (Politik dan Pendidikan)
Ilmu pengetahuan dakwah yang dimiliki akan menjelaskan apa-apa yang
wajar dilakukan, ditinggalkan, diamalkan atau diteruskan dalam bidang
tersebut. Penyepaduan dakwah dan ilmu pengetahuan sosial mampu
melahirkan masyarakat silang budaya yang saling menghormati antara
agama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH  51

(c) Ilmu Dakwah dan Ilmu Ekonomi (Muamalat)


Semua ilmu mempunyai objektif, visi, misi, impak dan peranan tersendiri.
Melalui dakwah yang berkesan, ilmu muamalat dapat diaplikasikan,
difahami dilaksanakan dengan sebaiknya dalam persekitaran kini. Kisah
salah laku muamalat dijelaskan pada kisah Nabi Syuaib sebagai tauladan
dan pengajaran.

(d) Ilmu Dakwah dan Ilmu Logik (Pemikiran Kritis)


Ilmu dakwah sangat diperlukan bagi menjawab persoalan „isme‰ yang
semakin mendapat perhatian golongan tertentu yang bersembunyi di sebalik
nama hak asasi manusia kini. Persoalan seperti liberalisme, feminisme,
pluralisme, sekularisme, hedonisme, utilitarianisme, fasisme dan sebagainya
memerlukan strategi dan pendekatan dakwah yang khusus untuk
mendepani golongan tersebut.

Ilmu dakwah tidak sempit dan tegar. Ilmu ini boleh diaplikasikan dalam
pelbagai disiplin ilmu lain seperti kaunseling, psikologi, spiritual,
pengurusan dan perubatan. Sebagai ilmu yang bersifat tersusun, sistematik,
berkembang dan fleksibel mengikut keperluan semasa, ilmu dakwah dilihat
tidak terikat dengan kaedah tradisional. Malah sentiasa terdapat
penambahbaikan dan disesuaikan berdasarkan peredaran masa, kawasan
dan zaman.

Kesimpulannya, melalui disiplin ilmu ini, pendakwah mampu mengajak,


menyeru dan mengamalkan nilai murni seperti toleransi, menghormati,
bertolak ansur, berlapang dada, bekerjasama dan beradab. Hal ini secara
tidak langsung membina perpaduan, menjadikan negara bangsa yang maju
dan kuat, sekali gus membentuk nilai murni serta menyumbang kepada
pembentukan generasi berakhlak, berilmu dan berintegriti, seterusnya
memacu kemajuan dan keharmonian negara.

AKTIVITI 2.4

1. Bayangkan anda sebagai wakil rakyat yang mewakili kawasan ABC


yang terdiri daripada pelbagai kaum. Cadangkan pendekatan
dakwah anda.
2. Anda pernah dengar dakwah minoriti? Kongsikan pandangan anda
bersama rakan sekuliah anda dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

• Setiap negara di dunia mempunyai kaedah dakwah yang disesuaikan dengan


adat dan budaya mereka.

• Cabaran, uslub dan sasaran berdakwah tidak sama dengan zaman dahulu dan
zaman kini.

• Kesemua nabi dan rasul mempunyai matlamat dakwah yang sama, iaitu
menyembah dan meyakini Allah SWT yang Esa.

• Kisah dakwah Nabi Nuh menunjukkan iman tidak dapat diwarisi.

• LGBT dan pelacuran perlu ditangani supaya tidak mengulangi kisah kaum
Nabi Lut.

• Kisah Nabi Syuaib mendidik kita tidak menipu dalam urusan muamalat dan
ekonomi.

• Berdasarkan kisah Nabi Yusuf, hidup kita perlu mempunyai visi, misi dan
matlamat. Maka, perlu mempunyai perancangan masa hadapan.

• Kisah Nabi Yunus mendidik kita supaya sentiasa bermuhasabah diri,


berlapang dada dan bersedia menerima hukuman kerana manusia tidak
pernah lari daripada membuat kesilapan.

• Kecekalan dan semangat Nabi Muhammad SAW di Mekah dan di Madinah


berjaya membentuk sebuah tamadun Islam yang unggul.

• Dakwah merupakan disiplin ilmu yang dapat diaplikasikan dengan bidang


ilmu yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH  53

Cabaran dakwah Nabi Muhammad


Dakwah di Madinah Nabi Nuh
Dakwah di Mekah Nabi Syuaib
Ilmu dakwah Nabi Yunus
Kaedah dakwah Nabi Yusuf
Kandungan dakwah Pengajaran masa kini
Nabi Rasul
Nabi Lut

Ab Aziz Mohd Zin. (2015). Pengantar dakwah Islamiah. Kuala Lumpur, Malaysia:
Universiti Malaya.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2001). Sejarah dakwah. Kuala Lumpur, Malaysia:
Utusan Publications & Distributors.

Hanik Mahliatussikah. (2016). Analisis kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran melalui
pendekatan interdisipliner psikologi sastra. Journal of Arabic Studies, 1(2),
75−89. Dicapai dari http://journal.imla.or.id/index.php/arabi

Harun Yahya. (2006). Kaum-kaum yang pupus. Kuala Lumpur, Malaysia: Saba
Islamic Media.

Ibn Katsir. (2015). Kisah para nabi. Abd Hayyi al-Farmawi (Tahqiq). Jakarta,
Indonesia: Qisthi Press.

Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM). (2015). Perjuangan dakwah Nabi Nuh
a.s. Dicapai dari https://ikimfm.my/perjuangan-dakwah-nabi-nuh-a-s/

Jabatan Agama Islam Perak. (2019). Dicapai dari http://jaipk.perak.gov.my/


index.php/en/kisah-para-anbia/130-nabi-syuaib-as

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 2 PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH

Mufti Wilayah Persekutuan. (2018). Al-Kafi #896: Berapa umur Nabi Nuh as?
Dicapai dari https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2761-
al-kafi-894-berapa-usia-nabi-nuh-as

Mufti Wilayah Persekutuan. (2019). Bayan Linnas siri ke-171: Kisah kaum Nabi Luth
as dan iktibarnya. Dicapai dari https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-
linnas/3188-bayan-linnas-siri-ke-171-kisah-kaum-nabi-Lut-as-dan-
iktibarnya

Mohd Hakim Mothar Rijan, & Mahmood Sabtu. (2018). Metode dan intipati dakwah
Nabi Nuh a.s: Analisis dalam al-Quran. Jurnal MawÊizah, 1(1), 103−118.

Moh Ali Aziz. (2017). Ilmu dakwah. Jakarta, Indonesia: Kencana.

Muhammad Ahmad al-Qurtubi. (1964). Al-JamiÊ li ahkam al-Quran-Tafsir


al-Qurtubi. Kaherah, Mesir: Dar Maktab al-Misriyyah.

Muhammad SaÊid Ramadan al-Buti. (2004). Islam Hadhari dalam pembangunan


insan: Asas kepada pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia. (Terj.)
Muhammad Ramzi Omar. Selangor, Malaysia: Yayasan Islam Hadhari.

Muhammad Husain Haekal. (1998). Sejarah hidup Muhammad SAW. Singapura:


Pustaka Nasional.

Rosmalizawati Ab Rashid. (2018). Mendepani cabaran dan menangani fitnah


wanita menerusi kisah Nabi Yusuf. Prosiding Seminar Antarabangsa
al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018. Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Dicapai dari
https://www.unisza.edu.my/sq2018/images/Kertas_Kerja/378-393-
Rosmalizawati-Ab-Rashid.pdf

Saridah Hamid. (2007). Bahtera Nabi Nuh dan kisah-kisah lain. Batu Caves,
Malaysia: PTS Islamika.

Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury. (2010). Al-Rahiq al-makhtum, bahtsun


fi al-sirah al-nabawiyah ala shahibiha afdhal al-shalati wa al-salam. (Terj.)
Kathur Suhardi. Jakarta, Indonesia: Pustaka al-Kautsar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Ruang
Lingkup Ilmu
3 Dakwah
Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman
faizee_rahaman@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti sumber ilmu dakwah yang menjadi sandaran
kepada perbincangan dakwah;
2. Menjelaskan bidang kajian ilmu dakwah dengan kerja dakwah
lapangan; dan
3. Menghubungkan antara ilmu dakwah dengan ilmu lain.

 PENGENALAN
Ilmu dakwah merupakan subjek yang luas dan mempunyai peranan yang penting.
Maka, teknik dan pendekatan ilmu dakwah adalah penting untuk dipelajari dan
disesuaikan dalam konteks semasa. Bagi memastikan ilmu tersebut sampai ke
semua kumpulan sasaran dan tidak terkeluar daripada landasan,topik ini akan
menggariskan beberapa konsep penting, iaitu sumber ilmu dakwah, bidang kajian
terkait dengan ilmu dakwah serta hubungan ilmu dakwah dan ilmu lain.

AKTIVITI 3.1
Jelaskan konsep dakwah dalam konteks semasa. Kongsikan jawapan
anda dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH

3.1 SUMBER ILMU DAKWAH


Kejayaan dakwah adalah terkait dengan pelbagai faktor. Antaranya adalah ilmu
yang menjadi asas penting bagi menarik golongan yang disasarkan. Ilmu dakwah
sentiasa perlu diperkukuhkan dengan sumber yang sahih, kukuh, segar dan terkini.
Antara sumber ilmu dakwah yang akan memberikan panduan kepada pendakwah
ialah gaya dakwah dan metodologi dakwah yang terdiri daripada al-Quran, sunah,
sirah ulama salaf, dan kaedah hukum yang dikeluarkan dan dipraktikkan oleh para
ulama.

(a) Al-Quran
Isi kandungan al-Quran mengandungi pelbagai kisah rasul dan kaum
mereka sebagai mad'u. Kisah yang terkandung dalam al-Quran dan
berkaitan dengan kisah rasul dan kaum mereka memberikan faedah dari
sudut asas dakwah dan gaya berdakwah yang perlu difahami oleh setiap
orang Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan setiap berita daripada berita rasul-rasul itu Kami ceritakan kepadamu
(wahai Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah
datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta
peringatan bagi orang-orang yang beriman.
(Surah Hud, 11:120)

Interaksi terhadap al-Quran difahami dan dihayati oleh setiap umat Islam
merangkumi beriman, membaca, menghafal, mendengar, mempelajari,
tadabbur, menghayati dan mempertahankan al-Quran daripada sebarang
penyelewengan.

Interaksi tersebut menekankan pembentukan sahsiah umat Islam. Ia digarap


oleh kedudukan akhlak dan moral bagi membangunkan rohani umat Islam.

Allah SWT berfirman dalam surah Yusuf:

Kami ceritakan kepadamu, (wahai Muhammad) kisah paling baik dengan


mewahyukan al-Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum
itu termasuk orang yang tidak mengetahui.
(Surah Yusuf, 12:3)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH  57

Kisah dalam al-Quran merupakan kaedah agama mendidik melalui


pengajaran dan iktibar yang diambil oleh manusia terkemudian. Oleh itu,
kandungan al-Quran membantu pendakwah menyampaikan mesej penting
kepada golongan sasaran dakwah mereka. Allah SWT menegaskan perkara
tersebut dalam surah Taha):

Demikianlah kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian


daripada kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami
telah memberikan kepadamu, daripada sisi Kami (sebuah kitab
al-Quran) menjadi peringatan.
(Surah Taha, 20:99)

Menurut al-Qaradawi (1994), ayat al-Quran dihafaz oleh ribuan manusia dan
ini merupakan keistimewaannya berbanding dengan kitab lain.

Segala kisah yang dicoret dalam al-Quran yang berkaitan dengan rasul yang
terdahulu serta umat mereka mempunyai keperluan dari sudut iktibar seperti
tingkah laku mereka menipu dan mencela utusan Allah SWT serta cara Allah
SWT membantu kumpulan orang Islam dan membinasakan orang kafir.

Kisah seperti Zulkarnain, Ashabul Kahf dan Ashab al-Ukhdudu tidak


diterangkan identiti mereka tetapi al-Quran menekankan perihal tindakan,
perbuatan dan iktibar yang perlu diambil oleh masyarakat yang
terkemudian. Maka, kisah tersebut merupakan nasihat dan pengajaran
kepada orang Islam yang beriman dan berakal.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Demi sesungguhnya kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang


mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. Kisah-kisah
nabi terkandung dalam al-Quran bukanlah cerita yang diada-adakan tetapi
mengesahkan apa-apa yang tersebut dalam kitab-kitab agama terdahulu
daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu,
serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang mahu beriman.
(Surah Yusuf, 12:111)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH

Sayyid Qutb (t.t.) menulis:

Al-Quran ialah kitab dakwah yang memiliki roh pembangkit, berfungsi


sebagai penguat, berperanan sebagai penjaga dan memberikan penjelasan.
Al-Quran adalah undang-undang bersifat global serta merupakan tempat
kembalinya setiap pendakwah bagi mengambil rujukan dalam kegiatan
dakwah bagi menyusun konsep gerakan dakwah.

(b) Sunah an-Nabawiyah


Nabi Muhammad SAW merupakan sumber penting dalam medan dakwah
kerana terdapat banyak hadis yang berkaitan dengan gaya dakwah Nabi
Muhammad SAW dan bentuk penyampaiannya. Kehidupan Baginda SAW
di Mekah dan di Madinah menunjukkan kepada umat Islam gaya dan
metodologi Nabi Muhammad SAW berdakwah dalam suasana yang
pelbagai.

Yusuf al-Qaradawi (1994) menggariskan beberapa prinsip dan kaedah utama


untuk berkomunikasi dan beramal secara umumnya:
(i) Memastikan kesahihan sesuatu hadis yang perlu dilihat menerusi acuan
ilmuwan yang ditetapkan oleh para ulama, iaitu kesahihan hadis yang
merangkumi sanad, yakni jalan periwayatan yang menyampaikan
kepada matan, iaitu salasilah perawi hadis dan matan, yakni lafaz hadis
yang membawa makna ataupun kalam yang berada di akhir sana tidak
kira sama ada hadis tersebut merupakan hadis qawliyah, fiÊliyah dan
taqririyah.
(ii) Memahami nas daripada hadis dengan baik melalui beberapa sudut
seperti bahasa, susunan hadis dan sebab wurud sesuatu hadis.
(iii) Memastikan nas hadis adalah selamat daripada bertembung dengan
nas yang lebih kuat seperti nas daripada al-Quran, hadis mutawatir
atau kaedah umum syariat.

Yusof al-Qaradawi (1994) turut menggariskan beberapa kaedah untuk


berdepan hadis dan berinteraksi dengan hadis tersebut seperti yang berikut:
(i) Memastikan kedudukan hadis dengan terperinci.
(ii) Cenderung melihat tahap hadis sama ada usul (prinsip), juzÊi atau
furuk.
(iii) Memastikan bentuk ilmu yang diperoleh daripada sesebuah hadis
sama ada ilmu yakin atau zanni.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH  59

Oleh itu, pendakwah boleh mengikut keseluruhan ataupun sebahagian


daripada bentuk gaya dakwah Nabi Muhammad SAW yang benar dan tepat
melalui kefahaman yang baik. Melalui sunah an-Nabawiyah ini, pendakwah
boleh menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan contoh dari
segala sudut kehidupan dan keadaan.

(c) Sirah Ulama Salaf


Sumber penting dalam dakwah adalah melalui sejarah perkembangan
dakwah ulama salaf yang terdiri daripada para sahabat dan tabiin. Mereka
merupakan acuan terbaik daripada madrasah Rasulullah SAW. Tambahan
pula, mereka hidup dan melihat kehidupan Rasulullah SAW secara
langsung.

Ulama salaf juga diiktiraf sebagai kumpulan manusia yang mempunyai


kefahaman yang terbaik dari sudut syarak dan menjadi saksi penurunan
wahyu al-Quran serta berperanan besar dalam menyebarkan agama Islam ke
seluruh pelosok dunia. Khalifah ar-Rasyidin yang diterajui oleh Sayidina
Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi
Talib merupakan rijal dakwah hasil didikan Rasulullah SAW dan berpegang
pada prinsip dan kaedah yang digariskan oleh Rasulullah SAW.

Antara aktiviti pendakwahan pada zaman mereka adalah:


(i) Memerangi golongan murtad, iaitu golongan yang menuturkan
keimanan tetapi tidak melaksanakannya.
(ii) Pengumpulan al-Quran kerana ia merupakan isi kandungan kepada
dakwah.
(iii) Perluasan dan pengukuhan kekuasaan Islam.

(d) Kaedah Fuqaha Mengeluarkan Hukum


Fuqaha merupakan kelompok ilmuwan yang pakar di dalam mengeluarkan
hukum hakam seperti hukum mengajak melakukan kebaikan dan mencegah
daripada melakukan kemungkaran, jihad dan hisbah (semak dan imbang).

Dalam ijtihad para fuqaha terutamanya perkara yang berkaitan dengan hal
ehwal agama, ijtihad merupakan kaedah yang diraikan dan menjadi sebuah
kesenian dalam proses berdakwah terutamanya dalam usaha untuk
mempraktikkan masalah ibadah dan muamalat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH

(e) Pengalaman
Pengalaman merupakan guru terbaik kepada manusia dan pendakwah yang
mempunyai pengalaman yang luas dalam medan dakwah menjadikan
mereka mahir untuk berhadapan dengan masyarakat kerana pengalaman
lepas yang telah mengajar mereka. Hal ini demikian kerana praktis yang
telah dijalankan berkemungkinan salah dan memberikan kesan pada masa
akan datang.

Pengalaman juga menjadikan manusia tidak mengulangi kesilapan yang


telah mereka lakukan sepertimana yang disebut oleh cerdik pandai bahawa
orang Islam tidak akan masuk di dalam lubang yang salah sebanyak dua kali.
Pendakwah bukan sahaja belajar daripada pengalaman sendiri tetapi turut
mempelajari ilmu dakwah daripada pengalaman pendakwah lain.

AKTIVITI 3.2
1. Bincangkan dalil-dalil al-Quran yang membicarakan kepentingan
dakwah.
2. Bagaimanakah seorang pendakwah dapat menghayati kisah-kisah
al-Quran dalam konteks penyampaian dakwah? Bincangkan dalam
forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH  61

3.2 BIDANG KAJIAN ILMU DAKWAH


Dakwah meliputi manusia, kumpulan manusia dan bahan, iaitu agama Islam.
Terdapat tiga bidang kajian yang boleh dihuraikan (lihat Rajah 3.1).

Rajah 3.1: Tiga bidang kajian ilmu dakwah

Sekarang, mari kita mempelajari setiap bidang kajian ilmu dakwah ini dengan
lebih terperinci.

(a) Kajian Komunikasi Dakwah


Perbincangan kita dalam subtopik ini akan dimulakan dengan kajian
komunikasi dakwah. Dakwah individu adalah bertujuan membentuk
peribadi Muslim yang berkualiti. Kualiti peribadi Muslim diukur
berdasarkan nilai ketakwaan manusia kepada Allah SWT. Proses
komunikasi melibatkan proses menerima informasi, mengolah, menyimpan
dan menghasilkan kembali. Dalam konteks dakwah, proses komunikasi
terbentuk meliputi instrumen sensasi persepsi, memori dan berfikir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH

Sorotan komunikasi dakwah daripada kisah para nabi seperti zaman Nabi
Musa yang menggunakan cara dan pendekatan dakwah yang bersesuaian
dengan cabaran dan situasi semasa. Anugerah mukjizat „tongkat sakti‰
untuk menangani cabaran pada zaman tersebut. Hal ini demikian kerana
kepakaran bidang sihir adalah ciri kekuatan yang menjadi pelindung kepada
kezaliman penguasa Mesir pada waktu tersebut.

Strategi komunikasi berkesan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sehingga


mampu menarik minat orang kafir Quraisy terhadap Islam. Rasulullah SAW
sebagai komunikator sering membuatkan kaum Musyrik terdiam, tenang
dan mendengar dengan penuh perhatian meskipun sebenarnya mereka
sering menentang dakwah Rasulullah SAW. Keprihatinan Rasulullah SAW
dalam memahami budaya sesebuah masyarakat dan menyampaikan
dakwah mengikut jalan fikiran mad'u serta menggunakan notasi dapat
memberi kesan terhadap masyarakat menunjukkan Islam memiliki cara
tersendiri dalam berkomunikasi.

Berdasarkan contoh tersebut, era globalisasi masa kini menjadikan ruang


dakwah lebih pantas dan berkesan serta terbuka luas melalui teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK). Namun, di sebalik perkembangan pesat
ini, jaminan masih tidak dapat diberi terhadap kefahaman manusia dalam
lingkungan manusia.

Pendakwah perlu lebih bijak dan kreatif berkembang seiring dengan minat
dan keperluan masyarakat kini. Ruang dan kepakaran perlu dimanfaatkan
untuk menakluki hati-hati masyarakat supaya mereka terpaut dengan Islam
yang sarat dengan nilai murni. Garapan idea yang dikemukakan dalam
penghasilan kandungan, drama, filem, iklan dan kandungan digital atau
animasi supaya dapat memelihara setiap ajaran Islam.

Berdasarkan teori perubahan sikap, seseorang menerima pesanan melalui


tiga keadaan. Rajah 3.2 memaparkan tiga keadaan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH  63

Rajah 3.2: Tiga keadaan penerimaan pesanan oleh seseorang

Bagi menjadikan komunikasi berjalan dengan efektif, pendakwah perlu


mempunyai inisiatif dan kesedaran yang tinggi bagi menyampaikan
pesanan. Hal ini akan menjadikan penyampaian pesanan tercapai dan benar-
benar dapat mengekspresikan nilai akhlak Islam yang tinggi.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah
berbicara secara efektif atau diam.

Menurut al-Syaukani, efektif adalah merujuk kemampuan berkomunikasi.


Komunikasi efektif tidak hanya cara berbicara tetapi juga etika bicara. Oleh
sebab itu, pendakwah yang matang akan menyebutkan dengan perkataan
yang baik sebagaimana yang disebutkan oleh Allah SWT dalam surah Taha
(20:44). Al-Qurtubi mencadangkan kepada pendakwah untuk memberi
peringatan yang baik melalui ungkapan atau kata-kata yang lemah lembut
terutamanya kepada penguasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH

Pendakwah mempunyai hubungan yang penting dengan masyarakat.


Antara aspek diambil perhatian adalah sewaktu melakukan internalisasi,
transformasi dan difusi ajaran Islam. Antara aspek tersebut ialah:

(i) Fokus terhadap kesedaran diri sama ada di pihak pendakwah


mahupun sasaran bahawa mereka adalah sebahagian daripada ejen
penyelesaian masalah.

Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan da'wah


nafsiyyah (dakwah melalui fokus jiwa) melalui kaedah wiqayah
nafsiyyah (pemeliharaan diri sama ada dari sudut jasmani atau pun
rohani), tazkiyah nafsiyyah (penyucian jiwa melalui aktiviti merenung
diri, muhasabah atau introspeksi diri), mengutamakan quwwah
'aqliyyah (kecerdasan intelektual seperti membaca dan berdiskusi)
berbanding dengan quwwah ghadabiyyah (daya marah seperti cepat
bertindak secara reaktif, malas, bersangka buruk, iri hati, dengki, emosi
negatif dan bakhil) dan wahmiyah syahwatiyyah (kecenderungan
syahwat yang dilandaskan godaan syaitan seperti hedonisme dan
materialisme).

(ii) Fokus kepada interaksi antara pendakwah dengan sasaran secara


perseorangan (daÊwah fardiyyah).

Antara metode dakwah digunakan adalah dakwah secara al-hikmah


dengan pendekatan ilmiah (jujur, berbicara sesuai dengan tahap
pemikiran sasaran, sistematik dan fakta yang mempunyai rujukan,
singkat, padat serta mudah difahami) dan dakwah secara al-mawÊizah
al-hasanah (mempamerkan contoh teladan yang baik dan pengajaran
yang tepat sesuai dengan kedudukan sasaran).

Selain itu, metode dakwah secara mujadalah bi allati hiya ahsan


(mengadakan dialog secara harmoni, berdebat dan berdiskusi kepada
sasaran yang terdiri daripada kumpulan intelek dan mereka yang suka
membantah), al-taÊaruf (perkenalan melalui aktiviti pertukaran antara
budaya), islah (pembaikan dengan mengemukakan pandangan
sederhana), tawsiyah (saling berpesan dalam perkara kebaikan
termasuk mengemukakan kritikan secara konstruktif), ta'lim
(pembelajaran melalui pembentangan dan dialog) dan uswah hasanah
(mempamerkan contoh yang baik).

(iii) Fokus kepada teknik penyampaian ajaran Islam kepada sasaran


dengan menggunakan pendekatan al-taÊaruf (saling berkenalan
melalui program pertukaran budaya secara sukarela), al-taÊawun Âala

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH  65

al-birr (saling bantu-membantu dalam kebaikan), taÊalaw ila kalimah


sawaÊ (memaksimumkan titik persamaan, mengurangkan titik
perbezaan), daÊwah al-khayr (mengajak kepada perkara kebaikan),
tabsyir (memberikan penghargaan) dan tasyhir (pembuktian
kebenaran).

Selain itu, pendekatan indhar dan siraj munir (peringatan dan


pencerahan), muhasabah fi al-dunya maÊrufa (membentuk kerjasama
pintar dalam urusan duniawi), tasamuh wa la tasubb maÊbudahum
(toleransi dan tidak mencaci atau menghina sembahan mereka), ijtinab
(saling menghindari konflik, mengurangkan titik perbezaan), aÊmaluna
aÊmalukum (tegas dalam prinsip terutamanya dari aspek kepercayaan),
dan al-amr bi al-maÊruf wa al-nahy Âan al-munkar (mengajak kepada
kebaikan atau kebajikan dan melarang kepada kemungkaran).

(iv) Fokus kepada perantaraan penyampaian yang baik melalui bahasa


lisan yang baik dan berkesan (ahsan qawl) dan berpegang pada prinsip
kebebasan ikhtiar manusia tanpa paksaan dalam memilih Islam sebagai
pegangan hidup dan kepercayaan.

Proses dakwah melibatkan komunikasi antara budaya dan melibatkan


interaksi antara individu yang mempunyai persepsi budaya dan sistem
simbol yang berbeza antara satu sama lain. Komunikasi antara budaya
berlaku apabila mesej dizahirkan oleh anggota satu kumpulan budaya
diterima oleh anggota daripada kumpulan yang lain.

Ia juga merujuk komunikasi antara seseorang yang mempunyai nilai


ataupun cara berkelakuan yang berbeza. Dalam konteks masyarakat
berbilang bangsa, budaya dan agama seperti Malaysia, komunikasi antara
budaya sebenarnya berlaku pada setiap masa dan keadaan.

Antara manfaat hasil daripada komunikasi antara budaya adalah memberi


penekanan tentang mengenal diri secara pasti, menjelaskan tentang prinsip
hidup dan asal usulnya sebelum mengenali orang lain. Matlamat yang jelas,
iaitu untuk mencapai adaptasi dan penyesuaian dalam kalangan mereka
yang terlibat dalam proses tersebut.

Proses komunikasi antara budaya membawa beberapa kelebihan antaranya


ialah membantu dalam membina keyakinan bagi membolehkan seseorang
mencapai keterbukaan dalam proses yang bersifat kesalingan antara dua
pihak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH

Bentuk dakwah dikaitkan dengan konteks komunikasi antara budaya adalah


daÊwah syuÊbiah qabaÊiliyah terjadi apabila berlaku interaksi antara
pendakwah dengan sasaran mempunyai pelbagai suku, etnik dan budaya.
Maka, komunikasi dakwah antara budaya boleh ditanggapi sebagai proses
dakwah yang mengambil kira kepelbagaian budaya antara pendakwah
dengan masyarakat terlibat. Pendekatan ini merentasi budaya berlaku secara
aman dan damai kerana paksi agama Islam yang menganjurkan perdamaian,
keamanan dan kesejahteraan. Pendekatan dakwah Islam merupakan
pendekatan budaya sama ada dalam bentuk individu ataupun kelompok
masyarakat.

Para pendakwah berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan masyarakat


terlibat dan proses dakwah dapat berjalan dengan baik, aman dan sejahtera.
Hal ini demikian kerana konteks komunikasi manusia dengan realiti, aspek
budaya menjadi sebahagian daripada proses tersebut. Proses komunikasi
dakwah harus mempertimbangkan aspek sosiologi dan antropologi supaya
interaksi antara pendakwah dan masyarakat dapat berjalan dengan lancar
dan berkesan. Seiring dengan kecanggihan teknologi komunikasi, konsep
berteknologi tinggi (high tech) masih tidak dapat menggantikan konsep
capaian tinggi (high touch) dalam urusan dakwah. Hal ini demikian kerana
dakwah bukan sekadar memindahkan maklumat tetapi turut berkait rapat
dengan sentuhan kemanusiaan.

Terdapat lima jenis cabaran yang boleh mengganggu kelancaran proses


komunikasi antara budaya sebagai realiti dakwah, iaitu:
(i) Etnosentrisme, iaitu kecenderungan untuk mentafsirkan ataupun
menilai kelompok lain daripada kaca mata kebudayaan sendiri.
(ii) Tidak mempunyai kepercayaan terhadap orang lain yang tidak dikenal
dan asing dengan kelompok sendiri serta melebarkan jurang perbezaan
secara berlebihan-lebihan.
(iii) Penarikan diri dari pertemuan yang dirancang oleh salah satu pihak
disebabkan sesuatu faktor.
(iv) Tidak mempunyai sifat empati ataupun kemampuan untuk merasakan
seperti orang lain ataupun untuk menempatkan diri pada diri orang
lain.
(v) Stereotaip, iaitu sikap yang timbul hasil dari keyakinan mengenai
kelompok individu tertentu berdasarkan pendapat, persepsi dan sikap
yang dibentuk sebelumnya; sikap malas berinteraksi dengan orang lain
hasil pengalaman yang pernah dilalui dan membuat kesimpulan
tentang orang lain dengan cepat dan mudah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH  67

Rajah 3.3 meringkaskan lima jenis cabaran yang boleh mengganggu


kelancaran proses komunikasi dalam berdakwah.

Rajah 3.3: Lima jenis cabaran yang boleh mengganggu kelancaran proses komunikasi
dalam berdakwah

(b) Kajian Pengembangan Masyarakat Islam


Seterusnya, kita akan membincangkan bidang kajian yang kedua, iaitu kajian
pengembangan masyarakat Islam. Pengembangan adalah proses perubahan
struktur secara tersusun dan sistematik. Ia meliputi masalah peningkatan,
pendalaman, dan peluasan. Pengembangan masyarakat Islam telah
membawa kepada perubahan sosial untuk menganalisis masalah di antara
mereka bagi menyusun rancangan dan tindakan bagi meningkatkan taraf
hidup dan kesejahteraan.

Pengembangan masyarakat Islam merupakan transformasi dan ajaran Islam


ke dalam kehidupan umat Islam meliputi:
(i) Penyampaian konsep.
(ii) Menjalin dan mewujudkan kerjasama.
(iii) Aspirasi dan keinginan umat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH

(iv) Konsultasi.
(v) Keseimbangan masyarakat.
(vi) Pertautan ukhuwah.

Pengembangan masyarakat akan dimulakan melalui proses perubahan


sosial. Proses perubahan akan dipengaruhi oleh faktor budaya, agama,
ekonomi, ilmu pengetahuan dan teknologi. Jadual 3.1 menunjukkan
beberapa teori perubahan sosial yang boleh menjadi rujukan.

Jadual 3.1: Teori Perubahan Sosial yang Boleh Menjadi Rujukan

Teori Penerangan

Teori evolusi Perubahan sosial mengarah kepada tujuan tertentu


(Darwin, Comte dimulakan daripada perubahan tahap masyarakat yang akan
& Durkheim) menyumbang kepada sumbangan tertentu dalam tingkah
laku budaya.

Teori fungsi Perubahan sosial ialah proses membaiki masyarakat bukan


(Person) apa-apa yang merubah masyarakat.

Teori konflik Perubahan sosial yang merupakan lawan kepada status quo.
(Karl Mark) Perubahan sosial ini wujud kerana tiada keadilan sosial dan
penjajaran sosial sehingga ia perlu dilakukan mengikut
tindakan ataupun proses proaktif yang tidak bergantung
pada tindakan pasif masyarakat walaupun berhadapan
dengan penindasan dan eksploitasi.

Teori Ibn Ibn Khaldun memandang manusia sebagai manusia yang


Khaldun diciptakan sebagai makhluk sosial, iaitu makhluk yang
− Teori memerlukan orang lain untuk mempertahankan hal
Masyarakat kehidupan meliputi pekerjaan sehingga melindungi diri
Badwi lawan daripada bahaya.
Masyarakat Kota Dalam teori ini, dua kelompok sosial yang telah
diketengahkan berdasarkan perbezaan karakter, iaitu
kelompok badawah, yakni masyarakat yang tinggal di
pendalaman, primitif atau tinggal di daerah gurun. Manakala
masyarakat kedua ialah masyarakat beridentiti kota dan
digelar masyarakat beradab ataupun memiliki peradaban
atau masyarakat kota.

(c) Kajian Pengurusan Dakwah Islam


Perbincangan ketiga akan diteruskan dengan melihat kepada kajian
pengurusan dakwah Islam. Nilai Islam adalah mudah dilakukan dalam satu
organisasi dan dapat aplikasi dengan efektif. Organisasi adalah merujuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH  69

kelompok masyarakat untuk mencapai tujuan tertentu. Ia merupakan proses


yang berstruktur sebagai tempat orang berinteraksi bagi mencapai tujuan
tertentu.

Organisasi dakwah merupakan organisasi yang bergerak untuk


menyampaikan dan melaksanakan ajaran Islam ke dalam masyarakat.
Seorang Muslim yang istiqamah dengan keislaman akan sentiasa mengambil
tahu perihal perkembangan dakwah yang dilakukan secara individu
ataupun secara kolektif yang dilakukan oleh organisasi. Dasar tersebut
meraikan konsep rahmatan lilalamin yang telah ditegaskan oleh agama
Islam.

Walau bagaimanapun, keterbatasan ruang material dakwah hari ini adalah


seperti ilmu pengetahuan, tenaga, pembiayaan dan peluang. Maka dakwah
secara organisasi adalah keutamaan kerana permasalahan dakwah semakin
hari semakin kompleks dan berat. Oleh itu, hubungan yang wujud antara
material dakwah bagi menguruskan penerangan agama seperti yang telah
disepakati dapat mencapai tujuan dakwah yang telah ditetapkan.

Dakwah melalui organisasi mendatangkan manfaat yang lebih relatif


dibandingkan dakwah secara bersendirian. Selain itu, dakwah secara
organisasi mempunyai perancangan yang sistematik dan terperinci.
Tambahan pula, agihan tugas kepada fokus tertentu dapat dicapai
berdasarkan material dakwah yang wujud.

Walaupun begitu, pelaksanaan dakwah yang berkesan melalui organisasi


terdorong dengan gabungan kepimpinan organisasi yang mempunyai
pengaruh besar terhadap seluruh komponen organisasi. Sejauh mana
pimpinan organisasi dapat menerapkan fungsi pengurusan ke dalam aktiviti
dakwah supaya ia dapat dilaksanakan secara maksimum.

3.3 HUBUNGAN ILMU DAKWAH DAN ILMU


LAIN
Ilmu dakwah tidak tertakluk pada ilmu agama semata-mata. Permasalahan umat
Islam yang semakin kompleks menuntut ilmu dakwah disinergikan bersama ilmu
lain. Ilmu Islam merupakan sumber penting dalam dakwah dan ilmu lain menjadi
sokongan bagi pengembangan dakwah. Apakah ilmu yang biasa dilibatkan
bersama ilmu dakwah? Rajah 3.4 menunjukkan ilmu yang sering berkait dengan
ilmu dakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH

Rajah 3.4: Tujuh ilmu yang berkaitan dengan ilmu dakwah

Sekarang, mari kita membincangkan setiap satu ilmu tersebut.

(a) Ilmu Komunikasi


Ilmu ini tidak sama seperti ilmu dakwah kerana terdapat perbezaan kepada
kaedah penyampaian mesej. Mesej yang disampaikan dalam dakwah adalah
bersifat spesifik, iaitu dilakukan secara bijaksana (hikmah) dan beretika
(mawÊizah hasanah) dan paling penting tidak boleh untuk menghina dan
meremehkan orang lain.

Asas dalam ilmu dakwah adalah ramah, lemah lembut, santun dan tidak
boleh memiliki hati yang kasar. Ilmu komunikasi telah mengajukan konsep
memerhatikan, tertarik, menginginkan, memutuskan dan bertindak (AIDDA
− attention, interest, desire, decision and action).

(b) Ilmu Pendidikan


Ilmu ini berkait rapat dengan ilmu dakwah terutamanya dalam konteks
mengubah persepsi, sikap dan perilaku seseorang ataupun masyarakat
supaya sesuai dengan ajaran dan nilai Islam.

(c) Ilmu Psikologi


Ilmu ini menyokong ilmu dakwah kerana pelaksanaan dakwah terjadi
melalui proses dorongan, bimbingan, pembinaan dan sebagainya kepada
individu dan masyarakat supaya wujud kemajuan dalam masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH  71

Ilmu psikologi memperkenalkan tahap kognitif (pemikiran), afektif (sikap)


dan psikomotor (tindakan). Hal ini demikian kerana tugas pendakwah
berhadapan dengan madÊu yang pelbagai memberikan corak yang berbeza
dan tuntutan kepada pendakwah untuk memahami madÊu yang dihadapi.
Elemen seperti jiwa manusia sebagai individu dana fasa perkembangan
manusia menjadi bahagian penting dalam ilmu psikologi.

(d) Ilmu Sains Sosial


Ilmu ini menerangkan pelbagai jenis kehidupan individu dan masyarakat
secara terperinci. Sewaktu menyebarkan Islam, ilmu dakwah berhadapan
dengan masalah ekonomi, sosiologi, antropologi dan lain-lain. Antara
masalah ekonomi ialah logistik dakwah, kemiskinan dan dakwah ekonomi
syariah. Masalah politik dakwah antara lain ialah dakwah berstruktur,
dakwah kepada penguasa dan parti politik yang bermisi dakwah.

(e) Metodologi Sains


Ia merupakan disiplin ilmu yang membahaskan kaedah mengembangkan
sains. Terdapat dua disiplin ilmu metodologi yang membantu
pengembangan ilmu dakwah, iaitu ilmu penelitian dan ilmu logik. Kedua-
duanya adalah peringkat pengembangan sains. Ilmu penelitian amatlah
penting dalam ilmu sains. Perkara yang sama yang berlaku dalam ilmu logik
bagi mendapatkan kesimpulan yang bersistem dan logik.

Ilmu penelitian digunakan dalam bentuk empirikal manakala ilmu logik


dipakai ke atas subjek rasional. Jika dilihat dalam konteks ilmu fiqh, ia hanya
memerlukan ilmu logik yang diolah daripada usul fiqh tetapi subjeknya
adalah sulit untuk ditelaah secara empirikal dengan ilmu penelitian. Untuk
mendapatkan ilmu logik dan penelitian, ilmu dakwah harus dipisahkan
daripada kelompok ilmu keislaman.

(f) Ilmu Politik


Tidak terdapat nas al-Quran mahupun sunah Rasulullah SAW yang pernah
menolak politik sebagai satu cara manusia meneruskan kelangsungan hidup
mereka. Jika al-Quran dan sunah Rasulullah SAW menolak politik,
bermakna tidak ada doktrin yang berhubung dengan politik seperti
kenegaraan, urusan kepimpinan dan sebagainya yang disebut dalam
al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH

Hakikatnya, dalam al-Quran dan sunah, Rasulullah SAW ada menyebut


tentang urusan kenegaraan, kepimpinan dan negara lain yang berkaitan
dengan politik. Al-Quran ada menyebut tentang politik melalui perkara
berikut:

(i) Soal Kedaulatan dan Kerajaan


Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan (ingatkanlah mereka Wahai Muhammad), ketika Nabi Musa


berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! kenanglah nikmat Allah
(yang diberi) kepada kamu ketika Dia menjadikan dalam kalangan
kamu beberapa orang nabi, dan Dia menjadikan kamu bebas merdeka
(setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya), dan Dia
memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada
seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu).
(Surah al-Maidah, 5:20)

(ii) Kehakiman
Firman Allah SWT bermaksud:

Sesungguhnya hanya Allah sahaja berhak meletakkan hukuman.


(Surah Yusuf, 12:40)

(iii) Syura
Firman Allah SWT bermaksud:

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut
dan menyambut perintah Tuhan-nya serta mendirikan solat dengan
sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama
mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa-apa
yang Kami beri kepadanya.
(Surah asy-Syura, 42:38)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH  73

(iv) Soal Kepimpinan


Firman Allah SWT bermaksud:

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin


(manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami
wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan
solat, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada
kami.
(Surah al-AnbiyaÊ, 21:73)

(v) Kesetiaan dan Ketaatan


Firman Allah SWT bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan


taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada „Ulil-Amri‰ (orang-orang
Yang berkuasa) dalam kalangan kamu. Kemudian, jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran)
dan (sunah rasul-Nya − jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok
pula kesudahannya.
(Surah an-NisaÊ, 4:59)

Sunah Rasulullah SAW juga menampilkan keperluan kuasa politik


sebagai metode dakwah. Malah dakwah Rasulullah SAW menjadi lebih
berkesan setelah wujudnya kuasa politik. Rasulullah SAW pernah
berdoa supaya diberi kekuasaan untuk menegakkan urusan dakwah.
Kuasa politik yang ada di tangan Baginda SAW melalui tertegaknya
negara Islam Madinah memberi peluang yang lebih luas kepadanya
untuk melaksanakan misi dakwah. Dalam zaman Madinah, dakwah
berjalan dengan lancar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH

Terdapat beberapa perkara berkaitan dengan kuasa politik dan


pelaksanaan dakwah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Antaranya ialah (Zulkifli & Mohd Syukri, 2005):

• Terbentuknya Piagam Madinah membuktikan bahawa dakwah


dapat dipelihara dan diperkembangkan dengan berkesan melalui
kuasa politik. Melalui perjanjian ini, orang bukan Islam telah
mengiktirafkan kuasa politik Islam. Ia sekali gus menyediakan
suasana yang kondusif bagi perkembangan dakwah Islamiah.

• Rasulullah SAW merealisasikan dakwah dengan menghantar surat


dan delegasi dakwah kepada kuasa politik kerajaan pada masa itu.
Malah peristiwa al-Fath dianggap sebagai kemenangan politik
umat Islam; berduyun-duyun orang memeluk agama Islam.

• Perjanjian Hudaibiyah sebagai sebuah perjanjian politik memberi


peluang kepada politik Nabi Muhammad SAW dalam menghantar
pendakwah ke merata tempat. Perjanjian tersebut memberi
kejayaan cemerlang kepada dakwah islamiah.

(g) Ilmu Teknologi


Teknologi telah direka untuk memudahkan urusan kehidupan manusia di
dunia hari ini. Teknologi maklumat menjadikan dakwah dapat disampaikan
dalam pelbagai bentuk, lebih luas dan pantas untuk menyampaikan nasihat
ataupun ilmu ke pelosok dunia. Media dakwah berkembang secara evolusi
serta dilihat sistematik dan reka bentuk menarik dilengkapi dengan
kombinasi sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan
dakwah Islam lebih efektif.

Perkembangan syiar Islam bergantung pada sejauh mana umat dan


pendakwah menguasai medium penyebaran maklumat pada zamannya.
Penggunaan media baru menuntut konsep hikmah dalam dakwah. Ia
termasuk merombak tradisi dan amat sukar untuk dibetulkan jika tiada
hikmah dalam penyampaian.

Dakwah dan maklumat agama berkemungkinan terbantut jika alat dakwah


tidak dipraktikkan. Aktiviti penulisan oleh para sahabat menyumbang
kepada kuasa dakwah yang besar sehingga hari ini.

SEMAK KENDIRI 3.1


Huraikan hubungan antara ilmu teknologi dan kepentingan untuk
menyampai dakwah secara bersasar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH  75

• Sumber ilmu dakwah adalah berdasarkan sumber al-Quran, sunah dan sejarah
para ulama dan pendakwah serta pengalaman-pengalaman mereka.

• Bagi mencapai kejayaan dalam dakwah, beberapa kajian perlu dijalankan


seperti kajian komunikasi dakwah, kajian pengembangan masyarakat Islam
dan kajian pengurusan dakwah Islam.

• Ruang lingkup dakwah berkembang seiring dengan perkembangan ilmu lain


seperti ilmu komunikasi, ilmu pendidikan, ilmu psikologi, ilmu sains sosial,
metodologi sains, ilmu politik dan ilmu teknologi. Sinergi antara ilmu ini
mampu untuk memperkukuh dan meningkatkan kerja dakwah.

Ilmu komunikasi Komunikasi dakwah


Ilmu teknologi Pengembangan dakwah
Ilmu psikologi Pengurusan dakwah

A. Markarma. (2014). Komunikasi dakwah efektif dalam perspektif al-Quran.


Hunafa: Jurnal Studia Islamika. 11(1), 127−151.

Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, & Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid. (2014).
Membina pengisian berpengaruh dalam media baharu melalui penulisan
dakwah. Al-Hikmah. 6(2), 78−90.

Badlihisham Mohd Nasir. (2010). Pendidikan dalam gerakan Islam di Malaysia:


Satu tinjauan. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(1), 1−12.

M. Rosyid Ridla, Afif RifaÊi, & Suisyanto. (2017). Penghantar ilmu dakwah sejarah,
perpektif dan ruang lingkup. Yogyakarta, Indonesia: Penerbit Samudra Biru.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 3 RUANG LINGKUP ILMU DAKWAH

Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Nora Ahmad @ Aziz, Abdul Ghafar Don, &
Adawiyah Ismail. (2013). Faktor penulisan ilmu dakwah dalam Islam.
Al-Hikmah, 5, 3−17. Dicapai dari http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php
/jalhikmah/article/view/28

Najidah Zakariya, & Abu Dardaa Mohamad. (2013). Media sebagai wasilah
dakwah. Al-Hikmah. 5, 92−99.

Zulkefli Aini et al. (2014). Komunikasi dakwah antara budaya dalam masyarakat
majmuk di Sabah. Dlm. Anuar Puteh, & Ahmad Irdha Mokhtar (Pnyt.).
Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014; Dakwah & Etnik: Perspektif
Multi-disiplin. Dicapai dari http://www.ukm.my/rsde/wp-content/
uploads/2014/11/26-KOMUNIKASI-DAKWAH-ANTARA-BUDAYA.pdf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Isi Dakwah
4
Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
khairul_hamimah@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan rukun, ciri dan sistem yang terdapat dalam agama
Islam;
2. Membezakan kepercayaan dan agama besar di dunia; dan
3. Menjelaskan kepercayaan etnik Sabah, Sarawak dan Orang Asli.

 PENGENALAN
Bayangkan anda tinggal di luar negara yang majoriti komunitinya bukan
beragama Islam. Sebagai penganut Islam, anda wajib mengamalkan Islam dan
menunjukkan contoh akhlak yang baik kepada komuniti anda. Secara tidak
langsung, anda berperanan sebagai pendakwah di kawasan tersebut.

Dalam situasi begini, anda memerlukan banyak maklumat untuk menarik minat
komuniti anda terhadap Islam. Antaranya memahami perbezaan dan
keistimewaan Islam berbanding agama mereka. Bagi tujuan tersebut, anda
perlulah mengetahui sedikit selok-belok agama yang dianuti oleh mereka sebagai
hujah dan jawapan apabila ditanya kelak. Oleh itu, dalam topik ini, kita akan
mempelajari tentang agama Islam dan agama besar dunia seperti Kristian, Hindu,
Buddha dan kepercayaan animisme yang masih dianuti oleh sesetengah etnik di
Sabah, Sarawak serta Orang Asli.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 ISI DAKWAH

AKTIVITI 4.1

Mengapakah pendakwah perlu mempunyai pengetahuan tentang agama


dan kepercayaan orang lain? Bincangkan bersama tutor dan rakan
sekuliah anda dalam forum myINSPIRE.

4.1 AGAMA ISLAM


Islam bererti menyerah, mematuhi dan menerima ikatan yang membawa erti
penyerahan secara keseluruhan kepada Allah SWT. Islam bukan sahaja merupakan
satu cara hidup, malahan merupakan satu-satunya cara hidup yang paling benar,
sikap fikiran dan tingkah laku yang lurus, tepat dan suatu ideologi penghidupan
yang mencukupi keseluruhan hidup umat manusia. Perkataan Islam tidak berkaitan
dengan nama individu dan tempat tertentu kerana perkataan Islam datang daripada
Allah SWT. Para rasul dan nabi membawa risalah Islam bermula daripada Nabi
Adam a.s. sehinggalah Nabi Muhammad SAW.

Daripada pengertian tersebut, dapatlah diertikan bahawa agama Islam ialah suatu
agama yang mengandungi peraturan hidup manusia, rohani dan jasmani, dunia dan
akhirat, diturunkan oleh Allah SWT melalui pesuruh-Nya, Nabi Muhammad SAW
kepada seluruh manusia untuk kedamaian, keselamatan dan kebahagiaan hidup di
dunia dan di akhirat (Hamdi, 2016).

Aspek ajaran Islam terbahagi kepada akidah, syariah dan akhlak.

(a) Akidah
Akidah merupakan keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan yang satu atau
esa, iaitu Allah SWT yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan Allah
SWT. Selain itu, umat Islam wajib mengimani rukun iman yang meliputi enam
perkara dan rukun Islam yang mengandungi lima perkara.

(b) Syariah
Syariah merupakan undang-undang, peraturan, ketetapan Allah SWT untuk
manusia bagi mengatur hubungan manusia dengan pencipta-Nya, sesama
manusia dan alam. Pelaksanaan syariah dalam Islam untuk mengatur
kehidupan manusia menjadi baik dan mengelakkan kejahatan (dosa). Syariah
secara prinsipnya bertujuan menyelamat dan memelihara lima perkara asas
kehidupan manusia sebagaimana dijelaskan pada Jadual 4.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  79

Jadual 4.1: Tujuan Syariat dalam Islam

Perkara Huraian

Memelihara • Islam melarang kesyirikan/murtad, menegah tahyul dan khurafat.


agama
• Larangan murtad dalam surah an-NisaÊ, 4:137. Allah SWT tidak
akan memberi ampun dan tidak akan memberi petunjuk hidayah
kepada mereka.
• Islam melarang penganutnya meniru, mengamalkan dan
mengucap sesuatu yang bercanggah dengan Islam.
• Islam turut melarang amalan khurafat seperti memakai tangkal,
menggunakan wafaÊ dan menggunakan sihir.
• Islam menggariskan peraturan demi menjaga agama. Contohnya, di
Malaysia kesalahan cubaan murtad terdapat dalam Seksyen 63,
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 Sabah, Seksyen 66
Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 dan Seksyen 12
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1992.

Memelihara • Memelihara keselamatan nyawa, anggota badan, kesihatan, rohani


nyawa dan maruah.
• Larangan membunuh tanpa hak dan larangan membunuh diri.
• Undang-undang yang tidak bertentangan dengan syariat seperti
undang-undang keselamatan jalan raya. Kanun Keseksaan
digubal untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara.

Memelihara • Menjaga kewarasan akal dengan mengharamkan minum arak, pil


akal khayal, dadah, sekatan terhadap laman web lucah, sekatan
terhadap laman web yang mempromosi keganasan dan sebarang
perbuatan yang memudaratkan akal.
• Akal perlu dipelihara supaya tidak tersasar daripada landasan
fitrah.
• Akal memerlukan wahyu untuk membuat keputusan.

Memelihara • Larangan berzina, pengklonan manusia dan pengharaman


keturunan pernikahan dalam kalangan ahli keluarga yang haram dikahwini.

Memelihara • Menjaga harta sama ada milik perseorangan, syarikat, awam atau
harta kerajaan.
• Larangan mencuri, merompak, meragut dan memberi/menerima
rasuah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 ISI DAKWAH

Di bawah syariah juga mengandungi ibadah. Ibadah yang dikenal sebagai amalan
dalam Islam terbahagi kepada dua (lihat Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Dua jenis ibadah

(c) Akhlak
Akhlak bermaksud tingkah laku, perangai, tabiat, berbentuk keperibadian
atau kebiasaan, maruah dan agama yang menggambarkan jiwa manusia (Ibn
Manzur, 1956). Islam menitikberatkan akhlak yang baik sesama manusia,
haiwan, tumbuhan, alam dan Pencipta.

Islam menyatakan manusia terdiri daripada dua unsur, iaitu roh dan jasad.
Tujuan manusia dicipta adalah sebagai khalifah (wakil) Allah SWT, iaitu bagi
menegakkan kebenaran, kedamaian dan menghapuskan kemungkaran dan
penyelewengan bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.

Islam turut menggalakkan umat Islam menguasai pelbagai disiplin ilmu


yang diperlukan dalam menguruskan kehidupan dunia dan sistemnya
seperti ilmu sains dan teknologi, perubatan, psikologi, komunikasi, sejarah
dan ekonomi dalam konteks ilmu berteraskan kemanusiaan dan
kesejahteraan manusia di dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  81

Panduan dan rujukan umat Islam adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Huraian tentang Panduan dan Rujukan Umat Islam

Panduan dan
Penerangan
Rujukan

Al-Quran Merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada


Rasulullah SAW (Nabi Muhammad SAW) melalui perantaraan
malaikat Jibrail. Diturunkan secara beransur-ansur yang mengandungi
persoalan dan penjelasan mengenai akidah, ibadah, akhlak, ekonomi,
perundangan, astronomi, metafizik dan lain-lain.

Hadis/sunah Apa-apa yang disandarkan daripada Rasulullah SAW, baik berupa


perbuatan, perkataan, mahupun pengakuannya (ikrar) yang menjadi
pentafsiran ataupun huraian bagi ayat al-Quran. Hadis Nabi menjadi
asas yang kedua bagi hukum Islam.

Ijmak ulama Ijmak ialah keputusan para mujtahid yang terdiri daripada alim ulama
kaum Muslimin pada sesuatu masa mengenai hukum agama.
Keputusan ataupun ketetapan yang diambil oleh mereka itu menjadi
pegangan umat Islam yang ada pada masa itu ataupun sesudahnya.
Situasi ijmak di Malaysia boleh dilihat melalui penglibatan majlis
fatwa pada peringkat negeri dan kebangsaan yang membincangkan
hukum hakam yang dikemukakan kepada majlis tersebut.
Contohnya, fatwa berkaitan dengan hukum pelupusan janin, anggota
dan tisu orang Islam. Anda boleh merujuk e-fatwa di
https://efatwa.muftiwp.gov.my/ untuk mengetahuinya dengan lebih
lanjut.

Qiyas Merupakan perbandingan antara suatu hukum dalam perkara yang


baru wujud dengan perkara yang telah ada hukumnya dalam al-Quran
dan sunah. Ia proses ijtihad yang berasaskan analogi daripada ayat al-
Quran dan sunah ataupun perintah yang telah diketahui untuk perkara
baharu.
Qiyas menetapkan suatu hukum baharu yang belum ada pada masa
sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan
dari segi illah (sebab), manfaat, bahaya dan pelbagai aspek lain
sehingga dihukumkan sama. Contohnya, penentuan hukum haram
terhadap pengambilan dadah diqiaskan dengan hukum pengambilan
arak kerana terdapat persamaan illah yang membawa kepada
kemudaratan dan mengkhayalkan kepada orang yang mengambil
ataupun menggunakannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 ISI DAKWAH

AKTIVITI 4.2

1. Berikan sumber perundangan Islam selain yang dibincangkan tadi.


2. Senaraikan nama-nama arak dan dadah yang diambil kini dan
bincangkan bersama rakan sekuliah anda dalam forum
myINSPIRE, apakah hukum mengambil/meminumnya?

4.1.1 Rukun
Islam mengandungi dua rukun, iaitu rukun iman dan rukun Islam. Lihat Jadual 4.3
untuk penjelasan lanjut.

Jadual 4.3: Rukun Iman dan Rukun Islam

Rukun Iman Rukun Islam

Mengandungi enam rukun Mengandungi lima rukun

1. Beriman dengan Allah 1. Mengucap dua kalimah syahadah.


2. Beriman dengan malaikat. 2. Mendirikan solat.
3. Beriman dengan kitab. 3. Berpuasa pada bulan Ramadan.
4. Beriman dengan rasul. 4. Menunaikan zakat.
5. Beriman dengan hari akhirat. 5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang
6. Beriman dengan qadaÊ dan qadar. mampu.

Iman merupakan dasar akidah atau kepercayaan orang Islam. Oleh itu, iman
adalah sesuatu yang tetap, mantap dan pasti sebagaimana yang diajarkan serta
tidak mungkin dipinda oleh perubahan tempat dan zaman. Hasil daripada iman,
membentuk perbuatan yang digariskan oleh rukun Islam seperti mendirikan solat,
menunaikan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Bagi pendakwah pula, dengan iman dan Islam yang mantap mampu membentuk
jati diri, personaliti, pemikiran dan sahsiah yang baik untuk berdakwah kepada
masyarakat Islam dan bukan Islam. Malah melalui dua rukun ini, ia berupaya
membentuk pendakwah yang mapan menghadapi pelbagai cabaran dan ujian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  83

4.1.2 Ciri Khusus


Apakah ciri-ciri khusus Islam yang tidak dimiliki oleh agama lain? Sebenarnya,
terdapat banyak ciri Islam dengan agama lain. Dalam subtopik ini, kita akan
membincangkan lima ciri tersebut. Mari kita lihat huraiannya dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4: Lima Ciri Islam

Ciri-ciri Huraian

Rabbani (datang • Islam hanya menyembah dan meyakini satu Tuhan yang Esa.
daripada Tuhan)
• Islam ialah agama tauhid, agama yang datang daripada Allah
SWT (nama, peraturan, matlamat, hukum dan sebagainya).
• Nabi Muhammad SAW bukan pengasas agama Islam.
Baginda SAW hanya menyampaikan ajaran Islam kepada
manusia.

Thabat wa Bersifat tetap dari prinsip aqidah atau syariah. Walau


Murunah (tetap bagaimanapun ia adalah anjal iaitu boleh berubah. Contohnya
dan anjal) haram mengambil daging babi sebagai makanan sebagaimana
dalam Surah al-Baqarah ayat 173. Namun, dalam keadaan darurat
dan terpaksa ia melakukannya untuk keselamatan nyawa
sedangkan hatinya tetap mentauhidkan kepada Allah SWT, maka
ia tidak berdosa dan tidak jatuh agamanya.

WaqiÊiyyah Bermaksud agama yang ideal kerana percaya kepada Allah yang
(praktikal) Esa, berbanding dengan Ateis (tidak mempercayai Tuhan
langsung), Kristian (percaya satu Tuhan tetapi mempunyai tiga
oknum) dan Hindu (percaya satu Tuhan tetapi dirupakan dengan
pelbagai bentuk).

Syumul (lengkap) Islam merupakan agama lengkap dan sempurna. Sebagai


contohnya semua aspek kehidupan telah disentuh dalam al-
Quran dan hadis, iaitu hubungan manusia sesama manusia,
manusia dengan Tuhan, dengan binatang, alam sekitar dan
pelbagai lagi.

Wasatiyyah Sederhana di sini bermaksud pertengahan, iaitu umat yang adil,


(sederhana) sederhana dari segenap segi, tidak terlalu ekstrem dan tidak
terlalu jumud. Contohnya, penganut Islam tidak terlalu mengejar
keduniaan sehingga melupakan akhirat dan begitu juga
sebaliknya. Islam turut menentang keganasan yang melampau
seperti pengeboman diri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 ISI DAKWAH

4.1.3 Sistem
Islam merupakan agama yang lengkap merangkumi semua aspek kehidupan.
Dengan kata lain, Islam mempunyai cara ataupun kaedah yang teratur dalam
melakukan sesuatu. Rajah 4.2 menunjukkan enam contoh sistem yang terdapat
dalam Islam.

Rajah 4.2: Enam contoh sistem yang terdapat dalam Islam

AKTIVITI 4.3
Bayangkan anda hidup pada zaman yang tiada sistem dalam kehidupan
seharian. Ceritakan gambaran suasana masyarakat pada zaman tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  85

4.2 AGAMA DAN KEPERCAYAAN LAIN


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan agama dan kepercayaan yang ada
di Malaysia. Antara kepercayaan yang dibincangkan ialah Buddha, Hindu,
Kristian dan kepercayaan masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak.

Sebagai pendakwah, anda perlu memahami, mempelajari dan mempunyai ilmu


tentang agama lain untuk memudahkan anda menarik minat golongan sasaran
terhadap Islam dengan menggunakan hujah dan perbandingan yang betul apabila
berhadapan dengan mereka.

4.2.1 Buddha
Agama Buddha lahir di negara India sebagai manifestasi terhadap agama Hindu
(lihat Rajah 4.3). Siddhartha Gautama dikenal sebagai Gautama Buddha, lahir di
daerah Kapilavastu, Lumbini, Nepal pada tahun 563 SM. Gautama selalu mencari
jawapan mengapa manusia sakit, menderita dan mati semasa dia bertapa selama
49 hari di bawah pokok Bodhi. Pada ketika itu, Siddhartha telah mendapat cahaya
kebenaran dan nama Buddha diambil sempena pokok Bodhi. Siddharta mengajar
berlakunya penderitaan disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri pada masa
yang lepas. Seterusnya, Buddha mengajar pengikutnya supaya berbuat baik
supaya tidak dilahirkan semula kerana matlamat akhir manusia adalah untuk
mencapai ke peringkat nirwana, iaitu hidup yang kekal abadi.

Rajah 4.3: Patung Buddha dari Sarnath, Uttar Pradesh, India


Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/ff/
Buddha_in_Sarnath_Museum_%28Dhammajak_Mutra%29.jpg/800px-
Buddha_in_Sarnath_Museum_%28Dhammajak_Mutra%29.jpg

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 ISI DAKWAH

Agama Buddha terdapat tiga prinsip ajaran utama, iaitu jalan tengah, lapan jalan
dan empat kebenaran yang agung. Kesemua jalan itu perlu ditempuhi untuk
mendapatkan akhlak yang mulia. Buddha turut berpendapat nafsu manusialah
yang menyebabkan mereka ke alam penderitaan. Oleh itu, manusia harus
menyekat segala keinginan dan memusnahkan nafsu tersebut. Maka, manusia
akan bebas daripada segala kesengsaraan hidup.

Selepas kematian Buddha, ajarannya mengalami perpecahan kepada dua aliran,


iaitu Hinayana ataupun Theravada dan Mahayana. Kewujudan dua aliran ini
bukan disebabkan oleh perbezaan ajaran utama Buddha tetapi lebih kepada ritual
dan peraturan yang berbeza mengikut kebudayaan satu bangsa. Jadual 4.5
menerangkan dua aliran Buddha, iaitu Hinayana dan Mahayana.

Jadual 4.5: Dua Aliran Buddha, iaitu Hinayana dan Mahayana

Aliran Buddha Keterangan

Hinayana • Hinayana bererti kenderaan kecil dan aliran Hinayana


Buddha mempunyai ramai pengikut di Thailand, Malaysia,
Sri Lanka, Burma dan Indo-China.
• Hinayana mempertahankan bahawa aliran yang dipegangnya
berdasarkan ajaran Buddha yang sebenar. Golongan ini
mengutamakan ucapan dan tulisan Buddha pada peringkat
awal penyebaran untuk berdakwah.

Mahayana • Mahayana bermaksud kenderaan besar dan aliran ini tersebar


ke India Utara, Tibet, China, Taiwan, Jepun dan Korea.
• Aliran Mahayana lebih berminat mengkaji tujuan Buddha
menyampaikan ajaran yang tidak semata-mata kerana
nirwana tetapi membantu manusia mengecap kehidupan
yang lebih baik.

Sumber: Ann Wan Seng (1994)

Kitab yang menjadi rujukan dan pedoman pengikut Buddha terdiri daripada tiga
bahagian, iaitu ucapan, peraturan dan ajaran Gautama Buddha. Kesemuanya
dihimpunkan dalam sebuah kitab yang diberi judul Tri-Pitaka atau tiga bakal.
Bahagian Sutta Pitaka dipercayai sebagai inti pati ajaran Buddha. Selain itu,
terdapat sebuah risalah kecil Dhammapada yang menjadi rujukan para sami.
Risalah ini memberi panduan mencapai hidup bertatasusila tinggi. Agama
Buddha yang mendapat pengaruh dari Tibet telah menyembah Buddha dalam
bentuk patung dewi bernama Kuan Yi (Ann Wan Seng, 1994). Dewi Kuan Yi
sebagai lambang kemurnian kasih sayang, kesejahteraan dan „ahimsa‰, iaitu tidak
menggunakan kekerasan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  87

Agama Buddha mengutamakan ajaran berbentuk falsafah kerana Buddha tidak


mengajar konsep ketuhanan dan persoalan ghaib, kecuali cara manusia mahu
hidup tanpa bermasalah. Penganut Buddha diwajibkan menjalani kehidupan
sebagai Bhikkhu atau sami untuk satu-satu tempoh dan tidak dibenarkan
berkahwin. Rajah 4.4 memaparkan perkara yang berkaitan dengan agama Buddha.

Rajah 4.4: Siddharta Gautama Buddha, Kuil Cheng Long Kong di Selandar, Melaka dan
ritual sembahyang agama Buddha

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 ISI DAKWAH

4.2.2 Hindu
Agama Hindu bukan berasal daripada seorang nabi dan diakui bukan dibawa oleh
manusia. Istilah Hindu diambil daripada Sungai Sindhu (Indus) yang terletak di
bahagian Timur Laut India. Agama Hindu juga dikenal sebagai Sanatana-Dharma
atau agama yang abadi (tiada permulaan dan tiada kesudahan) dan Vaidik-
Dharma atau agama yang berpegang pada kitab Veda (pengetahuan). Selain itu,
Brahmanisme juga dinisbahkan kepada agama Hindu. Brahmanisme merujuk
kepercayaan asas bahawa dunia ini bermula dengan wujudnya „roh dunia‰ yang
agung bergelar Brahman. Brahman juga dikenal dengan Trimurti, iaitu tuhan yang
mempunyai tiga sifat yang dijelmakan melalui Brahman (Pencipta), Vishnu
(Pembinasa) dan Siva (Pemusnah).

Ajaran agama Hindu dibawa oleh maharesi (penyampaian) purbakala. Namun


begitu, agama Hindu memberi kebebasan kepada penganutnya sama ada untuk
taat dengan perintah Kitab Veda atau sebaliknya.

Terdapat empat kitab suci (Kitab Veda) yang menjadi pegangan penganut agama
Hindu, iaitu:
(a) Rig Veda;
(b) Yajur Veda;
(c) Sama Veda; dan
(d) Atharva Veda.

Kitab-kitab Veda ini mengajar penganut Hindu tentang amalan bagi upacara
penyembahan dan cara bertafakur berdasarkan pengalaman rohani para maharesi
purba kala. Kitab-kitab Veda ini juga dinamakan sebagai Sruti kerana mempunyai
sumber utama.

Selain keempat-empat Kitab Veda tersebut, masyarakat Hindu juga mempercayai


kitab lain yang dikenal sebagai Smirti. Smirti ialah kitab tradisi dalam bentuk
(orang suci) atau ajaran guru (archaya) dan ajaran avatar. Di samping itu, kitab
sastera yang dinamakan Iltihasas, Purana, Agama dan Darsana juga turut menjadi
rujukan penganut Hindu.

Kebanyakan buku awal masyarakat Inda-Hindu ini ditulis dalam bahasa Sanskrit
kerana mereka beranggapan buku yang tidak ditulis dalam bahasa ini tidak
mengandungi falsafah. Kini, lahir pula bentuk syair memuja Tuhan yang
dinyanyikan sebagai memuja semangat. Bentuk nyanyian ini disebut Tevaram dan
Tiruvacakam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  89

(a) Kepercayaan Masyarakat India


Jadual 4.6 menghuraikan tentang kepercayaan masyarakat India.

Jadual 4.6: Kepercayaan Masyarakat India

Kepercayaan Keterangan

Teori karma Menganggap seseorang itu bertanggungjawab keadaannya pada


masa sekarang. Hal ini bermakna, kelakuan seseorang pada masa
lampau menentukan keadaan mereka masa ini dan keadaan masa
ini akan menentukan keadaan mereka pada masa akan datang.

Sistem kasta Ia tiada kaitan dengan agama tetapi dikaitkan dengan strata
masyarakat beragama Hindu. Secara umumnya, masyarakat
India masih mengamalkan sistem Kasta, iaitu Brahmin untuk
atasan, ketua atau pemimpin mereka, Ksatiya untuk golongan
pahlawan, Vaisyas untuk golongan petani yang menjadi tuan
tanah dan Sudras atau disebut Pariah (out-cast) yang terdiri
daripada buruh ataupun masyarakat kelas bawahan.

(b) Mazhab Agama Hindu


Seterusnya kita akan mempelajari tentang mazhab agama Hindu. Terdapat
lima mazhab ataupun aliran kefahaman dalam agama Hindu, iaitu
Ganapatya, Saura, Vaisnava, Saiva dan Sakta. Mazhab Vaisnava dan Saiva
merupakan dua mazhab besar dalam kepercayaan agama Hindu. Walau
bagaimanapun, pemilihan mazhab dikaitkan dengan penyembahan
terhadap Tuhan.

Lima mazhab ataupun aliran kefahaman agama Hindu diterangkan dalam


Jadual 4.7.

Jadual 4.7: Lima Mazhab atau Aliran Kefahaman Agama Hindu

Mazhab Keterangan

Ganapatya Tuhan Mazhab Ganapatya ialah Ganapati yang wajahnya seperti


gajah. Ganapati dianggap putera sulung Siva dengan Parvati.
Dewa ini sering dikaitkan dengan dewa-dewa bagi pelajaran.

Saura Tuhan bagi Mazhab Saura ialah matahari. Tuhan matahari


bergelar Surya dan Aditya. Penyembahan terhadap dewa ini
dikaitkan dengan petani, terutamanya dalam perayaan Ponggal.
Penyembahan terhadap dewa Surya bagi mendapatkan
kemakmuran dunia dan menghapuskan dosa serta
menyelamatkan jiwa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 ISI DAKWAH

Vaisnava Tuhan Mazhab Vaisnava ialah Vishnu dan pasangannya ialah


Laksmi. Mazhab ini memiliki banyak cabang, antaranya ialah
Bhakta dan Pancharatra. Pengikut ini mempunyai tanda kasta
pada dahinya, iaitu garis tiga tegak lurus (Harun Hadiwijono,
2008).

Saiva Tuhan mazhab ini ialah Siva dan disembah bersama


pasangannya, iaitu Parvati. Pengikut mazhab ini terdapat di
seluruh India. Dewa Siva dianggap dewa tertinggi berbanding
dengan Brahma dan Vishnu (Harun Hadiwijono, 2008).

Sakta Tuhan bagi Mazhab Sakta ialah Sakti. Sakti biasanya wujud dalam
pelbagai bentuk seperti Kali, Durga, Tara dan Kamala. Sakti
memiliki pelbagai peranan. Dua peranan yang penting adalah
sebagai ibu dan sebagai dewi yang menggerunkan (Harun
Hadiwijono, 2008).

Rajah 4.5 memaparkan suasana dalam kuil.

Rajah 4.5: Suasana dalam kuil serta Dewa Ganesh dan Murugan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  91

4.2.3 Kristian
Agama Kristian (Christian) amat mementingkan penyembahan tuhan (God). Bagi
penganut Kristian, mereka mempercayai tuhan itu satu (one and only one God)
yang mempunyai tiga imej (trinity), iaitu God the Father, Holy Spirit dan Holy
Son. Penganut Kristian mempercayai agama Kristian dibawa oleh Jesus Christ.
Tahun pertama kelahiran Jesus Christ dikenal sebagai Tahun Satu Masihi. Mereka
mempercayai bahawa pada tahun 27 Masihi, tuhan menurunkan wahyu kepada
Jesus Christ. Mereka menganggap bahawa Jesus Christ ialah anak kepada tuhan
yang dihantar ke dunia bagi membersihkan dosa manusia, iaitu menyelamatkan
manusia daripada dosa warisan. Kitab suci Kristian dinamakan Bible yang
mengandungi dua bahagian, iaitu Perjanjian Lama (Old Testament) yang ditulis
sebelum kelahiran Jesus dan Perjanjian Baru (New Testament) yang ditulis oleh
pengikut Jesus (Khadijah Khambali, 1999).

„Christ‰ bermakna penyelamat (deliverer) yang dihantar oleh tuhan untuk


menyelamatkan dunia ini. Penganut agama Kristian yang awal ialah orang Yahudi
yang percaya bahawa Jesus ialah seorang nabi yang berasal daripada kaum Yahudi
sebagaimana yang diceritakan dalam sumber pertama Kristian − Bible.

Agama Kristian telah banyak mengalami perubahan yang Kristianiti (Cristianity)


telah berpecah kepada lima tradisi konvensional. Setiap mazhab tradisi ini telah pun
mencapai kestabilan dan mempunyai corak doktrin dan etika tersendiri. Rajah 4.6
menjelaskan mazhab agama Kristian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 4 ISI DAKWAH

Rajah 4.6: Lima mazhab agama Kristian

Hukum The Ten Commandments terdapat dalam kitab Bible Old Testament yang
diperkenalkan oleh tuhan melalui Nabi Musa (Moses). Ia disebut dalam bahagian
„Exodus: 20, 2−17‰. Perlakuan penganut Kristian dalam kehidupan seharian
dihadkan oleh perintah dan larangan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  93

Rajah 4.7: Perintah dan larangan bagi penganut Kristian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 4 ISI DAKWAH

Doktrin dalam Kristian (Epistles of Paul)


Agama Kristian turut mempunyai doktrin yang disebut dalam himpunan karya
St. Paul (Epistles of Paul) perlu diyakini oleh setiap penganut Kristian. Doktrin
tersebut ditunjukkan dalam Jadual 4.8.

Jadual 4.8: Doktrin dalam Kristian

Doktrin Keterangan

Dosa Warisan Setiap manusia itu menanggung dosa akibat perbuatan Adam
(Inherited Sin) dan Hawa, dan dosa yang diwarisi oleh manusia ini hanya
dapat ditebus melalui penyaliban Anak Tuhan, Jesus.

Anak Tuhan Tuhan Bapa yang penyayang, berada di syurga dan mempunyai
(Son of God) anak sulung yang terdahulu dari segala zaman (yang azali), dan
segala benda yang wujud di alam ini dicipta melaluinya. Anak
Tuhan ini ialah Jesus Christ (Epistles Paul to Romes, 8:18−39).

Penjelmaan Penjelmaan di sini bererti Anak Tuhan atau Jesus Christ


(Incarnation) menjelma diri ke dunia melalui kandungan Maryam @ Marie
melalui benih Daud (Epistles Paul to Romes, 8:18−30).

Pensaliban Anak sulung Tuhan (Jesus) telah dewasa, dia menyerahkan diri
(Crucifixion) untuk dikorbankan di tiang salib sebagai satu cara untuk
menebus dosa warisan yang disebabkan oleh Adam dan Hawa
(Epistles Paul to Corintians, 2:1−5).

Penebusan Jesus telah mati di palang salib sebenarnya mengorbankan


(Redemption) dirinya untuk menebus dosa yang diwarisi manusia sejak
zaman Adam lagi. Setiap insan mesti beriman dengan
penyaliban/penebusan itu sebagai jaminan keselamatan
mereka dan kebangkitan semula yang sejahtera (Epistles Paul to
Corintians, 15:1−14, 2:1−5).
Kebangkitan Semula Jesus kemudiannya dikafankan dan dikebumikan di dalam gua
(Resurrection) (Tomb). Selepas itu bangkit semula dari kuburnya pada hari
ketiga selepas pengebumiannya (Epistles Paul to Corintians,
15:12−21).

Naik ke Langit dan Jesus hidup semula dan naik ke langit ke sisi Tuhan Bapa dan
Bersemayam di bersemayam di sebelah kanan Tuhan Bapa (Mark, 16: 19−20).
Sebelah Kanan
Tuhan (Ascension)

Sumber: The Holy Bible (New Testament); Khadijah Khambali (1999)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  95

Rajah 4.8 memaparkan suasana gereja.

Rajah 4.8: Suasana gereja

4.2.4 Kepercayaan dan Keagamaan Orang Asli


Secara umumnya, majoriti Orang Asli di Malaysia – Negrito, Senoi dan Melayu-
Proto berpegang kuat pada kepercayaan animisme yang diwarisi sejak turun-
temurun. Hal ini disebabkan keadaan persekitaran sekeliling mereka telah banyak
mempengaruhi asas kepercayaan mereka. Keadaan kawasan gunung-ganang,
sungai, batu besar, pokok besar, lembah, hujan, guruh, ribut, petir, air terjun, tasik,
kolam dan sebagainya sangat memberikan implikasi mendalam dalam amalan
hidup dan sistem kepercayaan Orang Asli.

Meskipun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga perbezaan dalam


sistem kepercayaan antara etnik masyarakat Orang Asli yang disebabkan ketaatan
terhadap ketua, asas kepercayaan atau tafsiran terhadap makhluk yang berbeza-
beza mahupun perkembangan persekitaran semasa masyarakat Orang Asli.
Namun, kita tidak menafikan usaha-usaha daripada agensi tertentu terdapat
Orang Asli kini yang menganut agama Islam dan Kristian (Seminar Pengajian
Masyarakat Malaysia, 1977).

Mari kita menyusuri kepercayaan Masyarakat Orang Asli yang masih diamalkan
oleh sebahagian daripada mereka iaitu percaya adanya „tuhan‰ atau kuasa
tertinggi yang menguasai gerak-geri kehidupan manusia. Mereka percaya bahawa
kuasa ghaib, kuasa luar biasa dan unsur roh boleh mendatangkan kebaikan dan
keburukan terhadap kehidupan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 ISI DAKWAH

Jadual 4.9 memaparkan beberapa kepercayaan orang Asli.

Jadual 4.9: Beberapa Kepercayaan Orang Asli

Puak Kepercayaan

Orang Asli Senoi Percaya terhadap pokok, batu besar mempunyai nyaniik yang
dianggap sebagai penunggu keramat yang mendiami tempat
ataupun sesuatu benda.

Orang Asli Semai Mempercayai kewujudan dewa-dewa semangat (spirit), hantu


dan orang bunian. Dewa-dewa utama ialah ngkuu dan nagaa.

Orang Melayu-Proto Percaya bahawa tuhan wujud dalam dua persekitaran atau dua
(Orang Asli-Proto), bentuk, iaitu Tuhan Dunia Atas dan Tuhan Dunia Bawah.
khususnya Orang Mereka turut mempunyai ahli agama yang dipercayai boleh
Ulu berhubung dengan kuasa ghaib tersebut yang dinamakan
pawang, bomoh atau poyang.

4.2.5 Masyarakat Sabah


Negeri Sabah mempunyai pelbagai etnik dan kaum Kadazan-Dusun merupakan
kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah selain Melayu, Bajau, Murut,
bumiputera lain dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan
pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam
tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan,
Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun
Kimaragang, Tagahas, Tanggara, Dusun, Rungus, Orang Sungai dan Kuijau,
Tambanuo. Kumpulan etnik yang terbesar ialah suku kaum Dusun yang
merupakan satu pertiga daripada penduduk Sabah (Ismail Yusoff, 1997).

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut tadi mendiami kawasan


(daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah
Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi Orang
Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam, manakala
daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama lain.

Masyarakat Lotud (Suang Lotud) juga mendiami kawasan Pantai Barat Selatan
negeri Sabah. Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang
yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 hingga 200 orang. Walau
bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini.
Kebanyakannya mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  97

Agama dan Kepercayaan


Kebanyakan orang Kadazan, warga tua, kaum Murut mengamalkan kepercayaan
animisme dan dinamisme. Selepas kedatangan British, mereka mula menganut
agama Kristian. Gereja didirikan di kawasan mereka sebagai tempat ibadat. Walau
bagaimanapun, terdapat juga orang masyarakat Sabah yang beragama Islam,
Buddha dan Hindu.

Masyarakat Kadazan dahulunya dikenal sebagai Orang Dusun dan mereka begitu
berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan
masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan.
Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur ritual dan animisme.
Hal ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam
aspek kelahiran dan kematian.

Jadual 4.10 menerangkan beberapa kepercayaan orang Kadazan Dusun.

Jadual 4.10: Antara Kepercayaan Orang Kadazan Dusun

Kepercayaan Keterangan
Pesta Kaamatan Pesta Kaamatan (menuai) disambut oleh Kadazan Dusun
sebagai meraikan tuaian baik tetapi Pesta Kaamatan juga
disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan
disambut pada tarikh 30 hingga 31 Mei.
Kemuncak perayaan ini ialah Peraduan Ratu Cantik atau
„Unduk Ngadau‰, tarian tradisi, dan upacara kemuncak
yang dijalankan oleh Bobohizan „Ketua Pendeta.‰ Pesta
Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenal sebagai
„Tadau KaÊmatan‰ dalam bahasa Kadazan Dusun.
Ketika pesta Kaamatan, penduduk akan mengenakan
pakaian tradisi mereka. Tarian Sumazau dengan alat muzik
tradisi dan tapai (arak beras) dihidangkan sebagai
minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa
sesama mereka dengan ucapan „Kopivosian Tadau
KaÊamatan‰ atau Selamat Hari Menuai.
Semangat padi Menurut kepercayaan mereka, semangat padi merupakan
„kinoingan‰ (kinorohingan dalam dialek Dusun) yang
dikenal sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta
dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi
Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi.
Ramai yang mempercayai bahawa „Tanpa padi, tiada
kehidupan.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 ISI DAKWAH

Upacara Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau


Momohizan bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara
Momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan
memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya
membantu menyuburkan padi dan melindungi padi
daripada sebarang penyakit atau bencana alam. Mereka
akan berdoa atau dikenal sebagai mikiompit.

Terdapat juga kepercayaan berlaku kematian, proses pengebumian melibatkan


seluruh masyarakat. Unggun api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh
jahat. Wujud beberapa konsep seperti „mihad‰, iaitu menangisi mayat,
„memujok‰, iaitu memandikan mayat, „munguman‰, iaitu menghias dan
mendandan mayat „lobong‰, iaitu kubur dan „panukup‰, iaitu kenduri.

Tradisi kaum Murut yang terkenal ialah pemburuan kepala. Aktiviti pemburuan
kepala dijalankan juga untuk upacara kerohanian yang kepala mangsa akan
diletakkan pada asas jambatan besar bagi memastikannya tahan lama. Hal yang
hampir serupa ialah penanaman tengkorak mangsa di sawah padi supaya padi
dapat tumbuh subur. Sehingga kini, kaum Murut masih menyimpan kepala-
kepala ini dalam rumah panjang tetapi ada juga yang telah menanamnya. Amalan
ini sudah lama ditinggalkan kerana terdapat kawalan daripada pihak berkuasa
(sabah.edu.my, t.t.). Rajah 4.9, 4.10 dan 4.11 memaparkan pakaian tradisional,
kubur dan orang Sabah.

Rajah 4.9: Pakaian tradisional Kadazan Dusun


Sumber: https://maibaca.wordpress.com/2013/05/29/orang-kadazandusun-murut-
pun-tau-bersatu/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  99

Rajah 4.10: Pondok kubur yang menempatkan keranda kaum Murut


Sumber: http://www.sabah.edu.my/kds/tradisi_&_kepercayaan.htm

Rajah 4.11: Kaum Bajau Sabah


Sumber: https://sumatra93.wordpress.com/2014/03/26/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 ISI DAKWAH

4.2.6 Masyarakat Sarawak


Masyarakat di Sarawak terdiri daripada pelbagai etnik. Antaranya ialah Bidayuh,
Bisayah, Kadayan, Kajang, Kanowit dan Kayan. Peribumi Iban merupakan
masyarakat paling besar diikuti oleh Melayu (Jabatan perangkaan Negara).
Mereka kaya dengan kepercayaan serta amalan turun-temurun yang menjadi
sebahagian daripada peraturan sosial dan dikongsi bersama dalam kehidupan
bermasyarakat. Kepercayaan dan amalan ini dimanifestasikan melalui petua dan
pantang larang lama yang diyakini kesannya terhadap kehidupan. Kini
masyarakat Sarawak menganuti pelbagai agama. Terdapat mereka yang
menganut Kristian, Islam, Hindu, Buddha dan terdapat mereka yang masih
berpegang pada kepercayaan animisme.

Masyarakat Melayu Sarawak di Simunjan mengamalkan petua dan pantang larang


tertentu apabila ingin masuk ke dalam hutan sama ada untuk mencari hasil hutan,
berburu dan sebagainya. Mereka mengelak menyebut perkara buruk semasa
masuk ke dalam hutan. Selain itu, mereka akan mengambil sedikit tanah dan
diletakkan di dahi supaya tidak „diganggu‰ oleh kuasa jahat ataupun binatang
apabila berada di dalam hutan. Tanah dilihat sebagai simbolik yang menunjukkan
manusia sebati dengan alam, lantaran dipercayai bahawa manusia juga berasal
daripada tanah (Hamidah Abdul Wahab, 2013).

Dalam sesebuah keluarga yang sedang makan dan terdapat salah seorang ahli
keluarganya tidak ada bersama, si ibu akan meninggalkan lauk untuk si anak yang
tidak ada. Ibu akan berkata, „lauk ini akan ditinggalkan untuk Âularʉ. Si ibu tidak
boleh menyebut nama anak yang belum makan itu kerana ia akan menyebabkan
si anak nanti boleh terkena kempunan (Hamidah Abdul Wahab, 2013). Petua ini
sering diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional Sarawak.

Masyarakat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah
keluarga. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik
dihuni oleh sebuah keluarga yang biasanya keluarga asas. Rumah panjang suku
Kelabit pula tidak ada bilik untuk keluarga, cuma terdapat bilik yang memisahkan
ruang sebelah luar dengan ruang sebelah dalam (Hasnah Hussin & Mardiana
Nordin, 2007).

Bagi rumah orang Iban, di sebelah belakang bilik ialah tempat makan dan dapur.
Jika ada keramaian, makanan dihidangkan di beranda (ruai). Sebelah luar bilik
juga terdapat ruang yang dipanggil ‰panggan‰, iaitu tempat tidur orang bujang
dan tetamu lelaki. Di bawah rumah ialah tempat binatang ternakan seperti babi
dan ayam (Hasnah Hussin & Mardiana Nordin, 2007).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  101

Masyarakat Iban mempunyai upacara khas dalam adat kematian. Ia melibatkan


seluruh ahli rumah panjang dan perundingan dengan „tuai rumah‰ (ketua
rumah). Dalam kelahiran pula, bayi yang baru dilahirkan dimasukkan garam ke
mulutnya. Proses ini dipanggil „ngetup garam‰. Sementara ibunya akan melalui
proses „bekindu‰ ataupun berdiang di unggun api selama 41 hari dan 41 malam
(Hasnah Hussin & Mardiana Nordin, 2007).

AKTIVITI 4.4
1. Kemukakan cadangan anda, apakah kaedah terbaik membentuk
kefahaman budaya antara agama di Malaysia?
2. Adakah benar dakwaan yang mengatakan Islam agama yang
ekstrem? Berikan pandangan anda dengan mengaitkan dengan
ekstrem agama lain.

Kongsikan pandangan anda di dalam forum myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Huraikan hubungan antara Islam dengan penganut Islam.


2. Jelaskan perbezaan agama Hindu dan Buddha di Malaysia.
3. Bincangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam setiap agama
dan kepercayaan dalam kalangan penduduk di Malaysia.

• Islam bererti menyerah, mematuhi dan menerima ikatan yang membawa erti
penyerahan secara total kepada Allah SWT.

• Aspek ajaran Islam terbahagi kepada akidah, syariah dan akhlak.

• Islam mengandungi dua rukun iaitu rukun iman dan rukun Islam.

• Ciri-ciri khusus Islam ialah Rabbani, Thabat wa Murunah, WaqiÊiyyah, Syumul


dan Wasatiyyah.

• Pengasas kepada agama Buddha ialah Siddhartha Gautama dikenali sebagai


Gautama Buddha.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 ISI DAKWAH

• Istilah Hindu diambil daripada Sungai Sindhu, juga dikenali sebagai Sanatana-
Dharma dan Vaidik-Dharma.

• Penganut Kristian mempercayai Tuhan itu satu (one and only one God) yang
mempunyai tiga imej (trinity), iaitu God the Father, Holy Spirit dan Holy Son.

• Majoriti Orang Asli di Malaysia – Negrito, Senoi dan Melayu-Proto berpegang


kuat kepada kepercayaan animisme yang diwarisi sejak turun temurun.

• Kadazan Dusun merupakan etnik terbesar di Sabah manakala Peribumi Iban


merupakan masyarakat paling besar diikuti oleh Melayu di Sarawak.

Agama Islam Maqasid syariah


Buddha Masyarakat Sabah
Hindu Masyarakat Sarawak
Kepercayaan animisme Rukun iman
Kristian Rukun Islam

Ann Wan Seng. (1994). Perayaan orang Cina. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Asep Saepul Hamdi. (2016). Dasar-dasar Agama Islam. Yogyakarta, Indonesia:


Deepublish.

Hamidah Abdul Wahab. (2013). Petua dan pantang larang tradisional dalam alam
Melayu Sarawak. International Journal of the Malay World and Civilisation
(Iman), 1(1), 89−97.

Harun Hadiwijono. (2008). Agama Hindu dan Buddha. Jakarta, Indonesia:


Gunung Mulia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ISI DAKWAH  103

Hashim Musa, et al. (2006). Konsep, latar belakang dan pandangan semesta
masyarakat Melayu dalam tamadun Islam dan tamadun Melayu. Kuala
Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Hasnah Hussin, & Mardiana Nordin. (2007). Pengajian Malaysia. Shah Alam,
Malaysia: Oxford Fajar.

Ibanology.wordpress.com (t.t.). Jenis-jenis Gawai di Sarawak. Dicapai dari


https://ibanology.wordpress.com/2013/04/08/jenis-jenis-gawai-di-
sarawak/

Ibn Manzur. (1956). Lisan al-ÂArab (Jil. 10). Beirut, Lubnan: Dar al-Sadir.

Institut Kefahaman Islam Malaysia. (t.t.). Nilai Islam asas bentuk masyarakat
majmuk harmoni. Dicapai dari http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/
berita-harian/6771-nilai-islam-asas-bentuk-masyarakat-majmuk-harmoni

Ismail Yusoff. (1997). Politik dan agama di Sabah. Bangi, Malaysia: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. (1993). Konsep triniti menurut agama


Kristian dan pandangan Islam terhadapnya. Disertasi Sarjana Usuluddin.
Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Khadijah Khambali. (1999). Perayaan-perayaan agama Kristian. Kuala Lumpur,


Malaysia: Universiti Malaya.

Mardiana Nordin, & Hasnah Hussiin. (2014). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur,
Malaysia: Oxford Fajar.

Persatuan Buddha Wakaf Bharu. (t.t.). Sejarah Buddhisme di Malaysia. Dicapai


dari http://dhamma-bm.tripod.com/am/sejarah.htm

Sabah.edu.my. Tradisi dan kepercayaan. Dicapai dari http://www.sabah.


edu.my/kds/tradisi_&_kepercayaan.htm

Seminar Pengajian Masyarakat Malaysia. (1977). Etnografi Orang Asli. Kuala


Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Warrent, M. (2007). World religions. Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pendakwah
atau DaÊi
5 Dr Hamidah Mat
hamidah_mat@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan kepentingan dan kelebihan pendakwah dalam
menjalankan tanggungjawab menyebarkan agama Islam;
2. Membincangkan sifat, adab dan akhlak yang seharusnya dimiliki
oleh pendakwah;
3. Menjelaskan persediaan yang perlu dihadapi oleh pendakwah
dalam melaksanakan dakwah; dan
4. Menganalisis cabaran yang dihadapi oleh seorang pendakwah
dalam menjalankan amanah Allah SWT.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan rukun dakwah yang pertama, iaitu
pendakwah (daÊi). Pada asasnya, dakwah merupakan satu bentuk iltizam yang
diharuskan ke atas umat Islam keseluruhannya. Allah SWT telah mengutus para
rasul dan nabi untuk menyampaikan agama-Nya kepada umat manusia. Setelah
kewafatan mereka, setiap orang Islam merupakan waris bagi meneruskan jihad
dakwah ini. Hal ini bermakna tugas dakwah bukan sahaja khusus kepada individu
tertentu tetapi merupakan tanggungjawab setiap orang yang beragama Islam yang
baligh serta berakal menurut kapasiti dan kemampuan masing-masing.

Selaras dengan kepentingan dakwah dalam Islam, pendakwah juga mempunyai


kepentingan yang sama. Oleh itu, kita mestilah memahami peranan, kepentingan
dan kelebihan pendakwah. Selain itu, sifat dan akhlak yang membentuk
pendakwah yang baik dan berjaya juga akan dibincangkan dalam topik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I  105

Akhirnya, anda akan didedahkan dengan persediaan yang perlu bagi pendakwah
dalam menjalankan tanggungjawabnya yang mencabar. Untuk melengkapkan
perbincangan, cabaran yang akan dihadapi oleh pendakwah juga turut
dibincangkan.

5.1 KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN


PENDAKWAH
Pendakwah, atau daÊi, boleh didefinisikan sebagai seseorang yang
bertanggungjawab dan berusaha mengajak orang lain kepada Islam dengan cara
yang tertentu (Abdul Karim Zaidan, 2002). Tugas berdakwah ini amat penting
demi menjaga agama Islam sebagaimana yang digagaskan dalam Maqasid
al-Syariah (objektif pensyariatan hukum) itu sendiri. Oleh itu, pendakwah
merupakan individu yang penting dalam kehidupan secara umumnya.
Kepentingan dan kelebihan pendakwah boleh dilihat daripada beberapa aspek
seperti yang dinyatakan dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Tiga kepentingan dan kelebihan pendakwah

Mari kita meneliti ketiga-tiga kepentingan dan kelebihan pendakwah dengan lebih
lanjut.

(a) Dari Segi Keperluan


Dakwah merupakan satu keperluan dalam kehidupan seorang manusia.
Tujuan Allah SWT menciptakan manusia adalah untuk menyembah-Nya
dan telah mengamanahkan umat manusia untuk menyebarkan agama Islam.
Oleh itu, kita sebagai hamba Allah SWT dituntut untuk berdakwah.
Tuntutan ini bukan sahaja atas kepentingan dunia tetapi juga atas
kepentingan akhirat. Hal ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam
surah al-Fussilat, ayat 33:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I

َ ْ ُ ْ َ َّ َ َ َ ً َ َ َ َ َّ َ َ َ ْ َّ ً ْ َ ُ َ ْ َ ْ َ َ
ِ ‫ومن أحسن قو مِمن دع إ ِ ا ِ وع ِمل ص‬
٣٣ ‫الا وقال إِن ِن مِن المسل ِ ِمي‬
Maksudnya:
Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, „Sungguh, aku
termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)?‰
(Surah al-Fussilat, 41:33)

(b) Dari Segi Tanggungjawab


Sesungguhnya pekerjaan seorang pendakwah merupakan pekerjaan yang
paling mulia di sisi Allah SWT. Hal ini demikian kerana tugas berdakwah ini
juga merupakan tugas dan tanggungjawab Nabi Muhammad SAW kita yang
tercinta serta para nabi yang lain dan mereka adalah semulia-mulia manusia
di pandangan Allah SWT. Pada zaman dahulu, para rasul merupakan
pendakwah yang ditugaskan khas untuk mengajak, menerangkan dan
membimbing manusia menuju ke jalan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

َ َ َ ُ ُّ َ ۡ َ َّ ُ َّ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ ُ َ َ ّ َ ُّ ٗ ُ ُّ
‫اس ٱ ِ حج بعد ٱلرس ِلۚ وكن‬ ِ ‫شين ومن ِذرِين لِ يكون ل ِلن‬ ِ ِ ‫رس مب‬
ٗ ‫يزا َحك‬
١٦٥ ‫ِيما‬ ً ‫ٱ َّ ُ َعز‬
ِ
Maksudnya:
Rasul-rasul adalah sebagai pembawa berita gembira dan pemberi
peringatan, agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah
setelah rasul-rasul itu diutus. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
(Surah an-NisaÊ, 4:165)

(c) Dari Segi Ganjaran dan Pahala


Setiap dakwah yang diusahakan oleh pendakwah merupakan satu bentuk
ibadah. Allah SWT menjanjikan bahawa sesiapa yang berdakwah di jalan-
Nya, pasti akan mendapat ganjaran dan pahala yang besar. Hal ini adalah
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW
bersabda:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I  107

‫ينقص ذلك من‬ ‫من دع إ الهدى كن ل من ا جر مثل اجور من تبعه‬


‫أجورهم شيئا ومن دع إ الض لة كن عليه من ا ثم مثل آثام من تبعه‬
‫ينقص ذلك من آثامهم شيئا‬
Maksudnya:
Barang siapa yang mengajak seseorang kepada hidayah, maka baginya
pahala daripada perbuatannya ditambah dengan pahala orang yang
mengikutinya tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang mengikutinya.
Dan barang siapa yang mengajak kepada kesesatan, maka baginya dosa
daripada perbuatannya ditambah dengan dosa orang yang mengikutinya
tanpa sedikit pun dikurangi dosa orang yang mengikutinya.

Menurut Abdul Karim Zaidan (1980), pendakwah tidak dibenarkan meminta


apa-apa bentuk balasan daripada orang lain sama ada pujian, kemewahan,
kekayaan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana balasan bagi seorang
pendakwah datang hanyalah daripada Allah SWT. Dalam surah asy-Syura
ayat 23, Allah SWT berfirman:

ْ َّ ً ْ َ ْ َ َ َ َ ْ ُْ َ َّ َ َ ْ َّ ً ْ َ ْ َ َ ْ ُ ُ َ ْ َ َّ ُ
‫تف َح َس َنة ن ِزد‬ِ ‫ق‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬‫و‬ ۗ ٰ
‫ب‬ ‫ر‬ ‫ق‬‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫ف‬ِ ‫قل ل أسـٔلكم عليهِ أجرا إ ِ ٱلمودة‬
َ ‫َ ُلۥ ف‬
‫ِيها ُح ْس ًنا‬
Maksudnya:
Katakanlah (Muhammad), „Aku tidak meminta kepadamu sesuatu imbalan
pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan.‰ Dan sesiapa
yang mengerjakan kebaikan, akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada
kebaikannya itu.
(Surah asy-Syura, 42:23)

Dalam ayat tersebut, Allah SWT menegaskan bahawa pendakwah tidak


seharusnya meminta balasan ataupun ganjaran atas kerja dakwahnya.
Sebaliknya, hendaklah berusaha untuk mengeratkan silaturahim
terutamanya dalam kalangan orang yang didakwahnya sama ada dalam
kalangan keluarga mahupun selainnya. Pada masa yang sama, Allah SWT
menjanjikan kebaikan demi kebaikan bagi mereka yang melakukan usaha
dakwah ataupun mengajak orang lain ke arah kebaikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I

AKTIVITI 5.1
1. Apakah bukti bahawa kewujudan pendakwah adalah relevan
sepanjang zaman?
2. Pada pandangan anda, mengapakah peranan pendakwah begitu
penting pada masa kini? Bincangkan dengan rakan sekuliah anda
dalam forum myINSPIRE.

5.2 SIFAT, ADAB DAN AKHLAK PENDAKWAH


Dalam proses berdakwah, sifat dan adab pendakwah memainkan peranan yang
sangat signifikan. Hal ini demikian kerana tugas pendakwah bukanlah seperti
peniaga yang hanya mempromosikan sesuatu dengan kata-kata yang persuasif.
Malahan, peranan dan tingkah laku pendakwah akan menggambarkan dan
memberi kesan kepada keberhasilan dakwahnya. Jadual 5.1 menunjukkan
beberapa sifat dan akhlak yang seharusnya dimiliki oleh pendakwah berserta dalil
(Abdul Karim Zaidan, 2002).

Jadual 5.1: Sifat dan Akhlak Pendakwah

Sifat dan Akhlak Penerangan

Sabar (‫ )الصب‬ Sabar dari sudut bahasa bermaksud menahan dan mencegah.
Dari sudut syarak, sabar boleh dibahagikan kepada tiga jenis
berikut:
 Sabar dalam ketaatan  Pendakwah hendaklah ikhlas dalam
melakukan dakwah dan memelihara ketaatan kepada Allah
SWT.
 Sabar daripada kemaksiatan  Pendakwah seharusnya
meninggalkan apa-apa kejahatan dan kemaksiatan. Jenis sabar
ini tercapai apabila perasaan takut kepada Allah SWT sudah
tertanam dalam hati pendakwah.
 Sabar dalam menghadapi ujian dan kesusahan  Pendakwah
perlu meninggalkan perasaan benci dan suka mengeluh sama
ada dalam hati ataupun mengadu pada manusia. Namun,
wujud lagi erti sabar sekiranya mengadu kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

ٞ ‫إنَّا َو َج ۡد َنٰ ُه َصاب ٗرا ّن ِۡع َم ٱ ۡل َع ۡب ُد إنَّ ُه ٓۥ أَ َّو‬


٤٤ ‫اب‬ ِ ۚ ِ ِ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I  109

Maksudnya:
Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar,
dialah sebaik-baik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat
(kepada Tuhan-nya).
(Surah Saad, 38:44)

Kepercayaan yang Pendakwah mestilah yakin dengan kebenaran kandungan


mendalam dengan dakwah yang disampaikan supaya usaha dakwah akan
apa yang mempunyai asas yang kukuh. Sekiranya pendakwah sendiri
didakwahkan ragu-ragu dengan apa-apa yang disampaikan, maka usaha
dakwah tersebut akan hambar dan tidak akan konsisten.
‫)اليمان العميق بما‬
Allah SWT berfirman:
(‫يدعو إله‬
َۚ ‫ك يَأۡ ُخ ُذوا ْ بأَ ۡح َسن ِها‬
َ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ َ َّ ُ َ ۡ ُ َ
‫فخذها بِقوة ٖ وأمر قوم‬
ِ
Maksudnya:
Berpegang teguhlah padanya dan suruhlah kaummu berpegang
padanya dengan sebaik-baiknya.
(Surah al-AÊraf, 7:145)

Hubungan yang Tujuan utama dakwah ialah menyeru supaya manusia kembali
baik dengan Allah kepada Allah SWT dengan ketaatan dan mengutamakan keesaan-
SWT Nya. Oleh itu, pendakwah mestilah mempunyai hubungan yang
baik dan kuat dengan Allah SWT. Hal ini demikian kerana Allah
‫)التصال الوثيق بمن‬ SWT ialah sumber kekuatan yang akan menjamin penerusan
kerja dakwah.
(‫يدعو إله‬
Antara ciri-ciri yang menggambarkan hubungan baik dengan
Allah SWT ialah keikhlasan berdakwah kerana Allah SWT. Dalam
hal ini, pendakwah tidak mengharapkan sebarang bentuk balasan
kecuali keredaan-Nya, tidak mencari keuntungan peribadi
atauppun kemewahan dunia dalam menyampaikan dakwah dan
bebas daripada perasaan riak.
Satu lagi ciri-ciri seorang yang mempunyai hubungan yang kuat
dengan Allah SWT adalah dengan mencintai Allah SWT dengan
sepenuh hati. Oleh iu, pendakwah mestilah menghiasi dirinya
dengan memperbanyakkan zikir dan ibadahnya, melazimkan
dirinya dengan ketaatan kepada Allah SWT, mendekatkan diri
kepada-Nya dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I

Rasulullah SAW bersabda:

َّ َ ّ ُْ ُ َ َ َ َ َ ُْ َ ُ َ ِ َ ََْ َ ُ َ ْ َ
‫ « إِن‬: ِ ‫ قال رسول ا‬:‫ قال‬-‫ رض ا عنه‬-‫عن أ ِب هريرة‬...
ََ
‫ َو َما تق َّر َب‬،‫ب‬ َ ْ ‫آذنْ ُت ُه ب‬
ْ ‫ال‬
‫ر‬
َ ْ َ َ ًّ َ َ
‫ َم ْن َعدى ِ و ِلا فقد‬:‫ا َ ت َعا قال‬
َ َ َ َ
ِ ِ
َ ُ َ َ ْ َ َ ْ َّ َّ َ َّ َ َ ْ َ َ َ
‫ َو يَ َزال عبْدِي‬،ِ‫تض ُت ُه َعليْه‬ ‫إ ِ َّ عبْدِي بِش ٍء أحب إ ِ مِما اف‬
َّ ُ َ ْ َ ُ ْ ُ ُ ُ ْ َ ْ َ َ َ ُ َّ ُ َّ َ َ َ
‫ فإِذا أحببته كنت سمعه الِي‬،‫َي َتق َّر ُب إ ِ َّ بِالَّ َواف ِِل حت أحِبه‬
‫جل ُه‬
َ ْ َ َ ُ ْ َ َّ ُ َ َ َ
‫ و ِر‬،‫ ويده ال ِت يب ِطش بِها‬،ِ‫ص بِه‬ ُ ِ ْ‫صهُ َّالِي ُيب‬
َ َ ‫ َو َب‬،ِ‫ي َ ْس َم ُع به‬
ِ
َّ َ ُ َ َ َ ُ َ َ َ
ْ ‫ َولئن‬،‫ َولئ ْن َسألن ل ْعط َي َّن ُه‬،‫ّالَت َي ْمش ب َها‬
َ
..‫اس َت َعاذ ِن لعِيْذن ُه‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata: Rasulullah SAW
bersabda: „Sesungguhnya Allah Taala berfirman: ÂBarang siapa
yang memusuhi wali-Ku, maka sungguh! Aku telah
mengumumkan perang terhadapnya. Dan tidaklah seorang
hamba mendekatkan diri dengan beribadah kepada-Ku dengan
sesuatu, yang lebih Aku cintai daripada apa-apa yang telah Ku-
wajibkan kepadanya, dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan
diri kepada-Ku dengan amalan sunah hingga Aku mencintainya;
bila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya
yang digunakannya untuk mendengar, dan penglihatannya yang
digunakannya untuk melihat dan tangannya yang digunakannya
untuk memukul dan kakinya yang digunakannya untuk berjalan;
jika dia meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberikannya,
dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku, nescaya Aku
akan melindunginya.ʉ
(Hadis riwayat al-Bukhari, 6021)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I  111

Berpengetahuan Pendakwah mestilah mempunyai kefahaman yang tinggi


dan mempunyai terhadap mesej ataupun maklumat yang disampaikan supaya
kefahaman pihak yang didakwahkan beroleh keyakinan terhadap isi
terhadap apa-apa kandungan dakwahnya. Oleh itu, pendakwah haruslah sentiasa
yang disampaikan meningkatkan kefahaman dan penguasaan tentang selok-belok
agama Islam.
‫)العلم والصية بما‬
Firman Allah SWT:
(‫يدعو إله‬
َ ‫ية َأنَا ۠ َو َمن ٱ َّت َب َعن َو ُس ۡب‬
‫حٰ َن‬ َ ‫يل أَ ۡد ُع ٓوا ْ إ َ ٱ َّ ِ َ َ ٰ بَ ِص‬ ۡ
ٓ ِ ِ ‫قُل َهٰ ِذه ِۦ َسب‬
ۖ ِ ِ ٍ ۚ ِ
َ ۡ ُ ۡ َ ۠ َ َ ٓ َ َ َّ
١٠٨ ‫شك ِي‬ ِ ‫ٱ ِ وما أنا مِن ٱلم‬
Maksudnya:
Katakanlah (Muhammad): ‰Inilah jalanku, aku dan orang-orang
yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin,
Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang Musyrik.‰
(Surah Yusuf, 12:108)

Beramal dengan Pepatah Arab ada mengatakan bahawa „ilmu tanpa amalan
ilmu dan seperti pokok tanpa buah.‰ Hal ini bermaksud ilmu yang tidak
beristiqamah diamalkan tidak akan mendatangkan manfaat. Bagi pendakwah,
dengannya dari mereka seharusnya menjadi orang pertama yang beramal dengan
sudut tingkah laku apa-apa yang dikatakan supaya pihak yang kena dakwah akan
berasa yakin dengan dakwah tersebut.
‫)العمل بالعلم‬
Firman Allah SWT:
‫والستقامة ف‬ َ ُ َ ۡ َ َ َ َ ُ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ َ ُّ َ ٰٓ َ
َ ُ ‫ َك‬٢ ‫ون‬
َ‫ب َم ۡق ًتا عِند‬ ‫يأيها ٱلِين ءامنوا ل ِم تقولون ما تفعل‬
(‫السلوك‬ َ ُ ۡ َ َ ْ ُ ُ َ َ َّ
٣ ‫ٱ ِ أن تقولوا َما تف َعلون‬

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu
mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (2) (Itu)
sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa
yang tidak kamu kerjakan (3).
(Surah Saf, 61:23)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I

Qudwah hasanah Perkataan qudwah bermaksud teladan, memberi contoh dan


model kehidupan. Hasanah pula bermaksud perbuatan yang baik
(‫)القدوة السنة‬ (Al-BaÊlabaki, 2003). Oleh itu, qudwah hasanah bermaksud
menjadi contoh teladan yang baik. Hal ini bermaksud pendakwah
hendaklah menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat
umum dengan mengikut semua perbuatan dan suruhan yang
baik yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Contoh teladan yang
dimaksudkan bagi pendakwah ialah pada akhlak, sikap, tingkah
laku, cara berinteraksi dan termasuklah hubungan dengan Allah
SWT.
Firman Allah SWT:

ۡ َّ ْ َ َ ّ ٞ ُ َّ ُ َ َ َ َ َّ
‫لق ۡد كن لك ۡم ِف َر ُسو ِل ٱ ِ أ ۡس َوةٌ َح َس َنة ل َِمن كن يَ ۡر ُجوا ٱ َ َوٱلَ ۡو َم‬
٢١ ‫يا‬ ٗ ِ ‫ٱ خ َِر َو َذ َك َر ٱ َّ َ َكث‬

Maksudnya:
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan
yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)
Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah.
(Surah al-Ahzab, 33:21)

Kepekaan terhadap Manusia akan melalui perubahan dari semasa ke semasa.


perubahan dan Kesedaran yang penuh dalam konteks ini merujuk pengetahuan
keperluan semasa dan kesedaran pada keadaan dan dakwah semasa.

(‫)الوع الكمل‬ Hal ini boleh dibahagikan kepada tiga keadaan berikut:
(a) Keadaan dakwah dan mengaitkannya dengan keadaan
semasa.
(b) Keadaan dan persekitaran sasaran dakwah.
(c) Keadaan pendakwah itu sendiri dari sudut masa dan
perkara berkaitan dengan pendakwah.
Dengan kata lain, pendakwah hendaklah cakna dengan
perubahan kehidupan dari pelbagai aspek seperti aspek
pendidikan, ekonomi, politik dan sosiobudaya. Sifat ini akan
membantu pendakwah menetapkan dan menyelaraskan metode
dakwah bersesuaian dengan perkembangan masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I  113

Kebijaksanaan Seorang pendakwah hendaklah mempunyai kebijaksanaan


dalam pendekatan dalam menentukan cara, metode atau pendekatan yang terbaik
dakwah untuk menyampaikan dakwah kepada sasaran dakwah.

(‫)الكمة ف السلوب‬ Firman Allah SWT:

َّ ۡ َ َ َ َ َۡ َ ۡ ۡ ۡ َ َ َٰ ‫عإ‬ ُ ۡ
‫ج ٰدِل ُه م ب ِٱل ِت‬ ‫يل َربّ ِك ب ِٱل ِك َمةِ َوٱل َم ۡوعِظةِ ٱل سنةِۖ و‬ ِ ِ ‫ب‬ ‫س‬ ِ ‫ٱد‬
َ ۡ َ ُ َّ َ َ ۡ َ ُ َ َّ َ
‫ه أ ۡح َس ُنۚ إِن َربَّك ه َو أعل ُم ب ِ َم ن ضل َعن َسبِيل ِهِۦ َوه َو أعل ُم‬ َِ

١٢٥ ‫ِين‬ َ ‫بٱل ۡ ُم ۡه َتد‬


ِ
Maksudnya:
Serulah ke jalan Tuhan-mu (wahai manusia) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) ke jalan Tuhan-mu
dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah
yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan
Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat
petunjuk.
(Surah an-Nahl, 16:125)

Memiliki akhlak Berakhlak mulia merupakan sifat yang paling penting yang
yang terpuji perlu ada pada pendakwah. Hal ini demikian kerana ciri-ciri
ini merupakan ikatan yang bukan sahaja akan mendekatkan
‫)الخلق باللق‬ pendakwah dengan sasaran dakwah tetapi juga mengeratkan lagi
hubungannya dengan Allah SWT. Rasulullah SAW merupakan
(‫السن‬ sosok tubuh contoh yang mengalahkan ramai musuh hanya
dengan ketinggian akhlak Baginda SAW.
Allah SWT berfirman:

َ ُ ُ ٰ َ ‫ك لَ َع‬
َ َّ
٤ ‫يم‬
ٖ ‫ل خل ٍق ع ِظ‬ ‫ن‬

Maksudnya:
Dan sesungguhnya engkau benar-benar, berbudi pekerti yang
luhur.
(Surah al-Qalam, 68:4)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I

Berprasangka baik Seorang pendakwah haruslah berprasangka baik sesama Islam.


sesama Islam Firman Allah SWT:
َ َ
‫)إحسان الظن‬ ۡ َّ َ َّ َّ ٗ ِ ‫ٱج َتن ِ ُبوا ْ َكث‬
‫ۖم‬ٞ ‫يا ّم َِن ٱلظ ِّن إِن َب ۡعض ٱلظ ِّن إِث‬ َ ‫يأ ُّي َها َّٱل‬
ۡ ْ ‫ِين َء َام ُنوا‬ ٰٓ
(‫بالمسلمي‬
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada
prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa.
(Surah al-Hujurat, 49:12)

Bergaul dengan Antara sifat yang perlu wujud pada pendakwah ialah
manusia dengan keperluan untuk bergaul dengan orang ramai dan
sebaik-baik mengajak mereka ke arah kebaikan, melakukan apa-apa
pergaulan, dan yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menegah
mengasingkan diri
kemungkaran. Selain itu, pendakwah perlu berhati-hati
daripada manusia
dengan sebaik-baik
dengan golongan pendengki, menjauhkan dan
pengasingan mengelakkan diri daripada golongan yang suka
mengumpat ataupun mendengar kata-kata mereka kerana
‫)أن يالط الاس‬ perbuatan ini dikutuk oleh Allah SWT.

،‫ حيث تسن اللطة‬Sabda Rasulullah SAW:


‫ويعتلهم حيث يسن‬
‫ أفضل من المؤمن‬،‫أذاهم‬ ‫ ويصب‬،‫المؤمن الي يالط الاس‬
(‫ا عتال‬
‫أذاهم‬ ‫يالط الاس و يصب‬ ‫الي‬

Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda:„Seorang Mukmin yang bercampur
dengan manusia dan bersabar atas kejahatan mereka, lebih besar
ganjaran untuknya daripada mereka yang tidak bercampur
dengan manusia dan tidak bersabar atas kejahatan mereka.‰
(Ibn Majah, 4022)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I  115

Saling ziarah- Satu aspek yang sangat penting bagi pendakwah ialah menjaga
menziarahi dan hubungannya dengan sasaran dakwah. Malah, sebelum
menjaga memulakan usaha dakwah, pendakwah mestilah mengasaskan
silaturahim hubungan yang baik dengan mereka. Kepentingan menjaga
َ silaturahim dengan mereka tidak dapat dinafikan, malah menjadi
‫ )أن ينل الاس‬ penentu kepada penerimaan usaha dakwah tersebut. Pendakwah
mestilah menziarahi sasaran dakwah dan mengambil berat akan
‫ ويعرف‬،‫منازلهم‬ keperluan dalam kehidupannya.
(‫لهل الفضل فضلهم‬ Nabi Muhammad SAW bersabda:

َ ْ َ َ َ َ ْ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ َّ َ ْ َ
‫ين ا‬
ِ ِ ‫ليس مِنا من لم يرحم صغِينا ويع ِرف شف كب‬
Maksudnya:
Bukan termasuk golonganku, orang yang tidak sayang kepada
yang kecil dan tidak mengenal kedudukan orang yang besar.
(Abu Daud, 4943; Al-Tirmizi, 1921)

AKTIVITI 5.2

1. Antara semua sifat pendakwah yang telah dibincangkan, sifat


manakah yang paling penting menurut pandangan anda dan
mengapakah begitu?
2. Selain daripada sifat dan akhlak yang telah disenaraikan,
bincangkan bersama rakan anda dalam forum myINSPIRE tentang
sifat dan akhlak lain yang perlu ada pada pendakwah.

5.3 PERSEDIAAN PENDAKWAH


Dalam menjalankan tugas, pendakwah hendaklah dalam keadaan bersiap sedia
bagi memastikan dakwahnya sampai kepada masyarakat umum. Amatlah penting
bagi pendakwah untuk melakukan persediaan yang lengkap sebelum berdakwah.
Sejauh mana persediaan pendakwah itu, sejauh itulah keberkesanan dakwahnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I

Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni (1995) menyenaraikan beberapa persediaan


bagi pendakwah, iaitu:
(a) Pendakwah hendaklah berusaha untuk mengisi dan menghidupkan diri
mereka dengan mempelajari hukum-hakam berkaitan dengan Islam serta
keistimewaan dan adab seorang daÊi sebagai bekalan dakwah mereka.
(b) Pendakwah hendaklah menguasai ilmu yang berkaitan dengan al-Quran,
sunah Nabi dan sirah berkaitan. Dalam konteks sekarang, pendakwah juga
perlu menguasai ilmu semasa yang penting seperti ilmu sains sosial
berkaitan dengan psikologi, bahasa, sains dan teknologi, dan sejarah dan
kaunseling. Selain itu, pendakwah perlu mempunyai pengetahuan tentang
latar belakang pihak yang ingin disampaikan dakwah tersebut.
(c) Pendakwah perlu bersahabat dan mendekati ulama moden, para pendakwah
yang bersifat rabbani, iaitu yang benar-benar mengikuti ajaran Islam serta
para ilmuwan dan guru yang pakar untuk mendapatkan ilmu dan
mengambil faedah daripada ajaran mereka.
(d) Pendakwah perlu menjalinkan hubungan silaturahim ataupun ukhuwah
yang berasaskan iman dan pada masa yang sama, melaksanakan hak dalam
persahabatan tersebut.
(e) Pendakwah hendaklah mempelajari ilmu dakwah dan membincangkan
antara mereka kekurangan dan kesalahan berkaitan dengan pendakwah
serta terus mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

AKTIVITI 5.3
Apakah kemahiran-kemahiran kontemporari yang perlu dikuasai oleh
pendakwah? Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I  117

5.4 CABARAN PENDAKWAH


Dalam usaha mencapai matlamat dakwah, pendakwah pasti akan berhadapan
dengan pelbagai cabaran. Antara bentuk cabaran yang sering dihadapi oleh
pendakwah adalah seperti yang berikut (Abdul Munir Ismail, 2014):

(a) Keadaan Masyarakat yang Sedang „Sakit‰


Ab Aziz Mohd Zin (1997) menyampaikan bahawa masyarakat Islam kini
sedang berhadapan dengan pelbagai penyakit yang bukan sahaja memberi
kesan kepada cara hidup mereka tetapi juga merosakkan akidah mereka.
Contoh penyakit yang dimaksudkan ialah sifat manusia yang mencintai
dunia sehingga memperhambakan diri dan hidupnya kepada dunia.
Penyakit lain pula termasuk kehidupan yang terlalu mewah, terlalu banyak
bersuka ria, penipuan dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi,
taksub dengan harta dunia dan juga sifat dengki dan zalim antara satu sama
lain.

Masyarakat pada hari ini terdedah kepada dunia tanpa sempadan yang
kadangkala boleh menyebabkan mereka hanyut sekiranya tidak mempunyai
pegangan dan prinsip hidup yang kukuh. Umat Islam yang tidak
mempunyai pengetahuan dan kesedaran agama yang kuat akan mudah
terpengaruh dengan budaya baharu yang bertentangan dengan agama dan
budaya ketimuran.

Situasi ini mendesak semua pihak untuk memainkan peranan. Tugas


memelihara kesejahteraan masyarakat bukanlah tugas kerajaan semata-
mata, malah setiap daripada anggota masyarakat mempunyai peranan untuk
melakukan dakwah dan islah. Di negara yang berbilang kaum dan agama,
khususnya di Malaysia, antara cabaran dakwah adalah kurangnya kesedaran
bahawa tanggungjawab berdakwah itu adalah kewajipan atas orang Islam
itu sendiri. Dalam keadaan yang kritikal ini, para pendakwah hendaklah
berganding bahu dan sama-sama menguatkan lagi dakwah mereka kepada
madÊu.

(b) Penerimaan Negatif Masyarakat


Dalam sejarah dakwah para nabi dan rasul, tiada dakwah yang tidak
mendapat tentangan. Sejarah ini memberikan mesej kepada kita bahawa
sudah menjadi lumrah pendakwah untuk menerima tentangan daripada
madÊu atau sasaran dakwah. Hal ini bermakna pendakwah pasti tidak akan
terlepas daripada bahaya, ucapan dan sikap negatif daripada masyarakat
seperti golongan Mukmin yang dengki kepada para pendakwah, orang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I

munafik yang membencinya dan orang kafir yang mahu memeranginya.


Pendek kata, tentangan mungkin berlaku disebabkan oleh faktor tentangan
terhadap usaha dakwah ataupun faktor peribadi.

Pendakwah haruslah memahami sunah dakwah, iaitu tidak akan terlepas


daripada tentangan dan ujian. Contohnya, sejak zaman nabi, pendakwah
tidak pernah terlepas daripada ancaman kebencian orang munafik. Mereka
tampil untuk merosakkan dan menimbulkan keraguan terhadap pendakwah
untuk kepentingan mereka sendiri. Para pendakwah juga terpaksa
berhadapan dengan tipu daya dan komplot orang kafir. Contohnya, kisah
Umair bin Wahab sebelum beliau memeluk Islam merupakan seorang kafir
Quraisy yang diupah untuk membunuh Rasulullah SAW.

(c) Ikhtilaf dalam Kalangan Pendakwah


Ikhtilaf atau perbezaan pendapat dalam kalangan pendakwah merupakan
fenomena yang tidak asing dalam masyarakat dunia. Hal ini demikian
kerana latar belakang setiap pendakwah adalah berbeza-beza dan masing-
masing mempunyai manhaj, pandangan dan corak pemikiran yang
tersendiri.

Oleh sebab pendakwah merupakan rujukan dalam pemahaman masyarakat


terhadap ajaran Islam yang sebenar, ikhtilaf dalam kalangan pendakwah
boleh menyebabkan percanggahan pendapat dalam masyarakat. Malah,
masyarakat boleh berpecah belah disebabkan perbezaan pendapat para
pendakwah. Akhirnya, kredibiliti pendakwah pula dipertikaikan.

Contohnya, dalam isu sama ada kalimah Allah SWT boleh digunakan oleh
orang bukan Islam ataupun tidak. Para pendakwah mempunyai pendapat
yang berbeza dalam hal ini dan menyebabkan masyarakat keliru dan
menyalahkan pendakwah kerana anggapan mereka percanggahan berlaku.
Namun begitu, jika kita teliti dan kaji dengan lebih dekat, kedua-dua
pendapat adalah benar. Punca perbezaan pendapat adalah kerana para
pendakwah melihat dari sudut pandangan dan persepsi yang berbeza.

Pada masa yang sama, setiap pendakwah hendaklah sama-sama ingat-


mengingati bahawa perbezaan pendapat tidaklah sepatutnya membawa
kepada perpecahan dan pergaduhan. Para pendakwah perlu menanam sifat
saling memahami dan tidak seharusnya menyalahkan antara satu sama lain
apabila berlakunya ikhtilaf. Malah, kita seharusnya sedar bahawa
kemampuan dan kemahiran yang pelbagai boleh menyumbang kepada
keluasan dakwah islamiah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I  119

Oleh itu, pendakwah yang bersifat terbuka dan inklusif amatlah diperlukan
pada hari ini. Islam tidak boleh dilihat sebagai agama eksklusif kepada
golongan tertentu sekiranya ingin disebarluaskan. Pendakwah yang
berfikiran tertutup dan tidak menerima pandangan orang lain sudah
pastikan akan merugikan agama itu sendiri.

AKTIVITI 5.4
Selain daripada contoh-contoh cabaran pendakwah yang telah
dinyatakan tadi, sila kemukakan contoh-contoh cabaran yang lain yang
dihadapi oleh pendakwah pada masa sekarang berserta cadangan
penyelesaiannya sekali. Kongsikan jawapan anda dalam forum
myINSPIRE.

 Pendakwah ialah seseorang yang berusaha mengajak orang lain kepada Islam
dengan cara yang tertentu.

 Kepentingan dan kelebihan pendakwah boleh dilihat dari tiga sudut, iaitu dari
sudut keperluan, tanggungjawab serta ganjaran dan pahala.

 Antara sifat dan akhlak yang seharusnya dimiliki oleh pendakwah adalah
sabar, berakhlak mulia, kebijaksanaan dalam uslub, menutup aib dan
kekurangan orang lain.

 Antara cabaran yang dihadapi oleh pendakwah adalah keadaan masyarakat


yang sedang sakit, penerimaan negatif masyarakat dan ikhtilaf dalam
kalangan pendakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I

Cabaran pendakwah Persediaan pendakwah


Kepentingan dan kelebihan pendakwah Sifat dan adab pendakwah
Pendakwah

Ab Aziz Mohd Zin. (1997). Pengantar dakwah Islamiah. Kuala Lumpur, Malaysia:
Penerbit Universiti Malaya.

Abdul Karim Zaidan. (2002). Usul dakwah. Beirut, Lubnan: Resalah.

Abdul Munir Ismail. (2014). Dakwah suatu tuntutan dalam Islam. Tanjung Malim,
Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Al-BaÂlabaki, Ruhi. (2003). Al-Mawrid qamus ÂArabiy-inkliziy. Beirut, Lubnan: Dar


al-ÂIlm li al-Malayiin.

Cabaran dakwah multiracial di Malaysia. (2017, Ogos 20). Dicapai dari


https://www.utusan.com.my/mega/agama/cabaran-dakwah-multiracial-
di-malaysia-1.516665

Kamarul Azmi Jasmi (Pnyt.). (2016). Qudwah hasanah dalam ensiklopedia


pendidikan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Fakulti Tamadun Islam,
Universiti Teknologi Malaysia dan Persatuan Cendekiawan Pendidikan
Malaysia.

Md Abdul Qadir Abu Faris. (1997). Usus al-daÊwah wa wasail nasyriha. Mesir: Dar
al-Furqan.

Mohamad Zulkifli Abdul Ghani et al. (2018). Pengurusan ikhtilaf dalam dakwah.
Bangi, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni (1995). Al-Madkhal Ila Âilm al-DaÊwah:


Dirasat manhajiyah shamilah li tarikh al-da;wah wa usuliha wa manahijiha
wa-asalibiha wa wasa'iliha wa mushkilatiha fi daw' al-naql wa al-Âaql. Beirut,
Lubnan: Al-Risalah al-ÂAlamiah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDAKWAH ATAU DA’I  121

Muhammad Nasir Abdul Rahman al-Umar. (2003). Sifaat al-daÊiyyah. Riyadh,


Arab Saudi: Dar Isyhbiliya wa al-TauziÊ.

Muhammad SaÊd Shaqir. (1999). Dalil al-daÊiyyah ila Allah TaÊala. Dar Tayyibah
al-Khudra.

Sohirin M. Solihin (2008). Islamic daÊwah theory and practice. Gombak, Malaysia:
International Islamic University Malaysia Press.

Ustaz Shams. (2019, April 26). Nabi sudah lama pesan, 6 penyakit akan menimpa
umat akhir zaman. Dicapai dari https://www.mstar.com.my/xpose/addin/
2019/04/26/akhir-zaman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tokoh dan
Personaliti
6 Dakwah
Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman
faizee_rahaman@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan keperibadian tokoh pendakwah yang dipilih
mengikut zaman; dan
2. Menjelaskan pendekatan dan cabaran dalam kerja dakwah.

 PENGENALAN
Ulama merupakan individu yang berilmu dan berbudi luhur serta memiliki
komitmen tinggi untuk menyampaikan kebenaran kepada umat manusia. Setiap
pekerjaan yang dibuat oleh mereka adalah semata-mata untuk mengharapkan
keredaan Allah SWT. Perjuangan ulama sebagai pendakwah bukan sekadar
kepada amar makruf nahi mungkar tetapi ulama menjadi tonggak utama
mengerakkan keperluan masyarakat yang pelbagai.

Umat akhir zaman ini dituntut untuk menyambung perjuangan para nabi dan
rasul sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104 dan 110, iaitu
mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah daripada berbuat
kemungkaran. Dakwah Islam terbahagi kepada dua bidang, iaitu dakwah
terhadap orang bukan Islam untuk memperkenalkan Islam dan dakwah kepada
orang Islam sendiri terhadap agama Islam untuk mengukuhkan kefahaman
mereka terhadap Islam dan mengamalkan Islam dengan baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  123

Setiap pendakwah perlu menampilkan personaliti yang baik dan menarik untuk
berhadapan dengan para madÊu. Kejayaan sesebuah organisasi dakwah adalah
tertumpu pada aspek kemanusiaan yang perlu bagi seorang pendakwah. Ia
merujuk kualiti peribadi yang dimiliki oleh pendakwah. Hal ini demikian kerana
kegagalan akan menimpa pendakwah, jika tidak mempunyai kualiti peribadi dan
kemahiran mantap sebelum terjun ke dalam medan dakwah.

Tunjang utama pembentukan pendakwah ialah nilai akhlak dan kekuatan


keluhuran peribadi. Kata Syeikh al-ÊAwdah, dakwah mestilah pantulan daripada
diri pendakwah sendiri. Seseorang pendakwah yang mempunyai fitrah yang suci
dan peribadi berlandaskan fitrah dapat menyampaikan dakwah dengan berkesan;
jika sebaliknya jiwa yang kotor sukarlah mengajarkan kesucian (Hamka, 2012).
Rajah 6.1 memaparkan Buya Hamka, ulama dan pendakwah.

Rajah 6.1: Buya Hamka, ulama dan pendakwah yang terkenal


Sumber: https://images.app.goo.gl/G9txtnpJuvhDwoe79

Komponen kedua penting ialah ilmu pengetahuan yang tinggi bagi


menyampaikan isi kandungan dakwah. Tanpa ilmu, pendakwah hanya akan
berkata-kata mengikut hawa nafsu tanpa rujukan yang tepat sehingga sampai
kepada natijah menyesatkan orang lain. Al-Qaradawi (2009) menekankan
pendakwah untuk memiliki kemampuan mengupas isi al-Quran dan sunah Nabi
Muhammad SAW. Di samping itu, ilmu fiqh berkaitan hukum hakam syariah
yang meliputi bidang ibadah, muamalat dan adab juga perlu dimiliki. Selain itu,
menguasai ilmu tasawuf atau akhlak melalui tulisan ilmuwan besar seperti
al-Ghazali dan Syed Qutb adalah penting untuk membentuk seni penyampaian
dalam dakwah. Ilmu berkaitan kemanusiaan seperti psikologi, sosiologi, ekonomi
dan falsafah dapat membantu dan memahami sasaran dakwah lebih dekat.

Penguasaan dalam ilmu dan kemahiran semasa merupakan tuntutan kepada


pendakwah masa kini. Kemahiran berbahasa, teknologi maklumat, komunikasi,
psikologi dan metodologi berdakwah ialah komponen penting dalam dunia
dakwah hari ini (Mizan Adiliah et al., 2004).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Pendakwah yang mempunyai penampilan yang menarik dengan berpakaian


kemas, cantik, dan bersih adalah keutamaan sewaktu berhadapan dengan
golongan sasaran. Ia selari dengan tuntutan agama, iaitu Allah SWT menyukai
kepada hamba-Nya yang bersih dan suci.

Seterusnya, personaliti terakhir yang menjadi parameter kepada pendakwah


adalah kepimpinan. Ia diukur melalui tiga konstruk, iaitu pimpinan diri, keluarga
dan masyarakat. Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik dalam setiap
perlakuan dan tutur katanya. Baginda SAW memulakan setiap perkara yang
disampaikan melalui dirinya terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana, secara
tidak langsung, pendakwah merupakan pemimpin yang perbuatannya menjadi
contoh dan setiap kata-katanya menjadi ikutan untuk diteladani oleh orang lain.

6.1 NABI MUHAMMAD SAW

Personaliti Rasulullah SAW sudah dibenarkan dalam al-Quran sepertimana


firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-
banyak (dalam masa susah dan senang).

Perkara yang paling utama terserlah dalam peribadi Rasulullah SAW ialah nilai
seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah yang menampilkan keperibadian yang
berbeza dengan masyarakat jahiliah sewaktu sebelum kebangkitan Rasulullah
SAW sebagai nabi. Maka, tidak menghairankan apabila sarjana Barat seperti
Michael H. Hart (1978) meletakkan Rasulullah SAW sebagai manusia pertama
yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun dunia.

Tugas nabi adalah membina manusia secara menyeluruh merangkumi


kerohanian, intelektual dan jasmani. Aspek kerohanian yang dibina oleh
Rasulullah SAW melalui amalan qiamullail (qiam al-lail) sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah al-Muzzammil (1−4) yang bermaksud:

Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! (1) Bangunlah (untuk solat) pada
malam hari, kecuali sedikit darinya (2), iaitu seperdua darinya atau kurang sedikit
dari itu (3) atau lebih dari (seperdua) dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-
lahan (4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  125

Selain itu, amalan berzikir, bersedekah dan berpuasa adalah antara pengukuh
aspek kerohanian yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Malah, pembinaan jasmani penting untuk diasaskan dengan ilmu dan intelektual.
Intelektual adalah berdasarkan hidayah daripada Allah SWT. Hal ini sepertimana
yang disebutkan oleh Allah SWT dalam surah an-Najm ayat 3 yang bermaksud:

Dan dia tidak berkata menurut nafsunya, tetapi apa-apa yang diperkatakan adalah
sesuatu yang diwahyukan kepadanya.

Intelektual semata-mata tidak mencukupi bagi kesempurnaan pembinaan


manusia. Manusia perlu memenuhi unsur fizikal dan jasmani. Oleh yang
demikian, Nabi Muhammad SAW menekankan perihal makanan halal dan
berkualiti. Dalam pemakanan yang sihat, Baginda SAW menunjukkan praktis
yang berkualiti, iaitu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Sebagaimana disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis riwayat
Muslim yang bermaksud:

Tiada ada ruang yang diisi oleh manusia yang lebih daripada perutnya, cukuplah
baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang
punggungnya (memberikan tenaga). Jika tidak mampu, maka ia dapat
memenuhkan perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan
sepertiga lagi untuk nafasnya.
(Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah SAW sebagai manusia yang berkualiti dalam dakwah telah dizahirkan
dalam al-Quran yang bermaksud:

Wahai Nabi, Sesungguhnya kami mengutusmu sebagai saksi terhadap umatmu,


dan pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) serta pemberi amaran
(kepada orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia
seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufik yang diberinya sebagai lampu
yang menerangi.
(Surah al-Ahzab, 33:46)

Ayat tersebut menunjukkan bahawa qudwah hasanah yang ada dalam diri Nabi
Muhammad SAW menjadi panduan kepada seluruh pendakwah di muka bumi
ini. Kepimpinan Rasulullah SAW merupakan paksi utama kejayaan dakwah. Oleh
itu, mari kita lihat apakah ciri-ciri kualiti kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh
Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah ke seluruh alam ini (Hasan
Basri, 2014).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Rajah 6.2: Enam ciri kualiti kepimpinan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW
dalam menyampaikan risalah

Rajah 6.2 menunjukkan ciri-ciri kualiti kepimpinan yang ditunjukkan oleh


Rasulullah SAW. Seterusnya mari kita lihat huraiannya.

(a) Ketinggian Akhlak


Keperibadian Muslim bergantung sepenuhnya pada ketinggian akhlak.
Maka Rasulullah SAW membuktikan ketinggian akhlaknya sebelum
diangkat menjadi nabi. Muhammad bin Abdullah dikenal dalam kalangan
masyarakat dengan jolokan al-Amin kerana sifat amanah yang dimiliki oleh
Baginda SAW. Ia sesuai dengan motif diutus sebagai nabi untuk
melengkapkan akhlak mulia dalam kalangan masyarakat.

Oleh itu, setiap pendakwah perlu mencontohi dan menzahirkan sikap ini
sebagaimana yang telah disebut dalam metode dakwah, iaitu melalui
perlakuan dan perbuatan. Kemuliaan dan peribadi insan yang digelar
pemimpin adalah menjadi insan yang bertakwa bukan sahaja ditaati tetapi
terlebih dahulu mentaati Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  127

(b) Ketahanan dan Kesabaran


Dua elemen ini penting kerana Nabi Muhammad SAW menunjukkan
ketahanan dan kesabaran Baginda SAW sewaktu berdakwah. Hal ini selaras
dengan firman Allah SWT dalam surah al-Ahqaf yang bermaksud:

Maka bersabarlah engkau (Muhammad) sebagaimana kesabaran rasul-rasul


yang memiliki keteguhan hati, dan janganlah engkau meminta agar (azab)
disegerakan untuk mereka. Pada hari mereka melihat azab yang dijanjikan,
mereka merasa seolah-olah tinggal (di dunia) hanya sesaat saja pada siang
hari. Tugasmu hanya menyampaikan, maka tidak ada yang dibinasakan,
kecuali kaum yang fasik (tidak taat kepada Allah).
(Surat al-Ahqaf, 46:35)

Ketahanan yang tinggi mampu menghasilkan kualiti kepimpinan yang hebat


sepertimana Baginda SAW mampu untuk mengubah Yathrib kepada sebuah
negara Islam yang digelar dengan Madinah al-Munawarah.

(c) Kemampuan Menguasai Diri


Konsep al-qawamah, iaitu hak kekuasaan terletak di atas bahu ketua ataupun
pemimpin dan bukan bertujuan mewujudkan jurang antara pemimpin
dengan rakyat bawahan. Ia merupakan amanah yang perlu dipikul oleh
pemimpin dan bakal dipersoalkan oleh Allah SWT. Ia dizahirkan melalui
penguasaan diri (self- control) dalam kepimpinan Rasulullah SAW.

Pada satu ketika, terdapat dua orang yang saling mencela di sisi Rasulullah
SAW. Salah seorang mencela lawannya dengan penuh kemarahan sehingga
berubah wajahnya. Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya aku ajarkan satu kalimah yang jika diucapkan akan hilang
apa-apa yang ada padanya, iaitu sekiranya dia mengucapkan „Aku
berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.‰
(Hadis Muttafaqun Âalaih)

Rasulullah SAW juga menganjurkan umat Islam yang sedang dikuasai


marah untuk mengubah keadaan fizikal mereka. Apabila seorang sedang
marah dalam keadaan berdiri, dianjurkan dia duduk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam
keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun, jika tidak hilang juga
marahnya, maka hendaklah dia berbaring.
(Hadis riwayat Abu Dawud)

Pengiktirafan yang tinggi akan diberi kepada mereka yang berjaya


mengawal diri mereka ketika marah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergaduh, tetapi


kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika
marah.
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Ketenangan Rasulullah SAW untuk mengekalkan kestabilan emosi, bahkan


apabila Baginda SAW meletakkan hukuman, tidak pernah mengikut hawa
nafsu melainkan berpandukan wahyu daripada Allah SWT. Kestabilan
emosi Rasulullah SAW diterjemahkan dalam dakwah Baginda SAW bersama
dengan orang Islam dengan penuh beradab dan mencairkan orang Islam.
Namun, situasi tersebut berbeza apabila Nabi Muhammad SAW berhadapan
dengan golongan yang ingkar dan mengkhianati perintah Allah SWT.

(d) Keadilan dan Pemberian Hak


Keadilan dalam Islam bermaksud pemberian hak kepada kumpulan yang
memerlukan. Hal ini demikian kerana adil dalam Islam adalah meletakkan
sesuatu yang betul dan tepat pada tempatnya. Konsep maslahat dan
keperluan sentiasa menjadi penekanan oleh Baginda SAW semasa
pentadbirannya.

Sewaktu Baginda SAW menjadi pemerintah utama negara, tidak timbul


istilah dwistandard (double standard) dalam pentadbiran dengan melayani
sesuatu kaum lebih daripada yang lain. Rakyat tidak berasa sangsi dan malu
untuk berjumpa dengan Baginda SAW, bahkan menzahirkan rasa cinta yang
mendalam kerana kejujuran dan keadilan Nabi Muhammad SAW.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  129

Sahabat bernama al-Nukman bin Basyir r.a. menceritakan bahawa bapanya


membawanya kepada Rasulullah SAW dan berkata:

Aku telah memberi anakku ini seorang hamba sahaya milikku. Baginda SAW
bertanya: „Adakah engkau memberi sepertinya kepada setiap anak-anak
engkau?‰ Jawab bapanya: „Tidak.‰ Kata Baginda SAW: „Jika begitu ambil
semula.‰
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

(e) Keberanian dan Kekentalan


Nabi Muhammad SAW ialah seorang yang berani dan berterus terang
perihal kebenaran. Keimanan dan keyakinan terhadap Allah SWT
menjadikan Baginda SAW berani untuk mempertahankan setiap tindakan.
Tanggungjawab amar makruf nahi mungkar memerlukan kekuatan dan
keberanian. Tanpa dua elemen ini, maka mustahil untuk dizahirkan.

Suatu ketika, pada zaman Rasulullah SAW, pada masa Fath Makkah
(pembebasan kota Mekah), ada seorang wanita Quraisy yang mencuri.
Wanita tersebut seorang bangsawan dari Bani Makhzum. Mereka bingung
dalam memutuskan perkara tersebut.

Dalam perundingan, salah seorang daripada mereka mengusulkan untuk


membicarakannya kepada Usamah. Melalui Usamah, mereka berniat untuk
meminta syafaat ataupun pengampunan daripada Rasulullah SAW atas
wanita tersebut. Mereka tahu bahawa Usamah ialah salah seorang yang
dicintai oleh Rasulullah SAW. Mereka berharap Rasulullah SAW
mengabulkan permintaan Usamah.

Ketika Usamah menyampaikan kepada Rasulullah SAW perihal keinginan


mereka, Rasulullah SAW menjawab:

Apakah engkau hendak membela seseorang agar terbebas daripada hukum


yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT?

Setelah itu Rasulullah SAW berdiri dan berkhutbah:

Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum


kamu adalah, apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan. Namun,
apabila seorang yang lemah mencuri, mereka jalankan hukuman kepadanya.
Demi Zat yang Muhammad berada dalam genggaman-Nya. Kalau
seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku akan memotong
tangannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Organisasi yang tidak mempunyai kekuatan ini akan musnah kerana konsep
khilafah untuk memakmurkan dan mewujudkan kualiti moral yang tinggi
adalah tujuan dakwah. Pemimpin Islam yang mempunyai kecekalan dan
bersedia untuk berhadapan dengan rintangan menambahkan motivasi untuk
bergerak jauh ke hadapan.

(f) Persiapan Mental dan Fizikal


Islam melarang sikap ghaflah (lalai) ataupun leka sehingga boleh
menghancurkan agama dan diri manusia. Rasulullah SAW sendiri berdoa
untuk menjauhkan diri daripada sikap alpa dan lalai, dan memohon untuk
dipermudahkan dalam melakukan kebajikan. Sebagai pemimpin, Baginda
SAW menyediakan diri dalam keadaan bersedia dari aspek mental dan
fizikal. Keprihatinan Baginda SAW untuk memelihara umat Islam daripada
ditimpa kemusnahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bersiap sedialah kamu dan majulah (ke
medan pertempuran) berkelompok-kelompok atau majulah bersama.
(Surah an-NisaÊ, 4:71)

Persediaan menghadapi musuh diulang dan dikukuhkan dalam firman


Allah SWT surah an-NisaÊ (4:102), iaitu kaedah persediaan sebuah organisasi
dengan memerintahkan satu kumpulan berjaga dengan peralatan senjata
dan satu kumpulan membuat kawalan supaya mereka bersedia dengan
risiko serangan musuh secara mengejut mahupun telah dijangka
(Muhammad Jamaludin, 2003).

Persiapan Baginda SAW dalam menyebarkan dakwah dan memimpin


manusia teguh serta tidak goyah walau ditawar dengan tawaran lumayan
oleh Musyrikin Mekah satu ketika dahulu. Walaupun ditekan hebat dan
diboikot oleh Musyrikin Mekah tetapi Baginda SAW telah bersedia dari segi
mental dan fizikal serta menghadapinya dengan sabar dan utuh tanpa
berputus asa.

Bersandarkan elemen penting untuk membentuk personaliti dakwah oleh


Baginda SAW, maka seluruh pendakwah perlu mencontohi karakter dakwah
Rasulullah SAW melalui keperibadian mulia, dan contoh teladan Baginda
SAW. Pendekatan daÊwah bi hal harus diterapkan dalam jiwa pendakwah
hari ini. Kepimpinan pendakwah yang dicontohi Rasulullah SAW
menjadikan isi dakwah lebih mampan dan menyerlah sesuai dengan
perkembangan zaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  131

AKTIVITI 6.1

1. Huraikan ciri-ciri kepimpinan Rasulullah SAW dalam berdakwah


kepada orang bukan Islam.
2. Nyatakan cabaran dakwah Rasulullah SAW di Mekah.

Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

6.2 KHADIJAH BINTI KHUWAILID


Khadijah binti Khuwailid merupakan isteri pertama Rasulullah SAW. Beliau
merupakan anak kepada Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah dan
termasuk dalam suku Bani Hashim. Beliau pernah bernikah dengan Atiq bin Abid
dan Abi Halah bin Malik dan mempunyai empat anak. Khadijah berkahwin
dengan Nabi Muhammad SAW sewaktu usianya mencecah 40 tahun dan
merupakan isteri Baginda SAW yang tidak dimadukan dan mempunyai anak
kandungan bernama al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kathum dan
Fatimah (Agung Ibrahim Setiawan, 2018).

Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW, beliau merupakan tokoh


konglomerat perempuan Mekah dan mendapat jolokan wanita suci kerana
keutamaan akhlak dan sifat terpuji beliau.

Nabi Muhammad SAW mengiktiraf beliau sebagai wanita terbaik sepertimana


hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Wanita terbaik yang pernah ada ialah Maryam binti ÂImran dan Khadijah.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keistimewaan Khadijah juga ialah beliau dijanjikan syurga sebagaimana hadis


riwayat al-Bukhari yang bermaksud:

Sampaikan salam daripada Tuhan-nya al-Salam dan berikan kepada berita


gembira akan sebuah rumah di syurga yang diperbuat daripada qasab di mana
tiada bunyi bising atau keletihan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Khadijah merupakan tulang belakang kerja dakwah Nabi Muhammad SAW.


Sewaktu menerima wahyu pertama, Khadijah menguatkan keyakinan Nabi
Muhammad SAW bahawa Baginda SAW merupakan insan yang terpilih. Sebuah
hadis diriwayatkan oleh Aisyah yang bermaksud:

Nabi SAW ketika menceritakan tentang perihal Khadijah pasti selalu


menyanjungnya dengan sanjungan yang indah. Aisyah berkata: Aku cemburu dan
berkata, terlalu sering engkau menyebut-nyebutnya sedangkan dia ialah seorang
wanita tua padahal Allah telah menggantikan buatmu dengan wanita yang lebih
baik daripadanya. Nabi berkata: Allah tidak menggantikannya dengan seorang
wanita lebih baik daripadanya. Dia telah beriman kepadaku tatkala orang tidak
beriman kepadaku, dia telah membenarkan aku tatkala orang mendustakan aku,
dia telah membantuku dengan hartanya tatkala orang menahan harta untuk
membantuku dan Allah telah menganugerahkan daripadanya anak-anak tatkala
Allah tidak menganugerahkan kepadaku anak-anak daripada wanita lain.
(Hadis riwayat Ahmad)

Khadijah memainkan peranan penting dalam dakwah Nabi Muhammad SAW


bermula dari awal penerimaan wahyu sehingga beliau meninggal. Sewaktu
Rasulullah SAW diajar tentang solat oleh Jibrail, Baginda SAW memaklumkan
kepada Khadijah dan Khadijah minta untuk ditunjukkan sebagaimana Baginda
SAW mempelajari solat. Lantas Rasulullah SAW mengajar wuduk dan solat, dan
menurut para ulama ini membuktikan keislaman Khadijah.

Khadijah juga merupakan wanita yang tenang dan bijak menangani situasi.
Sewaktu Rasulullah SAW pertama kali menerima wahyu, Baginda SAW pulang
dalam keadaan ketakutan dan meminta untuk diselimutkan. Setelah membiarkan
Baginda SAW tenang, Nabi Muhammad SAW berbicara perihal kejadian yang
berlaku sewaktu di Gua Hira, dibalas lembut dan tenang dengan berkata:

Jangan khuatir, berbahagialah, sesungguhnya Allah tidak mungkin akan


menghinakan kamu, selama ini kamu sering menyambung silaturahim, jujur
dalam berbicara, meringankan beban orang yang susah, membantu orang yang
lemah, menghormati tetamu dan mendukung kebenaran.
(Hadis riwayat Muslim)

Kebijaksanaan Khadijah adalah melorongkan Baginda SAW kepada orang yang


lebih mengetahui, iaitu sepupu beliau yang bernama Waraqah bin Naufal bagi
mengukuhkan keyakinan suaminya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  133

Khadijah sering solat bersama dengan Nabi Muhammad SAW, iaitu solat dua
rakaat waktu pagi dan dua rakaat pada waktu malam. Pada ketika itu, kefarduan
solat masih belum diwajibkan. Jabir menyebut bahawa Rasulullah SAW pernah
ditanya tentang keadaan Khadijah sebelum ditetapkan kewajipan agama.

Jawab Rasulullah SAW:

Aku sedang melihatnya sedang berada di tepi salah satu sungai syurga. Secara
tepatnya di dalam sebuah rumah dibuat daripada mutiara.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Kerja dakwah memerlukan sokongan kewangan dan kekayaan Khadijah banyak


membantu kerja dakwah Rasulullah SAW. Kejayaan Khadijah dalam perniagaan
kerana mengusahakan perniagaan bersendirian dan sentiasa kerja keras, tekun
dan jujur. Beliau turut terkenal dengan sifat dermawan. Beliau menyerahkan
seluruh hartanya untuk perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW. Beliau
mempunyai sikap yang mulia dengan menjaga Ali, Zubair dan Zaid bin Harisah.

AKTIVITI 6.2
1. Huraikan kematangan Khadijah dalam menguruskan kehidupan
bersama Rasulullah SAW.
2. Nyatakan bentuk-bentuk bantuan Khadijah menjayakan dakwah
Rasulullah SAW.

Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSIPRE.

6.3 ALI BIN ABI TALIB


Sayidina Ali merupakan insan yang rapat dengan Nabi Muhammad SAW kerana
beliau merupakan ahli keluarga Baginda SAW, menantu dan sahabat rapat
Baginda SAW. Beliau dibesarkan bersama-sama dengan Rasulullah SAW sewaktu
bapanya mengambil Rasulullah SAW sebagai anak angkat. Beliau mempunyai
budi pekerti yang tinggi kerana percikan sinar kenabian dan kerasulan serta
didikan Rasulullah SAW sendiri. Tambahan pula, setelah bapanya Abi Talib
meninggal dunia, Rasulullah SAW mengambil beliau dan menjaga beliau bersama
isterinya Khadijah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Setelah Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul, Ali telah menjadi kanak-
kanak pertama memeluk Islam. Perjuangan beliau untuk Islam tidak pernah luntur
sehingga sanggup berjuang berjihad bersama-sama dengan Rasulullah SAW dan
para sahabat Nabi. Pada zaman Sayidina Abu Bakar, beliau telah dipilih untuk
memimpin pasukan tentera Islam untuk menghadapi musuh kerana beliau
memiliki kemahiran tersebut. Pada zaman Sayidina Umar al-Khattab, beliau
dilantik menjadi ahli mesyuarat kerajaan (anggota syura kerajaan) dan penasihat
kepada khalifah berganding bahu bersama Sayidina Uthman bin Affan.

Keperibadian Ali banyak dipengaruhi oleh Rasulullah SAW kerana mendapat


asuhan daripada Baginda SAW. Keluhuran sifat Baginda SAW menjadikan Ali
salih, adil dan berjiwa besar. Dharar bin Dhamrah al-Kinani pernah bertanya
kepada Muawiyah tentang sifat Ali dan Muawiyah menjelaskan bahawa:

Demi Allah, Ali ialah orang yang berwawasan jauh, besar kemampuan, tegas
dalam berbicara dan memutuskan dengan adil, memancarkan ilmu, hikmah
sewaktu berpidato dan keras terhadap dunia dan kemewahannya, meneliti diri,
mengagumkan ketika berpakaian dan sederhana dalam makanan.
(Ita Rostiana, 2009)

Penyataan Muawiyah menggambarkan peribadi Ali yang hebat dan khalifah yang
agung. Ali merupakan manusia yang konsisten melaksanakan hukum Islam.
Beliau seorang yang istiqamah dengan hukum dan menyatakan kebenaran
walaupun pahit. Ali mewarisi keberanian ayahnya dan abang-abangnya. Sewaktu
Perang Tabuk, Rasulullah SAW memerintahkan Ali menjaga keamanan Madinah.
Beliau mempunyai kemahiran berkuda dan ini memberikan pengaruh kepada
pembentukan keperibadian berani yang beliau ada.

Ali juga terkenal dengan kezuhudan dengan dunia. Hidupnya banyak menahan
lapar dan kuat menahan diri dengan masalah dunia. Namun, ia tidak menjadikan
beliau kaku dalam pergaulan kerana beliau juga terkenal dengan humor dan
menyenangkan para sahabat.

Keilmuan yang cukup tinggi merupakan kelebihan beliau. Beliau menguasai ilmu
fiqh, tauhid, bahasa Arab dan kaligrafi.

Peranan Ali terserlah sewaktu perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Sebelum


hijrah Nabi Muhammad SAW, Ali mempertahankan Nabi Muhammad SAW
dengan menyamar untuk tidur di rumah Rasulullah SAW bagi mengaburi mata-
mata Musyrikin Mekah yang ingin membunuh Baginda SAW. Setelah itu, beliau
mengikuti jejak Rasulullah SAW ke Madinah. Sewaktu tiba di Madinah, beliau
menyampaikan pidato berkaitan surah Sadd ayat 70 hingga 77 yang berkaitan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  135

dengan fanatik dan kesombongan iblis terhadap Nabi Adam. Ali mengingatkan
umat Islam supaya memadam api fanatik, sombong dan dengki jahiliah yang
bersarang dalam diri kerana ia adalah bisikan syaitan yang membakar api
permusuhan.

Sewaktu Perang Badar, Ali bersama Zubair bin Awwam dan SaÊad bin Abi Waqas
menjadi pengintip bagi kem Islam. Beliau turut memperlihatkan kehebatan dalam
perang sewaktu dalam Perang Uhud. Beliau bersama Abu Dujanah al-Ansari dan
Sahl bin Hunaif membantu mempertahankan Rasulullah SAW. Ali mengatasi
lawan daripada pelbagai arah. Setelah Perjanjian Hudaibiyah dikhianati, berlaku
Perang Khaibar. Dalam perang tersebut, pemegang panji melarikan diri dan
Rasulullah SAW memerintahkan Ali untuk mempertahankan panji Islam. Ali
menguasai Marhab pemimpin Khaibar dan mengusai Khaibar.

Sewaktu Fath Makkah, beliau merupakan setiausaha sulit perancangan


pembukaan kota Mekah. Seorang sahabat namanya Hatib bin Abi BaltaÊah telah
cuba untuk membocorkan perancangan tersebut. Ali bersama Zubair mengejar
Hatib dengan mengejar perempuan yang diupah membawa surat dan berjaya
memperoleh surat tersebut. Setelah Fath Makkah, Ali menggantikan SaÊad Bin
Ubadah memimpin memasuki Mekah. Ali membunuh seorang wanita dan
Huwairits bin Naufal bin Kaab yang berkelakuan keji, jahat terhadap Rasulullah
SAW. Beliau membantu Rasulullah SAW membersihkan Masjidilharam daripada
berhala.

Ali tidak pernah mengabaikan hubungan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ali
telah diutus untuk menggantikan Khalid bin Walid ke Yaman sewaktu berada di
Yaman untuk berdakwah, beliau membaca surat Rasulullah SAW dan kerana
kemahiran pengurusan beliau, beliau mampu menarik ramai masuk ke dalam
Islam. Ali telah menghimpunkan khumus emas dan perak warga Yaman dan baju
pelindung warga Najran untuk dibayar jaminan keamanan dan disepakati dalam
peristiwa mubahalah.

Dalam Perang Hunain, Ali adalah seorang sahabat yang melindungi Rasulullah
SAW daripada serangan musuh. Ali mengalahkan Abu Jarwal dan memimpin
kaum Muslimin serta menewaskan 40 puluh musuh dan beliau mengingatkan
Abbas bin Mirdas untuk tidak menerima harta rampasan perang kerana tidak adil.
Kesetiaan Ali telah mengembalikan kesetiaan pasukan yang lari dari medan
perang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Sewaktu Perang Tabuk, Rasulullah SAW menyerahkan urusan keluarganya


kepada Ali kerana orang munafik dipimpin oleh Abdullah bin Ubai masih lemah
iman memilih tinggal di Madinah. Ali menjaga keluarga Rasulullah SAW daripada
gangguan mereka dan mencegah mereka menguasai Madinah dan warga
Madinah aman tanpa pengkhianatan dan kejahatan mereka.

Setelah tamat Perang Tabuk, Rasulullah SAW telah menyelesaikan kerja


dakwahnya dan akhirnya Baginda SAW wafat. Ali lebih banyak menumpukan
perhatian kepada masalah ilmu dan mendalami pengetahuan al-Quran dan fiqh.
Ali menjadi tumpuan Abu Bakar, Umar dan Usman untuk diminta fatwa dan
masalah hukum. Dengan kemampuan ijtihadnya dalam masalah agama, Ali
mampu menyelesaikan banyak masalah orang Islam.

AKTIVITI 6.3
Huraikan peranan penting Ali sewaktu penghijrahan Rasulullah SAW ke
Madinah.
Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

6.4 MUS’AB BIN UMAIR


Al-Barra bin Azib berkata:

Seorang lelaki yang aku belum pernah lihat sepertinya seolah-olah dia adalah
lelaki dalam kalangan penduduk syurga.

Lelaki yang digambarkan tadi merujuk MusÊab bin Umair. Beliau merupakan
seorang remaja Quraisy terkemuka, gagah dan tampan serta mempunyai jiwa dan
semangat pemuda. MusÊab dilahirkan dalam kalangan orang senang dan kaya.
Nama penuh beliau ialah MusÊab bin Umair bin Hashim bin Abdul Manaf bin Bani
Abd al-Dar bin Qusaiy bin Kilab. Dipanggil dengan gelaran Abu Abdullah. Beliau
dilahirkan pada zaman Jahiliah, 14 tahun setelah kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  137

Sabda Nabi Muhammad SAW:

Aku tidak pernah melihat seorang dalam kalangan pemuda di Mekah lebih rapi
rambutnya, paling bagus pakaiannya dan paling banyak diberi nikmat selain
MusÊab bin Umar.
(Hadis riwayat Hakim)

Permulaan dakwah Nabi Muhammad di Mekah di rumah al-Arqam bin Abi


al-Arqam dengan membaca al-Quran dan menerangkan prinsip agama. Sewaktu
tiga tahun pertama dakwah Islam berkembang di Mekah, MusÊab telah masuk
Islam dan pengislamannya berlaku di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam sewaktu
umurnya 15 tahun. Sewaktu Sebelum memeluk Islam, MusÊab terkenal sebagai
seorang pemuda yang kaya dengan pakaian yang mewah, kehidupan yang sangat
baik dan makanan yang hebat.

Pada suatu hari, Uthmani bin Talhah melihat MusÊab bin Umair beribadat dan
melaporkan kepada ibunya. Mengetahui situasi putera kesayangannya
meninggalkan agama nenek moyang, ibu MusÊab mengancam untuk tidak
memberi makanan dan membiarkan MusÊab. MusÊab telah diseksa dan dibuang
daripada keluarganya. Pada suatu hari, kami duduk bersama Rasulullah dan
muncul MusÊab bin Umair mengenakan kain burdah yang kasar dan memiliki
tampalan. Rasulullah menangis melihat keadaan dan teringat keadaan MusÊab
waktu jahiliah (Hadis riwayat at-Tirmizi).

MusÊab telah berhijrah sebanyak dua kali ke Habshah. MusÊab bin Umair
mempunyai akal yang cerdas dan Nabi Muhammad SAW mengutus beliau untuk
berdakwah kepada penduduk Yathrib. Sewaktu di Madinah, beliau tinggal
bersama AsÊad bin Zurarah. Beliau mengajar Islam termasuk bersama Saad bin
Muad. Sebahagian besar mulai memeluk agama Islam. Kedalaman MusÊab bin
Umair dan pemahamannya terhadap al-Quran dan sunah serta kebijakan dalam
berhujah.

MusÊab menyertai peperangan bersama Nabi Muhammad SAW sejak Perang


Badar. Beliau berperanan sebagai panglima perang Nabi Muhammad SAW.

Ketika Perang Uhud pada tahun ketiga Hijrah, MusÊab merupakan salah seorang
sahabat yang melindungi Rasulullah SAW. Beliau digambarkan sebagai hamba
Allah SWT yang mempunyai akidah yang kuat walaupun telah dibuang oleh
keluarga beliau sendiri. Beliau sanggup menggadaikan segala kemewahan sebagai
anak orang berada di dunia semata-mata untuk mendapatkan kemewahan yang
hakiki di dalam syurga Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

AKTIVITI 6.4

Apakah sumbangan penting MusÊab bin Umair terhadap dakwah


Rasulullah SAW di Madinah? Kongsikan jawapan anda dalam forum
myINSPIRE.

6.5 AHMED DEEDAT


Dalam menyampaikan dakwah terhadap orang bukan Islam, pakar perbandingan
agama serta tokoh pendakwah hebat yang dikenal sebagai Ahmed Deedat ialah
tokoh dakwah yang kita akan sama-sama selami.

Nama penuh beliau ialah Ahmed Hoosen Deedat yang dilahirkan pada tarikh
1 Julai 1918 M bersamaan dengan 22 Ramadan 1336 H. Beliau berasal dari India
dan berhijrah ke Afrika Selatan serta tinggal bersama bapanya. Beliau berasal
daripada keluarga yang tidak berkemampuan dan tidak mendapat pendidikan
formal tetapi berjaya mencipta nama sebagai tokoh dakwah dan tokoh
perbandingan agama (Aemy Elyani Mat Zain & Jaffary Awang, 2018).

Pada awal kehidupannya, beliau dididik menjadi seorang yang berdikari untuk
menuntut ilmu. Beliau dengan cekal berjalan kaki berulang-alik dari rumah ke
sekolah dan pembelajaran formal di sekolah hanya pada zaman kanak-kanak kerana
masalah kewangan. Pada usia remaja, beliau mengerti kehidupan sebenar dan
cabaran menjadi seorang Muslim. Bermula kehidupan beliau menjadi penjaga
sebuah kedai Muslim berdekatan dengan pusat latihan mubaligh Kristian, beliau
dan rakan-rakannya telah diasak dengan serangan dan salah faham terhadap Islam.

Antara isu yang dimainkan adalah Islam disebabkan dengan pedang, Nabi
Muhammad SAW mempunyai isteri ramai dan kitab Nabi Muhammad SAW adalah
cetakan daripada kepunyaan Yahudi dan Kristian. Daripada situ telah membuka
lembaran baharu kepada Ahmed Deedat untuk membetulkan salah faham dan
beliau bertemu dengan kitab Izhar al-Haq karangan Rahmatullah Kairanvi.

Menurut Samadia Sadouni (2013), pemikiran Ahmed Deedat terbentuk


berdasarkan kerangka pemikiran penulis kitab Izhar al-Haq. Kitab ini telah
membina idealisme yang menjadikan Ahmed Deedat sebagai tokoh yang hebat.
Kehebatan beliau bukan sahaja diiktiraf oleh dunia Islam tetapi turut mendapat
pengiktirafan Barat. Beliau digelar sebagai Muslim apologist, daÊwagandist,
Islamic preacher, popular Muslim cleric, Muslim scholar, Muslim theologian,
South Africa Muslim leader dan selainnya (Richard Michael Croft, 2008).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  139

Kehebatan Ahmed Deedat dalam membicarakan perihal agama Kristian


menampakkan beliau menguasai agama tersebut. Hal ini mendapat perhatian
seorang penulis Barat, iaitu Brian Lark (2008) menyatakan bahawa Ahmed Deedat
berbicara „as Muslim in a Christian style, displaying greater biblical eruditio his
Christian opponents and performatively presencing Christianity in both its
religious and secular guises.‰

Beliau merupakan seorang yang berprinsip dan adil dalam berhujah. Hal ini
ditonjolkan oleh Ahmed Deedat apabila beliau menekuni kitab agama lain dan
bukan menekuni amalan dan sikap penganut agama tersebut. Hal ini demikian
kerana amalan dan sikap tidak mencerminkan isi kandungan kitab ajaran mereka.
Oleh itu, tema yang dibawa oleh beliau ialah kitab suci agama (scripture) dan
doktrin agama itu sendiri. Penguasaan terhadap alat teologi (theological tools)
ialah senjata ampuh beliau untuk berhadapan dengan penganut agama tersebut.

Beliau juga dikenal sebagai seorang yang tegas dalam berhujah menampakkan
kepimpinan beliau. Pada masa yang sama, beliau dilihat sebagai wakil kepada
umat Islam Afrika untuk mempertahan agama Islam daripada dicerca dan dikritik
hebat oleh mubaligh Kristian. Berprinsip dan berpendirian tegas sewaktu
menekuni dan membahaskan ilmu perbandingan agama menjadikan beliau gemar
untuk berdebat dengan tokoh agama lain untuk mendapatkan kemenangan.

David Westerlund (2003) menjelaskan bahawa Ahmed Deedat ialah tokoh yang
berfikiran bebas, fundamentalis atau Islamik yang memenangi apa-apa yang ingin
beliau capai. Tambahan pula, Islam sewaktu hidup Ahmed Deedat di Afrika ialah
agama yang ditindas oleh penganut agama Kristian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Seterusnya, mari kita lihat sumbangan-sumbangan Ahmed Deedat. Antara


sumbangan Ahmed Deedat adalah dalam syarahan umum berbentuk dialog
antara agama terutamanya bersama tokoh daripada agama Kristian. Syarahan
beliau adalah bersifat komunikasi sehala dan diselangi soalan daripada orang
awam. Rajah 6.3 menunjukkan antara syarahan yang disampaikan oleh beliau.

Rajah 6.3: Beberapa syarahan yang disampaikan oleh Ahmed Deedat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  141

Beliau menjelajah untuk menyampaikan syarahan sehingga sampai di Malaysia


pada tahun 1992 (Rafiq Ahmad et al., 2015). Beliau aktif berdialog dengan tokoh
agama Kristian berpengaruh seperti yang dapat anda lihat dalam Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Antara dialog Ahmed Deedat dengan tokoh agama Kristian berpengaruh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Ahmed Deedat turut aktif berkarya dalam bidang bertemakan Islam dan
perbandingan agama. Rajah 6.5 menunjukkan antara karya beliau.

Rajah 6.5: Antara karya Ahmed Deedat

Ketokohan beliau telah membentuk satu gerakan dakwah yang dipimpin oleh
beliau dan rakan-rakannya. Mereka memilih untuk menubuhkan gerakan Islam
setelah mana-mana ceramah atau syarahan mereka mendapat pengaruh daripada
ramai orang. Pada tahun 1957, Ahmed Deedat bersama-sama dengan rakannya
mengadakan pertemuan untuk membincangkan secara khusus gerakan ini.

Mereka menubuhkan Islamic Propagation Centre (IPC) pada tahun 1959 dengan
G. H. Vanker sebagai presiden pertama dan Ahmed Deedat sebagai setiausaha
(Riaz Cassim Jamal, 1991). Gerakan ini menambahkan keyakinan minoriti Muslim
di Afrika dan penyebaran Islam semakin berkembang di sana. Ia bertujuan
membetulkan salah faham dan mematahkan serangan gerakan mubaligh Kristian
yang kuat pada waktu tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  143

Ketokohan beliau tidak hanya berakhir begitu sahaja bahkan legasi beliau
diteruskan dengan pelapis baharu. Pada usia 87 tahun, beliau mengalami strok
dan tidak boleh bercakap dan lumpuh badan. Antara protege awal yang dikesan
dan menuntut secara langsung dengan beliau adalah Dr Zakir Naik, seorang
doktor perubatan yang aktif berdakwah pada tahun 1990 bermula daripada
pertemuan dengan Ahmed Deedat pada tahun 1987 (Zakiyah Habibah, 2015).

Zakir Naik menyedari perkara utama adalah menyelamatkan umat Manusia dan
beliau mengubah haluan kerjaya daripada seorang doktor perubatan kepada
pendakwah serta menubuhkan Islamic Research Foundation. Beliau digelar
Deedat plus kerana pendekatan dan metodologi dakwah mirip dengan Ahmed
Deedat. Kehebatan kedua-dua tokoh ini memberi suntikan kepada tokoh
pendakwah di Malaysia seperti Kamarudin Abdullah (pengasas Pertubuhan Islam
Antarabangsa), Shah Kirit Kakulal Govindji (pengasas Global UNITY Network)
dan Firdaus Wong Wai Hung (pengasas Multiracial Reverted Muslim [MRM]).

AKTIVITI 6.5
Sejauh manakah debat berperanan dalam dakwah Islam? Bincangkan
bersama rakan sekuliah anda dalam forum myINSPIRE.

6.6 YUSOF AL-QARADAWI


Yusof Abdullah al-Qaradawi merupakan pemikir, sarjana dan intelek
kontemporari yang tidak asing di dunia Islam. Beliau dilahirkan di desa Shafat
al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah Mesir pada tarikh 9 September 1926.
Nama penuh beliau Yusof bin Abdullah bin Ali bin Yusof. Al-Qaradawi merujuk
nama keluarga beliau. Ia diambil sempena nama kampungnya al-Qardhah dan
dinisbahkan kepada keturunannya. Beliau berasal daripada keluarga yang kuat
beragama dan bapanya petani, manakala ibunya peniaga. Seusia dua tahun,
bapanya meninggal dunia dan dijaga oleh bapa saudaranya bernama Ahmad.
Beliau dijaga dengan sangat baik dan penuh kasih sayang. Kata al-Qaradawi;
itulah gantian takdir yang menjadikan saya yatim ketika berusia terlalu awal.

Beliau tamat pengajian di Maahad Tanta dan melanjutkan pengajian di Universiti


al-Azhar. Pada tahun 1952/1953 beliau mendapat ijazah pertama di Fakulti
Usuldin dan menjadi pelajar terbaik antara 180 orang pelajar. Beliau menyambung
pengajian di Fakulti Bahasa Arab selama dua tahun. Pada tahun 1957, beliau
menyambung pengajian di Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi dan memperoleh
diploma dalam Bahasa Arab dan Sastera.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Pada tahun yang sama, beliau telah mendaftar sebagai calon ijazah tinggi di
Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadis dan menamatkan pengajian pada
tahun 1960. Beliau menyiapkan tesis doktor falsafah dalam fiqah zakat dalam masa
dua tahun. Sewaktu politik Mesir gawat, beliau terpaksa menangguhkan
pengajian selama 13 tahun. Pada tahun 1973, beliau berjaya memperoleh ijazah
doktor falsafah. Tesis beliau mendapat pujian daripada para ulama seperti al-
Mawdudi dan Muhammad Mubarak.

Al-Qaradawi merupakan ulama rakyat dan intelektual awam (public intelectual).


Beliau menguasai pelbagai cabang ilmu dan sehingga kini lebih daripada 120 buah
buku dihasilkan dalam pelbagai bidang seperti akidah, sumber hukum Islam al-
Quran dan sunah, usul fiqh, ibadah, hal ehwal wanita dan kekeluargaan,
kemasyarakatan, ekonomi dan kewangan, perubatan, politik dan pemerintahan.
Beliau menghabiskan waktunya 14 jam sehari di perpustakaan rumahnya untuk
menelaah dan menulis.

Beliau pernah menjawat jawatan yang pelbagai antaranya:


(a) Penyelia di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar.
(b) Pengarah Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun sejak tahun 1961.
(c) Pengarah bahagian Pengajian Islam di Fakulti Pendidikan pada tahun 1973.
(d) Pengasas dan Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar
pada tahun 1977 hingga tahun 1989/1990.
(e) Pada tahun 1991, menjadi Pengarah Pusat Pengkajian Sunah dan Sirah,
Universiti Qatar (Muhamad Majdhub, 1986:1:474). Pengerusi Kesatuan
Ulama Sedunia.

Sebagai tokoh pemikir, beliau selalu mengemukakan idea bernas berdasarkan


pengamatan, pengalaman dan ilmu yang dikuasai. Beliau mempunyai tafsiran
tersendiri berkaitan dengan gerakan dakwah. Menurut beliau, gerakan dakwah
ialah gerak kerja masyarakat yang dilakukan secara berkumpulan dan tersusun
untuk mengembalikan Islam kepada kepimpinan masyarakat dan menentukan
hala tuju kehidupan. Ia berasaskan cetusan naluri, kerelaan individu serta penuh
keimanan dan keinsafan, dan mengharapkan reda Allah SWT dan bukan reda
manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  145

Beliau merupakan tokoh pendakwah dan gerakan yang hebat. Hal ini demikian
kerana keterangkuman ilmu dan kesarjanaan dengan roh gerakan Islam sebati
dengan jiwanya. Beliau komited dengan aktiviti dan inisiatif dakwah serta
program televisyen seperti Nur Wa Hidaya, Al-Shariah wa al-Hayah dan Huda
al-Islam yang mendapat sambutan jutaan umat di dunia. Beliau mendermakan
hadiah anugerah Dubai pada tahun 2001 sebanyak sejuta dirham untuk projek
Islam Online.

Konsep gerakan dakwah al-Qaradawi adalah pembaharuan pemikiran Islam.


Beliau menegaskan bukan satu kemestian mujaddid dalam bentuk kumpulan
dengan makna beberapa individu tetapi jemaah ialah aliran gerakan pemikiran
dan usaha membangunkan pembaharuan yang tersusun.

Terdapat tiga pembaharuan pemikiran al-Qaradawi dalam gerakan dakwah (lihat


Rajah 6.6).

Rajah 6.6: Tiga pembaharuan pemikiran al-Qaradawi dalam gerakan dakwah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Gerakan dakwah memerlukan pemikiran yang sederhana dan seimbang dari


sudut pendekatan dan tindakan, mempunyai keseimbangan lengkap antara
manusia dengan kehidupan, pandangan sederhana untuk umat dan jauh daripada
sikap melampau dan agresif. Gerakan dakwah juga perlu mempunyai pemikiran
masa depan dan berwawasan.

Al-Qaradawi amat menekankan amalan telus dan muhasabah dalam kalangan


pendakwah. Bagi beliau, gerakan dakwah bukanlah kesucian tanpa kritikan. Oleh
itu, menjadi kesilapan yang dilakukan oleh gerakan dakwah apabila menganggap
kritikan terhadap gerakan sama seperti kritikan terhadap agama Islam. Rajah 6.7
menunjukkan antara penyakit gerakan dakwah.

Rajah 6.7: Antara penyakit gerakan dakwah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  147

Oleh itu, keutamaan gerakan dakwah adalah pemikiran dan ilmu. Hal ini
demikian kerana tugas gerakan dakwah ialah dakwah dan tarbiah seluruh
manusia menggunakan pendekatan berstrategi. Gerakan dakwah sewajarnya
merakyat dan menyuarakan isi hati umat. Antara kejayaan dan jasa gerakan
dakwah ditunjukkan dalam Rajah 6.8.

Rajah 6.8: Kejayaan dan jasa gerakan dakwah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Penekanan terhadap aspek tarbiah dan pembentukan pemikiran para petugas


Islam dengan menekankan tarbiah keimanan adalah untuk melahirkan seorang
Muslim yang memenangkan Islam. Gerakan dakwah perlu mempunyai barisan
pelapis yang ramai yang mempunyai daya kepimpinan dengan kemampuan
pemikiran, kehebatan kepada Allah SWT, kekuatan jiwa dan pengalaman.

Sebagai mujtahid dan mujaddid kontemporari, Yusof al-Qaradawi mempunyai


pengaruh yang besar dalam dakwah dunia. Pemikiran dan pendekatan dakwah
berasaskan wasatiyyah dan maqasid syariah menjadi rujukan dan orientasi
dakwah di dunia dan di Malaysia.

Buku beliau menjadi garis panduan dalam dakwah secara komprehensif seperti:
(a) Rabbaniyyin Laisa Ramadhaniyyin;
(b) Mudhakkirat al-Qaradawi;
(c) Risalah TaÊlim;
(d) Nafahat al-JumaÊah;
(e) Al-Din wa al-Siyasah;
(f) Taashilun wa Raddu Syubuhat; dan
(g) Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalah al-Qadimah.

AKTIVITI 6.6
Bincangkan peranan penulisan dalam perkembangan dakwah era moden.
Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

6.7 NIK MOHD MOHYIDDEEN WAN MUSA


Nik Mohd Mohyiddeen bin Wan Musa bin Abdul Samad Bin Muhammad Salleh
Tabal al-Fathani al-Kelantani. Beliau keturunan ulama kerana datuk beliau yang
bernama Abdul Samad ialah ulama besar di Kelantan yang digelar Tuan Tabal dan
penyair Tariqah Ahmadiah pertama di Semenanjung Malaysia. Ayah beliau pula
ialah Wan Musa, tokoh ulama dan mufti kerajaan negeri Kelantan sewaktu
pemerintahan Sultan Muhammad keempat. Ibu beliau pula ialah Nik Zainab binti
Nik Yahya dan keluarga beliau dikenal dalam kalangan tokoh ulama yang hebat
dan pemimpin masyarakat yang disegani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  149

Nik Mohd Mohyiddeen merupakan anak ke-12 dan anak lelaki yang bongsu.
Beliau mendapatkan lebih perhatian dan kasih sayang daripada ayahnya, Wan
Musa. Beliau dilahirkan pada hari Selasa, 23 Oktober 1923 dalam keluarga yang
cinta akan ilmu di negeri Kelantan. Faktor keturunan dan suasana keilmuan
banyak mempengaruhi peribadi dan pemikiran Nik Mohd Mohyiddeen. Beliau
menjadi harapan untuk meneruskan tradisi hidup keluarga mereka yang terkenal
dengan keilmuan dan kewarakan. Walau bagaimanapun, Nik Mohd Mohyiddeen
kehilangan ayahanda tercinta sewaktu berusia 16 tahun.

Menurut Ismail Awang (1992), ayahnya sentiasa mendoakan anak-anaknya


dengan doa:

„Allah telah menjadikannya dalam kalangan ulama terkemuka.‰

Berkat doa ayahnya, lima orang anak lelaki Wan Musa menjadi ulama, iaitu Nik
Abdullah, Nik Muhammad, Nik Mahmud, Nik Salleh dan Nik Mohd Mohyiddeen.
Wan Musa sentiasa menasihati anaknya untuk mencari ilmu melebihinya kerana
nilai hidup zaman anaknya adalah bertambah sukar dan menyelesaikan persoalan
agama yang ditimbulkan dalam suasana yang baharu.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Che Zainab Datuk Muhammad Salleh
yang merupakan anak perempuan seorang pegawai daerah Negeri Kelantan. Che
Zainab memberikan penumpuan terhadap keluarga dan pendidikan anak di
rumah. Selama 25 tahun dalam alam perkahwinan, pasangan ini dikurniakan lima
orang cahaya mata.

Nik Mohd Mohyiddeen mendapat pendidikan daripada ayahnya yang


merupakan seorang yang tegas dan menitikberatkan pendidikan agama. Sewaktu
mencapai usia 12 tahun, beliau sentiasa mengikuti ayahnya dan abangnya. Setiap
ilmu yang dipelajari mempunyai dalil dan hujah, bukannya diterima dengan
membuta tuli tanpa nas yang jelas.

Pada awal abad ke-20, Kota Bharu merupakan pusat pengajian agama yang
masyhur dan terdapat alim ulama yang mendapat pendidikan dari Mekah. Beliau
banyak memberikan pengajaran di masjid dan di surau. Selain daripada
pendidikan di rumah dan masjid, Nik Mohd Mohyiddeen dihantar belajar di
Sekolah Melayu Majlis Agama Islam di Bangunan Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu berdekatan Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Sikap dan sifat beliau sejak kecil tidak suka menyusahkan dan membebankan
kedua-dua orang tuanya. Sifat berdikarinya diakui sendiri oleh ayahnya dan
beliau menaruh harapan besar supaya dapat mengikut jejak langkahnya dan
datuknya Tuan Tabal untuk menyebarkan ilmu agama dan memajukan pemikiran
masyarakat.

Beliau turut banyak menghabiskan masanya di rumah dengan membaca dan


sewaktu menjadi guru, beliau merupakan murabbi yang bersemangat dan
bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para
pelajarnya. Beliau mengajar ilmu tauhid dan ilmu mantik dengan berkesan. Beliau
mampu mengolah ilmu untuk difahami oleh muridnya. Beliau mempunyai suara
kasar dan kuat bagi menarik perhatian murid yang mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Beliau banyak menghabiskan masa di rumah dengan membaca kerana dorongan


daripada bapanya Wan Musa yang gemar membaca. Beliau juga merupakan
seorang guru yang bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan
ilmu pengetahuan. Sewaktu menjadi Pengarah Bahagian Pelajaran Ugama beliau
sering mengadakan kuliah di Balai Islam Kampung Tunku, Petaling Jaya. Setiap
malam Jumaat beliau turut mengajar kitab agama di balai untuk penduduk
kampung.

Tanggungjawab menyampaikan ilmu ini sebahagian daripada amanah dan perlu


dilaksanakan tanpa mengira usia dan masa. Beliau mempunyai personaliti
sederhana, prinsip dan hikmah sewaktu berinteraksi secara baik dengan pihak
atasan serta turut menjaga hubungan dengan orang bawahan. Sebagai pemimpin
dalam kerajaan dan badan bukan kerajaan, beliau dilihat memikul tanggungjawab
yang besar.

Nik Mohd Mohyiddeen memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan sewaktu


berusia 23 tahun. Setelah tamat perang dunia pada tahun 1946, beliau menubuhkan
sebuah sekolah swasta, iaitu Sekolah Islah atau dikenal dengan Madrasah Islah.
Madrasah ini menjadi pilihan dalam kalangan penduduk di Kelantan dan sekolah
ini telah menimba pengalaman pertama dalam kerjayanya sebagai guru dan
pentadbir.

Setelah kembali dari Universiti Al-Azhar, beliau telah berkhidmat sebagai


pensyarah di Kolej Islam Malaya, Klang Selangor selama 4 tahun dan diberi amanah
mengurus pendidikan Islam di sekolah. Sepanjang perkhidmatan dalam dunia
pendidikan, khususnya di Kolej Islam beliau berjaya melahirkan anak murid yang
berjaya sehingga membina barisan pewaris dan pemimpin yang hebat. Mereka
menjadi penggerak utama dakwah islamiah di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  151

Pada tahun 1975, Nik Mohd Mohyiddeen dilantik menjadi Pengarah Bahagian
Pelajaran Agama Kementerian Pelajaran. Beliau diamanahkan untuk menguruskan
pendidikan Islam di sekolah. Sewaktu berkhidmat, proses pengambilalihan Sekolah
Agama Rakyat adalah cabaran beliau. Bahagian ini bertanggungjawab menggubal
kurikulum baru pendidikan Islam di Malaysia. Beliau dikenal sebagai seorang
ulama, aktivis dan pentadbir yang bernas.

Beliau ditawarkan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan dan Negeri Kelantan.


Namun, beliau menolaknya kerana keutamaan beliau adalah mempertingkatkan
kefahaman generasi muda terhadap Islam. Oleh itu, langkah berkesan adalah
dengan memajukan sistem pendidikan sekolah agama di seluruh negara. Sikap dan
peribadi Nik Mohd Mohyiddeen adalah tidak mengorbankan hukum-hakam agama
untuk kepentingan sendiri. Konsistensi ini adalah hasil didikan ayah dan abang-
abangnya. Beliau kuat mempertahankan hukum-hakam agama dan bersifat
progresif, futuristik dan komited dalam melaksanakan segala perancangan.

Sewaktu berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Pelajaran Agama, beliau


merancang melaksanakan misi pengambilalihan sekolah agama rakyat dan
merupakan usaha awal ke arah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA). Idea pengambilalihan ini bertujuan mewujudkan sistem dan institusi
pendidikan yang akan menjadi wadah ke arah penyediaan pendidikan Islam dan
ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh masyarakat.

Nik Mohd Mohyiddeen dianggap tokoh pendidikan yang berwawasan,


berperancangan, dan berpandangan jauh. Bagi memenuhi keperluan kepada
pemodenan sistem pendidikan agama ini, beliau merasakan perlunya perubahan
yang agak radikal dibuat dari segi kurikulum dan sukatan pelajaran, kemampuan
guru dan metodologi pengajaran.

Beliau amat prihatin dengan sungutan masyarakat yang menganggap pengajaran


agama ketika itu kurang berkesan dalam melahirkan pelajar Islam tulen. Masalah
ini bukan sahaja berpunca daripada sukatan pelajaran semata-mata, malah turut
dipengaruhi oleh faktor sikap pelajar terhadap mata pelajaran agama sendiri,
kaedah pengajaran guru dan pendekatan pihak sekolah.

Sepanjang penglibatan Nik Mohd Mohyiddeen dalam dunia pendidikan dan


dakwah, beliau berjaya menghasilkan tiga buah buku, iaitu dua buah buku teks
dan sebuah buku soal jawab agama. Tujuan buku ini dikarang adalah untuk
membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menyedari bahawa
masyarakat pelajar yang sukar mendapat bahan rujukan terutamanya dalam
bidang agama, beliau telah mengambil inisiatif mengarang buku tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Kebanyakan buku yang dihasilkan adalah daripada himpunan nota yang beliau
sampaikan di dalam bilik darjah. Manakala buku soal jawab agama pula adalah
hasil daripada himpunan soalan yang dikemukakan kepada beliau dalam
rancangan soal jawab agama di radio (Unit Dakwah Bahagian Pelajaran Agama,
Kementerian Pelajaran, 1983). Buku tersebut ditunjukkan dalam Rajah 6.9.

Rajah 6.9:Antara buku yang dihasilkan oleh Nik Mohd Mohyiddeen

Nik Mohd Mohyiddeen meninggal dunia pada tarikh 25 Jamadil Akhir 1401 H
bersamaan 30 April 1981 dalam usia 58 tahun disebabkan serangan penyakit
jantung. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar, Kuala
Lumpur pada jam 6.40 petang hari Khamis. Keesokan harinya, iaitu hari Jumaat
jenazah Allahyarham Nik Mohd Mohyiddeen disolatkan di rumahnya yang
diimamkan oleh Ustaz Hassan bin Salleh. Kemudiannya jenazah telah dibawa ke
Masjid Al-Malik al-Faisal, Maktab Perguruan Islam, Petaling Jaya untuk
disolatkan sekali lagi dan diimamkan pula oleh seorang imam dari Mekah. Jenazah
Allahyarham Nik Mohd Mohyiddeen telah disemadikan untuk selama-lamanya di
tanah perkuburan Islam, Kampung Tunku, Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor
bersebelahan dengan kubur anak lelakinya Nik Silmi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH  153

AKTIVITI 6.7
Jelaskan kepentingan sistem pendidikan dalam usaha mengembangkan
dakwah dalam kalangan orang Islam. Kongsikan jawapan anda dalam
forum myINSPIRE.

• Tokoh pendakwah merupakan sosok yang penting dalam perkembangan


dakwah Islam. Setiap pendakwah mempunyai keperibadian serta keunggulan
yang menjadi contoh dan ikutan kepada para pendengar.

• Nabi Muhammad SAW merupakan tokoh pendakwah ulung dan


menyebabkan dunia Islam hari ini berkembang dengan sangat pesat dan hebat.

• Dakwah yang berkesan bukan sekadar daripada lidah semata-mata tetapi


turut disumbangkan dari sosok peribadi, tingkah laku dan karakter yang baik.

• Sejarah pendakwah yang panjang telah menyumbang kepada pendekatan,


strategi dan kaedah dakwah yang boleh disesuaikan mengikut peredaran
masa, zaman dan tempat.

Buku Kepimpinan
Cabaran Perjuangan
Dakwah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 6 TOKOH DAN PERSONALITI DAKWAH

Aemy Elyani Mat Zain, & Jaffary Awang. (2018). Sumbangan Ahmed Deedat
dalam ilmu perbandingan agama. 3rd International Seminar on Islamic
Thought, 112−120. Dicapai dari https://www.researchgate.net/
publication/327671378_Sumbangan_Ahmed_Deedat_dalam_Ilmu_Perband
ingan_AgamaJasim Yasin al-Darwish. (2010). Al-Sahabi MusÊab bin Umair.
Majalan Abhas al-Basrah.

Agung Ibrahim Setiawan. (2018). Khadijah binti Khuwalid sosok wanita teragung
se-jagat raya. Al-Nisa', 11(2), 39−50.

Amran Mat Arriffen. (t.t.). Nik Mohd Mohyidden Wan Musa: Pencetus
transformasi pendidikan Islam kebangsaaan. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasan Basri. (2014). Manajemen dakwah Rasul SAW di Mekkah. Al-Munzir, 7(2),
179−196.

Isep Zaynal Arifin. (2008). Bimbingan dan konseling Islam (Al-Irsyad wa al-Tawjih
al-Islam) Berbasis ilmu dakwah. Ilmu dakwah. Academic Journal for
Homiletic Studies, 4(11), 27−42.

Ita Rostiana. (2009). Dukungan Ali bin Abi Talib terhadap dakwah Rasulullah.
Jurnal Dakwah, 10(2), 119−142.

Mohd Rumaizuddin Ghazali, & Mohd Rushdan Mohd Jailani. (2011). Sumbangan
Yusuf al-Qaradawi kepada gerakan dakwah di Malaysia. Ulum Islamiyyah
Journal, 7, 11−29.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit (t.t.). Perlaksanaan dakwah dan politik Islam


zaman KhulafaÊ al-Rashidin. Dicapai dari https://www.researchgate.net/
publication/301887260_PERLAKSANAAN_DAKWAH_DAN_POLITIK_IS
LAM_ZAMAN_KHULAFA'_AL-RASHIDIN

Sholeh Fikri Nasiruddin, & Siti Rugayah Tibek. (2013). Peranan ulama dakwah
semasa penjajahan Tanah Melayu. Al-Hikmah, 5, 60−70.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  MadÊu atau
Sasaran
7 Dakwah
Dr Hamidah Mat
hamidah_mat@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan maksud madÊu dalam konteks dakwah Islam;
2. Membincangkan hak dan kewajipan madÊu; dan
3. Mengenal pasti golongan madÊu.

 PENGENALAN
Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk
yang mempunyai latar belakang agama dan bangsa yang pelbagai (lihat Rajah 7.1).
Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dari segi adat,
budaya dan kepercayaan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Dalam
menyampaikan dakwah, kita hendaklah memastikan bahawa pendekatan atau
metodologi dakwah yang diguna pakai adalah bersesuaian dengan keadaan dan
situasi, demi mencapai matlamat dakwah dengan jayanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH

Rajah 7.1: Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa
Sumber: https://images.app.goo.gl/BfNT6bdFpKJwcK8L9

Bagaimanakah kita hendak berbuat demikian? Dalam konteks ini, antara perkara
asas yang perlu dipertimbangkan adalah golongan madÊu, iaitu sasaran atau
penerima dakwah. Topik madÊu merupakan tajuk yang sangat penting kerana
madÊu lah yang akan menentukan pemilihan kaedah yang digunakan oleh
pendakwah untuk menyampaikan dakwah. Oleh itu, dalam topik ini, kita akan
mempelajari tentang maksud ataupun definisi madÊu. Kita juga akan meneroka
tentang hak dan kewajipan madÊu sekali gus mengenal pasti golongan madÊu.

7.1 DEFINISI MAD’U


MadÊu merupakan antara aspek utama dalam dakwah.

Dalam bahasa Arab, istilah al-madÊu (jamak: madÊuuwin) bermaksud


sasaran dakwah, iaitu penerima dakwah atau orang yang kena dakwah.

Secara umumnya, sasaran dakwah di sini merangkumi seluruh umat manusia


(Abdul Karim Zaidan, 2002). Ia tidak dikhususkan kepada jenis manusia yang
tertentu kerana agama Islam merupakan risalah Allah SWT yang diturunkan
melalui Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat manusia sama ada dalam
kalangan orang Arab ataupun bukan Arab, lelaki ataupun perempuan, miskin
ataupun kaya dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH  157

Firman Allah SWT.

ُ ۡ َ َّ ُ ُ َ ّ ُ َّ َ ُّ َ ٰٓ َ ۡ ُ
ً ‫ك ۡم َج‬
‫ِيعا‬ ‫قل يأيها ٱلاس إ ِ ِن رسول ٱ ِ إِل‬
Maksudnya:
Katakanlah (Muhammad), Wahai manusia! Sesungguhnya aku ini utusan Allah
bagi kamu semua.
(Surah al-AÊraf, 7:158)

Menurut Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni (1995), pendakwah hendaklah


mengutamakan dakwahnya kepada ahli yang dekat dengannya berbanding
dengan yang jauh. Firman Allah SWT:

َ َ َۡ ۡ َ َ َ َ ۡ ََ
٢١٤ ‫شيتك ٱلقربِي‬ ِ ‫وأن ِذر ع‬
Maksudnya:
Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
(Surah asy-SyuÊaraÊ, 26:214)

Orang yang paling dekat dengan seorang pendakwah sebenarnya ialah diri
pendakwah itu sendiri. Firman Allah SWT dalam surah asy-Syams, ayat 9–10:

َ ٰ َّ َ َ َ َ ََۡ َ ٰ َّ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َ
١٠ ‫ وقد خاب من دس ها‬٩ ‫قد أفلح من زك ها‬
Maksudnya:
Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu) (9) Dan sungguh rugi
orang yang mengotorinya (10).
(Surah asy-Syams, 91:9–10)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH

Kemudian, diikuti dengan ahli kerabat dan keluarganya. Firman Allah SWT:

َ‫ارةُ َعلَ ۡيها‬ ۡ َ ُ َّ َ ُ ُ َ ٗ َ ۡ ُ


َ ‫ٱل َِج‬ ۡ َ َ ۡ ُ َ ُ َ ْ ٓ ُ ْ ُ َ َ َ َّ َ ُّ َ ٰٓ َ
‫يأيها ٱلِين ءامنوا قوا أنفسكم وأهلِيكم نارا وقودها ٱلاس و‬
َ ُ َ ۡ ُ َ َ ُ َ ۡ َ َ ۡ ُ َ َ َ ٓ َ َ َّ َ ُ ۡ َ َّ ٞ َ ٞ َ ٌ َ ٰٓ َ َ
٦ ‫ملئِكة ِغ ظ ِشداد يعصون ٱ ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون‬
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu; penjaganya malaikat-
malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa-
apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa-apa yang
diperintahkan.
(Surah at-Tahrim, 66:6)

Kemudian, diikuti dengan golongan yang rapat selepas itu, iaitu orang yang
mempunyai pertalian darah dengan pendakwah, seterusnya jiran dan golongan
yang lain dalam komuniti.

Perkara ini disebut oleh Allah SWT seperti yang berikut:

َ ُ ۡ َ َ َ َ َ ٰ َ ۡ َ ُ ۡ َ ۡ ُ َ َ ۡ ُ َ ُ َ َ ۡ َ َ َ ّ ۡ َ َّ َ ُ ُ ۡ َ َ
٤٤ ‫ب أف تعقِلون‬ ۚ ‫۞أتأمرون ٱلاس بِٱل ِبِ وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون ٱلكِت‬
Maksudnya:
Mengapakah kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan
kamu melupakan dirimu sendiri, pahadal kamu membaca Kitab (Taurat)?
Tidakkah kamu mengerti?
(Surah al-Baqarah, 2:44)

AKTIVITI 7.1
1. Siapakah yang selayaknya menerima dakwah?
2. Merujuk pengalaman sendiri, susun 10 sasaran individu penerima
dakwah bagi diri anda mengikut keutamaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH  159

7.2 HAK DAN KEWAJIPAN MAD’U


Seterusnya, kita akan membincangkan hak dan kewajipan madÊu. MadÊu
mempunyai hak untuk didatangi oleh pendakwah. Hal ini bermaksud pendakwah
hendaklah mendatangi madÊu untuk menyampaikan dakwahnya dan tidak
seharusnya duduk di tempatnya sambil menunggu kehadiran madÊu untuk
datang mencari ilmu agama (Abdul Karim Zaidan, 2002). Hal ini demikian kerana
tugas menyampaikan dakwah dan menyeru manusia ke arah jalan yang benar,
iaitu Islam merupakan tugas pendakwah. Firman Allah SWT:

ٗ ُ َ َ َ ۡ َ َّ َ َ ّ َ ُ َّ ُ َ َ
١٥ ‫ت نبعث رسو‬ ٰ ‫وما كنا مع ِذبِي ح‬

Maksudnya:
Dan Kami tidak akan menyeksa sebelum Kami mengutus seorang rasul.
(Surah al-IsraÊ, 17:15)

Rasulullah SAW telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai utusan Allah SWT


dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Baginda telah menyampaikan seruan
Allah SWT tidak kira dalam bentuk berita gembira ataupun amaran dan telah
mengajak para sahabat untuk menyebarkan agama Islam bersama-sama ke setiap
pelosok dunia kepada seluruh umat manusia. Sesungguhnya, kita perlu faham
bahawa peranan pendakwah ini tidaklah berdiri dengan sendirinya tetapi wujud
untuk menyelamatkan umat manusia (madÊu) daripada kegelapan dunia dan
akhirat. Allah SWT berfirman:

َ ُۡ َ َ َََۡۡ ُ ۡ َ ۡ َ ُ َُۡ َّ ۡ َ ۡ ُ َّ ُ َ ۡ ‫نت ۡم َخ‬ُ ‫ُك‬


ِ‫وف وتنهون ع ِن ٱلمنكر‬ ِ ‫اس تأمرون ب ِٱلمعر‬ ِ ‫أم ٍة أخرِجت ل ِلن‬ ‫ي‬
ُ‫ث ُهم‬ ۡ َ َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ ۡ ّ ُ َّ ٗ ۡ َ َ َ َ ٰ َ ۡ ُ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ َّ
َُ‫ك‬ َ َ ُۡ
‫ب لكن خيا له ۚم مِنهم ٱلمؤمِنون وأ‬ ِ ‫ِۗ ولو ءامن أهل ٱلكِت‬ ‫َوتؤم ُِنون ب ِٱ‬
َ ُ َٰۡ
١١٠ ‫سقون‬ ِ ‫ٱل ف‬
Maksudnya:
Kamu (umat Islam) ialah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana
kamu) menyuruh (berbuat) yang makruh, dan mencegah daripada yang mungkar,
dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik
bagi mereka. Antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka ialah
orang-orang fasik.
(Surah Ali Imran, 3:110)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH

Sepanjang Baginda berdakwah, Rasulullah SAW tidak pernah melakukan


diskriminasi terhadap latar belakang sasaran dakwahnya, tidak kira sama ada
sasarannya itu adalah tua atau muda, lelaki atau perempuan ataupun dekat atau
jauh. Contohnya, Rasulullah SAW menyampaikan dakwah kepada Khadijah yang
merupakan seorang perempuan, Ali yang merupakan kanak-kanak pada waktu
itu, Abu Bakar yang berasal daripada bangsa Arab, Salman yang berasal dari Parsi
dan Bilal yang bukan daripada bangsa Arab (Wan Hussein Azmi, 1984).

Salah satu sebab lain mengapa pendakwah perlu mengunjungi madÊu adalah
kewujudan sesetengah madÊu masih belum terdedah kepada ajaran Islam yang
sebenar. Oleh itu, mereka perlu diberi kesedaran tentang kewujudan Islam sebagai
agama rahmat yang menjaga kepentingan dan kemaslahatan semua pihak di dunia
dan akhirat. Tidak kurang juga terdapat kalangan madÊu yang mendapat
maklumat yang salah tentang Islam, lantas perkara tersebut telah membentuk
persepsi yang salah terhadap Islam. Maka, dalam situasi sebegini, menjadi tugas
pendakwah untuk membetulkan persepsi tersebut dengan cara yang berhikmah.

Selain itu, madÊu berhak untuk dihormati oleh pendakwah. Hal ini bermakna,
semasa pendakwah mengunjungi madÊu, pendakwah tidak seharusnya
memandang rendah, memperlekehkan atau meremehkan sesiapa pun dalam apa-
apa jua bentuk. Hal ini demikian kerana kita tidak tahu kebaikan yang akan
dibawa oleh seseorang setelah dia mendapat hidayah daripada Allah SWT. Boleh
jadi setelah kita menyampaikan dakwah kepadanya, dia akan lebih banyak
berdakwah dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Setelah pendakwah melakukan dakwah dengan baik, madÊu hendaklah


menyempurnakan hak pendakwah pula, iaitu dengan memenuhi ajakan dan
seruan pendakwah untuk beriman kepada Allah SWT. Dengan itu, madÊu
hendaklah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim baik dalam
memutuskan sesuatu mahupun dalam kehidupan sehariannya sebagaimana yang
diterangkan dan diperintahkan dalam al-Quran dan sunah Nabi. MadÊu
hendaklah memastikan bahawa pendirian dan cara hidupnya tidak bertentangan
dengan konsep al-amr bi al-maÊruf wa al-nahy Âan al-munkar.

AKTIVITI 7.2
Sebagai individu Muslim yang memahami tanggungjawab dakwah,
ceritakan pengalaman dakwah anda sama ada kepada Muslim ataupun
bukan Muslim. Apakah halangan utama yang menyebabkan anda tidak
meneruskan usaha dakwah tersebut?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH  161

7.3 GOLONGAN MAD’U


Mari kita teliti Rajah 7.2 yang memaparkan mengenai pembahagian golongan
madÊu.

Rajah 7.2: Pembahagian golongan madÊu

Berdasarkan ayat 213 dalam surah al-Baqarah, terdapat tiga jenis golongan
manusia, iaitu orang Mukmin, orang kafir dan orang munafik. Namun, dari sudut
nas syariat yang dikeluarkan daripada tiga golongan ini, golongan madÊu boleh
dibahagikan kepada dua golongan asas, iaitu golongan Muslimin dan Mukminin
dan juga golongan orang kafir dan yang bukan beragama Islam. Kedua-dua
bahagian ini pula boleh dibahagikan kepada beberapa kategori lagi seperti yang
kita lihat dalam Rajah 7.2 tadi. Mari kita sama-sama mengenal golongan ini secara
terperinci.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH

7.3.1 Orang Muslim dan Mukmin


Subtopik ini dipecahkan kepada dua aspek, iaitu menurut tahap penerimaan
petunjuk dan menurut tahap pegangan pada agama Islam yang setiap tahap ini
mempunyai pecahannya yang tersendiri.

(a) Tahap Penerimaan Petunjuk/Akidah (‫)من حيث اإلھتداء والضالل‬


Orang Muslim dan Mukmin boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
(i) Golongan Muslim yang mendapat hidayah/petunjuk; dan
(ii) Golongan Muslim yang sesat.

Pembahagian ini wujud kerana terdapat perbezaan dalam kalangan orang


Islam dari segi tahap pegangan mereka kepada akidah, namun tidaklah
sehingga mereka keluar daripada agama Islam. Dalam hal ini, dikatakan juga
terdapat perbezaan dalam pemahaman syariah masing-masing sehingga
terbentuknya mazhab yang berbeza seperti mazhab Syiah, Khawarij dan
Muktazilah.

(b) Tahap Pegangan pada Agama Islam


(‫)من حيث قوة أو ضعف التزامھم باإلسالم‬
Dalam hal ini, golongan madÊu dibahagikan kepada tiga. Lihat Rajah 7.3
untuk mengetahui tiga golongan madÊu ini.

Rajah 7.3: Tiga golongan madÊu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH  163

Pembahagian ini adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Fatir:

ٞ ۡ ۡ ۡ َ ّ ٞ َ ۡ ُ ۡ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ َّ َ ٰ َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ َّ ُ
‫سهِۦ َومِن ُهم ُّمق َت ِصد‬
ِ ‫ثم أورثنا ٱلكِتب ٱلِين ٱصطفينا مِن عِبادِناۖ ف ِمنهم ظال ِم ِل‬
‫ف‬
٣٢ ‫ي‬ ُ ‫كب‬َ ۡ ُ ۡ َ ۡ َ ُ َ ٰ َ َّ ۡ
‫ٱل‬ ‫ل‬ ‫ض‬ ‫ف‬‫ٱل‬ ‫و‬ ‫ه‬ ‫ِك‬ ‫ل‬ ‫ذ‬ ِ ‫ٱ‬ ‫ن‬ ‫ذ‬‫إ‬ ‫ب‬ ‫ت‬ ٰ ‫ر‬ َ ۡ ‫َوم ِۡن ُه ۡم َساب ُ ۢق ب‬
َ ‫ٱل ۡي‬
ِ ۚ ِ ِِ ِ ِ ِ
Maksudnya:
Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih antara
mereka ada yang mereka menzalimi diri sendiri, ada yang pertengahan dan ada
(pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu
adalah kurniaan yang besar.
(Surah al-Fatir, 35:32)

Ketiga-tiga golongan ini juga wujud dalam kalangan pengikut Rasulullah SAW.
Sebahagian daripada mereka juga mempunyai ciri-ciri kekufuran dan munafik.
Disebabkan oleh percampuran ini dalam kalangan orang Muslim dan Mukmin,
maka pendakwah hendaklah mengenal pasti dan memahami keadaan dan tempat
serta menetapkan kaedah dakwah yang bersesuaian bagi setiap daripada tiga
golongan tadi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH

7.3.2 Orang yang Kafir dan Orang yang Bukan


Beragama Islam
Tahap orang kafir dan yang bukan Islam boleh dibahagikan kepada beberapa
golongan. Rajah 7.4 menunjukkan kepada anda golongan tersebut .

Rajah 7.4: Golongan orang kafir dan yang bukan beragama Islam

Mari kita mempelajari tentang setiap golongan ini dengan lebih lanjut lagi.

(a) Golongan Ateisme


Golongan ini ialah golongan yang ingkar dan tidak mempercayai kewujudan
Tuhan. Firman Allah SWT:

َ ۡ َّ َّ ٓ َ ُ ۡ ُ َ َ َ ۡ َ َ ُ ُ َ َ ۡ ُّ َ ُ َ َ َّ َ َ ْ ُ َ َ
‫ٱله ُر ۚ َو َما ل ُهم‬ ِ ‫وقالوا ما ِه إ ِ حياتنا ٱلنيا نموت ونيا وما يهلِكنا إ‬
َ ُ َّ ُ ۡ ۡ َ َ
٢٤ ‫بِذٰل ِك م ِۡن عِلمٍۖ إِن ه ۡم إ ِ َيظ ُّنون‬
Maksudnya:
Dan mereka berkata, „Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia
sahaja, kita mati dan kita hidup, dan tidak ada yang membinasakan kita
selain masa.‰ Tetapi mereka tidak mempunyai ilmu tentang itu, mereka
hanyalah menduga-duga sahaja.
(Surah al-Jaathiyah, 45:24)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH  165

(b) Golongan Musyrik yang Menyembah Berhala


Golongan musyrik adalah golongan yang mempersekutukan Allah SWT
dengan selain-Nya dalam hal akidah mahupun ibadah. Golongan ini boleh
dipisahkan kepada dua jenis (lihat Rajah 7.5).

Rajah 7.5: Dua jenis golongan Musyrik/kafir

Firman Allah SWT:

ٞ َّ َ ٞ ٰ َ َ ُ ۡ َ ۡ َ َ َ َّ َّ
٣ ‫يه ِدي من هو ك ِذب كفار‬ ‫إِن ٱ‬
Maksudnya:
Sesungguhnya, Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta dan orang
yang sangat ingkar.
(Surah az-Zumar, 39:3)

(c) Golongan Ahli Kitab


Golongan ini ialah golongan yang tidak beriman dengan Allah SWT tetapi
mengimani agama nenek moyang mereka yang terdahulu seperti agama
Kristian dan Yahudi (agama samawi-agama langit). Pada asalnya, kedua-dua
agama ini merupakan ajaran Nabi Isa a.s. dan Nabi Musa a.s. berpandukan
kita Injil dan kitab Taurat. Namun, ajaran ini kemudiannya telah
diselewengkan oleh para pengikutnya.

(d) Golongan Munafik


Golongan munafik boleh didefinisikan sebagai golongan yang
menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan keislaman. Sekiranya mereka
menunaikan ibadah seperti solat, mereka mendirikannya dengan malas.
Mereka akan melahirkan keimanan ketika bersama orang Mukmin dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH

mereka melahirkan kekufuran ketika bersama dengan orang kafir. Hal ini
demikian kerana dasar bagi golongan munafik adalah kekafiran dan sikap
pengecut.

Golongan ini ada disebut dalam al-Quran dalam surah an-NisaÊ:

ً َ ۡ ُ َ َ َ َ َ َّ َ َ ۡ َ ۡ ۡ َّ َ َ ُ ۡ َّ
١٤٥ ‫تد لهم ن ِصيا‬ ِ ‫إِن ٱلمنٰفِ ِقي ِف ٱلركِ ٱلسف ِل مِن ٱلارِ ولن‬
Maksudnya:
Sesungguhnya, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang
paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong
pun bagi mereka.
(Surah an-NisaÊ, 4:145)

Bagaimanakah kita hendak mengenal pasti golongan munafik dalam


kalangan masyarakat? Antara ciri-ciri orang munafik yang dinyatakan oleh
Abdul Karim Zaidan, 2002 adalah yang ditunjukkan dalam Rajah 7.6.

Rajah 7.6: Lima ciri orang munafik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH  167

AKTIVITI 7.3
Pada pandangan anda, mengapakah seorang pendakwah perlu mengenal
pasti golongan madÊu yang ingin disampaikan dakwah? Bincangkan
jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

Para pendakwah perlu mengenal pasti golongan sasaran dakwah kerana, dengan
itu, mereka dapat menentukan pendekatan dakwah yang perlu diguna pakai.
Setiap golongan madÊu mempunyai cirinya tersendiri dan memerlukan
pendekatan yang berbeza. Pendakwah juga perlu mengenal pasti mengenai
keperluan dan maslahat serta kepentingan yang perlu dipertahankan bagi
golongan madÊu yang dimaksudkan. Perkara ini dapat membuka ruang
penerimaan yang luas terhadap dakwah yang disampaikan. Situasi ini akan
menampakkan bahawa pendakwah mengambil berat akan keperluan dan
kepentingan madÊu, bukannya pendakwah.

Oleh itu, pendakwah yang bijak dan cekap akan melakukan kajian terdahulu
tentang latar belakang dan profil golongan madÊu yang ingin didekati.
Tanggungjawab dakwah pada hari ini mestilah dilakukan secara profesional
supaya akan membuahkan hasil yang maksimum. Anjuran ini bertepatan dengan
saranan Rasulullah SAW, iaitu supaya setiap Muslim melakukan setiap pekerjaan
dengan itqan, yakni secara bersungguh-sungguh dan teliti.

Oleh itu, kita dapati pada hari ini, terdapat institusi dan badan yang memfokuskan
kerja dakwah secara profesional. Dengan perancangan yang teliti dan strategik,
sudah tentu usaha dakwah tersebut akan memberikan impak yang tinggi. Perkara
ini akan diperbincangkan dengan lebih lanjut dalam Topik 9.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH

 Al-MadÊu bermaksud sasaran dakwah, iaitu orang yang kena dakwah.

 MadÊu berhak didatangi dan didekati oleh pendakwah. Pendakwah tidak


seharusnya menunggu madÊu untuk mendekatinya, baru pendakwah
menyampaikan dakwahnya.

 Pendakwah juga tidak boleh meremehkan ataupun memandang rendah


terhadap madÊu.

 Setelah menerima dakwah, madÊu mempunyai kewajipan untuk


melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan hendaklah dia
menjalani kehidupan sehariannya berdasarkan ajaran Islam yang sebenar.

 Secara asasnya, golongan madÊu boleh dibahagikan kepada dua, iaitu


golongan orang Muslim dan Mukmin dan juga golongan orang kafir dan yang
bukan Islam. Setiap bahagian ini mempunyai pembahagian mereka yang
tersendiri.

 Pendakwah perlu mengenal pasti golongan madÊu supaya pendekatan yang


diambil dalam dakwah bersesuaian dan berkesan.

Ahli kitab MadÊu


Ateisme Munafik
Golongan madÊu Musyrik
Hak dan kewajipan madÊu Sasaran dakwah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MAD’U ATAU SASARAN DAKWAH  169

Ab Aziz Mohd Zin et al. (2006). Dakwah Islam di Malaysia. Kuala Lumpur,
Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.

Abdul Karim Zaidan. (2002). Usul al-daÊwah. Beirut, Lubnan: Risalah.

Abdul Munir Ismail. (2014). Dakwah suatu tuntutan dalam Islam. Tanjung Malim,
Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Md Abdul Qadir Abu Faris. (1997). Usus al-daÊwah wa wasail nasyriha. Mesir: Dar
al-Furqan.

Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni. (1995). Al-Madkhal ila Âilm al-daÊwah:


Dirasat manhajiyah shamilah li tarikh al-daÊwah wa usuliha wa manahijiha
wa-asalibiha wa wasaÊiliha wa mushkilatiha fi dawÊ al-naql wa al-Âaql. Beirut,
Lubnan: Al-Risalah al-ÂAlamiah.

Wan Hussein Azmi. (1984). Ilmu dakwah. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Metode
Dakwah
8 Dr Wan Mohammad Ubaidillah Wan Abas
ubaidillah@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan aspek hikmah dalam dakwah;
2. Menerangkan kepentingan al-mawÊizah al-hasanah dalam dakwah;
dan
3. Menghuraikan pelaksanaan al-mujadalah al-husna dalam konteks
masa kini.

 PENGENALAN
Dakwah merupakan kewajipan bagi setiap Muslim di atas muka bumi ini yang
bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang yang bergelar
khalifah. Oleh itu, al-Quran telah menyediakan garis panduan bagi melaksanakan
tugas tersebut. Kesemua manhaj perlu dilaksanakan supaya matlamat utama
dakwah dapat dicapai.

Al-Quran sejak pertama kali diturunkan, sekarang dan pada masa akan datang
akan sentiasa menjadi sumber rujukan dan aspirasi dakwah. Al-Quran menyentuh
banyak aspek yang berkaitan dengan keperluan dan kewajipan manusia untuk
berdakwah.

Al-Quran juga menggariskan beberapa metode dakwah yang jika diikuti dengan
sempurna akan menjadi asas kepada kejayaan dakwah dan pencapaian
matlamatnya. Antara ayat yang telah menyebut tentang metode tersebut adalah
dalam al-Quran ayat 125, surah an-Nahl. Oleh itu, ayat ini menjadi mauduk utama
perbincangan dalam topik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 METODE DAKWAH  171

Firman Allah SWT:

4 ß⎯|¡ômr& }‘Ïδ ©ÉL©9$$Î/ Οßγø9ω≈y_uρ ( ÏπuΖ|¡ptø:$# ÏπsàÏãöθyϑø9$#uρ Ïπyϑõ3Ïtø:$$Î/ y7În/u‘ È≅‹Î6y™ 4’n<Î) äí÷Š$#

∩⊇⊄∈∪ t⎦⎪ωtGôγßϑø9$$Î/ ÞΟn=ôãr& uθèδuρ ( ⎯Ï&Î#‹Î6y™ ⎯tã ¨≅|Ê ⎯yϑÎ/ ÞΟn=ôãr& uθèδ y7−/u‘ ¨βÎ)

Maksudnya:
Serulah mereka kepada jalan Tuhan dengan bijaksana dan pengajaran yang baik,
dan bertukar fikiranlah dengan mereka menurut cara yang sebaik-baiknya.
Sesungguhnya Tuhan-mu lebih tahu siapa yang tersesat daripada jalan-Nya, dan
Dia lebih tahu pula orang-orang yang menurut jalan yang benar.
(Surah an-Nahl, 16:125)

Lafaz „serulah‰ dalam petikan tersebut mengikut bahasa Arab termasuk dalam
kata fiÊil amar. Setiap fiÊil amar membawa makna kata perintah, manakala
mengikut hukum fiqh, setiap kata perintah bererti mengandungi nilai wajib.
Dengan itu, jelas bahawa berdakwah seperti firman Allah SWT tadi membawa
hukum wajib dilaksanakan oleh seluruh kaum Muslimin.

Seseorang yang hendak berdakwah mestilah mengetahui cara, teknik atau metode
berdakwah kerana tanpanya, masyarakat yang menjadi sasaran dakwah akan
menolak ataupun menerima secara negatif.

Berdasarkan ayat tersebut, hakikat dakwah dapat dirumuskan sebagai kewajipan


mengajak manusia ke jalan Tuhan dengan cara bijak, tegas dan benar
(al-hikmah), pelajaran yang baik (al-mawÊizah al-hasanah) dan berbahas yang
lebih baik (al-mujadalah bi al-husna). Ketiga-tiga metode ini perlu dilaksanakan
bagi memperoleh kejayaan dalam berdakwah.

8.1 AL-HIKMAH
Al-Hikmah merupakan salah satu daripada metode dakwah yang menjadi asas
kejayaan dakwah dan pencapaian matlamatnya. Al-Hikmah dari sudut bahasa
Arab bermaksud al-Âadl (‫( )ﺍﻟﻌﺪﻝ‬keadilan), al-Âilm (‫( )ﺍﻟﻌﻠﻢ‬ilmu), al-hilmi (‫( )ﺍﻟﺤﻠﻢ‬lemah
lembut), al-nubuwwah (‫( )ﺍﻟﻨﺒﻮﺓ‬kenabian), kebijaksanaan, pandai, sesuatu yang
mencegah kejahilan dan kerosakan, perkara yang betul dan tepat serta pemaaf.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 8 METODE DAKWAH

Al-Hikmah juga bermaksud al-hakim (‫ )ﺍﻟﺤﺎﻛﻢ‬yang bererti orang yang mempunyai


al-hikmah atau berhikmah. Al-Hakim ialah gelaran kepada orang yang mahir
melakukan perkara yang rumit dan halus serta melakukannya dengan penuh
kualiti. Oleh itu, al-hikmah ialah pengetahuan tentang perkara yang terbaik
mengenai ilmu yang paling mendalam. Kita akan menyebut ataupun mengatakan
Rojulun Muhakkam (‫ )ﺭﺟﻞ ﻣﺤﻜﻢ‬terhadap lelaki yang berhikmah.

Al-Hikmah juga digunakan untuk merujuk sesuatu perkataan ataupun ungkapan


yang ringkas dan padat tetapi mempunyai makna yang cukup hebat seperti
perumpamaan (peribahasa, pepatah bahasa dan lain-lain) dan jawamiÊ
al-kalim (Al-MuÊjam al-ÂArabi al-Asasi: 341−342) atau lebih dikenal sebagai kata-
kata hikmah. Al-Hikmah juga selalu digunakan untuk merujuk sesuatu sebab,
alasan, justifikasi atau rahsia yang tersembunyi di sebalik sesuatu hukum seperti
„Apakah hikmah di sebalik ibadah puasa?‰

Definisi al-hikmah dari sudut istilah pula banyak yang dikemukakan. Jadual 8.1
menyatakan definisi al-hikmah dari beberapa sumber seperti Ibn ÂAbbas r.a.,
Mujahid, Ibn Nujaih, Ibrahim al-NakhaÊi dan Imam al-Ghazali.

Jadual 8.1: Definisi al-Hikmah Menurut Ibn ÂAbbas r.a., Mujahid, Ibn Nujaih,
Ibrahim al-NakhaÊi dan Imam al-Ghazali

Sumber Definisi

Ibn ÂAbbas r.a. Al-Hikmah ialah pengetahuan (al-maÊrifat) tentang al-Quran; ilmu
tentang nasikh mansukhnya, muhkam dan mutasyabihnya,
muqaddam dan muÊakharnya, hukum halal haramnya dan
sebagainya yang berkaitan dengan ilmu al-Quran; dalam satu
riwayat daripadanya kefahaman (al-fiqh) tentang al-Quran.

Mujahid Al-Hikmah ialah al-Quran, ilmu dan fiqh.


Ibn Nujaih Al-Hikmah ialah menetapi kesahihan dalam perkara dan
perbuatan.

Ibrahim al-NakhaÊi Al-Hikmah ialah satu ilmu pengetahuan (makrifat) tentang


makna segala sesuatu dan kefahaman mengenainya. Ada pula
yang mengatakan bahawa ia perbuatan yang betul dan baik
ataupun tepat.

Imam al-Ghazali Al-Hikmah ialah suatu keadaan jiwa atau nafsu yang dengannya
sesuatu yang tepat (betul) dapat dibezakan berbanding dengan
sesuatu yang salah dalam seluruh perbuatan ikhtiyariyyah
(perbuatan hamba yang dipilih sendiri oleh hamba, untuk
dilakukan dan lawannya adalah perbuatan idthirariyyah).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 METODE DAKWAH  173

8.1.1 Asas al-Hikmah


Al-Hikmah atau kebijaksanaan merangkumi pemilihan cara penyampaian, budi
bahasa serta watak yang patut digunakan semasa melaksanakan tanggungjawab
dalam berdakwah. Ibnu Manzur (1414 H) bersetuju untuk meletakkan
pendefinisian al-hikmah sebagai perkataan yang berasal daripada al-maniÊ li
al-islah, iaitu larangan, tegahan yang menghalang sesuatu daripada
mendatangkan keburukan ataupun mudarat pada yang lain.

Oleh yang demikian, dalam perbincangan al-hikmah sebagai metodologi turut


diselitkan beberapa ciri yang berkait dengan definisi tersebut seperti al-adl yang
mampu menegah daripada kezaliman, al-ilm yang menegah daripada jahil dan
seterusnya. Namun, al-Qahthani lebih selesa mengaitkan al-hikmah dengan
al-itqan, iaitu ketekunan dan kesungguhan serta berkualiti. Betapa tinggi
pendefinisian ringkas yang dapat digambarkan tentang metodologi dakwah ini
bertepatan dengan kesannya serta komitmen yang patut sedia dikorbankan oleh
seorang daÊi dalam mengaplikasikan al-hikmah dalam pelaksanaan dakwah.

Sebagai asas ataupun keutamaan dalam al-hikmah pastinya menjadikan ilmu


pengetahuan sebagai yang teratas diikuti dengan kesahihan ilmu tersebut yang
benar-benar menjelaskan dan membuktikan sebuah kebenaran yang terdapat
dalam Islam yang tidak difahami oleh sebahagian sasaran dakwah. Seterusnya,
merujuk perintah amar makruf nahi mungkar dan muhimmah ijabiyyah ( ‫)ﻣﻬﻤﺔ‬
‫( ﺍﺟﺎﺑﻴﺔ‬cas negatif) yang perlu digantikan dengan muhimmah salbiyyah (‫)ﻣﻬﻤﺔ ﺳﻠﺒﻴﺔ‬
(cas positif).

Kebanyakan daripada asas ini telah biasa bermain dalam idea seorang daÊi, namun
pemahaman secara mendalam ini kurang menyerap dalam langkah dakwah
mereka. Dalam menyatakan berkenaan cas negatif yang perlu digantikan dengan
cas positif adalah tidak hanya menyatakan kesalahan pada sesuatu perkara yang
berlaku dalam masyarakat. Sebaliknya memberi kata ataupun petunjuk untuk
membetulkan keadaan ke arah yang serasi dan dapat diterima oleh masyarakat.
Hal ini hanya merujuk perkara yang bukan berbentuk akidah.

Dalam melaksanakan dakwah terutamanya dengan kaedah al-hikmah, perkara


yang pertama perlu ditekankan adalah berkenaan pemahaman sasaran dakwah.
Mereka ini perlu diperjelaskan tentang Islam secara syumul sehingga mereka
dapat memahami keadaan agama Islam dan sekali gus menghilangkan kekeliruan
yang wujud dalam minda mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 8 METODE DAKWAH

Seterusnya, barulah mentarbiahkan ataupun mendidik sasaran dakwah supaya


melaksanakan ajaran tersebut dengan baik kerana hanya iman yang dapat menjadi
pendorong seseorang melakukan segala perintah dan suruhan Allah SWT dengan
penuh kesetiaan dan istiqamah.

8.1.2 Aspek Hikmah dalam Dakwah


Terdapat beberapa aspek hikmah dalam dakwah. Mari kita mempelajarinya
dengan lebih lanjut.

(a) Hikmah dalam Konteks Penentuan Marhalah Dakwah dan Matlamat


Dakwah
Terdapat tiga peringkat hikmah dalam konteks penentuan marhalah dakwah
dan matlamat dakwah yang perlu kita ketahui. Ia adalah pengenalan
(al-taÊaruf), pembentukan (al-takwin) dan pelaksanaan (al-tanfiz). Mari kita
lihat penjelasan lanjut dalam Jadual 8.2.

Jadual 8.2: Tiga Peringkat Hikmah dalam Konteks Penentuan Marhalah Dakwah
dan Matlamat Dakwah

Hikmah Keterangan

Pengenalan Ia ialah suatu peringkat yang Islam diperkenalkan sepenuhnya


(al-taÊaruf) kepada masyarakat sehingga tidak ada lagi keraguan manusia
terhadap kemampuan Islam menjadi sistem dalam kehidupan.

Pembentukan Satu peringkat yang pendakwah mula mencari unsur positif


(al-takwin) dalam masyarakat untuk diberi tarbiah ataupun didikan sebagai
pemimpin dalam dakwah. Pemimpin dakwah mestilah dalam
kalangan mereka yang berilmu, berakhlak, bersemangat dan lain-
lain lagi.

Pelaksanaan Peringkat pelaksanaan ialah peringkat terakhir dalam dakwah


(al-tanfiz) berdasarkan konteks sesebuah masyarakat Islam. Pelaksanaan ini
haruslah dijalankan dalam semua bidang dan sektor seperti
sektor pendidikan yang diwujudkan pembelajaran berasaskan
falsafah pendidikan Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Tuhan memberikan kebijaksanaan (hikmah) kepada sesiapa yang disukai-


Nya, dan orang yang diberi kebijaksanaan itu sesungguhnya telah diberi
kebaikan yang banyak, hanyalah orang yang berakal dan mengerti.
(Surah al-Baqarah, 2:269)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 METODE DAKWAH  175

Ahli tafsir dan dakwah menjelaskan bahawa dakwah memerlukan hikmah


untuk memberi kesan kepada sasarannya. Syeikh al-Tusi menjelaskan
kandungan dakwah ialah al-hikmah, hikmah ialah seseorang yang menyeru
kepada sasaran (matlamat) untuk berbuat al-khibrah kerana perbuatan itu
menjadi tangga untuk menerima pahala, keredaan dan pujian, dengan
dakwah bermaksud menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran.

(b) Hikmah dalam Konteks Pelaksanaan Islam


Pelaksanaan secara syumul ialah tuntutan syarak yang tidak perlu
diragukan lagi, namun masalah yang akan timbul juga banyak. Maka,
hikmah dalam melaksanakan sistem hidup Islam amat penting sebagai
sebahagian agenda utama dalam dakwah.

Oleh itu, hikmah boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Ia mesti


bermula dengan kefahaman terhadap Islam yang mantap dan tarbiah yang
kukuh. Hal ini bagi memastikan mereka kembali memahami Islam,
menghayati Islam dan melaksanakan Islam dalam diri masing-masing sama
ada dari segi ibadat, muamalat, akhlak dan lain-lain.

Oleh itu, antara tuntutan al-hikmah dalam dakwah ialah pelaksanaan Islam
untuk memenuhi tuntutan terdesak semasa yang paling utama sebelum
tuntutan yang lain, iaitu kefahaman mantap terhadap Islam. Setelah berlaku
tarbiah yang sempurna, umat Islam boleh berpindah ke peringkat
pelaksanaan Islam sepenuhnya dalam masyarakat. Pelaksanaan hakiki Islam
hanya akan berlaku apabila seluruh umat Islam memahami Islam,
memahami tuntutan Islam dan mencintai Islam.

(c) Hikmah dalam Usaha Pembentukan Negara Islam


Pemerintah perlu mengetepikan campur tangan dalam perkara furuk yang
hanya boleh diselesaikan oleh mufti dan badan agama lain. Sebaliknya lebih
mengutamakan usaha untuk mewujudkan kerjasama dalam organisasi
kerana dalam kerjasama tersebut boleh mewujudkan sikap hormat-
menghormati dan bantu-membantu tanpa mengira status.

Walaupun demikian, perlulah jelas perbezaan antara matlamat sistem


pemerintahan Islam dengan selainnya supaya masyarakat tidak keliru
dengan pelbagai perspektif yang muncul. Hal ini amatlah penting kerana
pemerintah Islam dalam membina sebuah negara bukanlah bersifat material,
sebaliknya sebagai penggerak utama nilai Islam dan umatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 8 METODE DAKWAH

Oleh yang demikian, dalam negara Islam, pemerintah dan rakyatnya akan
bersama-sama menyediakan bekal untuk dibawa menghadap Allah SWT
kelak. Setiap yang dirancang dan dilakukan dalam pemerintahan mestilah
berdasarkan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai pemilik
hakiki alam dan seluruhnya termasuk negara tersebut.

Pemerintah turut tidak boleh mengabaikan hak hamba yang juga rakyat
yang bernaung di bawahnya. Kemajuan biasanya disandarkan pada sejauh
mana ia mendatangkan manfaat kepada manusia.

Semestinya Islam tidak menolak kemajuan, bahkan Islam sendiri telah maju
dan amat menepati apa-apa jua keadaan dan masa. Malah, kemajuan dalam
Islam lebih indah dan menarik kerana mementingkan kepentingan duniawi
dan ukhrawi.

8.2 METODE MAW’IZAH AL-HASANAH


Metode dakwah kedua yang terkandung dalam surah an-Nahl ayat 125 ialah
metode al-mawÊizah al-hasanah. MawÊizah berasal daripada perkataan bahasa
Arab ‫ ﻭﻋﻆ‬yang bererti nasihat. Ia bermaksud menasihati dan mengingatkan akibat
suatu perbuatan, menyuruh untuk mentaati dan memberi peringatan supaya taat,
juga bermaksud nasihat-menasihati yang baik atau memberi peringatan berbentuk
kata-kata, ucapan dan teguran yang baik.

Ahli tafsir menjelaskan nasihat sebagai satu tindakan yang memalingkan


seseorang daripada sifat cela kepada sifat mulia. Memberi nasihat samalah seperti
berdakwah kepada seseorang. Nasihat juga dikatakan sebagai mendekatkan diri
kepada orang ramai sehingga orang ramai sedar akan kejahilan akhlak buruk
dirinya.

Seorang daÊi mestilah menggunakan teknik yang betul dan memastikan ciri-ciri
berikut dipatuhi (lihat Rajah 8.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 METODE DAKWAH  177

Rajah 8.1: Empat ciri yang perlu dipatuhi oleh daÊi

Kalimah mawÊizah disebut dalam al-Quran sebanyak sembilan kali. Kalimah ini
bermaksud nasihat yang memiliki ciri khusus kerana ia mengandungi al-haq
(kebenaran), dan kesepaduan antara akidah dan akhlak serta mengandungi nilai
universal.

Jadual 8.3 menunjukkan pengertian al-mawÊizah dalam bahasa Melayu dan bahasa
Arab.

Jadual 8.3: Pengertian al-MawÊizah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab

Al-MawÊizah (Bahasa Melayu) Al-MawÊizah (Bahasa Arab)


Al-MawÊizah dalam bahasa Melayu Al-MawÊizah dalam bahasa Arab berasal
bermaksud nasihat, peringatan atau daripada perkataan al-waÊz bererti
pengajaran. Sementara al-hasanah bererti memberi nasihat dan peringatan terhadap
yang baik. Maka, gabungan kedua-dua akibat yang akan berlaku apabila
patah perkataan al-mawÊizah al-hasanah melakukan ataupun meninggalkan
bererti nasihat yang baik, peringatan yang sesuatu perkara.
baik atau pengajaran yang baik.
Kamus Dewan (2005)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 8 METODE DAKWAH

Dari sudut istilah pula, al-Bayanuni (1995) menjelaskan al-mawÊizah al-hasanah


ialah bentuk kata-kata nasihat ataupun kata-kata yang berterus-terang tetapi
lembut dan halus, penjelasan yang lembut dan difahami, kiasan, penceritaan,
jenaka, mengemukakan nikmat yang membawa kesyukuran, penjelasan tentang
pujian, rangsangan baik dan balasan kemenangan.

Manakala Syed Qutb (1979) pula menyatakan al-mawÊizah al-hasanah ialah cara
masuk ke dalam hati dengan cara lemah lembut, menyelami perasaan dengan
halus, bukan dengan mengherdik atau mencela dalam perkara yang tidak wajib
dicela, bukan dengan cara membuka tembelang kesalahan yang kadangkala
berlaku dengan sebab kejahilan ataupun dengan niat baik.

Sesungguhnya, lemah lembut dalam memberi nasihat dapat memberi hidayah


kepada banyak hati manusia yang jahat, menjinakkan hati yang liar yang akan
membuahkan hasil yang lebih baik daripada menggunakan kata-kata kasar, celaan
dan cacian.

Daripada pengertian tadi, metode dakwah al-mawÊizah al-hasanah merupakan


cara berdakwah yang paling disenangi, iaitu dapat mendekatkan manusia dengan
Allah SWT serta memudahkan dan tidak menyulitkan. Secara ringkasnya, ia suatu
metode yang dapat mempengaruhi sasaran dakwah. Al-mawÊizahal-hasanah ialah
sesuatu yang dapat masuk ke dalam kalbu dengan penuh kelembutan. Hal ini
demikian kerana lemah lembut dalam menasihati akan dapat meluluhkan hati
yang keras dan menjinakkan kalbu yang liar.

8.2.1 Kepentingan al-Maw’izah al-Hasanah


Terdapat banyak kepentingan daripada manhaj al-mawÊizah al-hasanah untuk
mencapai kejayaan dalam dakwah. Antaranya adalah dapat mengurangkan
masalah gejala sosial dan maksiat. Hal ini demikian kerana tingkah laku manusia
sering kali cepat berubah-ubah dan cepat menerima godaan syaitan. Mereka juga
lebih terdedah untuk melakukan kejahatan, maksiat dan dosa.

Oleh itu, metode ini dapat membantu menyelesaikan permasalahan ini yang
makin menular dalam masyarakat hari ini. Sudah menjadi kewajipan kepada
setiap manusia memberi nasihat, pengajaran dan peringatan yang baik. Amalan
ini menunjukkan saling mengingati antara satu sama lain dapat diamalkan dalam
kehidupan seharian kerana manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 METODE DAKWAH  179

Manusia juga memerlukan nasihat, pengajaran dan peringatan yang sentiasa


mengingatkan mereka kepada tanggungjawab mereka, membetulkan kesalahan
mereka serta membimbing mereka ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di
akhirat.

Kepentingan al-mawÊizah al-hasanah makin menonjol apabila dilihat dari sudut


potensi jiwa manusia untuk berubah daripada jahat kepada baik. Terdapat
sesetengah golongan yang mendakwa bahawa nasihat tidak mampu mengubah
manusia yang jahat, dengan alasan akhlak manusia terdiri daripada asas naluri
dan tabiat yang tidak berubah.

Antara mereka ialah sami agama Hindu yang berpandangan bahawa kejahatan
ialah tabiat semula jadi kehidupan. Mereka juga berpendapat bahawa kehidupan
ini ialah najis yang tidak dapat disucikan kecuali dengan cara membebaskan diri
daripada kehidupan ini sama ada dengan cara meninggalkan kehidupan dan
hidup secara zuhud ataupun menjadikan korban suci untuk Tuhan.

Namun, Islam telah menolak anggapan sedemikian dan menyatakan bahawa


akhlak buruk manusia boleh berubah menjadi baik. Antara hujah tersebut
dipaparkan dalam Rajah 8.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 8 METODE DAKWAH

Rajah 8.2: Empat hujah yang menyatakan bahawa akhlak buruk manusia boleh
berubah menjadi baik

8.2.2 Pelaksanaan al-Maw’izah al-Hasanah


Pada masa kini, ramai umat Islam menjadi semakin jauh daripada agama dan
kadangkala melencong ke arah perkara negatif. Umat Islam juga memiliki iman
yang lemah, berbuat banyak dosa dan memiliki akhlak yang buruk. Oleh yang
demikian, dakwah secara al-mawÂizah al-hasanah, iaitu dakwah yang
menggunakan nasihat yang baik amatlah penting.

Sekiranya nasihat diberi secara kasar, diselang-seli pula dengan caci-maki, sudah
tentu mereka akan menjauhkan diri dari pendakwah dan secara tidak langsung
matlamat dakwah tidak akan tercapai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 METODE DAKWAH  181

Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh pendakwah dalam


pelaksanaan al-mawÊizah al-hasanah seperti yang berikut:
(a) Menuturkan kata-kata yang baik, perkataan yang berfaedah dan nasihat
yang berguna. Ucapan yang kesat akan menunjukkan kebodohan
pendakwah dan sasaran dakwah akan menjauhkan diri;
(b) Mengandungi isi kandungan yang sesuai seperti cerita, pepatah, contoh kes
lain, kata-kata hikmah termasuklah ayat al-Quran dan hadis;
(c) Mengandungi gaya bahasa yang berlapik yang tidak menyinggung mana-
mana pihak serta menjaga perasaan orang yang mendengar nasihat itu.
Kiasan adalah wajar digunakan dalam usaha ini;
(d) Nada suara juga mestilah dengan intonasi yang sesuai. Selain itu, suara tidak
dinaikkan serta setiap tutur bicara mestilah dengan kelembutan dan
kesopanan. Jangan sesekali mengherdik ataupun menjerit kepada orang
yang dinasihati itu;
(e) Penggunaan ganti nama diri juga penting supaya orang yang mendengar
nasihat tidak terasa yang pendakwah tersebut hanya memfokuskan
kepadanya sahaja. Oleh yang demikian, kata ganti nama diri yang sesuai
ialah „kita‰ bagi menunjukkan kedua-dua belah pihak; dan
(f) Setiap kata-kata mestilah perkara mengandungi faedah sesuatu amalan
ataupun keburukan sesuatu perkara. Ia bertujuan supaya mudah difahami
dan menyatakan di sebalik sesuatu nasihat sama ada ia ialah suruhan
ataupun larangan.

Rajah 8.3 meringkaskan kepada anda perkara yang perlu dititikberatkan oleh para
pendakwah apabila melakukan dakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 8 METODE DAKWAH

Rajah 8.3: Enam perkara yang perlu dititikberatkan oleh para pendakwah apabila
melakukan dakwah

AKTIVITI 8.1

1. Jelaskan maksud al-mawÊizah al-hasanah dalam bentuk soalan


kepada rakan-rakan anda di dalam myINSPIRE.
2. Bentangkan bahan-bahan yang dicari berkenaan dengan bentuk-
bentuk al-mawÊizah al-hasanah.
3. Bincangkan bersama rakan sekuliah anda dalam forum
myINSPIRE tentang bagaimana konsep al-mawÊizah al-hasanah
dapat diimplementasikan kepada sasaran dakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 METODE DAKWAH  183

8.3 METODE AL-MUJADALAH AL-HUSNA


Metode ketiga yang disebut dalam surah an-Nahl ayat 125 ialah
al-mujadalah al-husna. Jadual 8.4 memaparkan pengertian al-mujadalah dalam
bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Jadual 8.4: Pengertian al-Mujadalah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab

Al-Mujadalah dari Sudut Bahasa Melayu Al-Mujadalah dari Sudut Bahasa Arab
Al-Mujadalah ialah berbahas atau Al-Mujadalah berasal daripada perkataan
berbahas-bahas bererti berbincang dengan bahasa Arab (‫ )ﻭﻣﺠﺎﺩﻟﺔ ﺟﺪﺍﻻ ﻳﺠﺎﺩﻝ ﺟﺎﺩﻝ‬yang
seseorang atau pihak yang lain mengenai bermaksud „berbahas ataupun berdebat.‰
sesuatu perkara dengan mengemukakan
hujah masing-masing (sama ada
menyokong atau menentang).
Kamus Dewan (2005) Ali Abdul Halim (1990)

Husna pula ialah kata taÊnith (‫ )ﺗﺄﻧﻴﺚ‬kepada perkataan al-ahsan (‫ )ﺍﻷﺣﺴﻦ‬yang bererti
„yang terbaik‰ (Ibn Manzur, 1414 H).

Dengan itu, al-mujadalah al-husna bererti pendebatan ataupun perbahasan


dengan cara yang terbaik. Dari segi istilah pula, al-mujadalah berasal daripada
perkataan bahasa Arab jadal yang bermaksud berdebat, berselisih dan berbalah.
Namun, al-mujadalah dalam konteks dakwah pula bermaksud diskusi ataupun
bertukar-tukar fikiran dan pendapat.

Perkara ini perlu dilakukan dengan baik sama ada untuk al-mujadalah dengan
orang Islam atau dengan bukan Islam. Perkara ini hendaklah diberi perhatian yang
serius dalam metode dakwah kerana sebagaimana yang diketahui, ketika
pendakwah menyampaikan ceramah atau huraian terhadap sesuatu masalah,
madÊu akan mengajukan beberapa pertanyaan tetapi jarang pula mereka
mengemukakan bantahan terhadap apa-apa yang dihuraikan oleh pendakwah
kepada sasarannya.

Definisi al-mujadalah al-husna menurut Abdul Karim Zaidan (1992) membawa


maksud perbincangan dan hiwar yang berlangsung antara dua orang atau lebih.
Setiap pihak mempunyai pandangan yang tersendiri dalam sesuatu masalah.
Mungkin dalam sesetengah keadaan, sasaran dakwah tidak dapat menerima
dakwah yang disampaikan oleh pendakwah, sebaliknya mereka mahu berdialog
dan berdebat dengan pendakwah. Seterusnya, erti jadal sebagai rangkuman ilmu
pengetahuan tentang adab perbincangan yang berlaku dalam kalangan mazhab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 8 METODE DAKWAH

Orang yang terlibat dalam jadal ini akan memberi hujah dan dalil yang dalam
pendebatan tersebut akan ada pihak yang benar dan ada pihak yang salah.

Al-Sayyid Mahmud al-Alusi (t.t.) pula mendefinisikannya sebagai perbincangan


ataupun dialog antara pendakwah dengan sasaran dakwah dengan menggunakan
kata yang lemah lembut, rasa kasih sayang dan dengan cara yang termudah
melalui saluran yang biasa digunakan untuk menyenangkan pihak sasaran
menerima mesej yang hendak disampaikan.

Kesimpulannya, al-mujadalah perlu dilaksanakan dengan cara terbaik, berlemah


lembut, sopan santun dan saling menghargai. Al-mujadalah al-husna hendaklah
memenuhi ciri-ciri seperti lemah lembut dalam penyampaian dakwah tanpa
menggunakan kata-kata yang kasar, maki hamun dan sindiran. Seterusnya,
pendakwah juga perlu mengeluarkan hujah yang bernas tetapi mudah difahami
dengan memudahkan bahasa, gaya penyampaian dan pendekatan. Ciri-ciri yang
seterusnya ialah pendakwah mestilah mempunyai matlamat yang jelas untuk
menegakkan kebenaran. Pendakwah juga perlu mempunyai perasaan hormat
kepada pihak sasaran seraya mengharapkan mereka beroleh manfaat dan taufik
hidayah hasil daripada al-mujadalah tersebut.

8.3.1 Sasaran al-Mujadalah al-Husna


Menurut al-Sayyid Mahmud al-Alusi (t.t.), manhaj al-mujadalah sesuai
dilaksanakan terhadap golongan yang suka melakukan pendebatan. Mereka
cenderung untuk mempertikaikan kebenaran dengan mengemukakan hujah yang
batil. Golongan ini masih fanatik dengan kepercayaan sesat yang diwarisi
daripada nenek moyang mereka. Dalam keadaan yang demikian, hati mereka
tidak mudah dilembutkan dengan kata-kata nasihat, peringatan dan kata-kata
lembut. Sebaliknya, hujah yang bernas dan kuat perlu dikemukakan kepada
mereka supaya dapat mematahkan pandangan mereka.

Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada mereka tentang kesesatan mereka.
Corak al-mujadalah ini masih tidak terkeluar daripada al-mujadalah al-husna.
Cara ini sesuai dengan tabiat golongan tersebut. Sasaran dakwah yang termasuk
dalam golongan ini ialah ahli kitab, kaum Musyrikin dan golongan munafik.

Imam al-Ghazali telah membahagikan sasaran dakwah kepada tiga golongan


berdasarkan tiga manhaj, iaitu al-hikmah, al-mawÊizah al-hasanah dan
al-mujadalah al-husna. Mengenai al-mujadalah al-husna, beliau menetapkan
bahawa golongan yang sesuai dengan manhaj ini ialah golongan yang menentang
akidah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 METODE DAKWAH  185

Kesimpulannya, bolehlah dianggap bahawa manhaj al-mujadalah ini sesuai untuk


golongan yang keras kepala. Mereka enggan menerima kebenaran kecuali dengan
hujah yang kukuh dan pendebatan yang tegas.

8.3.2 Matlamat al-Mujadalah al-Husna


Metode al-mujadalah al-husna mempunyai beberapa matlamat. Antara matlamat
tersebut ialah bertujuan membuka pemikiran madÊu serta menghilangkan
kekeliruan dan menjelaskan kebenaran. Ia boleh dilaksanakan melalui
perbincangan dalam suasana harmoni dan penuh kemesraan bagi mencari
kebenaran dalam sesuatu isu tertentu yang berhubung kait dengan umat Islam.
Isu tersebut mestilah mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan mereka
serta menegakkan hujah dan dalil.

Selain itu, matlamat metode ini adalah bagi memperkayakan idea pemikiran dan
ilmu pengetahuan serta memperdalamkannya dalam kalangan pendengar dengan
cara mengeluarkan masalah yang masih terus menjadi titik pendebatan dan
perbincangan dalam kalangan masyarakat sehingga para pembahas sampai
kepada sesuatu pendapat yang sahih dan bermanfaat.

Seterusnya adalah bertujuan membatalkan hujah musuh yang memerangi Islam,


iaitu musuh yang menghalang kerja Islam dan yang mengadakan pelbagai
halangan dalam amal Islam dengan syarat pembatalan hujah ini dilakukan seperti
yang disarankan oleh Allah SWT, iaitu dengan cara yang terbaik.

Kesimpulannya, dapatlah difahami bahawa al-mujadalah bukan bertujuan


mencapai kemenangan peribadi ataupun puak semata-mata kerana kemenangan
tidak akan memberikan apa-apa manfaat. Sebaliknya, al-mujadalah bertujuan
menegakkan kebenaran Islam yang dipesongkan oleh musuh Islam dan
memelihara kesucian Islam.

8.3.3 Jenis al-Mujadalah


Berdasarkan ayat al-Quran, al-mujadalah boleh dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu al-mujadalah al-hasanah dan al-mujadalah al-batilah.

(a) Al-Mujadalah al-Hasanah


Penambahan perkataan al-lati hiya ahsan atau yang paling baik dalam surah
an-Nahl, ayat 125 adalah untuk membezakan antara al-mujadalah
al-hasanah (perdebatan yang baik) dengan al-mujadalah al-batilah
(perdebatan yang salah).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 8 METODE DAKWAH

Al-Mujadalah al-hasanah ialah perdebatan yang digunakan oleh pendakwah


untuk menjelaskan kepada sasaran tentang prinsip dan kesimpulan yang
logik sehingga sasaran itu dapat merenungkan perdebatan tersebut semula
dan kemungkinan dia akan tunduk kepada kebenaran setelah mengetahui
hakikat sebenar sesuatu perkara itu.

(b) Al-Mujadalah al-Batilah


Al-Mujadalah al-batilah pula ialah cara menghujahkan mesej dakwah
kepada sasaran secara terang-terangan menentang mesej tersebut serta
menghalang perkembangan mesej dakwah. Mujadalah ini hanya sesuai
digunakan untuk menangani madÊu yang menentang tanpa ada alasan yang
kukuh dan logik, menyulitkan permasalahan dengan perkara yang tiada
hubung kait dengannya, menghabiskan masa dengan membincangkan
perkara yang remeh, tidak mendengar hujah lawan, menghalang orang lain
daripada mendengarnya, tidak mahu menyelidik dan tidak yang seumpama
dengannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut (29:46) dalam penggunaan


perdebatan sebagai satu pendekatan dakwah:

Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab, melainkan dengan cara
yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim antara mereka, dan
katakanlah, „Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan
kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhan-mu
adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri.‰

AKTIVITI 8.2
1. Praktikkan al-mujadalah al-husna bersama-sama dengan rakan
sekuliah anda.
2. Lakukan pencarian mujadalah dalam media elektronik dan
kongsikan dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 METODE DAKWAH  187

8.4 AL-MUJADALAH AL-HUSNA DALAM


KONTEKS DAKWAH MASA KINI
Metode al-mujadalah al-husna dapat dilihat dari dua aspek, iaitu dakwah kepada
bukan Muslim dan dakwah kepada masyarakat Muslim. Dalam dakwah kepada
bukan Muslim, kita dapati tugas melaksanakan dakwah pada zaman moden ini
ialah suatu perkara yang tidak kurang susahnya berbanding zaman dahulu. Hal
ini akan berlaku terutamanya apabila berhadapan dengan golongan manusia yang
berpelajaran tinggi. Sebahagian besar manusia zaman moden ini meminta sesuatu
yang didakwahkan itu mesti disertakan dengan hujah dan bukti yang kukuh
sebelum mereka bersedia menerimanya.

Antara persoalan utama yang berterusan memerlukan manhaj al-mujadalah


al-husna ini ialah persoalan ketuhanan. Sehingga kini, masih terlalu ramai
manusia yang meragui tentang kewujudan Tuhan. Contohnya, dalam masyarakat
hari ini, ramai daripada golongan bukan Muslim yang berasal daripada keluarga
beragama Buddha, Hindu atau Kristian yang mempertikaikan konsep ketuhanan
dan kewujudan Tuhan itu sendiri. Mereka meminta pendakwah Muslim supaya
memberikan bukti tentang kewujudan Tuhan. Di sinilah pentingnya al-mujadalah
al-husna.

Seterusnya, aspek dakwah kepada Muslim pula ialah manhaj al-mujadalah


al-husna juga amat penting. Antara isu utama yang umat Islam sering kali terkeliru
ialah isu negara Islam, pelaksanaan hukum hudud dan isu kewanitaan. Isu seperti
ini harus diperjelaskan supaya kekeliruan yang timbul dapat dihapuskan.

Al-Mujadalah al-husna tidak bererti mesti diadakan suatu majlis perdebatan


terbuka dengan dihadiri oleh kedua-dua pihak yang bertelagah. Al-Mujadalah
al-husna boleh juga dilaksanakan secara berasingan tanpa dihadiri oleh kedua-dua
pihak seperti berhujah menerusi penulisan buku, pidato di masjid dan ceramah
umum. Yang penting merupakan mengemukakan hujah untuk menerangkan
sesuatu kebenaran.

AKTIVITI 8.3
1. Kongsikan pengalaman anda menggunakan metode al-mawÊizah
al-hasanah dalam tugas dakwah anda kepada orang lain.
2. Buat refleksi kendiri kemampuan anda sebagai daÊi dalam
menggunakan metode al-mawÊizah al-hasanah terhadap golongan
bukan Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 8 METODE DAKWAH

• Terdapat tiga metode yang telah dinyatakan dalam surah


an-Nahl ayat 125. Metode tersebut ialah al-hikmah, al-mawÊizah al-hasanah
dan al-mujadalah al-husna.

• Allah SWT memberi metodologi kepada pendakwah yang ingin mengadakan


dakwah, iaitu seruan agama supaya orang yang diseru itu tertarik kepada
Islam secara sukarela.

• Pendakwah hendaklah menggunakan metodologi dakwah seperti yang


disebut dalam al-Quran dalam proses dakwah yang dijalankan. Hal ini adalah
bertujuan mencapai matlamat dakwah seperti yang disasarkan.

• Kebijaksanaan adalah penting dalam melaksanakan seruan agama Allah SWT.


Jangan menggunakan paksaan ataupun kekerasan seperti yang dilakukan oleh
orang yang tidak mengetahui cara untuk berdakwah mengikut al-Quran.

• Bersoal jawablah dengan cara yang terbaik, iaitu dengan lemah lembut dan
dengan wajah yang sentiasa tersenyum.

• Pendakwah yang menjadi penyeru dan penyiar agama Islam haruslah


melengkapkan diri mereka dengan ilmu dunia dan akhirat. Dengan ini,
barulah sempurna untuk melaksanakan tugas yang berat ini.

Adil Al-Quran
Akhirat Debat
Al-Hikmah Lembut
Al-MawÊizah al-hasanah Masa kini
Al-Mujadalah al-batilah Metode
Al-Mujadalah al-husna Nasihat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 METODE DAKWAH  189

Abdul Karim Zaidan. (1992). Usul al-dakwah. Beirut, Lubnan: Muassasah


al-Risalah.

Abu Hamid al-Ghazali. (1967). IhyaÊ Âulum al-din. Kaherah, Mesir: Al-Halabi wa
Syurakahu li al-Nasyr.

Al-Bayanuni, Muhammad Abu al-Fath. (1995). Al-Madkhal ila Âilm al-dakwah.


Beirut, Lubnan: Muassasah al-Risalah.

Ali Abdul Halim Mahmud. (1990). Fiqh al-daÊwah ila Allah. Kaherah, Mesir: Dar
al-Wafa.

Al-Sayyid Mahmud al-Alusi. (t.t.). Ruh al-maÊani fi tafsir al-QurÊan al-Azim wa


al-sabiÊ al-mathani. Mesir: Idarat al-MathbaÊah al-Muniryyah.

Ibn Manzur al-Ansari. (1414 H). Lisan al-Arab. Beirut, Lubnan: Dar Sadir.

Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Syed Qutb. (1987). Fi zilal al-QurÊan. Kaherah, Mesir: Dar al-Shuruq.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Organisasi
9 Dakwah dan
Pengurusannya
Oo Cheng Keat
oochengkeat@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan organisasi dakwah yang terdapat di Malaysia.;
2. Menjelaskan pengurusan organisasi dakwah; dan
3. Menghuraikan pengurusan aktiviti dakwah.

 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik, adat dan
budaya yang dikenal sebagai masyarakat majmuk. Sesungguhnya, kepelbagaian
bangsa ini tidak pernah sesekali menghalang dari tersebarnya dakwah Islam di
Malaysia. Malah, Allah SWT menerusi ayat al-Quran, surah Ali Imran ayat 104,
menyatakan bahawa:

َ ُۡ َ َ ۡ َََۡ ُ ۡ َ ۡ َ ُ ُ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ُ ۡ َ ٞ َّ ُ ۡ ُ ّ ُ َ ۡ َ
ۚ‫وف وينهون ع ِن ٱلمنك ِر‬
ِ ‫ي ويأمرون بِٱلمعر‬ ِ ‫ولكن مِنكم أمة يدعون إ ِ ٱل‬
َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ َ ٰٓ َ ْ ُ َ
١٠٤ ‫وأولئِك هم ٱلمفلِحون‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  191

Maksudnya:
Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Surah Ali Imran, 3:104)

Dakwah adalah sebahagian daripada kehidupan kita sebagai seorang yang


beragama Islam. Dakwah merupakan satu wadah untuk menyeru manusia untuk
beriman kepada Allah SWT dan melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini
demi perkembangan syiar Islam di seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia.
Islam mengajar umatnya supaya bersatu, tolong-menolong, mengislahkan sesama
Mukmin dan nasihat-menasihati.

Sesungguhnya, tanggungjawab untuk berdakwah tidak harus dipikul oleh


seseorang pendakwah semata-mata. Pada hakikatnya, firman Allah SWT itu
menjelaskan kepada kita bahawa Islam amat menitikberatkan semangat bersatu.
Malah Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud „Wajiblah kamu
bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan.‰
(Hadis riwayat al-Tirmizi).

Oleh itu, gerakan dakwah boleh dilakukan menerusi penyertaan para pendakwah
dalam organisasi ataupun institusi yang mempunyai matlamat dan objektif yang
bertunjangkan untuk mencari keredaan dan keampunan Allah SWT.

Oleh itu, dalam Topik 9 ini, kita akan membincangkan organisasi dakwah di
Malaysia dan pengurusannya. Organisasi dakwah dalam perbincangan topik ini
akan dijuruskan terhadap organisasi dari badan kerajaan dan badan bukan
kerajaan (NGO  non governmental organisation). Di samping itu, perbincangan
kita juga akan tertumpu kepada pengurusan organisasi dakwah dan pengurusan
aktiviti dakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA

9.1 ORGANISASI DAKWAH


Terdapat banyak organisasi dakwah di Malaysia yang menjalankan dakwah di
Malaysia. Institusi dakwah ini terdiri daripada badan kerajaan dan badan bukan
kerajaan (NGO).

9.1.1 Organisasi Dakwah Badan Kerajaan


Menurut Ab Aziz Mohd Zin (2015), dakwah daripada pihak kerajaan terbahagi
kepada dua, iaitu kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri. Malah, dalam Perkara 3 (1)
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Perkara ini telah meletakkan kedudukan agama Islam berbanding dengan agama
lain di Malaysia. Sehubungan dengan itu, para pemerintah Malaysia menerusi
agensi pusat ini memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan dakwah
di Malaysia.

Organisasi dakwah dari badan kerajaan adalah seperti Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) yang mempunyai Bahagian Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM) yang mempunyai Bahagian Media dan Teknologi Dakwah, dan
Institut Latihan Dakwah Negara (ILDAN). Begitu juga organisasi di bawah kerajaan
negeri, setiap jabatan agama negeri mempunyai bahagian dakwah masing-masing
yang bertujuan memperkembangkan syiar Islam di bumi Malaysia.

Antara contoh jabatan negeri Islam pada peringkat negeri ialah Jabatan Agama
Negeri Selangor (JAIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
(JHEAINS) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Misalnya, di JAIS, terdapat
satu bahagian yang berkaitan dengan dakwah, iaitu Bahagian Dakwah (BD). Dalam
BD, terdapat empat unit, iaitu Unit Ukhwah, Unit Penerangan dan Penerbitan, Unit
Dakwah dan Tarbiah, dan Unit Pentadbiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  193

Dalam Topik 9 ini, fokus perbincangan dijuruskan kepada Yayasan Dakwah


Islamiah Malaysia (YADIM) sahaja.

(a) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Rajah 9.1: Logo Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)


Sumber: http://www.yadim.com.my/v2/

Dalam perbincangan subtopik ini, organisasi dakwah kerajaan pusat yang


dipilih ialah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). YADIM
ditubuhkan pada tarikh 25 Januari 1974 (lihat Rajah 9.1). Penubuhan
YADIM adalah bertujuan menyelaraskan kegiatan badan dakwah dan
badan bukan kerajaan supaya segala bentuk aktiviti dakwah dijalankan
adalah sejajar dengan dasar negara dan menjadi pemangkin ke arah
penyebaran dakwah di Malaysia. YADIM adalah bertanggungjawab secara
langsung kepada Perdana Menteri. Antara fungsi YADIM ialah seperti
yang dapat dilihat dalam Rajah 9.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA

Rajah 9.2: Antara fungsi YADIM

Dalam YADIM, terdapat Bahagian Media dan Teknologi Dakwah, dan Institut
Latihan Dakwah Negara (ILDAN) yang menguruskan hal yang berkaitan
dengan dakwah. Dalam Bahagian Media dan Teknologi Dakwah, terdapat tiga
unit, iaitu Unit Perhubungan Awam, Unit Media dan Penyiaran, dan Unit
Grafik dan Produksi (lihat Rajah 9.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  195

Rajah 9.3: Organisasi YADIM

Fungsi ILDAN pula dapat anda lihat dalam Rajah 9.4.

Rajah 9.4: Fungsi ILDAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA

9.1.2 Organisasi Dakwah Badan Bukan Kerajaan


Seterusnya, dalam menggerakkan gerak dakwah di Malaysia, badan bukan kerajaan
(NGO) juga memainkan peranan yang penting. Oleh itu, dalam subtopik ini, kita
akan membincangkan tentang Majlis Dakwah Negara (MDN), Pertubuhan IKRAM
Malaysia (IKRAM), Hidayah Centre Foundation (HFC), Islamic Outreach ABIM
Centre (IOA Centre), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan
UlamaÊ Malaysia (PUM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA 
Malaysian Chinese Muslim Association) dijadikan contoh bagi memudahkan
kefahaman anda.

(a) Majlis Dakwah Negara (MDN)

Rajah 9.5: Logo MDN


Sumber: https://www.majlisdakwahnegara.com/tentang-kami/

Majlis Dakwah Negara diketuai oleh Yang Berbahagia Prof Emeritus DatoÊ
Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid sebagai Pengerusi. Majlis Dakwah Negara
(MDN) ditubuhkan pada bulan Oktober 2013 (lihat Rajah 9.5). Objektif MDN
adalah mencetus dan merealisasikan inovasi dalam merangka pembaharuan
dakwah bagi disesuaikan dengan keperluan negara dan masyarakat.

Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, MDN menyasarkan lima dasar utama
organisasi. Bagi mengetahui dengan lebih jelas, mari kita lihat Rajah 9.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  197

Rajah 9.6: Lima dasar utama Majlis Dakwah Negara

Rajah 9.7 pula menunjukkan kepada anda lapan jenis dewan yang terdapat di
Majlis Dakwah Negara yang salah satunya merupakan dewan dakwah.

Rajah 9.7: Lapan jenis dewan yang terdapat di Majlis Dakwah Negara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA

(b) IKRAM

Rajah 9.8: Logo IKRAM


Sumber: https://www.ikram.org.my/berita-2/pengenalan.html

Berpaksikan Ukhuwah Teras Kegemilangan (Brotherhood, the Foundation of


Glory), Pertubuhan IKRAM Malaysia atau lebih dikenal sebagai IKRAM
ditubuhkan secara rasminya pada tarikh 22 Oktober 2009 (lihat Rajah 9.8).
IKRAM merupakan sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang
prihatin terhadap urusan kehidupan masyarakat umum selari dengan ajaran
dan cara hidup Islam.

Misi IKRAM adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.9.

Rajah 9.9: Misi IKRAM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  199

Sebagai sebuah pertubuhan yang berusaha untuk menegakkan syariat Islam


di seluruh Malaysia mahupun seluruh pelosok alam, IKRAM menggariskan
lapan matlamat yang utama seperti dipaparkan dalam Rajah 9.10.

Rajah 9.10: Lapan matlamat utama IKRAM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA

(c) Hidayah Centre Foundation (HCF)

Rajah 9.11: Logo Hidayah Centre Foundation


Sumber: https://hidayahcentre.org.my/

Penubuhan Hidayah Centre (HC) pada tahun 2005 sebagai sebuah institusi yang
berkhidmat untuk membina hubungan antara pelbagai masyarakat daripada
latar etnik dan agama yang berbeza di Malaysia. HC juga merupakan sebuah
institusi yang memberikan sokongan kepada mana-mana individu yang baru
memeluk Islam. Oleh itu, objektif HC adalah memfokuskan kepada saudara
baharu yang memerlukan bimbingan dalam agama baharu yang dianuti
mereka, di samping memberikan perlindungan sementara kepada mereka.
Tanggal 29 Februari 2012 merupakan satu lagi titik bersejarah kepada HC
apabila secara rasminya didaftarkan di bawah Biro Hal Ehwal Undang-
undang, Jabatan Perdana Menteri sebagai Hidayah Centre Foundation (HCF)
(lihat Rajah 9.11).

Visi Hidayah Centre Foundation adalah menjadi sebuah badan bukan kerajaan
yang unggul dalam khidmat masyarakat (outreach) dan sokongan saudara
baharu. Manakala misi HCF adalah untuk berkongsi mesej Islam yang sejagat
kepada seluruh lapisan masyarakat, memperbetulkan salah faham terhadap
Islam dan juga memberi sokongan kepada saudara baharu sebagai
tanggungjawab kemanusiaan.

HCF berjuang untuk mencapai misi ini dengan menjalinkan hubungan baik,
memimpin dan membantu individu Muslim dan organisasi Islam dalam
usaha memperkasakan usaha yang sama di Malaysia dan rantau Asia Pasifik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  201

Antara aktiviti dakwah yang dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan


dalam Rajah 9.12.

Rajah 9.12: Antara aktiviti dakwah yang dijalankan oleh Hidayah Centre Foundation

(d) Islamic Outreach ABIM Centre (IOA Centre)

Rajah 9.13: Logo Islamic Outreach ABIM Centre (IOA Centre)


Sumber: https://www.ioacentre.org.my/

Islamic Outreach ABIM Centre (IOA Centre) merupakan sebuah organisasi


bukan kerajaan yang telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1987 (lihat
Rajah 9.13). Tujuan penubuhannya adalah menyampaikan mesej dakwah
tentang pesanan agama Islam dan menghayati Islam sebagai panduan dan
cara hidup, khususnya kepada golongan Muslim dan bukan Muslim tempatan
ataupun luar negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA

Pada awal penubuhannya, Islamic Outreach ABIM Centre (IOA Centre)


dikenal sebagai Islamic Outreach ABIM (IOA). Seiring dengan perubahan
itulah, IOA Centre sudah berkembang luas dan sedang ke arah usaha dakwah
strategik serantau. Pendekatan IOA Centre lebih menekankan penyampaian
dakwah menerusi kelas bimbingan dan perbincangan dua hala. Kelas
diadakan bagi pengajian asas tauhid, sirah para nabi, tafsir, bacaan al-Quran
dan amali solat.

(e) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Rajah 9.14: Logo PERKIM


Sumber: https://www.perkim.net.my/latar-belakang/

Jika disebut nama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) (lihat


Rajah 9.14), kita pasti akan mengingati bekas Perdana Menteri Pertama
Malaysia, iaitu Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Hal
ini demikian kerana beliau merupakan pengasas kepada pertubuhan itu
yang ditubuhkan pada tahun 1960. Bukan itu sahaja, beliau dilantik
sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai presiden
sehingga tahun 1989.

Cogan kata PERKIM, iaitu „Islam Itu Persaudaraan‰ menjadi tunggak yang
harus sentiasa dihayati dan dipraktikkan yang PERKIM hendaknya dijadikan
nadi untuk menyatupadukan umat Islam khususnya ahli dan masyarakat
setempat amnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  203

Rajah 9.15 menunjukkan visi dan misi PERKIM.

Rajah 9.15: Visi dan misi PERKIM

Jadual 9.1 menerangkan lima elemen utama yang menggerakkan hala tuju
PERKIM.

Jadual 9.1: Lima Elemen Utama yang Menggerakkan Hala Tuju PERKIM

Elemen Keterangan

Dakwah Menjalankan dakwah islamiah kepada orang Islam dan bukan


Islam dengan cara yang positif dan berkesan.

Pendidikan Memberi, mengadakan, mengurus dan menjalankan pelajaran


serta pendidikan Islam menerusi segala media dan segala jalan
yang sah di sisi undang-undang.

Kebajikan Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan,


derma, biasiswa dan dermasiswa kepada sesiapa yang
berkelayakan dan menjalankan amal jariah lain kepada yang
sakit, miskin, susah dan daif.

Kerjasama dalam Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan


bidang agama Islam dan badan Islam yang lain demi kemajuan agama Islam.

Lain-lain Menjalankan kegiatan lain demi kepentingan dan kemajuan


Islam. Dalam merealisasikan objektif penubuhannya, PERKIM
mempraktikkan penyebaran syiar dakwah Islamiah berdasarkan
kerja kebajikan yang terbukti memberi manfaat kepada semua
kelompok masyarakat, sekali gus dapat meningkatkan imej Islam
serta menghapuskan sebarang prasangka buruk terhadap Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA

(f) Persatuan UlamaÊ Malaysia (PUM)


Persatuan UlamaÊ Malaysia (PUM) merupakan sebuah pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1974. Asas yang mencetuskan
penubuhan PUM pada ketika itu lahir daripada kesedaran para ulama yang
menyertai Kongres Ekonomi Islam pada tahun 1972.

Tujuannya penubuhannya adalah seperti yang anda dapat lihat dalam


Rajah 9.16.

Rajah 9.16: Lapan tujuan penubuhan PUM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  205

(g) Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA  Malaysian Chinese Muslim


Association)

Rajah 9.17: Logo MACMA


Sumber: http://macma.my/main/index.php/logo/

MACMA ialah singkatan nama bagi Malaysian Chinese Muslim Association


atau Persatuan Cina Muslim Malaysia yang ditubuhkan dengan rasminya
pada tarikh 8 September 1994 bagi memenuhi kehendak masyarakat Cina
Muslim untuk menggembleng usaha dakwah dengan lebih berkesan dan
memfokuskan kepada bangsa Cina serta rakyat berbilang kaum di negara ini
(lihat Rajah 9.17).

Penubuhan MACMA selain mempromosikan ataupun menyampaikan


pengajaran Islam kepada masyarakat Cina juga bertujuan menyediakan
bantuan dan perkhidmatan dari pelbagai aspek kepada ahli seperti kelas fardu
ain dan kelas bimbingan lanjutan dalam pelbagai bahasa khususnya dalam
bahasa Cina, menjaga kebajikan dan kesejahteraan ahli, memberi khidmat
kaunseling dan sokongan moral, menyediakan peluang pendidikan lanjutan
sepanjang hayat, meningkatkan taraf sosial ekonomi dan memupuk semangat
sukarela dalam kalangan ahli supaya dapat melahirkan satu golongan Cina
Muslim yang bertakwa untuk menjadi „Khairul Ummah„ sepertimana
dituntut daripada kitab suci al-Quran.

MACMA juga memainkan peranan sebagai jurucakap bagi masyarakat


Cina Muslim di Malaysia dan juga sebagai jambatan untuk membina
penyatuan melalui kepelbagaian bangsa dan kepercayaan dalam keunikan
masyarakat majmuk di Malaysia terutamanya kepada masyarakat Cina
yang belum memeluk Islam. Sekarang, mari kita lihat objektif utama
MACMA dalam Rajah 9.18.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA

Rajah 9.18: Tiga objektif utama MACMA

Setiap organisasi dakwah memainkan peranan yang mustahak dalam menyebarkan


dakwah di Malaysia. Sesungguhnya, Islam dan gerakan dakwah tidak boleh
berkembang dengan berkesan tanpa pembabitan organisasi Islam dalam
menjelaskan dakwah kepada masyarakat.

SEMAK KENDIRI 9.1


1. Mengapakah perlunya penubuhan sesebuah organisasi dakwah
yang mempunyai golongan sasar yang jelas? Adakah ia mampu
untuk menyebarkan dakwah dengan lebih berkesan? Jelaskan.
2. Bagaimanakah sesebuah organisasi dakwah dapat membina
masyarakat sejahtera yang berbilang agama dan budaya di
Malaysia?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  207

AKTIVITI 9.1

Pernahkah anda terlibat dalam aktiviti dakwah melalui organisasi-


organisasi dakwah yang dinyatakan dalam subtopik ini? Jika ya,
kongsikan pengalaman anda dengan rakan-rakan anda dalam forum
myINSPIRE tentang:
(a) Apakah aktiviti dakwah tersebut?
(b) Bagaimanakah aktiviti dakwah ini telah memberikan impak
kepada anda dalam kehidupan harian anda?

9.2 TANZIM DAN PENGURUSAN ORGANISASI


Tidak dapat dinafikan bahawa organisasi dakwah di Malaysia tumbuh bagai
cendawan selepas hujan. Penubuhan organisasi di bawah kerajaan pusat mahupun
negeri ataupun badan bukan kerajaan perlu diuruskan berpandukan al-Quran dan
hadis. Hal ini demikian kerana Islam menganjurkan perundingan dan kerjasama
berpasukan dalam kerja dakwah bagi memastikan pengurusan sesebuah organisasi
dapat berjalan dengan lancar.

9.2.1 Pengurusan Organisasi Dakwah


Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan organisasi dakwah?

Secara mudahnya, pengurusan organisasi dakwah diertikan sebagai proses


menyatukan dan menjuruskan segala sumber organisasi yang terhad secara
yang optimum untuk mencapai matlamat dakwah.

Oleh itu, sesebuah organisasi dakwah harus diuruskan dengan berpandukan


prinsip maqasid syariah. Kepentingan prinsip maqasid syariah merangkumi
menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga
harta. Hubungan maqasid syariah dalam urus tadbir sesebuah organisasi dakwah
adalah sangat mustahak bagi memelihara keharmonian semua pihak terutamanya
Malaysia yang merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa
dan agama. Urus tadbir yang efisien dengan berpandukan prinsip maqasid syariah
adalah penting demi menjaga kemaslahatan dan mengelak kemudaratan dalam
sesebuah organisasi dakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA

Selain itu, seseorang yang menguruskan organisasi dakwah harus sentiasa


memiliki sifat takwa. Setiap gerak kerja yang disemat dengan sifat takwa dan
dicirikan amar makruf nahi mungkar akan memandu seseorang tersebut menahan
diri daripada melakukan kerja yang tidak diredai Allah SWT. Sifat ketakwaan
inilah dapat membantu mereka menguruskan sesebuah organisasi dengan efisien
dan menyerahkan pengakhiran pengurusan hasil gerak kerja dakwah kepada
Allah SWT.

Hal ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan Allah akan menyelamatkan orang yang bertakwa (yang memelihara dirinya
daripada kejahatan) ke tempat kejayaan, mereka tidak ditimpa keburukan dan
mereka menjadi orang yang berdukacita.
(Surah az-Zumar, 39:61)

Seterusnya, dalam menguruskan sesebuah organisasi dakwah, faktor syura juga


tidak boleh dipandang enteng. Al-Dhahak menyatakan:

Tidaklah Allah perintahkan Nabi-Nya bermusyawarah melainkan kerana Allah


mengetahui bahawa terdapat kelebihan/fadilat padanya.
(Tafsir al-Tobari, Jil. 4:150)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan-nya dan


mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan), dengan musyawarah antara
mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan
kepada mereka.
(Surah asy-Syura, 42:38)

Sesungguhnya, pelaksanaan syura dalam pengurusan organisasi dakwah akan


membawa kepada keberkesanan terhadap segala gerak kerja yang dilakukan
dalam aktiviti dakwah.

Sesebuah pengurusan organisasi dakwah perlu mempunyai misi, visi dan


matlamat yang tersendiri dengan berpandukan prinsip dan nilai seperti yang
terkandung dalam al-Quran dan hadis. Misi, visi dan matlamat itu penting kerana
menggariskan hala tuju yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi tersebut.
Hal ini bagi memastikan segala gerak kerja yang dilakukan dan dilaksanakan nanti
berpandukan misi, visi dan matlamat tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  209

Akhirnya, dalam pengurusan organisasi dakwah, elemen muhasabah juga amat


penting. Seseorang pengurus mahupun kakitangan dalam sesebuah organisasi
dakwah perlu sentiasa bermuhasabah diri dalam setiap gerak kerja dakwah yang
dilakukan bagi menilai kekuatan dan kelemahan. Imam al-Ghazali berkata, "Barang
siapa yang sering bermuhasabah pada dirinya, nescaya dia akan menemui
keringanan pada hari akhirat kelak" (Nik Hasnah Ismail, 2018).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari
selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa
nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak).
(Hadis riwayat at-Tarmizi)

Kesimpulannya, pengurusan organisasi dakwah bukan setakat terletak di bahu


seseorang pengurus sahaja, malah merangkumi kakitangan mahupun masyarakat
itu sendiri. Semua pihak harus memikul tanggungjawab yang sama untuk
memastikan pengurusan dalam sesebuah organisasi dapat berjalan dengan lancar
bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan sehingga memberi
manfaat kepada masyarakat di sekeliling.

AKTIVITI 9.2

1. Seandainya, anda dipilih untuk menguruskan sebuah organisasi


dakwah, apakah faktor dan pendekatan yang anda akan gunakan
dalam menyebarkan dakwah?
2. Aspek pembentukan seseorang pendakwah dalam kalangan
saudara baharu daripada masyarakat Orang Asli merupakan
perkara yang penting. Sekiranya anda merupakan pemimpin
dalam sesebuah organisasi dakwah yang bertanggungjawab
terhadap golongan berkenaan, apakah pendekatan yang akan anda
gunakan untuk memastikan perkara tersebut dapat dilakukan
dengan sebaik-baiknya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA

9.2.2 Pengurusan Aktiviti Dakwah


Untuk mencapai kecemerlangan gerakan dakwah, aktiviti dakwah hendaklah
diurus dan disusun secara bersistematik bagi memastikan supaya aktiviti dakwah
yang bakal dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar. Ab Aziz Mod Zin et al. (2006)
menyatakan bahawa aktiviti dakwah yang dilaksanakan di Malaysia adalah seiring
dengan tuntutan agama Islam yang antara lain menitikberatkan soal pembangunan
mental, fizikal atau pembangunan kerohanian demi memelihara kesucian agama
Islam di kaca mata masyarakat umum.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap organisasi dakwah sama ada badan kerajaan
mahupun bukan kerajaan masing-masing mempunyai matlamat, visi dan misi serta
pendekatan yang berbeza dalam melaksanakan aktiviti dakwah di Malaysia.
Misalnya, MACMA yang secara jelasnya berusaha untuk menyampaikan risalah
islamiah kepada masyarakat Cina yang belum Islam serta membangunkan
masyarakat Cina Islam untuk menjadi ummah yang bertakwa kepada Allah SWT.

Contohnya, pelaksanaan seminar penghayatan Islam kepada masyarakat Cina


Muslim serta dakwah jalanan kepada masyarakat Cina secara khususnya dan
masyarakat yang lain amnya. Begitu juga IKRAM yang bermatlamatkan untuk
mengislahkan individu dan masyarakat melalui pendekatan mendidik sama ada
melalui program „turun ke padang‰ mahupun di alam maya. Natijahnya, pihak
pengurusan organisasi dakwah perlu memastikan segala pengurusan sebelum
pelaksanaan aktiviti dakwah adalah seiring dengan matlamat, visi dan misi seperti
yang telah digariskan dalam piagam pertubuhannya.

Selain itu, pengurusan aktiviti dakwah harus menjurus terhadap meningkatkan


syiar Islam dalam kalangan masyarakat. Junjungan Nabi Muhammad SAW telah
menyampaikan syiar Islam terhadap keluarganya terlebih dahulu dengan
membawa dakwah itu kepada isteri dan anak angkat Baginda SAW, Sayidina Ali
r.a. dan sahabat rapat, Sayidina Abu Bakar r.a. Contohnya, aktiviti dakwah terhadap
masyarakat Islam boleh bermula dengan kepentingan ibadat solat. Sesungguhnya,
orang yang melakukan ibadat solat lebih-lebih lagi, jika ibadat solat dilakukan secara
berjemaah juga mampu untuk menegakkan syiar Islam.

Islam merupakan agama yang syumul yang merangkumi semua aspek kehidupan,
iaitu dari aspek politik, ekonomi sehingga sosial. Oleh itu, dalam menguruskan
aktiviti dakwah, penekanan terhadap isi kandungan dan pendekatan penyampaian
oleh seseorang dakwah adalah amat penting. Maka, seseorang pendakwah dalam
sesebuah organisasi harus menguasai ilmu dalam melaksanakan aktiviti kepada
masyarakat. Mereka perlu mengetahui dengan jelas tujuan dan masyarakat sasar
ketika melaksanakan aktiviti dakwah tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  211

Pendek kata, setiap organisasi dakwah harus memainkan peranan yang penting
dalam menguruskan aktiviti dakwah. Diharapkan pengurusan aktiviti dakwah oleh
organisasi dakwah dapat menyebarkan dakwah secara teratur sama ada terhadap
masyarakat Islam mahupun bukan Islam supaya matlamat untuk menegakkan syiar
Islam di Malaysia dapat dicapai.

SEMAK KENDIRI 9.2


Huraikan kepentingan sesebuah organisasi dakwah dalam menguruskan
aktiviti dakwah.

AKTIVITI 9.3

1. Pilih mana-mana dua organisasi dakwah yang dibincangkan dalam


subtopik ini, seterusnya jelaskan perbezaan-perbezaan kedua-dua
organisasi ini dalam menguruskan aktiviti dakwah melalui alam
maya.
2. Berdasarkan satu contoh golongan sasar, jelaskan sebab-sebab
sesebuah organisasi dakwah perlu mengetahui latar belakang
golongan sebelum menguruskan aktiviti dakwah kepada mereka.
3. Sejauh manakah penglibatan saudara-saudara baharu dalam
pengurusan organisasi dakwah di Malaysia? Adakah ia dapat
meningkatkan penghayatan mereka dalam agama Islam dan
menarik lebih ramai masyarakat bukan Islam untuk mengenali
Islam? Bincangkan dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA

 Organisasi dakwah dari badan kerajaan boleh dibahagikan kepada kerajaan


Pusat dan kerajaan Negeri. Antara contoh organisasi dakwah dari badan
kerajaan ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mempunyai
Bahagian Dakwah; Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang
mempunyai Bahagian Media dan Teknologi Dakwah; dan Institut Latihan
Dakwah Negara (ILDAN). Begitu juga, di bawah kerajaan negeri, setiap
jabatan agama negeri mempunyai bahagian dakwah masing-masing yang
bertujuan untuk memperkembangkan syiar Islam di bumi Malaysia.

 Badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dalam
menyebarkan dakwah di Malaysia.

 Semua pihak harus memikul tanggungjawab yang sama bagi memastikan


pengurusan dalam sesebuah organisasi dapat berjalan dengan lancar bagi
memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan sehingga memberi
manfaat kepada masyarakat di sekeliling.

 Pengurusan aktiviti dakwah oleh organisasi dakwah dalam menyebarkan


dakwah harus dilakukan secara teratur sama ada terhadap masyarakat Islam
mahupun bukan Islam supaya matlamat menegakkan syiar Islam di Malaysia
dapat tercapai.

Dakwah Pengurusan organisasi dakwah


Organisasi dakwah Pengurusan aktiviti dakwah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ORGANISASI DAKWAH DAN PENGURUSANNYA  213

Ab Aziz Mohd Zin. (2015). Pengantar dakwah Islamiah. Kuala Lumpur, Malaysia:
Penerbit Universiti Malaya.

Ab Aziz Mohd Zin et al. (2006). Dakwah Islam di Malaysia. Kuala Lumpur,
Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.

Nik Hasnah Ismail. (2018, Januari3). Muhasabah diri jadi mukmin terbaik. Dicapai
dari https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/01/370162/
muhasabah-diri-jadi-mukmin-terbaik

Perlembagaan Persekutuan. Dicapai dari http://www.agc.gov.my/agcportal/


uploads/files/Publications/FC/PERLEMBAGAAN%20PERSEKUTUAN%
20ULANG%20CETAK%202016.pdf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Isu dan
Cabaran
10 Dakwah
Kontemporari
Oo Cheng Keat
oochengkeat@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan isu dakwah dan pendakwah;
2. Menghuraikan cabaran dalaman dakwah; dan
3. Menerangkan cabaran luaran dalam dakwah.

 PENGENALAN
Selamat datang ke topik yang terakhir dalam modul ini. Dalam Topik 9, anda telah
didedahkan dengan perbincangan mengenai organisasi dakwah yang terdiri
daripada badan kerajaan dan badan bukan kerajaan di Malaysia. Pengurusan
organisasi dan aktiviti dakwah turut dijelaskan dalam topik tersebut. Namun,
sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut mengenai persoalan yang bakal
kita kupas dalam topik ini, mari kita memahami dua istilah yang tidak kurang
pentingnya dalam topik ini, iaitu „isu‰ dan „cabaran‰.

Menurut Kamus Dewan (2005), isu boleh didefinisikan sebagai perkara pokok atau
persoalan yang dibincangkan. Pada masa yang sama, istilah „cabaran‰ pula
merujuk sesuatu yang merintang; halangan; gangguan. Oleh itu, secara literalnya,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI  215

cabaran membawa pengertian sesuatu hal ataupun perkara yang menguji


kemampuan, kesabaran serta ketabahan seseorang yang mempunyai perkaitan
dengan sesebuah pertubuhan dan dirinya sendiri.

Dalam konteks dakwah, sesebuah organisasi dakwah mahupun seseorang


pendakwah akan berhadapan dengan pelbagai cabaran serta rintangan demi
menyahut seruan mengajak, menyeru dan menyampaikan mesej Islam bukan
sahaja kepada orang bukan Islam tetapi juga kepada orang Islam itu sendiri.

Oleh itu, dalam topik ini, perbincangan akan dijuruskan terhadap isu dan cabaran
dakwah kontemporari di Malaysia. Sesungguhnya, bukan mudah untuk
menjalankan urusan aktiviti dakwah di Malaysia yang dikenal sebagai negara
yang terdiri daripada berbilang etnik, agama dan budaya yang berbeza. Sensitiviti
agama dan etnik perlu ditangani dengan sewajarnya oleh pendakwah mahupun
organisasi dakwah. Sudahkan anda bersedia? Mari kita menelusuri subtopik-
subtopik dalam topik ini.

10.1 ISU DAKWAH DAN PENDAKWAH


Para pendakwah sering berhadapan dengan pelbagai isu ketika menyampaikan
dakwah kepada sasaran. Antaranya ialah isu yang berkaitan dengan kefahaman
masyarakat terhadap ajaran agama Islam. Ada yang menganggap Islam hanya
berkait dengan pergi dan balik ke surau ataupun masjid semata-mata. Islam juga
turut dikaitkan dengan poligami, iaitu membenarkan seseorang suami berkahwin
lebih daripada seorang isteri. Persepsi ini juga disinonimkan pada pandangan
orang Islam itu sendiri.

Di Malaysia, Islam begitu sinonim dengan bangsa ataupun orang Melayu.


Kesinoniman bangsa Melayu dengan agama Islam bukan tidak berasas di
Malaysia. Hal ini demikian kerana, dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara
160(2) menyatakan bahawa orang Melayu itu mestilah beragama Islam,
mengamalkan adat budaya Melayu dan bertutur menggunakan bahasa Melayu.
Oleh itu, timbul isu bahawa jika seseorang daripada bangsa lain masuk Islam,
mereka dikatakan masuk Melayu.

Sesungguhnya, bangsa ialah kejadian daripada Allah SWT, manakala Islam ialah
agama Allah SWT. Hakikatnya, Islam adalah untuk semua. Islam bukan milik
orang Melayu atau sesuatu bangsa secara hakiki. Islam meraikan kepelbagaian
budaya dan adat selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Allah SWT
berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan


perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang
lain).

Sehubungan dengan itu, ia membabitkan isu penukaran nama setelah memeluk


agama Islam. Hal ini demikian kerana, kebiasaannya setelah seseorang memeluk
agama Islam, dia dikehendaki menukar namanya kepada nama yang baharu. Nama
asalnya tidak ada lagi berada dalam pengenalan nama yang baharu.

Kecetekan ilmu sesetengah pendakwah secara tidak langsung membantutkan


kegiatan dakwah yang dijalankan terhadap masyarakat bukan Islam (Nik Hasnah
Ismail, 2015). Misalnya, isu penukaran nama untuk masuk Islam. Dengan merujuk
laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang dikemas kini pada tarikh
9 Januari 2020 menyatakan bahawa (rujuk Rajah 10.1):

Rajah 10.1: Petikan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan dengan penukaran
nama untuk masuk Islam
Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3953-al-kafi-1509-hukum-
menukar-nama-bagi-mualaf-setelah-memeluk-islam

Jelas di situ, bahawa seseorang tidak perlu menukar nama seandainya nama itu
tidak bertentangan dengan Islam. Misalnya, penulis mengambil contoh nama
pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA  Malaysian Chinese Muslim
Association), Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin. Nama keluarga beliau ialah „Yap‰,
manakala nama tengah Yun yang bererti „selama-lamanya‰ dan nama akhirnya
pula „Hin‰ yang membawa maksud kegembiraan ataupun kegirangan (Taufiq Yap
Yun Hin, 2018).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI  217

Selain itu, timbul kekeliruan dalam kalangan pendakwah yang tidak dapat
membezakan antara budaya dengan agama (Zulkefli Aini et al., 2014). Misalnya,
terdapat sesetengah pendakwah masih ragu-ragu ketika berdakwah akan keperluan
seseorang mualaf untuk menyambut Tahun Baharu Cina sedangkan menurut Basri
(2011), Tahun Baharu Cina hanyalah untuk meraikan tahun yang baharu mengikut
kalendar Cina bagi kaum Cina.

Sebenarnya, budaya didefinisikan sebagai sistem pemahaman dan kelakuan yang


diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain (Carter & Qureshi
1995). Tambahan pula, menurut presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM),
Firdaus Wong Wai Hung, menyatakan bahawa masyarakat perlu membezakan
antara perayaan kebudayaan dengan keagamaan, apatah lagi Tahun Baharu Cina
itu sendiri lebih bersifat kepada perayaan kebudayaan dan sekiranya perayaan
adalah berbentuk kebudayaan, terdapat sedikit kelonggaran bagi penganut Islam
untuk meraikannya bersama ahli keluarga yang masih belum Islam (Mohd Aizat
Shamsuddin, 2019).

Sesungguhnya, budaya meliputi semua adat, nilai dan tradisi yang dipelajari
daripada persekitarannya (Sue & Sue, 1990). Budaya sentiasa berubah dan saling
bergantung pada persekitarannya. Menurut Venkatesh (1995), tiada satu budaya
yang tidak berubah. Namun, agama adalah tetap dan tidak berubah.

Sesungguhnya, adalah tidak wajar untuk seseorang itu untuk meninggalkan adat
mahupun budaya bangsanya hanya kerana memilih Islam sebagai pedoman mereka
tanpa usul periksa sama ada adat dan budaya tersebut bertentangan ataupun tidak
menurut Islam. Oleh itu, pendakwah perlu peka dan memahami adat dan
kebudayaan sesuatu bangsa terlebih dahulu sebagai batu loncatan untuk
menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat di negara ini.

Tidak dapat dinafikan Islam sering dilabel dan dimomokkan dengan pelbagai
tuduhan yang negatif. Antara tuduhan ataupun fitnah yang sering dilemparkan
terhadap agama Islam adalah ada yang menganggap Islam menindas kaum wanita,
tidak memberi kebebasan dan mengongkong wanita daripada melakukan aktiviti
kemasyarakatan (Mohd Roslan Mohd Nor, 2011) serta Islam terlalu banyak
peraturan sehingga menonjolkan bahawa tiada ruang untuk orang Islam berbicara
(Zainul Rijal Abu Bakar, 2019).

Begitu juga, kebanyakan media Barat akan meletakkan tajuk yang sensasi seperti
Terroris Muslim, ISIS, Pengganas Muslim, Anti-Kristian dan Barbarik sebagai tajuk
utama bagi mana-mana insiden yang dilakukan oleh ekstremis Islam (Mohd Mizan
Aslam, 2019). Tanggapan negatif sahaja ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam
usaha serangan yang dikenal sebagai ghazwah al-fikri (serangan pemikiran) dan
ghazwah al-thaqafi (pencerobohan budaya) ke atas umat Islam meruntuhkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

pegangan agama masyarakat Islam, seterusnya boleh meruntuhkan terus Islam itu
sendiri (Mohd Roslan Mohd Nor, 2011). Maka, kita perlu peka dan bersatu
menangkis setiap tohmahan dan momokan yang tidak berasas terhadap Islam.

Seterusnya, umat Islam mudah goyah terhadap pengaruh agama lain terhadap
agama Islam sendiri. Hal ini timbul apabila umat mudah percaya simbol ataupun
elemen tertentu boleh mempengaruhi keislaman dan keimanan sendiri.
Persoalannya, di manakah rasa hormat-menghormati dan semangat toleransi
dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap agama lain sehinggakan berlakunya
isu ini? Adakah akidah seseorang Islam akan berubah ataupun terhakis dek
melihat elemen daripada agama lain? Tambahan pula, dalam Perlembagaan
Persekutuan, Perkara 11: Kebebasan beragama menyatakan perkara berikut
(lihat Rajah 10.2):

Rajah 10.2: Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11: Kebebasan beragama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI  219

Realitinya, Islam mengajar umatnya untuk saling menghormati antara satu sama
lain walaupun berbeza dari segi agama. Firman Allah SWT:

َّ‫ون مِن ُدون ٱ َّ فَ َي ُس ُّبوا ْ ٱ َّ َ َع ۡد َوۢا ب َغ ۡي ع ِۡلم َك َذٰل َِك َز َّينا‬ َ ُ ۡ َ َ َّ ْ ُّ ُ َ َ َ


ٖۗ ِ ِ ِ ِ ‫و تسبوا ٱلِين يدع‬
َ ُ َ ۡ َ ْ ُ َ َ ُ ُ ّ َ ُ َ ۡ ُ ُ ۡ َّ ّ َ ٰ َ َّ ُ ۡ ُ َ َ َ َّ ُ ّ ُ
١٠٨ ‫جعهم فينبِئهم بِما كنوا يعملون‬ ِ ‫ِك أم ٍة عملهم ثم إ ِ رب ِ ِهم مر‬ِ ‫ل‬
 
Maksudnya:
Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain
Allah kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa
pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan
mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia
memberitakan kepada mereka apa-apa yang dahulu mereka kerjakan.
(Surah al-AnÊam, 6:108)

Tindakan yang tidak bertanggungjawab, prasangka dan prejudis terhadap agama


lain sebenarnya merendahkan martabat dan mencalarkan imej Islam. Kemudian ia
menyebabkan masyarakat bukan Islam berasa takut dan memberi persepsi tidak
elok kepada penganut agama lain untuk berjinak-jinak dengan agama Islam.

Hakikatnya, Islam itu agama yang memudahkan tidak membebankan umatnya.


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

ُ‫ين أَ َح ٌد إِ ﱠال َغلَبَه‬


َ ‫ َولَ ْن يُ َشا ﱠد ال ﱢد‬،ٌ‫ين يُ ْسر‬
َ ‫إِ ﱠن ال ﱢد‬
Maksudnya:
Sesungguhnya agama itu mudah, janganlah seseorang daripada kamu
menyukarkan (menyulitkan urusan agama itu) melainkan kamu akan tewas.
(Hadis riwayat al-Bukhari, 39)

Realitinya, berdakwah adalah tidak susah atau membebankan. Terdapat banyak


cara seseorang pendakwah boleh menjalankan dakwah. Contohnya, dakwah
secara lisan seperti ceramah, syarahan dan kuliah atau dakwah melalui penulisan
seperti menyumbang artikel dalam ruangan surat khabar dan jurnal.

Seseorang pendakwah boleh juga berdakwah melalui teladan (dakwah qudwah


hasanah), iaitu seperti menolong jiran jika mereka menghadapi kesusahan. Bukan
itu sahaja, seseorang boleh berdakwah dengan keluarga. Hal ini demikian kerana
sehebat mana pun seseorang, sama ada dia kaya ataupun miskin ilmu, adalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

merugikan kalau ilmu di dadanya tidak dimanfaatkan ataupun disalurkan untuk


berdakwah kepada keluarga masing-masing. Contohilah Nabi Nuh a.s. yang tabah
dan sabar berdakwah hampir 950 tahun terhadap kaumnya.
Sesungguhnya, Rasulullah SAW bersabda:

ْ‫َم ِن ا ْستَطَا َع أَ ْن يَ ْنفَ َع أَ َخاهُ فَ ْليَ ْف َعل‬


Maksudnya:
Barang siapa yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah
dia melakukannya.
(Sahih Muslim, Kitab Fadhail, bab ke-28, no. 132/2473)

Sehubungan dengan itu, Muhammad Khayr Ramadan Yusuf (1414 H) menyatakan


pendekatan dakwah merupakan unsur yang penting dan berperanan besar dalam
memberi kesan kepada sasaran sehingga dapat membawa kejayaan dakwah.

Seperti yang dibincangkan dalam Topik 9, organisasi dakwah bagai cendawan


tumbuh selepas hujan di Malaysia. Namun begitu, yang menjadi isu adalah
pengurusan pentadbiran organisasi dakwah yang tidak tersusun (Ab Aziz Mohd
Zain et al., 2006). Contohnya, tiada koordinasi antara satu organisasi dengan
organisasi lain sehingga kadangkala terdapat dua ataupun tiga organisasi dakwah
yang menjalankan aktiviti dakwah di tempat dan masa yang sama.

Kadangkala, aktiviti yang dijalankan adalah terlalu umum, walhal golongan


sasaran dakwah adalah daripada bangsa tertentu. Akhirnya, aktiviti yang
dijalankan adalah bersifat „syok sendiri‰ ataupun „melepaskan batuk di tangga‰
sehinggakan matlamat aktiviti untuk golongan sasaran dakwah tidak tercapai
seperti yang dirancang. Sesungguhnya, berdakwah bukanlah sekadar
melaksanakan kewajipan tetapi juga perlu kepada perancangan yang jelas serta
keperluan kepada penilaian supaya usaha dakwah yang dilaksanakan
menghasilkan impak yang berkesan (Abdullah Hassan, 2001).

„Kegagalan kebanyakan pendakwah kita menarik golongan bukan Islam kerana


mereka lemah dan kurang maklumat mengenai agama lain,‰ kata Ketua Program
Dakwah dan Pengurusan Islam Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr
Kamaluddin Nurdin Marjuni (Hairulazim Mahmud, 2016). Kenyataan tersebut
merupakan antara isu yang berlaku dalam proses dakwah apabila ada dalam
kalangan pendakwah didapati mempunyai kekurangan pengetahuan dan
kemahiran berdakwah. Kekurangan ini boleh menjadikan dakwah tidak berjalan
dengan baik dan lancar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI  221

Menurut Ab Aziz Mohd Zain et al. (2006), penggunaan metodologi dakwah yang
kurang betul, tidak memahami golongan yang disasarkan ketika berdakwah,
ketidaktepatan isi kandungan penyampaian, penggunaan modul program yang
sama dalam kursus yang berlainan dan tidak dikemaskinikan mengikut program
dan sebagainya oleh sesetengah pendakwah menjadikan matlamat berdakwah
tidak mencapai matlamat seperti yang dikehendaki.

Kesimpulannya, kerja dakwah adalah tanggungjawab kita yang beriman kepada


Allah SWT. Kita ialah pendakwah. Daripada Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud „Sampaikanlah daripadaku walau hanya satu ayat‰
(Hadis riwayat al-Bukhari). Oleh itu, berjaya atau gagal kita sebagai pendakwah
adalah bergantung pada diri kita. Apakah niat kita melaksanakan aktiviti dakwah?
Apakah niat kita menjadi seorang pendakwah? Sesungguhnya, segala amalan
adalah bermula dengan niat.

Berlandaskan hadis riwayat al-Bukhari, „Daripada Umar bin al-Khattab r.a., aku
mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda:

ِ ‫إِنﱠ َما األَ ْع َما ُل بِالنﱢيَا‬


‫ت‬
Maksudnya:
Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, semua orang perlu berganding bahu bagi mengatasi segala isu berkaitan
dengan dakwah. Sesungguhnya, setiap isu pasti terdapat penyelesaian. Allah SWT
berfirman yang mafhum-Nya:

Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah
selesai (daripada sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan)
yang lain. Dan hanya kepada Rabb hendaknya kamu berharap.
(Surah al-Insyirah, 94:78)

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Jelaskan pengertian ghazwah al-fikri dan ghazwah al-thaqafi.


2. Apakah isu-isu dakwah yang dihadapi oleh Nabi Nuh a.s. dalam
melaksanakan tugas dakwah? Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

AKTIVITI 10.1
Selain Nabi Nuh a.s. yang menghadapi pelbagai masalah dalam
menjalankan dakwah, pilih mana-mana nabi seperti yang dijelaskan
dalam al-Quran tentang masalah-masalah yang dihadapi ketika
menjalankan dakwah pada zamannya. Kongsikan jawapan anda dalam
forum myINSPIRE.

10.2 CABARAN DALAMAN DAN LUARAN


DALAM DAKWAH
Menyingkap kembali sejarah dengan melihat cara dakwah dapat disebarkan Islam
ke seluruh dunia, didapati bahawa tidak sedikit halangan yang telah dilalui oleh
Rasulullah SAW untuk memastikan penerimaan umat manusia terhadap agama
baharu ini, iaitu agama Islam. Dengan berbekalkan al-Quran dan sunah sebagai
panduan, para pendakwah hari ini meneruskan perwakilan dakwah yang
ditinggalkan oleh Rasulullah SAW melihat dengan cabaran, rintangan dan
penolakan yang lebih mencabar.

Seterusnya, kita akan mempelajari secara terperinci cabaran dalaman dan luaran
dalam berdakwah.

10.2.1 Cabaran Dalaman


Pada pendapat anda, apakah cabaran dalaman yang sering dihadapi oleh para
pendakwah?

Cabaran dalaman pertama yang dihadapi dalam dakwah pada masa kini ialah
peningkatan ghuluw global dalam ummah.

Apakah yang dimaksudkan dengan ghuluw?

Ghuluw boleh didefinisikan sebagai membesar-besarkan mana-mana


bahagian Islam melebihi had yang ditentukan sebenarnya atau, begitu juga,
merendahkan mana-mana bahagian Islam di bawah had yang ditentukan
sebenarnya.
(An-Nihayah fi Gharibil Atsar, 3/382)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI  223

Misalnya, kefanatikan terhadap suatu pandangan tertentu, berprasangka buruk


terhadap orang ataupun kelompok lain dan bahkan sampai kepada mengkafirkan
orang lain (Sihabuddin Afroni, 2016). Sikap kefanatikan atau sikap melampau
dalam sesuatu perkara adalah dilarang dalam Islam.

Abdillah bin MasÊud r.a. mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda
sebanyak tiga kali:

َ ‫ك ْال ُمتَنَطﱢع‬
‫ُون‬ َ َ‫ھَل‬
Maksudnya:
Musnahlah golongan yang melampau.
(Hadis riwayat Muslim, 2670)

Imam al-Nawawi ketika mentafsirkan maksud „ َ‫ ْال ُمتَنَطﱢعُون‬‰ ialah mereka yang
terlalu teliti, melampau dan melepasi had atau batasan dalam perkataan dan
perbuatan mereka (lihat: Al-Minhaj, 220/16).

Cabaran yang seterusnya ialah kekurangan bahan rujukan agama dalam bahasa
lain selain Melayu dan Arab. Di samping itu, kekurangan penonjolan pendakwah
Muslim selain bangsa bukan Melayu mengukuhkan lagi persepsi para pendakwah
seakan-akan membantutkan usaha masyarakat bukan Islam untuk mendekati
ajaran Islam (Osman, 2009). Kekurangan bahan rujukan dan tenaga pendakwah
yang berintelek dan berkaliber menimbulkan masalah dan kerumitan dalam
memberikan bimbingan yang sempurna kepada yang baru berjinak-jinak dalam
Islam.

Kita biasa mendengar ayat „Sudah bersunat ke belum?‰ atau „Sudah dipotongkah
itu?‰ dan sebagainya. Ia merupakan antara persepsi masyarakat umum bahawa
apabila seseorang yang ingin memeluk Islam perlu menjalani proses bersunat atau
berkhatan. Sebenarnya, pertanyaan sebegini adalah tidak berasas dan
bertentangan dengan Islam. Hal ini seakan-akan menunjukkan begitu sukar untuk
masuk Islam dan merumitkan usaha seseorang untuk memeluk Islam.

Kebolehan pendakwah mengakomodasikan antara fiqh al-syarÊi (penguasaan


kefahaman dari sudut pengetahuan) dengan fiqh al-waqi (penguasaan kefahaman
tentang realiti) untuk memastikan proses „penyampaian dakwah‰ dapat ditangani
secara berkesan (Abdul Ghafar Don & Badlihisham Mohd Nasir, 2012). Yang
pastinya, pintu masuk seseorang yang ingin masuk Islam adalah mengucapkan
dua kalimah syahadah dalam keadaan yang sedar untuk mentauhidkan Allah
SWT sebagai Tuhan yang Esa dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW
sebagai utusan Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

Cabaran dalaman yang selanjutnya ialah kaedah penyampaian dalam kalangan


pendakwah adalah tidak sesuai (Ab Aziz Mohd Zain et al., 2006). Masih timbul
dalam benak fikiran para pendakwah bahawa menyampaikan dakwah adalah
sekadar menyampaikan ceramah dalam masjid semata-mata. Penyampaian
dakwah kontemporari ini adalah sangat luas sama ada di ruang awam seperti
restoran mamak yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan di negara kita pada
hari ini atau di ruang maya melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan
Twitter.

Penyampaian dakwah boleh disampaikan secara santai. Sebaliknya, jika golongan


sasaran dakwah ialah pelajar di universiti, pendakwah perlu membuat persediaan
yang rapi. Cabaran menyampaikan dakwah kepada golongan terpelajar jauh lebih
mencabar dan memerlukan ilmiah dan akliah serta analisis yang luas dan objektif.
Pendakwah perlu „kebal‰ daripada kritikan daripada masyarakat selagi dakwah
yang disampaikan adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Budaya
memadamkan akaun Facebook ataupun Twitter perlu dielakkan kerana melarikan
kritikan bukan menyelesaikan sesuatu isu tetapi menimbulkan persepsi yang
negatif terhadap orang lain.

Sumber kewangan juga merupakan salah satu cabaran dakwah yang sentiasa
melingkari organisasi dakwah terutamanya daripada badan bukan kerajaan (NGO
 Non-Governmental Organisation). Sumber kewangan NGO datang daripada
yuran peserta yang menyertai sesuatu aktiviti mahupun sumbangan daripada
penaja mahupun orang perseorangan. Permohonan sumber kewangan daripada
pihak berautoriti tampak sukar jika NGO adalah kurang ternama dan pada masa
yang sama, terpaksa menghadapi pelbagai karenah birokrasi yang bukan sahaja
menghalang perjalanan sesuatu aktiviti dakwah sehingga kadangkala terpaksa
dibatalkan pada saat-saat akhir (Ab Aziz Mohd Zain et al., 2006). Akhirnya, bukan
setakat kerugian masa dan wang ringgit, malahan imej NGO terjejas.

Cabaran dakwah yang tidak kurang penting untuk kita bincangkan ialah
pengurusan sesuatu organisasi sama ada badan kerajaan mahupun bukan
kerajaan. Antara aspek kelemahan dalaman sesuatu organisasi dakwah adalah
dari segi sistem, kaedah dan kemudahan ataupun prasarana yang digunakan
dalam berdakwah (Rozhan Othman, 1990). Rata-rata kelemahan timbul lantaran
perbezaan pendapat oleh dua golongan, iaitu golongan yang lebih berpengalaman
dan sudah berada dalam zon selesa (comfort zone), dan golongan muda yang
bervisi dan dinamik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI  225

Sejak tahun 2010 lagi, banyak program yang berunsurkan Islamik telah melahirkan
ramai pendakwah di Malaysia. Kebanjiran pendakwah daripada program
televisyen adalah sesuatu amat baik, malah digalakkan demi menyebarkan syiar
Islam di seluruh pelosok negara. Namun, cabaran timbul apabila terdapat
sesetengah pendakwah tersebut lebih terkenal dengan pelbagai isu kontroversi
yang secara tidak langsung memberikan gambaran tidak sesuai dalam
pelaksanaan aktiviti dakwah. Contohnya, „Isteri pendakwah selebriti tertekan,
temui video berahi suami bersama wanita lain‰ (Farhan Ikram, 2019), „Ustaz
selebriti, tolonglah jaga imej Islam.‰ Bak kata pepatah Melayu, „kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga.‰

Para pendakwah juga menghadapi cabaran dalam menyampaikan dakwah di


alam siber (Zulkiple Abd Ghani, 2010). Jika dulu, dakwah dilihat sebagai aktiviti
berkhutbah secara lisan di masjid, surau atau mana-mana tempat lain yang dapat
menyatukan penutur dan pendengar tetapi kini mediumnya dilihat berkembang
selari dengan perkembangan teknologi seperti melalui media sosial dan
persidangan video.

Pada masa yang sama, para pendakwah juga menghadapi cabaran dari sudut
penggunaan perkakasan (hardware), perisian (software) dan aplikasi yang
sentiasa berkembang; cabaran dari sudut penyediaan bahan yang boleh menarik
minat sasaran; cabaran menyediakan persembahan yang menarik minat sasaran;
dan cabaran dari segi sasaran yang tidak dikenal seperti siapakah mereka itu dan
bagaimanakah sifat mereka kerana mereka tidak berada secara nyata di hadapan
pendakwah.

Sesungguhnya, teknologi canggih telah membawa nilai baharu dan budaya yang
merangkumi pakaian, makanan, persepsi, pemikiran dan gaya hidup. Pendakwah
boleh menyampaikan dakwah di alam siber atau alam maya. Media sosial seperti
Facebook, Twitter, Instagram serta aplikasi seperti WhatsApp, WeChat dan
Telegram dilihat mampu mempercepatkan penyebaran mesej dakwah sama ada
dalam negara mahupun ke peringkat antarabangsa. Dengan hanya menggerakkan
jari-jemari, dakwah dapat disampaikan dengan pantas.

Sehingga bulan Januari 2018, jumlah pengguna Internet di negara ini adalah
seramai 25.08 juta pengguna ataupun kira-kira 79 peratus daripada jumlah
penduduk Malaysia. Malahan, daripada jumlah tersebut, dianggarkan 75 peratus
menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam
sehari di laman media sosial. Kajian terbabit adalah sebahagian daripada hasil
Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuit dan We Are Social (Ili Hadri
Khalil, 2018). Realitinya, statistik ini menimbulkan cabaran kepada sesiapa yang
bergelar pendakwah atau ingin menjadi pendakwah. Noor Azaian et al. (2015)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

telah menggariskan lima cabaran utama dalam menyebarkan dakwah di media


baharu ini. Mari kita lihat Rajah 10.3 untuk mengetahui lima cabaran utama
tersebut.

Rajah 10.3: Lima cabaran utama dalam menyebarkan dakwah di media sosial

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI  227

Rajah 10.4 meringkaskan kepada anda cabaran dalaman yang dihadapi oleh
pendakwah dalam berdakwah.

Rajah 10.4: Lapan cabaran dalaman yang dihadapi oleh pendakwah dalam berdakwah

10.2.2 Cabaran Luaran


Selain cabaran dalaman, terdapat juga beberapa cabaran luaran yang dihadapi
pendakwah Islam. Cabaran luaran yang pertama dan paling utama ialah
globalisasi ekonomi, pendidikan, masyarakat dan budaya. Rata-rata tidak ramai
pendakwah yang mengetahui sepenuhnya kesan globalisasi terhadap masyarakat
kontemporari. Dakwah Islam secara semula jadi ialah dakwah yang menyeluruh
dari segi bidang ekonomi, politik, sosial sehinggalah pendidikan.

Dalam semua aktiviti manusia, adalah begitu rumit untuk mengajak manusia ke
arah perkara yang baik (khayr) dan memberi amaran tentang perkara yang buruk
(mungkar). Kesan global terhadap keluarga dan masyarakat Muslim menjadi
nyata. Sejumlah besar golongan muda tertarik dengan media sosial seperti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

Facebook, Twitter dan Instagram. Pada hakikatnya, melarang golongan muda


terhadap penggunaan media sosial itu bukanlah jalan penyelesaian. Oleh itu,
adalah menjadi cabaran bagi para pendakwah untuk menjelaskan kepada
golongan muda tentang etika dan garis panduan ketika menggunakan media
sosial.

Islamofobia ialah istilah yang merujuk prasangka atau diskriminasi terhadap


Islam atau orang Islam. Istilah ini mula dikenal sekitar tahun 1980-an, namun
rancak digunakan selepas serangan di Pusat Dagangan Dunia (WTC  World
Trade Center) di New York, Amerika pada tarikh 11 September 2001. Istilah ini
sering dikaitkan dengan perasaan kebencian, ketakutan terhadap Islam, umat
Islam dan budaya Islam berdasarkan prasangka serta mendorong golongan
tertentu untuk mendakwa Islam sebagai agama yang ganas, tidak berdisiplin,
tidak bertoleransi dan gambaran negatif yang lain. Kesalahfahaman dan
tanggapan negatif ini secara tidak langsung menjadikan aktiviti dakwah sangat
mencabar kerana orang berasa takut dan menolak untuk membaca bahan yang
berkaitan dengan Islam.

Cabaran luaran yang seterusnya datang daripada fahaman liberalisme.


Liberalisme ialah aliran pemikiran yang muncul daripada reformasi Islam yang
mendakwa berdasarkan asas Islam tetapi berbeza dalam mentafsirkan penerapan
nilai Islam teras dalam kehidupan moden dan bukannya konservatif.

Beberapa ciri yang boleh dikenal dengan liberal ialah kecenderungan untuk
memberikan autonomi kepada individu untuk mentafsirkan al-Quran dan sunah,
memberikan hak yang sama jantina dari semua aspek ritual keagamaan seperti
wanita dapat memimpin kedua-dua lelaki dan wanita dalam solat serta terlalu
berfikiran terbuka dalam penerimaan budaya moden yang secara jelas
bertentangan dengan asas ajaran Islam seperti pencampuran antara lelaki dan
perempuan tanpa hak sama rata terhadap golongan lesbian, gay, biseksual, dan
transeksual (LGBT).

Di samping itu, budaya hedonisme yang tersebar di seluruh negara dan


menjadikan remaja sebagai sasaran utama untuk menyimpangkan mereka jauh
daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Budaya hedonisme tidak bertujuan selain
untuk mencapai keseronokan dan kesenangan hidup sahaja. Maka, hiburan
diperkenalkan dan materialisme yang melampau dalam masyarakat setempat
dipertontonkan. Agenda dari Barat ini telah diterima tanpa sekatan, walaupun
jelas membawa kerosakan kepada generasi masa depan di negara ini. Budaya ini
juga dilihat sebagai agenda untuk melemahkan umat Islam dan seterusnya
menjadi halangan dalam proses pembentukan akhlak yang baik terhadap generasi
akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI  229

Kesimpulannya, dakwah adalah usaha untuk mendorong orang lain memahami


Islam mahupun mendekati Islam. Semua umat Islam perlu mempunyai rasa
tanggungjawab untuk berdakwah walaupun terpaksa menghadapi pelbagai
cabaran di era moden ini. Cabaran dan rintangan akan memerlukan kesediaan
serta ketahanan mental dan fizikal dalam kalangan pendakwah.

Sebenarnya, mereka juga perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang


kukuh untuk menangani dengan isu yang dibangkitkan daripada perkembangan
semasa. Semakin lama masyarakat menjadi terdedah kepada masalah, semakin
banyak masalah akan timbul yang memerlukan penyelesaian yang relevan.
Kaedah penyampaian juga perlu diperhebat atau bahkan diubah suai supaya
sesuai dengan tuntutan dan keperluan masyarakat. Hal ini bagi memastikan
mereka mencintai dan berminat untuk menjadi golongan sasaran untuk
didakwahkan oleh pendakwah-pendakwah.

Masyarakat perlu didekati dengan toleransi dan berhemah daripada menyalahkan


mereka atas sebarang masalah yang berlaku. Mereka perlu didorong untuk
kembali kepada agama Islam dengan menunjukkan nilai Islam yang baik tanpa
diskriminasi terhadap sesiapa. Mereka juga perlu didedahkan dengan keindahan
Islam supaya mereka senang mengamalkan Islam sebagai agama tunggal mereka.

Rajah 10.5 memaparkan cabaran luaran yang dihadapi oleh pendakwah dalam
berdakwah.

Rajah 10.5: Empat cabaran luaran yang dihadapi oleh pendakwah dalam berdakwah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

SEMAK KENDIRI 10.2


1. Modenisasi yang melampau akan melahirkan hedonisme. Jelaskan
apakah pengertian budaya hedonisme.
2. Jelaskan ciri-ciri kerohanian yang perlu ada pada pendakwah
untuk menghadapi cabaran berdakwah.

AKTIVITI 10.2
1. Bincangkan tentang perkembangan fahaman liberalisme di
Malaysia dan kemukakan cadangan penyelesaiannya.
2. Sebagai pengguna media sosial, apakah cabaran-cabaran yang
anda hadapi dalam menyampaikan dakwah di media sosial
tersebut?

Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

• Tugas untuk menjalankan urusan aktiviti dakwah di Malaysia yang dikenal


sebagai negara yang terdiri daripada berbilang etnik, agama dan budaya yang
berbeza adalah bukan mudah. Sensitiviti agama dan etnik perlu ditangani
dengan sewajarnya oleh pendakwah mahupun organisasi dakwah.

• Isu dalam dakwah dan pendakwah adalah seperti masalah kefahaman


masyarakat terhadap ajaran agama Islam, kekeliruan dalam kalangan
pendakwah yang tidak dapat membezakan antara budaya dengan agama,
persepsi negatif terhadap ajaran Islam, pengaruh agama lain terhadap agama
Islam sendiri, pemahaman dakwah islamiah adalah satu bebanan, pengurusan
pentadbiran organisasi dakwah yang tidak tersusun dan kekurangan ilmu
ketika berdakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI  231

• Cabaran dalaman dalam usaha menyebarkan dakwah kepada masyarakat


adalah seperti peningkatan ghuluw global dalam ummah, kekurangan bahan
rujukan agama dalam bahasa lain selain bahasa Melayu dan bahasa Arab,
kekurangan penonjolan pendakwah Muslim selain bangsa bukan Melayu,
cabaran pelabelan sehingga menggugat keyakinan seseorang untuk mendekati
Islam, kaedah penyampaian dalam kalangan pendakwah yang tidak sesuai,
sumber kewangan dalam menggerakkan dakwah, pendakwah lebih terkenal
dengan pelbagai isu kontroversi yang secara tidak langsung memberikan
gambaran tidak sesuai dalam pelaksanaan aktiviti dakwah serta cabaran
dalam menyampaikan dakwah di alam siber.

 Globalisasi ekonomi, pendidikan, masyarakat dan budaya, fenomena


Islamofobia, fahaman liberalisme serta budaya hedonisme merupakan antara
cabaran luaran yang merumitkan keadaan dalam melaksanakan kegiatan
dakwah.

Cabaran dalaman Globalisasi


Cabaran luaran Hedonisme
Dakwah Isu dakwah

Ab Aziz Mohd Zin et al. (2006). Dakwah Islam di Malaysia. Kuala Lumpur,
Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.

Abdul Ghafar Don, & Badlihisham Mohd Nasir. (2012). Cabaran dakwah di
Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Jurnal al-Hikmah, 4, 1522.

Basri Ibrahim. (2011). Perayaan bukan Islam dalam sebuah negara Islam. Dlm.
Abdul Karim Ali, & Rumaizi Ahmad al-Mustapha (Pnyt.), Fiqh masyarakat
bukan Islam di Malaysia. Shah Alam, Malaysia: Imtiyaz Multimedia &
Publications.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

Carter, R. T., & Qureshi, A. (1995). A typology of philosophical assumptions in


multicultural counseling and training. Dlm J. G. Ponterotto, J. M. Casas, L. A.
Suzuki, & C. M. Alexander (Pnyt.), Handbook of multicultural counseling
(ms. 239–262). Thousand Oaks, CA: Sage.

Farhan Ikram. (2019, Disember 19). Isteri pendakwah selebriti tertekan, temui
video berahi suami bersama wanita lain. Dicapai dari https://www.mstar.
com.my/spotlight/sensasi/2019/12/19/pendakwah-selebriti-curang

Hairulazim Mahmud. (2016, April 22). Dakwah kita lemah. Dicapai dari
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/04/132503/dakwah-kita-
lemah

Ili Hadri Khalil. (2018, Januari 30). Malaysia negara ke-9 paling aktif media sosial,
ke-5 paling ramai guna e-dagang. Dicapai dari http://www.astroawani.
com/gaya-hidup/malaysia-negara-ke-9-paling-aktif-media-sosial-ke-5-
paling-ramai-guna-e-dagang-laporan-166998

Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mardia Mazri. (2020, Januari 9). Al-Kafi#1509: Hukum menukar bagi nama mualaf
setelah masuk Islam. Dicapai dari https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-
li-al-fatawi/3953-al-kafi-1509-hukum-menukar-nama-bagi-mualaf-setelah-
memeluk-islam

Mohd Aizat Shamsuddin. (2019, Februari 5). Tahun Baharu Cina tak halang
persaudaraan, kekeluargaan. Dicapai dari https://www.bharian.com.my/
rencana/agama/2019/02/527693/tahun-baharu-cina-tak-halang-
persaudaraan-kekeluargaan

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor. (2019, Disember 26). Ustaz selebriti, tolonglah jaga
imej Islam. Dicapai dari https://www.hmetro.com.my/rap/2019/12/
529446/ustaz-selebriti-tolonglah-jaga-imej-islam

Mohd Mizan Aslam. (2019, Mac 30). Ancaman Islamofobia di Barat. Dicapai dari
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ancaman-islamofobia-di-
barat-202582

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI  233

Mohd Roslan Mohd Nor. (2011). Menangani cabaran umat Islam era moden. Jurnal
al-Tamadun, 6, 107121.

Muhammad Khayr Ramadan Yusuf. (1414 H). Al-DaÊwah al-islamiyyah al-wasa’il


wa al-asalib (Cet. ke- 2). Riyadh, Arab Saudi: Dar Tawiq. ms. 69.

Nik Hasnah Ismail. (2015, Disember 5). Pendakwah perlu berilmu, bukan
berasaskan populariti. Dicapai dari https://www.bharian.com.my/node/
102334

Osman Abdullah. (2009). DaÊwah to non-muslim Chinese in Malaysia: Some


preliminary thoughts. Kuala Lumpur, Malaysia: International Islamic
University Malaysia Press.

Sue, D. W., & Sue, S. (1990). Counselling the culturally different: Theory and
practice. New York, NY: John Wiley & Sons.

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Bangi, Malaysia:


Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sihabuddin Afroni. (2016). Makna ghuluw dalam Islam: Benih ekstremisme


beragama. Dicapai dari https://journal.uinsgd.ac.id/index.php/jw/article/
view/579

Taufiq Yap Yun Hin. (2018, November 15). Boleh kekal nama selepas peluk Islam.
Dicapai dari https://www.hmetro.com.my/addin/2018/11/395477/boleh-
kekal-nama-selepas-peluk-islam

Venkatesh, A. (1995). Ethnoconsumerism: A new paradigm to study cultural and


cross-cultural consumer behavior. Dlm. Costa, J. A., & Bamossy, G. J. (Pnyt.),
Marketing in a multicultural world: Ethnicity, nationalism, and cultural
identity. Thousand Oaks, CA: Sage.

Zainal Rijal Abu Bakar. (2019, Februari 22). Jangan usik sensitiviti agama, kaum.
Dicapai dari https://www.sinarharian.com.my/article/14316/KOLUMNIS
/sensitiviti-agama-kaum

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 10 ISU DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

Zulkefli Aini et al. (2014). Komunikasi dakwah antara budaya dalam masyarakat
majmuk di Sabah. Dlm. Anuar Puteh, & Ahmad Irdha Mokhtar (Pnyt.).
Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014; Dakwah & Etnik: Perspektif
Multi-disiplin. Dicapai dari http://www.ukm.my/rsde/wp-content/
uploads/2014/11/26-KOMUNIKASI-DAKWAH-ANTARA-BUDAYA.pdf

Zulkiple Abd Ghani. (2010). Dakwah dalam era siber di Malaysia. Bandar Baru
Nilai, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-78012140
Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like