Is My Child Too Short - Byline Article #1 MAL

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Adakah Anak Saya Terlalu Pendek?

Oleh Dr Wu Loo Ling

Perunding kanan pediatrik dan endokrinologi pediatrik

Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC)

Tiada ibu bapa yang mahu mengesyaki bahawa anak mereka mengalami masalah perubatan atau
gangguan kesihatan. Namun itu, menyedari tanda-tanda awal membawa perbezaan antara rawatan
dan hasil optimum berbanding dengan keadaan di mana mereka tidak mampu berbuat apa-apa
untuk membantu anak mereka.

Hal ini benar terutamanya apabila merujuk pada tidak cukup ketinggian yang tidak mencukupi atau
terbantut.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, lebih satu daripada lima (21.8%) kanak-
kanak di Malaysia yang berumur bawah lima tahun ke bawah termasuk dalam golongan yang
terbantut tumbesarannya, menjadikan keadaan ini suatu kebiasaan.

Memandangkan ketinggian dalam sesebuah populasi merupakan ukuran yang berbeza-beza secara
semula jadi dalam sesebuah populasi, agakmungkin sukar untuk ibu bapa mengenal pasti sama ada
anak mereka pendek secara semula jadi atau mengalami masalah tumbesaran.

Dalam hal ini, terdapat tiga perkara yang ibu bapa boleh perhatikan apabila melihat pada tumbesaran
anak mereka.

Yang pertama ialah jangkaan ketinggian anak berdasarkan jantina dan umur mereka.

Ini boleh diukur dengan carta tumbesaran piawai yang boleh didapati dalam bentuk persentil atau
sisihan piawai.

Jika ketinggian anak anda berada di bawah persentil ketiga bagi umur atau lebih daripada dua sisihan
piawai di bawah norma carta tumbesaran yang sepatutnya, maka mereka boleh dianggap sebagai
pendek.

Carta tumbesaran begitu boleh didapati di dalam talian daripada organisasi bereputasi tinggi seperti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika
Syarikat (CDC), serta daripada ahli pediatrik anak anda. Carta itu juga boleh didapati daripada laporan
sekolah anak anda sebaik sahaja mereka mula menghadiri sekolah rendah.

Faktor kedua ialah potensi ketinggian genetik.

Ketinggian anak anda bergantung pada gen yang berkaitan yang mereka warisi daripada anda dan
pasangan anda.

Oleh itu, jika anda dan pasangan anda kedua-duanya pendek, bukanlah suatu yang mengejutkan jika
anak anda juga pendek.

Namun begitu, jika anda berdua tinggi manakala anak anda pula pendek, maka itu mungkin satu
petanda bahawa ada sesuatu yang menghalang anak anda daripada mencapai potensi penuh
ketinggian mereka.

Yang ketiga ialah kepantasan tumbesaran anak anda iaitu berapa pantas anak anda membesar?
Jika anak anda membesar pada kadar biasa kemudian tumbesarannya menjadi perlahan, ini adalah
satu kebimbangan.

Ini boleh diperhatikan dengan menjejak tumbesaran mereka pada carta tumbesaran berdasarkan
jantina dan umur yang bersesuaian.

Tumbesaran anak anda sepatutnya stabil iaitu lebih kurang dalam persentil atau sisihan piawai yang
sama .sepanjang mereka melalui zaman kanak-kanak dan remaja.

Tumbesaran yang menuju ke persentil lebih rendah merupakan satu petanda kadar tumbesaran
menjadi semakin perlahan dan perlu disiasat.

Faktor dan Jenis-jenis Tumbesaran Pendek dan Kecil

Terdapat banyak sebab mengapa kanak-kanak tidak meninggi, tetapi ia boleh dikelaskan dalam tiga
kategori.

Yang poertama dan yang paling biasa dijumpai ialah varian normal bertubuh pendek.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini kebanyakannya adalah pendek secara semula jadi.

Mungkin disebabkan oleh potensi genetik mereka iaitu ibu bapa mereka pendek semula jadi atau
sebab yang tidak diketahui iaitu idiopati. Kanak-kanak dalam kelas ini selalunya sihat, cCuma lebih
pendek berbanding kanak-kanak lain.

Mereka yang “kembang lewat” atau “lewat matang” juga termasuk dalam kelas varian normal
bertubuh pendek ini. Dalam perubatan dikenali sebagai gangguan konstitusi (constitutional delay)
dalam tumbesaran dan baligh. Kanak-kanak sebegini lazimnya membesar dengan stabil tetapi
perlahan (selalunya bawah persentil ketiga menurut carta tumbesaran). Mereka mencapai baligh
lebih lewat berbanding rakan sebaya mereka yang lain. Walaubagaimanapun, mereka akan terus
membesar walaupun selepas rakan sebaya mereka yang lain telah melengkapkan tumbesaran
mereka. Jadi, mereka akan dapat mengejar ketinggian rakan sebaya mereka.

Kategori kedua terdiri daripada bertubuh pendek intrinsik atau utama iaitu dilahirkan dengan punca
tubuh anda pendek.

Sebab lazimbiasa keadaan ini berlaku ialah gangguan sindrom yang selalunya merupakan hasil
ketaknormalan genetik atau kromosom. Dalam hal sebegini, bertubuh pendek merupakan salah satu
daripada gejala yang terjadi akibat daripada gangguan utama.

Contoh gangguan tersebut termasuk sindrom Turner, sindrom Down, sindrom Prader-Willi, sindrom
Noonan dan akondroplasia.

Jangkitan intrauterus, iaitu keadaan apabila ibu mendapat jangkitan semasa mengandung yang turut
menjejaskan janin juga boleh menyebabkan bayi menjadi kecil. Jangkitan tersebut selalunya boleh
dikenal pasti dan didiagnosis semasa lahir, membolehkan bayi mendapatkan rawatan yang sesuai.

Bayi yang dianggap kecil untuk usia gestasi mereka juga termasuk dalam kategori ini.

Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor yang melibatkan ibu (contohnya menghidapi penyakit kronik
seperti tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik), bayi (contohnya kembar atau memiliki
kecacatan lahir) atau plasenta (contohnya aliran darah berkurangan ke plasenta, previa plasenta atau
gangguan plasenta).

Walaupun kebanyakan kanak-kanak dalam kelas ini cenderung dapat mengejar tumbesaran selepas
lahir, sekitar 15% tidak dapat mengejar tumbesaran mereka dan akan kekal kecil sepanjang hidup jika
tidak didiagnosis dan dirawat lebih awal.
Kategori terakhir merangkumi sebab bertubuh pendek peringkat kedua.

Terdapat beberapa sebab dalam kategori ini tetapi sebab yang paling biasa di Malaysia ialah
kekurangan nutrisi termasuk malnutrisipemakanan protein-kalori, kekurangan zat besi dan vitamin D.

Kekurangan vitamin D biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak memandangkan ramai kanak-
kanak kini cenderung menghabiskan masa di dalam rumah, menyebabkan mereka kurang terdedah
pada cahaya matahari.

Ultraungu B (UVB) daripada matahari adalah komponen penting dalam penghasilan vitamin D di
badan kita. Vitamin D pula penting bagi penyerapan kalsium untuk membina dan mengekalkan
tulang. Apabila berlaku kekurangan vitamin D, tulang menjadi lembut dan lemah terutamanya di
anggota bawah yang menanggung berat dan mengakibatkan tubuh pendek.

Sebab-sebab peringkat kedua lain bagi tubuh pendek termasuk gangguan sistemik seperti masalah
usus, penyakit jantung atau sistem imun yang lemah. Begitu juga dengan kekurangan hormon seperti
kekurangan hormon tumbesaran.

Bertindak pantas

Sangat penting untuk ibu bapa membawa anak mereka berjumpa dengan pakar yang sesuai sama
ada ahli endokrinologi pediatrik atau sekurang-kurangnya ahli pediatrik am sekiranya mereka ada
sebarang keraguan tentang tumbesaran anak mereka.

Jangan berpuas hati dan berharap anak anda akan dapat kejar ketinggiannya nanti. Diagnosis yang
lewat memendekkan tempoh masa untuk pemulihan kerana tulang akan matang sejajar dengan
masa. Apabila matang sepenuhnya, tiada apa-apa lagi yang boleh dilakukan untuk membantu
mereka menjadi lebih tinggi. Selain itu, jika anak anda memiliki masalah perubatan yang menghalang
tumbesaran mereka, kelewatan diagnosis dan rawatan mungkin memanjangkan kualiti hidup yang
tidak bagus dan munculnya komplikasi.

Oleh itu, jika anda perasan bahawa anak anda tidak membesar dengan sepatutnya, dapatkan
bantuan daripada ahli endokrinologi pediatrik. Jangan berlengah. Anda mungkin membuat
perubahan ketara buat masa hadapan anak anda.

Mengukur tumbesaran anak anda adalah sangat penting maka ibu bapa perlu memainkan peranan
penting dalam mengawasi ketinggian anak mereka. Alat digital yang mudah digunakan seperti
aplikasi mudah alih Growth JourneyTM diperakui oleh Persatuan Pediatrik Malaysia boleh membantu
ibu bapa merekodkan tumbesaran anak mereka dan mendapatkan ukuran bersiri untuk memastikan
tumbesaran mereka berada di landasan yang betul.

You might also like